perancangan ujian

74
PERANCANGAN UJIAN

Upload: nadzirah-hanis

Post on 18-Nov-2014

5.033 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Perancangan ujian

PERANCANGAN UJIAN

Page 2: Perancangan ujian
Page 3: Perancangan ujian

PERANCANGAN

UJIAN Melapor

Analisis item

Memeriksa item

Mentadbir ujian

Membina dan menyemak skema

Membina dan menyemak item

Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Menentukan tujuan dan isi ujian

Page 4: Perancangan ujian

TUJUAN UJIAN Mengukur- kecerdasan, kemahiran, pengetahuan

atau atribut psikologi Mengukur tahap pemahaman pelajar tentang

pembelajaran Menentukurkan (prauji) Mengukur pencapaian Menyemak kandungan kursus (ujian latihan) Mendiskriminasi antara pelajar (memberi gred) Memotivasikan pelajar Menyedikan maklum balas kepada pelajar Menyediakan maklum balas kepada guru dan ibu

bapa Mengukur keberkesanan pengajaran

Page 5: Perancangan ujian

ISI UJIAN

Merangkumi isi-isi pelajaran yang telah dipelajari oleh pelajar.

Terikat dengan sukatan mata pelajaran ini bagi memastikan soalan/item tidak terkeluar dari sukatan mata pelajaran.

Kandungan soalan boleh mengandungi kemahiran kognitif dan psikomotor.

Penilaian yang dilakukan mestilah selari dengan kurikulum, wajaran dan objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

Page 6: Perancangan ujian

Contoh Mata pelajaran : BiokimiaHasil pembelajaran kursus: Pada akhir pembelajaran

pelajar dapat:

CLO 1: Menerangkan dengan jelas kepentingan biokimia,

tindakbalas pemerangan, komponen phenol dan minyak perlu (C4)

CLO 2: Menunjukkan kemahiran bekerja dalam kumpulan

sewaktu amali (P3) CLO 3:

Mengikut prosedur dan teknik yang diberikan dalam menjalankan amali (A3)

Page 7: Perancangan ujian

JADUAL SPESIFIKASI PENILAIAN Kandungan CLO Tugasan

1 2 3 Ujian (5%) Peperiksaan

pertengahan

tahun (15%)

Kerja amali

(30%)

Peperiksaan

akhir

(40%)

Penilaian

rakan

(5%)

Projek

(5%)

Pengenalan

kepada

biokimia

√ √ √

Biokimia

pada makanan

√ √ √ √ √ √ √

Respirasi sel √ √ √

Pemerangan √ √ √ √ √ √ √ √

Komponon

phenol

√ √ √

Minyak perlu √ √ √ √ √ √ √

Isu-isu

biokimia

√ √ √

Page 8: Perancangan ujian

MEMBENTUK JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)

JPU adalah jadual dua hala yang menyenaraikan objektif di bahagian jalur dan domain pencapaian yang hendak diujur ke atas pelajar di bahagian baris (Kubiszyn dan Borich, 1996).

JPU adalah sebagai satu rancangan bertulis yang menyatakan agihan item-item mengikut kandungan pelajaran, objektif pembelajaran dan tingkatan relatif pentingnya setiap kandungan dan objektif (Nordin, 2002)

Page 9: Perancangan ujian

SIAPA YANG MENYEDIAKAN JPU?

Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Panel atau pakar subjek di pusat kemahiran Wakil daripada industri

Page 10: Perancangan ujian

TUJUAN JPU/JSU Untuk mengelakkan ujian dibina secara tidak teratur

dan sistematik. Mendapat jaminan kesahan dan kebolehpercayaan

ujian Panduan kepada penggubal soalan Menetapkan taraf dan aras kesukaran ujian Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang

seimbang (bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan kepentingan tajuk atau objektif pelajaran)

Mengkaji semula kertas soalan. Perbandingan dapat dibuat antara satu ujian dengan

ujian yang lain. Memastikan ketekalan ujian untuk tempoh masa

tertentu

Page 11: Perancangan ujian

LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JPU

1)Memilih dan menyenaraikan isi kandungan atau topik yang hendak diuji

2)Menentukan format ujian yang hendak dijalankan.

3)Menentukan pemberat bagi soalan

4)Menentukan aras kemahiran dan kesukaran

5)Menentukan bilangan item/soalan berdasarkan isi dan aras kemahiran ujian

6) Menyemak soalan

Page 12: Perancangan ujian

1) MEMILIH DAN MENYENARAIKAN ISI KANDUNGAN ATAU TOPIK YANG HENDAK DIUJI

Aspek yang perlu dikaji adalah seperti: Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran

sesuatu tajuk Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan

tajuk-tajuk lain Kompleksiti sesuatu tajuk Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu

tajuk

Page 13: Perancangan ujian

BAB TOPIK SUB TOPIK NO. SOALAN ARAS1 2 3

1 Sejarah Dan Kita

Pengertian SejarahPencerna mindaCiri-ciri SejarahSumber SejarahKaedah Pengkajian SejarahPentafsiran Sejarah-Kepentingan Sejarah-Faedah mempelajari Sejarah

2. Zaman Pra-Sejarah

Zaman Paleolitik-Ciri-ciri-Kegiatan dan Peralatan-Kepercayaan-Lokasi di MalaysiaZaman Neolitik-Ciri-ciri-Kegiatan dan peralatan-Kepercayaan-Lokasi di MalaysiaZaman Logam-Ciri-ciri-Kegiatan dan peralatan-Kepercayaan-Lokasi di Malaysia

Page 14: Perancangan ujian

2) MENENTUKAN FORMAT UJIAN YANG HENDAK DIJALANKAN

Guru perlulah menentukan format ujian guru perlu peka dengan jangka masa ujian, jenis soalan, kesukaran soalan, panjang soalan dan kemampuan bahasa pelajar bagi memastikan pelajar mampu menjawab ujian yang diberikan.

Page 15: Perancangan ujian

Jenis Ujian

Aras perkemba

ngan kognitif

Aras kebolehan pelajar

Panjang dan

kompleksnya item

Kemahiran yang diuji

Komputasi

PENENTUAN MASA UJIAN

Page 16: Perancangan ujian

CONTOH FORMAT UJIAN

Mata pelajaran : Biologi Tajuk : Sturktur sel dan fungsinya Masa : 2 jam Format soalan: Objektif dan subjektif Jumlah markah: 100

Page 17: Perancangan ujian

Format item Objektif Subjektif

Masa 1 jam 1 jam

Markah 40 60

Bilangan item 40 3

Markah pada setiap item 1 20

Masa yang diperlukan pada

setiap item

1.5 minit 20.minit

Page 18: Perancangan ujian

3) MENENTUKAN WAJARAN BAGI SETIAP TOPIK YANG DIUJI

Wajaran digunakan untuk menentukan keseimbangan bagi setiap topik yang diajar.

Wajaran ini boleh dilakukan dengan menyenaraikan tajuk yang akan dimasukkan dalam ujian dan tempoh masa interaksi yang diperuntukkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

Page 19: Perancangan ujian

Bil Topik Masa interaksi yang

diperuntukkan

1 Stuktur sel dan fungsinya 20

2 Pergerakan bahan 9

3 Kandungan komposisi dalam sel 12

4 Pembahagian sel 5

5 Organisasi sel 8

Jumlah jam 54

Page 20: Perancangan ujian

JUMLAH JAM UNTUK INTERAKSI X 100JUMLAH MASA KESELURUHAN

Bil Topik Jam Peratusan

(%)

Bil soalan

1 Stuktur sel dan fungsinya 20 37 15

2 Pergerakan bahan 9 16.7 7

3 Kandungan komposisi

dalam sel

12 22 8

4 Pembahagian sel 5 9.3 4

5 Organisasi sel 8 14.8 6

Jumlah masa 54 100 40

Page 21: Perancangan ujian

Aras kemahiran dan kesukaran disusun secara mengufuk dalam JPU.

Domain aras kemahiran boleh disediakan dengan mengikut aras taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

4) MENENTUKAN ARAS KEMAHIRAN DAN KESUKARAN

Page 22: Perancangan ujian

CONTOH ARAS KEMAHIRAN

Bil Topik/item ARAS KEMAHIRAN JUMLAH JUMLAH

BESARPENGETAHUA

N

KEFAHAMAN APLIKASI ANALIS

IS

SINTESI

S

PENILAIA

N

R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T

1

2

3

4

5

6

7

8

Page 23: Perancangan ujian

ARAS KESUKARAN

Mudah: aras pengetahuan dan kefahaman (dianggarkan lebih 60 % calon dapat menjawab )

Sederhana : aras aplikasi dan analisis (dianggarkan lebih 40% calon dapat menjawab)

Sukar: aras sintesis dan penilaian (dianggarkan 20% calon dapat menjawab)

Nisbah bagi kesukaran item : 5:3:2

Page 24: Perancangan ujian

Aras rendah: Item berkaitan “apa” (what)-fakta

Aras sederhana: Item berkaitan “bagaimana” (how)-prosedur

Aras tinggi : Item berkaitan “mengenai” (about)- teori

ARAS KESUKARAN

Page 25: Perancangan ujian

Aras Contoh Rendah Namakan organel pada rajah 1?

Sederhana Nyatakan fungsi organel pada Rajah 1?

Tinggi Sel manakah yang mengandungi organel seperti dalam Rajah 1?

Page 26: Perancangan ujian

5) MENENTUKAN BILANGAN ITEM/SOALAN BERDASARKAN ISI DAN

ARAS KEMAHIRAN UJIAN Jumlah soalan yang digubal perlulah mencukupi

untuk mewakili kandungan pengajaran, domain, objektif pengajaran dan peringkat pengajaran yang hendak diukur

Merangkumi kebolehpercayaan dan kesahan item.

Page 27: Perancangan ujian

Jumlah soalan yang hendak dibina bergantung kepada wajaran yang telah ditetapkan. Bilangan soalan yang hendak di masukkan dalam kotak yang merentasi isi kandungan dan aras kesukaran bagi sesuatu ujian.

CONTOH

Page 28: Perancangan ujian

Menyemak bilangan soalan dengan menjumlahkan semua soalan dalam setiap baris menegak dan mengufuk dan mencukupi seperti yang dikehendaki.

Penyemakan adalah untuk memastikan item yang selaras dengan kehendak objektif kurikulum.

6) MENYEMAK ITEM

CONTOH JPU

Contoh JPU 2

Page 29: Perancangan ujian
Page 30: Perancangan ujian

MEMBINA DAN MENYEMAK ITEM

Page 31: Perancangan ujian

ANTARA LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBINA DAN MENYEMAK ITEM IALAH: 

1

•Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji

2

•Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran

3

•Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran (menggunakan taksonomi Bloom)

4

•Tentukan bilangan item mencukupi untuk mengukur pencapaian murid.

5

•Semak semula jenis item yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum.

Page 32: Perancangan ujian

6

•Kandungan ujian mestilah berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan meliputi:•i – skop atau kedalamannya •ii – bilangan item untuk setiap tajuk •iii –wajaran

7

•Jenis dan jumlah item adalah berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan samada item objektif atau subjektif dan aras kesukaran

8

•Peratusan item mengikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

Page 33: Perancangan ujian

JENIS-JENIS ITEM

Item

objektif

Item

subjekti

f

Page 34: Perancangan ujian

Item objektif

Item objektif pelbagai pilihan

Item betul/salahItem padanan

Page 35: Perancangan ujian

ITEM OBJEKTIF PELBAGAI PILIHAN

Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul

Contoh: Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?A AmmeterB VoltmeterC Meter pHD Multi meter

Page 36: Perancangan ujian

ITEM BETUL-SALAH

Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu.

Page 37: Perancangan ujian

1. Gunung yang paling tinggi di Malaysia terletak di negeri Pahang

A. BetulB. Salah

2. Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah dalam kotak yang disediakan.

 Pemindahan embrio ialah proses memindahkan ovum dari Rahim haiwan penderma ke dalam Rahim haiwan penerima.

 Bakteria Bacillus thungiensis berupaya menghasilkan toksin untuk membunuh ulat Plutella

 

Bakteria rhizobium dalam modul akar kekacang boleh mengikat nitrogen dari udara bagi menambahkan bahan nitrat dalam tanah.

 Antibiotik ialah ampaian mikrob yang lemah digunakan untuk mencegah penyakit.

Page 38: Perancangan ujian

ITEM PADANAN

item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/hubungan dengan maklumat dalam set kedua.

Simpulan Bahasa Makna

A Tangkai jering Bersiar-siar

B Ayam tambatan Suka menolong orang lain

C Makan angin Orang yang boleh diharap

D Ringan tulang Orang yang kedekut

Page 39: Perancangan ujian

ITEM JENIS SUBJEKTIF

Bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik.

Digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki

Sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan yang memerlukan kemahiran berfikir

Memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut.

Page 40: Perancangan ujian

KATA TUGAS ITEM SUBJEKTIF

suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item.

mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

Page 41: Perancangan ujian

Kata tugas Huraian

Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu.

Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.

Bagaimanakah Memperihalkan atau memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian.

Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

Berapakah Menyatakan kuantiti.

Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.

Bilakah Menyatakan masa atau waktu.

Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

Page 42: Perancangan ujian

Item subjektif

Item esei berjawapan pendek

• memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan)

• Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir.

Item esei berjawapan terbuka

• membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas,

• item ini memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.

Page 43: Perancangan ujian

MEMBINA DAN MENYEMAK SKEMA

Page 44: Perancangan ujian

MEMBINA DAN MENYEMAK SKEMA Skema merupakan pandu arah, peraturan atau

rujukan permarkahan bagi setiap soalan.

Markah yang diberikan kepada

setiap soalan adalah

konsistenBagi soalan

objektif, hanya 1 markah diberikan

kepada setiap jawapan yang

betul

Page 45: Perancangan ujian

Beri 1 markah bagi

setiap fakta dan 1

hingga 3 markah

untuk huraian dan

ilustrasi/rajah

setiap fakta

Maksimum 1% markah

ditolak kerana

kesilapan bahasa

Bagi soalan objektif, hanya 1 markah diberikan

kepada setiap jawapan yang

betul

Page 46: Perancangan ujian

Contoh pemarkahan adalah seperti berikut dan dituliskan di bahagian bawah sebelah kanan jawapan

5 fakta/isi ˣ 1 markah = 5 markah 5 huraian ˣ 2 markah = 10 markah

Jumlah =15 MARKAH

Page 47: Perancangan ujian

MENTADBIR UJIAN

Page 48: Perancangan ujian

LANGKAH-LANGKAH

DALAM PENTADBIRAN

UJIAN

SEBELUM PEPERIKSA

AN BERMULA

SEBELUM TAMAT

PEPERIKSAAN

SELEPAS PEPERIKSAAN TAMAT

Page 49: Perancangan ujian

PERANCANGAN UJIAN

●Memeriksa item

● Analisis item

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

● Melapor

Page 50: Perancangan ujian

Memeriksa item

• Item ujian akan diperiksa selepas ujian dijalankan• Tugas memeriksa item ujian akan dilaksana oleh panel

pemeriksa yang dilantik• Item jawapan terbahagi kepada dua iaitu dalam

bentuk objektif atau dalam bentuk esei.• Skrip jawapan perlu disediakan sebagai panduan

kepada guru• Skor diperolehi oleh seseorang murid adalah

bergantung kepada prestasi jawapan yang diberikan dalam soalan yang dijawab.

Page 51: Perancangan ujian

ANALISIS ITEM

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Memastikan item/soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan.

Menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar.

Menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pendai daripada pelajar lemah.

Page 52: Perancangan ujian

ANALISIS ITEM

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Hasil item analisis boleh digunakan untuk memperbaiki kualiti item berkenaan.

Menghasilkan pekali/indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian Dan Indeks Kesahan Ujian.

Perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai/sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Page 53: Perancangan ujian

INDEKS KESUKARAN

Indeks kesukaran item (item difficulty index) (P).

Menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab.

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Aras kesukaran soalan objektif dan subjektif

Nilai P ialah antara 0.00 hingga 1.00.

Page 54: Perancangan ujian

INDEKS KESUKARAN

Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Soalan Objektif

Indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul. Lagi tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item dengan betul, lagi mudahlah item tersebut.

P = Bilangan calon yang memberi jawapan betulJumlah calon yang menjawab.

Page 55: Perancangan ujian

INDEKS KESUKARAN

Bagi ujian berbentuk subjektif indeks kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat markah penuh

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Soalan Subjektif

P = Markah purata ( Jumlah markah / Jumlah pelajar ) Julat markah penuh ( Markah maksimum – Markah minimum )

Page 56: Perancangan ujian

INDEKS KESUKARAN

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Aras Kesukaran

Page 57: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

Ialah satu ciri item yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur kepekaan pembezaan individu.

Dihitung dengan membandingkan prestasi pelbagai kumpulan terhadap sesuatu item dengan sesuatu kriteria.

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Skor keseluruhan ujian dijadikan kriteria.

Page 58: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Tujuan Untuk mengenalpasti pelajar yang berkeupayaan tinggi untuk matlamat tertentu.

Item Item yang baik akan dapat membezakan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi

Indeks

Digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi item.

Page 59: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Item mendiskriminasi

Item tidak mendiskriminasi

Indeks Diskriminasi Item

Page 60: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Item mendiskriminasi

• menunjukkan bahawa item itu dijawab dengan betul oleh lebih ramai pelajar yang mendapat markah tinggi dalam ujian itu daripada pelajar-pelajar yang mendapat markah rendah

Positif

• menunjukkan bahawa item itu dijawab dengan betul oleh lebih ramai pelajar yang mendapat markah rendah dalam ujian itu daripada pelajar-pelajar yang mendapat markah tinggi

Negatif

Page 61: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Item tidak mendiskriminasi

Adalah item yang tidak menunjukkan perbezaan kadar menjawab betul antara kumpulan pelajar yang mendapat markah tinggi dengan kumpulan pelajar yang mendapat markah rendah

Page 62: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Prosedur untuk Menentukan Indeks Diskriminasi

• Periksa semua kertas jawapan untuk semua pelajar

• Susun kertas jawapan mengikut skor ujian dari tinggi ke rendah

• Bahagikan kertas jawapan kepada kumpulan atas (A) dan

kumpulan bawah (B), setiap kumpulan mempunyai bilangan

kertas jawapan yang sama. (Sekiranya bilangan kertas jawapan

adalah nombor ganjil, kertas jawapan tunggal yang terdapat di

tengah-tengah boleh ditinggalkan)

Page 63: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Prosedur untuk Menentukan Indeks Diskriminasi

• Hitungkan kadar pelajar (PA) dalam kumpulan atas (A) yang

dapat menjawab dengan betul

• Hitungkan kadar pelajar (PB) dalam kumpulan bawah (B) yang

dapat menjawab dengan betul

• Hitungkan Indek Diskriminasi (D) dgn formula berikut:

D = PA - PB

Page 64: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Contoh

• Hitungkan kadar pelajar (PA) dalam kumpulan atas (A) yang

dapat menjawab dengan betul

• Hitungkan kadar pelajar (PB) dalam kumpulan bawah (B) yang

dapat menjawab dengan betul

• Hitungkan Indek Diskriminasi (D) dgn formula berikut:

D = PA - PB

Page 65: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Contoh

• 30 pelajar dalam kelas dibahagikan kepada kumpulan atas dan

kumpulan bawah mengikut markah ujian, setiap kumpulan

mempunyai 15 pelajar.

• Didapati 12 orang dalam kumpulan atas menjawab Item Q

dengan betul; manakala hanya 6 orang sahaja dalam kumpulan

bawah yang menjawab item itu dengan betul. Indeks

diskriminasi dapat dihitung seperti berikut:

Page 66: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Contoh

PA = 12/15 = 0.80; PB = 6/15 = 0.40;

D = PA - PB

= .80 - .40

= 0.40

Maka indeks diskriminasi D bagi Item Q ialah 0.40.

Page 67: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Aras diskriminasi dan pengelasan item

Indeks Diskriminasi Penilaian Item

0.4 ke atasDapat mendiskriminasi dengan baik; suatu item yang baik

0.3 – 0.39

Kebolehan utk mendiskriminasi adalah sederhana; kualiti item adalah sederhana.

0.2 – 0.29 Kualiti item boleh diterima; biasanya memperlukan penambahbaikan

0.19 ke bawah Kualiti kurang baik; perlu diubahsuai

Page 68: Perancangan ujian

INDEKS DISKRIMINASI

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTVMBE 22703

Ujian Rujukan Norma

• Item yang baik adalah item yang dapat mendiskriminasi pelajar

secara positif

• Item yang tidak mendiskriminasi adalah item yang kurang baik

dan perlu diubahsuai

• Item yang mendiskriminasi secara negatif adalah item yang

TIDAK baik dan TIDAK sesuai dimasukkan dalam mana-mana

jenis ujian

Page 69: Perancangan ujian

PELAPORAN

• Pelaporan penilaian merujuk kepada markah atau skor dan penilaian terhadapnya dilaporkan.

• Pelaporan ialah proses penyampaian

maklumat penilaian dari masa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.

Page 70: Perancangan ujian

Tujuan pelaporan

• Penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru

• Sebagai alat mencari kelemahan punca kelemahan murid• Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran

guru• Menilai prestasi dan kemajuan pelajar• Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar• Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus

peperiksaan• Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut

berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar• Bagi membuat klasifikasi/ pembahagian murid• Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke

sekolah- sekolah terbaik• Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan

Page 71: Perancangan ujian

Kepentingan pelaporan

• Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajarisetiap konsep dan kemahiran. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran

• Mengekalkan suatu paras pencapaian pelajar• Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu

ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu

• Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif

Page 72: Perancangan ujian

Penerimaan pelaporan

Penerimaan pelaporan Tujuan

Guru • Membuat keputusan tentang sukatan pelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran

• Mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar

Pelajar • Mengulangkaji tajuk yang tidak dikuasai

• Mengetahui kemajuan akademik dari masa ke semasa

• Menunjukkan kelemahan/ kemahuan pelajar.

Ibu bapa • Membantu anak- anak dalam pelajaran seperti menghantar kelas tambahan, mengubah pelakuan anak.

• Mengeratkan hubungan dengan sekolah

Kaunselor • Memberi bimbingan dan kaunseling

• Memberi motivasi• Menasihati pelajar dalam

bidang yang sesuai dengan pencapaian.

Page 73: Perancangan ujian

Penerima pelaporan

Tujuan

Guru Besar/ Pengetua

• Merancang program sahsiah kepada pelajar

PPD • Meningkatkan program kecemerlangan sahsiah pelajar antara sekolah- sekolah

Bakal Majikan • Mendapat maklumat pelajar untuk diterima sebagai pekerja

Penerima pelaporan

Page 74: Perancangan ujian

Bentuk pelaporan penilaian

i. Gred/ peratus yang berbentuk nombor 0-100%ii. Gred abjad iaitu A,B,C,D,Eiii. Gred lulus/gagal:contohnya markah 50% ke atas adalah markah

lulusiv. Senarai semak: contohnya gred E adalah sangat lemah, gred D

adalah lemah, gred C adalah memuaskan, Gred B adalah adalah baik dan Gred A adalah sangat baik/cemerlang.

v. Penjelasan bertulis : contohnya memberi gred dan membuat penjelasan serta komen berdasarkan gred yang diberikan.

vi. Perjumpaan ibu bapa dimana perbincangan yang melibatkan guru, murid dan ibu bapa berkait dengan pencapaian yang diperolehi semasa penilaian atau peperiksaan.