peranan dan sumbangan kemas dalam …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/peranan dan sumbangan.pdf · 4.23...

25
PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI BACHOK, KELANTAN. MOHD RUSDIN BIN JUSOH SARJANA SASTERA 2016

Upload: lammien

Post on 16-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM

PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

MASYARAKAT LUAR BANDAR

DI BACHOK, KELANTAN.

MOHD RUSDIN BIN JUSOH

SARJANA SASTERA

2016

Page 2: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

Peranan dan Sumbangan KEMAS Dalam

Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat

Luar Bandar di Bachok, Kelantan.

oleh

Mohd Rusdin Bin Jusoh

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat

memperolehi Ijazah Sarjana Sastera

Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2016

Page 3: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil

penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-

mana Universiti atau institusi

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah

keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah

keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang

diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah

Dari tarikh _ hingga

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia

(1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh

organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut:

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian.

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

No. Kad pengenalan Nama Penyelia Utama

Tarikh: Tarikh:

Page 4: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya, telah memberi saya kesempatan,

kekuatan dan kesihatan bagi membolehkan saya menyiapkan tesis ini. Penghargaan yang

tidak terhingga dan ucapan terima kasih ditujukan khas untuk Dr. Nur Azuki bin Yusoff

selaku penyelia utama yang sangat sabar dalam memberi tunjuk ajar dan tidak jemu

memberi bimbingan, teguran dan panduan walaupun dalam kesibukan sebagai seorang

pensyarah semasa saya menyiapkan tesis ini.

Seterusnya, penghargaan ini juga ditujukan kepada ketua-ketua kampung dalam

jajahan Bachok, Kelantan di atas bantuan yang telah diberikan sepanjang kajian ini

dilakukan. Selain itu juga, penghargaan ini ditujukan kepada Pejabat Kemajuan

Masyarakat (KEMAS) serta Penyelia-penyelia KEMAS Jajahan Bachok kerana tidak

jemu memberikan kerjasama semasa kajian ini dilakukan.

Ucapan penghargaan ini juga ditujukan khas buat ibu tersayang, isteri, anak-anak,

adik-beradik serta ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan dalam saya

menyiapkan tesis ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada kawan-kawan saya

yang telah banyak memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tesis ini.

Sekian, terima kasih.

Mohd Rusdin Jusoh

Page 5: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

KANDUNGAN iii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

ABSTRAK x

ABSTRACT xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Latarbelakang Kajian 1

1.2 Permasalahan Kajian 3

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Kepentingan Kajian 5

1.5 Skop Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 10

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Konsep Pembangunan Sosioekonomi 12

2.3 Model Pembangunan Sosioekonomi 24

2.3.1 Model Atas-Bawah 24

2.3.2 Model Bawah-Atas 26

Page 6: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

2.3.3 Model Bersepadu 27

2.4 Prinsip Utama Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat 29

2.4.1 Proses Pembentukan Jayadiri 30

2.4.2 Penyertaan dalam Pembangunan 30

2.4.3 Bantuan dan Galakan 31

2.5 Latarbelakang Perkembangan Pembangunan

Sosioekonomi di Malaysia

33

2.6 Matlamat Pembangunan Sosioekonomi di Malaysia 40

2.7 Strategi Pembangunan Sosioekonomi 44

2.8 Program Pembangunan Sosioekonomi di Malaysia 53

2.8.1 Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) 54

2.8.2 Pembangunan Tanah 57

2.8.3 Program Mikrokredit 60

2.8.4 Program Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 67

2.9 Penutup 71

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 72

3.2 Rekabentuk Kajian 72

3.3 Lokasi Kajian 73

3.4 Kaedah Persampelan 77

3.5 Pengumpulan Data 79

3.6 Instrumen Kajian 80

3.7 Penganalisisan Data 81

3.8 Kesulitan Kajian 81

Page 7: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

BAB 4 HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan 85

4.2 Profil Kawasan Kajian 85

4.2.1 Kependudukan 88

4.2.2 Kegiatan Ekonomi dan Struktur Pekerjaan 89

4.3 Profil Responden Kajian 94

4.3.1 Jantina 94

4.3.2 Umur 95

4.3.3 Taraf Perkahwinan 97

4.3.4 Pencapaian Akademik 98

4.3.5 Pekerjaan Ketua Isi Rumah 100

4.3.6 Pendapatan Keluarga 102

4.3.7 Tanggungan Keluarga 104

4.3.8 Taraf Hak Milik dan Jenis Rumah 106

4.3.9 Kesedaran Politik 110

4.4 Peranan KEMAS Dalam Pembangunan Sosioekonomi

Masyarakat Luar Bandar 113

4.4.1 Latarbelakang Penubuhan KEMAS 113

4.4.2 Organisasi Pentadbiran KEMAS 126

4.4.3 Peranan dan sumbangan KEMAS Dalam Membangun

Sosioekonomi Masyarakat Luar Bandar 138

4.5 Penglibatan Masyarakat dalam Aktiviti KEMAS 177

4.5.1 Kesedaran Tentang Program KEMAS 177

4.5.2 Jenis-jenis Kegiatan yang Disertai 179

4.5.3 Motivasi dan Penyertaan 184

Page 8: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

4.5.4 Sebab-sebab KEMAS Tidak Mendapat Sambutan 188

4.5.5 Masalah dalam Penyertaan 191

4.5.6 Faedah Penyertaan dalam KEMAS 200

4.6 Penutup 207

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Ringkasan 208

5.2 Kesimpulan 211

5.2 Cadangan 213

RUJUKAN 220

LAMPIRAN 1 238

Page 9: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

SENARAI JADUAL

NO. MUKA SURAT

2.1 Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata

Mengikut Wilayah, 2009 43

3.1 Keluasan Daerah dan Bilangan Mukim 76

3.2 Bilangan Pendudukan Jajahan Bachok Mengikut Daerah 2007 77

4.1 Keluasan daerah dan Bilangan Mukim 87

4.2 Guna Tanah Di Jajahan Bachok 87

4.3 Taburan jumlah Penduduk Mengikut Daerah bagi Tahun 1991,

2000, 2007 dan 2010. 89

4.4 Pertubuhan Struktur Pekerjaan 1991-2000 92

4.5 Data Kemiskinan Mengikut Jajahan Wilayah Kelantan Utara 93

4.6 Data Kemiskinan Jajahan Bachok 2008 93

4.7 Jantina 95

4.8 Umur 96

4.9 Taraf Perkahwinan 98

4.10 Pencapaian Akademik 100

4.11 Kerjaya Ketua Rumah 101

4.12 Pendapatan keluarga 104

4.13 Bilangan Tanggungan Keluarga 106

4.14 Taraf Hak Milik Rumah 108

4.15 Jenis Rumah 109

4.16 Tahap Sokongan Terhadap Kerajaan Persekutuan 112

4.17 Kesedaran Tentang Peranan KEMAS

Sebagai Pembawa Pembangunan 178

Page 10: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

4.18 Jenis Kegiatan KEMAS yang Disertai 181

4.19 Galakan Dalam Penyertaan 185

4.20 Syarat Untuk Mengikuti Kelas KEMAS 188

4.21 Sebab-sebab Tidak Menyertai KEMAS 189

4.22 Masalah-masalah Penyertaan 192

4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204

Page 11: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

NO.

SENARAI RAJAH

MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kajian 11

2.1 Model Atas-bawah 25

2.2 Model Bawah-atas 27

2.3 Model Bersepadu 28

2.4 Gerak Kerja Bahagian Pelajaran Dewasa 1960-1969 36

3.1 Peta Lakar Negeri Kelantan 75

4.1 Ringkasan Sejarah KEMAS 116

4.2 Carta Organisasi Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia 128

4.3 Carta Organisasi Jabatan Kemajuan Masyarakat

Negeri Kelantan

130

4.4 Carta Organisasi Bahagian Kemajuan Masyarakat

Daerah Bachok

137

Page 12: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

Peranan dan Sumbangan KEMAS Dalam Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat

Luar Bandar di Bachok, Kelantan.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan dan sumbangan KEMAS dalam

pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Bachok, Kelantan. Penelitian

peranan dan sumbangan KEMAS ini berdasarkan tiga tema utama iaitu indikator status

semasa keadaan sosioekonomi masyarakat, peranan KEMAS dalam pembangunan

sosioekonomi masyarakat dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang dijalankan

oleh KEMAS. Walaupun kajian ini bersifat makro tetapi dengan memberikan

penumpuan terperinci terhadap ciri-ciri pembangunan sosioekonomi, maka dapat dibuat

penilaian keberkesanan program-program yang dianjurkan oleh KEMAS. Dalam kajian

ini tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dipilih sebagai lokasi kajian iaitu DUN

Tawang, DUN Perupok dan DUN Jelawat. Kajian ini menggunakan pendekatan

kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Maklumat kajian telah dikumpul menggunakan

borang soalselidik dan dianalisis menggunakan Perisian Pakej Statistik untuk Sains

Sosial (SPSS). Kajian ini melibatkan seramai 356 orang ketua keluarga yang telah dipilih

daripada ketiga-tiga DUN yang terlibat. Mereka ini terdiri daripada 177 orang peserta

program KEMAS dan 179 orang bukan peserta KEMAS. Kesemua responden kajian ini

dipilih secara convenience sampling. Secara umumnya, program-program pembangunan

sosioekonomi yang dilaksanakan oleh KEMAS telah membantu meningkatkan taraf

hidup dan status sosioekonomi dalam bidang sosial, ekonomi dan politik masyarakat luar

bandar. Walau bagaimanapun, bentuk perubahan tersebut adalah berbeza-beza di antara

ahli masyarakat luar bandar. Penemuan kajian juga menunjukkan masyarakat luar bandar

telah turut serta secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan KEMAS.

Page 13: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

The Role and Contribution of KEMAS in the Socio-Economic Development of

Rural Communities in Bachok, Kelantan.

ABSTRACT

This study aims to investigate the role and contribution of KEMAS in the socio- economic

development of rural communities in Bachok, Kelantan. The investigation is based on

three main themes namely the socio-economic status of the community, the role of

KEMAS in the socio-economic development and the participation of the community in

activities organised by KEMAS. Evaluation of the impact of KEMAS activities on the

community was carried out through a detailed analysis of socio-economic development

attributes albeit the macro nature of this study. Three State Legislative Assembly (DUN)

were purposely selected as the location of this study which include DUN Tawang, DUN

Perupok and DUN Jelawat. This study employs quantitative approach through descriptive

survey method by which data were collected through questionnaires and analysed through

Statistical Package for the Social Sciences (SPPS) software. There are 356 respondents

(heads of families) involved in this study. They consist of 177 KEMAS participants as

well as 179 non-KEMAS participants. They were chosen through convenience sampling

method. On the whole, the socio-economic development activities organized by KEMAS

has eventually helped to improve the standard of living and socio- economic status of the

rural communities socially, economically and politically. Nonetheless, the improvement

and change ensued after such activities differed from an individual to another. The study

also found that the rural communities were actively involved in various activities

organised by KEMAS.

Page 14: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latarbelakang Kajian

Pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Malaysia adalah

berasaskan kepada pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kawasan luar bandar

di Malaysia mempunyai masalah kemiskinan yang berterusan. Oleh itu gerakan

pembangunan masyarakat luar bandar pesat dijalankan seawal kemerdekaan lagi

melalui pelaksanaan pelbagai usaha secara berterusan dalam Rancangan Malaya.

Sehingga kini, usaha pembangunan masyarakat luar bandar masih merupakan

agenda utama negara. Program pembangunan masyarakat yang dilaksanakan di

Malaysia berpaksikan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan hidup dan

peningkatan produktiviti masyarakat. Sejumlah besar peruntukan kewangan telah

dilaburkan oleh kerajaan dalam usaha pelaksanaan program pembangunan

masyarakat di kawasan luar bandar. Sebagai contoh, dalam RMK 7 sejumlah

RM542 juta dan RM598 dalam RMK 8 diperuntukkan bagi melaksanakan

pembangunan masyarakat dan keluarga (RMK 7, 1996; RMK 8, 2001).

Maimunah (1999) menjelaskan kerajaan telah menjalankan pelbagai

strategi untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Malaysia

dengan memberi tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur dan kemudahan

asas, peningkatan produktiviti pertanian, pembangunan tanah dan kawasan,

Page 15: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

pembangunan “in-situ”, pendidikan, penyelidikan dan pengembangan

pembangunan sosial dan institusi serta pembangunan bersepadu.

Bagi menjayakan strategi tersebut pelbagai program pembangunan

sosioekonomi masyarakat luar bandar telah dilaksanakan seperti program KEMAS,

program pembangunan tanah seperti FELDA dan FELCRA, program

pembangunan in-situ dan lain-lain.

Setakat ini, banyak kawasan penempatan dan pertanian baru dibuka yang

disusuli dengan penyediaan pelbagai kemudahan asas. Kadar kemiskinan

masyarakat luar bandar juga berjaya dikurangkan daripada 59% (1970) kepada

20.7% (1985) dan terus menurun kepada 17.1% (1990), 14.8% (1999) dan terus

susut kepada 11.9% (2000), (RMK 8, 2001).

Secara keseluruhan, tahap kehidupan masyarakat di Malaysia telah

meningkat dengan agak baik hasil daripada kadar pertumbuhan ekonomi yang

positif. Keadaan ini ditunjukkan oleh peningkatan dalam beberapa indikator

sosioekonomi seperti pendapatan per kapita KNK, kesihatan, pendidikan,

kesejahteraan sosial dan perumahan (Rahimah dan Mohamed Yusuf, 2002). Selain

itu, keadaan tahap kesejahteraan sosial rakyat Malaysia juga boleh diteliti dari

aspek pengurangan kadar kemiskinan dan kematian bayi, peningkatan jangka hayat

penduduk negara, kadar celik, nisbah enrolmen bersih, kesihatan dan ekonomi.

Kesemua aspek ini bukan sahaja penting dari segi keupayaan menikmati kehidupan

tetapi juga boleh mempengaruhi produktiviti dan kebolehan mencari pendapatan dan

kekayaan.

Walau bagaimanapun, perangkaan juga menunjukkan berlaku turun naik

dalam kadar kemiskinan masyarakat di luar bandar iaitu daripada 14.9% (1995),

turun kepada 10.9% (1997) dan meningkat kepada 12.4% (1999) (RMK 8, 2001).

Page 16: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

Menurut Laporan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK 8), kadar kemiskinan

negara secara keseluruhannya telah menurun daripada 8.5% (1999) kepada 5.7%

(2004). Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar juga turut mengalami

penurunan daripada 14.8% (1999) kepada 11.9% (2004). Walaupun berlaku

penurunan kadar kemiskinan di kawasan luar bandar, namun jurang kemiskinannya

adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan kawasan bandar (RMK 9). Walau

bagaimanapun, kadar kemiskinan masyarakat luar bandar di Malaysia terus

menurun kepada 3.7% (2010), (Mohd Shafie, 2012). Perangkaan juga

menunjukkan masih terdapat lagi sebilangan masyarakat yang berhadapan dengan

masalah kemiskinan yang serius (Nafziger, 1984), yang mana perangkaan

menunjukkan 70.6% daripada isi rumah miskin di Malaysia tinggal di kawasan

luar bandar (Fatimah, 2008).

1.2 Permasalahan Kajian

Penggembelengan tenaga dalam gerakan pembangunan sosioekonomi

masyarakat di luar bandar dilakukan oleh banyak pihak. Antara agensi kerajaan

yang banyak memainkan peranan dalam usaha pembangunan sosioekonomi

masyarakat luar bandar ialah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Jabatan

Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ditubuhkan pada tahun 1961 melalui kertas

kabinet Bil.385/25/60 memberi fokus utama kepada program ‘Pembasmian Buta

Huruf’. Pada waktu itu jabatan tersebut beroperasi dengan nama Bahagian

Pelajaran Dewasa (BPD). Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf

ini dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh

Page 17: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

UNESCO sebagai satu usaha membasmi kemiskinan dan strategi membangunkan

masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran ‘Dasar Ekonomi Baru’ pada tahun

1970, BPD telah dinamakan semula kepada Bahagian Kemajuan Masyarakat

(KEMAS) dan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan

Masyarakat dan Luar Bandar. Matlamat penubuhan KEMAS ialah membantu

masyarakat luar bandar berdikari dan memulakan perniagaan sendiri berasaskan

kemahiran yang dipelajari. KEMAS telah memperkenalkan program pembangunan

masyarakat melalui pendekatan pendidikan dewasa seawal tahun 1960-1969

(Asnarulkhadi, 2004). Pendekatan ini menggunakan kaedah pendidikan tak-formal,

KEMAS berperanan mengendalikan kelas literasi fungsional dan kemahiran

vokasional, kelas ekonomi rumah tangga, kesihatan keluarga, dan taman

prasekolah. Tiga program pembangunan masyarakat utama yang dilaksanakan di

bawah KEMAS ialah program pembangunan keluarga, pendidikan masyarakat dan

program latihan. Setelah hampir lima dekad penubuhannya ( 1970-2016 ), aktiviti

yang dilaksanakan oleh KEMAS iaitu, penubuhan Taman Bimbingan Kanak-

Kanak (TABIKA), Gerakan Daya Wawasan (GDW), Bina Insan (BI), Pusat

Sumber, Pendidikan Kemahiran (PK), Pendidikan Literasi Komputer (PLK),

Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) dan Pendidikan Kesihatan Keluarga (PKK).

Sepanjang pengamatan, pengkaji mendapati beberapa persoalan perlu di

ketengahkan berkaitan hubungan agensi ini dengan masyarakat, antaranya

persoalan apakah status sosioekonomi masyarakat di Bachok, Kelantan yang

terlibat dalam program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh KEMAS? Apakah

peranan sebenar yang dimainkan oleh KEMAS dalam pembangunan sosioekonomi

Page 18: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

masyarakat di Bachok, Kelantan? dan sejauh manakah penglibatan masyarakat

Bachok, Kelantan dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh KEMAS?

1.3 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan KEMAS

dalam usaha-usaha meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat di

Bachok, Kelantan. Secara khususnya, kajian ini berusaha untuk mengetengahkan

perkara-perkara berikut :

i. Status sosioekonomi masyarakat di Bachok, Kelantan yang terlibat dalam

program dan aktiviti KEMAS.

ii. Peranan sebenar yang dimainkan oleh Jabatan KEMAS Bachok dalam

usaha meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

iii. Penglibatan masyarakat di Bachok, Kelantan dalam program dan aktiviti

yang dilaksanakan oleh KEMAS.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijangkakan dapat membuat satu penilaian umum mengenai

keberkesanan KEMAS dalam usaha membawa perubahan dan pembangunan

masyarakat di luar bandar, khususnya di jajahan Bachok. Kajian ini akan dapat

menggambarkan penerimaan masyarakat luar bandar di Bachok terhadap aktiviti

yang dilaksanakan oleh pihak KEMAS. Maklumat-maklumat di atas dijangka

berupaya memberi maklum balas penting kepada KEMAS dalam merangka dasar

Page 19: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

dan strategi pelaksanaan program dan aktiviti yang lebih baik pada masa akan

datang.

Dari segi kepentingan ilmiah, kajian ini akan dapat menjelaskan lagi

konsep kesejahteraan sosial dalam konteks pembangunan masyarakat luar bandar.

Dengan itu kajian ini dijangka dapat menambahkan lagi khazanah ilmu dalam

bidang pembangunan masyarakat dan pembentukan program jaliran sosial yang

berupaya memenuhi keperluan kumpulan sasar.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada peranan dan sumbangan KEMAS dalam

usaha-usaha membangun sosioekonomi masyarakat luar bandar, khususnya di

jajahan Bachok, Kelantan. KEMAS memainkan peranan sebagai agensi yang

menyediakan agen perubahan kepada masyarakat luar bandar. Sebagai agen

perubahan, KEMAS mempunyai hubungan peranan dengan sistem masyarakat

serta organisasi-organisasi lain yang menerima mandat untuk membangun

masyarakat luar bandar. KEMAS mempunyai struktur agen perubahan yang jelas

di peringkat persekutuan, negeri, daerah mukim dan kampung. Agen-agen

perubahan KEMAS sering kali dipanggil sebagai pembangun atau penggerak

masyarakat.

Sebagai pembangun atau penggerak masyarakat, institusi ini mempunyai

beberapa peranan penting. Menurut Rogers (1972) pembangunan masyarakat perlu

memainkan peranan dari segi membentuk keperluan terhadap perubahan,

membentuk perhubungan mesra dengan masyarakat dan organisasi terlibat,

Page 20: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

mengenalpasti masalah yang dihadapi masyarakat, membentuk penyelesaian

masalah yang telah dikenalpasti, melaksanakan penyelesaian, menstabilkan

perubahan supaya bergerak secara berterusan dan berenggang daripada penerima.

Havelock (1973) pula menyatakan bahawa sebagai agen perubahan atau

pembangun masyarakat berperanan sebagai penggerak perubahan, penyelesai

masalah, pembantu proses dan penghubung sumber. Manakala Beal (1981) pula

menyatakan bahawa agen perubahan berperanan sebagai pendidik, penyelidik,

perunding, pentadbir dan pemimpin.

KEMAS menyediakan agen penggerak masyarakat yang bertindak sebagai

pekerja barisan hadapan di peringkat akar umbi masyarakat. Mereka merupakan

saluran yang paling hampir dengan masyarakat. Oleh itu, mereka diberi

tanggungjawab untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat berbanding dengan

saluran lain seperti media massa. Ini kerana mereka berhubung secara bersemuka

dengan kumpulan sasar dan mesej juga boleh bergerak secara dua hala. Dalam

kajian ini peranan dan sumbangan KEMAS ini diteliti dari aspek usaha KEMAS

dalam membawa perubahan dan pembangunan dalam pendidikan dan latihan,

kesedaran sosiopolitik, proses perubahan, melahirkan kepimpinan tempatan,

koordinasi pembangunan masyarakat, penglibatan masyarakat dalam aktiviti

KEMAS dan faedah penyertaan masyarakat dalam aktiviti KEMAS.

Penelitian terhadap peranan dan sumbangan KEMAS dalam pembangunan

pendidikan meliputi aspek penglibatan KEMAS dalam melaksanakan aktiviti

pendidikan dan melatih peserta-peserta yang terlibat. Usaha-usaha yang

dilaksanakan oleh KEMAS ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan

pendidikan asas dan kemahiran masyarakat luar bandar. Untuk itu KEMAS telah

Page 21: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

melaksanakan pelbagai aktiviti kemahiran dan pendidikan untuk masyarakat dan

anak-anak di luar bandar.

Peranan dan sumbangan KEMAS dalam pembangunan sosiopolitik pula

diteliti dari aspek aktiviti yang dilaksanakan oleh KEMAS dalam melahirkan

kesedaran politik dan melahirkan atau mengasuh bakat-bakat kepimpinan dalam

kalangan masyarakat luar bandar. Peranan ini sinonim dengan tanggapan bahawa

KEMAS adalah agen politik pemerintah.

Peranan KEMAS dalam proses perubahan pula diteliti berasaskan kepada

peranan dan sumbangan KEMAS sebagai agen perubahan dalam masyarakat luar

bandar. Sebagai agen perubahan KEMAS berperanan untuk membentuk keperluan

terhadap perubahan, membentuk hubungan yang mesra dengan penduduk luar

bandar, mengenalpasti masalah penduduk luar bandar, membentuk penyelesaian

terhadap masalah penduduk luar bandar, melaksanakan penyelesaian, menstabilkan

perubahan dan membantu penduduk luar bandar berdikari.

Peranan KEMAS dalam melahirkan kepimpinan tempatan meliputi aspek

peranan KEMAS dalam aktiviti pelantikan penduduk tempatan dalam aktiviti

KEMAS dan pelaksanaan latihan kepada pemimpin-pemimpin tempatan yang

dilantik. Selain itu, pemimpin tempatan yang dilantik juga diberi peluang untuk

membuat keputusan dalam pelaksanaan aktiviti KEMAS.

Pelaksanaan aktiviti pembangunan masyarakat luar bandar melibatkan

pelbagai agensi dan institusi. Bagi mengelakkan pertindanan dan pembaziran

sumber, aktiviti pembangunan tersebut perlu dikoordinasi. Koordinasi ini

melibatkan hubungan sosial sesama pemimpin KEMAS tempatan, koordinasi

Page 22: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

dengan pemimpin masyarakat dan koordinasi antara institusi-institusi yang terlibat

dalam aktiviti pembangunan.

Penglibatan masyarakat dalam aktiviti KEMAS pula diteliti dari aspek

kesedaran masyarakat terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh KEMAS,

penyertaan dalam aktiviti yang dilaksanakan, motivasi yang menggalakkan

penyertaan masyarakat dalam aktiviti KEMAS, sebab yang menyebabkan

masyarakat tidak menyertai aktiviti KEMAS dan faedah yang diperoleh daripada

aktiviti KEMAS yang disertai. Penglibatan komuniti dalam aktiviti yang

dilaksanakan adalah kunci kepada program pembangunan komuniti yang

mengamalkan pendekatan perancangan “bawah-atas” (Kelly and Vlaenderen,

1996). Penglibatan komuniti juga menjadi pra-syarat untuk kejayaan pelaksanaan

sebarang projek pemulihan (Soen, 1981). Kumpulan perunding daripada

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1981) mendefinisikan penglibatan komuniti

sebagai pembentukan peluang yang sama kepada semua ahli komuniti untuk

melibatkan diri secara aktif dalam proses pembangunan. Ini bermakna individu di

semua peringkat diberi peluang yang sama untuk mengambil bahagian dalam

proses membuat keputusan.

Dalam konteks pembangunan komuniti, penglibatan dilihat sebagai

kemahuan individu secara suka rela membuat komen atau cadangan dalam sesuatu

forum komuniti (community forum), berkongsi pendapat dengan ahli-ahli dan

mengambil berat atau bertanggungjawab terhadap aktiviti kumpulan (Bowen,

2008; Cornwall, 2008; Tosun, 2000; Brian et al., 1975; Brokensha and Hodge,

1969; Edwards and Jones, 1976). Cohen dan Uphoff (1977) menyatakan

penglibatan masyarakat dalam aktiviti pembangunan luar bandar berlaku dalam

Page 23: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

aspek membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian. Proses

penglibatan berlaku apabila ahli komuniti terlibat dalam proses membuat

keputusan mengenai sesuatu perkara dan menentukan bagaimana perkara tersebut

seharusnya dilaksanakan, bentuk penglibatan mereka yang turut serta, bagaimana

keuntungan diagihkan serta bagaimana orang ramai dapat dilibatkan dalam

penilaian ke atas aktiviti yang disertai (Bowen, 2008; Cornwall, 2008, Tandon

2008: Cohen and Uphoff, 1977). Penyertaan ahli komuniti dalam sesuatu aktiviti

boleh berlaku dalam bentuk sumbangan tenaga, barangan dan wang ringgit.

Penyertaan dalam bentuk sumbangan ini boleh berlaku pada peringkat

perancangan, pelaksanaan dan penilaian sesuatu program (Nayan, 1975;

Santhanam et al, 1982).

Secara keseluruhannya kerangka kajian ini dapat digambarkan melalui

rajah 1.1 di bawah.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada sumbangan KEMAS terhadap

pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Bachok, Kelantan.

Sumbangan KEMAS ini diteliti dari aspek status semasa keadaan sosioekonomi

masyarakat, peranan yang dimainkan oleh agensi KEMAS dan penglibatan peserta

langsung dan tidak langsung dalam program yang dilaksanakan oleh KEMAS di

Bachok, Kelantan. Kajian ini akan mengkaji pendapat sebenar masyarakat luar

bandar tentang keadaan realiti status sosioekonomi mereka setelah terlibat dalam

program KEMAS. Secara tidak langsung tanggapan yang dibuat merupakan

Page 24: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

‘penilaian’ yang boleh dijadikan asas dalam mengawal dan mengubahsuai aktiviti

pembangunan semasa masyarakat luar bandar.

Peranan dan Sumbangan

KEMAS

Pendidikan

Sosiopolitik

Proses perubahan

Melahirkan kepimpinan

tempatan

Koordinasi pembangunan

masyarakat.

Keadaan

Sosioekonomi

Masyarakat

Luar Bandar

Penglibatan dalam aktiviti

KEMAS

Aktiviti KEMAS yang

disertai

Sambutan terhadap aktiviti

KEMAS

Galakan dalam menyertai

aktiviti KEMAS

Manfaat yang diperoleh dari

aktiviti KEMAS

Rajah 1.1: Kerangka Kajian

Page 25: PERANAN DAN SUMBANGAN KEMAS DALAM …umkeprints.umk.edu.my/6664/1/Peranan Dan Sumbangan.pdf · 4.23 Faedah Sosial Yang Diterima Dari Program KEMAS 204 . NO. SENARAI RAJAH MUKA SURAT

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Penulisan bab ini melibatkan dua bahagian utama. Bahagian pertama

membincangkan tentang konsep pembangunan sosioekonomi, model

pembangunan sosioekonomi, prinsip pembangunan sosioekonomi. Manakala

bahagian kedua membincangkan tentang pelaksanaan program pembangunan

sosioekonomi di Malaysia. Perbincangan tentang konsep pembangunan

sosioekonomi meliputi aspek pengertian dan pendekatan pembangunan

sosioekonomi. Manakala perbincangan tentang pelaksanaan program

pembangunan sosioekonomi di Malaysia meliputi aspek latarbelakang, matlamat,

strategi serta program pembangunan sosioekonomi di Malaysia.

2.2 Konsep Pembangunan Sosioekonomi

Tidak terdapat satu istilah yang benar-benar dapat menjelaskan maksud

pembangunan. Konsep pembangunan digunakan berdasarkan kepada bidang ilmu

tertentu, seperti ekonomi, politik dan sosiologi. Ungkapan pembangunan sering

bertindan lapis dengan istilah pertumbuhan, modenisasi, perubahan sosial,

kemajuan, pembaharuan dan perkembangan.