bab 1 pengenalan sem 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ......

37
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kegawatan ekonomi merupakan salah satu masalah utama yang menghantui umat dunia. Ketidakstabilan ekonomi ini turut menyebabkan prestasi industri menurun sehingga turut ada syarikat yang muflis terutamanya industri kecil dan sederhana. Ini turut menyebabkan kenaikan harga pada makanan serta barang keperluan harian yang terdapat di pasaran. Situasi seperti ini membuatkan kita untuk mengetatkan lagi perbelanjaan harian dan pada masa yang sama, perkara ini turut mempengaruhi kesihatan serta cara hidup sama ada tanpa anda sedari. Oleh itu, ramai kini yang telah beralih kepada masakan di rumah daripada makan di luar ataupun mengambil makanan ringan yang kurang menyihatkan. Oleh sebab itu, tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk merekabentuk sebuah mesin penghiris makanan seperti pisang. Kebanyakan daripada pemproses makanan yang ada di pasaran adalah diimport serta berkos tinggi. Dengan itu, kebanyakan pengguna dan pengusaha kecil mahukan produk yang berkos kecil dan bermutu. Hal ini turut menggalakkan budaya pemakanan yang sihat di kalangan penduduk tempatan serta memakan kos yang jauh lebih rendah. Projek ini bermula dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi. Selepas itu, kajian mengenai alat pemprosesan makanan yang telah sedia ada serta makanan yang berkaitan dengan penggunaan mesin dijalankan. Selepas itu barulah proses merekabentuk berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. Setelah rekabentuk protaip selesai dibuat, proses analisis ramalan kemampuan mesin tersebut dijalankan berdasarkan perbandingan dengan mesin-mesin pemotong yang sedia ada di pasaran. Setelah semuanya selesai, barulah proses perbincangan serta cadangan dijalankan.

Upload: vankhue

Post on 23-Mar-2019

406 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kegawatan ekonomi merupakan salah satu masalah utama yang menghantui umat

dunia. Ketidakstabilan ekonomi ini turut menyebabkan prestasi industri menurun

sehingga turut ada syarikat yang muflis terutamanya industri kecil dan sederhana. Ini

turut menyebabkan kenaikan harga pada makanan serta barang keperluan harian yang

terdapat di pasaran. Situasi seperti ini membuatkan kita untuk mengetatkan lagi

perbelanjaan harian dan pada masa yang sama, perkara ini turut mempengaruhi kesihatan

serta cara hidup sama ada tanpa anda sedari. Oleh itu, ramai kini yang telah beralih

kepada masakan di rumah daripada makan di luar ataupun mengambil makanan ringan

yang kurang menyihatkan.

Oleh sebab itu, tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk merekabentuk

sebuah mesin penghiris makanan seperti pisang. Kebanyakan daripada pemproses

makanan yang ada di pasaran adalah diimport serta berkos tinggi. Dengan itu,

kebanyakan pengguna dan pengusaha kecil mahukan produk yang berkos kecil dan

bermutu. Hal ini turut menggalakkan budaya pemakanan yang sihat di kalangan

penduduk tempatan serta memakan kos yang jauh lebih rendah.

Projek ini bermula dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi. Selepas itu, kajian

mengenai alat pemprosesan makanan yang telah sedia ada serta makanan yang berkaitan

dengan penggunaan mesin dijalankan. Selepas itu barulah proses merekabentuk

berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. Setelah rekabentuk protaip

selesai dibuat, proses analisis ramalan kemampuan mesin tersebut dijalankan berdasarkan

perbandingan dengan mesin-mesin pemotong yang sedia ada di pasaran. Setelah

semuanya selesai, barulah proses perbincangan serta cadangan dijalankan.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

2

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pecinta perniagaan tradisional Indonesia pasti tidak asing lagi dengan kerepek

pisang. Perniagaan ini sangat mudah dijumpai di pasaran. Kerepek pisang merupakan

produk makanan ringan yang dibuat dari olahan hirisan buah pisang.Tujuan pengolahan

pisang menjadi kerepek pisang adalah untuk memberikan nilai tambah dan meningkatkan

kemanfaatan buah pisang. Kerepek pisang menjadi permintaan tinggi di pasaran.

Oleh itu, sesetengah industri rumah tangga menghasilkan perniagaan kerepek

pisang ini sebagai sebuah pengusahaan. Proses pengolahan kerepek pisang tergolong

mudah dan tidak memerlukan banyak wang. Prosedur pemprosesan kerepek pisang terdiri

daripada beberapa aktiviti meliputi persiapan bahan mentah, penyediaan peralatan,

penghirisan pisang, pengubahan dan perendaman hirisan pisang, menggoreng,

pembungkusan dan penyimpanan. Kualiti kerepek pisang ditentukan oleh tiga faktor

utama iaitu rasa, kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga

mampu menarik minat para pelanggan. Cara menghiris pisang merupakan salah satu

halangan utama dalam menghasilkan kerepek pisang yang berkualiti.

Kebanyakan industri kerepek pisang masih menggunakan cara manual, dengan

menggunakan pisau untuk menghiris pisang, sehingga hasil hirisan tidak

optimum. Disamping itu, ada beberapa home industry yang menggunakan pisau yang

diletakkan pada piring berputar. Jika pisang masih panjang, proses pengirisan dapat

dilakukan dengan mudah. Akan tetapi jika pisang sudah pendek (kerana sudah dihiris),

maka hirisan pisang yang dihasilkan kurang baik dan banyak yang berlubang. Kualiti

bentuk dan geometri hirisan pisang sangat tergantung dari keadaan dan kemahiran

operator.

Oleh kerana itu, selain kurang bersih, ketebalan hirisan pisang yang dihasilkan

tidak seragam. Padahal ketebalan hirisan sangat mempengaruhi kerangupan dari kerepek

pisang, sehingga diperlukan suatu mesin pengeluaran dalam memudahkan pisang agar

lebih cepat dan tepat dalam pengirisan.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

3

Dalam pembuatan sebuah mesin penghiris pisang ini diperlukan pemilihan bahan

yang tepat sehingga mesin ini mampu bekerja secara optimum. Mesin ini juga

direkabentuk secara sederhana sehingga ianya mempermudahkan dalam proses

operasinya. Untuk mencapai hal tersebut, maka dalam perancangan diperlukan ketelitian

dan perancangan yang matang agar mesin yang dihasilkan mampu beroperasi secara

maksimum.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Lazimnya pengusaha kerepek pisang akan menghadapi masalah seperti berikut:

i. Ketebalan pisang yang dihiris atau disagat adalah tidak seragam (memiliki

ketebalan yang berbeza).

ii. Tidak dapat menghasilkan kerepek pisang dalam jumlah yang banyak

dalam satu tempoh masa.

iii. Kos penyelenggaraan mesin yang sedia ada adalah tinggi kerana saiznya

yang besar.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif projek mesin penghiris kerepek pisang ialah:

i. Mereka cipta mesin penghiris kerepek pisang yang bersaiz kecil bagi

menjimatkan ruang serta mudah dialih.

ii. Membina mesin penghiris kerepek pisang ini bagi menjimatkan kos elektrik.

iii. Menguji alat ini untuk menghiris buah dari segi keselamatan, masa dan tenaga.

iv. Menguji kebolehan mesin untuk menghasilkan jumlah hirisan pisang dengan

jumlah yang berganda.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

4

1.5 SKOP KAJIAN

Skop yang pertama ialah projek mesin ini menyediakan corong yang berbentuk

silinder pada kedudukan menegak. Jika mesin ini dibuat dengan enam atau lapan corong

ia akan mengganggu proses pembuatan mesin dan saiz yang ditetapkan ialah 455.50mm x

236.00mm x 290.00 mm.

Skop yang kedua ialah mesin ini mempunyai berat sebanyak 1.5 kilogram. Mesin

ini memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana sahaja dan mesin ini juga

hanya boleh digunakan oleh orang dewasa sahaja. Ini untuk memastikan keselamatan

pengguna ketika menggunakan mesin ini.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Projek ini dikenalpasti mempunyai beberapa kepentingan dan impak dalam membantu

masyarakat. Antaranya ialah:

i. Mesin ini direka dengan saiz yang lebih kecil supaya masalah ruang dapat di atasi

dan mudah di pindahkan.

ii. Mesin ini boleh meminimumkan kos pengeluaran produk kerepek pisang kerana

menggunakan tenaga elektrik dan tiada tambahan kos pembuatan dan

pengeluaran.

iii. Mesin ini boleh membantu masyarakat secara umumnya kerana boleh juga

digunakan di rumah.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

5

1.7 RUMUSAN BAB

Dari huraian latar belakang di atas, dapat dirumuskan permasalahan yang dihadapi

dalam perancangan mesin penghiris pisang. Tujuan kami adalah untuk merancang dan

merekabentuk mesin penghiris pisang yang mempunyai komponen-komponen

diantaranya:

i. Menggunakan mata bilah daripada bahan stainless steel untuk membuat mata alat.

ii. Menggunakan kepingan besi daripada bahan stainless steel untuk membalut bahan

projek.

iii. Menggunakan Hyderon Leg Tips(getah) untuk membuat tapak mesin.

iv. Menggunakan kepingan kayu yang dibalut dengan aluminium tape untuk

membuat mata alat.

v. Menggunakan batang shaft daripada bahan stainless steel.

vi. Menggunakan nat daripada bahan stainless steel.

vii. Menggunakan motor kipas.

viii. Menggunakan suis untuk menghidupkan mesin.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

6

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Kerepek pisang ialah sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng

sehingga garing. Kerepek dibuat daripada pelbagai bahan dan dinamakan menurut jenis

bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerepek tersebut.

Kerepek pisang ialah makanan tradisional Malaysia yang diperbuat daripada

pisang dan antara bahannya ialah kunyit, garam dan gula. Antara contoh pisang yang

sesuai dibuat kerepek ialah pisang nipah, pisang nangka dan pisang abu. Selain itu, ubi

keledek, ubi kentang dan ubi kayu juga biasa digunakan untuk membuat kerepek.

Hari ini industri pengeluaran kerepek pisang sangat berkembang dalam industri

kecil dan sederhana berasaskan makanan. Ini didorong oleh permintaan yang tinggi

daripada pengguna kerana mudah dinikmati dan menjadi makanan ringan yang terkenal di

kalangan masyarakat Malaysia. Industri kerepek juga memerlukan suntikan teknologi dan

mekanisasi supaya pengusaha dapat menyediakannya mengikut keperluan pelanggan dan

dihasilkan secara cepat dan berskala besar. Dengan menghasilkan mesin kerepek pisang

ini secara tidak langsung kami telah terlibat dalam industri makanan. Amalan penyediaan

makanan yang selamat amat penting dalam industri pemprosesan makanan.

Oleh itu, dalam menghasilkan makanan yang selamat akan memberi impak dan

kesan yang baik terhadap makanan yang dihasilkan. Dengan mengamalkan keselamatan

makanan ini, ianya juga akan menghasilkan makanan yang bersih dan selamat untuk

dimakan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap amalan keselamatan makanan

dalam kalangan pekerja industri. Amalan keselamatan makanan adalah sangat penting

supaya makanan yang siap diproses bersih, selamat dan berkualiti serta mampu menjamin

kesihatan pengguna.

Page 7: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

7

Terdapat 4 tahap amalan keselamatan makanan yang dikaji oleh penyelidik iaitu

mengenai tahap pengetahuan, tahap amalan kebersihan diri, tahap amalan kebersihan

peralatan dan mesin yang digunakan, dan tahap amalan kebersihan tempat memproses

makanan. Mesin ini menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga dan kos yang

tinggi. Di samping itu, bagi peniaga kecil agak sukar membelinya kerana harga yang

terlalu mahal. Tambahan pula, bagi peniaga kecil-kecilan untuk membeli mesin sedia ada

memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, mesin penghiris pisang yang diinovasi ini mampu

beroperasi menggunakan tenaga manusia sahaja di samping saiz yang lebih kecil dan

harga yang sesuai bagi industri kecil-kecilan.

2.2 KONSEP/ TEORI

Dalam projek yang kami hasilkan ini, sumber tenaga di perlukan bagi

mengerakkan mesin penghiris pisang ini. Sumber tenaga yang digunakan mestilah

mampu mengurangkan kos pengeluaran produk supaya mencapai objektif kajian yang

telah dibincangkan. Antara sumber tenaga yang telah di kaji bagi mengerakkan mesin ini

ialah:

i. Tenaga manusia

Penggunaan tenaga manusia biasanya digunakan dalam industri kecil-kecilan kerana

tiada kos tambahan bagi pengeluaran produk. Ini kerana bagi peniaga industri kecil-

kecilan, permintaan produknya tidak terlalu tinggi seperti di kilang-kilang. Selain itu, bagi

mesin penghiris pisang di kilang-kilang mempunyai saiz yang besar. Ini akan

membebankan lagi peniaga kecil-kecilan untuk menyediakan ruang khas bagi

menempatkan mesin itu. Bil-bil elektrik juga agak membebankan peniaga tersebut. Mesin

yang ingin diinovasikan ini direka supaya pengguna boleh menggunakan tenaga manusia

bagi menjalankan proses pembuatan pisang agar kami dapat mencapai objektif kajian

yang telah dibincangkan.

Page 8: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

8

2.3 KAJIAN TERDAHULU

Setakat ini banyak mesin digunakan untuk membantu pengeluaran kerepek.

Namun apa yang merumitkan ialah proses menghiris kerepek hingga menjadi nipis.

Proses menghiris memerlukan penelitian yang sepenuhnya. Selain itu kerepek yang

dihiris secara manual berbahaya dan memerlukan banyak masa. Sehubungan dengan itu,

Zull Design Autotronic (ZDA) telah mencipta mesin slicer/penghiris kerepek. Mesin yang

bersaiz kecil ini mampu menghiris sehingga 0-18mm. Ketebalan hirisan juga boleh

diubah-ubah mengikut kehendak pelanggan. Tujuan mesin ini dihasilkan agar dapat

membantu pengeluar dan pengusaha kerepek serta produk makanan untuk menghiris

kerepek. Secara tidak langsung, dapat menghasilkan kerepek dalam kuantiti yang banyak

pada satu-satu masa. Oleh itu, masalah pengeluaran yang sedikit dapat diatasi dan dapat

memenuhi permintaan pelanggan.

Rajah 2.3.1 Banana Yam Cutting Machine

Page 9: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

9

Rajah 2.3.1 di atas menunjukkan bahawa petani tempatan telah menggunakan

mesin untuk menghasilkan kerepek pisang (Kadir, 2007). Mesin ini berfungsi dengan

baik kerana ianya dapat menghasilkan 22 720 keping kerepek pisang dalam masa satu

jam. Beliau menambah, jika mesin yang dibandingkan dengan penghiris manual, kelajuan

mesin dianggarkan kira-kira 275% - 425% lebih cepat bergantung kepada jenis bahan

yang akan dipotong. Ini bermakna, apabila ianya digunakan untuk menghasilkan kerepek

pisang, kadar pengeluarannya akan meningkat sebanyak 275% - 425% jika kelajuan

pemotongannya mencecah kepada kelajuan maksimum.

Rajah 2.3.2 Alat penghiris pisang kayu

Rajah 2.3.2 di atas menunjukkan gambaran dan saiz alat yang digunakan untuk

projek kerepek pisang terdahulu. Alat ini diperbuat daripada bahan kayu keras (jati,

mahoni, akasia). Hal ini demikian kerana kayu ini sangat berkualiti dan dapat

menghasilkan benda kerja dengan mudah mengikut saiz dan bentuk yang dikehendaki.

Contoh bagi multi cut kecil ialah panjang 45 cm, lebar 8 cm, panjang kotak hirisan 12 cm,

dan beratnya 2.2 kg. contoh bagi multi cut besar ialah panjang 45cm, kelebarannya 10

cm, panjang kotak hirisan 16 cm, dan beratnya 3 kg. contoh bagi multi cut super besar

pula ialah panjang 45 cm, berkelebaran 12 cm, panjang kotak hirisan 18 cm, dan beratnya

3.5 kg. Hasil potongan dari ketiga-tiga ukuran diatas semuanya sama dan yang

Page 10: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

10

membezakannya adalah kapasiti alat dalam memuat bahan yang akan dipotong. Hasil

hirisan sama tebal dan boleh dilaras mengikut saiz minima 0.5mm - 5mm. Pisau yang

digunakan juga dijamin ketahanan dan ketajamannya. Sebagai contoh, pisau gelombang

dan pisau rata bahan tersebut diperbuat dari stainless steel, ketebalan pisau 1 mm, dan

pisau ini tahan karat.

Rajah 2.3.3 Mesin Penghiris Pisang

Berdasarkan rajah 2.3.3, (di atas) mesin penghiris pisang ini mempunyai

empat tempat menghiris di atasnya dengan dua saiz yang berbeza. Saiz maksimum

pisang, yang boleh dimasukkan ialah berdiameter 80mm. Mesin ini mempunyai

roda pemotong yang di perbaharui dengan tiga bilah pisau yang membolehkan

mesin ini memotong sehingga dua belas keping hirisan pisang dalam satu putaran

berbanding roda pemotong sebelumnya yang mempunyai dua bilah pisau yang

hanya membolehkan mesin ini memotong lapan keping hirisan pisang. Hal ini

dapat memberi impak untuk menghasilkan mesin yang produktif. Mesin yang baru

ini mampu menghasilkan 660 keping dalam masa seminit berbanding mesin

sebelumnya yang hanya mampu menghasilkan 437 keping dalam satu minit

Page 11: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

11

sahaja. Selain itu untuk menghiris keladi, mesin yang baru ini dapat menghasilkan

540 keping dalam seminit manakala mesin yang sebelumnya hanya dapat

menghasilkan 379 keping dalam seminit. Dengan itu, kita dapat menganggarkan

peningkatan sebanyak 29% - 34% dari segi kadar pengeluaran setiap unit. Oleh

itu, para peniaga dapat meningkatkan kadar pengeluaran dengan produktif dalam

menghasilkan kerepek pisang.

2.4 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

Kajian komponen yang akan digunakan haruslah dilakukan sebelum proses

membina atau membangunkan sesebuah barangan atau produk dilakukan. Jadi, langkah

pertama yang perlu dilakukan adalah melakukan kajian terhadap setiap barangan atau

komponen yang akan digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini kerana, kajian amat

penting untuk menentukan jenis komponen yang sesuai yang akan digunakan dalam

membina sebuah mesin atau produk. Berikutan ini kerana, setelah proses kajian terhadap

komponen yang akan digunakan selesai, proses seterusnya adalah peringkat pemilihan

bahan. Jelas ini menunjukkan proses membuat kajian mengenai komponen yang akan

digunakan amat penting bagi memastikan komponen yang dipilih sesuai untuk digunakan.

Jadi kajian ini dilakukan dengan cara menyenaraikan komponen yang diperlukan

dan mencari maklumat yang banyak sebaik mungkin dan membandingkan ciri-ciri setiap

satu agar dapat memilih komponen yang sesuai untuk digunakan. Memilih komponen

yang sesuai adalah penting untuk memastikan barangan yang dihasilkan adalah berkualiti

dan tidak mendatangkan masalah semasa proses uji lari.

Oleh itu, terdapat beberapa komponen utama yang akan digunakan untuk

membangunkan Banana Slicer Machine. Antara komponen utama dalam membina mesin

kerepek pisang adalah:

Page 12: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

12

i) Besi tahan karat (stainless steel)

Antara kelebihan menggunakan besi tahan karat (stainless steel) ialah untuk

mengelakkan pencemaran karat terhadap produk makanan. Dengan memilih jenis keluli

tahan karat yang tepat, maka hampir tidak ada pencemaran bahan kimia logam terhadap

produk olahan makanan, seperti perubahan warna dan rasa. Biasanya gred yang tepat

untuk produk makanan dan minuman adalah gred SS 304 atau SS 316. Selain itu, mudah

untuk membersihkan, anti menghakis, dan tahan terhadap bakteria.Pada hi-gred keluli

tahan karat mudah dibersihkan daripada pencemaran luar kerana mempunyai permukaan

yang halus. Sifat keras dan ketahanan impak keluli tahan karat juga memberikan kesan

positif semasa proses pembersihan komponen dilakukan.

Tambahan pula, ketahanan terhadap kakisan yang tinggi memudahkan pengguna

boleh membersihkan dengan pembersihan dan disinfektan yang tergolong menghakis.

Sifat mekanik yang cukup baik secara keseluruhan kekuatan, ketahanan, dan rintangan

lelasan yang tinggi pada keluli tahan karat (stainless steel) austenit nilai positif dalam

penggunaan untuk aplikasi di industri makanan dan minuman.

Keluli tahan karat adalah yang mengandungi besi aloi bahan yang terdiri daripada

dua atau lebih unsur-unsur yang digunakan dalam pelbagai aplikasi kimia. Ia mempunyai

rintangan yang cemerlang kepada noda atau karat kerana kandungan kromium, biasanya

dari 12 hingga 20 peratus daripada aloi. Terdapat lebih daripada 57 keluli tahan karat

Page 13: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

13

diiktiraf sebagai aloi standard, sebagai tambahan kepada banyak aloi proprietari

dihasilkan oleh pengeluar keluli tahan karat yang berbeza.

Ini banyak jenis keluli yang digunakan dalam jumlah yang hampir tidak

berkesudahan aplikasi dan industri: bahan-bahan pukal pengendalian peralatan, luar

bangunan dan bumbung, komponen kereta (ekzos, trim hiasan, enjin, casis, pengikat, tiub

untuk talian bahan api /), pemprosesan kimia tumbuh-tumbuhan (scrubber dan penukar

haba), pulpa dan kertas, penapisan petroleum, paip bekalan air, barangan pengguna, marin

dan pembinaan kapal, kawalan pencemaran, barangan sukan (ski salji), dan pengangkutan

(kereta api).

ii) Alumunium

Kepingan aluminium yang terdapat dipasaran.Terdapat beberapa bahagian mesin

kami menggunakan plat aluminium. Plat aluminium adalah produk yang diperbuat

daripada logam dengan bentuk seperti kepingan aluminium. Aluminium tergolong dalam

satu jenis logam yang mempunyai warna putih, berkilat, perak. Walau bagaimanapun

Page 14: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

14

aluminium adalah sangat popular kerana ia mempunyai berat yang agak ringan. Produk

plat aluminium biasanya mudah dibentuk boleh menjimatkan kos pengeluaran.

Aluminium adalah produk logam adalah sangat ringan dan mudah untuk

digunakan. Sesetengah industri lebih kerap menggunakan produk aluminium atas sebab-

sebab seperti ini:

i. Ia dapat fungsi yang lebih baik kerana ia sangat ringan, tidak mudah berkarat

dan tidak menyebabkan keracunan. Itulah sebabnya produk plat aluminium

digunakan secara meluas sebagai peralatan rumah dan industry

ii. Bersifat mudah dibentuk dan tidak menyebabkan tindak balas kimia

membolehkan plat aluminium diproses menjadi pembungkusan makanan,

produk farmaseutikal dan pelbagai lagi

iii. Boleh mengalirkan kuasa elektrik yang besar yang boleh digunakan untuk

kord kuasa yang diperlukan.

iv. Boleh digabungkan dengan produk logam yang lain seperti di beberapa

bahagian badan pesawat yang menggunakan campuran aluminium dan

tembaga.

a) Keburukan Aluminium

Aluminium adalah salah satu logam yang terdapat bahagian kerak bumi. Jumlah

kandungan aluminium dalam kulit bumi mencecah kira-kira 8 peratus dari permukaan

bumi. Tetapi pemprosesan produk logam aluminium tulen mempunyai keperluan kos

yang sangat tinggi yang termasuk dalam industri ini adalah mahal dan memerlukan kos

operasi yang ketara. Kelemahan adalah apa yang akhirnya menjadikan harga plat

aluminium menjadi tidak stabil dan sukar untuk ditetapkan dalam tempoh masa yang

sama.

Page 15: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

15

b) Ciri-Ciri Plat Aluminium

Satu plat bentuk aluminium mempunyai bentuk lembaran dengan saiz tertentu dan

mudah dibawa kerana ia mempunyai berat yang sangat rendah. Bahan plat aluminium

mempunyai beberapa sifat, iaitu:

i. Tahan kepada pelbagai jenis perubahan iklim dan tidak mudah terbakar

ii. Mempunyai tahan hakisan seperti besi

iii. Mempunyai rupa yang sangat menarik warna yang sesuai dengan beberapa

bahan pembinaan rumah

iv. Mempunyai sifat mudah dibentuk bagi memudahkan semua jenis kerja

v. Harga plat aluminium lebih rendah daripada bahan-bahan seperti besi atau

keluli tahan karat.

c) Kegunaan Plat Aluminium

Terdapat banyak industri yang menggunakan bahan-bahan dari plat aluminium.

Berikut adalah beberapa jenis manfaat plat aluminium.

i. Peralatan dapur Terdapat beberapa jenis peralatan memasak yang boleh diperbuat

daripada aluminium seperti periuk, kuali, loyang dan pelbagai jenis peralatan lain.

Peralatan dapur yang diperbuat daripada plat aluminium mempunyai ciri-ciri yang kalis

air dan tidak toksik, jadi ia adalah selamat untuk digunakan sebagai beberapa peralatan di

rumah.

ii. Industri Pelbagai jenis industri yang memerlukan aluminium antaranya ialah

industri pembinaan. Dalam industri binaan, aluminium banyak digunakan

kerana ia sesuai dijadikan tombol pintu, kubah, pagar, bingkai tingkap, dan

banyak lagi. Selain itu, industri pemakanan juga menggunakan aluminium

sebagai alat pembungkusan (cth: makanan dalam tin dan minuman).

iii. Papan Tanda Pembinaan Papan iklan biasanya dipasang di tepi jalan

menggunakan pembinaan sebuah aluminium plat aluminium. Logam adalah

sangat selamat kerana ia tahan lama, mudah dibentuk dan tahan cuaca. Jadi

Page 16: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

16

penggunaan aluminium adalah sangat bermanfaat dan boleh digunakan dalam

masa yang lebih lama.

iii) Motor

Motor elektrik termasuk dalam kategori mesin elektrik dinamik dan

merupakan sebuah alat elektromagnetik yang mengubah tenaga elektrik kepada

tenaga mekanikal. Antara fungsinya ialah untuk menggerakkan pemampat,

mengangkat bahan, menggerakkan bilah kipas, mengangkat bahan dan

sebagainya. Selain itu, ia juga digunakan pada peralatan elektrik di rumah seperti

pengisar dan kipas.

Motor terbahagi kepada 2 jenis iaitu motor arus terus (AC / DC) dan motor

arus ulang alik (AC). Motor DC menggunakan arus terus. Ia digunakan pada

penggunaan khusus dimana memerlukan nilai daya kilas yang tinggi atau kelajuan

yang tetap untuk kisaran motor DC mempunyai pelbagai ukuran namun

penggunaannya agak terhad kepada penggunaan kelajuan rendah-sederhana.

Motor DC juga lebih mahal berbanding AC namun motor DC lebih mudah

dikendalikan dan lebih mahal berbanding motor AC.

Page 17: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

17

Motor AC pula bergerak pada kelajuan tetap pada frekuensi tertentu.

Motor ini memerlukan arus searah (DC) untuk peningkatan daya dan memiliki

daya kilas awal yang rendah. Oleh itu, motor ini sesuai untuk penggunaan awal

yang rendah seperti pemampat angin. Motor ini mampu untuk membaiki faktor

daya sistem, sehingga sering digunakan pada sistem yang menggunakan banyak

elektrik. Oleh itu motor yang sesuai digunakan untuk mesin kerepek ialah motor

AC. Hal ini kerana motor AC menggunakan sumber daya umum tidak mudah

mengubah putarannya.

Selain itu, motor AC juga tidak menggunakan kos yang tinggi. Hal ini

kerana motor AC hanya menggunakan sekitar 325 watt. Disebabkan itu, motor

AC sering digunakan untuk aplikasi kelajuan tetap dalam industri dan untuk

industri komersial dan domesik dimana AC power line mudah didapati. (Bakhsi,

2009)

iv) Besi

Besi merupakan logam yang mempunyai warna abu-abu keputih-putihan. Logam

ini dihasilkan terutamanya dari peleburan biji hematit dalam tanur sembur. Kegunaanya

adalah diapakai untuk bangunan dan bidang teknik, juga boleh dimanfaatkan untuk

membuat aloi keluli.

Page 18: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

18

Besi-L juga salah satu bahan penting dalam pembinaan. Setiap hujung bahagian

daripada permukaan L menghasilkan permukaan yang rata dan kedua-dua bahagian

berserenjang antara satu sama lain supaya ia memberi integriti struktur dalam dua arah

yang berbeza tanpa perlu mengimpal untuk mencantumkan dua keping keluli. Terdapat

pelbagai jenis saiz besiL yang boleh didapati di pasaran. Besi-L atau besi sudut selalu

digunakan sebagai rangka. Hal ini kerana, besi ini mempunyai sudut yang tepat dan

membantu menstabilkan beban.

Besi sudut ini kami gunakan sebagai rangka untuk mesin kami kerana ia

mempunyai sifat yang kukuh yang sesuai dijadikan rangka. Bersudut 90 darjah mampu

menstabilkan beban yang dikenakan ke atas mesin. Selain itu, ia mudah didapati dan tidak

perlu untuk mengimpal dua keping keluli untuk dijadikan rangka.

v)Galas(Bearing)

Dalam mekanikal, galas (bearing) adalah elemen mesin yang berfungsi untuk

menghadkan gerakan relatif antara dua atau lebih komponen mesin untuk memastikan ia

Page 19: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

19

bergerak ke arah yang dikehendaki. Bearing menjaga aci (shaft) untuk sentiasa berputar

pada paksi, atau juga mengekalkan linear bahagian yang bergerak dalam usaha untuk

kekal di landasan yang betul.

Galas adalah satu elemen mesin yang memegang peranan yang penting untuk

fungsi yang adalah untuk rivet aci galas supaya aci boleh berputar tanpa geseran

berlebihan. Galas harus cukup kuat untuk membenarkan aci serta unsur-unsur mesin lain

bekerja dengan baik.

Galas adalah satu komponen yang berfungsi sebagai kusyen untuk membantu

mengurangkan geseran berputar peralatan dalam aci atau gandar. Galas atau bearing

biasanya bulat. Galas di dalam kereta yang dipasang pada gandar dan di tempattempat

lain yang berputar. (Wikipedia 2016)

Galas (bearing) terdapat pelbagai jenis, antara jenis-jenis galas ialah, galas bebola

(ball bearing), galas jarum (needle bearing), galas geseran (roller bearing), galas magnetik

(magnetic bearing), galas roller tirus.

2.4.1 Sambungan welding

Bagi membina mesin pencetak ini kami menggunakan sistem pemasangan jenis

kimpalan( welding) bagi menyambungkan dari satu ke satu bahan. Terdapat 5 jenis

sambungan asas yang digunakan dalam kerja kimpalan mengikut piawaian American

Welding Society (AWS) antaranya ialah :

Page 20: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

20

i) Sambungan temu

Rajah 2.4.1 Sambungan Temu

Kimpalan jenis ini mengandungi 1 atau lebih rangkaian yang ditimbunkan pada

permukaan logam. Kimpalan permukaan logam dibuat untuk memperolehi sifat atau

ukuran yang dikehendak.

ii) Sambungan kambi tee

Page 21: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

21

Rajah 2.4.2 Sambungan Kambi Tee

Bentuk kimpalan kambi adalah lebih kurang segitiga jika dilihat muka keratin

lintangnya. Kimpalan ini menyambungkan dua permukaan logam pada sudut-sudut tepat

antara satu sama lain pada sambungan Tee, sambungan penjuru atau sambungan lekap.

iii) Sambungan Lekap

Rajah 2.4.3 Sambungan Lekap

Page 22: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

22

Sambungan lekap dibuat dengan melapiskan kepingan logam. Sambungan ini

merupakan salah satu jenis sambungan yang kukuh. Sambungan menjadi lebih berkesan

jika ukuran lebar lekapnya dibuat lebih daripada tiga kali ukuran tebal logam yang

disambungkan.

iv) Sambungan Penjuru

Rajah 2.4.4 : Sambungan penjuru

Sambungan penjuru kerap digunakan di dalam kerja menyambungkan kepingan

logam yang tidak menanggung beban lampau.

Die casting bagi penekap

Kami juga mereka pelbagai jenis bentuk serta corak bagi menarik minat perhatian

kanak-kanak khususnya. Kami menggunakan kaedah die casting bagi menghasilkan corak

yang di kehendaki.

Page 23: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

23

Die Casting adalah cetakan logam atau acuan tetap yang terdiri daripada beberapa

bahagian / belahan yang bahannya terbuat dari baja (Hot Working Steel). Sifat dasar

meterian Die Casting yang perlu di perhatikan adalah koefisien muai panas (thermal

expention coefficient), keberaliran haba (thermal conductivity), mampu tarik panas (hot

yield strength), ketahanan terhadap proses tempering (temper resistant), dan keuletan

(ductility).

Penerapan kaedah die casting sangat sesuai pada pembuatan benda berdinding

tipis. Berukuran ketepatan dan benda dengan kualiti permukaan yang baik. Kelebihan lain

kaedah die casting iaitu ukuran yang berlebihan dapat dielakkan. Die casting memberikan

beberapa keuntungan dari segi teknik dan ekonomi, tidak hanya kerana daya pengeluaran

yang tinggi, tetapi juga masa proses yang sangat singkat antara bahan mentah dan produk.

Jenis jenis Kaedah Die Casting

i) High Pressure Die Casting

Kaedah yang sering disebut dengan Pressure Die Casting ini merupakan kaedah

penuangan yang paling moden yang boleh menghasilkan bahagian yang equivalent

dengan produk mesin. Produk ini dihasilkan dengan Hot Chamber Die Casting Machine.

Prinsip dasat kaedah ini adalah pemberian tekanan pada logam cair sehingga masuk

kedalam rongga cetakan. Dies dipasang pada plat asas mesin yang boleh ditutup dan

dibuka dengan mudah. Untuk membuat produk diperlukan cetakan tetap terbuat dari

logam yang terdiri daripada bahagian dasar (cetakan tangkup). Cetakan ini dipasang pada

mekanikal penggerak cetakan pada mesin (die closing unit) yang terdiri daripada

bahagian tetap dan bahagian bergerak. Adanya bahagian tetap dipasang belahan cetakan

yang akan berkaitan dengan silinder suapan cecair. Pada bahagian bergerak dipasang

belahan cetakan yang mempunyai bahagian enjector. Silinder suapan logam cair disembur

kedalam acuan yang tertutup.

Page 24: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

24

ii) Low Pressure Die Casting

Kaedah low pressure die casting diperlukan beberapa bahagian mesin yang secara

kasar dibahagikan dalam tiga. Bahagian pertama adalah tungku penahan panas yang

kedap udara untuk menampung material cair. Bahagian kedua adalah unit penggerak dies

yang umumnya digerakkan secara hidraulik. Bahagian ketiga adalah unit pemberi tekanan

udara dan kawalan proses. Sebuah paip (riser) menyambung cecair di dalam tungku dan

cetakan.

Proses pengisian dilakukan dengan pemberian tekanan rendah terhadap

permukaan cecair di dalam tungku, sehingga cecair akan masuk kedalam rongga cetakan

melalui saluran masuk.

2.5 RUMUSAN BAB

Oleh kerana projek ini adalah berdasarkan inovasi produk, maka kaedah

penyelidikan yang telah dipilih ialah melalui pengujian secara eksperimen. Apabila

produk ini telah siap dibangunkan, ia akan diuji secara eksperimen bagi mengenalpasti

keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti.

Kesimpulannya, kajian literatur amat penting kerana kajian ini melibatkan

beberapa bahagian yang penting seperti kajian yang pernah dijalankan, teori yang terlibat,

kajian spesifikasi reka bentuk di pasaran dan kajian komponen yang akan digunakan

dalam menetukan bahan yang akan digunakan bagi membina banana slicer machine.

Kajian literatur mengenai kajian yang pernah dijalankan adalah untuk

memahami konsep pemotongan atau penghirisan pisang untuk dijadikan kerepek. Selain

itu, mengkaji mengenai kajian yang lepas juga adalah untuk mendapatkan konsep reka

bentuk yang sesuai dan juga mengenai cara mesin yang sedia ada bekerja.

Page 25: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

25

Seterusnya adalah kajian mengenai kajian spesifikasi reka bentuk di pasaran.

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsep yang terbaik setelah mengumpulkan

beberapa contoh reka bentuk yang terdapat di pasaran. Setelah mengumpulkan beberapa

contoh reka bentuk, proses seterusnya adalah menaik taraf atau membuat pengubahsuaian

agar sepadan dengan konsep gerak kerja mesin dan memudahkan pengguna semasa

mengendalikan mesin.

Akhir sekali, setelah selesai membuat kajian mengenai spesifikasi reka bentuk di

pasaran langkah seterusnya adalah membuat kajian mengenai komponen yang akan

digunakan. Kajian mengenai komponen yang akan digunakan penting bagi memastikan

komponen yang dipilih bersesuian dengan reka bentuk konsep. Disamping memilih

komponen yang bersesuian, daya tahan komponen juga diambil kira selain memiliki

harga yang berpatutan dan juga mudah untuk mendapatkan alat ganti sekiranya berlaku

kerosakkan.

Page 26: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

26

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan secara ringkas tentang kaedah yang telah digunakan untuk

menyiapkan projek ini yang bermula dari konsep disesuaikan melalui matlamat utama

untuk produk pada mulanya. Hal ini dapat memberikan pembaca keseluruhan pemahaman

tentang proses-proses yang terlibat bagi menyiapkan projek ini. Bab ini juga

menerangkan secara ringkas mengenai kaedah yang digunakan untuk membangunkan

atau mencipta prototaip mesin penghiris pisang termasuk spesifikasi, reka bentuk, lukisan

dan fabrikasi. Semua kaedah ini penting untuk mengawal kelancaran projek ini selain

pembangunan.

Metodologi adalah sistem cara pembuatan, pengajaran, pembelajaran dimana

kaedah pembelajaran sistematik boleh atau telah diaplikasikan dengan berdisiplin.

Semasa mereka bentuk dan menganalisis, adalah penting untuk mendapatkan kaedah

paling baik untuk membangunkan prototaip dimana metodologi yang sesuai akan

mencapai prestasi yang baik dan menghasilkan reka bentuk yang dikehendaki.

Pendekatan metodologi produk adalah berdasarkan kajian idea yang terdahulu, teori,

ciptaan dan pembangunan dalam kerja-kerja yang berkaitan dalam bidang ini yang telah

dilakukan dalam bab sebelum ini.

Page 27: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

27

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

RAJAH 3.2.1 BANANA SLICER MACHINE

Page 28: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

28

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Objektif projek ini adalah untuk mereka bentuk mesin penghiris pisang yang baru

untuk kegunaan dirumah. Konsep ini dibangunkan berdasarkan ergonomik dan

pengendalian mudah peralatan. Berikut adalah langkah mereka bentuk mesin, pemilihan

bahan, fabrikasi mesin, analisis prestasi. Proses terakhir ialah perbincangan dan cadangan.

Selain itu, carta aliran adalah sejenis rajah yang mewakili suatu aliran atau

proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan

dengan anak panah. Gambaran rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang

timbul secara selangkah demi selangkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan

anak panah yang menghubungkannya mewakili aliran kawalan data. Aliran data tidak

selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah aliran data

sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam

menganalisis, mereka bentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program

dalam pelbagai bidang.

Pada permulaan, telah dibincang untuk memilih tajuk projek. Pemilihan projek

ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku di persekitaran yang mendatangkan

kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas itu, beberapa idea telah diperkenalkan

dan dibincangkan bersama penyelia.

Persepakatan untuk menghasilkan satu alat penambahbaikkan iaitu mesin

menghiris kerepek pisang menggunakan kaedah manual berjalan dengan lancar. Selepas

itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek. Skop dan objektif ini adalah

berdasarkan permasalahan yang berlaku.

Pembentangan projek satu, melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek,

skop, objektif, penyataan masalah, kajian literasi, metodologi, lukisan berbantu komputer

dan lain-lain. Selepas projek diluluskan dan diterima, pelaksanaan aktiviti projek seperti

proses mereka bentuk dibuat untuk penghasilan projek. Apabila projek telah siap,

semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti

yang dirancangkan.

Page 29: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

29

Penghasilan laporan projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada

projek yang diciptakan. Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk

mengetahui tentang pelaksanaan projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah

proses akhir selepas pembentangan diadakan.

3.3.1 Carta Alir

Carta 3.2.1: Carta Alir Projek

Belajar tentang pelbagai jenis

pemotongan/penghirisan mesin

Reka bentuk

mesin

Penyataan

Masalah

Fabrikasi

Ujian mesin dan

analisis

Pemilihan bahan

Perbincangan dan

cadangan

Page 30: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

30

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Terdapat beberapa komponen yang akan digunakan di dalam penghasilan projek akhir

ini. Komponen yang akan digunakan juga perlulah memenuhi piawaian keselamatan dan

kehendak yang diperlukan. Antara komponen yang akan digunakan ialah:

I. Gerudi Tangan

Rajah 3.4.1 Gerudi Tangan

Kegunaan gerudi ini adalah untuk menebuk lubang. Ianya digunakan bagi memasukkan

skru untuk penyambungan satu kepingan besi kepada kepingan besi yang lain.

Page 31: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

31

II. Skru

Rajah 3.4.2 Skru

Skru juga digunakan dalam penghasilan projek akhir ini. Kegunaannya untuk

mengikat komponen – komponen yang diperlukan pada mesin. Hasil bahan yang

digunakan akan menghasilkan projek yang lebih kemas dan lebih kukuh berbanding

menggunakan alat yang lain. Ini juga memudahkan proses pemasangan projek.

Penggunaan alat ini kelihatan, lebih teratur dan tersusun.

Page 32: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

32

III. Spana

Rajah 3.4.3 Spana

I. Spana boleh laras

a. Untuk membuka bolt atau nat pelbagai saiz tanpa menukar spana yang

berlainan.

II. Spana gelang

a. Mempunyai kedua-dua hujung bergelang (Soket) untuk mencengkam bolt

dan nat selain ianya selamat digunakan.

III. Spana gabung

a. Mempunyai kedua-dua hujung yang berlainan jenis iaitu terbuka dan

bergelang.

Page 33: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

33

IV. Penyambungan Kimpalan (TIG)

Rajah 3.4.4 Penyambungan Kimpalan (TIG)

Page 34: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

34

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan kepada bahan yang lain

dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses

pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya

sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan

juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Proses kimpalan

yang dilakukan ialah kimpalan TIG (Tungsten Innert Gas). Setelah proses kimpalan ini

dilakukan permukaan yang dikimpal akan di grinder bagi memastikan kekemasan pada

projek dapat dilakukan.

V. Pita Pengukur

Rajah 3.4.5 Pita Pengukur

Gambar di atas digunakan untuk tujuan pengukuran panjang. Unit yang

digunakan ialah imperial (inci dan kaki) dan juga metrik (sentimeter dan meter).

Seterusnya ketepatan pengukuran ialah sehingga 0.1 cm.

Page 35: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

35

VI. Bolt dan Nat

Rajah 3.4.6 Nat dan bolt

Bolt dan nat turut digunakan sebagai bahan pengikat bahagian besi. Bolt ini panjangnya

12mm untuk tujuan menggantungkan objek atau bahagian tertentu.

VII. Pemutar Skru

Rajah 3.4.7 Pemutar Skru

Gambar di atas merupakan sejenis alatan tangan yang digunakan untuk

melonggarkan dan mengetatkan skru. Seterusnya, ianya digunakan dengan cara memutar

pemegangnya pada arah lawan jam untuk melonggarkan dan arah jam untuk mengetatkan

skru. Skru pemutar ini juga mempunyai bahagian hujungnya yang dibentuk mengikut alur

skru bagi memudahkan skru dapat dilonggarkan dan diketatkan.

Page 36: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

36

VIII. Mesin Pencanai

Rajah 3.4.8 Mesin Pencanai

Mesin pencanai digunakan untuk memotong besi-besi mengikut saiz yang diperlukan.

Selain itu, mesin ini mempunyai saiz yang besar dan diletakkan di satu tempat.

3.5 Kaedah analisis data

Jenis Pisang Kedudukan

pemotongan

Setting Tebal Hirisan

Pada Mesin (mm)

Melintang Menegak

Pisang Nangka - 2

- 2

Pisang abu - 2

- 2

Pisang nipah - 2

- 2

Dari jadual diatas, dapat dilihat bahawa ketebalan hasil hirisan pisang mendekati

ketebalan yang diinginkan. Perbezaan hasil dapat terjadi saat pengukuran mahupun

setting posisi pisau yang kurang sempurna. Tetapi secara umumnya, ketebalan yang

Page 37: BAB 1 PENGENALAN SEM 5(1... · berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. ... kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga ... Jika pisang masih panjang,

37

dihasilkan telah sesuai dengan spesifikasi awal rancangan. Analisis kos produksi mesin

penghiris pisang ini hanya difokuskan pada kos pembuatan prototaip. Kos keseluruhan

pembuatan prototaip mesin ini lebih kurang RM500.00 sahaja.

3. 6 Rumusan

Hasil daripada pemasangan dan ujikaji ini kami dapati projek akhir kami ini

berfungsi dengan lancar dan teratur. Ujian ini juga membuktikan ianya memenuhi

kehendak objektif projek penghiris pisang ini. Penghasilan makanan ini juga boleh

dikategorikan sebagai pengeluaran bagi sumber ekonomi Negara. Selain itu, projek ini

juga dapat memberi kesan positif kepada pekebun - pekebun industri kecil sederhana

dikawasan pedalaman.

Setelah menjalankan kaedah-kaedah menyiapkan projek, didapati banyak unsur-

unsur atau elemen - elemen yang penting harus dijalankan ketika melakukan projek ini

contohnya carta alir. Carta alir adalah proses permulaan dimana ia menunjukkan dari

mula sampai tamat penghasilan projek. Selain itu, langkah-langkah kerja haruslah

dijalankan dengan betul dan cermat supaya penghasilan projek berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, ialah pengrekodan data. Pengrekodan data ini haruslah diambil dengan tepat

supaya dapat dibandingkan dengan lebih jelas dari segi masa dan sudut antara projek lain.

Berdasarkan hasil kaedah penghasilan ini, dapat diinovasikan sebuah mesin

penghiris pisang menggunakan kaedah manual dimana pembandingkan dari segi masa

dan penggunaan tenaga kerja. Langkah - langkah kerja yang tertib dan kemas,

memudahkan pembuatan terhadap projek dan mempercepatkan lagi kerja dari segi masa

pembuatan dengan menyiapkan dari awal yang dijangkakan.

Akhir sekali, kaedah persiapan projek ini diharap dapat membantu penghasilan

projek dan dapat menghasilkan projek yang berkualiti dan bermutu. Projek ini berharap

dapat memberi manfaat dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi pada masa kini

dan akan datang.