isu mbmmbi slide

Upload: nurul-izati

Post on 05-Apr-2018

458 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    1/17

    Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysiapada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa

    kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan

    Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utamapendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

    Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkanpenguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa

    komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

    DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA &

    MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    2/17

    APAKAH PERBEZAAN ANTARA DASAR PPSMIDAN DASAR MBMMBI?

    Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasapengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolahkebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina/Tamil dan sekolah menengah.

    Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagaibahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolahmenengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa

    Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    3/17

    MENGAPAKAH DASAR MBMMBI DIPERKENALKAN?

    Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapatdilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati muridsukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasaInggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep

    matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.

    Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysiasupaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut.Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar

    bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMIditeruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapatmenguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terusketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolahtelah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    4/17

    BAGAIMANAKAH PENDEKATAN SOFT LANDINGDILAKSANAKAN DI SEKOLAH?

    Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing)mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematikboleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolahkebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cinadi sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil disekolah jenis kebangsaan Tamil.

    Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri denganperubahan dasar berkenaan. Soft landingmembolehkan murid sekolahrendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains danmatematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan

    penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan gurudan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landingini, p&p matematikdan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysiasepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah,penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaranini adalah pada tahun 2021.

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    5/17

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    6/17

    Bukankah kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa lnggeris suatukenyataan? Malahan pelajar di universitipun masih mendapati sukar

    membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris? Bagaimana hendakmengatasi masalah ini?

    Ini masalah yang perlu diatasi. Kita perlu cari ialah bagaimanamengatasinya. Kita perlu fokuskan perhatian kepada masalah itu, bukanmenyimpang ke masalah lain. Apa sebab pelajar kita tak boleh membacadan faham bahan dalam bahasa Inggeris sesudah 10 tahun belajar bahasaitu? Kita mesti mencari sebabnya. Apakah kaedah yang digunakan selamaini tidak tepat? Apakah gurunya tidak dilatih dengan betul? Apakah masayang diberikan tidak cukup? Atau pelajar-pelajar kurang motivasi untukbelajar bahasa Inggeris?.

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    7/17

    RASIONAL

    Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran

    Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakiskepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

    Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantapbagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

    Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkanbahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

    Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan SultanIdris (Upsi), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar

    baru yang menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebihlama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberikesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    8/17

    PELAKSANAAN

    Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan TingkatanEmpat. Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC danBahasa Tamil di SJKT

    Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

    Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

    Bermula pada tahun 2012

    Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    9/17

    STRATEGI MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

    Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan gurubersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilanmelalui IPGM dan IPTA

    Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelasberenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)

    Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris

    Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    10/17

    STRATEGI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

    P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satuhingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan BahasaTamil di SJKT

    Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT

    Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia

    Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    11/17

    Pihak yang

    terlibatmenjayakan

    dasarMBMMBI

    guru

    Ibu

    bapa

    kerajaansekolah

    pelajar

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    12/17

    Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasaInggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran

    matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?

    ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English LanguageTeaching(C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang

    mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruhMalaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.

    BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:

    i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematiksekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 5 tahun

    ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasaInggeris yang telah bersara dari seluruh negara

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    13/17

    Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalampenguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?

    Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda

    utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasaakan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid danperisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebihmenitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    14/17

    Bagaimanakahpentaksiran dilaksanakan di sekolah?

    Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;

    Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukandengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran(pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)

    Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskandengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar danmenguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran

    atau assessment of learning)

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    15/17

    Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),Muhammad Faisal Abdul Aziz, pula menyifatkan dasar MBMMBI perlu diberipenekanan dengan menghalakan warga pendidik terlebih dulu kerana fungsimereka penting bagi melahirkan bangsa Malaysia yang mencintai bahasaMelayu.

    Justeru, masalah yang dihadapi kerajaan dalam pelaksanaan dasarberkenaan adalah bagi menyediakan 13,000 guru baru yang terlatihkhususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam tempohsetahun.

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    16/17

    Melaksanakan dasar

    MBMMBI

    KELEBIHAN KELEMAHAN

    Proses p&p sains danmatematik lebih berkesan danmenarik.

    Pelajar akan lebihbersemangat untuk belajar.

    Guru mudah untukmelaksanakan p&P.

    Kos yang tinggi untuk importguru bahasa inggeris dari luarnegara.

    Memerlukan masa untukmelaksanakannya

    Kurangnya pakar bahasa untukmenterjemah buku-buku BI kedalam BM

  • 7/31/2019 Isu Mbmmbi Slide

    17/17

    Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapicabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik

    dan Sains di peringkat prauniversiti?

    Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatifbaru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisdalam kalangan murid.

    Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris,penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru,pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guruBahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan

    bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p dibilik darjah.