peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/peranan pengetua...

21
PERPUSTAKAAN UNIVERS/T1 MALAYA PERANAN PENGETUA DALAM MEMi3ANGUNKAN PUS/VT SUMBER SEKOLAki (Tumpuan Kepada Sekolah Menengah Harlan Di Negeri Selangor) Oleh SITI HADIJ XII BT. ALWI Disertasi ini adalah bagi memenuhi keperluan pengijazah' an SARIANA SAINS PERPUSTAKAAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT FAKULTI KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA 2001/2002 Perpustakaan Un versiti Malaya 4 II A513765235

Upload: buinhan

Post on 03-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

PERPUSTAKAAN UNIVERS/T1 MALAYA

PERANAN PENGETUA DALAM MEMi3ANGUNKAN

PUS/VT SUMBER SEKOLAki

(Tumpuan Kepada Sekolah Menengah Harlan Di Negeri Selangor)

Oleh

SITI HADIJ XII BT. ALWI

Disertasi ini adalah bagi memenuhi keperluan pengijazah' an

SARIANA SAINS PERPUSTAKAAN DAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT

FAKULTI KOMPUTER DAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT

UNIVERSITI MALAYA

2001/2002 Perpustakaan Un versiti Malaya

4

II

A513765235

Page 2: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

ABSTRAK

Desertasi ini yang bertajuk Peranan Pengetzta Dalam Membangunkan Pusat Sum ber

Sekolah (Tumpuan Kepada Sekolah Menengah Harian Di Negeri Selangor) lebih

menitikberatkan dan mengenalpasti mengenai peranan atau fungsi seseorang pengetua

khususnya di sekolah-sekolah menengah harian di Negeri Selangor yang mempunyai

pertalian langsung dalam membangunkan pusat sumber sekolah (PSS). Di sampingmya,

wujud satu pertalian langsung di antara kadar atau kekerapan tindakan pengetua dengan

maju-mundurnya sesebuah PSS.

Kajian ini yang telah dijalankan ke atas 15 buah sekolah yang melibatkan seramai 15

orang pengetua yang menjadi responden dan 15 buah PSS di sekolah tersebut dikaji

melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang telah diperolehi melalui kaedah

temuramah dan soal selidik. Ini melibatkan 15 buah sekolah menengah yang telah

dipersetujui bersama oleh pihak Pusat Sumber Negeri (PSPN) Selangor yang terdapat di

daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Kiang, Hulu Langat,

Kuala Langat dan Gombak.

Hasil kajian secara keseluruhan, dapat mengenalpasti peranan atau fungsi seseorang

pengetua dalam membangunkan PSS mengikut perubahan semasa. Begitu juga ia dapat

menggambarkan setakat mana seseorang pengetua itu sedar akan pengetahuan, kebolehan

dan kemampuan untuk bertanggungjawab dalam membangunkan PSS.

Page 3: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

Sehubungan itu, perkara-perkara yang mempengaruhi keupayaan pengetua adalah

berkaitan dengan pengalaman, pengetahuan, sikap kesungguhan dan bijaksana dalam

menentukan pembangunan PSS. Kajian menunjukkan peranan pengetua dalam

membangunkan PSS adalah melibatkan perkara-perkara seperti membuat keputusan,

memberi arahan, memimpin, menyelia, memantau, menyokong dan menjadi tempat

merujuk. Bagi PSS yang cemerlang masih bergantung kepada penerusan tugas-tugas di

atas.

Melihat kepentingan kajian ini, ia mengkaji peranan pengetua dalam membangunkan

PSS. Begitu juga diharapkan kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan

Malaysia khususnya Bahagian Telcnologi Pendidikan (BTP) dalam mengkaji dan melihat

pentingnya peranan pengetua dalam membangunkan PSS. Yang lebih bermakna ialah

memberi kesedaran bahawa pengetua harus membangunkan PSS yang sebahagian

besarnya akan memberi sumbangan kepada program dan aktiviti kurikulum dan

akademik, seterusnya kepada prestasi sekolah.

Page 4: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

DAFTAR IS!

IS! KANDUNGAN

DAFTAR 1ST v - viii

SENARAI JADUAL DAN RAJAH ix

SINGKATAN

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAMAN

1.1 Pengenalan 1 - 3

1.2 Kepentingan Pusat Sumber Sekolah (PSS) 3 - 8

1.3 Kaitan Di Antara Penyelaras PSS Dan Pnegetua Dengan PSS 8 - 15

1.4 Matlamat Kajian 15 - 17

1.5 Obj ektif Kaj ian 18 - 19

1.6 Persoalan Kajian 19 - 20

1.7 Andaian Kajian 20 - 21

1.8 Kepentingan Kajian 21 - 22

1.9 Skop Kajian 22 - 25

1.10 Halangan Kajian 25

1.11 Termonologi (Istilah) 25 - 30

1.12 Rumusan 30 - 31

Page 5: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

BAB 2

ULASAN KESUSASTERAAN

2.1 Pendahuluan 32

2.2 Kepentingan Dan Peranan Pengetua Di Dalam Sekolah 33 - 42

2.3 Hubungkait Kepentingan PSS Dengan Peranan Pengetua 42 - 50

2.4 Isu-isu Yang Dihadapi Oleh Pengetua Dalam Membangunkan 50 - 57

PSS

2.5 Rumusan 57 - 59

BAB 3

METADOLOGI

3.1 Pendahuluan 60 - 61

3.2 Rekabenttik Atau Kaedah Kajian 62 - 65

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 65 - 67

3.4 Profil Sampel 67 - 69

3.5 Instrumen Kajian 69 - 74

3.6 Prosedur Mengutip Data 74 - 77

3.7 Validiti Atau Kesahihan Data 77 - 80

3.8 Cara Penganalisaan Data 80 - 81

3.9 Rumusan 82

vi

Page 6: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

BAB 4

ANALISA KAJIAN

4.1 Mengimbas Kembali Persoalan Kajian 83

4.2 Latar Belakang Dan Pengalaman Responden 83 - 98

4.3 Pandangan Pengetua Berkaitan Dengan Asas, Membangunkan,

Kepentingan Dan Wawasan Terhadap PSS Masing-masing 98 - 109

4.4 Analisa Bandingan Mum PSS Dan i Berbagai Kriteria Dengan

Peranan Pengetua 109 - 128

4.5 Rumusan 128

BAB 5

CADANGAN DAN RUMUSAN KAMAN

5.1 Persoalan Dan Andaian Kajian 129 - 131

5.2 Rumusan Kajian 131 - 139

5.3 Perkaitan Dengan Andaian Kajian 139 - 141

5.4 Perkara-perkara Yang Mempengaruhi Keupayaan Pengetua 141 - 142

5.5 Cadangan-cadangan Kajian Lanjut 142 - 143

5.6 Peranan Pengetua Membangunkan PSS 143 - 144

5.7 Penutup 144 - 145

vii

Page 7: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

BIBLIOGRAFI

Senarai Bibliografi 146 - 155

LAMPIRAN

- Borang Soal Selidik (Set A)

− Borang Senarai Semak (Set B)

− Panduan Soalan Temuramah (Set C)

− Salinan Surat Memohon Kebenaran Menjalankan

Penyelidikan

− Salinan Kebenaran Dan i Kementerian Pendidikan

− Salinan Surat Kebenaran Dan i Jabatan Pendidikan

Negeri Selangor

- Salinan Surat Kebenaran Memohon Menjalankan

Penyelidikan Dan i Universiti Malaya

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran D

Lampiran E

Lampiran F

Lampiran G

156

159

184

186

188

190

193

viii

Page 8: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

SENARAI JADUAL DAN RAJAH

Jadual/Rajah Ta•uk Muka Surat

− Proses Pendidikan Dilihat Sebagai Satu Sistem

− Asas Penggredan PSS

- Kegiatan Dan Tindakan Yang Diambil Oleh Pengetua

Peratusan Pencerapan Ke Atas PSS Yang Dijalankan

Oleh Pengetua

- Kekerapan Bagi Pengetua Mengurus

Hal-Hal Kewangan

− Kekerapan Dan Peratusan Kekerapan Bagi

Menggambarkan Pendekatan Pengetua Kepada

Penggunaan Teknologi Maklumat

− Perbandingan Di Antara Gum Dengan Pelajar Dalam

Memberi Kerjasama Membangunkan PSS

− Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Pengetua

Untuk Membangunkan Pengetua

− Aktiviti Mencari Sumber Kewangan

Tambahan PSS

- Kepentingan Membangunkan PSS

− Kriteria Dalam Membuat

Pemilihan Ketua Penyelaras PSS

− Pencapaian Gred Yang Diperolehi Oleh Setiap PSS

Dalam Pelbagai Kriteria

- Pertalian Kecemerlangan PSS Keseluruhan

Dengan Peranan Pengetua

Rajah 2.1

Jadual 3.1

Jadual 4.1

Jadual 4.2

Rajah 4.3

Jadual 4.4

Rajah 4.5

Rajah 4.6

Rajah 4.7

Rajah 4.8

Rajah 4.9

Rajah 4.10

Rajah 4.11

36

79

85

91

93

95

97

101

102

103

108

113

114

Page 9: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

SINGKATAN

AASL American Association Of School Librarians

ALA American Library Association

BTP Bahagian Teknologi Pendidikan

DAO Dissertation Abstracts Ondisc

ERIC Educational Resources Information Centre

IASL International Association Of School Librarianship

IFLA International Federation Of Library Association And Institutions

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPPPS Ketua Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

PSPN Pusat Sumber Pendidikan Negeri

PSS Pusat Sumber Sekolah

UHCL University Of Houston-Clear Lake

Page 10: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

PENGENALAN

Menjelang abad ke 21 ini, tidak dinafikan bahawa perkembangan yang pesat

sedang berlaku dalam dunia pendidikan khususnya di Malaysia. Ini menampakkan

bahawa gelombang perubahan sedang berlaku dalam menyesuaikan pendidikan

dengan perubahan sosio-ekonomi, pembangunan tenaga manusia serta kemajuan

sains dan teknologi terutamanya dalam bidang multimedia. Di antara usaha pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia yang masih berterusan ialah Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diselaraskan dengan penggunaan

teknologi pendidikan.

Adalah menjadi tanggungjawab institusi-institusi pendidikan untuk mendidik para

pelajamya supaya mereka dapat mencari dan mendapatkan maklumat sedia ada

dengan berkesan seumur hidup. Para pendidik dengan kekangan yang ada tidak

mampu menyampaikan ke semua maklumat yang ada kepada pelajar-pelajar

mereka. Kaedah pengajaran secara tradisional, di mana guru menyampaikan

maklumat dan para pelajar menerima semuanya secara pasif, tidak dapat

menyediakan pelajar-pelajar untuk hidup dalam masyarakat yang perlukan

maklumat yang kian berkembang maju. Pelajar-pelajar tersebut dengan sifat

1

Page 11: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

semulajadinya seharusnya dilatih atau dibimbang ke arah pembelajaran yang

dapat sentiasa membuat pertimbangan, keputusan dan menyelesaikan masalah-

masalah semasa yang dihadapi melalui proses pembelajaran kendiri. Dengan kata

lain, para guru berperanan membekalkan setiap pelajar dengan keupayaan

mendidik din i sendiri ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

Mengikut Harke (1985), "Information is power .............. or is it? Unless

student can handle effectively, there is no power. Power comes only with

the development of a complete spectrum of retrieving, processing and

sharing skills that enable students to transform information into

khowledge," (5).

Perkara ini perlu dipandang berat oleh semua pendidik terutamanya dalam

menghadapi cabaran abad ke 21, seperti yang disuarakan oleh Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah di Persidangan

Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah pada 18 Ogos 1998. "Edward Fiske

dalam bukunya "Smart School, Smart Kids" telah menyatakan bahawa sistem

persekolahan akan menghadapi "learning crisis". Disebabkan ledakan ilmu,

telcnologi maklumat dan kepelbagaian kemahiran diperlukan oleh dunia

pekerjaan, manakala sekolah sendiri akan berperanan sebagai penjana untuk "the

learning capital". Ramai ahli ekonomi telah mentafsirkan "learning" atau

pembelajaran sebagai "the new form of labour" dan hasil perdagangan adalah

dalam bentuk maklumat dan ilmu."

2

Page 12: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

Maka terdapat keperluan sekolah-sekolah untuk mengambil satu pendekatan yang

lebih tegas ke arah mengajar kemahiran maklumat merentasi kurilculum agar

dapat menyediakan pelajar-pelajar yang lebih literal maklumat, yang lebih

berminat untuk belajar, supaya mereka dapat .menyesuaikan din i dengan

perubahan dan akan dapat mengatur langkah mereka secara tersendiri dengan

penuh yakin.

Ini merupakan satu cabaran beasr bagi sesebuah institusi sekolah yang dipikul

oleh seorang pengetua sebagai ketua dengan tanggungjawab untuk memastikan

pendekatan tersebut difahami, dilaksanakan dan dicapai. Penentuan dalam

membentuk suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik seharusnya

mampu dilaksanakan oleh semua guru. Namun, dengan terhadnya bidang kuasa,

tahap kemampuan dan keupayaan mereka, ia perlu dijana dengan kerjasama dad

pihak pentadbir sekolah iaitu pengetua itu sendiri.

1.2 KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Kemahiran maklumat dan teknologi pendidikan yang berkaitan dengan pusat

sumber sekolah (PSS) tidak boleh diketepikan. PSS tidak boleh lagi menjadi

tempat menyimpan sumber maklumat yang pasif ataupun dengan sekadar

memainkan peranan reaktif sahaj a dalam lingkungan konteks sekolah. Sebaliknya,

PS S harus memberikan suatu suasana pengajaran dan pembelajaran yang dinamik.

Dalam kata lain, PSS perlulah dilihat bukan sahaja sebagai tempat menyimpan

3

Page 13: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

sumber maklumat bahkan sebagai satu tempat bagi mempelajari berbagai

kemahiran maklumat dengan aktifnya.

Oleh kerana sistem mendidik pelajar-pelajar kini telah semakin berkembang maju,

di samping keadaan alam sekitar yang telah mengalami perkembangan dan

perubahan yang begitu pesat, maka kaedah pengajaran turut berubah dan

bertambah canggih. Tambahan pula, dengan percambahan dan pertumbuhan

maklumat yang terlalu cepat dan banyak, peranan teknologi dalam usaha

pengumpulan dan penyimpanan maklumat adalah penting. Pengalaman mengguna

perpustakaan dan pusat-pusat sumber yang lain dengan berkesan hendaklah

bermula di bangku sekolah lagi. Pelajar-pelajar perlu dibimbing dalam usaha

mereka memahami cara-cara mencari maklumat di pusat-pusat sumber sama ada

dengan menggunakan sistem-sistem katalog, atau sistem penyebaran dan

penyimpanan yang lain seperti OPAC (Online Public Access Catalogue).

Untuk generasi muda ini mampu berfungsi dengan berkesan di tempat kerja atau

dalam masyarakat kelak, pengetahuan tentang komputer adalah amat perlu.

Kemahiran-kemahiran di aras tinggi (higher order skills) seperti kemahiran

berfikir juga perlu dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya dapat melahirkan

tenaga pekerj a yang cerdas dan mempunyai daya pemikiran yang mendalam.

Page 14: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

Dengan itu, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) Selangor melihat pada

hakikatnya PSS lebih merupakan suatu himpunan fungsi-fungsi yang merangkumi

(1984, 68z7);

(i) pengumpulan maklumat sebanyak mungkin,

(ii) menyusun segala maklumat dalam suatu sistem yang mudah untuk diikuti,

(iii) menyimpan segala maklumat secara sistematik dan kemaskini,

(iv) menyebarkan bahan-bahan maklumat dengan segera pada keadaan yang

diperlukan.

Manakala mengikut pandangan Blawan Embayau (1992), peranan dan fungsi PSS

ialah seperti berikut;

(i) Berkhidmat sebagai agen berpusat untuk memperoleh, menghasilkan dan

mengorganisasikan serta mengedarkan bahan-bahan pelajaran dan

pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.

(ii) Berkhidmat sebagai pusat untuk membolehkan bahan digunakan secara

individu ataupun berkumpulan.

**-r:

(iii) Merupakan satu bank untuk membolehkan bahan pelajaran dipilih untuk

penggunaan dalam kelas ataupun di rumah.

— (iv) Merupakan pusat perhubungan di antara sekolah dengan agen 2.7

7

perkhidmatan maklumat yang lain seperti perpustakaan aw am,

perpustakaan Filem Negara Malaysia, perpustakaan universiti dan lain- .72 .)

lain.

5

Page 15: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

(v) Membolehkan guru dan pelajar mendapat bahan yang dimiliki oleh

sekolah dan yang ada kaitan dengan kurikulum sekolah.

(vi) Memberi panduan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk mencari,

memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan

keperluan dan tujuan masing-masing.

(vii) Menjalankan tugas untuk menilai bahan-bahan yang diperoleh. Penilaian

dilakukan dari semasa ke semasa.

(viii) Menentukan alat-alat yang diperoleh itu adalah dalam keadaan yang baik

dan dijaga serta dipelihara atau diperbaiki jika perlu.

(ix) Menentukan bahawa bahan yang dihasilkan atau yang diperolehi itu

adalah selaras dengan keperluan kurikulum sekolah.

(x) Membuat perancangan supaya kelengkapan sumber selaras dengan

kehendak zaman dan sesuai juga dengan perkembangan teknologi baru

dalam bidang kurikulum clan kokurikulum.

(xi) Menyediakan alat-alat pendua (repographic) termasuk alat rakaman dan

perkhidmatan.

Oleh yang demikian, PSS lebih merupakan suatu gabungan fungsi-fungsi tersebut.

Jelasnya, ia diwujudkan tanpa memerlukan pemusatan tempat. Apa yang lebih

penting ialah berpusat dari segi fungsi dan pengurusannya. Walau bagaimanapun,

segala fungsi-fungsi tersebut adalah menuju ke arah aktiviti-alctiviti yang akan

menambah prestasi pembelajaran dan pengajaran pelajar.

6

Page 16: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

Sehubungan itu, perpustakaan atau pusat sumber ialah ruang yang dikhaskan di

mana terdapatnya sumber pendidikan atau media bercetak dan tidak bercetak yang

diuruskan secara sistematik dan boleh digunakan olrh guru dan pelajar untuk

memperolehi maklumat bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. Ia berperanan

untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi tujuan untuk melahirkan masyarakat

bermaklumat dan berbudaya ilmu melalui pelbagai perkhidmatan yang

disediakan. PSS mempunyai matlamat dan objektifnya tersendiri. Pengurusannya

memerlukan penggubalan polisi, perancangan, pengawalan dan kakitangan

profesional. PSS merupakan satu unit penting di dalam keseluruhan organisasi

sekolah (Woolls, 1988; Vias, 1989; Harrod's Librarians Glossary, 1990; &

American Library Association, 1993).

Berkaitan dengan perkara-perkara tersebut, usaha-usaha ke arah pembentukan

daya ilmu melalui PSS menjadi semakin nyata, terutama dengan adanya

kesedaran terhadap konsep, peranan dan potensi yang boleh dimainkan oleh PSS

dalam meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan sekolah.

Semakin penting lagi apabila PSS kini diibaratkan sebagai "supermarket" yang

menyediakan berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan. Pengguna gemar

menggunakan perkhidmatan secara "supermarket" ini kerana keselesaan yang

diperolehi seperti mutu layanan, kekemasan susunan, harga barangan dan

sebagainya. Menurut Russell 8.z. Stott (1972), demikianlah peranan yang patut

7

Page 17: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

dimainkan oleh PSS yang pernah disebut sebagai 4E iaitu "economy",

"efficiency", "excellence" dan "enrichment".

Sehubungan dengan itu, sebelum sesuatu pengajaran dan pembelajaran berlaku,

guru perlu membuat perancangan dan persediaan yang mengadunkan di antara

bahan, sumber dan peralatan dengan menggunakan teknik dan pendekatan yang

sesuai dengan keperluan pelajar. Di manakah titik bermulanya aktiviti

perancangan dan persediaan ini boleh dilakukan? Jawapannya ialah di PSS.

Pengurusan PSS yang cekap dan bersistematik dapat meningkatkan keberkesanan

pelaksanaan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, perkembangan pendidikan negara mengalami proses perubahan

kurikulum yang menjurus kepada kaedah pengajaran berlandaskan sumber.

Telcnopen merupakan satu bidang yang merentasi kurikulum dan kokurikulum.

Perancangan, pemilihan, pembinaan, pengurusan dan penggunaan bahan media

serta kaedah yang sistematik dapat mempertingkatkan mutu pendidikan sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.3 KAITAN DI ANTARA PENWLARAS PSS DAN PENGETUA DENGAN

PS S

Dekan Kajian Pengajian Maklumat, Institut Telcnologi Mara, Prof. Madya Dr.

Raja Abdullah Yaakub (Berita Harian, 1996), berkata penempatan pustakawan

profesional di sekolah perlu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan

8

Page 18: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

perpustakaan berkenaan. Justeru itu, Kementerian Pendidikan disarankan

menempatkan pustakawan profesional di semua perpustakaan sekolah di seluruh

negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan budaya membaca di

kalangan generasi muda, terutamanya di kalangan pelajar.

Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada cara

mana PSS itu diuruskan. Ini menuntut peranan aktif guru penyelaras PSS dalam

merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu supaya

hasrat untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang

dapat dicapai. Dalam hubungan ini, PSS dapat dimanfaatkan secara optimum

untuk menghasilkan pembelajaran melalui penggunaan pelbagai pendekatan,

kaedah dan teknik-teknik yang sesuai. Di antara kaedah-kaedah yang boleh

mendorong kepada penggunaan PSS secara berkesan ialah kerja projek,

penyelidikan, perbincangan, tunjuk cara, belajar sendiri, pameran dan sebagainya.

Dengan itu, pengetua adalah orang yang ada kuasa di dalam sekolah sentiasa

memberi contoh teladan, menasihat dan membimbing guru-guru untuk menerokai

kepelbagaian kaedah ini supaya dapat dimanfaatkan kepada pelajar.

Pendek kata, di pihak guru penyelaras PSS adalah mempunyai segala maklumat

atau bahan yang berkaitan dalam pendidikan yang dapat membantu mereka

menjalankan tugas dan kewajipan kepada pelajar-pelajar. Guru penyelaras PSS

dapat membantu memilih dan menasihati bahan yang sesuai untuk pengajaran dan

pembelajaran secara berkesan. Di antara tugasnya yang penting ialah mewujudkan

9

Page 19: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

suasana dan persekitaran pendidikan yang bertenaga, ceria dan selesa. Ia

bertujuan untuk menimbulkan dan menarik minat para pelajar serta memberi

sumbangan dan dorongan yang kuat dalam merangsangkan pembelajaran.

Menurut Vias (1993), guru penyelaras PSS boleh diberi kesempatan untuk

melaksanakan kawalan kewangan, pengurusan dan pentadbiran dengan syarat

pengetua sekolah berperanan memimpin dan mengajar pengelolaan sumber

maklumat melalui penyebaran maklumat untuk ibubapa dan sebagainya. PSS

dapat memenangi kepecayaan dan penghormatan dari masyarakat dan dengan

demikian dapat meningkatkan status profesional para guru.

Bagi Blizzard (1998), memandangkan keadaan sekarang terdapat perubahan yang

jelas kedudukan perpustakaan atau lebih dikenali kini sebagai pusat maklumat

yang bukan sekadar menyimpan maklumat tetapi juga menyebarkannya mengikut

kumpulan tertentu di atas permintaan penyelidik. Jadi, pustakawan bukan hanya

menguruskan maklumat tetapi juga pandai berkomunikasi dalam membantu

penyebaran maklumat kepada yang memerlukannya.

Keterangan di atas juga dipersetujui oleh King (1989), iaitu kunci untuk

membangunkan celik maklumat di sekolah ialah;

(i) meletakkan pustakawan sekolah yang mempunyai pengetahuan telcnologi

maklumat yang baik.

(ii) mengisikan koleksi yang baik dan tepat di perpustakaan.

10

Page 20: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

(iii) menetapkan jadual pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran

mencari maklumat.

(iv) meletakkan teknologi yang terkini di sekolah dan di perpustakaan sekolah.

(v) penggabungan dan penyatuan kepakaran maklUmat dan kurilculum.

Hubungan bekerja yang sihat di antara guru penyelaras PSS dengan guru-guru

lain bersama-sama pengetua sekolah adalah penting jika ingin menghasilkan PSS

yang benar-benar dapat memainkan fungsinya. Penglibatan guru penyelaras PSS

ataupun disebut guru perpustakaan yang berkelayakan serta berpengalaman dalam

pengurusan PSS adalah tidak ternilai di dalam merancang, menyelaras, mengawal,

melaksanakan dan menggerakkan aktiviti-aktiviti PS S. Tetapi tanpa sokongan dan

kerjasama dari pengetua selaku ketua di sekolah, sesebuah PSS tidak dapat

membangun dengan sempurna. Ini adalah kerana pengetua akan dapat membawa

perbincangan dari peringkat awal kepada satu matlamat yang sama, sesuai dengan

falsafah serta aktiviti di sekolah. Pengetua akan dapat memberi gambaran tentang

bilangan serta pengkhususan sumber tenaga, jumlah bilangan pelajar dan guru

yang sedia ada dan yang akan datang, kemudahan yang ada, keadaan persekitaran

r:---dan masyarakatnya serta peruntukan perbelanjaan yang diperolehi oleh sekolah.

cr.

Ini dipersetujui oleh Jay (1990), ia itu membincangkan peranan pakar media

sebagai perunding dalam memudahlcan perjalanan pendidikan dan betapa

i cy)pentingnya mendapat sokongan dan persefahaman dari pengetua dalam :3

Luta. r.4

memainkan peranannya. Ini membabitkan;

11

Page 21: Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber …repository.um.edu.my/166/2/Peranan pengetua dalam membangunkan... · melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang ... Bagi

(i) Jadual pusat sumber yang fleksibel.

(ii) Membentuk pendekatan pasukan mengajar.

(iii) Pemilihan kakitangan yang sesuai di pusat sumber.

(iv) Penerokaan penggunaan teknologi maklumat.

Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan perbincangan yang dibawa oleh Barron

(1994) iaitu mengenai peranan pengetua dan pertalian dengan pakar media

perpustakaan sekolah. Ini melibatkan perbincangan anggaran perbelanjaan,

membuat keputusan, cara seseorang mengurus serta harapan yang berkaitan

dengan kemajuan pendidikan. Di sini juga peranan pakar media sangat penting

dalam membentuk dan menentukan perpustakaan sekolah.

Sehubungan dengan itu, kepimpinan profesional yang memberangsangkan

daripada pengetua menjadi faktor terpenting. Sebagai seorang pemimpin, tugas

utama pengetua adalah berfikir bukan hanya secara "teknikal" iaitu mengikut

sesuatu yang telah distrukturkan atau diarahkan, bahkan berfikir ke arah suatu

yang bercorak reflektif iaitu berfikir dan mencari idea baru ke arah perubahan,

pembaharuan dan inovasi secara kreatif.

Pada pandangan Nik Faizah bte. Mustapha, Ketua Nazir Sekolah-Sekolah

Persekutuan (1995), seseorang pentadbir yang cemerlang memainkan peranan

seperti yang berikut;

(i) Berupaya menunjukkan kepimpinan,

12