majlis pengetua-pengetua malaysia … · kod kertas: 940/1 majlis pengetua-pengetua malaysia...

46
SULIT * MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA Arahan kepada calon : Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B ___________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak © Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2009 STPM 940/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. [ Lihat sebelah SULIT* STPM 2009 940/1 SEJARAH KERTAS 1 ( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 ) ( Tiga jam )

Upload: voanh

Post on 18-Jul-2018

378 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SULIT * MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA

CAWANGAN NEGERI MELAKA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada

Bahagian B

___________________________________________________________________________

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak © Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2009

STPM 940/1

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[ Lihat sebelah

SULIT*

STPM 2009 940/1

SEJARAH

KERTAS 1

( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

( Tiga jam )

SULIT 2

Bahagian A Jawab dua soalan sahaja.

1. Huraikan tujuh faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.

2. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada tamadun manusia, huraikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan empayar.

3. Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman tamadun awal

manusia.

4. Bincangkan cara pengendalian perdagangan di pelabuhan Melaka sebelum kehadiran

kuasa Barat.

5. Huraikan pencapaian tamadun China dan tamadun Mesir dalam bidang perubatan.

6. Bincangkan empat faktor yang mendorong orang China melakukan aktiviti penerokaan

dan penjelajahan pada abad pertama Masihi hingga abad ke-15 Masihi.

7. Bandingkan matlamat sistem pendidikan antara tamadun China dengan tamadun

Islam.

8. Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan perdagangan pada

zaman Rom dan zaman Abbasiyah.

Bahagian B Jawab dua soalan sahaja.

9. Huraikan latar belakang masyarakat Mekah dan Kota Madinah (Yatrib) sebelum

kedatangan Islam.

10. Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah Ummah di

Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut.

11. Huraikan peranan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dalam meningkatkan

perkembangan Islam di Nusantara.

12. Huraikan sebab-sebab kota Madinah diserang oleh tentera al-Ahzab dan jelaskan

peranan kumpulan-kumpulan utama yang terlibat dalam peperangan tersebut.

13. Bincangkan sumber-sumber pendapatan negara dan kepentingannya kepada

masyarakat pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.

14. Bincangkan sumbangan Ibn Hawqal dalam bidang pelayaran dan geografi.

15. Jelaskan sejauh mana tamadun Islam mempengaruhi perkembangan budaya dan

intelektual Tamadun Eropah.

16. Jelaskan mengapa perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid jauh

lebih maju berbanding dengan zaman Charlemagne di Eropah Barat.

SOALAN TAMAT

Kod Kertas: 940/1

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA

CAWANGAN NEGERI MELAKA

STPM 2009

SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH KERTAS 1

( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

PERINGATAN :

Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada

pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 45 halaman bercetak.

© Hakcipta Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2009

SULIT

2

1. Huraikan tujuh faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.

A. Pengenalan ( 3 M ) :

1. Sebelum kewujudan tamadun, manusia memburu binatang dan memungut

hasil tanaman yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah

apabila manusia mengetahui cara-cara bercucuk tanam dan menternak

binatang. Melalui pengetahuan itu, perubahan yang besar telah berlaku

dalam kehidupan manusia. Sungguhpun perubahan itu berlaku secara

beransur-ansur di tempat-tempat tertentu pada masa yang berbeza-beza, ia

sebenarnya telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam

sejarah kehidupan manusia dengan zaman sebelumnya.

2. Konsep Tamadun.

3. Lokasi tamadun awal, Tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho.

4. Bermulanya pembentukan tamadun awal manusia.

B. Isi : ( 7 X 3M : 21 M )

Faktor Kemunculan Tamadun

1 Petempatan Kekal

Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh

wujudnya petempatan kekal. Wujud masyarakat bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-

sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah-randah

kerana kini mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini

kemudiannya mewujudkan urbanisasi.

2 Eksploitasi Sumber Alam/Kepentingan Sungai.

Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk

menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir menunjukkan

kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di

tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan Hwang Ho.

3 Kemajuan Teknologi

Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan

teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga,

gangsa dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan

mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain daripada itu, manusia juga telah berjaya

mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.

3

4 Penciptaan Roda

Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan

mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan

untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah meningkatkan

daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barang yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam

dan dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti

perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.

5 Sistem Tulisan

Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas kepada penambahan

pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan telah

digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran dan perdagangan. Sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia,

tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir dan tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho.

6 Organisasi Sosial

Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa

kepada kemunculan tamadun. Masyarakat memerlukan pemimpin untuk

menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk

menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan

kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang yang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan

pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di

sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

7 Pengkhususan Kerja

Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat

memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu

mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti

telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan

pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat.

8 Agama dan Kepercayaan

Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Ia

membantu manusia akur dengan hukum-hukum alam. Kehidupan lebih

memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang

mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah

untuk pertanian. Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.

9. Perbandaran.

10. Migrasi ( Penghijrahan ).

4

11. Kemajuan ekonomi.

12. Geografi.

C. Kesimpulan ( 1 M )

Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal

dan berorganisasi. Faktor-faktor kemunculan tamadun itu saling berkaitan dan

saling melengkapi. Melaluinya lahirlah tamadun-tamadun awal manusia

seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Hwang Ho.

5

2. Dengan memberikan cantoh-contoh yang sesuai daripada tamadun manusia,

huraikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan empayar.

A. Pengenalan : ( 3M )

1. Konsep tamadun

2. Corak dan sistem pemerintahan

3. Konsep empayar Entiti politik yang dikenali empayar biasanya berasal

daripada idea imperialisme yang mencetuskan penaklukan negara-negara

lain. Imperialisme, sebenarnya membayangkan hasrat sesuatu negara

untuk menguasai bangsa-bangsa lain. Dalam perkembangan empayar

terdapat dua jenis utama, iaitu empayar daratan yang berdasarkan

penguasaan tanah yang luas seperti empayar Rom dan China dan empayar

samudera (atau maritim) yang bergantung kepada penguasaan laut dan pelabuhan-pelabuhan strategik sperti Srivijaya dan empayar Portugal di

Asia.

B. Isi : ( 5 x 4M = 20M )

1. Sistem pemerintahan empayar lazimnya berlaku dalam tiga bentuk iaitu

dinasti ( China, India dan Mesir}, perkongsian kuasa ( Rom), Liga

( Trumvirate-kongsi kuasa) cth di Athens.

2 Perlaksanaan konsep hegemoni, iaitu penduduk-penduduk yang hidup di

dalam empayar itu mengalu-alukan pemerintahannya. Rakyat empayar

bersedia menerima sistem pemerintahan itu oleh kerana mereka

menghormati kuasanya, undang-undang yang adil, keadaan yang aman dan

faedah-faedah yang berpunca daripada itu, sistem kebudayaan yang tinggi

serta peluang-peluang ekonomi yang boleh memajukan mutu kehidupan dan kemakmuran mereka. Perlaksanaan hegemoni bermaksud juga

memerintah dengan persetujuan daripada rakyat yang taat setia kepada kerajaan mereka. Objektif kerajaan empayar ialah menggalakkan asimilasi

dan integrasi rakyat empayar. Contoh yang nyata sekali ialah empayar Rom di mana bangsabangsa asing yang dikuasai diberikan

kewarganegaraan Rom dan dibena.rkan berkhidmat dalam pelbagai peranan dalam pentadbiran Rom clan wl'lavah-wilayahnya.

3 Menggunakan kekuasaan ketenteraan.

Sekiranya hegemoni tidak berjaya mengekalkan perpaduan, para

pemerintah biasanya mentadbirkan empayarnya dengan kekuasaan tentera.

Tentera digerakkan untuk menjamin keamanan empayar dan mengelakkan

pemberontakan berlaku. Kuasa tentera sering kali disokong dengan

pembinaan pelbagai kemudahan seperti kubu-kubu di Eropah Barat pada

zaman feudal clan pembinaan Tembok Besar di negara China. Sistem jalan

raya dan pengangkutan juga dimajukan untuk memudahkan pergerakan

tentera. Pembinaan jalan raya di Rom telah memudahkan pergerakan

tentera Rom ke wilayah-wilayah untuk mematahkan sesuatu

pemberontakan di dalam empayar dan juga mempertahankan empayarnya daripada serangan orang-orang Germanic.

6

4. Pemusatan kuasa kerajaan

Walaupun sesebuah empayar dibahagikan kepada wilayah-wilayah tetapi

kuasa kerajaan biasanya terletak di ibu kota empayar. Pemusatan politik

adalah selaras dengan pembahagian masyarakat empayar kepada dua

kategori, iaitu golongan yang berkuasa dan golongan yang ditakluki. Di

pusat pemerintahan jawatanjawatan yang penting dikuasai oleh golongan

atasan yang taat setia kepada maharaja manakala di peringkat wilayah

ketua pemerintah adalah wakil dari ibu kota yang dibantu oleh

pemimpin-pemimpin tempatan.

5. Wujudnya Sistem Birokrasi.

Apabila hal ehwal pentadbiran menjadi lebih kompleks akibat daripada

perluasan empayar lagi, maka sebuah birokrasi yang terdiri daripada pelbagai jabatan diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran empayar.

Penubuhan birokrasi adalah nyata sekali di empayar Rom dan empayar China.

6. Konsep Kehomogenan Empayar

Hampir kesemua rejim empayar berhasrat menyatukan empayarnya

dengan dasar-dasar untuk memupuk kehomogenan kebudayaan,

masyarakat, agama, bahasa, dan ekonominya. Misalnya, empayar

Iskandar Zulkarnain menggunakan kebudayaan Yunani sebagai kayu

ukur untuk menyatukan budaya Yunani dan Parsi dengan mewujudkan

beberapa pusat bandar yang berperanan sebagai pusat penyebaran

kebudayaan Yunani ke atas penduduk-penduduk tempatan. Perkahwinan campur juga digalakkan antara orang-orang Yunani dengan Parsi untuk

membina sua.tu masyarakat yang seragam. Pada Dinasti Han di China. ideologi Confucianisme dijadikan asas untuk menyatukan masyarakat

China. DI tamadun Rom, budaya Greco-Roman dianggap sebagai budaya resmi di seluruh empayar.

7. Memupuk semangat Ketahanan mental dan spritual. Cth Maharaja

Rom dipuja sebagai tuhan. Adalah diketahui bahawa rejim-rejim

empayar tidak dapat dikekalkan selama-lamanya. Kemerosotan dan

kejatuhan berlaku pada akhirnya disebabkan kelemahan dan gagalnya

para pemimpin untuk mengekalkan struktur empayarnya, teknik-teknik

dan ide-ide pentadbiran yang ketinggalan zaman, kemerosotan ekonomi

serta pemberontak dan serangan luar.

8. Wujudnya sistem naungan ekonomi. Cth negeri-negeri naungan

biasanya membayar ufti atau sebahagian daripada hasil diserahkan kepada pemerintah pusat.

7

C. Kesimpulan : ( 2M )

Pada keseluruhannya munculnya rejim empayar adalah suatu fenomena yang

membayangkan psikologi manusia. Menurut Pericles, seorang negarawan

Athens pada kurun ke-5 SM. penubuhan empayar adalah adil kerana orang

yang kuat haruslah menguasai orang yang lemah. Tetapi prinsip itu adalah

bertentangan dengan satu lagi unsur psikologi manusia, iaitu prinsip kebebasan

manusia. Jadi empayar adalah suatu sistem kerajaan yang sentiasa bangkit dan

jatuh dalam sejarah tamadun manusia.

8

3. Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman

tamadun awal manusia.

A. Pengenalan : ( 3M )

Strategi peperangan merupakan suatu kempen peperangan yang merangkumi

konsep peperangan. Penggunan kuasa tentera, alat-alat senjata lojistik serta

membanyak unsur peperangan untuk pencapaian objektif ataupun sasaran

peperangan dengan berkesan. Strategi adalah suatu seni dan sains peperangan

yang kemenangan atau kekalahan bergantung kepada perlaksanaannya.

Daripada strategi berpuncalah taktik-taktik peperangan seperti taktik pertahanan,

perikatan tentera, penyerangan dan pengepungan.

B. Isi : ( 20M )

Prinsip-prinsip Peperangan / Strategi : ( 4 X 2M = 8M )

1. Peperangan strategi semestinya didasarkan objektif-objektif peperangan

seperti mempertahankan sesuatu sasaran yang strategik, memperlambatkan kemaraan tentera musush, mengatasi sesuatu

halangan atau memperkukuhkan kedudukannya.

2. Strategi sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan baru keadaan

geografi, keluasan dan saiz tentera musuh dan iklim.

3. Didasarkan juga sasaran jangka masa pendek atau jangka masa panjang

di dalam konteks perancangan keseluruhan.

4. Startegi juga terdorong oleh semangat perjuangan musuh, kekuatan

musuh dan keupayaan untuk meneruskan perjuangan .

5. Strategi tertakluk kepada sokongan logistik iaitu termasuk

pengangkutan, kemudahan dan perkhidmatan personel.

Perlaksanaan Strategi : ( 6 X 2M = 12M )

1. Strategi Pertahanan yang bertujuan mengekalkan status quo. Mendirikan kubu untuk mempertahankan dan sesuai di tempat yang strategik.

Biasanya didirikan di tempat bukit, lereng bukit atau batu besar (seperti Acropolis di Yunani). Pembinaan tembok besar untuk melindungi

sempadan daripada serangan musuh yang berlaku kerap kali (Tembok Besar China) dan Tembok Hadrian dan Britanic pada zaman Empayar

Rom. Pertahanan juga sering dirancang untuk memperkukuhkan

kedudukannya supaya sasaran lebih mudah dicapai.

2. Strategi Menjalinkan Perikatan Tentera negara jiran atau negara lain

untuk membendung ancaman dan cabaran musuh – musuh, contohnya di

China pada zaman Han apabila Tentera Han menjalinkan hubungan yang

rapat dengan kaum Yueh - Chi untuk membendung musuhnya Hsiung-

Nu di Yunan. Athens misalnya membentuk Liga Delas untuk

menghadapi kuasa Parsi.

9

3. Strategi penyerangan secara direk untuk meluaskan sempadan-sempadan empayar atau penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan.

Contohnya di Greco-Rom yang penyerangan membawa kepada

pengeluaran Empayar di Semenanjung Itali dan Laut Mediterranean.

Taktik penyerangan juga melibatkan pemilihan sesuatu taktik masa dan

tempat yang dianggap paling sesuai untuk menjamin kejayaan.

4. Strategi Penegepungan : yang biasa digunakan, berlaku semasa zaman

Feudalisme di Eropah barat untuk menghancurkan semangat musuh dan

kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat yang strategik.

5. Strategi “ Cohension dan Dispersion” : di dalam sesuatu medan

peperangan yang kira diperluaskan atau untuk menyerang musuh.

6. Pembinaan bandar-bandar / pusat-pusat Tentera : untuk mengekalkan kawasan-kawasan yang telah ditakluki ( garisan ) misal strategi Iskandar

Zulkarnain.

C. Kesimpulan : ( 2M )

Ketahanan dan pertahanan adalah penting dalam sejarah tamadun manusia untuk penerusan survival tamadun.

10

4 Bincangkan cara pengendalian perdagangan di pelabuhan Melaka sebelum

kehadiran kuasa Barat.

A. Pengenalan : ( 3 M )

Perdagangan bebas membawa maksud syarat tidak mengenakan duti kastam

atau duti-duti lain ke atas import barangan dari negara lain. Teori perdagangan ini menunjukkan bahawa perdagangan akan membawa faedah jika ia tidak

tertakluk kepada sekatan seperti tarif, kuota dan sebagainya. Dalam kes Melaka perdagangannya berkembang pesat atas inisiatif kerajaan dalam menyediakan

kemudahan-kemudahan pentadbiran yang cekap, matawang yang stabil, kewujudan undang-undang yang adil, pengenalan sistem timbang dan ukuran

yang seragam.

B. Isi : ( 7 X 3M = 21M )

1. Pemerintah Melaka memperkenalkan peraturan dan tatertib berniaga

serta sistem yang tetap untuk melicinkan urus niaga di pelabuhan.

2. Para pedagang dikenakan cukai yang adil. Pedagang tempatan dicukai sebanyak 3% dan pedagang asing sebanyak 6%. Pedagangan China

dikecualikan cukai tetatpi mereka perlu memberikan hadiah. Sistem Cukai berkeutamaan.

3. Kemudahan Prasarana di Pelabuhan Melaka. Pemerintah Melaka

juga menyediakan gudang untuk pedagang menyimpan barang dagangan

mereka. Gudang-gudang ini dikelilingi oleh pagar dan pintu serta

dikawal oleh penjaga. Membaiki perahu, tempat tinggal dan lain-lain

4. Laksamana dan Temenggong bertanggungjawab bagi menjaga

keselamatan di perairan Melaka.

5. Peranan syahbandar. Raja dibantu oleh Syahbandar bagi melicinkan

urusan perdagangan di pelabuhan Melaka.

6. Terdapat juga sistem undang-undang yang bertujuan untuk memelihara keamanan dan ketenteraman di Melaka. Sistem undang-undang

menggalakkan para pedagang mengunjungi Melaka. Dua teks undang-undang utama di Melaka adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-

undang Laut Melaka.

7. Matawang logam yang dibuat daripada calains digunakan dalam urusniaga.

8. Di Melaka juga terdapat sistem ukuran dan timbangan yang standard.

Timbangan diukur dengan unit kati dan tahil.

9. Menyediakan surat izin atau kebenaran untuk masuk ke pelabuhan

Melaka.

10. Wujudnya golongan kiwi yang mengendalikan perdagangan bagi pihak

pembesar.

11

C. Kesimpulan : ( 1 M )

Amat jelas sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat, Melaka telah mengamalkan

budaya perdagangan bebas. Pelabuhannya yang mengenakan cukai yang adil,

kewujdan pelbagai kemudahan bagi pedagang, sistem pentadbiran yang cekap, pengenalan mata wang dan ukuran adalah bukti kewujudan budaya

perdagangan bebas.

12

5 Huraikan pencapaian tamadun China dan tamadun Mesir dalam bidang

perubatan.

A. Pengenalan : ( 3 M )

1. Tamadun Mesir Purba dan China telah memberi sumbangan dalam lapangan perubatan. Kedua-dua tamadun tersebut telah melahirkan ramai

tokoh-tokoh perubatan yang memberi sumbangan dalam pelbagai lapangan perubatan.

2. Latarbeakkang Tamdun China dan Mesir.

B. Isi : ( 20 M )

Perubatan China : ( 5 X 2 = 10 M )

1. Teori Perubatan :

• Mengikut teori perubatan China, manusia dianggap mikrokosmos yang mempunyai peredaran udara, angin, panas dan sejuk tersendiri.

• Terdapat dua sistem peredaran dalam tubuh badan manusia iaitu sistem

peredaran darah dan sistem peredaran angin.

• Idea tentang peredaran darah muncul pada abad pertama masihi.

2. Konsep Perubatan China

• Konsep perubatan China ialah konsep Yin dan Yang.

• Yin merujuk kepada kuasa pasif manakala Yang merujuk kepada kuasa aktif.

• Keseimbangan antara dua kuasa itu menandakan seseorang itu sihat.

3. Cara Merawat Penyakit

• Terdapat tiga cara orang China merawat penyakit iaitu material medica, moksibusi dan akupunktur.

• Material medica merujuk kepada bahan-bahan seperti herba, galian dan anggota haiwan.

• Moksibusi merujuk kepada kaedah di mana sumbu dan moksa yang

dibuat daripada herba dilekatkan pada kulit badan penyakit dan dibakar

untuk menyembuhkan penyakit.

• Akupunktur merupakan rawatan mengubati penyakit dengan menusuk jarum pada tubuh manusia.

4. Karya Perubatan

• Orang China juga menghasilkan dokumen tentang ilmu perubatan.

13

• Dokumen paling awal tentang perubatan tradisional China ialah Huang Ti Nei Ching.

• Li Shih Chen menghasilkan lima tritis tentang cara-cara diagnosis

penyakit campak, stigmologi, ubat ginseng dan Artemisia.

• Li Shih Chen menulis ensiklopedia tentang mineralogi, kaji logam, botani dan zoology.

5. Ubat-ubatan.

• Ubat-ubatan dari herba, binatang dan galian.

Perubatan Mesir Purba ( 5 X 2 = 10 M )

1. Teori Perubatan : ada kaitan dengan agama.

2. Teks Perubatan :

• Orang Mesir purba menghasilkan teks-teks perubatan.

• Teks-teks perubatan awal Mesir purba dikarang oleh Toth dan

Imhotep.

• Terdapat teks-teks yang mengandungi maklumat tentang senarai

peralatan yang digunakan untuk pembedahan di kepala dan dada.

• Terdapat juga teks yang mengandungi maklumat tentang ubat-ubatan, anatomi, peralatan pembedahan, penyakit mata dan kelahiran anak.

3. Kaedah Mengawet Mayat :

• Orang Mesir juga mahir dalam mengawet mayat.

• Mereka mempunyai pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi.

4. Kemahiran Merawat Penyakit :

• Orang Mesir purba mempunyai kemahiran dalam mengubati luka dan retakan tulang.

• Mereka juga mempunyai pengetahuan dalam melakukan pembedahan di kepala dan dada.

• Mereka juga mengetahui kaedah menggunakan ubat-ubatan semasa memberi rawatan.

5. Ubat-Ubatan

• Orang Mesir mempunyai kemahiran mencipta pelbagai jenis ubat-

ubatan dan proses menyediakan ubat-ubatan.

• Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan ubat ialah minyak

jarak, mandragora, jintan putih, dan ketumbar.

14

C. Kesimpulan ( 2M )

Orang China dan Mesir purba memberikan sumbangan besar dalam lapangan

perubatan. Terdapat banyak teks-teks perubatan yang dihasilkan dalam tamadun

Mesir purba dan China pada zaman klasik. Terdapat pelbagai teori dan konsep yang berkaitan degan ilmu perubatan. Mereka juga mempunyai pengetahuan

dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Tradisi perubatan Mesir purba dan China mempunyai kesan terhadap ilmu perubatan moden.

15

6. Bincangkan empat faktor yang mendorong orang China melakukan aktiviti

penerokaan dan penjelajahan pada abad pertama Masihi hingga abad ke-15

Masihi.

A Pengenalan : ( 3M )

1. Penjelajahan bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah. Menurut kamus Dewan, penerokaan bermaksud

menyelidik, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan berlaku sejak zaman prasejarah

lagi.

2. Kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang China dapat dikesan sejak

kurun pertama Masihi lagi. Ekspedisi penerokaan dan penjelajahan

dihantar ke Laut Caspian, Asia Selatan, Eropah dan Afrika.

3. Tokoh-tokoh penerokaan dan penjelajahan China.

B Isi : ( 4 X 5M = 20M )

1. Perdagangan :

• Misi-misi perdagangan dihantar ke Laut Caspian pada abad pertama Masihi.

• Kapal-kapal dagangan China dihantar ke Eropah sekitar tahun

100M.

• Kapal-kapal dagangan juga dihantar ke Asia Selatan dan India

antara 600-900 M.

• Pada abad ke 14 M , ekspedisi perdagangan besar-besaran dihantar

ke Asia Tenggara, India dan Afrika.

• Misi pelayaran di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho pernah

sampai ke Jeddah, Hormuz, pantai Somalia dengan membawa barang-barang dagangan seperti tembikar dan sutera sebagai

barang tukaran untuk mendapatkan gading gajah dan tanduk badak dari pedagang Arab.

• Pedagang-pedagang China menggunakan laluan sutera dalam menjalankan aktiviti perdagangan.

2. Agama :

• Pengembara China merantau untuk meningkatkan pengetahuan

dalam bidang agama.

• Hsuan Tsang mengembara ke India untuk mempelajari ilmu agama

Buddha di universiti Nalanda.

• I-Ching mempelajari ilmu agama Buddha di Nalanda selama 10 tahun.

16

3. Kemajuan dalam bidang teknologi perkapalan dan pelayaran

• Orang China mempunyai kemahiran membina kapal-kapal yang besar. Kapal-kapal ini boleh digunakan dalam pelayaran jarak jauh.

• Mempunyai kemampuan mencipta pelbagai jenis peralatan seperti kompas magnetik, sekstan, papan pelindung angin, dan ruangan

kedap air. Penemuan-penemuan ini membolehkan ekspedisi di

dilancarkan di lautan Pasifik

4. Perluasan Wilayah Naungan

• Jeneral Pan Chao meluaskan pengaruh China hingga Syria.

• Ekspedisi ketenteraan dihantar ke Jepun (1274 M dan 1281M) dan Jawa (1202M)

• Hubungan dengan Melaka – ekspedisi Cheng Ho.

5. Hubungan Diplomatik

• Misi-misi diplomatik dihantar ke Constantinople dan hubungan

dengan empayar Rom terjalin.

• Misi-misi diplomatik dihantar ke Laut Caspian pada abad pertama

Masihi.

6. Pencarian Ilmu Pengetahuan

• Ching mempelajari sejarah masyarakat India.

• Fa- Shien mempelajari bahasa Sanskrit.

C . Kesimpulan : ( 2M )

Faktor-faktor yang mendorong orang China melakukan penerokaan dan

penjelajahan adalah perdagangan, agama, teknologi pelayaran dan penaklukan

atau perluasan wilayah. Tamadun China melahirkan ramai tokoh-tokoh

pelayar dan peneroka yang terkenal seperti Cheng Ho, I-Ching dan Fa Hsien.

Tokoh-tokoh pelayar China berjaya melancarkan ekspedisi pelayaran ke

rantau Asia Selatan, Eropah, Asia Barat dan Afrika. Menjelang abad ke-14 M,

China muncul sebagai kuasa kelautan yang unggul.

17

7. Bandingkan matlamat sistem pendidikan antara tamadun China dengan

tamadun Islam.

A. Pengenalan : ( 3M )

Latar belakang tamadun Islam dan tamadun China

Proses pendidikan manusia berbentuk formal atau tidak formal bermula

dengan kebangkitan manusia bertamadun. Tetapi objektif-objektif dan

institusi-institusi adalah berlainan dari tamadun ke tamadun dan juga berlainan

dari masa ke masa. Pendidikan adalah berkait rapat dengan keperluan politik,

agama dan sosial serta aliran pemikiran tentang konsep ilmu dan pendidikan di

suatu tamadun atau negara. Institusi-institusi pendidikan juga dibina mengikut

objektif-objektif itu dan memang membayangkan proses penginstitusian ilmu yang ditentukan oleh keperluan politik, kebudayaan dan agama.

B. Isi : ( 7 X 3M = 21M )

1. Matlamat sistem pendidikan China dan Institusi-Institusinya

a. Pendidikan di China tradisional beriujuan memenuhi keperluan kerajaan demi kepentingan memberikan suatu asas yang kukuh

untu-T

-menge

-calkan

-kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan

maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan

ketaatsetiaan rakyat terhadap raja dan negara. Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat

bawahan atau golongan atasan tetapi sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan

eratnya rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan sistem

politik dan keharmonian masyarakat. Fahaman Confucianisme

telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan

China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit

(Scholar-gentry) yang telah menyerap nilai-nilai moral dan etika

Confucia.nisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan

status politik Maharaja China dan keraj aannya.

b. Bertujuan menegakkan hubungan persaudaraan dan kepentingan

nilai kekeluargaan iaitu sifat-sifat ketaatan terhadap ibu -bapa

dan- orang tua dan penghormatan terhadap pegawai-pegawai

kerajaan. Untuk memupuk nilainilai moral dan etika yang

diperlukan oleh pihak pemerintah maka kurikulum pendidikan

adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci, iaitu Five Classics dan The Four Books. Five Classics adalah Shu Ching (Book of

History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of Changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and

Autumn Annals). The Four Books tediri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean, dan Works of Mencius

c. Pada keseluruhannya, pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan golongan elit (pemerintah) daripada

goTongan massa (diperintah). Menurut pemikir Confucianisme,

elit yang berpendidikan tinggi adalah Chun tze atau manusia

yang unggul (the super or man) dan oleh kerana itu rakyat

haruslah menghormati Chun-tze. Jadi, pendidikan boleh dianggap

18

sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional.

d. Sejak Dinasti Han sistem peperiksaan awam telah diwujudkan

untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi). Calon-calon yang

cemerlang dalam peperiksaan boleh dilantik memegang jawatan

jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah. Sistem ini dikekalkan

sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911 TM.

e. Menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China

seperti Kung Fu tze, Lao Tze dan Mo Tze

2. Matlamat sistem pendidikan Islam

Tujuan am terdiri daripada lima perkara iaitu

a. "Untuk mendapat keredaan Allah (swt) dengan menjauhi

kemurkaan dan seksaan-Nya serta mengabdikan diri dengan tulus

ikhlas kepada Nya." Tujuan ini dianggap induk daripada semua

tujuan pendidikan Islam.

b. Untuk membentuk akhlak yang mulia. Pendidikan akhlak adalah

inti pendidikan Islam dan menjadi tujuan sebenar pendidikan.

c. Memperkenalkan kepada manusia,tentang hubungan sosial, dan

tanggungjawab dalam rangka suatu sistem sosial.

d. Meningkatkan semangat ilmiah dan memperlengkapka.n

pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu supaya dapat menguasai kerjaya hidup.

e. Persiapan untuk kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. f. Mengenal hakikat diri manusia sebagai hamba dan Allah swt

sebagai khaliq iaitu pencipta.

C. Kesimpulan : ( 1M )

Adalah jelas bahawa kedua-dua sistem pendidikan di China clan Islam di Timur

Tengah adalah berlainan dari matlamat. Pendidikan China adalah bersesuaian

dengan sebuah kerajaan politik sekular manakala pendidikan Islam adalah untuk

rnemenuhi aspirasi-aspirasi sebuah kerajaan teokrasi yang mementingkan agama

Islam sebagai asas penyatuan umat Muslimin di seturuh dunia Islam di Timur

Tengah.

19

8. Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan perdagangan

pada zaman Rom dan zaman Abbasiyah.

A. Pengenalan : ( 3M )

Sistem ekonomi komersial yang berkembang di tarnadun Rom dan Abbasiyah

terdiri daripada dua komponen, iaitu perdagangan domestik dan antarabangsa.

Kedua-dua pemerintahan mempunyai empayar yang luas dengan wujudnya

pelbagai jenis unit pengeluaran yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi

komersial untuk memenuhi keperluan masyarakat masing-masing. Adalah

diketahui bahawa proses pertumbuhan perdagangan adalah berkait rapat

dengan kestabilan politik, pasaran dan permintaan baru, sistem perhubungan

dan pengangkutan yang baik serta kemudahan-kemudahan kewangan yang

boleh mencepatkan proses urus niaga.

B. Isi : ( 20M )

Pada zaman Rom : ( 5X 2M = 10M )

a. Wujudnya kestabilan politik di seluruh empayar. Keselamatan terjamin

dengan sempadan-sempadan empayar ditetapkan. Pax-Romana keamanan menjadi asas perkembangan komersial domestik dan

antarabangsa. Pelanunan di Lautan Mediterranean dikawal rapat dan

sistem jatan raya yang menghubungkan ibu kota Rom dengan wilayah-

wilayah empayar telah diwujudkan.

b. Industri pembuatan di peringkat wilayah empayar berkernbang dan

hasil pengeluarannya dipasarkan di seluruh empayar dan di luar

empayar. Di Itali pertanian komersial telah mengambil alih ekonomi

pertanian sara diri. Terbayang dalam sistem pertanian Latifundia yang

merupakan perladangan besar yang dikerjakan oleh tenaga hamba.

c. Penaklukan dan perluasan empayar mewujudkan golongan-golongan

sosial yang memerlukan barang-barang mewah dari India, Asia Barat,

Asia Timur, dan Asia Tenggara. Menggalakkan perdagangan dengan Levant yang merupakan titik permulaan Jalan Sutera ke China.

d. Juga berkembangnya suatu sistem perhubungan yang baik, iaitu jalan

darat dan jalan laut yang dapat menghubungi Rom dengan Teluk Parsi, Merv, dan Kandahar. Para saudagar Rom juga menggunakan angin

monsun untuk belayar antara Aden dengan India.

e. Perdagangan luar. Munculnya kerajaan Kushan di India Utara.

Empayarnya yang merangkumi India Utara, Afghanistan, dan Asia

Tengah menggalakkan perdagangan dengan China melalui Asia

Tengah. Jadi, memberi sumbangan kepada globalisasi perdagangan

Rom dengan India dan China.Pemerintahan Han juga memperluaskan

perdagangan China dengan Asia Tengah. Negeri-negeri yang wujud di

Asia Tengah dijadikan pusat pertukaran untuk para saudagar China dan

India. Perluasan empayar Han ke Taklamakan membuka buat pertama

kali Jalan Sutera yang menghubungi China dengan Asia Barat dan

seterusnya ke empayar Rom.

20

f. Penyediaan prasarana yang baik.

Zaman Abbasiyah : ( 5X 2M = 10M )

a. Proses urbanisasi mendorongkan pertumbuhan pertanian, mewujudkan

pelbagai jenis industri dan memudahkan perdagangan antara pusat-pusat bandar. Dari segi pertanian didapati perkembangan penanaman

tanaman makanan yang meluas seperti gandum, padi, dan barli untuk memenuhi keperluan bandar serta tanaman komersil seperti kapas dan

anggur untuk eksport. Pengeluaran yang kian meningkat digalakkan oleh sistem pengairan yang dikendalikan di bawah pernaungan kerajaan

Abbasiyah. Tanah-tanah pertanian di sekeliling Baghdad seperti

wilayah Ragga dan Samarra telah menjadi amat subur akibat

pembinaan suatu rangkaian tall air.

b. Berbagai-bagai industri juga berkembang di seluruh empayar. Yang

terpenting ialah industri tekstil kain sakhlat dari Afrika Utara, fabrik

dari Iran, kain kasa, voile dan linen dari Mesir dan pelbagai jenis

permaidani. Didapati tiga kawasan yang mengeluarkan banyak barang-

barang tekstil untuk eksport, iaitu Fars, Khuzestan, dan Mesir. Di

samping tekstil juga didapati pembuatan kertas di Baghdad, Andalusia, Morocco, dan Damascus, industri keluli, minyak wangi dan tembikar

untuk pasaran eksport.

c. Perdagangan antarabangsa. Ekonomi perdagangan antarabangsa adalah

hasil daripada pengetahuan dan hubungan dengan wilayah-wilayah

baru yang wujud di Iuar empayar Abbasiyah yang juga dapat

membekalkan kekayaan baru kepada penduduk-penduduk empayar

Abbasiyah. Saudagar-saudagar Baghdad, misalnya telah menggunakan

Laut Merah dan Teluk Parsi melalui Mesopotamia dan lembah-lembah

Sungai Tigris dan Euphrates.

d. Di samping Baghdad yang menjadi pusat kegiatan komersil, juga

muncul pelabuhan-pelabuhan baru seperti Basrah, Siraf, Cairo, dan

Alexandria yang menjadi pusat perdagangan darat dan maritim.

e. Peranan non muslim. Orang-orang Yahudi yang dikenali Rahdanites

memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan perdagangan antarabangsa pada kurun ke-S T.M. Mereka yang berpusat di Baghdad

telah berjaya mewujudkan suatu sistem perdagangan yang meliputi

seluruh empayar dan juga dengan negara-negara luar seperti

Constantinople. Orang-orang Kristian juga terlibat dalam operasi

perdagangan dan memperkenalkan berbagaibagai institusi kewangan

untuk memudahkan perkembangan perdagangan antarabangsa secara

besar-besaran.

f. Pengurusan sistem kewangan. Cara-cara urus niaga baru telah

digunakan seperti pertukaran wang, cek, surat pertukaran dan surat kredit. Mereka juga memperkenalkan institusi perbankan di semua

bandar-bandar. Urus niaga juga dimudahkan oleh pelaksanaan sistem mata wang yang seragam di seluruh empayar, iaitu duit syiling dinar.

21

g. Kestabilan politi

h. Faktor agama.

i. Kemudahan prasarana

C. Kesimpulan : ( 2M )

Tamadun Rom dan tamadun Abbasiyah telah mencapai suatu tahap ekonomi

yang begitu tinggi. Ekonomi perdagangan telah menjadi asas kekayaan kedua-

dua tamadun yang dapat dibayangkan daiarn kegiatan sosial dan irrteIektual.

22

9 Huraikan Latar Belakang Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah ( Yatrib )

Sebelum Kedatangan Islam.

A. Pengenalan : ( 3M )

Kota Makkah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab.

Masyarakat di kedua-dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam

yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan islam, kota Makkah

merupakan pusat ibadat dan perdagangan. Kedudukkannya yang strategik dan

terdapat sumber air dari telaga zam-zam, menjadikannya sebagai tempat

tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota

Madinah yang dikenali sebagi Yathrib sebelumnya merupakan pusat

perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah

sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua-dua kota ini dirakam oleh

Allah swt di dalam Al-Quran.

Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun

manusia. W.M. Watt yang membuat kajian yang mendalam tentang masyarakt

Madinah menyebut bahawa masyarakt bandar ini mengamalkan ideologi kaum

Badwi. Pada tahun 610 Masihi agama Islam diturunkan kepada masyarakat

Makkah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah.

Bermula dari saat itu, masyarakat kota-kota tersebut mengubah cara hidup

kepada keadaan yang lebih sempurna.

B. Isi : ( 5 X 4M = 20M )

Latarbelakang Masyarakat.

1. Anggota Masyarakat.

Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Makkah terdiri daripada Arab

Quraisy yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya

menguasai kota Makkah pada tahun 440 Masihi. Walaupun mereka

penduduk menetap, tetapi amalan hidup bersuku-suku dan berpuak-puak

merenggangkan hubungan sesama mereka. Pauk Abd. Al-Dar yang

dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abd. Manaf yang dianggotai

oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan

pengaruh di Kota Makkah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al-Fijr adalah

bukti permusuhan mereka.

Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4000-5000 orang terdiri

separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika

Baitul Muqadis ditakluki oleh tentera Kristian. Bani-bani Yahudi bersatu

walaupun mereka terdiri daripada beberapa bani. Kaum Arab pula adalah

penduduk tempatan yang bermusuhan di kalangan suku-suku hasil

daripada adu dumba daripada puak yahudi. Permusuhan di antara suku ArabAus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya peperangan

Bu’ath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan sekian lama.

23

2. Agama dan kepercayaan.

Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala. Amalan menyembah

berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang

diletakkan disekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi

setiap hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan

kota Makkah menajdi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan

oleh orang Quraisy terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah

dalam perniagaan.

Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara kesucian agama

Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan tuhan

iiatu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa –

bangsa lain termasuk orang Arab. Penganut kristian di Madinah

memusuhi orang – orang Yahudi yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a. s Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah memberikan

senario baru dalam hal keagamaan dikalangan orang Arab. Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan

ketuhanan.

3. Akhlak.

Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun

yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah

keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki

dan dendam terhadap suku kaum lain yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa – apa

pertaruhan termasuk perjudian dipuja secar lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada

perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian

minuman keras.

Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan

mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang

Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat

dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan

sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak

sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut

Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan

kehidupan.

4. Ekonomi.

Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang.

Mereka mengimport batu-batu permata dan rempah dari luar melalui

pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan

24

perdagangan menjadi penggerak kepada kehidupan masyarakatnya. Sistem perdagangan bebas diamalkan secar riba di pasar yang dibina

khas menjadikan Kota Makkah sebagi pusat tumpuan para pedagang dari

utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan

damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan

diadakan bagi memastikan perdagangan dikedua pihak mendapat

keuntungan. Pengishtiharan bulan-bulan haram pada musim haji juga

menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut

melarang segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab

Makkah juga mengamalkan cara berdagang bermusim yang mana musim

sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim panas mereka

berdagang ke utara (Syam). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan memberi

peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang

mewah.

Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan

ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar,

bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran

agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan

masyarakat yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang

kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan.

5. Politik.

Masyarakat Makkah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan

suku kaum masing-masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang

dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan

kabilah masing-masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh

dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, kebenaranian dan

kebijaksanaan. Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang

berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka

merebutkan jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu

jawatan tidak akan melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan

menolak pemimpin baru yang cuba mencabar kepimpinan mereka.

Golongan kaya Makkah menubuhkan Mala’ iaitu majlis tertinggi yang

dianggotai oleh ketua-ketua suku. Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala’ untuk menghukum

pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahan Kota

Makakh. Selepas kematian jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku yang lemaah mengadakan Hilf al-Fudul untuk

memperjuangkan nasib mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakkan di antara golongan kaya dan miskin.

Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh Orang Yahudi. Mereka

sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari

bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah berlakunya perang Bu’ath orang Arab semakin

lemah dan mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela masib mereka. Perebutan kuasa antara

Auz dan Khazraj.

25

6. Ilmu Pengetahuan.

Masyarakat Makkah kebanyakkannya tidak menguasai ilmu-ilmu yang

boeh mensejahterakan hidup mereka. Pedagang-pedagang asing yang

berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan

bukti bertulis atau monumen yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan bahawa terdapat kira-

kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis.

Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan

profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian

dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain.

Walaubagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk

mempelajari ilmu keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami

konsep tauhid yang terkandung dalam agama Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan mereka dengan

penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep tersebut.

C. Kesimpulan : ( 2M )

Masyarakat kota Makkah dan Madinah menjalani kehidupan secara sempurna.

Mereka dalah solongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi

cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih jauh daripada tamadun

lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan penduduk di kota-kota

ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama Islam didapati

melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka.

26

10 Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah Ummah di

Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut.

A Pengenalan : ( 3 M )

1. Keadaan demografi kota Madinah.

2. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

3. Perpecahan masyarakat Madinah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

B Isi : ( 7 X 3M = 21M )

Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w. menangani masyarakat Madinah :

1. Masalah permusuhan tradisi di antara puak Aus dan Khazraj hingga

membawa kepada perang Buath, Nabi Muhammad s.a.w. menanganinya

menerusi ikatan persaudaraan yang dinamakan dua kaum itu dengan puak Ansar, di samping meningkatkan akidah mereka.

2. Masalah sosio ekonomi kaum Muhajirin, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar dengan

persaudaraan Islam dan diikatkan dengan satu perjanjian yang

terkandung dalam Perlembagaan Madinah.

3. Yahudi Bani Qainuqa :

Merekalah yang mula-mula melanggar perlembagaan Madinah dengan

menjatuhkan maruah seorang wanita Islam Ansar di kedai Yahudi di pasar Madinah.Seorang islam yang melihat kejadian itu membunuh

yahudi tersebut dan orang yahudi membalas pula dengan membunuh orang Islam tadi. Seterusnya memperkecilkan kemenangan dan

kebolehan orang Islam dalam perang Badar

Nabi mengingatkan Bani Qainuqa tentang akibat perbuatan mereka itu tetapi meraka mencabar nabi dan mengistiharkan perang .

Nabi melawan kekerasan dengan kekerasan dan Bani Qainuqa

bertahan di kubu mereka selama 15 hari .Akhirnya mereka bersetuju

dengan keputusan Nabi supaya mereka keluar dari Madinah. Seramai

700 dari mereka meninggalkan kota Madinah ke Syam . Mereka

dibenarkan membawa harta benda bersama. kecuali senjata mereka

dimusnahkan

4. Yahudi Bani Nadhir :

Mereka menuntut ganti rugi/diyah yang tinggi diatas kematian seorang

lelaki Yahudi yang terbunuh secara tidak sengaja oleh seorang Islam

bernama Amru b Umaiyah. Nabi dan para sahabat mengadakan perbincangan dengan ketua Bani Nadhir tetapi mereka mengambil

kesempatan untuk membunuh nabi Muhammmad saw tetapi gagal

27

kerana diberitahu oleh malaikat Jibril melalui wahyu (surah al Maidah:11).

Mereka juga menghina orang Islam yang tertewas dalam perang Bir

Maunah dan al-Raji

Nami Muhammad saw menceritakan pakatan jahat kaum Yahudi ini.

Tentera islam bersiap untuk memerangi Bani Nadhir dan seterusnya

mengepung perkampung Bani Nadhir selama enam hari dan mereka

menyerah kalah. Meraka meminta izin untuk keluar dari Madinah

dengan membawa harta benda bersama kecuali senjata.Permintaan ini

dipersetujui oleh Nabi dan mereka seramai 600 orang keluar ke Khaibar

dan menetap di sana manakala yang lain pula pergi ke Syria.

5. Yahudi Bani Quraizah :

Membuat pakatan sulit dan bersubahat dengan puak Musyrikin Makkah

dan menentang tentera Islam dari dalam kota Madinah semasa perang Khandak (5H).

Satelah selesai peperangan Nabi Muhamad saw telah menyerahkan kes

Bani Quraizah kepada Sa’d b Muadh ( ketua suku Aus) untuk dibicarakan. Setelah membuat petimbangan yang wajar dengan merujuk

kepada kitab Taurat dan al-Quran gologan pembelot mesti dihukum

bunuh .Semua kaum lelaki mereka di bunuh manakala kanak-kanak dan

wanita dijadikan tawanan. Kerana setiap kali orang Yahudi di beri

pengampunan mereka akan datang menyerang semula.

6. Golongan Munafik :

Mereka bersepakat dengan orang Yahudi dan tidak menyertai sebarang

peperangan menentang musyrikin ,malah melarikan diri daripada medan

Perang Uhud, memfitnah orang-orang Islam, membantu pihak musuh

menentang orang-orang Islam dalam Perang Ahzab dan membina Masjid

Dhirar bagi memecahbelahkan perpaduan umat-umat Islam.

Nabi Muhammad saw tidak mengambil apa-apa tindakan sebab sesama Islam takut dituduh memusuhi Islam.Baginda menasihat para

sahabat supaya berhati-hati dengan orang munafik.Baginda memulau

golongan ini sebagai contoh tidak membalas salam

mereka.Perlembagaan Madinah mengikat tindakan orang munafik dengan mengatakan orang Islam bersaudara dan tidak boleh bermusuhan.

7. Memperkenalkan Perlembagaan Madinah bagi mengatasi masalah

yang dihadapi oleh semua golongan di kota Madinah.

8. Memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat dan

pentadbiran.

9. Ekonomi :

Penindasan ekonomi oleh kaum Yahudi dan tindakan Nabi s.a.w ialah menggalakkan orang Islam berniaga di pasar Madinah, menebus tanah-

tanah yang terlepas ke tangan Yahudi. Membawa masuk benih-benih kurma berkualiti untuk meningkatkan ekonomi umat Islam.

28

C Kesimpulan : ( 1M )

Sebagai seorang negarawan yang unggul, baginda telah membuktikan

ketokohannya. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara

Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditubuhkan.

29

11. Huraikan peranan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dalam meningkatkan

perkembangan Islam di Nusantara.

A. Pengenalan : ( 3M )

1. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dilahirkan pada tahun 1590

Masihi. Ayahnya hernama Mansur Shah dan ibunya bernama Puteri Indra Bangsa - puteri Sultan Alauddin Riayat Shah.

2. Beliau merupakan seorang pemerintah yang berani, aiim, dan bijak

memerintah negara. Ketika berusia belasan tahun, beliau telah

memimpin gerakan menentang pemerintahan bapa sauda.ranya Sultan

Ali Riayat Shah (1604-1607 Masihi). Justeru itu beliau ditangkap dan

dipenjarakan.

3. Pada tahun 1606 Masihi beliau telah dibebaskan untuk memimpin

tentera Acheh menentang Portugis di pantai Sumatera. Beliau berjaya

menewaskan Portugis.

4. Pada tahun 1607 Masihi, sebaik-baik sahaja Sultan All Riayat Shah

mangkat, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah berjaya merampas

kuasa. Kemudian beliau telah diangkat menjadi sultan dengan gelaran

Sultan Iskandar Muda Perkasa Alam. Beliau memerintah selama 29

tahun dan meninggal dunia pada tahun 1636 Masihi.

B. Isi : (5 X 4M = 20M )

Peranan Sultan lskandar Muda Mahkota Alam :

1. Membentuk empayar Islam-Acheh :

Perluasan jajahan takluk adalah salah satu dasar pemerintahan baginda.

Justeru itu, baginda telah melengkapkan dan memperkukuhkan angkatan bersenjata Acheh agar Acheh dapat menguasai tanah jajahan

yang sedia ada di samping dapat pula menakluki daerah-daerah lain.

Di Sumatera, kawasan-kawasan yang telah berjaya ditawan semula oleh baginda ialah kawasan pantai timur Sumatera seperti Haru, Deli,

Rokan, Kampar, Indragiri, dan Jambi dan kawasan pantai barat puIa seperti Indrapura, Padang, Pariaman, dan Singkel.

Di Tanah Melayu, baginda telah berjaya menguasai semua negeri

kecuali Kelantan dan Terengganu. Kejayaan penaklukan serta

perluasan wilayah itu membolehkan Sultan Iskandar Muda Mahkota

Alam membentuk sebuah empayar Islam yang kuat dan besar di

Nusantara, sekali gus Islam dapat disebarkan dan dikembangkan di

kawasan-kawasan berkenaan dengan cara yang lebih berkesan.

2. Memerangi Portugis di Melaka :

Usaha ini juga merupakan dasar terpenting Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Dasar ini bukan sahaja didorong oleh faktor politik dan

ekonomi, malah ia juga disebabkan oleh faktor agama. Sejak pertapakan Portugis di Melaka pada tahun 1511, Portugis dianggap sebagai

30

pengancam terhadap agama, negara, dan umat Islam. Oleh yang demikian,baginda telah meiancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka

pada tahun 1615 Masihi dan tahun 1629 Masihi, tetapi usaha tersebut

gagal. Walaupun serangan itu tidak berjaya, namun tindakan itu

memberikan natijah yang baik kepada perkembangan Islam. Portugis

tidak dapat bertindak dengan sewenang-wenangnya dari segi politik,

ekonomi, dan diplomatik. Pengaruh agama Kristian dapat dibendung dari

tersebar luas kepada pendudukpenduduk Islam di Nusantara.

3. Acheh sebagai pusat perdagangan :

Aktiviti perdagangan telah berkembang pesat pada zaman baginda. Lebih-lebih lagi dengan perluasan wilayah ke atas Tanah Melayu dan

pesisiran pantai timur Sumatera. Keadaan ini membolehkan Acheh mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka. Baginda juga telah

membuka jalan perdagangan di pesisiran pantai barat Sumatera. Oleh itu Acheh berjaya mengawal perdagangan rempah yang merupakan hasil

pengeluaran perdagangan yang penting pada waktu itu.

Di samping itu, saudagar-saudagar asing juga dilarang dari membeli

rempah terus dari kawasan penghasilannya. Implikasinya pelabuhan

bandar Acheh menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing bagi

mendapatkan rempah. Pedagang-pedagang Islam pula diberi

perlindungan dan penghormatan oleh pemerintah Acheh. Pada abad ke-

16 dan abad ke-17 Masihi, Acheh telah menjadi pusat perdagangan yang

terpenting di Nusantara kerana kehadiran pedagangpedagang dari

kepulauan Melayu, China, India, Timur Tengah, dan Eropah.

4. Mewujudkan pentadbiran negara yang sistematik :

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sangat menyanjung tinggi alim ulama dan baginda sentiasa berdamping rapat dengan mereka. Para

ulama bukan sahaja berperanan sebagai penasihat agama, mala.h mereka

juga bertindak sebagai penasihat dalam bidang politik dan pentadbiran.

Contohnya, Sheikh Shamsuddin bin Abdullah al-Sumaterani - 1630

Masihi telah dilantik sebagai penasihat baginda.

Baginda juga telah menubuhkan Balai Gadang, iaitu sebuah badan

penasihat. Ianya terdiri daripada 22 orang ulama yang terkenal di Acheh

yang bertugas sebagai penasihat sultan dalam semua urusan

pemerintahan negara.

5. Hubungan diplomatik :

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam juga terus mengukuhkan

kedudukan politiknya dengan mengadakan hubungan diplomati dengan

kerajaan Islam sepergi Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dsb.

Melalui hubungan tersebut Acheh dapat berfungsi dalam usaha dakwah

dan aktiviti kenegaraan seperti politik,ekonomi, ketenteraan, pendidikan

dan sebagainya. Pada zaman baginda Acheh telah dikunjungi oleh para

ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad

Yamani dari Mekah.

31

6. Pusat pengajian dan kebudayaan Islam :

Banyak usaha telah dilakukan oleh baginda dalam bidang pendidikan

dan kebudayaan Islam. Baginda telah mewujudkan sistem pendidikan

Islam yang sistematik merangkumi peringkat rendah hinggalah ke

peringkat tinggi. Pendidikan peringkat rendah dikenali sebagai

Munasah. Mata pelajaran yang diajar pada peringkat ini ialah menulis,

membaca al-Quran, asas bahasa Arab, dan perkara fardu ain. Peringkat

menengah pula dikenali sebagai Rangkang. Pada peringkat ini, mata

pelajaran yang diajar ialah ilmu Tauhid, Fikah, tafsir, hadis, bahasa

Arab dsb. Peringkat tinggi pula dikenaIi sebagai Jamiah atau

Universiti. Kewujudan pusat pengajian yang sistematik itu

menyebabkan Acheh menjadi tumpuan kepada para sarjana dan pelajar-

pelajar Islam di Kepulauan Melayu hingga Acheh digelar Serambi

Mekah kerana jemaah haji dari Tanah Melayu dan Indonesia yang pergi atau pulang dari Mekah akan singgah di Acheh bagi mendalami ilmu

fardu haji. Terdapat juga pelajar-pelajar di Kepulauan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran di Mekah, mereka akan belajar terlebih dahulu di

Acheh.

7. Meningkatkan kegiatan intelektual :

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam juga bersikap bijaksana atau

tidak menyekat dalam menghadapi perkembangan dua aliran tasawuf

yang wujud pada waktu itu, iaitu Wihdatul-Wujud dipimpin oleh

Hamzah Fansuri dan muridnya Sheikh Shamsuddin al-Sumaterani dan

Wzhdatul-Syuhud dipimpin oleh Abdul Rauf Singkel. Walaupun

kedua-dua aliran tasawuf tersebut bertentangan tetapi kerana

kebijaksanaan baginda, maka tidak berlaku pertentangan di antara keduadua golongan tersebut sehingga zaman pemerintahan Sultan

Iskandar Thai.

Di samping itu, terdapat berbagai-bagai aliran tarekat seperti

Qadariyah, Naqsyabandiyah, Satariyah dan sebagainya. Akibat dari

perkembangan ilmu tasawuf ini telah melahirkan hasil-hasil karya atau

kitab-kitab tasawuf seperti Bayan AI-Tajalli, Syarrah AI-Asyiqin, Asrar Al-Ariffin,dan Jauhar Al-Haqaiq. Selain itu lahir juga syair-syair

tasawuf yang mengkagumkan seperti Syair Ma'rifat karangan Abdu1 Rauf Singkel, Syair Dagang, Syair Perahu, Syair Sidang Fikir, dan

Syair Burung Pingai karangan Hamzah Fansuri.

8. Penyebaran Dakwah Islamiah. Syamsuddin al Sumatrani dihantar ke

Pahang.

C. Kesimpulan : ( 2M )

Zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan zaman

kegemilangan dalam semua bidang. Baginda dianggap oleh ahli-ahli sejarah

sebagai sultan Acheh yang teragung.

32

12. Huraikan sebab-sebab kota Madinah diserang oleh tentera al-Ahzab dan jelaskan

peranan kumpulan-kumpulan utama yang terlibat dalam peperangan tersebut.

A. Pengenalan : ( 3M )

1. Konsep peperangan dalam Islam dan kaitannya dengan Perang al-Ahzab.

2. Tarikh dan tempat berlakunya peperangan al-Ahzab/Khandaq.

3. Kumpulan-kumpulan utama yang terlibat di dalam peperangan itu ialah

puak Quraisy, Ghataffan, Yahudi Bani al-Nadir, Yahudi Bani Quraizah,

orang-orang Munafikin, suku-suku Arab yang lain dan orang

perseorangan seperti Huat bin Akhtab.

B. Isi-isi : ( 20M )

Faktor-faktor Kota Madinah Diserang Oleh Tentera Al-Ahzab.

(10M=5x2M )

1. Kaum Quraisy Musrikin berkeyakinan mereka boleh mencapai

kemenangan – setelah mereka berjaya mengalahkan umat Islam dalam

Perang Uhud dan mereka berazam untuk menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w dan dakwahnya.

2. Hasutan dari kaum Yahudi Bani al-Nadir dan Bani Quraizah yang

tidak senang dengan kehadiran Nabi Muhammad di Madinah, tambahan

pula mereka Bani Nadir telah disingkirkan dari Madinah setelah

terbongkar komplot jahat mereka untuk membunuh Nabi Muhammad

s.a.w

3. Hasrat kaum Quraisy untuk menegakkan dan mengekalkan kekuasaan

agama berhala di kota Makkah. Oleh itu mereka mesti menghapuskan

kekuasaan tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w

4. Mereka juga mempertahankan kota Makkah sebagai pusat ekonomi

mereka.

5. Kaum Quraisy juga mahu mengekalkan maruah mereka di Semenanjung Tanah Arab di samping kebimbangan mereka terhadap

perkembangan dan pengaruh Islam.

6. Berlaku pengingkaran golongan munafik terhadap kepimpinan Nabi Muhammad di Madinah.

Peranan Kumpulan-kumpulan Utama yang Terlibat :

(10M=5x2M )

1. Peranan orang kafir Musyrikin : mengetuai angkatan tentera al-Ahzab

yang dilengkapi dengan peralatan perang disamping merangka strategi

peperangan dan serangan.

2. Orang-orang Ghataffan : Menyediakan tentera berkuda yang dilengkapi dengan senjata berjumlah 1000 orang.

33

3. Orang-orang Yahudi Bani al-Nadir : menghasut suku-suku Arab yang

kecil di Madinah agar menentang Nabi Muhammad s.a.w

4. Orang-orang Yahudi Bani Quraizah : menyerang kota Madinah dari

arah belakang.

5. Orang-orang Munafiqin : bertindak sebagai gunting dalam lipatan

yang memberikan tekanan yang berat terhadap orang-orang Islam.

Menjadi pengintip dan berpaling tadah. Diketuai oleh Abdullah bin Ubai.

6. Huay bin Akhtab : menghasut orang-orang Yahudi Bani Quraizah agar

membatalkan perjanjian mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w dan

menentangnya.

7. Suku-suku kecil Arab : Bani Murrah, Asyja’ Sali, Saad dan lain-lain

berperanan sebagai pembantu

C. Kesimpulan : ( 2M )

Peperangan Ahzab membuktikan kepada masyarakat Arab bahawa kekuatan

fizikal semata-mata belum menjamin kemenangan kepada pihak musyrikin

Makkah dan golongan-golongan Yahudi. Nabi Muhammad s.a.w sekali

membuktikan kebijaksanaannya sebagi seorang negarawan yang ulung.

34

13. Bincangkan sumber-sumber-pendapatan negara dan kepentingannya kepada

masyarakat ada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.

A. Pengenalan : ( 3M )

1. Pada 622 M Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah kesan daripada Perjanjian AlAqabah 1 dan Al-Aqabah II dengan golongan Arab

Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj. Kedatangan Nab] clan golongan Muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah.

2. Melalui Perjanjian Madinah, Rasulullah telah dilantik sebagai ketua

negara bagi memimpin masyarakat Madinah yang terdiri daripada

pelbagai kaum dan Madinah merupakan negara Islam yang pertama.

3. Sebagai pemimpin negara Rasulullah telah menjalankan pentadbiran

negara, membangunkan ekonomi dan sosial di Madinah. Dari sudut ekonomi, Rasulullah telah memberi tumpuan untuk menghapuskan

jurang ekonomi masyarakat Madinah dan pembangunan ekonomi selaras dengan tuntutan agama Islam.

4. Segala perkara yang berkaitan dengan pemerintahan Nabi Muhammad

s.a.w di Madinah diterima sebagai isi pendahuluan.

B. Isi : ( 5 X 4M = 20M )

1. Derma ( sedekah ) :

a. Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting

terutarna di awal penubuhan negara Islam. Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah yang kaya clan berharta.

Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas seperti pakaian

dan makanan, wang, dan harta tanah.

b. Kepentingan :

i. Derma clan sumbangan ikhlas golongan Ansar telah

dapat menyelesaikan masalah kemiskinan golongan

Muhajirirt yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa

sebarang harta benda. Orang Ansar telah berkongsi harta

mereka (rumah, kebun, dan dusun) dengan saudara mereka golongan Muhajirin.

ii. Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah

memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.. Contohnya. Dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah

menderma kurma kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah telah

menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam

dalam perang Tabuk.

35

iii. Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk kepentingan masyarakat dan agama.

Kulthum bin al-Hinm telah menyerahkan tanahnya untuk

membina masjid Quba'.

2. Rampasan Perang ( Ghanimah dan Fai') :

a. Sumber-Kekalahan musuh dalam sin' peperangan dengan

tentera Islam telah menghasilkan pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang. Harta tersebut ditinggalkan oleh

pihak musuh yang menyerang tentera Islam. Bentuk rampasan perang ialah bekalan makanan, senjata, binatang ternakan, dan

barang perniagaan yang dibawa oleh pihak musuh. Dalam

peperangan Badar, tentera Islam berjaya mendapat rampasan

seperti unta, tikar Wit dan pakaian. Dalam perang Khaibar

tentera Islam berjaya mendapat harta rampasan perang yang

besar iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata, unta,

emas, dan kekayaan lain.

b. Kepentingan-Setiap harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian. Satu bahagian diserahkan kepada tabung negara

dan empat bahagian diagihkan kepada tentera Islam yang menyertai peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan

perang tidak besar tetapi ianya penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang menyertai perang

secara sukarela clan tidak dibayar gaji. Ianya dapat mengurangkan bebanan ekonomi masyarakat Islam.

3. Hartanah yang ditinggalkan oleh musuh :

a. Sumber -Di zaman Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya

yang dimiliki oleh orang Yahudi yang tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu Nadir dan

Bani Quraizah memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang Yahudi melanggar perlembagaan Madinah

menyebabkan mereka diusir keluar daripada kota Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan.

b. Kepentingan-Hartanah ini membolehkan Rasulullah

mengagihkan kepada masyarakat di Madinah bagi

mengurangkan jurang ekonomi dengan persetujuan golongan

Ansar dan Muhajirin. Rasulullah telah mengagihkan sebahagian

daripada hartanah Bani Nadir kepada dua orang Ansar yang

miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di Khaibar

merupakan tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan sebahagian hasilnya kepada kerajaan.

4. Tebusan Tawanan Perang :

a. Samber- Sumber pendapatan negara juga diperoleh daripada

hasil tebusan tawanan perang. Dalam Perang Badar. Menurut

Ibnu Ishaq, 20 orang tawanan perang telah membayar 75,000

dirham. Dalam peperangan orang Islam menentang Bani al-

Mustaliq--Ferlaya mendapat tebusan tawanan perang.

36

b. Kepentingan-Tebusan tawanan perang disyaratkan satu daripada lima bahagian di serahkan sebagai khumus kepada negara dan

selebihnya kepada tentera Islam. Wang tebusan tersebut

digunakan oleh Rasulullah untuk memperkukuhkan tentera

Islam (kelengkapan perang)

5. Jizyah :

a. Jizyah sejenis cukai yang hanya dikenakan kepada lelaki non muslim sahaja. Golongan pertama membayar jizyah kepada

Rasulullah ialah penduduk oleh penduduk Taima' pada tahun 7 H. Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai

perlindungan keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh penduduk bukan Islam di Najran,

Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh kebanyakan

mereka ialah satu dinar. Contohnya 300 orang penduduk Allan

telah membayar 300 dinar untuk setahun.

b. Pembayaran Jizyah ke atas negara Islam di Madinah

menunjukkan masyarakat bukan Islam di Semenanjung Tanah

Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan

negara Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini

berusaha untuk menentang kerajaan Islam terpaksa meminta

perlindungan dari keraj aan Islam.

c. Pendapatan dari cukai jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat Islam di Madinah.

6. Zakat :

a. Sumber - pada tahun 2H zakat diwajibkan ke atas orang Islam.

Zakat dibahagikan kepada dua jenis iaitu zakat harta dan zakat

fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke atas

harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah

diwajibkan oleh Rasulullah di bulan Ramadan dengan kadar

yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak

menerimanya dari hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian rug], bintang ternakan tertentu,

keuntungan perniagaan, emas, dan perak..

b. Kepentingan- Selain daripada menandakan keimanan seseorang,

zakat juga memberi kesan ekonomi dan sosial ke atas

masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang kekayaan

dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam

kesulitan. Selain daripada kerajaan, masyarakat Islam juga

berperanan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mengikis sifat

bakhil,dan menyucikan harta.

C. Kesimpulan : ( 2M )

Apa sahaja yang berkaitan.

37

14. Bincangkan sumbangan Ibn Hawqal dalam bidang pelayaran dan geografi.

A. Pengenalan : ( 3M )

1. Ibn Hawqal atau nama sebenarnya ialah Muhammad bin Ali, juga dikenali sebagai Abu al-Qassam al-Kawasili al-Nasibi. Beliau dilahirkan

di Nasibin (Mesopotamia al-Jazirah).

2. Ibn Hawqal adalah seorang ahli pelayaran dan ahli geografi Arab pada

abad ke-4 H/10 M.

3. Tarikh kelahiran clan kQMatian beliau tidak dapat dinyatakan dengan

tepat oleh kebanyakan ahli Sejarah Walaupun begitu ada pendapat yang

mengatakan Ibn Hawqal diiahirkan di sekitar tahun 310 H dan mati pada

tahun 385 H.

4. Pada 7 Ramadan 331 H hingga tahuri #62 H, beliau telah memulakan

pelayaran ke seluruh pelosok negara Islam. Pelayaran Ibn Hawqal

memakan masa melebihi 30 tahun dan hampir semua. negara telah

dilaluinya. Beliau juga turut berdakwah dan berdagang.

B. Isi : ( 20M )

Sumbangan dalam bidang geografi : ( 5 X 2M = 10M )

1. Bidang penulisan merupakan sumbangan Ibn Hawqal yang terpenting.

Beliau telah menghasilkan sebuah kitab - al-Masalik wa-al-Mamalik atau

dikenali juga sebagai surah al-Ard - siap pada tahun 367 H. 2. Buku beliau mengandungi revisi atau peta al-Istakhri yang ditulis selepas

belayar ke Sepanyol.

3. Kitab al-Masalik wa-al-Mamalik telah diterbitkan sebanyak tiga kali dan sentiasa dimurnikan dari segi isi dan fakta.

4. Walaupun Ibn Hawqal dikatakan meniru dan menciplak fakta-fakta dari

buku-buku ahli geografi lain seperti al-Istakhri, namun pada hakikatnya

beliau mengambil sebagai asas dalam penyelidikannya.

5. Ibn Hawqal juga turut menyumbang dalam bidang pemetaan. Dalam hal

ini, peta-peta umat Islam yang dibuat oleh al-Istakhri dan al-Balkhi telah

diperbaiki dan diperbaharui olehnya. Di samping itu, Ibn Hawqal juga

banyak menambah serta memperbaiki hasil kerja orang sebelumnya.

Tindakan beliau itu sudah tentu memudahkan orang lain untuk

memahaminya.

6. Beliau dikenali sebagai seorang yang gigih dan berhati-hati dalam

melakukan sesuatu kerja. Misalnya ketika menjelaskan tentang

sempadan dan iklim sesuatu daerah, diterangkan secara terperinci.

7. Sumbangan beliau juga dapat dilihat dalam bidang pertanian - penyelidikan terhadap barang-barang pengeluaran pertanian dan

barangan pertanian. Bidang ini jarang dilakukan oleh ahli geografi lain. 8. Beliau juga menyumbang dalam penyelidikan geografi di India. Ini dapat

dilihat dari basil karyanya yang terperinci tentang kawasan-kawasan seperti Makran, Sind, dan pantai barat India.

9. Bidang kartografi : seni lukis atau membuat peta juga merupakan sumbangan Ibn Hawqal yang tidak kurang pentingnya. Peta-peta yang

38

dilukis oIeh Ibn Hawqal sangat terkenal di Barat kerana kerja-kerja kartografinya begitu teliti dan cermat.

Sumbangan dalam bidang pelayaran : ( 5 X 2M = 10M )

1. Ibn Hawqal mula belayar ke Afrika Utara, dan Selatan Sahara pada tahun 336 H.

2. Belayar ke Armenia dan Azerbayjan pada tahun 344 H . 3. Dalam peIayaran Ibn Hawqal ke Sicily pada tahun 362 H, beliau telah

berjaya menyelidik tentang kekuatan pertahanan kota Palermo dan turut menganggarkan jumlah penduduk Palermo pada waktu itu kira-kira 300

000 orang.

4. Dalam pelayaran beliau ke Sepanyol pula, beliau telah menulis tentang

keadaan muka bumi Sepanyol pada masa itu yang terkenal dengan hasil

bumi dan keiuaran pertanian.

5. Manakala pelayaran Ibn Hawqal ke India, beliau telah menulis tentang

kawasan-kawasan di India dengan begitu terperinci serta teliti dan hasil

kerja beliau tentang Sind, Markan, dan pantai barat India adalah bermutu

tinggi dan setanding dengan ahIi-ahli pelayaran lain.

6. Pelayaran yang telah dilakukan membantu kepada perkembangan ilmu

pengetahuan dan bidang penyelidika.n. Hasil penyelidikan menjadi

panduan kepada ahli pelayaran lain.

C. Kesimpulan : ( 2M )

Sumbangan Ibn Hawqal sangat besar dalam bidang geografi dan pelayaran dan

namanya terkenal seperti tokoh-tokoh Islam yang lain. Walaupun sumbangan

Ibn Hawqal dalam bidang geografi dan pelayaran tidak setanding dengan al-

Muqaddasi yang hidup sezaman dengannya, tetapi sumbangan beliau amat bermakna terhadap umat Islam.

39

15. Jelaskan sejauh mana tamadun Islam mempengaruhi perkembangan budaya

dan intelektual Tamadun Eropah.

A. Pengenalan :

1. Hubungan orang Kristian Eropah dengan Islam telah bermula apabila

kerajaan Islam menjelajah clan menduduki wilayah di Eropah.

Penaklukan Khalifah Muawiyah bin Abu Suffian ke atas wilayah Afrika

Utara membawa kepada gerakan perluasan kuasa di sekitar Laut

Mediteranean.

2. Pengaruh kebudayaan Islam ke atas masyarakat Eropah bermula apabila

terbentuknya kerajaan Islam Bani Umayyah di Sepanyol dan Sicily.

Perkembangannya semakin jelas apabiia orang Eropah menaruh minat

mengkaji karya klasik Yunani dan Islam

3. Konsep tamadun Islam Dan Eropah

B. Isi : ( 7 X 3M = 21M )

1. Kewujudan Kerajaan Islam di Eropah :

Kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily yang diasaskan oleh kerajaan

Bani Umayyah banyak mempengaruhi kebudayaan dan pemikiran

masyarakat Eropah. Menerusi orang Moor (Islam Sepanyol) dan

golongan Mozarobes, bidang iImu pengetahuan Islam berkembang di

Eropah. Orang Mozarobes telah mernbawa perkembangan ilmu Arab

(Artes Arabes) ke Barat. Petrus Alphonsi telah menjadi doktor istana

King Henry I dan mengasakan pusat pengajian tinggi di Tolledo pada

tahun 1250. Pusat pengajian ini menjadi pusat kajian Orientalis Eropah

tentang peradaban Islam.

2. Sokongan Raja Norman :

Kebangkitan kuasa suku bangsa Norman di Eropah turut membantu

perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam di Eropah. Kaum Norman

yang berjaya menakluki Sicily pada tahun 1091. Raja Norman seperti

King Roger 1, King Roger II, King Frederick II dan Charles I

menyokong kuat perkembangan pengaruh kebudayaan dan keilmuan

Islam. King Frederick II memberi layanan istimewa kepada sarjana

Islam dan meminta buku ilmu pengetahuan Arab diterjemahkan ke

dalam bahasa Latin. Karya perubatan Ibn Sinar dan penulisan ilmu

geografi Al-Idrisi banyak mempengaruhi bidang ilmu sekolah-sekolah

di Naples dan Salerno.

3. Perang Salib melemahkan institusi gereja :

Perang salib yang berlaku dari tahun 1097 hingga 1292 merupakan satu proses yang mempengaruhi pemindahan dan penyesuaian

kebudayaan Islam ke Barat. Perang Salib berjaya mengubah pemikiran masyarakat di Eropah dan melemahkan kekuasaan institusi

gereja apabila masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan

atau sekatan gereja. Karya pemikir Islam seperti tulisan Al-Ghazali,

40

Al-Kindi dan Al-Khawarizmi menjadi rujukan perkembangan ilmu falsafah, astronomi clan matematik di Eropah.

4 Hubungan perdagangan :

Orang Arab dan Farsi telah menguasai perdagangan timur dengan

barat. Pedagang Eropah membeli barang-barang timur seperti rempah daripada saudagar Islam di pelabuhan Venice dan Genoa..

5. Ilmu Pelayaran dan Geografi :

Interaksi antara pedagang Eropah dengan pedagang Islam telah

mempengaruhi ilmu pelayaran dan geografi di Eropah. Atlas Partolan dan kompas yang digunakan oleh ahli pelayaran Islam mempengaruhi

ilmu pelayaran Eropah.

6. Sistem pendidikan :

Bandar Cardova telah menjadi pusat pendidikan ilmu dari tamadun

Islam di Eropah. Universiti dan perpustakaan didirikan dan menjadi

tumpuan para ilmuwan dari Eropah. Leornardo Fabanacci mendapat pendidikan di Sepanyol. King Roger I telah menubuhkan sekolah tinggi

di Naples dan Salerno sebagai pengkajian ilmu astronomi, geografi dan perubatan Islam. Universiti Padua yang didirikan di zaman pertengahan

mula mengkaji ilmu perubatan Islam,

7. Kegiatan penterjemahan :

King Frederick II di Sicily teleh meminta Micheal Scott

menterjemahkan bukubuku ilmu pengetahuan Arab ke dalarn bahasa

Latin. Karya tokoh intelektual Islam seperti Ibn Sina, Ibn Tufail dan Al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Contohnya:

Tahafut-tahafut oleh Ibn Rusyd dan Tahafut al-Faiasifa karya Al-

Ghazali telah diterjemahkan atas arahan badan tertinggi gereja

Kristian.

a. Hayy ibn Yaqzan karya Ibn Tufail diterjemah ke dalam bahasa

Latin oleh Edward Peacock dengan tajuk Philosophus

Autodidactus.

b. Hisab al-Jabar Wal-Muqabalah karya Al-Khawarizmi

diterjemahkan oieh F.Rosen di London

8. Gerakan lntelektual di Eropah

Pemikir intelektual Islam seperti al Kindi, al Farabi dan Ibn Rusyd

berjaya rnempengaruhi kelahiran gerakan intelektual di Eropah seperti

fahaman humanisme pada abad ke 13 Masihi.

41

9. Pengaruh kerajaan Turki Uthmaniah :

Kerajaan Turki Uthmaniah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya

ke Eropah Timur.

10. Bidang ekonomi :

Orang Eropah mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi daripada

hubungan dengan orang-orang Islam dalam bidang perindustrian dan

teknologi teknik tanaman sekoi,padi dan tembikai dipelajari daripada

orang-orang Islam.

Pengaruh-pengaruh lain( selain daripada pengaruh Islam)

11. Perkembangan intelektual di Eropah

12. Kebangkitan golongan borjuis

13. Pertambahan penduduk

14. Pertembungan golongan berilmu dengan golongan agama Kristian.

15. Penjelajahan dan penerokaan.

C. Kesimpulan : ( 1M )

Kesan daripada pengaruh kebudayaan dan intelektual Islam mendorong masyarakat Eropah mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan dan intelektual.

Revolusi intelektual di Eropah dikenali sebagai zaman Renaissance.

42

16 Jelaskan mengapa perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah Harun al-

Rashid jauh lebih maju berbanding dengan zaman Charlemagne di Eropah Barat.

A. Pengenalan : ( 3M )

1. Latarbelakang tokoh. Khalifah Harun al- Rasyid (786-809M) khalifah ke 4 Bani Abbasiyah menggantikan Muhamad al-Mahdi. Beliau merupakan

khalifah Abbasiyah yang paling terkenal. Memilik sifat peribadi yang

tinggi dan mempunyai pengalaman yg luas dari segi pentadbiran,

kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan. Charlemagne (768-814M) ,orang

gasar keturunan Frank. Memerintah empayar Rom suci sejak 800 M.

digelar empayar Rom suci kerana direstui oleh Paus Rom. Empayarnya

meliputi Lombardy, Bavaria, Sepanyol dan dari Rhine ke sempadan

Denmark dan ke timur sungai Elbe.

2. Latar belakang ekonomi Ekonomi terdiri daripada dua komponen iaitu

ekonomi pertanian dan ekonomi perdagangan dan bersifat domestik dan

antarabangsa. Pada zaman Charlemgne bentuk ekonominya pertanian

dan perdagangan kendiri.

B. Isi : ( 7 X 3M = 21M )

1 Kestabilan Politik :

Pada zaman pemerintahan Harun al-Rashid kestabilan empayar wujud

dalam empayarnya. Perebutan kuasa tidak berlaku dan Baghdad sebagai

pusat empayar dapat memperkukuhkan kedudukannya di seluruh

empayar. Walaupun Constantinople dan Bani Umayyah di Cordova

masih menentang kewibawaan Abbasiyah tetapi mereka tidak dianggap

punca ancaman yang serius. Kestabilan politik membolehkan ekonomi

Abbasiyah berkembang pesat dan mencapai puncak kemakmuran pada zaman Harun al-Rashid. Sebaliknya, kestabilan politik dan empayar

tidak wujud di Eropah Barat. Penaklukan dan peperangan sentiasa berlaku antara Carolingians dengan Lembardo di Itali, Anglo-Saxons,

Awaro dan Slavo. Keadaan ini adalah halangan besar terhadap sebarang kemajuan dalam bidang ekonomi.

2 Perkembangan Bandar :

Wujudnya banyak Bandar di seluruh empayar Abbasiyah adalah punca

dorongan kepada kegiatan ekonomi yang dinamik. Pusat Bandar

menggalakkan perkembangan pertanian untuk penjualan ke pasaran

Bandar. Keadaan berbeza di Eropah Barat di mana kehidupan bandar

telah lenyap sejak kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5 TM. Di

wilayah Gaul kehidupan bandar hampir terpupus dengan bilangan

penduduk kian berkurangan. Golongan bangsawan tidak lagi hidup di

bandar tetapi berpindah ke estet-estet yang terletak di luar bandar. Jadi,

dengan kelenyapan kehidupan bandar, kegiatan ekonomi kian merosot.

43

3 Perkembangan Industri :

Di empayar Abbasiyah kegiatan ekonomi berasaskan perkembangan

industri yang meluas. Di Parsi dan Iraq terdapat perkilangan permaidani

dan tekstil. Di Asia Barat wujudlah industri sutera, kapas, satin,

brocade, perabot, dan perkakas dapur. Semua barang itu dihasilkan bukan saja untuk penggunaan tempatan tetapi juga untuk eksport.

Sebaliknya, di Eropah Barat ekonomi tertutup pada zaman feudal tidak mendorongkan lagi kegiatan industri. Corak ekonomi adalah pertanian

untuk sara diri saja akibat keruntuhan bandar dan lenyaplah kegiatan komersial.

4 Perkembangan Pertanian :

Di Empayar Abbasiyah pertanian berkembang akibat galakan daripada

pihak kerajaan dan peningkatan taraf sosial kaum tani. Kerajaan

Abbasiyah menjalankan projek-projek pembinaan, kemudahan pengairan, dan tali air untuk menambah penghasilan tanaman untuk

penjualan. Kaum tani kebanyakannya dhimmi diberikan hak pemilikan tanah yang lebih liberal dan taksiran cukai yang lebih adil. Sebaliknya, di

Eropah Barat raja-raja dan tuan tanah feudal tidak mempedulikan langsung hal kebajikan kaum tani dan kegiatan pertanian. Tuan tanah

feudal melakukan penindasan oleh kerana kaum tani terikat kepada mereka untuk kehidupan dan perlindungan. Kedudukan mereka adalah

setaraf dengan hamba.

5 Perkembangan Perdagagan :

Ekonomi perdagangan domestik dan antarabangsa kian berkembang di

dunia Islam. Baghdad merupakan pusat perdagangan di seluruh empayar. Para saudagar dari Baghdad dan pelabuhan-pelabuhan seperti Siraf,

Basra, dan Ubullah berdagang dengan India, Ceylon, Asia Tenggara, dan China dan membawa balik berjenis-jenis barang-barangan. Mereka juga

berdagang dengan Scandinavia, Sweden, Asia Tengah, dan Afrika, hubungan komersial dengan Eropah Barat terputus. Sebaliknya,

perdagangan domestik dan antarabangsa tidak wujud lagi di Eropah

Barat. Ekonominya tertutup dan terpencil dari dunia luar. Tambahan

pula ekonomi di kawasan Mediterranean dikuasai oleh saudagar Muslim.

Kegiatan ekonomi terhad kepada memenuhi keperluan sendiri.

6 Kemudahan Frasarana :

Seperti pelabuhan, kilang-kilang, gudang, sistem pengairan, laluan

perdagangan di darat dan laut yang membantu kemajuan ekonomi,

sebaliknya dia Eropah pemerintah tidak membantu memajukan

pelabuhan dan tidak menyediakan bantuan yang cukup.

7 Perkembangan Institusi kewangan. Menyediakan sistem perbankan, kemudahan kredit, pengenalan kepada

sistem cek.

44

8 Matawang, Timbang dan Sistem Sukatan.

9 Keselamatan.

10. Perlindungan Undang-undang oleh khalifah keatas harta persendirian.

Sedangan zaman Charlegmane tidak ada peraturan.

11. Sistem cukai yang lebih adil dan teratur. Di Eropah cukai yang

dikenakan adalah besar dan dikutip oleh setiap pemilik estet,

12. Khalifah Harun Al-Rashid mengutamakan ekonomi domestik dalam

pentadbirannya sedangkan Charlemange mengutamakan usaha

pemulihan empayar Rom suci.

13 Hubungan Diplomatik : Khalifah telah mengada hubungan diplomatik

dengan negara luar yang membantu memajukan ekonomi. Sedangkan hubungan diplomatik yang dilakukan Charlemange lebih bersifat politik.

14 Faktor agama memainkan peranan, apabila Islam menggalakan

kegiatan perdagangan sedangkan Kristian Eropah mengongkong kegiatan perdagangan dengan mengenakan pelbagai sekatan yang

negatif.

C. Kesimpulan : ( 1M )

Apa saja yang berkaitan.

SKEMA TAMAT