penyaringan aktiviti antivirijs bagi virus …

24

Upload: others

Post on 29-Nov-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …
Page 2: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI SEBATIAN DARI PIPER SPP. TERHADAP

VIRUS ENSEFALITIS JEPUN

Paula Jolhery

r

Disertasi ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)

Dalam Bioteknologi Sumber

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

April, 1998

Page 3: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

Pengesahan

Nama Paula Jolhery Tajuk Disertasi Penyaringan Aktiviti Antivirus Bagi Sebatian Dari

Piper spp. Terhadap Virus Ensefalitis Jepun

P Dr. Awang Iskanderdzulkarnein Pengiran Rayari Penyelia

Pemeri.ksa

Dr. Kopli Bujang Ketua Program Bioteknologi Sumber

Page 4: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

AKUAN

Saya mengakui bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan yang

dilaporkan dalam disertasi ini telah digunakan sebagai bahan sokongan

untuk sesuatu ijazah atau kelulusan samada ke universiti ini atau institusi

pengajian tinggi yang lain.

II

Page 5: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

Penghargaan

Segala pujian dan kesyukuran terhadap Allah s.w.t kerana dengan keizinannya juga saya telah dapat menyiapkan disertasi ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan khasnya kepada penyelia saya iaitu Prof. Madya Dr. Awang Iskaderdzulkarnein Pengiran Rayari dan penyelia bersama iaitu Dr. Cheksum Tawan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. UNIMAS. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan di atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan disertasi ini. Sesungguhnya jasa Dr. Awang dan Dr. Cheksum tidak terbalas oleh saya. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya.

Penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan khas untuk Prof. M. Jane Cardosa dari Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, UNIMAS kerana telah membekalkan virus ensefalitis Jepun yang digunakan dalarn kajian ini.

Terimakasih juga saya tujukan khas untuk suami dan ibu bapa saya . Mereka telah banyak membantu saya dari segi tenaga, masa dan dorongan. Anda semua amat bermakna dalam hidup saya.

Seterusnya terirna kasih saya ucapkan kepada pembantu makmal, ternan­ternan dan kepada sesiapa sahaja samada yang terlibat secara langsung atau tidak di sepanjang tempoh projek ini dijalankan.

Semuga anda semua diberkati Allah s.w.t. Amin.

III

Page 6: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

,..

lSI KANDUNGAN Muka Surat

Akuan II

Pengbargaan ill

Senarai Singkatan IV

SenaraiJadual V

Senarai Gambarajah VI

Senarai Lampiran vii

Abstrak Vlll

Abstract IX

BAB 1 PENGENALAN 1

BAB 2 KAJIAN PERPUSTAKAAN 4 2.1 Piper spp. 4

2.1.1 Piper nigrum 5 2.l. 2 Piper betel 8 2.1.3 Kajian-Kajian Lain Mengenai Piper spp. 10

2.2 Herbarium 11 2.3 Virus EnseCalitis Jepun 11 2.4 Kultur Sel 19 2.5 Asai Plak 25 2.6 Ageb. Antivirus 26

BAB 3 METODOLOGI 28 3.1 Pengumpulan Dan Pengecaman Pokok 28 3.2 Penyediaan Koleksi Spesimen 28 3.3 Penyediaan Sebatian dari Daun, Batang dan

Buah Piper spp. 29 3.4 Virus EnseCalitis Jepun 29 3.5 Kultur Sel 29 3.6 Asai Plak 30

BAB 4 KEPUTUSAN 31 4.1 Pengenalpastian Piper spp. untuk Kajian Aktiviti

Antivirus 31 4.2 Penyediaan Koleksi Spesimen 34 4.3 Penyediaan Sebatian dari Daun, Batang

Page 7: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

dan Buah Piper spp. 36 4.4 Mengenalpasti Piper spp. yang Mempunyai

Aktiviti Antivirus Terhadap JEV 38

BAB 5 PERBINCANGAN 43 5.1 Pengenalpastian Piper spp. untuk Kajian Aktiviti

Antivirus 43 5.2 Penyediaan Koleksi Spesimen 43 5.3 Penyediaan Sebatian dari Daun, Batang dan ~h~u~. «

5.4 Mengenalpasti Piper spp. yang Mempunyai Aktiviti Antivirus Terhadap JEV 45

BAH 6 KESIMPULAN 55

Rujukan 56

Lampiran 60 Lampiran A. Kes-Kes Ensefalitis Jepun di Nepal 60

Lampiran B. Keluk Pertumbuhan Sel Mamalia 61

Lampiran C. Penyediaan Sebatian Tumbuhan 62

Lampiran D. Penyediaan Alikuot Ekstrak Tumbuhan 63

Lampiran E. Penyediaan Media dan Reagen 65

.'

Page 8: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

L

EDTA

CMC

JEV

JE

mm

cm

ml

FCS

PBS

NaCI

KCI

KHzPO

TPB

EtOH

Senarai Singkatan

Natrium etilinadiaminatetra-asetat (Ethylenediamine tetraacetic acid)

Karboksimetileselulosa

Virus Ensefalitis Jepun (Japanese Encephalitis Virus)

Ensefalitis Jepun (Japanese Encephalitis)

Milimeter (millimetre)

Sentirneter (centimetre)

Mililiter (millilitre)

Liter (litre)

Serum anak lembu (Foetal Calf Serum)

Penimbal fosfat salina (phosphate Buffer Saline)

Air berkualiti tinggi (Ultra High Water)

Natrium klorida (Natrium Cloride)

Kalium klorida (Kalium Cloride)

Natrium hidrofosfat (Natrium Hydrophosphate)

Kalium hidrofosfat (Kalium Hydrophosphate)

Kaldu triptos fosfat (Tryptose Phosphate Broth)

Etanol

IV

Page 9: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

Senarai Jadual Muka sura t

Jaduall. Kegunaan Piper spp. dalarn perubatan tradisional masyarakat Sarawak 5

J adual 2. Kandungan setiap 100 g buah P. nigrum 7

Jadual3. Kandungan daun segar P. betel 9

J adual4. Kernahan akibat jangkitan virus ensefalitis Jepun 17

Jadua15. Keputusan aktiviti antivirus bagi sebatian Piper nigrum dan Piper betel dari Sarikei 40

Jadua16. Keputusan aktiviti antivirus bagi sebatian P. nigrum dari lokasi berbeza 41

Jadua17. Keputusan aktiviti antivirus bagi sebatian P. betel dari lokasi berbeza 42

v

Page 10: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

Senarai Gambarajah Muka surat

Gambarajah L Daun dan buah Piper nigrum 3~

Gambarajah 2. Pokok Piper betel 33

Gambarajah 3. Koleksi spesimen Piper nigrum 34

Gambarajah 4. Koleksi spesimen Piper betel 35

Gambarajah 5. Sampel-sampel sebatian P. nigrum dan P. betel yang telah diekstrak 37

VI

Page 11: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

II

,..

LampiranA.

Lampiran B.

Lampiran C.

Lampiran D.

LampiranE.

[:1

..

Senarai Lampiran Muka surat

Kes-kes Ensefalitis Jepun di Nepal 60

Keluk Pertumbuhan Sel Mamalia 61

Penyediaan Sebatian Tumbuhan 62

Penyediaan Alikuot Ekstrak Tumbuhan 63

Penyediaan Media dan Reagen 65

Yll

Page 12: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

Abstrak

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti Piper spp. yang dipilih untuk kajian, menyedia koleksi spesimen, menyediakan sebatian dari daun, batang dan buah Piper spp. dan seterusnya mengenalpasti Piper spp. yang mempunyai aktiviti antivirus terhadap virus ensefalitis Jepun (JEV). Piper spp. yang digunakan dalam kajian ini adalah Piper nigrum dan Piper betel. Sampel P. nigrum telah diambil dari dua lokasi iaitu Sarikei dan Roban sementara sampel P. betel diambil dari Sarikei dan Saratok. Bagi P. nigrum, bahagian yang diekstrak sebatiannya ialah daun, batang dan buah. Sementara P. betel pula dari bahagian daun dan batang. Kultur sel yang digunakan adalah dari fibroblas ginjal khinzir (pS Klon D). Penyaringan aktiviti antivirus dilakukan dengan asai plak. Hasil dari kajian menunjukkan sebatian dari buah P. nigrum yang diambil dari Roban menunjukkan kesan antivirus. Sampel-sampel yang lain iaitu sebatian dari batang Piper nigrum dari Roban, batang dan buah P. nigrum yang diambil dari. Sarikei, batang P. betel yang diambil dari Sarikei, daun dan batang bagi P. betel yang diambil dari Saratok tidak memberi kesan antivirus terhadap JEV. Sebatian dari daun P. betel yang diambil dari Sarikei menunjukkan kesan sitotoksik. Sebatian dari bahagian daun P. nigrum yang diambil dari Roban mempunyai kesan sitotoksik dan tiada aktiviti antivirus.

VllI

Page 13: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

Abstract

The objectives of this study were to identify Piper spp. that wen~ used in the research, prepare their baucers specimens, prepare plant extractants from the leaf. stem and fruit of Piper spp. and to identify Piper spp. that have an antiuiral activity againts Japanese encephalitis virus (JEV). In this research, extractants from Piper nigrum and Piper betel were tested for the antiviral reaction. Each species was collected from two separate locations. P. nigrum was collected from Roban and Sarikei whereas P. betel was collected from Sarikei and Saratok.. Sarawak. The extractants of P. betel were taken from the leaf and stem. The extractants of P. nigrum were taken from the leaf. stem and fruit. The cell culture used in this investigation was a cell line from porcine kidney fibroblasts. The protocol of plaque assay was used for the antiviral screening test. F'ruit extractants of P. nigrum taken from Roban showed antiviral activity against JEV, but the extractants from the stem of P. nigrum from Roban, stem and fruit of P. nigrum from Sarikei, stem of P. brtrl from Sarikei. leaf and stem of P, betel from Saratok had no antiviral activities. Leaf extractants of P. betel from Sarikei had cytotoxic effect only. The extractant of leaf of P. nigrum from Sarikei had cytotoxic effect and no antiviral activit,Y.

IX

Page 14: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

1'1

I'

BABI

PENGENALAN

Kajian ke atas antivirus semakin giat dilakukan terutama menggunakan

sumber tumbuhan. Kajian ini bukan sahaja berdasarkan penggunaan tumhuhan

dalam perubatan tradisional, juga disebabkan kingdom tumbuhan sudah lama

membekalkan ubatan berguna kepada manusia (Che,1991). Tambahan pula, ia

merupakan sumber yang murah, banyak dan mudah didapati. Kompaun

antivirus perlu diekstrak dari tumbuhan disebabkan masalah dalam penggunaan

vaksin seperti mahal, virus yang pelbagai dan tindakannya yang lambat. Selain

daripada itu, terdapat faktor-faktor lain yang turut menggalakkan kajian

antivirus dari tumbuhan. Menurut Hudson (1990), faktor-faktor tersebut adalah

seperti berikut :

1.1 Virus mempunyai vektor yang amat banyak untuk transmisi kerana

sebahagian daripadanya dapat beradaptasi pada perumah yang

berbagai;

1.2 virus mempunyai strategi replikasi yang berbagai;

1

Page 15: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

2

1.3 penghasilan vaksin dari kaedah penjuruteraan genetik dan teknik

peptidasintesis mungkin tidak melindungi perumah sepenuhnya kerana

dikhuatiri terbentuknya virus yang baru;

1.4 virus mempunyai transmisi yang berbagai iaitu secara horizontal, vertikal,

transmisi antara spesis dan melalui vektor. Contoh cara horizontal ialah

haiwan yang telah dijangkiti mengeluarkan virus dari air liur dan haiwan

lain yang meminum air yang telah tercemar dengan air liur tersebut akan

dijangkiti. Cara vertikal adalah pemindahan virus dari induk melalui sel-sel

"germ-line". Transmisi antara spesis ialah seperti haiwan yang menerima

vaksin dari haiwan yang sudah dijangkiti;

1.5 virus mempunyai bahan kimia asas yang sarna seperti sel-sel perumah dan

proses biokimia keseluruhan yang terlibat semasa replikasi adalah amat

serupa seperti proses pada sel perumah.

Maklumat tentang aktiviti antivirus telah diterbitkan sejak tahun 1968 di

mana lebih kurang 4000 tumbuhan telah dikaji. Dari jumlah tersebut, 450 spesis

telah menunjukkan aktiviti antivirus terhadap satu atau lebih spesis virus

(CheI 1991). Tetapi menurut Berghe et al. (1986) semenjak 1958, sebanyak 25

kajian penyaringan antivirus yang telah dilakukan ke atas lebih 900 spesis

tumbuhan dari 150 famili yang berbeza dan telah diterbitkan. Kajian ini

menunjukkan sebatian dari 280 tumbuhan (30%) dari 90 famili menunjukkan

aktiviti antivirus terhadap beberapa virus samada secara in vitro atau in vivo.

Dari jumlah tersebut, 37 spesis (13%) telah berjaya dikenalpasti prinsip-prinsip

antivirus yang bertanggungjawab.

Page 16: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

3

Bagaimanapun, aktiviti antivirus dari Piper spp. ke atas virus ensefalitis

Jepun (JEV) belum pernah dilakukan sebelum ini. Projek penyelidikan ini akan

menentukan samada sebatian Piper spp. dapat memberi kesan yang positif atau

sebaliknya. Maklumat berkenaan aktiviti antivirus amat terhad dan kurang pada

masa sekarang. Oleh itu, hasil dari kajian ini nanti akan menyumbangkan

maklumat yang amat berguna untuk kajian pada masa akan datang.

Oleh itu kajian ke atas beberapa Piper spp. dilakukan untuk mengesan

sebatian yang dapat dijadikan sebagai agen antivirus. Piper nigrum dan Piper

betel dikaji dan sebatian diekstrak dari beberapa bahagian seperti batang, buah

dan daun. Virus yang akan dikaji adalah JEV. Lapisan sel yang digunakan ialah

fibroblas ginjal khinzir yang disebut PS klon D.

Penyelidikan yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif iaitu :

1.1 mengenalpasti Piper spp. untuk kajian aktiviti antivirus;

1.2 penyediaan koleksi spesimen;

1.3 penyediaan sebatian dari daun, batang dan buah Piper spp.; dan

1.4 mengenalpasti Piper spp. yang mempunyai aktiviti antivirus terhadap JEV.

Page 17: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

4

BAB2

KAJIAN PERPUSTAKAAN

2.1 Piper spp.

Tumbuhan yang dikaji dalam penyelidikan ini ialah dari famili Piperacea

iaitu Piper nigrum (nama tempatan adalah lada ) dan Piper betel (nama tempatan

ialah smh). Piper spp. biasanya digunakan sebagai bahan perubatan tradisional

dan .rempah dalam masakan.

Manusia telah menggunakan Piper spp. dalam perubatan tradisional

sebagai mana di dalam Ayurveda dan perubatan Cina untuk merawat penyakit

dari masalah kesukaran penghadaman hingga ke masalah kulit (Ng, 1993).

Menurut Chai et al. (1989), beberapa jenis Piper spp. digunakan dalam

perubatan tradisional masyarakat di Sarawak. Contoh spesis yang diguna

ditunjukkan dalam Jaduall.

Page 18: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

5

Jadual 1. Kegunaan Piper spp. dalam perubatan tradisional masyarakat

Sarawak (Chai et. al.,1989)

Spesis Kegunaan Bahagian yang diguna Piper arborescens Rheumatism, Akar Piper canicum Badan lemah lepas

bersalin Daun

Piper muricatum Rheumatism Akar Piper porphyrophyllum I Darah beku selepas

bersalin,sakit pada bahagian jantung

Daun

Piper vesticum Perut bayi kembung, penawar racun dari Antiaris tonearia

Daun,Buah

2.l.1 Piper nigrum

Piper nigrum banyak ditanam oleh pekebun-pekebun kecil di Sarawak.

Negara Malaysia merupakan antara salah sebuah negara pengeluar lada hitam

dunia.

2.1.1.1 Diskripsi

Menurut Anon. (1989), la adalah tumbuhan berkayu, menjalar,

mempunyai akar aerial, tangkai yang kuat, dahan yang tidak berkayu atau

lembut dan daun yang bersilang (altenat).

Page 19: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

6

2.1.1.2 Kegunaan dan Tindakan dalam Perubatan

Piper nigrum telah digunakan dalam perubatan sejak zaman Hippocrates

(Duke, 1985). Menurut Polunin (1988), ia mengandungi alkaloid iaitu piperin dan

piperidin. Sementara rasa pedas adalah disebabkan oleh kandungan resin

piperidin. Menurut Duke (1985), bahan piperin di dalam Piper nigrum berupaya

membunuhlalat, "rice weevils" dan "cowpea weevils" .

Menurut Anon. (1989), kegunaan P. nigrum di dalam perubatan adalah

untuk merawat muntah kerana perut berasa sejuk, cirit-birit, kurang selera

makan, asma, bronkitis kronik dan epilepsi. Dos yang dicadangkan ialah 0.6

hingga 1.5 g. Ahli perubatan Cina menggunakan P. nigrum untuk mengurangkan

pengeluaran kahak, mengurangkan kesakitan abdominal, muntah dan kesukaran

untuk menghadam makanan. Ia juga digunakan dalam bentuk pasta untuk

merawat malaria dan gigitan kala jengking.

Piperin diguna dalam penghasilan heliotropin yang digunakan sebagai

antiseptik dan "antipyretic" dan telah digunakan untuk kolera, sembelit, cirit-birit,

"scarlatina", "paraly tic disorders" dan bahan kumur. Bahagian akar dalam bentuk

serbuk dan minyak param (balm) diguna untuk merawat tumor abdominal.

Buah dalam bentuk serbuk diguna untuk merawat "super fluous flesh" .

Sementara lada putih dipercayai dapat mengubat kolera, malaria dan sakit perut.

Lada hitam pula dipercayai dapat mengubat kanser, kolera, pening kepala, cirit­

birit dan disenteri (Duke, 1985).

Page 20: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

7

2.1.1.3 Kandungan

Menurut Duke (1985), kandungan bagi setiap 100 g bahagian buah

ditunjullin pada Jadual 2.

Jadual2. Kandungan setiap 100 g buah Piper nigrum (Duke, 1985)

Bahan Jumlah Air 10.5%

Protein lIe: Lemak 3.3 e:

Karbohidrat 64.8g Serabut 13.1 g

Debu 4.3 g Kalsium 437 g Fosforus 173 me: Ferum 28.9 me:

Natrium 44 me: Kalsium 1259 mg B-karoten 114ue: Tiamin 0.11 me:

Kandungan minyak dalam P. nigrum mengandungi campuran monoterpen

(70 hingga 80%) dan sesquiterpen (20 hingga 30%). Monoterpen utama ialah aHa­

tujen, alfa-pinen, kampen, sabinen, beta-pinen, mirsen, 3-karen, limonen dan beta­

fellandren . Sesquiterpen pula terdiri daripada banyak beta-kariofellen,

sebahagian beta-bisabolen, beta-farnesen, ar-kurkumen, humulen, beta-selinen,

alfa-selinen, beta-elemen, alfa-kubeben, aHa-kopaen dan sesquisabin (Duke, 1985).

2.1.1.4 Toksik

Menurut Duke (1985), kandungan P. nigrum yang memberi rasa pedas

dipercayai sebagai bahan mutagenik dan karsinogenik. lni kerana struktur kimia

piperin (trans,trans-5-[3,4-metylenedioxyphenyl-2,4-pentadienoioc peridide] ) dan

beberapa alkaloid lain mempunyai struktur yang serupa dengan "mutagenic

Page 21: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

8

urinary safrole metabolite", 3-piperidyl-1-(3',4'-methylenedioxy phenyl)-l

propanone. Aplikasi topikal ekstrak P. nigrum pada kulit tikus didapati

meningkatkan pertumbuhan tumor malignan.

2.1.2 Piper betel

Piper betel merupakan tumbuhan yang biasa ditanam untuk kegunaan

seharian khasnya untuk perubatan tradisional dan daunnya dikunyah bersama

kapur dan buah pinang oleh penduduk kampung.

2.1.2.1 Diskripsi

Ia merupakan tumbuhan herba yang memanjat pada pancang di kawasan

panas tetapi terlindung (Grieve, 1995). Daunnya berwarna hijau cerah dan

mempunyai susunan yang bersilang. Bahagian atas daun licin dan agak bersinar.

2.1.2.2 Kegunaan dan Tindakan Perubatan

Daunnya sebagai perangsang antiseptik dan "sialogogue", minyaknya

digunakan dalam rawatan pernafasan "catarrhs" sebagai aplikasi setempat atau

ubat pencuci mulut. Ia juga diguna dalam perawatan diphtheria (Grieve, 1995).

Menurut Duke (1985), daun P. betel dapat diguna sebagai antiseptik dan

antioksidan. Keupayaan sebagai antiseptik disebabkan oleh kavikol. Sebatian

dari daun dan minyak darinya menunjukkan aktiviti melawan beberapa bakteria

Gram positif dan Gram negatif. Contohnya seperti Bacillus subtilis, B.

megaterium, Diplocuccus pneumoniae, Escherichia coli, Erwinia carotovora,

Micrococcus pyogenes, Proteus vulgaris, Pseudomonas solamaoearums, Salmonella

typhosa, Sarcina lutea, Shigella dysenteriae, Streptococcus pyogens dan Vibrio

Page 22: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

9

comma. Sebatian daun juga digunakan sebagai antifungi yang bertindak pada

Aspergillus niger, A. oryzae, Culvularia lunata dan Fusarium oxysporum.

2.1.2.3 Kandungan

Daun segar P. betel telah dianalisis kandungannnya dan ia ditunjukkan

pada Jadual3.

Jadual 3. Kandungan daun segar P. betel (Duke, 1985)

Bahan Jumlah Kelembapan 85.4%

Protein 31% Lemak 0.8%

Karbohidrat 6.1% Serabut 2.3%

Bahan mineral 2.3% Kalsium 230 Illl! Fosforus

, 40 me:

Ferum 7mli/: Fe 2+ dan Fe3+ 3.5mli/:

Karoten 9600 I.U Tiamin 70 ue:

Riboflavin .c;;.

30 Il2'

Asid Nikotinik 0.7 me: Vitamin C 5 me:

Iodin 3.4 Illi/:II00 Ii/:

Potasium nitrat 0.26 - 0.42%

Menurut Fasihuddin dan Hasmah (1993), P. betel mengandungi filantin

dan dua jenis alkoloid di dalam tumbuhan ini iaitu horsekurinia dan sekurina.

Menurut Duke (1985), jus dari daun P. betel adalah berasid secara semulajadi iaitu

mengandungi asid oksalik dan asid malik. Enzim yang terdapat di dalam daun P.

betel pula adalah diastase dan katales. Daunnya juga mengandungi semua asid

amino yang penting kecuali lisin, histidin dan arginin.

Page 23: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

10

2.1.2.4 Kesan Toksik

P. betel juga memberikan kesan toksik iaitu memberikan kesan iritasi

pada kulit dan membran mukus. Pada dos yang sederhana, ia memberikan

tindakan kekejangan pada tisu otot luar kawalan, merencatkan pergerakan

peristalsis pada usus. Ia juga memberikan tindakan perencat pada sistem saraf

pusat. Ia juga boleh menyebabkan kematian dalam beberapa jam jika pada dos

yang terlalu tinggi (Duke, 1985).

2.1.3 Kajian-Kajian Lain Mengenai Piper spp.

Selain sebagai ubat dan rempah di dalam masakan, Piperaceae turut

digunakan sebagai agen pengawal perosak. Kajian yang berkaitan telah

dila.kukan.Miranda (1997) menyatakan bahan fenolik "prenylated" telah dipencil

dan dikenalpasti dari Piper guanacastensis c. DC iaitu spesis edemik Costa Rica di

Amerika Tengah. Bahan ini bertindak sebagai bahan pembunuh serangga dan

perencat pertumbuhan ke atas Ostrinia nubilalis (Lepidoptera :Pyralidae) Selain

daripada itu, pengekstrakan P. guanacastensis menggunakan kaedah etanol

(EtOH) juga didapati memberi kesan toksik kepada larva nyamuk iaitu Aedes

atropalpus L. (Diptera:Culicidae)

Menurut Miranda (1997) lagi, Piper spp. yang lain turut mempunyai

bahan kimia pertahanan seperti yang terdapat pada Piper aduncum yang

mempunyai fenil propanoid, P. tuberculatum yang mempunyai amides dan Piper

d.ecurrens yang mempunyai lignan.

Kajian ke atas P. tuberculatum juga membuktikan ia berupaya

menentang semut pemotong daun iaitu Alia lephalotes. Bahan yang bertindak

Page 24: PENYARINGAN AKTIVITI ANTIVIRIJS BAGI VIRUS …

11

adalah piplaroxide (piperidine epoxide" yang baru), piplartine dan

demethoxypiplartine (Capron dan Wiemer, 1996).

2.2 Herbarium

Maksud asal perkataan herbarium adalah buku tentang tumbuhan

perubatan. Bagaimanapun Fournefort (c.1700) telah menggunakan istilah ini

bagi koleksi tumbuhan kering (Anon. 1992).

2.2.1 Kepentingan Herbarium

Menurut Anon. (1992), kepentingan penyediaan herbarium adalah seperti

berikut:

2.2.1.1 menyimpan bahan rujukan. Ia perlukan pengurusan yang cekap bagi

spesimen yang diawet dan diindek supaya mudah dicari;

2.2.1.2 untuk pengecaman atau pengenalpastian dengan memadankan tumbuhan

yang belum mempunyai nama dengan koleksi spesimen yang telah

dinamakan;

2.2.1.3 penentuan nama yang betul diguna untuk mengekalkan piawai penamaan

tumbuhan; dan

2.2.1.4 data bank yang lengkap. Koleksi akan memberikan kepelbagaian dan

taburan daerah vegetasi.

1.3 Virus ensefalitis Jepun

Virus ensefalitis Jepun (JEV) mula-mula dijumpai pada tisu otak kuda

yang sakit pada tahun 1937 (Monath dan Heinz, 1996). Menurut Ma et aZ. (1996)

pula, JEV mula-mula dipencilkan dari otak manusia dan cecair serebrospina di