keperluan memperkasakan undang-undang dan …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... ·...

33
1 KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAAN BAGI KESALAHAN BERHUBUNG AJARAN SESAT DI NEGERI SEMBILAN : SATU KAJIAN Oleh : Suhaizad bin Saifuddin 1 Abstrak Isu dan masalah ajaran sesat telah sekian lama menular di seluruh dunia tidak terkecuali di negara kita. Jika disingkap tabir sejarah, selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, Umat Islam mula berpecah dan telah terbit perbezaan pendapat seterusnya mewujudkan pelbagai fahaman dan aliran samaada bertepatan dengan hukum syarak atau sebaliknya. Kajian ini akan menyentuh dua aspek utama iaitu peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan berkaitan dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan secara khusus. Kajian ini dimulakan dengan memberikan difinisi, ciri-ciri serta sejarah perkembangan ajaran sesat di Malaysia dan di Negeri Sembilan. Seterusnya, secara literal kajian ini akan menganalisa peruntukan undang- undang bagi kesalahan ajaran sesat dalam kerangka perundangan syariah di Negeri Sembilan. Di akhir kajian, penulis akan mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikkan yang wajar diimplementasikan bagi membaiki kelemahan kelemahan yang wujud seterusnya memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan di negeri ini secara khusus Pengenalan Mutakhir ini, ajaran sesat semakin berkembang dan amat membimbangkan. Isu ini sentiasa hangat dan telah banyak kali dibincangkan termasuk langkah menfatwa dan mewartakan ajaran- ajaran sesat tersebut. Disamping itu ajaran sesat telah diperuntukkan sebagai kesalahan jenayah syariah dibawah enakamen atau akta di setiap negeri setelah sekian lama. Namun, seperti ada kelompangan, ajaran-ajaran sesat terus menular dan semakin membarah di dalam masyarakat kita. 1 Pegawai Sulh Mahkamah Rensah Syariah Port Dickson, Negeri Sembilan

Upload: dangcong

Post on 29-May-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

1

KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAAN

BAGI KESALAHAN BERHUBUNG AJARAN SESAT DI NEGERI SEMBILAN : SATU

KAJIAN

Oleh : Suhaizad bin Saifuddin1

Abstrak

Isu dan masalah ajaran sesat telah sekian lama menular di seluruh dunia tidak terkecuali di

negara kita. Jika disingkap tabir sejarah, selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, Umat

Islam mula berpecah dan telah terbit perbezaan pendapat seterusnya mewujudkan pelbagai

fahaman dan aliran samaada bertepatan dengan hukum syarak atau sebaliknya. Kajian ini

akan menyentuh dua aspek utama iaitu peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan

berkaitan dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan secara khusus. Kajian ini dimulakan dengan

memberikan difinisi, ciri-ciri serta sejarah perkembangan ajaran sesat di Malaysia dan di

Negeri Sembilan. Seterusnya, secara literal kajian ini akan menganalisa peruntukan undang-

undang bagi kesalahan ajaran sesat dalam kerangka perundangan syariah di Negeri Sembilan.

Di akhir kajian, penulis akan mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikkan yang

wajar diimplementasikan bagi membaiki kelemahan –kelemahan yang wujud seterusnya

memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan di negeri ini secara khusus

Pengenalan

Mutakhir ini, ajaran sesat semakin berkembang dan amat membimbangkan. Isu ini sentiasa

hangat dan telah banyak kali dibincangkan termasuk langkah menfatwa dan mewartakan ajaran-

ajaran sesat tersebut. Disamping itu ajaran sesat telah diperuntukkan sebagai kesalahan jenayah

syariah dibawah enakamen atau akta di setiap negeri setelah sekian lama. Namun, seperti ada

kelompangan, ajaran-ajaran sesat terus menular dan semakin membarah di dalam masyarakat

kita.

1 Pegawai Sulh Mahkamah Rensah Syariah Port Dickson, Negeri Sembilan

Page 2: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

2

Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur`an al-

Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya

kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari

teman, perubahan masa dan keadaan.2

Setakat ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyenaraikan lebih 50

senarai ajaran sesat yang berada diseluruh Malaysia. Fatwa terakhir berkaitan dengan ajaran

sesat adalah pada tahun 2006 iaitu berkaitan dengan Ajaran Tal Tujuh, Aliran Pemikiran Liberal

dan penyelewengan Syarikat Rufaqa Corparation dan lain-lain syarikat dalam usaha

menghidupkan semula Ajaran Al-Arqam.3 Di Negeri Sembilan, beberapa ajaran telah difatwakan

sebagai menyeleweng dan sesat. Setakat ini 6 fatwa telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri

Sembilan berhubung dengan ajaran sesat dan 2 daripadanya telah difatwakan pada Julai 2013

dan masih belum diwartakan.

Isu Ajaran ssesat ini tidak boleh dipandang ringan. Ianya dilihat sebagai virus yang akan

merencat agenda pembangunan dan perpaduan Umat Islam di Malaysia amnya dan di Negeri

Sembilan khususnya. Ia juga boleh mengancam keselamatan negara sebagaimana peristiwa-

peristiwa berdarah yang berlaku pada 19 Ogos 1979 dimana seramai 4 orang pengikut Ilmu

Kasyaf yang diketuai Hj.Kamaruddin @ Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu

persitiwa di Kerling, Selangor. Sejarah juga menyaksikan pada 16 Oktober 1980 seramai 8

orang dari kumpulan ajaran sesat dipimpin oleh Ahmad Nasir Kemboja yang mengaku sebagai

Imam Mahdi terbunuh setelah mereka menyerang dan mencederakan anggota yang bertugas di

Balai Polis Batu Pahat, Johor.4 Pada 9 Julai 2012 pula, Malaysia digemparkan dengan kejadian

amuk seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

dan menyaksikan lelaki tersebut mati ditembak oleh pihak polis.5

2 Zamihan Mat Zin , Ajaran Sesat Dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara, 2008, hlm. 1

3 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), e-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/,

14 Disember 2013. 4 Azlan Raihan, Penolong Mufti Unit Istiqra`, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, 12 November 2013.

5 Saksi: Lelaki mengamuk di Putrajaya mengaku dirinya Imam Mahdi, Sinar Harian, 27 Februari 2013.

Page 3: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

3

Definisi Ajaran Sesat

Ajaran sesat telah ditakrifkan oleh Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam

yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan

pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah

Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab yang

muktabar dan bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wal-Jama„ah.6

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi telah memperhalusi takrifan yang diberikan JAKIM tersebut

dengan memberikan takrifan yang lebih sesuai dengan masa kini iaitu:

“Sebarang ajaran dan amalan yang didukung oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang

bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam

sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-

Sunnah, bercanggah dengan akidah Islam dan berlawanan pula dengan mazhab yang muktabar

iaitu mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama„ah.”7

Selain itu Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim pula mendefinisikan ajaran sesat sebagai ajaran

dan amalan yang bertentangan dengan Islam. Beliau juga menghubungkaitkan ajaran sesat

dengan tasawuf - tarekat. Ini adalah kerana masyarakat Islam dewasa ini meletakkan tasawuf -

tarekat itu bukan pada tempatnya yang sebenar. Natijahnya, ilmu tasawuf - tarekat bertukar

wajah sebagai ajaran sesat akibat penglibatan masyarakat awam yang bukan dalam kalangan ahli

falsafah dalam permasalahan ilmu falsafah.8

6 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Kajian Ajaran Sesat Dalam Pengajian Islam: Satu Sorotan, Jurnal Usuluddin, JIlid

26, 2007,hlm.2 7 Ibid

8 Prof. Dr.Abdul Fatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 1.

Page 4: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

4

Ajaran sesat juga dikenali dengan nama-nama yang lain. Antaranya ajaran salah9, pencemaran

akidah dan penyelewengan akidah 10

. Ungkapan pencemaraan akidah telah digunakan oleh Dr.

H.O.K. Rahmat S.H didalam bukunya yang bertajuk Pencemaran Akidah Di Nusantara.

Berdasarkan isi kandungan buku ini, Dr. Rahmat kelihatan mahu mendefinisikan istilah tersebut

sebagai ketidakmurnian akidah Islam disebabkan palitan dan adunan pengaruh-pengaruh yang

berasal dari bumi nusantara sendiri seumpama kepercayaan Dinamisme dan Animisme

Nusantara ataupun yang berasal dari luar seumpama unsur-unsur Yahudi, Kristian, Yunani

Purba, Majusi, Hinduisme, Buddhisme dan berbagai-bagai unsur lain yang menyerap masuk ke

dalam akidah sebahagian umat Islam rantau ini hingga akidah Islam yang murni menjadi

tercemar. Dalam pandangan Dr Rahmat, kelihatan unsur-unsur luar yang menyerap ke dalam

pegangan akidah itu terjelma dalam anutan manusia Nusantara terhadap fahaman-fahaman

seumpama aliran tasawuf wihdah al-wujud 12, ajaran Batiniah, ajaran Bahai dan lain-lain.11

Kesimpulannya, sungguhpun terdapat berbagai takrifan dan penggunaan istilah, namun

kesemuanya berlegar pada isu yang sama. Dari sudut takrifan, pada pendapat penulis, takrifan

yang telah diperhalusi oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berdasarkan takrifan yang diberi

oleh JAKIM adalah takrifan yang lebih tepat dan menyeluruh serta sesuai dengan keadaan masa

kini.

9Buku Panduan Program Ijazah Dasar, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Tahun Akademik 2003/2004.

Universiti Malaya(UM), Kuala Lumpur, hlm. 188. 10

Zakaria Stapa, Bahagian Kedua: Masalah dan Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia, dalam kertas kerja bertajuk

Wihdah al-Wujud dan Hubungannya dengan masalah Ajaran Sesat di Malaysia, Kertas Kerja Seminar

Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasawuf Anjuran Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan kerjasama Jabatan

Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus di Hotel Hilton, Seremban, Negeri Sembilan, 17 – 19 Ogos 2002, hlm. 51. 11

Ibid, hlm.52

Page 5: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

5

Ciri-ciri Ajaran Sesat

Secara ringkasnya , ajaran sesat berkaitan dengan ciri-ciri berikut:

i. Menyalahi Prinsip Sumber Perundangan Islam

ii. Berhubungan Dengan Kuasa Jin, Syaitan Dan Iblis

iii. Mengaitkan Unsur-Unsur Tarekat, Mitos, Persilatan Dan Perbomohan

iv. Fanatik Kepada Ketua Atau Pemimpin

v. Semberono Dalam Pengambilan Hukum Dan Fatwa

vi. Bersifat Tertutup Dan Banyak Berahsia

vii. Beranggapan Benar Dan Ekstremis12

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Di nusantara, khususnya Malaysia terdapat tiga bentuk ajaran sesat. Antaranya:

i. Kumpulan Yang Membawa dan Menyebarkan Ajaran Sesat

Maksudnya sesuatu ajaran itu dibawa dan disebarkan dalam sebuah kumpulan tertentu.

Kumpulan ini mempunyai carta organisasi yang tersusun yang dipimpin oleh seorang ketua

atau pemimpin serta dibantu oleh orang kanannya. Kebiasaannya ia dianggotai oleh pengikut

yang ramai, mempunyai dana dan pengaruh tersendiri. Bahkan membentuk satu kumpulan

yang kuat dan amat sukar untuk dihapuskan dalam jangkamasa yang pendek. Justeru, tidak

hairanlah jika taktik ini dipergunakan oleh sebahagian besar pemimpin ajaran sesat atau

menyeleweng di negara kita.

ii. Ajaran Sesat Yang Hanya Wujud Sebagai Satu Ajaran Sahaja

Ajaran bentuk ini hanya diketuai oleh seorang guru dan diikuti oleh pengikut-pengikut yang

terhad dan tidak berorganisasi. Kumpulan ajaran ini biasanya tidak kuat dan mudah terhapus

setelah pemimpinnya dikenakan tindakan atau bertaubat kembali ke jalan yang benar.

12

Zamihan .Mat Zin, Ajaran Sesat Dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara, 2008, hlm.4-10.

Page 6: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

6

iii. Ajaran Sesat Yang Wujud Dalam Bentuk Media

Ketahuilah bahawa media cetak dan media elektronik juga turut dipergunakan sebagai

medium dakwah ajaran sesat atau menyeleweng. Jika kita meninjau premis perniagaan toko-

toko buku didapati terdapat buku-buku tertentu dijual secara bebas di pasaran. Buku-buku

seperti Hakikat Insan, Tasawuf al-Haq, tulisan anti hadis, Islam Liberal, Wahhabiyyah,

Syi„ah, al-Arqam dan lain-lain masih berlegar dalam ruangan media cetak walau pelbagai

tindakan telah diambil untuk mengatasinya. Sesetengah aliran pula menjadikan media

elektronik sebagai medium propaganda. Caranya dengan mengetengahkan tokoh-tokoh

mereka membincangkan isu-isu agama melalui media arus perdana. Maka tidak hairanlah

televisyen kita kita selalu menyiarkan kenyataan beberapa tokoh yang beraliran Wahhabiyah

dan Liberal bagi membicara isu-isu agama kontemporari. Menyebabkan masyarakat menjadi

gempar lantaran keliru dengan kenyataan yang dipersembahkan mereka.13

Sejarah Ajaran Sesat di Malaysia

Pada abad ke -19, Ajaran Ahmad Matahari yang mengasaskan Ajaran Taslim merupakan

ajaran yang dikenalpasti mula-mula sekali bertapak di Tanah Melayu yang bergiat aktif di

Kampung Seronok, Bayan Lepas Pulau Pinang. Sejak dari itu ajaran –ajaran lain mula

meresap masuk ke negara kita setiap dekad.

Pada dekad 1930 an pula menyaksikan kewujudan beberapa ajaran yang dikhuatiri

menyeleweng dari akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah seperti ajaran Qadiani atau Ahmadiah

yang dilaporkan bermula di Selangor iaitu di Jeram, Sungai Tua, Sungai Buluh dan Kampung

Nakhoda. Keadaan ini menggesa pihak berkuasa mengkanunkan beberapa undang-undang

bagi menyekat penyebarannya. Sekitar tahun 1950an pula, muncul Ajaran Subud dan Ajaran

Martabat Tujuh di Kelantan. Ajaran-ajaran ini khususnya Ajaran Martabat Tujuh telah

tersebar hampir disetiap negeri di Malaysia. Ajaran Subud kemudiannya berjaya dihapuskan

hingga ke akar umbi dan pengaruhnya menjadi semakin lemah.

Dekad 1960-an pula dicemari oleh perkembangan Tarikat Mufarridah, Tarikat Samaniah

Ibrahim Bonjol dan beberapa lagi, 1970an Tarikat Naqsyabandiah KadirunYahya, Ajaran

13

Zamihan .Mat Zin, Ajaran Sesat Dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara, 2008, hlm.10-11.

Page 7: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

7

Nordin Putih dan sebagainya. Awal 1980an pula menyaksikankewujudan kumpulan Anti-

Hadith, fahaman Syiah, manakala kumpulan Al-Arqam dengan ajaran Aurad Muhammadiyah

didapati bergiat aktif dengan cara yang tersendiri dan menjadi satu kumpulan yang kaya-raya

hasil dari pelbagai sumber termasuk pernigaan.

Namun pada 1995, negara digemparkan dengan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan

ini. Ketuanya Ashaari Muhamad dan pengikut-pengikutnya telah ditangkap secara beramai-

ramai dan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Ekoran dari

itu, Ashaari Muhammad telah membuat pengakuan terbuka mengenai pembohongan dakyah

mereka serta menyeru seluruh warga al-Arqam supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan

yang benar. Ashaari sendiri berjanji menerusi siaran secara langsung TV1 ketika itu untuk

memulihkan pengikutnya. Antara tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah dengan

mengadakan siri pemulihan akidah, tetapi tidak dihadiri sepenuhnya oleh pengikut tegarnya.

Antara pengikutnya juga, ada yang menulis pengalaman bersama kumpulan terbabit dan

menelanjangi kepincangan kumpulan berkenaan serta mendedahkan kebenaran

tentangAshaari Muhammad beserta kaum keluarganya. Malah ada juga yang

cubamenghidupkannya kembali atas nama lain seperti syarikat berkaitan perniagaan yang

dinamakan sebagai Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. Dengan adanya fatwa yang

lengkap tentang ajaran-ajaran menyeleweng yang telah wujud di Negara kita ini, maka sudah

tentu jangkaannya ialah ajaran berkenaan akan berakhir, pengikutnya akan sedar dan kembali

ke pangkal jalan, fatwa akan berupaya menjadi garis panduan dan sempadan kepada orang

lain yang sedar tentang pengharamannya. Namun hakikatnya, tinggalan ajaran berkenaan

didapati masih ada dan cuba dikembangkan oleh saki baki pengikutnya sehingga kini.

Pada tahun 2009, Abdul Kahar Ahmad yang lebih dikenali sebagai “Rasul Melayu” dibicara

dan disabitkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pelbagai kesalahan berkenaan

aktiviti beliau selama ini, masyarakat boleh merasa lega kerana satu lagi anasir yang

mencetuskan kekeliruan akidah di kalangan umat Islam di negara ini khususnya di

Selangor akhirnya berjaya dibanteras. Lima pertuduhan telah dikenakan dan Abdul

Kahar telah mengaku salah di atas kelima-lima pertuduhan berkenaan iaitu kesalahan

mengajar doktrin palsu, membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sebagai rasul,

menghina agama Islam, mengingkari arahan pihak berkuasa agamadan memberi pendapat

yang bertentangan dengan fatwa. Namun hakikatnya, usaha penyiasatan dan penangkapan

Page 8: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

8

beliau memakan bmasa yang panjang iaitu sejak sebelum tahun 2005 lagi, tahun di mana fail

kes terhadapnya dibuka di Mahkamah Syariah Shah Alam. Fatwa status haram terhadap

ajarannya iaitu Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal pula telah difatwakan pada 3

Januari 2007, manakala buku karangannya bertajuk al-Furqaan-Pembeda telahpun

diharamkan di Selangor kerana menyelewengdari ajaran Islam yang sebenar.

Di Besut, Terengganu, gelagat Arifin Muhamad yang lebih dikenali sebagai“Ayah Pin” yang

membina perkampungan ibadat di kawasan kediaman beliaumenarik perhatian awam. Pihak

berkuasa tempatan akhirnya merobohkan binaan-binaan pelik yang dibinanya atas alasan

tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, ajarannya yang dikenali

sebagai Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin sememangnya telah diketahui bertentangan dengan

Hukum Syarak dan difatwakan haram di hampir kesemua negeri sejak tahun 1992 lagi.

Namun, cubaan untuk menangkap dan membawa AyahbnPin ke muka pengadilan seringkali

menemui jalan buntu, biarpun markasnya pernah diserbu pihak berkuasa beberapa tahun

2009. Setakat ini tindakan yang telah diambil terhadap pengikutnya, adalah didakwa dan

disabitkandi bawah seksyen 10 iaitu berkaitan kesalahan menghina atau mengingkari pihak

berkuasa agama dan seksyen 14 iaitu memiliki penerbitan agama yang bertentangan dengan

Hukum Syarak. Sebelum itu pun, beberapa orang pengikut Ayah Pin di Kelantan telah pun

didakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu Kelantan atas

kesalahan membuat istiadat atau perkara yang berlawanan dengan hukum syarak atau fatwa

yangdikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan(MAIK).

Terdapat laporan bahawa Ayah Pin berada di Selatan Thailand sebelum ini dan telah pun

kembali ke Semenanjung dan bergerak di sekitar Kuala Lumpur. Pelbagai pihak

mempersoalkan kenapa beliau tidak ditangkap. Ironi pula apabila pihak PDRM mendakwa

tidak dapat menahan Ayah Pin kerana tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal

Agama Terengganu.

Pada tahun 2008, akhbar mendedahkan wujud sekurang-kurangnya dua lagi bentuk kesesatan

yang bertopengkan konsep perniagaan multi-level marketing (MLM) yang mensasarkan

pengikutnya mencari ahli tambahan dan mendapat tebusan dosa jika berjaya menambah

pengikut baru, manakala satu lagi berkaitan seorang lelaki berusia 60-an dikenali sebagai

Page 9: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

9

“Bang Chik”yang menggelarkan dirinya Guru Yahu dan mengajar pengikutnya berzikir

sahaja tanpa perlu melakukan ibadat lain.14

Baru-baru ini kita digemparkan dengan siri penangkapan pengikut Ajaran Tuhan Harun yang

mana ajaran ini dipercayai telah tersebar ke beberapa negeri khususnya di Negeri Pahang.

Ajaran ini dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffali Abdul Malik

pada 11 November 2013 yang lalu. Terbaharu beberapa pengikut ajaran ini telah ditahan dan

akan didakwa diatas pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di

Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang.15

Kes ini menjadi boleh dianggap sebagai penanda

aras dan menjelaskan kepada kita bahawa senario ajaran sesat di negara kita berada pada

tahap yang amat membimbangkan dan mengancam keselamatan negara ini.

Latar Belakang Ajaran Sesat di Negeri Sembilan

Sepertimana negeri-negeri lain, Negeri Sembilan juga tidak terlepas dari bahana ajaran sesat.

Sekitar tahun 1940 an hingga 1980 an antara ajaran sesat dan amalan khurafat yang dikenal

pasti bertapak di Negeri Sembilan ialah Tariqat Mufarridiyyah (Ajaran Sheikh Makmun),

Ajaran Qadiani, Tariqat Naqsyabandiyyah, Ajaran Taslim, Ajaran Ittiba al-Sunnah, amalan

Zikir Allah, Tariqat Nur Zaman, Persilatan Kebatinan Nasrul Haq, perbomohan, pemujaan jin

dan lain-lain.16

Pada tahun 90-an pula, pertubuhan Al-arqam atau ajaran Aurat Muhammadiah telah giat

membuka markaz-markaznya di beberapa tempat di negeri ini. Beberapa buku dan risalah

yang menyebarkan ajaran masing-masing juga turut dikesan sehinggalah Jabatan Mufti

Negeri menfatwakan beberapa risalah dan buku sebagai menyalahi akidah Islam pada tahun

1996 seperti Risalah „Tiang Agama‟, Qamar Al-Huda dan Risalah Kesufian anjuran Bahari

Salleh.

14

Siti Zubaidah Ismail, Menangani Ajaran Sesat Di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-undang Dan Pentadbiran, Jurnal Syariah, Jil.8, Bil.2, 2010, hlm. 250-254. 15

Ketua Kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ didakwa Isnin ini, Utusan Malaysia, 14 Disember 2013. 16

Nurul Atikah Jamaluddin & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Peranan Hj.Abdullah bin Hj.Sijang dalam Menangani Masalah Ajaran Sesat dan Khurafat di Daerah Port Dickson Negeri Sembilan, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V 9-10 September 2013: Ulama dan Cabaran Idalisme Semasa, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM, 2013, hlm.333-335.

Page 10: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

10

Pada masa kini, terdapat beberapa ajaran tersebut dikenal pasti masih aktif dan ada yang telah

terkubur. Begitu juga terdapat ajaran-ajaran sesat atau yang meragukan mula berkembang

dikenal pasti menyalahi akidah Islam khususnya akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di sebarkan

di negeri ini seperti Syiah, Persilatan Tapediri 65, Ajaran Taslim, Ajaran Syed Muhammad al-

Mansur (Al-Mas), Ajaran Alunan Zikir Zat Cinta, Ajaran Gagak Hijau dan lain-lain samada

telah difatwakan atau masih dalam proses penyiasatan. Selain itu pertubuhan Al-arqam telah

dikesan semula pada hari ini dengan menggunakan modus operandi yang lain seperti

menjalankan perniagaan dan pusat jagaan dengan menggunakan berbagai-bagai nama seperti

Global Ikhwan, Restoran Nur Muhammad, Pusat Jagaan Anak Yatim Asnaf Murni dan

banyak lagi.17

Peruntukan undang-undang berkaitan dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan18

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, terdapat beberapa

peruntukan yang boleh dikaitkan dengan ajaran sesat iaitu:

BIL JENIS

KESALAHAN

SEKSYEN DAN

TAJUK

PERUNTUKAN

1. Kesalahan

mengenai

akidah

Seksyen 47.

Pemujaan salah.

Mana-mana orang yang memuja pantai,

pokok, padang, kubur, hutan, bukit atau mana-

mana orang atau apa-apa benda dengan apa-

apa jua cara yang bercanggah dengan Hukum

Syarak untuk apa-apa jua tujuan adalah

bersalah atas sesuatu kesalahan dan hendaklah

apabila disabitkan dikenakan hukuman denda

tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara

tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

dan mahkamah boleh memerintahkan supaya

alat-alat yang digunakan atau bangunan atau

binaan yang digunakan bagi pemujaan itu

dimusnahkan.

2. Kesalahan

mengenai

pencelaan

agama dan

institusinya

Seksyen 49.

Mempermainkan

dsb. ayat al-Quran

atau Hadith

Mana-mana orang yang mempermainkan,

mencela, mengejek-ejek atau menghina sama

ada dengan perkataan atau perbuatan akan

ayat-ayat al-Quran atau Hadith adalah bersalah

atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila

disabitkan dikenakan hukuman denda tidak

17

Mohd Zamri bin Samsudin , Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Akidah, Bahagian Dakwah, Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, 18 November 2013 18

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

Page 11: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

11

melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama

tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-

duanya.

3. Kesalahan

mengenai

pencelaan

agama dan

institusinya

Seksyen 50.

Mencela, menghina

dsb. Agama Islam

Mana-mana orang yang dengan perkataan,

sama ada secara lisan atau bertulis, atau

dengan isyarat, atau dengan penyertaan zahir,

atau dengan apa-apa perbuatan, aktiviti atau

kelakuan, atau dengan apa cara lain sekalipun-

mencela atau disifatkan sebagai menghina atau

cuba mencela atau menghina Agama Islam;

atau

mempermainkan, mengajuk atau mengejek-

ejek akan amalan atau upacara yang berkaitan

dengan Agama Islam; atau

perjalanan mana-mana mazhab yang

muktabar; atau

mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan

sah oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran

Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En.

1/1991],adalah bersalah atas suatu kesalahan

dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan

hukuman denda tidak melebihi lima ribu

ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun

atau kedua-duanya.

4. Kesalahan

mengenai

pencelaan

agama dan

institusinya

Seksyen 51. Fatwa

yang berlawanan.

Mana-mana orang yang memberi,

menghebahkan atau mengembangkan apa-apa

fatwa untuk diikuti oleh orang Islam mengenai

apa-apa soalan, ajaran Islam atau Hukum

Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa

yang dikeluarkan dengan sah oleh Mufti di

bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak

(Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] adalah

bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah

apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu

ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak

melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan

fatwa itu jika bertulis hendaklah dirampas dan

dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh

mahkamah dan segala penerbitannya,

penjualannya, dan pengedarannya hendaklah

dilarang.

5. Kesalahan

mengenai

pencelaan

agama dan

institusinya

Seksyen 52.

Perbuatan atau

ajaran salah.

Mana-mana orang yang mengajar Agama

Islam atau menghuraikan perkara yang sama

kepada seseorang atau sekumpulan orang di

tempat awam atau sebaliknya atau

menjalankan sesuatu upacara atau sesuatu

perbuatan yang berlawanan dengan Hukum

Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan

dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan

hukuman denda tidak melebihi lima ribu

Page 12: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

12

ringgit atau penjara selama tempoh tidak

melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali

dan segala dokumen dan peralatan yang

berkaitan dengan sabitan itu hendaklah

dirampas dan dimusnahkan sebagaimana

diarahkan oleh Mahkamah.

6. Kesalahan

mengenai

pencelaan

agama dan

institusinya

Seksyen 53.

Mengajar agama

tanpa tauliah.

(1) Mana-mana orang yang mengajar agama

tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah

di bawah subseksyen 118(3) Enakmen

Pentadbiran, kecuali kepada ahli-ahli

keluarganya di tempat kediamannya sahaja,

adalah bersalah atas suatu kesalahan dan

bolehlah apabila disabitkan dikenakan

hukuman denda tidak melebihi tiga ribu

ringgit atau penjara selama tempoh tidak

melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang tauliahnya ditarik balik

tetapi tidak mengembalikan tauliah itu kepada

Jawatankuasa Tauliah adalah bersalah atas

suatu kesalahan dan bolehlah apabila

disabitkan dikenakan hukuman denda tidak

melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama

tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-

duanya.

7.

Kesalahan

mengenai

pencelaan

agama dan

institusinya

Seksyen 54.

Penerbitan agama

yang berlawanan

dengan Hukum

Syarak

.

Mana-mana orang yang mencetak, menerbit

atau membahagi untuk jualan atau dengan

jalan yang lain, atau sesiapa yang ada dalam

possessi sesuatu buku, risalah atau dokumen

yang memberi atau dimaksudkan memberi

pengajaran atau mana-mana fatwa mengenai

apa-apa perkara Hukum Syarak, jika buku atau

dokumen itu mengandungi sesuatu perkara

yang berlawanan atau bersalahan kepada qaul-

qaul Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki atau

Hambali atau kepada sesuatu fatwa yang sah

dikeluarkan oleh Mufti di bawah Enakmen

Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan)

1991[En. 1/1991.] adalah melakukan satu

kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan

dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga

ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak

melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan

segala buku, risalah, dokumen atau alat-alat

percetakan, penerbitan, penjualan dan tiap-tiap

perkara yang mengenainya itu hendaklah

dirampas dan dimusnahkan sebagaimana

diarahkan oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa buku, risalah, dokumen

Page 13: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

13

atau penerbitan tersebut telah diharamkan

percetakan, penerbitan atau pengedarannya

untuk jualan atau pemilikannya oleh

Kementerian Dalam Negeri di bawah mana-

mana undang-undang yang sedang

berkuatkuasa.

Statistik Kes Berhubung Dengan Peruntukan Ajaran Sesat

Berikut merupakan statistik kes bagi kes-kes yang telah didakwa di negeri ini berhubung

dengan ajaran sesat19

:

BIL.

SEK.

KESALAHAN

BIL.KES

TERTUDUH (OKT)

1 47 Pemujaan Salah 1 1.Muhammad Sombhas bin

Abdullah

2 49 Mempermainkan dsb. Ayat al-

Quran atau hadith

1 1.Muhammad Sombhas bin

Abdullah

3 50 Menghina Agama Islam 1 1.Muhammad Sombhas bin

Abdullah

4 51 Fatwa yang berlawanan 0

5 52 Perbuatan atau Ajaran Salah 0

6 53 Mengajar Tanpa Tauliah 4 1. Rasul bin Dahari

2.Mohd Herman bin Ab

Wahab

3. Irwan Hidayat bin Abd

Rahim

4. Fathul Bari bin Mat Jaya

7 54 Penerbitan bertentangan dengan

Hukum Syarak

0

Tidak banyak kes-kes yang didakwa berhubung dengan ajaran sesat di Negeri Sembilan. Pada

tahun 2012, amalan nikah batin oleh tertuduh bernama Muhammad Sombhas bin Abdullah

telah berjaya disekat berikutan penangkapan tertuduh.20

Berita ini telah menggemparkan

negeri ini khususnya kerana ajaran ini tidak pernah diketahui dan tidak pernah mendapat

liputan mahupun difatwakan sebagai ajaran sesat. Tertuduh telah didakwa dengan 4

pertuduhan termasuklah pertuduhan memikat atau membawa pergi atau menahan dengan niat

jahat perempuan bersuami atau anak dara sebagaimana yang diperuntukkan pada seksyen 77

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

19

Portal e-Syariah ( Negeri Sembilan), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, 1 November 2013 20

Bomoh Nikah Batin Ditangkap, Akhbar Sinar Harian,17 September 2012

Page 14: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

14

Bagi kesalahan mengajar tanpa tauliah pula, tertuduh yang bernama Rasul bin Dahari sahaja

telah disabitkan bersalah diatas pengakuannya sendiri. Manakala kes bagi tertuduh yang

bernama Fathul Bari bin Mat Jaya yang ditangkap bersama Mohd Herman bin Abd Wahab

dan Irwan Hidayat bin Abd Rahim kerana mengajar tanpa tauliah di Madrasah Ittibak

Assunnah, Kuala Pilah telah ditarik balik oleh pihak pendakwa diatas sebab-sebab tertentu.21

Perbandingan Fatwa Berkaitan Dengan Ajaran Sesat di Malaysia

Semua Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia memperuntukkan

bahawa pihak yang berhak dan bertanggungjawab mengeluarkan hukum apabila diperlukan

ialah Institusi Fatwa setiap negeri. Institusi Fatwa setiap negeri terdiri daripada gandingan

antara mufti dan Jawatankuasa Syariah bagi setiap negeri tersebut. Fatwa yang hendak

dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri hendaklah melalui Jawatankuasa Syariah

dengan mufti menjadi pengerusinya. Oleh itu, perbincangan mengenai perlantikan pihak yang

mengeluarkan serta menguatkuasakan fatwa hukum akan menjurus kepada perlantikan mufti

dan Ahli Jawatankuasa Syariah atau bagi Kedah dan Terengganu dipanggil Jawatankuasa

Fatwa, di Kelantan dipanggil Jamaah Ulamak, di Johor dipanggil Lujnah Fatwa dan di

Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Jawatankuasa Undang-undang Syarak. Negeri-negeri

lain menggunakan nama Jawatankuasa Syariah.22

Fatwa hendaklah diiktiraf oleh Mahkamah Syariah di negeri di mana fatwa itu diwartakan.

Penguatkuasaan fatwa yang di bawah kuasa negeri sebenarnya menyumbang kepada

kesukaran untuk membuat penyeragaman fatwa bagi seluruh Malaysia. Sehingga kini, hanya

terdapat beberapa kes di mana semua negeri membuat serta mewartakan fatwa yang serupa.

Misalnya dalam pengharaman buku Aurad Muhammadiyah dan kumpulan al-Arqam

([1986]1JH 32). Dalam kes tersebut, semua negeri bersetuju menerima dan mewartakan fatwa

hasil daripada keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setelah diperakui oleh

Majlis Raja-Raja.23

21

Kamal Bashah bin Ahmad Tajuddin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, 1 November 2013. 22

Hasnan Kasan, Prosedur Mengeluar dan menguatkuasa Fatwa di Semenajung Malaysia, Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, Jld.10, 2006, hlm.2. 23

Zaini Nasohah, Undang-undang Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia, Islamiyyat, Jilid 27 (1), 2005, hlm.29.

Page 15: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

15

Disebabkan perbezaan bidangkuasa ini, jumlah fatwa disetiap negeri juga adalah berbeza.

Perbezaan jumlah fatwa berhubung dengan ajaran sesat di beberapa negeri dapat dilihat

sebagaimana pada jadual berikut:

BIL. NEGERI BILANGAN FATWA

1 Wilayah Persekutuan 30

2 Negeri Sembilan 6

3 Selangor 36

4 Melaka 20

5 Johor 10

6 Pahang 12

7 Perak 15

8 Kedah 11

Page 16: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

16

Fatwa berkaitan Ajaran Sesat di Negeri Sembilan dan kepentingannya.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan adalah organisasi yang bertanggungjawab

menguruskan hal ehwal fatwa di negeri ini. Senarai fatwa berhubung dengan ajaran sesat di

Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:

BIL. TAJUK/PERKARA TARIKH WARTA/BELUM

1 Aurad Muhammadiah 2 Ogos 1994 Warta

2 Buku-buku dan Risalah Ajaran Sesat.

Qamar al-Huda

Nukilan Ahli Sufi Allahu Akbar Encik

Bahrin bin Salleh

Risalah Kesufian – Anjuran Baharin

Salleh

Sebaik-baik makrifah yang

dipertunjukkan bagi hati

17 April 1996

Warta

3 Ke Arah Membendung Pengaruh

Syiah di Malaysia

12 Mac 1998 Warta

4 Risalah „ Tiang Agama‟ menyalahi

akidah Islam

4 November 1999 Warta

5 Penyelewengan Ajaran Syiah

17 Julai 2013 Belum

6 Penyelewengan Ajaran Taslim

17 Julai 2013 Belum

Berdasarkan maklumat diatas, dapatlah diketahui bilangan fatwa berkaitan dengan ajaran

sesat di Negeri Sembilan adalah sedikit berbanding negeri-negeri yang lain. Sedangkan jika

dikaji pada perkembangan ajaran sesat di Negeri Sembilan sejak abad 40 an lagi terdapat

lebih 10 ajaran yang boleh dikategorikan sebagai sesat dan perlu diambil tindakan.

Berdasarkan maklumat, terdapat beberapa ajaran yang masih aktif di Negeri Sembilan tetapi

masih belum difatwakan sebagai ajaran sesat iaitu Tarekat Khaidiriah, Persilatan Tapediri 56,

Ajaran Syed Muhammad al-Mansor (Al-Mas), Ajaran Wahabi, Ajaran Qadiani, Ajaran

Alunan Zikir Zat Cinta, Ajaran Gagak Hijau dan lain-lain. Daripada ajaran-ajaran ini terdapat

Page 17: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

17

ajaran yang masih dalam siasatan dan telah memakan masa yang lama.24

Tarekat Khaidiriah

hanya ditolak pendaftarannya sebagai satu aliran tarekat yang sah dan berdaftar sebagaimana

peruntukan yang terkandung pada Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan) 2005 dan

tidak difatwakan sebagai ajaran sesat sedangkan jika dilihat pegangan akidah pengikutnya

aliran tarekat ini sudah tersasar jauh dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Fatwa berkaitan dengan sesuatu ajaran sesat dan mewartakan adalah penting bagi membantu

pihak penguatkuatkuasaan mendapatkan bukti yang kukuh. Ini kerana beban pembuktian

adalah terletak kepada tanggungjawab pihak penguatkuasaan. Tanpa bukti kukuh adalah sukar

untuk pihak yang bertanggungjawab mengemukakan dakwaan. Oleh itu sebagai pihak yang

bertanggungjawab menguruskan hal ehwal fatwa, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri harus

mengambil pendekatan yang lebih sesuai dengan keadaan masa kini iaitu dengan

menfatwakan kesemua ajaran sesat di negeri ini sebagaimana tindakan yang diambil oleh

kebanyakan negeri yang lain. Selain itu Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga

memainkan peranan penting dalam mewartakan fatwa-fatwa tersebut supaya tindakan

penguatkuasaan dapat dilakukan.

Masalah-masalah yang dihadapi

Jika dilihat kepada statistik kes-kes yang telah didakwa di Negeri Sembilan, menggambarkan

bahawa isu ajaran sesat di Negeri Sembilan adalah tidak membimbangkan. Namun hakikatnya

adalah sebaliknya. Kajian mendapati bahawa terdapat banyak kes yang melibatkan ajaran

sesat di Negeri Sembilan yang telah kenal pasti, namun tiada tindakan diambil diatas faktor-

faktor berikut:

i. Terdapat kelemahan dan kekurangan pada beberapa peruntukan undang-

undang yang berkaitan.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, terdapat beberapa peruntukan yang boleh

didakwa terhadap pengamal-pengamal ajaran sesat. Namun pembuktian yang kukuh

merupakan perkara utama yang perlu dikenalpasti sebelum tangkapan dan dakwaan

boleh dibuat. Elemen pembuktian juga mempunyai hubungan dengan peruntukan-

pertuntukan undang-undang. Semua ini berhubungkait supaya pertuduhan boleh

24

Mohd Zamri , Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Akidah, Bahagian Dakwah, Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, 18 November 2013

Page 18: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

18

mencapai tahap prima facie dan sabitan boleh dilakukan terhadap tertuduh. Jika

diperhalusi terdapat banyak peruntukan berhubung dengan kesalahan didalam

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan(1992) yang perlu kaji dan dipinda

semula. Enakmen ini pernah dipinda pada tahun 2004 yang hanya melibatkan 8

seksyen termasuk pindaan terhadap Kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah. Hukuman

terhadap kesalahan juga harus dinilai semula supaya ianya benar-benar memberi

kesan terhadap tertuduh dan masyarakat.

ii. Penyelarasan gerak kerja yang kurang teratur dan sistematik

Penyelarasan gerak kerja yang tersusun dan sistemasik merupakan unsur penting bagi

sesuatu pelaksanaan kerja yang berkesan. Penguatkuasaan merupakan aspek utama

bagi mengekang ajaran sesat dari terus menular. Aspek ini merangkumi penyelidikan,

penfatwaan, pewartaan, penangkapan seterusnya pendakwaan. Ianya melibatkan

beberapa agensi kerajaan yang utama iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Sembilan, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri

Sembilan dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Proses kerja boleh

digambarkan seperti berikut:

Page 19: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

19

Namun, kajian mendapati terdapat juga aduan yang tidak melalui Unit Akidah,

Bahagian Dakwah, JHEAINS begitu juga dengan proses penyelidikan dan kajian

terhadap sesuatu ajaran samaada didapati melalui aduan, laporan media massa dan

internet. Kajian juga mendapati bahawa Unit Istiqra`, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri

Sembilan juga dalam masa yang sama mengambil tindakan penyelidikan terhadap

aduan yang diutarakan terus kepadanya. Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Akidah

oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan baru-baru ini juga dilihat boleh

mengelirukan proses gerak kerja asal yang sedia ada.

iii. Ajaran –ajaran sesat tidak difatwakan dan diwartakan

Jika diteliti, hanya beberapa ajaran sahaja yang telah difatwakan sebagai sesat di

Negeri Sembilan berbanding bilangan ajaran sesat yang telah dikenal pasti wujud di

negeri ini sejak sekian lama. Terdapat beberapa kemungkinan ajaran tersebut tidak

difatwakan dan diwartakan, antaranya pendekatan diplomasi berbanding undang-

undang, hasil penyelidikan terhadap sesuatu ajaran tidak mencapai tahap yang

•Aduan

•Unit Akidah, Bahagian Dakwah, JHEAINS

•Penyelidikan dan Penyiasatan

•Unit Akidah, Bahagian Dakwah, JHEAINS

•Penfatwaan dan Pewartaan

•Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

•Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri

•Risikan dan Penangkapan

•Bahagian Penguatkuasa, JHEAINS

•Pendakwaan

•Bahagian Pendakwaan, JHEAINS

•Hukuman

•Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

Page 20: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

20

memuaskan dan sebagainya. Pendekatan diplomasi merupakan salah satu langkah

yang telah lama dilaksanakan dinegeri ini. Sebagai contoh, dalam menangani isu

persilatan kebatinan Nasrul Haq, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang telah menggunakan

metode atau pendekatan secara diplomasi dan berhemah. Menurut Hj. Omar bin

Hassan, dalam menentang isu Nasrul Haq, Hj. Abdullah bin Hj. Sijang telah

mengutuskan surat peribadi kepada pengasas Nasrul Haq iaitu Tan Sri Samad dan

secara tegas beliau menyatakan bahawa Nasrul Haq adalah haram kerana ajaran dan

amalannya bertentangan dengan ajaran Islam. Peristiwa beliau menghantar surat

kepada Tan Sri Samad yang merupakan seorang Menteri Kabinet yang berpengaruh

adalah bukti ketegasan beliau dalam persoalan akidah. Akhirnya, atas desakan

golongan ulama Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa Nasrul Haq

diharamkan.25

Persoalannya adakah pendekatan diplomasi ini masih sesuai dan berkesan digunakan

terhadap kesemua ajaran sesat tersebut? Mengapa masih wujud ajaran-ajaran sesat

yang telah dikenalpasti wujud sejak beberapa dekat yang lalu sehingga kini? Begitu

juga dengan persoalan yang timbul mengenai ajaran-ajaran yang telahpun difatwakan

sesat seperti Ajaran al-Mas pada tahun 2000 dan pengharaman ajaran Rufaqa oleh

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan? Mengapa kita tidak mengambil langkah dengan

menfatwakan sahaja ajaran-ajaran yang telah diputuskan sebagai sesat oleh

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ?

iv. Tiada kepakaran khusus dalam hal berkaitan dengan penyiasatan dan

penyelidikan sesuatu ajaran.

Kepakaran dalam penyiasatan dan penyelidikan amat diperlukan bagi mengenalpasti

ciri-ciri atau pegangan sesuatu ajaran samaada bertepatan dengan Hukum Syarak dan

Ahli Sunnah wal Jamaah atau tidak. Pada asalnya, tugas menyiasat dan menyelidik

sesuatu ajaran ini adalah terletak kepada Unit Akidah , Bahagian Dakwah, JHEAINS.

Unit Akidah, JHEAINS sebelum ini diletakkan dibawah Unit Penyelidikan jabatan

yang sama.Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred S41, 2

orang Pegawai hal Ehwal Islam, Gred S27, 2 orang Pembantu Hal Ehwal Islam , Gred

25

25

Nurul Atikah Jamaluddin & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Peranan Hj.Abdullah bin Hj.Sijang dalam Menangani Masalah Ajaran Sesat dan Khurafat di Daerah Port Dickson Negeri Sembilan, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V 9-10 September 2013: Ulama dan Cabaran Idalisme Semasa, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM, 2013, hlm.336.

Page 21: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

21

S17. Kajian mendapati bahawa unit ini tidak menjalinkan sebarang bentuk kerjasama

dengan mana-mana universiti mahupun pihak-pihak yang boleh dianggap pakar

dalam mengenalpasti ciri-ciri sesuatu ajaran. Kekosongan jawatan Pegawai Hal

Ehwal Islam, Gred 41 yang tidak diisi dalam tempoh hampir setahun juga dilihat

sebagai satu kekangan yang boleh menghalang unit ini mencapai matlamat

penubuhannya.

v. Masalah penangkapan dan pembuktian

Penangkapan dan pembuktian merupakan elemen penting bagi memastikan tertuduh

(OKT) dapat disabitkan dengan kesalahan yang didakwa. Pihak yang

bertanggungjawab untuk menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan

Jenayah syariah di Negeri Sembilan ialah Bahagian Penguatkuasaan, JHEAINS.

Manakala pihak yang harus mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong sesuatu

pertuduhan ialah Bahagian Pendakwaan, JHEAINS. Sungguhpun begitu bagi kes-kes

seperti ajaran sesat peranan semua pihak yang terlibat amatlah penting. Justeru,

kerjasama kesemua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan ajaran sesat di negeri

ini dapat diambil tindakan. Sebagai contoh, sekiranya aduan diperolehi berkaitan

dengan sesuatu ajaran dan wujud masalah berkaitan penyelidikan atau penfatwaan

dan pewartaan, maka penangkapan tidak dapat dilakukan kerana kekurangan elemen

pembuktian. Begitu juga dengan kepakaran yang terbatas bagi hal-hal berkaitan

dengan penangkapan ajaran sesat oleh Bahagian Penguatkuasaan, JHEAINS. Semua

ini boleh membantut tindakan penguatkuasaan terhadap pengamal ajaran sesat di

negeri ini.

Page 22: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

22

Cadangan Penambahbaikkan

i. Undang-undang:

(a) Semakan semula terhadap beberapa peruntukan undang-undang yang terdapat pada

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 iaitu:

1. Seksyen 51 berkaitan dengan fatwa yang berlawanan. Seksyen ini telah

memperuntukkan bahawa : Mana-mana orang yang memberi, menghebahkan atau

mengembangkan apa-apa fatwa untuk diikuti oleh orang Islam mengenai apa-apa

soalan, ajaran Islam atau Hukum Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa yang

dikeluarkan dengan sah oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak

(Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] adalah bersalah atas suatu kesalahan dan

hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara

bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan fatwa itu jika bertulis

hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh mahkamah dan

segala penerbitannya, penjualannya, dan pengedarannya hendaklah dilarang.

Jika diperhalusi peruntukkan ini membawa maksud seseorang yang mengebahkan,

memberi atau mengembangkan sesuatu fatwa berlawanan dengan fatwa yang

berkuatkuasa di negeri ini adalah satu kesalahan. Bagi menyesuaikan dengan

kesalahan ajaran sesat, kesalahan fatwa yang berlawanan perlu dipinda kepada

pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Ini kerana fatwa setiap negeri adalah

hampir serupa terutama dalam hal berkaitan akidah. Begitu juga dengan pemakaian

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] yang

terkandung didalam peruntukan ini adalah tidak relevan lagi kerana enakmen ini telah

dimansuhkan dan telah diganti dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

Sembilan) 2003 (En.10/03). Adalah dicadangkan bahawa peruntukkan ini diganti

dengan peruntukan yang diamalkan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Sarawak,

Pulau Pinang, Terengganu dan Johor iaitu:

Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

(1) Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-

Page 23: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

23

apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau Hukum Syara' yang

bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun

atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau bahan antara

lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan

dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang

berkaitan dengan pendapat itu.

2. Seksyen 52 iaitu bagi kesalahan perbuatan atau ajaran salah. Peruntukan ini

perlu diperhalusi semula dari sudut bentuk kesalahan dan hukuman. Perbezaan

peruntukan di negeri ini berbanding negeri-negeri lain boleh dilihat sebagaimana

berikut:

BIL. NEGERI DAN

ENAKMEN

JENIS

KESALAHAN

SEKSYEN

DAN

TAJUK

PERUNTUKAN HUKUMAN

1.

2.

3.

Selangor (Enakmen

Jenayah Syariah

(Selangor) 1995)

Wilayah-wilayah

Persekutuan

(Akta Kesalahan

Jenayah Syariah

(Wilayah-wilayah

Persekutuan) 1997)

Terengganu

(Enakmen Kesalahan

Jenayah Syariah

(Takzir)(Terengganu)

2001

Sarawak (Ordinan

Kesalahan yang

berhubung

dengan akidah

Seksyen 7.

Doktrin palsu

Sek.4

Doktrin palsu

Sek.4 :

Doktrin palsu

Sek.4.

(1) Mana-mana

orang yang

mengajar atau

menjelaskan apa-

apa doktrin atau

melaksanakan

apa-apa upacara

atau perbuatan

yang

berhubungan

dengan agama

Islam dimana-

mana tempat,

sama ada tempat

persendirian atau

tempat awam,

adalah

melakukan suatu

kesalahan jika

doktrin atau

upacara atau

1. Denda tidak

melebihi lima

ribu ringgit

atau

dipenjarakan

selama tempoh

tidak melebihi

tiga tahun atau

sebat tidak

melebihi enam

sebatan atau

dihukum

dengan mana-

mana

kombinasi

hukuman itu.

2. Mahkamah

boleh

memerintahka

n supaya

Page 24: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

24

4.

5.

6.

Kesalahan Jenayah

Syariah 2001)

Johor (Enakmen

Kesalahan Jenayah

Syariah (Johor) 1997

Pulau Pinang

(Enakmen Kesalahan

Jenayah Syariah

Pulau Pinang 1996

Doktrin palsu

Sek.4.

Doktrin palsu

Sek.4.

Doktrin palsu

perbuatan itu

bertentangan

dengan Hukum

Syara` atau

mana-mana fatwa

yang sedang

berkuatkuasa di

Negeri ini/

Wilayah

Persekutuan/ di

Negeri

Terengganu dan

apabila

disabitkan boleh

didenda tidak

melebihi lima

ribu ringgit atau

dipenjarakan

selama tempoh

tidak melebihi

tiga tahun atau

sebat tidak

melebihi enam

sebatan atau

dihukum dengan

mana-mana

kombinasi

hukuman itu.

(2) Mahkamah

boleh

memerintahkan

supaya mana-

mana dokumen

atau benda yang

digunakan dalam

perlakuan

kesalahan atau

yang ada kaitan

dengan kesalahan

yang disebut

dalam

subseksyen (1)

dilucuthakkan

dan

dimusnahkan,

walaupun tiada

seorang pun telah

disabitkan atas

kesalahan itu

mana-mana

dokumen atau

benda yang

digunakan

dalam

perlakuan

kesalahan atau

yang ada

kaitan dengan

kesalahan yang

disebut dalam

subseksyen (1)

dilucuthakkan

dan

dimusnahkan,

walaupun tiada

seorang pun

telah

disabitkan atas

kesalahan itu.

Page 25: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

25

7.

Pahang

(Enakmen

Pentadbiran Ugama

Islam dan Adat

Resam Melayu

Pahang 1982)

Kesalahan

Sek.162

Ajaran yang

salah

1) Sesiapa

mengajar atau

menghuraikan

kepada orang

ramai apa-apa

ajaran atau

menjalankan apa-

apa perbuatan

berkaitan dengan

Ugama Islam

yang berlawanan

dengan Hukum

Syara' adalah

melakukan suatu

kesalahan dan

apabila sabit

bolehlah

dihukum dengan

didenda tidak

lebih daripada

lima ribu ringgit

atau penjara tidak

lebih daripada

dua tahun atau

kedua-duanya

atau sebat

sebanyak tiga

kali sebatan atau

ketiga-tiganya.

(2) Jika, semasa

dalam

pembicaraan di

atas sesuatu

tuduhan di bawah

seksyen ini ada

berbangkit soal-

soalan yang

berkehendakkan

penyelesaiannya

dengan

berpandukan

sesuatu fatwa

yang belum

diakui atau

dibuat dalam

Negeri ini maka

Mahkamah itu

hendaklah

1. Denda tidak

lebih daripada

lima ribu

ringgit atau

penjara tidak

lebih daripada

dua tahun atau

kedua-duanya

atau sebat

sebanyak tiga

kali sebatan

atau ketiga-

tiganya.

2. Barang-

barang bertulis

dirampas

dengan arahan

supaya

dimusnahkan

atau dengan

apa-apa arahan

yang sesuai

sama ada

pendakwaan

dibuat atau

tidak ke atas

sesiapa pun

Page 26: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

26

merujukkan

soalan itu dengan

secara bertulis

kepada Majlis

dan Mahkamah

itu hendaklah

patuh kepada

apa-apa

penetapan yang

dibuat oleh

Majlis di atas

soalan yang

dirujukkan itu.

(3) Apabila

rujukan dibuat di

bawah seksyen-

kecil (2), maka

Mahkamah itu

bolehlah

menangguhkan

pembicaraan kes

itu hingga

diterima

penetapan dari

Majlis.

(4) Semua ajaran

yang salah bagi

maksud seksyen-

kecil (1), jika

bertulis, maka

Mahkamah

hendaklah

memerintahkan

bagi barang-

barang bertulis

itu dirampas

dengan arahan

supaya

dimusnahkan

atau dengan apa-

apa arahan yang

sesuai sama ada

pendakwaan

dibuat atau tidak

ke atas sesiapa

pun

Page 27: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

27

8. Perak

(Enakmen Jenayah

(Syariah 1992)

Kesalahan

berhubung

dengan akidah

Seksyen 9.

Ajaran atau

amalan salah.

Sesiapa yang

mengajar agama,

menghuraikan

perkara yang

sama kepada

seseorang atau

sekumpuIan

orang di tempat

awam atau

sebaliknya atau

menjalankan

sesuatu upacara

atau sesuatu

perbuatan, yang

berlawanan

dengan Hukum

Syara' adalah

bersalah atas

suatu kesalahan

dan hendaklah,

apabila

disabitkan,

dikenakan

hukuman denda

tidak melebihi

lima ribu ringgit

atau penjara

selama tempoh

tidak melebihi

tiga tahun atau

kedua-duanya

dan segala

dokumen dan

peralatan yang

berkaitan dengan

sabitan itu

hendaklah

dirampas dan

dimusnahkan

sebagaimana

yang diarah oleh

Mahkamah.

1. Denda tidak

melebihi lima

ribu ringgit

atau penjara

selama tempoh

tidak melebihi

tiga tahun atau

kedua-duanya

2. Segala

dokumen dan

peralatan yang

berkaitan

dengan sabitan

itu hendaklah

dirampas dan

dimusnahkan

Pertama, dalam enakmen yang berkuatkuasa di negeri ini, kesalahan ini dikategorikan

sebagai kesalahan berkaitan dengan pencelaan agama dan institusinya. Dibanyakkan

negeri-negeri yang lain, kesalahan ini diletakkan dibawah kategori kesalahan berkaitan

dengan akidah. Jika diperhalusi kesalahan seumpama ini lebih sesuai dikategorikan

sebagai kesalahan berkaitan akidah kerana ianya berhubung dengan penyelewangan

akidah.

Page 28: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

28

Seterusnya didalam peruntukan di negeri ini dinyatakan bahawa „mana-mana orang

yang mengajar Agama Islam‟,klausa ini adalah kurang tepat ini kerana terdapat ajaran

sesat yang tidak mengajar hal-hal berkaitan dengan Agama Islam seperti ajaran sesat

yang berkaitan dengan ilmu persilatan. Di Selangor, Wilayah-wilayah Persekutan,

Terengganu, Johor ,Sarawak dan Pulau Pinang istilah doktrin telah digunakan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, doktrin bermaksud prinsip atau kepercayaan

yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima. Manakala menurut Kamus

Pelajar pula doktrin membawa erti ajaran(bukan agama,sesuatu ilmu dll) yang dianuti

atau yang dijadikan pegangan. Sedangkan ajaran menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat bermaksud segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan

mazhab.26

Selanjutnya didalam seksyen tersebut tidak diperuntukkan bahawa „ajaran yang

bersalahan dengan fatwa yang sedang berkuatkuasa di negeri ini‟ sebagai salah satu

kesalahan yang boleh didakwa dibawah peruntukan ini. Perkara ini wajar dimasukkan

sebagai menguatkan lagi kesalahan yang dibuat seterusnya menyokong dakwaan dan

menguatkan elemen pembuktian kes.

Bagi hukuman pula, hukuman maksimum perlu diimplementasikan sebagaimana

peruntukkan yang terdapat pada kebanyakkan negeri yang lain. Oleh yang demikian

hukuman 6 kali sebatan wajar ditambah kepada peruntukan sedia ada sebagai

hukuman maksimum bagi kesalahan tersebut. Kesimpulannya, bagi kesalahan ini,

peruntukan bagi kesalahan yang sama yang diamalkan di Negeri Selangor, Wilayah-

wliayah Persekutuan, Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan Sarawak adalah satu

peruntukan yang lengkap dan wajar diemplementasikan di Negeri Sembilan dengan

tambahan mewajibkan pesalah mengikuti sesi pemulihan akidah sebagai hukuman

terhadap tertuduh.

26

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my, 16 Disember 2013

Page 29: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

29

3. Seksyen 54, penerbitan agama yang berlawanan dengan Hukum Syarak.

Peruntukkan ini masih menggunapakai Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri

Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] sedangkan enakmen ini telah dimansuhkan dan telah

diganti dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003

(En.10/03).

4. Mewajibkan pesalah mengikuti sesi pemulihan akidah

Disamping itu mewajibkan pesalah mengikuti sesi pemulihan akidah di mana-mana

pusat pemulihan akidah yang kompiten adalah salah satu bentuk hukuman yang wajar

diemplimintasikan sesuai dengan keadaaan semasa.

5. Menambah peruntukan Dakwaan Palsu.

Iaitu dengan menggunapakai peruntukan yang sedia ada di negeri Selangor, Wilayah

Persekutuan, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Terengganu iaitu:

Mana-mana orang yang-

(a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi,

Imam Mahadi atau wali; atau

(b) menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui

peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia, sedangkan

perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu serta bertentangan dengan

ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Page 30: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

30

ii. Penguatkuasaan:

(a) Menyelaras Semula Bidang Tugas Setiap Agensi

Hampir setiap agensi agama di negeri ini mempunyai tanggungjawab dan peranan

dalam membasmi ajaran sesat di negeri ini. Justeru, semua agensi ini harus

mengadakan pertemuan dan mesyuarat berkala bagi melicinkan urusan-urusan

yang berkaitan. Mesyuarat ini juga penting bagi membincangkan segala masalah

yang timbul disetiap agensi bukan sahaja berkaitan dengan ajaran sesat bahkan

semua urusan yang melibatkan kerjasama yang lain. Kajian mendapati bahawa

mesyuarat penyelarasan yang melibatkan kesemua agensi agama belum pernah

diadakan di negeri ini. Justeru satu mesyuarat yang melibatkan kesemua agensi

agama secara berkala wajar diadakan bagi membentuk perpaduan dan kerjasama

yang lebih erat.

(b) Mewujudkan Jawatankuasa Khas

Adalah dicadangkan supaya jawatankuasa khas di bentuk yang dianggotai oleh

kesemua agensi agama yang terlibat dengan hal ehwal akidah. Selain untuk

mengeratkan hubungan kerjasama, jawatankuasa ini berperanan sebagai platform

bagi menyalurkan maklumat gerak kerja yang dilakukan terhadap sesuatu ajaran di

negeri ini.

(c) Memperkasakan Unit Akidah, Bahagian Dakwah, JHEAINS

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, unit ini merupakan pihak pertama yang

mula-mula mengambil tindakan berkaitan dengan ajaran sesat di negeri ini. Ini

kerana kesemua aduan ataupun maklumat yang diperolehi harus disiasat dengan

terperinci oleh unit ini. Segala dapatan daripada siasatan dan penyelidikan harus

dikemukakan kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri sebelum tindakan

penfatwaaan dan pewartaan boleh diambil. Sekiranya siasatan dan penyelidikan

yang dibuat tidak mencapai tahap yang memuaskan akan menyebabkan kesukaran

kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tindakan selanjutnya..

Sebagai satu organisasi yang khusus berkaitan dengan ajaran sesat, unit ini harus

dimantapkan dari sudut penambahan bilangan jawatan dan kemahiran terhadap

siasatan dan penyelidikan.

Page 31: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

31

(d) Mewujudkan unit khas dan menggembleng kepakaran di Bahagian

Penguatkuasaan, JHEAINS.

Bahagian Penguatkuasaan juga merupakan bahagian yang penting dalam menyekat

penyebaran ajaran sesat di negeri ini. Bahagian ini berperanan sebagai agensi yang

bertindak dengan melakukan penangkapan. Sebelum penangkapan dapat dibuat,

segala pembuktian perlu dikumpul dan diteliti terlebih dahulu. Oleh itu, kepakaran

dalam meneliti elemen pembuktian khususnya ajaran sesat memerlukan individu

yang mahir dan cekap bagi mengelakkan kesalahan dalam penangkapan. Kajian

mendapati selain bilangan pegawai penguatkuasa agama yang tidak mencukupi,

ketiadaan satu unit khas berkaitan dengan ajaran sesat juga menjadi kekangan.

Justeru satu unit khas yang berperanan bagi mengumpul dan mendapatkan

maklumat berkaitan dengan sesat perlu ditubuhkan.

(e) Keluar dari kepompong kebiasaan dan berani mengambil risiko

Mantan Ketua Hakim Syarie Pertama Negeri Sembilan, mencadangkan supaya

Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan, JHEAINS harus keluar dari

kepompong tugasan yang biasa dilakukan dan harus berani mengambil risiko. Ini

kerana sejak enakmen kesalahan Jenayah berkuatkuasa di negeri ini, hanya

beberapa jenis kes jenayah sahaja yang selalu dihadapkan ke mahkamah iaitu kes

percubaan persetubuhan haram, kes judi dan minum arak. Beliau mencadangkan

supaya bahagian-bahagian ini perlu berani mengambil risiko dan belajar dari

kesilapan sekiranya berlaku kesalahan atau kekalahan pada kes yang didakwa.

Dari kesilapan ini pihak-pihak tersebut dapat mempelajari sesuatu dan semakin

matang dalam mengambil tindakan terhadap kes yang serupa di masa hadapan.27

27

Dato` Baharum bin Hasbullah, Mantan Ketua Hakim Syarie Pertama, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, 17 Disember 2013.

Page 32: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

32

(f) Menggiatkan lagi program anjuran bersama seperti kursus dan seminar

berkaitan dengan ajaran sesat kepada masyarakat.

Penekanan terhadap program anjuran bersama perlu diambil kira. Sebagai agensi

agama yang perlu mempunyai hubungan yang baik, penganjuran kursus dan

seminar berkaitan dengan ajaran sesat amat wajar melibatkan agensi-agensi agama

yang lain. Selain dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama program anjuran

bersama ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agensi yang

berkaitan.

(g) Mewujudkan Pusat Pemulihan Akidah dan Akhlak serta langkah

mewartakan

Sebagai langkah pemulihan kepada pesalah-pesalah ajaran sesat, adalah

dicadangkan agar satu Pusat Pemulihan Akidah dibangunkan. Pusat ini bukan

sahaja boleh berfungsi sebagai tempat pemulihan pesalah-pesalah ajaran sesat

tetapi boleh digunakan sebagai pusat pemulihan akhlak terutama bagi golongan

remaja yang bermasalah. JAKIM telah membina dua buah pusat pemulihan yang

dikenali sebagai Pusat Pemantapan Akidah yang terletak di Jelebu, Negeri

Sembilan dan di Hulu Yam, Selangor. Walaubagaimanpun Negeri Sembilan tidak

mewartakan pusat-pusat tersebut sebagai tempat pemulihan akidah bagi kesalahan-

kesalahan yang didakwa di negeri ini.

(h) Menjalinkan hubungan dengan pihak-pihak yang pakar seperti Jabatan

Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan lain-lain.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas sebelum sesuatu ajaran

difatwakan sebagai sesat, kerjasama dengan pihak luar juga perlu dijalinkan. Di

universiti-universiti khususnya kajian dan penyelidikan sesuatu ajaran lebih

banyak diadakan samada oleh pelajar atau pensyarah itu sendiri. Dengan

menjalinkan hubungan ini, segala maklumat berkaitan sesuatu ajaran lebih mudah

dan lebih banyak input boleh diperolehi.

Page 33: KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN …jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang... · Islamiah, bertentangan dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab

33

Penutup

Berdasarkan segala dapatan dan cadangan penambahbaikkan yang dikemukakan, masih

banyak perkara yang perlu diperbaiki samada dari aspek perundangan mahupun

penguatkuasaan. Hakikatnya kesemua pihak yang terlibat haruslah membentuk kerjasama

yang erat supaya usaha-usaha untuk membanteras ajaran sesat di negeri ini dapat

dilaksanakan seterusnya dibanteras sehingga akar umbi. Usaha mengekang ajaran sesat

bukanlah satu tindakan jangka pendek tetapi memerlukan perancangan jangka panjang dan

rapi supaya ajaran sesat tidak kembali lagi bertapak di bumi tercinta ini. Kesimpulannya,

terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi mengekang ajaran sesat di negeri ini

dari terus berleluasa. Usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama semua

pihak. Usaha ini juga akan terkubur sekiranya pihak-pihak yang bertanggungjawab

mengambil sikap tidak peduli dari meneliti masalah yang dikenalpasti dan cadangan yang

dikemukakan di dalam kajian ini.