majlis sukan politeknik malaysia peraturan am … file3.1.25 bola keranjang lelaki 1 1 12 14 3.1.26...

16
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN- 1 CETAKAN : 2017 MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN 1. NAMA 1.1 Kejohanan ini dinamakan “KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA2. PENGELOLAAN 2.1 KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN SUKAN ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) dan dikelolakan oleh Politeknik- Politeknik Malaysia. 3. JENIS SUKAN DAN BILANGAN PEGAWAI / PESERTA 3.1 Jenis sukan yang dipertandingkan seperti berikut : Bil SUKAN PENGURUS PASUKAN JURULATIH PASUKAN PEMAIN JUMLAH 3.1.1 Bola Sepak 1 3 22 26 3.1.2 Bola Jaring 1 1 14 16 3.1.3 Bola Tampar Lelaki 1 1 12 14 3.1.4 Bola Tampar Wanita 1 1 12 14 3.1.5 Memanah Lelaki 1 2 8 11 3.1.6 Memanah Wanita 1 2 8 11 3.1.7 Badminton Lelaki 1 1 8 10 3.1.8 Badminton Wanita 1 1 8 10 3.1.9 Tenpin Boling Lelaki 1 1 4 6 3.1.10 Tenpin Boling Wanita 1 1 4 6 3.1.11 Sepak Takraw 1 2 12 15

Upload: hoangcong

Post on 29-Mar-2019

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

1 CETAKAN : 2017

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

1. NAMA

1.1 Kejohanan ini dinamakan “KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

SUKAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA”

2. PENGELOLAAN

2.1 KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN SUKAN ini dianjurkan oleh Majlis

Sukan Politeknik Malaysia (MSP) dan dikelolakan oleh Politeknik-

Politeknik Malaysia.

3. JENIS SUKAN DAN BILANGAN PEGAWAI / PESERTA

3.1 Jenis sukan yang dipertandingkan seperti berikut :

Bil SUKAN PENGURUS

PASUKAN

JURULATIH

PASUKAN PEMAIN JUMLAH

3.1.1 Bola Sepak 1 3 22 26

3.1.2 Bola Jaring 1 1 14 16

3.1.3 Bola Tampar Lelaki 1 1 12 14

3.1.4 Bola Tampar Wanita 1 1 12 14

3.1.5 Memanah Lelaki 1 2 8 11

3.1.6 Memanah Wanita 1 2 8 11

3.1.7 Badminton Lelaki 1 1 8 10

3.1.8 Badminton Wanita 1 1 8 10

3.1.9 Tenpin Boling Lelaki 1 1 4 6

3.1.10 Tenpin Boling Wanita 1 1 4 6

3.1.11 Sepak Takraw 1 2 12 15

Page 2: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

2 CETAKAN : 2017

3.1.12 Sofbol Lelaki 1 2 17 20

3.1.13 Sofbol Wanita 1 2 17 20

3.1.14 Olahraga Lelaki 1 3 20 24

3.1.15 Olahraga Wanita 1 3 20 24

3.1.16 Ragbi 1 3 15 19

3.1.17 Hoki Lelaki 1 2 18 21

3.1.18 Hoki Wanita 1 2 18 21

3.1.19 Skuasy Lelaki 1 1 4 6

3.1.20 Skuasy Wanita 1 1 4 6

3.1.21 Ping Pong Lelaki 1 1 6 8

3.1.22 Ping Pong Wanita 1 1 6 8

3.1.23 Tenis Lelaki 1 1 6 8

3.1.24 Tenis Wanita 1 1 6 8

3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14

3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14

3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6

3.1.28 Catur Wanita 1 1 4 6

3.1.29 Woodball Lelaki 1 1 6 8

3.1.30 Woodball Wanita 1 1 6 8

3.1.31 Boling Padang Lelaki 1 1 6 8

3.1.32 Boling Padang Wanita 1 1 6 8

3.1.33 Petanque Lelaki 1 1 8 10

3.1.34 Petanque Wanita 1 1 8 10

3.1.35 Renang Lelaki 1 1 29 31

3.1.36 Renang Wanita 1 1 29 31

3.1.37 Pencak Silat Lelaki 1 2 18 21

3.1.38 Pencak Silat Wanita 1 2 14 17

3.1.39 Berbasikal (MTB) Lelaki 1 2 6 9

3.1.40 Berbasikal (MTB) Wanita 1 2 6 9

3.1.41 Taekwondo Lelaki 1 1 8 10

3.1.42 Taekwondo Wanita 1 1 8 10

3.1.43 Karate Do Lelaki 1 1 13 15

3.1.44 Karate Do Wanita 1 1 10 12

3.1.45 Golf Lelaki 1 1 5 7

3.1.46 Golf Wanita 1 1 5 7

Page 3: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

3 CETAKAN : 2017

3.1.47 Futsal Lelaki 1 3 20 24

3.1.48 Futsal Wanita 1 3 20 24

3.1.49 Sukan Lasak Penganjur

3.1.50 Mendayung Lelaki 1 1 15 17

3.1.51 Mendayung Wanita 1 1 15 17

3.1.52 Kayak Lelaki 1 1 5 7

3.1.53 Kayak Wanita 1 1 5 7

4. KELAYAKAN PENYERTAAN

4.1 Hanya pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian sepenuh

masa di Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi.

4.2 Pelajar semester akhir yang telah menamatkan pengajian ( sehingga

keputusan rasmi lembaga peperiksaan politeknik Malaysia – insuran

pelajar adalah tanggungan politeknik berkenaan ) boleh menyertai

karnival sukan atau kejohanan sukan.

4.3 Setiap politeknik/politeknik negeri dibenarkan menghantar satu pasukan

sahaja bagi setiap jenis permainan yang dipertandingkan dalam sukan

MSP.

4.4 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan 1 salinan photostat kad

pengenalan dan 1 salinan kad matrik/pelajar untuk disertakan bersama

borang pendaftaran pemain semasa kejohanan.

4.5 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan kad matrik/pelajar asal

kepada urusetia pertandingan untuk tujuan semakan dan pengesahan

status pemain/atlet pada perlawanan pertama sahaja bagi setiap pasukan.

Semakan seterusnya akan dilakukan sekiranya ada permintaan.

4.6 Mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan am perkara 4.4 dan

4.5 tidak akan dibenarkan menyertai karnival sukan atau kejohanan

tersebut.

Page 4: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

4 CETAKAN : 2017

5. PENDAFTARAN 5.1 Setiap politeknik/politeknik negeri dibenarkan mendaftar bilangan pegawai

dan pemain/atlet seperti yang ditetapkan dalam borang penyertaan yang

telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Teknik

dan Pertandingan MSP.

5.2 Setiap pemain/atlet hanya dibenarkan mendaftar bagi dua jenis sukan

sahaja tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak membuat apa-apa

keputusan mengenai penjadualan pertandingan. Bagi olahraga setiap

pemain/atlet dibenarkan mengambil bahagian dalam tiga 3 acara individu

dan dua 2 acara berpasukan.

5.3 Borang pendaftaran pegawai dan pemain/atlet hendaklah sampai kepada

Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh (7)

hari sebelum tarikh pertandingan. Borang pendaftaran tersebut hendaklah

ditandatangani untuk tujuan pengesahan oleh Ketua Jabatan Sukan atau

Ketua Unit Sukan.

5.4 Pertukaran pemain/atlet hanya boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-

Pengurus Pasukan sehari sebelum pertandingan bermula. Hanya nama-

nama yang telah disahkan dalam mesyuarat pengurus pasukan sahaja

akan layak untuk menyertai pertandingan tersebut kecuali acara olahraga.

6. PAKAIAN

6.1 Setiap pemain/atlet yang mengambil bahagian dalam karnival sukan atau

kejohanan sukan MSP mestilah berpakaian sukan yang sesuai dan

kemas. Pemain/atlet digalakkan untuk berpakaian menutup aurat.

6.2 Peraturan pakaian yang ditetapkan seperti termaktub dalam undang-

undang permainan hendaklah dipatuhi.

6.3 Jika terdapat dua pasukan yang memakai jersi yang sama warna dalam

satu-satu perlawanan, pasukan yang pertama namanya tercatat dalam

jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang berlainan warna.

Page 5: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

5 CETAKAN : 2017

6.4 Pemain/atlet yang terlibat dengan upacara penyampaian hadiah

diwajibkan memakai pakaian kemas dan berkasut sukan.

6.5 Pengurus dan jurulatih pasukan juga diwajibkan berpakaian kemas (baju

T atau kemeja berkolar) dan berkasut semasa bersama pemain sewaktu

perlawanan berlangsung. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan sama

sekali semasa berada di dalam situasi pertandingan.

7. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan atau Kejohanan Sukan MSP akan

ditetapkan Majlis Sukan Politeknik Malaysia dan bertanggungjawab :

7.1 Menentukan tarikh, tempat dan masa karnival sukan atau kejohanan dan

sebolehnya dilaksanakan semasa cuti semester.

7.2 Melantik Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Permainan

sebagai Penasihat Teknikal Kejohanan.

7.3 Melantik pengadil kejohanan yang bertauliah untuk menjayakan karnival

sukan atau kejohanan sukan tersebut.

7.4 Menyedia dan mengemukakan anggaran perbelanjaan untuk kelulusan

pihak MSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum karnival sukan

atau kejohanan sukan MSP bermula.

7.5 Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang,

gelanggang, elaun makan sukarelawan, elaun petugas dan lain-lain yang

berkaitan.

7.6 Memaklumkan kepada semua politeknik spesifikasi peralatan sukan yang

akan digunakan semasa kejohanan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan

sebelum karnival sukan atau kejohanan sukan MSP berlangsung.

Page 6: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

6 CETAKAN : 2017

7.7 Mengadakan taklimat teknikal (lawatan tapak) dan cabutan undi sebelum

pertandingan.

7.8 Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan dan salinan

minit mesyuarat kepada:

7.8.1 Setiausaha Agung MSP

7.8.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP

7.8.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan MSP.

7.9 Mengedarkan keputusan rasmi karnival sukan atau kejohanan sukan MSP

kepada semua Politeknik dalam tempoh 14 hari selepas tamat

pengelolaan karnival sukan atau kejohanan sukan tersebut kepada :

7.9.1 Setiausaha Agung MSP

7.9.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP

7.9.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan permainan berkenaan

7.10 Menghantar kepada Bendahari MSP, 1 salinan laporan lengkap Penyata

Kewangan dalam tempoh masa sebulan selepas tamat kejohanan.

8. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan cara liga atau kalah mati seperti berikut:

8.1 Lapan Kumpulan

8.1.1 Pusingan Awal

Sekiranya dua puluh empat atau lebih pasukan mengambil

bahagian hendaklah dibahagikan kepada lapan kumpulan A, B, C,

D, E, F, G dan H. Format pertandingan dijalankan secara liga satu

pusingan.

8.1.2 Pusingan Kedua

Page 7: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

7 CETAKAN : 2017

8.1.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.

8.1.2.2 Johan A lawan Naib Johan H, pemenang sebagai X1.

8.1.2.3 Johan E lawan Naib Johan C, pemenang sebagai X2.

8.1.2.4 Johan D lawan Naib Johan G, pemenang sebagai X3.

8.1.2.5 Johan F lawan Naib Johan B, pemenang sebagai X4.

8.1.2.6 Johan B lawan Naib Johan F, pemenang sebagai X5.

8.1.2.7 Johan G lawan Naib Johan D, pemenang sebagai X6.

8.1.2.8 Johan C lawan Naib Johan E, pemenang sebagai X7.

8.1.2.9 Johan H lawan Naib Johan A, pemenang sebagai X8.

8.1.3 Suku Akhir

8.1.3.1 Suku akhir pertama X1 lawan X2, pemenang sebagai

Y1.

8.1.3.2 Suku akhir kedua X3 lawan X4,pemenang sebagai

Y2.

8.1.3.3 Suku akhir ketiga X5 lawan X6, pemenang sebagai

Y3.

8.1.3.4 Suku akhir keempat X7 lawan X8,pemenang sebagai

Y4.

8.1.4 Separuh Akhir

8.1.4.1 Separuh akhir pertama Y1 lawan Y2, pemenang

sebagai Z1.

8.1.4.2 Separuh akhir kedua Y3 lawan Y4,pemenang sebagai

Z2.

8.1.5 Pertandingan Akhir.

8.1.5.1 Menentukan Johan dan N. Johan, Z1 lawan Z2.

8.1.5.2 Tempat ketiga dan keempat, kalah Y1 lawan Y2 dan

kalah Y3 lawan Y4.

8.2 Enam Kumpulan

Page 8: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

8 CETAKAN : 2017

8.2.1 Pusingan Awal

Sekiranya tujuh belas hingga dua puluh tiga pasukan mengambil

bahagian hendaklah dibahagikan kepada enam kumpulan A, B, C,

D, E dan F. Format pertandingan dijalankan secara liga satu

pusingan.

8.2.2 Pusingan Kedua (Rujuk Jadual di bawah)

8.2.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.

8.2.2.2 Empat pasukan Johan Kumpulan akan diundi pada

kedudukan 9, 10, 11 dan 12. Manakala dua pasukan

Johan Kumpulan akan diundi pada kedudukan 1 dan

5.

8.2.2.3 Enam pasukan Naib Johan Kumpulan akan diundi

pada kedudukan 2, 3, 4, 6, 7 dan 8. Kaedah undian

ialah jika pasukan Johan Kumpulan telah diundi pada

kedudukan 1, 9 dan 10, maka pasukan Naib Johan

Kumpulannya akan diundi pada kedudukan 6, 7 dan

8. Begitu juga jika pasukan yang Johan Kumpulan

telah diundi pada kedudukan 5,11 dan 12, maka

pasukan Naib Johan Kumpulannya akan diundi pada

kedudukan 2, 3 dan 4.

Page 9: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

9 CETAKAN : 2017

Jadual Enam Kumpulan :

1 : JOHAN

2 : N/JOHAN

SUKU AKHIR 9 : JOHAN

3 : N/ JOHAN

SEPARUH AKHIR

4 : N/JOHAN

AKHIR

SUKU AKHIR

5 : JOHAN

10 : JOHAN

6 : N/JOHAN

SUKU AKHIR 11 : JOHAN

7 : N/JOHAN

SEPARUH AKHIR

8 : N/JOHAN

SUKU AKHIR 12 : JOHAN

Page 10: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

10 CETAKAN : 2017

8.3 Empat Kumpulan

8.3.1 Pusingan Awal

Sekiranya dua belas hingga enam belas pasukan mengambil

bahagian hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan A, B, C

dan D. Format pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.

8.3.2 Suku Akhir

8.3.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.

8.3.2.2 Johan A lawan N. Johan C dan Johan C lawan N.

Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2.

8.3.2.3 Johan B lawan N. Johan D dan Johan D lawan N.

Johan B.Pemenang sebagai Kumpulan Y1 dan Y2.

8.3.3 Separuh Akhir

8.3.3.1 Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

8.3.3.2 Separuh akhir pertama X1 lawan Y2 dan pemenang

sebagai Z1.

8.3.3.3 Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenang

sebagai Z2.

8.3.4 Pertandingan Akhir.

8.3.4.1 Menentukan Johan dan N. Johan, Z1 lawan Z2.

8.3.4.2 Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan

kalah Y1 lawan X2.

8.4 Tiga Kumpulan

8.4.1 Pusingan Awal

Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan yang mengambil

bahagian hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan A, B dan C

dan pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.

8.4.2 Pusingan Kedua

8.4.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara liga.

Page 11: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

11 CETAKAN : 2017

8.4.2.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan

dimasukkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan

cara undian yang akan dibuat selepas sahaja tamat

pusingan awal.

8.4.2.3 Daripada tiga Johan, satu akan masuk ke kumpulan X

atau Y dengan cara undian.

8.4.2.4 Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan dalam

kumpulan lain dari Johan Kumpulannya dalam

pusingan awal.

8.4.3 Pusingan Akhir

8.4.3.1 Johan kumpulam X lawan Johan Kumpulan Y untuk

menentukan Johan dan Naib Johan.

8.4.3.2 N. Johan Y lawan N. Johan X untuk tempat ketiga

dan keempat.

8.5 Dua Kumpulan

8.5.1 Pusingan Awal

Sekiranya enam hingga lapan pasukan mengambil bahagian,

pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B.

Format pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.

8.5.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir

8.5.2.1 Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan

Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan melawan

Naib Johan Kumpulan A pada perlawanan separuh

akhir.

8.5.2.2 Pemenang perlawanan separuh akhir akan bertemu

untuk menentukan Johan dan Naib Johan manakala

pasukan yang kalah pada peringkat separuh akhir

akan bertemu untuk menentukan tempat ketiga dan

keempat.

8.6 Satu Kumpulan

8.6.1 Pusingan Awal

Page 12: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

12 CETAKAN : 2017

Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan yang

mengambil bahagian pertandingan secara liga satu pusingan akan

dijalankan.

8.6.2 Pusingan Akhir

Johan dan Naib Johan dalam liga satu pusingan akan bertemu

pada perlawanan akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

9. PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN

9.1 Format Kiraan Mata

Jika pertandingan dijalankan secara karnival sukan maka Johan

Keseluruhan akan ditentukan melalui kaedah berikut :

9.1.1 Bagi permainan acara berpasukan, Johan mendapat 8 mata,

Naib Johan mendapat 5 mata, Ketiga mendapat 3 mata dan

Keempat mendapat 2 mata.

9.1.2 Bagi permainan dijalankan secara Individu dan melibatkan

satu acara sahaja, Johan mendapat 5 mata, Naib Johan

mendapat 3 mata, Ketiga mendapat 2 mata dan Keempat

mendapat 1 mata.

9.1.3 Johan keseluruhan adalah berdasarkan hasil jumlah mata

keseluruhan yang diperolehi oleh Politeknik/Politeknik

Negeri tersebut.

Jadual Pemberian Mata ialah seperti berikut :

KEDUDUKAN INDIVIDU BERPASUKAN

Pertama 5 8

Kedua 3 5

Ketiga 2 3

Keempat 1 2

Ke 5 – ke 8 - 1

Page 13: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

13 CETAKAN : 2017

9.2 Format Pungutan Pingat

Johan keseluruhan ditentukan berdasarkan :

9.2.1 Pasukan yang memenangi pingat emas yang terbanyak

9.2.2 Jika dua pasukan atau lebih mempunyai pungutan pingat

emas yang sama, pasukan yang mempunyai pingat perak

yang lebih banyak isytiharkan sebagai pemenang

9.2.3 Jika dua pasukan atau lebih mempunyai pungutan pingat

emas dan perak yang sama, pasukan yang mempunyai

pingat gangsa yang lebih banyak isytiharkan sebagai

pemenang dan

9.2.4 Jika dua pasukan atau lebih mempunyai pungutan pingat

emas, perak dan gangsa yang sama, pasukan berkenaan di

isytiharkan sebagai johan bersama.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Setiap pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak

boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak

lawan untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap

pasukan perlu menamatkan perlawanan yang telah dijadualkan.

10.2 Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat

memberi kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang cedera

mestilah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Politeknik.

11. BANTAHAN

11.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pengurus

pasukan dan disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik berkenaan dan

hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

Page 14: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

14 CETAKAN : 2017

atau wakilnya dalam tempoh satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau

mengikut masa yang ditetapkan oleh permainan tersebut dengan

disertakan wang tunai sebanyak RM250 (Ringgit Malaysia Dua Ratus

Lima puluh Sahaja) sebagai cagaran dan yuran proses.

11.2 Wang cagaran itu akan hilang dan menjadi pendapatan penganjur

sekiranya bantahan itu tidak diterima.

11.3 Sekiranya bantahan diterima oleh Jawatankuasa Bantahan maka wang

cagaran sebanyak RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) sahaja

akan dikembalikan dan RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

sebagai yuran proses.

11.4 Semua Bantahan hendakah ditulis dalam Bahasa Malaysia.

11.5 Semua bukti ke atas bantahan perlulah dikemukakan oleh pihak yang

membantah kepada Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan.

11.6 Keputusan Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan adalah muktamad.

12. JURI RAYUAN DAN BANTAHAN

Ahli Juri Rayuan dan Bantahan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum)

atau 7 orang (maksimum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang

berkecuali.

12.1 Ahli Juri Rayuan dan Bantahan (minimum) terdiri daripada:

12.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSP atau wakilnya sebagai

Pengerusi.

12.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP atau

wakilnya

12.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan MSP atau

wakilnya

Page 15: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

15 CETAKAN : 2017

12.1.4 Dua atau Empat orang wakil daripada politeknik yang berkecuali

13. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN / KARNIVAL

13.1 Lembaga ini terdiri daripada:

13.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin atau wakilnya sebagai Pengerusi.

13.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai

Setiausaha.

13.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan MSP.

13.1.4 Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang

berkecuali.

13.2 Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk:

Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi

semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut:

13.2.1 memberi amaran atau

13.2.2 menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau

13.2.3 pasukan didenda RM 1000.00 atau

13.2.4 menyingkirkan pasukan permainan berkenaan daripada

keseluruhan kejohanan/karnival.

14. PEMATUHAN PERATURAN

Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan

dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian

berkaitan peraturan am MSP maka hanya peraturan am terkini sahaja akan

digunapakai.

Page 16: MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM … file3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14 3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14 3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6 3.1.28 Catur Wanita

-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-

16 CETAKAN : 2017

15. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-

barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan

kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan

kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa

persediaan dan langkah keselamatan hendaklah disediakan bagi mengelak

kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.

16. KELEWATAN

16.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit

sebelum perlawanan dimulakan.

16.2 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah

dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap memberi

kemenangan percuma kepada pihak lawannya. ( merujuk kepada

peraturan pertandingan sukan tersebut )

17. HADIAH

Hadiah akan disediakan oleh penganjur untuk pemenang-pemenang Pertama,

Kedua dan Ketiga sahaja atau mengikut tawaran pingat setiap permainan.

18. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN

PERTANDINGAN.

18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan

Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola

kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

18.2 Semua pasukan diwajibkan hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah atau

Majlis Penutup yang ditetapkan oleh Pengelola. Surat Tunjuk Sebab akan

diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

kepada pasukan yang tidak hadir dan perlu dibalas dalam tempoh 14 hari

dari tarikh surat dikeluarkan.