penulisan laporan penyelidikan kualitatif

Upload: muhamadkasim

Post on 09-Jul-2015

1.746 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Penulisan Laporan Penyelidikan Kualitatif (Dipetik daripada Buku Panduan Penyelidikan yang ditulis oleh Panel Penulis Kursus Penyelidikan 12 Minggu Pensyarah IPG) Panduan Penulisan Tidak ada satu panduan menulis laporan penyelidikan kualitatif yang ditetapkan Laporan boleh ditulis mengikut kreativiti penyelidik asalkan menepati tujuan kajian dan mempunyai justifikasi Laporan boleh ditulis dengan menggunakan ayat pasif atau aktif Tinjauan kajian boleh digabungkan dengan perbincangan umum atau ditulis dalam bab berasingan, bersesuaian dengan tujuan kajian dan kepakaran penyelidik Bagi memudahkan penulisan, penyelidik digalakkan merujuk laporan penyelidikan kualitatif autentik yang sedia ada Peranan penyelidik harus dijelaskan secara eksplisit dalam laporan bagi menyatakan kesedaran tentang bias yang mempengaruhi kajian. Dengan demikian, penyelidik dapat memperjelaskan langkah-langkah untuk menghalang bias daripada mempengaruhi dapatan kajian Laporan penyelidik harus dapat menyatakan hasil pembelajaran yang diperoleh daripada proses penyelidikan Bentuk dan gaya penulisan laporan penyelidikan harus menonjolkan hasil pemikiran penyelidik secara eksplisit kepada pembaca laporan Kaedah laporan kajian yang digunakan haruslah selari dengan tradisi kaedah penyelidikan yang sedia ada (contoh Kajian Kes, Kajian Tindakan) Gaya Persembahan Penulisan Laporan Penyelidikan Kualitatif

4.3.2.

Bentuk persembahan laporan penyelidikan kualitatif berbeza daripada persembahan laporan penyelidikan kuantitif. Pembeza utama persembahan laporan penyelidikan kualitatif adalah penggunaan sedutan kata, dialog dan pemerihalan untuk memperjelas, menginterpretasi dan mempersembahkan data. Antara gaya persembahan yang sesuai digunakan ialah gaya naratif, gaya gambaran (portrayal), gaya sedutan (vignette) dan gaya analisis. Gaya Naratif Gaya naratif melaporkan hasil kajian sebagai sebuah cerita tentang penyelidikan yang dijalankan. Sesuai dengan itu, gaya ini Menyatakan dapatan kajian dalam bentuk penceritaan; Mempunyai kekuatan, iaitu pembaca dapat merasai dan menghayati peristiwa yang berlaku dalam kajian secara langsung; Tidak dimuatkan dengan pendapat sendiri yang boleh mempengaruhi ketulenan kesimpulan, dan; Turut memaparkan kekaburan yang terhasil daripada data untuk membolehkan pembaca membuat interpretasi sendiri.

Gaya Portrayal Menghuraikan data untuk membuat gambaran; Menghuraikan data dalam bentuk profil (lukisan watak yang ringkas dan menarik berasaskan riwayat hidup); Gaya ini merupakan alternatif kepada gaya naratif apabila data yang diperoleh tidak memadai untuk dipersembahkan dalam bentuk naratif, dan; Contoh yang baik untuk gaya ini adalah persembahan dalam filem dokumentari dengan watak, kejadian dan latar belakang kejadian dipaparkan seiring untuk membentuk gambaran yang lengkap

Gaya Vignette Memerihalkan suatu siri kejadian yang boleh mewakili senario yang dikaji Berbentuk penceritaan yang terhad dari segi tempoh cerita, latar cerita dan pemaparan beberapa episod penting Pemilihan siri kejadian berasaskan interpretasi penyelidik kerana dialah yang menentukan episod-episod yang dianggap penting untuk dipaparkan Boleh mengandungi analisis penyelidik.

Gaya Analisis Memecahkan keseluruhan data kepada bahagian-bahagian kecil dengan tujuan untuk meneliti fungi, sifat dan hubung kait antara data Membahaskan dapatan penting secara eksplisit dengan sokongan bukti-bukti Bersifat lebih eksplisit daripada naratif Lebih jelas daripada gaya naratif