peperiksaa percubaa spm 2012 1103/2 · pdf filebiarkan pantai dengan bangunan mewah, ......

10
1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT SULIT PAITIA BAHASA MELAYU SMK BADAR UTAMA DAMASARA (4), SELAGOR PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos/Sep. 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit JAGA BUKA KERTAS SOALA II SEHIGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tngkatan 5. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas tulis yang anda sediakan sendiri. Kertas soalan ini digubal oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ......................................... ...................................... .......................................... (En. Alex Leong Jun Wei) (Pn Aklima Abd Rahman) (En. A. Talib bin Ismail) Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Bidang Bahasa Penolong Kanan Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga:............................................... ______________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah 1 1 0 3 2

Upload: lethuy

Post on 07-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT

PA�ITIA BAHASA MELAYU

SMK BA�DAR UTAMA DAMA�SARA (4), SELA�GOR

PEPERIKSAA� PERCUBAA� SPM 2012 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2

Ogos/Sep.

212 jam Dua jam tiga puluh minit

JA�GA� BUKA KERTAS SOALA� I�I SEHI�GGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks

Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tngkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas tulis yang anda sediakan sendiri.

Kertas soalan ini digubal oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

......................................... ...................................... ..........................................

(En. Alex Leong Jun Wei) (Pn Aklima Abd Rahman) (En. A. Talib bin Ismail)

Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Bidang Bahasa Penolong Kanan

Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga:...............................................

______________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah

1

1

0

3

2

Page 2: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang bukti

kelunturan semangat patriotisme segelintir anggota masyarakat pada masa ini dan

kesan-kesan masalah tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120

patah perkataan.

‘55 Tahun Merdeka, 1Malaysia Janji Ditepati’, begitulah tema sambutan Hari

Kemerdekaan yang ke-55 negara pada tahun ini. Tema sambutan kali ini kelihatan cuba

membawa pemahaman kepada rakyat Malaysia bahawa kemerdekaan yang kita kecapi

ini ialah satu nikmat yang tidak terhingga yang menjadi asas kewujudan negara kita yang

makmur, aman dan bersatu padu.

Sambutan dimulai dengan majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang pada 17 Julai

lalu oleh Perdana Menteri di Little India, Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street

di Kuala Lumpur. Pemilihan lokasi terbabit sudah pasti ada kaitan dengan makna tiga

kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Difahamkan juga bahawa pada tahun ini

akan diadakan sambutan yang gilang-gemilang di Stadium Bukit Jalil dengan pelbagai

acara seperti perarakan, pameran dan pertunjukan kebudayaan. Tujuan utama sambutan

kemerdekaan diadakan di negara kita adalah untuk memastikan rakyat sentiasa

memahami sukarnya mendapatkan nikmat kemerdekaan. Impak akhir daripada sambutan

sebegini ialah tersematnya semangat patriotisme dan rasa sayang negara di samping

menyuburkan semangat jati diri bangsa Malaysia yang jitu. Dalam konteks anak muda,

sering kali diperkatakan bahawa tahap jati diri dan semangat patriotisme belia kita kian

luntur berbanding dengan generasi lalu.

Dalam hal ini, amat sukar bagi kita mengukur tahap patriotisme seseorang

individu kerana sudah pasti masing-masing menyediakan tanda aras yang tersendiri. Ada

individu meletakkan makna patriotisme dengan menyatakan ikrar sanggup mati dan

berkorban untuk negara. Ada juga yang menyertai pelbagai kerja kesukarelaan sebagai

paparan dirinya memiliki semangat patriotisme yang tinggi. Pada masa yang sama, ada

yang menyatakan bahawa dengan menjadi seorang warganegara yang baik, tidak

melanggar undang-undang dan membayar cukai sudah mencukupi untuk dirinya digelar

seorang rakyat yang patriotik. Patriotisme mengikut Kamus Dewan ialah perasaan cinta

yang kuat terhadap tanah air. Seseorang individu yang patriotik sentiasa bersifat patriot

dan sanggup mempertahankan kedaulatan dan membela negaranya. Maknanya,

warganegara yang bersifat patriot ialah seseorang yang menjuarai kepercayaan mengenai

kebesaran dan kebenaran negaranya; seseorang yang memandang tinggi dan menghargai

simbol yang menjadi kebanggaan negara dan seseorang yang melaungkan slogan

mengenai kesediaan untuk mempertahankan negara walaupun nyawanya sebagai galang

ganti. Maka, tidaklah menghairankan apabila mendekati tarikh kemerdekaan sering

ditimbulkan persoalan tahap patriotisme sesetengah rakyat kita yang kelihatan amat berat

untuk menunjukkan sokongan terhadap sambutan kemerdekaan ini walaupun semudah

mengibarkan bendera. Sejak hari pelancarannya, suasana sambutan kemerdekaan dapat

Page 3: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT 3 1103/2

dirasakan begitu hambar. Lebih banyak program yang dianjurkan agensi kerajaan

berbanding inisiatif rakyat sendiri. Amat kurang kelihatan Jalur Gemilang yang dipacak

secara sukarela di setiap rumah atau kenderaan. Adakah situasi ini memaparkan realiti

masyarakat kita yang terlalu memberikan fokus kepada diri sendiri sehingga

mengetepikan soal kepentingan hidup bernegara? Adakah negara kita ini wujud secara

magik dan tidak mempunyai roh untuk dijaga, dibelai, didoakan dan dipertahankan?

Persoalan ini nampak remeh, namun sebenarnya menjadi persoalan pokok yang harus kita

fikirkan secara mendalam bersama-sama.

Berbeza dengan generasi lalu yang pernah melalui saat getir penjajahan, ancaman

komunis dan kemiskinan, generasi muda kini sudah hidup dalam era pembangunan.

Pendorong utama kehidupan generasi pascamerdeka ini hanyalah untuk memenuhi

keperluan asas diri sendiri berasaskan wang dan material semata-mata. Masyarakat yang

didorong oleh wang ini kian berkembang sehingga mengakibatkan nilai kesukarelaan dan

nilai kebersamaan semakin terhakis. Lambang negara seperti Rukun Negara yang dicipta

sebagai asas pengikat jati diri bangsa Malaysia kadangkala hanya menjadi sebutan ketika

sesi perhimpunan sekolah. Bukan sedikit rakyat kita yang tidak berasa apa-apa jika

terlihat Jalur Gemilang yang dikibar lusuh atau koyak rabak. Masih ada rakyat Malaysia

yang berjalan lalu-lalang ketika lagu Negaraku dinyanyikan dalam majlis rasmi.

Menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini ialah saat paling

sesuai untuk setiap rakyat mengukur tahap rasa cinta dan kasih pada negara ini. Majlis

Belia Malaysia (MBM) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan

untuk mempertahankan prinsip masyarakat yang bernegara sejak 1948 tidak akan berasa

letih dan mengalah untuk mengajak generasi muda memaparkan sifat patriot yang

sebenar.

(Dipetik dan diubah suai daripada

‘Kemerdekaan Bukan Sekadar Sambutan’

oleh Mohamed Maliki Mohamed Rafiee,

Berita Harian, 14 Ogos 2012.)

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan

ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyediakan tanda aras yang tersendiri. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa tujuan sambutan kemerdekaan diadakan.

Nyatakan tujuan-tujuan tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh Majlis Belia Malaysia untuk

melahirkan generasi muda yang memaparkan sifat patriot yang sebenar? [4 markah]

[Lihat halaman sebelah

Page 4: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT 4 1103/2

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Ayah tidak mahu lagi membelah samudera itu? Bukankah samudera itu sering

menantikan ayah, pahlawan yang tangkas? Ombak laut yang bergulung-gulung itu,

bukankah juga sering menanti lelaki yang berani seperti ayah? Menakluki dan menimba

khazanahnya. Namun, terus-menerus berterima kasih kepadanya tanpa mengkhianatinya.

Samudera terlalu lurus untuk dikhianati ya, ayah?”

“Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit. Dia

tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah tidak lagi menemaninya. Cuma ayah

harap, engkau penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan

dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya.”

Mir mengangguk dan menyunggingkan senyuman.

“Amirah.”

Mir memandang ke sisi. Hakimah dengan wajah ceria. Tiba-tiba sahaja terpamer

di muka pintu. Ada kebahagiaan terpancar pada mata bening itu.

“Kau bercakap dengan siapa, Mir.”

“Aku bercakap dengan ombak, dengan samudera. Ayah menyuruhku menjaganya.

Jangan sampai dikhianati. Biarkan pantai dengan bangunan mewah, asal jangan

menyakiti samuderaku, biarkan ia bergelombang dan bergelora. Jangan mengkhianati dan

mengotorinya.”

“Hakimah tersenyum. Direnunginya wajah Mir. Syukurlah, Mir sudah semakin

pulih. Ada kedamaian beriak-riak pada cebisan senyuman Mir.

“Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari. Jiwaku tenang. Aman dan damai.

Terima kasih, Hakimah.” Amirah merenung telekung putih berenda yang cantik itu.

Hakimah terus sahaja tersenyum, memandang Mir yang tenang di atas sejadahnya.

(Dipetik dan diubah suai daripada

cerpenʻBiarkan Samudera’oleh Raihanah Salleh

dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah pesanan ayah kepada Mir? [2 markah]

(ii) Sekiranya anda Mir, apakah tiga usaha yang akan anda lakukan untuk menjaga

samudera daripada pencemaran dan pembangunan akibat kegiatan manusia?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Mir yang ditunjukkan dalam petikan cerpen di atas dan

satu perwatakan lain Mir daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam

petikan. [4 markah]

Page 5: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT 5 1103/2

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula diceterakan orang yang empunya cetera itu, adapun Khoja Maimun

laki isteri selama ia beroleh unggas dua ekor itu, sehari-hari ia mendengar hikayat oleh

unggas kedua ekor itu. Sekali peristiwa pada suatu hari Khoja Maimun berkata-kata

kepada unggas kedua akan perihal ehwal manfaat perniagaan di laut itu. Maka Khoja

Maimun pun terlalu sangat berahinya hendak pergi belayar. Maka ia pun pergilah

mendapatkan isterinya seraya berkata, “Hai kekasihku, ketahuilah olehmu bahawa segala

manusia ini tiada dapat berpindah juga dan tiada dicarikan manfaatnya pun kuranglah,

kerana dirham itu menanggung segala pekerjaan! Akan sekarang hamba dengar

perniagaan laut itu terlalu sangat besar labanya daripada perniagaan yang di darat ini.

Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku pergi belayar.” Maka sahut isterinya,

“Sebenarnyalah kata tuan hamba itu, tetapi sungguhpun perniagaan itu sangat besar

labanya, dan balanya pun amat besarnya dan banyak dugaan dalam dunia ini. Sehari

berapa upahnya tuan pergi dari kerana harta dunia ini banyak yang mahal dan cemar di

dalam dirham itu, sayang sekali kalau orang yang tidak tebal imannya dan ia seumpama

air yang manis, makin diminum makin bertambah dahaga. Syahadan warnanya pun

kuning seperti muka orang durjana. Jikalau tuan hamba hendak pergi belayar, akan

sebaik-baiknya tuan hamba bawa juga hamba kerana hamba perempuan dan kita adalah

seperti gusi dengan gigi adanya. Jikalau tiada gusi, gigi pun binasalah, demikianlah

adanya.”

(Dipetik daripada ‘Hikayat Khoja Maimun’

dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud dirham itu menanggung segala pekerjaan. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga perkara yang disampaikan oleh isteri Khoja Maimun kepadanya.

[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Khoja Maimun, adakah anda masih akan meneruskan niat hati

untuk belayar demi kekayaan setelah mendengar kata-kata isteri anda?

Jelaskan dua alasan tindakan anda. [3 markah]

[Lihat halaman sebelah

Page 6: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT 6 1103/2

Soalan 2(d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KECEK – (V)

1

Seorang pengarah

membuka akaun semasanya

di sebuah bank ternama

tetapi dalam diam

dia mencantum kemiskinan

orang lain

ke dalam amanahnya

yang telah lama pecah.

2

Di kampung

seorang petani

membuka akaun kemiskinannya

di ruang kedaifan

dan mengunci sedozen anak-anaknya

di dalam pagar sengsara

tetapi dia tidak pernah mencantum

kekayaan orang lain

ke dalam getirnya

yang sudah lama berumbi

3

Di pantai

seorang nelayan

membuka akaun sengsaranya

di rahang laut ternganga

dan mengurung sederet anak-anaknya

di bawah pusaran nasib

tetapi dia tidak pernah mengumpul

kesenangan orang lain

ke dalam kegusarannya

yang telah sekian musim

berlumut

di papan hidupnya.

Page 7: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT 7 1103/2

4

Tuhan tidak pernah mungkir

mencatatkan setiap angka

dan nilai hitungan paling kecil

ke dalam akaun-Nya

di rumah keadilan.

AWA�G ABDULLAH

Antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkap keempat pantun tersebut. [2 markah]

(ii) Rangkap kedua dan rangkap ketiga menggambarkan ketinggian harga diri yang

ditunjukkan oleh segelintir masyarakat biarpun hidup dalam kemiskinan.

Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menampilkan harga diri yang tinggi?

Jelaskan dua alasan anda. [3 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam rangkap pertama sajak tersebut.

[4 markah]

[Lihat halaman sebelah

Page 8: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT 8 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa

anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh

menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu

sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) memerah

(ii) menguning

(iii) menghijau

(iv) membiru

(v) memutih

(vi) menghitam

[6 markah]

(b) Gabungkan kedua-dua ayat tunggal dalam setiap soalan yang berikut ini dengan

menggunakan kata hubung berpasangan yang diberikan dalam kurungan.

Contoh:

Amir rajin.

Amir berbudi bahasa.

(bukan sahaja…malah)

Jawapan:

Amir bukan sahaja rajin malah berbudi bahasa.

(i) Pelajaran Matematik Tingkatan 2 pun belum dikuasainya.

Ini soalan Matematik Tingkatan 5.

(Sedangkan…inikan pula)

(ii) Murid lelaki tidak dibenarkan memasuki bilik itu.

Murid perempuan tidak dibenarkan memasuki bilik itu.

(Baik…mahupun)

(iii) Dia tidak meminta maaf.

Saya tidak akan memaafkannya.

(selagi…selagi itulah)

Page 9: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT 9 1103/2

(iv) Kereta tidak mampu dibeli olehnya.

Motosikal pun tidak mampu dibeli olehnya.

(Jangankan…pun)

(v) Peristiwa yang luar biasa itu benar.

Peristiwa yang luar biasa itu tidak benar

(entah…entah)

(vi) Kamu membazirkan masa bersembang di warung saban hari.

Kamu mencari pekerjaan tetap.

(Daripada…lebih baik)

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan

dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pencapaian Arif dalam bidang olah raga semakin memberangsangkan hasil

daripada sistem pejurulatihan yang bersistematik.

(ii) Penduduk kampung menggembeling kudrat untuk membaiki rumah mangsa

tsunami yang telah ranap dijahanamkan oleh ombak yang keganasan.

(iii) Produk kesihatan keluaran syarikat jualan langsung itu sudah diinsurankan

daripada segala risiko untuk memperkukuhkan keyakinan pengguna.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan

satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan

kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Beberapa orang anggota polis menerpa kafe siber itu kerana disyaki ada

murid-murid sekolah yang terlibat dalam masalah pergaduhan.

(ii) Sewaktu menceritakan semula kejadian yang disaksikannya itu, air mata yang

menggenangi kelopak matanya itu telah bercurahan di pipinya.

(iii) Istiadat pelantikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam

Shah, akan diadakan pada hari Rabu, 11 April 2012 di Balairung Seri, Istana

Negara diikuti Majlis Santapan Diraja di sebelah malam.

[6 markah]

[Lihat halaman sebelah

Page 10: PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2 · PDF fileBiarkan pantai dengan bangunan mewah, ... sehari-hari ia mendengar hikayat oleh ... Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku

1103/2 © 2012 Hak Cipta Alex Leong Jun Wei, SMK BUD (4), P.J. SULIT

SULIT 10 1103/2

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

(ii) Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia

(iii) Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa

[6 markah]

Soalan 4 : �ovel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Papa...(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hahafiah

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussein

(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L.Kadir

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Huraikan latar tempat sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]

(b) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga nilai murni daripada

novel tersebut.

[8 markah]

KERTAS SOALA� TAMAT