penulisan laporan

4

Click here to load reader

Upload: idah-mohammad

Post on 04-Jul-2015

2.031 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN LAPORAN

Soalan : Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Tulis laporan lawatan itu selengkapnya. Pendahuluan Tajuk laporan – lawatan ke Melaka – disertai 32 orang murid dan 4 orang guru – diadakan pada 8 Mac 2008 Isi Penting

1. berkumpul di sekolah – taklimat daripada Guru Besar – 8.00 pagi bas bertolak – 11.00 pagi tiba di Melaka

2. melawat beberapa tempat menarik – Kota A’Famosa, Gereja St . Paul dan sebagainya

3. pergi ke gerai-gerai cenderamata – membeli cenderamata – berehat untuk makan tengah hari

4. pergi ke Air Keroh – melawat Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia

Penutup Banyak faedah yang diperolehi dari lawatan – mempelajari sejarah dan mengenal negara Malaysia

LAPORAN LAWATAN KE MELAKA

Pada 8 Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Lawatan itu disertai oleh 32 orang murid dan 4 orang guru. Murid-murid berkumpul di seklah pada pukul 7.00 pagi. Pada pukul 7.30 pagi Guru besar memberi sedikit taklimat. Bas bertolak tepat pukul 8.00 pagi.Rombongan tiba di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pukul 11.00 pagi. Tempat yang pertama kami lawati ialah bangunan-bangunan peninggalan sejarah di bandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota A’Famosa, Gereja St. Paul dan bangunan Stadthuys. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda. Kemudian kami singgah di gerai-gerai yang menjual cenderamata. Di situ terdapat pelbagai jenis barang dan makanan. Kami sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Selepas itu, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari. Kira-kira pukul 2.00 petang, bas bertolak ke Air Keroh. Di sana kami melawat beberapa tempat menarik seperti Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia. Pada keseluruhannya lawatan itu banyak memberikan faedah kepada kami.Kami dapat menimba banyak ilmu pengetahuan daripada lawatan itu. Disediakan oleh, 17 MAC 2008

Munirah ArshadMunirah ArshadMunirah ArshadMunirah Arshad ( MUNIRAH BT. ARSHAD ) Setiausaha, Tahun Enam Gemilang, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana

Page 2: PENULISAN LAPORAN

Soalan : Persatuan bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan gotong-royong membersihkan rumah orang-orang tua. Tulis laporan itu selengkapnya. Pendahuluan Tajuk laporan – aktiviti membersihkan Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih – disertai 20 orang ahli persatuan Bahasa Malaysia dan 2 orang guru – diadakan pada 12 April 2008 Isi Penting

1. berkumpul di sekolah – pergi dengan menaiki van sekolah dan 2 buah kereta guru – 8.00 pagi bertolak – 10.00 pagi tiba di Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih

2. membentuk kumpulan – menjalankan aktiviti membersihkan persekitaran 3. aktiviti berjalan lancar dalam suasana mesra – berhenti rehat – makan bersama

penghuni rumah Orang-orang Tua Seri Kasih – aktiviti diteruskan 4. dapat mengenali kehidupan orang-orang tua – berat hati melepaskan kami

pulang – Penyelia mengucapkan terima kasih atas usaha murni kami Penutup meninggalkan rumah Seri Kasih dengan seribu kenangan

LAPORAN AKTIVITI MEMBERSIHKAN RUMAH ORANG-ORANG TUA SERI KASIH

Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Taman Jaya telah mengadakan aktiviti membersihkan Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih pada 12 April 2008. Ahli persatuan berkumpul di perkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Kemudian kami bertolak dengan menaiki sebuah van sekolah dan dua buah kereta yang dipandu guru pengiring. Tepat pada pukul 10.00 pagi kami sampai di destinasi. Sesampainya kami di sana kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada ahli persatuan dan petugas. Mereka bertanggungjawab membersihkan bahagian-bahagian tertentu di persekitaran rumah tersebut. Aktiviti berjalan lancar dalam suasana yang mesra. Kami berhenti rehat untuk makan tengah hari bersama para penghuni rumah Seri Kasih. Selepas itu aktiviti diteruskan hingga pukul 4.00 petang. Aktiviti ini telah dapat memberi peluang kepada kami menyelami hati dan perasaan orang-orang tua yang ditempatkan di situ. Mereka berat hati untuk melepaskan kami pulang. Penyelia Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih, Puan Rahimah Mahad turut melahirkan terima kasih atas usaha murni kami itu. Kami meninggalkan rumah orang-orang tua itu dengan seribu kenangan dan pengalaman yang amat berharga serta tidak akan kami lupakan. Disediakan oleh, 18 APRIL 2008

Nur Arfah ( NUR ARFAH BINTI HALIM ) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Taman Jaya.

Page 3: PENULISAN LAPORAN

Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan Hari Keluarga baru-baru ini. Tulis laporan program tersebut dengan lengkap. Pendahuluan Anjuran PIBG – Ahad 20 April 2008 - diadakan di kawasan sekolah – merapatkan hubungan ibu bapa dan guru Isi Penting

1. majlis bermula pukul 8.30 pagi – perasmian oleh Pegawai Daerah – melahirkan rasa bangga atas semangat kekeluargaan

2. acara sukaneka – disertai ibu bapa, guru dan murid 3. persembahan kebudayaan – tarian – nyanyian – bercerita – bayaran RM3.00 4. pelbagai jenis makanan dijual – mengalas perut – menghilangkan haus 5. 12.30 tengah hari majlis penutup dan penyampaian hadiah – cabutan nombor

bertuah Penutup Acara berakhir pukul 2.00 petang – keseluruhannya meriah dan mencapai matlamat

LAPORAN HARI KELUARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MURNI

Pada hari Ahad, 20 April 2008, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Murni telah menganjurkan Hari Keluarga. Majlis itu diadakan di kawasan sekolah. Majlis tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru. Majlis bermula pukul 8.30 pagi. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Dato’ Alias Borhan, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah. Dato’ Alias telah melahirkan rasa bangga atas semangat kekeluargaan yang telah ditunjukkan oleh warga Sekolah Kebangsaan Taman Murni. Acara dimulakan dengan aktiviti sukaneka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tiup belon, lari dalam guni, cari duit dalam tepung dan tarik upih. Acara disertai oleh ibu bapa, guru-guru dan murid-murid. Persembahan kebudayaan juga telah diadakan di Dewan Anggerik. Persembahan yang dijalankan ialah tarian, nyanyian dan pertandingan bercerita. Setiap orang yang ingin menyaksikan persembahan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.00. Untuk mereka yang ingin mengalas perut, jualan makanan dan minuman diadakan di kantin sekolah. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual dengan harga yang berpatutan. Pada pukul 12.30 tengah hari majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Hadiah diberikan kepada pemenang acara sukaneka dan pertandingan nyanyian. Cabutan nombor bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis. Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang. Pada keseluruhannya Hari Keluarga yang diadakan berlangsung dalam suasana meriah serta mencapai matlamat yang diharapkan. Laporan disediakan oleh, 26 APRIL 2008

Khairul Azman (KHAIRUL AZMAN BIN HASHIM) Setiausaha, Tahun Enam Delima, Sekolah Kebangsaan Taman Murni

Page 4: PENULISAN LAPORAN