per. produa kancilmende aku merepeknihaaaastresskitew

2
Penyataan Profesional / Kontrak Aktiviti Praktikum fasa dua ialah satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui latihan praktikum guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dengan merasai sendiri pengalaman mengajar di sekolah. Ringkasnya dengan menjalani program praktikum fasa dua pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah. Program ini merupakan program wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru pelatih Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan selama sebulan bermula pada tahun ketiga bermula pada semester kelima program ijazah. Program ini dilaksanakan di sekolah yang dipilih oleh guru pelatih sendiri sama ada di kampung halaman ataupun berdekatan dengan institut masing-masing. Praktikum fasa satu pada kali ini merupakan program yang bersifat profesional yang berfokuskan pengalaman menyeluruh di sekolah tersebut. Tujuan praktikum fasa dua adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih dengan suasana dan persekitaran sekolah. Dalam menjalani praktikum fasa dua, guru pelatih harus menjalani tugasan sebagai seorang guru sebenar di samping membuat pemerhatian dan penilaian terhadap sekolah yang dipilih melalui tugasan yang diberikan.

Upload: dana-pearson

Post on 02-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bahaaaaahahahhaha

TRANSCRIPT

Page 1: PER. PROdua kancilmende aku merepeknihaaaastresskitew

Penyataan Profesional / Kontrak Aktiviti

Praktikum fasa dua ialah satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda

Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pendidikan

Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada guru

pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini

memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah

institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui

pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta

komuniti sekolah. Melalui latihan praktikum guru pelatih dapat memahami

tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dengan

merasai sendiri pengalaman mengajar di sekolah. Ringkasnya dengan menjalani

program praktikum fasa dua pelajar akan lebih memahami bagaimana guru

mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah.

Program ini merupakan program wajib yang perlu dilaksanakan oleh

setiap guru pelatih Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program ini

dijalankan selama sebulan bermula pada tahun ketiga bermula pada semester

kelima program ijazah. Program ini dilaksanakan di sekolah yang dipilih oleh

guru pelatih sendiri sama ada di kampung halaman ataupun berdekatan dengan

institut masing-masing. Praktikum fasa satu pada kali ini merupakan program

yang bersifat profesional yang berfokuskan pengalaman menyeluruh di sekolah

tersebut. Tujuan praktikum fasa dua adalah untuk memberi pendedahan awal

kepada guru pelatih dengan suasana dan persekitaran sekolah. Dalam menjalani

praktikum fasa dua, guru pelatih harus menjalani tugasan sebagai seorang guru

sebenar di samping membuat pemerhatian dan penilaian terhadap sekolah yang

dipilih melalui tugasan yang diberikan. Guru pelatih perlu menyediakan

portfolio praktikum berdasarkan senarai semak yang diberikan.

Page 2: PER. PROdua kancilmende aku merepeknihaaaastresskitew