belanjawan menguruskan perniagaan koperasi - ikkm.edu.my · pengenalan perancangan yang ... telah...

8
Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan Pengenalan Perancangan yang baik dan teliti lazimnya akan menghasilkan natijah yang baik. Perancangan yang baik adalah perancangan yang didokumentasikan dan mampu diikuti oleh semua pihak yang terlibat dalam perniagaan tersebut. Belanjawan adalah satu set dokumen yang menerangkan perancangan jangka pendek atau jangka panjang sesebuah perniagaan yang diterjemahkan dalam nilai wang. Belanjawan bukan satu penyata kewangan, tetapi lebih merupakan satu dokumen yang menunjukkan keputusan yang diharapkan bagi tahun akan datang (ramalan prestasi). Belanjawan juga berfungsi untuk membantu pihak pengurusan koperasi membelanjakan wang koperasi bagi tujuan menjalankan operasi perniagaan koperasi. Ia merupakan penyata rancangan kewangan dalam bentuk nilai wang. Penyediaan belanjawan adalah satu kaedah bagi mengenal pasti sama ada sesuatu projek atau aktiviti yang dirancang sesuai untuk dilaksanakan dan selaras pula dengan hala tuju perniagaan. Belanjawan koperasi biasanya dibuat berasaskan kajian, pengamatan dan pengalaman. Kajian terhadap pasaran dan pengguna biasanya dibuat sebelum sesuatu perniagaan atau produk itu dihasilkan dan dijual. Pengamatan pula dibuat ke atas pesaing-pesaing perniagaan manakala pengalaman pula diperoleh daripada pencapaian sebenar pada tahun-tahun lepas. Selain itu, ia meletakkan amaun yang munasabah berdasarkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang lain seperti perbelanjaan sebenar, perubahan harga barang-barang, perubahan ekonomi pasaran, isu semasa dan sebagainya. Tujuan Menyediakan Belanjawan Koperasi Antara tujuan menyediakan belanjawan adalah: 1. Untuk merancang aktiviti sesebuah perniagaan bagi satu-satu tempoh tertentu seperti bulan, suku tahunan, setengah tahun ataupun setahun. 2. Untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang berbeza supaya tidak berlaku pertindihan fungsi dan supaya matlamat dapat dicapai bersama. Penyelarasan adalah penting kerana tanpa penyelarasan akan berlaku pembaziran dalam penggunaan sumber sama ada manusia, kewangan mahupun sumber- sumber yang lain. 3. Untuk menggalakkan semua pihak bekerjasama dan berkomunikasi tentang perancangan perniagaan dan cara-cara untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. 4. Untuk sentiasa menilai prestasi sesebuah koperasi dengan membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancang. 5. Untuk mengawal operasi dalam perniagaan supaya aktiviti-aktiviti yang berjalan sepanjang tempoh belanjawan tidak lari daripada apa yang telah ditetapkan dalam belanjawan. 6. Untuk mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya untuk memulihkan keadaan apabila prestasi koperasi adalah tidak memuaskan. 41 Maktab Koperasi Malaysia

Upload: phamdung

Post on 01-May-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi - ikkm.edu.my · Pengenalan Perancangan yang ... telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses membuat anggaran mungkin tidak membebankan

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi

Oleh: Adila HashimMKM Cawangan Selatan

Pengenalan

Perancangan yang baik dan teliti lazimnya akan menghasilkan natijah yang baik. Perancangan yang baik adalah perancangan yang didokumentasikan dan mampu diikuti oleh semua pihak yang terlibat dalam perniagaan tersebut.

Belanjawan adalah satu set dokumen yang menerangkan perancangan jangka pendek atau jangka panjang sesebuah perniagaan yang diterjemahkan dalam nilai wang. Belanjawan bukan satu penyata kewangan, tetapi lebih merupakan satu dokumen yang menunjukkan keputusan yang diharapkan bagi tahun akan datang (ramalan prestasi). Belanjawan juga berfungsi untuk membantu pihak pengurusan koperasi membelanjakan wang koperasi bagi tujuan menjalankan operasi perniagaan koperasi. Ia merupakan penyata rancangan kewangan dalam bentuk nilai wang. Penyediaan belanjawan adalah satu kaedah bagi mengenal pasti sama ada sesuatu projek atau aktiviti yang dirancang sesuai untuk dilaksanakan dan selaras pula dengan hala tuju perniagaan.

Belanjawan koperasi biasanya dibuat berasaskan kajian, pengamatan dan pengalaman. Kajian terhadap pasaran dan pengguna biasanya dibuat sebelum sesuatu perniagaan atau produk itu dihasilkan dan dijual. Pengamatan pula dibuat ke atas pesaing-pesaing perniagaan manakala pengalaman pula diperoleh daripada pencapaian sebenar pada tahun-tahun lepas. Selain itu, ia meletakkan amaun yang munasabah berdasarkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang lain seperti perbelanjaan sebenar, perubahan harga barang-barang, perubahan ekonomi pasaran, isu semasa dan sebagainya.

Tujuan Menyediakan Belanjawan Koperasi

Antara tujuan menyediakan belanjawan adalah:

1. Untuk merancang aktiviti sesebuah perniagaan bagi satu-satu tempoh tertentu seperti bulan, suku tahunan, setengah tahun ataupun setahun.

2. Untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang berbeza supaya tidak berlaku pertindihan fungsi dan supaya matlamat dapat dicapai bersama. Penyelarasan adalah penting kerana tanpa penyelarasan akan berlaku pembaziran dalam penggunaan sumber sama ada manusia, kewangan mahupun sumber-sumber yang lain.

3. Untuk menggalakkan semua pihak bekerjasama dan berkomunikasi tentang

perancangan perniagaan dan cara-cara untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan.

4. Untuk sentiasa menilai prestasi sesebuah koperasi dengan membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancang.

5. Untuk mengawal operasi dalam perniagaan supaya aktiviti-aktiviti yang berjalan sepanjang tempoh belanjawan tidak lari daripada apa yang telah ditetapkan dalam belanjawan.

6. Untuk mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya untuk memulihkan keadaan apabila prestasi koperasi adalah tidak memuaskan.

41Maktab Koperasi Malaysia

Page 2: Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi - ikkm.edu.my · Pengenalan Perancangan yang ... telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses membuat anggaran mungkin tidak membebankan

Ciri-Ciri Belanjawan Yang Baik

Belanjawan yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Perancangan yang dinyatakan dalam belanjawan mestilah yang boleh dicapai oleh perniagaan. Anggaran hendaklah tidak terlalu rendah atau tinggi sehingga menyebabkan penyelarasan sukar untuk dilaksanakan khususnya jika berlaku lebihan belanja pada bahagian jangkaan perbelanjaan.

2. Belanjawan yang dibuat hendaklah mengambil kira semua faktor luaran dan dalaman. Faktor dalaman merujuk kepada kekuatan dan kelemahan koperasi itu sendiri, manakala faktor luaran pula merujuk kepada peluang dan ancaman kepada perniagaan koperasi seperti persaingan, keadaan ekonomi , politik dan sebagainya.

3. Semua pihak termasuk anggota lembaga dan pihak pengurusan atau pengurus dalam setiap aktiviti perniagaan tersebut hendaklah mengambil bahagian ataupun diberi peluang menyatakan pendapat dalam penyediaan belanjawan. Jadi, belanjawan yang terhasil adalah belanjawan bersama dan bukan belanjawan anggota lembaga koperasi semata-mata.

Jika koperasi mempunyai perniagaan yang berskala besar dan mempunyai banyak aktiviti-aktiviti perniagaan, koperasi perlu menyediakan pelbagai jenis belanjawan disebabkan banyak perkara perlu dirancang dan dikawal.

Antaranya adalah belanjawan jualan, belanjawan belian, belanjawan perbelanjaan, belanjawan penyata kewangan dan sebagainya. Perniagaan kecil pula mungkin memerlukan belanjawan yang kurang terperinci selagi pemilik yakin belanjawan tersebut dapat membantu perniagaan. Tetapi dalam artikel kali ini, hanya akan menyentuh penyediaan Belanjawan Tahunan Koperasi dan Belanjawan Tunai Koperasi sahaja.

2. Menyesuaikan belanjawan dengan rancangan perniagaan

Menyediakan belanjawan semata-mata sebagai salah satu syarat dalam pengurusan kewangan koperasi tidak akan memberi sebarang makna. Belanjawan hanya berguna sebagai alat kawalan apabila ia boleh dikawal oleh pihak pengurusan dan keputusan yang diperoleh dapat membantu pihak pengurusan untuk mengambil tindakan yang wajar bagi membaiki keadaan perniagaan.

Setiap perniagaan yang dijalankan mempunyai objektif dan misi tertentu. Oleh itu, bagi memastikan pelaksanaan rancangan kewangan selaras dengan hala tuju perniagaan, langkah pertama ialah menetapkan objektif yang realistik yang sesuai dengan belanjawan rancangan perniagaan. Ini mungkin merupakan objektif jangka pendek, iaitu sesuatu yang hendak dicapai dalam tempoh belanjawan berikutnya. Atau mungkin juga merupakan objektif jangka panjang dan pada peringkat permulaan supaya pihak pengurusan mampu mencapai sebahagian daripada objektif tersebut.

3. Menyediakan anggaran belanjawan yang realistik

Membuat anggaran adalah satu proses yang amat rumit terutama bagi perniagaan bersaiz

Tip Semasa Menyediakan Belanjawan

Alat yang lazim digunakan dalam merancang kewangan perniagaan ialah belanjawan. Rancangan kewangan yang berkesan bergantung kepada kemampuan pihak tertinggi dalam koperasi dan pihak pengurusan untuk menyediakan dan seterusnya melaksanakan belanjawan-belanjawan tersebut. Tetapi, semasa memulakan proses penyediaan belanjawan tahunan koperasi, mereka perlu menetapkan perkara-perkara berikut:

1. Penyediaan belanjawan yang sesuai untuk koperasi

Belanjawan tahunan yang sesuai bagi sesebuah koperasi bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh koperasi.

42

Page 3: Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi - ikkm.edu.my · Pengenalan Perancangan yang ... telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses membuat anggaran mungkin tidak membebankan

kecil dan mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Bagi mereka yang telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses membuat anggaran mungkin tidak membebankan. Sekurang-kurangnya mereka boleh berpandukan kepada belanjawan tahun lepas dan meningkatkan semua angka dengan peratusan yang munasabah. Mereka juga boleh menggunakan khidmat akauntan dan pengurus aktiviti untuk membuat penyelarasan dan penyesuaian dengan keadaan semasa bagi membolehkan belanjawan baru disediakan.

Walau bagaimanapun, kaedah yang paling sesuai untuk membuat anggaran ialah dengan menjadikan rekod-rekod kewangan yang lalu sebagai garis panduan untuk menyediakan belanjawan baru. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menyediakan rekod-rekod kewangan yang lengkap dan dikemas kini supaya proses-proses pembuatan keputusan dalam perniagaan dapat dijalankan dengan mudah.

“Menurut Seksyen 58 Akta Koperasi 1993, tiap-tiap koperasi hendaklah menyenggara rekod perakaunan dan rekod-rekod lain dengan secukupnya bagi koperasi dan subsidiarinya bagi membolehkannya diaudit. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 58 Akta Koperasi 1993 kepada koperasi atau pegawai koperasi sekiranya tidak menyimpan rekod-rekod kewangan koperasi dan boleh didenda apabila disabitkan, tidak melebihi 200 ribu ringgit dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi 500 ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.”

4. Menganalisis faktor-faktor yang boleh menyebabkan belanjawan berubah

Semua faktor yang memberi kesan kepada belanjawan perniagaan hendaklah dikenalpasti oleh pihak pengurusan koperasi. Sebarang kemungkinan harus dikaji khususnya sekiranya belanjawan ini tidak dapat diikuti dan mungkin akan menghasilkan kesan pada perjalanan perniagaan koperasi.

Analisis ini juga sebagai langkah persediaan dan strategi sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam belanjawan.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan belanjawan berubah adalah;

• Terdapat persaingan daripada produk atau perkhidmatan yang lain.

• Perubahan harga produk dan perkhidmatan yang disediakan

• Promosi dan pemasaran kurang berkesan• Berlaku pembaziran perbelanjaan• Tidak menggunakan sumber yang ada

secara optimum• Perubahan ekonomi

Jenis-jenis Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi

Terdapat pelbagai jenis belanjawan untuk menguruskan perniagaan koperasi, antaranya ialah Belanjawan Tahunan Koperasi dan Belanjawan Tunai Koperasi

1. Belanjawan Tahunan Koperasi

Belanjawan tahunan koperasi memuatkan jangkaan pendapatan dan jangkaan perbelanjaan bagi sesuatu tempoh kewangan. Jangkaan pendapatan menyenaraikan jangkaan hasil daripada semua aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan koperasi. Penetapan amaun jangkaan ini dibuat berdasarkan pendapatan sebenar tahun sebelumnya dan mengandaikan pendapatan yang munasabah. Jangkaan perbelanjaan pula menunjukkan pecahan elemen perbelanjaan secara terperinci.

“Menurut Peraturan 16 (1) Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 menghendaki setiap koperasi untuk menyediakan belanjawan tahunan yang menunjukkan dengan jelas segala butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk dikemukakan bagi kelulusan mesyuarat agung.”

Oleh itu, anggota koperasi haruslah memahami maklumat yang terkandung

43Maktab Koperasi Malaysia

Page 4: Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi - ikkm.edu.my · Pengenalan Perancangan yang ... telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses membuat anggaran mungkin tidak membebankan

di dalam belanjawan tahunan koperasi dengan wajar. Belanjawan tahunan yang diluluskan adalah penting kerana ia akan menjadi mandat yang membenarkan pihak pengurusan koperasi membelanjakan wang koperasi bagi tujuan menjalankan operasi perniagaan koperasi.

Cara menyediakan Belanjawan Tahunan Koperasi adalah seperti berikut;

• Senaraikan anggaran dalam bahagian pendapatan.

• Jumlahkan semua anggaran pendapatan• Senaraikan anggaran dalam bahagian

perbelanjaan.• Jumlahkan semua anggaran perbelanjaan.• Mencari jumlah keuntungan yang bakal

diperoleh oleh perniagaan koperasi dengan menolak jumlah anggaran pendapatan dengan jumlah anggaran perbelanjaan.

* Lihat Jadual 1 sebagai Contoh Belanjawan Tahunan Koperasi

Sebagai contoh di dalam Jadual 1 : Belanjawan Tahunan Koperasi tersebut dapat disediakan melalui maklumat-maklumat seperti di bawah ini;

• Mengambil jumlah anggaran dan jumlah sebenar tahun sebelumnya bagi tahun 2009

• Menambah jumlah anggaran pendapatan yang sesuai bagi tahun 2010

• Menambah jumlah anggaran perbelanjaan yang sesuai bagi tahun 2010

Maka melalui Belanjawan Tahunan Koperasi ini, pihak pengurusan dapat menjangkakan bahawa;

• Jumlah anggaran pendapatan pada tahun 2010 adalah sebanyak RM 2,331,500

• Jumlah anggaran perbelanjaan pada tahun 2010 adalah sebanyak RM 943,000

• Dengan ini, jumlah keuntungan yang dijangkakan pada tahun 2010 adalah sebanyak RM 1,388,500

2. Belanjawan Tunai Koperasi

Belanjawan Tunai Koperasi merupakan keputusan ramalan sebuah perniagaan itu dijangka mengalami defisit tunai atau pun memperoleh lebihan tunai. Defisit tunai adalah suatu keadaan di mana baki tunai tidak mencukupi untuk membuat pembayaran dan mengendalikan perniagaan koperasi. Lebihan tunai pula adalah satu keadaan yang mana baki tunai yang dipegang melebihi keperluan untuk perbelanjaan dan tidak digunakan untuk sebarang kegunaan perniagaan.

Sekiranya ramalan yang akan diperoleh adalah defisit tunai, maka pihak pengurusan koperasi hendaklah bersedia untuk mencari sumber tambahan pembiayaan kewangan untuk menampung perjalanan perniagaan. Pada ketika ini juga, pihak pengurusan harus mempergiatkan lagi usaha untuk mempercepat pusingan stok, mengutip hutang jualan kredit, mengurangkan perbelanjaan dan mencairkan aset seperti simpanan tetap. Di samping itu, pihak pengurusan juga harus mengenal pasti bila, berapa yang diperlukan dan sumber pembiayaan yang boleh diperoleh jika keadaan ini benar-benar berlaku mengikut masa yang diramalkan.

Sekiranya ramalan yang akan diperoleh adalah lebihan tunai, maka pihak pengurusan koperasi hendaklah menggunakan peluang ini untuk menambah keuntungan daripada lebihan tunai ini. Gunakan ia untuk membayar pinjaman atau hutang dengan lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan untuk mengurangkan kos faedah atas pinjaman atau mendapatkan diskaun belian daripada pembekal. Pihak pengurusan harus mengetahui jumlah wang tunai yang perlu dipegang hendaklah mencukupi untuk menampung keperluan luar jangka tetapi tidaklah terlalu tinggi sehingga perniagaan mengalami kerugian daripada hasil yang terlepas akibat memegang wang tunai yang berlebihan.

Jumlah wang tunai yang sesuai dipegang adalah bergantung kepada kestabilan

44

Page 5: Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi - ikkm.edu.my · Pengenalan Perancangan yang ... telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses membuat anggaran mungkin tidak membebankan

Jadual 1 : Contoh Belanjawan Tahunan Koperasi

Belanjawan Tahunan Koperasi Bagi Tahun 2009/2010Anggaran 2009

(RM)Sebenar 2009

(RM)Anggaran 2010

(RM)BUTIRAN PENDAPATAN Hasil Aktiviti Perniagaan:Keuntungan bersih pasar rayaKeuntungan bersih jualan barang runcitKeuntungan bersih jualan barangan elektrikKeuntungan bersih jualan kedai buku

Hasil Bukan Perniagaan:Fi masukDividen/Keuntungan Atas Akaun MudharabahDividen/Keuntungan Atas Syer Siar HargaSewa BangunanKomisen InsuransCaj Perkhidmatan Pinjaman

9,500.0010,250.0035,200.005,250.00

500.005,000.00

14,000.00200,000.0050,000.00

2,000,000.00

10,250.0011,450.0038,000.006,500.00

800.006,528.15

15,550.00200,000.0050,000.00

2,150,000.00

10,000.0010,500.0036,000.005,500.00

500.005,000.00

14,000.00200,000.0050,000.00

2,000,000.00

JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN 2,329,700.00 2,489,078.15 2,331,500.00

BUTIRAN PERBELANJAAN

Belanja Operasi /Pentadbiran:Alat Tulis dan PercetakanBelanja PejabatBelanja Mesyuarat AgungBelanja Mesyuarat LembagaElaun Jawatankuasa Audit DalamanElaun Anggota Lembaga KoperasiElektrik dan AirFi JuruauditKeraianGaji PekerjaKWSPBonus PekerjaCaj BankCukai Tanah dan HartaIklan dan PromosiZakat

Belanja Penyelenggaraan:Alatan Pejabat dan KomputerKenderaanBangunan dan Lif

Kos Susut Nilai:Bangunan dan Rumah KedaiPerabot dan Perkakas PejabatKenderaan

20,000.0024,000.00

300,000.00 6,000.0036,000.00

144,000.0020,000.0015,000.0050,000.0096,000.0018,000.008,000.005,000.00

24,000.0012,000.0020,000.00

20,000.0010,000.0015,000.00

25,000.0012,000.006,000.00

22,000.0023,500.00

315,000.004,500.00

36,000.00144,000.0018,650.0012,000.0042,500.0096,000.0018,000.008,000.007,450.00

25,500.0015,000.0020,500.00

15,000.0012,500.0012,000.00

25,000.0012,000.006,000.00

25,000.0025,000.00

350,000.006,000.00

36,000.00144,000.0020,000.0015,000.0050,000.0096,000.0018,000.008,000.007,000.00

25,000.0015,000.0020,000.00

15,000.0010,000.0015,000.00

25,000.0012,000.006,000.00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN 886,000.00 891,100 943,000KEUNTUNGAN DIJANGKAKAN 1,443,700.00 1,597,978.15 1,388,500

45Maktab Koperasi Malaysia

Page 6: Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi - ikkm.edu.my · Pengenalan Perancangan yang ... telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses membuat anggaran mungkin tidak membebankan

perniagaan dan pola aliran wang tunai pada masa lalu. Oleh yang demikian, penetapan baki tunai minimum adalah penting bagi menentukan sama ada perniagaan mempunyai lebihan wang tunai yang boleh dilaburkan atau memerlukan pembiayaan bagi menampung kekurangan wang tunai.

Kaedah menyediakan Belanjawan Tunai Koperasi adalah seperti berikut;

• Senaraikan tempoh belanjawan selama 12 bulan

• Senaraikan ramalan terimaan tunai• Jumlahkan terimaan tunai• Senaraikan ramalan bayaran tunai• Jumlahkan bayaran tunai• Cari lebihan atau defisit tunai dengan

menolakkan jumlah terimaan tunai dengan jumlah bayaran tunai

• Mengisi baki awal tahun sebelum• Mencari baki awal dan baki akhir bagi bulan

berikutnya.• Menetapkan baki minimum tunai yang

mencukupi dan sesuai untuk perniagaan• Memerhati sama ada perniagaan memerlukan

pembiayaan tambahan (sekiranya ada)• Mencari jumlah lebihan wang tunai yang

boleh digunakan untuk pelaburan yang lain.

* Lihat Jadual 2 sebagai Contoh Belanjawan Tunai Koperasi

Sebagai contoh di dalam Jadual 2 : Belanjawan Tunai Koperasi tersebut dapat disediakan melalui maklumat-maklumat seperti di bawah ini;

• Koperasi akan mengadakan jualan berdiskaun sebanyak 10% pada bulan April, Ogos dan Disember 2010.

• Perbelanjaan berikut akan bertambah pada bulan jualan berdiskaun juga seperti- Alat tulis dan percetakan untuk

mengeluarkan brosur kepada pelanggan- Bayaran kepada pembekal atas

peningkatan pengambilan stok- Bil elektrik juga bertambah mengikut

penambahan kekerapan penggunakan Internet untuk tujuan promosi dan pemasaran produk koperasi

• Peningkatan stok pada bulan adanya promosi jualan mega, maka bayaran akan bertambah

• Iklan dan promosi jualan akan menggunakan kaedah yang paling murah seperti melalui Internet

• Baki permulaan wang tunai pada tahun 2010 berjumlah RM 6,500

• Pihak pengurusan koperasi menetapkan baki tunai minimum sebanyak RM 5,000. Ini bermakna, baki wang tunai yang disimpan dalam akaun tunai perniagaan perlu melebihi RM 5,000 pada setiap masa. Selepas mengambil kira baki minimum RM 5,000, belanjawan tunai dapat di kemas kini dan diselesaikan bagi setiap bulan.

Maka melalui Belanjawan Tunai Koperasi ini, pihak pengurusan dapat memahami bahawa;

• Jumlah aliran masuk wang tunai (terimaan tunai) dalam tahun 2010 dianggarkan sebanyak RM 379,500.

• Jumlah aliran keluar wang tunai (bayaran tunai) dalam tahun 2010 dianggarkan sebanyak RM 291,600.

• Baki awal wang tunai berjumlah RM 6,500, menjadikan baki akhir wang tunai berjumlah RM 94,400.

• Selepas mengambil kira jumlah baki minimum tunai sebanyak RM 5,000, jumlah lebihan wang tunai adalah berjumlah RM 89,400.

• Lebihan wang tunai berjumlah RM 89,400 ini boleh dilaburkan kepada perniagaan lain supaya tunai ini dapat digunakan untuk menghasilkan lebih banyak keuntungan. Tidak berguna sekiranya koperasi memegang tunai yang banyak tetapi mempunyai keuntungan yang sedikit.

46

Belanjawan Sebagai Alat Pengurusan Perniagaan

Berbalik kepada persoalan belanjawan sebagai alat untuk menguruskan perniagaan koperasi, kita lihat bahawa belanjawan ini adalah satu set dokumen yang lengkap merangkumi butir-butir tentang pendapatan dan perbelanjaan koperasi. Maklumat-maklumat ini dapat membantu pihak pengurusan untuk

Page 7: Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi - ikkm.edu.my · Pengenalan Perancangan yang ... telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses membuat anggaran mungkin tidak membebankan

Jadu

al 2

: Con

toh

Bel

anja

wan

Tun

ai K

oper

asi

Bel

anja

wan

Tun

ai K

oper

asi B

agi T

ahun

Ber

akhi

r P

ada

31 D

isem

ber

2010

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogo

sS

ept

Okt

Nov

Dis

Jum

lah

Terim

aan

Tuna

i:

Kut

ipan

Jua

lan

Tuna

i15

,000

15,0

0015

,000

16,5

0015

,000

15,0

0015

,000

16,5

0015

,000

15,0

0015

,000

16,5

0018

4,50

0

Kut

ipan

Hut

ang

12,0

0012

,000

12,0

0013

,000

12,0

0012

,000

12,0

0013

,000

12,0

0012

,000

12,0

0013

,000

147,

000

Sew

a B

angu

nan

4,00

04,

000

4,00

04,

000

4,00

04,

000

4,00

04,

000

4,00

04,

000

4,00

04,

000

48,0

00

Jum

lah

31,0

0031

,000

31,0

0033

,500

31,0

0031

,000

31,0

0033

,500

31,0

0031

,000

31,0

0033

,500

379,

500

Bay

aran

Tun

ai:

Ala

t Tul

is d

an P

erce

taka

n50

050

050

080

050

050

050

080

050

050

050

080

06,

900

Bay

aran

Kep

ada

Pem

beka

l3,

500

3,50

03,

500

6,50

03,

500

3,50

03,

500

6,50

03,

500

3,50

03,

500

6,50

051

,000

Bay

aran

Pin

jam

an (P

okok

)75

075

075

075

075

075

075

075

075

075

075

075

09,

000

Bay

aran

Pin

jam

an (F

aeda

h)25

025

025

025

025

025

025

025

025

025

025

025

03,

000

Bel

anja

Pej

abat

500

500

500

500

500

500

500

500

500

500

500

500

6,00

0

Bel

anja

Pen

yele

ngga

raan

1,

000

1,00

01,

000

1,00

01,

000

1,00

01,

000

1,00

01,

000

1,00

01,

000

1,00

012

,000

Ser

vis

Ken

dera

an0

050

00

050

00

050

00

050

02,

000

Bel

anja

Mes

yuar

at L

emba

ga0

500

050

00

500

050

00

500

050

03,

000

Cuk

ai0

3,60

03,

600

3,60

03,

600

3,60

03,

600

3,60

03,

600

3,60

03,

600

3,60

039

,600

Ela

un J

AD

00

1,75

00

01,

750

00

1,75

00

01,

750

7,00

0

Ela

un A

LK7,

500

7,50

07,

500

7,50

07,

500

7,50

07,

500

7,50

07,

500

7,50

07,

500

7,50

090

,000

Ele

ktrik

, Tel

efon

dan

Air

500

500

500

800

500

500

500

800

500

500

500

800

6,90

0

Bil

Inte

rnet

(Stre

amyx

)20

020

020

020

020

020

020

020

020

020

020

020

03,

000

Gaj

i Pek

erja

& K

WS

P2,

400

2,40

02,

400

2,40

02,

400

2,40

02,

400

2,40

02,

400

2,40

02,

400

2,40

028

,800

Ikla

n da

n P

rom

osi

500

500

500

500

500

500

500

500

500

500

500

500

6,00

0

Insu

rans

300

300

300

300

300

300

300

300

300

300

300

300

3,60

0

Sew

a1,

200

1,20

01,

200

1,20

01,

200

1,20

01,

200

1,20

01,

200

1,20

01,

200

1,20

014

,400

Jum

lah

19,1

0023

,200

24,9

5026

,800

22,7

0025

,450

22,7

0026

,800

24,9

5023

,200

22,7

0029

,050

291,

600

Lebi

han

/ Defi

sit

11,9

007,

800

6,05

06,

700

8,30

05,

550

8,30

06,

700

6,05

07,

800

8,30

04,

450

87,9

00

Bak

i Aw

al W

ang

Tuna

i6,

500

18,4

0026

,200

32,2

5038

,950

47,2

5052

,800

61,1

0067

,800

73,8

5081

,650

89,9

506,

500

Bak

i Akh

ir W

ang

Tuna

i18

,400

26,2

0032

,250

38,9

5047

,250

52,8

0061

,100

67,8

0073

,850

81,6

5089

,950

94,4

0094

,400

Bak

i Min

imum

Wan

g Tu

nai

5,00

05,

000

5,00

05,

000

5,00

05,

000

5,00

05,

000

5,00

05,

000

5,00

05,

000

5,00

0

Kep

erlu

an P

embi

ayaa

n-

--

--

--

--

--

--

Lebi

han

Wan

g Tu

nai

13,4

0021

,200

27,2

5033

,950

42,2

5047

,800

56,1

0062

,800

68,8

5076

,650

84,9

5089

,400

89,4

00

47Maktab Koperasi Malaysia

Page 8: Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi - ikkm.edu.my · Pengenalan Perancangan yang ... telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses membuat anggaran mungkin tidak membebankan

48

menggunakan segala sumber yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Jejak langkah pihak pengurusan itu seterusnya akan dituruti oleh pengurus-pengurus koperasi

akan datang untuk mencapai objektif yang sama. Perlu diingat kejayaan sesebuah koperasi adalah bergantung kepada kemampuan untuk menguruskan kewangannya dengan baik dan mampu mengawal tunai dengan berkesan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya di sini ialah belanjawan yang baik akan memberi manfaat yang banyak kepada koperasi melalui maklumat-maklumat yang disediakan dalam belanjawan. Perjalanan aktiviti perniagaan akan lebih teratur dan tersusun. Langkah demi langkah untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi telah disediakan. Pihak pengurusan dan kakitangan hanya perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat yang telah dirancang.

RUJUKAN

Ismail Ab.Wahab & Faridah Ahmad (2004). Strategi pengurusan kewangan-perniagaan kecil dan sederhana.

Maktab Kerjasama Malaysia (2006). Siri Pengurusan – Memahami Laporan Tahunan Koperasi. Petaling Jaya: Maktab Kerjasama Malaysia.

Mohd Halim Kadri (2006). Asas Perakaunan Perniagaan

Seksyen 58 Akta Koperasi 1993 : Penyenggaraan Akaun

Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 : Belanjawan Tahunan