peranan dan kepentingan teknologi dalam pengajaran di dalam kelas

Upload: mohd-najib-zainal

Post on 02-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teknologi dalam PdP

TRANSCRIPT

Peranan dan Kepentingan Teknologi dalam Pengajaran di dalam KelasPenggunaan teknologi dalam pengajaran di dalam kelas merupakan di antara kemahiran abad ke-21 perlu perlu diterapkan oleh guru ke dalam diri pelajar demi memenuhi tuntutan masa depan. Pengintegrasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjadikan pelajar lebih aktif dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Konsep pembelajaran bertumpukan pelajar contohnya melalui teknologi e-pembelajaran dapat melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab, bebas dan berdikari serta boleh bersaing di persada antarabangsa.

Penggunaan teknologi membolehkan guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan dapat menggalakan minat pelajar mengikuti sesi

pembelajaran tersebut, selain daripada membantu penguasaan maksimum terhadap tajuk yang dipelajari. (Haslinda et. al, ). Pelajar dapat melihat contoh-contoh yang jelas dan arahan adalah lebih mirip dalam kehidupan contohnya penggunaan klip video pendek ke dalam sesi pembelajaran dan pengajaran membolehkan pelajar untuk membuat kajian di luar kelas, dan juga memberi perspektif yang berbeza dalam apa yang diajarkan.Integrasi teknologi dalam kuriulum pula boleh memajukan proses pengajaran dan pembelajaran. Tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas. Murid boleh memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang lebih luas melalui program jarak jauh. Pengetua/guru besar dan guru juga mempunyai akses kepada sumber dan komuniti pembelajaran nasional dan antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti amalan mereka (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)

Usaha-usaha harus dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini seiring dengan perubahan pesat teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar disamping melahirkan pelajar kreatif dan inovatif sejajar dengan kepentingan kemahiran abad ke-21.