kepentingan dan peranan hutan tanah tinggi secara

31
Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara Umum Hutan tanah tinggi dari segi ekologinya, adalah kawasan yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan ynag meliputi banjaran-banjaran. Kawasan Hutan Tanah Tinggi di negara kita adalah kurang 10% jumlah keluasan hutan berbanding Hutan Tanah Pamah Dipterokarp ynag meliputi keluasan sebanyak 60%. Profail hutanya lebih rendah, lebih rapat dengan komposisi spesies tumbuhan dan haiwan yang berbeza dibandingkan hutan tanah pamah. Kesemuanya ini dihubungkaitkan dengan keadaan alam sekitar yang lebih sejuk, lebih terdedah kepada tindakan alam dan keadaan tanah yang lebih curam. Disebabkan perbezaan ketara ini, hutan tanah tinggi boleh disifatkan sebagai suatu ekosistem yang agak unik bagi negara kita Sebagai satu sumber semulajadi, hutan memainkan peranan penting kepada manusia, negara dan dunia amnya. Kepentingan dan peranannya meliputi bidang yang luas yang mana ia mengandungi seribu satu macam khazanah yang tersimpan yang menyebabkan ianya lebih unik dan menarik. Diantara kepentingan hutan dan peranannya ialah: a. mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu,gas-gas dan udara. b. habitat kepada flora dan fauna c. kawasan tadahan air d. kawasan untuk penyelidikkan, pendidikan dan rekreasi e. sumber kayu dan bukan kayu (rotan,herba dan lain-lain) dan f. warisan dan kebudayaan.

Upload: sofie-atiqah-bt-yusof

Post on 18-Jun-2015

4.014 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi SecaraUmumHutan tanah tinggi dari segi ekologinya, adalah kawasan yang berada pada ketinggianmelebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan ynagmeliputi banjaran-banjaran. Kawasan Hutan Tanah Tinggi di negara kita adalah kurang10% jumlah keluasan hutan berbanding Hutan Tanah Pamah Dipterokarp ynag meliputikeluasan sebanyak 60%.Profail hutanya lebih rendah, lebih rapat dengan komposisi spesies tumbuhan dan haiwanyang berbeza dibandingkan hutan tanah pamah. Kesemuanya ini dihubungkaitkan dengankeadaan alam sekitar yang lebih sejuk, lebih terdedah kepada tindakan alam dan keadaantanah yang lebih curam. Disebabkan perbezaan ketara ini, hutan tanah tinggi bolehdisifatkan sebagai suatu ekosistem yang agak unik bagi negara kitaSebagai satu sumber semulajadi, hutan memainkan peranan penting kepada manusia,negara dan dunia amnya. Kepentingan dan peranannya meliputi bidang yang luas yangmana ia mengandungi seribu satu macam khazanah yang tersimpan yang menyebabkanianya lebih unik dan menarik. Diantara kepentingan hutan dan peranannya ialah:a. mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu,gas-gas dan udara.b. habitat kepada flora dan faunac. kawasan tadahan aird. kawasan untuk penyelidikkan, pendidikan dan rekreasie. sumber kayu dan bukan kayu (rotan,herba dan lain-lain) danf. warisan dan kebudayaan.Sumber Maklumat: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Kesan Pembangunan Tanah Ke atas Alam SekitarPertanianPenukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya

Page 2: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal danbiodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepadahakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di MalaysiaPenebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akanmenjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilansemula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosaksetiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negaramembangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yangpaling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlahracun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan diThailand untuk tempoh yang sama.Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini,rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racunmakhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit,apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan ataumenyembur racun makhluk perosak.PerlombonganKekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan denganmengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk pembangunanlain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar.Satu dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor alam

Page 3: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

sekitar melaui penggunaan bon prestasi dan langkah fisikal lain. Bagaimanapun,perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki segera terhadap pengurusanalam sekitar mereka.Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetapsumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hiliroperasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasiperlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan disepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbukarang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telahmenyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding denganpembangunan hutan, perlombongan atau pertanian.Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebihkompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan danpembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah habaperbandaran serta pencemaran air dan udara.Sisa buangan/pembentunganPerkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untukmemperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitandengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinanpencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlisperbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungaiakibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatankumbahan yang tidak mencukupi.Ketiadaan dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk

Page 4: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

menggalakkan penggunaan semula melemahkan usaha majlis perbandaran untukmengurangkan sisa buangan. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secaraterbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanahmungkn juga akan meningkat.Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebihteruk lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenalpasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dansulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs),sianida dan arsenik.Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dandiklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untukmengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnyadiwajibkan menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh merekaserta tarikh dan cara ia dilupuskan. Oleh kerana pembuangan sisa ini menelan belanjayang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan kontraktor serta kontraktor kecil merekaseharusnya berhati-hati kerana insentif untuk menipu amat banyak.Aktiviti lainKeadaan suhu pada umumnya lebih tinggi di kawasan bandar kerana haba yangdikeluarkan oleh perumahan, pengangkutan dan industri serta termal dari bangunan danjalan. Suhu pada waktu malam di persimpangan Jalan Ampang-Jalan Tun Razak di KualaLumpur di dapati meningkat kira-kira 4 darjah F antara 1972 dan 1980 akibatpeningkatan jumlah lalu-lintas.Suhu pada waktu malam juga berubah dalam 3-4 darjah juga direkodkan di kawasanperumahan. Kawasan perumahan lama dengan lebih banyak kawasan hijau danpertumbuhan pokok didapati suhunya lebih sederhana berbanding dengan kawasan

Page 5: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

perumahan baru. Oleh sebab itu kepupusan kawasan hujau di bandar mestilah dihentikansegera.Keperluan semasa di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1970 (Semakan 1995)untuk mengekalkan semua pokok dengan lilitan melebihi 80 cm dalam sebarang perojekpembangunan mungkin boleh menyumbangkan kepada keadaan kecil terhadappemuliharaan kawasan hijau di bandar dan kawalan terhadap suhu di kawasan bandar.Pencemaan udara di kawasan bandar merupakan salah satu contoh di Malaysia di mana iatelah melebihi paras kritikal dan dengan itu menjejaskan potensi pembersihan sendirialam sekitar. Sumber utama pencemaran udara di Lembah Klang ialah kenderaanbermotor yang menyumbangkan kepada partikel karbon (PM-10). Sumber laintermasuklah pembuangan industri dan aktiviti pembinaan (JAS, 1993)Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS,1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun,sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahandan pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkanlangkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.

Penggunaan Tanah Yang BurukTimbulkan MasalahKategori undang-undang tanah di Malaysia seperti yang dicatatkan dalam LaporanKlasifikasi Kemampuan Tanah (Lee dan Panton, 1971) termasuk Tanah Kerajaan, TanahYang Diberi Milik Untuk Pertanian, Tanah Yang Diluluskan Untuk Perlombongan,Tanah Rizab Melayu, Rizab Untuk Ternakan, Rizab Orang Asli, Rizab Hutan, RizabHidupan Liar dan Tanah Diberi Mlik/Diwartakan untuk kemudahan awam dan tujuanlain.Kategori terakhir itu merujuk kepada tanah untuk pembangunan perbandaran, kubur,

Page 6: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

polis dan rezab tentera, lapangan terbang dan rizab-rizab lain kerajaan tetapi tidaktermasuk rizab tadahan air.Pembangunan tanah di Malaysia termasuklah pembangunan kawasan baru untukpertanian, perlombongan dan perhutanan serta penukaran tanah untuk pertumbuhanindustri dan perbandaran. Kepelbagaian penggunaan tanah meningkatkan konflikberhubung dengan matlamat pembangunan. Pembangunan yang pesat telah menjadikantanah satu persaingan di Malaysia. Ia juga telah mengakibatkan amalan penggunaan tanahyang buruk dalam keadaan tertentu.Amalan penggunaan tanah yang buruk boleh membawa kepada masalah yang serius danberdepan dengan halangan untuk pembangunan dalam jangka panjang. Masalah yangboleh timbul termasuklah kemusnahan yang kekal atas kemampuan tanah untukmenyediakan faedah alam sekitar dan ekonomi, ketidakcekapan penggunaan sumbersemula jadi yang diperolehi serta pengumpulan kesan negatif. Dari segi kawasan,pertanian akan menjadi salah satu bentuk pembangunan tanah yang paling meluas diMalaysia.Teknik dan amalan pertanian moden, disokong oleh penggunaan mesin dan inputsejumlah besar tenaga daripada minyak fosil telah menjadikan pertanian lebih produktifdi Malaysia tetapi memberikan kesan kepada alam sekitar. Penukaran tanah daripadahutan kepada pertanian telah mengakibatkan meluasnya penebangan hutan,mengurangkan jumlah hutan dan kepelbagaian bilogi hutan serta hidupan liar.Selain itu, pembukaan kawasan baru untuk pertanian telah menyebabkan sumber galiansemakin berkurangan di kawasan ini. di sebalik fakta bahawa sebahagian besar tanahtelah dikurangkan untuk pembangunan pertanian, kebanyakan tanah yang subur tidakdigunakan untuk pengeluaran makanan, sebalinya digunakan untuk tujuan lain sepertiperumahan, rekreasi dan kawasan perindustrian.

Page 7: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

Pengeluaran makanan tempatanTambahan pula, perikanan persisir pantai dan pedalaman tidak begitu berjaya dalampersaingan untuk pembangunan tanah yang seterusnya melemahkan pengeluaranmakanan tempatan. Usaha untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan menggalakkanindustri berasaskan makanan perlulah diperkukuhkan dalam usaha untuk menyediakanjaminan makanan untuk negara.Kos import makanan negara dilaporkan sekitar RM8 bilion setahun dan turutmenyumbang kepada defisit akaun semasa negara (NST, 1997). Memandangkankemelesetan ekonomi semasa dan krisis mata wang, perkara ini perlu ditangani dengansegera.Oleh kerana jumlah penduduk semakin meningkat di kawasan bandar, pembangunaninfrastruktur semakin meningkat ke kawasan yang bermasalah dan kurang sesuai.Kawasan ini sering terdedah kepada kejadian banjir, hakisan sungai, tanah runtuh danpemendapan, melainkan langkah pengawalan yang sempurna diambil.Dalam kes tertentu, langkah pengawalan tidak dapat diambil dan cara terbaik untukkeselamatan penduduk ialah kawasan ini tidak dimajukan untuk perumahan tetapidigunakan untuk tujuan lain seperti taman, rezab semula jadi dan kawasan rekreasi.Pada tahun 1996 terdapat lebih 100 kejadian banjir, 20 kejadian tanah runtuh, lapankejadian mendapan dan tujuh kes tebing sungai dihakis, yang dilaporkan di LembahKlang sahaja. Ini menunjukkan betapa perlunya diperkuatkan pengurusan perbandaranbersepadu untuk menjadikan penempatan manusia lebih selamat dan terjamin.(Petikan artikel-artikel daripada Utusan Pengguna, Mac 1998)

Pencemaran Alam SekitarPENCEMARANPembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan

Page 8: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuaikepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggilbahan-bahan pencemar .Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia.Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:( a ) Pencemaran udara( b ) Pencemaran air( c ) Pencemaran tanah

PENCEMARAN UDARAPencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahanbahanpencemar ini ialah habuk,debu, asap, dan gas-gas beracun .Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahanpencemar utama yang dihasilkan .PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BAHAN-BAHAN PENCEMARPembakaran bahan api di kilangdan dalam enjin kenderaan bermotorGas sulfur dioksida, nitojen dioksida,karbon monoksid dan debuPembakaran sampah sarap danhutan secara besar-besaranGas karbon dioksida dan debuPenyemburan racun serangga danbahan-bahan kimiaGas dan kimia beracunPenggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) Gas CFCKesan Pencemaran UdaraMenjejaskan kesihatan1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskankesihatan kita .2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan danpenyemburan racun serangga menyebabkanpenyakit jika disedut .3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .Penyusutan Lapisan Ozon1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik

Page 9: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

matahari .2 . Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyamanudara dalam peti sejuk menipiskanlapisan ozon .3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakitkanser kulit .Pembetukan Hujan Asid1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan danmembentuk hujan asid .2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan .3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .Kenaikan Suhu Di Bumi1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba .2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas .3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau dibeberapa tempat di dunia .

PENCEMARAN AIR1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik .2 . Air boleh dicemari melalui( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang( b ) tumpahan minyak dari kapal laut( c ) pembuangan sampah-sarap dan najis( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa .Kesan Pencemaran AirMenjejaskan Kesihatan1 . Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai .2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untukmandi .3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkanpertumbuhan bakteria yang menyebabkanpenyakit .Pembunuh Hidupan Air1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut .2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat

Page 10: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

bernafas dan akan mati .3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisantanah menghalang kemasukansinaran matahari kedalam air .5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .Memburukkan Keindahan Alam1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang .2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .

PENCEMARAN TANAHSesuatu kawasan tanah dicemari melalui :( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat( b ) penyemburan racun serangga( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .Kesan Pencemaran TanahHakisan Tanah1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawalmenyebabkan kawasan tanahterdedah .2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah .2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .Menjejaskan Kesihatan1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakankuman penyakit .2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kumanpenyakit ke tempat-tempat lain .3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserangpenyakit .Kekurangan Tanah Subur1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah .2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Page 11: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

PENCEMARAN ALAM SEKITARUntuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambillangkah-langkah untuk mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambilialah :( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracundari kilang-kilang dankenderaan .( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.

Pengolahan Alam HidupanMengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab1 Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asashidupnya ( makanan , pakaian dantempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .2 Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian, perumahan , industriperlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau .3 Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran sertamenhapuskan habitat semula jadi,banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadapkemandirian hidupan liar .4 Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan ,makanan , ubatan , kulit dan buluturut susut bilangannya .5 Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasimereka adalah terlampau rendahakibat aktiviti manusia .6 Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selamalamanya. contohnya , burung dodo ,

Page 12: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telahpupus dari permukaan bumi .7 Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab keranakemandirian manusia juga berkaitrapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan .Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan1 Makanan : manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya.Masih banyak spesies tumbuhan danhaiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepadapopulasi manusia dunia yangsemakin meningkat .2 Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimiaubat moden diperoleh daripadahaiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yangbelum sempat dikaji tetapi mempunyaipotensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya .3 Sumber bahan mentah( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumahdan perabot serta membuatkertas .( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasaldaripada tumbuhan dan haiwan .4 Keseimbangan alam sekitar :( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratanmakanan dan keseimbanganalam .( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosferayang perlu untuk haiwan danmanusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbondiosida yang diperlukan olehtumbuhan dalam fotosintesis .( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon

Page 13: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

dioksida dan dengan itumembantu mengawal pencemaran udara .( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir ,hakisan tanah dan tanah runtuhdaripada berlaku semasa hujan turun .( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahayamatahari , langsung mengurangkanpenyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .5 Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yangsangat penting untuk mengisiempangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia .6 Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadialam sekitar untuk aktivitiriadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancongdan menyumbang kepadaekonomi negara .7 Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasiltangkapan ikan , kayu balak ,damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN1 Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyakspesies hidupan ini adalahseperti :( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika( bunga pakma , orkid - orkid liardan pisang liar ) .( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) .( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong ,dan ular sawa ) .( d ) Serangga .( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau .2 Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan :( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang200 ekor yang masih tinggal .

Page 14: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahanhabitatnya akibat aktiviti pertanianserta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan .( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburuuntuk dagaing dan lemaknya .Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar1 Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksanasupaya hidupan ini dapat dikekalkanuntuk generasi yang akan datang .2 Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanandan keperluan lain diperlukandaripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kitasentiasa dapat mengekalkan spesieshidupan yang ada .3 Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk :( a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar .Contohnya , hutan dara , hutan simpanan ,dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ; T.N. Bako , T.N. Muludan T.N. Niah di Sarawak ) .( b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khususatau aboretum dalam usahapemeliharaan .( c ) Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpananpaya bakau , misalnya di Matang( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) .( d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , sepertiikan dan penyu ( di pantai timur ) ,tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ) .Pusat-pusat ini akanmembiakkan haiwan -haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya .( e ) Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-tamanmarin di Pulau Redang ,Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi .

Page 15: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

( f ) Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesiesterpelihara dan tiada siapa pundibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesiesterpelihara ialah orang utan , siamang ,kera , badak Sumatera dan harimau .( g ) Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar .( h ) Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupanliar .( i ) Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih barusetelah pokok balak ditebang .( j ) Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentinganpemeliharaan dan pemuliharaanhidupan liar .( k ) Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air .

ALAM SEKITARPENGENALANDalam tahun 1995, proses disentralisasi kerja-kerja menyemak dan meluluskan laporanEIA telah dilaksanakan di semua 13 Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri. Walaubagaimanapun, projek-projek yang meliputi lebih daripada satu negeri dan laporanterperinci EIA masih diproses di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar.Langkah-langkah untuk mempertingkatkan lagi prosedur EIA terus diberi penekanan.Antaranya ialah kajian semula Buku Panduan EIA yang diterbitkan semula pada bulanOgos 1995. Manakala 12 set garis panduan spesifik juga telah diterbitkan yangmelibatkan aktiviti-aktiviti seperti bekalan air bawah tanah dan air permukaan, penjanaandan pemancaran kuasa, saliran dan pengairan, pelabuhan perikanan dan akuakulturberasaskan penggunaan tanah, empangan dan takungan air, perlombongan dan kuari,tempat peranginan di kawasan bukit, kemudahan pelancongan di kawasan taman negara,kemudahan pelancongan di pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan yang diwartakan

Page 16: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

sebagai taman laut, industri, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal perbandaran danpelupusan serta pengolahan sisa toksik dan berbahaya. Selain daripada itu, Jabatan jugatelah bekerjasama dengan memberikan input kepada penyediaan dan penerbitan garispanduan bagi aktiviti pembinaan jalan raya dan lebuh raya oleh Jabatan Kerja Raya.PROSEDUR EIAPemberitahuan Projek-Projek yang tertakluk kepada Perintah EIA Sebagai langkahproaktif, Jabatan Alam Sekitar meneruskan usaha menyenaraikan projek-projek yangtertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling sebagaimana yangdimaklumkan oleh pihak pencadang projek ataupun yang dilaporkan oleh media massawalaupun tiada keperluan mengenai pemberitahuan ini. Pada tahun 1995, sejumlah 1,705cadangan projek yang tertakluk kepada Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekelilingtelah diawasi berbanding dengan hanya 344 projek dalam tahun 1994. Antara projek yangpaling banyak dicadangkan ialah untuk aktiviti pembangunan kemudahan rekreasi dantempat peranginan (19 peratus), dan diikuti oleh kuari (18 peratus), infrastruktur (12peratus), perumahan (10 peratus) dan industri (9 peratus).Semakan LaporanBilangan laporan EIA yang diterima pada tahun 1995 telah meningkat sebanyak 16peratus berbanding dengan tahun 1994. Daripada 348 laporan yang diterima, sebanyak339 adalah laporan awal EIA, 1 laporan terperinci EIA dan 8 laporan analisa risiko yangberkaitan dengan kemudahan berbahaya (rujuk Rajah 5.1).Semenjak Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesankepada Alam Sekeliling) dikuatkuasakan pada 1 April 1988, sehingga 31 Disember 1995,bilangan laporan EIA yang telah diterima adalah berjumlah 1,444 dan daripada jumlahitu, sebanyak 1,363 (94 peratus) adalah laporan awal EIA, 62 (4 peratus) laporan analisarisiko, 8 laporan terperinci EIA dan selebihnya iaitu sebanyak 11 laporan bagi cadangan

Page 17: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

pembangunan yang dijalankan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).Kategori Projek dan Aktiviti-aktiviti yang DitetapkanSehingga kini, bilangan laporan yang paling banyak diterima semenjak Perintah KualitiAlam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling),1987 dikuatkuasakan ialah pembangunan tempat-tempat peranginan dan rekreasi (17peratus) diikuti dengan pembangunan projek-projek infrastruktur (16 peratus) dan projekprojekperumahan serta aktiviti kuari, masing-masing sebanyak 14 peratus Laporan EIAyang berkaitan dengan aktiviti kuari didapati telah meningkat pada tahun 1994 dan 1995,manakala keadaan sebaliknya berlaku bagi aktiviti industri setelah tidak mengalamiperubahan antara tahun 1991 sehingga 1993. Laporan terperinci EIA yang pertama bagiaktiviti penjanaan kuasa iaitu Projek Kuasa Hidroelektrik Bakun di Sarawak telah dirujukkepada Jabatan Alam Sekitar untuk ulasan. Projek ini merupakan aktiviti yang tertaklukdi bawah bidang kuasa Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Negeri Sarawak. Rajah5.2 menunjukkan perbandingan taburan laporan EIA mengikut kategori aktiviti-aktivitibagi tahun 1995 dan untuk tempoh antara tahun 1988 hingga 1995.Sehingga 31 Disember 1995, sejumlah 353 laporan EIA (86 peratus) telah disemak. Initermasuklah 61laporan EIA yang dibawa ke hadapan dari tahun 1994. Manakala yangselebihnya iaitu sebanyak 56 laporan EIA masih dalam semakan ataupun keputusannyamasih tertakluk kepada beberapa maklumat tambahan yang belum diperolehi daripadapihak penggerak projek. Rajah 5.3 menunjukkan bilangan laporan EIA yang telahdisemak setiap tahun dalam tempoh masa dari tahun 1988 sehingga 1995.Sejumlah 238 daripada 348 laporan EIA yang diterima telah diluluskan, 38 laporanditolak, 16 laporan telah ditarik balik oleh penggerak projek dan selebihnya iaitusebanyak 56 laporan telah dibawa ke tahun 1996 untuk disemak. Secara keseluruhannya,

Page 18: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

bermula dari 1 April 1988, sebanyak 1,081 (75 peratus) laporan telah diluluskan, 194 (13peratus) laporan telah ditolak dan 52 laporan (3 peratus) telah ditarik balik oleh pihakpemaju. Rajah 5.4 menunjukkan status laporan EIA yang telah diproses pada setiap tahundalam tempoh masa 1988 hingga 1995.Rajah 5.5 pula menunjukkan kemajuan bagi tempoh pemprosesan laporan EIA. Secarapurata, masa yang diambil adalah 1.6 bulan bagi satu laporan iaitu dengan kadar yanglebih baik daripada tempoh 3 bulan yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan.Berdasarkan pencapaian ini, bermula dari 1 Mac 1995, Piagam Pelanggan bagimemproses setiap laporan EIA telah dikurangkan kepada 2.5 bulan bagi setiap laporan.Sepanjang pelaksanaan EIA, analisa taburan laporan EIA mengikut negeri projekdibangunkan menunjukkan tren yang sama dengan tahun 1994, iaitu 38 peratus daripadakeseluruhan jumlah laporan yang diterima ialah dari negeri Selangor dan Johor, iaitu jauhmelebihi negeri-negeri lain. Manakala laporan EIA bagi negeri Perlis dan Kelantan pulamerupakan yang terendah diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur danLabuan.Rajah 5.6 menunjukkan taburan laporan EIA bagi setiap negeri untuk tempoh 1988hingga 1995.

Kemajuan Dalam Pelaksanaan Prosedur EIAGaris Panduan SpesifikJabatan meneruskan usaha membuat susulan kepada cadangan-cadangan yang telahdiperakukan oleh Kabinet pada 9 Disember, 1992 bagi mempertingkatkan keberkesananprosedur EIA dengan menerbitkan 12 set garis panduan spesifik EIA. Garis panduanyang diterbitkan ini adalah untuk aktiviti bekalan air bawah tanah dan air permukaan,penjanaan dan pemancaran kuasa, saliran dan pengairan, pelabuhan perikanan dan

Page 19: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

akuakultur berasaskan penggunaan tanah, empangan dan takungan air, perlombongandan kuari, tempat peranginan di kawasan bukit, kemudahan pelancongan di kawasantaman negara, kemudahan pelancongan di pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairanyang diwartakan sebagai taman laut, industri, pengolahan dan pelupusan sisa pepejalperbandaran, serta pengolahan dan pelupusan buangan toksik dan berbahaya.Sebanyak 4 bengkel telah diadakan bagi menyediakan garis panduan-garis panduantersebut yang dihadiri oleh wakil daripada agensi Kerajaan di peringkat Negeri danPersekutuan, penggerak-penggerak projek, perunding-perunding alam sekitar, badanbadanprofesional dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dengan alamsekitar.Pendaftaran Perunding-Perunding EIAPada bulan Januari 1995, senarai perunding-perunding EIA yang didaftarkan telahdiumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Sehingga31 Disember 1995, sebanyak 55 firma perunding dan 176 perunding individu telahdidaftarkan dengan Jabatan Alam Sekitar. Satu mesyuarat bersama dengan perundingperundingEIA yang didaftarkan ini telah diadakan pada Julai 1995 untuk perbincangankriteria pendaftaran dan isu-isu mengenai kualiti laporan EIA yang dikemukakan kepadaJabatan. Mesyuarat tersebut telah memperakukan beberapa perkara antaranya:Penubuhan Jawatankuasa SementaraPerunding-perunding EIA yang berperanan mengkaji perkara-perkara yangberkaitan dengan perakuan perunding-perunding EIA; danPembentukan Lembaga Perunding-perunding EIA.Promosi EIAProgram-program kesedaran terus ditingkatkan melalui pembentangan beberapa kertaskerja dan mengadakan hubungan baik antara Jabatan dan pelanggan. Sepanjang tahun1995, sebanyak 15 kertas kerja yang berkaitan dengan EIA telah dibentangkan di

Page 20: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

beberapa persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.Terbitan IMPAK merupakan satu makalah keluaran Jabatan Alam Sekitar mengenai EIAdan diterbitkan setiap sukutahun. Isu-isu seperti pembangunan tanah tinggi, UlangtahunKe-7 Prosedur EIA dan kemajuannya, pelupusan sisa toksik secara haram serta auditalam sekitar telah diberi fokus dalam keluaran-keluaran yang diterbitkan.

INPUT ALAM SEKITAR DALAM PERANCANGANPEMBANGUNANJabatan meneruskan usaha menggalakkan penerapan dimensi alam sekitar ke dalamperancangan projek. Dalam tahun 1995, input-input alam sekitar kepada 66 buah projekpembangunan telah disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.7. Bilangan iniadalah sama seperti tahun yang sebelumnya.Projek-projek pembangunan yang berkaitan kebanyakannya merupakan projek-projekkerajaan yang terdiri daripada penggubalan pelan-pelan tindakan (6%), pelan-pelanpemuliharaan (5%), pelan-pelan pembangunan (17%), pelan-pelan tempatan (6 %),pelan-pelan pengurusan (7.5%), pelan-pelan induk (9 %) dan pelan-pelan struktur (27%).Selainnya ialah projek tebatan banjir (7.5%), industri (1.5%), infrastruktur (7.5%),pengairan (1.5%), lanskap (1.5%), sumber asli (1.5%) dan projek-projek pembetungan(1.5%). Senarai projek-projek ini ditunjukkan dalam Jadual 5.1.Jadual 5.1 Jabatan Alam Sekitar : Senarai Input Alam Sekitar bagi PerancanganPembangunan Projek, 1995.Jenis ProjekPelan Tindakan Pelan Tindakan AkuakulturJalan Haji Abdul Rahman (Kuantan)Pelan Tindakan Strategi Pembangunan NegeriMelakaSungai KuantanPelan Pemulihan Kajian Pinggir Pantai dan Luar Pantai bagiPenyediaan Pelan Struktur KualaTerengganu, Setiu dan Besut

Page 21: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

Pembangunan Zon Pinggir Pantai bagi GarisPanduan Perlindungan Hakisan PantaiStrategi Pemuliharaan KebangsaanPelan Pembangunan Pembangunan Akuakultur BesutKajian Kemungkinan dan Pembangunan KawasanAir Panas bagi Pelancongdi MalaysiaHulu TerengganuKuala TerangganuPembangunan Lapangan Terbang AntarabangsaKuala LumpurKajian Kemungkinan Projek Pemusatan TernakanKhinzir di BidorKajian Semula Pembangunan Ekonomi JangkaPanjang Negeri Johor: 1995-2010SetiuPelan Pembangunan Tasik KenyirProjek Tebatan Banjir Pelan Pengurusan Menyeluruh bagi LembanganSungai MudaKajian Kemungkinan dan Rekabentuk Khusus bagiSistem Sungai-sungaiPrai, Sungai Juru, Sungai Jejawi.Kajian Kemungkinan bagi Pembaikan SungaiKelantanLembangan Sungai KelangLemal dan Rantau PanjangProjek Industri Pembangunan Industri Kecil dan SederhanaProjek Infrastruktur Kajian Awal dan Kemungkinan kejuruteraan bagiJambatan Sungai DindingLumut, Perak,Kajian Kemungkinan dan Rekabentuk Terperincibagi Kerja-kerjaPerlindungan Pantai di Pengkalan Datu, KualaBesar, Kampung Buntal,Sarawak dan Tanjung Aru, Sungai Kinarut, SabahKajian Hidrolik bagi Kawasan Tadahan SungaiSarawak Kiri danKajian Kemungkinan bagi Cadangan PenambakanMerentasi Sungai Sarawak.Cadangan Pelabuhan Tanjung Pelepas, JohorBantuan Teknikal bagi Peraturan dan PolisiPengairan.Projek Pengairan Kajian Kemungkinan bagi PembangunanTakungan Air KecilProjek Lanskap Pusat Pentadbiran Persekutuan PutrajayaPelan Tempatan Bukit Jalil

Page 22: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

Pinggir Pantai KuantanPusat Bandar KuantanSeberang KuantanPelan Pengurusan Pelan Pengurusan Pantai Johor SelatanPelan Pengurusan Menyeluruh Lembangan SungaiMudaRancangan Malaysia ke-7 bagi Pasukan PetugasAlam SekitarJawatankuasa Kecil bagi Piawai Alam Sekitar-Syarat & DefinisiTaman Negara Endau- RompinPelan Induk JohorKajian mengenai Pelan Induk Operasi bagi WilayahJengkaPulau TiomanCadangan Pelan Induk bagi Taman Botanikal diSungai BulohSeri Iskandar, PerakPelancongan di Bandar MersingSumber Asli Bidang Rujukan bagi Kajian PengurusanMenyeluruh Sumber-Sumber Air di MalaysiaProjek/SistemPembetungan Kajian Pengurusan Sungai dan Kawalan AlamSekitar Sg. Sarawak :Ringkasan Kajian Kemungkinan PembetunganPelan Struktur Alor Gajah dan Jasin, Bentung, Bera, Besut,Cameron HighlandsDaerah Kuala Kangsar, Kinta dan Hulu Perak, DaerahManjung dan Perak Tengah,Hulu Terengganu, Jerantut, Kuala Terangganu, Lipis,Majlis Perbandaran Seberang PraiMaran, Pekan, Raub, Rompin. Setiu dan Termeloh

Sistem Informasi Geografik (GIS)Perkakasan dan perisian GIS telah ditingkatkan bagi menampung tiga pengguna yangmenggunakan Sistem GIS serentak melalui Rangkaian Tempatan (LAN) yang sedia ada.Peta-peta tematik GIS yang dihasilkan terus memainkan peranan dalam membekalkanmaklumat untuk membuat sesuatu keputusan. Antara projek-projek yang dijalankandalam tahun 1995 ialah:Pemetaan bagi Projek Pembangunan di Lojing, KelantanProjek-projek EIA di sekitar Mimaland

Page 23: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

Aktiviti pembersihan tanah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa SubangPembangunan di sekitar Genting HighlandsPeta Kegunaan Tanah (1990) bagi Selangor, Pahang, Terengganu, Negri Sembilandan PerlisProgram antara-muka antara GIS dan Sistem Inventori Punca-punca Pencemaran (SIPP)telah juga dibangunkan. Program antara-muka GIS-SIPP ini dapat menghubungkaitkanantara maklumat ruang dengan maklumat ‘tabular’. Di samping itu, projek baru iaituSistem Pembantu Pembuat Keputusan Alam Sekitar (EDSS) telah dicadangkan untukdilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh.Penilaian Awal Tapak ProjekPenilaian awal tapak projek-projek dapat memastikan aspek alam sekitar diambilkiradalam pembangunan projek projek yang tidak tertakluk kepada Perintah Penilaian Kesankepada Alam Sekeliling, 1987.Penempatansesuatu cadangan projek dinilai berasaskan kegunaan tanah sedia ada di sekelilingkawasan tersebut. Pelan-pelan pembangunan telah dikaji bagi memastikan kawasankawasansensitif alam sekitar seperti kawasan perumahan, sekolah, kawasan tadahan air,hutan simpan dan taman negara terletak pada jarak yang mencukupi bagi mengelakkansebarang impak alam sekitar akibat daripada aktiviti pembangunan yang dijalankan disekitarnya.Pencadang-pencadang projek perlu melaksanakan langkah-langkah kawalan yangbersesuaian bagi mengurangkan pencemaran pada awal peringkat perancangan projek.Jabatan Alam Sekitar Negeri memainkan peranan utama dalam menjalankan siasatantapak cadangan projek dan kemudiannya memajukan ulasan, pandangan dan cadangankepada pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.Pada tahun 1995, sejumlah 6,565 permohonan bagi penilaian awal tapak telah diterimaoleh Jabatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.8. Jumlah ini merupakan

Page 24: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

peningkatan sebanyak 12% berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala Rajah 5.9pula menunjukkan pecahan permohonan penilaian awal tapak yang diterima oleh JabatanAlam Sekitar Negeri.Kelulusan Pemasangan Alatan/ KemudahanSebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 danPeraturan-peraturan yang berkaitan, kelulusan dalam bentuk kebenaran bertulis dankelulusan bertulis perlu diperolehi daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekelilingsebelum pembinaan atau pemasangan sebarang kemudahan yang akan mengakibatkanpelepasan bahan-bahan pencemar kepada persekitaran. Ini bertujuan untuk memastikanlangkah-langkah pengawalan pencemaran digabungkan bagi mematuhi standard yangditetapkan dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977,Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Getah AsliMentah), 1978, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 danPeraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-effluenPerindustrian), 1979.(i) Kawalan Pencemaran AirSejumlah 796 permohonan kebenaran bertulis bagi pemasangan alat kawalan pencemaranair diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri, iaitu pertambahan sebanyak 27% daripadatahun sebelumnya. Rajah menunjukkan Negeri Johor menerima paling banyakpermohonan (42%), dan ini diikuti oleh Negeri Selangor (15 %). Jumlah kelulusan yangdikeluarkan dalam tahun 1995 ini menghasilkan penambahan sebanyak 4,468,473 meterpadu/hari effluen yang diolah.(ii) Kawalan Pencemaran UdaraSepanjang tahun 1995, sebanyak 1,189 permohonan kelulusan bertulis bagi pemasanganala pembakaran bahanapi telah diterima dan jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak

Page 25: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

17% dari tahun 1994. Permohonan yang paling banyak telah diterima daripada NegeriSabah (20%), diikuti oleh Negeri Selangor (19%) dan Johor (17%) seperti yangditunjukkan dalam Rajah 5.11. Jumlah penggunaan bahanapi cecair dan gas adalahsebanyak 268,562 tan/hari manakala jumlah penggunaan bahanapi pepejal pula ialahsebanyak 12,516 tan/hari.

PUSAT KHIDMAT NASIHAT ALAM SEKITAR DIMIDAPusat Khidmat Nasihat di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)menjalankan peranan sebagai penasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan alamsekitar, bukan sahaja kepada pelabur-pelabur malah kepada orang ramai. Dalam tahun1995, sebanyak 35 pelabur tempatan dan asing serta 40 orang awam telah mendapatkannasihat dan maklumat mengenai alam sekitar. Perkara-perkara berkaitan dengan alamsekitar yang seringkali ditanya atau dirujuk adalah mengenai pembangunan projek-projekyang tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling 1987,kesesuaian tapak bagi projek yang dicadangkan, keperluan-keperluan di bawah AktaKualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan yang berkaitan, galakan-galakanbagi pemasangan alat pengawalan pencemaran, prosedur EIA dan keperluankeperluannya,peluang-peluang untuk memberikan perkhidmatan berkaitan alam sekitartermasuk perundingan dan teknologi kepada industri yang sedia ada, dan juga perananpenswastaan dalam rancangan jangka panjang kerajaan dan polisi-polisi alam sekitaryang akan memberi kesan kepada sektor industri.Jabatan Alam Sekitar juga merupakan ahli jawatankuasa kepada Jawatankuasa TindakanBerkenaan Pengindustrian yang meluluskan lesen pengilang dan galakan. Pada tahun

Page 26: Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

1995, sejumlah 80 permohonan lesen pengilang telah dirujuk kepada Jabatan AlamSekitar untuk nasihat dan ulasan. MIDA juga menerima sejumlah 1,075 permohonan bagiprojek-projek pengilangan berbanding dengan hanya 1,018 permohonan pada tahun 1994.Daripada jumlah tersebut, 554 permohonan adalah bagi projek-projek pengilangan barudan selebihnya iaitu 521 permohonan adalah bagi projek pembesaran danmempelbagaikan pengeluaran. Sejumlah 894 buah projek telah diberikan kelulusan olehpihak MIDA berbanding 870 kelulusan dalam tahun 1994.Sebanyak 516 buah projek daripada 894 kelulusan yang telah dikeluarkan adalah projekpengilangan baru, sementara 378 adalah bagi projek pembesaran dan mempelbagaikanpengeluaran kilang. Daripada jumlah ini, 41 projek adalah tertakluk di bawah PerintahPenilaian Kesan kepada Alam Sekeliling yang kebanyakannya merupakan projek industrikimia dan petrokimia, projek kitar semula buangan terjadual, pengeluaran bahan bukanlogam seperti simen dan kapur, kilang kertas dan juga kawasan peranginan pinggirpantai.(Petikan daripada Sumber Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar)