suara kemas 4

28

Click here to load reader

Upload: vuongnhu

Post on 30-Dec-2016

306 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 1

ISSN 0130-5688 • Bil 4 /2011

Buletin Keluaran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

www.kemas.gov.my / www.anakku.my

Komuniti Berdaya Desa Berjaya

Rakyat DidahulukanPencapaian Diutamakan

PROGRAM ISTANA BERSAMA RAKYAT

Page 2: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/20112

02

14

15

22

23

25

26

27

28

0304

08

09

Isi Kandungan

Dari Meja Ketua Pengarah

Lidah pengarang

“Apa Khabar Anak Permata (AKAP)”

Pelancaran Baju Korporat KEMAS

Mini Karnival Usahawan Desa 2011 Zon Selatan Meriah

Kontingen DUN Ampangan Muncul Juara Keseluruhan Buat Kali Ketiga Berturut-Turut

APC, Watikah Pelantikan & Sijil Penghargaan Persaraan Untuk Kakitangan KEMAS Negeri Terengganu Tahun 2010

Jalinan Kerjasama Erat

Jalinan Mesra KEMAS Bersama Masyarakat

Persatuan KEMAS Sarawak Hulur Sumbangan / Kursus Penggunaan Modul Pengukuhan Pendidikan Islam Kepada Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Tahun 2011

Majlis Program IstanaBersama Rakyat DisempurnakanOleh DYTM Raja Muda Perlis

Album Perasmian Baju Korporat dan Watikah Pelantikan Pemaju Masyarakat S27

Isi Kandungan

07

10

11

12

13

24

06

05 Program ‘Istana Bersama Rakyat’ Meriah

Album Mini KUD 2011 Zon Selatan

Acara KEMAS Jadi Tarikan Pengunjung

Program Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat ‘Touch Point’

Seribu Kenangan Bersama KEMAS

Pengarah Suntik Semangat Kepada Kakitangannya / SPAK Siri 2/2011 PLK Kepala Batas Aktif Program Amal

1617

18

19

20

21 KEMAS Perlis Agih Bubur Lambuk

400 Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Sekijang Sertai Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran / Perpustakaan Keluarga Pusat Sumber Wujud Melalui Program Galakan Membaca

Hari Terbuka Pusat Sumber Meriah / Hari Potensi Mencungkil Bakat Sukan Si Cilik

Pertandingan Karaoke Pelatih SPAK PLK Kepala Batas Dan Masyarakat Meriah / Warga KEMAS Stampin Raikan Pesta Menuai

How The Preparation Material Sin The Library Layout

Info Kesihatan : Cara Membasuh Tangan Yang Betul

Khasiat Buah Delima

Album Sebungkus Bubur Lambuk Sejuta Keinsafan

Page 3: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 3

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

SSyukur alhamdulillah, kita kini bertemu lagi dalam edisi ke-4 Majalah Suara KEMAS. Saya berdoa semoga KEMAS terus diberikan kekuatan serta

petunjuk oleh Allah S.W.T bagi melaksanakan segala gerak kerja KEMAS dalam membangunkan masyarakat luar bandar. Semoga segala berita yang dipaparkan pada kali ini menjadi sumber informasi yang berguna kepada para pembaca yang budiman.

Gerak kerja KEMAS sememangnya begitu signifikan dengan agenda pembangunan luar bandar khususnya dalam konteks memperkasakan pembangunan modal insan masyarakat luar bandar meliputi segenap lapisan usia. Bermula dengan bidang pendidikan di peringkat pra sekolah, Kem Remaja Ideal, Program Bakti Siswa Daya Wawasan, Program Persijilan dan Diploma KEMAS dalam Bidang Jahitan serta Masakan, Kelas Literasi bagi golongan berusia serta pelbagai lagi program dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat ini.

Kakitangan KEMAS sememangnya mempunyai kapasiti tinggi dalam mendekati kumpulan sasar kerana setiap pelaksanaan program serta projek yang dilaksanakan adalah berorientasikan masyarakat luar bandar. Kelebihan ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh kakitangan KEMAS agar setiap agenda pembagunan kerajaan baik dari segi pembangunan rohani mahupun fizikal berimpak tinggi dapat dilaksanakan demi manfaat kumpulan sasar. Hal ini hanya dapat direalisasikan melalui penglibatan aktif masyarakat dalam setiap program yang dilaksanakan seterusnya menjayakan agenda menyediakan masyarakat luar bandar ke suatu tahap mentaliti kelas pertama bagi menerajui pembangunan negara.

Kakitangan KEMAS seharusnya mempunyai kesedaran bahawa masyarakat luar bandar yang tinggal di kawasan pedalaman mempunyai akses yang terhad dalam mendapat pendedahan maklumat ini. Keadaan ini seterusnya boleh membantutkan usaha ke arah pelaksanaan sistem penyampaian yang berkesan. Maka adalah menjadi tanggungjawab warga KEMAS untuk mendekati, membantu serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat luar bandar.

KEMAS baru-baru ini turut melaksanakan program yang menjadi wardah dalam mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat apabila menerima perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku

Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat mencemar duli merasmikan Program Bersama Rakyat yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Alor Tampang Beseri, Perlis. Program Mesra Rakyat tersebut telah dilaksanakan selama 3 hari bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara raja dan rakyat, memupuk semangat perpaduan antara pemimpin dan masyarakat di samping mempromosikan program-program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh KEMAS kepada masyarakat setempat. Di samping itu, penganjuran program ini juga merupakan sebahagian dari rangka program sempena Sambutan 50 Tahun KEMAS yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan november yang akan datang.

Sebagai penutup, saya ingin menyeru kepada seluruh kakitangan KEMAS agar memastikan bagi setiap program serta aktiviti yang dilaksanakan kepada kumpulan sasar hendaklah berfokuskan kepada pulangan impak berasaskan kepada nilai bajet yang dibelanjakan. Masyarakat hari ini semakin bijak menilai keberkesanan serta manfaat yang bakal diperolehi melalui penganjuran program yang dilaksanakan. Adalah menjadi aspirasi kerajaan agar para penjawat awam melakukan satu lonjakan paradigma khususnya dalam pelaksanaan tugas yang lebih efisyen, tepat serta pantas dengan peningkatan profesionalisme, integriti serta pengaplikasian teknologi yang terkini.

Sekian,

(DATO’ ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN)Ketua PengarahJabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Dari Meja KETUA PENGARAH

Page 4: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/20114

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, dengan berkat keizinan dari Allah S.W.T, Majalah Suara KEMAS edisi

ke-4 kini telah berjaya diterbitkan buat tatapan para pembaca yang dikasihi. Harapan saya semoga warga KEMAS di seluruh negara berada dalam keadaan sihat sejahtera serta sentiasa bersedia memikul amanah dan tanggungjawab serta melaksanakannya dengan penuh ketepatan disamping memastikan prestasi perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang paling optimum.

Pada kesempatan kali ini, saya ingin sekali menarik perhatian para pembaca yang budiman untuk meneliti berkenaan satu lagi penerapan nilai yang sedang rancak diusahakan oleh pihak Kerajaan iaitu apa yang disebut sebagai ‘ntegriti’. Integriti didefinisikan sebagai satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan pada individu dan organisasi. Ciri dan kualiti integriti mengandungi unsur ’wholeness’ yakni kewujudan secara bersepadu pada individu dan organisasi. Dalam akhlak Islam pula, integriti bersesuaian dengan sifat benar, amanah, setia, berpegang teguh, peribadi mulia, mukmin yang bertakwa dan sebagainya yang mencerminkan pengertian menyeluruh pengalaman serta nilai yang diperlihatkan dalam diri Rasulullah S.A.W manakala Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,

ngukuhan integriti ini dengan melipatgandakan usaha kita dalam meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Kesimpulannya, apa yang lebih penting adalah pelaksanaan agenda integriti itu sendiri haruslah dilaksanakan secara bersistematik, bersepadu dan berterusan oleh semua pihak. Penghayatan kakitangan KEMAS merupakan perkara pokok dalam merealisasikan agenda ini agar walau dalam apa saja gerak kerja yang kita laksanakan, kepentingan rakyat mestilah di-dahulukan dan pencapaian dalam kualiti perkhidmatan haruslah menjadi keutamaan.

Sekian,

(HASSAN BIN MOHD AMIN) Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

mantan Perdana Menteri pula menyatakan integriti berkait rapat dengan pengukuhan etika yang baik.

Dalam usaha penerapan nilai integriti ini, terdapat faktor-faktor yang menjadi penentu kepada kejayaan pelaksanaannya. Faktor utama yang menjadi penentu kepada kejayaan Pelan Integriti Nasional ini adalah pendidikan berterusan dan berulang, persekitaran budaya yang kondusif, kecukupan dan kecekapan sumber, kepimpinan melalui teladan, kesediaan individu untuk berubah serta komunikasi berkesan. Faktor-faktor ini diharapkan menjadi satu bentuk kefahaman serta penghayatan agar ianya diserapkan ke dalam diri setiap kakitangan KEMAS demi merealisasikan agenda pemantapan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Secara ringkasnya, antara sasaran yang telah digubal khusus dalam agenda pemantapan integriti adalah membanteras gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Selaku kakitangan KEMAS yang memikul amanah dalam membangunkan masyarakat luar bandar, gejala rasuah ini merupakan penyakit atau barah yang wajib kita jauhi. Sasaran seterusnya pula adalah, meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat. Ianya selari dengan tugas utama Jabatan dan adalah menjadi kewajipan setiap kakitangan KEMASdalam melaksanakan usaha pe-

Lidah Pengarang

PenasihatDato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan

Ketua EditorEn. Hassan Bin Mohd Amin

Sidang EditorEn. Mohd Nazri Bin Mohd DeniPn. Jurainah binti OthmanEn. Mohd Eri bin MamatPn. Nur Aisyah binti Md NorEn. Mohd Shaiful bin Abd RashidCik Zila Junira binti Zainal Abidin

JurufotoSemua wakil Penulis KEMAS Ibu Pejabat dan seluruh negeri

Pembaca PrufEn. Mohd ShaifulPn. Nur Aiysah binti Md NorCik Zila Junira binti Zainal Abidin

Pengurus Edaran NegeriUnit Penerbitan KEMAS Negeri

PenerbitanUnit PenerbitanBhg. Sumber Manusia & PentadbiranJabatan Kemajuan MasyarakatKementerian Kemajuan Luar Bandardan WilayahAras 2-3 Blok 1, Menara PjH Precint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA

Rekabentuk / PercetakanMisas Advertising Sdn. Bhd.

Sidang Redaksi

Page 5: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 5

Teks : Shaiful Foto : Eisya

PROGRAM ‘ISTANA BERSAMA RAKYAT’ MERIAH

RAJA MUDA PERLIS, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli merasmikan Program Istana Bersama

Rakyat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Alor Tampang, Beseri pada 27 Julai 2011. Berangkat sama Raja Puan Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Hasan Malek.

Titah baginda, perpaduan ialah satu entiti yang tidak berbelah bahagi dan menjadi idaman jangka panjang. Ini penting kerana keharmonian serta kestabilan negara menerusi perpaduan rakyat merupakan asas penting yang perlu dijaga dan dipertahankan semua pihak selepas negara mencapai kemerdekaan hampir 54 tahun.

Pelbagai program diatur bagi memeriahkan majlis ini seperti Program memasak bersama DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil; pertunjukan peragaan fesyen oleh pelatih Institut Latihan KEMAS Sri Iskandar, Perak Darul Ridzuan; demonstrasi masakan ala Istana dan tradisional Perlis oleh Chef Selebriti 1 Malaysia, Chef Yang Jamil ; demonstrasi medicure dan pedicure ; demonstrasi urutan fiksiologi ; gerai-gerai jualan oleh pengusaha BEK ; demonstrasi barangan kraf oleh peserta BEK KEMAS serta forum Remaja Masa Kini Sebagai Pemangkin Harapan Negara dan Anakku Permata Hati.

Penganjuran Program ini bertujuan menjalinkan hubungan dan kerjasama antara Kerabat Diraja dan rakyat serta memartabatkan Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran Negara. Di samping memupuk semangat perpaduan di antara pemimpin dengan masyarakat tempatan, ia juga memberi peluang serta pendedahan dan promosi aktiviti-aktiviti KEMAS kepada masyarakat amnya.

Page 6: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/20116

POKOK SENA – Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah

meluangkan masa bersama kanak-kanak permata apabila beliau membuat satu kunjungan ke Pusat Anak Permata Negara, Desa Keda Batu 13, Pokok Sena pada 28 Julai 2011 yang lalu sempena Program Apa Khabar Anak Permata (AKAP).

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Projek Perintis Permata Negara, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin, Pengarah Bahagian Kurikulum & Naziran KEMAS Ibu Pejabat, Pn. Kamsiyah Bt. Yahya, Pengarah KEMAS negeri Kedah, Tn. Hj. Che Kamaruddin Bin Che Ismail dan Penolong Pengarah Operasi 1 KEMAS Kedah, En. Mohamad Zaki Bin Ismail serta Pegawai Operasi 1, En. Mohd. Aizamuddin Bin Md Madi.

Pelbagai jenis aktiviti telah dilaksanakan pada hari tersebut seperti demo belajar memberus gigi kanak-kanak, sukaneka, pemeriksaan kesihatan, pertandingan bercerita, pertandingan kolaj, pertandingan mewarna serta pertandingan tarik upih pinang.

Kesempatan itu tidak diambil sia-sia oleh beliau apabila beliau turut serta dalam pertandingan tarik upih pinang pada hari berkenaan. Selain itu, beliau turut melihat kebolehan kanak-kanak dalam pertandingan bercerita, membuat kolaj dan mewarna. Di samping itu, beliau juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan kanak-kanak dan orang ramai.

Bagi Jabatan KEMAS Negeri Kedah, penglibatan jabatan meliputi semua aspek termasuklah dari segi penyertaan ke atas setiap aturcara, sambutan dan sebagainya. Kanak-kanak TABIKA KEMAS yang terlibat pada masa itu ialah seramai 239 diiringi oleh Pemaju-pemaju Masyarakat seramai 31 orang.

Teks : Reson_kdh Foto : Aizamuddin Md. Madi

“APA KHABAR ANAK PERMATA (AKAP)”

Page 7: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 7

Teks : Shaiful Foto : Shaiful / Sharul Syafiq

SETELAH 50 tahun KEMAS ditubuhkan, buat julung kalinya pada 12 Jun 2011 KEMAS melancarkan baju rasmi jabatan di

Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur sempena Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemaju Masyarakat Tabika S27 Wilayah Persekutuan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam ucapannya berkata pendidikan yang berkualiti melahirkan ‘First Class Human Capital’ dan berkemahiran bagi menyediakan aset pembangunan sosial yang dinamik dan berdaya saing . Dalam arus teknologi maklumat, pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu

dititikberatkan selari dengan kepesatan kemajuan negara sedari awal lagi. Tegasnya peranan guru sememangnya amat luas, sama ada sebagai pendidik, pembimbing, pendorong dan juga penasihat. Ini bermaksud, guru mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan hampir setiap ahli masyarakat melalui pendidikan diberikan oleh guru.

Seramai 40 orang menerima watikah perlantikan Pemaju Masyarakat S27 yang disampaikan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. “Tugas sebagai penjawat awam merupakan satu amanah , ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul semua sebagai penjawat awam dan

tidak memadai sekiranya kerja yang dilakukan seperti kata pepatah “melepaskan batuk ditangga”. Perkhidmatan yang berkualiti tidak akan tercapai sekiranya ia tidak disertai dengan sikap positif dan komitmen yang bersungguh dari warga Jabatan,”tegas YB Menteri sebagai peringatan kepada yang berjaya menerima perlantikan sebagai Pemaju Masyarakat Gred S27.

Turut hadir pada Majlis tersebut ialah Timbalan Menteri 1 KKLW, YB Dato’ Hassan Bin Malek; Timbalan Menteri 2 KKLW, Datuk Joseph Entulu ; YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha KKLW ; YBhg Dato’Abdul Puhat bin Mat Nayan, Ketua Pengarah KEMAS Malaysia dan Pegawai-pegawai Kementerian serta KEMAS.

Pelancaran BAJU KORPORAT KEMAS

Page 8: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/20118

KUALA PILAH – Mini Karnival Usahawan Desa (KUD 2011) Zon Selatan di Stadium Mini Kuala Pilah yang julung kali dianjurkan Bahagian

Pengupayaan Ekonomi (BPE) dengan kerjasama agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dipertanggungjawabkan bagi pelaksanaan program di Zon Selatan secara menyeluruh.

Program ini dilaksanakan berasaskan Karnival Usahawan Desa berskala kecil menerusi jabatan/agensi KKLW dengan menyediakan ruang jualan produk di zon-zon yang telah dikenal pasti untuk menempatkan usahawan-usahawan luar bandar bagi mempromosikan produk.

Mini KUD 2011 ini melibatkan aktiviti utama seperti jualan produk di kalangan 50 usahawan luar bandar dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang merupakan ushawan yang menerima bantuan dari kementerian. Selain itu terdapat pengusaha dari kalangan ushawan tempatan yang turut sama memeriahkan program ini.

Selain pameran dari jabatan kerajaan, swasta, pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika KEMAS, Demonstrasi Masakan Belangkas, Pemeriksaan Kesihatan pencuma, Klinik Usahawan, Seminar Motivasi, Persembahan Kebudayaan dari FELCRA Berhad, Mini KUD Idol, Persembahan Adam AF, Pertandingan Ukir Buah-Buahan, Pertandingan Andaman, Forum Perdana, Bintang Kecil, Tarian Kelab Tarian Sanggar Kuala, KPTM Kuala Lumpur dan pakaian beragam kanak-kanak.

Menurut Tuan Hj. Amiruddin Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Mini Karnival ini betujuan memberi pendedahan kepada kumpulan sasar mengenai selok-belok perniagaan yang dijalankan dan memberi

Mini Karnival Usahawan Desa 2011 ZON SELATAN MERIAHTeks : Zamri Awang Deris Foto : Shaiful

persekitaran yang lebih selesa dan kondusif kepada usahawan luar bandar untuk memasarkan produk.

Selain itu memberi ruang dan peluang kepada usahawan luar bandar bagi membesarkan perniagaan mereka dan menambahkan pendapatan secara tidak langsung mampu menyuntik semangat baru kepada usahawan luar bandar untuk menjalankan perniaga dengan lebih maju dan menguntungkan.

Karnival ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Page 9: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 9

Teks Foto : Tok Ghawa

SEREMBAN - Kontingen DUN Ampangan muncul juara keseluruhan buat kali ketiga berturut-turut pada temasya Sukan Hari Potensi Kanak-Kanak

Tabika KEMAS Parlimen Seremban Tahun 2011.

DUN Ampangan dinobatkan sebagai juara selepas meraih tiga pingat emas melalui acara Futsal, Silat dan Rounders, satu pingat perak bagi acara Bola Jaring dan dua pingat gangsa acara Galah Panjang dan Gerak Rama yang diadakan di Kompleks Sukan Paroi.

Hari potensi kanak-kanak Tabika KEMAS ini, merupakan acara tahunan mempertandingkan acara sukan dan bakat secara selang seli. Tahun ini acara sukan yang dipertandingkan.

Bagi pasukan yang menjadi johan bagi setiap acara akan Parlimen Seremban ke peringkat negeri yang akan dilaksanakan pada akhir bulan September nanti.

Temasya Sukan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Seremban dirasmikan oleh YB.Dato’Hj.Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Di majlis ini YB.Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut menyampaikan anugerah bagi kategori Pemaju Masyarakat Tabika Inovatif dan Kanak-Kanak Cemerlang.

Turut hadir, Y.Bhg. Dato’ Hj. Ishak Ismail, Ketua UMNO Bahagian Seremban, Pengarah Sukan Rekreasi, Warisan dan Kebudayaan Majlis Perbandaran Seremban.

KONTINGEN DUN AMPANGANMuncul Juara Keseluruhan Buat Kali

Ketiga Berturut-Turut

Page 10: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/201110

Teks/Foto - Maria

KUALA TERENGGANU – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Watikah Pelantikan S32 & S27 telah digabungkan bersama Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Persaraan Kakitangan KEMAS Negeri

Terengganu Tahun 2010 telah diadakan pada 27 Julai 2011 bertempat di Dewan Teater, Wisma DarulIman Kuala Terengganu.

Majlis ini melibatkan seramai 81 orang kakitangan pelbagai Jurusan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 3 orang pegawai untuk menerima Watikah Pelantikan S32 serta seramai 30 orang menerima Watikah Pelantikan S27. Manakala penerima Sijil Penghargaan Persaraan pula seramai 26 orang melibatkan Penyelia dan Pemaju Masyarakat pelbagai jurusan.

Perasmian dan penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Y.Bhg. Encik Hassan Bin Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Pengurusan KEMAS Malaysia. Dengan penganugerahan ini diharap dapat meningkatkan lagi semangat serta integriti di kalangan kakitangan KEMAS Negeri Terengganu dalam menjalankan tugas di masa akan datang.

APC, WATIKAH PELANTIKAN& SIJIL PENGHARGAAN PERSARAAN

Untuk Kakitangan KEMASNegeri Terengganu Tahun 2010

Page 11: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 11

Oleh : Reson_kdh Foto : Ismail Darus

Jalinan KERJASAMA ERAT

ALOR SETAR – Satu perjumpaan anggota KEMAS bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah iaitu Dato’ Paduka

Ahmad Bashah Bin Md Hanipah telah berlangsung pada 14 Julai 2011 di Dewan UMNO Bangunan Tunku Alor Setar.

Turut hadir pada hari tersebut ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Othman Bin Abdul Aziz, Pengarah KEMAS Negeri Kedah, Tn. Hj. Che Kamarudin Bin Che Ismail, Penolong-penolong Pengarah KEMAS Kedah, Pegawai-pegawai KEMAS Daerah/Operasi dan Penyelia-penyelia Kanan KEMAS Daerah.

“Kita ibarat aur dengan tebing”, kata Dato’ Paduka Ahmad Bashah ketika merujuk kepada kerjasama dan saling kebergantungan diantara satu sama lain ketika berucap pada majlis perjumpaan tersebut. Walaupun mesej beliau ringkas, akan tetapi intipatinya dapat difahami bahawa kedua-dua institusi tersebut perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan lebih bersungguh-sungguh, malah lebih daripada apa yang dilakukan sebelum ini demi kelangsungan hidup generasi akan datang.

Page 12: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/201112

17 OGOS 2011 – Bertempat di Houz Depot, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengadakan Program Jalinan Mesra KEMAS

Bersama Masyarakat sempena bulan Ramadhan yang dirahmati.

Melalui program ini, ia dapat memberi peluang kepada kakitangan dan peserta KEMAS dalam mengenengahkan kemahiran ‘soft skill’ dan produk KEMAS. Selain mempromosi program KEMAS kepada masyarakat, ia juga menjalinkan hubungan silaturrahim serta memupuk semangat perpaduan antara KEMAS dan masyarakat tempatan.

Antara pengisian program ini adalah program memasak bubur lambuk bersama Chef Selebriti 1 Malaysia Chef Yang Jamil, demonstras ibarangan kraf seperti beg mengkuang dan kotak hantaran mengkuang, sulaman riben serta manik dan bungkusan hamper VVIP. Demonstrasi masakan coklat kreatif juga diadakan pada program ini.

Tuan Hj. Amiruddin Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah KEMAS (Operasi) sempat meluangkan masa mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang hadir dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Maahad Tahfiz Baitul Ummah Kuala Lumpur.

JALINAN MESRA KEMASBersama Masyarakat

Teks : Shaiful Foto : Eisya

Page 13: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 13

DEBAK - Persatuan Keluarga KEMAS Negeri Sarawak telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada keluarga mangsa kemalangan jalanraya yang melibatkan

kakitangannya baru-baru ini. Sumbangan tersebut telah disempurnakan dalam satu majlis ringkas dirumah mangsa. Dalam majlis tersebut Abg Mohamad Daud selaku wakil persatuan antara lain berkata, sumbangan tersebut adalah bagi meringankan bebanan keluarga mangsa. Katanya, ini peranan persatuan yang sentiasa memberi perhatian kebajikan kepada setiap ahli-ahlinya dalam berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. Jelasnya, setiap kebajikan ahli persatuan akan sentiasa dibela. Oleh itu, dalam usaha memperkukuhkan kewibawaan persatuan ini, peranan setiap ahli amatlah diperlukan seperti mengadakan sumbangan ihklas, kutipan dan sebagainya dengan tujuan mengukuhkan dana persatuan. Dalam kemalangan tersebut, telah meragut nyawa Cik Isah Bt Bakar serta merta manakala dua daripadanya Puan Uni Bt Langgang dan Puan Rohana Bt Usof cedera dan sekarang kedua-dua mangsa beransur-ansur pulih. Mereka masing-masingnya Pemaju Masyarakat TABIKA KEMAS Parlimen Betong yang bertugas di Tabika Pusat Kegiatan Desa dan Kampung Bungey, Debak. Hadir sama dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah En Hazemi Hj Entek, Penyelia KEMAS DUN Bukit Saban serta ahli keluarga mangsa

Teks / Foto : bujangsarawak

PERSATUAN KEMAS SARAWAK HULUR SUMBANGAN

KURSUS PENGGUNAAN MODUL PENGUKUHAN PENDIDIKAN ISLAM KEPADA PEMAJU MASYARAKAT TABIKA KEMAS TAHUN 2011

SETIU - Kursus Penggunaan modul pengukuhan Pendidikan Islam kepada Pemaju Masyarakat TABIKA KEMAS Terengganu Tahun 2011 telah diadakan pada 9 hingga 11 Mei 2011 bertempat di Pusat

Kegiatan Masyarakat (PKM), Setiu, Terengganu. Kursus ini dihadiri oleh 40 Orang Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kanak-kanak Tabika dalam pembelajaran pendidikan Islam berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kandungan Kursus termasuklah Aqidah, Ibadah, Kemahiran Jawi Sirah dan Akhlak.

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih ‘Master Trainer’ bagi modul pendidikan Islam di Peringkat Negeri selain memastikan Pemaju Masyarakat Tabika dapat mengaplikasikan modul dengan lebih baik, teratur dan berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran seharian.

Pengisian Kursus meliputi ceramah, perbincangan dalam kumpulan, praktikal/amali dan ujilari alat bantu mengajar turut diadakan kepada kanak-kanak Tabika Parlimen Setiu yang terlibat antaranya ialah Tabika KEMAS Kg.fikri, Tabika KEMAS Kg. saujana 1, Tabika KEMAS Kg.Saujana 2, Tabika KEMAS Kg. Rahmat dan Tabika KEMAS Kg. Putera Jaya.

Page 14: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/201114

Majlis Program IstanaBersama Rakyat Disempurnakan

Oleh DYTM Raja Muda Perlis

Page 15: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 15

ALBUM PERASMIAN BAJU KORPORAT KEMAS DAN WATIKAH PELANTIKAN

PEMAJU MASYARAKAT GRED S27

Page 16: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/201116

ALBUM MINI KUD 2011ZON SELATAN

Page 17: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 17

Oleh : Sa’diah Foto : Sa’diah

JOHOR BAHRU – Karnival Usahawan Johor 2011 anjuran bersama Usahanita Cawangan Johor Bahru telah diadakan

pada 8 Julai hingga 17 Julai, 2011 di KiP Mart Tampoi Johor Bahru. KEMAS turut menjayakan karnival tersebut dengan mengadakan pameran dan jualan. Pelbagai hasil kerja peserta kelas Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Daerah Johor Bahru seperti kraf tangan, makanan biskut dan pertandingan jahit manik.

Manakala demo membuat gelang kristal, brooch dan jahitan smoking telah ditunjuk ajar oleh Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran dan Pendidikan Kesejahteraan Keluarga.

Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Kasmah R. Katan, Nooriah Mohamed Noor dan Hjh. Norhayati Mohd Ikram, mengadakan acara demonstrasi masakan telah menarik pengunjung bukan sahaja kaum ibu tapi golongan bapa turut berminat. Selain demo Biskut Wezni, Biskut Diamond Toasted, Kek Jagung Creamel dan Puding Borone, pengunjung diberikan formula membuat biskut dan kuih muih bagi menghasilkan biskut yang berkualiti dan sedap.

Karnival yang diadakan bertepatan masa bersempena hampirnya bulan perayaan oleh umat Islam iaitu Ramadan dan Syawal telah menarik minat pengunjung mengikuti aktiviti yang diadakan oleh KEMAS sendiri. Ianya sebagai peluang bagi pengunjung menambah ilmu pengetahuan dan juga sebagai sumber pendapatan sampingan terutama yang berminat menghasilkan gelang kristal, brooch, barangan hiasan dan kuih muih untuk dijual.

ACARA KEMASJADI TARIKAN

PENGUNJUNG

Page 18: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/201118

KULAIJAYA – Sebanyak 7 buah tempat telah dipilih untuk dilaksanakan Program Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat ‘Touch Point’ oleh

KEMAS Parlimen Kulai. Tempat berkenaan ialah Felda Taib Andak, Jalan Merbau, Bandar Putra, Kulai; Kampung Sri Paya, Kampung Sri Gunung Pulai, Kampung Ayer Manis, Kulai; Taman Senai Utama dan Taman Aman, Senai.

Pengisian program ialah rakyat bersarapan dan sembang pagi bersama wakil rakyat dan pemimpin setempat serta ketua jabatan/agensi dalam Daerah Kulaijaya. Di dalam program itu juga selepas bersarapan bersama masyarakat mengemukakan permasalahan atau pertanyaan kepada ketua jabatan/agensi. Penyampaian sumbangan kepada pesara kerajaan juga keluarga miskin telah disempurnakan di 7 tempat tersebut oleh wakil rakyat yang hadir iaitu Tuan Hj. Kamaruzaman bin Ali; ADUN Bukit Permai, Encik Cheong Chin Liang; ADUN Bukit Batu dan Encik Tay Chin Hein; Pengerusi JPMM DUN Senai.

Kemudian rombongan bergerak rumah ke rumah keluarga kategori Ibu Tunggal/OKU yang menerima sumbangan dengan diketuai oleh Encik Mahthir bin Hj. Mohamad; Pegawai KEMAS Daerah Kulaijaya, bersama-sama wakil rakyat juga pemimpin setempat serta ketua jabatan/agensi yang turut serta. Selain menyampaikan sumbangan, permasalahan keluarga tersebut dilihat sendiri oleh rombongan yang hadir.

PROGRAM JALINAN MESRA PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT ‘TOUCH POINT’

Teks / Foto : lizadin

Page 19: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 19

SEMPENA mesyuarat projek fizikal dan pemulihan tanah yang diadakan di PKM Batu pada 19 dan 21 Jun 2011. Bahagian Pembangunan dan

Perancangan Ibu pejabat berkesempatan mengadakan jamuan perpisahan bagi meraikan persaraan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perancangan Ibu pejabat, En. Ahmad Dardiri yang bersara pada 25 Jun 2011.

Jamuan ini diraikan bersama pegawai-pegawai yang menguruskan bahagian pembangunan di negeri. Dalam ucapan beliau ‘komited apabila kerja tetapi jangan lupa

Seribu KenanganBERSAMA KEMAS

pada tanggungjawab dan kewajipan terhadap keluarga’. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan KEMAS terutamanya kakitangan bahagian pembangunan dan perancangan Ibu pejabat dan negeri yang bagi kerjasama dalam melancarkan kerja. Harapan beliau adalah terus memberi kerjasama yang cemerlang kepada pengarah baru yang menggganti beliau.

Teks : Shaiful Foto : Eisya

Page 20: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/201120

BARU-BARU ini satu program perjumpaan Pengarah KEMAS Negeri Sarawak dengan para penyelia Unit Pembangunan Desa dan 3P telah di adakan bertempat di Auditorium Yayasan Sarawak, Jalan Semariang Kuching.

Antara lain objektif perjumpaan tersebut adalah mendedahkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh penyelia KEMAS di peringkat kawasan dalam usaha memantapkan lagi jentera KEMAS sebagai pemangkin agen perubahan masyarakat. Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Abg Rabaiee Abg Muhi menjelaskan, anggotanya perlu peka dengan perubahan semasa dan yakin serta mampu melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru, adalah menjadi tanggunjawap di peringkat kawasan memastikan setiap perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna selaras dengan kehendak dan objektif jabatan ‘komuniti berdaya, desa berjaya’. Oleh itu, dalam usaha melahirkan kakitangan yang berkualiti, pihak atasan di Ibu pejabat akan sentiasa memastikan kakitangannya menghadiri pelbagai kursus serta memberi kemahiran dari masa ke semasa. Menurut pengarah, tiada alasan untuk kakitangannya tidak menjalankan tanggungjawab yang sempurna kerana segala kemudahan yang diperuntukan telah ada di setiap kawasan dan elakkan dari melakukan banyak kealpaan dan kelekaan sehingga kewajipan sebagai kakitangan awam terabai. Kita perlu bergerak aktif dan sentiasa turun padang untuk memastikan setiap program yang telah dilaksanakan memberi impak yang baik kepada masyarakat luar bandar. Hadir sama dalam perjumpaan itu, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Desa, pegawai-pegawai di ibu pejabat KEMAS Negeri.

PENGARAH SUNTIK SEMANGAT KEPADA KAKITANGANNYA

KEPALA BATAS – Pelatih SPAK Siri 2/2011 Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas telah menganjurkan satu Lawatan Sambil Belajar dan Program Amal di Rumah Orang Tua Darul Hannan, Pongsu

Seribu, Kepala Batas. Program ini telah dilaksanakan pada hari Rabu bersamaan 6 Julai 2011 di tempat yang sama.

Tujuan program seperti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada para pelatih SPAK tentang sikap bertanggungjawab serta hormat kepada semua golongan tertamanya golongan tua. Selain itu, program ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri para pelatih seperti nilai kasih sayang kepada semua golongan. Program ini juga dapat memberi satu pengajaran kepada para pelatih supaya mereka mendidik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh supaya kanak-kanak masa depan sedar akan kepentingan nilai kasih sayang bukan sahaja kepada ibu bapa, malah kepada semua pihak.

Program ini dihadiri oleh Pengetua PLK Kepala Batas, Encik Abu Bakar bin Abdullah serta Jurulatih dan kakitangan PLK Kepala Batas. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pelatih bersama warga tua ialah aktiviti senamrobik, poco-poco, sambutan hari lahir dan pertandingan-pertandingan ringkas untuk warga tua serta penyampaian hadiah. Aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang sangat baik apabila

warga tua yang pada mulanya malu untuk menyertai aktiviti, akhirnya bersama-sama menjalankan aktiviti hasil daripada pujukan pelatih-pelatih SPAK Siri 2/2011 PLK Kepala Batas.

Teks / Foto : Bujangsarawak

Oleh : Wanna PLKKB Foto : Zikir PLKKB

SPAK SIRI 2/2011 PLK KEPALA BATAS AKTIF PROGRAM AMAL

Page 21: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 21

Teks / Foto : Ku Nor Azizah

SIMPANG EMPAT - Sempena Bulan Ramadhan serta keberkatannya, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perlis mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai secara

percuma di hadapan Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) KEMAS Simpang Empat, Jalan Putra Kangar ke Alor Star.

Sebanyak 400 bungkus bubur lambuk diberikan kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut. Majlis pengagihan bubur lambuk ini diketuai oleh Pemangku Pengarah KEMAS Perlis, Ustaz Faisal Long. Turut serta Pegawai Operasi, Pn Fazila Hashim, Pegawai KEMAS Daerah, Pn. Rohaliza dah kakitangan KEMAS Daerah Arau.

Menurut Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan Simpang Empat, Puan Ku Nor Azizah Ku Sulong, program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama anggota KEMAS Perlis serta menggalakkan aktiviti kebajikan di bulan Ramadhan.

Tambah beliau lagi, sebanyak 20 kilogram beras digunakan untuk memasak bubur lambuk menggunakan dua periuk besar melibatkan 30 anggota KEMAS.

Program memasak bubur lambuk ini merupakan acara tahunan bagi KEMAS Perlis dan KEMAS Parlimen Arau.

KEMAS PERLISAGIH BUBUR LAMBUK

Page 22: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/201122

Teks / Foto : Wan Noraini Wan Omar

SEGAMAT – Seramai 400 kanak-kanak Tabika KEMAS menyertai Majlis Tadarus Perdana dan Khatam Al-Quran Parlimen Sekijang.

Program kali kedua diadakan ini melibatkan penyertaan dari 42 kelas Tabika dari DUN Pemanis dan Kemelah. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk Hj.Baharum Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang yang diadakan di Masjid Jamek Kg. Jawa.

400 KANAK-KANAK TABIKA KEMASParlimen Sekijang SertaiMajlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran

Dalam ucapan, YB. Datuk Hj. Baharum Mohamed menyatakan walaupun kanak-kanak ini masih kecil namun program yang diadakan pada hari ini dapat memperingkatkan mereka berkaitan dengan dunia dan akhirat. Kanak-kanak merupakan aset negara bagi generasi akan datang.

Sementara itu, Pn Noor Aniza Sarijan, Pegawai KEMAS Daerah Segamat mengucapkan terima kasih dan

tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan mengharapkan program ini dapat diadakan pada tahun-tahun akan datang.

Majlis penyampaian sumbangan kepada anak yatim, miskin, ibu bapa yang uzur dan ibu tunggal turut diadakan.

KULAIJAYA – 4 buah Perpustakaan Keluarga Pusat Sumber KEMAS Kulai telah diwujudkan setelah mengikuti Program Galakan Membaca KEMAS Daerah Kulaijaya baru-baru ini.

Rafaah Binti Ali Hanafiah@Hanafiyah, Anis Shafizah Binti Abdul Rahman, Muhammad Amirul Aiman Bin Norisam; 3 keluarga dari Felda Taib Andak, Kulai dan Khairiah Binti Muzir, dari Iris Park, Indahpura, Kulai merupakan 4 buah keluarga yang berminat serta berusaha dalam mewujudkan perpustakaan keluarga ini.

Tempoh selama 3 bulan telah diberikan oleh pihak pengurusan Pusat Sumber Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Daerah Kulaijaya kepada keluarga yang berminat.

Dalam lawatan ke rumah 4 keluarga terbabit, penilaian telah di buat dengan diketuai oleh Encik Mahthir Bin Hj Mohamad, Pegawai KEMAS Daerah Kulaijaya. Penilaian tersebut adalah untuk mencari perpustakaan keluarga Pusat Sumber KEMAS Daerah Kulaijaya yang terbaik.

PERPUSTAKAAN KELUARGAPUSAT SUMBER WUJUD MELALUIPROGRAM GALAKAN MEMBACA

Page 23: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 23

Oleh : Lizadinkulai

KULAIJAYA, 19 Jun 2011 – Bertempat di Pusat Sumber Taman Dawani, Senai telah diadakan Hari Terbuka Pusat Sumber KEMAS Daerah Kulaijaya. Pelbagai aktiviti yang

meriah dan menarik berjaya diadakan.

Pelbagai pertandingan dijalankan antaranya ialah membaca pantas (Jawi), membaca pantas (English), mewarna kanak-kanak, gubahan dan masakan, pakaian tradisional, futsal, mencari bahan dan keluarga bahagia. Juga diadakan pameran dari agensi-agensi kerajaan, ADABI serta jualan produk IKS.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tn. Hj. Tosrin Bin Jarvanthi, Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan turut hadir En. Zamri Bin Abdul Razak, Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Negeri Johor.

Turut hadir Pegawai KEMAS Daerah, Pengerusi Kelas Pusat Sumber KEMAS, Ketua Kampung Zon 4 dan Penyelia Pelbagai Jurusan KEMAS Kulaijaya.

KULAIJAYA, 24 Julai 2011 – Potensi serta bakat diri kanak-kanak dalam bidang sukan berjaya diketengahkan melalui Hari Potensi TABIKA KEMAS Daerah Kulaijaya bertempat

di Dewan Serbaguna Kampung Rahmat, Kulai. Penganjuran majlis dijayakan dengan kerjasama Pejabat KEMAS Daerah Kulaijaya dan Jawatankuasa Orientasi TABIKA KEMAS Daerah Kulaijaya.

Sebanyak 5 Zon TABIKA iaitu Baiduri, Zamrud, Delima, Berlian dan Nilam telah menghantar pasukan dalam acara iaitu Futsal, Bola Jaring, Silat, Gerakrama, Galah Panjang dan Rounders.

Penyampaian hadiah bagi Kanak-kanak TABIKA Cemerlang dan Guru Inovasi TABIKA KEMAS Kulaijaya juga telah disampaikan. Johan keseluruhan Zon TABIKA dimenangi oleh Zon Baiduri yang membawa pulang piala pusingan.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali, ADUN Bukit Permai. Turut hadir Encik Tay Chin Hein, Pengerusi JPMM DUN Senai; Encik Azmi bin Awang, Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya; Puan Norfazlinda binti Abdul Majid, Pegawai Operasi 1 KEMAS Negeri Johor; Encik Mahthir bin Hj. Mohamad, Pegawai KEMAS Daerah Kulaijaya, Wakil Ketua-Ketua Jabatan dalam Daerah Kulaijaya, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Kulai, Penyelia Pelbagai Jurusan, Jawatankuasa Orientasi TBK, pemimpin setempat serta semua Pemaju Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS Daerah Kulaijaya.

HARI POTENSI MENCUNGKIL BAKAT SUKAN SI CILIKOleh : Lizadin

HARI TERBUKA PUSAT SUMBER MERIAH

Page 24: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/201124

Oleh : WANNA PLKKB Foto : Zikir PLKKB

KEPALA BATAS – Sangat Meriah. Itulah kata-kata yang mampu diucapkan apabila baru-baru ini Pelatih SPAK Siri 2/2011 dan masyarakat Kampung Permatang Manggis yang telah bersama-sama menganjurkan Pertandingan

Karaoke Suara Emas. Pertandingan ini dihadiri oleh bekas YB Dun Bertam Dato Helmi bin Abdul Rashid ,Staff PLK Kepala Batas, JKKK Kampung Permatang Manggis serta penduduk Kampung Permatang Manggis.

Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori Pelatih SPAK, Kategori Belia (berumur 18-40 ) dan Kategori Veteran (berumur 40 ke atas). Seramai 26 orang peserta dari semua kategori telah menyertai pertandingan ini. Memandangkan semua peserta mempunyai bakat yang mendalam, pertandingan pada kali ini merupakan pertandingan yang paling sengit yang pernah diadakan oleh pihak PLK Kepala Batas.

Untuk Kategori Pelatih SPAK PLK Kepala batas, juara telah disandang oleh Rozika Manjuin yang membawakan lagu Hanya Di Mercu. Peserta yang berasal dari Sabah ini, memukau semua penonton apabila beliau mula menyanyikan lagu. Kelunakan suara dan vokalnya yang mantap menambat hati juri. Juri pada malam

WARGA KEMAS STAMPIN RAIKAN PESTA MENUAI

Teks/Foto : bujangsarawak & Fatillah Stampin

STAMPIN - Perayaan Gawai baru-baru ini disambut dengan penuh kemeriahan oleh warga KEMAS Stampin. Sambutan Gawai dalam ertikatanya adalah tanda kesyukuran dan kenikmatan

disamping sebagai simbol kasih sayang sesama insan dan kepercayaan kepada Tuhan. Bagi kelompok peribumi yang giat mempertahankan keunikan tersebut, amalan ritual tradisi ini dilakukan tanpa jemu, walaupun dunia berdepan krisis modenisasi. Mereka tidak rela tradisi tersebut terhakis dengan lahirnya pelbagai budaya moden. Amalan ritual kelompok etnik ini sekurang-kurangnya mengingatkan mereka terhadap sejarah asal usul dan warisan bangsa. Berteras eleman yang sama, setiap kali tibanya bulan Jun, masyarakat Dayak yang merangkumi suku Iban, Bidayuh, Orang Ulu di Sarawak meraikan tradisi perayaan Gawai dengan penuh tertib dan keseronokan. Acara Ngiling Tikai (Menggiling Tikar), merupakan satu upacara penutupan di dalam Sambutan Hari Gawai Dayak di Sarawak. Baru-baru ini, KEMAS P.196 Stampin yang diketuai oleh Ustaz Busman Ramli telah berjaya mengadakan satu program yang dinamakan Ngiling Tikar. Bertempat di Hotel Harbour View, seramai hampir 70 orang pegawai

KEMAS Stampin bersama Pemaju Masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum telah menghadiri program tersebut. Antara acara yang diadakan pada malam tersebut ialah pertandingan Kumang Gawai, pertandingan pakaian 1 Malaysia dan Ranyai (Sebatang pokok yang didirikan di tengah rumah dan dihiasi dengan makanan dan minuman). Pokok Ranyai ini akan didirikan di tengah ruang dan apabila Pesta Gawai berakhir, maka pokok Ranyai ini akan diturunkan. Bagi maysrakat Dayak, padi dianggap sinonim dalam kehidupan harian. Amalan berbudi kepada tanah melalui tanaman padi bukan semata-mata meneruskan kelangsungan hidup, sebaliknya memiliki falsafah tersendiri. Tidak hairanlah perayaan Gawai disambut rasmi setiap 1 Jun oleh masyarakat Dayak di Sarawak kerana kaitannya dengan penanaman padi dan pesta menuai.

PERTANDINGAN KARAOKE PELATIH SPAK PLKKepala Batas Dan Masyarakat Meriah

itu dijemput khas oleh Pengetua PLK Kepala Batas yang terdiri daripada bekas anggota kumpulan Res-q, Guru Muzik dan Guru Kaunseling yang masing-masing mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang muzik.

Page 25: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 25

Understanding Call Numbers

Have you ever wondered how library books are assigned their places on the shelves? Did you know that the call number -- the number placed on the spine of the book -- is a code which provides valuable information about the book?

What are call numbers for?

Each book in the library has a unique call number. A call number is like an address: it tells us where the book is located in the library. Like many many academic libraries or Public libraries, uses Library of Congress Classification for call numbers. This system uses a combination of letters and numbers to arrange materials by subjects.

Reading Call Numbers

Putting Call Numbers in Shelf Order

To understand how call numbers are put in order in Library of Congress Classification, again look at each section of the call number.

What does the call number mean?

Remember that Library of Congress Classification arranges materials by subjects.

The first sections of the call number represent the subject of the book.

The letter-and-decimal section of the call number often represents the author’s last name.

And, as you recall, the last section of a call number is often the date of publication.

example:

Why is this important to know?

Because books are classified by subject, you can often find several helpful books on the same shelf, or nearby. For example, within the same call number LB2395, there are other guides for the references.

HOW THE PREPARATION MATERIAL SIN THE LIBRARY LAYOUT

By: pok awi

Original Source: Library of Congress Classification System(http://library.duke.edu/services/instruction/libraryguide/lcclass.html)

Page 26: Suara KEMAS 4

KEMAS Bil 4/201126

PengenalanTangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:

Sebelum dan selepas mengendalikan makanan. •

Selepas menggunakan tandas. •

Info Kesihatan

Basuh tangan dengan sabun dan air bersih dan mencukupi

Gosok tapak tangan

Gosok setiap jari dan celah-celah jari

Gosok kuku pada tapak tangan

Gosok belakang tangan

Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna

Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau dengan udara kering.

CARA MEMBASUH TANGANYANG BETUL

Selepas mengendalikan sisa makanan. •

Selepas menghembus hingus. •

Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan •merbahaya.

Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari bakteria dan kotoran.

1 2

7

5 6

3 4

Disediakan oleh : Bahagian Pengurusan & Pemakanan

1

2

3

4

5

6

7

Bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul?

Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul :

Page 27: Suara KEMAS 4

KEMASBil 4/2011 27

BUAH DELIMA atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok

di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal kerana pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan. Dalam perubatan Cina pula, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

Antara khasiat lain:* orang kata makan buah delima nanti anak cerdik ... mudah-mudahan..insyallah* orang kata lagi, kalau makan buah delima nanti anak ade lesung pipit...* orang kata nanti mata anak cantik & bercahaya... * Ustaz kata dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.

* Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.* Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...* Memang ramai yang bagi petua kalau nak anak bijak, makan buah delima waktu pregnant. Buah delima ni asalnya dari tanah arab...kalau mengikut sejarah ilmuan2 banyak di lahirkan dari tanah arab...betul tak???? -ada logik sket arr.* Ada jugak aku dengar dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, ibu & bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak... betul ke ni? sah kena mkn sorok2 camni...* Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, insyaAllah.* di antara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila

orang melihat wajah anak itu nanti, hati orang akan merasa belas dan kasihan kepadanya...* A study published in Pediatric Research found that drinking pomegranate juice during pregnancy helped protect newborns’ brains during traumatic births.* Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.* Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.* Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.* Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.* Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.* Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.* Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.* Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141. “* Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.* Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta acid folic yang penting pada tahap awal kehamilan.* Boleh mengurangkan berat badan.* elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah.* Mencegah dari nyanyuk.* Mencantikkan kulit.* Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung- prevent morning sickness.

KHASIATBUAH DELIMA

Sumber asal: 1. cikgunurionline.wordpress.com2. fazlisyam.com3. embunpearl.blogspot.com

Oleh: Pok Awi

Page 28: Suara KEMAS 4

SEBUNGKUS BUBUR LAMBUKSEJUTA KEINSAFAN