peranan guru biasa dalam membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

4
Soalan 3: Peranan Guru Biasa Dalam Membantu Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah. Ramai berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatupekerjaan yang murni. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu kepada murid-murid malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai guru bimbingan ataupun guru pembimbing. Setiap orang guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing. Sebagai guru pembimbing, guru biasa membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpulkan maklumat mengenai murid-murid. Pengumpulan maklumat oleh guru biasa amat membantu kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan nanti, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain. Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah besar dan penting. Antara peranan seorang guru biasa sebagai guru pembimbing adalah menolong murid membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak muridnya menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi,persekitaran dan sebagainya. Kedua, guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing juga menolong murid dalam pelajaran. Murid pada zaman sekarang menghadapi pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut kadang-

Upload: raynu-purple-gurwl

Post on 18-Jan-2016

58 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Peranan Guru Biasa Dalam Membantu Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Biasa Dalam Membantu Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Soalan 3: Peranan Guru Biasa Dalam Membantu Perkhidmatan Bimbingan Dan

Kaunseling Di Sekolah.

Ramai berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru merupakan

suatupekerjaan yang murni. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah

atau memberi ilmu kepada murid-murid malah semua guru yang terlatih berperanan

sebagai guru bimbingan ataupun guru pembimbing. Setiap orang guru sama ada guru

mata pelajaran atau guru kelas mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing

dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif

masing-masing. Sebagai guru pembimbing, guru biasa membantu guru bimbingan dan

kaunseling untuk mengumpulkan maklumat mengenai murid-murid. Pengumpulan

maklumat oleh guru biasa amat membantu kepada guru bimbingan dan kaunseling

untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan

nanti, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain.

Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah besar dan penting. Antara

peranan seorang guru biasa sebagai guru pembimbing adalah menolong murid

membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak muridnya

menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental,

emosi,persekitaran dan sebagainya.

Kedua, guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing juga menolong

murid dalam pelajaran. Murid pada zaman sekarang menghadapi pelbagai masalah dan

masalah-masalah tersebut kadang-kala menjadi satu halangan kepada mereka untuk

mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. bagi mengatasi

masalah tersebut, guru sedia membantu murid dalam pelajaran mereka. Misalnya,

sekiranya murid menghadapi masalah dalam matapelajaran Bahasa Melayu, guru

bertanggungjawab untuk menolong murid berkenaan dalam mata pelajaran tersebut.

Segala kemuskilan yang wujud dalam kalangan murid perlulah diselesaikan oleh guru

dengan mengambil tindakan sewajarnya seperti memberi penerangan yang ringkas,

tepat dan jelas, memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan topik yang diajar

serta menggunakan pendekatan, strategi, kaedahdan teknik yang sesuai dengan tahap

penerimaan murid. Selain itu, guru juga boleh membuat perancangan yang sistematik

Page 2: Peranan Guru Biasa Dalam Membantu Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik bagi

membantu murid mengikuti pembelajaran.

Ketiga, guru biasa memberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran. Terdapat

murid yang sangat aktif untuk belajar dan pada masa yang sama terdapat juga

muridyang datang sekolah hanya sebagai rutin harian. Dalam hal ini, guru biasa

memberi kesedaran kepada anak-anak murid bahawa betapa pentingnya pelajaran

pada masakini sebab pendidikan yang diperoleh oleh seseorang akan menentukan

masa depan mereka. Apabila guru memberikan kesedaran, murid-murid berpeluang

untuk mengubah dirinya dan bersedia untuk menghadapi cabaran di dunia pendidikan

ini.

Keempat pula, guru biasa menolong murid untuk membuat keputusan rasional.

Murid-murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan sendiri tetapi

masalahnya mereka tidak tahu bahawa keputusan yang diambil itu rasional atau tidak.

Jadi, adalah menjadi tugas kepada guru biasa untuk menolong murid

membuatpertimbangan, mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan dan sebagainya.

Keempat, guru biasa juga haruslah selesaikan masalah pembelajaran murid

denganmemberi tumpuan yang lebih, melaksanakan aktiviti yang sesuai, memberikan

tugasan yang boleh meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran.

Tambahan pula, guru biasa sebagai guru pembimbing perlu membentuk tabiat

kerja murid. Pembentukkan tabiat positif mampu memberi kesan yang positif ke arah

peningkatan prestasi dalam pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk

ialah seperti positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin

terhadap kebolehan diri, berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi.

Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal tahun lagi

agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalam

menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita dalam usaha mencapai kejayaan.

Bidang tugas guru biasa sebagai guru pembimbing yang seterusnya adalah guru

sentiasa merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Sekiranya guru biasa

menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan anak muridnya, mereka boleh

Page 3: Peranan Guru Biasa Dalam Membantu Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan idea atau

pendapat yang waras di samping mendapatkan maklumat. Seterusnya, guru juga boleh

bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling sebelum mengambil sebarang

tindakan terhadap anak muridnya. Mengisi kad 001 bagi murid-murid sekolah rendah

juga merupakan tugas seorang guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing.

Antara butir-butirperibadi murid yang perlu diisi oleh guru ialah seperti rekod berat,

tinggi, rabun atautidak, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap pelajar

dan cita-cita.

Guru biasa sebagai guru pembimbing memainkan perananyang amat penting

dalam membantu guru bimbingan dan kaunseling memperoleh satuprofil awal murid-

murid. Guru biasa juga selalu berkolaborasi dengan guru bimbingandan kaunseling dari

segi mengumpul data dan menyediakan maklumat murid. Jadi,jelaslah kepada kita

bahawa guru biasa sebagai guru pembimbing dan guru bimbingandan kaunseling saling

melengkapi keperluan satu sama lain.