‘grand strategy’, globalisasi, dan gubahan nilai islam...

15
1 ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam & Gagasan Perpaduan Ummah di Malaysia MOHAMAD ABU BAKAR ‘Grand Strategy’ boleh ditakrifkan sebagai perancangan dan pelakuan menyeluruh dan berjangka jauh, dengan bersasaran suatu gubahan hidup yang berimpak, termasuk ke atas persekitarannya, sama ada di peringkat nasional, serantau atau antarabangsa. Selaku pelan operasi menuju suatu konfigurasi hidup berupa “imagined society”, atau “Invisible Nation”, ia bertindak sebagai sebuah konstruk yang menjadi rujukan, atau suatu naratif besar yang menjadi ikutan. Sebagai perancangan dan pelakuan ia lebih daripada suatu “road map”: penterjemahan atau pelaksanaannya memerlukan penglibatan serta sistem sokongan yang menjadi batu bata dalam penggubahannya. Pelan strategik sebegini tidak boleh diperkasakan tanpa penyertaan faktor-faktor ini secara tersusun dan konsisten. Keberadaban atau kehadiran penglibat dan penggiat amat crucial dalam pembugaran “grand strategy”. Peranan mereka secara aktif, dan pengiat pro-aktif dan asertif berpotensi besar bagi menjamin kejayaan “grand design” yang menjadi natijah kepada “grand strategy”. Malah dalam situasi ketiadaan “grand strategy” sebagai kerangka dan konteks bertindak, matlamat “grand strategy” masih boleh dicapai SEKIRANYA para penglibat dan penggiat berkelengkapan DNA yang menjuruskan kehidupan mereka kepada sasaran yang sama. Ertinya, cita-cita besar mampu terangkat sehingga membuah gubahan setara dengan objektif “grand strategy” sendiri. ______________________________________________________________________ * Versi asal tulisan ini telah diwacana dalam satu majlis usrah di Kota Damansara, Selangor, pada April 4, 2016 yang lalu.

Upload: phungkhuong

Post on 10-May-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

1

‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &

Gagasan Perpaduan Ummah di Malaysia

MOHAMAD ABU BAKAR

‘Grand Strategy’ boleh ditakrifkan sebagai perancangan dan pelakuan

menyeluruh dan berjangka jauh, dengan bersasaran suatu gubahan hidup yang

berimpak, termasuk ke atas persekitarannya, sama ada di peringkat nasional, serantau

atau antarabangsa. Selaku pelan operasi menuju suatu konfigurasi hidup berupa

“imagined society”, atau “Invisible Nation”, ia bertindak sebagai sebuah konstruk yang

menjadi rujukan, atau suatu naratif besar yang menjadi ikutan.

Sebagai perancangan dan pelakuan ia lebih daripada suatu “road map”:

penterjemahan atau pelaksanaannya memerlukan penglibatan serta sistem sokongan

yang menjadi batu bata dalam penggubahannya. Pelan strategik sebegini tidak boleh

diperkasakan tanpa penyertaan faktor-faktor ini secara tersusun dan konsisten.

Keberadaban atau kehadiran penglibat dan penggiat amat crucial dalam

pembugaran “grand strategy”. Peranan mereka secara aktif, dan pengiat pro-aktif dan

asertif berpotensi besar bagi menjamin kejayaan “grand design” yang menjadi natijah

kepada “grand strategy”. Malah dalam situasi ketiadaan “grand strategy” sebagai

kerangka dan konteks bertindak, matlamat “grand strategy” masih boleh dicapai

SEKIRANYA para penglibat dan penggiat berkelengkapan DNA yang menjuruskan

kehidupan mereka kepada sasaran yang sama. Ertinya, cita-cita besar mampu

terangkat sehingga membuah gubahan setara dengan objektif “grand strategy” sendiri.

______________________________________________________________________

* Versi asal tulisan ini telah diwacana dalam satu majlis usrah di Kota Damansara,

Selangor, pada April 4, 2016 yang lalu.

Page 2: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

2

Oleh yang demikian, secara lojiknya, sekiranya “grand strategy” yang

dimaksudkan berbekalkan penglibat dan penggiat berkenaan dan disokongi oleh

prasarana atau institusi yang berkaitan, kejayaannya lebih terjamin. Dengan itu,

sewajarnya perancangan dan pelakuan sesuatu “grand strategy” turut memuat

penyediaan penglibat dan penggiat yang bertanggunjawab kepada misi dan visinya.

I. ‘Grand Strategy’ sebagai Gubahan & Gerakan

Sejarah kontemporari atau sejarah semasa telah menampil beberapa “grand strategy”,

sesetengahnya masih beroperasi, khasnya di peringkat antarabangsa. “Grand Strategy”

sebagai deskripsi mungkin tidak terpasang pada perancangan dan pelakuan

berkenaan, namun pada hakikatnya pelan operasi yang tersemat dengan berbagai

taktik sesungguhnya adalah “grand strategy” di bawah penajaan sesuatu kelompok atau

negara.

Semenjak penubuhannya lagi, Amerika Syarikat yang diarusi oleh nilai WASP

(White Anglo-Saxon Protestants), dengan gagasan untuk memartabatkan “kebebasan”

dan “demokrasi liberal” dan memasyarakatkan nilai-nilai ke Amerikanan keluar, ke

seantero dunia, telah bertindak menunduk pihak lain, kadangkala secara paksaan.

Perasaan bahawa Tuhan menyebelahi mereka, dan bangsa Amerika berkedudukan

“superior” begitu dominan. Maka bersandarkan “Manifest Destiny” ini, negara itu bukan

sahaja telah merampas Texas dan jajahan Mexico, tetapi juga merempuh Afghanistan

dan Iraq. Atas dasar “American exceptionalism”, ia telah merencana dan mencipta PBB,

Rancangan Marshall, Bank Dunia dan IMF untuk merealisasi cita-cita sejagatnya. Bagi

mengekang kominisme yang menjadi musuh nilai-nilai Barat ke Amerikanan,

Washington memasang dasar pembendongan (Containment Policy), yang melibat

pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara.

Sekitar kurun ke-19, telah terbentuk dan terpupuk Zionisme, suatu “grand

strategy” untuk memajukan objektif penubuhan “Jewish homeland” di atas bumi Palestin

dan memerangkapkan pihak yang bertentangan. Dasar kebangsaan yang bersalutan

ideologi bahawa Yahudi adalah pilihan Tuhan, berusaha dan bertindak mempertemu

bangsa tersebut yang berada dalam diaspora semenjak 600 tahun sebelum Masihi.

Zionisme yang disokong dan dibantu oleh penglibat dan penggiat yang berjiwa

Page 3: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

3

sehaluan, daripada kalangan Yahudi Ashkenazi terutama sekali, menjadikan

pembentukan “Eretz Israel”, sebagai matlamatnya. Di mana-mana, khasnya di Amerika

Syarikat, pihak-pihak yang menyokong atau bersekongkol denganya seperti Anti-

Defamation League (ADL), bergerak sama, termasuk membenteras gejala “holocaust

denials”. Minda Arab dilapah untuk memudahkan kejayaan. Dewasa ini, kejayaan demi

kejayaan yang tertempa oleh “grand strategy” mereka, termasuk berikutan “aliyah” atau

migrasi, merangsang para zionis untuk mengembang wilayah mereka melebihi Der

Judenstaat, atau Israel yang sedia ada. Zionisme, sebagai sebuah “grand strategy”

masih terpacak menjadi rujukan hingga ke hari ini, sama ada ia digandingkan dengan

“Protocol of the Elders” ataupun tidak.

Menjelang dan semasa Perang Dunia ke 2, Nazisme dan Projek Rantau Makmur

Asia Timur Raya (Dai – to – akyoiekan) merupakan dua “grand strategy” yang terpupuk.

Di bawah Hilter, penubuhan “Third Reich (Drittes Reich) yang menjadi matlamat telah

merangkai individu dan institusi dalam suatu perancangan strategik, melibat perjuangan

bangsa Jerman sebagai “Master Race”, pengamalan sains engenics, propaganda dan

pembugaran dasar luar yang membawa kepada penaklukan dan pengluasan wilayah

(Deutsches Reich, atau German Empire). “Grand Design” yang terungkap dalam karya

Hilter, Mein Kampf, dan yang menyasar kepada penghayatan masyarakat berasaskan

bangsa, ternyata begitu berpengaruh sekali. Tidak kurang juga pentingnya ialah “grand

strategy” Jepun untuk menakluk Asia Timor sambil menafikan penjajah Barat, dalam

rangka usaha penubuhan “bloc of Asian Nations led by the Japanese and free of

Western powers”. Idea yang tercanang oleh sarjana Kiyoshi Miki, mengalami

penghayatan ketara menerusi propaganda dan perang.

Kalaulah kedua-dua strategi yang melibatkan Amerika Syarikat dan Yahudi

Zionis jelas bergerak berbekalkan penglibat dan penggiat yang berkesedaran dan

berpengetahuan mengenai misi dan visi disebalik rancangan besar yang terlibat,

peserta dan bakal peserta dalam gerakan Nazisme dan penubuhan “Greater East Asia

Co-Prosperity Sphere” semacam terpaksa diasuh, diolah dan dibentuk supaya mereka

berkedudukan dan berperanan menjayakan skim kerajaan masing-masing. Semua

pihak, termasuk Gestapo, “Hitler’s Youth”, dan para doktor didoktrinasikan sebegitu

Page 4: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

4

rupa sehingga mereka berjuang ke arah kejayaan “Third Reich”; begitulah juga di

Jepun, anggota “Imperial Japanese Army”, termasuk pejuang kamikaze, para sarjana,

diarah dan dikerah untuk menjayakan perintah Maharaja, dan menempat bangsa Jepun

sebagai pemimpin di rantau timur Asia. “Misi pentamadunan” atau mission civilisatre

sebagaimana yang terserap dalam “Pax Americana” atau “The Chosen People”

sebagaimana yang bersebati dalam Zionisme, tidak mencirikan kebangkitan Jerman

dan Jepun ini.

Kebangkitan China akhir-akhir ini, berikutan tamatnya Perang Dingin dan

penularan globalisasi, mengundang pertanyaan. Sekiranya ia bersifat Pax Sinica

dengan gagasan pengluasan wilayah (nine-dash line) meliputi Nanyang (Laut China

Selatan), penggunaan kepakaran dan modal orang Cina dimerata dunia, termasuk di

Thailand, Singapura dan Malaysia, dan pembentukan semula rangkaian Laluan Sutera

(Silk Road) yang melibatkan Asia Tengah, Timur Tengah dan Eropah, maka itu

menjelaskan suatu “grand strategy”. Sebagai “global power” dengan kecenderungan

expansi ia memungkin “clash of grand strategies” dengan pihak lain seperti Amerika

Syarikat, dan bukan sekadar “Clash of Civilization”. Lebih menarik lagi ialah komitmen

kebangsaan orang Cina yang turut mengiringi kedudukan mereka sebagai pengusaha

dan pelabur yang berpotensi menghasil SATU gubahan yang berimpak. Malah melihat

pada perwatakan orang Cina, dengan DNA mereka yang menyatukan sesama

sebangsa, kehadiran suatu “grand strategy” bukanlah suatu pra-syarat dalam

kejayaannya. Aspek “cunning, creativity and clannishness” memanfaatkan pelaksanaan

bersama cita-cita besar tersebut.

Singapura pula, semenjak kemerdekaannya berikutan perpisahan dari Malaysia

dalam tahun 1965, dipercayai bergerak dan bertindak dalam wawasan sebuah “grand

strategy”. Idea menjadikannya “The New York of Malaysia”, ketika ia masih berada di

dalam Malaysia dan gambarannya sebagai “The Israel of Southeast Asia”, serta

gelarannya sebagai “The Switzerland of the East”, selepas pemecatannya dari

Malaysia, membayangkan jalur-jalur yang bergerak dalam pengubahan Singapura yang

merdeka. Sungguhpun konsep “Malaysian Malaysia” gagal diterjemahkan menjadi

realiti, Singapura yang telahpun muncul sebagai kuasa ekonomi dan kuasa tentera

Page 5: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

5

terkuat di rantau ini tentu sekali tidak lahir sewenang-wenang tanpa berbekalkan “grand

strategy”. Ungkapan “exceptionalism” yang dipadankan pada pengalaman negara-kota

itu bukanlah suatu deskripsi kosong. “The Little Red Dot” sudahpun bertukar menjadi “A

Large Yellow Sun”, kadangkala memanaskan negara-negara berjiranan dengannya

secara berlebihan.

Sebagai sebuah “global city” (ecumenopolis), berpandukan “pragmatic idealism”

dan ditangani oleh “high calibre minds”, Singapura menjadi rujukan negara jiran, dan

pengaruh yang mendefinasi persekitaran serantau. Ia bukan sahaja berkelengkapan

lebih daripada 100 buah peluru berpandu jarak sederhana, kapal terbang pejuang jenis

F-15 dan F-16, dan dinaungi Amerika Syarikat, menjadikannya satu-satu “garrison

state” di Asia Tenggara, negara-kota ini juga bertindak memisahkan diri daripada

sejarah tempatan dan menafikan pengaruh negara jiran. Kejayaan dan kekayaannya,

dengan penampilan pelabur dari seluruh dunia dan pelancongan sekitar 15 juta

setahun, menjelaskan tahap pencapaian sebuah “grand strategy”. Pengantarabangsaan

Singapura, dengan penularan pengaruh China di Asia Tenggara, menjamin penerusan

projek “Greater Singapore” dengan impaknya yang berpanjangan ke atas persekitaran

luar, termasuk Malaysia.

Tidak pasti sama ada orang Melayu yang beragama Islam, khasnya di Malaysia,

pernah bergerak di bawah sesuatu “grand strategy”. Selama ini, “Melayu Raya” yang

berasaskan “rumpunisme”, merupakan sebuah konstruk yang longgar bercirikan

nostalgia kegemilangan lepas dunia Melayu Nusantara dengan Majapahit-Srivijayanya,

tetapi tidaklah pula menjelma sebagai sebuah doktrin yang koheran. Ia sememangnya

terpugar pada suatu ketika di bawah tajaan Propagandists dan Apolinario Mabini di

Filipina, Muhammad Yamin dan Tan Malaka di Indonesia, dan Ibrahim Hj. Yaacob di

Malaya. Kemuncak kepada perkembangan ini ialah kelahiran Maphilindo pada Jun

1963 berikutan Persidangan Menteri-menteri Luar Malaya, Filipina dan Indonesia di

Manila. Segalanya semacam terhenti disitu. Adapun Persekutuan Malaysia (Greater

Malaya), hasil gabungan Malaya, dan tiga lagi bekas tanah jajahan British, Singapura,

Sabah dan Sarawak, yang jelas merupakan projek bersama Inggeris-Kuala Lumpur,

Page 6: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

6

lebih tertumpu kepada isu keselamatan, politik dan ekonomi, dan tidak menetas

sesuatu binaan baru daripada segi gubahan nilai.

Apakah “Rancangan Luar Bandar”, “Dasar Pelajaran Kebangsaan”, “Dasar

Ekonomi Baru”, dan akhir-akhir ini “Wawasan 2020”, “Islam Hadhadri” dan “Islam

Moderat” yang dicanangkan boleh dianggap “grand strategy”? Paling jauh, segalanya

ini adalah “strategy” jangka pertengahan, dan lebih tepat lagi diperihalkan sebagai

“Crash Program”, “Projek Segera”, “Respons Semasa”, atau perancangan yang ditentu-

corak oleh kepimpinan politik dalam era atau zaman masing-masing. Sememangnya

nilai Melayu-Islam, atau unsur Islamiyyah terbungkus sama; namun elemen ini setakat

ini belum berupaya mendefinisikan gubahan yang cuba dijelmakan menerusi

pengenalan berbagai pendekatan ini. Sesetengahanya telah larut ditelan masa, atau di

pinggirkan berikutan perubahan kepimpinan, atau semakin terhakis akibat globalisasi

semasa.

II. Globalisasi dan Penterjemahan dan Pemerkasaan “Grand Strategy”

Globalisasi semasa sebagai pensejagatan nilai sekular – moden Barat ke dunia

lain, yang telah mengalami kerancakan berikutan keruntuhan komunisme internasional

berkedudukan sama ada membantu atau membantut penterjemahan atau

pemerkasaraan sesuatu “grand strategy”. Dalam konteks masa kini, Amerika Syarikat

yang sering dilabel kuasa unilateral, meraih keuntungan, dan begitu berkeyakinan

memajukan cita-cita hegemoniknya, dalam bentuk “Manifest Destiny” yang asal atau

menerusi “Project for the New Century” yang dipelupori oleh puak neo-conservatives

atau melalui pembentangan “Orde Baru Dunia”. Tanpa banyak rintangan ideologi,

pemasyarakatan demokrasi, ekonomi laisse faire, dan budaya yang bersumberkan nilai

sekular-moden, atau Judea-Christian, lebih mudah diuruskan atas nama kestabilan dan

keselamatan sejagat. Globalisasi Amerika ini semestinya menguntungkan negara itu

untuk menjayakan strategi penaklukannya, apatah lagi ia turut berdampingan negara-

negara Anglo-Saxon lain, dalam gabungan “The Five Eyes”.

China juga menempa tempat yang lebih selesa apabila persoalan ideologi tidak

lagi berbangkit dalam era pasca-perang Dingin. Globalisasi menjadi saluran kepada

pengluasan pengaruhnya, terutama di negara-negara berjiranan dengannya dan yang

Page 7: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

7

mempunyai jumlah etnik Cina yang ramai. Suatu bentuk, alignment telah wujud antara

Barat dan China apabila masing-masing berkongsi pendirian mengenai ekonomi,

sekalipun pada zahirnya wujud persaingan sengit antara kedua-duanya. Pemerkasaan

ekonomi menerusi perdagangan dan pelaburan berkaitan meletakkan China pada

kedudukan begitu strategik untuk menentu corak kehidupan di negara-negara yang

berurusan dengannya, seperti Malaysia. China sebagai “the Asian Tiger” telah bergerak

begitu berimpak sekali bukan sahaja di Asia Tenggara, tetapi juga di benua Afrika.

Tanpa mewar-warkan “grand strategy” sekalipun, etnik Cina yang berbekalkan DNA

penggerak telah mara ke hadapan menjayakan cita-cita bersama mereka.

Negara-negara yang berangkaian dengan Barat dan China semacam terserap

dalam “grand strategy” pihak tersebut dan semakin menerima padahnya. Negara-

negara yang berada dalam litaran gergasi luar ini menjadi sebahagian daripada dunia

dan terpaksa berurusan mengikut trend dan tempoh asing. Kalau di dahulunya

imperialisme-kolonialisme yang dibantu oleh orientalisme, memerangkap wilayah ini

selaku tanah jajahan atau negara baru merdeka, kini wilayah yang sama terdedah dan

terpedaya oleh mainan dan manipulasi luar. Malaysia yang beroperasi sebagai negara

baru selepas Merdeka, menganut demokrasi-liberial dan kapitalisme, sementara

budaya sosial penduduknya pula adalah refleksi nilai-nilai Barat yang berterusan

berkembang. Aktiviti hiburan pada zaman P.Ramlee, yang turut melibatkan Shaw

Brothers dan Cathay Pacific adalah sebahagian daripada senario ini. Bukanlah sesuatu

yang mengejutkan jika dewasa ini, keadaan serupa terus berlanjutan sekalipun ia turut

dilibat oleh Bollywood.

Salah satu dimensi globalisasi semasa ini ialah pengantarabangsaan Sejarah,

iaitu pemikiran dan pelakuan menyebati sejarah, sejarah negara lain, sejarah komuniti

lain, atau sejarah lokal dengan sejarah arus perdana, sama ada di bawah bayangan

Barat, atau di dalam skim kuasa besar lain, seperti China. Pemahaman seumpama ini

bukanlah suatu yang baru, kerana pernah terhasil gubahan bernama “One World

System Theory” oleh Immanuel Wallestein. Mengikut kacamata sarjana Hubungan

Antarabangsa, ini sejarah mengalir secara unilinear, iaitu dari Barat ke luar, dan segala

yang lain daripadanya merupakan bahagian-bahagian atau pinggiran-pinggiran

Page 8: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

8

daripada keseluruhan sejarah kapitalisme yang besar. Francis Fukuyama menjelas

fenomina ini sebagai “The End of History”, tetapi pada realitinya Barat atau mana-mana

kuasa besar yang dominan merangkum pihak luar dalam wawasan dan gagasannya.

Kita sekadar pemboncang sejarah mereka.

Sekiranya benar globalisasi semasa lebih berimpak, sebagaimana ternyata

daripada peranan meluas MNCs dan seumpamanya, maka itu bermakna projek-projek

seperti “Rancangan Luar Bandar”, Dasar Pelajaran Kebangsaan”, “Dasar Ekonomi

Baru”, serta gagasan “Wawasan 2020” dan sepertinya, akan dihanyutkan oleh arus

perdana global tersebut. Program yang sememangnya telahpun terpedaya oleh

wawasan politik ini, atau dimangsakan oleh kegagalan para pentadbir dan

penugursnya, akan semestinya terbeban lagi akibat asakan daripada luar, dengan janji-

janji materialnya yang kadangkala bersalutan korapsi. Segala perancangan yang

digembar gemburkan sebagai penyelamat bangsa dan negara akan terlebur lama

kelamaan dan Malaysia akan bertukar menjadi kawasan pelaburan asing, arena politik

pihak luar, medan sosial dunia, dan taman reaksi untuk pelancong semua bangsa

bersantai dan berkelah.

Predikamen atau peristiwa yang sedang meyelubungi Malaysia, khasnya

orang Melayu yang beragama Islam, menuntut suatu gubahan “grand strategy” untuk

dihayati. Gerakan penyelamatan ini seharusnya disegerakan dan segala penyusunan

ke arah itu dibuat sebelum “grand strategy” pihak lain memusnah apa sahaja

peninggalan warisan lepas. Sebagai “counter-strategy”, pendekatan ini boleh dianggap

suatu bentuk pertahanan, kerana “the best form of defense is attack”.

Walaubagaimanapun, pembugaran dan penterjemahan sesuatu “grand strategy” di

peringkat tempatan atau nasional ini bukanlah suatu pekerjaan dan penglibatan yang

mudah, sama ada kesukaran daripada segi penggubahannya, atau kesukaran dari segi

pelaksanaannya. Masa yang lama, tenaga yang banyak dan pemikiran yang kreatif

sangat-sangat diperlukan, lantaran kekangan yang terpaksa dihadapi begitu banyak

dan besar.

Page 9: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

9

III. Gubahan Nilai Islam sebagai “Grand Strategy” dan Gagasan Perpaduan

Ummah Di Malaysia

Sebuah “grand strategy” yang dipadankan kepada kehidupan Malaysia masih

belum wujud, sekalipun bayangan mengenainya dapat dikesan dalam sistem

kesultanan, federalisme dan perlembangaan negara dengan peruntukan tentang raja-

raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak istemewa orang Melayu. Malah

“Rancangan Luar Bandar”, “Dasar Pelajaran Kebangsaan”, polisi-polisi berkaitan,

secara langsung dan tidak langsung, mengukuhkan gubahan dalam bayangan ini.

Namun itu semua tidak menjadi ia suatu gubahan padu dan koheran, sebuah “grand

strategy” dalam ertikata yang sebenar. Jalur-jalur yang bertindak dan bergerak ini

merangkumi langkah melengkapi, tetapi yang juga jelas ialah ia kadangkala berjalan

berasingan, dan berserpihan (disparate), tanpa penujuan yang SATU. Tidak terdapat

usaha untuk merangkai dan merantai kesemuanya dalam satu sistem. Lebih teruk lagi

apabila ia bersifat “one-off”, terhenti di tengah jalan. Kita jelas belum berjaya; selama ini

kita hanya mampu mengurang kegagalan.

Sesuatu yang luar biasa adalah tidak lebih daripada gabungan perkara-

perkara biasa dalam susunan yang luar biasa. Sekiranya jalur-jalur ini disepadukan

menerusi suatu jalinan, maka segala komponen yang di ungkit di atas, khasnya

kesultanan dan perlembangaan dengan segala isi kondongannya, dan apa sahaja

institusi yang telah beroperasi sehubungannya, mampu diangkat sebagai batu bata

dalam pembinaan “Grand Strategy” berteraskan nilai Islam Malaysia. Apabila ia sudah

tegak dalam bentuk “mindset”, ia berkedudukan menilai dan menafsir, menapis dan

memilih unsur, sambil menyuluh jalan, menerangi polisi dan program, menuju matlamat.

Seandainya “grand strategy” ini berjaya dimasyarakatkan dengan penyertaan anggota

yang komited, maka ia akan berfungsi seperti pesawat yang berpandukan “auto-pilot”.

Di mana ia beroperasi, ia tetap menjurus kepada sasarannya. Begitulah pengalaman

bangsa Inggeris, yang berDNA Anglo-Saxon, dalam penghijrahan keluar mereka ke

benua Amerika dan Australasia. Mereka menjadi bukit di darat dan pulau dilaut.

Page 10: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

10

“Grand Strategy” sebagai suatu naratif besar seharusnya dibentangkan sebagai

petunjuk jalan dan rujukan, dan untuk mengukuhkan lagi imej tentang masa depan yang

ditujui. Ia menjadi kerangka bertindak.

Bagi maksud pembentangan ini, “grand strategy” yang dimaksudkan ialah

gubahan yang mengatur penghayatan nilai Islam dalam konteks Malaysia, dengan

mengambil kira warisan sejarah dan wawasan Al-Quran. Ia mungkin diwarwarkan

sebagai sebagai sebuah peradaban Islam yang terbina menerusi fiqh Malaysia dan

diresapi oleh nilai keNusantaraan. Orde yang menjadi “imagined society” ini perlu terisi

oleh modus operandi yang membantu pelaksanaannya, terdiri daripada individu

penglibat dan penggiat dan institusi sebagai sistem sokongan. Perkiraan jangka jauh,

dan persoalan menggerak-aktif semua komponen dalam binaan ini secara kumulatif,

seharusnya ditekankan untuk mengelak kegagalan di tengah jalan. Setiap

perjalanannya adalah sebahagian daripada DESTINASI. Jentera kerajaan berupa

institusi dan agensi agama adalah di antara pihak yang dimandatkan dengan tugas dan

tanggongjawab mewujudkan persekitaran ini.

Sememangnya diakui bahawa bukanlah mudah, untuk membugar sesuatu

“grand strategy”, dengan halangan di dalam dan di luar negara. Dunia luar lebih besar

dan lebih perkasa daripada Malaysia. Pendukung dunia luar juga terdapat dalam

negara. Nilai-nilai asing yang semakin terserap, berikutan globalisasi turut diterimapakai

oleh orang Melayu yang beragama Islam sendiri. Sepatutnya, menerusi asuhan Islam,

yang menyasar mereka kepada kebaikan di dunia dan diakhirat, mereka ini sudahpun

menjelma menjadi manusia berDNA yang berkencerungan kepada gubahan orde Islam

ke Malaysianan semenjak dahulu lagi. Sebaliknya, mereka hanya bangkit apabila

bercerminkan kejayaan pihak lain, sebagaimana yang telah mereka lakukan semenjak

tahun-tahun 1930an, apabila berdepan dengan percapaian dan perolehan bangsa Cina

dan India. Itupun berlaku dalam kadar sementara, “panas-panas tahi ayam”, manakala

tindak tanduk pemimpin mereka sekadar bersifat “fire-fighting”.

Sehubungan ini, “grand strategy” sebagai gubahan dan gambaran idea

hendaklah dibentangkan untuk menjadi anutan sekurang-kurangnya oleh pemimpin

tertentu yang berpengetahuan dan berkedudukan strategik, dalam politik dan

Page 11: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

11

pentadbiran, dan bidang-bidang tertentu yang jelas dapat membantu pelaksanaannya.

“Political Will” sangat penting dalam penterjemahan fahaman ini, dan mereka

berkenaan tidak seharusnya terjerumus dalam developmentalism semata-mata, tanpa

memikir isu nation-building yang lebih besar. “Grand Strategy” ini boleh disepakatkan

dalam pembinaan negara, dan bertindak sebagai sejarah dalam sejarah. Ia

berkedudukan bertindak sebagai counter-globalization, ketika berdepan dengan

persejagatan nilai Barat dan pengaruh China. Para sarjana intelektual yang

membongkar nilai silam patut memain peranan sama untuk mengukuh “grand strategy”

yang semestinya bertunjang masa lepas. Sokongan cerdik-pandai sangat penting untuk

membuah school of thought yang mendukung “grand strategy”. Agamawan terutama

sekali seharusnya menjadi penyumbang utama dalam pembentukan konfigurasi hidup

ini.

Gubahan yang diketengahkan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama,

lebih-lebih ketika negara dan masyarakat turut dihidangkan oleh peradaban luar,

hendaklah kelihatan menawan, mampu mengikjaskan, dan diyakini benar-benar

menjadi “Rahmat kepada sekalian alam”. Hanya sesuatu yang istemewa sahaja yang

dapat mendefinasikan persekitaran hidup. Ia melebihi amalan sembahyang dan puasa,

zakat dan haji, kerana kalau ia sekadar itu sahaja, maka kehidupan sebegini sedia

terdapat di negara-negara kapitalis di barat dan di negara-negara kominis di timor.

Manusia dan masyarakatnya seharusnya berfungsi sebagai peradaban yang berjalan.

Seandainya, “grand strategy” diperihalkan sebagai suatu “a civilization in the making”,

dan dipercayai beroperasi sedemkian maka masa depannya lebih cerah. Ini bermakna

“organizing principles” yang menggerakkan perjalanan dan penujuannnya seharusnya

sesuatu yang dianggap baik, dan dikesan baik. Orang Melayu yang tidak berbekal

warisan Borobubur atau Angkor Watt, iaitu budaya material yang kekal mengkagumkan,

perlu memperlengkapkannya dengan gubahan idea sebagai gantinya. Kalaulah

Abraham Lincoln merujuk kepada cara dan gaya Amerika sebagai “the last, best hope

on Earth”, “grand strategy” ini sewajarnya manjadi “the last, best hope for Malaysians”.

“Political Will” sebagai kehendak politik perlu juga diiringi oleh propaganda,

penyelidikan, perang psikologi, perang proksi dan penyediaan penglibat atau penggiat

Page 12: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

12

yang berorentasikan “grand strategy”. Sesebuah “grand strategy” sekalipun kelihatan

statik sebagai “master-plan”, ialah sebuah gubahan dinamik yang mengambil kira

persekitaran dan keperluan taktikal. Propaganda dan penyelidikan mempunyai

peranannya tersendiri. Propaganda bertindak memasyaratkan dan mempopularkan

idea, sementara penyelidikan merisik, mengkaji dan menilai pendekatan dari semasa ke

semasa, disamping memahami keperluan keadaan dan menangani kritikan dan

tentangan pihak yang bermusuhan. Perang psikologi dan perang proksi juga

mempunyai peranannya. Setelah penglibat dan penggiat mampu beroperasi dengan

kekuatan sendiri dan menempa kedudukan yang berpengaruh di mana sahaja mereka

berada, maka itu merupakan tahap di mana mereka sudah berDNA. DNA di sini bukan

terbatas kepada keupayaan biologi, kerana ia juga boleh terbentuk menerusi

sosializasi. Ia melebihi ‘survival instincts’. Penterjemahan ideal ini perlu diiringi oleh

perundangan dan penguatkuasaannya, kerana pendekatan legalis masih kekal relevan

dalam pembugaran hidup berperadaban ini.

Dalam konteks ini, perpaduan ummah sangat penting dan amat crucial dalam

penterjemahan ‘grand strategy’- yakni perpaduan sebagai pra-syarat kepada

penubuhan orde yang diidam-idamkan. Perpaduan sekadar reaksi kepada perpecahan,

biasanya bersifat ‘reactionary’, defensive, dan sementara, dan ditelan keadaan apabila

anggota masyarakat kelihatan kembali bersatu hati dan berdamai. Pengalaman lepas

ditandai oleh episod-episod sebegini, semenjak kemunculan gerakan Islah Islamiyyah

pada tahun-tahun awal Abad Kedua Puluh dan selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei.

Perpaduan untuk perpaduan (unity for unity sake), atau perpaduan untuk

mengembalikan status quo yang belum tentu berupa sesuatu yang baik, juga tidak

memadai, selagi ia tidak dipertali dan dijalinkan kepada suatu ‘imagined society’ atau

‘invisible nation’ yang berada dalam wawasan. Sahubungan ini, para agamawan yang

tersentuh dan tersentak oleh perpecahan dalam masyarakat akan menghulur idea,

sepertimana peserta jamuan ‘pot-luck’ menyediakan sumbangan masing-masing

kepada majlis makan, dan selepas acara berlangsong, mereka akan kembali

meneruskan kehidupan asal. ‘Grand Strategy’ diharap dapat mengikat mereka agar

berterusan komited kepada agenda jangka jauh. Ringkasnya, perpaduan yang terjana

dalam acuan yang kukuh dan adunan berpanjangan, semestinya bersifat definatif, atau

Page 13: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

13

penentu. Manusia dan masyarakat yang tertambat kepada Islam, di resapi oleh

ukhuwwah Islamiyyah, terhala kepada sistem rabani, hatta mereka berlainan pendirian

politik.

IV. Masa Depan ‘Grand Strategy’

Sesuatu gubahan hidup yang menyentuh pihak lain, secara positif atau negatif,

mengundang masalah. Pemberitahuan dan pembentangan dengan terperinci “grand

strategy” boleh membangkit banyak persoalan dan pertanyaan. Keadaan ini

seharusnya ditangani dengan bijak. Pemberitahuannya secara umum, dalam bentuk

yang kabur, pula boleh menyebabkan kesukaran kepada penglibat dan penggiat untuk

menuruti dan mematuhi pelan yang terancang. Pendukung yang menjadi sistem

sokongan “grand strategy” akan kehilangan perspektif atau hala tuju. Keadaan ini

seharusnya ditangani dengan bijak. Dalam situasi sekarangpun, bukan sedikit di

kalangan orang Melayu bertukar menjadi “manusia lembut” dan penuh apologetik

membicara kedudukan mereka. Pengalaman Amerika Syarikat dan Zionis, dan

penglibatan Jerman dan Jepun pada masa Perang Dunia Kedua wajar diambil kira

sehubungan ini.

Amerika Syarikat dan Zionis bergerak dan bertindak berlatar belakangkan para

pendukung “grand strategy” yang sudahpun berDNA bertepatan dengan misi dan visi.

Jerman dan Jepun bertindak keras dan tegas, dan bersistem, menerapkan agenda

“grand strategy” sehingga berjaya mengubah perwatakan masyarakat dan negara

mengikut pola yang dipertetapkan. Masing-masing pendekatan mempunyai kekuatan

dan kelemahannya, dan ia seharusnya menjadi inspirasi dan iktibar dalam pembugaran

“grand strategy” keislaman ala Malaysia ini.

Suatu faktor campur dalam pemasyarakatan “grand strategy” dikalangan rakyat

ialah sudahpun wujud pendidikan, pelaksanaan dasar, penerapan budaya, dan

pematuhan kepada perlembangaan yang berpaksikan nilai Melayu-Islam. Aspek-aspek

ini, seandainya di semarakkan dan dimurnikan, berkemampuan menjadi sistem

sokongan yang lebih baik dan berkesan. Pendahwaan yang sedia berjalan juga mampu

menyumbang kepada pembinaan gubahan hidup ini.

Page 14: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

14

Bahawa kini jumlah orang Melayu mencecah 60% daripada penduduk Malaysia

merupakan aset yang boleh diterjemahkan menjadi faktor positif. Oleh itu suatu

persekitaran yang kondusif sangat diperlukan dalam pemupukan jiwa mereka.

Malaysia, seperti kebanyakan negara di dunia ketiga, masih belum mantap

daripada pembudayaan demokrasi. Sorotan dan saranan dari atas masih boleh

dilakukan, dan amalan “top-bottom” ini masih boleh dipakai dalam penerapan nilai

“grand strategy”. State Capitalism dengan GLC nya adalah sebahagian daripada cara

dan gayanya.

Pengluasan ruang demokrasi tetap berguna, iaitu setelah anggota masyarakat,

terutama sekali pendukung “grand strategy”, berkelengkapan DNA yang bertepatan

dengan cita-cita disebalik “grand strategy”.

Ringkasannya, pembugaran dan perlaksanaan “grand strategy” dalam konteks

Malaysia ini melibat tindakan “legal-constitutional” di peringkat kebangsaan, pendekatan

dan penkaderan di peringkat sosial, dan aktiviti diplomasi di peringkat serantau dan

antarabangsa. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah Barat telahpun

mengetatkan syarat ke atas migran baru, dengan mempastikan mereka terlebih dahulu

berbekalkan pengetahuan kenegaraan dan fahaman sejarah, di samping kebolehan

berbahasa. “Grand Strategy” yang berjaya ialah gubahan yang mampu mengasimilasi

unsur dan pengaruh luar, tanpa kehilangan jatidiri dan hala tujunya.

Sesuatu berupa “grand strategy” belum tentu dapat menghasilkan

kejayaan, tetapi tanpa “grand strategy” kita akan kekal berada dalam kegagalan,

sebagaimana yang telah dialami selama ini. Ada pula yang berpendapat bahawa

pelbagai ‘strategi’ kecil yang sedia tertempa akan membawa kepada natijah serupa,

kelahiran “Grand Strategy”: tetapi sayogia diingat bahawa air yang mengalir deras

dari berbagai penjuru belum tentu bertemu parasnya, dan menjadi arus besar,

jika tidak dipandu oleh sistem paritan dan terusan.

Page 15: ‘Grand Strategy’, Globalisasi, dan Gubahan Nilai Islam &mywatec.com/images/doc/Grand-Strategy-Globalisasi-d… ·  · 2016-11-07pembentukan NATO di Eropah dan SEATO di Asia Tenggara

15

PROFESOR DATO’ MOHAMAD ABU BAKAR

Profesor Dato’ Mohamad Abu Bakar ialah bekas Ketua Jabatan Pengajian

Anatrabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, dan

Penyandang Kursi Tun Abdul Razak ke 12 di Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Beliau

juga pernah menjadi Profesor Pelawat di Universiti Nasional La Plata, Argentina,

Sarjana Pelawat Fulbright di Universiti Washington, Amerika Syarikat, Felo Pelawat di

Universiti Victoria di Wellington, New Zealand, dan Felo Pelawat di Pusat Pengajian

Islam, Oxford, England.

Bidang penyelidikan beliau meliputi Falsafah Sejarah dan Golongan Intelektual, Politik

Melayu dan Dasar Luar Malaysia, Islam Kontemporari dan Globalisasi Semasa. Beliau

telah membuat sekitar 400 pembentangan dan menghasil lebih daripada 150

penerbitan. Sebahagian daripada tulisan dan temuduga telah diterjemah ke bahasa-

bahasa Arab, Cina, Indonesia, Jepun, Jerman, Sepayol dan Tagalog. Pandangannya

turut tersalur menerusi radio dan tv tempatan dan luar negara, termasuk Radio BBC,

Radio New Zealand, Voice of Amerika dan Al-Jazeera. Buku beliau, Penghayatan

Sebuah Ideal mengenai Islam semasa pernah memenangi Hadiah Bahasa Persatuan

Linguistik Malaysia-Maybank.