suara kemas 1

28
Suara KEMAS Bil 1/2011 1 ISSN 0130-5688 Bil 1 /2011 Buletin Keluaran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah www.kemas.gov.my / www.anakku.my Komuniti Berdaya Desa Berjaya Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan KEMAS Turut Meraikan HARI KEPUTERAAN DYMM YDP NEGERI SEMBILAN

Upload: dangdang

Post on 08-Dec-2016

368 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 1

ISSN 0130-5688 • Bil 1 /2011

Buletin Keluaran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

www.kemas.gov.my / www.anakku.my

Komuniti Berdaya Desa Berjaya

Rakyat DidahulukanPencapaian Diutamakan

KEMAS Turut MeraikanHARI KEPUTERAANDYMM YDP NEGERI SEMBILAN

Page 2: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/20112

03 15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

26

27

28

04

07

08

09

10

11

12

13

14

Dari Meja Ketua Pengarah

Lidah Pengarang

Festival Seni Cipta Bersama Tengku Puan Pahang

Sekitar Lawatan Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Ke Sarawak

Kerajaan Prihatin Pastikan Prasarana Pendidikan Luar Bandar Sempurna

Perjumpaan Khas YBhg. Datuk Siti Azizah Sheikh Abod Bersama PM Taska Permata KEMAS 2011

29 Siswa USIM Tabur Bakti Di Kampung Tengah Dengan Menyertai Ideas 2010

Kontijen KEMAS Wilayah Persekutuan Ikuti Perbarisan Sempena Hari Wilayah Persekutuan

Majlis Penyampaian Geran Perkapita Tabika KEMAS Felda Tenang

Perlawanan Bolasepak Persahabatan Antara Pasukan Menteri Besar Perak Dan KEMAS Negeri Perak

Majlis Penutupan Rasmi Festival Seni Cipta Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Di East Coast Mall, Kuantan Pahang 14 Januari 2011

Lawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKLW ke Sarawak

Peserta KEMAS Pasar Produk Dalam Program 1 Malaysia

Bengkel Pemantapan Tugas Fasilitator Siri 1/2011 / Majlis Bacaan Yasin Perdana Sempena 50 Tahun KEMAS Peringkat Negeri Kelantan

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Sambutan 50 Tahun KEMAS

Sekitar Sambutan Maulidul Rasul 2011Peringkat Bahagian Betong

13 Peserta Menerima Bantuan Ekonomi Kampung Bagi Negeri Sembilan

Kunjungan Dan Motivasi Imam Muda Asyraf Ridzuan

KEMAS Buka Kelas Tabika Baru

Peserta Kursus Orientasi KDC KEMAS Menabur Bakti

KEMAS Lahir Warga Desa Cemerlang

Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

Selamat Datang / Resipi

Kursus Orientasi Pemaju Masyarakat TABIKA

Isi Kandungan

Tugas PM tidak terhad kepada Tabika sahaja

25

06

KEMAS Turut Meraikan Hari Keputeraan DYMM YDP Negeri Sembilan

05

Page 3: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 3

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga KEMAS yang dikasihi sekalian. Apabila kita melangkah ke

Tahun 2011, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah penilaian semula sasaran dan pencapaian kerja yang dilaksanakan pada tahun 2010 serta sepanjang Rancangan Malaysia KeSembilan (RMKe-9) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM676,961,584.97. Pencapaian aktiviti dan program sama ada berbentuk fizikal dan non fizikal seperti Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, pendidikan kemahiran (Jahitan, Masakan, Kraftangan), Pendidikan Literasi, Pendidikan Bina Insan dan Pembangunan Desa perlulah dinilai keberkesanannya terhadap kumpulan sasar bagi memastikan setiap objektif, misi dan visi KEMAS tercapai dengan cemerlang.

Selain itu, syabas dan tahniah kepada seluruh warga KEMAS yang telah berjaya melaksanakan peningkatan kualiti program sepanjang RMKe-9 iaitu melalui Program peningkatan taraf guru TABIKA KEMAS ke Persijilan Diploma, Program TASKA PERMATA KEMAS, Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di dalam Pendidikan Kemahiran dan Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) kepada usahawan KEMAS.

Oleh yang demikian, kita perlulah bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal ditangani di dalam RMKe-10 terutamanya bagi fasa pertama tahun 2011. Antara cabaran yang menuntut komitmen dan iltizam adalah memperluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan sebagaimana yang disasarkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta meneruskan agenda memajukan masyarakat dan modal insan melalui pelbagai mekanisme baru yang berkesan.

Justeru, bagi tahun 2011 tumpuan khusus adalah kepada usaha untuk mencapai sasaran awal sub-NKRA pendidikan. Pada tahun 2010, sebanyak 500 buah kelas baru telah berjaya dibuka menjadikan keseluruhan jumlah kelas TABIKA sebanyak 8816 buah bagi tahun 2010 dengan sejumlah 200,417 orang kanak-kanak. Manakala bagi tahun 2011 dan tahun 2012 pula, sasaran pembukaan kelas adalah sebanyak 1000 buah kelas bagi setiap tahun. Perluasan TABIKA di bawah NKRA bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak yang berumur

5 tahun ke atas, malah juga meliputi kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Penyertaan kanak-kanak seawal umur 4 tahun dalam Sistem Pendidikan Awal Kanak-kanak diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif sejak dari awal lagi. Selain itu, kita juga perlulah mempertingkatkan kualiti kemudahan pendidikan TABIKA KEMAS dari masa ke semasa.

Akhir kata, kunci kejayaan di dalam mengharungi cabaran bagi tahun 2011 dan RMKe-10 ini ialah melaksanakan perkhidmatan secara berhemah berteraskan amalan nilai-nilai moral, etika dan integriti yang luhur. Dalam memelihara integriti, saya menyeru seluruh warga KEMAS agar menghayati nilai-nilai murni seperti cekap, jujur dan amanah, serta membuat sesuatu keputusan berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telus, adil dan saksama serta mengelakkan pembaziran. Saya yakin dengan memelihara integriti, kita berupaya menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selaras dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kita juga perlu mempertingkatkan kemahiran diri melalui latihan dan melaksanakan kerja melalui inovasi dalam proses kerja di samping mengamalkan Budaya Kerja Berpasukan.

Sekian.

(DATO’ ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN)Ketua PengarahJabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Dari Meja KETUA PENGARAH

Page 4: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/20114

PenasihatDato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan

Ketua EditorEn. Hassan Bin Mohd Amin

Sidang EditorEn. Mohd Nazri Bin Mohd DeniPn. Jurainah binti OthmanEn. Mohd Eri bin MamatPn. Nur Aisyah binti Md NorEn. Mohd Shaiful bin Abd Rashid

JurufotoSemua wakil Penulis KEMAS Ibu Pejabat dan seluruh negeri

Pembaca PrufEn. Mohd ShaifulPn. Nur Aiysah binti Md Nor

Pengurus Edaran NegeriUnit Penerbitan KEMAS Negeri

PenerbitanUnit PenerbitanBhg. Sumber Manusia & PentadbiranJabatan Kemajuan MasyarakatKementerian Kemajuan Luar Bandardan WilayahAras 2-3 Blok 1, Menara PjH Precint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA

Rekabentuk / PercetakanMisas Advertising Sdn. Bhd.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNYA, Majalah Suara KEMAS Bil. 1 untuk

tahun 2011 telah dapat disempurnakan bagi menyajikan berita semasa untuk anggotanya dan masyarakat umumnya. Semoga keluaran kali ini akan memberikan dorongan kepada semua pekerja dalam Jabatan ini untuk terus berusaha meningkatkan kualiti dalam pekerjaan seharian.

Seperti yang semua sedia maklum bahawa penghujung tahun 2010 juga merupakan penutup kepada Rancangan Malaysia KeSembilan (RMKe-9) yang bermula pada tahun 2006 sehingga 2010. Di bawah RMKe-9 ini, kerajaan telah memainkan peranan yang proaktif dengan mengambil tindakan segera menjalankan usaha pemantapan modal insan dan KEMAS juga tidak ketinggalan terlibat di dalam usaha ini. Sepanjang RMKe-9, KEMAS telah berjaya mewujudkan 8,816 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) KEMAS dan 317 Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) KEMAS bagi memastikan pembangunan insan peringkat awalan tidak terbantut.

Kerajaan menyedari nilai berharga yang ada pada modal insan dan salah satu daripada cabaran terbesar bagi memajukan modal insan ialah perubahan sikap dan minda. Kerajaan percaya bahawa kualiti modal insan adalah perkara yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Justeru itu, penekanan terhadap pendidikan dan

tempoh kebiasaan yang dijalankan secara manual. Malah ianya dilihat sebagai satu kaedah pelaksanaan yang telus untuk mendapatkan harga terendah atau rundingan tawaran yang paling ekonomikal.

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua kakitangan KEMAS seluruh negara supaya terus melipatgandakan usaha dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh amanah dan dedikasi bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang dalam memastikan KEMAS terus unggul sebagai ‘Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar’.

Sekian.

(HASSAN BIN MOHD AMIN)Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

kemahiran diberikan penumpuan sama rata. Hal ini dapat dilihat dengan lahirnya pelbagai Pusat Pendidikan Kemahiran dan pemantapan program dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Sebagai Jabatan yang turut terlibat memberi latihan kepada masyarakat, KEMAS juga tidak ketinggalan dalam menyahut seruan Kerajaan ini.

Penubuhan Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar dan Akademi Kulinari KEMAS membuktikan bahawa KEMAS amat serius dalam memajukan modal insan melalui pendidikan kemahiran. Sepanjang RMKe-9, KEMAS telah berjaya melahirkan seramai 1,459 orang peserta yang telah di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia pelbagai tahap mengikut bidang kemahiran terpilih. Malah, KEMAS juga berjaya melahirkan beberapa pelatih yang telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat Kebangsaan, ASEAN dan Dunia. Antaranya, Cik Suza Azlina Alias (WorldSkills 2009 Competition, Calgary, Canada) dan Cik Hamizatul Akhma Mohamad Musa (ASEAN Skills 2010 Competition, Bangkok, Thailand). Kejayaan ini membuktikan kesungguhan KEMAS di dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti.

Dari sudut pelaksanaan kerja yang lebih sistematik dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini, KEMAS merupakan agensi KKLW yang terawal dalam melaksanakan sistem sebutharga dan tender secara e-Bidding. Pelaksanaan e-Bidding dilihat mampu menjimatkan masa perolehan sehingga 25% dari

Lidah Pengarang

Sidang Redaksi

Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Berkenan Menyampaikan Hadiah

PERTANDINGAN MASAKAN DAN KERJA TANGAN

Page 5: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 5

Oleh : Zamri Awang Deris

KUALA PILAH – Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku

Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Masakan dan Kerja tangan.

Program Pertandingan Masakan dan Kerja tangan anjuran KEMAS Daerah Kuala Pilah sempena Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir Ke- 63 Tahun.

Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Berkenan Menyampaikan Hadiah

PERTANDINGAN MASAKAN DAN KERJA TANGAN

Program yang diadakan di Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Bandar DiRaja Seri Menanti itu melibatkan pertandingan Masakan Gulai Ikan Sembilang Salai, Gubahan Lipatan Songket, Pantar Kucung, Masakan Pulut Kuning bersama Rendang Betik.

Pertandingan Gubahan Bunga Hidup dan Menggubah Sirih Junjung turut diadakan.

Turut hadir, isteri-isteri wakil rakyat khas dari Parlimen Kuala Pilah, isteri Pegawai Daerah Kuala Pilah, Pemangku Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, En. Mohd Sukri Ibrahim dan En. Ahmad Ismadi Abdullah Thani, Penolong Pengarah Operasi 2, KEMAS Negeri Sembilan.

Page 6: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/20116

Kuantan – Yang Amat Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah bt. Sultan Iskandar telah berkenan

merasmikan Festival Seni Cipta Bersama Kebawah Duli

Oleh : Zamri Awang DerisFoto : Mohd Aidil Mahammud

FestivalSeni Cipta bersama TENGKU PUAN PAHANG

Yang Teramat MuliaTengku Puan Pahang anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pahang yang diadakan di East Coast Mall.

Pada majlis tersebut, Tengku Puan Pahang berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang program ini berlangsung.

Festival yang berlangsung selama tiga hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menyediakan acara di antaranya pertandingan Gubahan Bunga, Gubahan Berasaskan Kain, Baju Songket Pahang, Pakaian Traidisonal Kanak-Kanak, Karoeke mengikut parlimen dan Demo Kraftangan seperti bakul kertas, beg mengkuang serta forum perdana turut diadakan.

Page 7: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 7

oleh : bujangsarawak

BETONG - YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin serta YB Menteri Kemajuan

Luar Bandar (KKLW) Datuk Seri Hj Shafie Apdal telah melawat Sarawak baru-baru ini. Antara kampung yang dilawatnya ialah Kampung Manggut, Spaoh, Kampung Debak dan Kampung Pusa yang masing-masingnya terletak di Bahagian Betong. Kunjungan serta lawatan tersebut sempena program bersama rakyat. Di kampung manggut YAB TPM dan YB Menteri berada bersama rakyat di Tapak Pesta Ikan Buntal manakala di Kampung Debak pula program yang sama bertempat di Masjid Darul Sholihin, Kampung Bungey. Turut mengiringi lawatan tersebut ialah YABhg. Puan Sri Noorainee Abdul Rahman,YAB Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Alfred Jabu ak Numpang, YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas, YB Timbalan Menteri KKLW Datuk Joseph Entulu serta kenamaan lain.

SEKITAR LAWATANTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke Sarawak

Page 8: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/20118

Oleh : Hawa Foto : Azhar/ Jai

LABUAN, 13 Februari - Kerajaan sentiasa prihatin dalam

memastikan anak-anak di luar bandar mendapat prasarana pendidikan yang sempurna setaraf dengan pendidikan yang diperolehi anak-anak di kawasan bandar. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata kerajaan sentiasa memastikan anak-anak di luar bandar tidak tercicir dari segi pendidikan, terutamanya dalam menguasai bidang sains dan teknologi.

“Bagi memastikan anak-anak ini mampu menguasai bidang Sains dan Teknologi adalah perlu untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris kerana kebanyakan maklumat mengenai Sains dan Matematik adalah di dalam Bahasa Inggeris” katanya dalam ucapan majlis perasmian Tabika KEMAS Balai Polis Wilayah Persekutuan Labuan.

Kata beliau lagi, Bahasa Inggeris haruslah dipraktikkan dari peringkat awal persekolahan iaitu bermula di Tabika lagi.

“Anak-anak seawal umur empat tahun adalah lebih mudah untuk menerima dan belajar kerana bak kata pepatah kalau melentur buluh hendaklah dari rebungnya,”

Shafie berkata, pembinaan tabika KEMAS Balai Polis itu, haruslah dimanfaatkan oleh masyarakat setempat terhadap prasarana yang disediakan.

Tabika ini telah siap dibina dalam rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) iaitu pada 16 Oktober 2007 dan telah beroperasi sepenuhnya pada 5 Januari 2009. Kos

pembinaan tabika ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM157,731.45 di bawah seliaan dan pemantauan unit teknikal Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah Negeri Sabah.

Terdahulu pada majlis tersebut, Ketua Polis Daerah Labuan YBhg. Datuk Saiman Kasran berharap agar pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta KEMAS akan terus meningkatkan usaha lebih gigih lagi dalam membentuk perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.

Tabika yang beroperasi secara dua sesi ini telah menempatkan 42 orang kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Ia dikendalikan oleh dua orang Pemaju Masyarakat yang terlatih di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS).

Sempena majlis perasmian tersebut, YB Dato’ seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal turut memberi sumbangan berjumlah RM50,000 untuk pembinaan gelanggang futsal di kuarters balai polis tersebut.

KERAJAAN PRIHATIN PASTIKAN Prasarana Pendidikan

Luar Bandar SEMPURNA

Page 9: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 9

SATU perjumpaan khas YBhg. Datuk Siti Azizah Sheikh Abod bersama Pemaju Masyarakat TASKA

PERMATA KEMAS telah diadakan pada 11 Februari di Dewan Tun Razak Institut Kemajuan Desa (INFRA).

YBhg. Datuk Siti Azizah Sheikh Abod selaku Pegawai Khas YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Projek Perintis PERMATA Negara meluangkan masa berjumpa Pemaju Masyarakat TASKA PERMATA KEMAS bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan Program Taska PERMATA KEMAS.

Selain itu, ia juga adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pemaju Masyarakat dalam pengurusan Taska PERMATA KEMAS disamping meningkatkan penghayatan tugas dalam didikan dan asuhan awal kanak-kanak mengikut SOP Permata yang berteraskan aktiviti.

Perjumpaan KhasYBHG. DATUK SITI AZIZAH SHEIKH ABODBERSAMA PM TASKA PERMATA KEMAS 2011

Turut hadir pada majlis ini YBhg Dato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Ketua Pengarah KEMAS Malaysia; Tn. Hj. Amiruddin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi; Pn. Khamsiyah Hj. Yahya, Pengarah Bahagian Kurikulum dan Naziran dan Cik Wan Norlee Wan Ismail, Pengarah Bahagian Latihan dan kemajuan Kerjaya.

Teks/Foto : Shaiful

Page 10: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/201110

Oleh : Zamri Awang Deris Foto : Suria Mohamad

GEMENCHEH - Mahasiswa Universiti perlu mendekati masyarakat kerana Ilmu berasaskan teori boleh

dipelajari di bilik kuliah tetapi ilmu kemasyarakat perlu dirasai sendiri melalui aktiviti bersama masyarakat.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Kampung Tengah mengadakan Program Integrasi Desa, Daya dan Siswa ( iDEAS) 2010.

Objektif utama program ini untuk memberi khidmat masyarakat kepada masyarakat setempat dari segi kebajikan, ilmu pengetahuan dan teknologi ke arah memantapkan sahsiah mahasiswa sebagai generasi muda

29 SISWA USIMTABUR BAKTIDi Kampung Tengah Dengan

Menyertai IDEAS 2010yang bakal memimpin negara masa depan serta memupuk hubungan silaturahim dengan masyarakat kampung.

Program selama lima hari itu disertai 29 orang mahasiswa USIM yang terdiri dari pelajar tahun satu hingga tahun empat pelbagai jurusan dan menjadi anak angkat kepada 15 keluarga serta melakukan kerja-kerja kebajikan seperti penyelidikan dan pembangunan, kenduri kampung, program Smart Solat, senamrobik, rotong-royong, penambahbaikan Perpustakaan Mini, pameran dan ceramah agama.

Program ini dirasmikan oleh YB.Dato’ Hassan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Melalui program ini juga mahasiswa-mahasiswi berpeluang menabur bakti kepada masyarakat dengan membentuk budaya cintakan ilmu kepada anak-anak kampung sebagai pencetus serta pemangkin semangat belajar sehingga ke menara gading.

Page 11: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 11

Oleh : Kasbima Foto : Aina

KUALA LUMPUR - Kontinjen yang terdiri daripada 75 orang pegawai dan kakitangan KEMAS Wilayah

Persekutuan penuh bersemangat, anggun dan bergaya dengan pakaian uniform berkonsepkan batik 1 Malaysia. Kontijen ini telah diketuai oleh Puan Sarimah bt Ahmad mewakili jabatan. Sambutan Hari Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 29 Januari 2011.

Bertemakan 1 Wilayah Persekutuan Menjuarai Tranformasi, acara dimulakan dengan perbarisan yang terdiri daripada 10 kategori iaitu Kontinjen Agensi Kerajaan Beruniform, Kontinjen Agensi Kerajaan Tidak Beruniform, Kontinjen Bukan Kerajaan (NGO), Kontinjen Swasta, Kontijen Persatuan Penduduk Perumahan Awam, Kontijen Pasukan Pancaragam Sekolah, Pasukan Beruniform Sekolah, Kontinjen Pasukan Kadet, Kontinjen, Kontinjen Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta dan Kontinjen

KONTINJEN KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN IKUTI PERBARISAN

Sempena Hari Wilayah Persekutuan

Acara kemuncak adalah pengumuman pelancaran CD Lagu Wilayah Persekutuan versi baharu yang telah dicipta oleh Datuk Suhaimi ( Pak Ngah ) susunan semula muzik dan sedikit pindaan kepada lirik asal yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Mohd Yassin.

Pelancaran Basikal Bermotor Kuasa Tinggi oleh Yang Berhormat, Senator Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan Dan kesejahteraan Bandar dan Datuk Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, menjadi simbolik apabila demontrasi penggunaan basikal tersebut telah dilakukan. Usaha promosi penggunaan basikal ini bertujuan mengajak warga kota Kuala Lumpur supaya beriadah secara sihat.

Persatuan Penduduk Kawasan Perumahan Dan Pasukan Seniman, Tentera Darat, Laut dan Udara, Pasukan NAZA Motorbikes , Kenderaan Berkuasa Tinggi dan Motosikal.

Seramai 100 buah kontijen telah terlibat dengan penyertaan keseluruhan seramai 10000 orang.Acara Lintas Hormat di hadapan Pentas Utama di Dataran Merdeka dibarisi oleh Yang Amat Berhormat Tan Seri Dato’ Muhyiddin bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri , Yang Berhormat Dato’ Seri Senator Raja Nong Chik bin Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar serta Tetamu Kehormat Kementerian dan Ketua Agensi kerajaan dan NGO. Turut hadir En Khairuddin b Mohd Nasir, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan. Acara turut diwarnai dengan persembahan kebudayaan.

Page 12: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/201112

Teks : Lizadin Foto : arren1166

FELDA TENANG, 25 Januari 2011 - Seramai 37 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS Felda Tenang, Labis

telah menerima Geran Perkapita dan Sijil Jawatankuasa TABIKA yang telah disampaikan oleh Menteri Besar bagi tahun 2011 bertempat di Bangunan Kelas ‘C’ TABIKA KEMAS Felda Tenang, Labis.

Majlis Penyampaian disampaikan kepada kanak-kanak ialah berupa Beg Sekolah dan 2 pasang pakaian iaitu seragam dan sukan. Turut disampaikan oleh YAB Menteri Besar ialah Sijil Jawatankuasa TABIKA. Ketika menikmati jamuan YAB Dato’ Hj. Abdul Ghani Bin Othman beramah mesra dengan penduduk Felda Tenang yang hadir.

Majlis Penyampaian Geran PerkapitaTABIKA KEMAS FELDA TENANG

Selepas majlis YAB Menteri Besar dan rombongan bergegas ke TABIKA KEMAS Kg. Air Panas, Labis untuk majlis yang sama.

Menteri Besar diiringi oleh Isteri; Datin Paduka Profesor Dr. Jamilah Ariffin. Turut hadir sama Pengerusi

Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor; YB Puan Hjh. Asiah

Binti Md. Ariff dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor; YB Datuk Hj. Maulizan Bin Bujang.

Page 13: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 13

Oleh : Mohd Syafiq Bin Hj Mohd Azahar

IPOH - Satu perlawanan persahabatan antara Pasukan KEMAS dan Pasukan Menteri Besar Perak telah diadakan bertempat di Ipoh

Padang. Perlawanan bola sepak antara pasukan KEMAS dan pasukan Menteri Besar yang merupakan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah berlansung dengan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Menteri Besar Perak dengan jaringan 4 – 2.

Perlawanan yang diadakan ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan dalam kakitangan kerajaan namun dengan secara tidak langsung akan meneruskan hubungan kerjasama yang lebih akrab dan erat antara Jabatan KEMAS dan juga Kerajaan Negeri di samping melahirkan budaya hidup yang sihat.

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATANAntara Pasukan Menteri Besar Perak

Dan KEMAS Negeri PerakSuasana menjadi lebih meriah apabila Menteri Besar Perak iaitu Yang Berhormat Dato’Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir dan Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan, Ketua Pengarah KEMAS Malaysia turut sudi bermain dan memberi sokongan terhadap pasukan masing-masing.

Page 14: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/201114

Majlis Penutupan Rasmi

Festival Seni CiptaKebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang

Di East Coast Mall, Kuantan Pahang 14 Januari 2011

Page 15: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 15

LAWATAN Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKLW

ke SARAWAK

Program Integrasi Desa, Daya dan Siswa (iDEAS) 2010

Page 16: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/201116

Teks/Foto : bujangsarawak

SEMPENA program 1 Malaysia, anjuran pejabat Daerah Kecil Spaoh baru-baru ini, KEMAS telah memasarkan

pelbagai produk hasil gubahan dan jahitan peserta-pesertanya. Antara produk yang dipasarkan seperti Kain Tampung Seribu, alas meja, topi tali nylon, pengayak, nyiru, bantal hiasan, kura-kura, kuih-kuih tradisional dan sebagainya.

Sepanjang program tersebut, gerai KEMAS telah menjadi tumpuan kerana tarikan pelbagai aneka gubahan dan anyaman dijual dan dipamerkan. Turut melawat gerai tersebut ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas, ADUN N32 Bukit Saban Tuan Robert Lawson Chuat serta tetamu-tetamu lain.

PESERTA KEMASPASAR PRODUK DALAM PROGRAM

MALAYSIA

Page 17: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 17

Teks/Foto : Tok Ghawa

A RAU - Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya

Labuan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Tugas Fasilitator Siri 1/2011 bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Bengkel yang diadakan melibatkan seramai 35 orang Fasiltator Kursus Orientasi KEMAS dari seluruh negara dikendalikan oleh Dr. Ibrahim Hashim dan Cik Mona Balkis dari ProLead Consult. Pengisian bengkel yang dijalankan ini memuatkan slot ceramah dan juga perbincangan dalam kumpulan yang melibatkan pembentangan kumpulan, yang mana secara tidak langsung selain memahami teori para peserta juga terlibat secara langsung dalam mempraktikkan tugasan sebagai fasilitator.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustaz Faisal Long, Pengarah KEMAS Perlis. Dalam ucapan, beliau berkata fasilitator perlu banyak membaca buku-buku berkaitan dengan psikologi dan motivasi, disamping itu perlu memantapkan diri sendiri dengan ilmu dan kemahiran jangan terhad pada bengkel atau kursus sahaja.

BengkelPEMANTAPAN TUGASFASILITATOR SIRI 1/2011Sementara, Penolong Pengarah Latihan, En.Zamri Muhamad berkata objektif bengkel ini untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran fasilitator KEMAS, memberi peserta penjelasan dengan lebih jelas berhubung jangkaan dan harapan jabatan dalam menyampaikan elemen-elemen dan dasar-dasar kerajaan kepada kumpulan sasar, menilai semula dan menambah baik pelaksanaan program orientasi secara keseluruhannya terutamanya dari sudut sistem penyampaian dan falsafah, slot-slot ceramah, latihan dalam kumpulan dan kembara di samping meningkatkan tahap profesionalisme fasilitator KEMAS.

Tambah beliau lagi, pada tahun ini akan diadakan sembilan kursus orientasi kepada bakal PM Tabika/Taska dan juga PM KDC /KSM disamping itu akan diadakan juga kursus untuk penyelia.

KELANTAN, 05 Jan - Satu Majlis Bacaan Yasin Peringkat KEMAS Negeri Kelantan telah diadakan secara sederhana

dibilik Mesyuarat KEMAS Negeri sempena penubuhan 50 Tahun KEMAS yang diketuai oleh Penolong Pengarah Operasi 1 iaitu En. Rokhaidi bin Othman. Semua kakitangan KEMAS Negeri hadir dalam majlis tersebut yang bermula pada jam 9.00 pagi.Majlis ini diadakan untuk memanjatkan rasa kesyukuran di atas penubuhan dan pencapaian KEMAS sepanjang 50 tahun (tranformasi KEMAS).

MAJLIS BACAAN YASIN PERDANASempena 50 Tahun KEMAS Peringkat Negeri Kelantan

Majlis ini juga disusuli dengan penyampaian tazkirah yang bertajuk ‘Kecemerlangan KEMAS’ yang telah disampaikan oleh En.Safinei Ismail, Penolong Pengarah Pengurusan 1. Menurut beliau, pada tahun ini Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mengadakan Sambutan 50 Tahun KEMAS dimana satu Jawatankuasa Sambutan 50 Tahun KEMAS telah ditubuhkan diperingkat Ibupejabat dengan pelbagai perancangan pengisian program dan aktiviti promosi sambutan akan dilaksanakan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang peranan dan sumbangan yang telah dilaksanakan oleh KEMAS dalam program pembangunan masyarakat di Malaysia sekaligus dapat memperkasakan lagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).Bagi mencapai objektif tersebut, satu Jawatankuasa Sambutan 50 Tahun KEMAS peringkat negeri juga akan ditubuhkan yang mana Unit Pembangunan Desa akan dilantik sebagai seketariat sambutan tersebut.

Beliau juga menyeru agar semua kakitangan KEMAS Negeri menilai dan memahami visi, misi dan matlamat kewujudan KEMAS serta sentiasa berinisiatif. Disamping itu juga, semua kakitangan perlu bersama-sama mengembeling tenaga dan berusaha dengan lebih gigih bagi memantapkan lagi KEMAS Negeri Kelantan amnya dan KEMAS Malaysia keseluruhannya supaya dapat berbakti kepada masyarakat secara berterusan.

Teks/Foto : Ahmad Zaid

Page 18: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/201118

oleh : Zamri Awang Deris

AMPANGAN - Sempena Sambutan 50 Tahun KEMAS, Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika)

KEMAS Gedong Lalang 162 telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat untuk memperingati pejuang-pejuang KEMAS yang banyak menabur bakti dalam usaha membangun masyarakat luar bandar. Majlis ini juga diadakan sempena aktiviti pertama sesi persekolahan penggal pertama bagi tahun 2011.

Majlis yang diadakan selepas solat asar dihadiri oleh lebih 50 orang yang terdiri dari ibu bapa, ahli jemaah surau yang berdekatan.

Menurut Pemaju Masyarakat (Guru) Tabika Gedung Lalang 162, Puan Noor Halinda Elias, majlis ini diadakan sempena 50 tahun KEMAS. Majlis ini juga dijalankan sebagai aktiviti pertama dalam kalender Tabika Gedung Lalang 162 pada tahun 2011, di samping itu untuk mendapat keberkatan dari Ilahi semoga anak-anak yang belajar di tabika ini menjadi mereka cemerlang dalam semua aspek dan dapat menjalin hubungan silaturahim antara ibu bapa dan masyarakat sekitar dengan tabika ini.

Turut hadir Tn. Hj. Ali Majid, Penyelia Kanan Parlimen Seremban, Penyelia DUN Ampangan dan Penyelia 3P.

Majlis Tahlil dan Doa SelamatSempena Sambutan 50 Tahun

KEMAS

Page 19: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 19

Teks/Foto : bujangsarawak

SARATOK — Seramai 33 orang anggota KEMAS telah terlibat dalam majlis Sambutan Maulidul Rasul bagi tahun 2011. Majlis sambutan peringkat Bahagian

Betong itu telah diadakan bertempat di dataran Pesta Sungai Krian, Saratok pada 15 Febuari 2011. Majlis yang disambut serentak seluruh negara itu antara lain bertujuan menyemarakkan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kira-kira 1000 orang dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah terlibat dalam perarakan sepanjang 5 km. Tema sambutan Maulidul Rasul bagi tahun ini ialah ‘1 Malaysia 1 Ummah’ antara lain mengajak umat islam agar bersatu padu dan hormat menghormati disamping berjihad dalam usaha mencapai kemajuan pembangunan seperti mana pengorbanan dan perjuangan besar Nabi Muhammad dalam usahanya menyatukan ummah dan memberi kejayaan besar kepada umat Islam. Hadir sama dalam majlis perarakan tersebut ialah ADUN N33 Kalaka, Tuan Hj Abdul Wahab Aziz.

SEKITAR SAMBUTANMAULIDUL RASUL 2011PERINGKAT BAHAGIAN BETONG

Page 20: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/201120

Teks/Foto : Tok Ghawa

MAMBAU – Seramai 13 peserta menerima Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) berupa peralatan mesin jahit dan mesin

membuat mi yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri, YB.Datuk Hasim Rusdi.

Dalam ucapan beliau, mahukan penerima BEK memanfaatkan sepenuhnya bantuan peralatan yang diberikan bagi meningkatkan pendapatan keluarga dan jangan jadikan bantuan peralatan yang diberikan ini sebagai gajah putih di rumah atau kedai masing-masing.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian BEK 2010 anjuran KEMAS Negeri Sembilan di Balai Raya Kampung Bt.3 Mambau.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi 2, En Ahmad Ismadi Abdullah Thani berkata tujuan BEK diwujudkan adalah sebagai “Take Off Platform” kepada pengusaha-pengusaha Bumiputera berdaya maju di dalam IKS tetapi sukar untuk memajukan perusahaan disebabkan kekurangan modal.

Menerima Bantuan Ekonomi KampungBAGI NEGERI SEMBILAN

Menurut beliau lagi, pengusaha (peserta BEK) yang telah dipilih ini telah diberikan kursus perubahan sikap, proses temuduga sebelum layak menerima Bantuan Ekonomi Kampung.

Selepas majlis ini, YB.Datuk Hasim Rusdi meluangkan masa melawat bengkel membuat mee bunjut.

13 PESERTA

Page 21: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 21

Teks/Foto : Al-Firdaus Bin Muhamad

JERLUN – Kakitangan KEMAS Negeri Kedah terutama-nya Penyelia dan Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS

Kedah berasa amat bertuah kerana berkesempatan mendengar satu ceramah motivasi daripada bekas juara Imam Muda Musim Pertama Astro iaitu Imam Muda Asyraf Bin Mohd. Ridzuan. “Laksanakanlah tugas anda sebagai pengajar dengan bersungguh-sungguh kerana bidang pengajaran adalah sangat mulia apatah lagi pengajaran ilmu-ilmu agama Islam”, pesan beliau kepada para peserta. Bekas juara program reality tv ini juga telah banyak menyuntik semangat para peserta dengan berkongsi input-input baru serta pendedahan situasi dakwah semasa.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah motivasi kepada kira-kira 30 peserta yang terdiri daripada Penyelia dan Pemaju Masyarakat Bina Insan di Pusat Kegiatan Masyarakat Jerlun. Slot ceramah berkenaan adalah salah satu daripada pengisian Bengkel Rancangan Mengajar dan Motivasi yang dianjurkan oleh Unit Bina Insan di bawah kelolaan Operasi 1 KEMAS Kedah pada 12 Januari 2011 yang lalu.

Bengkel ini diadakan adalah bagi membincangkan tentang rancangan mengajar yang baru diperolehi

Kunjungan Dan Motivasi Imam MudaASYRAF RIDZUAN

serta penyelarasan b e r k e n a a n cara pengisian isi kandungan rancangan mengajar tersebut. Penyelarasan ini dianggap penting b a g i mengelakkan kesilapan pengisian dan menjadi harapan Unit Bina Insan KEMAS Negeri Kedah agar semua parlimen hanya menggunakan satu kaedah pengisian yang

akan memudahkan sesi pemantauan kelak.

Bengkel yang melibatkan semua Penyelia dan Pemaju Masyarakat Bina Insan ini telah mencapai satu resolusi bagi menggunakan kaedah yang telah dipersetujui bersama serta masih mengekalkan tradisi yang lama iaitu Rancangan Pembelajaran Mingguan agar dapat membantu serta sebagai pemudah cara bagi PMBI mengajar di

kelas nanti.

Turut hadir pada program tersebut ialah Penolong Pengarah Operasi 1 yang baru, iaitu En. Mohamad Zaki Bin Ismail. Beliau yang menggantikan Ust.Faisal Bin Long ( berpindah ke KEMAS Perlis) menggunakan kesempatan tersebut beramah mesra dan menyampaikan beberapa amanat penting kepada peserta serta sama-sama menanam tekad untuk membawa KEMAS Negeri Kedah menjadi johan keseluruhan pada Festival Kesenian Islam peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Page 22: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/201122

Teks/Foto : bujangsarawak

BETONG – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen P204 Betong telah membuka

tiga buah Kelas TABIKA baru masing-masingnya dua buah di kawasan DUN N32 Bukit Saban dan satu buah di DUN N30 Saribas. Dua dari padanya adalah kawasan Rumah Panjang iaitu di Jambu Kerapak dan Luban Ulu, manakala satunya di perkampungan Melayu iaitu Kampung Supa. Program promosi pembukaan kelas tersebut telah dilaksanakan pada 22 hingga 27 Disember 2010 yang

KEMAS BUKAKELAS TABIKA BARU

lepas. Sambutan dari masyarakat setempat amat menggalakkan dan penerimaan ini membuktikan masyarakat amat memerlukan pendidikan terutama bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman serta tinggal dalam ketidaksempurnaan kemudahan asas, seperti kawasan-kawasan Ulu Layar dan Ulu Spak, Betong dalam keadaan jalan yang sukar dihubungi.

Page 23: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 23

Teks/Foto : Tok Ghawa

PEKAN – Lebih 240 Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS menyertai program gotong-royong membersih kawasan

Pantai Tanjung Semarak sempena kursus Orientasi Lepasan Diploma Perguruan Malaysia Mode Kursus Dalam Cuti Ambilan 2006 Siri4/2010 yang diadakan di Kem PLKN Tanjung Semarak.

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh peserta kursus semasa aktiviti Kembara.

Program ini merupakan sebahagian aktiviti kesedaran membersihkan kawasan pelancongan, mendedahkan kepentingan kebersihan sesuatu tempat dalam menarik pelancong dan pelawat mengunjungi pantai ini.

Disamping itu menyedarkan peserta mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta menanam perasaan cinta kepada alam sekitar.

Peserta KursusORIENTASI KDC KEMAS

Menabur Bakti

Page 24: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/201124

Teks/Foto : bujangsarawak

ENGKELILI - KEMAS Parlimen P203 Lubok Antu telah berjaya melahirkan warga desa luar bandar

yang mengikuti kelas KEMAS berjaya ke tahap yang diinginkan. Peserta-peserta tersebut yang terdiri dari surirumah sepenuh masa dari DUN N28 Engkelili. Mereka menyertai program KEMAS di bawah Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga ( PKK). Antara lain program yang diikuti ialah belajar memasak, menganyam, membuat tenunan dan sulaman dibawah didikan guru-guru KEMAS. Sebagai penghargaan kepada peserta tersebut telah di adakan satu majlis penyampaian sijil dan cenderahati. Kepada mereka yang ingin turut serta untuk menimba ilmu di dalam program-program KEMAS sila hubungi jabatan KEMAS yang berdekatan.

KEMAS LAHIR WARGA DESA

CEMERLANG

Page 25: Suara KEMAS 1

Suara KEMASBil 1/2011 25

Teks : Mek Ani Foto: Prodexx

SERI ISKANDAR – Majlis perjumpaan bersama Pengarah KEMAS Negeri Perak dengan Pemaju

Masyarakat dan Kakitangan Operasi 1 telah diadakan di Dewan Iltizam, Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar.

Majlis ini diadakan sempena kedatangan pengarah yang baru, En. Ahmad Kamal Idris bin Hj. Nawawi yang menggantikan Tuan Haji Amiruddin bin Arifin bertukar ke KEMAS Putrajaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi.

Di dalam majlis tersebut beliau telah menyampaikan amanat kepada kakitangan apa perlu dilakukan oleh angota KEMAS selaras dengan perubahan-perubahan baru. Di samping itu beliau mengingatkan bahawa tugas dan tangungjawab sebagai Pemaju Masyarakat tidak terhad kepada tugas-tugas di TABIKA sahaja sebaliknya harus peka memahami dan menghayati isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat kerana KEMAS

TUGAS PM TIDAK TERHAD KEPADA TABIKA SAHAJA

salah sebuah agensi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Masyarakat.

Jelas beliau, bagi mencapai hasrat tersebut anggota KEMAS perlu menghadapi cabaran dan bersedia dari segi fizikal dan mental di samping meningkatkan ilmu pengetahuan.

Turut hadir sama Penolong-penolong Pengarah, Pegawai Kemas Daerah dan Penyelia Kanan.

Page 26: Suara KEMAS 1

Suara KEMAS Bil 1/201126

oleh : Bahagian Bina Insan Ibu Pejabat

“Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih, kekurangan kasih sayang serta kurang didikan agama. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangi antara kerjaya dan kehidupan seharian mereka agar anak-anak mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan metal. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak.

Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali dijadikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting.

Disamping itu, ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam gejala sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan antara intan dan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak-anak bagi menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang ibarat berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti diberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara.

Kesimpulannya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara. Ibu bapa mestilah menjalankan peranan masing-masing agar tidak dijadikan seperti hangat-hangat tahi ayam. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak.

PERANAN IBU BAPADalam Mendidik Anak-Anak

Page 27: Suara KEMAS 1

SuaraKEMASBil 1/2011 27

• 1kgikankembong• 15cilikering(dibuangbiji)• 3bijicilibesar• 10bijibawangkecil• Sedikitbelacan• Daunkesum• Bungakantan• Sedikitair• Laksa• Garam• Gula

BAHAN-BAHAN HIASAN• Bawang• Cilipadi• Timun

CARA-CARA:Ikankembongdirebus.Kemudiandikisarhingga1.halus.Cilikering,cilibesar,bawangkecildanbelacan2.dikisarbersama.Kemudianmasukkanikankembongyangtelah3.dikisarbersama-samadenganbahankisaryanglain.Masukkansedikitairsupayakuahtidakterlalu4.pekat.Masukkanbungakantandandaunkesumke5.dalamkuahtadi.Biarkanmendidih.6.Rebuslaksahinggalembut.7.Hiaskandenganbahan-bahanhiasan,siapuntuk8.dihidang

LAKSA PULAU PINANG

Selamat DatangNama - NorizanMudaTarikhLahir - 12Januari1960Asal - TerengganuUmur - 51TahunJawatan - PengarahBahagianPembangunanDesa

Nama - JurainahBintiOthmanTarikhLahir - 11November1985Asal - JohorUmur - 26TahunJawatan - PenolongPengarahBahagianSumberManusiaDan Pentadbiran(M41)Lapordiri - 03Januari2011SebelumDiKEMAS- JabatanKemajuanOrangAsli(JAKOA)

Nama - SitiYusrinaBintiMohamadYusofTarikhLahir - 26September1983Asal - BandarBaharuKulimUmur - 28TahunJawatan - PenolongPegawaiPembangunanMasyarakat(S27) BahagianSumberManusiadanPentadbiranLapordiri - 22Februari2011SebelumDiKEMAS- IbuPejabatKementerianKesihatanMalaysia

Page 28: Suara KEMAS 1

Bil 1/2011Kursus OrientasiPemaju Masyarakat TABIKA (Gred S27) Siri 1/2011, 24-30 Jan 2011Di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor