per i bahasa

12

Click here to load reader

Upload: geetha

Post on 08-Dec-2015

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Per i Bahasa

Bagai menatang minyak yang penuh/Melakukan sesuatu dengan penuh berhati-hati

Bagai aur dengan tebing

Saling bekerjasama

Seperti murai dicabut ekor Riuh

bercakap tidak berhenti-henti

Seperti lipas kudung

Bergerak dengan pantas

Ukur baju di badan sendiri

Lakukan sesuatu yang sejajar dengan kemampuan diri

Page 2: Per i Bahasa

Indah khabar dari rupa

Gambaran yang berlebih-lebihan atau tidak benar

tentang sesuatu perkaraBerjagung-jagung dahulu

sementara menanti padi masak

Melakukan satu kerja sambilan sementara menunggu hasil daripada kerja utama

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal

Menerima sesuatu pada masa yang tepat

Jauhari juga yang mengenal manikam

Hanya seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang akan memahami keistimewaan

sesuatu benda itu

Page 3: Per i Bahasa

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

Jangan cuba sesuatu atau menceburi sesuatu bidang sekiranya kelengkapan diri tidak

mencukupi

Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain

Usaha gigih yang berterusan akhirnya akan membawa kejayaan

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Jangan berputus asa atau meninggalkan sesuatu

pekerjaan itu di pertengahan jalan. Sebaliknya hadapi segala cabaran hingga berjaya

Tangkai jering

Sangat kedekut

Kalau tidak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya Hasil tidak mungkin diperoleh tanpa usaha

Page 4: Per i Bahasa

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

Sama taraf atau darjat

Seperti embun di hujung rumput

Sesuatu yang sementara atau tidak berkekalan

Bidan terjun

Seseorang yang terpaksa memikul tugas orang lain kerana desakan keadaan

Page 5: Per i Bahasa

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat

Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

meninggi diri

Maksud : Sombong

bermuka dua

Maksud : Tidak jujur.

Page 6: Per i Bahasa

baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan

bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi

Page 7: Per i Bahasa

seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh

terang hati

Maksud : Lekas pandai

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Tangan kosong

Maksud : Hampa

Page 8: Per i Bahasa

lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lag

 kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

 indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan

Page 9: Per i Bahasa

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama

kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

 Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Page 10: Per i Bahasa

ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

memerah otak

Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh

yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa

yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Page 11: Per i Bahasa

mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

 biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat

sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana

 yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Page 12: Per i Bahasa

Bau-bau bacang Persaudaraan jauh

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan/Alang-alang melakukan sesuatu pekerjaan, lakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya

bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang