per i bahasa

15

Click here to load reader

Upload: vinoothini-manogaran

Post on 20-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peribahasa untuk matapelajaran bahasa melayu

TRANSCRIPT

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa DanMaksud

1.Dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

2.Yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru.

3.Seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

4.Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

5.Bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.

6.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

7.Bagai Aur Dengan TebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

8.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.

9.Bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

10.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

11.Melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

12.Duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

13.Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14.Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

15.Indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

16.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.

17.Bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

18.Kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

19.Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

20.Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

21.Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

22.Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

23.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

24.Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

25.Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

26.Bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

27.Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

28.Bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

29.Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

30.Biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

31.Sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

32.Mencari JalanMaksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

33.Memerah OtakMaksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

34.Berbesar HatiMaksud : Gembira.

35.Anak BuahMaksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

36.Tuan RumahMaksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

37.Batu PenghalangMaksud : Halangan

38.Darah dagingAnak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

39.Meninggi diriMaksud : Sombong

40.Bermuka DuaMaksud : Tidak jujur.

41.Baik HatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

42.Tulang BelakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan

43.Terang HatiMaksud : Lekas pandai.

44.Rendah HatiMaksud : Tidak sombong

45.Murah HatiMaksud : Pemurah.

46.Tangan KosongMaksud : Hampa.

47.Lintah DaratMaksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

48.Anak DagangMaksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

49.Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.Orang yang tidak tetap kedudukannya.

50. Ikan di hulu tuba di hilir.Perbuatan yang sia-sia

51. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh

52. Ikut hakim memiat daging:sakit di awak sakitlah orang.Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.

53. Intan dikalungkan di leher anjing.Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.

54. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

55. Alah sabung, menang sorak.Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.

56. Satu dijentik, sepuluh rebah.Ertinya:~ Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.

57. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

58. Sigai dua segeragai.Ertinya:~ Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang lain.

59. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.Ertinya:~ Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.

60. Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.Ertinya:~ Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan

61. Seperti kaca terhempas ke batu.Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.

62. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.

63. Kerana mulut badan binasa.Ertinya:~ Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

64. Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.Ertinya:~ Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.

65. Ada seperti tampaknya apung-apung.Ertinya:~ Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.

67. Dalam menunduk dia menyonggeng.Ertinya:~ Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.

68. Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.Ertinya:~ Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya.69. Air mata jatuh ke dalam.Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.

70. Bagai haruan di dalam tuar.Ertinya:~ Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah

71. Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.Ertinya:~ Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.

72. Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

73. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.Ertinya:~ Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa.

74. Berlurah di balik pendakian.Ertinya:~ Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya.

75. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.Ertinya:~ Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

76. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.Ertinya:~ Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya

77. Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.Ertinya:~ Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.

78. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.Ertinya:~ Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru.79. Seperti raja dengan menteri.Ertinya:~Seia-sekata dalam semua perkara.

80. Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.Ertinya:~Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

81. Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.Ertinya:~ Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar

82. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.Ertinya:~ Orang yang elok dan tampan tetapi berbudi bahasa

83. Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati.Ertiny:~ Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan84. Berhampar lapik, berlicin daun.Ertinya:~ Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk

85. Batu pun empuk, jangankan hati manusia.Ertinya:~ Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.

86. Seperti anjing dengan kucingErtinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yang saling berkelahi bila berjumpa susah utk mereka berdamai

87. Seperti ayam dengan itik like a chicken and a duckErtinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yg mempunyai masalah berkomunikasi - Two people having communications problems

88. Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.Ertinya:~ Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih

89. Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.Ertinya:~ Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang

90. Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.Ertinya:~ Pemberian yang tidak ada ertinya.

91. Ada beras, taruh dalam padiErtinya:~ Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

92. Ada bukit, ada payaErtinya:~ Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.

93. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungErtinya:~ Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

94. Kemana angin deras, kesitu condongnyaErtinya:~ Pendirian yang tidak tetap.

95. Asal ada, kecil pun padaErtinya:~ Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.

96. Cencang dua segeragaiErtinya:~ Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.

97. Dikati sama berat, diuji sama merahErtinya:~ Pangkat atau kedudukan yang sama.

98. Sampai bersalam, pulang berterajangErtinya:~ Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.

99. Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan akuErtinya:~ Isteri yang mencari kekasih lain.

100. Dikulum menjadi manikam, Dimuntahkan menjadi sekamErtinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

PEPATAH MELAYUPEPATAHPENGERTIANCONTOH AYAT

Air yang tenang jangan disangka tiadabuayaPendiam dan tidak melawan kata jangan disangka pengecut.Mukhriz seorang yang pendiam, tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi juara dalam pertandingan debat.

Berat sama dipikul, ringan samadijinjingHidup Bantu membantu antara satu sama lain.Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Cubit paha kanan, paha kiri pun terasajugaSetiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang lain.Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.

Di mana bumi dipijak, disitu langitdijunjungWalau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami.Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbangsamaPergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja.Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.

Fikir itu pelitahatiDaya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup.Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkannamaOrang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia.Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampun kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkannama.

Harapkan pagar, pagar makanpadiSeseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita.Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makanpadi.

Ikan pulang kelubukKembali semula ke tempat asal.Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapatsagunyaSesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha.Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Kais pagi makan pagi, kais petang makanpetangOrang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja.Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.

Lembu punya susu, sapi dapatnamaSeseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama.Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.

Membujur lalu melintangpatahOrang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi.Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.

Nyiur setandan tetapi berlainanjadinyaSikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa.Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kitamerasaKita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita.Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Pucuk dicita ulammendatangMemperoleh sesuatu yang dihajati.Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.

-

Ringan sama dijinjing, berat samadipikulOrang yang melakukan kerja secara bergotong royong.Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanahjugaBagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga.Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanahjuga.

Takkan pisang berbuah duakaliTidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.

Ulat dalam batu pun dapathidupOrang yang rajin berusaha takkan mati kelaparan.Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana di sini pun masih boleh mendapat rezeki kerana ulat dalam batu pun dapat hidup, kata ayah kepada abang.

Waktu ituwangWaktu itu sangat bernilai.Rahim sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendongberciciranMengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang.Mendengar khabar bahawa dia akan mendapat pulangan yang lebih lumayan melalui pembelian sahamnya, Rahim telah mengelurakan semua wang simpanan dan melaburkannya. Namun dia sebenarnya telah ditipu umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendongberciciran.

Zaman beralih, musimbertukarPeredaran masa.Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung dengan teknologi ini.

Contoh Bidalan dan Maksudnya.

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedakJika ingin hidup mewah, mestilah berusaha.

Alur tempur, jalan berturutMelakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim.

Belum duduk, sudah belunjurBelum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.

Berbuat di alang, belayar di musimMelakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

Biar genting, jangan putusBiar rugi sedikit daripada rugi banyak.

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempasBerhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik.

Biar putih tulang, jangan putih mataSanggup mati daripada menyerah kalah.

Biar titik, jangan tumpahBiar rugi sedikit, jangan rugi banyak.

Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekaliBerbuat baik biar sekadar tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali.

Cermat masa banyak, jimat masa sedikitSelalu berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu.

Cicir dipungut, hilang dicariJangan melakukan pembaziran.

Daripada cempedak baiklah nangkaLebih baik ada daripada tiada langsung.

Elok lenggan di tempat dataBergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sesuai.

Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pulaSesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semua.

Penjodoh BilanganpenggunaannyaContohnya

angkatanuntuk sekumpulan manusia atau bendakapal, tentera, pelukis, penulis

barisuntuk kedudukan benda/manusia yang berbarisorang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi

batanguntuk menunjukkan benda-benda yang panjangsungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum

bentukuntuk benda-benda kecil yang berkelukmata kail, subang, cincin

berkasuntuk benda-benda yang diikat bersama-samakunci, lidi, kayu

bidanguntuk benda-benda yang terbentang luastanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar

bijiuntuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecillabu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas

Bilahuntuk benda-benda yang tajamparang, pisau, golok, gunting, sabit, keris

buahuntuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentukereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera

bukuuntuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkahsabun, roti, benang

butiruntuk benda-benda yang bulat atau keciltelur, batu, manik, beras, peluru

carik/cebisuntuk benda-benda yang dikoyakkankertas, kain

cubituntuk benda yang diambil sedikit dengan jarigaram, gula, kunyit

cucukuntuk benda-benda yang dicucuk dengan lidisate

dasuntuk bunyi letupan atau tembakanmeriam, pistol, senapang

deretuntuk benda-benda yang tersusunbangunan, rumah, kedai, kereta

ekoruntuk semua jenis binatangnyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama

genggamuntuk benda-benda yang digenggampasir, beras, padi

gugusuntuk buah-buah ataupun bendaanggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci

gulunguntuk benda-benda yang bergulungfilem, permaidani, tikar, dawai, kertas

helaiuntuk benda-benda yang nipis dan lebardaun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput

ikatuntuk benda-benda yang diikatkayu, lidi, tebu, sayur, papan

irisuntuk benda-benda yang dipotong kecil-kecilbawang, timun, daging, buahbuahan

jambakuntuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkaibunga, kunci

kakiuntuk benda-benda yang bertangkaipayung, cendawan, bungs

kawanuntuk kumpulan haiwanlembu, kambing, lebah, gajah, merpati

kelompokuntuk sekumpulan manusia, haiwan, dan bendaburung, awan, pulau, bintang

kepaluntuk benda-benda yang dikepal dengan tangannasi, pulut, tanah

kepinguntuk benda-benda yang nipis atau pipihroti, papan, kad, gambar, biskut, tanah

keratuntuk bahagian benda-benda yang dipotongroti, tiang

Ketuluntuk benda-benda yang berketul dan paduais, daging, tulang, sabun, roti

Kotakuntuk benda-benda yang diisikan di dalam kotakmancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk

kuntumuntuk bungsmawar, melati, anggerik

Larasuntuk senjata apipistol, senapang, meriam

lembarbenda-benda yang lurus dan panjangkertas, dawai, benang

longgokuntuk benda-benda yang berada dalam longgokandurian, pakaian, tanah, cili

naskhahuntuk bahan bacaan yang berjilidsurat khabar, risalah, majalah, makalah, buku

Oranguntuk manusiaguru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen

Papanuntuk benda-benda yang berbentuk kepingancoklat, petai, mercun

pasanguntuk benda dan manusia yang berpasanganpakaian, kasut, subang, suami isteri, anak

pangsauntuk bahagian dalam buahdurian

pasukanuntuk sekumpulan orang yang berpakaian seragampemain kompang, polis, tentera pengakap

patahuntuk kataperkataan, kata-kata

potonguntuk benda-benda yang sudah dipotongkuih, daging, roti

pucukuntuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata apijarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung

puntunguntuk sebahagian benda yang masih menyalarokok, bara, kayu api

rangkapuntuk puisipantun, sajak, syair

rawanuntuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersiratjala, jaring, pukat

ruasuntuk benda yang beruas-ruastebu, buluh

rumpununtuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapatbuluh, tebu, serai, pandan, padi

sikat/sisiruntuk buah pisangpisang

tandanuntuk buah-buahan yang bertandanpisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkaiuntuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkairambutan, duku, kenanga, padi, daun

titikuntuk cecair yang menitisair, darah, dakwat, embun

tongkoluntuk buah yang bertongkoljagung

ulasuntuk isi buah-buahan yang berpangsadurian, limau, nangka, cempedak

uratuntuk benda-benda yang halus dan panjangrambut, benang, dawai,

utasuntuk benda-benda yang panjangtali, dawai, rantai