penyelewengan wang di sekolah

12
Isu Keguruan: Penyelewengan Wang Di Sekolah 1.0 PENGENALAN Menyedari masih ramai masyarakat di negara kita yang masih tercicir dan tidak berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan, pihak KPM telah menunjukkan keprihatinannya dengan menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid yang berkelayakan. Objektif penubuhan tabung KWAPM ini adalah untuk membantu golongan ibu bapa dan murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Tujuan pihak KPM menubuhkan tabung KWAPM ini juga adalah untuk mengurangkan jurang peluang pendidikan di anatara bandar dan luar bandar. Walaubagaimanapun, setelah pihak KPM melaksanakan tabung ini, timbul pula isu yang semakin hangat diperkatakan dari hari ke hari iatu guru KWAPM menyeleweng duit yang sepatutmya diberikan kepada murid. Malah ada pula isu yang menjadi bertambah rumit apabila wang yang sepatutnya menjadi kegunaan untuk murid membeli barang peralatan di sekolah telah disalahgunakan oleh ibu bapa. Kenapakah isu ini masih boleh timbul sedangkan setiap guru KWAPM telah dipertanggungjawabkan tugasnya dan senarai nama murid yang layak telah disenaraikan? Pengurusan kewangan merupakan satu aspek yang penting di sekolah. Aspek pengurusan kewangan merupakan satu tugas penting yang perlu dikendalikan dengan sistematik dan berkesan. Di sekolah, Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan aspek kewangan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Guru Besar juga untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan berlaku di dalam pentadbiran kewangan sesebuah sekolah. Pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap Guru Besar sesebuah sekolah itu sendiri. Namun,

Upload: nuefail

Post on 28-Nov-2015

336 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Penyelewengan Wang Di Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Penyelewengan Wang Di Sekolah

Isu Keguruan: Penyelewengan Wang Di Sekolah

1.0 PENGENALAN

Menyedari masih ramai masyarakat di negara kita yang masih tercicir dan tidak

berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan, pihak KPM telah menunjukkan

keprihatinannya dengan menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada 

murid yang berkelayakan. Objektif penubuhan  tabung KWAPM ini adalah untuk

membantu golongan ibu bapa dan murid yang berpendapatan rendah yang tidak

berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Tujuan pihak KPM

menubuhkan tabung KWAPM ini juga adalah untuk mengurangkan jurang peluang

pendidikan di anatara bandar dan luar bandar.

Walaubagaimanapun, setelah pihak KPM melaksanakan tabung ini, timbul pula isu

yang semakin hangat diperkatakan dari hari ke hari iatu guru KWAPM menyeleweng

duit yang sepatutmya diberikan kepada murid. Malah ada pula isu yang menjadi

bertambah rumit apabila wang yang sepatutnya menjadi kegunaan untuk murid

membeli barang peralatan di sekolah telah disalahgunakan oleh ibu bapa. Kenapakah

isu ini masih boleh timbul sedangkan setiap guru KWAPM telah dipertanggungjawabkan

tugasnya dan senarai nama murid yang layak telah disenaraikan?

Pengurusan kewangan merupakan satu aspek yang penting di sekolah. Aspek

pengurusan kewangan merupakan satu tugas penting yang perlu dikendalikan dengan

sistematik dan berkesan. Di sekolah, Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya untuk

menentukan aspek kewangan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan

oleh kerajaan. Guru Besar juga untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang

penyelewengan berlaku di dalam pentadbiran kewangan sesebuah sekolah.

Pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung

kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap Guru Besar sesebuah sekolah itu sendiri.

Page 2: Penyelewengan Wang Di Sekolah

Namun, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Guru Besar pula

telah menjadi satu masalah besar kepada pengurusan kewangan sekolah apabila telah

dilaporkan bahawa terdapat kes penyelewengan dan penyalahgunaan wang yang

berlaku berpunca daripada Guru Besar itu sendiri. Hal ini umpama ‘harapkan pagar,

pagar makan padi’.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan dalam

mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Saham Pelajar Miskin (KWAPM) di

mana dilaporkan lapan kes kehilangan dan penyelewengan wang berjumlah RM

196,550 telah dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008. Dua kes melibatkan

penyalahgunaan wang oleh guru besar, tiga kes kehilangan wang oleh guru besar, dua

kes kegagalan guru besar menyerahkan wang dan satu kes aduan penyelewengan

kewangan oleh guru besar.

2.0 PUNCA PENYELEWENGAN WANG DI SEKOLAH

Isu penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata kewangan

yang lemah merupakan salah satu punca berlakunya penyelewengan dan

penyalahgunaan wang di sekolah. Hal ini mudah berlaku kerana apabila penyata

kewangan tidak tetap dan sentiasa mempunyai kesilapn dalam penyata akan

memudahkan pihak bertanggungjawab untuk membuat penyelewengan wang sekolah.

Penyalahgunaan wang mudah berlaku sekiranya Buku Tunai tidak dikemaskini setiap

masa. Namun, kita sedia maklum tentang laporan Ketua Audit Negara, 2009 telah

melaporkan penyelewengan ini berlaku disebabkan oleh Guru Besar sendiri, maka

seharusnya pihak atasan seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah ataupun Jabatan

Pelajaran Negeri itu sendiri turun padang untuk memantau dan membuat semakan

bersama-sama pihak pentadbir untuk memastikan segala pengurusan kewangan di

setiap sekolah berjalan dengan lancar.

Tahap kesedaran etika yang rendah tentang tanggungjawab yang diberikan oleh

pihak atasan kepada pihak yang bertanggungjawab merupakan faktor utama

berlakunya masalah kehilangan dan penyelewengan mengagihkan bantuan KWAPM.

Page 3: Penyelewengan Wang Di Sekolah

Hal ini berlaku kerana kebanyakan pihak pengurusan tidak mengetahui ilmu

menguruskan kewangan dengan betul (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Guru

seharusnya berpengetahuan tentang cara mengurus wang sekolah dengan sebaik

mungkin. Segala dokumen yang berkaitan dengan pengurusan kewangan tersebut

mesti disediakan dalam bentuk ‘hitam putih’ supaya menjadi bahan bukti terhadap

segala perkara yang dibuat supaya tidak berlakunya kehilangan wang. Dengan adanya

dokumen ‘hitam putih’ ini, sesiapa sahaja tidak boleh mempertikai sekiranya berlaku

sebarang masalah kewangan dan kehilangan barang. Walaupun perkara ini dianggap

seperti perkara biasa, namun sekiranya tidak diurus dengan betul ianya akan

mendatangkan satu masalah yang besar pada masa akan datang.

Selain itu juga, kes ini berlaku kerana sikap tidak patuh pihak pengurusan sekolah

berkaitan arahan Perbendaharaan 60 yang menyatakan dengan jelas bahawa semua

terimaan hendaklah dikeluarkan resit rasmi bagi mengaku terima wang yang dibayar

kepada pihak sekolah (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Walaubagaimanapun,

peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya terutama sekolah tidak mengeluarkan resit

semasa pungutan dibuat. Perkara ini berulang setiap tahun dan pegawai yang

bertanggungjawab hendaklah memastikan peraturan kewangan dipatuhi setiap masa.

Antara kes-kes yang dimaksudkan adalah bantuan murid per kapita dan wang kedai

buku. Seorang penjawat harus sedar tentang pemberian bantuan pelajaran yang

diberikan dan pungutan yang dibuat oleh sekolah adalah tujuan tertentu bagi

kepentingan murid sahaja. Pihak yang dipertanggungjawabkan haruslah amanah dan

memikul tugas yang diberikan dengan cekap dan berhemah. Sekiranya mereka sedar

akan tujuan sebenar yang ingin dicapai maka tidak akan berlaku kes kehilangan dan

penyelewengan wang bantuan kepada murid.

 Konsep pengurusan kewangan yang betul adalah dengan merancang perbelanjaan

iaitu merancang masa depan dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah

kewangan anda. Salah satu faktor berlakunya penyalahgunaan wang di sekolah adalah

disebabkan guru tidak dapat menghayati kod etika profesionnya yang

menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kerjayanya. Berdasarkan piagam

pelanggan, guru tidak seharusnya bertingkah laku yang boleh menjatuhkan maruah diri

dan dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Merujuk artikel yang dikaji,

Page 4: Penyelewengan Wang Di Sekolah

‘lapan kes kehilangan dan penyelewengan berjumlah RM 196,550’ menunjukkan sikap

guru yang tidak amanah dalam melaksanakan tugas dalam profesion perguruan ini.

Walaupun guru-guru didedahkan dengan kod etika yang harus dipatuhi oleh setiap

penjawat awam ini, namun tahap kesedaran dan sikap ‘tidak mengapa’ ini menjadi satu

rutin biasa bagi guru yang tidak bertanggungjawab.

Di samping itu juga, masalah penyalahgunaan wang ini juga berlaku disebabkan

lemah dan kurangnya kefahaman dalam prosedur menguruskan kewangan

sekolah. Hal ini dapat dilihat apabila di dalam artikel tersebut di mana Ketua Audit

Negara telah menyatakan bahawa semasa membuat semakan ke atas borang

permohonan KWAPM, terdapat murid yang tidak memenuhi kriteria telah diluluskan

bantuannya. Walaupun pendapatan penjaga murid tidak melayakkan murid tersebut

menerima bantuan, namun atas sikap tidak jujur dan amanah guru ini menyebabkan

ramai murid yang tidak layak turut menerima bantuan kewangan ini. 

Etika dalam profesion yang lemah juga telah menyebabkan berlakunya

masalah pengagihan wang yang tidak adil kepada murid yang tidak layak. Sebagai

contoh, terdapat sekolah yang mengisi Borang Rumusan terlebih dahulu untuk dihantar

kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), seterusnya meminta murid melengkapkan

borang permohonan. Tindakan ini tidak mengikut prosedur yang betul dan sangat jelas

kelihatan sikap dan tindakan guru ini adalah membuat kerja mudah dalam

melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Selain itu juga, masalah penyalahgunaan dan penyelewengan wang ini berlaku

kerana sikap pihak pentadbir yang yang tidak menguatkuasakan pemantauan

terhadap pengurusan wang di sekolah. Pihak pentadbir ini adalah seperti Guru

Besar, pihak PPD, JPN dan sebagainya yang terbabit dengan pengurusan wang di

sekolah. Jika dilihat berdasarkan laporan yang dibuat, Guru Besar sendiri telah

melakukan penyelewengan terhadap  bantuan wang  KWAPM. Oleh yang demikian,

pihak atasan seperti PPD haruslah sentiasa membuat pemantauan terhadap

pengurusan kewangan di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan daripada pihak

Page 5: Penyelewengan Wang Di Sekolah

atasan maka pihak yang bertanggungjawab ini akan berani untuk menggelapkan wang

sekolah kerana mereka tidak perlu risau kerana pihak atasan tidak akan datang

memantau. Namun, individu yang tidak bertanggungjawab ini tetap melakukan kesalan

etika seorang penjawat awam dan pengurus kewangan di sekolah.

Selain itu juga, terdapat sesetengah pihak pentadbir yang tidak memahami dan

masih kurang jelas tentang prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang

menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir

perbelanjaan untuk kepentingan sendiri. Sebagai contoh, berdasarkan artikel Berita

Harian (2008), seorang guru telah ditahan kerana memalsukan invois dan pesanan

kerajaan yang mengandungi butir palsu. Di samping itu, terdapat juga pihak pentadbir

yang menipu dalam menulis maklumat murid supaya murid mendapat bantuan

KWAPM. Berdasarkan artikel Berita Harian (2012), terdapat pihak sekolah yang

mencatat angka pendapatan lebih rendah dan menambah bilangan tanggungan

daripada yang ditunjukkan dalam borang permohonan murid bagi melayakkan mereka

menerima bantuan.

3.0 KESAN NEGATIF ISU PENYELEWENGAN WANG DI SEKOLAH TERHADAP

GURU DAN PROFESION KEGURUAN

Isu penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah telah memberi kesan

negatif kepada profesion perguruan. Tugas sebagai seorang guru dianggap mulia. Guru

menjadi ‘role model’ kepada murid dan masyarakat. Sekiranya guru sendiri

mencemarkan profesion perguruan sudah tentu profesion ini akan dipandang rendah

oleh masyarakat. Masyarakat akan mempertikai kredibiliti dan akauntabiliti seorang

guru. Menurut Mahathir (1999), guru-guru dituntut supaya mempunyai sahsiah dan

akhlak yang boleh dicontohi oleh pelajar dan masyarakat disamping menguasai

pelbagai ilmu, antara lain ilmu berkaitan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran

komunikasi.

Selain itu juga, kesan penyelewengan ini juga telah mewujudkan rasa tidak

hormat, tidak percaya dan tidak yakin dengan kepimpinan di dalam sesebuah

Page 6: Penyelewengan Wang Di Sekolah

organisasi sekolah. Sebagai contoh, pihak sekolah di Dengkil telah mengambil

tindakan menukar guru yang menguruskan bantuan KWAMP ke sekolah lain setelah

berlakunya penyelewengan dalam pengagihan bantuan KWAMP kepada murid yang

tidak layak (Berita Harian, 2012). Guru memainkan juga  peranan penting dalam

pembentukan sahsiah murid, watak dan moral pelajar. Oleh itu pihak sekolah yang

harus mewujudkan watak yang dapat dibanggakan oleh ibu bapa, pelajar serta

masyarakat setempat.

Kesan penyelewengan dan penyalahgunaan kewangan juga menyebabkan

berlakunya pertelingkahan antara pihak atasan dan dengan pihak bawahan. Hal ini

berlaku kerana wujudnya sikap tidak puas hati dengan pengurusan yang dilaksanakan

oleh pentadbir kewangan. Sebagai contoh, guru yang pernah melakukan kesalahan

menggelapkan wang sekolah akan menerima hukuman. Kemudian, selepas itu guru

tersebut akan sentiasa dipandang negatif dan akan wujud rasa tidak puas hati dan

menyalahkan guru tersebut di atas kesalahan yang pernah dilakukan. Begitu juga

sekiranya pihak Guru Besar yang sentiasa gagal menyerahkan wang untuk tujuan

pendidikan akan mewujudkan rasa tidak puas hati dan akan menyebabkan

pertelingkahan antara Guru Besar dan kakitangan sekolah yang lain. Guru Besar

selalunya beranggapan bahawa mereka mempunyai kuasa pentadbiran yang kuat di

dalam sesebuah organisasi sekolah. Jika menurut gaya kepimpinan Islamik, seseorang

pengurus seharusnya mengekalkan amanah yang diterima perlulah ditadbir, diputuskan

atau dibincangkan menerusi konsep ‘syura’ iaitu musyawarah dan berbincang antara

ketua (amir) dengan pekerja bawahannya serta pengurus-pengurus yang lain.

Penyelewengan wang di sekolah juga menyukarkan program-program

sekolah yang hendak dilaksanakan berjalan dengan lancar. Kelancaran sesuatu

program yang memerlukan peruntukan kewangan adalah sangat bergantung kepada

pengurusan dan perancangan belanjawan yang cekap. Sesebuah program tidak dapat

dilaksanakan disebabkan masalah kewangan yang serius. Sebagai contoh, buku nota

tambahan tidak dapat dibeli dengan kadar masa segera sekiranya guru

menyalahgunakan wang tersebut untuk kepentingan yang tidak sepatutnya. Sesebuah

program lawatan tidak dapat berjalan dengan lancar sekiranya berlaku penyelewengan

wang murid atau wang peruntukan untuk sesebuah aktiviti.

Page 7: Penyelewengan Wang Di Sekolah

Di samping itu juga, kesan penyelewengan juga menyebabkan kebajikan murid-

murid secara langsungnya terabai. Wang bantuan yang seharusnya diperuntukkan

kepada murid yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan persekolahan

namun disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak Kementerian

telah menyerahkan amanah dengan mengkreditkan sejumlah wang untuk kebajikan

murid-murid yang berkelayakan kepada pihak sekolah untuk mengagihkan bantuan

kewangan tersebut. Namun sikap tidak amanah dan tidak jujur telah menjadi amalan

biasa bagi pihak ini menyebabkan murid-murid terabai sama sekali.

Selain itu juga, kesan penyelewengan dan penyalahgunaan wang ini juga akan

menyebabkan berlakunya jenayah-jenayah lain. Sebagai contoh, jenayah rasuah antara

pihak pentadbir dengan pihak pembekal, jenayah penyalahgunaan kuasa, jenayah

vandalisme dan sebagainya. Penyelewengan wang juga menyebabkan kepincangan

dalam sistem pengurusan kewangan di sekolah. Pihak yang membuat

penyalahgunaan kuasa akan membuat prosedur pengurusan kewangan yang palsu

untuk menutup kesalahan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, sepandai-pandai tupai

melompat akan jatuh ke tanah juga. Hal ini lama-kelamaan akan dapat dikesan oleh

pihak berkuasa sekiranya ianya terus berterusan dan melibatkan masalah kewangan

yang serius kerana ianya sudah jelas menunjukkan kesalahan etika dalam profesion

keguruan. Oleh itu, sudah semestinya kesalahan ini akan dikenakan hukuman. Antara

hukuman yang akan dikenakan di atas kesalahan yang dilakukan adalah hukuman

tatatertib berupa amaran dan turun pangkat serta dikenakan tindakan surcaj.

Walaubagaimanapun, kita jarang mendengar isu masalah kewangan ini

dilaporkan di media massa ataupun media cetak kerana bimbang akan menjatuhkan

profesion keguruan. Walaubagaimanapun, seeloknya kes ini harus diambil serius

kerana sekiranya hukuman yang  setimpal tidak dikenakan kepada pesalah yang

menyalahgunakan wang ini, maka kes ini akan semakin bertambah dari tahun ke tahun

kerana pihak yang tidak beretika ini akan merasakan mereka berada di zon yang

selesa. Sebenarnya penyiaran berita penyelewengan wang juga mempunyai

kebaikannya. Sekiranya hal ini dihebahkan, kemungkinan pihak yang bersalah akan

berasa takut untuk mengulangi kesalahan yang sama kerana semestinya mereka akan

dikenakan tindakan.

Page 8: Penyelewengan Wang Di Sekolah

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU PENYELEWENGAN WANG DI

SEKOLAH

Jika dilihat kepada jumlah angka yang mencapai ratusan ribu berkaitan kes

penyelewengan ini selama tempoh empat tahun ianya merupakan kes yang serius dan

perlu diatasi dengan segera. Kesedaran pihak kementerian tentang masalah yang

semakin berleluasa ini untuk mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan telah

memperkenalkan bantuan KWAPM akan diberikan kepada murid yang berdaftar

melalui sistem eKASIH. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mensasarkan

penyaluran bantuan KWAPM adalah dilaksanakan berdasarkan senarai nama yang

diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali sebagai eKASIH.

Berdasarkan mesyuarat bersama Jemaah Menteri, semua bantuan persekolahan akan

diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH ini. Dengan cara ini,

masalah penyalahgunaan kuasa oleh guru-guru yang tidak bertanggungjawab dapat

diatasi. Sistem eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan Nasional yang

dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri

(JPM) dengan tujuan memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar. Tujuan

penggunaan sistem ini supaya tidak berlakunya pemberian bantuan secara bertindih

dengan kementerian-kementerian lain kepada orang yang sama. Dengan wujudnya

sistem eKASIH ini, ianya memudahkan dan dapat mengelakkan masalah murid yang

tidak layak tetapi menerima bantuan KWAMP. Di samping itu juga, ianya

memudahkan kerja pihak pentadbir dan guru untuk membuat urusan permohonan

mendapatkan bantuan kewangan ini.

Sekiranya isu penyalahgunaan wang di sekolah ini terus menerus menjadi

fenomena biasa bagi warga pendidik dan pihak pentadbir, semestinya institusi

pendidikan akan terus dicemari dengan unsur-unsur yang negatif. Jadi, sewajarnya

perkara ini haruslah dibendung dan ditangani dengan segera. Antara langkah yang

boleh diambil untuk menangani isu penyalahgunaan wang ini, pihak pentadbir

haruslah sentiasa membuat pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia

Page 9: Penyelewengan Wang Di Sekolah

ada supaya lebih berkesan dan cekap. Pihak pentadbir boleh memeriksa Buku Tunai

dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan

penyalahgunaan wang di sekolah.

Jika kita merujuk kepada kes penyelewengan wang yang dilaporkan dari tahun

2004 hingga 2008, kesemua kes penyelewengan disebabkan kesalahan etika yang

dilakukan oleh Guru Besar. Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang perlu

memainkan peranan penting untuk mencapai kecemerlangan dan kelestarian untuk

sesebuah organisasi. Guru Besar mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan

kemahiran pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan. Jadi, Guru Besar akan mendapat

kepercayaan, kebergantungan, keyakinan, sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat

meningkatkan kesetiaan serta komitmen daripada anggota organisasi, pelanggan dan

stakeholders ( Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Hal ini berlaku disebabkan sikap

Guru Besar yang merasakan dirinya ketua organisasi sesebuah sekolah dan

beranggapan tidak akan ada individu lain yang akan memantaunya di samping sahsiah

diri yang rendah. Seorang Guru Besar yang baik seharusnya sentiasa mengambil

tindakan segera sekiranya wujud masalah dalam pengurusan kewangan organisasi

sekolah.

Selain itu juga, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan wang di sekolah. Pihak

KPM boleh melaksanakan satu sistem iaitu satu murid satu akaun bank. Sistem

bayaran itu pula terus disalurkan ke dalam akaun murid. Jika sebelum ini, wang

pengagihan KWAMP akan dikreditkan ke dalam akaun sekolah. (Sumber: http://Sekolah

Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau, Lobi Forum SK Tuarid/ Kumpulan Wang Amanah

Pelajar Miskin. Selepas itu pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan wang

bantuan tersebut, tidak semestinya wang tersebut akan terus diedarkan kepada murid.

Bagi pihak pengurusan yang bertanggungjawab, kemungkinan wang tersebut akan

digunakan dahulu untuk kegunaan atau kepentingan lain. Hal ini akan menyebabkan

penyelewengan dalam pihak pentadbir.

Di samping itu juga, pihak pengurusan haruslah bijak membuat pengurusan

belanjawan. Mereka harus menyedari akan kesalahan dalam menggunakan wang

bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pemberian bantuan yang disediakan oleh

kerajaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, pihak

Page 10: Penyelewengan Wang Di Sekolah

pentadbir harus bijak mengurus belanjawan sekolah. Kebiasaannya, pihak pentadbir

gagal membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang ditetapkan. Oleh sebab itiu,

pihak tersebut terpaksa menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada

murid yang memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan yang tidak

mencukupi tersebut. Sekiranya pihak pentadbir tidak mempunyai perbelanjaan yang

mencukupi, mereka boleh membuat permohonan pindah peruntukan kepada pihak

atasan.

Di samping itu ibu bapa harus memainkan peranan yang serius dalam

melibatkan diri dengan PIBG di sekolah. Sekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah

penyelewengan wang di sekolah ini dapat dibendung. Sekiranya berlaku

penyelewengan, ibu bapa harus bersuara dan bukan hanya menjadi datang ke sekolah

mendengar perbincangan tetapi memahami isi mensyuarat  yang dibincangkan.

Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat untuk pemilihan murid yang layak menerima

bantuan KWAPM juga dapat memberikan kesan positif untuk mengelakkan masalah

penyalahgunaan wang KWAPM ini. Walaubagaimanapun, guru dan ibu bapa

haruslah sentiasa aktif dan peka dengan proses penyaluran bantuan ini kepada

murid iaitu bukan hanya pada awal mesyuarat sahaja menjadi jawatankuasa pemilihan

tetapi sehingga bantuan tersebut diserahkan kepada setiap penerima.

Akhir sekali, penyelewengan wang di sekolah ini boleh di atasi sekiranya setiap

pihak mempunyai tahap kesedaran individu itu sendiri untuk berubah sekiranya

telah melakukan kesalahan. Guru haruslah sentiasa membuat muhasabah diri dan

sedar hidup mengikut tahap kemampuan. Di samping itu, guru haruslah sentiasa

mengikhlas diri untuk bekerja sebagai guru dengan amanah, jujur dan tekad untuk

menolak rasuah dengan tegas. Selain itu juga, guru sebagai penjawat awam harus

berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu penyalahgunaan

masa, wang dan kuasa haruslah dihapuskan dari terus menular dari hari ke hari kerana

ianya memberikan kesan yang negatif kepada profesion keguruan, pembangunan

modal insan serta masa depan generasi pada masa akan datang. Moto ‘Guru Pembina

Negara Bangsa’ haruslah disemat dalam jiwa setiap insan bergelar guru.

Page 11: Penyelewengan Wang Di Sekolah

5.0 RUMUSAN

Setelah membincangkan isu penyelewengan ini, saya sangat bersetuju sekiranya

isu ini terus dibincangkan dengan lebih terperinci. Selain itu juga, pengurusan

kewangan di sekolah haruslah diperkemaskan supaya tidak akan berlakunya isu

penyelewengan ini. Di samping itu juga, pihak kementerian, pihak JPN dan PPD juga

haruslah sentiasa membuat pemantauan ke setiap sekolah. Pemantauan haruslah

dibuat dengan mengikut prosedur yang betul. Sesetengah pihak mengambil mudah

tugas yang diamanahkan. Sebagai contoh, juruaudit yang ditugaskan untuk mengaudit

kewangan di sebuah sekolah tidak melaksanakan prosedur mengadit dengan baik. Isu

penyelewengan ini juga sebenarnya adalah kita haruslah sentiasa membuat refleksi ke

atas diri sendiri di samping terdapat sokongan dan kesedaran dari pihak luar untuk

memastikan individu yang menyeleweng ini tidak terus hanyut dengan dunia khayalan

yang ternyata alpa dan melemahkan sesebuah institusi pendidikan. Guru harus sedar

tanggungjawab dan peranan sebenar seorang guru dan amanah yang

dipertanggungjawabkan keatas dirinya. Selain membangunkan etika profesion

keguruan dalam diri, guru seharusnya sentiasa mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan

mengurus dan mentadbir kerana guru semestinya bukan hanya mengajar murid di

dalam kelas tetapi juga merupakan seorang pengurus dan pentadbir sekolah. Sekiranya

ramai guru mempunyai kesedaran yang tinggi dalam diri mengenai tanggungjawab dan

amanah sebenar yang dipikul maka isu penyelewengan wang di sekolah ini dapatlah di

atasi dengan jayanya.