peranan guru psv

10
Pengenalan Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat disekeliling mereka. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas 1

Upload: malbgn38

Post on 05-Dec-2014

8.130 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan guru psv

Pengenalan

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni

pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan

aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan

daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan

dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi

proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat

komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni

visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai

keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak

membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan

pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang

terdapat disekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas

utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic

mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan

logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan etika. Tugas-tugas

profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain

yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas

manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang

berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian

identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai

warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh

bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang diberikan

kepada golongan pendidik dewasa ini.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional

(initial training ) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya

disekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru

1

Page 2: Peranan guru psv

seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan

baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni

dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada

kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain

mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing,

motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan,

kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh

dan menyeronokkan.

Peranan Guru Pendidikan Seni Visual

Guru Sebagai Pengurus

Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. Apa

yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas

pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan

murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga

dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu

memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah

menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara

perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah:

1. Menguruskan rutin bilik darjah.

2. Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.

3. Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.

4. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.

5. Mengurus aktiviti kumpulan.

6. Mengurus karya dan hasil kerja murid.

7. Mengurus sumber alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.

8. Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.

9. Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni

yang menyeronokkan.

10.Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

2

Page 3: Peranan guru psv

Guru Sebagai Pembimbing

Antara lain Guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam

pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahuan baru

kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil

bakat dan memupuk minat terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan

(fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan

mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994).

Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat

interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu

peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam pengajaran dan

pembelajaran Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-

muridnya melukis pemandangan ditepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui

pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru

perlu membimbing murid-murid melukis gambar tersebut dengan memberikan

input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan

melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru.

Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai

sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-muridnya dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Seni Visual:

1. Bersopan santun

2. Menghormati pandangan murid

3. Peramah

4. Jujur

5. Prihatin

Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih

jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbingan

akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat

semasa menghasilkan karya seni visual.

3

Page 4: Peranan guru psv

Guru Sebagai Motivator

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru

untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh

seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan

yang dimaksudkan oleh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada

kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam pengajaran

dan pembelajaran Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk

memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka

tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi

guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin

membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?:

1. Memberi komen yang positif.

2. Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid.

3. Memilih alat dan bahan.

- Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan

yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

4. Masa

- Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai

masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi dan meneroka.

5. Rangsangan

- Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan.

- Pamerkan hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk

menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.

4

Page 5: Peranan guru psv

6. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel

- Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka

seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea

dan cadangan daripada murid.

7. Hormat-menghormati

- Guru Pendidikan Seni Visual perlu mempunyai sikap menghormati murid

dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan.

8. Memberi Galakan dan Motivasi

- Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat

dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.

9. Penghargaan

-Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan

komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

Guru Sebagai Pemudah Cara

Sebagai seorang guru seni yang cemerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah

penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.

Menurut Joyce B dan Weil M (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali

mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih

mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta

penguasaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan

memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana

untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan?

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru perlulah

berperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekirannya guru mahu mengajar

murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka, seperti yang kita ketahui

kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan

tugasan ini, agak sukar sekirannya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya.

Justeru itu, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara.

5

Page 6: Peranan guru psv

Guru boleh menyediakan “ wording ” yang sesuai untuk membuat kain rentang

tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh

guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran

asas membuat kain rentang.

Guru Sebagai Inisiator

Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang sentiasa

berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai

inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan.

Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang

terbaik dalam penghasilan karya seni.

Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni?

1. Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua

murid.

2. Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan

pembelajaran.

3. Memahami dinamika kumpulan.

4. Membantu murid memperkembangkan ilmu seni.

5. Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid

menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni mereka.

6. Menggubah dan menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

dapat menarik perhatian murid.

Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni.

Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung

akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik

dalam penghasilan karya seni.

6

Page 7: Peranan guru psv

Rumusan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan pernyataan yang menjadi

penentu arah haluan, asas serta sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan

dalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan

merupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yang

meliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan khususnya

sekolah.

Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian falsafah

dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Suasana persekolahan yang member peluang kepada pelajar mendapat

pengalaman hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membina

persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di samping

itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat menggalakkan

pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara lisan dan bertulis.

Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid secara

menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja secara

terpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu meningkatkan

perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar.

Akhirnya semua pihak sewajarnya bersama- sama berusaha untuk mencari

formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan

jayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk

masing-masing. Sesungguhnya, sikap tidak bertanggungjawab ini akan meranapkan

impian untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai satu sistem pendidikan

bertaraf dunia.

7