penulisan reflektif kamal

7
PENULISAN REFLEKTIF AHMAD KAMAL BIN ZAINUDDIN PPISMP PENDIDIKAN KHAS PDK BRIGET 8 KEM DESA PAHLAWAN Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). Tugasan ini adalah bagi memenuhi kehendak sukatan kursus PISMP semester 6 bagi subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). Walaupun terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti kekangan masa, perselisihan faham dan sumber kewangan dan sebagainya perkara lain yang berlaku semasa saya menyiapkan tugasan ini. Berkat kesungguhan dan azam yang tinggi setiap ahli kumpulan yang berkerjasama dan nasihat pensyarah pembimbing, kami mampu menyiapkan juga kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah semasa menyiapkannya. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami dikehendaki untuk menyediakan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Kami diminta merancang dan melaksanakan program tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Upload: ahmadkamal

Post on 24-Jun-2015

1.753 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN REFLEKTIF kamal

PENULISAN REFLEKTIF

AHMAD KAMAL BIN ZAINUDDIN

PPISMP PENDIDIKAN KHAS

PDK BRIGET 8 KEM DESA PAHLAWAN

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Pemulihan Dalam Komuniti

(PKU 3112). Tugasan ini adalah bagi memenuhi kehendak sukatan kursus PISMP

semester 6 bagi subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). Walaupun terpaksa

menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti kekangan

masa, perselisihan faham dan sumber kewangan dan sebagainya perkara lain yang

berlaku semasa saya menyiapkan tugasan ini.

Berkat kesungguhan dan azam yang tinggi setiap ahli kumpulan yang

berkerjasama dan nasihat pensyarah pembimbing, kami mampu menyiapkan juga

kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak

masalah semasa menyiapkannya. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami dikehendaki

untuk menyediakan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan

Dalam Komuniti. Kami diminta merancang dan melaksanakan program tersebut

dalam tempoh yang ditetapkan.

Selepas itu, kami diminta memilih sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

dan kali diminta melantik Ahli Jawatankuasa bagi setiap aktiviti dan setiap ahli perlu

mengetuai mana-mana ahli jawatankuasa yang diwujudkan. Kami juga perlu

merancang dan menghasilkan kertas kerja yang mempunyai aktiviti seperti aktiviti

keceriaan, aktiviti home base dan aktiviti akedemik. Selepas itu kami diminta untuk

melaksanakan aktiviti yang dirancang di Pusat Latihan dalam Komuniti.

Page 2: PENULISAN REFLEKTIF kamal

Selepas tugasan diberikan, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Induk untuk

Program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Saya rasa berbesar hati kerana

diberikan tanggungjawab sebagai pengerusi program ini. Selepas itu, saya telah

membahagikan kumpulan dan juga membuat undian untuk pemilihan PDK. Saya

juga bertangungjawab untuk menguruskan berkenaan dengan aktiviti yang

dijalankan dan berhubung dengan pensyarah pembimbing berkenaan program

seperti lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, urusan berkaitan dengan dengan

Program Khidmat Masyarakat dan Pembentangan Laporan Program Khidmat Siswa.

Di dalam kumpulan PDK pula, kumpulan kami telah mendapat undian untuk

menjalankan program khidmat siswa di PDK 8 Bridget Kem Desa Pahlawan. Setelah

kami mengetahui PDK yang akan kami pergi untuk menjalankan program khidmat

siswa. Kami telah melantik Ahli Jawatankuasa berkaitan dengan program yang kami

akan jalankan. Semasa mesyuarat kami sebulat suara untuk melantik Saudara

Khairuldin Bin Abdan untuk menjadi pengerusi projek dan saya telah dilantik menjadi

AJK keselamatan dan menguruskan berkenaan aktiviti keceriaan.

Di dalam aktiviti keceriaan saya telah diberikan tangungjawab untuk

merancang dan membahagikan tugas yang dirancang bersama Saudara Khairulddin

Bin Abdan. Di dalam aktiviti keceriaan kami telah merancang untuk mengadakan

gotong royong, melukis mural, menghasilkan banner dan juga menghasilkan projek

mega kumpulan kami iaitu menghasilkan zoo mini dengan menggunakan almari

lama. Kami telah menjalankan aktiviti keceriaan pada tanggal 3 dan 4 Oktober 2010.

Pada hari pertama kami telah menjalankan aktiviti keceriaan dengan

menghasilkan mural, banner dan juga projek zoo mini manakala pada hari kedua

kami mengadakan aktiviti gotong-royong bersama pelatih Pusat Pemulihan Dalam

Komuniti. Ternyata program seperti ini telah mebuka minda pelatih bahawa

walaupun mereka serba kekurangan ada juga pihak yang masih menghargai

mereka. Kami juga dibantu oleh pihak Rejimen Renjer Diraja (RRD) Bridget 8, Kem

Desa Pahlawan.

Page 3: PENULISAN REFLEKTIF kamal

Aktiviti gotong royong dan juga keceriaan telah diadakan pada tanggal 3 dan 4

Oktober 2010 bermula pada pukul 9.00 pagi-5.00 petang. Penglibatan menyeluruh

yang diberikan oleh semua pihak termasuklah warga pelatih PDK seramai 21 orang

yang hadir dan juga 4 orang Guru Penyelia PDK yang turut serta menjayakan aktiviti

kami.

Aktiviti pertama yang kami jalankan adalah aktiviti melukis mural dan banner

serta menghasilkan taman zoo mini. Aktiviti ini dijalankan pada hari ahad kerana di

PDK ini hari ahad adalah hari cuti dan kami menjalankan aktiviti ini bersama dengan

guru-guru dan juga penyelaras. Walaupun hari cuti namun mereka tetap

bersemangat untuk membantu kami menghias dan menceriakan persekitaran PDK.

Kami telah menghasilkam mural bercorak kreatif di sekeliling PDK diketuai

oleh saudari Norhawani. Kami juga telah menghasilkan mural ‘selamat datang’ di

hadapan PDK serta lukisan kartun di bahagian tepi PDK. Ternyata hasil kerja kami

sangat memuaskan kerana mendapat pujian daripada penyelaras PDK. Selain

daripada itu juga kami telah menghasikan Taman Zoo Mini di kawasan pondok

taman herba di PDK.

Kami telah menghasikan sangkar arnab daripada bahan terbuang iaitu almari

lama. Kami telah memperbaiki almari tersebut untuk dijadikan rangka sagkar arnab

tersebut. Kemudian kami memasang jaring dan menghias sangkar tersebut dengan

mengecat syelek untuk mencantikkan dan memastikan sangkar tersebut tahan lama.

Kami juga mengunakan sangkar burung dan juga akuarium untuk menghias Taman

Zoo mini agar menjadi lebih ceria dan juga menarik

Pada keesokan harinya pula kami telah menjalankan aktiviti gotong royong

bersama pelatih dan juga guru di PDK kem desa pahlawan. Kami juga dibantu oleh

pihak ATM terutamanya Rejimen Renjer yang mebantu kami membersihkan kawsan

persekitaran PDK dan juga membantu kami menceriakan PDK. Bagi pelatih yang

mempunyai masalah fizikal, kami tidak mengalakkan mereka melakukan kerja berat

namum kesungguhan mereka untuk menolong kami dapat dilihat, kami sungguh

Page 4: PENULISAN REFLEKTIF kamal

terharu dengan usaha mereka yang cuba membantu walaupun mereka tidak

sempurna seperti manusia normal yang lain.

Hasil daripada penat lelah kami akhirnya ia dapat menceriakan suasana di

kawasan PDK agar lebih berwarna warni dan menarik dengan kerjasama dan juga

bantua daripada warga PDK dan juga pihak ATM khususnya Rejimen Ranjer. Jelas

terpancar wajah kegembiraan dan juga kepuasan di setiap ahli kumpulan kami

kerana dapat berbakti untuk menceriakan dan mencantikkan kawasan persekitaran

PDK.

Saya juga menjadi Ahli Jawatankuasa Keselamatan, saya bertangungjawab

memastikan keselamatan setiap ahli kumpulan daripada sebarang bahaya dan juga

masalah. Apa yang saya dapat lihat bahawa, keselamatan semasa perjalanan pergi

dan pulang daripada PDK amatlah merbahaya disebabkan jarak antara PDK dan

rumah kami yang agak jauh menjadi masalah kepada kami. Oleh itu kami mengambil

keputusan untuk berkonvoi bersama dan bergerak dalam kumpulan.

Semasa aktiviti dijalankan pula, ada diantara ahli kumpulan yang kurang sihat

dan juga tercedera semasa menjalankan aktiviti. Mujurlah ada disediakan Kit

Keselamatan di PDK tersebut. Untuk mengelakkan berlaku kecederaan semasa

aktiviti, kami telah memberikan taklimat kepada guru pelatih mengenai keselamatan

yang patut dipatuhi dan memastikan tempat aktiviti dijalankan adalah selamat bagi

mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Terdapat juga kekangan yang terpaksa kami hadapi seperti kami terpaksa

menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa

sehingga melemahkan semangat kami. Sebagai contoh kami terpaksa

menyelesaikan beberapa tugasan lain dalam satu-satu masa. Namun, sebagai bakal

seorang pendidik kami telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi

dan berfikiran positif untuk menanganinya.

Page 5: PENULISAN REFLEKTIF kamal

Selain itu juga, kami menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan

dana. Banyak kekangan semasa kami mencari sumbangan dan juga dana kerana

banyak alasan yang tidak munasabah diberikan oleh daripada premis dan juga pihak

perseorangan semasa kami mencari sumbangan. Ada diantara mereka memberikan

alasan pengurus bercuti, pengurus baru keluar, kedai baru buka dan sebagainya. 80

peratus daripada premis yang kami datangi memberikan alasan yang sama.

Akhirnya, program yang kami jalankan berjalan dengan lancar dan berjaya

dengan berkat tunjuk ajar pensyarah kami dalam membantu menjelaskan segala

kemushkilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak memudahkan lagi

kami untuk bertindak dalam menjayakan program khidmat masyarakat PDK dalam

kerja kursus ini dengan jayanya. Sesungguhnya program yang dijalankan telah

menjadi satu pendedahan kepada guru pelatih dalam aktiviti kemasyaratan dan

mendekatkan diri kepada pelatih Pusat Pemulihan dalam Komuniti.

Akhirnya kami berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang

ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pelbagai faedah serta pengalaman yang kami perolehi semasa menjalani tugasan ini

yang mana segala ilmu yang kami pelajari telah dapat kami praktikkan semasa

menyiapkan tugasan ini. Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal kepada diri

kami dan rakan lain agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru pendidikan khas

yang hebat satu hari nanti.