peranan ngo

7
Definisi dan konsep: Khidmat Sokongan (Kolaborasi) dalam Pendidikan Khas Perkembangan khidmat sokongan bermula sekitar tahun 1970-an apabila ahli-ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook & Friend,1991a) Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas,guru,ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang murid-murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah. Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam kalangan guru-guru khas,guru-guru biasa,ibu bapa,murid dan agensi khidmta masyarakat. Penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting dalam tahun 1990an. 7.2 Kepentingan Khidmat Sokongan dalam Pendidikan Khas a. Individu Individu daripada kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi dalam penaksiran murid-nurid khas yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga dalam menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas (Reynolds & Elaine 1990) Menurut Terry Overton (1992),kumpulan pelbagai disiplin adalah satu kumpulan yang berfungsi untuk mengenalpasti masalah murid bagi memastikan keberkesanan program pendidikan tersebut. Justeru itu, mereka bertanggungjawab dalam memastikan murid-murid ini mendapat

Upload: mazlan-samat

Post on 01-Dec-2015

1.155 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

mazlan

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan NGO

Definisi dan konsep: Khidmat Sokongan (Kolaborasi) dalam Pendidikan Khas

Perkembangan khidmat sokongan bermula sekitar tahun 1970-an apabila ahli-ahli

psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an

khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook &

Friend,1991a) Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya

perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang

bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama.

Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi

setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid

khas,guru,ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang murid-

murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga

menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.

Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam kalangan guru-

guru khas,guru-guru biasa,ibu bapa,murid dan agensi khidmta masyarakat. Penglibatan

keluarga menjadi agenda yang penting dalam tahun 1990an.

 

7.2    Kepentingan Khidmat Sokongan dalam Pendidikan Khas

 

         a.   Individu

Individu daripada kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi dalam

penaksiran murid-nurid khas yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam

bidang-bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga dalam menyediakan

perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas (Reynolds & Elaine 1990)

Menurut Terry Overton (1992),kumpulan pelbagai disiplin adalah satu kumpulan yang

berfungsi untuk mengenalpasti masalah murid bagi memastikan keberkesanan program

pendidikan tersebut. Justeru itu, mereka bertanggungjawab dalam memastikan murid-

murid ini mendapat penempatan yang adil dan sesuai mengikut tahap kecacatan,

keperluan, minat,emosi dan latar belakang mereka.

 

Murid khas ini dalam hal-hal berkaitan penempatan,saringan,rawatan,latihan dan

sebagainya. Peranan profesional seperti doktor turut mempengaruhi perkembangan

pendidikan dan juga sosial murid-murid khas. Penaksiran klinikal yang dijalankan dari

masa ke semasa serta khidmat nasihat daripada profesional dapat membantu

perkembangan fizikal murid-murid khas seterusnya.

 

Page 2: Peranan NGO

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid khas dapat dikurangkan sekiranya wujud

kerjasama daripada pelbagai pihak. Khidmat sokongan ini dapat membantu ibu bapa

dan guru-guru khas dalam mewujudkan suasana pengajarn dan pembelajaran yang

penuh bermakna, sesuai dan menyeronokkan. Kajian yang dijalankan oleh Knoblock

(1987) pula mendapati bahawa khidmat sokongan yang patut ada di sesebuah sekolah

bukan hanya dari segi fizikal sahaja tetapi juga khidmat sokongan yang berbentuk

pengajaran. Menurut Strikland & Tumbull (1990). Perkhidmatan sokongan yang

disumbangkan dapat diperolehi daripada penubuhan pasukan pelbagai disiplin (multi-

disciplinary team) yang terdiri daripada kumpulan profesional dan pasukan sokongan

seperti berikut :

 

                                          i.   Audiologi

                                         ii.    Intervensi awal

                                        iii.    Jurupulih cara kerja

                                       iv.    Perubatan

                                        v.    Jurupulih fizikal

                                       vi.    Jurupulih pertuturan

                                      vii.    Psikologi

                                     viii.    Kaunselor

                                       ix.   Persatuan ibu bapa

                                        x.   Rakan sebaya

                                       xi.   Pertubuhan bukan kerajaan

                                      xii.   Komuniti

                                     xiii.   Jabatan Kebajikan Masyarakat

                                     xiv.   Sukarelawan

 

 

7.3    Organisasi atau agensi yang menawarkan perkhidmatan

Agensi atau badan-badan yang menawarkan perkhidmatan kepada murid-murid

berkeperluan khas yang terdapat adalah terdiri dari badan Kerajaan, Swasta dan Badan

Berkanun.

i.              Kementerian Pelajaran Malaysia

o   Jabatan Pendidikan Khas

o   Program Latihan Pendidikan Khas

o   Sekolah Pendidikan Khas

o   Sekolah Percantuman atau Integrasi

Page 3: Peranan NGO

o   Kelas Inklusif

o   Sekolah Vokasional

 

ii.             Kementerian Kesihatan

o   Program-program imunisasi

o   Institusi Kesihatan Umum

o   Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

 

iii.            Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

o   Perkhidmatan pendaftaran orang berkeperluan khas

o   Program pemulihan dalam komuniti

o   Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela

o   Pemberian elaun,geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang berkeperluan

khas

o   Sukan bagi orang berkeperluan khas

 

 

     Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGO

i.        TASPUTRA

ii.       NURY

iii.      Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAMPAM)

iv.     Pusat Down Syndrome KIWANIS

v.      Persatuan Orang Buta Malaysia (POBM

vi.     Rumah Orang Cacat

vii.    Malaysian Care

viii.   Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal

ix.     MFD

x.      Kiwanis

xi.     NASOM- Persatuan Austima Kebangsaan Malaysia

xii.    WING’s

xiii.   Malaysia CARE

xiv.   Salvation Army

xv.    Lion’s Club

xvi.   Rotary Club dan lain-lain lagi.

 

Page 4: Peranan NGO

  Peranan Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGO

 

a.      Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia (NASOM)

 NASOM berperanan mangesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan

penerimaan kanak-kanak austime. NASOM juga memberi bantuan dan nasihat kepada

keluarga kanak-kanak austime serta memberi penerangan kepada ibu bapa, para

profesional dan orang ramai.

 

b.      TASPUTRA PERKIM

 TASPUTRA berperanan memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkeperluan

khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Mereka diberi latihan kekuatan

mental dan fizikal.

 

 c.      NURY

 NURY adalah satu pertubuhan  yang memberi perkhidmatan kepada keluarga yang

mempunyai anak-anak bermasalah dan sebagainya. NURY memainkan peranan dalam

memberi kursus pembangunan keluarga dan anak-anak bagi melahirkan anak-anak

cemerlang. Ia juga turut mengadakan program UTERO iaitu rangsangan janin dalam

kandungan serta kursus pengasas untuk program NURY.

 

d.      Cleft Lip and Palate Association of Malaysia

 CLAPAM menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi murid-murid sumbing

bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan kepada ibu bapa

yang memerlukan perkhidmatan ini.

  

e.        Yayasan Sindrom Down Kiwanis

Pusat ini merupakan salah satu pusat pemulihan dalam komuniti bukan kerajaan yang

bertujuan membantu murid-murid down syndrome mendapat pelajaran serta latihan

kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan.

 

f.       Persatuan Orang Buta Malaysia

 POBM menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan

dirujuk, menjalankan program tindakan awal ‘early intervention’, menjalankan program

pra sekolah, memberi nasihat kepada ibu bapa dan menjalankan program penglihatan

terhad.

 

Page 5: Peranan NGO

g.      Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas

 Rumah ini ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Persatuan Pekak Selangor bagi

membantu murid-murid cacat pendengaran. Murid-murid ini diajar mempelajari Bahasa

Melayu Kod Tangan.

 

h.      Malaysian Care

 Malaysia Care telah mewujudkan Pusat Taman Asuhan bagi murid-murid cacat

pendengaran di sekolah-sekolah khas. Mereka dibantu oleh guru-guru dari Sekolah

Wisma Harapan,Brickfields,Kuala Lumpur.

 

i.        Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan

 Pusat ini ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan dan latihan kepada kanak-kanak

terencat akal. Program pusat ini adalah berdasarkan program perkhidmatan sekolah

khas yang berperanan melatih murid-murid menjadi orang berdikari dan menyumbang

kepada Negara dengan menerusi rancangan pengajaran dan pembalajaran yang

sistematik dan mempunyai cirri-ciri tersendiri.

 

Kumpulan Pelbagai Disiplin

a.      Guru Biasa dan Guru Khas

 Guru biasa dan guru khas menjadi sumber rujukan kepada ibu bapa dan pakar-pakar

perubatan dalam menaksir kategori murid-murid berkeperluan khas.

 

b.        Ibu bapa

 Ibu bapa merupakan pelapor yang baik dalam membantu pakar-pakar perubatan

menaksir kategori murid-murid berkeperluan khas.

 

 c.      Perkhidmatan Audiologi

 Perkhidmatan audiologi ini boleh didapati di hospital-hospital kerajaan, hospital swasta

dan badan-badan NGO. Perkhidmatan ini hanya tertumpu kepada ujian pendengaran

melalui konduksi udara dan tulang sahaja kepada murid-murid bermasalah

pendengaran. Ujian ini adalah untuk mengesan tahap pendengaran atau kerosakan

pendengaran setiap murid-murid perlu bagi membolehkan mereka dibekalkan dengan

alat bantuan pendengaran.

 

Page 6: Peranan NGO

d.      Perkhidmatan Terapi Pertuturan

Perkhidmatan audiologi ini boleh didapati di hospital-hospital kerajaan, swasta dan

badan-badan NGO. Terapis-terapis pertuturan amat penting dalam mengendalikan

program khas. Kakitangan-kakitangan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

perkembangan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa murid-muirid

terbabit. Terapis pertuturan  akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk

membantu murid-murid gagap, sumbing dan murid-murid yang mempunyai masalah

alat artikulasi untuk bertutur.

 

e.      Perkhidmatan Pediatrik

Perkhidmatan ini bertanggungjawab untuk menjalankan diagnostik dan merawat

panyakit murid-murid. Perkhidmatan ini juga bolah mengesan punca masalah

pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal.

 

f.       Perkhidmatan Neurologi

Pakar-pakar dalam neurologi pula bertanggungjawab dalam menjalankan diagnostik

dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neurologikal seperti kecederaan otak.

Mereka juga boleh mengawal hiperaktif dan masalah menumpukan perhatian dengan

memberi murid-murid tersebut ubat ‘ritalin’ bagi mengawal keaktifannya.

 

g.      Perkhidmatan Oftomologi

Pakar-pakar dalam perkhidmatan ini bertanggungjawab dalam mengesan masalah

penglihatan murid-murid. Mereka akan membuat pemeriksaan sejauhmana kerosakan

yang dialami oleh murid-murid tersebut.

 

h.      Kakitangan Sosial dan Kerjaya

Peranan kakitangan sosial dan kerjaya penting dalam perkembangan sosial.

Kakitangan sosial adalah pemberi input kepada ahli kumpulan pelbagai disiplin. Ini

kerana mereka menjadi penghubung dengan keluarga murid dan banyak mengetahui

meklumat mengenai budaya dan latar belakang keluarga tersebut. Dengan ini mereka

boleh membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak khas dalam mendidik mereka.

Mereka juga berhubung dengan jabatan kerajaan dan pihak swasta dalam

menguruskan segala urusan yang melibatkan hak murid-murid khas tersebut. Manakala

kaunselor kerjaya pula bertanggungjawab dalam mambantu hala tuju murid-murid khas

selepas sekolah. Ini kerana mereka adalah seorang pemerhati pelajar dari segi emosi,

fizikal dan tingkah laku murid.