peranan kita untuk mengurangkan pembaziran tenaga dalam kehidupan seharian

Upload: nurul-farah

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Peranan Kita Untuk Mengurangkan Pembaziran Tenaga Dalam Kehidupan Seharian

    1/4

    NURUL FARAH BINTI BUKHARIPISMP SAINS SEM 5

    AMBILAN JANUARI 2012

    PERANAN KITA UNTUK MENGURANGKAN PEMBAZIRAN TENAGA DALAM

    KEHIDUPAN SEHARIAN

    Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pembaziran

    tenaga dalam kehidupan seharian kita. Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diambil

    untuk mengatasi masalah pembaziran tenaga:

    1. Cabut plug soket apabila tidak digunakan.

    Peralatan elektrik yang jarang digunakan hendaklah dicabut. Kerana arus elektrik masih

    berjalan dan boleh membazirkan tenaga elektrik. Pengecas telefon bimbit atau

    peralatan elektronik lain ditutup apabila tidak dicas. Tutup televisyen apabila tidak

    ditonton. Jika televisyen berada dalam keadaan standby, arus elektrik masih melaluinya

    dan tenaga elektrik yang digunakan bersamaan dengan 75 atau 100 watt lampu mentol

    yang menyala secara berterusan.

    2. Kawalan suhu.

    Suhu di dalam rumah atau bangunan dapat dikawal dengan membuka tingkap rumah.

    Dengan itu, udara dari luar dapat memasuki ruangan dalam rumah atau bangunan

    untuk menjadi sejuk. Membiarkan udara dari luar masuk ke dalam rumah menjimatkan

    tenaga dan kos. Kipas siling merupakan alat alternatif yang berguna dalam memastikan

    ruang di dalam rumah sejuk tanpa menggunakan pendingin hawa. Kipas siling

    menggunakan tenaga elektrik yang kurang berbanding pendingin hawa.

    3. Menggunakan sumber cahaya semula jadi.

    Kita dapat mengurangkan pembaziran tenaga dengan menggunakan sumber cahaya

    daripada matahari. Cahaya matahari sentiasa digunakan untuk mencerahkan dan

    menghangatkan ruang dalam rumah. Penggunaan cat dinding yang berwarna cerah di

    dalam rumah juga sedikit sebanyak membantu dalam mengurangkan panas dan

    sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

    4. Elakkan pembaziran makanan dan mulakan membuat bahan berkompos.

    Makanan perlu dirancang ketika membeli supaya tidak berlaku pembaziran. Membuat

    bahan kompos boleh dilakukan dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran

    yang berlebihan atau tidak habis. Bahan tersebut dikompos di atas tanah dan dapat

    membantu menghasilkan nutrien yang bagus untuk tanaman.

    5. Gunakan produk pencuci yang tidak berbahaya.

    Apabila mencuci mangkuk tandas, gunakanlah pencuci yang kurang berbahaya. Hal inikerana air yang bercampur dengan bahan pencuci ketika mencuci mangkuk tandas

  • 7/21/2019 Peranan Kita Untuk Mengurangkan Pembaziran Tenaga Dalam Kehidupan Seharian

    2/4

    NURUL FARAH BINTI BUKHARIPISMP SAINS SEM 5

    AMBILAN JANUARI 2012telah melalui longkang rumah dan seterusnya dibawa ke sungai. Sebelum membeli

    produk pencuci, kita perlulah melihat dahulu kandungan yang terdapat pada label

    produk. Selain itu, kita juga boleh membuat sendiri bahan pencuci yang mesra alam.

    Contohnya dengan menggunakan soda bikarbonat dan cuka. Soda bikarbonat

    digunakan untuk mencuci sink, tab mandi, mangkuk tandas dan longkang. Manakala

    cuka digunakan untuk mencuci cermin supaya berkilat kembali.

    6. Sentiasa menservis kenderaan kita.

    Kenderaan merupakan salah satu penyumbang kepada pencemaran alam sama ada

    pelepasan asap kenderaan dari ekzos atau ketika memperbaiki kenderaan. Oleh itu,

    kita perlu mengikut saranan daripada pihak pengeluaran kereta untuk kerja pembaikan.

    Antaranya ialah menukar minyak enjin sentiasa, mengisi angin pada tayar dan sentiasa

    menservis kenderaan.

    7. Berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam.

    Kurangkan penggunaan kereta dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam ke

    sesuatu tempat. Hal ini dapat mengurangkan penggunaan petrol dan pelepasan asap

    daripada kenderaan. Selain itu, kita boleh pergi beramai-ramai ke destinasi yang sama

    tanpa menaiki kenderaan yang berbeza.

    8. Kurangkan penggunaan air.

    Kita boleh menggunakan pancuran air ketika mandi. Jangan gunakan paip secara terus

    kerana penggunaan air akan banyak. Mandi menggunakan air paip akan membuatkankita berasa tidak puas dengan jumlah air dan menyebabkan kita menggunakan air yang

    berlebihan. Selain itu, kita juga boleh menggunakan alat yang boleh digunakan berkali-

    kali untuk mencuci atau mengelap sesuatu. Kurangkan penggunaan tisu kerana tisu

    hanya boleh digunakan sekali sahaja. Gunakan kain buruk atau mop untuk mencuci

    sesuatu.

    9. Kurangkan penggunaan kertas di rumah.

    Benda yang paling banyak kita buang di rumah ialah kertas. Kebanyakan kertas yang

    kita tidak gunakan ialah surat khabar. Elakkan pembaziran kertas denganmenggunakan semula kertas yang terpakai. Contohnya dengan membalut sesuatu,

    menyalakan sesuatu, membuat hiasan dan sebagainya.

  • 7/21/2019 Peranan Kita Untuk Mengurangkan Pembaziran Tenaga Dalam Kehidupan Seharian

    3/4

    NURUL FARAH BINTI BUKHARIPISMP SAINS SEM 5

    AMBILAN JANUARI 2012Apakah yang telah anda pelajari berdasarkan kedua-dua akiviti tersebut?

    Saya telah mempelajari untuk melakukan peta minda mengenai tajuk tenaga yang

    boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui. Melalui peta minda ini, saya dapat

    mengstrukturkan kandungan dalam tajuk ini dengan sistematik dan tersusun. Peta minda ini

    juga membantu saya dalam proses mengajar murid-murid saya. Tanpa peta minda ini,

    proses pengajaran saya mungkin berlangsung secara tidak tersusun dan mungkin juga

    berlaku kecelaruan atau pertukaran maklumat.

    Dalam aktiviti kedua pula saya mendapat pengetahuan baru mengenai langkah

    dalam mengurangkan pembaziran tenaga dalam kehidupan harian. Terdapat maklumat-

    maklumat baru yang saya dapat seperti mandi dengan menggunakan pancuran air lebih

    jimat berbanding air paip secara terus dan menservis kenderaan sentiasa dapat membantu

    mengurangkan penggunaan tenaga. Aktiviti ini memantapkan pengetahuan saya dan

    membantu dalam membimbing murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    Pada bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar tajuk

    ini?

    Pada mata pelajaran Sains Tahun 5, Tema Menyiasat Daya dan Tenaga, Bidang

    Pembelajaran Tenaga. Objektif pembelajaran 1.3 Memahami tenaga yang boleh

    diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.

    Bincangkan bagaimana anda dapat gunakan kedua-dua aktiviti ini dalam pengajaran

    dan pembelajaran (P&P) anda?

    Bagi aktiviti pertama, iaitu membuat peta minda mengenai tenaga yang boleh

    diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui, dapat digunakan dalam Fasa Penutup.

    Guru menyuruh murid membuat peta minda tajuk tersebut supaya dapat mengukuhkan lagi

    pemahaman mereka. Murid juga dapat gunakan peta minda tersebut sebagai nota ringkas

    untuk mengingat kembali isi tajuk tersebut. Peta minda membantu murid-murid dalam

    menyusun isi yang telah dipelajari secara tersusun dan sistematik serta dalam membuatkesimpulan yang dipelajari pada hari tersebut.

    Bagi aktiviti kedua, iaitu peranan kita dalam mengurangkan penggunaan tenaga

    dalam kehidupan seharian boleh dilakukan dalam Fasa Aplikasi Idea. Aktiviti ini amat sesuai

    dibincangkan dalam fasa ini kerana fasa ini menekankan aktiviti yang dapat

    mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan harian murid-murid. Guru

    membincangkan peranan kita dalam mengurangkan penggunaan tenaga dalam kehidupan

    seharian dengan murid-murid dengan menanyakan setiap murid untuk memberikan satu

    langkah atau perbuatan yang dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Melalui

  • 7/21/2019 Peranan Kita Untuk Mengurangkan Pembaziran Tenaga Dalam Kehidupan Seharian

    4/4

    NURUL FARAH BINTI BUKHARIPISMP SAINS SEM 5

    AMBILAN JANUARI 2012aktiviti ini, murid akan sedar tentang pembaziran yang selama ini mereka lakukan dan cuba

    untuk mengurangkan pembaziran tenaga yang berlaku di rumah atau di sekeliling mereka.

    Apakah peranan guru dalam kedua-dua aktiviti ini?

    Peranan guru dalam aktiviti pertama ialah sebagai pemimbing. Guru membimbing

    murid dalam membuat peta minda. Guru menjelaskan tajuk utama, iaitu tenaga dan tenaga

    terbahagi kepada dua jenis, iaitu tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak

    boleh diperbaharui. Kemudian, guru membimbing murid dengan menyatakan jenis-jenis

    tenaga daripada tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

    Dalam aktiviti kedua, guru juga menjadi pembimbing. Guru membimbing murid dalam

    menyatakan peranan mereka dalam mengurangkan penggunaan tenaga dalam kehidupan

    seharian mereka. Murid yang tidak mempunyai idea akan dibantu oleh guru sedikit demi

    sedikit.