nurul ain binti othman - fp.utm.my · doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, pengorbanan,...

26
BAI’ BITHAMAN AJIL YANG DILAKSANAKAN DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) NURUL AIN BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: letuong

Post on 17-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

BAI’ BITHAMAN AJIL YANG DILAKSANAKAN

DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

NURUL AIN BINTI OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4
Page 3: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4
Page 4: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

BAI’ BITHAMAN AJIL YANG DILAKSANAKAN

DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

NURUL AIN BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4
Page 6: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

iii

DEDIKASI

Ku abadikan dedikasi ini buat insan-insan yang bermakna untukku..

Ayahanda & Bonda Yang Disayangi

Othman Bin Mean & Jami’ah Binti Md Salleh

Kaulah segalanya buat diriku,

Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu,

Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku,

Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu,

Yang telah membakar semangat perjuanganku,

Untuk menuju ke puncak kejayaan,

Tidak akan kulupakan hingga akhir hayatku...

Adik-Adikku Yang Dikasihi

Nurul Fariha, Nurul Umairah & Muhammad Syukri

Kalian semua adalah harapanku,

Didiklah diri menjadi insan yang soleh dan solehah...

Pensyarah-pensyarah Yang Tidak Jemu Mencurahkan Ilmu

Terima kasih atas segala didikan,

Halalkan jua segala ilmu yang dicurahkan,

Kan kuhargai setulus jiwaku...

Sahabat-sahabat yang dikasihi

Kehadiran kalian menemani daku,

Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan,

Sentiasa disisi suka dan duka,

Semoga ukhwah terbina kekal selamanya...

Terima Kasih Segalanya...

Page 7: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah S.W.T

keranadengan izin dan limpah kurnia-Nya maka penyelidik dapat menyiapkan Projek

SarjanaMuda yang bertajuk “Al-Bai’ Bithaman Ajil Yang Dilaksanakan di Bank

Islam Malaysia Berhad”. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi

Muhammad s.a.w. bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.a.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia

projek yang dihormati, Ustazah Maznah Binti Ali atas segala nasihat, dorongan,

bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini. Begitu juga buat pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Pusat

Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga

yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang

penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Pegawai Bank Islam

Malaysia Berhad, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan Utama dan

Peringatan Za’ba dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang

berguna kepada penyelidik. Tidak ketinggalan kepada sahabat-sahabat seperjuangan,

terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan

berkongsi idea kepada penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah

S.W.T.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan

mendapat keberkatan daripada Allah Taala.

Page 8: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan

khususnya kepada masyarakat Islam dalam pemilihan pembiayaan perumahan secara

Islam yang memenuhi tuntutan syariah. Penyelidik telah menjalankan temubual

terhadap 2 orang pegawai Bank Islam Malaysia Berhad bahagian pinjaman

perumahan dan juga 5 orang peminjam yang telah dipilih sebagai responden. Kajian

ini dijalankan adalah untuk mengetahui konsep al-Bai' Bithaman Ajil yang

dilaksanakan di Bank Islam Malaysia Berhad, untuk mengenal pasti faktor-faktor

yang diambil kira oleh Bank Islam Malaysia Berhad dalam meluluskan permohonan

al-Bai' Bithaman Ajil dan untuk mengetahui kaedah pengambilan untung Bank Islam

Malaysia Berhad dalam pelaksanaan al-Bai' Bithaman Ajil. Secara keseluruhannya,

dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Bai' Bithaman Ajil yang dilaksanakan di

Bank Islam Malaysia Berhad memenuhi syariat Islam.

Page 9: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

vi

ABSTRACT

This study is meant to give an exposure and knowledge especially to Islamic

community concerning choosing housing defrayal based on Islamic rules. The

researcher interviewed 2 personal financial executive Bank Islam Malaysia Berhad

and 5 lenders of housing defrayal. This study was conducted to know the concept of

implementation al-Bai' Bithaman Ajil at Bank Islam Malaysia Berhad, to find out the

factors have taken from Bank Islam Malaysia Berhad to examine the application of

al-Bai' Bithaman Ajil and to recognize the method of profit intake in al-Bai'

Bithaman Ajil. Overall, the result showed that implementation of al-Bai' Bithaman

Ajil at Bank Islam Malaysia Berhad were based on Islamic rules.

Page 10: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 12

Page 11: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

viii

1.9.1 al-Bai’ Bithaman Ajil 12

1.9.2 Pelaksanaan 13

1.9.3 Bank Islam Malaysia Berhad 13

1.10 Kesimpulan 14

BAB II SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Definisi al-Bai’ Bithaman Ajil 16

2.3 Prinsip al-Bai’ Bithaman Ajil 18

2.3.1 al-Bai’ 18

2.3.2 al-Murabahah 19

2.3.3 al-Taqsit 21

2.4 Hukum al-Bai’ Bithaman Ajil 22

2.5 Rukun al-Bai’ Bithaman Ajil 25

2.5.1 Penjual dan Pembeli 26

2.5.1.1 Baligh, Berakal, Cerdik, Tidak

muflis dan Redha-meredhai

26

2.5.2 Harta dan Harga Pembiayaan 27

2.5.2.1 Suci 27

2.5.2.2 Bermanfaat 28

2.5.2.3 Milik Penjual atau Pembeli 28

2.5.2.4 Boleh Diserah Milik 29

2.5.2.5 Mengetahui Barang dan Harga

Yang Diakadkan

29

2.5.3 Lafaz Akad Ijab dan Qabul 31

2.5.3.1 Lafaz Yang Sarih 31

2.5.3.1 Diucapkan Dengan Keredhaan

Kedua-dua Belah Pihak

32

2.6 Syarat al-Bai’ Bithaman Ajil 32

2.7 Prosedur al-Bai’ Bithaman Ajil Oleh BIMB 34

2.8 Kadar Keuntungan al-Bai’ Bithaman Ajil 35

Page 12: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

ix

2.9 Kebaikan al-Bai’ Bithaman Ajil 36

2.10 Kajian lepas 37

2.11 Kesimpulan 39

BAB III METODOLOGI KAJIAN 40

3.1 Pengenalan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.3 Metode Pengumpulan Data 41

3.3.1 Kajian Perpustakaan 42

3.3.2 Metode Temubual 42

3.4 Metode Analisis Data 44

3.4.1 Metode Induktif 44

3.4.2 Metode Deduktif 45

3.5 Kesimpulan 45

BAB IV DAPATAN KAJIAN 46

4.1 Pengenalan 46

4.2 Konsep al-Bai’ Bithaman Ajil 46

4.3 Faktor-faktor Yang Diambil Kira Dalam

Meluluskan Permohonan al-Bai’ Bithaman Ajil

50

4.4 Kaedah Pengambilan Untung 53

4.5 Penutup 57

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN 58

5.1 Pengenalan 58

5.2 Kesimpulan 59

5.3 Cadangan 61

5.3.1 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 62

5.3.2 Pemaju 63

5.3.3 Masyarakat Islam 63

Page 13: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

x

5.4 Cadangan Lanjutan 64

5.5 Penutup 64

BIBLIOGRAFI 65

LAMPIRAN

Page 14: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Operasi Pembiayaan Perumahan Di Bawah 34

Prinsip BBA Oleh BIMB

Page 15: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

xii

SENARAI SINGKATAN

AMBB - Arab Malaysia Bank Berhad

BBA - al-Bai’ Bithaman Ajil

BFR - Base Financing Rate

BIMB - Bank Islam Malaysia Berhad

BNM - Bank Negara Malaysia

s.a.w - Sallallahu alaihi wasallam (Rasulullah)

S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala(Allah)

Page 16: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soalan Temubual 71

B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 74

Bagi Menjalankan Kajian

(Fakulti Pendidikan)

Page 17: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang telah berusaha dengan gigih ke arah

memajukan dan melaksanakan sistem kewangan Islam dengan menggabungkan di

dalamnya sistem perbankan Islam dan pasaran kewangan Islam yang mantap. Kini,

semua kaedah berasaskan kewangan telah dilaksanakan secara Islam. Ekoran dari

itu, Malaysia kini merupakan satu-satunya negara yang mempunyai sistem kewangan

Islam yang lengkap. Malah perbankan Islam di negara ini telah pun mendapat pujian

dari pelbagai institusi kewangan Islam di rantau ini dan juga negara-negara lain.

Menurut Mat Hassan Abu Bakar (2004:3), sistem ini memberi kebebasan kepada

semua manusia untuk mencari dan menilai harta mengikut kemampuan. Pemilik

harta tidak boleh mengabaikan hak milik orang lain.

Dalam era globalisasi, perumahan merupakan salah satu daripada keperluan

asas (daruriyyah) seseorang individu. Selain perumahan atau tempat tinggal,

keperluan asas hidup manusia juga merangkumi makanan, minuman, kesihatan,

pakaian dan pelajaran. Untuk memungkinkan kehidupan lahiriah yang sempurna,

keperluan-keperluan asas tersebut perlu dipenuhi dengan sebaik mungkin. Oleh

Page 18: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

2

kerana perumahan merupakan asas kepada keperluan hidup manusia, isu-isu

berkaitan dengannya memberikan impak yang begitu besar pada tahap sosio ekonomi

dan politik sesebuah negara.

Kegagalan memenuhi keperluan perumahan untuk rakyat boleh

mengakibatkan timbulnya permasalahan sosio ekonomi seperti pembinaan rumah

setinggan secara berleluasa terutamanya di kawasan bandar sehingga wujudnya

sarang yang boleh menjadi punca pelbagai gejala sosial seperti penagihan dadah dan

juga pelacuran. Atas dasar itu, sektor perumahan sering menjadi tumpuan kerajaan.

Ini dapat dilihat melalui penekanan terhadap sektor perumahan dalam Program

Perancangan Ekonomi negara. Menurut Ahmad Tajuddin (1993:75), Bank Negara

Malaysia selaku bank pusat juga menggariskan agar sektor perumahan perlu diberi

keutamaan oleh institusi-institusi kewangan dalam aktiviti pemberian pembiayaan.

Menurut Fadzila Azni Ahmad (2003:1), tumpuan kerajaan terhadap sektor

perumahan merangkumi dua peringkat, iaitu penawaran perumahan dan permintaan

perumahan. Pada peringkat penawaran perumahan, kerajaan telah menyusun dan

melaksanakan pelbagai dasar dan program. Antara langkah-langkah yang telah

diambil ialah dengan menyediakan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki

oleh rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Dalam memenuhi

permintaan perumahan oleh rakyat, kerajaan telah mengambil langkah dengan

menyediakan kemudahan pembiayaan atau kredit perumahan untuk pembelian

rumah. Kemudahan tersebut diutamakan kepada golongan yang kurang

berkemampuan untuk membeli rumah secara tunai.

Pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh institusi perbankan terbahagi

kepada dua jenis iaitu pembiayaan perumahan secara Islam dan pinjaman perumahan

secara konvensional. Menurut Fadzila Azni Ahmad (2003:2), pembiayaan

perumahan secara Islam telah bermula apabila wujudnya Sistem Perbankan Islam

pada tahun 1983 dengan tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad pada 1 Julai 1983.

Page 19: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

3

Bermula daripada tarikh itu, Perbankan Islam telah mula bertapak dan menampakkan

kematangan dan kestabilannya di persada tanah air dan ia sebenarnya menandakan

permulaan satu era baru di Malaysia dengan kelahiran sebuah bank yang beroperasi

di atas prinsip kewangan Islam.

Penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) merupakan langkah

pertama dalam mengembangkan kewangan Islam di Malaysia. BIMB telah

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 7 April 1983. Penubuhan BIMB

pada asasnya adalah khusus untuk memenuhi keperluan kewangan orang Islam dan

masyarakat amnya di negara ini (www.bankislam.com.my). Ia telah dilesenkan di

bawah Akta Bank Islam 1983 sebagai bank perdagangan Islam dan diawasi oleh

Bank Negara Malaysia di bawah akta tersebut. Walaubagaimanapun, perjalanan

operasi BIMB adalah tertakluk kepada kelulusan dan ketetapan fatwa yang dibuat

oleh Majlis Pengawasan Syariah (Othman Yong 1993:301).

Menurut Abdul Ghafar Ismail dan Surtahman Kastin Hasan (1993:50),

matlamat utama penubuhan BIMB ialah berusaha sedaya upaya menjalankan

operasinya sebagai sebuah bank perdagangan berlandaskan kepada hukum-hukum

syarak. Satu institusi terpenting daripada operasi Bank Islam yang berlandaskan

hukum syarak adalah pelaksanaan “Muamalat Urusan Bank dan Kewangan Tanpa

Riba”. Mengikut ulama’ yang berusaha dalam gerakan menubuhkan Bank Islam,

pencapaian matlamat ini adalah sewajarnya diutamakan dalam kegiatan sesebuah

Bank Islam. Sebagai ganti amalan membayar dan mengenakan faedah yang

dilakukan oleh sistem bank yang ada sekarang, sistem bank mengutamakan amalan

berkongsi untung rugi yang lebih menjaminkan keadilan sosial dalam pengagihan

untung rugi kepada penyimpan, peminjam dan pemilik saham bank.

Dengan penubuhan sesebuah bank Islam, masyarakat Malaysia termasuk

masyarakat bukan Islam dapat menentukan sama ada sistem kewangan Islam itu

Page 20: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

4

benar-benar praktikal dan dapat memenuhi kehendak zaman kerana masyarakat kini

telah menerimanya sebagai satu alternatif kepada sistem perbankan konvensional.

Walaupun penubuhan Bank Islam Malaysia adalah atas aspirasi umat Islam di negara

ini, peranannya bukanlah untuk kepentingan umat Islam sahaja kerana ia

merangkumi skop yang lebih luas daripada itu.

Pada masa kini terdapat lebih kurang lima puluh jenis produk dan

perkhidmatan perbankan Islam yang ditawarkan sama ada di BIMB atau institusi-

institusi kewangan konvensional yang menyertai Skim Perbankan Islam. Produk-

produk dan perkhidmatan tersebut adalah berdasarkan kepada kira-kira lapan belas

prinsip-prinsip Islam. Antara produk-produk perbankan Islam yang terdapat di

pasaran seperti akaun simpanan Wadiah, akaun simpanan Mudharabah, akaun

pelaburan Sakinah, pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi, pembiayaan

tanah, pembiayaan pengajian, al-Wakalah, al-Kafalah (surat jaminan) dan

bermacam-macam lagi.

Produk-produk yang menggunakan prinsip al-Bai' Bithaman Ajil merupakan

produk yang paling popular dan digemari dikalangan pelanggan-pelanggan bank

sama ada bank-bank Islam atau bank-bank perdagangan yang menyertai Skim

Perbankan Islam. Antara produk-produk yang terdapat di pasaran yang

menggunakan prinsip tersebut ialah produk produk pembiayaan runcit seperti produk

pembiayaan memiliki harta seperti rumah, tanah, kedai dan rumah kedai serta

pembiayaan semula harta, pembiayaan komputer peribadi, pembiayaan barang

pengguna dan sebagainya.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat terhadap institusi kewangan di penghujung

tahun sembilan puluhan, didapati mekanisme pembiayaan cara Islam yang sangat

menarik minat oleh hampir kesemua institusi kewangan meliputi tiga mekanisme

sahaja iaitu pembiayaan al-Bai' Bithaman Ajil, al-Murabahah dan al-Mudarabah

Page 21: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

5

(Osman Sabran 2000:1). BBA merupakan satu konsep yang digunakan dalam

pembiayan perumahan cara Islam di BIMB yang mana ia merupakan satu produk

yang dibina atas konsep jual beli dan ia bukannya pemberian pinjaman kepada

pelanggan.

Oleh itu, dengan tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad dan diikuti dengan

pelaksanaan Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF), keperluan rakyat Malaysia

terutamanya yang beragama Islam terhadap pembiayaan perumahan secara Islam

dapat dipenuhi dan direalisasikan.

1.2 Latar belakang Masalah

Sistem kewangan Islam di Malaysia merupakan satu perkembangan ke arah

sistem ekonomi yang kukuh yang berlandaskan kepada undang-undang Islam.

Objektif sistem kewangan Islam adalah untuk mewujudkan kehidupan yang bahagia

melalui satu sistem kewangan yang mencerminkan nilai-nilai sosio ekonomi Islam.

Di samping itu, ia juga berkait rapat dengan tuntutan terhadap setiap individu muslim

untuk memberi sumbangan ke arah pelaksanaan satu sistem yang sejajar dengan

ajaran Islam.

Pada masa kini, kita dapat lihat Malaysia telah mencapai kemajuan dari

pelbagai aspek seperti teknologi maklumat, perindustrian dan juga perbankan.

Perbankan di Malaysia semakin banyak diperkenalkan dan ia merupakan salah satu

daripada tunjang utama pembangunan negara. Sistem perbankan di Malaysia

terbahagi kepada dua iaitu perbankan konvensional dan perbankan Islam. Seperti

yang diketahui, perbankan konvensional telah lama dan banyak diperkenalkan jika

dibandingkan dengan perbankan Islam. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,

Page 22: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

6

kebanyakan bank di Malaysia telah memperkenal dan mengeluarkan produk

kewangan yang berkonsepkan Islam seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan

kenderaan, pelaburan dalam saham dan sebagainya.

Apabila kita memperkatakan tentang skim pembiayaan kewangan di bank-

bank tempatan, kita sering didedahkan dengan skim-skim pembiayaan yang

disediakan oleh bank-bank konvensional sahaja. Bank-bank konvensional ini telah

menawarkan pelbagai kemudahan untuk pelanggan-pelanggan mereka sekaligus

telah menyebabkan keistimewaan skim pembiayaan yang berteraskan konsep

ekonomi Islam tenggelam seperti mana yang telah ditawarkan oleh Bank Islam

Malaysia Berhad. Masyarakat kini lebih cenderung untuk memilih skim pinjaman

dan pembiayaan yang ditawarkan oleh bank-bank konvensional berbanding dengan

perbankan Islam. Ini kerana, walaupun BIMB mendapat sanjungan, ia juga kerap

mendapat kritikan sebagai bank yang tidak ada bezanya dengan bank-bank lain

malahan mengenakan faedah yang lebih tinggi daripada faedah bank-bank lain.

Bezanya, BIMB tidak menamakan sebagai riba, sebaliknya dengan nama dan istilah-

istilah lain. Oleh itu, walaupun riba tidak wujud, namun unsur penindasan tetap

berlaku (Abdul Ghafar Ismail dan Surtahman Kastin Hasan 1993:66).

Pelaksanaan BBA di negara ini boleh dikatakan masih dalam peringkat muda

jika dibandingkan dengan skim perbankan konvensional. Pelaksanaannya juga telah

menarik minat ramai pelanggan tanpa mengira bangsa dan kaum. Walau

bagaimanapun masih ramai di kalangan orang awam yang menjadi pelanggan

pembiayaan ini masih kabur tentang perjalanan dan pelaksanaannya. Malahan ada

yang mempertikaikan tentang perjalanan pelaksanaannya (Osman Sabran 2000:45).

Menurut statistik, konsep BBA ini amat popular dan digunakan dengan cukup

meluas di Malaysia. Sehingga Disember 2005, konsep BBA digunakan sebanyak

52.9% dalam penerbitan Bon Islam berbanding dengan konsep lain

(http://www.zaharuddin.net.)

Page 23: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

7

Menurut Osman Sabran (2000:45), operasi pembiayaan al-Bai' Bithaman Ajil

bermula daripada cadangan pelanggan dan kemudiannya disusuli dengan cadangan

daripada institusi kewangan yang dipilih sebagai pembiaya. Tidak semua institusi

kewangan boleh melaksanakan pembiayaan tersebut melainkan institusi kewangan

yang memohon dan diberikan kelulusan sahaja dibolehkan untuk melaksanakannya.

al-Bai' Bithaman Ajil merupakan satu transaksi yang berlaku di antara

penjual dan pembeli dengan jualan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan

disegerakan penyerahan barangan yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan

bayaran harganya hingga ke suatu masa yang telah ditetapkan. Sejarah pembiayaan

perumahan secara Islam di Malaysia hanya bermula apabila tertubuhnya Bank Islam

Malaysia Berhad (BIMB) pada tahun 1983 yang mana objektif utama penubuhan

BIMB adalah untuk menyediakan perbankan yang bebas daripada riba serta unsur-

unsurnya. Sebelum ini, penawaran produk pembiayaan perumahan hanya dipenuhi

oleh sistem konvensional. Mereka yang tidak mampu memenuhi keperluan

perumahan secara tunai pada ketika itu terpaksa memilih sama ada melibatkan diri

dengan riba yang wujud dalam pinjaman perumahan secara konvensional atau

melupakan niat untuk memiliki rumah yang merupakan keperluan asas dalam hidup.

Selepas tahun 1983, rakyat di negara ini telah berpeluang untuk memilih di antara

pembiayaan perumahan secara Islam atau pun pinjaman perumahan secara

konvensional (Fadzila Azni Ahmad 2003:50).

Menurut Wong Choo Sum (1995:84) semenjak ia mula diasaskan, produk

pembiayaan perumahan secara Islam telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Walau bagaimanapun, beberapa permasalahan telah dikenal pasti dalam

pelaksanaannya.

Kontrak BBA terus menjadi kontroversi kepada perbankan Islam di mana ia

kerap dilihat sebagai satu ciplakan kepada sistem riba dalam perbankan

Page 24: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

8

konvensional. Kebanyakan ulama’ menerima konsep BBA dan murabahah termasuk

ulama’ di Asia Barat. Walaupun begitu, BBA yang diamalkan di Malaysia

bercampur dengan unsur lain yang menyebabkan ianya dipertikaikan perbankan

Islam di Asia Barat. (http://drasmadinet.blogspot.com/2007_04_01_archieve.html)

Dianggarkan ramai pembeli rumah yang menjadi mangsa projek perumahan

terbengkalai telah mendapat pembiayaan daripada institusi yang menawarkan

perkhidmatan perbankan Islam melalui pembiayaan perumahan al-Bai' Bithaman

Ajil. Malangnya ramai pembeli yang menggunakan pembiayaan tersebut tidak tahu

akan hak mereka sebagai pembeli rumah dan secara langsung tidak jelas akan

pelaksanaannya (Utusan Malaysia, 30 Jun 2006).

Jelaslah di sini bahawa walaupun pembiayaan perumahan di bawah prinsip

al-Bai' Bithaman Ajil sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan namun

masyarakat sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas mengenai pelaksanaannya

terutama mengenai kadar bayaran balik atau kadar keuntungan yang lebih tinggi

daripada perbankan konvensional.

1.3 Penyataan Masalah

Rungutan daripada masyarakat mengatakan bahawa BIMB telah menetapkan

kadar keuntungan yang lebih tinggi dan bayaran semula pembiayaan yang mahal jika

dibandingkan dengan bank-bank konvensional. Ini telah menimbulkan tanda tanya

sedangkan objektif utama dalam penubuhan BIMB ialah menyediakan perbankan

yang bebas daripada riba.

Page 25: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

9

Melihat kepada kemelut tersebut, maka penyelidik merasakan perlu untuk

mengkaji bagaimanakah pelaksanaan yang dijalankan di Bank Islam Malaysia

Berhad terhadap pembiayaan perumahan siap dibina secara Islam di bawah prinsip

al-Bai’ Bithaman Ajil.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk memenuhi objektif berikut:

1.4.1 Untuk mengetahui konsep al-Bai’ Bithaman Ajil yang dilaksanakan di

Bank Islam Malaysia Berhad.

1.4.2 Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang diambil kira oleh Bank Islam

Malaysia Berhad dalam meluluskan permohonan al-Bai’ Bithaman

Ajil.

1.4.3 Untuk mengetahui kaedah pengambilan untung yang dilaksanakan

oleh Bank Islam Malaysia Berhad dalam pelaksanaan al-Bai’

Bithaman Ajil.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dibina berdasarkan kepada permasalahan kajian dan tujuan

kajian dijalankan:

Page 26: NURUL AIN BINTI OTHMAN - fp.utm.my · Doa dan restu yang sentiasa mengiringiku, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4

10

1.5.1 Apakah konsep al-Bai’ Bithaman Ajil yang dilaksanakan di Bank

Islam Malaysia Berhad?

1.5.2 Apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh Bank Islam Malaysia

Berhad dalam meluluskan permohonan al-Bai’ Bithaman Ajil?

1.5.3 Bagaimanakah pengambilan untung yang dilaksanakan oleh Bank

Islam Malaysia Berhad dalam pelaksanaan al-Bai’ Bithaman Ajil?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting dijalankan untuk memberi pendedahan kepada

masyarakat umum khususnya masyarakat Islam mengenai pelaksanaan pembiayaan

perumahan secara Islam yang bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan

di dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Ia adalah penting memandangkan

perumahan merupakan suatu isu yang utama untuk keperluan kehidupan dalam

pembangunan negara manakala pembiayaan pula adalah satu instrumen untuk

membantu rakyat memenuhi keperluan terhadap perumahan.

Kajian ini juga akan membuka mata masyarakat Islam khususnya dan

masyarakat bukan Islam umumnya tentang keupayaan Islam dalam mengendalikan

sistem ekonomi Islam. Jelas bahawa Islam terlalu mementingkan kebajikan dan

kesejahteraan umatnya bukan berlandaskan penindasan golongan yang kuat terhadap

golongan yang lemah.