peranan guru dalam melaksanakan dasar mbmmbi

Upload: japar-yusup

Post on 03-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI

    1/3

    Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI

    Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam Melaksanakan

    Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahuludefinisi MBMMBIini.

    Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu &Memperkukuhkan Bahasa

    Inggeris

    Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada

    tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan

    seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia

    juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan1996.

    Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan

    Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa

    ilmu di

    peringkat nasional dan antarabangsa.

    Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI

    1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Penguasaan asas kemahiran

    berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang

    dan holistik menerusi modul P&P.

    2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) Pengukuhan asas berbahasa dilakukan

    secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca

    dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemenmenyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem

    bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.

    3. Didik Hibur Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang

    lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran

    mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan

    http://www.ar-rifke.com/tag/definisi-mbmmbihttp://www.ar-rifke.com/tag/definisi-mbmmbihttp://www.ar-rifke.com/tag/definisi-mbmmbihttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/memperkukuhkan-bahasa-inggerishttp://www.ar-rifke.com/tag/definisi-mbmmbi
  • 7/28/2019 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI

    2/3

    disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan

    penghasilan produk.

    4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Penggunaan

    sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P

    Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau

    agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.

    5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Penggunaan teknologi

    makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat

    menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan

    diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi

    penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa

    Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa

    Malaysia.

    6. Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa

    Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur

    dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya

    pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.

    7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu

    beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi.

    Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang

    memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga

    perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.

    8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Pemantauan daripada aspek

    kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke

    semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah

    lebih kondusif untuk P&P.

    9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi Usaha menterjemah karya agung

    dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu

    melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya

    menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. PenggunaanBahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar

    hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.

    10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara Satu

    kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan

    dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.

  • 7/28/2019 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI

    3/3

    11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi Pelajar yang mengikuti pengajian

    di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di

    peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.