perancangan belanjawan

Upload: boey-soo-yin

Post on 04-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Perancangan Belanjawan

    1/2

    Belanjawan merupakan satu aspek yang penting dalam pentadbiran yang

    tidak boleh diabaikan. Belanjawan diperlukan untuk kawalan yang berkesan. Sebagai

    seorang pentadbir, beliau haruslah bersifat jujur dan berhati-hati untuk menjamin

    keselamatan sistem belanjawan. Selain itu, seorang pentadbir juga perlu sentiasa

    menandatangani dan menyemak borang permintaan dan pembelian. Beliau boleh

    mengawal perbelanjaan yang tidak perlu dan menolak permohonan bahagian

    tertentu apabila peruntukan bahagian berkenaan telah habis digunakan. Belanjawan

    juga harus mengambil kira sumber yang sedia ada supaya perancangan belanjawan

    menggambarkan keadaan sebenar.

    Belanjawan disediakan kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan. Pertama

    sekali, belanjawan merupakan cara objektif untuk menganalisis program pendidikanjasmani dan sukan. Kedua, belanjawan juga dijadikan satu forum untuk

    mempersembahkan keperluan kewangan dan untuk meminta sokongan daripada

    atasan. Ketiga, belanjawan membenarkan pengukuhan dan pengesahan kemajuan

    program dan membuat analisis. Keempat, belanjawan turut membenarkan

    pemindahan sumber-sumber mengikut keutamaan. Kelima, belanjawan memberi

    peluang kepada pihak pentadbir untuk menghapuskan aktiviti yang tidak boleh

    dibiayai lagi dan juga mengembangkan pelan jangka panjang.

    Belanjawan dilakukan berasaskan beberapa prinsip. Prinsip yang pertama

    ialah bersikap konservatif kerana wang yang digunakan itu bukan milik sendiri.

    Kedua, melibatkan semua individu secara langsung dalam proses perancangan.

    Ketiga, dipersetujui oleh pihak atasan. Tanpa persetujuan pihak atasan, sesuatu

    perancangan tidak dapat dilaksanakan. Keempat, mengumumkan belanjawan

    kepada pihak pengguna yang terlibat. Ini adalah untuk melindungi hak-hak pengguna

    yang terlibat supaya mereka tahu apa yang sedang berlaku.

    Perancangan belanjawan dimulakan oleh Ketua Panitia Pendidikan Jasmani di

    mana beliau akan menyediakan perancangan belanjawan tahunan dan senarai item

    yang perlu mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan tahunan dibuat

    berdasarkan pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Perancangan ini

    bergantung kepada dua faktor, iaitu peruntukan kewangan Pendidikan Jasmani dan

    juga bilangan pelajar. Jadual 1 berikut menunjukkan peruntukan kewangan yang

    diberikan mengikut bilangan pelajar.

  • 7/29/2019 Perancangan Belanjawan

    2/2

    Bilangan pelajar Peruntukan

    < 100 orang RM 300.00

    101-250 orang RM 300.00 (minimum)

    RM 2.80 / seorang (selepas 100 orang)

    251-500 orang RM 720.00 (minimum)

    RM 2.60 / seorang (selepas 250 orang)

    501-750 orang RM 1370.00 (minimum)

    RM 2.40 / seorang (selepas 500 orang)

    751-1000 orang RM 1970.00 (minimum)

    RM 1.80 / seorang (selepas 100 orang)

    > 1000 orang RM 2420.00 (minimum)

    RM 1.00 / seorang (selepas 100 orang)

    Jadual 1

    Selepas bajet keseluruhan yang melaporkan sebarang kekurangan atau

    keperluan disediakan, laporan tersebut akan diserahkan kepada Unit Kewangan.

    Kemudian, Unit Kewangan akan membuat pertimbangan yang wajar sama ada

    meluluskan bajet bagi Jabatan Pendidikan Jasmani ataupun tidak.