perancangan strategik jabatan audit negara korporat... · mengemukakan laporan seimbang kepada...
TRANSCRIPT
Perancangan Strategik 2011-2015
i
KANDUNGAN
PRAKATA ii
PENDAHULUAN 1
ASAS PERANCANGAN STRATEGIK 1
ISU DAN CABARAN JABATAN AUDIT NEGARA MASA KINI 5
FAKTOR PENENTU KEJAYAAN 7
FOKUS UTAMA 8
RANGKA KERJA PERANCANGAN STRATEGIK 9
MATRIKS TRANSFORMASI PENCAPAIAN PERANCANGAN STRATEGIK 10
PENDEKATAN 11
STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN 13
UNJURAN PERBELANJAAN JABATAN 2011 - 2015 18
PENUTUP 20
LAMPIRAN 21
Perancangan Strategik 2011-2015
ii
Prakata Daripada Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara telah merangka perancangan strategik 5 tahun (2011 – 2015) yang
merupakan kesinambungan kepada perancangan strategik 3 tahun (2008 – 2010). Tujuan
perancangan strategik ini adalah untuk memastikan segala perancangan yang dibuat
memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan dalam jangka masa yang ditetapkan dan
mengambil kira aspek kewangan yang ditentukan.
Perancangan strategik Jabatan telah menetapkan fokus, objektif strategik, strategi
pelaksanaan, program dan aktiviti yang sesuai bagi tempoh 5 tahun akan datang. Manakala
petunjuk prestasi utama yang menjadi pengukur prestasi bukan sahaja membolehkan pihak
pengurusan mengenal pasti punca utama timbulnya pelbagai isu pada peringkat operasi,
tetapi akan memberi arah yang jelas kepada semua warga Jabatan dalam menuju matlamat
yang ditetapkan.
Setiap warga Jabatan perlu faham peranan dan tanggungjawab masing-masing dan
keperluan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Saya percaya semua warga Jabatan
akan terus dirangsang untuk mencapai matlamat Jabatan. Dalam proses tersebut, jalinan
koordinasi dan komunikasi di kalangan pihak pengurusan dan semua kakitangan akan dapat
diperkukuhkan. Sesungguhnya sistem kerja yang mengutamakan prestasi yang tinggi
meliputi aspek kualiti, disiplin, komitmen yang tinggi, integriti dan akauntabiliti harus menjadi
budaya dalam Jabatan Audit Negara.
(TAN SRI DATO’ SETIA HJ. AMBRIN BIN BUANG) KETUA AUDIT NEGARA MALAYSIA 9 Mac 2011
Perancangan Strategik 2011-2015
1
PENDAHULUAN Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara bertujuan untuk membantu Jabatan dalam
menghadapi dan mendepani cabaran pentadbiran modenisasi sektor awam dan perubahan
lanskap. Strategi dan program yang dirangka perlu bersesuaian dengan peranan Jabatan
Audit Negara sebagai pemantau yang dapat menambah baik tadbir urus sektor awam agar
segala dasar perbelanjaan kementerian, jabatan dan agensi dilakukan secara teliti, cekap
dan berkesan serta mempunyai value for money.
Perancangan strategik ini menjadi rangka untuk memperkasakan Jabatan dan rangka kerja
kepada pegawai dan kakitangan dalam menyediakan rancangan tahunan bagi mencapai
visi, misi dan objektif Jabatan untuk tempoh 2011 hingga 2015. Dokumen ini, diharap
menjadi panduan agar usaha yang berterusan dapat dilaksanakan bagi memastikan Jabatan
Audit Negara terus relevan dan utuh dalam persekitaran sektor awam yang kian
berkembang dan mencabar.
ASAS PERANCANGAN STRATEGIK
Selaras dengan mandat yang diberi kepada Ketua Audit Negara melalui peruntukan
Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957, perancangan strategik ini disediakan
dengan mengambil kira Visi, Misi, Objektif, Piagam Pelanggan, Slogan Q, Budaya Korporat,
Dasar Kualiti, Kod Etika Juruaudit dan pelaksanaan MS ISO 9001:2008.
Analisis SWOT digunakan untuk mengetahui isu perancangan strategik dari segi kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh Jabatan Audit Negara pada masa
kini. Analisis ini berdasarkan kepada maklumat dan maklum balas persidangan dan seminar,
Mesyuarat Pengurusan serta perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan.
VISI Untuk menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan
pengurusan kewangan dan meningkatkan tadbir urus sektor awam
menjelang tahun 2020.
Perancangan Strategik 2011-2015
2
MISI Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta
mengemukakan laporan seimbang kepada Parlimen dan Badan
Perundangan Negeri ke arah meningkatkan tadbir urus sektor awam.
OBJEKTIF Menyediakan laporan audit yang berkualiti dan timely untuk
dikemukakan kepada Parlimen/Dewan Undangan Negeri;
Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan laporan
secara bebas dan seimbang;
Memenuhi keperluan dan harapan daripada stakeholders dan
auditi;
Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan; dan
Menjadi Jabatan contoh.
PIAGAM PELANGGAN Kami berjanji:
Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan
kepada standard pengauditan antarabangsa;
Mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan
menyiapkan laporan audit dalam tempoh empat bulan selepas
penerimaan penyata kewangan tahunan; dan
Menyediakan laporan audit yang seimbang tanpa sebarang
prejudis dan prasangka.
SLOGAN KUALITI
Audit Berkualiti Meningkatkan Akauntabiliti
BUDAYA KORPORAT
Integriti Mematuhi kod etika profesional dalam melaksana dan
melaporkan penemuan audit.
Perancangan Strategik 2011-2015
3
Esprit de Corps Menekankan kepentingan kerja berpasukan dengan
mewujudkan persekitaran kerja yang produktif yang
menekankan kepada semangat esprit de corps dan berinovasi.
Bertanggungjawab
Bertanggungjawab di dalam semua tindakan sama ada sebagai
Juruaudit atau kakitangan Jabatan.
Profesionalisme
Memastikan tahap profesionalisme yang tinggi dalam
pelaksanaan audit dengan memberi penekanan kepada disiplin
kakitangan dan kualiti kerja.
Kebebasan
Melaksanakan tugas tanpa kekangan supaya dapat melapor dan
memberi pendapat dengan bebas selaras dengan keperluan
Akta Audit 1957.
Kualiti
Memastikan kualiti yang tinggi dalam melaksanakan tugas
dengan menekankan kepada budaya kerja yang baik dan
pembangunan profesional yang berterusan.
DASAR KUALITI
Jabatan Audit Negara adalah komited kepada pengauditan dan
pelaporan yang berkualiti dan profesional selaras dengan
standard pengauditan antarabangsa.
Jabatan Audit Negara adalah komited untuk membuat
penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Pengurusan
Kualiti dan menilai semula semua Objektif Kualiti yang
ditetapkan bagi memastikan ianya sentiasa memenuhi kehendak
pelanggan.
Perancangan Strategik 2011-2015
4
KOD ETIKA JURUAUDIT
PELAKSANAAN MS ISO 9001:2008
Jabatan Audit Negara telah mendapat Sijil MS ISO 9001:2008 bagi
pengauditan Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan
berdasarkan Indeks Akauntabiliti.
KOD ETIKA
KEUTUHAN
KEBEBASAN, ADIL DAN SAKSAMA
PROFESIONALISME
TADBIR URUS YANG BAIK
KERAHSIAAN
KOMPETENSI DAN KETELITIAN
PROFESIONAL YANG SEWAJARNYA
JAMINAN KUALITI
DISIPLIN DIRI
PERCANGGAHAN KEPENTINGAN
PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI
LUAR
Perancangan Strategik 2011-2015
5
ISU DAN CABARAN JABATAN AUDIT NEGARA MASA KINI
Persekitaran di mana Jabatan Audit Negara beroperasi memberikan kesan yang signifikan
kepada pendekatan kerja dan penyampaian perkhidmatan seperti mana yang digariskan
mengikut undang-undang.
Tempoh 2011 hingga 2015 merupakan suatu tempoh yang mencabar bagi Jabatan Audit
Negara terutamanya sebagai sebuah organisasi sektor awam bagi memastikan fungsi dan
peranan Jabatan adalah sentiasa penting dan relevan.
Bagi menjamin kejayaan Jabatan Audit Negara dalam mencapai matlamat yang ditetapkan
memerlukan kepada keupayaan mengenal pasti dan bertindak balas terhadap perubahan
persekitaran yang berlaku sama ada di dalam konteks dalaman atau luaran organisasi.
Perubahan ini memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
proses penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Cabaran utama yang dikenal pasti oleh Jabatan Audit Negara adalah:
1. Inisiatif Transformasi Negara
Pelancaran empat tonggak utama negara yang digariskan oleh Perdana Menteri
Malaysia merangkumi Gagasan 1Malaysia – “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”; Pelan Transformasi Kerajaan (GTP); Pelan Transformasi Ekonomi
(ETP) dan Model Ekonomi Baru (MEB); dan Rancangan Malaysia iaitu Kesepuluh
(RMK10) dan Kesebelas (RMK11) menuntut usaha yang lebih gigih daripada semua
pihak iaitu Kerajaan, swasta dan rakyat bagi membangunkan negara ke arah
menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan
dan berdaya saing.
Jabatan Audit Negara berperanan untuk memastikan pelaksanaan program dan
aktiviti serta pengurusan wang awam dilakukan dengan cekap, berkesan dan
berhemah. Selain itu, Jabatan juga perlu berusaha secara berterusan untuk
memenuhi harapan orang awam berkenaan peranan Jabatan dalam meningkatkan
akauntabiliti dan integriti sektor awam.
Perancangan Strategik 2011-2015
6
2. Perubahan Persekitaran
Perubahan persekitaran seperti globalisasi, ekonomi dunia, ekonomi berasaskan
pengetahuan (k-economy) dan sebagainya memberi kesan terhadap pentadbiran
sektor awam dan secara tidak langsung kepada peranan Jabatan Audit Negara.
Globalisasi memberi kesan terhadap politik, sosial dan budaya masyarakat. Ekonomi
dunia pada hari ini berada dalam keadaan yang tidak menentu yang memerlukan
Kerajaan membuat keputusan yang drastik bagi memastikan ekonomi negara stabil.
Keperluan membangun K-ekonomy di negara ini adalah untuk memastikan
kemampuan negara bersaing menghadapi cabaran lebih hebat berikutan berlakunya
proses globalisasi.
3. Kompleksiti Operasi Sektor Awam
Operasi organisasi sektor awam pada hari ini telah mengguna pakai pelbagai teknik,
aplikasi dan proses yang dibangunkan hasil daripada perkembangan kemajuan
teknologi terkini. Oleh sebab itu, Jabatan harus bersedia berubah untuk
meningkatkan kecekapan secara optimum menerusi sumber-sumber yang ada
seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi.
4. Peningkatan Ekspektasi Stakeholders/Pelanggan
Ekspektasi stakeholders dan pelanggan terhadap peranan dan fungsi Jabatan pada
masa sekarang dilihat begitu meningkat selaras dengan dasar Kerajaan yang
mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Di samping itu,
tahap kecapaian rakyat kepada informasi adalah tinggi membolehkan rakyat
membuat penilaian terhadap kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan
Kerajaan.
5. Perkembangan Bidang Perakaunan dan Pengauditan
Bidang perakaunan dan pengauditan merupakan bidang yang dinamik dan sentiasa
berkembang mengikut keperluan semasa. Antara lain ialah penyeragaman kepada
penggunaan standard pelaporan kewangan antarabangsa (IFRS), penyediaan
penyata kewangan Kerajaan berasaskan akruan dan bidang pengauditan baru
seperti Pengauditan Kewangan Islam, Pengauditan Private Finance Initiatives (PFI),
Pengauditan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Money Laundering Audit.
Perancangan Strategik 2011-2015
7
FAKTOR PENENTU KEJAYAAN
Empat elemen utama dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan
perancangan strategik ini iaitu komitmen pengurusan atasan, kepimpinan yang berkesan,
penglibatan dan sokongan pegawai dan kakitangan dan amalan budaya kerja cemerlang.
1. Komitmen Pengurusan Atasan
Pengurusan atasan Jabatan memberikan perhatian yang serius serta menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi menjayakan perancangan strategik ini. Kesungguhan dan
komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa
pencapaian matlamat perancangan strategik adalah penting dan ini perlu difahami
oleh semua peringkat kakitangan di dalam Jabatan.
2. Kepimpinan Yang Berkesan
Keberkesanan kepimpinan adalah penting untuk menyokong kejayaan Jabatan
mencapai visi dan misi. Pemimpin yang berkesan dapat mewujudkan
strategi/pendekatan yang rasional, memastikan sokongan dan kerjasama semua
kakitangan, memastikan pencapaian matlamat yang dikehendaki dan dapat
menyelesaikan masalah secara efektif. Antara ciri-ciri dan kemahiran bagi seorang
pemimpin yang berkesan adalah berupaya menentukan pendekatan terbaik dalam
menangani isu yang timbul dalam Jabatan, sentiasa memberi maklum balas
membina atas pencapaian kakitangan, memahami kekuatan dan kelemahan
kakitangan dalam memberikan tanggungjawab yang perlu dilakukan dan mampu
mencipta suasana kerja yang mesra dan bersemangat. Kesemua ciri dan kemahiran
yang disebutkan mencerminkan keberkesanan kepimpinan dan seterusnya menjadi
faktor kejayaan hala tuju perancangan strategik Jabatan.
3. Penglibatan dan Sokongan Pegawai dan Kakitangan
Para pegawai dan kakitangan Jabatan Audit Negara membentuk tulang belakang
organisasi. Oleh sebab itu, penglibatan mereka amat diperlukan dalam menjayakan
segala bentuk program yang dirancang. Pengukuhan diri pegawai dan kakitangan
dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap akan memantapkan lagi usaha
menjayakan perancangan strategik Jabatan.
Perancangan Strategik 2011-2015
8
4. Amalan Budaya Kerja Cemerlang
Setiap pegawai dan kakitangan hendaklah mengamalkan budaya kerja cemerlang.
Budaya kerja cemerlang boleh dicapai melalui pemantapan etika dan integriti di
mana ianya amat penting dalam mana-mana organisasi bagi
memastikan perlaksanaan program serta mencapai matlamat yang ditetapkan.
Amalan ini dapat meningkatkan daya saing dan daya tahan kakitangan dalam usaha
menangani cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
FOKUS UTAMA
Jabatan Audit Negara membantu meningkatkan integriti dan akauntabiliti sektor awam ke
arah perbelanjaan secara berhemat dalam perbelanjaan pengurusan wang awam. Bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan Perancangan Strategik ini memberikan fokus kepada
empat perkara berikut:
Stakeholders/Pelanggan
•Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kabinet
•PAC•Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
•Orang Awam/ Rakyat
Produk dan Perkhidmatan
•Sijil dan Laporan Ketua Audit Negara
•Perkhidmatan pengauditan dan khidmat nasihat.
Modal Insan
•Peningkatan & pengukuhan keupayaan Juruaudit melalui latihan dan program peningkatan profesionalisme Juruaudit.
Organisasi
•Memperkukuh keupayaan Jabatan dari aspek pentadbiran, infrastruktur dan infostruktur selaras dengan perubahan persekitaran.
Perancangan Strategik 2011-2015
9
RANGKA KERJA PERANCANGAN STRATEGIK
CCaabbaarraann • Inisiatif Transformasi Negara • Perubahan Persekitaran
• Kompleksiti Operasi Sektor Awam • Peningkatan Ekspektasi Stakeholders/Pelanggan
• Perkembangan Bidang Perakaunan Dan Pengauditan
FFaakkttoorr PPeenneennttuu KKeejjaayyaaaann • Komitmen Pengurusan Atasan • Kepimpinan Yang Berkesan
• Penglibatan dan Sokongan Pegawai dan Kakitangan • Amalan Budaya Kerja Cemerlang
SSTTAAKKEEHHOOLLDDEERRSS// PPEELLAANNGGGGAANN
PPRROODDUUKK DDAANN PPEERRKKHHIIDDMMAATTAANN
MMOODDAALL IINNSSAANN
OORRGGAANNIISSAASSII
Perancangan Strategik 2011-2015
10
MATRIKS TRANSFORMASI PENCAPAIAN PERANCANGAN STRATEGIK
Matriks ini memberikan penilaian terhadap empat fokus utama dasarkan kepada empat
faktor penentu kejayaan perancangan strategik. Matriks berkenaan memberi wajaran sama
ada “sangat kritikal” atau “kritikal” bagi memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam
merangka usaha menjayakan program di bawah perancangan strategik Jabatan. Matriks
tersebut ditunjukkan seperti berikut:
PETUNJUK: Sangat Kritikal Kritikal
Kepimpinan Yang
Berkesan
Penglibatan dan
Sokongan Pegawai dan Kakitangan
Amalan Budaya Kerja
Cemerlang
Komitmen Pengurusan
Atasan
FAKTOR PENENTU KEJAYAAN
FOKUS
SSttaakkeehhoollddeerrss// PPeellaannggggaann
PPrroodduukk// PPeerrkkhhiiddmmaattaann
MMooddaall IInnssaann
OOrrggaanniissaassii
Perancangan Strategik 2011-2015
11
PENDEKATAN
Objektif Strategik
Objektif strategik Jabatan yang menjurus kepada empat fokus utama yang ditetapkan
adalah seperti berikut:
VISI, MISI & OBJEKTIF
JAN
OBJEKTIF STRATEGIK
STRATEGI
PROGRAM
PETUNJUK PRESTASI
UTAMA
Perancangan Strategik 2011-2015
12
Memantap prinsip akauntabiliti, ketelusan dan integriti perkhidmatan awam melalui
Laporan Ketua Audit Negara/laporan khas yang memenuhi kehendak stakeholders;
Menghasil Laporan Ketua Audit Negara yang berimpak tinggi;
Membina dan mengekal kualiti modal insan Jabatan; dan Membangun dan mempertingkatkan pentadbiran, infostruktur dan infrastruktur
Jabatan serta meningkatkan imej Jabatan di peringkat antarabangsa.
Strategi
Strategi boleh dilihat sebagai suatu susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai
sesuatu matlamat dengan mengambil kira objektif strategik Jabatan.
Program
Ia merujuk kepada aktiviti yang dirancang menjurus kepada setiap strategi yang telah
ditetapkan.
Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator)
Petunjuk Prestasi Utama merupakan standard pengukuran yang digunakan bagi mengukur
sejauh mana keberkesanan Jabatan dalam melaksanakan program.
Perancangan Strategik 2011-2015
13
STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN
FOKUS 1 : STAKEHOLDERS/PELANGGAN OBJEKTIF STRATEGIK:
Memantap prinsip akauntabiliti, ketelusan dan integriti perkhidmatan awam melalui Laporan
Ketua Audit Negara/laporan khas yang memenuhi kehendak stakeholders.
STRATEGI
1. Meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan stakeholders/auditi/badan
profesional/Firma Audit Swasta/Institusi Pengajian Tinggi.
2. Mengukuhkan keyakinan stakeholders/pelanggan melalui Laporan Ketua Audit
Negara.
Program Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
1. Menyediakan laporan audit yang berkualiti (format mudah difahami, fokus dan menitikberatkan impak kepada Kerajaan), timely dan seimbang.
• Semua Laporan Ketua Audit Negara Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan disediakan sebelum 31 Mei tahun berikutnya.
• 70% isu-isu laporan diambil tindakan oleh auditi dalam tempoh ditetapkan.
• 70% tindakan susulan selepas mesyuarat PAC.
2. Penglibatan aktif Jabatan dengan stakeholders/pelanggan.
• Bilangan mesyuarat/forum/kumpulan kerja yang disertai.
• Bilangan penganjuran persidangan/ simposium/seminar.
3. Kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberi oleh Jabatan.
Mencapai 95% tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberi.
Perancangan Strategik 2011-2015
14
FOKUS 2 : PRODUK/PERKHIDMATAN OBJEKTIF STRATEGIK:
Menghasilkan Laporan Ketua Audit Negara yang berimpak tinggi.
STRATEGI
1. Memberi penekanan terhadap polisi Kerajaan dan inisiatif transformasi negara.
2. Melaksanakan pengauditan yang berkualiti dan memberi fokus kepada outcomes.
Program Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
1. Mengenal pasti topik kajian audit yang relevan dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) serta program dan aktiviti RMK10, RMK11 dan Koridor Pembangunan Wilayah.
Sekurang-kurangnya 2 projek/program/ aktiviti dari NKRA/NKEA/RMK10/RMK11/ Koridor Pembangunan Wilayah.
2. Menceburi bidang pengauditan baru seperti pengauditan forensik, ICT dengan mewujudkan kumpulan pakar (Subject Matter Experts) termasuk pakar pengauditan prestasi (tanah, kontrak, bangunan, pelaburan, pengurusan risiko, pembangunan laut dan pulau dan sebagainya).
1 – 2 unit/ kumpulan baru diwujudkan.
3. Melaksanakan Pengauditan Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan Akauntabiliti Index (AI), Pengauditan Prestasi, syarikat, ICT dan audit khas setiap tahun berdasarkan sumber yang sedia ada. (Rujuk Lampiran).
• Pelaksanaan 100% bilangan Pengauditan Penyata Kewangan Dan Pengurusan Kewangan AI tercapai.
• Pelaksanaan sekurang-kurangnya 95% bilangan Pengauditan Prestasi tercapai.
4. Menjalankan penyelidikan untuk menambahbaik metodologi & pendekatan pengauditan.
Sekurang-kurangnya 2 kajian komprehensif dalam tempoh 5 tahun.
5. Menjalankan dan membangunkan hasil inovasi pengauditan.
Sekurang-kurangnya 2 hasil inovasi pengauditan dibangunkan dalam tempoh 5 tahun.
Perancangan Strategik 2011-2015
15
FOKUS 3 : MODAL INSAN
OBJEKTIF STRATEGIK:
Membina dan mengekal kualiti modal insan Jabatan.
STRATEGI
1. Mengurus modal insan Jabatan dengan berkesan.
2. Mengukuh kompetensi modal insan Jabatan.
Program Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
1. Membuat penilaian kesesuaian penempatan kakitangan dan pegawai berdasarkan kelayakan serta kompetensi mereka.
• Mengeluarkan garis panduan penempatan pegawai.
• 95% pematuhan polisi.
2. Menyedia dan memperkemas pelan pembangunan kerjaya bagi pegawai yang berprestasi tinggi.
Pewujudan Pangkalan Data Khusus.
3. Menjalankan program cross-fertilisation dengan sektor swasta.
Sekurang-kurangnya 2 pegawai setahun.
4. Meningkatkan jumlah Juruaudit berkelayakan sarjana, PhD, kelayakan profesional dalaman (MIA/MICPA/ CIA/MIT) serta kelayakan profesional lain (ACCA/ICAEW/CISA) dan sebagainya.
Mensasarkan seramai 20% Juruaudit berkelayakan sarjana, PhD atau mempunyai kelayakan profesional.
5. Penempatan secara kader kakitangan daripada pelbagai bidang seperti perangkawan dan juruanalisis perniagaan.
Sekurang-kurangnya seorang pegawai profesional diambil.
6. Memperkemas garis panduan Juruaudit – pusingan kerja Juruaudit dibuat 3 hingga 5 tahun sekali.
50% pematuhan.
7. Menyediakan program latihan yang efektif (kemahiran teknikal dan soft skills serta menggalak pembelajaran berterusan).
• 90% pegawai dan kakitangan sedia ada Jabatan diberi latihan.
• 100% pegawai dan kakitangan baru dilatih.
Perancangan Strategik 2011-2015
16
Program Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
8. Menyemak semula dan memperkemas modul serta kaedah pembelajaran pengauditan, perakaunan, ICT dan pengurusan secara berkala.
Membangunkan modul pembelajaran e-
learning.
• Semakan sekurang-kurangnya 1 kali dalam tempoh 2 tahun.
• 2 kursus baru diperkenalkan setiap tahun.
• 1 modul baru pembelajaran dilaksanakan
secara interaktif setiap 2 tahun.
9. Membangun dan menyedia tenaga pengajar di Jabatan yang lebih efektif.
• Setiap tenaga pengajar wajib menghadiri Training of Trainers (TOT).
• Penilaian penceramah berdasarkan
penilaian kursus pada skala sekurang-kurangnya purata 7 bagi 3 kursus terkini.
• Tenaga pengajar (across the board) boleh mengajar maksimum sebanyak 10 jam sebulan.
10. Mengadakan kerjasama latihan dengan IPTA untuk meningkatkan peluang pembelajaran dan kelayakan akademik pegawai dan kakitangan dalam bentuk smart partnership.
• Sekurang-kurangnya 2 program kerjasama dilaksanakan.
11. Membangunkan Akademi Audit Negara mengikut zon, wilayah masing–masing.
• Satu Akademi Wilayah dibangunkan dalam tempoh 5 tahun.
12. Menjalankan program kehidupan sihat bagi menjaga kebajikan pekerja untuk mengurangkan tekanan kerja dan meningkatkan motivasi dan produktiviti.
• Sekurang-kurangnya 2 program dilaksanakan setiap tahun.
FOKUS 4 : ORGANISASI OBJEKTIF STRATEGIK:
Membangun dan mempertingkatkan pentadbiran, infostruktur dan infrastruktur Jabatan serta
meningkatkan imej Jabatan di peringkat antarabangsa.
STRATEGI
1. Menguruskan sumber-sumber organisasi sedia ada secara kreatif, inovatif dan
berhemah.
Perancangan Strategik 2011-2015
17
2. Mempertingkat dan memperkemas sistem maklumat Jabatan serta membangun
sistem aplikasi secara in-house.
3. Mempertingkat persekitaran kerja yang kondusif dengan melengkapkan kemudahan
peralatan dan perkakasan.
4. Mempertingkat hubungan bilateral dan multilateral dengan institusi audit luar untuk
manfaat perkembangan teknik dan metodologi audit terkini.
Program Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
1. Menjadikan Jabatan Audit Negara sebagai entiti bebas bagi membolehkan Jabatan mengurus sumber-sumbernya sendiri tanpa bergantung kepada kuasa pihak luar.
Penubuhan Suruhanjaya Audit Negara pada tahun 2015.
2. Penstrukturan semula organisasi secara dinamik berdasarkan pola-pola aktiviti sektor/cawangan dari semasa ke semasa.
Pengisian perjawatan pada tahap 90% hingga 95%.
3. Meningkatkan infrastruktur ICT dari segi rangkaian, keselamatan dan peralatan serta membangunkan sistem seperti elektronik Firma Audit Swasta (e-FAS), Integrated Campus Management System (ICMS) dan sebagainya bagi memenuhi keperluan Jabatan.
90% infrastruktur ICT memenuhi keperluan Jabatan dan sekurang-kurangnya 1 sistem dibangunkan secara in-house setiap tahun.
4. Memaksimumkan dan memudahkan penggunaan Sistem Pengurusan pengauditan (eSPP II) untuk mengurus dan memantau kerja pengauditan termasuk berfungsi sebagai Sistem Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management System).
• 100% penggunaan eSPP II.
• 1 hingga 2 penambahbaikan dijalankan setiap tahun.
5. Menyediakan ruang pejabat sendiri melalui kaedah sewa-beli (build-lease/transfer) bagi ibu pejabat dan cawangan audit negeri.
Sekurang-kurangnya 2 pejabat baru siap dibina menjelang 2015.
Perancangan Strategik 2011-2015
18
Program Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
6. Meneruskan khidmat bantuan kepada institusi audit luar negara dalam Capacity Building (latihan kepakaran, program sangkutan, menyemak garis panduan).
Sekurang-kurangnya 2 pegawai dihantar setiap tahun.
7. Penglibatan aktif dalam kumpulan kerja peringkat ASOSAI/INTOSAI dan mengaudit akaun pertubuhan antarabangsa.
Sekurang-kurangnya 2 pegawai mengambil bahagian.
8. Mengetengah kajian audit/inovasi Jabatan melalui sumbangan artikel dalam ASOSAI/INTOSAI.
• Sekurang-kurangnya 1 artikel disumbang setiap
tahun.
• Sekurang-kurangnya 1 produk inovasi dihasilkan dan digunakan sepenuhnya.
UNJURAN PERBELANJAAN JABATAN 2011 – 2015
Anggaran perbelanjaan mengurus Jabatan bagi tahun 2011 – 2015 adalah RM811.68 juta.
Kos perbelanjaan tahunan dianggarkan meningkat sebanyak 5%. Peningkatan ini adalah
untuk menanggung pertambahan aktiviti bagi menjayakan pelan strategik ini, disamping
peningkatan kos operasi yang sedia ada. Unjuran pecahan perbelanjaan mengurus
mengikut program bagi tempoh 2011 – 2015 adalah seperti jadual berikut:
Jadual 1: Unjuran Perbelanjaan Mengurus Jabatan 2011 – 2015
PROGRAM
UNJURAN PERBELANJAAN
2011 (RM juta)
2012 (RM juta)
2013 (RM juta)
2014 (RM juta)
2015 (RM juta)
i. Sektor Pengurusan 43.51 45.69 47.97 50.37 52.89
ii. Sektor Audit Persekutuan 21.63 22.71 23.84 25.03 26.29
iii. Sektor Audit Negeri 59.81 62.80 65.94 69.23 72.69
Perancangan Strategik 2011-2015
19
PROGRAM
UNJURAN PERBELANJAAN
2011 (RM juta)
2012 (RM juta)
2013 (RM juta)
2014 (RM juta)
2015 (RM juta)
iv. Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan
10.17 10.68 11.22 11.78 12.36
v. Sektor Audit Khas dan Penyelidikan
4.88 5.12 5.38 5.65 5.93
vi. Akademi Audit Negara 6.90 7.25 7.61 7.99 8.39
JUMLAH 146.89 154.24 161.95 170.05 178.55
Anggaran perbelanjaan pembangunan Jabatan bagi tahun 2011 – 2015 adalah RM302.41
juta. Perbelanjaan ini meliputi program fizikal berjumlah RM257.40 juta dan projek
pengkomputeran berjumlah RM45.01 juta. Unjuran pecahan perbelanjaan pembangunan
mengikut program bagi tempoh 2011 – 2015 adalah seperti jadual berikut:
Jadual 2: Unjuran Perbelanjaan Pembangunan Jabatan 2011 – 2015
PROGRAM
UNJURAN PERBELANJAAN
2011 (RM juta)
2012 (RM juta)
2013 (RM juta)
2014 (RM juta)
2015 (RM juta)
Program Fizikal 68.02 19.68 93.80 73.90 2.00
Projek Pengkomputeran 11.36 5.82 9.75 10.63 7.45
JUMLAH 79.38 25.50 103.55 84.53 9.45
Perancangan Strategik 2011-2015
20
PENUTUP
Penyediaan perancangan strategik ini merupakan satu usaha berterusan Jabatan bagi
memantapkan kualiti sistem penyampaian Jabatan selaras dengan hasrat Kerajaan.
Sehubungan itu, diharap ia akan menjadi teras dan rujukan utama dalam rangka kerja untuk
mempercepatkan usaha Jabatan bagi merealisasikan visi Jabatan untuk menjadi
penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor
awam.
Perancangan Strategik 2011-2015
21
LAMPIRAN A. Sektor Audit Kerajaan Persekutuan
OUTPUT
PRESTASI AKTIVITI
2011 2012 2013 2014 2015
1. Bil. Penyata Kewangan Disahkan
(i) Bil. Penyata Kewangan diaudit oleh JAN 1 1 1 1 1
(ii) Bil. Penyata Kewangan diaudit oleh Firma Audit Swasta Dan Disemak Semula Oleh JAN
1 1 1 1 1
2. Laporan Pengauditan Prestasi 83 83 83 83 83
3. Laporan Pengauditan Pengurusan Kewangan
61 61 62 62 62
4. Laporan Pengauditan Pengurusan Syarikat 14 14 14 14 14
5. Laporan Pengauditan ICT 4 4 4 4 4
B. Sektor Audit Kerajaan Negeri
OUTPUT PRESTASI AKTIVITI
2011 2012 2013 2014 2015
1. Bil. Penyata Kewangan Disahkan
(i) Kerajaan Negeri 13 13 13 13 13
(ii) Badan Berkanun Negeri 147 147 147 147 147
(iii) Majlis Agama Islam 15 15 15 15 15
(iv) Pihak Berkuasa Tempatan 147 147 147 147 147
2. Laporan Pengauditan Prestasi 103 103 103 103 103
3. Laporan Pengauditan Pengurusan Kewangan
250 250 250 250 250
4. Laporan Pengauditan Pengurusan Syarikat 45 45 45 45 45
5. Laporan Pemeriksaan Mengejut 230 233 233 233 233
Perancangan Strategik 2011-2015
22
C. Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan
OUTPUT
PRESTASI AKTIVITI
2011 2012 2013 2014 2015
1. Bil. Penyata Kewangan Disahkan* 131 131 131 131 131
(i) Bil. Penyata Kewangan diaudit oleh JAN 22 22 22 22 22
(ii) Bil. Penyata Kewangan diaudit oleh Firma Audit Swasta Dan Disemak Semula Oleh JAN
109 109 109 109 109
2. Laporan Pengauditan Prestasi 24 25 26 27 28
3. Laporan Pengauditan Pengurusan Kewangan**
37 37 37 37 37
4. Laporan Pengauditan Pengurusan Syarikat 17 18 19 20 21
5. Laporan Pengauditan ICT 2 2 2 2 2
D. Sektor Audit Khas dan Penyelidikan
OUTPUT
PRESTASI AKTIVITI
2011 2012 2013 2014 2015
1. Laporan Kajian Audit
• Pengauditan Air 4 4 4 4 4
• Kajian Khas 6 8 8 8 8
• ICT 4 4 4 4 4
• Alam Sekitar 3 3 3 3 3
2. Laporan Kajian Audit Secara “across the board”
• Pengauditan Air 1 1 1 1 1
• Kajian Khas - - 1 1 1
• ICT - 1 - 1 -
• Alam Sekitar - 1 1 1 1
Perancangan Strategik 2011-2015
23
OUTPUT
PRESTASI AKTIVITI
2011 2012 2013 2014 2015
3. Laporan Pemeriksaan Mengejut 336 336 336 336 336
4. • Penyelidikan 3 3 3 3 3
• Garis Panduan/Manual 2 2 2 2 2
• Terjemahan Garis Panduan/Manual 2 2 2 2 2
• Jurnal 2 2 2 2 2
• Penyediaan kertas Negara/artikel/maklum balas kepada ASOSAI/INTOSAI
4 4 4 4 4
Nota:
* Bilangan Pengauditan Penyata Kewangan tertakluk kepada jumlah Badan Berkanun Persekutuan dan Kumpulan Wang Persekutuan yang wujud berdasarkan Akta Tubuh masing-masing.
** Bilangan Pengauditan Pengurusan Kewangan Badan Berkanun Persekutuan tertakluk kepada pusingan pengauditan sekali dalam tempoh 3 tahun iaitu selaras dengan polisi Jabatan Audit Negara. Pengauditan hanya dilaksanakan di Badan Berkanun Persekutuan yang mempunyai elemen-elemen yang ditetapkan dan tidak termasuk Badan Berkanun Persekutuan yang bersaiz kecil dan juga 11 Kumpulan Wang Persekutuan.