peranan guru

13
Maksud guru Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar, mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Guru di anggap sebagai seorang Murabbi, Mursyid, Mu’allim dan Muaddib kerana mereka mendidik, membimbing dan membentuk manusia menjadi insan kamil. Guru juga ialah mereka yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan Negara.

Upload: nurizan-mat-hussain

Post on 10-Nov-2015

206 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

peranan guru- muallim,muaddib, mudarris, murobbi

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Maksud guruGuru bererti mereka yang mendidik, mengajar, mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Guru di anggap sebagai seorang Murabbi, Mursyid, Muallim dan Muaddib kerana mereka mendidik, membimbing dan membentuk manusia menjadi insan kamil.Guru juga ialah mereka yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan Negara.

Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti firman Allah SWT pada ayat 58 surah:

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.

Peranan guru

MuallimMuallim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya.Seorang muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal. Muallim juga mestilah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam bidang yang diajar.

guru perlu menguasai ilmu sebagimana berikut:i)llmu Bidang : ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain.ii)Ilmu Fardhu Ain: Fardu Ain di sini bermaksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui halal haram dan sebagainya. iii)Ilmu Alat: Bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna.

MuaddibMuaddib (Tadib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Muaddib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Muaddib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah.

Seorang muaddib juga bertanggungjawab untuk membentuk pemikiran murid yang bernas, tidak berfikiran yang boleh merosakkan diri, masyarakat, harta atau alam.

MursyidMursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutama dalam bidang kerohanian.Dari segi istilah mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah SWT dalam proses tarbiah yang teratur.

Mursyid merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri sebagai insan soleh.

MurabbiMurabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap muallim. Guru dipanggil juga sebagai Murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik.

. Antara ciri-ciri guru murabbi menurut Al- Ghazali adalah:i.Menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri.ii.Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka.iii.Menjaga disiplin murid menggunakan Pendekatan Mencegah dan Menegur Secara Baik terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang.

KesimpulanKesimpulannya, tugas seorang guru merupakan satu tugas yang sangat mulia kerana mereka mengajar, membimbing dan membentuk peribadi seseorang untuk menjadi insan kamil. Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik dan baginda juga diutuskan untuk menyebarkan agama dan mengajar ilmu pengetahuan serta mendidik manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Guru mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk membetulkan kesilapan, menegur untuk memperbetulkan keadaan dengan cara yang betul seperti mana firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:

"

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dadi jalan-nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.