penyata rasmi parlimen dewan negara · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air...

87
Bil. 20 Selasa 3 Ogos 1999 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA

Upload: duongtuong

Post on 23-Jul-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

Bil. 20 Selasa

3 Ogos 1999

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KELIMA

MESYUARAT KEDUA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

KANDUNGAN

USUL: W aktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada

Peraturan Mesyuarat.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN­PERTANYAAN

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999 Rang Undang-undang Penjagaan Budak (Pindaan) 1999.

Diterbit Oleh: CAW ANGAN OOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 1999

(Ruangan 1)

(Ruangan · 1)

(Ruangan 15) (Ruangan 63)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhonnat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato~ Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Menteri Penerangan, Tan Sri Dato' Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Dilantik)

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah bin Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik)

Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum (Dilantik)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ibrahim bin Ali, D.M.S.M. (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany (Dilantik)

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, A.M.P. (Perlis)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Dato' Charem Intachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Dr. Charlie Chau-Lap Chang (Dilantik)

Dato' Chet Singh s/o Karam Singh (Pulau Pinang)

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

Datuk Christina Lorline Tibok@ Christine Vanhouten (Sabah)

Puan Chua Chui Ket Melanie (Dilantik)

Yang Berhonnat Puan Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Dato' Ghazi@ Hasbullah bin Haji Ramli, D.I.M.P. (Selangor)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

ii DN.3.8.1999

Yang Berhonnat · Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain (Dilantik)

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Datuk Haji Hashim bin Safm @ Shafm, D.M.S.M. (Dilantik)

Puan Rajah Hunaizah binti Mohd. Noor (Kelantan)

Puan Rajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik)

Tuan Janggu Anak Banyang, P.B.K. (Sarawak)

Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Puan Kamilia binti Ibrahim (Dilantik)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik)

Dato' Krishnan all Pennual (Dilantik)

Dato' Lee Pit Chern (Negeri Sembilan)

Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

Tuan Long bin Jidin (Dilantik)

Tuan Marimuthu all Nadeson, A.M.P., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Puan Hl\iah Mastika Junaidah binti Rusin (Dilantik)

Dato' Haji Mazlan bin Abu (Johor)

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin, D.S.A.P. (Dilantik)

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi, A.M.P., P.P.N., P.J.K. (Perak)

Datuk Nor Azah binti A win (Dilantik)

Datuk Norjan binti Khan Bahadar (Dilantik)

Puan Norsimah binti Hashim (Dilantik)

Tuan Parasuraman all Sanasamy @ Sinnasamy (Kedah)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999

Yang Berhonnat Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

" Puan Hajah Ramlah binti Abas (Melaka)

" Puan Hajah Ramlah binti Kassim (Pahang)

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Datuk Haji Sairin bin Karno (Sabah)

Tuan Haji Salleh@ Hassan bin Ali, P.J.K. (Terengganu)

Puan Siti Hawa@ Karimah binti Mohd. Noor (Dilantik)

Puan Tan Ah Eng (Johor)

Tuan Tan Ek Huat (Perak)

Dato' V.K.K. Teagarajan, D.P.M.S., A.M.N. (Dilantik)

Tuan Tee Thiong Hock, S.S.A., A.M.N., P.J.K. (Selangor)

Dato' Ting Check Sii, D.I.M.P. (Dilantik)

To' Puan Wan Seri@ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik)

Dato' Dr. Yeow Seng Huat (Pahang)

Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik)

Datuk Zainudin bin Maidin (Dilantik)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

iii

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

iv

Setiausaha Dewan Negara

Ketua Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha

Pegawai Penerbitan

DEWANNEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Abdullah bin Abdul Wahab

Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

DN.3.8.1999

Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

CAW ANGAN DOKUMENTASI

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan

Pelapor Perbahasan Parlimen Rajah Shamsiah binti Mohd. Yusop, P.P.N. Rajah Supiah binti Dewak

Pembaca Pruf

Bentara Mesyuarat

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop

Mohamed bin Osman Rajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor Ramlah binti Mohd. Yusuff Miskiah binti Hassan Rosnani binti Ahmad Noor Effarizan binti Mat Satib Nurziana binti Ismail

Abu Bakar bin Hasan

CAWANGAN BENTARA

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999

10.03 pg.

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

lsnin, 3 Ogos 1999

Mesyuarat dimulakan pada 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

WAKTU MESYUARA T DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Paduka Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

"Bahawa walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai dipertimbangkan kesemua urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini, dan selepas itu Dewan ini akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan."

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato' Abu Bakar bin Daud]: Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Dr. T. Marimuthu minta Menteri Kerja Raya menyatakan sebab-sebab krisis kekurangan air yang telah berlaku di negara ini dan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah kekurangan air pada masa akan datang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Tuan Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, masalah kekurangan air yang telah berlaku di negara ini adalah disebabkan berlakunya kemarau yang luar biasa dalam tempoh yang sangat lama seperti yang berlaku di Lembah Klang pada tahun lepas. Untuk mengatasi masalah kekurangan air pada masa akan datang kerajaan telah mengambillangkah-langkah seperti berikut:

(i) menubuhkan Majlis Sumber Air Negara; dan

(ii) meluluskan pelbagai projek pembangunan air dalam setiap tempoh rancangan pembangunan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri telah mengambil tindakan bersepadu atau integrated action untuk menubuhkan Majlis Sumber Air Negara pada 29 Jun 1998. Fungsi utama Majlis Sumber Air Negara adalah untuk menyelaraskan perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber air bagi memenuhi permintaan air untuk kegunaan domestik, industri, pengairan, kuasa hidroelektrik dan rekreasi. Melalui Majlis Sumber Air Negara, satu kajian sumber air negara fasal 1 yang meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah dilaksanakan bagi memastikan bekalan air yang mencukupi sehingga tahun 2050.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

2 DN.3.8.1999

Kajian ini merangkumi aspek pengesanan sumber air baru dan pembinaan loji rawatan air baru. Kerajaan akan melaksanakan kemudahan-kemudahan sistem bekalan air secara berperingkat bagi memenuhi permintaan air bersih pada masa akan datang. Selain daripada menubuhkan Majlis Sumber Air Negara kerajaan jqga telah meluluskan berbagai­bagai projek pembangunan air yang dikendalikan oleh pihak berkuasa air negeri dalam setiap tempoh rancangan pembangunan Malaysia lima tahun. Projek-projek seperti ini adalah untuk menampung permintaan air sepuluh tahun akan datang untuk sesuatu kawasan. Untuk tujuan ini Kerajaan Pusat telah memperuntukkan lebih kurang RM3,000 juta dalam bentuk pinjaman persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri dalam Rancang­an Malaysia Ketujuh. Dengan langkah-langkah yang telah diambil selama ini kerajaan yakin bahawa bekalan air di seluruh negara akan dapat memenuhi permintaan air pada masa akan datang.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita ucapkan tahniahlah kerana wujudnya Majlis Sumber Air Negara ini tetapi saya hairan kerana negara kita ini sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, memanglah melimpah-limpah air di seluruh negara. Soalnya distribution, pengagihan. Jadi, saya hendak tanya pihak kerajaan, apakah status pelan induk yang dibuat oleh kerajaan dari segi mewujudkan national distribution network ataupun jejaring pengagihan air seperti juga bekalan elektrik secara national grid dan sebagainya.

Adakah kita mempunyai satu pelan induk di mana Sungai Pahang hendak disalur­kan air ke Negeri Sembilan, Melaka, Sungai Perak hendak ke sana, macam manakah itu diintegrasikan dan pada masa yang sama kita mengeluarkan air untuk Singapura. Jadi apakah status air yang kita hantar ke Singapura itu dari segi perjanjian? Jadi, dua soalan yang berkaitan.

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya kita tahu negara kita di dalam tropika, memang banyak air hujan tetapi hujan ini tidak tentu. dan ada tempat yang dapat hujan sepenuhnya. Kadangkala kemarau di Lembah Kelang tetapi ada tempat di utara banjir pula.

Yang kedua ialah tentang pengurusan air, memanglah ianya di bawah bidang kerajaan negeri. Kita sekarang sedang menyelaraskan semua rancangan untuk bekalan air di negeri-negeri dan dalam pada itu kita perlu juga kalau hendak Kerajaan Pusat meng­ambil alih bidang tanggungjawab ini perlu kita pindahkan Perlembagaan Negara juga. Tetapi ini tidak payah, sekarang kita sudah ada satu Majlis Sumber Air Negara, kita boleh menguruskan perancangan supaya kita boleh alihkan air daripada negeri yang penuh dengan air ke satu negeri di mana kekurangan air. Kita ada perancangan dan yang sangat penting adalah pengurusan air di setiap kawasan seperti di mana ada kawasan tadahan air, kita perlu menjaga alam sekitar di kawasan ini juga supaya sumber air sentiasa ada.

Tentang negeri Johor, kita memang telah pun membekalkan air kepada Singapura. Ini adalah di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Singapura. Tetapi saya belum pernah dengar Johor ada masalah air sampai hari ini tetapi kalau dengan pembangunan penduduk dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh beberapa lama lagi.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Tuan Yang di-Pertua, dua soalan tambahan. Pertama sambungan daripada soalan tadi tidak memuaskan jawapannya, dengan maaf. Sebab tidak ada jawapan tentang master plan sama ada spesiflk kita ada. Jawapan itu tadi terlalu amat general. Kita tahulah dibawa dari satu tempat ke satu tempat. Ada atau tidak master plan itu? Ini kritikal kerana telah timbul masalah air terlalu banyak. Jadi saya faham soalan itu dan saya rasa jawapan tidak memuaskan.

Keduanya, saya ingin faham mengenai dasar kerajaan tentang air. Yang Berhormat sebut juga yang kuasa air itu dalam tangan kerajaan negeri. Apa penyelarasan

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 3

dari segi Kerajaan Persekutuan dari segi dasar sudah ada Majlis Sumber Air Negara dengan kerajaan negeri dari segi kawalan air sebab ini juga sumber pendapatan dan lebih menyulitkan, apakah status syarikat-syarikat pembekalan arr yang telah diswastakan kepada syarikat-syarikat individu. Jadi bagaimana dasar ini diselaraskan dan di­'synchronize'kan. Terima kasih.

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya jawab tadi, memang ada perancangan untuk menyelaraskan sumber air seluruh negara kita di mana kita juga berikan pinjaman soft loan kepada negeri-negeri yang membangunkan sumber air berjumlah RM3 bilion yang diberikan. Untuk menyalurkan air dari satu negeri ke satu negeri yang lain seperti Pahang dan Selangor, ini memang di dalam kajian. Kita akan membuat satu tunnel di mana air mentah boleh dihantar daripada Pahang ke Selangor.

Soalan yang kedua, saya telah jawab semua sekali. Tetapi walaupun barangkali Yang Berhormat fJkir tidak spesifJk saya pun tidak ada jawapan spesifJk jugalah.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya minta maaf, dalam jawapan tadi kita dengar bahawa perjanjian air ini di antara Singapura dan Johor. Daripada apa yang saya faham, perjanjian air antara kita dan Singapura adalah antara kerajaan, negara dengan negara. Ianya tidak terlibat secara langsung antara Johor dengan Singapura. Oleh itu kenyataan yang mengatakan ini perjanjian air antara Singapura dengan Johor adalah tidak tepat. Kemungkinan kerajaan Johor diajak berunding kerana ianya melibatkan negeri Johor itu sendiri tentang air, di mana kita tahu Johor kerugian dalam masalah air ini di mana kita jual air dengan harga yang murah selepas Singapura proses, ia jual balik kepada kita dengan harga yang cukup mahal. Ini tidak termasuk harga air yang dijual dengan kapal dagang. Jadi kita rasa dalam keadaan ini Johor memang kerugian.

Walau bagaimanapun kita perhatikan Singapura sudah ada perjanjian air dengan Johor lebih 60 tahun. Mereka masih lagi minta supaya perjanjian lebih lama dibuat. Ini menyebabkan Kerajaan Johor juga mempunyai tanggungjawab terhadap rakyatnya. Jadi saya nyatakan perjanjian air Johor dengan Singapura ini bukan tanggungjawab Johor. Terima kasih.

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, perjanjian memang dibuat antara dua kerajaan tetapi pengurusannya memang dibuat oleh pihak negeri Johor. Kita tahu juga kita rugi dalam bekalan air kepada Singapura sebab kita hantar air mentah kepada Singapura, mereka rawat air ini dan jual dengan harga yang lebih tinggi. Tetapi ini adalah perjanjian di antara dua kerajaan, sampai hari ini kita belum lagi kaji semula perjanjian ini.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Manakah negeri yang boleh diduga awal bakal menghadapi masalah air mengikut musim.

Tuan Yong Khoon Seng: [Ketawa]. Untuk ramalan ini adalah susah untuk saya membuat tetapi kadangkala ia berlaku di satu tempat yang kita tidak tabu ia akan berlaku juga seperti di Lembah Klang tahun lepas. Tetapi dengan pengurusan air yang baik dan bijak saya ingat kekurangan air tidak akan berlaku. Tetapi yang penting kita akan mengambil langkah-langkah untuk memenuhi keperluan air di seluruh negara. Tidak tahu Kelantan ada air banyak mana?.

2. Puan Hajah Ramlah binti Abas minta Perdana Menteri menyatakan adakah Khutbah Jumaat di Masjid Negara termasuk sebagai salah satu tugas penting Ketua Pengarah JAKIM. Tidakkah lebih baik beliau mempertingkatkan prestasi pentadbiran JAKIM sehingga ke tahap boleh menjadi contoh kepada Jabatan Kerajaan seluruh negara.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

4 DN.3.8.1999

Datuk Paduka Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]: Tuan Yang di-Pertua, Khutbah Jumaat di Masjid Negara adalah bidang togas JAKIM yang perlu diurus dengan baik. Secara tidak langsung tUgas ini merupakan tanggungjawab Ketua Pengarah JAKIM. Salah satu cara bc;tgi mempertingkatkan prestasi pentadbiran JAKIM ialah dengan cara memastikan Khutbah Jumaat dapat disampaikan dengan baik dan berkesan. Walaupun Ketua Pengarah JAKIM sendiri menyampaikan K.hutbah Jumaat di Masjid Negara ianya tidak langsung menjejaskan tugas-tugas beliau untuk mentadbir JAKIM. Pentadbiran JAKIM tetap diurus dengan baik dan cemerlang.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sering mendengar bahawa masjid-masjid terutama sekali di Wilayah Persekutuan ini men­jadi tempat di mana pihak-pihak yang bersimpati dengan parti-parti pembangkang meng­hentam pemimpin dan juga kerajaan. Ini adalah perbuatan yang bercanggah dari segi agama. Saya hendak tahu sebab hal ehwal agama negeri-negeri ini terletak di bawah raja­raja dan Wilayah Persekutuan kita tidak ada raja. Sarna ada JAKIM juga bertanggungjawab dalam segi menentukan siapakah khatib-khatib yang patut membaca khutbah. Sebab saya pemah pergi sembahyang Jumaat di Masjid Subang Jaya dan khatib itu membaca khutbah tanpa nota, tanpa khutbah yang bertulis. Dia hentam betul-betul, di luar itu gerai-gerai dikuasai oleh orang PAS dan di dalam itu pun sebar risalah-risalah. Kalau ini boleh dibuat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan, saya bimbang orang-orang Islam yang hendak beribadat kepada Allah s.w.t mengikut agama akan terpesong dan perbuatan ini tanggungjawabnya terletak pada kerajaan. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Datuk Paduka Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, yang pertama, Masjid Subang Jaya adalah dalam negeri Selangor, bukan di Wilayah Persekutuan. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya tadi. Langkah-langkah yang diambil sekarang ialah memastikan bahawa khutbah Jumaat hanya boleh disampaikan oleh orang yang mempunyai tauliah sahaja, yang ditauliahkan daripada majlis-majlis.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Wilayah Persekutuan samalah status dengan majlis-majlis dan jabatan agama di negeri-negeri yang lain iaitu di bawah Duli Yang Mulia Sultan atau Raja-raja. Bagi Wilayah Persekutuan dan Negeri-negeri Selat yang lain, raja ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Langkah-langkah yang kita ambil ialah memastikan bahawa khutbah dibaca oleh orang yang ditauliah sahaja tetapi buat masa ini sensiviti pilihan raya makin meningkat dan makin tinggi. Oleh sebab itu Iaporan-laporan yang hebat itu sampai terus-menerus kepada kita.

Walau bagaimanapun, di Wilayah Persekutuan kita telah mengambil tindakan yang serupa iaitu memperketatkan pembacaan khutbah dan begitu juga negeri Selangor dan negeri-negeri lain yang termasuk di bawah perkhidmatan bersama iaitu termasuk Perlis, Negeri Sembilan, Terenganu, Pulau Pinang dan Melaka. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah kadangkala khatib yang berkenaan uzur dan tidak dapat hadir atau tidak dapat membaca khutbah, maka pada masa itulah jawatankuasa masjid memilih seorang khatib jemputan. Di sinilah kekeliruan berlaku dan kami sedang mengambil tindakan terhadap jawatankuasa-jawatankuasa masjid supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, adakah pihak menteri pemah mengkaji khutbah-khutbah yang dibaca oleh khatib kadang­kadang ianya menjadikan jemaah hari Jumaat itu merasai tidak menarik dan jemu? Terima kasih.

Datuk Paduka Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, ada khutbah yang dipanggil khutbah yang dibaca, ada khutbah yang dipanggil khutbah

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 5

yang disampaikan. Maka inilah psikologi jemaah juga, kalau khutbah itu yang dibaca, yang diurus dengan baik, isi kandungannya (content) baik, maka ia merasakan kurang baik tetapi yang menariknya khutbah yang disampaikan tanpa teks iaitu orang yang membaca khutbah itu mengemukakan pendapat persendiriannya dalam hal-hal kemasyarakatan tanpa berunding denganjabatan ataupun pihak-pihak yang bertanggungjawab tentang pengurusan agama di negara kita.

Walau bagaimanapun, kita sedang mencari jalan supaya khutbah yang diuruskan oleh jabatan-jabatan agama mempunyai isi kandungan yang membimbing masyarakat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita tabu bahawa di negara ini sebahagian besar penduduknya adalah beragama Islam dan sekarang ini kita melihat perpecahan umat Islam. Saya merasakan agama itu merupakan sesuatu yang begitu tinggi tahapnya, tarafnya, jika kita melihat dari segi Perlembagaan raja tidak terlibat dalam politik malahan agama lebih tinggi daripada itu kerana agama ini adalah ad-din dan pegangan dan agama Islam juga menyeru kepada perpaduan.

Saya hendak menarik perhatian kepada penyebaran risalah-risalah di masjid. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan mengenai khutbah, saya melihat bahawa penyebaran risalah di masjid sekarang ini berleluasa, begitu juga di tempat-tempat beribadat misalnya surau-surau, di tempat perhentian lebuh raya, tempat Rawat dan Rehat (R&R). Keadaan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan agama itu dinodai dengan keadaan dan juga kemelut yang sedang kita hadapi untuk menghadapi pilihan raya. Ini dengan secara langsungnya akan menimbulkan kerosakan kepada agama yang menjadi pegangan kita dan agama yang menjadi sebagai satu cara hidup yang boleh menyatupadukan umat Islam.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha-usaha dapat kita jalankan supaya institusi agama, masjid, surau ini tidak disebarkan dengan maklumat­maklumat yang boleh menimbulkan pecah-belah kepada umat Islam. Boleh atau tidak peraturan supaya kalau ada parti-parti politik ataupun mana-mana pihak yang hendak menyebarkan apa-apa jua tidak menggunakan masjid kalau untuk perpecahan umat Islam. Terima kasih.

Datuk Paduka Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, risalah-risalah dan ucapan-ucapan sepatutnya tidak digunakan untuk kesesuaian negara oleh dua pihak.

Yang pertamanya ialah oleh parti politik yang menggunakan Islam untuk sampai kepada tujuan dan matlamat politik mereka. Sebenarnya tindakan mereka itu bercanggah dengan kehendak Islam.

Yang kedua ialah ucapan-ucapan atau risalah yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang suka mengganggu ketenteraman pegangan agama dalam negara kita.

Jadi, kerajaan sentiasa memantau dan mendapati bahawa ada pihak yang suka mengganggu pegangan agama dan cara beribadat di dalam negara kita melalui risalah dan melalui ucapan. Kerajaan sedar bahawa apabila ada ketenangan dan kestabilan dalam masyarakat Islam maka banyak pihak yang akan menyusup masuk supaya tidak ada ketenteraman dalam masyarakat Islam. Misalnya, amalan-amalan atau versi amalan atau pegangan agama di suatu negara lain yang tidak selari dengan amalan dan pegangan agama di negara kita dibawa masuk dengan begitu ketara dan begitu bersemangat sehingga menjadi perdebatan yang tidak menguntungkan umat Islam.

Maka, JAKIM dan kerajaan seluruhnya menyedari akan hal ini dan tindakan kawalan akan diambil iaitu memperkemaskan penguatkuasaan di masjid-masjid dan di

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

6 DN.3.8.1999

surau-surau, tilidakan terhadap pengeluaran kaset dan risalah-risalah dan begitu juga kawalan kepada penceramah-penceramah.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita ucapkan ...

Tuan Yang di-Pertua: Ramai ilii, sudah empat orang. Tidak mengapa, teruskan.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Terima terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri ...

Tuan Yang di-Pertua: Sebab Yang Berhormat Menteri datang sendiri.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: .... yang telah menjawab dan datang sendiri tetapi masalah yang kita nampak di hadapan kita ini adalah memang serius. Cuma saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa masjid dan surau di mana-mana pun merupakan mewakili Masjidil Haram. Kita tabu Masjidil Haram ilii adalah tempat yang aman, yang telah pun dideklarasikan tidak boleh ada peperangan, pertengkaran dalam masjid itu. Setiap masjid, surau kita mesti menganggap ianya mewakili Masjidil Haram.

Kita tidak boleh menjadikan masjid dan surau untuk mana-mana politik kerana kalau ilii kita jadikan, sebenarnya kita mencemarkan Masjidil Haram itu sendiri. Oleh itulah kita minta sama ada khutbah ataupun risalah, apa bentuk politik sekali pun minta dibersihkan daripada masjid atau surau. Ini adalah tempat perpaduan umat Islam, usah kita politikkan kerana dalam politik kita mungkin kita ada silap dan salah.

Soalannya, kita minta supaya dibersihkan, kita beri kefahaman bahawa masjid dan surau mestilah mewakili Masjidil Haram, ianya mesti dianggap sebagai sebahagian daripada Masjidil Haram itu sendiri dan ianya tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana parti politik sekali pun termasuklah penyebaran risalah dan sebagainya. Terima kasih.

Datuk Paduka Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan cadangan itu. Sebenarnya yang melakukan ini ialah sekumpulan yang kecil sahaja tetapi yang menjadi sedikit masalah kepada kita ialah silent majority, majoriti yang terbesar ini tidak mengambil tindakan yang sewajarnya di kawasan-kawasan mereka. Tetapi insya-Allah, selepas ini kita akan bersungguh-sungguh membersihkan seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi.

3. Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi pencemaran udara yang berlaku di Perlis akibat dari pembakaran Iadang tebu, debu kilang simen dan polan bunga padi yang menyebabkan sebilangan besar penduduk negeri tersebut menghidap penyakit asma.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato' Abu Bakar bin Daud]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembakaran pokok­pokok tebu di ladang tebu Chuping, Perlis dilakukan hanya di musim menuai sahaja. Pembakaran ini dilakukan sebagai langkah untuk menghapuskan dan mengawal binatang berbahaya dan berbisa seperti ular serta haiwan perosak seperti tikus. Amalan pembakaran di tanah pertanian ini adalah tidak bercanggah dengan undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan ll(b), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978. Di antara langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi pencemaran udara yang berlaku di Perlis akibat dari pembakaran ladang tebu, antara lain adalah:

(i) pembakaran daun tebu ini hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat iaitu tidak melebihi 20 hektar pada satu peringkat;

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999

(ii)

(iii)

pembakaran hanya dilakukan pada musim kering sahaja; dan

tiada pembakaran dibenarkan apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100.

7

Untuk mak1uman Ahli Yang Berhormat, bagi pencemaran debu kilang simen di Chuping pula, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 telah menetapkan bahawa had pelepasan habuk dari tanur kilang simen tidak dibenarkan melebihi 0.2 gram dalam setiap satu meter padu dan had pelepasan bagi kemudahan lain iaitu penyejuk klinker dan kemasan pengisar tidak melebihi 0.1 gram dalam setiap satu meter padu. Pemeriksaaan yang dilakukan mendapati pelepasan-pelepasan dari kilang simen berkenaan adalah mematuhi standard yang ditetapkan. Stesen-stesen pengawasan habuk yang didirikan di sekeliling premis kilangjuga menunjukkan kandungan habuk yang mematuhi standard (interim) ambien kualiti udara di Malaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pencemaran polan bunga padi pula, buat masa ini kementerian ini tidak mempunyai mana-mana peruntukan bagi mengawal pencemaran udara yang disebabkan oleh polan bunga padi di kawasan sawah padi. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Puan Kamilia.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita telah meluluskan undang-undang mengenai pencemaran dan salah satu daripadanya ialah pengawalan kepada pencemaran udara. Soalan tambahan saya ialah tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyebut tentang had-had pelepasan untuk mengawal pencemaran udara, bagaimanakah kementerian sebenamya dapat memantau bahawa peraturan-peraturan yang ditetapkan itu dapat dilaksanakan sepertimana yang disebutkan tadi dan juga saya ingin tahu bagaimanakah sebenamya kerajaan dapat memantau tentang pembakaran kawasan luar ataupun terbuka ini di kawasan-kawasan yang kita lihat masih lagi banyak berlaku. Terima kasih.

Dato' Abu Bakar bin Daud: Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya kita ada mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasa di tiap-tiap negeri, ada Pengarah Alam Sekitar Negeri dan pegawai-pegawai di bawahnya untuk memantaukan semua perkara ini tetapi oleh kerana bumi ini luas barangkali dan perbuatan ini adalah perbuatan mencuri, kadang-kadang tanpa pengetahuan kerana terdesak untuk membakar ladang-ladang mereka, kadang-kadang ianya dibuat tanpa kebenaran dan sudah banyak tindakan telah diambil kepada mereka yang melanggar peraturan ini.

Untuk mengesan pembakaran-pembakaran, banyak puncanya, daripada darat, udara serta laut. Pihak juruterbang-juruterbang terutama daripada Tentera Udara DiRaja Malaysia, daripada polis juga dan daripada pihak MAS juga kadang kala memberi informasi-informasi ini kepada pihak-pihak yang berkuasa untuk kita mengambil tindakan­tindakannya. Itulah langkah-langkah yang telah diambil tetapi oleh kerana perbuatan ini perbuatan daripada manusia yang tidak memikirkan tentang kebajikan dan kebaikan orang lain, maka selalu berlaku perkara-perkara melanggar peraturan.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Kita sedia maklum salah satu sebab kenapa mereka membakar terutama kawasan-kawasan sawah padi ini ialah untuk mengurangkan kos membersihkan kawasan tersebut. Apakah kerajaan mempunyai perancangan atau berhasrat untuk memberi bantuan khas bagi tujuan pembersihan apabila tiba waktu untuk menanam semula? Terima kasih.

Dato' Abu Bakar bin Daud: Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di­Pertua, setakat ini kerajaan tidak memikirkan untuk memberi bantuan lagi. Kita baru sahaja meluluskan undang-undang tentang pembakaran ini tetapi ianya mempunyai kawalan-

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

8 DN.3.8.1999

kawalan, ada kawasan-kawasannya, ada musim-musimnya, dan waktu-waktunya. Disiplin inilah yang perlu dibawa kepada petani-petani untuk dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Baru­baru ini telah dilaporkan bahawa beberapa hot spot, dengan izin, telah dikenal pasti di Kalimantan. Soalan tambahan saya ialah apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memaklumkan pihakjiran kita supaya keadaan di mana hutan terbakar tidak dapat dikawal, dapat diatasi supaya keadaan jerebu seperti yang telah kita alami 2 tahun yang lalu tidak akan berulang.

Dato' Abu Bakar bin Daud: Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di­Pertua, dia ada mekanismenya. Kita ada satu jawatankuasa antara negara-negara Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Malaysia sentiasa mengadakan perjumpaan mesyuarat di peringkat pegawai dan menteri dan soal hot spot ini memang ada, ianya ada dikesan di Sumatera kerana ada pembakaran tetapi kita minta supaya kerjasama daripada negara-negara ini tidak melakukan pembakaran-pembakaran ini di musim-musim yang pada anggapan kita boleh membahayakan negara-negara serantau.

Sebenarnya, setakat ini kerjasama ini berjalan dengan baik tetapi kita berharap dan berdoalah supaya angin-angin ini tidak bertiup ke tanah besar kita, Malaysia. Biasanya, lariannya ikut lain, lariannya macam-macam, dia bergantung kepada arah mana angin itu menuju. Setakat ini, alhamdulillah, dan kita sentiasa berunding mengenai perkara-perkara ini dan kerjasama yang begitu erat memanglah ianya sedang dapat kita sama-sama nikmati.

4. Dato' Krishnan all Perumal minta Perdana Menteri menyatakan apakah syarat­syarat yag dikenakan kepada syarikat-syarikat yang telah diswastakan seperti TNB dan PLUS supaya langkah-langkah yang diambil oleh syarikat-syarikat tersebut tidak akan membebankan pengguna di negara ini.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil berat mengenai kesan sesuatu projek penswastaan terutamanya perkhidmatan yang bersifat monopoli seperti perkhidmat­an bekalan elektrik, bekalan air kepada pengguna. Dalam hubungan ini, bagi melindungi kepentingan pengguna, syarikat yang mengambil alih perkhidmatan seperti ini dikenakan syarat-syarat dan terma-terma ketat seperti kadar caj dan kenaikan kadar caj hanya boleh dibuat selepas mendapat kelulusan kerajaan.

Kadar caj perlulah berpatutan. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan perkhidmatan yang boleh diperolehi oleh pengguna apabila diperlukan. Di samping itu, syarat-syarat ini juga dikenakan tanggungjawab sosial seperti menyediakan perkhidmatan ke kawasan yang tidak berdaya maju, mewujudkan skim vendor, menyediakan peruntukan latihan kepada pelajar dan sebagainya. Sebagai contohnya, TNB telah disyaratkan untuk menyediakan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar, manakala Telekom Malaysia pula dikenakan syarat untuk menyediakan perkhidmatan telefon di kawasan luar bandar.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, hila kita bercakap mengenai kepentingan pengguna, rakyat dan negara, ianya bukan bermakna apa yang pengguna dapat secara direct tetapi ia juga terlibat dengan pemberian kontrak oleh syarikat-syarikat swasta seperti TNB dan PLUS ini. Jadi, pembahagian kontrak dan pengambilan pekerja juga melibatkan kepentingan pengguna. Oleh yang demikian, apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dari segi hendak mengawal selia, hendak mengawasi supaya agihan kontrak-kontrak besar ini tidak dibuat dengan kuasa pegawai-pegawai eksekutif di dalam itu sahaja supaya diberi kepada semua pihak yang layak.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

, __ _

DN.3.8.1999 9

Dato' Haji Muhamad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, masalab pengagihan kontrak ini memang telab lama kita jalankan dan pelbagai perubaban kita ubabsuai bagi menentukan peruntukan kontrak ini diagih mengikut sewajamyit Kita mengenakan syarat­syarat tertentu. Kita takut kalau berikan kontrak kepada yang tidak mampu, projek tidak berjalan dan kita akan menanggung kerugian. Ini semua diambil kira oleh kerajaan. Sebab itu kita sentiasa telus apa sabaja perbuatan kita untuk mengagihkan ini mengikut syarat tertentu dan kita berani untuk diketengahkan kalau sekiranya berlaku apa-apa yang tidak sepatutnya. Maka kita percaya di antara kerajaan yang paling baik menjalankan urusan ini adalah kerajaan kita Malaysia. Sebab itulab keseluruhannya apa sabaja projek yang kita boat, mana-mana sabaja sama ada di bawab penswastaan dan sebagainya dijalankan dengan baik.

Kita mengharapkan juga supaya pegawai-pegawai yang terlibat dalam penswasta­an ini supaya mereka mengambil kira araban-araban yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Di samping itu, betul-betul memikirkan perkara itu memberi kebaikan kepada kerajaan dan juga kepada sesiapa yang berkenaan sepatutnya mereka itu berterima kasih dan bersyukur apa yang kerajaan beri kepada mereka dan kita tidak mahu mereka yang mendapat kontrak ini menentang balik kerajaan.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambaban. Dalam kerajaan menentukan dan menetapkan syarat-syarat penswastaan agar tidak membebankan pengguna contohnya TNB, saya hendak tabu sama ada kerajaan sedar babawa banyaknya berlaku breakdown supply of electricity di merata-rata tempat termasuk di kawasan saya, Petaling Jaya dan juga kawasan sababat saya di Jalan Ipoh. Dia kata hampir setiap hari berlakunya breakdown dalam supply electricity, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya hendak tabu dari pihak kerajaan, pihak Jabatan Perdana Menteri bagaimanakab mereka dapat memastikan babawa bebanan ini tidak diterima pengguna oleh kerana tidak adanya kecekapan dan efisiensi di pihak TNB.

Dato' Haji Muhamad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, keadaan berlaku breakdown ini memang mesti dihadapi oleh mana-mana negara sekali pun sama ada negara itu negara sedang membangun, bahkan negara yang telab membangun. Kalau kita lihat keadaan ini berlaku di negara-negara yang telab membangun, di Amerika Syarikat juga berlaku dan sebagainya. Jadi, tidak boleh dinafikan perkara itu tidak boleh berlaku di negara kita. Tetapi yang penting ialah kita sentiasa memikirkan cara mana supaya kalau tidak boleh menghapuskan sama sekali sekurang-kurangnya mengurangkan supaya kekerapan berlaku breakdown ini tidak terjadi. Jadi, nampaknya beberapa kali kita telab ditimpa keadaan ini. Kerajaan kita telab bersungguh-sungguh mengelakkan perkara ini. Pada hakikatnya memang banyak telah dapat kita kurangkan, kalau berlaku pun sedikit di sana-sini, memanglah kita mengambil tindakan dari masa ke semasa. Ini adalah tanggung­jawab kerajaan bukan sabaja untuk memberi keselesaan kepada pengguna, babkan memberi keuntungan kepada factory kita, sebab factory bergantung kepada ini juga. Sebab itulah kita sentiasa mengambil kira perkara ini supaya seboleh-bolehnya kita mengurang­kan supaya tidak berlaku breakdown di dalam negara kita ini mengenai api.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambaban. Sejauh manakah peratus keuntungan kepada pengguna yang mungkin dianalisakan semasa ianya berada di dalam kerajaan dan sesudab ianya dikorporatkan misalnya TNB sendiri?

Dato' Haji Muhamad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, dari segi peratus yang jelas sukar kita hendak menentukan. Tetapi apa yang kelihatan, apa yang kita kehendaki banyak lebih baik daripada dabulu. Pertama sekali sekiranya berlaku apa-apa breakdown apabila kita membuat aduan kepada pihak yang berkenaan sudab barang tentu mereka akan mengambil tindakan yang paling cepat. Kalau dabulu mungkin makan satu, dua, tiga hari. Sekarang ini hila berlaku sahaja kita beritahu, insya-Allab, dengan secepat mungkin mereka akan memulihkan mana-mana perkara berlaku yang menyebabkan api

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

10 DN .3 .8.1999

tidak ada dan sebagainya. Inilah perkara di antara yang kita dapat daripada penswastaan selain daripada perkhidmatan itu kita boleh puas hati tetapi cara memulihkan mana-mana berlaku ketidakpuasan hati telah berjalan dengan cepat dan ini memang kita akui. Saya kira kalau sekiranya Il1ereka tidak mengetahui memang sengaja rpereka tidak mahu mengetahui apa sebenarnya berlaku.

5. Dato' Charern Intachat minta Perdana Menteri menyatakan bilakah pengeluaran petroleum di Kawasan Pembangunan Bersama (IDA) antara Malaysia dan Thailand di Teluk Siam dijangka dapat dimulakan. Apakah tahap kemajuan yang dapat dicapai tentang usahasama ke atas projek tersebut sehingga sekarang ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, gas asli dari Kawasan Pembangunan Bersama atau Joint Development Area (JDA) dijangka dikeluarkan pada awal tahun 2002. Pada masa ini perjanjian jual beli gas, dengan izin, gas sale agreement telah dirundingkan di antara pembeli dan penjual bersama dan perjanjian tersebut sedang dalam proses dikemukakan untuk persetujuan kedua-dua pihak kerajaan. Dari segi kemajuan fizikal saluran paip gas Trans Thailand-Malaysia akan dibina dari Blok A 18 di IDA ke Songkla dan seterusnya ke Bukit Kayu Hitam sehingga bersambung ke saluran paip Peninsular Gas Utilization 3 untuk penggunaan di Semenanjung Malaysia.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dapatkah kerajaan menyatakan syarikat-syarikat yang diberi konsesi untuk mencari gali minyak di kawasan tersebut dan berapakah pelaburan yang terlibat di situ?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Seperti mana saya nyatakan tadi konsesi itu dilaksanakan oleh syarikat usahasama di antara Petronas dengan counterpartnya daripada Thailand. Jumlah pelaburan angkanya saya tidak ada, kalau Yang Berhormat hendak saya akan dapatkan akan disampaikan secara bertulis.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita hendak tumpang tanya kepada kerajaan bagaimanakah kemajuan perkembangan penempat­an gas di Kelantan kerana ianya ada hubung kait dengan kawasan pembangunan bersama ini?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Ke1antan tidak ada mengeluarkan gas, tetapi saya tidak dapat matan soalan itu.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, saya cuba ringkaskan soalan kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri kita memang pakar menjawab. Soalan saya ialah baru-baru ini kita dapat maklumat daripada Syarikat KUB dan sebagainya dengan kerjasama Petronas dan Kerajaan Kelantan. Saya tidak taholah sama ada ini gimik politik Kerajaan Kelantan sahaja tetapi maksud saya ialah bagaimanakah perkembangan penempatan gas, pengeluaran gas. Maknanya dari segi teknikal Petronas dipanggil penempatan gas di Kelantan kerana kita nampak agak terbantut projek mencari gali ini. Kalau boleh Yang Berhormat beri sedikit makluman kepada Dewan.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional tidak ada segregation, dengan izin, kita tidak ada mengetepikan mana kepentingan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Kelantan. Kiranya ada keperluan dan kerjasama daripada mana-mana kerajaan negeri, ada kerjasama ada keperluan dari segi penyediaan gas pipeline dan sebagainya infrastruktur ini, akan disedia­kan oleh kerajaan khususnya melalui Petronas. Ini dilakukan kerana kita merasakan semua rakyat dalam negara kita berhak dibangunkan bersama dengan arus pembangunan negara. Kalau sekiranya kerajaan-kerajaan negeri lain tidak ada masalah. Kerajaan Negeri Kelantan ini banyak kira-kira, banyak perhitungan politik. Jadi, kalau ada kemunduran, kelemahan

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 11

tidak boleh disalahkan kepada Kerajaan Pusat. Dalam hal ini Kerajaan Pusat mengambil sama rata pemberian kita kepada rakyat keseluruhannya.

6. Tuan Tan Ek Huat minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) peratusan penduduk Malaysia yang berumur di bawab 18 yang maish buta huruf; dan

(b) apakab sebab utama penduduk muda yang buta huruf masih wujud.

Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr. Fong Chan Onn]: Tuan Yang di­Pertua, jawapan bagi soalan,

(a) Berdasarkan kajian tabiat membaca rakyat Malaysia pada tahun 1996 didapati 93% rakyat Malaysia yang berumur 10 tabun ke atas adalab celik huruf.

(b) Tabiat celik huruf ialab boleh membaca petikan, memabami isi kandungan yang dibaca dan dapat menceritakan semula apa yang dibaca. Untuk makluman sebab utama penduduk iaitu antara umur lima hingga enam tahun di mana didapati ada 48% yang belum celik huruf adalab kerana mereka belum memasuki tadika, tidak pemab diajar membaca dan digalakkan membaca sebelum menghadiri sekolab secara formal, tidak berminat untuk membaca dan tidak keyakinan dan lemab ingatan.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Tuan Yang di-Pertua, sama ada kementerian sedar babawa beberapa tabun yang lalu ada satu perangkaan diberi terhadap kadar celik huruf di Malaysia. Ini dibuat oleh agensi antarabangsa, saya tidak berapa pasti sama ada UNESCO atau tidak, tetapi dikatakan celik huruf di Malaysia ini sekadar 70% sahaja dan ini menyebabkan kita rasa terkejut sedangkan kita tabu sekolab kita sudah berada di mana­mana. Jadi, kita minta kalau dapat kementerian menjelas sedikit perkara ini.

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, data tersebut adalab tidak mencerminkan keadaan sebenamya. Oleh kerana itu, Kementerian Pendidikan telab melaksanakan kajian kita sendiri dan pada tahun 1996 didapati 93% rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas adalab celik huruf. Ini adalab data yang rasmi dan kita sudab beritabu semua agensi antarabangsa supaya keadaan sebenamya dapat dicerminkan.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambaban. Tadika merupakan tempat yang amat mustahak dan strategi bagi pengembangan kanak-kanak, buta huruf dan sebagainya. Saya ingin mengetahui apakab langkab kerajaan untuk mengawal atau rnenyelaraskan perjalanan tadika sama ada ada atau tidak perancangan dan setakat mana sekarang ini.

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya Kementerian Pendidikan sudab ada satu rancangan untuk memperluaskan pendidikan melalui tadika, melalui sekolab-sekolab dengan kerjasama badan-badan yang lain seperti KEMAS dan sebagainya. Sambutan dari anak-anak kita dalam kumpulan umur empat hingga enam tahun adalab amat menggalakkan. Kementerian Pendidikan yakin bahawa dengan memperluas­kan sistem . ini kita dapat mengatasi masalab yang saya terangkan tadi iaitu kita dapati babawa lebih kurang 48% anak-anak kita dalam umur lima hingga enam yang belum celik huruf.

Puan Chew Poh Thoi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, dalam pengetahuan saya ada pelajar-pelajar yang masuk sekolah menengab masih tidak tabu

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

12 DN.3.8.1999

membaca, mengira dan juga menulis. Memang Kementerian Pendidikan ada satu rancangan khas iaitu ada kelas khas untuk pelajar-pelajar ini tetapi saya rasa, kerja membaiki, membantu skill asas ini patut diadakan di sekolah rendah iaitu mula dari Darjah 2.

Saya hendak bertanya, adakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk membantu pelajar-pelajar ini di sekolah rendah, selain daripada lemah, mereka juga boleh dikatakan tidak ada minat atau tidak boleh menumpukan perhatian, sebab itu patut ada pakar-pakar yang boleh merancangkan satu set plan di mana guru khas mengajar kelas ini. Terima kasih.

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih atas cadangan yang diberi oleh Ahli Yang Berhormat. Berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan pada tahun 1996, didapati bahawa masih ada rakyat Malaysia di antara umur 15 tahun hingga 24 tahun masih ada 1% yang masih belum mampu membaca. Sebab utama ialah, dengan izin, disability tertentu dalam membaca dan sebagainya dan Kementerian Pendidikan sedang mengadakan program-program tertentu khususnya untuk memberi pertolongan kepada pelajar-pelajar tersebut di sekolah-sekolah yang mempunyai kepakaran.

Memang di sekolah rendah, Kementerian Pendidikan boleh menghantar, dengan izin, remedial teachers kepada sekolah-sekolah yang memerlukannya dan di sekolah­sekolah tertentu memang ada kelas-kelas ini untuk memberi pertolongan kepada pelajar­pelajar yang mempunyai kesulitan atau mempunyai masalah dari segi membaca, menulis dan sebagainya dan Kementerian Pendidikan yakin dengan rancangan ini kita boleh kawal dan mengatasi masalah.

7. Datuk Joseph Balan Seling minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa jumlah kad pengenalan yang telah sedia tetapi belum diterima oleh pemohon di daerah (in each district) di negeri Sarawak dan apakah langkah yang akan diambil oleh pihak jabatan berkenaan untuk memastikan kad-kad tersebut akan sampai ke tangan sipemohon, memandangkan banyak pemohon yang tidak pemah menerima 'komunikasi' bahawa kad mereka sudah siap untuk dipungut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Azmi bin Khalid]: Tuan Yang di­Pertua, bilangan keseluruhan kad pengenalan siap tetapi belum diterima oleh pemohon dari negeri Sarawak ialah sebanyak 24,493. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara bagi memastikan kad pengenalan diambil oleh pemiliknya ialah dengan menghantar surat pemberitahuan atau membuat pengumuman melalui media tempatan dan dibuat pengumuman melalui ketua-ketua masyarakat atau menyediakan kaunter-kaunter khusus bagi memberi kemudahan kepada pemohon untuk membuat semakan.

Di samping itu, kementerian ingin menasihati orang ramai yang telah lama memohon dan belum memperolehi kad pengenalannya supaya berhubung terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara di mana permohonan tersebut dibuat.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya begitu banyak kad pengenalan yang sudah siap dan masih belum diambil di negeri Sarawak. Saya percaya mungkin salah satu daripada sebabnya ialah yang mempunyai kad ini tinggal jauh di pedalaman ataupun di tempat yang terpencil. Soalan tambahan saya, tidakkah dapat kerajaan membuat kad pengenalan itu dengan secepat mungkin kerana yang saya tabu paling cepat kad pengenalan itu disiapkan ialah dalam masa enam bulan, kadang-kadang kalau lambat lebih daripada satu tahun. Mungkin inilah sebabnya kad pengenalan itu sukar diambil oleh pemegang-pemegang kad tersebut.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 13

Jadi soalan tambahan saya tadi ialah, kenapa tidak dapat dipercepatkan, katakan kurang dari enam bulan ataupun lebih pendek lagi. Sekian, terima kasih.

Dato' Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sistem yang ada sekarang, yang baru diperkenalkan boleh mengelmirkan kad pengenalan dalam tempoh beberapa hari sahaja, tetapi yang menjadi tunggakan ini yang sebanyak 24,493 ialah daripada sistem pengeluaran kad pengenalan yang lama. Jadi, bagi mereka yang lama menunggu, kemungkinan telah berpindah ataupun memberi alamat yang tidak tetap. Kepada mereka, saya minta melalui wakil-wakil rakyat dan badan-badan lain, ·kalaulah terlalu lama dan terlalu sukar untuk mereka mendapat kembali kad-kad pengenalan baru mereka ini, kalau ingin mendapat perkhidmatan yang cepat sekarang, lupakan permohonan yang lama dan terus pergi ke Jabatan Pendaftaran yang berdekatan untuk memohon dan di situ peralatannya telah cukup untuk membuat kad pengenalan dengan cara segera dan dapat diambil dalam beberapa hari sahaja.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang menyumbang kepada banyak jumlah kad pengenalan yang tidak dituntut dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana pelbagai usaha telah dibuat, walau macam manapun, salah satu yang saya difahamkan kenapa banyak kad pengenalan ini tidak dituntut ialah apabila mem­baharui kad pengenalan, bayaran cuma dikenakan RM4 tetapi apabila untuk mengambil­nya, mereka kadang-kadang dikenakan bayaran setem sehingga menjangkau kepada puluhan dan ratusan ringgit. Ini berlaku terutama di bahagian saya Keningau.

Yang kedua, apakah perkembangan terkini mengenai dengan 'smart card' yang pemah disebut oleh kerajaan satu ketika dahulu. Terima kasih.

Dato' Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dimaklumkan mengenai bayaran setem dikenakan dan sebagainya sampai beratus ringgit, oleh kerana setakat ini kalau denda yang hendak dikenakan sekarang bagi kad-kad pengenalan yang hilang, ia bermula dari RM30 sahaja untuk satu kad. Tetapi kalau Ahli Yang Berhormat ada maklumat menyatakan bayaran dan belanja dikenakan begitu banyak, bolehlah Ahli Yang Berhormat bawa kepada kementerian.

Mengenai 'smart card', ia akan bermula dalam bulan Ogos 2000 dan akan dimulakan di kawasan Lembah Klang sahaja iaitu sebagai perintis, sebagai permulaan bagi dua juta rakyat dan 'smart card' ini boleh digunakan untuk pelbagai urusan termasuk urusan bank, urusan JPJ dan beberapa urusan jabatan lain. Kerajaan akan mengenalkan 'smart card' ini ke seluruh negara selepas berjayanya permulaan yang akan dibuat di Lembah Klang ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat To' Puan Asiah binti Ahmad.

8. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu [Di bawah S.O. 23(2)] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:-

(a) berapa ramaikah pekerja di syarikat swasta yang telah diberhentikan akibat kegawatan ekonomi sejak tahun-tahun 1997 hingga sekarang; dan

(b) berapa peratuskah pengangguran meningkat hingga sekarang.

Timbalan Menteri Somber Manusia [Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, bagi tempoh Januari 1997 hingga 20 Julai tahun ini iaitu 1999, seramai 126,066 orang pekerja sektor swasta telah diberhentikan. Mengikut tahun, pada tahun 1997 seramai 18,863 orang, tahun 1998 seramai 83,895 orang dan sehingga bulan 24

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

14 DN.3.8.1999

Julai 1999 seramai 29,338 orang. Pada tahun 1997, kadar pengangguran masih kekal pada 2.6%. Kadar pengangguran telah meningkat 1.3% kepada 3.9% pada tahun 1998.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan purata pertumbuhan tahunan tenaga buruh sebanyak 1.7% dan guna tenaga sebanyak 1.9% yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh, kadar pengangguran bagi tahun 1999 adalah dijangka pada tahap 3.7%. Oleh yang demikian, pengangguran dijangka menurun 0.2% berbanding dengan 3.9% yang direkodkan pada tahun sudah.

Tuan N. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa ramai pekerja penoreh getah estet telah diberhentikan, ini bukan akibat kegawatan ekonomi, berapa bilangan pekerja-pekerja ini dan apakah tindakan yang tegas diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah ini? Sekian sahaja.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya yang saya tabu pada masa ini iaitu kadar pemberhentian peketja-pekerja ladang dan estet adalah pada tahap 0.5%, bilangannya saya tak ingat tetapi seperti mana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum pemberhentian ketja, kalau dibandingkan dengan sektor lain seperti sektor pengilangan, ianya amat rendah di sektor ladang. Jadi di sini, kalau kita hendak mengata­kan bahawa ianya disebabkan oleh masalah kegawatan ekonomi, kemungkinan tidak begitu significant, dengan izin.

Jadi, apa yang kerajaan boleh buat, sebenarnya kerajaan tidak boleh buat banyak, melainkan apa yang kerajaan boleh buat ialah secara menyeluruh iaitu mempertingkatkan ekonomi negara dan apabila pertumbuhan ekonomi negara meningkat, maka pertumbuhan di dalam bidang perladangan pun meningkat dan insya-Allah, pembuangan pekerja tidak akan berlaku dengan banyaknya.

Dato' Haji Ahmad bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada 120 ribu lebih yang telah ditamatkan pekerjaan, berapa ramaikah yang telah dapat kerja semula? Terima kasih.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod yang ada pada kementerian kami di sini ialah 82% daripada yang dibuang kerja telah dapat pekerjaan sernula iaitu Ahli Yang Berhormat boleh kali dengan 126,000 kali dengan 0.82%, dapatlahjawapannya.

9. Tuan Khoo Lay Hin minta Perdana Menteri menyatakan apakah pandangan dan pendirian pihak kerajaan mengenai mengimplementasikan sistem 'digital nerve' di seluruh jentera kerajaan di peringkat Pusat, negara dan tempatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman]: Tuan Yang di-Pertua, sistem digital nerve yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat boleh ditakrifkan sebagai pengwujudan satu sistem di mana teknologi maklumat digemblengkan untuk membolehkan agensi-agensi kerajaan berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

Ini dicapai melalui pembangunan aplikasi-aplikasi dan penyediaan rangkaian telekomunikasi yang membolehkan agensi-agensi kerajaan berkomunikasi melalui saluran terpantas dan memudahkan perkongsian maklumat bagi menyokong proses membuat keputusan.

Berhubung dengan perkara ini, kerajaan telah memperkenalkan aplikasi perdana kerajaan elektronik di bawah projek Koridor Raya Multimedia yang bertujuan untuk mempertingkatkan operasi dan proses-proses dalaman agensi-agensi kerajaan serta

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 15

memperkenalkan halacara baru dalam penyampaian perkhidmatan kepada sektor swasta dan orang awam.

Lima projek perintis kerajaan elektronik sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan iaitu the electronic delivery of travel and vehicle registration, dengan izin, licensing and summon services, utility bill payments and Ministry of Health online information, electronic procurement, generic office environment, human resource manage­ment information system dan projek monitoring system.

Apabila dilaksanakan sepenuhnya aplikasi-aplikasi ini akan merangkaikan agensi­agensi di semua peringkat pentadbiran iaitu di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah di mana akan menggalak dan melicinkan aliran maklumat antara agensi-agensi. Pendekatan ini adalah berlandaskan kepada konsep sistem 'digital nerve' dan dipercayai akan menghasilkan perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berkesan serta dapat menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, kita memang bersetuju dengan perkembangan-perkembangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi tetapi saya ingin mendapat penjelasan sama ada kerajaan telah membuat kajian kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku sekiranya berlaku breakdown nanti sebab kita tabu apabila kita jalankan kerajaan digital, maknanya ia lebih tertumpu kepada kemampuan pengendalian dan proses sistem itu sendiri. Kalau berlaku sesuatu apakah kemungkinan dan apakah langkah-langkah yang boleh kita jangkakan untuk kita atasi?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kerajaan menyedari di dalam apa juga sistem yang kita amalkan sama ada digital, analog ataupun manual dan apajuga, ianya tidak ada yang perfect. ltu memang kita akui dan tidak ada yang 100% full-proof. Walau bagaimanapun, percayalah bahawasanya kerajaan mengambil berat dalam usaha kita hendak beralih kepada electronic government dan memang kerajaan menyedari bahawasanya breakdown ataupun yang akhir ini kita bercakap tentang Y2K, semua telah diambil kira oleh kerajaan dan permasalahan berkenaan dengan break-down pun ada langkah-langkah kerajaan untuk melindungi ataupun mungkin kepada tahap yang paling minimum di atas perkara itu daripada berlaku. Kerajaan akan mengambil apa-apa juga langkah yang sesuai untuk menentukan breakdown berlaku secara yang paling minimum, kalau boleh kita hapuskan lagi baik.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah pun selesai.

{Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaa11 No. I 0 hingga 63 dijilid dalam buku yang berasinganj

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." {2 Ogos 1999}

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyambung ucapan.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

16 DN.3.8.1999

11.12 pagi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato' S. Subramaniam]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Bahagian III akta ini mengandungi peruntukan berhubung dengan keselamatan barang dan perkhidmatan.

Fasal 19 memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan standard keselamatan berkenaan dengan barang atau perkhidmatan atau kelas barang atau perkhidmatan.

Fasal20 melarang penawaran atau pembekalan barang-barang dan perkhidmatan yang tidak mematuhi keperluan standard keselamatan. Fasal ini bertujuan mengatasi masalah pembekalan dan penjualan barang serta perkhidmatan yang tidak selamat kepada pengguna. Dengan ini risiko yang dihadapi oleh pengguna dapat dielakkan atau dikurangkan. Bahagian ini memberi kuasa kepada Menteri untuk mewartakan barang­barang berkenaan sebagai tidak selamat dan seterusnya membolehkan barang-barang itu ditarik daripada pasaran dan tidak ditawarkan dalam perdagangan. Barang-barang dan perkhidmatan yang diimport yang tidak mempunyai standard keselamatan seperti yang ditetapkan adalah dilarang daripada ditawarkan untukjualan melalui Fasal24.

Fasal 22 juga menggariskan pembelaan yang wujud kepada peniaga dan pembekal barang dan perkhidmatan. Umpamanya, peniaga boleh membuktikan bahawa tindakan yang munasabah telah diambil terhadap barang itu semasa di dalam jagaannya bagi memelihara mutu atau standard barang tersebut atau kecacatan barang berkenaan adalah di luar kawalan dan dugaannya.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV mengandungi peruntukan tentang kesalahan pembelaan dan remedi.

Fasal 25 memperuntukkan bahawa sesiapa sahaja yang melanggar mana-mana peruntukan Bahagian II dan III mengenai tindakan yang mengelirukan, memberi representasi yang palsu serta menawarkan barangan dan perkhidmatan yang tidak selamat adalah melakukan satu kesalahan. Dari segi kesalahan, jika ia melibatkan sesuatu syarikat, denda bagi kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM250,000 dan kesalahan berikutnya tidak melebihi RM500,000. Bagi orang perseorangan pula, sama ada mewakili syarikat atau dirinya sendiri, denda tidak melebihi RMIOO,OOO atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan yang berikutnya, denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Akta ini juga membolehkan pengguna atau pembeli mengambil tindakan menuntut ganti rugi melalui Tribunal yang diperuntukkan di bawah akta yang dicadangkan ini.

Walau bagaimanapun, Fasal 27 memperuntukkan pembelaan kepada peniaga, pembekal dan pengeluar di atas sebab-sebab tertentu.

Bahagian V mengandungi peruntukan berkaitan dengan jaminan pembekalan barangan.

Fasal 32 hingga 34 memperuntukkan jaminan dari segi kualiti yang boleh diterima, dengan izin, acceptable quality.

Fasal 35 memperuntukkan jaminan tersirat (implied) bahawa barang-barang yang dibekal hendaklah sama dengan samples yang ditunjukkan.

Fasal37 pula memperuntukkan bahawa barang-barang itu adalah dijamin dari segi kemudahan pembaikan dan perolehan peralatan ganti.

Semakin banyak aduan dan sungutan yang diterima dari segi kegagalan untuk perkhidmatan dan penyelenggaraan. Contohnya, janji penyelenggaraan terhadap bangunan, lift, escalator atau perkhidmatan kawalan serangga yang tidak ditunaikan oleh pembekal.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 17

Dengan pemakaian Sahagian V akta ini adalah diharapkan agar segala kesusahan dan sungutan pengguna dapat diselesaikan dengan kadar segera dan sempuma.

Tuan Yang di-Pertua, Sahagian VI akta yang dicadangkan ini mengandungi peruntukan berhubung dengan hak pengguna terhadap pembekal berkaitan dengan jaminan dalam pembekalan barang. Dengan adanya peruntukan ini, maka pengguna berhak menuntut ganti rugi terhadap pembekal apabila barang-barang gaga! memenuhi jenis-jenis jaminan. Antara ganti rugi yang diperuntukkan ialah membaiki atau mengganti barang berkenaan atau memulangkan wang yang telah dibayar.

Sahagian VII mengandungi peruntukan berhubung dengan hak pengguna terhadap pengilang berkaitan dengan jaminan dalam pembekalan barang.

Fasal 50 menghuraikan keadaan di mana pengguna berhak menuntut ganti rugi terhadap kegagalan pengilang memenuhi jaminan mengenai kualiti dan hak mendapatkan peralatan gantian.

Fasal 51 pula memberikan peruntukan pembelaan bagi pengilang berasaskan keadaan yang tertentu seperti di luar kawalan kilang atau kawalan manusia.

Sahagian VIII memperuntukkan jaminan berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan. Fasal 53 memperuntukkan beberapa jaminan mengenai pembekalan perkhidmatan supaya perkhidmatan-perkhidmatan dibekalkan dengan cermat dan kemahiran yang munasabah, dengan izin, with reasonable care and skill. Di antara jam in an yang dimaksudkan ialah supaya perkhidmatan yang diberi menepati tujuan seperti yang diminta oleh pengguna. Perkhidmatan dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan dan bayaran yang dikenakan adalah munasabah.

Sahagian IX memperuntukkan hak pengguna terhadap pembekal berkaitan dengan jaminan dalam pembekalan perkhidmatan. Pengguna berhak untuk mengambil tindakan sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak menepati jaminan yang diberikan seperti mana dihuraikan dalam Fasal 57.

Tuan Yang di-Pertua, Sahagian X mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan liabiliti keluaran. Sahagian ini menetapkan bahawa pihak-pihak iaitu termasuk pengeluar, pengimport dan pemegang cap dagangan adalah bertanggungan (liable), dengan izin, sekiranya sesuatu kerosakan atau kecederaan berlaku akibat penggunaan keluaran yang cacat.

Takrif "keluaran" ialah apa-apa barang sama ada dalam bentuk barangan ataupun dalam bentuk bahan mentah atau bentuk komponen.

Takrif "cacat" pula ialah hila mana barangan adalah tidak selamat untuk digunakan.

Liabiliti pula berbangkit sekiranya terjadi kerosakan kepada harta atau yang boleh membawa maut atau kecederaan.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian XI, mengandungi peruntukan berhubung dengan Majlis Penasihat Pengguna Negara. Akta ini memperuntukkan penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara. Ahli-ahli Majlis ini akan terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau wakilnya dan tidak lebih daripada 16 orang lain yang mewakili kepentingan pengguna, pengilang, pembekal, badan­badan bukan kerajaan dan akademik.

Majlis ini akan menasihati Menteri mengenai pelaksanaan akta yang dicadangkan ini dan apa-apa isu berkaitan dengan kepentingan pengguna. Majlis ini akan menggantikan Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 yang pada masa ini mempunyai bidang tugas yang terhad.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

18 DN.3.8.1999

Melalui Fasal 74(3) Menteri boleh melantik seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi.

Fasal 80 pula memperuntukkan pelantikan seorang Setiausaha dan beberapa pegawai lain bagi membantu Majlis tersebut.

Bahagian XII mengandungi peruntukan berhubung dengan Tribunal Tuntutan Pengguna (Tribunal for Consumer Claims).

Fasal 85 memperuntukkan penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna.

Fasal 86 memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi. Mereka ini hendaklah terdiri daripada pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Menteri juga boleh melantik tidak kurang daripada 5 orang ahli lain yang merupakan orang yang berkelayakan mengikut pengertian Akta Profesion Undang-undang 1976, Akta 166, Ordinan Peguambela (Sabah) (Bab 2) atau Ordinan Peguambela (Sarawak) (Bah II 0) ataupun Menteri juga boleh melantik seorang sebagai ahli orang yang memegang atau pemah memegang jawatan yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat daripada Akta Mahkamah Rendah 1948, Akta 92.

Fasal 93 pula memperuntukkan pelantikan seorang Setiausaha dan beberapa pegawai Tribunal untuk membantu Tribunal.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 103 ada memperuntukkan kuasa kepada Menteri menetapkan perkara-perkara yang boleh dibawa kepada Tribunal. Dalam hal ini perlu saya nyatakan bahawa Menteri tidak akan memasukkan perkara-perkara berkaitan perkhidmatan dan jagaan kesihatan. Di dalam menentukan perkara-perkara tambahan yang perlu dibawa kepada Tribunal pula, saya ingin memberi jaminan bahawa kementerian dan jabatan­jabatan berkenaan akan dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat. Antara perkara-perkara yang mungkin ditambahkan ialah perkara perumahan setelah ianya dirundingkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 97 Bahagian XII ini memperuntukkan supaya seorang pengguna yang mengalami kerugian dan ingin membuat tuntutan ganti rugi mengemukakan tuntutan kepada Tribunal mengikut prosedur tertentu yang akan ditetapkan melalui peraturan. Tuntutan berkaitan kecederaan ataupun maut tidak boleh dibawa ke Tribunal. Had nilai tuntutan yang boleh dirujuk kepada Tribunal ialah tidak melebihi RMlO,OOO.

Walau bagaimanapun, Fasal 98(2) membolehkan tuntutan balas atau counter claims difailkan oleh peniaga dalam keadaan-keadaan tertentu. Tribunal mempunyai bidang kuasa untuk membantu pihak-pihak berkenaan berunding untuk tujuan mencapai penyelesaian tanpa bicara. Sekiranya tidak tercapai penyelesaian, Tribunal akan menetapkan tarikh untuk mendengar perbicaraan. Perbicaraan Tribunal akan dikendalikan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau mana-mana ahli yang dilantik oleh Pengerusi seorang diri sahaja.

Fasal 108(2) tidak membenarkan peguambela atau peguamcara mewakili mana­mana pihak semasa perbicaraan Tribunal.

Fasal 110(1) memberi kuasa kepada tribunal untuk memanggil pihak-pihak yang terlibat dengan sesuatu aduan dan kuasanya dalam hal ini adalah sama seperti kuasa saman oleh Mahkamah Rendah. Selepas perbicaraan tribunal boleh memberi 'award', dengan izin, atau mengeluarkan perintah berkenaan ganti rugi sama ada di dalam bentuk penggantian barangan atau wang ataupun kedua-duanya. Keputusan tribunal seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 112(1) hendaklah dibuat seboleh-bolehnya di dalam tempoh 60 hari daripada hari pertama perbicaraan tribunal dimulakan. Keputusan tribunal adalah muktamad dan rujukan ke Mahkamah Tinggi hanyalah boleh dibuat di atas persoalan undang-undang sahaja.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 19

Dengan mekanisme tuntutan ini masalah utama pengguna akan dapat diatasi dengan wujudnya cawangan-cawangan tribunal di peringkat negeri dan daerah untuk menerima, menimbang dan membuat keputusan penyelesaian · terhadap tuntutan mereka dengan mudah, efektif dan dalam masa yang singkat, maka pengguna akan terlindung. Dalam hal ini saya perlu tegaskan bahawa tribunal yang ditubuhkan perlu mencerminkan kebebasan dan ketelusan bagi menjamin kewibawaannya. Oleh yang demikian, keanggotaannya perlu terdiri daripada mereka yang tidak memihak atau ternampak memihak, baik kepada peniaga mahupun kepada pengguna. Dengan hal yang demikian, kementerian tidak akan melantik individu-individu yang ternampak sebagai inewakili golongan perniagaan atau golongan pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 140 mewajibkan pengeluaran resit pembelian bagi sesuatu jumlah transaksi yang akan ditentukan. Amaun yang dicadangkan bagi tujuan ini adalah untuk nilai yang melebihi RM25 bagi sesuatu jualan. Walau bagaimanapun, jika pengguna memintanya resit hendaklah juga dikeluarkan bagi pembelian yang kurang daripada jumlah tersebut. Dengan pengeluaran resit akan wujud bukti yang kukuh bagi membolehkah pengguna membuat tuntutan ganti rugi terhadap peniaga sekiranya perlu.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan yang dicadangkan dalam akta ini tidak bercanggah dengan peruntukan-peruntukan di bawah akta-akta yang tersedia ada, malah ianya adalah saling bergandingan ataupun 'complimentary', dengan izin. Beberapa aspek pelindungan pengguna yang tidak diliputi oleh mana-mana undang-undang sekarang diperuntukkan di bawah akta yang dicadangkan ini. Pengendalian aduan dan proses tuntutan terhadap pelbagai isu pengguna adalah diperkemaskan dan dijangka lebih berkesan dan berfaedah kepada pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang dicadangkan ini paling utamanya adalah bertujuan untuk mewujudkan perniagaan dan perdagangan yang terbuka dan telus. Kerjasama semua pihak akan diperlukan untuk mencapai hasrat akta ini. Misalannya, pengilang dan peniaga boleh memberikan maklumat yang jelas kepada pengguna mengenai barangan mereka serta bertanggungjawab bagi setiap barangan yang dikeluarkan atau diniagakan. Begitu juga di pihak pengguna, jika keyakinan dan keselesaan mereka dapat dipupuk, maka kesetiaan mereka pada barangan dan perkhidmatan berkenaan serta permintaannya akan terus meningkat. Akta yang dicadangkan ini merupakan satu langkah pertama untuk mewujudkan satu undang-undang khusus bagi pelindungan pengguna. Sebenamya kita semua adalah pengguna. Di dalam Dewan yang mulia ini wakil rakyat dan di luar seperti pekerja-pekerja sektor swasta dan kerajaan, ibu bapa, peniaga dan lain-lain golongan rakyat.

Kementerian percaya bahawa undang-undang ini disokong oleh semua pengguna oleh kerana ia melindungi semua rakyat. Apabila akta yang dicadangkan ini diterima pakai maka bolehlah dianggap bahawa dari segi konsumerisme negara kita berupaya menikmati apa yang telah dinikmati oleh pengguna-pengguna di negara-negara maju dan beberapa negara yang membangun. Dari aspek pelaksanaan saya percaya dengan wujudnya nanti Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna, kepentingan­kepentingan pengguna bukan sahaja dilindungi tetapi juga dibela.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang dicadangkan ini juga telah mengambil kira teguran-teguran, pandangan-pandangan dan nasihat daripada Jemaah Menteri dan juga dari pihak swasta, persatuan-persatuan pengguna dan dewan­dewan perniagaan. Saya percaya akta ini dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan untuk faedah semua rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. -

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

20 DN.3.8.l999

Tuan Yang di-Pertua: Abli-abli Yang Berbormat, masalah di badapan Majlis ialah rang undang-undang bemama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelindungan pengguna, perubahan Majlis Penasibat Pengguna dan · Tribunal Tuntutan Pengguna dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengllJU1ya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berbormat.

11.31 pagi.

Puan Tan Ah Eng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahas Rang Undang-undarig Pelindungan Pengguna 1999 yang dibentang oleb Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ebwal Pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan usaha kerajaan dalam mewujudkan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) dengan izin, kerajaan berbarap dapat mendorong para pengguna membeli dan menggunakan barangan tulen produk industri hiburan dan barta intelek. Produk-produk tersebut yang dihasilkan dalam bentuk cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan CD Rom. Permintaan yang terus meningkat bagi produk-produk berkenaan telah mewujudkan pengeluaran dan pemiagaan tersebut, peruncit bahan cetak rompak yang mendapat permintaan serta sambutan yang tinggi daripada para pengguna bagi mengaut keuntungan Jumayan. Akibat daripada itu terdapat cakera padat (CD), video cakera padat (VCD), CD Rom dan sebagainya yang membanjiri merata pasaran tempatan.

Walaupun dengan pemeriksaan dan serbuan yang dilakukan oleb pegawai­pegawai penguatkuasaan daripada pelbagai jabatan, agensi berkenaan terutama Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ebwal Pengguna berserta dengan Polis, Kastam dan Perbadanan Kemajuan Filem National (FINAS) di mana gerakan pemeriksaan diadakan dari masa ke semasa membabitkan premis pemiagaan, gerai di pasar malam, ruang legar pusat membeli-belah dan gerai di kaki lima. Namun demikian, pemiagaan menjual barangan berbak cipta tanpa kebenaran dan aktiviti cetak rompak masih berterusan.

Mengikut maklum balas yang diterima para pengguna biasanya lebih gemar untuk memilih barangan berkenaan seperti CD, VCD atau CD Rom tiruan adalah tertarik dengan kadar barga yang rendah dan kesesuaian barangan tersebut. Walaupun kemungkinan para pengguna terpaksa menghadapi risiko seperti mutu yang lebib rendah daripada barangan tiruan atau kemungkinan menyebabkan kerosakan kepada peralatan seperti pemain CD, VCD atau komputer itu sendiri. Para pengguna begitu tidak rela sekali membayar harga yang jaub lebih tinggi sebingga berpuluh kali ganda bezanya untuk mendapatkan barangan tulen.

Tuan Yang di-Pertua, maka adalah wajar para pengeluar produk dalam industri hiburan dan barta intelek mengambil kira aspek penting ini untuk memberi pertimbangan menurunkan barga barangan mereka bagi menarik para pengguna membeli bahan tulen. Bukan sebaliknya berkemungkinan mengambil kesempatan untuk tetap meletakkan harga yang tinggi bagi basil barangan tulen itu atau mungkin menaikkan barga barangan tulen berikutan dengan basil pemeriksaan atau serbuan yang diadakan dalam mengurangkan dan seterusnya menghapuskan aktiviti pengeluaran dan peruncit bahan cetak rompak VCD, CD dan CD Rom.

Saya tetap memberi sokongan kepada pibak penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ebwal Pengguna dalam usaha untuk membanteras segala aktiviti cetak rompak bagi semua barangan bukan banya CD, VCD dan CD Rom sabaja, malahan tindakan tersebut dan memberi pemeliharaan kepada bak-hak cipta dan memberi galakan kepada para pengbasil barta intelek. Menggalakkan pertumbuhan industri hiburan yang sibat dan kental serta lain-lain industri yang berkaitan dengan bak cipta

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 21

pengeluaran dan berdaftar. Namun pihak penghasil hak cipta berkenaan, pengeluar dan peruncit perlu berganding bahu dalam mencari satu jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah pengeluar dan perniagaan barang cetak rompak itu. Bukanlah semata-mata hanya bergantung kepada penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sahaja.

Maka sekali lagi saya mengesyorkan supaya semua pihak yang terlibat benar­benar mengambil kira tentang cadangan penurunan harga barangan tulen dan meletakkan satu harga yang lebih rendah dan berpatutan sebagai satu langkah berkesan dalam memerangi, menghapuskan aktiviti pengeluaran dan perniagaan barang cetak rompak ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan penuh kepercayaan bahawa hasil daripada kerjasama kedua-dua belah pihak tersebut dapat terus membanteras kegiatan pengeluaran dan perniagan barang cetak rompak demi memastikan faedah dan kepentingan bukan sahaja pihak penasihat hak cipta tetapi kepentingan para pengguna terus terpelihara. Usaha berkenaan juga dapat memberikan keyakinan kepada para pemilik harta intelek yang akan melibatkan diri mereka dalam Koridor Raya Multimedia dan kejayaan rancangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua saya ingin sentuh ialah mengenai masalah mesin slot haram. Berikutan dengan perkembangan alat komputer yang semakin canggill, pelbagai alat atau mesin permainan yang menggunakan 'chips' komputer telah diperkenalkan. Alat permainan komputer atau 'computer games', dengan izin, yang merangkumi unsur cabaran serta unsur perjudian telah dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat. Maka perusahaan pusat permainan komputer atau 'computer games center' telah merupakan tumpuan tarikan kepada individu dalam masyarakat sama ada di bandar dan di desa, khasnya bagi kaum remaja masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita sering mendapati pusat permainan komputer diadakan di merata tempat atau pelosok daerah dengan kumpulan pelanggannya hampir 99% terdiri daripada kaum remaja. Pusat-pusat permainan komputer yang tumbuh seperti cendawan terdiri daripada yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan atau yang haram. lni tidak termasuk pusat-pusat permainan komputer yang berunsur judi iaitu dengan ertikata lain, pusat mesin slot haram. Walaupun hingga setakat ini masih tidak mempunyai perangkaan

. rasmi tentang jumlah pusat mesin slot yang wujud, tidak dapat dinafikan bahawa masalah kewujudan pusat-pusat mesin slot haram tersebut telah menghampiri ke suatu tahap yang ketara, tidak mengira sama ada di kawasan bandar atau di desa. Terdapat tempat-tempat seperti rumah kedai dan rumah kediaman digunakan untuk pusat mesin slot haram dengan dikhaskan sebuah bilik di sesebuah kedai kopi, restoran, pusat snooker, kedai minuman seperti pub dan sebagainya ataupun di rumah kediaman yang biasa.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih membimbangkan kita ialah majoriti daripada pengunjung-pengunjung pusat-pusat permainan komputer atau pusat mesin slot haram tersebut adalah terdiri daripada kaum remaja, belia dan juga para pelajar sekolah. Mereka tertarik dengan perjudian terse but sehinggakan sedia menghabiskan wang dan masa mereka manakala pekerjaan dan pelajaran mereka diabaikan sama sekali. Golongan muda berkenaan yang terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat ini akan cuba melakukan apa jua sabaja untuk memperolehi wang bagi membolehkan mereka terus dapat mendampingi permainan mesin slot tersebut sehingga sanggup melakukan kes-kes jenayah dan sebagainya. Golongan berkenaan yang merupakan generasi muda kita, harapan negara serta golongan Wawasan 2020 yang dicita-citakan telah kehilangan arab tujuan dan segala cita­cita mereka.

Tuan Yang di-Pertua, terutama sekali yang perlu kita lakukan tidak lain dan tidak bukan ialah menumpukan segala daya usaha kita dalam memerangi dan menghapuskan semua gejala ini dengan bertindak tegas dalam menghapuskan semua kegiatan pusat permainan komputer atau mesin slot yang haram di samping terus mengurangkan atau

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

22 DN.3.8.1999

menghentikan pemberian lesen kepada penubuhan pusat-pusat permainan komputer oleh pihak penguasa tempatan di seluruh negara.

Walaupun sehingga kini telah diperkenalkan undang-undang yang lebih ketat dan berkesan untuk membanteras anasir-anasir yang beroperasi dan mengendalikan pusat-pusat tersebut, namun tanpa penguatkuasaan yang berkesan, undang-undang ini sendiri tidak akan memberi sebarang kesan yang positif. Maka dengan mengadakan peruntukan undang­undang dalam melindungi para pengguna ini semua jabatan dan agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam mengadakan kerjasama dan menyelaraskan usaha membanteras segala aktiviti yang berunsur negatif dan memastikan suatu keadaan hidup yang sihat serta berkualiti terus dipelihara.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata ini saya mohon menyokong rang undang­undang ini. Terirna kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Khoo Lay Hin. Ini ucapan kali yang pertama.

Tuan Khoo Lay Hin: Dato' 'Tirnbalan' Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato' 'Timbalan' Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan atas rang ..... .

Dato' Dr. Yeow Seng Huat: Minta penjelasan. Jika Timbalan duduk di atas Kerusi itu, kita panggil Tuan Yang di-Pertua, bukan Timbalan.

Tuan Kboo Lay Hin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih ....... untuk dibentang-kan bagi bacaan kali yang kedua di Dewan yang mulia ini.

Pengguna adalah orang yang membeli, memakai, memakan atau menggunakan barang-barang dan perkhidmatan yang perlu dalam kehidupan kita. Dalam konteks ini semua orang dalam masyarakat adalah pengguna dan hak-hak mereka adalah hak-hak semua kita. Oleh yang demikian, saya percaya semua rakyat di negara ini termasuk semua rakan saya di sini sebagai Ahli Dewan Negara pasti sokong rang undang-undang ini dengan sebulat suara tanpa mengira ideologi politik atau agama masing-masing. Saya bagi pihak MCA ingin memberi sokongan sepenuhnya kepada rang undang-undang ini dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional yang mengemukakan rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab pada peringkat ini kita berbahas atas masalah dasar, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang menjejaskan kepentingan pengguna kita dan saya berharap bahawa dengan perhatian yang diberi oleh Dewan yang berpengaruh ini perkara tersebut dapat diperbetulkan.

Baru-baru ini Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad berkata bahawa kerugian yang dibawa oleh pencuri tenaga elektrik akan ditanggung bersama oleh semua pengguna elektrik kerana kerugian itu tidak dapat ditutup oleh TNB dan beliau berkata syarat tanggungan adalah dengan menaikkan syarat tarif. Akhbar The Star, dengan tepatnya mensifatkan kenyataan atau pengumuman ini sebagai 'shock payment', dengan izin, atau bayaran yang menghairankan.

Saya tidak dapat mengerti bagaimana pihak TNB dapat idea yang sangat buruk ini. Pencurian tenaga atau kuasa elektrik adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan sesiapa yang melakukan pencurian ini patut dan mesti dikesan, ditangkap, didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman yang sewajamya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak TNB untuk mengesahkan siapa yang mencuri tenaga dan melaporkan kepada polis supaya pencuri-pencuri tersebut dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan dan jikalau disahkan bersalah dikenakan hukuman. Tetapi kenyataan TNB itu menunjukkan bahawa pihaknya tidak rela menjalankan kerja ini, tidak sedia memikul tanggungjawabnya.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 23

Nampaknya pihak TNB sedang mencari jalan yang senang untuk mendapatkan balik apa yang dicuri oleh segolongan kecil pelanggannya tetapi jalan ini adalah sangat tidak adil kepada pelangan atau pengguna elektrik yang menjadi majoriti dalam bilangan pelanggan TNB. Jalan ini mempunyai dua implikasi yang serius ..

Implikasi pertama ialah TNB telah secara langsung menggalakkan atau mem­benarkan kejadian mencuri elektrik oleh sebab pencuri tidak akan dikesan lagi dan pencuri tidak akan dihukum di bawah undang-undang. Apakah ini satu langkah yang bijak?

Implikasi kedua ialah semua pelanggan TNB secara tidak langsung akan dikenakan hukuman atas kesalahan yang bukan dilakukan oleh mereka. Mereka akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi untuk menanggung kerugian TNB. Adakah ini adil? Satu peribahasa Cina berkata bahawa, "Anjing hitam yang mencuri makan tetapi anjing putih pula yang dihukum." Cara yang dijalankan oleh TNB sememangnya adalah seperti galakan yang dimaksudkan oleh peribahasa ini. Orang yang mencuri tenaga adalah seperti anjing hitam. Mereka sangatlah bertuah sebab TNB tidak akan mahu mengesan kesalahan mereka. Pengguna majoriti yang tidak mencuri tenaga elektrik pula kena bayar lebih kepada TNB untuk menanggung kerugian pihak TNB. Saya bagi pihak pengguna yang jujur dan ikhlas ingin membantah dengan sekeras-kerasnya atas cadangan TNB tersebut yang dipenuhi dengan ketidakadilan dan tidak logik sekali. Saya berharap pihak Kernenterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi amaran yang kuat kepada TNB supaya membuang cadangan itu dengan serta merta.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lain ....

Haji Gapar bin Gurrohu: Yang Berhormat, minta laluan. Saya kurangjelas tadi. Saya rasa Yang Berhormat maksudkan membantah atau membantai?

Tuan Khoo Lay Hin: Dengan izin, bantah. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lain yang ingin disentuh ialah mengenai harga buku dari negeri China. Mereka yang suka membaca buku tahu bahawa harga buku terbitan negeri China adalah sangat rendah berbanding dengan harga buku negeri lain. Tetapi dengan dukacitanya saya ingin mengatakan bahawa harga runcit buku-buku dari negeri China yang dijual di kedai-kedai buku di Malaysia adalah dua atau tiga kali gandanya lebih mahal. Contohnya jika harga sebuah buku dari negeri China dijual dengan I 0 Renminbi di China hila buku sampai di Malaysia ia akan dijual dengan harga yang tinggi. Harganya naik bukan hanya 100% tetapi sebanyak 200% atau 300%. Saya diberitahu bahawa sudah ramai pembeli buku membantah atas harga ini tetapi pihak pengusaha buku-buku masih berdegil dan tidak menurunkan harga buku-buku dari China kepada tahap yang berpatutan. Saya menyeru kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya mengambil tindakan terhadap pihak penjual buku-buku dari China dengan tujuan menjaga kepentingan pembeli buku tersebut yang juga menjadi pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya ingin menarik perhatian daripada pihak kementerian ialah mengenai pelaksanaan tanda harga. Kita semua tabu bahawa semua barang yang dijual di mana-mana tempat mahupun pasar atau kedai runcit diwajibkan supaya harganya ditulis dengan terangnya. Tetapi jikalau kita pergi ke pasar sayur-sayuran kita boleh dapat menengok dengan mata kita sendiri bahawa kebanyakan harga barang dan sayur-sayuran yang dijual tidak diletakkan dengan tanda harga. Keadaan ini juga wujud di sebahagian kedai runcit di bandar dan desa. Sistem tanda harga adalah satu sistem yang baik dan kepentingan pengguna pun dapat dijaga kalau mereka mengetahui harga yang mereka ingin beli. Tetapi sistem ini tidak akan mencapai tujuan jikalau ia tidak dipatuhi oleh penjual. Saya menyeru kepada kementerian supaya meningkatkan penguatkuasaan sistem tanda harga ini demi kepentingan pengguna kita.

Tuan Yang di-Pertua boleh dikatakan bahawa pelaksanaan undang-undang yang melindungi pengguna kita adalah di tahap yang memuaskan. Akan tetapi usaha ini patut

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

24 DN.3.8.1999

dipertingkatkan lagi sebab masih terdapat beberapa pihak yang sengaja melanggar atau tidak mematuhi undang-undang yang berkenaan. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan pengumuman Yang Berhormat Datuk Menteri sendiri baru-baru ini. Datuk Menteri telah mengumumkan bahawa kementerian telah menarik balik s~banyak 1200 sijil kedai harga patut sejak sistem ini mula dilaksanakan pada tahun 1993. Sijil ini diberi dengan tujuan untuk menggalakkan banyak lagi kedai dan warung perdagangan menjual barang-barang mereka dengan harga yang berpatutan. Akan tetapi penarikan atau pembatalan sebanyak 1200 sijil menunjukkan bahawa terdapat banyak kedai yang mendapat sijil ini dengan sengajanya menyalahgunakannya. Saya berpendapat bahawa selain menarik balik sijil harga patut tindakan yang lebih keras sepatutnya diambil terhadap tuan punya 1200 kedai ini supaya kepentingan pengguna tidak akan terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, setahu saya bagi tahun ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna diperuntukkan jumlah sebanyak RM84.9 juta sebagai peruntukan mengurus untuk menjalankan pelbagai program dan rancangan. Saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini dalam separuh tahun yang lepas prestasi yang telah dicapai oleh kementeriannya dan berapa program penconsumerism telah dijalankan dan hasilnya. Dalam program consumerism yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah badan bukan kerajaan dipelawa supaya melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Jikalau tidak saya berpendapat bahawa badan bukan kerajaan yang jujur dan benar-benar bertujuan menjaga kepentingan para pengguna dipelawa untuk menjalankan pelbagai kegiatan yang dianjur­kan oleh kementerian ini supaya kegiatan ini lebih berjaya. Tuan Yang di-Pertua akhirnya saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mengambil peluang dalam perbahasan ini dan sekali lagi saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini. Sekian terima kasih.

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut membahaskan rang undang-undang yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu satu rang undang-undang yang dinamakan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999.

Tuan Yang di-Pertua, bila kita bercerita tentang pengguna, pengguna adalah termasuk seluruh golongan masyarakat tidak kira ianya raja, sultan, menteri dan orang pertengahan, kaya dan juga termasuk kalangannya orang miskin. Saya yakin rang undang­undang yang dibentangkan ini adalah merupakan satu rang undang-undang untuk melindungi pengguna terutama sekali dari kalangan-kalangan mereka yang berpendapatan rendah khasnya kaum pekerja dan juga rakyat-rakyat di seluruh kampung dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah meneliti rang undang-undang ini daripada satu bah ke satu bab dan telah mendengar hujah-hujah, pandangan, sebab-sebab mengapa undang-undang ini diperkenalkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dari peringkat awal ke peringkat akhir.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menge­mukakan beberapa pandangan. Saya kira pandangan ini merupakan pandangan yang selalu kita bicarakan, selalu kita bincangkan, selalu diperkatakan oleh rakyat umum terutama sekali pengguna-pengguna yang sangat-sangat kecewa dengan tindakan-tindakan yang berlaku di atas kenaikan harga barang yang melambung tinggi pada setiap ketika terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah iaitu yang makan gaji dan rakyat jelata.

Tuan Yang di-Pertua, daripada undang-undang ini saya tidak melihat walaupun besar kemungkinan undang-undang yang asal ada iaitu soal bagaimana caranya kita hendak mengawal kenaikan harga barang-barang yang sentiasa meningkat naik pada setiap ketika. Ini menjadi satu persoalan, tanda tanya yang paling besar dan kenaikan inilah yang

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 25

menyebabkan kita semua merasa gelisah, rakyat merasa gelisah dan akhimya pekerja sentiasa memohon kenaikan gaji daripada pihak pengurusan kepada pihak majikan mereka kerana tidak lagi mampu untuk menanggung keperluan hidup kerana kenaikan harga barang-barang yang begitu tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, umpamanya dari segi soal makanan harian, rakan saya tadi telah bercerita di pasar sayur, beras, gula, asain, bawang, chili kering dan sebagainya. Ini merupakan barang makanan harian rakyat biasa. Apakah pengawalan yang telah dibuat oleh kementerian atas perkara ini dan sejauh mana pengawalan ini telah dilakukan?

Saya telah melihat sendiri, walaupun saya sendiri terlibat dalam isu pengguna ini dan kita telah melihat bagaimana pengawalan dibuat dan pegawai-pegawai penguatkuasa (enforcement) menjalankan tindakan, menggeledah kedai-kedai cetak rompak dan sebagai­nya kalau kita melihat dalam surat khabar selalu kita ingat cetak rompak. Tetapi kita tidak melihat tindakan-tindakan yang diambil begitu progresif, begitu kuat terhadap kenaikan barang-barang di kedai-kedai runcit, di kedai-kedai pasar raya dan sebagainya. Apakah barang-barang ini merupakan barang yang diletak di bawah kawalan dan dijaga dengan begitu baik dan dikawal dengan begitu baik dan tidak dinaikkan dengan sewenang­wenangnya? Ini satu perkara yang paling serius dan saya ingin melihat kerajaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil satu tindakan yang keras demi untuk mengawal kenaikan harga barang-barang.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi ialah kadang-kadang saya merasa gelisah hila mana keadaan situasi kemelesetan yang berlaku dan sebagainya dan demand dengan izin, begitu tinggi umpamanya gula, beras dan sebagainya. Kadang-kadang kita men­dengarkan suara menteri menyatakan, "Barang hanya dinaikkan selepas Hari Raya Puasa, se/epas Tahun Baru Cina, selepas ... ". Ini bermakna seolah-olah pihak kerajaan memberikan laluan, katanya "Tunggu, bila Hari Raya Puasa telah habis, barang ini akan naik" dan ini menyebabkan sesetengah pengilang, peruncit dan sebagainya mengawal barang-barang pengeluaran mereka dan menyorok barang-barang mereka dari dijual bagi memastikan mereka mendapatkan kenaikan harga barang hila mana telah sampai dan mengaut keuntungan yang begitu tinggi.

Ini satu perkara, saya ingat barangkali yang kurang sihat walaupun saya fikir pandangan menteri, niat menteri baik dan niat kerajaan baik, beritahu kepada pihak-pihak yang berkenaan jangan mengambil kesempatan, menaikkan harga barang dalam keadaan situasi sedemikian. Tetapi sebaliknya ini salah digunakan, salah ditafsirkan oleh pengilang juga pekedai-pekedai runcit dan sebagainya. Ini menyebabkan harga barang naik melambung tinggi dan kadangkala barang-barang tidak ada dalam pasaran dan sebagainya. Ini satu perkara yang harus difikirkan oleh kementerian, cara mana kita hendak menyampaikan perkara ini. Saya meminta kepada kementerian memberitahu pihak pengeluar, pengilang, peruncit dan sebagainya, menyatakan kepada mereka, kerajaan tidak akan sama sekali menaikkan harga barang-barang ini. Kerajaan tetap dengan pendirian ini walaupun apa sekali berlaku dan kerajaan ingin mempertahankan demi kepentingan pengguna dan rakyat jelata yang miskin dalam negara ini. Itu saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya bertindak sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal perkara undang-undang iaitu tribunal yang ditubuhkan dalam rang undang-undang ini. Saya melihat walaupun ada kenyataan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, katanya saya kurang jelas sama ada benar tribunal ini akan ditubuhkan di peringkat negeri. Saya tidak tahu tetapi dalam rang undang-undang ini tidak menyebut tribunal ini akan ditubuhkan di peringkat negeri. Saya berkeyakinan tribunal ini ditubuhkan di peringkat nasional dan oleh kerana katanya, "Eiaun akan dibayar, tempat tinggal akan dibayar oleh tribunal". Saya fikir yakin bahawa tribunal ditubuhkan di peringkat nasional dan tidak menyeluruh kepada semua peringkat negeri.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

26 DN.3.8.1999

Saya kira ini satu perkara yang harus diflkirkan juga oleh pihak kerajaan, sepatutnya tribunal ini hendaklah ditubuhkan kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua, satu, saya melihat tribunal ini tidak merupakan satu tribunal hakim yang tetap, saya takut umpama dalam kes Perkeso. Saya mempunyai pengalaman dalatll Perkeso, apabila seseorang tersebut telah patah kaki dan tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Perkeso dan terpaksa merayu kepada tribunal. Apabila tribunal ini iaitu doktor tidak tetap, doktor terpulang kepada masa-masa yang ada kelapangan bagi mereka. Mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan dan bertahun-tahun, saya tidak mahu dalam kes tribunal ini berlaku seperti mana dalam Perkeso supaya tribunal ini ditubuhkan di setiap bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di peringkat negeri dan juga daerah dan ianya bersidang kerapkali.

Tuan Yang di-Pertua, sebab saya berkata demikian, jika sekiranya di peringkat nasional kalaulah saya ini seorang pengguna, saya membeli suatu barang yang saya yakin barangan ini telah ditipu dan membuat pengaduan dan saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur dengan belanja yang begitu banyak sedangkan barang tersebut hanya berharga RM30, that is too costly kepada pengguna. Kenapa tidak tribunal ini, satu, saya mencadangkan tribunal ini mengadakan tribunal tetap (a permanent tribunal) dan diadakan pada setiap negeri dan daerah bagi membolehkan pengguna membuat aduan mengemuka­kan bantahan dan selepas itu bertindak bagi memastikan mereka mendapat keadilan daripada perbicaraan terhadap aduan (complaint) yang dibuat oleh mereka.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi saya hendak bercerita iaitu soal orang tengah (a middleman). Saya melihat dalam jawatankuasa yang dicadangkan anggotanya dalam muka surat 68, perenggan 74(b) menyatakan di antara ahli jawatankuasanya termasuk pembekal. Saya tidak tabu sama ada pembekal ini manufacture ataupun orang tengah, pembekal juga boleh ditafsirkan sebagai orang tengah. Kita banyak memper­tikaikan soal peranan yang telah dimainkan oleh orang tengah dalam soal isu pengguna. Mereka inilah yang mengaut keuntungan, mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang besar basil daripada tenaga yang dicurahkan oleh rakyat kampung yang terdiri daripada nelayan, petani dan sebagainya.

Jadi, mereka memasarkan barang-barang pengeluaran dan orang tengah inilah yang memainkan peranan yang penting mengaut keuntungan yang berlebihan. Dia mengaut keuntungan bukan sahaja menekan kepada nelayan, petani dengan membeli harga yang murah dan menjualnya pula kepada pengguna dengan harga yang berlipat ganda, mengaut keuntungan yang begitu besar dan saya melihat sesetengah orang tengah (middleman) menggunakan kereta bukan sebuah, dua, tiga buah dan rumah besar. Mereka bukan menggunakan tenaga cuma menjadi just middleman, mengalirkan dan menjual barang pengeluaran petani, pengeluaran nelayan dan masuk pasaran. Kita tabu di Kuala Terengganu, di Kelantan dan di tempat-tempat nelayan yang lain, di musim tengkujuh mereka akan mencari nelayan beri nelayan duit, advance terlebih dahulu dan menetapkan harga ikan, harga yang lama dan hila mana mereka datang untuk mengambil ikan di waktu ikan naik dan sebagainya. Mereka akan membeli harga yang lama dan menjualnya kepada pengguna dengan harga yang berlainan.

Ini satu penipuan, satu penganiayaan, satu penindasan yang dilakukan oleh mereka. Apakah tindakan yang harus kita buat kepada mereka? lnilah suara-suara yang selalu disuarakan oleh pengguna dan juga nelayan dan petani dalam negara kita. Sepatutnya, kementerian harus bertindak dan saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, supaya persatuan nelayan ataupun persatuan peladang juga dimasukkan dalam jawatan­kuasa pengguna ini, oleh kerana kita hendak mendapatkan feedback daripada mereka. Kita hendak tabu sebenar, berapakah harga yang dijual oleh mereka, bagaimana peranan yang dimainkan oleh orang tengah terhadap mereka. Bukan sahaja kita dapat menolong mereka,

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 27

dalam masa yang sama juga, kita dapat menolong pengguna. Ini satu cadangan yang saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya menimbangkan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang lagi satu yang hendak saya cerita ialah soal jualan tnurah, cheap sale, dengan izin. Saya melihat jualan murah berlaku pada tiap-tiap ketika. Saya tidak tabu apakah barangan jualan ini betul-betul murah. Saya tidak tabu sama ada penyiasatan telah dibuat bagi menentukan barang yang dipamerkan yang merupakan barang-barang jualan murah dengan harga yang murah, betul-betul murah. Ataupun barang yang telah lama disimpan, stok yang telah disimpan begitu lama dikeluarkan semula ditunjukkan dengan menunjukkan label yang mengatakan barangan murah.

Jadi, ini satu perkara yang harus difikirkan oleh kementerian supaya pengguna tidak ditipu, supaya pembeli tidak ditipu dan ianya akan dapat meyakinkan bahawa barang­barangjualan murah tersebut benar-benar murah. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap rang undang-undang ini akan dapat memastikan ianya benar-benar memberi perlindungan kepada pengguna, memberi perlindungan kepada kita semua. Memberi perlindungan kepada pengguna daripada ditipu ataupun dianiaya oleh pihak pembekal, pengeluar, peruncit dan sebagainya.

Begitu juga di estet-estet, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita melihat di estet-estet, di kedai-kedai dalam estet, kadang kala saya pergi melawat dalam kawasan estet dan sebagainya, saya melihat kadang-kadang kedai runcit, Tuan Yang di-Pertua, kita tengok ikan kering yang digantung telah begitu lama. Kadang-kadang barang jualan yang telah kering, kualiti yang begitu jauh sekali tetapi masih lagi harga yang begitu mahal, masih Iagi dengan harga yang lama dan kualiti barang-barang ini, adakah kualiti ini telah diperiksa.

Saya berkeyakinan benar kalau dari segi kita hendak memeriksa semua tempat, Tuan Yang di-Pertua, kita memerlukan tenaga enforcement officer yang begitu besar. Oleh kerana kita tabu, peniaga, Tuan Yang di-Pertua, mereka ini mempunyai berbagai-bagai cara untuk memastikan barang-barang mereka laris dijual dan mereka boleh maju dalam pemiagaan mereka dan mengaut keuntungan yang lebih besar untuk kepentingan mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan juga supaya enforcement officers iaitu penguatkuasa ini ditambah dan mereka ini perlu telus, mempunyai keyakinan dan juga mempunyai sifat-sifat yang berani untuk bertindak tanpa gentar dan takut.

Tuan Yang di-Pertua, saya tinggal di Subang Jaya. Majlis Perbandaran Subang Jaya baru dibina. Kadang kala malam, hila saya balik, selepas Maghrib, saya bercerita dulu dalam Dewan ini pada suatu ketika, sudah ada satu sindiket di kalangan penjual, peruncit dan sebagainya mengambil orang-orang luar menjadi ejen kepada mereka dengan menunggu di depan Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan handphone mereka.

Saya tengok pada satu ketika, saya balik selepas pukul 8.00 malam, saya tengok motosikal, van berderet-deret, Tuan Yang di-Pertua. Mereka mempunyai handphone dan sebagainya. Saya berhenti dan menengok apa yang berlaku dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya. Apa yang telah berlaku, apabila van enforcement officer keluar daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya, Tuan Yang di-Pertua, saya lihat mereka ini sibuk dengan handphone. Telefon sana, telefon sini dan mengikut Iori enforcement officer ini dari belakang. Saya mempunyai keyakinan mereka mempunyai talian dengan peniaga-peniaga dan memberitabu kepada mereka yang enforcement officer akan datang, di mana mereka akan pergi, di mana lorong yang telah dimasuki dan ke mana tujuan mereka untuk mengambil tindakan dan sebagainya.

Ini satu perkara yang saya tidak tabu macam mana harus kita fikirkan. Sarna ada majlis perbandaran boleh bertindak mengusir mereka dari kawasan berkenaan atau polis bertindak untuk mengusir mereka, oleh kerana mereka meletakkan kereta dan motosikal di tepi-tepi jalan. Sudah terang dan jelas pada kita semua kita bahawa mereka adalah ejen kepada orang tengah, ejen kepada peniaga untuk memberitahu kepada peniaga-peniga

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

28 DN.3.8.1999

bahawa enforcement daripada majlis perbandaran akan datang untuk membuat pemeriksa­an dan sila bertindak apa jua yang perlu dilakukan bagi memastikan mengikut arahan mereka, segala jualan barang mengikut sepertimana yang telah diluluskan atau diarah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya yakin walaupun undang-undang ini telah dibentangkan dan saya berharap jugalah, Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja daripada pembentangan undang-undang ini, saya berharap dari segi pelaksanaan. The most important, dengan izin, yang paling penting ialah perlaksanaan undang-undang ini bagi memastikan perlindungan kepada pengguna dapat dijaga dengan baik.

Kemudian, Tuan Yang di-Pertua, lagi satu saya hendak mengatakan dalam undang-undang ini ialah soal perumahan. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan, besar kemungkinan dari segi pelaksanaan, cara tindakan dan besar kemungkinan kementerian akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumah­an dan Kerajaan Tempatan, soal rumah menjadi satu isu yang besar. Kita tahu apabila kita membeli rumah, kebanyakan kita ini terpaksa berbelanja lebih, Tuan Yang di-Pertua.

Soal hendak buat extension itu satu perkara, itu hal mereka. Tetapi yang anehnya, apabila kita masuk dalam rumah, kita dapati kualiti paipnya tidak begitu baik, lantainya retak, dindingnya retak dan orang yang beli rumah, pengguna yang membeli rumah terpaksa berbelanja lebih walaupun keyakinan selalu diberikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi kita berharap supaya tindakan tidak bertindih, Tuan Yang di­Pertua. Kalau kita bercakap soal isu pengguna, pembeli rumah juga pengguna, kenapa tidak ianya disatukan, diserapkan sebagai satu.

Untuk bertindak, saya mencadangkan supaya soal kualiti perumahan, kompelin ataupun perumahan dan sebagainya juga dimasukkan dalam rang undang-undang Akta Perlindungan Pengguna supaya dapat tindakan diselaraskan dan kita tidak mahu melihat tindakan bertindih dan kadang kala kita buat kompelin kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, katanya, ini bukan dalam bidang kuasa kementerian ini. Katanya, bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan orang ini terpaksa membuat kompelin.

Jadi, terlalu sangat birokrat. Selalu sangat red tape. Kenapa tidak diadakan one­stop system. Kenapa tidak diadakan satu sistem yang orang ramai boleh buat kompelin, perumahan, perubatan, barang-barang makanan dan sebagainya, one stop complaint dan kementerian ini bertindak iaitu sejajar dengan nama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, tafsiran pengguna, begitu besar. Apajuga yang kita beli, apa juga yang kita pakai adalah pengguna. Sebab itu saya mengatakan bahawa satu stop system harus diadakan untuk melindungi mereka. Bagi meyakinkan pengguna, bagi meyakinkan rakyat, kementerian perlu bertindak untuk menjaga kepentingan mereka. Dengan adanya tindakan dan perubahan-perubahan sedemikian saya yakin, rakyat yakin, pekerja yakin mereka akan dapat dilindungi di bawah akta yang dicadangkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya kementerian melihat segala pandangan ini sebagai satu pandangan yang konstruktif, yang membina demi untuk memperbaiki undang-undang yang telah dicadangkan.

Dengan kata-kata ini, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini diluluskan dengan komen-komen yang telah saya buat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Gapar bin Gurrohu

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 29

12.21 tgh:

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap tahniah kepada kementerian yang telah mengemukakan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999 dengan niat kerajaan benar-benar untuk melindungi pengguna seperti membentuk pegawai penguat­kuasaan, menubuhkan Majlis Penasihat Pengguna, membentuk Tribunal Pengguna termasuk dengan denda.

Seperti mana yang kita maklum dalam pemiagaan terbentuk dua pihak. Satu penjual dan satu lagi pembeli. Penjual tentunya mempunyai prinsip untuk mendapat untung yang lebih. Sebaliknya pembeli cuba mendapatkan harga yang paling murah sama ada barang atau perkhidmatan tetapi dengan mutu yang paling tinggi. Berdasarkan ini kita lihat pertembungan dua keadaan. Apa yang berlaku pengguna atau pembeli yang bijak akan untung kerana ada proses tawar-menawar. Di sebaliknya pula, tukang jual atau penjual akan untung kalau dia pandai menarik hati pelanggan. Atas prinsip inilah kita dapat melihat bahawa berlakunya tawar-menawar termasuklah tawaran jual murah, jualan menghabiskan stok dan semua bentuk untuk memberi persepsi kepada pembeli atau pengguna, mereka menawarkan harga yang murah.

Saya rasa dalam bentuk ini kerajaan telah pun membuat apa yang patut. Tetapi dengan terbentuknya Akta Perlindungan Pengguna ini saya rasa satu komitmen kerajaan yang begitu serius melindungi pengguna. Saya ingin membawa beberapa keadaan di kampung-kampung di mana kita tahu orang-orang kampung tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi. Mereka selalunya membeli barang-barang yang murah. Kita setuju kalau sekiranya barang-barang yang ditawar di kampung itu murah dan mampu untuk orang kampung beli. Tetapi kementerian kena melihat ada juga berlaku eksploitasi terhadap orang-orang kampung ini di mana kita lihat barang-barang yang telah rosak yang istilahnya disebutkan oleh kementerian tadi barang-barang cacat, dijual di kampung-kampung misalnya susu tin atau sardin yang sudah kemek, ianya sudah tidak sesuai digunakan atau dimakan kerana ia sudah menjadi racun (keracunan) dan sepatutnya ditolak. Apabila benda ini dijual di kampung-kampung dengan harga yang murah saya rasa ini satu penipuan dan satu penganiayaan kepada orang kampung yang selalunya memilih barang-barang yang rendah harganya tetapi tidak mengetahui akan bahaya makanan-makanan ini.

Jadi, saya lihat kementerian perlu melihat di kawasan pedalaman rakyat kita yang jahil tentang hak pengguna ini dieksploitasi atau digunakan atau ditipu oleh pemiaga­peniaga yang cuba untuk mengaut keuntungan. Kita merasa kasihan kerana ia melibatkan kesihatan mereka.

Keduanya, tentang harga barang-barang tiruan - ini masih Jagi hal tawar­menawar. Barang-barang timan ini terdapat banyak di pasar-pasar Jambak misalnya. Barang-barang tiruan ini selalunya daripada jenama-jenama yang baik yang terkenal, jean misalnya yang menjadi kegemaran anak-anak muda. Saya tidak tahu, pada pendapat saya barang-barang jenama ini dijual di pasar-pasar Jambak dengan harga yang murah tentulah anak-anak muda kita ini yang kurang mampu - mereka tidak mampu hendak beli dengan harga yang mahal, jadi dia pergi ke pasar-pasar borong atau pasar Jambak ini untuk mendapatkan harga yang murah tetapi yang mahalnya kerana jenama itu.

Oleh itu, saya rasa di pasar-pasar Jambak ini kalau barang-barang tiruan ini dijual dengan harga yang murah saya kira ianya bukan satu penipuan, ianya berbentuk adil. Apa yang berlaku ialah kalau barang-barang tiruan ini yang dibeli dengan harga yang murah, dengan mutu yang kurang baik dijual di pasar raya-pasar raya dengan harga yang mahal. Itu berlaku proses penipuan.

-Di sinilah kita berharap kementerian berperanan untuk mengenalkan kepada

pengguna mana satu jenama yang original dan yang satu Jagi berbentuk tiruan. Kita rasa

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

30 DN.3.8.1999

kadang-kadang serba salah hila kita Iihat pasar-pasar lambak ini dalam usaha melindungi pengguna penguatkuasa merarnpas barang-barang ini. Adalah menjadi satu masalah bila kita kata sebenatnya harga yang berpatutan di sini walaupun kerimngkinan ia tidak menyebut benda itu tiruan tetapi harganya adalah cukup berpatutan. Kalau kita hendak letakkan peraturan barangkali boleh kita letakkan tanda menyatakan ini adalah barang timan. Jadi, ianya tidak mengelirukan.

Tetapi saya rasa benda ini perlu dipertimbangkan termasuklah apa yang disebutkan Yang Berhormat Tan mula-mula tadi sebagai pengucap yang pertama dalam membahaskan rang undang-undang ini yang mengatakan tentang kaset cetak rompak yang mana originalnya terlalu mahal. Tetapi yang dicetak rompak ini agak murah. Oleh itulah menyebabkan pengguna-pengguna lebih mudah beli yang cetak rompak. Jadi, dalarn keaqaan ini menjadikan kementerian pun serba salah walaupun kementerian selalu membuat serbuan yang kita melihat di merata tempat untuk mengatasi atau menangani masalah cetak rompak ini. Apa yang kita boleh dapat kalau kita perhatikan perkara ini supaya ianya tidak dijual terlalu mahal. Kalau sekiranya barang-barang original ini tidak jauh bezanya dengan cetak rompak, saya percaya barang cetak rompak akan kehilangan pasaran di mana orang lebih suka beli yang original kerana ianya mempunyai mutu yang terjarnin.

Jadi, di sinilah kita rasa boleh diatasi masalah ini. Kita percaya bahawa prinsip kerajaan kita tidak menggalakkan cetak rompak atau barang-barang tiruan ini kerana ianya ada berbentuk penipuan. Tetapi daripada kes-kes yang saya sebutkan tadi ianya tidak begitu berbentuk penipuan tetapi memberikan penawaran kepada orang yang tidak mampu.

Saya juga ingin menyentuh tentang keprihatinan pihak kerajaan dari segi bahan­bahan kimia dalam barang makanan kita ini. Saya hendak melihat dua keadaan. Satu ketika dahulu pemah sayur-sayuran yang kita eksport ke Singapura, kerajaan atau pihak Singapura tolak dengan alasan kadar keracunan pada sayur-sayuran itu tinggi. Maka tertanya oleh kita, rakyat semua berapa banyak yang sudah masuk dalam perut kita ini kadar racunnya. Di Johor pula kita percaya sayur-sayuran ini mudah layu, lusuh dan rosak. Bila ia reject di Singapura ia akan dijual di Johor. Yang menjadi mangsa pertama di Johor Bahru. Bila kita dengar sayur-sayuran ditolak, kita di Johor rasa takut. Bila kita beli kita tanya, ini sayur rejectkah?.

Jadi, kita mintalah pihak kementerian sentiasa memantau dan memerhatikan tentang sayur-sayuran ini misalnya dipastikan tidak mengandungi bahan kimia yang terlalu tinggi sebab sebagaimana yang saya sebutkan tadi pihak penawar atau pengeluar dia cuba hendak mengaut keuntungan dengan harga daun sayur yang segar, dia boleh mendapat market yang baik, tetapi langsung tidak memikirkan tentang masalah pengguna. Di sinilah saya rasa peranan kerajaan dan kementerian supaya memastikan dalam keadaan ini pengguna jangan menjadi mangsa. Tentunya kita tidak mampu untuk mengatasi perkara ini. Ada juga dinasihatkan supaya kita rendam dalam air garam dan sebagainya untuk mengurangkan kadar kimia dalam sayuran tetapi berapa sahaja orang kampung yang tahu cerita ini.

Jadi, oleh itulah kita berharap keadaan ini dapat kita kawal supaya - kadang­kadang kita tanya, apakah rakyat Malaysia sudah mempunyai ketahanan diri yang begitu kuat sehingga boleh makan racun ini, Singapura tolak. Jadi, inilah perkara-perkara yang kita harap tanggungjawab ini kita minta kerajaan dan kementerian memikulnya. Begitu juga oleh kerana barangkalinya kita kurang prihatin dengan masalah ini, satu ketika dahulu kita dikejutkan dengan ikan-ikan yang dibawa masuk dari negara jiran yang mengandungi bahan awet yang membahayakan kesihatan. Ada yang menyebutkan bahan awet yang digunakan harnpir sama dengan pengawet mayat supaya menjadikan ikan-ikan ini ikan yang segar. Kita terkejut tetapi sekali lagi kita bertanya, banyakkah kita sudah makan ikan­ikan ini?.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 31

Begitu juga dengan buah-buahan, buah Iongan, satu ketika dahulu. Musim ini kita diberitahu selamat dimakan, alhamdulillah. Tetapi satu ketika dahulu setelah berapa lama kita membeli baru kita diberitahu bahawa kadar semburan racuri kepada buah-buah Iongan itu begitu tinggi, membahayakan. Kebetulan pula ka!au makan buah itu mesti gigit, anak­anak kita mesti gigit. Jadi, ini semua saya rasa kita perlu prihatin terhadap perkara-perkara seumpama ini.

Saya rasa dalam keadaan pembeli dan pengguna ini, saya juga tertarik tentang peranan orang tengah tadi. Orang tengah ini nampaknya disebutkan sebagai ahli panel Tribunal oleh Yang Berhormat tadi. Tetapi saya juga bersetuju apa Yang Berhormat sebutkan. Orang tengah ini juga jadi masalah kepada kita. Sebab itu masalah nelayan, ikan kalau kita sebut, orang tengah ini yang mengaut untung, nelayan terus miskin Dia menjual di pasar dengan harga yang mahal dan ikan menjadi mahal. Di Johor misalnya untuk mengelakkan ini kita ada 'fish on wheel' di mana kita minta Persatuan Nelayan terus menghantar ikan-ikannya dengan Iori-lori yang kecil ke kampung supaya ia dapat mengelakkan orang tengah mengaut keuntungan.

Oleh itu, kita minta juga kementerian melihat peranan orang tengah ini seperti mana Yang Berhormat sebut tadi menjadi kaya raya. Pekedai mengatakan dia mendapat harga yang tinggi, jadi dia kena jual dengan harga yang tinggi. Nelayan mengatakan dia ditawarkan dengan harga yang rendah. Jadi, siapa yang menjadi mangsa. Jadi, orang tengah ini nampaknya dalam keadaan ini terlepas.

Jadi, kita berharaplah kementerian memerhatikan bahawa peranan orang tengah ini tidak terlepas daripada mengeksploitasi harga barang-barang yang boleh merugikan pengguna. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Puan Ramlah dahulu, selepas itu diikuti oleh Dato' Chet Singh.

12.21 tgh.

Puan Hajah Ramlah binti Kassim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong penuh Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999 yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini dengan alasan-alasan berikut.

Pertama, menjamin hak pengguna yang mengeluarkan kos pembelian atau harga barangan untuk membeli atau sesuatu barang atau perkhidmatan agar barang atau perkhidmatan tadi sesuai dengan harganya.

Yang kedua, pembeli selalunya tertipu disebabkan oleh yang pertama, kurangnya maklumat atau informasi yang tepat terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan yang diharapkan.

Yang ketiga, wujudnya promosi yang palsu yang menonjolkan nilai sesuatu barangan atau perkhidmatan Iebih dari realiti yang sebenar.

Yang keempat, terdapatnya usaha-usaha dari pihak penjual atau pemberi khidmat yang menutup kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang terdapat dalam barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan yakni menyembunyikan kerosakan­kerosakan yang ada. Ini adalah satu penipuan.

Yang kelima, ada juga golongan pembeli yang tidak peka tentang harga barangan atau perkhidmatan kerana kurang mengambil perhatian atau mengambil tahu tentang barang-barang yang hendak dibeli, akibatnya mereka ini senang menjadi mangsa oleh golongan peniaga.

Yang keenam, ada di antara golongan pembeli yang tidak tabu sistem tawar­menawar kerana hendak menjaga imej atau status, yang penting pada pendapat saya

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

32 DN.3.8.1999

mereka yang wajib diberi perlindungan yang memerlukan pembelaan dari kerajaan melalui undang-undang kerana pendapatan mereka hanya cukup untuk menampung kehidupan, berhubung dengan golongan yang tidak tabu berbelanja atau sambil Iewa dengan wang pendapatan mereka, saya hanya mencadangkan agar ke.rajaan membuatkan program kesedaran pembeli kerana undang-undang tidak dapat menyelamatkan mereka.

Yang ketujuh, penggunaan jenama palsu, barang-barang tiruan hendaklah dihapuskan dari pasaran.

Yang kelapan, produk yang membahayakan kesihatan kerana ada bahan-bahan toksid atau racun yang tidak dijelaskan di dalam ramuan yang tercatat pada barang tersebut atau sekali pun tercatat, tetapi tidak difahami oleh pengguna. Misalnya alat-alat solek dan juga ubat-ubatan yang boleh merosakkan pengguna. Kadang-kadang kita beli barangan untuk kecantikan tetapi sebaliknya menimbulkan kerosakan di muka atau di rambut pengguna.

Yang kesembilan, barang-barang haram dikatakan halal dengan tujuan meluaskan pemasaran dan melariskan penjualan.

Yang kesepuluh, untuk kemudahan pengguna, bahan-bahan yang halal dan tidak halal hendaklah diasingkan dari segi tempat pamerannya dan dilarang mencampuradukkan barangan ini khasnya yang berhubung kait dengan makanan dan minuman. Contohnya, minuman keras seperti beer, brandy, anchor diletakkan bersama-sama minuman tin yang lain.

Sekarang ini terdapat di pasar-pasar raya minuman keras telah ditinkan dan diletakkan di tempat yang sama dengan minuman-minuman yang lain, yang mana mengelirukan pembeli-pembeli Islam, jika tidak prihatin dan ini juga memudahkan golongan kanak-kanak atau pelajar untuk membelinya, ini boleh menggalakkan para pelajar meminum minuman yang memabukkan.

Tuan Yang di-Pertua, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada penjual dan pemberi khidmat bahawa mereka sewajamya memberi tanggungjawab terhadap pembeli daripada segenap kategori yang tersebut di atas, yang peka dan tidak peka tentang harga barangan bahawa penipuan itu adalah satu penganiayaan dan wajib dielakkan sedaya upaya.

Keprihatinan ini jika wujud di kalangan mereka, mereka sebenamya telah berkhidmat kepada sekurang-kurangnya tiga pihak, pertama, kepada diri mereka sendiri, kedua, kepada pengguna dan ketiga kepada pihak kerajaan.

Kesimpulannya salah satu tugas yang perlu dilaksanakan oleh kementerian, mengiringi Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999 ialah mengadakan kempen penerangan yang menyeluruh untuk mewujudkan penjual dan pembeli yang prihatin dan beretika di negara ini.

Pelaksanaan undang-undang sememangnya baik tetapi jika pengguna dan penjual kedua-dua tidak peka tentang nilai peradaban dan terkandung di dalam undang-undang ini dan menjadikannya sebagai satu cara hidup, pihak kementerian akan berhadapan dengan satu situasi yang dinamakan sebagai 'Mickey Mouse', dengan izin, dalam melaksanakan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Chet Singh.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 33

12.40 tgh.

Dato' Chet Singh: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta semua kakitangan beliau kerana sifat ketelusan dan ketekunan mereka yang telah memastikan rang undang­undang ini dikemukakan di Parlimen untuk diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rang undang-undang yang sedia ada sehingga masa kini, para pengguna hanya dilindungi secara terhad, tambahan lagi kebanyakan pengguna pula tidak sedar akan hak-hak mereka, begitu juga sesetengah pengguna enggan mempemiagakan hak mereka, ini mungkin disebabkan keberatan mereka untuk menunjukkan satu konfrontasi.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rang undang-undang yang sedia ada, yang berkaitan dengan pelindungan pengguna, para pengguna kita hanya dilindungi secara terhad dalam beberapa aspek seperti makanan, pharmaceutical, kosmetik, racun perosak dan beberapa jenis barangan elektrik, perumahan, urusniaga sewa beli, kedai pajak gadai, penerangan dagangan, jualan langsung, berat dan ukuran, kawalan harga, beberapa jenis perkhidmatan profesional seperti peguam, doktor, akauntan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang baru ini nescaya dapat melindungi barangan dan perkhidmatan pengguna secara lebih meluas. Perlindungan yang lebih ini sememangnya amat memanfaatkan dan diharap agar para pengguna akan memperolehi pengetahuan yang lebih mengenainya di samping menggunakan hak mereka apabila perlu.

Tuan Yang di-Pertua, pada dasamya rang undang-undang ini mempunyai ciri-ciri positif dan merupakan pentanda yang baik untuk melindungi para pengguna kita. Aspek­aspek berikut diliputi dalam rang undang-undang tersebut ialah amalan pemiagaan yang tidak beretika, keselamatan para pengguna berkaitan barangan dan perkhidmatan, liabiliti produk, para pengeluar dan pembekal adalah bertanggungjawab atas sebarang kecederaan dan ketosakan yang dialami akibat penggunaan produk tersebut, gerenti tersirat bagi sebahagian besar barangan dan perkhidmatan, tebus rugi dalam Tribunal Tuntutan Pengguna, membenarkan para pengguna menolak barangan dan perkhidmatan serta membatalkan kontrak dan tidak membenarkan pengecualian, liabiliti untuk sebarang kecacatan produk melalui sebarang syarat atau notis yang dikeluarkan oleh pengeluar atau pembekal.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ciri baik rang undang-undang ini ialah kehadiran peruntukan, setandard keselamatan untuk barangan dan perkhidmatan. Peruntukan ini amat dialu-alukan, sehingga kini kebanyakan kumpulan pengguna mendesak untuk peruntukan sedemikian bagi melindungi pengguna. Kehadiran peruntukan tersebut memang amat bermakna tetapi yang lebih penting ialah untuk menggunakannya secara efektif di samping melaksanakannya.

Justeru itu, Yang Berhormat Menteri mesti memastikan kehadiran standard barangan dan perkhidmatan yang bersesuaian dan ini mesti dilakukan dengan segera, kalau tidak peruntukan ini menjadi tidak bermakna dan hanya akan menjejaskan keselamatan pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, menurut rang undang-undang ini, seksyen 23, Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa untuk menyiarkan apa-apa barang sebagai barang larangan jika barangan itu telah menyebabkan atau mungkin menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau harta atau selainnya tidak selamat. Seksyen ini juga membenarkan panggilan balik barang-barang itu. Ini merupakan satu peruntukan yang sangat baik.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

34 DN.3.8.1999

Tuan Yang di-Pertua, sebagai yang telah saya jelaskan sebelum ini, rang undang­undang ini sememangnya amat memuaskan dan mutunya boleh dipertingkatkan lagi selepas pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, saya juga ingin mengemukakan beberapa komen, satu komen yang ingin saya kemukakan ialah tentang ketiadaan peruntukan untuk mendedahkan sepenuhnya barangan import yang mungkin dilarang, dikawal penggunannya atau dipanggil balik di negara-negara lain.

Berdasarkan pengalaman persatuan-persatuan pengguna dan para aktivis, didapati wujud syarikat-syarikat yang mengamalkan double standard. Mungkin setengah produk dilarang, disekat atau dipanggil balik di negara-negara asalnya atau di negara-negara lain, tetapi hal ini tidak disampaikan kepada negara-negara yang sedang membangun, yang mengimport barang-barang tersebut. Beberapa contoh barangan tersebut ialah makanan, pharmaceutical, racun perosak dan alat permainan.

Justeru itu, dicadangkan agar rang undang-undang ini mesti merangkumi peruntukan yang mewajibkan para pengeluar dan pembekal menyediakan pendedahan, maklumat yang lengkap tentang hakikat bahawa semua barangan itu telah dilarang, disekat atau dipanggil balik di negara-negara lain. Kewajipan mendedahkan kenyataan sedemikian tidak hanya harus dilakukan sebelum mengimport barangan tetapi juga harus didedahkan dari masa ke semasa apabila larangan sekatan atau panggilan balik barangan dikenakan ke atas sesuatu barang di negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi komen ialah ketiadaan peruntukan untuk syarat­syarat melabel. Walaupun perkara ini dirangkumi dalam Akta Penerangan Dagangan 1972, adalah wajar agar ada satu peruntukan untuk syarat-syarat melabel. Amatlah penting agar pengguna mempunyai makluamt mengenai pengeluar, pembekal, amaran, kandungan, ukuran dan sebagainya.

Simbol yang bersesuaian mesti disertakan untuk memberi amaran kepada para pengguna dalam kes-kes yang melibatkan produk-produk yang mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti bahan kimia, penggunaan rumah, alat permainan dan produk-produk lain. -

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna membolehkan tuntutan pengguna diberi perhatian yang lebih cepat. Saya amat menyokong konsep Tribunal Tuntutan Pengguna tetapi ingin mendapatkan penjelasan untuk beberapa perkara.

Nampaknya Tribunal tersebut yang berfungsi sebagai sebuah institusi akan terletak di lima tempat termasuk di Sabah dan Sarawak. Seandainya Tribunal tersebut terletak di lima bandar di seluruh Malaysia, maka timbul persoalan sama ada akan merugikan para pengguna negeri-negeri lain dari segi masa dan kos. Keadaan ini yakinnya tidak menggalakkan para pengguna untuk mengemukakan tuntutan. Justeru itu, saya ingin membangkitkan persoalan sama ada pejabat Tribunal tersebut boleh juga ditubuhkan di negeri-negeri lain ataupun sama ada institusi-institusi lain seperti Mahkamah Tuntutan Rendah dapat membantu dengan berfungsi sebagai pejabat Tribunal di negeri-negeri lain.

Point yang kedua ialah tentang had masa yang dibenarkan untuk mengemukakan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna. Berdasarkan seksyen 99(2) bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada satu tuntutan yang berasaskan kepada satu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun daripada tuntutan itu. Persoalannya ialah tentang kewujudan had jangka masa tiga tahun sedangkan akta limitation telah pun menyatakan bahawa had masa kes-kes kontrak ialah selama enam tahun. Bolehkah had jangka masa tersebut diselaraskan berdasarkan akta limitation.

Tuan Yang di-Pertua, satu komen lagi ialah berdasarkan seksyen 108(2). Seksyen ini tidak membenarkan peguam mewakili mana-mana pihak tetapi membenarkan satu perbadanan itu diwakili oleh pekerja yang digaji sepenuh masa. Kebanyakan perbadanan

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 35

mengambil para peguam sebagai pekerja sepenuh masa. Walaupun para peguam ini tidak berfungsi sebagai peguambela dan peguam yang sedang berkhdimat, mereka berfungsi dengan Iebih cekap dalam mewakili kepentingan perbadanan masing-masing, dengan izin, this will place the consumer at the disadvantage. Justeru itu, para pengguna mesti diwakili dengan secukupnya agar bersifat adil. Para pengguna kalau boleh diwakili oleh persatuan­persatuan pengguna yang berdaftar jika tidak diwakili oleh peguam.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ialah berkaitan dengan keanggotaan Majlis Penasihat. Menurut seksyen 74(1)(b) rang undang-undang menyatakan bahawa tidak lebih daripada 16 orang lain yang mewakili pelbagai sektor masyarakat. Walau bagaimanapun, yang diutamakan ialah ketiadaan makluman mengenai bilangan wakil daripada pelbagai sektor yang mungkin boleh menyebabkan para pengeluar dan pembekal menguasai Majlis tersebut. Yang Berhormat Menteri harus memastikan agar keadaan seperti ini tidak berlaku apabila melantik anggota memandangkan bilangan yang tepat adalah sukar untuk diper­olehi.

Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan bahawa para pengguna mendapat pelindungan yang lebih memuaskan dengan adanya rang undang-undang tersebut dan saya pasti menyokongnya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, once implemented and if necessary, appropriate amendment can be made to further improve this act which is already a good act. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Siti Hawa binti Mohd. Noor.

12.55 tgh.

Puan Siti Hawa binti Mohd. Noor: Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahas Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna 1999 yang telah dibentang­kan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Saya berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang dapat mengadakan dan akan melaksanakan Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna 1999.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna telah disuarakan sejak dua dekad yang lalu dan telah diperjuangkan oleh persatuan­persatuan pengguna sejak tahun 1978 lagi. Ianya bertujuan mengadakan peruntukan bagi pelindungan pengguna, menubuhkan Majlis Penasihat Pelindungan Pengguna dan juga Tribunal Tuntutan Pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan telah menubuhkan Majlis Hal Ehwal Pengguna di setiap negeri dan setiap daerah, namun kewujudannya tidaklah begitu aktif dan kurang berkesan dalam memainkan peranannya bagi mengadakan kursus-kursus dan penerangan kesedaran pendidikan pengguna kepada masyarakat umumnya, sama ada di bandar-bandar, desa, di kampung-kampung, kepada petani-petani, nelayan, pelajar, pengusaha dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sewajamya semua golongan hendaklah menjadi masyarakat pengguna yang bertanggungjawab dan tidak memilih kepentingan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Dengan terlaksananya Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna 1999 ini, saya ingin menyarankan supaya, yang pertama, penerangan pendidikan pengguna hendaklah diadakan secara menyeluruh dan pastikan bahawa rakyat benar-benar faham peranannya dan hak sebagai pengguna dan adanya undang-undang pelindungan pengguna.

Yang kedua, wujudkan pegawai penguatkuasa dan kakitangan secukupnya di peringkat negeri dan di setiap daerah-daerah.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

36 DN.3.8.1999

Yang ketiga, menyarankan kepada kerajaan untuk memastikan supaya karenah birokrasi dalam proses tuntutan melalui Tribunal dapat dikurangkan dan setiap proses tuntutan pengguna hendaklah dipermudahkan agar tidak melibatkan kos yang banyak ataupun tinggi.

Yang keempat, hak pelindungan pengguna hendaklah merangkumi semua aspek­makanan, pakaian, kebendaan, perhubungan jalan raya, di udara, kereta api dan di !aut, kenderaan-kenderaan, harta-benda, perumahan dan pembinaan serta perkhidmatan kesihatan dan berkaitan kepenggunaan.

Yang kelima, Tribunal hendaklah diwujudkan di peringkat negeri dan juga daerah.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna 1999. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu.

12.59 tgh.

Dato' Dr. T. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberi untuk membahaskan rang undang-undang ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana membentangkan Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna 1999 yang begitu komprehensif dan penting untuk negara kita.

Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, rang undang­undang ini akan memberi pelindungan kepada pengguna melalui beberapa undang-undang dan penubuhan Majlis Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna. Beberapa tahun yang lalu, hak-hak konsumer diperjuangkan oleh persatuan-persatuan konsumer seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Persatuan ini dan beberapa persatuan konsumer di seluruh negara telah mewujudkan kesedaran mengenai hak-hak pengguna. Walaupun usaha mereka harus dipuji tetapi mereka tidak boleh menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna di negara kita. Saya harap rang undang-undang ini akan menggemblengkan usaha persatuan-persatuan itu dengan kementerian ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh menyambung selepas makan tengah hari.

Dato' Dr. T. Marimuthu: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, majlis ini ditempohkan sehingga 2.30 petang ini.

Mesyuarat ditempolrkan pada pukull.OO ten gall lrari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab hari ini ialah hari penghabisan dan saya percaya Ahli Yang Berhormat tidak hendak panjangkan Majlis Mesyuarat ini sampai malam. Jadi, saya harap kalau ada yang hendak cakap, cakap pendek­pendek sahajalah. Berapa orang lagi yang hendak bercakap dalam rang undang-undang ini? Dua orang sahaja. [Ketawa] Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu menyambung ya.

2.31 ptg.

Dato' Dr. T. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin meneruskan ucapan saya dan saya ingin berjanji bahawa saya tidak akan berucap dengan panjang Iebar.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 37

Tuan Yang di-Pertua, kerjasama daripada persatuan-persatuan pengguna dengan kementerian akan memberi 'the outreach' untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang berkenaan kepada rakyatjelata. Walaupun rang undang-undang ini telah dikritik oleh pihak pembangkang bahawa ini tidak merangkumi semu;l isu yang dihadapi oleh pengguna­pengguna, saya berpendapat bahawa bill ini adalah satu 'benchmark' di mana kita boleh membaiki apabila rang undang-undang ini dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah satu dokumen yang panjang dan mengandungi 14 Bahagian dan 150 Fasal. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana semua maklumat yang berkaitan akan disampaikan kepada rakyat jelata khususnya penduduk-penduduk di luar bandar seperti penduduk-penduduk di kampung-kampung dan estet-estet? Bagaimanakah mereka boleh mendapat faedah dari­pada undang-undang ini dan saya khuatir jika hak-hak mereka tidak disampaikan kepada mereka golongan ini akan dieksploitasi dengan terus oleh orang-orang tengah?

Saya bercadang bahawa kementerian ini mengadakan satu kempen yang agresif melalui media massa, cetak dan elektronik. Kementerian juga harus mengadakan seminar dan dialog untuk mempertingkatkan kesedaran konsumer di kalangan rakyat kita khususnya golongan berpendapatan rendah.

Satu aspek yang saya ingin sentuh ialah pendidikan kepenggunaan. Rakyat di negara kita harus dididik bukan sahaja mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna tetapi juga kewajipan dan tanggungjawab mereka sebagai konsumer. Mereka juga harus dilatih untuk memainkan peranan mereka sebagai pengguna yang bertanggungjawab.

Saya juga ingin tabu apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk memberi pengetahuan kepada pengguna untuk mengasingkan barang-barang asal daripada barang-barang tiruan seperti panadol, ubat gigi dan barang-barang 'pharmaceutical' yang dijual di pasar malam yang akan merosakkan kesihatan mereka?

Tuan Yang di-Pertua, iklan-iklan melalui radio mengenai beberapa pi! dan krim­krim kecantikan diedarkan. Adakah barang-barang ini telah mendapat kebenaran daripada kementerian dan jika tidak bagaimana mereka boleh mendapat ganti rugi jika wanita itu tidak menjadi cantik seperti yang dijanjikan oleh syarikat-syarikat itu?

Untuk mewujudkan rakyat yang mempunyai kesedaran mengenai hak-hak dan kewajipan mereka, kita harus mengadakan pendidikan kepenggunaan di sekolah-sekolah kita. Unsur-unsur dan isu-isu pendidikan kepenggunaan boleh diserapkan dalam beberapa mata pelajaran seperti mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Geografi dan sebagai­nya di kurikulum sekolah-sekolah kita.

Saya difahamkan bahawa pendidikan kepenggunaan ini dipromosikan di sekolah­sekolah kita melalui kegiatan-kegiatan ataupun aktiviti-aktiviti persatuan pengguna. Saya harap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus berunding dengan Kementerian Pendidikan mengenai pendidikan kepenggunaan yang boleh diajar dengan lebih jelas untuk membina rakyat yang mempunyai apa yang dikatakan oleh Yang Berhonnat Timbalan Menteri 'civic consumerism'.

Pengajaran dan pembelajaran pendidikan consumer ini boleh diajar dalam dua bentuk iaitu sebagai pendidikan formal dan melalui pendidikan tidak formal. Jika kita mempertingkatkan pendidikan kepenggunaan, saya harap kita boleh mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai 'civic consumerism' itu.

Dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Christine.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

38 DN.3.8.1999

2.40 ptg.

Datuk Christina Lorline Tibok: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam menyokong Rang Undang­undang Perlindungan Pengguna 1999. Cadangan Kementeriim Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memperkenalkan Akta Perlindungan Pengguna ini adalah amatlah dialu-alukan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kementerian berkenaan yang begitu peka dan prihatin terhadap isu-isu yang menjadi masalah sama ada dalam bentuk penipuan dan pengeliruan kepada pengguna. Seperti mana yang kita ketahui umum, konsep pengguna ini adalah amat luas. lanya merangkumi soal kepenggunaan apa sahaja perkhidmatan yang diberikan sama ada dari pihak swasta mahupun pihak kerajaan.

Selama ini hak pihak pemberi perkhidmatan mempunyai perlindungan daripada berbagai undang-undang manakala dari sudut hak-hak pengguna pula perlindungan undang-undang kepada pengguna itu sendiri adalah belum mencukupi. Kata-kata lama yang menyatakan "pengguna adalah raja" yang mana bermaksud pembeli yang menentukan sesuatu pasaran barangan itu atau sebaliknya kini sudah menjadi lapuk dan terasing. Mudah-mudahan dengan adanya akta perlindungan pengguna ini kuasa pengguna untuk menentukan harga barangan akan lebih menjadi kenyataan dan terjamin.

Untuk mencapai tujuan tersebut saya cadangkan supaya pihak kementerian yang berkenaan memberi penerangan dan kefahaman tentang akta baru ini seluas-luasnya terutamanya pengguna di luar bandar. Ini memastikan agar pihak pengguna ini akan dapat memahami dan tahu menggunakan hak-hak mereka dengan lebih berkesan lagi. Ini akan lebih berkesan dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak kerajaan dengan persatuan pengguna bagi menyampaikan tujuan sebenar akta baru ini kepada para pengguna. Di samping itu pihak kerajaan juga harus memberi galakan yang secukupnya kepada persatuan-persatuan pengguna supaya mereka dapat bersama-sama memberi bimbingan kepada pengguna khususnya dalam soal akta baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini, saya mohon mencadangkan supaya pihak kementerian akan mengadakan sesi-sesi forum dan perbincangan tentang hak-hak pengguna supaya kedua-dua pihak pengguna dan pengeluar dapat memahami kepentingan masing-masing. Dalam kesempatan ini sayajuga ingin mencadangkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai langkah pertama, saya mohon supaya kementerian ini dapat bekerjasama dengan Kementerian Penerangan supaya kandungan akta ini dapat dihebahkan melalui televisyen dan radio secara meluas dengan berkesan. Barangkali forum-forum perbincangan juga perlu diadakan di seluruh pelosok negara tentang kandungan akta ini.

Dalam kesempatan ini saya ingin mohon kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya mencari jalan bagaimana menurunkan harga barangan dan perkhidmatan di negeri Sabah. Di negeri Sabah parti Barisan Nasional telah diberi nama dengan olok-oloknya 'barang naik'. Kita sedar tentang beberapa isu structural dalam ekonomi Sabah yang menyebabkan kenapa harga barangan dan perkhidmatan di Sabah mahal tetapi perkara sebegini tidak begitu diketahui oleh para pengguna di negeri Sabah terutamanya penduduk di luar bandar yang kurang mendapat penerangan dan maklumat yang mencukupi tentang hak mereka.

Selain itu mereka juga tidak mengetahui bahawa bukan semua barangan atau komoditi di Sabah lebih mahal daripada harga barangan di lain-lain negeri di Malaysia. Pengguna terutamanya di luar bandar juga tidak tabu bagaimana menyampaikan atau menyalurkan aduan mereka tentang kenaikan sesetengah barangan ataupun penipuan yang dibuat oleh penjual yang begitu ketara. Kekurangan maklumat tentang bagaimana dan siapa yang harus dilaporkan menyebabkan pengguna itu sendiri buat tidak kisah sahaja dengan kenaikan suatu barangan yang dibuat oleh peniaga tersebut. Komunikasi dua hala antara

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 39

kerajaan dengan para pengguna tadi perlulah dilaksanakan Jebih efektif lagi. Ini bermaksud maklumat tentang hasrat mumi kerajaan untuk melindungi para pengguna dengan undang­undang baru ini dapat disampaikan kepada pengguna secara · berkesan. Di sam ping pengguna itu sendiri tahu hak-hak mereka sebagai. pengguna dan dapat menyampaikan aduan mereka kepada kerajaan dengan lebih berkesan Jagi. Sebab itu adalah amat penting bagi kerajaan untuk memberi penjelasan yang sebenamya tentang turun naik harga barang.

Saya mohon agar Majlis Pengguna Negara yang bakal ditubuhkan akan mengambil langkah-langkah positif untuk melaksanakan tanggungjawab memberi maklumat yang betul kepada pihak pengguna supaya kekeliruan dapat dikikis.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga tidak mahu adanya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mempolitikkan soal turun naik harga. Ini berlaku sebagai contohnya pilihan raya di Sabah baru-baru ini. Pihak pembangkang cuba memutarbelitkan tentang kenaikan harga barangan seperti beras. Ini disebabkan pengguna itu tidak mendapat maklumat tepat kerana kurangnya penerangan atau penjelasan yang berkesan maka sudah tentunya pengguna terutamanya di pedalaman Sabah menganggap kerajaan yang sedia ada adalah tidak prihatin dengan kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Tanggungjawab memastikan agar pihak peniaga tidak mengambil untung yang keterlaluan terletak di bahu pengguna. Sebab itu kesedaran tentang hak-hak pengguna adalah penting. Kesedaran pengguna di samping dengan adanya akta baru ini, adalah diharap akan dapat membendung gejala penipuan dan pengeliruan oleh peniaga kepada pengguna.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

2.47 ptg.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam sesebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia ini masalah pengguna menjadi semakin rumit. Kita tahu dalam dasar ekonomi terbuka, ekonomi global yang terdapat sekarang ini semua golongan rakyat adalah juga pengguna. Di dalam masa yang sama masalah penipuan kepada pengguna ini berlaku dan mengikut jenis ataupun tahap kedudukan golongan masyarakat itu sendiri. Misalannya kita dapati takrifberkenaan dengan "pengguna" ini ialah sesiapa sahaja yang mendapat sesuatu barangan atau perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan diri sendiri dan kegunaan keluarganya. Ini bermakna semua orang adalah pengguna, pengeluar juga adalah pengguna kerana merekajuga menggunakan barangan dan perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, masalah kepenggunaan dan ilmu pengetahuan bersangkut dengan pengguna ini perlu dilihat secara meluas. Sesebuah negara yang maju yang ingin menjadi negara yang bertaraf maju seperti Malaysia ini sudah tentu memerlukan rakyat yang peka, yang sensitif kepada masalah yang saya sebutkan tadi. Kita tidak boleh elak perbezaan harga mengikut jenis barangan atau perkhidmatan yang diperolehi oleh seseorang itu tetapi dalam masa yang sama kita harus mengawasi supaya tidak ada pihak sebagai pengguna yang tertindas yang menjadi mangsa akibat daripada eksploitasi pihak­pihak lain yang lebih berkuasa ataupun lebih mengetahui. Kita tahu sifat manusia ini, mereka tamak, mereka ingin mencari keuntungan yang cepat dan mereka mengambil kesempatan untuk mengeksploitasikan sesuatu keadaan di mana boleh.

Oleh yang demikian, sudah tentulah Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna ini amat sesuai sekali diluluskan dan insya-AIIah dilaksanakan. Ke arah itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya pengetahuan ataupun persatuan yang bersangkut dengan pengguna ini diperluaskan ke semua peringkat termasuk di institut

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

40 DN.3.8.1999

pengajian tinggi; tempat-tempat kerja, kilang-kilang dan segala tern pat yang sesuai sebab kita tabu semua masyarakat memerlukan dan terlibat secara langsung dari segi penggunaan ini. Sekarang ini saya difahamkan pihak kementerian ada mengeluarkan satu warta yang namanya Warta Cermat yang didalamnya dari semasa ke. semasa mengandungi bahan­bahan yang ada kaitan dengan kepenggunaan. Oleh yang demikian saya tidak sedar sama ada warta ini disebarkan secara meluas ke semua negeri, perpustakaan awam, persatuan­persatuan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor salah guna bersangkut dengan pengguna ini sudah tentu ia melibatkan berbagai-bagai, misalnya dari segi makanan, pendidikan, pakaian dan keperluan perkhidmatan yang kita dapati sekarang ini banyak berlaku penyalahgunaan. Misalnya dari segi makanan, kita dapati satu contoh yang jelas banyak pengeluaran makanan yang ditinkan, dibungkus dan sebagainya diletakkan dengan label 'Halal'.

Memanglah kalau dari segi hendak dapatkan pengesahan 'Halal' dan 'Halal' ini pula bukan satu jenis sahaja logo. Kalau kita perhatikan bungkusan termasuk tin-tin ada banyakjenis. Ada 'Halal' yang diiktiraf, ada dibubuh 'Halal' juga tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu sehingga ini pun kalau kita pergi ke kedai-kedai kita dapati benda ini masih berleluasa.

Saya tidak tabu sama ada pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini sedar ataupun tidak. Logo 'Halal' yang mana satu yang boleh diiktiraf dan boleh dipakai? Kalau tidak boleh dipakai, adakah rang undang-undang ini pihak Jawatankuasa Perlindungan Pengguna ataupun Majlis Pengguna Negara atau Negeri boleh bertindak terhadap peniaga-peniaga yang menjualkan bahan­bahan makanan dan pengilang-pengilang yang mengeluarkan makanan dengan menggunakan logo 'Halal' yang tidak halal itu.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus teliti dan harus perhatikan. Begitu juga bagi barang-barang yang sudah pun luput tarikh masanya. Kita dapati barang-barang yang sebegini masih lagi banyak dan masih dijual secara berleluasa dan tidak terkawal dan sudah tentulah orang di luar bandar, orang biasa yang menjadi mangsa. Mereka ini apabila telah beli kalau kadang-kadang hendak bawa pergi balik ke supermarket dan kedai-kedai, resit sudah hilang dan sebagainya, bila pergi hendak berhujah dengan penjual itu pula jadi masalah. Jadi mahu atau tidak mereka ini terpaksa bawa balik dan menggunakan barang­barang yang telah dibeli dan telah luput itu juga. Ini membahayakan kedudukan dan adalah mewujudkan satu ketidakadilan bagi golongan mereka ini.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dalam bidang-bidang yang melibatkan teknikal, perjanjian dan sebagainya. Ramai misalnya beli rumah, beli kenderaan, kita buat perjanjian dan pada masa itu kita tidak tabu dari segi syarat-syarat, kita sign sahaja. Bila kita balik sampai masanya kita dapati pinjaman bank dan bayaran itu dan ini tiba-tiba kita sudah bayar sekian-sekian banyak dan bakinya pun banyak lagi. Jadi ini juga perlu dilihatkan supaya pengguna-pengguna tidak menjadi mangsa kepada pihak yang mengurus.

Misalannya sekarang ini rumah, kita dapati masih banyak pemaju yang meng­iklankan rumah-rumah mereka mengatakan bayar deposit sekian banyak dan dapat diskaun sekian peratus untuk bumiputera dan dalam masa beberapa bulan tidak perlu bayar bulanan dan sebagainya. Proses pinjaman tidak perlu dibayar tetapi apabila kita pergi dan berjumpa dalam keadaan sebenar ianya tidak sebagaimana yang diiklankan. lni juga harus dilihat dan kita tidak tabu sama ada akta ini boleh dikuatkuasakan dan boleh mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Kita juga dapati di dalam perkhidmatan kesihatan, rawatan doktor-doktor private ini, dengan izin, kalau sekiranya kita dapat rawatan dan kadang-kadang kita hendak kena bayar, kalau kita duduk di tempat penginapan di hospital itu kita tahu ratenya kalau tempat sekian, sekian banyak sehari. Tetapi dari segi rawatan kadang-kadang doktor-doktor pakar

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 41

ini tidak pemah consult, tidak pemah tanya sama ada kalau kita hendak disuntik atau hendak diberi ubat sekian-sekian harganya sekian dan kita mahu ataupun tidak.

Sepatutnya apa yang harus dibuat ialah dia kena tanya dahulu patient atau waris patient itu sama ada kita sanggup ataupun tidak hendak bayar ataupun hendak dirawat dengan memberi ubat ini. Tetapi malangnya apabila sampai masa hendak discharge tiba­tiba kita tabu bilik bayar sekian, ubat sekian, tengok-tengok dia masuk dalam bil sampai yang bukan-bukan. Bila kita tanya ini biasa. Dia masuk begitu sahaja. Ini adalah satu penipuan yang jelas orang-orang yang memang pakar dan mahir dan ini juga perlu juga diambil perhatian oleh pihak Tribunal ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan hak-hak pengguna iaitu hak untuk mendapat keperluan asas. Hak untuk mendapat keperluan asas bererti hak kepada barang-barang dan perkhidmatan asas yang perlu untuk kehidupan iaitu makanan yang mencukupi, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan pendidikan. Hak mendapat keselamatan, pengguna berhak untuk dilindungi daripada barang proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan. Sekarang ini dari segi jaminan untuk mendapat keselamatan itu amat susah kita hendak kawal. Kadang-kadang kita dapati hal-hal yang sebegini kita tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan sama ada sesuatu barang atau perkhidmatan itu selamat ataupun tidak. Tetapi apabila berlaku secara coincident, dengan izin, barulah kita dapat mengetahui keadaan itu. Oleh sebab itu, ahli Tribunal Pengguna ini ataupun Majlis Penasihat ini hendaklah diambil kira terdiri daripada orang-orang yang mempunyai pengalaman, kepakaran di dalam bidang-bidang tertentu.

Pihak kerajaan juga perlu melihat mereka yang dilantik ini bukan memegang berbagai-bagai jawatan yang semata-mata memikirkan mereka ini memegang jawatan untuk hendak mendapatkan kepentingan tertentu untuk dirinya sahaja. Ramai yang macam itu, hila jawatan diberi dia guna untuk hendak hadir dalam perjumpaan, hendak belanja wang yang dia bagi tetapi dia membelakangkan kepentingan kepenggunaan itu sendiri. Oleh sebab itu kita mestilah melihat dalam berbagai-bagai segi selain daripada aspek-aspek yang saya sebut tadi mengikut kemahiran ahli-ahli yang hendak dilantik itu.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan hak mendapat maklumat. Hak mendapat maklumat bererti hak untuk diberitahu fakta-fakta yang perlu bagi memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat. Pengguna perlu dibekalkan maklumat yang mencukupi bagi membolehkan mereka bertindak dengan bijak dan bertanggungjawab.

Hak untuk memilih. Pengguna harus diberi kebebasan untuk memiliki dan menentukan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi, keperluan, cita rasa dan kemampuan masing-masing pada harga yang munasabah. Dalam kes monopoli, pengguna harus mendapatjaminan kualiti barangan dan perkhidmatan yang memuaskan daripada harga yang berpatutan.

Hak bersuara. Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan. Dengan demikian, kepentingan pengguna akan mendapat pertimbangan sewajamya dalam menentukan dasar-dasar kerajaan dan kuasa ekonomi yang lain.

Hak mendapat ganti rugi. Hak mendapat ganti rugi bererti hak mendapatkan penyelesaian tuntutan. Pengguna berhak menerima pampasan sekiranya ia mengalami kerugian akibat maklumat yang salah atau barangan dan perkhidmatan yang mengakibat­kan kecederaan.

Hak untuk mendapat pendidikan pengguna. Pengguna berhak mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna yang bermaklumat sepanjang hayat.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

42 DN.3.8.1999

Oleh yang demikian, sekali lagi saya mengesyorkan supaya kurikulum di sekolah termasuk sekolah rendah diadakan yang berkaitan dengan kepenggunaan.

Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat. Pengguna mempunyai hak untuk hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan. ·

Tanggungjawab pengguna iaitu kesedaran mengkritik. Jika sesuatu barang atau perkhidmatan yang diterima tidak sempuma, pengguna harus menyuarakan pendapat bagi mendapatkan barangan yang sempuma. Pengguna harus libatkan diri dalam kegiatan­kegiatan sosial yang memelihara kepentingan pengguna dan mengambil tindakan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempuma.

Pengguna harus bertindak dengan rasa tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak-tanduk mereka tidak menjejaskan go Iongan rakyat yang kurang bemasib baik. Pengguna perlu kesedaran terhadap pentingnya alam sekitar dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan hid up sekarang dan juga pada masa hadapan. Pengguna harus mempunyai semangat bekerjasama dan bersatu-padu supaya melahirkan kekuatan dan perhatian supaya kepentingan pengguna dapat dijaga. Jika sesuatu barang yang dibeli rosak ataupun cacat, pengguna harus mengambil tindakan tertentu misalannya perkara-perkara yang ada panduan di dalam warta yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan penuh percaya bahawa langkah yang diambil oleh kerajaan dengan membentangkan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999 ini akan dapat memberi jaminan kepada rakyat umumnya supaya rakyat yang memang memerlukan kepada keadilan, kepada kesempumaan hidup dapat dipelihara dan dapat menikmati kehidupan yang lebih sempuma. Dengan kata-kata itu saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' P. Krishnan.

3.02 ptg.

Dato' P. Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk berbahas. Malaysia merupakan sebuah negara yang giat mem­bangun dalam semua bidang, sentiasa peka dan sensitif terhadap kehendak kesejahteraan dan keselamatan para pengguna. Kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam aspek ini jelas menunjukkan apabila menubuhkan sebuah kementerian yang khusus yang benar-benar menjaga hak pengguna.

Berikutan daripada usaha ini Kerajaan Malaysia sekali lagi telah membukti keunggulannya apabila memperkenalkan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999. Ini merupakan satu sejarah dan hari yang paling bahagia kepada semua pengguna. Syabas diucapkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sehubungan dengan perkara ini, saya ingin memberi pandangan mengenai peruntukan yang perlu dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999 iaitu aspek pajak gadai. Di negara kita, kedai-kedai pajak gadai adalah telah begitu popular di kalangan masyarakat kampung luar bandar dan ladang-ladang. Mereka sentiasa bergantung kepada pajak gadai semasa kecemasan. Pengusaha kedai pajak gadai mengikut undang-undang, enam bulan untuk menuntut semua barang-barang emas yang digadai oleh pengguna.

Dalam hal ini, ada pengguna yang dapat menuntut barang kemas yang digadai dalam masa enam bulan tersebut tetapi ada yang tidak mampu. Kadangkala bilangan yang tidak mampu adalah melebihi daripada yang mampu, dalam keadaan sedemikian peng­usaha pajak gadai mengambil kesempatan untuk melelong barang-barang kemas tersebut. Mengikut undang-undang yang sedia ada pengusaha pajak gadai haruslah menghubungi pengguna-pengguna yang berkaitan dan memberitahu bahawa barang-barang emas mereka

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 43

terpaksa dilelong kerana tidak dituntut dalam masa yang ditetapkan. Tetapi sipengguna tersebut biasanya tidak menerima surat daripada pengusaha pajak gadai dan apabila sipengguna mempunyai wang untuk menuntut semula barang emasnya, mereka tidak berjaya dan diberitahu oleh pengusaha bahawa barang-barang emas mereka telah pun dilelong.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dalam perkara ini sentiasa berlaku penyelewengan dan memberi kelebihan kepada pengusaha pajak gadai untuk mengambil kesempatan mendapatkan keuntungan yang berlebihan atas nama undang-undang yang sedia ada. Justeru itu saya mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999 juga perlulah diambil kira dan meliputi aspek pajak gadai supaya para pengguna yang berpendapatan rendah sentiasa mendapat perlindungan yang sewajarnya daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini pelbagai ubat dijual sama ada secara langsung atau di farmasi-farmasi yang mempunyai lesen. Biasanya para pengguna sentiasa terpengaruh dengan tulisan yang terdapat pada label botol ataupun kotak ubat atau melalui perbualan dengan para penjual mengenai cara penggunaan barang-barang jenis ubat. Selepas melalui proses ini, para pengguna membeli barangan jenis ubat dengan harga yang begitu mahal dan mula menggunakannya tetapi selepas masa yang diuntukkan tersebut sipengguna tidak merasa sebarang perubahan (release) daripada sebarang kesakitan. Dalam keadaan sedemikian, para pengguna tidak berjaya untuk mendapatkan semula wang ataupun sebarang ganti rugi yang berkaitan daripada pihak yang berkenaan.

Justeru itu, saya mencadangkan bahawa para pembeli yang merupakan pengguna perlu mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 supaya barang-barang jenis ubat yang terdapat di pasaran dapat dikawal dan memberi manfaat kepada para pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh Rang Undang-undang Perlindungan Penggun_a 1999 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz.

3.08 ptg.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya tidak hendak bercakap panjang hanya hendak menyentuh rang undang-undang ini kerana menyokong dan mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan dan juga persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan pengguna seperti Pergerakan Pengguna Pulau Pinang (Penang Consumers Concision), FOMCA dan juga rakyat jelata yang sentiasa memohon supaya wujudnya rang undang­undang seperti ini dan kini kerajaan telah pun menyahut permohonan kita semua kerana memberikan perlindungan. Tetapi saya Iebih berminat untuk mencari jalan bagaimana Majlis Penasihat Pengguna Negara ini berperanan lebih proaktif dari segi meneliti menerusi penyelidikan dan pembangunannya sendiri (research and development) kepada barang-barang yang dikeluarkan di negara kita dan juga di luar negara terutama sekali dari segi aspek kesihatan.

Sekarang ini kita lebih cenderung untuk menjaga kesihatan dan kalau kita melihat barang-barang makanan yang dikeluarkan di negara ini dari segi komposisi kimianya, dari segi fiber content seperti yang ada dalam sayur-sayuran dan sebagainya, dari segi protein, dari segi vitamin, dari segi kalori dan peratusan lemak. Semuanya ini sepatutnya pihak kementerian mengesyorkan seperti di Amerika ada Food and Drugs Administration (FDA), menerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara ini kita pastikan apa sahaja yang dikeluarkan di negara ini mestilah mencerminkan dari segi kesihatan, dari segi komposisi kimia dan

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

44 DN.3.8.1999

sebagainya supaya pembeli-pembeli lebih lagi terdedah kepada kualiti makanan-makanan dan ubat-ubatan dan sebagainya.

Saya rasa wujudnya akta ini mestilah memberikan guarantee kepada kualiti produk yang dikeluarkan oleh negara kita. Jadi, sekiranya pihak kementerian menerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara mempunyai satu mekanisme pemantau, maknanya, mereka sendiri mempunyai sekumpulan pakar-pakar yang boleh pergi mengaudit dari masa ke semasa, factory dan juga mereka yang mengeluarkan barang ini supaya ianya kita buat dari segi basil pengeluaran bukan sahaja dari segi end productnya ataupun dari segi penghujung pengeluaran barang-barang itu. Saya rasa spektrum ini patut kita tinjau secara menyeluruh. Pengguna menerimanya di peringkat pembeli tetapi kita menerusi Majlis dan apa sahaja caranya pergi mengaudit dari segi production line, dari segi tempat pengeluaran itu sendiri.

Jadi, ini mengurangkan dari segi gap, adanya jurang pemisahan antara produk yang dikeluarkan seperti yang diiklan menemsi yang kita sebutkan tadi, pelekat-pelekat ataupun pameran-pameran yang menentukan komposisi-komposisi makanan-makanan itu. Saya juga mengucapkan tahniah kepada seorang pejuang persatuan pengguna, dia juga cikgu saya sebenarnya, Yang Berbahagia Dato' Anuar Faizal yang terkenal di peringkat antarabangsa

Tuan Yang di-Pertua, beliau sudah menjalankan tugas berpuluh-puluh tahun. Dia dari Pulau Pinang, graduate dari Universiti Malaya tetapi menghabiskan masanya memerangi dari segi unsur-unsur yang tidak menyebelahi pengguna di peringkat antarabangsa. Saya difahamkan yang dia juga diberi satu penghormatan dan orang semacam inilah sepatutnya kita kedepankan kerana dia seorang rakyat Malaysia, anak watan kita untuk memberikan tempat yang sewajarnya di dalam bidang perjuangan pengguna ini termasuklah juga, saya dengar, Profesor Hamdan dan sebagainya. Jadi, kita kumpulkan pemimpin-pemimpin seperti ini untuk memberikan pendapat masing-masing menemsi media, kita hebohkan apa dia pemndangan ini, bagaimana ia memberikan manfaat kepada pengguna-pengguna.

Saya yakin dan percaya akta ini merupakan satu saluran penyelamat kepada pengguna-pengguna yang selama ini amat terhakis dari segi keyakinan kepada produk­produk dan tidak ada mang langsung selain daripada mahkamah untuk menyelesaikan masalahnya. Kita terbaca dalam surat khabar baru-baru ini, seorang wanita yang begitu cantik tetapi tidak mempunyai 'aset' yang besar, terpaksa pergi ke Singapura, hila dia tukar sahaja 'aset' dia sedikit, benda itu tidak jalan, rosak [Ketawa] Dapat pampasan, saya dengar, RMIO,OOO sahaja. Saya rasa kalau ini berlaku, dari segi surgery cosmetic ini kepada badan wanita ini, kita kena tangkap orang itu dan bukan sahaja fine, bukan sahaja hendak bayar RM250,000 kerana ini telah pun memusnahkan 'aset' semulajadi seseorang wanita. Temtamanya wanita yang banyak buat kerja macam ini. Pasalnya, dia dikurniakan oleh Allah s.w.t kecantikan dan keindahan. Ada pula yang hendak membaharui kecantikan itu. Dia buat secara sendiri atau menerusi secara surgery ini, tetapi tidak berjalan dengan baik, lepas itu, pampasannya tidak begitu sesuai dan orang yang menjalankan tugas itu tidak ditangkap dan diberi tindakan mahkamah yang setimpal. Saya rasa, di negara kita, kita kena berwaspadalah.

Dan juga, saya tengok Tuan Yang di-Pertua, di negara kita banyak sangat barang timan. Macam mana benda ini boleh berlakujika tidak wujud satu mekanisme pemantauan yang lebih hebat lagi bagi menentukan negara kita bukannya pusat untuk mereka melambakkan barang-barang timan. Saya tidak mahu dengar dalam surat-surat khabar yang mengatakan pergi ke Malaysia, dapat segala barang tiruan di dunia. lni menyedihkan kita. Jadi, kita tidak mahu Malaysia menjadi, dengan izin, dumping area untuk barang-barang timan ini.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 45

Kita mahu menerusi akta ini supaya perkara-perkara semacam ini dapat disekat kerana kita tabu negara-negara luar terutamanya negara-negara maju, kita dengar cerita bagaimana mereka membuang beras, membuang gandum apabfla harga barang-barang ini menjunam ke bawah. Jadi, saya rasa persatuan pengguna antarabangsa dan pengguna Malaysia patut memberontak, patut memberikan protes yang besar, bagaimana negara­negara maju yang takutkan harga terumbang-ambing sehinggakan sanggup membuang barang-barang makanan di mana pada masa yang sama, wujud banyak orang miskin di dunia ini.

Jadi, perkara semacam ini, seolah-olah mereka ingin memberikan satu tekanan kepada harga pasaran dunia dengan secara artificial, dengan secara perbuatan sendiri, dengan memberikan satu pengawalan basil pengeluaran, control of supplier site, menentu­kan harga itu dan saya rasa sekiranya negara kita berbincang di peringkat antarabangsa, memberikan pengiktirafan jenayah, bermakna perbuatan semacam ini adalah criminal act kalau sekiranya mana-mana negara yang membazir dan membuang barang-barang makanan dan apa sahaja makanan kerana hendak menentukan harga pasaran menyebelahi mereka.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa mekanisme yang wujud di dalam akta ini tentunya akan membuatkan pengeluar-pengeluar dari segi perkhidmatan, dari segi produk­produk lain, terus membuat kerja-kerja dengan Jebih berhemah bagi menentukan consumer's satisfaction, kepuasan pengguna dapat dijamin dan mereka dapat juga ruang untuk membuat laporan-laporan kalau sekiranya ada masalah yang dihadapi.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa akta ini merupakan akta yang memberikan stabilizing factor, faktor pengimbangan harga-harga, kualiti-kualiti dan kepuasan rakyat. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana peka dan prihatin kepada perkara pengguna ini. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Puan Kamilia.

Dato Haji Sairin bin Karno: Sedikit sahaja. Five minutes sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tertengok orang sebelah kanan dahulu, tidak tengok sebelah kiri. [Ketawa]

Puan Kamilia binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun tidak berhasrat untuk bercakap panjang. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kementerian kerana telah berjaya untuk mewujudkan satu rang undang-undang yang pada hemat saya, akan memberi keadilan kepada semua Japisan masyarakat terutamanya kepada mereka yang mungkin akan terlibat dalam kes-kes yang hanya bemilai kurang daripada RMIO,OOO.

Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, seperti banyakjuga, saya rasa, rakan­rakan dalam Dewan ini dan juga di Dewan Rakyat yang telah menyuarakan rasa kebimbangan tentang kredibiliti penguatkuasaan rang undang-undang ini sebab kita tabu kalau wujud rang undang-undang, walaupun ianya begitu 'cantik dan begitu idealistik untuk dapat memberikan pembelaan kepada rakyat tetapi ianya tidak akan mempunyai makna jikalau ianya tidak boleh dikuatkuasakan.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kita kepada Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah Sahagian XII. Saya dapati bahawa penubuhan Tribunal ini adalah mengikut Fasal 85, mempunyai keanggotaan tertentu dan saya juga lihat bahawa adanya Pengerusi ataupun seorang Timbalan Pengerusi yang perlunya daripada anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat kepada keanggotaan Tribunal ini, saya agak musykil bagaimanakah agaknya kita hendak mengadakan kes-kes ini untuk didengar

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

46 DN.3.8.1999

diperingkat terutamanya di kampung-kampung. Kalau kita lihat bahawa tujuan, saya rasa, tujuan akta ini untuk memberi keadilan kepada semua peringkat. Jikalau kita pergi ke kawasan luar bandar, bagaimanakah cawangan-cawangan Tribunal ini akan diwujudkan. Mungkin agaknya ada delegasi kuasa untuk dibawa kepada. peringkat-peringkat bawahan, sebabnya saya rasa banyaknya yang memerlukan perlindungan atau pembelaan adalah mereka terutamanya di kawasan luar bandar ataupun di pekan-pekan kecil. Jadi, jikalaulah kita ada Tribunal ini, bagaimanakah Tribunal ini akan diwujudkan. Adakah Tribunal ini hanya satu Tribunal?

Dan kalau tidak silap tadi, saya dengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan wujudnya cawangan-cawangan Tribunal yang akan menyelesai­kan kes-kes yang akan dihadapkan dalam tempoh 60 hari. Ini sangat dialu-alukan kerana kita tabu dalam kes-kes mana pun di mahkamah terutamanya di peringkat Mahkamah Rendah pun, kita tidak akan dapat menyelesaikannya dalam tempoh 60 hari kerana terlalu banyaknya kes.

Pada hemat saya, kalaulah kita benar-benar hendak membela nasib pengguna­pengguna yang membeli barangan bemilai kurang daripada RM 10,000 dan mempunyai masalah, dan pada jangkaan saya kalaulah lingkungan nilai ini hanya kurang daripada RMlO,OOO ini, saya rasa akan timbul banyak kes yang akan dihadapkan dan ramai yang akan datang kehadapan untuk mengemukakan masalah-masalah mereka untuk mendapat pembelaan. Jadi persoalannya bagaimanakah kerajaan hendak berdepan dengan masalah­masalah atau kes-kes yang akan dibawa nanti.

Adakah Tribunal atau cawangan Tribunal ini apakah bentuknya. Jikalau ianya memerlukan anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan dan tentu sekalilah kita akan memerlukan lebih ramai daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang perlu bertugas. Kalau kita katakan ianya akan bersidang untuk satu-satu masa, saya rasa ia tidak akan menepati kehendak dan objektif undang-undang ini. Kerana kalau kita benar­benar serius dan komited untuk memastikan bahawa pembelaan diberi kepada pengguna bahawa pengusaha dan peniaga juga diberi pembelaan dari segi memastikan j ikalau wujudnya tuntutan, maka tuntutan itu akan diadili dengan seadil-adilnya. Kalau saya tidak silap, saya rasa rang undang-undang ini memang juga memberi pelindungan kepada pihak yang bemiaga, ada wujud pembelaan reasonable care dan sebagainya seperti diperuntukkan di bawah Sahagian III, Fasal22 dan 27.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendakkan satu keadilan dan kita mahukan konsumerisme di dalam negara ini satu yang berkualiti tinggi kita perlulah melihat bagaimanakah sebenamya kita akan menguatkuasakan rang undang-undang ini. Saya ingin mencadangkan dalam struktur organisasi mahkamah ada satu mahkamah yang telah diwujudkan dalam sistem organisasi mahkamah kita itu mahkamah penghulu. Mahkamah penghulu ini mempunyai bidang kuasa untuk kesalahan-kesalahan kecil. Saya fikir mahkamah penghulu ini tidak banyak digunakan oleh kerana kes-kes itu dibawa kepada penghulu tetapi mungkin dibawa ke Mahkamah Majistret, mungkin kes-kes curi ayam dan sebagainya.

Apa kata kalau kita jadikan mahkamah penghulu ini sebagai salah satu daripada cabang untuk membolehkan kes-kes pengguna didengar dan mendapat pembelaan. Sebab saya juga lihat di bawah penguatkuasaan di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna ini kita ada peruntukan untuk perundingan penyelesaian. Jadi, saya rasa dengan adanya kita dapat menggunakan fasiliti yang terwujud, memang terwujud, saya rasa belum lagi dimansuhkan, mungkin kita dapat menyelesaikan masalah-masalah di kawasan luar bandar dan juga di kawasan daerah-daerah. Sebab saya teringat ada satu masa Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker ada meng'host' satu rombongan daripada negeri China. Mereka telah memberitahu bahawa banyak kes jenayah dan juga kes-kes masalah dalam satu-satu daerah itu diselesaikan oleh pendamai-pendamai dalam satu-satu kampung atau satu-satu kawasan

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 47

itu, sebab·ia akan wujudkan kumpulan-kumpulan atau individu-individu untuk mendengar kes-kes yang boleh dapat diselesaikan dengan secara damai.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah berfikir bahawa pada pendapat saya salah satu cara untuk kita memberikan kredibiliti penguatkuasaan kepada akta ini untuk memastikan bahawa kalaulah mak cik di kampung dapat membeli susu dan susu itu didapati tidak boleh diminum atau tidak boleh dipakai dia dapat dengan mudahnya pergi ke satu tempat yang dia tahu memang mesra kepada masalah dan kita tahu penghulu itu adalah salah satu daripada ketua atau pemimpin di satu-satu daerah. Jadi, itu satu perkara yang saya nampak jikalau kita boleh mewujudkan jenis tribunal yang saya pasti akan diberikan delegasi kepada pegawai-pegawai tertentu kita lihat kepada konsep struktur dalam sistem mahkamah yang boleh saya rasa digunakan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kita sebagai pengguna tidaklah harus melihat kepada akta ini sebagai untuk melindungi hak-hak kita tetapi sebenamya kita juga patut rnelaksanakan tanggungjawab kita sebagai pengguna sebab kita yang hendak mengguna barang-barang yang berkenaan. Jadi, adalah wajar jikalau ramai rakan dalam Dewan yang mulia ini mencadangkan bahawa kita perlu memperbanyakkan lagi maklumat-maklumat mengenai barang-barang untuk digunakan ataupun tentang hak-hak penggunaan. Adalah wajar bahawa dituntut kepada pengguna sendiri untuk mendapatkan kesedaran untuk mengetahui apakah barangan itu membawa kepada kualiti hidup yang baik. Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kementerian kerana telah secara berkala mengeluarkan risalah mengenai penggunaan. Kita selalu dapat risalah-risalah ini dan saya dapati ini sangat berguna kerana ianya memberikan maklumat mengenai penggunaan harian.

Saya rasa kalaulah dapat risalah-risalah ini yang dikeluarkan oleh pihak kementerian disebarkan dengan lebih meluas, contohnya diletakkan di stesen-stesen bas, di perhentian-perhentian bas Puduraya contohnya ataupun stesen kereta api ataupun LRT supaya rakyat dapat maklumat dengan lebih mudah. Sebab saya rasa kalau kita hendak banyak mengadakan seminar dan sebagainya mungkin agak susah, tetapi maklumat secara bertulis lebih baik dan jikalau boleh di billboard contohnya di stesen-stesen bas juga diletakkan maklumat-maklumat yang penting tentang penggunaan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya juga berharap dengan adanya undang-undang ini kita akan dapat mengurangkan lagi tindakan-tindakan pihak-pihak NGO yang sengaja menggunakan isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan ini sebagai satu isu yang kadangkala dipolitikkan dan kadangkala juga dijadikan sebagai satu isu yang boleh memberikan tanggapan negatifkepada pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, lagi sekali saya mengucap tahniah dan syabas kepada pihak kementerian dan saya menyokong rang undang-undang yang telah dibentangkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. Yeow Seng Huat.

3.23 ptg.

Dato' Dr. Yeow Seng Huat: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya hendak mengambil kesempatan mengucap terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi sokongan dan ajaran kepada saya semasa saya dalam Dewan yang mulia ini. Jikalau dalam perbahasan ada terkasar kata dan tersilap, saya minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memperkatakan sesuatu berhubung dengan pembahasan Rang Undang-undang Pelindungan PengguQa 1999 ini. Pada masa ini saya difahamkan bahawa undang-undang yang telah digubal ini melindungi hak pengguna adalah pelbagai dan kuasa serta tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ini terletak kepada pelbagai pihak.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

48 DN.3.8.1999

Sehingga kini kalau saya tidak silap terdapat lebih daripada 30 akta, ordinan dan peraturan yang berkaitan dengan pelindungan pengguna. Penyelarasan penguatkuasaan ke atas kehendak-kehendak daripada akta yang begitu banyak ini agak bermasalah kerana kuasa yang diberikan adalah kepada pelbagai pihak dan dengan h.anya satu sistem penyelarasan yang kemas, pelaksanaan dan menguatkuasakan akta ini mungkin boleh dijayakan.

Pada hari ini kita dipaparkan dengan satu Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna yang saya kira dapat menjawab beberapa permasalahan yang dialami dan dirasai kesannya oleh sebahagian besar para pengguna. Hari ini kita membicarakan tentang hak pengguna dan aspek keadilan demi melindungi pengguna daripada mengalami kerugian yang berterusan dan demi mengembalikan hak yang ada dalam urusan kepenggunaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira adalah menjadi hak pengguna untuk mengetahui perihal satu barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang disampaikan dan adalah menjadi hak kepada pengguna sebagai satu jaminan bahawa barangan yang dibeli dan perkhidmatan yang diterima adalah dilaksanakan sebagaimana janji dan jaminan yang diterima ketika urusan pembelian dan tempahan dibuat. Kita biasa mendengar bahawa pengguna selalu tertipu dengan kualiti barangan yang rendah, jaminan yang tidak ditunaikan, perihal barangan yang dinyatakan tidak dipatuhi dan dalam banyak perkara adalah kebiasaannya pengguna sebagai individu yang sentiasa rugi. Biasanya juga pengguna terpaksa membeli barangan dengan harga yang tidak munasabah berbanding dengan nilai atau mutu barangan yang diterima.

Jaminan daripada pihak pengilang atau akujanji yang dibuat oleh pihak penjual biasanya tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan ramai pengguna yang hilang yakin dengan jaminan atau gerenti yang dibuat. Biasanya banyak yang ditawar adalah dalam perkataan yang tulisannya besar. Apa yang selalu mereka tidak faham ialah dengan izin, in small print. Saya harap perkara 'small print' ini tidak akan berlaku dalam akujanjian, sebab ini akan jadi perjanjian lebih telus.

Beberapa peruntukan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini saya kira dengan jelas dapat menjawab permasalahan ini. Hak untuk menolak semula barangan yang tidak menepati spesifikasi, hak tebus rugi, hak untuk membetulkan barangan yang rosak dan hak untuk mendapat bayaran balik ganti adalah merupakan sebagai sesuatu yang kita tunggu-tunggu selama ini.

Tuan Yang di-Pertua, kepekaan pengguna berhubung dengan kualiti barangan yang dipesan dan perkhidmatan yang diterima adalah semakin meningkat. Namun dalam beberapa hal kemampuan pengguna untuk memastikan barangan yang diterima itu berkualiti serta selamat adalah terbatas dan memerlukan sokongan daripada pihak kerajaan sendiri. Misalnya, makanan yang beracun adalah menjadi satu masalah yang ketara kepada pihak pengguna untuk mengenal pasti bahawa makanan yang dibeli itu adalah selamat. Saya kira pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan yang Iebih jelas sebagai penjamin yang sebenar ke atas kualiti bahan makanan. Penggunaan racun dan bahan kimia yang begitu ketara di dalam pertanian makanan harus diberi tumpuan utama dan kawalan penggunaan racun itu hendaklah dipertingkatkan demi jaminan tahap kesihatan yang tinggi kepada rakyat kita untukjangka masa yang panjang.

Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan pada ketika ini dari segi penguatkuasaan adalah kurang berkesan dan penggunaan racun terutamanya racun serangga dan racun makhluk perosak masih berleluasa. Gariskan satu tindakan dan kern pen pengembangan dan pendidikan yang bersesuaian untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan adalah bebas daripada apa-apa racun makhluk perosak.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan yang telah ambil tindakan dengan

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 49

cepat dan berkesan untuk mengawal masalah dioxin yang mencemarkan makanan yang diimport dari Eropah baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, kehadiran di pasaran ubat tiruan, permasalahan cetak rompak yang dari masa ke semasa kian meningkar adalah merupakan sebagai ancaman yang belum dapat diselesaikan dengan berkesan. Ada usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi kerajaan tertentu membanteras kejadian ini. Namun, tanpa sokongan daripada pihak pengeluaran saya kira permasalahan ini susah diatasi. Kita pernah menyaksikan dalam masalah kaset cetak rompak sedang diatasi.

Dalam ketika yang sama, pihak pengeluar telah menaikkan harga pita tulen, ini sudah tentu membantu menggalakkan minat pengguna untuk menggunakan barangan tulen dan usaha kerajaan membanteras kegiatan cetak rompak agak terjejas. Saya menaruh pengharapan di sini agar pihak pengeluar bermula dari sekarang berusaha bersama dengan pihak kerajaan dalam membanteras kegiatan cetak rompak dan begitu juga pengeluar ubat­ubat dapat melaksanakan inisiatifyang wajar dalam membantu kerajaan mengatasi masalah penjual ubat-ubatan tiruan.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha kerajaan dan usaha-usaha perlindungan pengguna tidak akan menghasilkan apa-apa kesan yang positif sekiranya usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna tidak dilaksanakan dengan cara yang dirancangkan, berkesan dan berterusan. Kegiatan meningkatkan kesedaran pengguna hendaklah ditingkatkan dan tanggungjawab pengguna dalam mengatasi masalah-masalah penggunaan ini hendaklah- diteruskan dan sekiranya boleh, saya ingin menyarankan di sini subjek berhubung dengan cadangan ini hendaklah disuburkan di peringkat sekolah-sekolah, persatuan-persatuan pengguna yang banyak wujud di sekolah-sekolah hendaklah dipergiatkan dan kokurikulum berhubung dengan penggerakan kelab ini hendaklah dikaji. Tenaga penggerak kelab-kelab pengguna ini hendaklah dihadiri asuhan dan latihan yang bersesuaian sejajar dengan perkembangan baru di alam penggunaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dengan usaha yang bersungguh-sungguh lagi berterusan akan mencatatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati dari segi pelindungan pengguna.

Dengan ini saya menyokong rang undang-undang yang dibentangkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haji Sairin.

3.40 ptg.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Pertama-tama saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana akhirnya Rang Undang Perlindungan Pengguna 1999 ini telah dapat dibawa pada hari ini dan kepada rakan-rakan para pejuang pengguna seperti yang disebutkan Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz, Saudara Dato' Anwar Faizal, Saudara Profesor Dr. Hamdan dan kita di Malaysia Timur juga ada seorang pejuang kepenggunaan, Yang Berbahagia Saudara Patrick Sinduk di mana pada setiap masa kita dapat melihat bahawa banyak perkara yang saya rasa telah disentuh oleh sahabat-sahabat, kalau pun sudah disentuh kemudian tersentuh kembali, ini adalah untuk menguatkan dan andainya ada yang tidak tersentuh itu adalah merupakan cadangan dan pandangan daripada saya.

Pertama mengenai dengan tuntutan yang disebut tidak melebihi dari RMIO,OOO, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz supaya RMlO,OOO ini adalah agak sedikit kurang, kalau boleh kita sebut di sini, saya ingin mencadangkan supaya tidak kurang daripada RMlO,OOO, bukan tidak melebihi seperti cadangan asal di sini.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

50 DN.3.8. I 999

Begitu juga dalam Fasal I3 mengenai dengan pengiklanan. Kita sedia maklum bahawa kadang-kadang iklan ini terlebih-Jebih. Sebagai contoh, umpamanya telefon bimbit, ada yang terbaru dia kata, boleh standby untuk I 2 hari. Saya tanya rakan-rakan yang mempunyai telefon bimbit seumpama itu, dia kata tidak sampai I2 hari, cuma empat hari lebih kurang dengan yang ini.

Saya kata, tetapi tulis di situ 12 hari, hila kita tanya kenapa tulis I2 hari, oh dia kata, itu di Jepun. Kalau itu 12 hari di Jepun, kenapa mesti diberitahu di tempat kita mengatakan 12 hari? Jadi, saya rasa ini adalah satu perkara yang merupakan penyeleweng­an, kalau tidak boleh disebut sebagai penipuan, dari segi maklumat.

Jadi, saya mohon kepada kementerian supaya melihat perkara-perkara yang walaupun kecil ini tetapi ianya merupakan satu penyelewengan yang secara tidak Jangsung kepada para pengguna. Begitu juga dengan bateri, bateri telefon bimbit ini ada yang tiruan, di mana tiruan ini dia kata, kalau dapat tahu oleh pihak pengguna dia boleh didenda dan lesennya boleh dipotong, sebab saya alami sendiri, hila saya tanya, dia kata, yang ini palsu, yang ini original dan yang ini tiruan. Jadi, saya kata, kenapa boleh dijual barangan tiruan di Malaysia? Oh, dia kata, boss boleh. Tidak ada masalah, jangan sahaja kedapatan. Jadi, saya rasa kementerian ini perlu melihat perkara ini sebagai satu perkara yang perlu dipercepatkan, diperbetulkan.

Satu perkara lagi, ini iklan, kadang-kadang bagi mereka yang meminati tentang perjudian terutama mesin slot, ada rakan tadi yang menyebut, dia kata 'Jackpot RM1 juta lebih'. Jadi, rakan-rakan yang ingin mahu jadi jutawan secepat mungkin ini pun main jackpot, main mesin slot sehingga di tempat saya, ada yang tanahnya tergadai, rumah tergadai, kereta tergadai, mujur isterinya tidak digadaikan. [Ketawa] Silap-silap kalau boleh itu pun dia mahu gadai!

Jadi, kita mintalah supaya mesin-mesin slot ini, kerajaan saya lihat sudah ada tempatnya di Genting Highlands, itu orang kampung tidak boleh datang ke situ, jadi yang saya sebut ini di tempat saya di bandar Keningau itu penduduknya I 00 orang lebih dengan mesin slotnya sebanyak enam, kita cuba fight kurangkan dapat dikurangkan tinggal lima, satu sahaja dalam empat tahun yang dapat kita perjuangkan. Bila kita tanya kenapa pihak tempatan tidak boleh mengambil tindakan, oh! dia kata ini kelulusan lesen daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Bila kita tanya Kerajaan Persekutuan, dia kata, sudah diluluskan untuk tempoh lima tahun.

Jadi, kita terpaksa menunggu selama dua tahun lagi untuk menunggu dan dalam tempoh dua tahun seribu satu macam boleh dibuat, ada orang-orang yang sanggup menggadaikan geran tanah pusaka nenek moyang mereka hanya semata-mata kerana tertarik dengan iklan sebanyak RMI juta itu. Jadi, mereka terpaksa gadaikan, okay - nah RM14,000, dalam sekelip mata, maklum sahaja jackpot ini, mana ada perjudian yang merugikan 'macai' dia, ataupun tauke dia, memang sudah dibuat 100 kali kita main barangkali keuntungan baru I% kalau ada, saya tidak pasti sebab saya pun tidak pemah ke situ, tetapi ini keluhan daripada rakan-rakan.

Jadi, kita mintalah supaya lesen-lesen perjudian ini kalau dapat dikaji balik dan ka1au bo1eh ditempatkan di daerah Papar, kawasan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Pang1ima Osu Haji Sukam, Ketua Menteri, itu bila tamat sahaja tempoh kebenaran lesen itu, ianya terus tidak disambung lagi. Jadi, saya lihat perkara ini perlu kesepakatan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Jadi, saya mohon mencadangkan kepada pihak kementerian supaya perkara ini dikaji, mana yang melibatkan perkara-perkara yang amat merugikan, menurunkan ekonomi, sudahlah ekonomi kita gawat, ditambah dengan perkara seumpama ini, akhimya rakyat kita akan menderita.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 51

Begitu juga dalam Fasal 14 disebut, seorang peniaga yang mengiklankan, menawarkan pemberian hadiah. Saya ingat hadiah ini sebetulnya orang bilang yang pemah disebut oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz, ada udang di" sebalik batu. Kalau betul­betul barangan ini berkualiti, kenapa mesti ada barang sebagai ganjaran, ada tambahannya. Untuk tidak merugikan pengguna, saya ingin mencadangkan supaya jangan lagi ada hadiah sampingan ini ataupun pemberian percuma, bagi harga, katakanlah kalau harganya RMlS, dengan tidak ada hadiah percuma ini barangkali harganya boleh sampai RM9, berilah jualan itu RM9, yang benda yang percuma itu barangkali boleh dijual dalam RMl ataupun RM2, sengaja untuk menarik pelanggan yang secara tidak langsung menipu kepada para pengguna. Jadi, saya juga mohon mencadangkan supaya janganlah ada percuma-percuma ini, biarlah ikut seperti yang sedia kala.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu sayajuga ingin menyentuh mengenai dengan - saya tidak tabu kalau ini ada kena mengena tetapi saya percaya terutama semua kakitangan kerajaan ada pinjaman melalui MOCCIS. MOCCIS ini memang bagus tetapi barangkali kerajaan perlu mengkaji, sebab di negeri Sabah khususnya kebanyakan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan berjumpa dengan saya, dia kata, saya terima gaji tinggal RMlSO. Saya bilang, kenapa macam itu, dia kata, saya pinjam kepada MOCCIS, perbetulkan saya kalau tidak berapa tepat, RM2,000 dan saya kena bayar RM4,000 - sekali ganda.

Saya ingat finance company pun lebih kurang juga macam ini, tetapi barangkali kena cari mekanisme bagaimana supaya MOCCIS ini tidak terlalu memberi atau menekankan jualannya sehingga kakitangan kerajaan ini tidak mampu untuk dapat menyimpan kewangan mereka. Jadi, kalau boleh saya mencadangkan supaya MOCCIS ini dikaji dan janganlah barangkali beri ingat kepada peminjam-peminjam melalui MOCCIS ini supaya para pengguna ini sedar, kita faham juga kadang-kadang masa meminjam berasa ringan, tetapi bila sudah membayar barulah mereka mengeluh.

Saya kata, siapa yang suruh pinjam, oh dia kata, tiada pilihan kena pinjam sebab peti sejuk tidak ada, mesin jahit mahu juga dan pelbagai lagi. Jadi, mudah-mudahanlah ianya akan dapat dikaji oleh pihak kementerian apabila ianya ini dikuatkuasakan.

Seperkara juga yang ingin saya sentuh mengenai dengan skim cepat kaya. Kita pemah dengar satu ketika dahulu skim cepat kaya ini beberapa orang telah dikenakan tindakan dan mereka mengatakan kalau di Sabah, dia sebut, ini 'jongkong emas daripada bekas Presiden Filipina' - kita mahu business. Tahulah orang-orang kampung, orang-orang kita yang kurang ilmu kepenggunaan ini, mereka cepat dan secara kebetulan orang yang menganjurkan skim cepat kaya ini pandai pula, dia kata dalam tempoh tiga minggu, you akan dapat dia punya wang, oh! dia berilah tiga kali ganda atau dua kali ganda, selepas tiga minggu dia dapat, orang yang tertentu itu dia dapat. Bila ditanya, dia kata, oh! tidak, ini dahulu yang dapat, ini ada nombomya, nombor satu, nombor dua, ada abjad ikut nombor. Lepas itu, selepas tiga minggu dia 'calo', dia cabut tidak tahu sampai ke mana dan wang­wang mereka akhimya lesap.

Jadi, beginilahjuga yang berlaku sekarang di Sabah, ini pun saya difahamkan oleh kawan-kawan terutama di kalangan guru-guru ada skim seumpama ini yang sedang mereka jalankan secara senyap-senyap, secara diam-diam. Saya mohon juga supaya pihak penguat­kuasa barangkali dapat berhubung dengan pihak-pihak tertentu kalau perlu bantuan daripada saya secara peribadi, insya-Allah, saya akan turut membantu untuk memastikan skim cepat kaya ini dapat dibanteras secepat mungkin terutama di Sabah.

Begitu juga mengenai dengan bantuan makanan yang tarikh luput, satu ketika semasa 'Gregg' melanda daerah Keningau ada bantuan, terima kasih banyak-banyaklah sebab ada bantuan beras daripada luar negara, daripada negara kita, daripada rakyat Malaysia yang prihatin dan pelbagai bantuan yang telah diberikan termasuklah sardin yang

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

52 DN.3.8.1999

telah disumbangkan oleh satu syarikat besar dan sardin itu diimport dari luar negara dan apabila kita lihat tarikh luputnya memang sudah luput pun masih diberikan kepada orang­orang kelaparan, tidak ada beras dan tidak ada makanan dan mereka makan sardin itu sehinggakan ada yang mati akibat termakan barangan ini.

Ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Datuk Christine tadi apabila dia kata, 'BN'- Barang Naik, cepat mereka sebarkan terutama pihak pembangkang tetapi kadang­kadang kita jawablah, "Tidak, ini Barisan Nasional- Bawa Nikmat". Kita pun membalas juga. [Ketawa] Tetapi macam mana kita mahu balas, kalau memang perkara seumpama ini pemah berlaku dan terjadi.

Jadi, kita mintalah supaya kementerian lebih prihatin tidaklah dapat barangkali memeriksa setiap fakta demi fakta atau barangan demi barangan tetapi saya yakin dengan cadangan Yang Berhormat Puan Kamilia tadi, di Sabah kita ada Majlis Hal Ehwal Anak Negeri. Majlis Hal Ehwal Anak Negeri inilah yang dipertanggungjawabkan dari segi penghukuman.

Jadi, kalau boleh barangkali pihak kementerian dapat bekerjasama atau menghubungi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan supaya setiap masalah mengenai dengan kepenggunaan ini, penyampaian ilmu ke­penggunaankah, pihak Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah ini sentiasa membantu yang secara kebetulannya saya ada diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah menjadi Presiden. Ketua-ketua daerah, ketua-ketua anak negeri, ketua-ketua kampung, kapitan-kapitan Cina atau ketua masyarakat Cina, wakil ketua anak negeri adalah di bawah payung Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang memang terdapat di serata pelosok termasuk di pedalaman yang termasuk di Long Pasia yang berjalan kaki satu minggu, sepuluh jam pun tidak sampai.

Jadi, ini kita boleh gunakan, mekanisme ini kita boleh gunakan dan saya yakin kalau ini dapat kita buat kerjasama, harga-harga barang terutama di bahagian pedalaman ini secara tidak langsung dapat kita kawal dan masyarakat juga akan memberi penghormatan yang lebih tinggi kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana segala mekanisme yang ada dipergunakan.

Jadi, akhir sekali saya .... tidak tabu masa ini terlalu sedikit. Saya in gin menyentuh mengenai dengan penjamin. Bila disebut penjamin, sebagai contoh penjamin apabila kita membeli kenderaan. Jadi, orang yang menjamin ini tidak diberitahu oleh pihak yang memberi pinjaman. Dia cuma memberitahu, "Ok", dia kata, "Sign di sini", "Tandatangan di sini sebagai penjamin", Ini jamin apa, tidak tabu. Kadang-kadang orang kampung dia tidak tabu, suruh dia jamin, jamin sahaja, sekali apabila kenderaan itu tidak boleh dibayar, datang hutang kepada dia RMIO,OOO, tambah Iagi RM5,000 - bunga daripada finance companykah atau apa, all in, dengan izin, RMI5,000. Yang tidak fasal-fasal sikawan ini, orang yang menjamin ini yang tidak pun memegang kenderaan in akhimya terpaksa membayar RMI5,000.

Jadi, saya ingat kementerian ataupun mana-mana pihak yang berwajib dalam melihat perkara ini dapat diperbetulkan secepat mungkin. Demikian juga apabila kita menjamin pelajar untuk mendapatkan biasiswa. Apabila biasiswa tidak diperolehi, mereka akan mengambil pinjaman dan apabila memohon pinjaman terpaksalah orang-orang tertentu menjamin. Kadang-kadang, tidak semua, ini tidak ramai tetapi sekali sekala ada juga di mana masa-masa bila pelajar ini tidak berjaya dalam pengajiannya atau tidak mendapat pekerjaan dan pihak berwajib, pihak pemberi pinjaman ini menuntut bayaran, dia tidak direct kepada orang yang meminjam tetapi kepada orang yang menjadi penjamin ini yang menjadi sasaran. Jadi, apa-apa pun yang ada di situ mereka terus mengambil tindakan dan yang menjadi mangsa ialah sipenjamin ini.

Jadi, saya ingat saya juga ingin mencadangkan supaya penguatkuasaan yang pemah dijanjikan di Bandar Keningau, suatu ketika dahulu semasa Yang Amat Berhormat

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 53

Datuk Abu Hassan bin Omar menjadi Menteri pada waktu itu dan semasa lawatan beliau ke sana telah berjanji untuk menempatkan pegawai penguatkuasa seramai dua atau tiga orang sebab ia merangkumi seratus ribu lebih penduduk dan pejabat ·memang sudah disediakan sehingga hari ini tetapi belum dijadikan kenyataan. S~ya yakin dan percaya hanya Kerajaan Barisan Nasional yang mampu melaksanakan ini.

Maka, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' V.K.K. Teagarajan, hendak bercakap?

Dato' V.K.K. Teagarajan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa ramai Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini sudah pun berbahas. Jadi, saya ingat tidak payah, mereka pun sudah cover semua points, tidak payah saya repeat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Puan Jaya Partiban.

3.53 ptg.

Puan Jaya Partiban: Tuan Yang di-Pertua, saya pun menunggu hingga saat akhir kerana ingat rakan-rakan menimbulkan masalah yang merunsingkan fikiran saya mengenai akta ini.

Saya ada tiga perkara yang ingin saya kemukakan pandangan saya. Yang pertama, pendidikan consumerism. Saya rasa pada masa sekarang, yang diberi perhatian ialah di bandar-bandar. Kempen-kempen pengguna dilancarkan di bandar-bandar dan juga risalah­risalah yang diterbitkan oleh kementerian hanya diedarkan di bandar-bandar ataupun di tempat-tempat yang tertentu tetapi mereka yang tinggal di luar bandar, di kawasan setinggan dan juga di ladang-ladang tidak menerima maklumat yang lengkap mengenai hak mereka sebagai pengguna. Sekiranya ada undang-undang yang berkesan dan dikuatkuasa­kan tetapi para pengguna tidak tabu hak mereka, apa gunanya kalau ada undang-undang.

_Saya rasa eloklah kementerian mengadakan kempen melalui media massa khusus­nya media elektronik supaya dapat disampaikan maklumat mengenai hak-hak pengguna kepada mereka di luar bandar atau di ladang-ladang iaitu kepada mereka yang tidak fasih dalam bahasa Malaysia dan tidak faham apa hak mereka sebenarnya.

Yang kedua, apabila pemeriksaan dijalankan di kedai-kedai untuk menentukan tanda harga diletakkan, tindakan diambil sekiranya tidak ada meletak tanda harga tetapi mereka tidak memeriksa tentang harga yang diletakkan itu. Kadang-kadang harga yang diletakkan di kedai-kedai itu adalah sangat tinggi. Saya rasa kementerian tidak mengambil tindakan, mereka tidak memeriksa adakah harga itu berpatutan.

Yang ketiga, kursus-kursus motivasi yang diiklan dengan begitu meluas. Kaum belia sangat terpengaruh dengan kursus-kursus motivasi ini dan saya juga difahamkan ada kursus motivasi tidak mementingkan matlamat sebenarnya tetapi sebaliknya mengadakan teori-teori yang tidak mendatangkan faedah. Kursus motivasi ini hanya untuk sedikit masa sahaja motivasinya tetapi tidak ada follow-upnya, dengan itu kaum belia sangat ter­pengaruh dan tidak mendatangkan faedah. Saya berharap dengan adanya undang-undang ini maka perhatian akan ditumpukan kepada perkara ini bagi menentukan hak pengguna itu dilindungi pada bila-bila masa. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin.

3.57. ptg.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Saya juga turut bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya menyediakan points yang agak banyak tetapi oleh kerana saya tidak dapat berada di Dewan ini, saya mengambil peluang

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

54 DN.3.8.1999

untuk bercakap · dua, tiga perkara sahaja yang saya tidak pasti sam a ada telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang dapat membentangkan Rang Undang-undang Perlindungah Pengguna 1999. Saya kira kementerian ini telah pun membentangkan beberapa rang undang-undang mengenai kepenggunaan dan ini sekali gus menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional begitu memberi perhatian dan juga begitu memberikan penekanan kepada isu-isu kepenggunaan. Malahan, sebagai kerajaan yang memberi khidmat kepada seluruh rakyat, saya kira Kerajaan Barisan Nasional telah pun memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia kerana pencapaian negara kita begitu baik. Kita berharap rakyat sebagai pengguna apabila diberi peluang sekali lagi untuk menilai kerajaan akan dapat memberikan penilaian yang terbaik.

Tuan Yang di-Pertua, ada tiga perkara yang ingin saya sentuh di sini. Yang pertama mengenai persaingan. Baru-baru ini kita telah pun menggalakkan rakyat di Malaysia supaya menggunakan barang-barang tempatan. Daripada galakan yang diberikan oleh kerajaan, kita melihat bahawa pemikiran rakyat - kalau dulunya rakyat Malaysia lebih gemar membeli barang-barang yang diimport daripada luar negara, yang berjenama - kita lihat ada perubahan kepada pendekatan rakyat dalam membeli ataupun menggunakan barang-barang di pasaran. Kita melihat barang-barang yang dikeluarkan oleh negara sendiri telah mendapat tempat di hati rakyat. Cuma saya agak bimbang dengan adanya Akta Hakcipta ataupun Akta Harta Intelek mungkin akan membendung kemampuan dan keupayaan dan juga kebolehan mana-mana pihak untuk mengeluarkan barang-barang yang lebih berdaya saing.

Perkara ini pernah saya sentuh di dalam kita membahaskan Akta Hakcipta yang telah pun dibentangkan pada persidangan yang Ialu. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah pihak kementerian memberi perhatian kepada soal persaingan di antara satu syarikat dengan satu syarikat pengeluaran, idea-idea yang kreatif di antara satu individu dengan satu individu kerana saya merasa agak bimbang apabila kita mempunyai Akta Hakcipta ini mungkin akan membendung keupayaan dan kemampuan pengeluaran di negara kita. Kita rnelihat di negara jiran misalnya, kemampuan di negara Thailand, mereka mengeluarkan barang-barang yang walaupun kita Iihat sebagai barang tiruan tetapi pengeluaran mereka begitu mendapat tempat dan kalau dilihat dari segi kualiti, kemampuan rakyat di Asia ini mengeluarkan barang-barang yang berjenama memang mempunyai kemampuan yang begitu baik.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya membuat kajian mengenai perkara ini agar pengeluaran barang-barang sama ada merupakan barang-barang pengeluaran industri dan Iain-lainnya diberi peluang berkembang dengan begitu luas. Saya tidak tahulah sama ada pihak kementerian mungkin memikirkan untuk mewujudkan satu akta persaingan ataupun mewujudkan satu peruntukan yang tertentu supaya kita mengambil peluang dalam mana pihak rakyat di negara kita rnemberikan perhatian kepada barangan keluaran tempatan dan kalau dapat kita ingin melihat supaya barang-barang pengeluaran kita dapat kita eksport ke luar negara kerana dengan ini akan dapat membantu imbangan pembayaran negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua mengenai undang-undang yang melibatkan komputer dan juga multrnedia. Kita dapati negara kita kebelakangan ini setelah pihak kerajaan memperkenalkan IT secara menyeluruh dan penggunaan Internet yang begitu meluas, saya dapati ada kelonggaran dari segi peraturan di mana berlakunya kegiatan-kegiatan yang tidak dapat dikawal oleh pihak kerajaan. Saya merasa agak bimbang jika sekiranya hasrat kita untuk mewujudkan pentadbiran, untuk mewujudkan kerajaan elektronik nanti tidak mendapat kepercayaan penuh daripada pihak rakyat kerana

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 55

melihat dari segi peraturannya sendiri. Buat masa sekarang ini apa yang kita hadapi banyak kegiatan yang dijalankan melalui Internet tidak dapat dikawal oleh pihak kerajaan.

Oleh yang demikian, jika perkara ini terus dibiarkan, kita bimbang apabila kerajaan elektronik dapat diwujudkan dari segi keberkesanan sistem itu akan menjadi tanda tanya kepada pihak rakyat. Begitu juga dengan perdagangan secara elektronik. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah pihak kementerian membuat kajian dan juga adakah persediaan-persediaan yang kita ada di negara kita ini sudah mencukupi untuk kita mewujudkan sebuah kerajaan elektronik dan kita melibatkan diri dalam perdagangan secara elektronik? Ini adalah perkara-perkara yang saya kira amat penting dan juga perkara­perkara yang harus diberi perhatian oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, perkara akhir yang ingin saya sebutkan di sini adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan soal-soal kepenggunaan yang melibatkan kepada bahan-bahan yang dijual dan juga penggunaan kepada perkhidmatan-perkhidmatan.

Pertamanya, kita memang sedia mendengar bahawa penggunaan formaldehyde kepada makanan seperti ikan untuk menentukan supaya ikan ini tidak busuk. Begitu juga baru-baru ini kita dapati penjualan buah mata kucing iaitu satu jenis buah-buahan yang diimport dari negara Thailand mengandungi sulfur dioxide. Saya sebenarnya adalah menjadi Ahli Majlis Pengguna di negeri Perlis dan saya percaya kemasukan barang makanan ini adalah melalui pintu masuk negara dan perkara ini telah pun dibincangkan dalam Majlis Pengguna Negara.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarllf/

Saya merasa agak tidak begitu berpuas hati dengan kemampuan pihak-pihak yang berwajib ataupun agensi-agensi yang ada di pintu masuk untuk mereka memeriksa sama ada barang-barang yang kita import masuk ke negara kita ini mengandungi bahan-bahan beracun dan juga bahan-bahan kimia yang boleh menganggu kesihatan. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi sulfur dioxide yang digunakan bagi mungkin untuk preserved, dengan izin, buah-buahan daripada diserang oleh serangga begitu juga dengan penggunaan formaldehyde' kerana barang-barang yang dimaksudkan ini merupakan barang-barang yang cepat rosak. Oleh yang demikian kita perlu mempunyai satu mekanisme ataupun agensi-agensi yang terlibat perlu mempunyai kemudahan untuk menjalankan pemeriksaan secara cepat.

Apa yang saya difahamkan bahawa barang-barang yang diimport dari luar negara ini terpaksa dihantar ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur untuk menentukan sama ada barang­barang makanan ini ada mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mengganggu kesihatan pengguna. Walaupun setelah kita dapati keputusan ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan kimia tersebut pada makanan ini, sebenamya barang­barang ini telah pun masuk ke dalam negara kita kerana sayur-sayuran dan juga ikan tidak akan disimpan di pintu masuk dalamjangka masa yang panjang.

Jadi, untuk kita menentukan kesihatan rakyat Malaysia, makanan yang bebas daripada keracunan dan juga penggunaan bahan kimia ini harus kita pastikan. Oleh yang demikian sudah tentu ia memerlukan kemudahan-kemudahan peralatan dan juga sudah tentu memerlukan pegawai-pegawai yang mempunyai kemampuan dan keupayaan yang tinggi untuk menentukan pemeriksaan sesuatu bahan.

Tuan Yang di-Pertua, keduanya mengenai hand phone - mobile phone kerana kita dapati bahawa bayaran bulanan yang dikenakan bagi mobile phone ini tidak selaras di antara satu syarikat dengan syarikat yang lain. Ia menjadi satu tanda tanya kepada pengguna-pengguna dan mereka mempertikaikan kenapa bayaran-bayaran yang dikenakan oleh syarikat-syarikat yang berbeza-beza ini tidak mempunyai satu standard bayaran yang ditentukan oleh kerajaan. Mereka meletakkan harga mengikut selera mereka sahaja.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

56 DN.3.8.1999

Pada hal kita tabu dari segi mekanismenya, dari segi penggunaan pancarannya adalah merupakan satu ataupun lebih kurang kalau dilihat dari segi kosnya mungkin ia akan menggunakan kos yang tidak jauh berbeza. Tetapi pihak-pihak syarikat yang terlibat ini mengenakan bayaran-bayaran yang berbeza-beza. 1ni menjadikan tanda tanya kepada pihak pengguna, adakah di negara kita ini tidak mempunyai satu peraturan, satu standard system ataupun satu standard peraturan yang diamalkan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira itulah beberapa perkara yang ingin saya sarnpaikan secara ringkas dalam membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999. Saya tidak berhajat untuk membahaskannya dengan lebih panjang kerana kita ada satu lagi akta yang akan kita bincangkan.

Terirna kasih dan saya turut menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhorrnat silajawab.

4.07 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato' S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kementerian kepada Ahli-ahli Yang Berhorrnat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999.

Pada keseluruhannya kementerian mengucapkan penghargaan dan tahniah oleh kerana perbahasan yang dilakukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah satu perbahasan yang tarafnya begitu baik dan tinggi dengan mengeluarkan banyak idea yang membina, cadangan-cadangan yang boleh diteliti oleh kementerian apabila rang undang-undang ini dilaksanakan.

Saya suka menjelaskan bahawa penguatkuasaan rang undang-undang ini akan mengarnbil masa Iebih kurang enam bulan o1eh kerana selepas kelulusan ini kita akan melantik, pihak kementerian akan melantik Tribunal iaitu ketua, timbalan dan lima orang ahli dan juga peraturan-peraturan perlu dibuat untuk menguatkuasakan atau melaksanakan rang undang-undang ini. Tetapi saya fikir prestasi kementerian bukan sahaja pada keseluruhannya tetapi khususnya pelaksanaan kementerian dari segi penguatkuasaan yang dilakukan dari segi membanteras cetak rompak, kenaikan harga barang-barang, penyelewengan oleh peniaga-peniaga dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Saya fikir kalau saya beri statistik mengenainya boleh meyakinkan Ahli-ahli Yang Berhorrnat bahawa pelaksanaan dari kementerian begitu berkesan dan telah membawa hasil yang baik pada keseluruhannya. Maka undang-undang inijuga akan dilaksanakan dengan baik.

Mengenai cadangan tuntutan sebanyak RM 10,000 yang dibenarkan di bawah rang undang-undang ini, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mencadangkan supaya amaun ini dinaikkan ke satu angka yang lebih besar tetapi buat masa sekarang kementerian fikir kita tetapkan RM10,000 ribu dan perkara ini apabila rang undang-undang ini dilaksanakan, kalau perlu, akan dikaji balik. Kalau difikirkan perlu, kita akan membawa satu pindaan kepada Dewan ini pada masa yang sesuai.

Suka juga saya jelaskan kalau ada tuntutan-tuntutan yang melebihi RM 10,000, pihak pengguna masih berpeluang untuk membawa ke mahkamah perkara-perkara tuntutan itu. Ini cuma memudahkan bagi tuntutan-tuntutan kurang daripada RM I 0,000 yang ada di bawah Tribunal, tidak bayar gaji peguam, tidak payah tunggu lama, tidak payah proses yang susah tetapi atas daripada RM10,000 saya fikir buat masa sekarang pengguna yang flkir mereka perlu dapat tuntutan boleh bawa ke mahkamah, peluang itu tidak ditarik balik, masih wujud.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 57

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan-cadangan dan pandangan bahawa kementerian perlu menjalankan kempen untuk mendidik pengguna tentang hak dan juga tentang kandungan undang-undang ini, tentang hak pengguna yang layak untuk menuntut sehingga RMlO,OOO di bawah rang undang-undang.ini, semuanya adalah satu cadangan yang baik. Pihak kementerian sehingga sekarang telah menjalankan bagi tahun ini 80 kursus, kempen, seminar di seluruh negara dan selain daripada kementerian sendiri yang menjalankan kempen melalui seminar, pameran dan forum melalui media massa iaitu elektronik dan media cetak, kita juga galakkan pertubuhan-pertubuhan dan kelab-kelab pengguna di peringkat sekolah, parti-parti politik yang ingin mengadakari kursus sedemikian, kita hantar pegawai untuk pergi berceramah dan sebagainya. Maka perkara ini dijalankan dan kita akan mempertingkatkan kegiatan-kegiatan pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan seramai 17 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Mereka ialah Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng, Yang Berhonnat Tuan Khoo Lay Hin, Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak, Yang Berhormat Tuan Haji Gapar bin Gurrohu, Yang Berhormat Puan Hajah Ramlah binti Abas, Yang Berhormat Dato' Chet Singh, Yang Berhormat Puan Siti Hawa @ Karimah Mohd. Noor, Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu, Yang Berhormat Dato' Christina Tibok Vanhouten, Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, Yang Berhormat Senator P. Krishnan, Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim, Yang Berhormat Dato' Dr. Yeow Seng Huat, Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Kamo, Yang Berhormat Dato' V.K.K. Teagarajan, Yang Berhormat Puan Jaya Partiban dan akhimya Yang Berhormat Puan Mastika Junaidah binti Husin.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam akta hanya menyatakan mengenai pembentukan Tribunal. Persidangan Tribunal akan diadakan di tiap-tiap negeri yang mana peruntukannya akan dibuat di dalam peraturan-peraturan yang akan diwujudkan kelak. Maka di dalam undang-undang kita sebut lima orang ahli, ketua, timbalan dan lima orang ahli Tribunal dan mereka bersidang seorang sahaja, bukan lima orang sekali. Jadi, mereka berpeluang mengadakan banyak presiding. Banyak kes dapat didengar oleh kerana mereka bersidang seorang ahli Tribunal dan mempunyai kuasa sama seperti ketua, timbalan dan kelima-lima orang apabila menjalankan Tribunal walaupun mendengar kes-kes seorang mereka berhak untuk memberi award ataupun keputusan.

Disebabkan Tribunal akan diwujudkan di seluruh negeri maka hakim-hakim yang bersidang perlulah bertukar-tukar mengikut giliranyang ditetapkan. Tujuannya ialah untuk melancarkan perjalanan persidangan Tribunal. Hakim-hakim ini akan diberi latihan dari masa ke masa.

Rang Undang-undang ada juga dikatakan oleh Tuan Haji Gapar bin Gurrohu bahawa rang undang-undang ini telah memperuntukkan orang tengah menjadi ahli Tribunal. Rang undang-undang tidak memperuntukkan orang tengah sebagai ahli Tribunal. Seksyen 74(b) memperuntukkan ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara hendaklah terdiri daripada mereka yang mewakili kepentingan pengguna, Non Governmental Organisation (NGO) atau badan-badan bukan kerajaan, anggota akademik dan pengilang serta pembekal.

Tujuan memasukkan pengilang dan pembekal adalah untuk membentuk satu Majlis Penasihat Pengguna yang menyeluruh bagi membincangkan isu-isu kepenggunaan. Di forum inilah kesemua pihak yang terlibat dengan isu kepenggunaan akan bermesyuarat. Jadi, ini sesuai oleh kerana ia merupakan satu badan yang akan memberi nasihat mengenai semua hal berkaitan dengan kepenggunaan tetapi dalam Tribunal tidak ada orang yang mempunyai interest baik sebelah pihak pengguna mahupun sebelah pihak pengeluar untuk menjadi ahli dalam TJibunal.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

58 DN.3.8.1999

Tuan Yang di-Pertua, mengenai barang makanan khususnya barang makanan halal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Ramlah, suka saya jelaskan perkara ini telah pun dilaksanakan. Semua barangan yang tidak halal hendaklah diasingkan dan dilabel semasa dipamerkan untuk jualan di tempat-tempat jualan. Jadi, saya fikir perkara ini kita akan terns memantau dan kalau ada kesalahan-kesalahan, kita akan mengambil tindakan.

Ramai Ahli Yang Berhormat telah membincangkan tentang barang-barang tirnan dan juga cetak rompak dan minta pihak kerajaan mengambil tindakan. Kerajaan sentiasa mengambil tindakan tegas bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang kurang sihat ini melalui kuatkuasa Akta Perihal Dagangan 1972. Bagi tahun ini iaitu sehingga 31 Julai 1999, sebanyak 860 kes diambil di seluruh negara dengan penyitaan barang-barang bemilai kira­kira RM2.05 juta. Ini sebagai bukti tentang penguatkuasaan kementerian. Bagi tempoh yang sama, 595 kes telah dikompaun yang kesemuanya berjumlah RM252,920 manakala 19 kes lagi dibawa ke mahkamah di mana pihak-pihak yang terbabit dikenakan denda bemilai RM92,050.

Walaupun tindakan tegas diambil oleh kementerian namun aktiviti ini akan terns wujud selagi ada permintaan terhadap barang-barang tiruan ini. Dalam hubungan ini, pengguna haruslah bertindak bijak menjauhi barang-barang tiruan dan pada masa yang sama menyampaikan maklumat-maklumat mengenai barang tersebut untuk tindakan kementerian, beri maklumat-maklumat kepada kita.

Tentang barang-barang tiruan, suka saya menjelaskan kadangkala barang-barang tiruan di mana pembeli ditipu oleh peniaga tanpa memberitahu bahawa barang-barang itu adalah barang-barang tirnan. Tetapi ada juga masa di mana peniaga mengetahui barang itu adalah barang tiruan dan sanggup beli oleh kerana harganya murah walaupun kualitinya tidak sama dengan barang asli. Umpamanya barang-barang cetak rompak, jam tangan yang berjenama Rolex dan sebagainya. Ini bukan penipuan oleh peniaga. Pengguna beri sokongan dan kerjasama kepada peniaga-peniaga ini supaya melakukan aktiviti-aktiviti ini. Jadi kita juga berharaplah pengguna melalui Ahli-ahli Yang Berhormat dapat juga dididik untuk kita bersama-sama membanteras aktiviti-aktiviti yang kurang sihat ini.

Yang Berhormat Dato' Chet Singh telah membangkitkan mengenai had masa di dalam Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna iaitu tiga tahun, manakala limitation act ialah enam tahun dan ini benar. Kementerian berpendapat jangka masa tiga tahun adalah wajar kerana tuntutan hanya di bawah RM I 0,000. Kalau melebihi RM 10,000 mereka masih mempunyai hak untuk ke mahkamah. Kalau kurang dari RM 10,000 kita fikir tiga tahun adalah satu masa yang sesuai dalam tempoh ini resit-resit, dokumen-dokumen dan lain-lain perlu disimpan oleh pengguna. Kita fikirkan pengguna yang di luar bandar, dalam ladang, dalam Felda, kampung dan sebagainya kalau melebihi tiga tahun kita pun tidak percaya mereka akan simpan resit dan dokumen-dokumen.

Bagi mereka yang masih ada resit, dokumen dan sebagainya bagi tuntutan­tuntutan melebihi RM10,000 mereka berhak untuk pergi ke mahkamah. Sekiranya tempoh ini dipanjangkan mungkin resit dan dokumen akan hilang, pengguna akan tidak simpan dalam keadaan yang baik dan sebagainya maka permintaan tiga tahun ini tidak bertentangan. Tidak bertentangan dengan limitation act oleh kerana limitation act itu pada general provision tetapi dalam rang undang-undang ini specific provision. Satu provision yang specific yang over right general provision yang sedia ada maka tidak ada penentangan. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membawa perkara ini dalam perbahasan.

Ahli Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng telah membahaskan mengenai cakera padat, cetak rompak dan sebagainya. Saya telah menjelaskan bahawa kita telah ambil tindakan, kementerian memang memandang serius aktiviti-aktiviti cetak rompak yang

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 59

berlaku di negara ini. Dalam hubungan ini beberapa langkah telah dan sedang diambil, kita telah menubuh satu pasukan petugas khas hakcipta yang menjalankan tindakan-tindakan bersepadu bukan sahaja yang melibatkan agensi-agensi kerajaari, polis, kastam dan agensi­agensi lain malahan juga pihak-pihak tuan punya. hakcipta ataupun ejen-ejen mereka bersama-sama dalamjawatankuasa petugas ini. Bagi tempoh 1 Aprill999, tahun ini hingga 31 Julai iaitu 3 bulan pasukan petugas ini telah menjalankan 6,379 pemeriksaan dari April hingga Ju1ai dan 1,416 tindakan kes dengan melibatkan penyitaan barang-barang bernilai kira-kira RM5.2 juta telah pun dibuat.

Yang kedua, program-program kesedaran awam tentang harta intelek pun dijalankan dan pasukan petugas ini juga mengkaji untuk menggubal undang-undang bagi mengawal aktiviti perkilangan cakera optik. Kita percaya ataupun kita berpendapat bahawa terlalu banyak syarikat-syarikat yang dilesenkan untuk mengeluarkan cakera optik maka kita sedang memikirkan apakah cara untuk menyekat dan jawatankuasa ini sedang mengkaji perkara ini. Dengan tindakan yang tegas ini adalah diharapkan pihak industri dapat mengambil manfaat daripadanya untuk menjual produk asli dengan harga yang tidak membebankan pengguna. Syor-syor ini telah disampaikan kepada pihak industri. Kita telah menegur jangan pihak industri kita, kerajaan ambil tindakan supaya membanteras aktiviti cetak rompak dan juga pengeluaran barang-barang tiruan sedangkan industri pula tidak menurunkan harga barang asli tetapi menaikkan harga barang asli.

Saya bersetuju dengan pendapat beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang berkata pihak industri perlu menurunkan harga barang asli sekurang-kurangnya hampir dekat dengan harga yang ditawarkan bagi barang-barang tiruan. Maka pengguna akan ditarik, penjualan mereka akan bertambah walaupun tiap-tiap barang yang dijual keuntungan walaupun rendah tetapi oleh kerana keseluruhan jualan produk itu akan bertarnbah maka mereka akan perolehi keuntungan yang sama. Kita telah menegur industri ini dan berharap mereka juga akan membantu pihak kerajaan dalam hal ini.

Tentang mesin slot komputer dan juga mesin-mesin haram permainan judi dan sebagainya perkara ini sebenarnya di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis yang bertanggungjawab maka saya fikir perkara ini akan diambil perhatian oleh kementerian.

Mengenai pemeriksaan di pasar sayur, kedai-kedai runcit dan sebagainya yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Khoo Lay Hin, suka saya jelaskan kementerian menjalankan pemeriksaan secara tegas dan konsisten. Bukan ad-hoc, konsisten bagi memastikan pengguna diberikan perlindungan yang sewajarnya termasuk yang berkaitan dengan tanda harga. Bagi tahun ini sahaja Januari hingga sekarang sebanyak 351,894 premis perniagaan telah dijalankan pemeriksaan di seluruh negara. 70,494 daripadanya melibatkan kawasan-kawasan di luar bandar iaitu ladang-ladang, kampung-kampung tradisional, kampung baru, FELDA dan FELCRA.

Jadi sekarang kita ada angka-angka berapakah pemeriksaan yang dijalankan di kampung-kampung tradisional, di FELDA, di FELCRA, di kampung baru, ladang-ladang dan bandar. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, saya percaya bahawa penguatkuasaan ini dijalankan baik di bandar mahupun di luar bandar dan kita memberi tumpuan yang sama. Tindakan-tindakan yang dijalankan itu juga dijalankan di pasar-pasar basah. Dalam hubungan ini, kementerian sentiasa mengalu-alukan aduan-aduan spesifik supaya tindakan susulan dapat diambil. Kalau tidak ada tanda harga kita ambil tindakan. Kalau ada tanda harga tetapi harganya terlalu mahal dan barang itu jatuh dalam barang-barang yang kita kawal harganya maka kita boleh ambil tindakan. Tetapi kalau barang itu bukan masuk dalam barang kawalan harga kita tidak ambil tindakan terhadap kes itu.

Secara amnya penetapan harga adalah bergantung kepada faktor-faktor pasaran (market forces) bagi negara-negara yang mengamalkan dasar ekonomi bebas seperti

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

60 DN.3.8.1999

Malaysia ini. Bukan sahaja Malaysia malah negara-negara lain pun market forces yang menentukan harga barang-barang. Namun begitu di atas keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan untuk tidak membebankan pengguna terdapat 12 barang dikawal secara pentadbiran di mana harga barang-barang tidak boleh dinaikkan tanpa kelulusan kerajaan. Barang-barang ini adalah sebagai contohnya, tepung gandum tidak boleh dinaikkan tanpa kelulusan daripada kementerian, minyak tanah, gula; baja kimia, minyak masak, petrol, spirit motor, gaslin motor, diesel, bar bulat keluli lembut, simen, gas cecair petrolium, semua jenis roti, ayam termasuk anak ayam, ayam hidup, ayam yang disembelih atau mana-mana bahagiannya dan sebagainya. Ini 12 barang yang dikawal harganya secai-a pentadbiran.

Selain daripada kita ada 12 barang yang diisytiharkan barang-barang keperluan sebagai barang kawalan sepanjang masa, kita tambahkan lagi apabila di musim-musim perayaan kita isytiharkan 25 barang lagi sebagai barang-barang keperluan asas dan sebagainya. Barang-barang lain tidak dapat kita ambil tindakan umpamanya ikan, merupa­kan satu barangan yang memberi sumbangan yang besar terhadap inflasi. Tetapi market forces, baik ianya RM20, RM50, RMIOO satu kilogram ikan bawal putih semasa Tahun Baru Cina, rakyat sanggup membeli. Walaupun berapa harganya, jadi market forces demand and supply, bekalan yang sedia ada dan permintaan perlu memainkan peranan.

Jadi, kita sangat susah mahu mengawal semua harga barang. Ahli-ahli Yang Berhormat dalam hal ini, saya suka menyakinkan bahawa kementerian akan terus menjalankan pemantauan. Buat masa sekarang setiap hari, setiap minggu kita kemukakan laporan mengenai harga 223 barang di seluruh negara kepada Jemaah Menteri. Oleh kerana Jemaah Menteri prihatin mengenai harga barang-barang dan ingin mengetahui perkembangannya.

Yang Berhormat Tuan Khoo Lay Hin telah membangkitkan tentang tenaga elektrik yang dicuri. Perkara ini akan diteliti oleh pihak kementerian demi melindungi pengguna walaupun ini adalah di bawah bidang kuasa TNB dan juga kementerian yang lain.

Mengenai harga buku yang diimport, pihak kementerian telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh penjual, pengimport bagi menentukan penjualan buku-buku yang diimport adalah dengan harga yang berpatutan dan tidak dijual terlalu mahal. Kementerian membuat pemantauan di atas harga buku-buku import ini. Setiap tiga bulan, jawatankuasa ini dengan pihak industri mendapat persetujuan kementerian untuk mengisytiharkan apakah exchange rate bagi satu US Dollar, satu Pound dan sebagainya. Kebanyakan bahan buku yang terdapat dalam pasaran negara kita adalah daripada UK dan US tetapi dalam hal ini yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, kalau buku-buku yang diimport dari China kalau harganya terlalu mahal, pihak jawatankuasa akan membawa perkara ini ke pihak industri untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengambil tindakan yang sewajamya.

Mengenai tanda harga, kalau peniaga tidak mempamerkan tanda harga, kita mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946. Yang Berhormat Tuan Zainal bin Rampak telah menanya mengenai mengawal harga, saya telah menjelaskan mengenai perkara ini. Tentang middleman mengaut keuntungan, cadangan ini akan diteliti oleh kementerian, begitu juga agen-agen peniaga untuk mengawasi tindakan penguatkuasa kementerian. Yang Berhormat Tuan Zainal bin Rampak mengatakan ada agen-agen, kemungkinan yang memberi maklumat tentang tindakan yang dijalankan oleh penguat­kuasa dan peniaga-peniaga membetulkan penyelewengan atau kesalahan. Walaupun kita tahu dari masa ke masa mungkin ini berlaku tetapi kalau Ahli Yang Berhormat melihat tindakan dan kesannya, kita boleh percaya bahawa agen-agen ini tidak boleh berjaya untuk mengurangkan keberkesanan kementerian. Kementerian memberi jaminan bahawa agen­agen ini tidak akan berkesan kepada usaha kementerian. Banyak kejayaan penguatkuasaan

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 61

dicapai bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Julai 1999, sejumlah 4,224 tindakan kes dilaksanakan dan nilai rampasan adalah sebanyak RM8.2 juta. Maka ini telah membuktikannya dan walau bagaimanapun perkara yang dibangkitkan adalah diambil perhatian.

Jualan murah, setiap jualan murah yang dijalankan perlu dibawa ke perhatian kementerian dan juga kita menjalankan pemeriksan ke atas setiap premis yang menganjur­kan jualan murah tersebut. Pemeriksaan-pemeriksaan tersebut dijalankan sebelum dan semasa jualan murah diadakan dengan memberi penekanan dari aspek harga dan kualiti barang-barang yang hendak dijual semasa jualan murah.

Ahli Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Karno mengatakan supaya jangan memberi barang-barang percuma dan hapuskan jualan murah sebaliknya memberi penurunan harga bagi barang. Ini adalah satu perkara yang susah sedikit, oleh kerana kadangkala kita pun mahu menggalakkan aktiviti penjualan. Kalau kita rnahu memulihkan ekonomi negara kita, satu daripada aktiviti yang perlu dijalankan umpamanya menjalankan projek-projek infrastructure yang telah diumumkan adalah satu cara untuk mengwujudkan semula aktiviti dalam negara.

Satu lagi adalah menggalakkan aktiviti pemiagaan, kalau barang-barang percuma diberi kalau benar-benar diberi kita menggalakkan, kalau ada penipuan barulah kita mengambil tindakan. Kadangkala apabila jual beli itu tidak berlaku oleh kerana penjualan tidak laku, ia mahu menurunkan harga dan memberi hadiah dan sebagainya dengan tujuan sekurang-kurang ia boleh clear stock, tidak perlu keuntungan, oleh kerana pada suatu masa pengguna tidak ingin membeli barang-barang. Jadi, galakan-galakan seperti ini dialu­alukan oleh pihak kementerian dan pihak kerajaan.

Mengenai barang-barang yang luput tarikh, barang yang tidak berkualiti yang dijual baik di bandar, Jadang dan sebagainya, rang undang-undang ini ada kuasa untuk mengambil tindakan. Kalau luput tarikh, buat masa sekarang pun kita boleh ambil tindakan. Bagi barang-barang yang tidak berkualiti dan sebagainya, rang undang-undang ini boleh memberi perlindungan kepada pengguna.

Yang Berhormat Haji Gapar juga telah membangkitkan bahawa di kampung­kampung, barang-barang yang direject, dijual di kedai-kedai runcit, di kampung dan sebagainya. Perkara ini telah pun diambil kira di dalam Bahagian II, Bahagian III dan Bahagian X rang undang-undang ini. Bahagian II ialah mengenai representasi palsu dan amalan perdagangan tidak saksama. Bahagian lii ialah mengenai standard keselamatan dan Bahagian X ialah mengenai liabiliti keluaran. Jika berlaku apa-apa perlanggaran ke atas bahagian-bahagian ini, pengguna bolehlah membawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna yang akan ditubuhkan kelak dan menuntut gantirugi.

Banyak Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang racun perosak dan sebagainya, suka saya menjelaskan perkara ini telah diperuntukkan di bawah Akta Racun Perosak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian. Jadi, tidak payahlah saya menjelaskan perkara itu. Yang Berhormat Puan Hajah Ramlah telah membangkitkan beberapa perkara. Suka saya menjelaskan kementerian sentiasa melaksanakan program pendidikan pengguna di seluruh negara, saya telah pun menjelaskan sebanyak 120 Majlis Penerangan Pendidikan Pengguna diadakan di seluruh negara, persatuan-persatuan pengguna, badan-badan bukan kerajaan, pelajar-pelajar, kumpulan-kumpulan pekerja, suri rumah, parti-parti politik dan sebagainya. Setiap tahun, kita menganjurkan kuiz di peringkat sekolah, persaingan di peringkat sekolah, kita juga menghormati tokoh-tokoh pengguna.

Yang Berhormat Abdul Aziz telah membangkitkan mengenai tokoh pengguna yang telah berjuang. Tiap-tiap tahun, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dijemput pada satu hari yang meraikan Hari Pengguna dan tokoh-tokoh pengguna diiktirafkan dan

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

62 DN.3.8.1999

diberi gelaran Tokoh Pengguna bagi tahun sekian, sekian dan juga diberi hadiah dan sebagainya.

Yang Berhonnat Siti Hawa telah meminta kakitangan penguatkuasa ditambah, saya ucap terima kasih di atas perhatian Yang Berhormat berhubung keperluan untuk menambah bilangan pegawai-pegawai penguatkuasa. Sungguhpun bilangan pegawai adalah terhad pihak kementerian sentiasa mengoptimumkan guna tenaga supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sejak I April tahun ini, kementerian telah menerima 196 pegawai penguatkuasa yang diserapkan daripada Sahagian Kawai Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian. Berikutan daripada itu, 16 pejabat cawangan baru akan dibuka di seluruh negara tennasuk di Sabah dan Sarawak.

Mengenai logo halal yang dibangkitkan oleh Yang Berhonnat Haji Abu Bakar. Isu halal merupakan isu agama. Isu agama di bawah Perlembagaan Persekutuan merupakan perkara di bawah bidang kuasa negeri. Bagi kementerian saya, Akta Perihal Dagangan memperuntukkan kuasa di bawah peraturan penandaan halal bahawa sekiranya seseorang peniaga menggunakan penandaan halal, beliau hendaklah memastikan bahawa kandungan­nya adalah halal. Peraturan tidak menetapkan logo yang mana yang perlu digunakan.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' T. Marimuthu yang telah menyentuh tentang kempen dan pendidikan yang perlu dijalankan dan perkara­perkara ini, saya telah menjelaskan akan mengambil tindakan sewajamya. Begitu juga Yang Berhonnat Dato' Christina telah membangkitkan, juga mengenai pendidikan pengguna, saya telah menjawab.

Mengenai cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Krishnan, tentang pajak gadai ini perlu diperuntukkan di dalam rang undang-undang ini, perundangan pajak gadai terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kementerian sedang mengkaji perundangan ini dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memasukkan peruntukan yang boleh melindungi pengguna. Jadi, ini hanya boleh dilakukan selepas kita mengadakan perundingan dan kajian dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, oleh kerana buat masa sekarang ada undang-undang yang asing di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tanpa persetujuan, kita tidak dapat menyerapkan perkara itu dalam rang undang-undang ini.

Mengenai Yang Berhonnat Dato' Abdul Aziz yang telah membangkitkan tentang barangan yang dikeluarkan di negara ini, suka saya ucap terima kasih kepada cadangan tersebut. Kementerian saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti barangan dan menentukan tiada perbuatan dumping dan juga kita berusaha untuk mendidik pengguna supaya lebih prihatin dan peka terhadap mutu barangan yang dijual dan dibeli.

Yang Berhonnat Puan Kamilia telah membangkitkan ten tang beberapa perkara mengenai tribunal. Suka saya menjelaskan adalah menjadi hasrat kementerian untuk menentukan supaya perbicaraan tribunal diadakan di segenap tern pat dan kementerian akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan facility, infrastruktur yang ada seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Puan Kamilia dan juga Yang Berhormat Dato' Haji Sairin bin Karno, kita akan meneliti kesesuaiannya.

Mengenai proses aduan, kita akan cuba menjadikan proses aduan semudah­mudahnya. Selepas rang undang-undang ini diluluskan, kita akan membuat peraturan dan juga tentang proses aduan ini akan diteliti. Kementerian akan mengambil perhatian mengenai perkara-perkara ini. Yang Berhonnat Dato' Dr. Yeow Seng Huat telah membangkitkan masalah dengan small print atau penulisan kecil dalam perjanjian dan sebagainya. Terima kasih atas sokongan yang diberi oleh Ahli-ahli Yang Berhonnat dan kita akan meneliti perkara-perkara yang telah dibangkitkan.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 63

Dato' Haji Sairin juga telah membangkitkan mengenai Skim Cepat Kaya. Kementerian sentiasa mengambil perhatian masalah ini dengan Bank Negara bagi melindungi pengguna. Sebenarnya, penjamin membeli kenderaan ini adalah di bawah bidang kuasa Bank Negara dan kita sentiasa rujukkan perkara-perkara ini untuk tindakan dan juga perhatian pihak Bank Negara. Urusan juga sedang dibuat bagi membuka sebuah pejabat cawangan bahagian penguatkuasa. Saya kata tad~ 16 buah cawangan baru. Satu pejabat di Keningau, satu lagi di Kudat dan satu lagi di Lahad Datu. Kita sudah cari pejabat dan orang pun sudah ada dan kita akan buka pejabat itu tidak berapa lama lagi.

Saya juga ucap terima kasih mengenai cadangan-cadangan lain yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Sairin. Mengenai cadangan untuk mengkaji syarat-syarat pinjaman yang dikenakan oleh MOCCIS yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Sairin juga, di bawah Akta Koperasi, kementerian mengambil makluman dan akan cuba berusaha untuk membawa perhatian Kementerian Tanah dan Koperasi mengenai perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, itulah perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya telah cuba menjawab perkara-perkara utama dan kalau ada perkara-perkara yang tidak dijawab, suka saya meyakinkan bahawa perkara-perkara itu telah pun diambil catatan, ingatan dan akan diberi perhatian sewajarnya. Sekali lagi saya ulangkan penghargaan kementerian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi sokongan terhadap rang undang­undang ini dan berharap selepas sokongan, apabila rang undang-undang ini dikuatkuasa­kan, Ahli-ahli Yang Berhormat juga akan membantu kementerian untuk menyebarkan maklumat-maklumat mengenainya kepada orang ramai supaya rang undang-undang ini dapat disampaikan kepada golongan-golongan luar bandar, golongan miskin dan mereka juga dapat faedah untuk mendapat peruntukan di bawah rang undang-undang ini. Lagi sekali saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasa11 hingga 150 diperintahkanjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PENJAGAAN BUDAK (PINDAAN) 1999

Bacaan Bagi Kali Kedua dan Ketiga

4.56 ptg.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Datuk Peter Tinggom Anak Kamarau): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bemama suatu akta untuk meminda Akta Penjagaan Budak 1961 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 1974 lagi pe1bagai pihak tertentu khususnya waki1 pertubuhan wanita telah berkali-ka1i membuat seruan supaya Akta Penjagaan Budak

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

64 DN.3.8.1999

1991 yang memberi hak penjagaan seseorang budak kepada bapanya dipinda untuk membolehkan ibunya juga diberi hak yang serupa. Hak penjagaan (guardianship) yang kekal kepada bapa walaupun ada kalanya ibu mendapat hak pemeliharaan (custody) seringkali menimbulkan kesulitan terutamanya dalam urusau untuk mendapatkan pasport, kad pengenalan dan urusan pendaftaran persekolahan anak-anak.

Keadaan menjadi bertambah buruk sekiranya bapa enggan memberi kerjasama atau tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak atau telah hilang tanpa dapat dikesan. Dalam hal yang demikian, ibu terpaksa ke mahkamah untuk mendapatkan penyelesaian apa-apa masalah dan setiap tuntutan dan permohonan yang dibuat itu sudah tentunya memerlukan masa dan melibatkan perbelanjaan. Masalah seumpama ini tidak ada penghujungnya selagi seseorang ibu tidak diberi hak yang serupa sebagaimana yang diberikan kepada bapa oleh undang-undang yang ada sekarang.

Kerajaan prihatin dengan keresahan ibu-ibu yang terpaksa melalui pengalaman pahit sedemikian. Oleh itu, kerajaan telah mengkaji semula peruntukan-peruntukan Akta Penjagaan Budak 1961 yang didapati membebankan ibu-ibu yang berkenaan dengan tujuan untuk menghentikan peruntukan-peruntukan itu dengan peruntukan-peruntukan yang dapat mengimbangi kepentingan semua pihak dengan adil dan saksama.

Sukalah saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan perlu bersikap berhati-hati dalam perkara ini demi memastikan bahawa kepentingan dan kebajikan budak yang terltbat tidak terjejas. Oleh sebab itulah memakan masa yang agak lama telah diambil untuk mengkaji dan seterusnya menghasilkan rang undang-undang ini.

Turut diberi perhatian oleh kerajaan dalam rang undang-undang ini ialah nasib budak-budak yang terbuang dan budak-budak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga. Melalui rang undang-undang ini kebajikan budak-bduak tersebut akan terurus dengan sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang utama yang dicadangkan melalui pindaan ini ialah kepada Seksyen 5 yang merupakan pindaan yang selama ini dinanti-nantikan oleh banyak pihak khususnya kaum ibu. Pemberian hak penjagaan yang sama kepada ibu sebagaimana yang diberikan kepada bapanya akan meredakan keresahan kaum ibu dan mengatasi banyak kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh ibu yang mendapat penjagaan budak.

Rang undang-undang yang dicadangkan ini juga mencadangkan pindaan kepada Seksyen 2 dengan memasukkan takrif 'pelindung' selaras dengan takrif yang terdapat dalam Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.

Walaupun sebelum ini perkataan 'pelindung' ada digunakan dalam Seksyen 8, Akta Penjagaan Budak 1961, tetapi perkataan ini kini menjadi perlu ditakrifkan ekoran peranan seseorang pelindung di bawah seksyen bam 8A yang dicadangkan dimasukkan ke dalam akta ini.

Pindaan kepada Seksyen 5 yang disebutkan awal tadi memerlukan pindaan berbangkit dibuat kepada Seksyen 6. Selain itu, pindaan yang dicadangkan kepada Seksyen 6 juga akan memberi mahkamah kuasa untuk melantik penjaga seseorang budak jika ibu atau bapa budak itu meninggal dunia tanpa melantik seorang penjaga budak itu, atau jika penjaga itu meninggal dunia, atau enggan bertindak sebagai seorang penjaga. Pindaan yang dicadangkan ini merangkumi ruang 'link-up' yang lebih luas daripada peruntukan yang ada sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dicadangkan ini juga mencadangkan pindaan kepada Seksyen 7 untuk membolehkan bapa atau ibu seseorang budak melantik mana-mana orang sebagai penjaga budak itu selepas kematian bapa atau ibunya. Pindaan ini juga akan memastikan penjaga yang dilantik itu bertindak bersama

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 65

dengan ibu atau bapa yang menakat. Sekiranya ibu atau bapa yang menakat itu membantah penjaga itu bertindak sedemikian, atau sekiranya penjaga itu betpendapat bahawa ibu atau bapa yang menakat itu tidak layak untuk mendapat penjagaan budak itu, maka melalui pindaan yang dicadangkan ini, penjaga itu boleh. memohon kepada mahkamah dan mahkamah boleh membuat satu perintah berkenaan dengan penjagaan budak itu.

Pindaan kepada Seksyen 8 pula, antara lain merupakan pindaan yang berbangkit daripada pemansuhan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1974 oleh Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991. Kemasukan seksyen baru SAke dalam rang undang-undang·ini akan mengatasi masalah penjagaan seseorang budak terbuang atau budak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga. Seksyen baru ini akan membolehkan mahkamah melantik seorang pelindung sebagai penjaga sementara diri dan harta seseorang budak terbuang atau budak yang tidak mempunyai ibu, bapa atau penjaga. Pelindung hendaklah dilantik sedemikian sama ada atau tidak budak itu mempunyai ibu atau bapa pemelib.iu-aan atau tinggal di tempat selamat, dengan izin, place of safety. Peruntukan yang dicadangkan ini juga menghendaki mahkamah menentukan takat kuasa dan kewajipan seseorang penjaga semen tara.

Pindaan yang dicadangkan kepada Seksyen 17 bertujuan menambah jumlah wang yang boleh digunakan bagi nafkah atau pendidikan seseorang budak oleh penjaganya tanpa perlu mendapatkan keizinan mahkamah iaitu daripada satu jumlah yang tidak melebihi RM300 sebulan sebagaimana yang diperuntuk:kan sekarang kepada jumlah yang tidak melebihi RM1,000 sebulan. Jumlah ini difikirkan munasabah sesuai dengan keperluan dan keadaan semasa.

Rang undang-undang yang dicadangkan ini turut mencadangkan kemasukan dua lagi peruntukan baru iaitu seksyen baru 19A dan 19B. Melalui seksyen baru 19A ini, jika dua atau lebih daripada dua orang bertindak sebagai penjaga seseorang budak dan terdapat pertikaian antara mereka tentang apa-apa perkara yang menyentuh kebajikan budak itu, maka seorang daripada mereka boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan araban

Di bawah seksyen baru 19B, jika satu perintah untuk mendapatkan nafkah seseorang budak telah dibuat terhadap mana-mana orang dan terdapat apa-apa pendapatan atau pencen yang kena dibayar kepada orang itu, mahkamah akan boleh memerintahkan supaya pendapatan atau pencen itu ditahan atau dibayar kepada orang yang dinamakan oleh mahkamah. Pindaan lain yang dicadangkan merupakan pindaan berbangkit, pindaan penggubalan dan pindaan yang kecil-kecil sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan melalui rang undang­undang ini adalah penting kerana pemberian hak penjagaan yang sama kepada ibu dan bapa seseorang budak adalah bertepatan dengan kehendak masa sekarang dalam konteks perubahan dalam institusi keluarga. Peruntukan yang dicadangkan mengenai perlantikan seseorang pelindung sebagai penjaga sementara budak-budak terbuang, umpamanya, tidak kurang pentingnya demi kebajikan dan masa depan budak-budak yang malang itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penjagaan Budak 1961 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi.

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

66 DN.3.8.1999

5.08 ptg.

Puan Chew Poh Thoi: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Penjagaan Budak 1961. ·

Terlebih dahulu ingin saya ucapkah tahniah dan ribuan terima kasih kepada pihak kementerian atas usaha mereka untuk meminda Akta Penjagaan Budak 1961. Selama lebih sepuluh tahun pihak wanita MCA serta organisasi-organisasi wanita yang lain tel~ berkempen dan berusaha untuk menyedarkan pihak yang berkenaan tentang keperluan untuk pindaan ke atas akta ini, akhimya harapan kami akan tercapai juga pada hari ini dengan rang undang-undang yang akan diluluskan di Dewan yang mulia ini.

Kami sangat gembira kerana perjuangan kami selama ini telah berjaya sehingga membawa kepada pindaan seksyen 5 akta ini yang memberi seseorang ibu hak yang sama sebagaimana hak seseorang bapa ke atas anaknya.

Tuan Yang di-Pertua, sejak beberapa tahun sebelum ini, undang-undang berkaitan dengan diskriminasi terhadap wanita mula dipinda dan kita dapat saksikan lebih banyak pelindungan dan hak semakin c:hberikan kepada kaum hawa dalam undang-undang baru ini. Sebagai contoh, dengan kewujudan Akta Keganasan Rumah Tangga dan pindaan ke atas Akta Pembahagian Harta dan kini dengan pindaan kepada Akta Penjagaan Budak, kita boleh berbangga bahawa gerakan hak wanita telah mara satu langkah lagi ke hadapan. Kami menyeru kepada pihak kementerian supaya meneruskan lagi usaha ikhlas dan gigih ini demi meningkatkan martabat dan memberi keadilan kepada para wanita di negara ini.

Di sini saya ingin meminta satu penjelasan, apakah defmisi seseorang bayi atau budak terbuang, adakah ia melingkupi anak yang dibiarkan dengan saudara mara atau penjaga kanak-kanak di mana ibu bapa anak yang dimaksudkan itu tidak menyumbang kepada perbelanjaan, penjagaan anak mahupun melawat anak itu. Bilangan kes yang sering tersiar di dalam surat khabar kian menjadi-jadi. lbu bapa yang tidak bertanggungjawab ini tidak menyedari masalah yang dihadapi oleh anak mereka ketika mendaftar untuk ke sekolah atau apabila cuba memohon kad pengenalannya ... Kedua-dua perkara ini tidak dapat dilakukan tanpa kehadiran ibu bapa seseorang budak. Soalan saya, adakah saudara­mara atau penjaga kepada anak ini dapat dilantik sebagai penjaga sah kepada anak yang disebutkan ini.

Seksyen baru SA menyatakan bahawa untuk anak yang terbuang iaitu seorang yang tiada ibu bapa atau penjaga, pihak mahkamah boleh melantik seorang pelindung atau penjaga sementara. Pihak mahkamah perlu memastikan bahawa penjaga yang dilantik tersebut tidak hanya menjaga keperluan duniawi anak tersebut malah juga memberikan kasih sayang yang secukupnya. Keperluan seperti ini amat penting dalam membentuk seseorang anak yang sihat dalam aspek jasmani dan kerohanian.

Kementerian Pendidikan perlu memberi pendidikan seks kepada para pelajar, baik pelajar lelaki ataupun pelajar perempuan selepas Tahun Enam di sekolah rendah atau di sekolah menengah supaya anak-anak muda ini faham dan tabu risiko dalam perbuatan sumbang yang boleh disamakan dengan bermain dengan api. Kes-kes buang bayi mungkin dapat dikurangkan sekiranya para pemuda-pemudi sedar akibat perbuatan mereka yang mungkin akan melahirkan anak luar nikah.

Seseorang ibu yang belum berkahwin secara sah, apabila seorang anak dilahirkan akan mendapat surat beranak bayinya dengan ruang nama bapa yang tidak diisikan. Kesan psikologi ke atas anak ini apabila dia dewasa tidak terkata kesannya. Anak yang malang ini terpaksa menanggung keperi!an ini walaupun dia tidak bersalah. Pada pendapat saya, ruang nama bapa dalam surat beranak perlu diisikan kerana identiti seseorang bapa kepada anak amatlah penting.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 67

Dengan ini saya menyokong pindaan ke atas Rang Undang-undang Penjagaan Budak 1961. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhorma~ Puan Hajah Che Jam binti Haron.

5.15 ptg.

Puan Hajah Che Jam binti Baron: Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana chberikan kesempatan untuk berucap dan membahas Akta Penjagaan Budak (Pindaan) 1999.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pemimpin atasan dan juga negeri yang telah memberi kepercayaan kepada saya menduduki Dewan yang mulia ini dan turut sama membahas perkara-perkara yang telah dibincangkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, secara ringkas saya dapati pindaan akta ini menggambarkan edaran masa di mana kita telah meninggalkan pengaruh perundangan dahulu mengenai Fasal3 yang meletakkan takrif penjagaan hanya kepada bapa kepada yang lebih fitrah iaitu kepada kedua-dua ibu bapanya. Juga, turut dipertahankan peruntukan Fasal 3 dalam akta tahun 1961 ini supaya sistem Islam diamalkan oleh keluarga Islam dalam soal hak penjagaan dan cara tuntutannya yang mengutamakan pihak ibu seperti mana yang terkandung dalam Perkara 81(1) dan (2) dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 (Wialyah Persekutuan).

Peruntukan Fasal 2 mengenai perlindungan serta Fasal 8(a) dalam akta ini yang menampakkan keperluan pihak ketiga iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya bertindak sebagai penjaga dan Fasal 19(a) mengenai paksaan pembiayaan nafkah adalah membayangkan tentang suasana hidup masyarakat yang kian tercabar caranya. Dengan tekanan budaya yang semestinya tercetus dengan pencapaian kemajuan yang pesat, walaupun ini menunjukkan keprihatinan Parlimen dalam mempertingkatkan peruntukan undang-undang untuk menjawab tekanan perubahan, namun kita hams insaf dan meneroka kaedah yang lebih memandang jauh ke hadapan sesuai dengan peranan kita yang diharapkan oleh rakyat bukan sahaja menjamin kesejahteraan perundangan tetapi bertindak menjamin kesejahteraan kepentingan rakyat keseluruhannya.

Maka dengan ini saya ingin menyarankan kepada kementerian berkenaan supaya menjalankan kajian ke atas kesesuaian diwujudkan sejenis rang undang-undang di mana wanita bukan Islam juga boleh memilih opsyen perundangan ini yang mengambil unsur­unsur kebaikan daripada sistem Islam seperti memberi kelayakan peruntukan hak penjagaan kanak-kanak dalam soal perceraian kepada kanak-kanak itu sendiri. Sebenamya keredaan kanak-kanak itu sendiri tidak patut dikorbankan kerana ibu dan anak tidak boleh dipisahkan dan juga memberi keutamaan kelayakan penjagaan kepada nenek sebelah ibunya. Sesungguhnya ketiadaan bapa, anak masih terkumpul; tetapi ketiadaan ibu, anak berselerak akan menjadi beban kepada masyarakat seluruhnya.

Perlu ditegaskan bahawa dalam mengajukan cadangan ini, bukanlah diinginkan keuntungan politik secara hanya melaung-laungkan Islam, itu bukan laungan malah cadangan kecil yang disifatkan sebagai praktikal dan relevan. Kita berharap cadangan ini diambil kira demi evolusi perundangan kita supaya kita juga semakin matang dan berdikari dalam edaran zaman terutamanya memandangkan kita sedang menuju ke alaf baru dalam masa terdekat ini.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan pindaan ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan N. Marimuthu.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

68 DN.3.8.1999

5.09 ptg.

Tuan N. Marimuthu: Terima kasih, Tuan Yang eli-Pertua. Izinkan saya untuk membahaskan serba sedikit isu-isu yang berikut tentang Akta Penjagaan Budak (Pindaan) 1999. .

Tuan Yang eli-Pertua, Akta Penjagaan Budak 1961 selama ini hanya memberi kuasa kepada bapa ataupun lebih dikenali sebagai ketua keluarga masing-masing. Disebabkan keutamaan istimewa eliberikan kepada bapa, para ibu telah secara tidak langsung kehilangan kuasa mereka untuk melakukan sesuatu kepada anak menerusi hak undang-undang. Sebagai satu contoh, jikalau seorang ibu menemani anaknya yang belum mencapai usia 18 tahun untuk membaharui pasport Singapura mahupun Antarabangsa, beliau ataupun dengan lebih tepat kedua-dua ibu dan anak, akan disuruh kembali bersama­sama ayahnya untuk menurunkan tandatangan serta cap ibu jari ayahnya ke dalam dokumen-dokumen yang elisediakan. Apa yang saya sebutkan taeli hanya salah satu daripada pelbagai masalah yang merupakan dilema para ibu untuk menjayakan hal-hal berkenaan anak masing-masing.

Penggantian Seksyen 5 eli mana para ibu telah eliberi segala hak seperti penjagaan kanak-kanak, wakil atau pemegang amanah serta pentadbir harta yang eliwarisi oleh anak, memohon untuk memperolehi pendapatan daripada segala harta tersebut serta eliberi kuasa untuk memohon kepada mahkamah tentang isu-isu berkaitan dengan kanak-kanak.

Manakala penggantian Seksyen 6 yang memberi kuasa kepada kedua-dua ibu bapa untuk melantik seorang penjaga bagi anak ataupun bayi atau jikalau berlaku sesuatu kematian pada salah seorang daripada ibu bapa segala kuasa penjagaan kanak-kanak eliberikan kepada ibu bapa yang masih hidup. Saya berpendapat bahawa segala hak yang berkaitan dengan kanak-kanak mahpun bayi mesti eliselaraskan secara saksama eli antara ibu dan bapa. Justeru itu, tepat pada masanya Akta Penjagaan Budak yang eligubal pada tahun 1961 elipindakan dengan Akta Penjagaan Budak 1991 eli mana aspek-aspek kebebasan serta saksama di antara ibu bapa telah elisediakan. Saya memuji dan mengucap­kan tahniah kerana mewartakan Rang Undang-undang Penjagaan Budak ini. Ramai kanak­kanak tidak memasuki sekolah kerana tidak mempunyai dokumen peribadi umpamanya surat kelahiran. Nyatakan bilangan kanak-kanak yang menghadapi masalah ini sekiranya kerajaan mengetahui hal ini. Rang Undang-undang Penjagaan Budak dilaksanakan pada masa yang sesuai kepada kanak-kanak, anak-anak yatim dan berada eli bawah penjagaan kerajaan adalah elisambut baik.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang telah mengambil berat dan telah memberi banyak pandangan yang elibincangkan dan inisiatif yang dilakukan oleh beliau. Dengan ini anak-anak yatim ini menentukan masa depan mereka lebih berkesan.

Tuan Yang eli-Pertua, saya minta Seksyen 8 Akta lbu dipinda dengan menggantikan Seksyen 8 dengan seksyen yang berikut, "If both parents of an infant have died without appointing a testamentary guardian, any Magistrate, penghulu, police officer ..... ". Kalau boleh saya mencadangkan JP atau wakil rakyat disertakan menggantikan Seksyen 8.

Sekian sahaja, akhirnya saya menyokong sepenuhnya Rang Undang-undang Penjagaan Budak (Pindaan) 1999. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Lee Pit Chern.

5.25 ptg.

Dato' Lee Pit Chern: Terima kasih, Tuan Yang eli-Pertua. Perkara yang kita bincangkan eli sini ialah suatu akta untuk meminda Akta Penjagaan Budak 1961. Pindaan

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 69

Seksyen 5 untuk memberikan kepada ibu seseorang budak hak yang sama sebagaimana yang diberikan kepada bapanya.

Kita telah lihat rang undang-undang ini mengambil masa hampir 10 tahun untuk diluluskan. Setelah menunggu begitu lama kita berhllrap supaya setiap pihak yang terlibat seperti badan-badan kerajaan, NGOs dan wanita pada amnya dapat melaksanakan rang undang-undang ini dengan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai kedudukan hak penjagaan anak terutama anak luar nikah (illegitimate child) sebagai yang kita tabu bahawa di Malaysia tidak terdapat satu undang-undang yang jelas mengenai hak penjagaan anak luar nikah. Saya ingin mengusulkan supaya perkara ini turut dibincangkan bersama memandangkan ia ada kaitan dengan persamaan hak di antara ibu dan bapa di dalam soal penjagaan anak. Berhubung dengan perkara ini ibu atau wanita perlu diberi hak untuk menjadi penjaga kepada anak luar nikah kerana ianya adalah suatu hak semula jadi seorang ibu untuk menjaga anak-anak yang dilahirkan.

Di dalam konteks ini kita boleh menerima pakai atau mencontohi amalan undang­undang biasa atau common law yang dilaksanakan di United Kingdom di mana seseorang wanita atau ibu diberi 'recognation', dengan izin, dan hak penjagaan kepada anak luar nikah mereka atas prinsip hak semula jadi seorang wanita adalah terhadap anaknya. Pada masa sekarang seseorang anak di bawah umur 21 tahun sekiranya hendak berkahwin hanya perlu mendapatkan kebenaran bapa, hak yang sama juga perlu diberikan kepada seorang ibu atau wanita. Seseorang anak juga perlu mendapatkan kebenaran ibu untuk berkahwin sekiranya berada di bawah umur 21 tahun. Dengan adanya rang undang-undang ini kerajaan telah memikirkan tarafwanita.

Pada masa ini 52% dari keseluruhan rakyat Malaysia adalah wanita, ini bennakna wanita mempunyai pengaruh dan peranan yang tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sosial. Tenaga wanita turut diperlukan untuk membangunkan negara, maka dengan itu persamaan hak wanita dan lelaki memang wajar diseimbangkan. Tambahan pula taraf pelajaran wanita kini telah meningkat dan membolehkan mereka mempunyai pendapatan tetap sendiri setanding dengan lelaki. Akta ini sepatutnya telah lama dilulus­kan. K.ita berharap di masa hadapan dapatlah sekiranya kelulusan untuk sesuatu akta mengambil masa yang lebih pendek kerana jangka masa 10 tahun adalah terlalu lama.

Kesimpulannya rang undang-undang ini sangat diperlukan oleh seluruh wanita dan akan memberi hak serta recognation yang lebih baik terhadap wanita. Oleh itu saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi.

5.28 ptg.

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun bersama-sama dengan rakan di dalam Dewan yang mulia ini bagi membincangkan satu rang undang-undang yang dibentangkan sebentar tadi.

Saya amat simpati kepada kaum wanita kerana bangun menyampaikan rintihan perasaan mereka, 10 tahun lebih berjuang untuk kepentingan kaum wanita. Akan tetapi kami lelaki juga kadangkala ada masanya menderita juga disebabkan wanita, kadang­kadang terpaksa melarikan anak jauh, naik kapal, naik sampan, menyeberang sempadan selepas itu kaum lelaki ini tidak boleh pula dibenarkan masuk ke negara itu. Ditulis, dihalang masuk ke negara tersebut sebab melarikan anak. Kami bertanggungjawab juga kepada anak-anak bukan tidak bertanggungjawab tetapi undang-undang telah mengatakan bahawa kaum bapa berhak.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

70 DN.3.8.1999

Saya setuju dengan pindaan ini terutama dalam Seksyen 5 yang mana Akta lbu dipinda membolehkan perlantikan-perlantikan untuk menjaga selain daripada bapa. Kita tidak boleh salahkan semua, kadangkala jodoh dan pertemuan ini adalah di tangan Tuhan, bukanlah kehendak kita. Kenapa manusia tidak bemikah? lni kita persoalkan. Sebagai­mana tadi Yang Berhormat Dato' Lee Pit Chern ada bercakap, kebanyakan ada yang tidak dapat bemikah tetapi kenapa sebabnya? Ada sebab tertentu, Allah s.w.t. sahaja yang tabu kenapa sebabnya. Tidak dinaflkan orang Islam, orang yang bukan Islam juga terdapat yang tidak dapat bemikah, ada sebab yang tertentu.

Akan tetapi yang menjadi mangsa ialah anak-anak yang lahir, anak-anak yang masih merah dan tidak tabu apa benda dalam dunia ini, apa yang terjadi. Bagaimana masalah kegawatan ekonomi, kegawatan politik dan sebagainya, masih lagi kelam. Inilah perlunya akta ini kita pinda bagi membolehkan anak-anak ini hidup sebagai manusia, memberi sumbangan kepada negara suatu hari nanti. Walaupun dia kadangkala tidak tentu sah ibunya.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya juga menemui masalah. Kita sebagai wakil rakyat kecil, kadangkala didatangi oleh masyarakat berbilang kaum kerana baru-baru ini saya dapati seorang kanak-kanak dari daerah parlimen Gopeng. Dia tidak dapat mendaftarkan anaknya sekolah sebab di dalam surat beranaknya hanya nama dia dengan nama anaknya sahaja, tidak ada nama suami - kerana timbul masalah apa yang dibangkit sahabat saya tadi, kerana tidak menikah.

Jadi, saya rasa kementerian seharusnya mengambil kira kalau sekiranya kita tidak dapat mendaftarkan atas nama ayahnya siapa atau keturunannya siapa, akan tetapi kita harus memberi peluang kepada mereka. Kita daftarkan mereka sebagai warganegara kita. Bayangkanlah umumya sudah 7 tabun, tidak dapat didaftar ke sekolah. Jadi, kita terpaksa uruskan, minta Jabatan Pendaftaran untuk memasukkan nama ayahnya walaupun masa ibunya mengandung kerana tanpa nikah, berulang alik ke klinik setiap - saya pun tidak tabu klinik ibu ini kerana saya tidak mengandung, ibu yang tabu. Saya rasa seminggu sekali atau sebulan sekali tetapi ada dalam rekod laporan kesihatannya ada nama ayahnya. Apa salah kita menggunakan dokumen itu sebagai dokumen sah, mengatakan bahawa ini adalah ayahnya walaupun tanpa nikah, membolehkan anak itu masuk ke darjah satu hingga menamatkan sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, masalah-masalah lain saya rasa tidak begitu banyak kerana kadangkala ini pun dab lengkap bahawa pindaan seksyen 2, Director General Social Welfare ini dimasukkan selepas perkataan 'judge' kerana dulu Jabatan Kebajikan Masyarakat, untuk mengambil alih sebagai protector, dia kena pergi mahkamah tetapi dengan ada pindaan ini saya rasakan lebih mudah Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambilnya kerana tercatat mereka ini sebagai pelindung dan mereka ini juga harus beri kuasa yang luas kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini melantik apa sahaja yang diperlukan oleh akta ini bagi membolehkan kita menyelaraskan undang-undang ini.

Saya rasa itulah perbahasan saya pada masa ini, dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin.

5.34 ptg.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut bangun untuk membahaskan Akta Penjagaan Budak 1961. Walaupun akta ini sebagaimana disebutkan oleh rakan saya Yang Berhormat tadi, begitu lama ditunggu oleh kaum wanita, walaupun ia telah mengambil masa yang lama kita mengucapkan terima kasih juga kepada pihak kementerian kerana pada hari akta ini telah dapat dibentangkan.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

~~ ---~-----------------

DN.3.8.1999 71

Tuan Yang di-Pertua, sebenamya Akta Penjagaan Budak yang dibentangkan pada hari ini telah dapat meringankan beban terutamanya ditanggt_mg oleh ibu-ibu tunggal kerana kita tabu sebagaimana disebut oleh rakan-rakan tadi apabila seorang anak dilahir­kan, kuasa penjagaan anak-anak itu telah diberikan kepada bapa. Bapa mem.punyai suatu kuasa, satu hak yang dilindungi oleh undang-undang. Ini menyebabkan ibu-ibu yang menjaga anak-anak kerana bapa masih hidup tetapi tidak bersama-sama menghadapi masalah. Bukan sahaja perkara ini berlaku kepada ibu tunggal kadang-kadang ada juga sebenarnya berlaku dalam satu keluarga di mana keluarga ini bukan berlaku perceraian tetapi suaminya berada di luar negeri ataupun suami tidak bersama-sama dengan ibu, misalnya seorang isteri di Kuala Lumpur, suaminya berada di Sabah. Apabila hendak membuat sesuatu urusan mengenai anak-anak ia memerlukan si isteripergi kepada suami mendapatkan tandatangan ataupun suami itu sendiri terpaksa balik untuk menurunkan tandatangan bagi proses-proses yang tertentu sebagaimana contoh yang disebutkan oleh rakan saya tadi, Yang Berhormat Tuan Marimuthu untuk menyediakan kad pengenalan, passport dan juga untuk kemasukan sekolah sebenarnya bapa perlu datang untuk menentukan kebenaran untuk memasuki sekolah ataupun kebenaran pertukaran sekolah. Ini sebenarnya menimbulkan masalah yang besar yang mungkin masyarakat umum, masyarakat biasa dalam rumahtangga biasa, suami dan isteri ada bersama tidak merasainya. Tetapi bagi mereka yang suami berada jauh telah pun pemah mengadu kepada saya masalah ini dan di sam.ping itu bagi ibu-ibu tunggal yang bukan tunggal disebabkan kematian suami tetapi tunggal oleh kerana perceraian, amatlah membebankan kepada mereka.

Jadi, melalui akta ini juga kita melihat bahawa bayi-bayi yang dilahirkan mem.punyai satu perlindungan yang agak berkesan jika sekiranya bayi ini di'abundant', dengan izin, ataupun ditinggalkan, dia ada perlindungan undang-undang. Begitu juga dengan anak-anak yang kematian ibu bapa. Sekarang ini kita mendengar daripada berita­berita dan kadang-kadang ada saudara mara kita yang mengalami kemalangan jalan raya di mana kedua ibu bapa meninggal, anak-anak mereka tidak ada tempat pergantungan dan tidak ad8 undang-undang yang melindungi anak-anak mereka.

Jadi, dengan adanya Akta Penjagaan Budak 1961 kita merasakan sesuatu release, dengan izin, ataupun tekanan yang telah hilang daripada sosio masyarakat ataupun keadaan sosial masyarakat di mana kehidupan kanak-kanak di negara Malaysia ini akan lebih terjamin dan terlindung di bawah undang-undang. Saya mengucapkan syabas kepada pihak kementerian yang telah dapat membentangkan akta ini pada hari ini dan saya kira pihak­pihak NGO terutamanya persatuan-persatuan wanita yang telah pun mewujudkan satu deklarasi wanita, saya lupa apa tajuk deklarasi wanita yang baru-baru ini telah dibawa secara begitu berleluasa oleh pihak NGO dan perkara ini juga telah cuba diambil peluang oleh pihak pembangkang, menunjuk jari kepada kerajaan bahawa kerajaan tidak memberi perhatian kepada kanak-kanak. Bila akta ini kita bentangkan pada hari ini sudah pasti ini akan menolak tuduhan bahawa kerajaan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat oleh rakyat tidak memberi perhatian kepada kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya sebut tadi akta ini dapat memberi­kan keringanan bebanan kepada ibu-ibu tunggal. Kita mem.punyai, kalau saya tidak silap, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh betulkan kalau saya tidak silap, 800,000 ibu tunggal di Malaysia. Di negeri Pedis sahaja saya ada 1,500 ibu tunggal yang telah pun didaftarkan dan ibu-ibu tunggal ini berusaha membesarkan anak-anak malah mereka sanggup melakukan apa sahaja malahan mereka bukan menjadi ibu biasa, saya menganggapkan mereka ini seperti superwomen, melakukan apa sahaja untuk membesar­kan dan demi untuk masa depan anak-anak.

Jadi dengan adanya perubahan undang-undang ini bukan sahaja akan meringankan bebanan mereka dari segi perundangan tetapi tidak juga meringankan bebanan mereka dari

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

72 DN.3.8.1999

segi kemampuan ekonomi untuk menanggung anak-anak. Saya tidak tabu sama ada dalam akta ini ada disebutkan dari segi nafkah anak. Saya berharap kepada _pihak kementerian supaya pihak kementerian juga dapat memberi perhatian kepada nafkah anak-anak yang ditanggung oleh ibu tunggal ini. Tidak dapat dinaflkan bahawa walaupun Yang Berhormat tadi menyebutkan bapa-bapa memang sayang kepada anak-anak tetapi bapa ini bila dapat isteri yang baru kadang-kadang lupa isteri yang lama dan anak-anak dan lupa kepada tanggungan mereka ..... .

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan.

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat. Kita memang sayang kepada anak-anak sebagai bapa terutama anak kita dari darah daging kita. Saya ingin dua penjelasan, pertama tadi saya tertarik hati tentang jumlah ibu tunggal di Pedis ada lebih seribu orang. Apakah usaha NGO ataupun HAWA dan sebagainya mengurangkan.figures itu kepada tahap yang minimum. Cara-caranya mungkin kita ada kaunseling rumah tangga dan sebagainya.

Yang kedua, saya tidak setuju sangatlah pendapat kalau kita kahwin dua kerana diizinkan dalam Islam beristeri empat tetapi apabila kita ada isteri muda saya rasa kita tidak boleh menuduh si suami itu lebih sayang kepada isteri muda kerana kadangkala isteri tua ini tidak begitu menjaga diri, tidak berhias, bedak pun kurang. Faham sajalah kalau sangkak itu, maknanya sangkak itu bekas bertelur, saya rasa Tuan Yang di-Pertua faham tempat ayam bertelur, kalau sangkak itu tidak elok ayam itu bertelur di tempat lain. ltu sahaja maknanya, terutama ayam jantan, ayam jantan ini memang jahat sedikitlah. [Ketawa] Terima kasih.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, tentang soalan ibu tunggal tadi, memang melalui HAW A kita diminta oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Perpaduan Masyarakat untuk address, dengan izin, mengenai ibu tunggal ini sebagai satu perkara yang kita beri perhatian. Dengan sebab itu ibu-ibu tunggal telah pun kita daftarkan dan ibu-ibu tunggal kita galakkan untuk menganggotai persatuan ibu tung gal.

Saya sebenarnya ada hasrat apabila saya menyebutkan tentang ibu tunggal tadi kepada pihak kementerian. Kita memang telah pun ada satu mekanisme untuk menentukan dan juga untuk mengenal pasti ibu-ibu tunggal yang ada di negara kita. Yang sedihnya, saya sebagai Pengerusi HAW A negeri apabila pendaftaran ibu tunggal ini kita lakukan kita dapati sebahagian besar mereka terdiri daripada mereka yang masih lagi produktif dari segi tenaga untuk mengeluarkan .....

Seorang Ahli: Anak.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Ketawa}. Tidak anak. Maksud saya ini dari segi pengeluaran tenaga manusia untuk pembangunan masih dalam tahap yang produktif. Jadi ibu-ibu tunggal ini kita kenai pasti dan saya hendak minta kepada pihak kementerian supaya pihak kementerian menyediakan peruntukan kerana saya sendiri melihat dari segi pendapatan kepada ibu tunggal ini kerana ada di antara mereka yang cuma berpendapatan RM250 sebulan sedangkan menanggung 4, 5 orang anak. Sebahagian besamya ditinggalkan oleh suami, kalau dalam umur yang produktif - bukan suami meninggal tetapi ditinggalkan oleh suami. Tetapi kebanyakan mereka yang telah lanjut usianya menjadi ibu tunggal kerana suami telah meninggal.

Kalau ditanya saya bagaimana untuk mengurangkan ibu tunggal, saya tidak ada program untuk mengurangkan bilangan ibu tunggal kerana kita tidak ada match-mate, tidak ada program mencari jodoh tetapi kita memberi perhatian kepada ibu tunggal ini untuk mereka diberikan pendekatan secara memulihkan psychology mereka supaya mereka mengharungi hidup ini tanpa menjadikan pengalaman hidup itu sebagai halangan untuk

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 73

mereka meneruskan hidup dan juga mereka dapat membimbing anak-anak mereka supaya anak-anak mereka menjadi anak-anak yang berjaya. Dengan sebab itu saya hendak meminta pada pihak kementerian kalau boleh kementerian menyediakan satu peruntukan khusus kerana ibu-ibu tunggal ini bagi saya memang mereka memerlukan bantuan dan juga sokongan daripada pihak kerajaan dari segi modal untuk mereka memulakan sesuatu aktiviti dan kegiatan untuk memulihkan dan untuk mereka meningkatkan ekonomi keluarga mereka. Jadi ini saya hendak pohon.

Kepada soalan yang kedua tadi saya sudah lupa apa soalannya itu. · Soalan mengenai kenyataan saya bahawa sesetengah bapa ini kalau telah berkahwin baru lupa kepada isteri yang lama dan juga tidak menanggung nafkah anak-anak. Kenyataan saya ini bukan saya buat secara melulu kerana melalui kajian yang saya lihat daripada pendaftaran ibu tunggal ada sebahagian, bukanlab semua, daripada mereka ini yang mengamalkan poligarni. Yang baik macam Yang Berhormat tidak mengapa. [Ketawa] Tetapi ada sebahagian daripada mereka ini apabila mereka berkahwin lain, isteri yang pertama dan anak-anak ditinggalkan tanpa nafkah. Ini memang berlaku. Bukan itu sahaja, ada di antara ibu-ibu tunggal ini yang digantung tidak bertali, cerai pun tidak, jaga pun tidak. Ini lebih sedih lagi.

Jadi dalam keadaan ini kita dapati kelemahan ini berlaku disebabkan oleh kelambatan mabkamab syariah untuk mengambil tindakan. Kelambatan ini juga kita tidak boleh menunjuk jari kepada mahkamah syariah sahaja kerana kaum bapa itu sendiri ataupun suarni itu sendiri dia ada satu kebijaksanaannya menyebabkan mahkamah tidak dapat membuat keputusan. Kadang-kadang tidak hadir, hadir ada alasan dan banyaklah ceritanya sehinggakan bertahun-tahun ibu tunggal ini terpaksa membesarkan anak yang sesetengah itu beritahu saya, saya ini ditinggalkan suami daripada anak masih merab dalam buaian. Sampai hari ini sudah sekolah rendah dan sesetengah sudah sekolah menengah. lbu tunggal terpaksa menjaga anak-anak mereka.

Jadi oleh yang demikian, kalau dalam perlembagaan ini ada peruntukan yang menentukan supaya bayaran-bayaran naikah tertentu perlu diberi oleh bapa kepada anak­anak mereka, saya meminta pihak kementerian memikirkan dengan apa cara sekalipun sama ada hendak dikemukakan kepada mahkamah syariah dan sebagainya diadakan potongan gaji secara compulsory. Kalau ini tidak dilakukan saya rasa meranalah ibu-ibu tunggal ini, sudahlah merana dari segi nafkah batinnya, tetapi zahirnya juga tidak akan ditanggung oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya berhati-hati, takut saya sebut nanti Yang Berbormat saya rasa setuju kalau saya sebut mereka yang tidak bertanggung­jawab.

Tuan Yang di-Pertua, ada tiga perkara lagi yang ingin saya sentuh di sini. Pertamanya dari segi penjagaan anak bagi ibu-ibu yang memilih untuk berkahwin. Kadang-kadang ibu tunggal yang bercerai ini masih muda dan dia memilih untuk berkahwin. Saya ada mendapat makluman daripada pihak NGO bahawa ibu-ibu muda yang memilih untuk berkahwin ini bak penjagaan anak mereka terutamanya anak perempuan tidak dibenarkan kerana suami yang akan duduk serumah itu tidak akan menjadi muhrim kepada anak. Jadi ini juga satu perkara yang mungkin Setiausaha Parlimen kita dapat bagi pandangan adakab ini dari segi hukum Islam ataupun ini undang-undang yang tidak begitu jelas kedudukannya. Dalam keadaan ini saya rasa simpati kepada ibu-ibu yang saya flkir kebanyakan ibu-ibu sudah tentu mereka ingin menentukan masa depan anak-anak mereka babagia dan mereka ingin bersama-sama dengan anak mereka tetapi ada peraturan­peraturan yang menyebabkan bak penjagaan mereka terlucut.

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya dari segi potongan cukai pendapatan. Ini juga ada diskriminasi kepada kaum wanita kerana cukai pendapatan ini selalunya potongan diberikan kepada kaum bapa. Buat masa sekarang ini ada di antara wanita-wanita yang mempunyai pendapatan lebih baik daripada suami. Ada juga wanita-wanita yang terlibat

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

74 DN.3.8.1999

dengan bidang pemiagaan sebagai usahawan mempunyai pendapatan yang begitu baik dan dia ingin membuat potongan cukai pendapatan anak-anak melalui pen~patan beliau. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian mengenai potongan cukai pendapatan.

Yang akhir sekali saya ingin juga kemukakan di sini masalah-masalah yang dihadapi bagi negeri-negeri yang berjiran dengan negara lain. Misalnya kami di Pedis berjiran dengan Thailand, banyaklah ahli-ahli PERKIM bam, maknanya orang-orang Thailand yang berkahwin dengan lelaki daripada Perlis menukar agamanya menganut agama Islam, sebenarnya mereka ini diterima. Dalam komuniti baik kita ada PERKIM untuk memberi didikan agama dan sebagainya.

Tetapi ada juga timbul masalah di mana suami-suami ini kadang-kadang berkahwin secara sembunyi, bukan sahaja sembunyi dari isteri tetapi sembunyi daripada kerajaan. Dia tidak mendaftarkan kepada kerajaan, berkahwin dengan isteri daripada Thailand tidak mendaftar kepada pihak kerajaan dan isteri yang masih lagi mempunyai kewarganegaraan di negara Thailand, tinggal di Malaysia secara haram, melahirkan anak dalam bilangan yang besar, ada dua, tiga kes dalam bilangan yang besar. Anak-anak ini tidak bersekolah kerana pihak suami tidak mendaftarkan anak ini kerana pihak suami tersebut takut untuk mendaftarkan anak ini dan telah melakukan satu kesalahan di situ di mana isterinya tidak menjadi warganegara Malaysia.

Jadi, dalam soal ini anak-anak tersebut sudahlah tidak didaftarkan dan tidak mempunyai surat beranak, anak-anak ini juga begitu susah untuk didaftarkan untuk masuk ke sekolah. Buat masa sekarang ini ada anak-anak yang tidak bersekolah dan ada juga anak-anak yang bersekolah dengan cara bantuan dan juga simpati daripada pihak pengetua ataupun guru besar sekolah dan guru-guru. Ini adalah fenomena yang kami hadapi dan saya memohon kepada pihak kementerian untuk meneliti keadaan ini untuk meminta pihak agensi-agensi di bawah kementerian membuat pemerhatian, pemantauan dan juga mungkin menasihatkan supaya keadaan ini tidak berterusan.

Ini akan menjadi satu masalah negara pada masa akan datang kerana anak-anak yang dilahirkan itu tidak berdosa. Mereka tidak ada identiti yang tertentu tidak rakyat Thailand dan juga tidak rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk bercakap panjang dalam Akta Penjagaan Budak (Pindaan) 1999 dan saya juga berharap supaya akta ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dania akan menjadi satu akta yang dapat memperlindungi kanak-kanak di Malaysia.

Saya mengucapkan terima kasih dan dengan ini saya menyokong Akta Penjagaan Budak (Pindaan) 1999.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Karno.

5.52 ptg.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya membahaskan Akta Penjagaan Budak (Pindaan) 1999. Insya­Allah, hari ini saya akan cuba pendekkan perbahasan ini dan sebelum itu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, begitu juga dengan Tuan Yang di-Pertua, yang sentiasa prihatin dengan masalah kita dan mungkin hari ini adalah merupakan hari yang terakhir bagi saya bersama-sama dengan rakan-rakan. Kepada yang bam dilantik, saya ingin mengalu-alukan mereka walaupun telah lewat saya katakan, mudah-mudahan sumbangan kita akan terus dapat kita berikan kepada kerajaan demi untuk 'kemaslahatan' rakyat.

Begitu juga dengan rakan-rakan yang bersama-sama meninggalkan Dewan ini, mudah-mudahan kita juga akan terus menyumbangkan apa yang termampu oleh kita sebab kita yakin bahawa di mana juga bumi kita pijak, di situlah langit kita akan junjung.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 75

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai apa yang telah disentuh oleh rakan-rakan terutama pemimpin-pemimpin wanita daripada MCA. Syabas dan tahniah, walaupun setelah begitu lama, sepuluh tahun baru ianya menjadi kenyataan tetapi inilah antara keprihatinan dan tanggungjawab yang sentiasa diberikan oleh kerajaan yang kita dukung hari ini, Kerajaan Barisan Nasional. Meskipun mungkin ada beberapa perkara yang perlu diubah dan dipinda, sudah semestinyalah Kerajaan Barisan Nasional sahajalah yang prihatin dan akan melihatnya, memperbaiki mana-mana yang ada kekurangan.

Saya turut bertanya kepada kerajaan terutama kepada Yang Berhonnat, mengenai dengan suami orang luar. Di tempat saya secara kebetulan ada seorang, dua keluarga yang telah berkahwin dengan orang luar. Suaminya orang luar, orang luar negara bukan daripada Malaysia dan kalau kita salahkan mungkin ini sudah suratan takdir. Siapa yang mahu susah dalam hidup, semua orang ingin hidup senang tetapi kita hanya merancang akhimya yang menentukan adalah Allah s.w.t. Anak-anak yang ditinggalkan oleh suami kerana terpaksa pulang ke negara asalnya tidak mempunyai surat beranak. Apabila hendak mengambil surat beranak, dia kata cari bapa, bapanya sudah pulang ke Indonesia. Bagaimana dia hendak balik, bagaimana hendak mencarinya?

Anak-anak ini, apa tindakan yang harus diambil oleh pihak kerajaan. Saya telah mencadangkan kepada pihak pendaftaran supaya dtberikan juga surat beranak tetapi tidak diendahkan langsung. Mungkin hari ini sesuai dengan akta yang akan diluluskan ini, kita memohon kerajaan mempertimbang dan mencari satu formula supaya anak-anak ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhonnat Puan Hajah Mastika Junaidah tadi tidak menjadi bebanan kepada negara ini pada masa yang akan datang sebab ibunya adalah rakyat Malaysia dan anak-anak ini walau bagaimanapun ia tetap juga akan berada di negara kita yang tercinta ini.

Yang kedua, saya juga ingin mencadangkan dan kita memang bersimpati dengan ibu-ibu tunggal. Apa boleh buat, seperti orang kata, "Bukan salah ibu mengandung ", itu mungkin sudah suratan takdir - agar kerajaan dapat memberi bantuan khas seperti yang dicadangkan itu. Saya ingin memperkuatkan cadangan ini supaya kalau boleh ayahnya itu, suaminya itu memang bekerja, secara peribadi saya bersetuju supaya suami-suami ini gajinya dipotong melalui gaji mereka, araban terus. - Tidak ada lagi, saya ada tanggungan lagi - siapa suruh dia kahwin dua, siapa suruh dia kahwin tiga, itu sebagai contohnya. Anak-anak dibiarkan, kalau betul berlaku, saya memohon mencadangkan supaya gaji suami itu dipotong menurut undang-undang atau ketetapan yang dikenakan oleh kerajaan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada ibu-ibu tunggal di mana atas kegiatan semangat mereka sehingga ak:hirnya mereka juga berjaya dalam hidup dan memang bukan rahsia bahawa di negara kita dan di seluruh dunia perkara ini adalah masalah global yang tidak siapa pun boleh mengatasi secara 100% tetapi inilah kebaikan Kerajaan Malaysia, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional yang sentiasa memperbaiki mana-mana yang ada kelemahan dan memperkuatkan mana-mana yang sudah baik.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat]

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ini adalah ucapan terakhir dari saya. Saya ingin menutup perbahasan saya ini dengan beberapa rangkap pantun, dengan izin:

Dari Keningau ke Kuala Lumpur, Membawa harapan untuk kemajuan, Rakyat pedalaman haus dan lapar, Bantylah mereka beri pembangunan.

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

76

Ahli Yang Berhormat di seluruh negara, Tidak jemu berbakti menyumbang fikiran, Teruskan perjuangan, kita bangunkan bersama, Barisan Nasional kita menangkan.

Wahai rakan, handai dan tau/an, Bila membahas dengan fikiran terbuka, Maajkan saya sepanjang perjalanan, Semasa bersama di Dewan Negara. [Tepuk]

Ini bahasa orang-orang Sabah, Tuan Yang di-Pertua, saya bacakan:

'Tasuku ranggis-ranggis, Tamtaman daging puyut, Tungsugu balai nape, Mana nak adai tambang '.

DN.3.8.1999

Ertinya lebih kurang bahawa, kenangan manis apabila Barisan Nasional memerintah di Sabah yang telah dapat membaharui dan memberi semangat baru kepada rakyat di negeri Sabah.

'Sarub mantad layargan, Mana hambai dong bongkol, Okured oponglong nong bongkol, Mobi akuie mohon odomen '.

Maknanya biar parti pembangkang negeri Sabah, kita akan kosongkan untuk pilihan raya yang akan datang agar Barisan Nasional senang menjalankan pembangunan dan bantuan kepada rakyat di seluruh Sabah.

Yang terakbir sekali:

Pulau Labuan tidak berbukit, Ada bukit di Batu Arang, Budi kalian bukan sedikit, Dari dahulu sampai sekarang.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Kita akan berjumpa lagi.

Sekian, dengan ini saya mohon menyokong [Tepuk]. Sekian, terima kasih.

[Beberapa orang Ahli bangun untuk berucap]

Tuan Yang di-Pertua: Dari sebelah di sini bangun dahulu nampaknya [Ketawa].

6.00 ptg.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak membuat sedikit cadangan sahaja. Terlebih dahulu, saya ucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah berjaya melaksanakan satu pindaan undang-undang yang menepati kehendak wanita terutamanya wanita yang bukan Islam yang banyak mempunyai masalah-masalah tertentu sepertimana yang telah diperuntukkan dalam rang undang­undang ini.

Saya ingin mencadangkan bahawa undang-undang yang telah dikemukakan ini, saya rasa akan lebih dapat dilaksanakan dan dapat dikuatkuasakan jika kita dapat wujudkan mahkamah keluarga atau family court, dengan izin, kerana perkara-perkara yang telah

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 77

dibangkitbn atau ditimbulkan yang akan dijadikan undang-undang ini adalah merupakan perkara-perkara yang menyentuh hal-ehwal keluarga dan sensitivitinya adalah sangat tinggi dan ianya saya rasa amat bersesuaian dan hanya akan dapat dilaksanakan dengan lebih efficient dan lebib mantap jikalau ianya dapat dilaksanakan di dalam apa yang dipanggil family court.

Saya rasa ramai yang telab mencadangkan supaya diwujudkan mabkamah keluarga dan saya rasa dengan adanya undang-undang yang sebegini, tentu sekali mahkarnah keluarga itu akan dapat melaksanakan, contobnya, untuk menentukan apakah dia hak-hak kepada rights, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, rights of surviving parents to guardianship, power parents to appoint testamentary guardian, juga protector to temporary guardian of abandoned infant and dispute between joint guardians. Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang saya katakan tadi adalab sangat sensitiftermasukjugalab penguatkuasaan pembayaran nafkab kepada anak-anak.

Jadi, perlulab kita libat babawa undang-undang ini tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kita mempunyai mekanisme atau jentera penguatkuasaan yang berkesan dan juga untuk memastikan babawa dengan adanya family court ini, kita akan membentuk cara-cara penguatkuasaan yang lebih efektif terutamanya penguatkuasaan pengbakiman a tau perintab-perintab mahkamah yang akan dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, saya juga ingin mencadangkan bahawa dalam pibak mahkamah menentukan hak-hak untuk pembayaran natkah, di sini telah disebut di bawah pindaan 19B akan dikenakan attachment ataupun akan dikenakan hukuman kepada gaji tetapi adakalanya ada bapa-bapa yang tidak mempunyai gaji dan dicadangkan hukuman penjara dikenakan kerana di mahkamah-mahkarnah syariah telah dapat dibuktikan bahawa hukuman penjara itu dapat memastikan babawa hukuman yang dikenakan untuk pembayaran nafkab adalah berkesan.

Dan yang keduanya, dalam kita menentukan tentang pembayaran nafkab ini, saya juga ingin mencadangkan pibak kerajaan melibat kepada keadaan bapa-bapa yang miskin, yang tidak mempunyai pekerjaan dan sepatutnya perlu membayar nafkah. Jika tidak untuk nafkah dirinya, nafkah anak-anak dalam satu-satu tuntutan. Saya ingin mencadangkan da1am hal ini, pibak kerajaan bekerjasama dengan pibak Kementerian Sumber Manusia untuk memberi keutamaan dan kerja-kerja atau peluang pekerjaan kepada bapa-bapa yang tidak mempunyai kemampuan.

Saya juga ingin juga mencadangkan, ketiganya, ialah tentang bapa-bapa tunggal ini. Kita selalu menyebut tentang ibu-ibu tunggal bahawa bapa-bapa tunggal juga dtberi perbatian dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan kerana kita dapati apabila bapa tunggal itu gagal menunaikan tanggungjawabnya kadangkala, sepertimana kata Yang Berhormat tadi, bukan sengaja tetapi oleb kerana ada masalah-masalah tertentu. Contobnya, masalah ekonomi ataupun dia tidak berkemampuan untuk bekerja atas sebab-sebab tertentu, jadi saya ingin mencadangkan pihak kementerian juga mengiktiraf bapa-bapa tunggal dan mereka ini diberikan juga kemudaban-kemudahan seperti kemudaban yang diberi kepada ibu tunggal. Contobnya, diberikan latihan-latihan dan mereka juga diberikan peluang­peluang untuk meningkatkan pendapatan ekonomi.

Jadi, bapa tunggal ini juga saya rasa adalah satu isu yang perlu juga dilihat kerana dalam kita melaksanakan polisi-polisi kerajaan, perlulah juga kita berlaku adil sebab kita selalu melibat kepada kaum wanita. Memang saya akui bahawa kaum wanita juga merupakan kaum yang juga mempunyai banyak masalah tetapi kadang-kadang kita lupa babawa kaum lelaki juga mempunyai masalah-masalah tertentu yang kita tidak dapat selesaikan. Oleh kerana kita tidak dapat selesaikan masalah mereka, maka dengan sendirinya masalah masyarakat itu juga tidak dapat dilaksanakan.

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

78 DN.3.8.1999

Kita juga dapat lihat bahawa, ini juga akan memberi implikasi kepada penguatkuasaan undang-undang penjagaan budak ini ataupun dalam hal-ehwal keluarga yang tentunya juga akan menjejaskan perlaksanaan undang-undang ini.

Dan yang akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya tahu rang undang­undang ini banyak memberi keutamaan kepada hak-hak wanita tetapi juga saya merasakan dalam kita menentukan perintah untuk menjaga anak-anak ini, hak untuk melawat ini juga perlulah diberi pertimbangan kepada pihak bapa kerana banyak kali dalam kes-kes, bapa itu selalu dianggap tidak mahu bertanggungjawab terhadap anak tetapi kita tahu, sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal tadi bahawa bapa­bapa juga sayangkan anak dan kadangkala kita merasakan ada perkara-perkara yang tidak diambil kira.

Jadi, inginlah saya mencadangkan, dalam pihak kementerian menguatkuasakan undang-undang ini nanti bahawa peraturan-peraturan perlulah mengambil perseimbangan peranan ibu dan bapa dalam penjagaan anak dan juga dalam hal ini, kita perlulah memberi penekanan. Saya rasa pihak kementerian banyak memperkatakan bahawa bapa juga perlu berperanan dalam hal ehwal penjagaan anak. Maka, dalam peraturan-peraturan dan undang-undang yang akan dikenakan juga, bapa-bapa juga perlulah diberi ruang-ruang yang membolehkan mereka berperanan dalam penjagaan anak.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang ingin saya perkatakan dalam Aleta Penjagaan Budak ini yang merupakan salah satu rang undang-undang yang amat dialu-alukan. Dengan itu juga, saya menyokong rang undang-undang yang telah dibentangkan. Sekian, terima kasih.

Puan Jaya Partiban: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

6.08 ptg.

Puan Jaya Partiban: Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Ini merupakan satu rang undang-undang yang dinanti-nantikan. Dengan adanya rang undang­undang ini, tanggungjawab dan hak ibu diberi pengiktirafan dan juga banyak masalah akan dapat diatasi. Sebelum ini, bapa yang tidak bertanggungjawab seringkali menggunakan kelemahan yang terdapat pada Aleta Penjagaan Budak 1961 untuk kepentingan dirinya sendiri.

Ibu yang menjaga anak begitu lama, manakala ayahnya meninggalkan anak isteri, mengabaikan tanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja tetapi apabila si isteri mahukan tandatangannya untuk kepentingan anaknya sendiri, dia enggan berbuat demikian. Kita mendapati banyak kes di mana si isteri mahukan tandatangan bapanya kerana anak itu hendak meneruskan pelajarannya di luar negeri tetapi suami itu enggan. Tetapi dengan adanya akta ini, masalah itu akan dapat diatasi.

Hanya saya harap apabila undang-undang ini diluluskan nanti, janganlah begitu lama seperti Aleta Keganasan Rumahtangga, walaupun telah diluluskan tetapi penguat­kuasaannya mengalpbil masa yang begitu lama. Kami berharap ini tidak akan berlaku kepada akta ini.

Satu lagi p kara yang ingin saya bawa ke perhatian kementerian ialah mengenai anak angkat. H 'AA' yang terdapat pada surat lahir yang ertinya 'anak angkat'. Apabila anak itu be ar nanti dan mengetahui dia adalah seorang anak angkat, bukan sahaja membawa penderi dan gangguan emosi kepada anak itu sendiri, bahkan ia juga membawa tekanan j wa ataupun gangguan emosi kepada ibu dan bapa angkat.

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.S.1999 79

Oleh itu, saya berharap kementerian sebelum ini telah pun mengambil langkah­langkah yang perlu dan membawa undang-undang yang mementingkan dan memberi perlindungan kepada wanita dan sekarang kepada budak-budak akan juga mengambil perhatian serius terhadap isu ini dan mungkin menghapuskan huruf 'AA' itu di surat 1ahir supaya tidak timbul satu keadaan di mana budak-budak itu dan keluarga angkat akan mengalami satu keadaan gangguan emosi.

Dengan ini, saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian.

Datuk Peter Tinggom Anak Kamarau: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

5.11 ptg.

Datuk Peter Tinggom Anak Kamarau: Tuan Yang di-Pertua, pada mulanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ah1i Yang Berhormat yang memberi sokongan dan simpati dan pelbagai hujah yang telah diberikan kepada rang undang-undang yang telah dibentangkan pada kali ini iaitu rang undang-undang Akta Penjagaan Budak (Pindaan}l961. Kebanyakannya ada sembilan Yang Berhormat Senator yang berucap. Daripada sembilan ini ialah Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi, Yang Berhormat Hajah Che Jam binti Haron, Yang Berhormat Tuan N. Marimuthu, Yang Berhormat Dato' Lee Pit Chern, Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi, Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin, Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Karno, Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim dan Yang Berhormat Puan Jaya Partiban.

Jadi, ada sembilan Yang Berhormat telah memberi pandangan berkenaan dengan pindaan rang undang-undang tersebut. Saya rasa memang kebanyakan keseluruhan Yang Berhormat yang berucap memberi sokongan penuh kepada rang undang-undang ini. Itulah nampaknya pindaan kepada rang undang-undang ini memang tepat masanya sungguhpun ada terlambat sedikit oleh kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan rang undang­undang asal iaitu Akta Penjagaan Budak 1961.

Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi menyentuh berkenaan dengan defmisi kanak-kanak terbuang. Beliau telah bertanya adakah meliputi kanak-kanak yang tinggal dengan penjaga tetapi saraan kanak-kanak tidak diberikan oleh ibu atau bapanya.

Takrif 'budak terbuang' tidak diberi supaya maknanya tidak menjadi sempit jika tirnbul pertikaian sama ada seseorang budak itu budak terbuang, oleh sebab perlantikan penjaga sementara dibuat oleh mahkamah, maka pertikaian itu bolehlah diputuskan oleh mahkamah. Ertinya, sekiranya anak ini lahir tidak ada bapa tetapi ada ibu, dan ibu tidak terdaya untuk mejaga anak maka dijaga oleh saudara-mara. Oleh kerana itu, sekiranya saudara-mara memang menjaga dengan cukup baik dan diperhatikan oleh ibu atau ibu tidak ada diperhatikan oleh bapa, memang sempuma penjagaan saudara-mara saya kira perkara mahkamah tidak timbul. Oleh kerana kalau kita sebagai saudara-mara menjaga anak buah tentu sekali penuh dengan kasih sayang. Kalau ada kasih sayang saya rasa perkara mahkamah tidak timbul. Kalau timbul, mahkamahlah yang memutuskan siapa yang patut menjaga.

Perkara yang kedua disentuh oleh Yang Berhormat Puan Chew Poh Thoi berkenaan dengan Seksyen SA, pelindung sebagai penjaga sementara memastikan bukan setakat keperluan dunia tetapi juga kasih sayang rohani dan keharmonian juga diperuntuk­kan sepenuhnya. Jadi, saya rasa sekiranya anak ini diberi kepada pelindung, dalam peruntukan Seksyen SA "pelindung boleh dilantik sebagai penjaga sementara diri dan harta seseorang budak". Sebagai penjaga sementara diri seseorang budak maka semua kepentingan dan kebajikan budak itu akan dipelihara dengan cukup. Jadi, saya rasa perkara yang diserah kepada pelindung yang sementara ini sekiranya dijaga oleh pelindung iaitu protector mengikut rang undang-undang ini iaitu di bawah penjagaan Ketua Pengarah

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

80 DN.3.8.1999

Jabatan Kebajikan Masyarakat dan segala pegawai yang ada disebut dalam rang undang­undang ini.

Yang kedua, Yang Berhormat Senator Hajah Che Jam binti Haron memberi saranan menjalankan kajian kesesuaian penggunaan agama Islam agar wanita bukan Islam menggunakan juga cara Islam seperti memberi keutamaan penjagaan anak kepada keluarga perempuan sebelah ibu. Saranan akan dipertimbangkan oleh kementerian, kajian yang teliti mesti dijalankan kerana perlu dibezakan antara penjagaan budak itu iaitu guardianship of infant dengan pemeliharaan atau custody of infant.

Yang Berhormat Senator N. Marimuthu membuat cadangan supaya JP atau wakil rakyat juga turut dimasukkan dalam seksyen bam 8. Cadangan supaya JP atau wakil rakyat juga boleh menyebabkan seseorang budak dibawa ke hadapan mahkamah bagi maksud seksyen 8 akan dikaji oleh kementerian.

Begitu juga Yang Berhormat Dato' Lee Pit Chern mencadangkan bagi anak di bawah 21 tahun, kebenaran yang perlu diperolehi hanya daripada bapa. Beliau mencadang­kan supaya ibu juga diberi hak yang sama. Akta Penjagaan Budak 1961 hanya meliputi penjagaan seseorang anak di bawah umur 18 tahun sahaja dan tidak membuat peruntukan bagi seseorang yang berumur di bawah 21 tahun.

Perkara yang kedua yang disentuh oleh Yang Berhormat Senator Dato' Lee Pit Chern mengenai hak penjagaan anak luar nikah, ibu atau wanita perlu jadi penjaga kepada anak luar nikah kerana ia hak semula jadi ibu yang melahirkannya. Bagi anak yang lahir di luar nikah, anak itu tidak mempunyai legal father. Anak itu hanya mempunyai ibunya. Melalui rang undang-undang ini ibu tersebut menjadi penjaga anak yang lahir di luar nikah itu. Jika berlaku pertikaian tentang hak penjagaan budak itu maka perkara itu akan diputuskan oleh mahkamah. Tetapi sekiranya dia ibu tunggal tentu tidak ada bapa, kalau ada bapa mungkin tidak ada masalah. Jadi, tentulah ibu sebagai penjaga anak itu. Jadi, terpulanglah kepada ibu bagaimana mereka menjaga anaknya sendiri.

Jadi, perkara ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Mastika Junaidah dan ada yang lagi yang lain. Jadi, perkara ini saya rasa memang ada kaitan dengan undang­undang lain iaitu Undang-undang Imigresen di negara kita. Ini adalah di bawah kementerian yang lain, iaitu di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jadi, rang undang­undang yang dipinda ini hanya untuk penjagaan anak-anak, bukan kalau bapa tidak ada ataupun bapa di luar negara kita sendiri. Ini terpulang kepada Undang-undang Imigresen kita di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Jadi, berkenaan dengan Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah berkenaan nafkah ibu tunggal, saya sudah memberi jawapan, anak kepada ibu bapa yang berkahwin tanpa mendaftar iaitu tidak mendaftar kerana bapa di luar negara Malaysia.

Jadi, berkenaan dengan nafkah Fasal 8 minta Seksyen 17 bagi tujuan menambah jumlah bagi nafkah atau pendidikan seseorang budak, seksyen 19B pula mengadakan peruntukan untuk potongan gaji atau pencen untuk nafkah anak, sekiranya ibu telah mengetahui si bapa itu ada mempunyai gaji. Tetapi kalau si bapa tidak ada gaji, sungguhpun ada pekerjaan tentu ada duit tetapi mereka tidak memberi pertolongan kepada anak supaya dapat bersekolah dengan sempurna, ibu boleh membawa perkara ini ke mahkamah.

Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim berkenaan penubuhan mahkamah keluarga, kementerian mengambil maklum dan memberikan perhatian serius terhadap cadangan penubuhan mahkamah keluarga. Perbincangan sedang diadakan oleh kementeri­an ini dengan kementerian dan agensi lain yang ada berkaitan.

Peranan bapa dalam penjagaan anak, pihak kementerian sentiasa memberi perhatian kepada kedua-dua tanggungjawab dan peranan ibu dan bapa. Ini memang sangat

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · dan kawasan di masa depan kita perlu kaji juga bekalan air kepada Singapura. Oleh kerana negeri Johor barangkali tidak akan cukup dalam tempoh

DN.3.8.1999 81

perlu sekali, kalau ibu dan bapa iaitu suami isteri ada anak memang bertanggungjawab penuh oleh kedua-dua mereka, sekiranya mereka bercerai barn. termasuk dalam pindaan rang undang-undang ini, tentulah terpakai mengikut apa yang telah diadakan dalam pindaan tersebut.

Jadi, perkara yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memang ada untuk mengatasinya dalam pindaan rang undang-undang 1961.

Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Kamo mencadangkan bantuan khas. kepada ibu tungga~ potongan gaji atau pencen bapa secara wajib. Akta Penjagaan Budak 1961 merupakan satu undang-undang yang mengadakan peruntukan bagi penjagaan budak. Oleh itu, cadangan supaya dibuat peruntukan mengenai bantuan khas kepada ibu tunggal tidak sesuai dibuat di sini. Namun begitu, kementerian yang prihatin dengan penderitaan yang ditempuhi oleh ibu tunggal akan memberi perhatian sewajamya supaya bantuan seumpamanya boleh dibuat kepada mereka.

Mengenai potongan gaji atau pencen bapa secara wajib, rang undang-undang ini memperuntukkan dalam Fasal 9 yang memasukkan seksyen baru 19B tentang kuasa mahkamah untuk memerintahkan supaya pendapatan atau pencen seseorang ditahan sebagai satu cara untuk menguatkuasakan perintah seseorang anak.

Yang Berhormat Puan Jaya Partiban mengenai isu anak angkat supaya huruf 'aa' pada sijil kelahiran dihapuskan kerana mendatangkan gangguan emosi kepada anak. Isu yang dlbangkitkan hanya boleh ditangani di bawah akta perenggan 60 iaitu Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian dan bukannya Akta Penjagaan Budak 1961. Perkara ini juga akan diambil maklum sewajamya, ertinya fasal huruf memang apa yang saya telah memberi penjelasan awal tadi, iaitu perkara ini adalah terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri, sebab perkara yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu adalah dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, inilah penjelasan yang saya dapat berikan berkenaan dengan perkara yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap tadi, jadi sekiranya kalau ada perkara-perkara lain yang saya tidak sempat memberi penjelasan di sini, yang berkaitan dengan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan segala agensi-agensi di bawahnya akan memberi pertimbangan dengan sewajamya.

Jadi, dengan itu sahaja yang saya dapat memberi penjelasan berkenaan dengan pindaan rang undang-undang yang dibentangkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusik11n JIIWIItllnkuiiSII]

Fasall bingga 9 diperintahkanjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dlbacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah, sudah selesai urusan mesyuarat kita jam pukul6.30 petang dan saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang setia kepada Dewan ini, tunggu sampai habis masanya. Juga kepada saudara dan saudari pegawai-pegawai kerajaan yang ada bersarna­sarna dengan kita, saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Mereka pun bersama-sama setia kepada Dewan. Dengan itu saya isytiharkan Majlis kita bersurai dan muJah-mudahan kita dapat betjumpa di sesi yang akan datang, insya-Allah. [Tepuk]

Dew11n dit11ngguhk11n p11d11 pukul 6.30 pet11ng.