penyelidikan di makmal. - · pdf fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ......

14
Penyelidikan di makmal. 12

Upload: hathuy

Post on 03-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Penyelidikan di makmal.

12

Page 2: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran BerteraskanAkademia Baru

Akademia Baru merupakan satu kerangkabaru yang membawa dimensi dan

penyegaran kepada penghayatan ilmudalam bentuk yang bersepadu, lebih dinamikdan berimpak. Ia membolehkan mahasiswa

mempelajari sesuatu secara lebihmenyeluruh agar dapat mengaplikasikan

ilmu secara lebih bermakna dan berhikmah.

Aktiviti penyelidikan dan pembelajaran mahasiswa.

Page 3: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Pembelajaran BerteraskanAkademia Baru

Dalam membolehkan UTM mendapat tempat

dan reputasi dalam kalangan calon mahasiswa, warga

akademia, dan pihak industri, usaha membangunkan

konsep dan kerangka ,Akademia Baru, sebagai inisiatif

inovatif dari segi pedagogi dan pengajian di UTM telah

dilaksanakan. Konsep Akademia Baru ini adalah

berkaitan dengan konsep memajukan ilmu dalam bentuk

yang bersepadu, berpaksi manfaat langsung, lebih

dinamik yang tidak terlalu bergantung pada paradigma,akademik, yang konvensional.

Antara kaedah penghayatan ilmu yang digunakan dalam

kerangka Akademia Baru dalam usaha mempelbagaikan

metodologi pengajian untuk menampung kekangan

ruang, mengoptimumkan sumber dengan menyediakan

mod yang sesuai dengan generasi celik IT, menggalakkan

semangat dan minda keusahwanan (entrepreneurial

thinking), kerangka interdisciplinary, dan seterusnya

bercitra global adalah seperti berikut:

Kursus Service Learning (SL) Berkredit

Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat

Komuniti Berkredit (Service Learning) pada Mac 2011

dan menjadi ,champion, dalam kalangan IPTA yang

menjayakan SL Berkredit kepada komuniti, yang antara

lainnya bertujuan seperti berikut:

ª Membantu menyelesaikan masalah sosio-ekonomimasyarakat.

ª Menyalurkan kepakaran/kemahiran mahasiswaUniversiti untuk meningkatkan taraf hidupmasyarakat.

ª Mahasiswa dan masyarakat bekerjasama dalampelbagai bidang ke arah keharmonian dankesejahteraan hidup.

Kursus Service Learning UTM dan Khidmat Komuniti

menampilkan strategi pengajaran dan pembelajaran

yang mampu meningkatkan kualiti mahasiswa menerusi

penglibatan dalam pelbagai program kemasyarakatan.

Tiga program rintis telah dilaksanakan pada tahun 2011

adalah seperti berikut:

ª Program komuniti Taman Damai Jaya - ,Cinta

Tamanku,, kolaborasi dengan Pihak Berkuasa

Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Majlis

Perbandaran Johor Bahru (MPJB);

ª Program Motivasi dan Pendidikan, kolaborasi dengan

Kg Sejagong, komuniti Seri Medan;

ª Kolaborasi di antara Universitas Gadjah Mada,

Yogyakarta dan Universitas Andalas, Padang.

Suasana Pembelajaran yang Stimulatif, Entrepreneurial dan Berkualiti

14

Page 4: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Lain-lain program UTM dan Khidmat Komuniti yang

telah dijalankan pada tahun 2011 adalah seperti berikut:

ª Program ,Sustainable and Greening, Hutan Bandar

dan Taman Tasik Merdeka.

ª Projek Pengantarabangsaan di Kemboja, kolaborasi

bersama ,Action Caring Team, (ACT).

ª Program Memperkasakan Sains & Matematik di Sek.

Men. Keb. Pasir Gudang 1 dan SMK Johor Jaya 2.

ª Program Membudayakan Komuniti dan Peniaga

ICT, Kolej Komuniti Pasir Gudang, kolaborasi

bersama Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi,

Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Pasir

Gudang dan UMNO Pasir Gudang.ª Hari Inovasi Sains Matematik dan Teknologi.

Antara program UTM dan Khidmat Komuniti yangtelah dirancangkan untuk masa akan datangadalah seperti berikut:

ª Kolaborasi bersama Unit Perancang Ekonomi NegeriJohor (UPEN).

ª Projek rintis ,Fibreglass Boat ManufacturingTechnology,, di daerah Kota Tinggi.

ª Program Sains, Matematik dan ICT di daerah Muar;ª Kolaborasi bersama Lembaga Perindustrian

Nanas Malaysia.

ª Projek Lanskap Terminal Bas.

15

Program ,Sustainable and Greening

, Taman Tasik Merdeka, Johor Bahru.

Page 5: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Senarai Program Summer School tahun 2011.

16-27 Mei13-20 Jun

16-29 Jun

14-27 Julai

4-15 Julai

1-15 Julai

4-22 Julai

4-22 Julai21-29 Julai

Tarikh

Explore Johor, Learn EnglishUrban Design & Conservation-

Malaysia Heritage walk &Town Trail

Scientific Study

Intensive English Course

Sustainable Technologies forAgro-Waste Management(new course)

Rural Community and Culture

Construction Managementand Practice forProfessionals

Explore Johor, Learn EnglishUrban Design & Conservation-

Malaysia Heritage walk &Town Trail

Kursus

Mahasarakham Univ. ThailandMahasarakham University,Thailand (16)UTM (9)

ENU Gumilyov, Kazakhstan

International Academyof Business, Kazakhstan

Prince Songkhla Univ. Thailand (25)UTM (10)

Universitas Diponegoro,Indonesia (9)University of Liverpool (3)UTM (5)Institut Teknologi SepuluhNopember, Indonesia (5)UTM (15)Konyang University, Korea (22)National Civil EngineeringUniversity of Vietnam (27)UTM (8)

20

25

3

12

35

17

20

22

35

Fakulti/PusatKecemerlangan (Coe) Universiti terlibat Jumlah

penyertaan

Jumlah Keseluruhan 189

Program Summer School

Dalam memantapkan pengalaman pembelajaran dan

pengajaran, universiti telah memperkenalkan Program

Summer School di bawah pengurusan UTMSPACE.

Program tiga minggu ini menawarkan beberapa kursus

yang menarik, dengan mengaplikasikan perkara-

perkara berkaitan persekitaran, komuniti tempatan,

warisan dan tradisi. Kursus-kursus ini menggabungkan

teori dan amalan, dengan budaya tempatan dan aktiviti

sosial. Program Summer School ini mewujudkan

perkongsian dua hala di mana peserta bertukar

idea, berkongsi pengalaman, mencari ilmu baru, dan

membuat jaringan.

16

UTMSPACE

Alam Bina

Biosains& BiokejuruteraanUTMSPACE

Kejuruteraan Kimia

Alam Bina

Kejuruteraan Awam

UTMSPACE

Alam Bina

Page 6: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

17

Inisiatif ini adalah selaras dengan dasar

pengantarabangsaan UTM untuk memberi

pengalaman antarabangsa kepada mahasiswa agar

mereka berfikiran kritis dan global khususnya dalam

berdepan dalam ekonomi dunia hari ini.

Mahasiswa yang berjaya menamatkan program ini

perlu membentangkan pengalamannya dalam

Seminar Global Outreach yang diadakan setiap

tahun untuk dimanafaatkan dan dikongsi bersama

mahasiswa lain.

Lima orang mahasiswa telah dihantar ke Universiti Harvard,

Amerika Syarikat bagi mengikuti program summer school

selama lapan minggu. Program di Universiti Harvard ini

adalah sebagai langkah dalam memberi pendedahan

kepada mahasiswa terhadap persekitaran antarabangsa,

supaya mempunyai lebih keyakinan diri, meluaskan jaringan

antarabangsa dan seterusnya meningkatkan program

pengantarabangsaan UTM.

Mahasiswa yang terpilih telah menjalani saringan melalui

penulisan esei dan temubual. Mahasiswa tersebut

mengambil empat kredit mata pelajaran mengikut bidang

masing-masing.

Program Harvard Summer School

Peserta program Harvard Summer School bersama Datuk Naib Canselor.

Page 7: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

18

Bagi memberi nilai tambah terhadap keupayaan

graduan UTM, kajian kes yang disediakan oleh Harvard

Business School (HBS) telah diperkenalkan. Program

ini melibatkan semua mahasiswa UTM di semua

peringkat pengajian dan dilaksanakan pada setiap

semester. Kaedah yang diperkenalkan dalam program

ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada

mahasiswa terhadap pelbagai perspektif berkaitan

dengan bidang pengajian masing-masing. Melalui

kajian kes HBS, para mahasiswa akan didedahkan

dengan situasi sebenar dalam industri berkaitan selain

turut terlibat dalam menyelesaikan masalah dalam

syarikat-syarikat besar dan ternama.

Pihak pengurusan UTM telah bekerjasama dengan

HBS Alumni Club of Malaysia untuk mengundang

beberapa orang profesor dari HBS untuk melatih lebih

ramai pensyarah UTM mengendalikan kajian kes HBS.

Kajian Kes Harvard Business School

Penyertaan mahasiswa dalam program Harvard Summer School.

Page 8: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

19

5 Excellent Track Program (5ETP)

5ETP adalah satu program elit dan unik yang julung-julung

kali diperkenalkan di UTM selaras dengan Pelan Transformasi

Mahasiswa UTM. Program ini direka bentuk khas bertujuan

untuk memperkembangkan bakat, minat, kompetensi dan

daya kreativiti mahasiswa secara holistik sepanjang pengajian

di UTM. Terdapat lima Teras Program Kecemerlangan, iaitu:

• Akademik Nobel

• Sukan

• Kepimpinan

• Keusahawanan

• Tahfiz

Antara lain objektif utama program ini ialah memastikan

supaya mahasiswa berupaya mengaplikasikan ilmu

pengetahuan, kemahiran serta pengalaman dengan

cemerlang semasa dalam pengajian dan berkerjaya,

seterusnya melahirkan saintis muda cemerlang, thinking

atheletes, pemimpin mahasiswa, usahawan muda dan

teknohafiz yang menjadi contoh serta duta UTM di

peringkat global.

Program ini telah dibuka kepada semua mahasiswa tahun

satu peringkat ijazah Sarjana Muda sesi akademik

2011/2012, yang dihadkan kepada 50 orang mahasiswa

terpilih sahaja dengan setiap teras terdiri daripada seramai

10 orang mahasiswa.

Setiap mahasiswa yang terpilih akan mengikuti program

teras kecemerlangan diri yang dirancang secara khusus

dan sistematik sepanjang pengajian mereka. Mereka

berpeluang mengikuti program kecemerlangan

mahasiswa, menjadi duta UTM, dan menerima pelbagai

insentif menarik daripada pihak universiti dan penaja.

Program khas ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak universiti

sepanjang pengajian.

Program Teras Kecemerlangan Mahasiswa UTM.

Page 9: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Pembelajaran atas Talian (e-Learning)

Bagi memperkasa lanskap pembelajaran, e-Learning telahdiberi nafas baru dengan penglibatan UTM sebagai salahsatu konsortium sumber kursus terbuka (opencoursewares) yang dipelopori oleh universiti ternama,iaitu MIT. Sebanyak lebih 100 kursus terbuka telahdibangunkan pada tahun 2011. Open Coursewares (OCW)merupakan kumpulan bahan pembelajaran digital yangberkualiti tinggi berasaskan kursus yang ditawarkan diUTM. Bahan pembelajaran untuk format kursus yanglengkap meliputi nota syarahan, rancangan pembelajarandan soalan latihan. Bahan pembelajaran yang dimuatnaik di OCW boleh dilayari oleh semua pengguna Internet.

MylinE

MyLinE (Sumber dalam Talian untuk Pembelajaran didalam Bahasa Inggeris) merupakan satu portal sedia adaKementerian Pengajian Tinggi yang diterajui oleh UniversitiTeknologi Malaysia. Ia boleh diakses oleh semua pelajardi 20 universiti awam.

Rajah di bawah menunjukkan pada tahun 2011 sahajapeningkatan pengunjung MyLinE begitu ketara di seluruhinstitusi pengajian tinggi dan trend yang sama juga dapatdiperhatikan di UTM. Jadual di bawah menunjukkanjumlah penggunaan MyLinE oleh pengguna UTM berbandingdengan 19 institusi pengajian tinggi yang lain.

20

IPTA Lain

UTM

Secara keseluruhannya, MyLinE telah terkenal di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan secara tidak

langsung telah memperkenalkan UTM sebagai salah sebuah universiti penyelidikan ternama di Malaysia.

Penggunaan Myline oleh UTM berbanding dengan 19 institusi pengajian tinggi yang Lain.

Pengunjung MyLinE di seluruh Institusi pengajian tinggi.

12,000,000

10,000,000

8,000,000

6,000,000

4,000,000

2,000,000

0Sem I08/09

316,02872,707

Sem II08/09

Sem I09/10

Sem II09/10

Sem I10/11

Sem II10/11

Sem 111/12

3,506,020

1,883,091

9,600,771 9,078,036

1,068,567

72,707

No. Data

316,028

238,864

1,068,567

872,235

3,505,020

736,673

1,883,091

606,262

9,600,771

805,260

9,078,036

1,160,566

Page 10: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

21

Pusat Inovasi Mahasiswa

Pusat ini ditubuhkan untuk membantu semua fakulti

untuk menjadikan program akademik, khususnya projek

sarjana muda lebih inovatif, menarik dan berdaya saing.

Pada setiap hujung semester, pertandingan inovasi

diadakan dalam kalangan mahasiswa untuk

membolehkan mereka bersaing dan sekali gus

membentuk laporan tesis dari projek tersebut. Pusat ini

juga dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan

untuk membantu mahasiswa mengembangkan daya

cipta dan daya reka dalam bentuk model dan prototaip.

Pinjaman Mikrokredit Mahasiswa

UTM menyediakan peruntukan RM1 juta menerusi skim

pinjaman mikro kredit kepada mahasiswanya yang

berminat untuk menjadi usahawan. Skim pinjaman

tanpa faedah yang julung kali diperkenalkan itu bertujuan

melahirkan lebih ramai penuntut UTM yang berjaya

dalam bidang keusahawanan. Di peringkat permulaan,

seramai 300 mahasiswa diberikan bantuan pinjaman

berkenaan sekaligus menjadi perintis kepada usahawan

dalam kalangan penuntut universiti itu pada masa akan

datang. Mahasiswa juga digalakkan menjalankan

perniagaan secara berkumpulan kerana ia lebih baik

dan terjamin selain dapat berkongsi idea sesama

mereka. Pihak universiti tidak hanya memberikan

bantuan pinjaman, malah akan turut memberikan

khidmat nasihat bagi memastikan perniagaan yang

dijalankan oleh para peserta berjaya.

Mahasiswa sedang membuat rujukan.

Page 11: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Program Baru yang Ditawarkan

Bagi sesi akademik 2011/2012, sebanyak 16 program Diploma dan 56 program Sarjana Muda ditawarkan manakala

11 program baru dan dua pindaan semakan kurikulum telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Senarai program yang ditawarkan bagi sesi akademik 2011/2012.

DiplomaSarjana MudaProgram Baharu Pra SiswazahProgram Baharu Pasca Siswazah

16

56

3

8

Jumlah ProgramPerkara

Senarai pindaan kurikulum yang diluluskanoleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2011.

Semakan Kurikulum Program Sarjana Muda Ukur Bahan

Semakan Kurikulum Program Sarjana Muda Sains Pembinaan

Senarai Program Baru UTM 2011 Fakulti

Senarai program baru yang diluluskan olehKementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2011.

Sarjana Polisi Sains, Teknologi dan Inovasi

Sarjana Pentadbiran Perniagaan

Doktor Falsafah (Pengajian Polisi) Secara Penyelidikan

Sarjana Falsafah (Pengajian Polisi) Secara Penyelidikan

Doktor Falsafah (Sains Kesihatan) Secara Penyelidikan

Sarjana Falsafah (Teknologi Rehabilitasi) Secara Penyelidikan

Sarjana Sains (Kejuruteraan Perisian) Secara Penyelidikan

Sarjana Berganda di antara UTM dengan Universiti Bourgogne, Perancis

Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektroknik

Sarjana Muda Kejuruteraan (Senibina Kapal dan Kejuruteraan Luar Pantai)

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan

Senarai Program Baru UTM 2011 Fakulti

UTM Perdana School

IBS

UTM Perdana Shool

UTM Perdana Shool

FKBSK

FKBSK

FSKSM

UTM

MJIIT

FKM

MJIIT

22

FABFAB

Page 12: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Senarai Fakulti/Sekolah/Pusat/Jabatan Baru

Pada tahun 2011 sebanyak enam fakulti / Sekolah / Pusat / jabatan baru yang telah mendapat kelulusan Kementerian

Pengajian Tinggi sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:

Senarai Fakulti/Sekolah/ Pusat/Jabatan baruyang mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi.

Penjenamaan Semula: Fakulti Geoinformasi & Harta TanahFakulti Kejuruteraan KimiaInstitut Pembangunan BioprodukPusat PendidikanKejuruteraan Jabatan Sains Matematik di Fakulti SainsPusat Inovasi Mahasiswa

Senarai Fakulti /Sekolah/Pusat/Jabatan Baru

Kemudahan Lengkap (State-of-the-art)

Prasarana Digital

UTM dilengkapi dengan kemudahan state-of-the-art

dan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk

pembelajaran. Bagi mengangkasa inovasi, kemudahan

rangkaian pengkomputeran prestasi tinggi (HPC), UTM

disambungkan ke Trans-Eurasia Information Network

3 (TEIN3) di mana kapasiti dan kuasa pengkomputeran

universiti dapat ditingkatkan tanpa melibatkan kos

pembelian aset.

Infrastruktur dan rangkaian komputer UTM telah

ditingkatkan melalui aktiviti berikut:

• Naik taraf jalur lebar pengguna ke internet

kepada 511Mbps di UTM Johor Bahru.

• Penyambungan rangkaian Malaysian Research

Networks (MyREN) dengan rangkaian UTM Johor

Bahru menggunakan BGP.

• Penambahbaikan Rangkaian.

• Pemasangan WifiUTM2 fasa III.

• Projek kemudahan internet wired dan wireless

di kolej kediaman dan unit/jabatan.

UTM juga telah melanggan dua pangkalan data petikan

utama, iaitu Web of Science dan SCOPUS untuk

memperkasakan penerbitan berkualiti dan berimpak

tinggi. Pangkalan data ini mengindeks artikel dari

pelbagai jurnal, seminar/persidangan, dan prosiding

terpilih daripada seluruh dunia.

23

Page 13: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Peningkatan penerbitan UTM 2007-2011: Web of Science (WOS) dan SCOPUS.

THN/ P'DATA 2007 2008 2009 2010 2011WOS 263 418 559 537 600SCOPUS 372 685 844 1316 1719

Kedua-duanya mengindeks petikan untuk artikel dan

Web of Science menyediakan maklumat jurnal berimpak

melalui Journal Citation Report (JCR). Pautan kepada

pangkalan data ini boleh dilayari di laman web

Perpustakaan UTM:http://portal.psz. Jadual di atas

menunjukkan penerbitan UTM dari tahun 2007 hingga

2011 melalui dua pangkalan data tersebut.

Pedagogi pengajian berteraskan Akademia Baru

berupaya menyediakan ekosistem yang mampu menjana

peluang pekerjaan baru, membuka kesempatan baru,

mengasah inovasi, menyubur kreativiti, dan menyediakanmahasiswa dengan kebolehan serta pengalaman untukmencipta pekerjaan baru, sekaligus belajar bagimenyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Hasil akademik selepas menamatkan pengajian di UTM,

tidak hanya memperoleh ijazah dan kepakaran dalam

sesuatu bidang, malah dapat menguasai model

perniagaan, pengumpulan modal, membina jaringan

kerja, budaya kerja, penubuhan syarikat hiliran, hak

cipta, dan keahlian profesional.

24

Majlis Pelancaran Buku Historical Fact and Fiction yang ditulis oleh Tan Sri Prof. Dr.Syed Muhammad Naquib al-Attas oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Page 14: Penyelidikan di makmal. - · PDF fileinovatif dari segi pedagogi dan pengajian di ... Universiti telah meluluskan penawaran kursus Khidmat Komuniti ... ª Program Memperkasakan Sains

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

25

Hasil kreativiti dan inovasi mahasiswa UTM.