peranan agensi awam & glc dalam …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 jan 2009/tajuk 4/tajuk...

12
1 PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM MEWUJUDKAN DAN MEMPERKASA USAHAWAN BARU YANG KOMPETEN DAN BERDAYA SAING: SUATU GAGASAN DAN CABARAN MASA DEPAN DATUK NAM BIN MARTHININ Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Othman Ahmad Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) 1.0 Sejarah Penubuhan MARA Majlis Amanah Rakyat ditubuhkan pada Mac 1966 hasil resolusi Persidangan Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama berperanan sebagai agensi pemegang amanah bagi pembangunan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera. MARA adalah merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MECD). Selain dari MARA, terdapat lebih daripada 60 agensi yang terlibat dalam membangun dan membantu Bumiputera dalam perniagaan yang terletak di bawah 14 kementerian. 2.0 Objektif MARA Menggalak , membimbing, melatih, membantu Bumiputera menyertai dengan aktif aktiviti perdagangan dan perusahaan dalam membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, professional dan kukuh 3.0 Visi Dan Misi MARA Visi MARA adalah menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa sebagai; - Penggerak dan pemangkin yang aktif - Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan - Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan - Organisasi pemikir

Upload: donhan

Post on 06-Sep-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

1

PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM MEWUJUDKAN DAN MEMPERKASA USAHAWAN BARU YANG KOMPETEN DAN

BERDAYA SAING: SUATU GAGASAN DAN CABARAN MASA DEPAN

DATUK NAM BIN MARTHININKetua Pengarah

Majlis Amanah Rakyat

(Dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Othman AhmadTimbalan Ketua Pengarah (Usahawan)

1.0 Sejarah Penubuhan MARA

Majlis Amanah Rakyat ditubuhkan pada Mac 1966 hasil resolusi Persidangan

Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama berperanan sebagai agensi pemegang amanah

bagi pembangunan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera. MARA

adalah merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan

Usahawan Dan Koperasi (MECD). Selain dari MARA, terdapat lebih daripada 60

agensi yang terlibat dalam membangun dan membantu Bumiputera dalam perniagaan

yang terletak di bawah 14 kementerian.

2.0 Objektif MARA

Menggalak , membimbing, melatih, membantu Bumiputera menyertai dengan aktif

aktiviti perdagangan dan perusahaan dalam membentuk masyarakat usahawan

Bumiputera yang berdaya tahan, professional dan kukuh

3.0 Visi Dan Misi MARA

Visi MARA adalah menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari,

berautonomi dan berwibawa sebagai;

- Penggerak dan pemangkin yang aktif

- Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan

- Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan

- Organisasi pemikir

Page 2: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

2

Misi MARA adalah menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk

mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi dan

kemasyarakatan

4.0 Pelan Strategik MARA (2006-2015)

Satu hasrat bagi membina nilai pemilikan Bumiputera dalam ekonomi dengan

mengukuhkan kedudukan usahaniaga konvensional dan menempatkan Bumiputera

untuk memainkan peranan lebih berkesan dalam bidang-bidang baru dan bakal

muncul.

5.0 Strategi Pelaksanaan Program MARA

MARA telah menyediakan satu perancangan sepuluh tahun di bawah Pelan Strategik

MARA (PSM) yang mengandungi tiga teras utama iaitu:

i. Knowledge Based Entrepreneur

- Pengukuhan serta pembukaan peluang-peluang

- Pembangunan pengeluaran poduk usahawan

- Kemudahan serta perkhidmatan kewangan

- Sokongan Rangkaian serta komuniti perniagaan yang kuat

ii. Knowledge Worker:

- Peningkatan ilmu dan kemahiran

- Inovasi dan kreativiti

- Memula dan membentuk rangkaian strategik terbaik

- Pendedahan & pengalaman terbaik di dalam organisasi terpilih di dalam &

luar negara

iii. Knowledge Based Organisation:

- Pembangunan modal insan

- Politik

- Pengurusan ilmu & ICT

Page 3: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

3

MENEMPATKAN USAHAWAN BUMI DALAM BIDANG BAKAL MUNCU

§

MENENTUKAN BIDANG-BIDANG TEKNOLOGI STRATEGIK &

MENJURUSKAN USAHAWAN DAN TENAGA PAKAR BUMIPUTERA

§ §

HASRAT STRATEGIK PSM

MATLAMAT STRATEGIK (M)

PEMACU STRATEGIK (P)

PROGRAM–PROGRAM TERAS (T)

PROGRAM PELENGKAP (K)

MENGUKUHKAN & MEMBINA EKUITI BUMIPUTERA MENERUSIMPPB ERA PENGETAHUAN

TeknousahawanPembiayaan EkuitiInkubator Teknologi

Hijrah Nilai PerniagaanPembiayaan Aset

Bimbingan KerjayaLifelong Learning

INTEMKIMAR

KIMLPU

TeknoPUTRAPUM

PENGUKUHAN USAHAWAN

DALAM BIDANG SEDIA ADA

MELAHIRKAN K-PEKERJA UTK MENYOKONG PENCEBURAN DLM

BIDANG SEDIA ADA DAN BAKAL MUNCUL

MENYOKONG PERTUMBUHAN USAHAWAN SUPAYA MENINGKAT

DARI STATUS IKS KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI

WUJUDKAN GRADUAN & TENAGA MAHIR YG MEMPUNYAI DAYA

SAING & ORIENTASI KEUSAHAWAN YG LEBIH KUAT

6.0 Peranan EKS Dalam Pembangunan Ekonomi Negara

Terdapat hampir 500 ribu buah Enterprise Kecil Dan Sederhana (EKS) di Malaysia

yang menyumbang lebih lima juta peluang pekerjaan seterusnya menyumbang 30

peratus kepada KDNK negara dan secara langsung merupakan agen bagi merapatkan

jurang antara kaum dalam negara. Penyertaan ekuiti Bumiputera mengikut sektor

setakat 2004 ialah 18.9%.

7.0 Peranan MARA Dalam EKS Bumiputera

Sebagai sebuah agensi amanah di antara agensi-agensi terpenting di bawah MECD. Di

dalam RMKe-9, MARA telah diberi peruntukan sebanyak RM3.1 billion di mana

hampir RM890 juta diperuntukan bagi tujuan Program-program Pembangunan

Usahawan:

Pecahan Peruntukan MARA adalah seperti berikut:

Page 4: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

4

• Bahagian Pembangunan Usahawan – RM210.0 juta

• Bahagian Pembangunan Infrastuktur– RM308.6 juta

• Bahagian Pembiayaan Perniagaan – RM317.0

• Bahagian Kenderaan – RM75.0 juta

Status Pencapaian Terkini

RMK8 RMK9 SETAKAT 31 OKT. 2008

Sektor Usahawan Peruntukan

(RM)

Pencapaian

(RM)

Peruntukan

(RM)

Pencapaian

(RM)

Pembangunan

Usahawan

87,000,000 61,339,529 210,000,000 123,220,907

Pembiayaan

Perniagaan

200,000,000 200,000,000 300,000,000 751,603,930

Pembangunan

Infrastruktur

Perniagaan

241,850,740 166,696,659 308,652,000 130,972,711

Kenderaan Bas

MARA

82,600,000 82,600,000 75,000,000 65,000,000

JUMLAH 611,450,740 510,636,188 893,652,000 1,070,797,548

Page 5: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

5

ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020

STRATEGY MECD

STRATEGY MARA

KEKWKBO

MPPB

Peluang perniagaanKemudahan Perniagaan

USAHAWAN EKSGLOKAL

FRANCHISOR

CONVERSIONCLUSTER

CORRIDOR

Sasaran UsahawanRMK9

60,000 – EKS

50 – Top entrepreneurs

Peruntukan RM890 juta

Pengukuhan (Infra)

MOU

TPPU / TIM

FITEC

MFSB

IUB

BSC

INTEM

EDU-BIZ

MARA INC

DIDEC

Retail Lanskap

Vendor Lanskap

Conversion Lanskap

Teknopreneur Lanskap

IBS / Hardware Lanskap

Kawalan Kredit

Pembiayaan Perniagaan

Ruangniaga / Industri

Pembangunan Usahawan

Kenderaan

Pendekatan Pelaksanaan

8.0 Cabaran EKS

i. Pengukuhan sistem & business model:

Dalam menempuh cabaran era globalisasi, EKS perlu mengukuhkan system

pengurusan dengan menambah nilai perkhidmatan supaya mencapai piawaian

peringkat antarabangsa.

ii. Amalan Perniagaan Terbaik & benchmarking:

EKS Bumiputera perlu mengamalkan sistem pengurusan perniagaan yang

berorientasikan pelanggan (Customer Oriented) dengan mewujudkan

benchmarking bagi mendapatkan kelebihan berbanding pesaing berupaya

dicapai menerusi kekuatan pengurusan, tenaga kerja mahir dan juga menerusi

pakatan strategik (smart partnership)

Page 6: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

6

iii. Transformation & Business Restructuring:

Kaedah ini adalah merupakan satu strategi pengukuhan perniagaan melalui

penstrukturan, penyusunan dan repositioning bagi mengoptimakan

penggunaan sumber serta mengurangkan kos melalui ekploitasi teknologi

terkini dan kemudahan ICT

iv. Risikan Pasaran (Market Intelligence)

Usahawan Bumiputera hendaklah memiliki dan mempunyai akses kepada

kehendak pasaran seperti akses kepada profil pesaing, jaringan pasaran dan

peluang serta keupayaan menembusi pasaran melalui penjenamaan, rekaan

pembungkusan produk tersendiri dan juga kualiti produk yang menepati

piawaian antarabangsa bagi membolehkan pewujudan jaringan perniagaan

bersama usahawan antarabangsa baru terutamanya dari kalangan negara OIC

v. Keupayaan Penyelidikan & Pembangunan Produk (R&D)

Bagi menjamin kesinambungan (perpetuity) perniagaan serta penguasaan

dalam pasaran, EKS Bumiputera perlu menggiatkan aktiviti R&D sama ada

secara persendirian ataupun menerusi kerjasama agensi-agensi kerajaan/swasta

yang menjalankan R&D. Usaha-usaha R&D juga perlulah menjurus

kepada pembangunan produk-produk baru, pembaharuan produk sedia ada,

penambahbaikan kaedah pengeluaran, pembungkusan produk yang lebih

menarik serta peningkatan mutu perkhidmatan

vi.. Keupayaan Merebut Peluang Dalam Wilayah Pembangunan Ekonomi

Kesungguhan kerajaan dalam merencanakan agenda pembangunan setiap

negeri telah melahirkan program pembangunan ekonomi mengikut wilayah

meliputi Iskandariah Development Corridor, Northern Corridor Economic

Region, East Corridor Economic, Region, Sabah Development Corridor dan

Sarawak Corridor of Renewable Energy. Program-program pembangunan ini

bakal mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan bagi menjana ekonomi

setempat

Page 7: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

7

vii. Penyertaan Dalam Program Pemasaran Domestik Dan Antarabangsa

Di era globalisasi, usahawan Bumiputera perlu menggiatkan usaha bagi

membuka pasaran di luar jaringan sedia ada. Cabaran utama usahawan adalah

persaingan dari negara luar yang menawarkan produk-produk generic pada

harga lebih rendah memungkinkan usahawan Bumiputera juga mengikut

langkah sama dengan menawarkan pelbagai produk unik dan inovasi ke

pasaran antarabangsa seperti produk makanan halal, herba dan farmaseutikal

viii. Pengukuhan NGO Perdagangan

Persaingan ketara di antara usahawan Bumiputera dan usahawan lain boleh

diatasi melalui kesepakatan semua NGO Perdagangan Bumiputera secara

permuafakatan atau mengamalkan sikap solidarity. Dengan cara ini, jurang

persefahaman dapat dihapuskan seterusnya mewujudkan pencapaian matlamat

yang seiring iaitu menjadi satu entiti perdagangan yg kukuh bagi merebut

peluang-peluang perniagaan seterusnya memainkan peranan aktif terutamanya

diperingkat global.

ix. Penguasaan Rantaian Nilai sesuatu industri

Penguasaan usahawan Bumiputera dalam sesuatu industri melibatkan

pengukuhan rantaian nilai industri tersebut. Langkah ini amatlah penting bagi

mengelakkan manipulasi kos bahan mentah, kestabilan stok bekalan serta

aktiviti pengedaran produk hasil keluaran yang mengelakkan sebarang krisis.

9.0 Prospek Masa Depan

Kerajaan di bawah Industrial Master Plan 3 (IMP3) telah menggariskan peluang-

peluang perniagaan yang boleh disertai oleh usahawan Bumiputera dalam sektor

resource based dan non-resource based. Kerajaan menjangkakan sektor-sektor ini

akan menyumbang kepada pelaburan yang besar dalam ekonomi negara antara 2006

hingga 2020.

Page 8: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

8

10.0 Bidang-bidang Keutamaan

Fokus MARA dalam pembangunan usahawan Bumiputera meliputi beberapa industri

seperti berikut:

i. Food Processing:

Berdasarkan jangkaan industri ini berkembang pada kadar 7.8% setahun,

keutamaan MARA adalah kepada produk halal, herbal,functional food dan

ingredient product. MARA telah dan sedang mengambil inisiatif penting

dalam memajukan industri makanan halal Bumiputera dengan mewujudkan

sebuah kompleks R&D dikenali sebagai Inkubator Teknologi Makanan

(INTEM) terletak di Kepong dengan kos dianggarkan RM42 juta dan dijangka

siap pada Mac 2009. Komponen kompleks ini adalah seperti berikut:

Industri Jumlah(RM Billion)

30% Ekuiti Bumiputera(RM Billion)

Non-Resource Based Sectors:

Elektrik & Elektronik 82.4 24.7

Alatan Perubatan 19.4 5.8

Tekstil & Perhiasan 13.7 4.1

Peralatan & Perkakasan 30.8 9.2

Logam 44.2 13.3

Peralatan Pengangkutan 42.3 12.7

Resource Based Sectors:

Petrochemicals 34.0 10.2

Pharmaceuticals 6.7 2.0

Wood-based 25.4 7.6

Rubber-based 12.9 3.9

Oil Palm-based 26.1 7.8

Food processing 24.6 7.4

Page 9: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

9

- Makmal R&D Teknologi Makanan yang menguruskan perkara-perkara

berkaitan pembangunan produk, kandungan nutrien, piawaian, kawalan

mutu makanan serta pembangunan teknologi makanan melalui

pemindahan teknologi.

- Pusat Teknologi Pembungkusan yang menyediakan kajian kaedah,

tatacara pembangunan produk melalui rekabentuk, bahan

pembungkusan serta prototyping menggunakan teknologi terkini bagi

peningkatan imej dan kualiti produk yang dihasilkan.

- Inkubator Makanan yang menyediakan ruang perusahaan lengkap

dengan piawaian GMP & HACCP kepada usahawan Bumiputera yang

baru menceburi perniagaan sebagai model konsep perusahaan makanan

yang standard.

- Food training center iaitu menyediakan latihan dan juga transfer of

technology terkni mengenai pengeluaran makana dan amalan-amalan

(best practice) dalam pembuatan makanan supaya setanding dengan

keperluan antarabangsa.

ii. Wood-based:

Industri perabot & asas kayu dijangka menjadi antara penyumbang kepada

pembangunan eknomi negara pada masa hadapan dengan jangkaan kadar

pertumbuhan 6.4% dengan nilai pelaburan RM25.4 Billion. Pada masa ini

penyertaan Bumputera masih kurang memberansangkan di mana terdapat

seramai 300 buah perusahaan perabot yang aktif berdaftar dengan MARA di

bawah FITEC. Secara keseluruhannya, nilai eksport perabot Bumiputera jauh

lebih rendah berbanding dengan bukan Bumiputera. Sehubungan itu, MARA

melalui FITEC menyediakan pelbagai kemudahan latihan pemindahan

teknologi, rekabentuk produk serta program pembangunan vendor kepada

usahawan Bumiputera disamping meningkatkan pasaran melalui projek

Perabot Ria dan promosi keluar negara.

iii. Oil Palm Based:

Sepanjang tempoh 2006-2020, adalah dijangka eksport kasar berasaskan

oleochemical & bio-diesel berjumlah RM78.8 billion dengan nilai pelaburan

sebanyak RM26.1 billion. Lima teras yang perlu dilaksanakan oleh usahawan

Bumiputera bagi melibatkan diri dengan jayanya dalam bidang ini meliputi :

Page 10: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

10

- Kepelbagaian penggunaan bahan asas sawit yang mampu

dikomersilkan ke pasaran antarabangsa.

- Meningkatkan kebergantungan produk berasaskan sawit di pasaran

terbuka.

- Mempromosi pelaburan sawit serta mewujudkan jaringan pasaran

sawit di peringkat antarabangsa.

- Menggiatkan usaha R&D produk berasaskan sawit melalui kerjasama

syarikat antarabangsa.

- Memperkukuhkan pasaran domestik serta khidmat sokongan kepada

industri sawit

iv. Distibutive Trade:

Penekanan MARA kepada asas distributive trade melibatkan bidang industri

peruncitan dengan mewujudkan lanskap peruncitan yang melibatkan sepuluh

kluster peruncitan merangkumi:

- Automotif & Sikal

- Hiasan Dalaman & Perabot

- Pakaian, Aksesori & Kraftangan

- Makanan & Minuman

- Kecantikan

- Kesihatan

- ICT & Telekomunikasi

- Peralatan Elektrik dan Elektronik

- Perkakasan Binaan/IBS

- Pelbagai Runcit

v. Industri Binaan & IBS:

Menyedari penyertaan usahawan Bumiputera kurang berkesan dalam industri

ini, MARA menyahut hasrat kerajaan seperti berikut:

- Pengurangan pergantungan kepada tenaga kerja asing.

Page 11: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

11

- Peningkatan kualiti, produktiviti, keselamatan, dan daya saing dalam

industri pembinaan.

- Matlamat jangka panjang untuk mencapai Sistem.

- Pembinaan Terbuka dan mengindustrikan sepenuhnya sektor pembinaan

Malaysia menjelang tahun 2010.

vi. Pelancongan:

MARA telah mengenal pasti pelancongan sebagai satu industri yang

mempunyai potensi untuk berkembang pesat berdasarkan beberapa faktor

berikut:

- Lokasi-lokasi percutian baru yang strategik di mana hampir

keseluruhannya dimilik oleh Bumiputera.

- Aliran pertukaran mata wang asing kepada Ringgit Malaysia dalam jumlah

yang tinggi.

- Mewujudkan spin-off effect dalam mewujudkan peluang pekerjaan dalam

skala yang besar.

- Menggalakkan pewujudan industri desa (cottage industri) secara meluas.

vii. Pharmaceutical:

Bidang ini amat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat di negara ini.

Penggantungan kepada ubat-ubatan dilihat semakin meningkat dari masa ke

semasa. Justeru dengan keupayaan teknologi terkini yang memungkinkan

kajian penemuan ubat-ubatan dilakukan di negara ini. Makan, peluang

mewujudkan industri berasaskan pharmaceutical perlu diberi penekanan

kerana bilangan pesaing yang masih rendah.

11.0 Rumusan

Dalam memastikan matlamat MPPB tercapai, usahawan Bumiputera harus

mengambil peluang dalam menceburi bidang-bidang yang diberi keutamaan. Di

samping itu, usahawan Bumiputera perlu sentiasa mempelajari serta mengaplikasi

teknologi terkini bagi meningkatkan tahap kompetitif EKS Bumiputera.

Bagi meningkatkan peluang pasaran produk serta perkhidmatan, usahawan

Bumiputera perlu sentiasa merisik peluang pasaran antarabangsa sama ada secara

Page 12: PERANAN AGENSI AWAM & GLC DALAM …ii.islam.gov.my/muamalat/static/pdf/13 JAN 2009/TAJUK 4/TAJUK 4... · 5 ROAD MAP ENTREPRENEUR DEVELOPMENT FOR PSM TOWARD 2020 STRATEGY MECD STRATEGY

12

bersendirian ataupun mewujudkan jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat asing

melalui smart partnership ataupun strategic alliance.

Akhir kata, integrasi komuniti usahawan Bumiputera bersama NGO Perdagangan

Bumiputera juga penting bagi menjamin kemuafakatan sesama bangsa dan agama

sentiasa terjalin bagi memupuk semangat kerjasama yang lebih erat serta harmoni.