peranan pengetua

Upload: wanierashid

Post on 08-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu 3083

TRANSCRIPT

PENDAHULUANJawatan adalah amanah kerajaan yang perlu dipikul oleh penjawat awam. Bagi memastikan tugas dan amanah dapat dilaksanakan dengan berkesan, pemikul tanggungjawab ini perlulah memiliki nilai-nilai profesionalsme. Dalam rangka menyiapkan kertas kerja ini, kupasan akan berfokus kepada peranan pengetua sebagai pentadbir dan pengurus sekolah. Pengetua dalam kajian ini adalah manifestasi kepada nilai-nilai profesionalisme penjawat awam dan kesannya kepada peningkatan kualiti pengurusan organisasi seperti mana yang dikehendaki oleh soalan.Selaras dengan matlamat untuk mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah menetapkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau. Semua ini harus bermula dari peringkat akar umbi, iaitu bermula di peringkat sekolah lagi. Dan semestinya agenda penting ini menjadi tanggungjawab pengetua (sekolah menengah) atau guru besar (sekolah rendah) yang menjadi pemimpin dan pengurus di sekolah. Ia menjadi faktor utama bukan sahaja dalam menentukan kejayaan sebuah sekolah, malahan dengan kepemimpinan dan pengurusannya, serta visi dan misinya, pengetua atau guru besar boleh menentukan hala tuju institusi yang diamanahkan kepadanya. Dengan itu tidak keterlaluan jika dikatakan, pengetua atau guru besar merupakan penggerak kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk menzahirkan sistem pendidikan berkualiti dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.Justeru itu, bagi menyahut cabaran tersebut, pengurusan sekolah yang baik adalah merupakan satu alternatif terbaik yang boleh diambil. Usaha ini bukanlah suatu perkara yang mustahil bahkan pengurusan sekolah yang baik ini boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia.Ciri-ciri pengurusan sekolah yang berjaya adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan, pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan antara elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang mempunyai iklim pengurusan yang dianggap sebagai berjaya. (Mohd. Salleh Lebar : 1998)DEFINISI PENGETUA.Umumnya orang memahami seorang pendidik itu ialah seorang yang terlibat dengan kerja-kerja pendidikan atau pengajaran atau dengan erti kata yang lain seseorang yang terlibat dengan kerja-kerja pengajaran ilmu pengetahuan sama ada di sekolah, maktab, universiti atau pun di surau, masjid, pondok atau madrasah. (Ghazali Basri : 1987)Manakala pengetua pula bermaksud individu yang dipilih dari kalangan guru yang dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mentadbir dan mengetuai sesebuah sekolah menengah dan diberi autonomi untuk menguruskan segala sumber yang ada di sekolah.Oleh kerana pengetua merupakan individu yang diberikan autonomi di sekolah maka beliau seharusnya menunjukkan satu contoh yang paling baik kepada orang-orang bawahannya. Justeru itu pengetua mestilah mempunyai satu set akhlak yang boleh dibanggakan dalam mempamerkan satu contoh yang baik bagi sekolahnyaDalam membawa sebuah sekolah itu ke arah kejayaan, seorang pengetua itu mestilah menunjukkan gaya kepimpinan yang benar-benar meyakinkan. Sehubungan dengan itu banyak kajian-kajian lepas yang telah menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengetua banyak membawa kepada perubahan tingkah laku. Antaranya ialah, Stoll dan Fink (1996) dalam bukunya Changing our schools menyatakan tidak ada persoalan lagi bahawa kepemimpinan yang berkesan ialah penentu (key determinant) dalam menggerakkan perubahan yang positif di sekolah atau dalam sistem persekolahan.Menurut Ibrahim Mamat, (2001) pengetua adalah orang paling penting di sekolah dan bertanggungjawab terhadap semua kegiatan. Sebagai pemimpin, dia harus menggerakkan sekolah, terutamanya dari sudut pengajaran dan pembelajaran, tingkat profesionalisme dan semangat serta rasa tanggungjawab guru terhadap pelajar. Dia perlu membimbing, menggalak dan menyelia kakitangan untuk membaiki dan mengekalkan kualiti pendidikan. Dia juga harus merancang dan mengelola program sekolah, mengawasi dan mempengaruhi perlaksanaannya, menyelaras pelbagai aktiviti orang-orang bawahannya dan menilai kemajuan serta prestasi keseluruhannya dari masa ke semasa.Jelasnya, pengetua merupakan antara asas utama dalam pembinaan dan pembentukan imej sekolah yang baik. Oleh kerana itu, pengetua memainkan peranan yang sangat besar dalam merangsang iklim sekolah yang positif. Menurut Edmonds (1979), kejayaan sesebuah sekolah terletak di tangan pengetua atau guru besar. Ini bermakna pengetua dan guru besar di Malaysia mesti mempunyai kebolehan untuk interpretasikan perubahan dalam sekolah serta menggunakan gaya kepemimpinan yang sesuai dan tepat agar dapat berfungsi sebagai pemimpin yang efektif dalam memimpin kakitangan akademik, kakitangan bukan akademik dan pelajar ke arah mencapai visi dan misi sekolah dan juga negara.Mengikut Fullan (1982), pengetua adalah orang yang paling penting dalam membuat perubahan di sekolah. Pengetua boleh dianggap sebagai goal-setter, advocator, initiator, communicator, suporter, coordinator, coach, evaluator, manager, information provider dan role model dalam melaksanakan perubahan di sekolah.Kemampuan pengetua dan guru besar untuk mengubahsuai gaya kepemimpinannya mengikut situasi sama ada di pejabat, Jabatan Pendidikan atau Kementerian Pendidikan Malaysia, adalah diukur apabila dapat bekerjasama dengan komuniti setempat, menyelia para penolong kanan, memperbaiki pencapaian pelajar serta memotivasikan para staf serta komuniti yang terlibat akan membawa kepada kejayaan dirinya dan organisasi yang dipimpinnya.Pada pendapat Geltner (1981) pula, terdapat lima peranan pengetua atau guru besar berkaitan dengan keberkesanannya dari segi iklim dan pencapaian sekolah. Pengkelasan yang dibuat oleh Geltner terhadap peranan pengetua atau guru besar adalah berdasarkan persepsi guru yang bekerja dalam sekolah yang sama. Berikut adalah peranan-peranan tersebut:-1. Pengetua dianggap sebagai ahli falsafah pendidikan. Guru menganggap pengetua sebagai orang penting dalam kehidupan mereka di sekolah. Pengetua mengetahui dan menjelaskan apa yang dipercayainya tentang matlamat dan tujuan tugasan mereka. Guru-guru faham dan berkongsi apa yang dipercayai oleh pengetua serta turut memberi sokongan kepadanya. Oleh itu, kerja-kerja di sekolah dapat dijalankan dengan berkesan dan penuh bererti melalui perpaduan yang wujud di kalangan guru.2. Pengetua dianggap sebagai model pendidikan. Guru-guru menganggap pengetua sebagai model yang mengubah tingkah laku guru dengan menunjukkan contoh dan teladan yang baik.3. Pengetua dianggap sebagai penolong pendidikan. Guru-guru menganggap pengetua sebagai sumber untuk mendapat sokongan. Guru-guru memahami bahawa sokongan pengetua sejak mereka mula bertugas memberi kesan yang mendalam kepada mereka dan bidang profesionalisme.4. Pengetua dianggap sebagai rakan sependidikan. Guru menganggap pengetua sebagai rakan sejawat dalam hubungan dengan pelajar dan ibu bapa. Pengetua berpengetahuan luas tentang program pendidikan, prestasi pelajar serta sentiasa berusaha membuat keputusan secara kolektif untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.5. Pengetua sebagai orang yang memulakan perubahan pendidikan. Guru-guru melihat pengetua sebagai penentu utama di dalam perlaksanaan inovasi di sekolah. Punca perubahan di sekolah mewujudkan kejayaan antara pengetua dan guru. Guru-guru akan turut merasakan bahawa mereka terlibat terus di dalam membuat keputusan tentang perkembangan dan reformasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Pengetua adalah orang paling penting di sekolah dan dialah yang bertanggungjawab terhadap semua kegiatan. Sebagai pemimpin, dia harus menggerakkan sekolah, terutamanya dari sudut pengajaran dan pembelajaran, tingkat profesionalisme dan semangat serta rasa tanggungjawab guru terhadap pelajar. Dia perlu membimbing, menggalak dan menyelia kakitangan untuk membaiki dan mengekalkan kualiti pendidikan. Dia juga harus merancang dan mengelola program sekolah, mengawasi dan mempengaruhi perlaksanaannya, menyelaras pelbagai aktiviti orang-orang bawahannya dan menilai kemajuan serta prestasi keseluruhannya dari masa ke semasa. ( Ibrahim Mamat, 2001).Jawatan Kuasa Taraf Pelajaran Di Sekolah-sekolah adalah salah satu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (1982), telah mengusulkan bahawa seseorang pengetua perlulah cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah, mengekalkan penyeliaan secara berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, perlu meluangkan masa dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, tidak bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang terkurung di biliknya dan mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran.Laporan Jawatan Kuasa Taraf Pelajaran ini telah memberi gambaran warga pendidik terhadap gaya kepemimpinan pengetua di mana persepsi guru-guru memainkan peranan penting dalam menentukan gaya kepimpinan seseorang pengetua kerana mereka sentiasa berhubung secara langsung di antara satu sama lain dalam urusan tugas harian. Menurut De Vito (1991), persepsi guru-guru ini terbentuk melalui tiga tahap proses iaitu proses cetusan rangsangan pancaindera, proses susunan rangsangan pancaindera dan proses interpretasi serta penilaian rangsangan pancaindera.Melalui perbincangan di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa tugas pengetua adalah sangat penting. Justeru itu untuk menjalankan tugas yang amat berat ini semestinyalah seorang pengetua itu mempunyai kesedaran yang tinggi serta kesediaan yang cukup untuk memikul tanggungjawab yang sangat besar ini. Oleh kerana itu untuk memastikan kelancaran tugas ini Islam telah menunjukkan satu contoh yang amat agung kepada manusia dalam melaksanakan tugas mereka sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Contoh tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Penjelasan tentang perkaitan antara konsep khalifah dan kepimpinan pengetua akan dibincangkan dalam bab ke empat.(bersambung)

4