panduan penulisan laporan akhir ptss
TRANSCRIPT
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
AT 401
Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 2
1.0 PENDAHULUAN
Laporan Akhir Latihan Industri merupakan salah satu komponen yang dinilai selepas pelajar tamat menjalani kursus Latihan Industri (AT401) di organisasi latihan. Laporan ini perlu dilengkapkan (dengan dijilid) dan dikemukakan semasa pendaftaran pengesahan tamat latihan industri dan ianya mewakili 20% daripada keseluruhan markah Latihan Industri (rujuk Appendix 4 – Industrial Training Final Report Form)
2.0 PANDUAN PENULISAN
2.1 Panduan Umum
a) Laporan ini hendaklah bertaip pada kertas putih bersaiz A4 dan disusun mengikut turutan yang betul.
b) Hendaklah menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kecuali bagi mana-mana perkataan yang dipetik secara langsung*
c) Bilangan muka surat hendaklah di antara 50 hingga 80 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)
d) Bagi memastikan keseragaman laporan ini, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah menetapkan spesifikasi bagi tujuan penjilidan (rujuk Lampiran A dan Lampiran B).
2.2 Ruang Penulisan dan Nombor Muka Surat
a) Margin setting bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format berikut :
3.5 sm dari tepi kiri kertas 2.5 sm dari tepi kanan kertas 2.5 dari tepi atas kertas 2.5 sm dari tepi bawah kertas
b) Pada muka surat permulaan setiap bab, kawasan penulisan bagi sub topik
yang pertama hendaklah bermula pada enter yang ketiga. (rujuk Lampiran C) c) Nombor muka surat hendaklah pada bahagian tengah bawah kertas. d) Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan Pelajar,
Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan penomboran roman seperti i, ii, iii, dan lain-lain. Manakala nombor bagi muka surat BAHAGIAN BAB adalah seperti biasa (rujuk Lampiran D).
2.3 Jenis Tulisan dan Sela
a) Jenis tulisan (font type) yang ditetapkan adalah dari jenis Arial bersaiz 12. b) Jarak antara garisan (line spacing) atau langkau di antara ayat yang digunakan
adalah 2.0 (double spacing) dan tidak perlu ditinggalkan ruang kosong (tidak perlu di enter) bagi setiap permulaan perenggan atau sub topik.
c) TAJUK BAB hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar, ditebalkan dan diletakan di bahagian tengah muka surat (menggunakan Center Text).
d) TAJUK KECIL hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf kecil dan ditebalkan (bold).
e) Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama dan format yang digunakan adalah Align Text Justify.
f) Penulisan dalam Bahasa Melayu hendaklah merujuk kepada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 3
g) Penggunaan Bahasa Inggeris bagi sesuatu istilah hendaklah dicondongkan (italic) atau ditandakan dengan „……….‟ Atau diletakan dalam kurungan, (…….) bagi membantu pemahaman istilah dalam Bahasa Melayu.
h) Huruf besar hendaklah digunakan bagi setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama
khas. i) Penggunaan tandaan bullets tidak benarkan.
3.0 FORMAT PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
3.1 Format Isi Kandungan
Format isi kandungan laporan akhir adalah seperti yang ditunjukan dalam Lampiran E. Contoh pengisian kandungan di Bahagian Permulaan Isi kandungan adalah seperti di Lampiran F, G, H, J dan Lampiran K.
3.2 Ringkasan Kandungan Bab
BAB 1 : PENGENALAN
Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri iaitu pendahuluan, objektif latihan industri, objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar.
BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN
Bagi maklumat latar belakang organisasi latihan, ianya hendaklah merangkumi pengenalan terhadap organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti utama organisasi, misi, visi dan juga halatuju organisasi.
(pelajar dinasihatkan berbincang termasuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan organisasi sebelum mengambil dan menulis apa-apa maklumat organisasi supaya ianya tidak bercanggah dengan dasar organisasi berkenaan)
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
Ringkasan aktiviti latihan adalah berdasarkan kepada latihan atau tugas yang dilaksanakan sama ada mengikut minggu, bulan atau pun bidang tugas. Ianya boleh dinyatakan dalam bentuk jadual.
BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL
Bab ini merangkumi pelaporan terhadap tugas-tugas atau kerja yang dipertanggung jawabkan atau dilaksanakan semasa menjalani latihan. Bilangan bab yang diperuntukan adalah SATU (1) SAHAJA. Sekiranya terdapat banyak tugasan atau bahagian yang perlu dilapor dan dinyatakan, ianya boleh dipecahkan kepada sub topik yang berkaitan. Pelaporan hendaklah dibuat secara terperinci bagi setiap topik yang ditulis dengan memuatkan juga jadual, rajah dan sebagainya.
BAB 5 : KESIMPULAN
Kesimpulan merupakan rumusan kepada keseluruhan laporan.
BAB 6 : KOMEN DAN CADANGAN
Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan dan ditulis secara positif dan ianya hendaklah bersifat constructive bagi tujuan penambahbaikan.
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 4
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN : (Lampiran L) Bahagian ini merujuk kepada penyataan bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa penyediaan laporan. Format yang digunakan hendaklah merujuk kepada American Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA). Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan-bahan rujukan, pelajar boleh melayari laman sesawang berikut: i. http://www.apastyle.org ii. http://www.mla.org
JADUAL/RAJAH (Lampiran M dan N)
Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi selain Jadual seperti carta, graf, gambar atau lukisan hendaklah dinyatakan sebagai Rajah. Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan seperti berikut:
Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3, ……..dan seterusnya Jadual 1, Jadual 2, Jadual 3, ……..dan seterusnya
Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang dimasukan dengan menyebut atau memberi penekanan kepada perkara-perkara penting tentang jadual/rajah tersebut. Lihat contoh di bawah;
“Sepertimana yang ditunjukan dalam Rajah 1, pergerakan tanah adalah….” atau “Jadual 2 menunjukan jumlah……”
Sebarang jadual/rajah yang diambil dari sumber lain, nota hendaklah ditunjukan pada bahagian bawah jadual/rajah tersebut dengan menyatakan punca jadual/rajah tersebut diambil, atau dipetik atau diubahsuai.
LAMPIRAN (jika digunakan) Semua lampiran yang hendak dimasukan mestilah bersaiz A4 atau A3 sahaja. Bagi saiz A3, ianya hendaklah dilipat dengan betul dan mudah dibuka untuk tujuan penilaian dan ianya hendaklah disusun mengikut turutan. Semua lampiran tidak perlu ditunjukan nombor muka surat.
4.0 PENUTUP
Panduan penulisan Laporan Akhir Latihan Industri ini akan dapat membantu pelajar menyediakan satu pelaporan yang lengkap dan berformat. Berdasarkan Panduan ini, Pensyarah penilai akan membuat penilaian terhadap Laporan Akhir Latihan Industri dengan menggunakan Appendix 4 - Industrial Training Final Report Form.
BILLIOGRAFI/RUJUKAN
Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011.
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Pengurusan dan Kaedah Penilaian Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian
Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi, (2010). Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi.
Sciencebuddies. Writing A Bibliography: APA Format. Diambil pada 9 Februari 2012 dari http://www.sciencebuddies.org/science-fair -projects/Project_APA_Format_Examples.html
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 5
Lampiran A Format Muka Depan Laporan Akhir Latihan Industri
Logo PTSS
JABATAN PERDAGANGAN
3 X enter
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
3 X enter
AZHAR BIN AHMAD (18DPM10F9999)
Jenis/Saiz Tulisan :
Arial Bold/16 3 X enter
JABATAN MESRA RAKYAT
KOMPLEKS ARAU 02600, ARAU, PERLIS
3 X enter
JUN 2012
2 X enter
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 6
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Lampiran B
Tetapan Warna Muka Hadapan Laporan Akhir Latihan Industri
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Jabatan Perdagangan
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 7
Lampiran C
Kawasan Penulisan Bagi Muka Surat Permulaan Setiap Bab
2.5 sm
BAB 4
MEREKOD STOK
3.5 sm 4.1 Pengenalan
3 kali enter
dan terus tulis
Semua stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan
Menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan:
a) Mengetahui kedudukan stok simpanan
b) Memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat, dan
c) Mengawal paras stok.
4.1.1 Jenis-Jenis Rekod
Tidak perlu
enter
Semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan
Seperti berikut: 2.5 sm
a) Penggunaan rekod hendaklah mengikut jenis stor iaitu:
i. Kad Kawalan Stok, KEW.PS-3 di Stor Pusat dan
Stor Utama, dan
Penomboran Muka Surat
ii. Kad Petak, KEW.PS-4 di Stor Pusat dan Stor
Utama dan Stor Unit.
(diletakan di bahagian tengah)
11 2.5 sm
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 8
Kawasan Penulisan SELAIN muka surat permulaan bab
Lampiran D
Jaraknya adalah
sepertimana 4.1.1
2.5 sm
4.1.2 Lokasi dan Letakan Stok
Lokasi stok hendaklah diwujudkan bagi memudahkan
penyimpanan, pengeluaran dan pemeriksaan. Tindakan
Permulaan
setiap
perenggan
mestilah
sama dengan
tajuk/sub
tajuk dan
perenggan
yang
berikutnya
tidak perlu
enter
berikut perlu diambil. i) Carta lokasi stok perlu disediakan dan dikemaskini
dari masa ke semasa.
ii) Lokasi stok hendaklah direkodkan di Kad Kawalan
Stok dan Kad Petak. 4.2.1.1 Penyimpanan Stok
Ianya perlulah menggunakan ruang simpanan
secara yang optimum.
4.2.1.2 Stok Dalam Bekas Asal
Senang dikendali dan memudahkan aliran
Kemungkinan peti di lapisan bawah…
Barang-barang tersebut mudah terbakar
Memudahkan pengiraan, pemeriksaan
2.5 sm
Penggunaan bullet
TIDAK DIBENARKAN
dan verifikasi….
2.5 sm
12
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 9
Isi Kandungan Lampiran E
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT Judul i Pengesahan Pelajar ii Penghargaan iii Isi Kandungan iv Senarai Jadual v Senarai Rajah vi Senarai Lampiran vii
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan 1 1.2 Objektif Latihan Industri 1 1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri 2 1.4 Kepentingan Latihan Industri 3
BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN
2.1 Pengenalan Organisasi 4 2.2 Latar Belakang Penubuhan 5 2.3 Aktiviti Organisasi 6 2.4 Hala tuju Organisasi 10 2.5 Carta Organisasi 11
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan 12 3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 13
BAB 4 SISTEM PEREKODAN STOK
4.1 Pengenalan 14 4.2 Penyimpanan Stok 15 4.3 ……… 17 4.4 ……… 29 4.5 Kesimpulan 61
BAB 5 KESIMPULAN 73
BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN 83
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
LAMPIRAN
Penomboran Muka Surat iv (huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 10
Lampiran F Judul
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
Nama dan Nombor
Pendaftaran Pelajar
OLEH
AZHAR BIN AHMAD (18DPM10F9999)
Nama dan Alamat
Organisasi Latihan
DI
JABATAN MESRA RAKYAT KOMPLEKS ARAU
02600, ARAU, PERLIS
Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan
Bagi memenuhi sebahagian dari syarat penilaian latihan industri dan penganugerahan
Diploma Pengurusan Perniagaan
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Tuliskan nama jabatan dan program
masing-masing
Sesi menjalani
Latihan Industri
JUN 2012
i
Penomboran Muka Surat
(huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 11
Lampiran G
Pengesahan Pelajar
PENGESAHAN PELAJAR
“saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Pelajar : AZHAR BIN AHMAD
No. Pendaftaran : 18DPM10F9999
Tarikh : 8 DISEMBER 2012
Penomboran Muka Surat (huruf roman)
ii
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 12
Lampiran H
Penghargaan
PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengarah JABATAN MESRA
RAKYAT, En. Osman bin Arif di atas tunjuk ajar dan curahan ilmu yang
diberikan selama saya berada di sini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah
Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang telah
banyak membantu saya menyediakan laporan ini.
Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua
rakan-rakan yang telah banyak menyumbang idea dan pendapat serta
doa dari keluarga……
Terima Kasih
Penomboran Muka Surat (huruf roman)
iii
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 13
Lampiran J
Senarai Jadual
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1
Taburan Projek Kejuruteraan di Perlis
9
2 Jenis Bahan Binaan Berindustri……... 13
3 Senarai Pembekal …………………….. 17
Nota: Format Senarai Jadual ini juga boleh digunakan bagi Senarai Rajah DAN hendaklah dibuat pada muka surat berasingan.
Penomboran Muka Surat
(huruf roman)
v
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 14
Lampiran K
Senarai Lampiran
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Masuk Tapak
B Borang-Borang Arahan Penyimpanan Bahan
C Senarai Semak Peralatan
Nota: Format ini HANYA digunakan untuk Senarai Lampiran sahaja
Penomboran Muka Surat (huruf roman)
vii
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 15
Bibliografi / Rujukan Lampiran L
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber BUKU
Allen, T. (1974). Vanishing Wilfelife of North America. Washington, D.C: National
Geographic Society.
Boorstin, D. (1992). The Creators: A history of the heroes of the imagination. New York: Random House.
Nicol, A.M. & Pexman, P.M (2001). Presenting your findings. A practical guide
for creating tables. Washington, D.C. American Psychological Center.
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Encyclopedia/Dictionary
Bergmann, P.G. (1993). Relativity. In the new encyclopedia Britannica (Vol.26, pp. 501-508).Chicago: Britannica Encyclopedia
Tobias, R. (1991). Thurber, James. Americana Encyclopedia. (p.600).New York
Scholastic Library Publishing.
Cara penulisan bibliografi/rujukan
dari sumber Artikel Majalah / Surat Khabar
Henry, W.A., III (1990, April 9). Making the grade in today‟s school. Time, 135, 28-31.
Kanfer, S. (1986, July 21). Heard and good books lately? Time, 113, 71-72
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Website/Webpage
Devitt, T. (2001, August 2). Lightning injures four at music festival. The Why?
Files. Retrieved January 23, 2002, from http://whyfiles.org/13/index.html
Nota:
Senarai bibliografi/rujukan boleh ditulis secara berturutan seperti contoh di atas
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 16
Lampiran M
Jadual
Jadual 4:
Rumusan Bagi Kadar Faedah Mengikut Tahun (Berdasarkan Formula BLR)
BIL.
TAHUN
KADAR
TUKARAN
CATATAN
Nota: Dari Wikipedia, the free encyclopedia
Nota: Kedudukan tajuk berada di bahagian atas jadual
TIADA penomboran diperlukan bagi Jadual
dari sumber Website/Webpage
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2012
Page 17
Lampiran N
Rajah
Rajah 4: Continuous Quality Improvement (CQI)
Nota: Kedudukan tajuk berada di bahagian bawah Rajah
TIADA penomboran diperlukan bagi Rajah
dari sumber Website/Webpage