penyataan masalah-hantar.docx

7
1 PENYATAAN MASALAH GRU6014(Q ) SEMESTER I (2014/2015) TUGASAN INDIVIDU NAMA : MOHD KHAFIZ BIN KARIM NO. MATRIK : M20141000632 PENSYARAH : DR. ABDUL KADIR ARIFFIN FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (FPPM) PERSOALAN KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN SOALAN SOAL SELIDIK

Upload: mohdkhafiz

Post on 15-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATAAN MASALAH-HANTAR.docx

1

PENYATAAN MASALAH

GRU6014(Q)

SEMESTER I (2014/2015)TUGASAN INDIVIDU

NAMA : MOHD KHAFIZ BIN KARIM

NO. MATRIK : M20141000632

PENSYARAH : DR. ABDUL KADIR ARIFFIN

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (FPPM)

PERSOALAN KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

SOALAN SOAL SELIDIK

Page 2: PENYATAAN MASALAH-HANTAR.docx

1

PENYATAAN MASALAH

GRU6014(Q)

KAJIAN TENTANG TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN

SIKAP MURID-MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI SEKOLAH

KEBANGSAAN LIMBONGAN, MELAKA

Oleh MOHD KHAFIZ BIN KARIM

1. PERNYATAAN MASALAH

Adalah menjadi visi dan misi 2020 untuk menghasilkan modal insan berpengetahuan,

berketrampilan dan berarah kendiri. Menyedari perkara tersebut, Kementerian Pelajaran telah

melancarkan Pelan Induk Pendidikan (PIPP) yang bertujuan memperkasakan pendidikan di

semua peringkat termasuk pendidikan sekolah rendah dalam usaha menghasilkan modal insan

yang kompetetif dalam pasaran tenaga kerja bertaraf dunia. Dalam usaha membantu guru

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah dan sekolah rendah,

terdapat banyak modul membaca, menulis, mengira terdapat dalam pasaran. Perkembangan

ini adalah menggalakkan untuk perkembangan ilmu tetapi perlu ada pemantauan dan kajian

tentang keberkesanannya.

. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti teknik-teknik yang berkesan bagi

menigkatkan minat dan sikap murid-murid terhadap mata pelajaran sains di Sekolah

Kebangsaan Limbongan, Melaka. Kajian ini juga akan mengenalpasti sejauh mana

penguasaan murid terhadap matapelajaran sains yang telah dicapai oleh murid-murid tahun 4

Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Limbongan, Melaka. Murid-murid dari kelas 4 cemerlang

telah dipilih bagi melaksanakan kajian ini yang mana responden merupakan murid-murid

yang kurang berminat dalam matapelajaran Sains

Disamping itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana tahap kebolehbacaan dalam

dikalangan mereka. Hal ini demikian, keadaan tempat tinggal mereka serta kemudahan

prasarana sekolah yang kurang menyebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang

Page 3: PENYATAAN MASALAH-HANTAR.docx

1

PENYATAAN MASALAH

GRU6014(Q)

perkembangan teknologi terkini sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan.

Oleh yang demikian, kajian ini akan melibatkan kajian di SK Limbongan, Melaka.

Pengkaji merupakan guru mata pelajaran Sains kelas 4 Cemerlang bagi tahun 2014.

Oleh kerana selama ini pengkaji hanya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan

Matematik, jadi beliau tidak pernah mengetahui minat dan sikap mereka terhadap mata

pelajaran Sains. Pada awal pra mengajar, pengkaji melihat murid-murid sangat pasif dan

tidak menunjukkan ciri-ciri meminati mata pelajaran Sains. Setelah hampir seminggu beliau

menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran, dapati masalah utama yang dihadapi oleh

murid-murid ialah kurang minat dalam mata pelajaran Sains.

Masalah kurang berminat dalam mata pelajaran Sains ini telah menimbulkkan banyak

masalah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (PDP). Kebanyakkan murid pengkaji

adalah pendiam dan hanya 4 hingga 5 orang murid yang memberi jawapan serta ada murid

yang tidak menumpukan perhatian ketika proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Keadaan sedemikian telah menyebabkan prestasi murid tahun 4 Cemerlang tidak begitu

memuaskan. Menurut guru yang pernah mengajar mereka semasa tahun 3 Cemerlang (2013),

hanya 10 orang murid yang dalam menguasai kemahiran Sains dengan baik.

Oleh itu, kajian ini akan mencari punca-punca yang menghalang minat murid 4

Cemerlang untuk meminati mata pelajaran Sains. Kajian ini juga akan menggunakan teknik

pembelajaran koperatif bagi kelas ini dengan harapan dapat memberi motivasi untuk

meningkatkan minat murid kelas 4 Cemerlang dalam mata pelajaran Sains. Disamping itu,

kajian ini juga akan mencatatkan catatatan harian selepas proses pembelajaran dan

pengajaran Sains. Kajian juga turut melibatkan proses menemubual murid secara tidak

langsung untuk mengetahui tentang minat mereka terhadap mata pelajaran Sains.

Epstein (1986), dari 1,259 ibu bapa di Maryland 18% menyatakan mereka tidak

menerima sebarang surat pemberitahuan dari sekolah, 35% menyatakan bahawa tiada

perjumpaan antara ibu bapa dan guru, 60% tidak pernah berbincang dengan guru melalui

telefon kerana semua laporan maklumat dihantar melalui pos ke rumah ibu bapa kanak-

kanak. Kebanyakan aktiviti adalah sehala iaitu dari sekolah ke rumah. Tiada kerjasama yang

nyata yang dapat terjalin di antara pihak sekolah dan ibu bapa sama ada dari segi

Page 4: PENYATAAN MASALAH-HANTAR.docx

1

PENYATAAN MASALAH

GRU6014(Q)

perancangan aktiviti serta komunikasi dua hala. Elizabeth Fraser (1959) dalam buku beliau

yang bertajuk “Home Environment and School” telah menerangkan hubungan yang amat

signifikan antara taraf pendidikan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak mereka. Ini

menjurus kepada situasi persekitaran yang berlaku dalam keluarga itu sendiri yang

mendorong kepada kehendak kanak-kanak belajar dan cemerlang dalam akademik. Menurut

Fraser, andainya dibandingkan antara dua orang kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan

yang hampir sama tetapi berbeza dari segi taraf pendidikan, pendidikan yang lebih tinggi

akan memperolehi pencapaian yang lebih baik. Contohnya ibu bapa yang membentuk sikap

positif terhadap anak-anak mereka menunjukkan kejayaan yang lebih baik berbanding dengan

ibu bapa yang tidak memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutama dalam bidang

pelajaran. Begitu juga dengan sikap, dorongan, minat serta hubungan yang diberikan akan

meningkatkan lagi prestasi akademik anak-anak mereka (dalam Hazil, 1990).

Page 5: PENYATAAN MASALAH-HANTAR.docx

1

PENYATAAN MASALAH

GRU6014(Q)

BIBLIOGRAFI

Cholden, L.S. (1978). A Psychiatrist Works Blindness. New York: McGraw.

Chall, J. S. (1967). Learning To Read: The Great Debate. New York: McGraw Hill.

Harris, A. J. & Sipay, E. R. (1980). How to Increase Reading Ability. New York: Longman, Inc.

Kemahiran belajar (2006). Diperoleh pada Februari 21, 2008 daripada http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm

Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca(2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008 daripada, www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=013&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive

Lee Lai Guan, Rahmah Hanafi dan Salihah Yusof. (2007). Satu tinjauan pelbagai aspek membaca murid-murid tadika. Diperoleh pada Februari 23, 2008 daripada http://members.tripod.com/ipdares/baca.htm