peranan ibubapa untuk anak

Upload: puteri-hanni

Post on 14-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Peranan Ibubapa Untuk Anak

    1/6

    PERANAN IBUBAPA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN.Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mempersiapkan mereka dari segi mental,

    fizikal, emosi dan rohani. Antaranya mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas

    ketika mendidik mereka dan pada masa sama menerima kelebihan selain

    memperbaiki kelemahan anak.Ibu bapa juga perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan tidak membentuk

    anak supaya bercita-cita tinggi, tidak membantu anak menetapkan matlamat jangka

    pendek dan panjang serta menguruskan masa dengan bijak.

    Di samping itu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak, tetapi tidak

    memberi sokongan atau dorongan ke arah mencapai kecemerlangan dalam

    pelajaran. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mendoakan anak mereka.Menjelang peperiksaan penting itu pelajar perlu memberikanpenekanan terhadap

    persediaan seperti fizikal, mental, emosi dan rohani.Aspek fizikal seperti pemakanan, tidur yang cukup, aktiviti riadah dan keselamatan

    diri paling perlu diberikan penekanan kerana pelajar memerlukan kesihatan yang

    baik bermula dari membuat persediaan mengulang kaji sehinggalah ke dewan

    peperiksaan kelak.Pemakanan seimbang penting kerana ia bakal membantu pelajar terus cergas dan

    bertenaga sebelum dan semasa mengambil peperiksaan. Banyakkan

    makanan seperti kurma, kismis dan makanan bijiran dan susu.Pelajar juga perlu sentiasa melatih diri untuk sentiasa bangun dan tidur awal

    sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum peperiksaan itu supaya pelajar terbiasa

    dengan keadaan itu ditambah dengan aktiviti riadah yang boleh membantu pelajarsentiasa cergas.Mengapa anda perlu bangun pagi?Anda pernah mendengar slogan Early to bed, early to rise, makes a man healthy,

    wealthy, and wise?Slogan ini sungguh tepat kerana ketika anda tidur lebih cepat dan bangun lebih

    awal, anda mendapat cukup waktu istirehat dan bangun dalam keadaan yang segar-

    bugar. Dengan keadaan sebegini, anda boleh meningkatkan produktiviti hidup anda

    sepanjang hari. Untuk anda yang jarang atau sukar bangun pagi, di sini diberikan 7alasan mengapa anda perlu bangun pagi.

    1. Mengasah fikiran dan hati

    Pagi hari merupakan waktu yang baik untuk pengembangan diri. Suasana yang

    masih tenang akan membolehkan anda mengembangkan diri secaraprofesional, emosional, fizikal, mental, dan spiritual. Pagi hari adalah waktu untuk

    mengasah fikiran dan hati.2. Bersenam

  • 7/27/2019 Peranan Ibubapa Untuk Anak

    2/6

    Tidur lebih awal membuat anda mampu bangun pagi dengan segar dan boleh

    dibunakan untuk bersenam samada di rumah atau di gym.3. Membereskan hal-hal kecil

    Dengan bangun di awal paghi anda mempunyai masa yang panjang

    untuk membereskan urusan-urusan yang kecil supaya ianya tidak akan

    menggangu urusan anda yang lebih besar kemudian nanti. Bila anda bangun awal

    anda boleh membuat persediaan yang lebih rapi sebelum ke dewan peperiksaan dan

    anda akan cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan pada hari tersebut.4. Meningkatkan produktiviti

    Jika anda bangun lebih awal, hari terasa lebih panjang. Dengan demikian, anda

    boleh melakukan lebih banyak pekerjaan pada hari tersebut. Jika anda rasa ada

    subjek-subjek yang anda belum habis ulangkaji, tidurlah lebih awal, bangun lebih

    pagi, maka anda dapat mengulangkaji dengan lebih tenang.5. Menggunakan waktu untuk berpikir

    Pakar kewangan James Citrin pernah mengatakan, Heningnya pagi seringkali

    terjadi ketika pikiran kita sedang jernih, dan memungkinkan untuk memecahkan

    persoalan penting. Artikelnya, Tapping the Power of Your Morning Routine, akan

    memberikan wawasan pada anda betapa berharganya waktu pagi. Dalam artikel

    tersebut Jim juga melaporkan bahwa 80 peratus orang yang berjaya dalam

    perusahaan yang diwawancaranya bangun pukul 05.30 atau lebih pagi.6. Melakukan sembahyang sunat

    Sembahyang sunat juga boleh memberikan keseimbangan emosional dan

    kesejahteraan diri. Dengan melakukan sembahyang sunat terutamanya tahajjud,

    anda akan membawa keseimbangan dalam hidup sepanjang hari, dan

    memperbaiki kualiti hidup anda.7. Mengelakkan kelewatan

    Sekiranya anda bangun awal, anda boleh bersiap awal dan pergi ke dewan

    peperiksaan dengan lebih awal. Sekiranya anda sampai awal anda akan merasa

    lebih tenang dan bersedia. Kelewatan akan menyebabkan anda menjadi

    lebih gemuruh dan tertekan dan akan menjejaskan tumpuan menyebabkan

    anda sukar untuk menjawab soalan.

    Tidur awal adalah supaya pelajar mendapat rehat yang secukupnya

    setelah menjalani pelbagai aktiviti dan bangun awal kerana tidur berlebihan juga

    tidak baik untuk kesihatan.

  • 7/27/2019 Peranan Ibubapa Untuk Anak

    3/6

    Sehubungan itu, peranan ibu bapa amat perlu dalam menentukan pelajar pelajar

    dapat tidur yang secukupnya dan bangun awal untu bersedia ke dewan peperiksaan.Ibu bapa juga perlu mengelakkan konflik dengan pelajar sewaktu

    musim peperiksaan kerana ibu bapa adalah komponen penting dalam kejayaan

    seseorang pelajar dan restu daripada mereka adalah penting sebelum mendudukipeperiksaan.Juga pastikan pelajar-pelajar tidak mempunyai konflik dengan guru kerana restu

    dari guru juga amat perlu dalam menentukan kejayaan pelajar.Sebaik-baiknya ibu bapa hendaklah bersolat jamaah dengan anak-anak terutamanya

    di musim peperiksaan kerana aspek kerohanian penting kerana dengan menjaga

    solat dan sentiasa berdoa kepada Tuhan kita akan diberkati

    dan dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.Sebelum peperiksaan pelajar digalakkan memaafkan semua orang yang telah

    melakukan kesalahan kepada diri mereka dan memohon maafkepada orang lain terutama ibu bapa dan guru supaya hati akan sentiasa tenang

    dan lapang.Satu perkara yang perlu dielakkan oleh ibu bapa, jangan desak anak-anak. Ibu bapa

    tidak seharusnya obses dengan keputusan cemerlang dan menekan anak anak

    mereka demi kepuasan diri yang akhirnya akan memberi kesan kepada anak

    mereka.Paling penting ibu bapa perlu memberi dorongan supaya mereka belajar

    dengan bersungguh-sungguh dan menghargai usaha mereka walaupun keputusan

    yang dicapai tidak mengikut kehendak mereka.Sebagai alternatif, ibu bapa disarankan mendoakan kesejahteraan dan

    kejayaan anak-anak mereka dengan memberitahu apa yang didoakan untuk mereka

    supaya anak-anak lebih menghargai apa yang dilakukan.

  • 7/27/2019 Peranan Ibubapa Untuk Anak

    4/6

  • 7/27/2019 Peranan Ibubapa Untuk Anak

    5/6

  • 7/27/2019 Peranan Ibubapa Untuk Anak

    6/6