penulisan ilmiah

220

Upload: siti-aqilah

Post on 31-Dec-2015

125 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

c

TRANSCRIPT

i

TERBITAN 2012

© KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau

ditukarkan dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua samada secara elektronik,

mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya tanpa mendapat kebenaran bertulis

daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

PENULISAN ILMIAH

KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Diterbitkan oleh :

Unit Penyelidikan & Inovasi (UPeN)

Kolej Komuniti Temerloh

By Pass Bt 2, Jalan Temerloh,

Kampung. Chatin Ulu, 28400

Mentakab, Pahang

Tel : 09 – 270 1550 / 1552 / 1553 Faks : 09 – 270 1551

Laman Web : www.kkmen.edu.my

Emel : [email protected]

ii

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

ABDUL RAHMAN BIN MD. ALI

Pengarah Kolej Komuniti Temerloh

PENASIHAT

ROS HANA BINTI ARIFFIN

Ketua Unit Penyelidikan & Inovasi (UPeN)

Kolej Komuniti Temerloh

EDITOR & GRAFIK

MELATI BINTI SABTU

Pegawai Penyelidikan UPeN

Kolej Komuniti Temerloh

BARISAN PENULIS

UZANA BINTI ISMAIL

NOR AZMA BINTI MANAN

MUHAMAD SYAMSUL B. CHE SU

ASMAWATI BT. MOHD YUSOP

LUKMAN HAKIMI BIN AHMAD

ROS HANA BINTI ARIFFIN

SALIZA BINTI ABDUL RAZAK

MELATI BINTI SABTU

AHMAD SHAWAL BIN ALI

NOR AISHAH BINTI OTHMAN

AZMIR BIN MD. DOM

MOHD RIZAL BIN ARIS

ILYANA BINTI YAHYA

QUISTINA SURIANI BINTI MAZLAN

WAN NORHAYATI BINTI WAN

SAUPI

iii

ISI KANDUNGAN

KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK

MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI .......................................................................................... 1

Oleh : Uzana binti Ismail

KNOWLEDGE MANIPULATION ..................................................................................................14

Oleh : Nor Azma Binti Manan

LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM

MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ

KOMUNITI ........................................................................................................................................17

Oleh : Muhamad Syamsul B. Che Su dan Asmawati Bt. Mohd Yusop

QUALITY ISSUES IN HIGHER EDUCATION IN MALAYSIA ..................................................23

Oleh : Ros Hana Binti Ariffin

PERLAKSANAAN AMALAN 5S DI SESEBUAH ORGANISASI ...............................................31

Oleh : Saliza Binti Abdul Razak

PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN

(TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN TEORI .................................................37

Oleh : Melati Binti Sabtu

FACEBOOK, MANFAAT ATAU MUDHARAT ............................................................................45

Oleh : Ahmad Shawal Bin Ali

SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL .........................................................................................55

Oleh : Saliza Binti Abdul Razak

iv

AKHLAK TERHADAP ALLAH SWT : HAKIKAT SEBAGAI HAMBA ...................................62

Oleh : Lukman Hakimi Bin Ahmad

KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM

MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT ........................................................77

Oleh : Nor Aishah Binti Othman

ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM DALAM MODUL

PERISIAN APLIKASI (TTM 101) ................................................................................................92

Oleh : Melati Binti Sabtu

PELAKSANAAN LATIHAN KE ARAH PENINGKATAN KEMAHIRAN

KAKITANGAN – SATU PENDEKATAN UNIT LATIHAN STAF ......................................... 108

Oleh : Azmir Bin Md. Dom

APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DI KOLEJ KOMUNITI

TEMERLOH BAGI MODUL SPA 106 (PEMBANGUNAN DIRI 1) .................................... 124

Oleh : Nor Aishah Binti Othman

PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ........... 143

Oleh : Mohd Rizal Bin Aris

APPLICATION OF WEB-BASED LEARNING THROUGH BLACKBOARD SYSTEM ..... 172

Oleh : Wan Norhayati Binti Wan Saupi

v

PENGGUNAAN iNTEGRATED DATABASE MANAGEMENT SYSTEM (iDBMS) DI

KOLEJ KOMUNITI ........................................................................................................................ 182

Oleh : Ilyana Binti Yahya & Quistina Suriani Binti Mazlan

PENDEKATAN PROBLEM-BASED LEARNING (PBL) DALAM KURIKULUM

PENDIDIKAN BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL KULIAH-TUTORIAL ......... 191

Oleh : Wan Norhayati Binti Wan Saupi

APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI ................................................................................. 201

Oleh : Uzana binti Ismail

1

KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK

MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI

KOLEJ KOMUNITI

Oleh:

Uzana Binti Ismail & Nurul Aimi Binti Ahmad Suandi

Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

Abstrak

Penulisan ilmiah berkaitan “Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Serta Strategi Untuk Menarik

Minat Pelajar Dalam Menerapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di Kolej Komuniti”

bertujuan untuk mengupas peranan Kolej Komuniti dalam menerapkan unsur-unsur

pembangunan modal insan yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

melalui aktiviti kokurikulum. Kupasan berkaitan topik yang dibicarakan dijalankan

berdasarkan kepada aktivit-aktiviti kokurikulum dan impak yang diperolehi hasil daripada

pelaksanaan aktiviti tersebut terhadap pembangunan unsur-unsur modal insan di dalam diri

pelajar di Kolej Komuniti selain daripada peranan para pensyarah sebagai pembimbing.

Kupasan juga dibuat terhadap stratergi-stratergi yang boleh digunapakai dalam memastikan

setiap pelajar menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum agar unsur-unsur modal insan

yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dapat diterapkan di dalam diri pelajar.

Gabungan daripada peranan yang dimainkan oleh pelajar dan pensyarah serta penggunaan

stratergi yang berkesan sebenarnya dapat menjadikan pelajar Kolej Komuniti mempunyai

nilai modal insan yang sama tinggi nilainya dengan pelajr-pelajar yang menuntut di institusi

pendidikan tinggi yang lain. Pihak pengurusan Kolej Komuniti terutamanya Unit Hal Ehwal

Pelajar dengan kerjasama para pensyarah yang berwibawa dan bersemangat hendaklah

merancang dan melaksanakan stratergi yang berkesan agar para graduan yang terhasil

daripada Kolej Komuniti bukan sahaja dapat bersaing dalam mendapatkan pekerjaan

berlandaskan ilmu yang mereka perolehi malah mempunyai nilai tambah yang tinggi

terhadap unsur-unsur modal insan yang mereka miliki.

2

1.0 PENDAHULUAN

Kolej Komuniti memainkan

peranan utama dalam pembangunan

modal insan masyarakat setempat

dengan menyalurkan pengetahuan dan

kemahiran serta menyemai nilai dan

etika positif melalui pendidikan, latihan

dan program pembelajaran sepanjang

hayat. Abdul Rahim (2000) menyatakan

dalam era pembangunan menuju abad

ke-21, masyarakat dan negara amnya

menuntut supaya Institusi Pengajian

Tinggi (IPT) melahirkan graduan yang

berkualiti dan cemerlang. Dalam

konteks pendidikan di Malaysia,

Falsafah pendidikan merupakan

panduan dan dikenali sebagai FPK.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di

peringkat Kolej Komuniti merupakan

saluran yang paling berkesan dalam

merealisasikan FPK terutamanya dalam

konteks melahirkan pelajar yang

seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial yang akhirnya

akan menjana tenaga manusia yang

berkemahiran tinggi selaras dengan

misi dan visi Kolej Komuniti.

Dasar dan pelaksanaan aktiviti

kokurikulum di dalam sistem

pendidikan di negara kita bukanlah satu

isu baru yang dibincangkan . Aktiviti

kokurikulum yang diterapkan dalam

sistem pendidikan adalah salah satu

daripada pendekatan strategik untuk

merealisasikan FPK yang merupakan

sumber inspirasi dan menjadi kayu ukur

kepada semua usaha dan rancangan

pendidikan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang mempunyai

sahsiah diri yang seimbang dari aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jika

dilihat daripada intipati FPK, ia bolehlah

ditafsirkan sebagai suatu hasrat untuk

memastikan usaha berterusan dalam

bidang pendidikan. Antara lainnya

memperkembangkan potensi individu

secara berterusan melalui proses

pendidikan meliputi keseimbangan

rohani, jasmani, emosi dan

intelek.Kokurikulum dikenali sebagai

kurikulum tambahan, pendidikan untuk

waktu lapang ataupun aktiviti kelas

tambahan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum

adalah sebahagian kurikulum formal

yang merangkumi aktiviti-aktiviti

persatuan, kelab, sukan dan permainan

serta unit beruniform yang dijalankan di

luar bilik darjah. Collins (1973)

merumuskan bahawa apa jua aktiviti

selain kurikulum di sekolah-sekolah

dalam konteks pembelajaran murid

dianggap sebagai kokurikulum. Abdul

Alim (1994) pula menganggap

kokurikulum sebagai aktiviti-aktiviti

yang masih bersifat pendidikan yang

3

dilaksanakan di dalam dan di luar

institusi pendidikan tanpa mengabaikan

aspek-aspek kurikulum.

Aktiviti kokurikulum diasaskan

berdasarkan falsafah bahawa semua

pelajar perlu mempunyai keseimbangan

rohani, jasmani, emosi dan intelek. Para

pelajar juga dipercayai mempunyai

minat, bakat serta kemahiran yang

boleh dimajukan. Dalam falsafah

kokurikulum turut menyatakan bahawa

semua pelajar boleh dididik dan

mempunyai kemahiran untuk mendidik

diri sendiri dan orang lain. Malah, kolej

komuniti serta institusi yang

bertanggungjawab perlu membantu

pelajar tersebut untuk merealisasikan

bakat dan potensi mereka.

2.0 AKTIVITI KOKURIKULUM

DAPAT MENERAPKAN FPK DI

KALANGAN PELAJAR KOLEJ

KOMUNITI.

Tujuan utama kokurikulum

adalah berlandaskan kepada FPK itu

sendiri iaitu untuk memupuk minat,

kegemaran dan kepandaian istimewa

pelajar, mengembangkan keperluan

intelek, kebolehan dan bakat kreatif,

meluaskan bidang ilmu pengetahuan,

mempertingkatkan kesihatan jasmani

dan kemahiran pemikiran, memupuk

nilai moral, estetik, rohani dan sosial

serta melapangkan jiwa murni. Di

samping itu, pelaksanaan aktiviti

kokurikulum adalah bertujuan

mengembangkan potensi mental, sosial,

jasmani dan rohani pelajar secara

optimum. Ini kerana pendidikan yang

dijalankan di dalam kelas lebih

memfokuskan kepada kecerdasan

intelektual perkembangan bakat dalam

kemahiran seseorang individu. Justeru

itu, aktiviti kokurikulum adalah

pendidikan di luar kelas dan merupakan

pendidikan tidak formal serta perlu

dilaksanakan bagi memberi ruang

seseorang individu untuk

memperkembangkan kemampuan

rohani dan jasmani mereka serta

keperluan emosi dan intelek. Apabila

keseimbangan ini tercapai maka secara

tidak langsung akan melahirkan

generasi Malaysia yang memenuhi ciri-

ciri yang terkandung dalam pengertian

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kesemua aktiviti kokurikulum ini

memainkan peranan tersendiri dalam

mengimbangi potensi individu dari

aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

pelajar ke tahap yang cemerlang serta

secara menyeluruh dan bersepadu.

Potensi individu mengikut setiap aspek

boleh dihuraikan seperti dibawah:

4

i) Unsur rohani : Mengandungi sifat

kejiwaan dan kebatinan yang baik

serta berupaya berdisiplin kendiri

dan membentuk akhlak mulia.

ii) Unsur Jasmani : Berupaya memberi

tumpuan kepada perkembangan

angota-angotatubuh badan dengan

cekap dan sihat.

iii) Unsur Emosi : Mempunyai perasaan

jiwa yang sihat serta berupaya

memperkembang kecerdasan emosi

ke tahap yang matang.

iv) Unsur Intelek : Berupaya memberi

tumpuan kepada daya berfikir

secara kritis dan kreatif

Melalui pelaksanaan aktiviti

kokurikulum di Kolej Komuniti, pelajar

banyak didedahkan dengan program

pembangunan modal insan yang

bertujuan untuk membangunkan

sahsiah diri pelajar dan menjadikan

pelajar insan yang mempunyai

keseimbangan rohani. Aspek

kerohanian dalam diri pelajar ini

dibentuk menerusi aktiviti-aktiviti

kokurikulum yang berteraskan

kerohanian dan ilmiah seperti program

ceramah motivasi dan ceramah agama

yang biasanya dikelolakan melalui unit

bimbingan kaunseling dan kerjaya.

Melalui aktiviti kokurikulum ini,

pelajar juga dilatih untuk mengamalkan

akhlak yang baik serta didedahkan

dengan cara untuk membentuk

kekuatan dalaman yang berkonsepkan

kepada pegangan agama dan amalan

kepercayaan kepada tuhan. Para

pensyarah yang mengurus aktiviti

kokurikulum bertindak memberi

bimbingan dan nasihat yang berkaitan

dengan akidah, ibadah dan akhlak.

Pelaksanaan dan penganjuran aktiviti

dan program-program ilmiah ini akan

dapat membangunkan sahsiah diri

pelajar. Di samping itu, program-

program yang berunsurkan prinsip-

prinsip kerohanian secara tidak

langsung akan membentuk pelajar

supaya mempunyai sifat-sifat percaya

kepada Tuhan, beradab, berusaha, taat,

bertanggungjawab, jujur, ikhlas, dapat

mengawal diri, tolong menolong,

berkemahiran, berdaya tahan dan

sebagainya.

Aspek jasmani amat ditekankan

dalam proses pendidikan kerana akal

yang sihat bermula pada tubuh yang

sihat. Kesihatan jasmani perlu dijaga

supaya tubuh dapat memikul jiwa yang

besar dan dapat membantu akal untuk

belajar. Nabi SAW juga menyuruh

umatnya memelihara kesihatan dan

tubuh badan. Sabdanya yang bermaksud

5

“Badan itu juga memerlukan hak yang

harus engkau penuhi” ( Riwayat Bukhari

). Kepentingan pengisian jasmani yang

akan dapat melahirkan generasi pelajar

yang mempunyai sahsiah diri yang

seimbang yang mementingkan

kesihatan jasmani dalam menjalani

kehidupan seharian. Program-program

kokurikulum tersebut dirangka melalui

aktiviti sukan. Aktiviti kokurikulum

sukan dan permainan misalnya, adalah

satu-satunya aktiviti yang dapat

memberikan sumbangan terhadap

kesuburan jasmani, kemahiran dan

kecergasan serta ciri-ciri sosial yang

juga terdapat dalam aktiviti badan

beruniform mahupun dalam kelab dan

persatuan. Kegiatan sukan di sekolah

dan institusi pendidikan merupakan

saluran yang amat berkesan untuk

membina kecergasan di dalam diri

pelajar menerusi aktiviti fizikal dan

amalan kecergasan. Sukan dan

permainan memberi peluang kepada

pelajar untuk memperkembang fizikal,

sosial, mental dan emosi mereka sama

ada secara individu mahupun

berkumpulan. Menerusi aktiviti sukan

ini juga, pelajar akan dapat membina

kesihatan badan dan memperkembang

jasmani, rohani serta semangat

kesukanan mereka. Secara teori sains,

apabila badan sihat, kecerdasan otak

iaitu perkembangan intelek akan dapat

ditingkatkan secara optimum. Secara

tidak langsung kegiatan aktiviti

kokurikulum menerusi aktiviti sukan

akan dapat memberi sumbangan positif

terhadap kesegaran dan pertumbuhan

mental, sosial dan emosi.

Sebagai contoh, pertandingan

sukan bola sepak di peringkat institusi

pengajian. Acara sukan ini dapat

melahirkan individu yang cergas dari

segi fizikal dan mental serta memupuk

semangat kerja berpasukan dikalangan

para pelajar. Program seperti ini

melahirkan pelajar yang mempunyai

jasmani yang sihat yang tidak hanya

tertumpu kepada kecemerlangan

akademik semata-mata tanpa bergiat

aktif dalam bidang kokurikulum. Selain

itu, pelajar dapat membina emosi yang

positif melalui semangat bekerjasama

serta menjana minda pelajar dalam

mengurus sesuatu aktiviti apabila

mereka berada di alam pekerjaan nanti.

Pengalaman sebegini akan melahirkan

pelajar yang bersikap progresif, dan

berdaya saing.

Selain itu, keseimbangan dari

aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

turut dapat dibangunkan menerusi

aktiviti kelab dan berpersatuan.

Persatuan dan kelab boleh dibahagikan

kepada dua kumpulan iaitu persatuan

6

akademik dan bukan akademik.

Persatuan akademik adalah

berdasarkan kepada kurikulum

manakala persatuan bukan akademik

adalah berdasarkan hobi, rekreasi dan

seni bela diri. Menurut Abd.Rahman

(1994), persatuan akademik adalah

aktiviti-aktiviti yang masih bersifat

pendidikan yang dilaksanakan di dalam

dan di luar sekolah tanpa mengabaikan

aspek-aspek kurikulum. Dalam kelab

dan persatuan, pelajar mendapat

peluang untuk memupuk dan

seterusnya mengamalkan nilai-nilai

murni yang akan dapat membantu

membina perkembangan emosi

menerusi sikap yang ditonjolkan seperti

kerjasama di antara ahli persatuan yang

lain, semangat kekitaan dan perpaduan

dalam usaha untuk menjayakan projek-

projek yang dirancang oleh kelab dan

perstauan tersebut. Kelab dan

persatuan yang berasaskan kepada

mata pelajaran diwujudkan bagi tujuan

menambah minat dan kemahiran

pelajar-pelajar dalam mata pelajaran

tersebut. Persatuan-persatuan dalam

kategori ini adalah Persatuan Bahasa

Malaysia, Persatuan Sains dan

Matematik, Persatuan Bahasa Inggeris

dan sebagainya.

Penglibatan pelajar dalam

persatuan akan dapat mengembangkan

potensi mereka untuk mengaplikasikan

kemahiran yang dipelajari dalam bidang

berkaitan untuk diaplikasikan di dalam

aktiviti persatuan seperti aktiviti kuiz,

bahas dan pidato serta projek pelajar.

Sebagai contoh, aktiviti kuiz dalam

persatuan memberi peluang kepada

pelajar untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan dalam bidang yang

berkaitan. Aktiviti bahas dan pidato

pula memberi peluang kepada pelajar

untuk menggunakan kemahiran bahasa

dalam mengeluarkan hujah dan

keupayaan berfikir untuk mematahkan

hujah dengan menggunakan fakta dan

kemahiran berfikir secara kreatif dan

kritis. Apabila seseorang pelajar terlibat

dalam aktiviti pertandingan, secara

tidak langsung pelajar akan membuat

persediaan yang rapi bagi menghadapi

pertandingan tersebut. Melalui aktiviti

ini wujudnya sifat berusaha, berani dan

yakin diri di kalangan pelajar dalam

menunjukkan bakat mereka di

pertandingan tersebut. Sifat-sifat ini

adalah perlu dalam diri setiap pelajar

bagi memastikan pelajar bukan sahaja

dapat menonjolkan diri dalam akademik

tetapi juga bukan akademik. Situasi ini

amat baik bagi membantu pelajar

mengawal emosi mengikut situasi yang

bakal dihadapi. Selain itu, sesetengah

aktiviti persatuan dan kelab

7

menggalakkan pelajar untuk melibatkan

diri dalam aktiviti projek. Pelajar dapat

menggunakan peluang tersebut untuk

mengaplikasikan pengetahuan

berasaskan bidang mereka di samping

dapat meningkatkan daya kreativiti.

Menerusi pengisian kokurikulum yang

dijalankan ini, pelajar dapat

meningkatkan penguasaan intelek yang

memberi tumpuan kepada daya berfikir

secara lebih kritis dan dinamis.

Selain itu, persatuan dan kelab

yang berunsur hobi dan rekreasi

bertujuan untuk menarik minat dan

mendedahkan pelajar dengan ilmu

pengetahuan dalam sesuatu bidang atau

hobi yang tertentu misalnya Persatuan

Senifoto, Seni Mempertahankan Diri,

Kelab Rekreasi dan sebagainya.

Kegiatan kokurikulum ini membolehkan

pelajar mengisi masa lapang dengan

aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan

menyeronokkan di samping dapat

membina kesihatan jasmani dan

kecerdasan emosi di kalangan pelajar.

Di dalam aktiviti ini juga, pelajar dapat

mengamalkan sikap toleransi terhadap

rakan-rakan sehingga melahirkan

pelajar yang bersikap progresif, berdaya

saing dan mempunyai kebolehpasaran.

Keseimbangan dari aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek juga

dapat dipupuk melalui aktiviti

kokurikulum yang berbentuk unit

beruniform. Kerajaan telah mengambil

langkah yang drastik dengan

mewujudkan badan berunfiorm di

institusi pendidikan. Umpama

serampang dua mata, kerajaan

memperkenalkan badan beruniform ini

bagi mengurangkan isu gejala sosial dan

juga memenuhi sukatan aktiviti di

samada di sekolah mahupun di institusi

pendidikan. Melalui unit beruniform di

Kolej Komuniti khususnya, setiap

pelajar dapat mempelajari dan

membentuk diri memiliki kemahiran

insaniah yang seimbang iaitu disiplin

dan ketrampilan diri. Kedua-dua

komponen ini akan disemaikan kepada

semua pelajar agar mampu menjadi

generasi yang mempunyai tahap disiplin

yang tinggi, semangat daya saing dan

daya juang yang kental di disamping

semangat cintakan Negara yang

berterusan dengan sentiasa bersyukur

kepada Allah S.W.T iaitu berpegang

teguh kepada kepercayaan agama

masing-masing dalam setiap perkara

yang dilakukan.

Melalui aktiviti yang dianjurkan

oleh kelab rekreasi biasanya melibatkan

aktiviti perkhemahan di hutan atau

tempat-tempat rekreasi. Aktiviti

perkhemahan dipenuhi dengan pelbagai

aktiviti yang mencabar minda dan

8

menguji kesabaran. Aktiviti tersebut

memerlukan pelajar mempunyai tahap

keberanian yang tinggi dalam diri.

Keyakinan yang tinggi apabila

melakukan aktiviti yang sihat tersebut

pasti dapat memberikan kepuasan yang

sangat mengujakan. Selain itu, aktiviti

tersebut turut memerlukan kita untuk

mempamerkan riak-riak keseronokan.

Justeru, apabila kita melibatkan diri

dalam aktiviti rekreasi kita bukan sahaja

berupaya membina ketahanan emosi

dan jasmani bahkan kita dapat

menghindarkan diri daripada sebarang

gejala sosial yang kurang sihat dan tidak

bermoral. Jadi di sini, jelaslah akan

kepentingan aktiviti rekreasi dalam

mencapai kehendak yang terkandung

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, aktiviti kokurikulum

juga melatih pelajar untuk memupuk

nilai-nilai murni dalam personaliti diri.

Pelajar akan diberi tanggungjawab

untuk menjalankan tugas melalui

jawatan-jawatan yang dibentuk samada

dalam aktiviti berpersatuan, unit

beruniform dan juga sukan. Justeru itu,

sikap bertanggungjawab akan

mendorong pelajar untuk melaksanakan

tugas yang diamanahkan dengan

bersungguh-sungguh. Pelajar juga

didedahkan dengan pelbagai masalah

yang timbul dalam aktiviti kokurikulum.

Masalah merupakan cabaran dan

latihan terbaik untuk melahirkan

generasi pelajar yang bijak mengambil

dan membuat keputusan bagi

menyelesaikan masalah yang timbul

tersebut. Setiap kali masalah berjaya

diselesaikan, keyakinan diri pelajar

akan meningkat dan pelajar akan

terdidik secara berterusan menerusi

pengalaman sebenar yang dialami.

Pengalaman bukan sahaja boleh

memperkaya dan mengukuhkan ilmu

tetapi juga mencabar dan mengubah

ilmu yang sedia ada pada pelajar. Secara

tidak langsung, pelajar dapat melatih

diri untuk berani membuat keputusan

dan melatih diri untuk menjadi ketua

yang dapat memimpin yang seterusnya

dapat dijadikan bekalan sebaik saja

melangkah keluar dari Kolej Komuniti

dan beroleh kerjaya. Keadaan ini jelas

menunjukkan kokurikulum mempunyai

peranan dan pengaruh secara langsung

atau tidak langsung di dalam

pembentukan diri dan personaliti

pelajar Kolej Komuniti yang seimbang

selaras dengan aspirasi Falsafah

Pendidikan Negara.

3.0 STRATEGI UNTUK MENARIK

MINAT PELAJAR KOLEJ

KOMUNITI DALAM AKTIVITI

KOKURIKULUM.

9

Setelah kita memami

kepentingan kokurikulum dalam

merealisaiakan FPK langkah dan

strategi-strategi yang berkesan perlu

dirancang oleh pelbagai pihak

berkenaan untuk mengalakkan

penglibatan pelajar dalam kegiatan

kokurikulum. Justeru itu, sebagai

langkah permulaan, pihak kementerian

iaitu Kementerian Pengajian Tinggi

seharusnya menekankan kepentingan

penyertaan kegiatan kokurikulum di

kalangan pelajar melalui pengenalan

sistem pendidikan baharu. Menurut

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Yang Berhormat Dato Saifudin, dalam

mencapai kepada matlamat melahirkan

insan yang sepadu dan seimbang,

paradigma yang sepatutnya digunakan

ialah memberikan penekanan seimbang

terhadap kedua-dua komponen-

akademik dan kokurikulum-dalam

sistem pendidikan kita hari ini. Intipati

yang ingin disampaikan oleh beliau

ialah kedua-dua komponen penilaian

kurikulum dan komponen kokurikulum

perlu diberikan perhatian yang

sewajarnya.

Salah satu cadangan yang boleh

diambil di peringkat Kolej Komuniti

ialah aktiviti kokurikulum perlu

dijadikan sebahagian daripada

komponen penilaian mata pelajaran

wajib. Setiap pelajar perlu diwajibkan

menyertai sekurang kurangnya 2

aktiviti kokurikulum. Kehadiran pelajar

juga hendaklah diwajibkan dan

kehadiran pelajar direkod dan dipantau

oleh pihak yang terbabit. Pendekatan ini

walaupun dilihat bersifat paksaan,

sekiranya diimplimentasikan secara

berterusan, holistik dan konsiten

mampu meningkatkan penyertaan

pelajar dengan berkesan.

Selain itu, wajaran yang boleh

diambil adalah mengadakan pemberian

insentif seperti biasiswa danbantuan

kewangan serta kelonggaran syarat bagi

kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi

khususnya kepada pelajar yang

melibatkan diri secara aktif dalam

kegiatan kokurikulum. Penglibatan yang

cemerlang dalam aktiviti kokurikulum

boleh dijadikan sandaran pelajar untuk

mencapai cita-cita mereka. Kerajaan

juga seharusnya memberi anugerah

khas yang diambil kira sebagai markah

bonus untuk memohon kemasukan ke

Institut Pengajian Tinggi kepada para

pelajar yang telahberjaya mengambil

bahagian dalam pertandingan di

peringkat kebangsaan danjuga di

peringkat antarabangsa.

Kajian yang dibuat oleh Mohd.

Suzli (1997) mendapati sekolah-sekolah

10

yang dikaji menghadapi masalah

kewangan, kemudahan dan peralatan

yang tidak mencukupi. Kebanyakan

pelajar kurang berminat untuk

menyertai aktiviti kokurikulum

disebabkan ciri-ciri kemudahan atau

program terutamanya aktiviti bersukan

seperti kesesakan penggunaan dan

kedudukan yang tidak strategik yang

menyebabkan kemudahan tidak dapat

digunakan dan program tidak dapat

diikuti. Halangan ini mengakibatkan

pelajar-pelajar terpaksa berkongsi

alatan dengan rakan mereka semasa

menjalankan aktiviti kokurikulum dan

keadaan ini sedikit sebanyak

menjejaskan minat mereka. Justeru itu,

kerajaan perlu menyediakan pelbagai

peruntukkan berupa kewangan dan

barangan untuk menjadikan program

kokurikulum lebih bermakna dan tidak

akan disia-siakan. Bagi mengatasi

masalah ini, kerajaan hendaklah

menambah peruntukkan pembelian

peralatan sukan mengikut jumlah

pelajar dalam sesebuah institusi

pendidikan. Kerajaan juga perlu

menambahbaik kemudahan

infrastruktur di kolej komuniti.

Kemudahan infrastruktur yang baik

dapat menarik minat dan penglibatan

pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti

kokurikulum. Kemudahan yang baik

serta selamat sebenarnya mampu

mengelakkan kecederaan yang boleh

menimpa pelajar serta memastikan

segala aktiviti yang dijalankan berlaku

dengan lancar dan sempurna dan situasi

ini sudah pasti akan menambah

keyakinan diri dan minat pelajar untuk

menglibatkan diri dalam setiap aktiviti

yang diadakan.

Langkah seterusnya adalah

memperkasakan aktiviti kokurikulum

dengan mewujudkan aktiviti yang

pelbagai dan mampu memancing minat

pelajar untuk menyertainya. Lantaran

itu, pihak kolej komuniti perlu

melakukan perubahan seperti

mewujudkan aktiviti kokurikulum yang

menarik dan segar sebagai contoh

aktiviti papan luncur, aktiviti berkayak

dan juga aktiviti basikal lumba. Aktiviti

berpersatuan dan kelab juga perlu

disesuaikan mengikut peralihan masa

yang memenuhi citarasa pelajar. Aktiviti

yang pelbagai memberi ruang kepada

pelajar untuk membuat pilihan

mengikut minat dan keserasaian dengan

personaliti mereka.

Peranan pensyarah adalah tidak

terkecuali dalam membantu memupuk

minat dan memberi galakan dalam diri

pelajar. Berdasarkan kepada kajian yang

dilakukan oleh Mohd. Suzli (1997),

kebanyakan pensyarah kokurikulum

11

tidak mempunyai kemahiran dalam

aktiviti kokurikulum. Faktor-faktor ini

menyumbang kepada ketidakhadiran

pelajar dan menjejaskan minat mereka

untuk tidak melibatkan diri dalam

aktiviti tersebut. Justeru itu, penyertaan

dan penglibatan pensyarah memainkan

peranan terbesar dalam menjayakan

aktiviti kokurikulum. Pensyarah perlu

menyertai aktiviti bagi memastikan

keberkesanan perlaksanaan gerak kerja

kokurikulum di Kolej Komuniti

berlangsung dengan berkesan.

Semangat pensyarah dalam

menguruskan aktiviti kokurikulum

secara tidak langsung akan membantu

memupuk minat dan mengalakkan

pelajarnya hadir serta melibatkan diri

dalam kegiatan kokurikulum.

Pensyarah juga seharusnya bijak

memainkan peranan dan mengambil

pendekatan yang strategik semasa

proses pembelajaran dan pengajaran

kokurikulum untuk menarik minat

pelajar menyertai aktiviti

kokurikulum.Oleh itu, bagi memastikan

objektif penyampaian tercapai para

pensyarah perlu dilengkapi dengan

kepakaran dan ilmu pengetahuan dalam

bidang kokurikulum. Pengagihan tugas

kepada pensyarah kokurikulum juga

haruslah berlandaskan minat,

kebolehan serta kelayakan yang dimiliki

agar pelaksanaan aktiviti kokurikulum

lebih berkesan. Langkah ini sekiranya

dilaksanakan secara bersepadu dan

terancang sudah pasti akan

meningkatkan peratus kehadiran

pelajar yang menyertai aktiviti

kokurikulum.

4.0 KESIMPULAN

Kokurikulum dilihat sebagai

medium serta wadah terbaik bagi

penerapan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Kegiatan kokurikulum

amat penting dalam usaha melahirkan

generasi yang berkualiti dan cemerlang

dalam semua aspek mengikut acuan

Malaysia selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang

menekankan kepada perkembangan

potensi individu secara menyeluruh dan

seimbang supaya menjadi seorang

insan, warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia dan

berbakti. Pembangunan pelajar

yang menekankan aspek-aspek tersebut

merupakan salah satu elemen penting

dalam usaha membangunkan mutu

pendidikan negara serta melaksanakan

wawasan negara.

Menyedari hakikat ini, tindakan

yang proaktif perlu diambil dengan

menggubal dasar pendidikan dan

12

merangka kurikulum dan kokurikulum

yang lebih holistik agar konsep untuk

membina modal insan yang mempunyai

keseimbangan sahsiah diri dapat

dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Peranan daripada semua pihak

terutamanya pihak pengurusan Kolej

Komuniti amat perlu dalam memastikan

keberkesanan pelaksaan ini. Oleh itu,

secara kesimpulannya, aktiviti

kokurikulum memberi arah dan hala

tuju kepada pelajar supaya

menceburkan diri dalam kegiatan yang

berfaedah. Berikutan penceburan dalam

kegiatan ini, diharapkan dengan

kemahiran-kemahiran yang dipelajari

oleh pelajar Kolej Komuniti melalui

aktiviti-aktiviti tersebut akan

melahirkan modal insan kelas pertama

dan seterusnya menyokong teras Misi

Nasional dalam meningkatkan

keupayaan pengetahuan dan inovasi

Negara.

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd

(2005). Bakat Dan Kemahiran

Mempimpin. Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors

Sdn.Bhd.

2. Abu Bakar Nordin (1991).

Kurikulum Perspektif dan

Pelaksanaan. Kuala Lumpur:

Pustaka Antara.

3. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman

(2003). Falsafah Pendidikan Dan

Kurikulum. Perak : Quantum Books.

4. Alim Abu Rahim (1997).

Pengurusan Kokurikulum. Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

5. Asiah Abu Samah (1985).

“Kokurikulum Dalam Pendidikan Di

Malaysia. Kertas Kerja Seminar

Kebangsaan Mengenai

Kokurikulum.” Jitra: Universiti

Utara Malaysia.

6. Mohd Suzli Abdullah. ( 1997).

Permasalahan aktiviti kokurikulum

sekolah sekolah menengah agama

Yayasan Islam Kelantan di Daerah

Pasir Mas. Tesis tidak diterbitkan.

Universiti Utara Malaysia.

7. Mook Soon Sang (2008).

Pengurusan Kokurikulum &

Pendidikan Sukan. Selangor :

Penerbitan Multimedia.

13

8. Http://www.ipislam.edu.my/index.

php/research/read/18/ Faktor-

faktor yang menghalang

penglibatan pelajar dalam kegiatan

Kokurikulum Sukan Di

9. Dato Saifudin Bin Abdullah. (2006).

Kolum Berita Harian Kokurikulum

Pelengkap Akademik

10. 50 Tahun Pembangunan

Pendidikan Tinggi di Malaysia

(1957-2007) -USM, 2007.

14

KNOWLEDGE MANIPULATION

By : Nor Azma binti Manan

Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

Educational system in Malaysia

requires kids of seven years old to

enroll the primary schooling, which is

the mandatory age for all kids in

Malaysia. This education level demands

6 years of schooling and later, they need

to proceed another 5 years of secondary

education that encompasses 3 years of

lower secondary and 2 years of upper

secondary. These make up a total of 11

years of free education. For those who

opt for tertiary education, generally,

they have to undergo 3 years of

education and finally preparing

themselves for working environment.

Going through at least 14 years of

education, is it an assurance that the

students are physically, emotionally and

mentally prepared to face the

challenging working world? Is it able to

ensure that they are the quality product

produced by our educational system?

Will they be able to serve and apply

what they have learnt in their career?

Knowledge is extremely wide

and it needs to stand together with the

people, as it is “so intimately bound up

with human activity” (Wright, n.d). It is

not necessarily acquired through formal

education, but also from the experience

of oneself. In addition, it also enables

people to act and to deal with all

available information sources (Van der

Spek & Spijkervet, 1996). Information

can be attained by understanding the

process of something such as through

observing the surroundings, listening to

something, and reading. In Khoo (2008),

he has brought up the issue of acquiring

the information and the functions of the

educational system itself.

As stated in Khoo (2008, p. 60),

“students need to know to access

information, not learn it by rote to be

regurgitated, because information, once

acquired, requires creative application.”

At this point, knowledge is seen as

resource and “people are the carriers of

knowledge” as they need to practice

15

what they know once they obtained it

(Sierhuis & Clancey, n.d). They also need

to know how to enforce what they have

learnt in a more meaningful way. To

relate this issue in Malaysian

educational context, it can be said that

most of the students will forget what

they have read and studied as soon as

they walked out of the examination hall.

This is because they had practiced the

memorization of each and every single

information and regurgitate it on the

examination paper. If they are asked the

reason why, they will say that they will

study for the sake of passing the

examination. From here, it can be seen

that most of them did not make meaning

out of what they have learnt and they

did not maximize the use of knowledge

but just for the purpose of getting good

grades in examination. In some other

ways, it can affect these groups of

students when they enter the working

world later on, as they are needed to

apply what they have learnt into the real

task in the real situation. These groups

of students will then have a serious

problem when they encounter such

situation because they are not able to

apply what they have learnt and

perhaps they do not have knowledge in

the subject matter even though they

have obtained good grades in their

examination.

The second issue to be addressed

is concerned with the education for

employment rather than for knowledge

and enlightenment (Khoo, 2008, p. 60).

In this case, knowledge can be seen as

right in terms of education that served

for employment purposes. Some of the

people may have such view that

education is purposely for them to get a

better job that pays them high salary.

Knowing the pay that they will receive

at the end of the month has somewhat

motivate them to learn and to get good

grades in their examination. Thus, they

will end up by focusing on the product

rather than the process, which is to get

the knowledge and understanding of

what they have learnt. Presently,

students do not see the education as a

precious knowledge but only to pass the

exam and for them to get a better

position in their career. This kind of

perception is actually one of the factors

that cause the unemployment among

the fresh undergraduates and this is not

because they are not excel in their

study, but they knows nothing in terms

of the content of their subject matter. In

this particular case, the students may

not know how to apply their knowledge

that they have learnt to the working

16

world and cannot adapt themselves in

the new career environment where

there are lots of competitions in terms

of where knowledge is needed.

The highlighted issue from Khoo

(2008) is not a doubt towards the

implementation of the teaching and

learning of the educational system.

However, it is a wakeup call for the

students in order for them to appreciate

and fully utilize the knowledge that they

gained as the “knowledge does not exist

without practice and action” (Sierhuis &

Clancey, n.d). In conclusion, the selected

issue gained from Khoo (2008) is closely

connected with how the students

manipulate the knowledge that they

learnt. This is important to ensure that

the country’s mission comes true, which

is to produce the community that have

the quality of human capital and is able

to compete with other people in this

new era.

BIBLIOGRAPHY

1. Khoo, K. K. (2008). The road to

nationhood and nation building.

In on of the Tempurung. Pp. 49-

61.

2. Sierhuis M. & Clancey, W. J. (n.d).

Knowledge, Practice, Activities

and People. Retrieved from

ksi.cpsc.ucalgary.ca/AIKM97/sie

rhuis/sierhuis.html

3. Spek van Der, R. & Spijkervet, A.

(1996). Knowledge Management:

Dealing Intelligently with

Knowledge. The Netherlands:

Knowledge Centre CIBIT.

4. Wright, L. (n.d). A Globalising

society. Retrieved from

eprints.ru.ac.za/1104/1/Langua

ge_as_a_resource_5(ed).pdf

17

LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM

MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI

Oleh :

Muhamad Syamsul B. Che Su dan Asmawati Bt. Mohd Yusop

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh,Pahang

Abstrak

Premis perbincangan penulisan ini adalah mengenai kepentingan Latihan Industri kepada

pelajar di Kolej Komuniti dalam bidang Fesyen dan Pakaian. Selain itu, ianya juga adalah

mengenai keperluan-keperluan pihak industri dalam memperoleh modal insan untuk

pasaran pekerjaan disamping cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh para

pensyarah bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

PENGENALAN

Latihan Industri merupakan satu modul

penting di dalam kurikulum pengajian

di Kolej Komuniti, Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia. Secara

amnya tujuan modul ini adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada alam

pekerjaan sebenar terutamanya

daripada aspek aplikasi pengetahuan

yang dipelajari di kolej, perhubungan

kemanusiaan dan etika serta amalan

keselamatan di tempat kerja.

Pelaksanaan modul ini memerlukan

pelajar ditempatkan di syarikat atau

jabatan kerajaan yang bersesuaian

untuk tempoh 1 semester (22 minggu).

Pelajar perlu lulus modul Latihan

Industri ini sebelum layak diperakukan

untuk penganugerahan Sijil Kolej

Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia.

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah satu perkara

yang perlu diberi perhatian oleh pelajar

semasa mereka belajar sama ada

diperingkat Sijil, Diploma atau Ijazah. Ini

18

adalah kerana Latihan Industri akan

memberi pendedahan kepada pelajar

mengenai dunia sebenar alam pekerjaan

di samping memperoleh kemahiran

teknikal dan bukan teknikal semasa

berada di industri. Menurut Abd Hair

Awang, Azimi Hamzah,Rahmah Ismail

dan Jegak Uli (2008) dalam Rozita Ali

(2010), pelajar seharusnya diberi

peluang untuk mengambil bahagian

dalam pelaksanaan sesuatu kerja yang

berkaitan dengan bidang mereka, ini

penting kerana salah satu syarat yang

diletakkan oleh syarikat dalam

membuat pemilihan pekerja ialah

kemahiran teknikal dan pengalaman

kerja dalam bidang yang berkaitan.

Hasil kajian Omar et. Al (2008),

mengenai persepsi pelajar sebelum dan

selepas menjalani Latihan Industri

menunjukkan terdapat peningkatan

persepsi pelajar selepas menjalani

latihan iaitu daripada segi sikap,

komunikasi dan tabiat kerja. Manakala

94% responden berkeyakinan bahawa

Latihan Industri memberi faedah yang

signifikan terhadap diri mereka sendiri

daripada aspek peningkatan prospek,

kelayakan dan panduan kerjaya masa

depan mereka. Selain itu, Latihan

Industri adalah pembangunan dua hala

iaitu kepada majikan dan pelajar, di

mana para pelajar akan belajar perkara

baru mana kala majikan pula akan

belajar membuat keputusan

berdasarkan logik yang munasabah dan

teratur.

PROGRAM SIJIL FESYEN DAN

PAKAIAN

Program Sijil Fesyen dan Pakaian adalah

merupakan salah satu program yang

ditawarkan di Kolej Komuniti,

Kementerian Pengajian Tinggi. Secara

keseluruhan terdapat 26 buah Kolej

Komuniti telah bertindak sebagai

pelaksana untuk program ini di seluruh

Malaysia. Syarat kelayakan untuk

menyertai program Sijil Fesyen dan

Pakaian ialah calon hendaklah lulus

mata pelajaran Bahasa Melayu bagi

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM).

Secara dasarnya program ini

memberi fokus pelajar kepada kreativiti

dan teknik pembuatan pakaian. Ia juga

memberi penekanan kepada

pemahaman fabrik dan keusahawanan

serta memberi pendedahan kepada

pelajar daripada sudut pemahaman

mengenai daya intelektual dan artistik

(seni) untuk menepati kehendak bidang

rekaan fesyen dan pakaian pasaran

tempatan dan antarabangsa.

19

Proses pengetahuan dan

kemahiran untuk program ini terbahagi

kepada tiga bahagian. Bahagian pertama

ialah pengetahuan dan kemahiran yang

di pelajari oleh pelajar sebelum Latihan

Industri. Ia adalah mengenai ilustrasi

fesyen lakaran, pola asas pakaian,

pemilihan fabrik dan pengiraan kos.

Bahagian kedua adalah semasa Latihan

Industri, antara pengetahuan dan

kemahiran bukan teknikal yang dapat

diterapkan oleh pihak industri kepada

pelajar ialah mengenai sistem

pentadbiran/pengurusan syarikat,

komunikasi di tempat kerja serta sistem

pengoperasian di tempat kerja.

Manakala pengetahuan dan kemahiran

teknikal yang diterapkan adalah

mengenai rekaan fesyen terkini, kaedah

atau teknologi pembuatan pakaian,

penghasilan koleksi rekaan fesyen,

aksesori pakaian terkini, bidang

keusahawanan dan lain-lain. Fasa

terakhir ialah, selepas Latihan Industri

(semester 4), antara pengetahuan dan

kemahiran yang akan diterapkan adalah

seni rekaan fesyen, keusahawanan dan

pertunjukkan fesyen. Antara

pengetahuan yang diterapkan kepada

pelajar semasa pelajar mengikuti

pengajian ini ialah subjek sains,

matematik, agama, bahasa inggeris dan

pengajian am.

KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI

FESYEN DAN PAKAIAN

Pada 20 September 2011, Kolej

Komuniti Temerloh telah menganjurkan

Majlis Dialog Bersama Industri bagi

Program Sijil Fesyen dan Pakaian. Majlis

ini telah disertai oleh 140 orang peserta

yang terdiri dari 26 buah syarikat dalam

bidang berkaitan, Pengarah Bahagian

JPKK, Kolej-kolej pelaksana serta

pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh dalam bidang Fesyen dan

Pembuatan Pakaian. Majlis Dialog

bersama industri merupakan satu

kolaborasi startegik antara Kolej

Komuniti Temerloh dan industri dalam

menjalinkan kerjasama. Selain itu,

program ini juga bertujuan untuk

memberi pendedahan mengenai

peluang kerjaya serta mendapatkan

maklumbalas industri mengenai pelajar

dan bekas pelajar dalam bidang Fesyen

dan Pakaian dari Kolej Komuniti.

Berikut adalah hasil daripada

maklumbalas dari borang soal selidik

yang telah diedarkan mengenai

keperluan pihak industri dalam bidang

Fesyen dan Pakaian:

1. Kemahiran dalam bidang

pekerjaaan; hamper keseluruhan

(46%) daripada syarikat yang

20

hadir memberi maklumbalas

bahawa mereka memerlukan

pekerja yang mahir. Manakala

31% syarikat memerlukan

pekerja separa mahir dan hanya

3% syarikat memerlukan pekerja

tidak mahir.

2. Program latihan industri; pihak

industri menginginkan pelajar

lebih memberi komitmen

daripada segi ketepatan masa,

kemahiran dan sikap pelajar

semasa menjalani latihan

industri.

CABARAN-CABARAN DALAM

MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL

FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ

KOMUNITI

Hasil daripada maklumbalas dan sesi

dialog bersama industri, dapat

disimpulkan cabaran-cabaran yang

harus ditempuhi oleh para pensyarah

dan pelajar dalam melestarikan

program ini adalah seperti berikut:

1. Kualiti Pelajar; pelajar Kolej

Komuniti perlu lebih komitmen

semasa menjalani latihan

industri.

2. Prestasi Pelajar Latihan Industri;

masih terdapat pelajar Kolej

Komuniti berada di tahap lemah

semasa menjalani latihan

industri.

3. Prestasi graduat yang bekerja di

industri; hanya 18% syarikat

memaklumkan bahawa prestasi

graduat sangat baik, 46% berada

pada tahap baik dan 36% berada

pada tahap memuaskan.

4. Tahap kompitensi pelajar Kolej

Komuniti berbanding pusat ILKA

lain; Hasil analisis menunjukkan

35% syarikat menyatakan tahap

kompitensi pelajar berada pada

tahap baik, 53% berada pada

tahap memuaskan dan 12%

masih berada pada tahap lemah.

5. Menggurangkan kadar tidak

bekerja: Hasil analisis unit

pengesanan graduan kolej

komuniti temerloh bagi tamat

pengajian Julai 2010 mendapati

kadar tidak bekerja untuk

graduan bidang fesyen dan

pakaian adalah tinggi berbanding

program lain.

21

KESIMPULAN

Modul latihan Industri adalah

merupakan modul wajib yang perlu

diikuti oleh semua pelajar Kolej

Komuniti sebelum dianugerahkan

segulung sijil. Latihan industri bukan

sahaja satu modul yang boleh diambil

mudah, tetapi ia merupakan satu modul

yang memberikan pendedahan kepada

pelajar mengenai alam pekerjaan

sebenar disamping pengetahuan dan

kemahiran yang tidak terdapat semasa

mengikuti pengajian di Kolej Komuniti.

Walaubagai manapun, hasil maklum

balas yang diterima daripada pihak

industri menunjukkan bahawa masih

terdapat pelajar kolej komuniti yang

kurang memberi komitmen dalam

menjalankan tugas disamping

kurangnya tahap Kemahiran Insaniah.

Bagi melestarikan program fesyen dan

pakaian ini, para pensyarah dan pelajar

yang terlibat haruslah menyahut

cabaran-cabaran tersebut dan

mengambil inisiatif bagi melahirkan

modal insan yang memenuhi kehendak

semasa industri.

RUJUKAN

1. Abd Hair Awang, Azimi Hamzah,

Rahmah Ismail dan Jegak Uli. 2008.

Kemahiran Bolehkerja:

Keseimbangan Antara Tuntutan

Majikan dan Penguasaan

Pelatih.Universiti Putra Malaysia

dalam Rozita Ali, Norhanisha Yusof

dan Azrayhafizi Matzin .2010.

Pelajar Politeknik Kurang Diberi

Pendedahan Kepada Pembaikan,

Penyelenggaraan Dan Perlaksanaan

Sesuatu Kerja Semasa Menjalani

Latihan Industri. :Pulau Pinang:

Politeknik Balik Pulau.

2. Laporan Tahunan.2010.Unit

Penerbitan: Kolej Komuniti

Temerloh

3. Laporan Majlis Dialog Bersama

Industri Bagi Program Fesyen dan

Pembuatan Pakaian. 2011. Unit

Hubungan Industri, Pengesanan

Graduan dan Alumni: Kolej Komuniti

Temerloh.

4. M.Z. Omar, Z.M.Darus, N.T. Kofli, K.

Mat, S.A. Osman, M.N.A. Rahman.

2008. Manafaat Kursus Latihan

Industri Dalam Meningkatkan

Keyakinan Pelajar. Fakulti

22

Kejuruteraan : Universiti

Kebangsaan Malaysia

5. Prospektus Kolaborasi Strategik

Industri dan Kolej Komuniti. 2010.

Bahagian Hubungan Industri,

Pengesanan Graduan dan Alumni:

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

23

QUALITY ISSUES IN HIGHER EDUCATION IN MALAYSIA

Oleh:

Ros Hana Binti Ariffin

Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

What makes the world go round?

Unsurprisingly, the answer is

knowledge. The world populations are

scrambling to gain tertiary education

with high knowledge with renowned

institutions around the globe. What

makes an education institution

renowned? How does anyone recognise

the popular universities? What makes

people choose and not choose to go to a

particular university? A more

unsurprising single answer to these

questions is quality. And since it is a

global market, both higher education

establishments and governments of

countries have learnt that governance,

quality assurance or curricula

development are important to be

established and built into the

programmes in order to attract students

to come over to gain their degrees. The

following bodies of text is an overview

of the current views and trends, based

on one article and four journals

pertinent to the issues of quality in

higher education, with special attention

to Malaysia.

A periodical article on

harmonisation (Wan Chang Da, 2008) in

the higher education industry highlights

the importance of standardization and

collaborative efforts within the

organizations within the region in order

to succeed collectively. Governments,

educational institutions and academic

programmes must be institutionalised

and integrated, while functioning in

similar systematic standards, thus

ensuring mobility for staff and students

inside the system while promoting

educational excellence and quality

assurance. The current trend of

harmonisation has taken place

throughout the world, with its origins

from the Bologna Process in the

European communities. This effort is

considered to be relatively more

systematic and more institutionalised as

compared to other regional schemes,

24

and its three-cycle degree system and

system of credits, has created a

comprehensive and common quality

assurance system, which encouraged

mobility and enhanced its appeal of the

European Higher Education Area

(EHEA). This system has been duly

adopted by the Central and Latin

America countries and has for a long

time collaborated with the European

Union to gain the benefit of regional

harmonisation within the higher

education sector. Africa, being one of the

least developed regions in the world,

has also initiated positive approaches in

enhancing HEIs in the region through

the same system even if the conditions

has not allowed its higher education

industry to be as successful as the other

two regions. In short, the critical issues

confronting higher education today

revolves around ensuring and

enhancing quality, access, equity and

broadened participation.

But how have Malaysia and the

ASEAN countries fared compared to

the three nations mentioned? Are we

able to set similar standards within

our own region? Has our nation’s

implementation of TQM in the higher

education institutions since 1996

given them the push they need to

achieve excellence in education

recognized worldwide?

Wan’s conclusion in the article

correlates well with Husain’s paper

(Fawad Husain, 2009) that is mainly

concerned with customer satisfaction

and students’ perception in private

colleges as the Malaysian government

aims to become the hub of higher

education in the ASEAN region. Husain’s

research paper examines the

relationship between perceived service

deliveries from higher education

institutes that influence student

satisfaction. It explores the perceived

service delivery attributes among the

students is with variables consists of six

dimensions which are the physical

environment, course structure and

content learning materials,

administration, interaction and support,

feedback and assessment. The findings

indicate that the dimensions mentioned

are strong factors to students’

satisfaction, which is driven by service

deliveries. It criticizes the lack of

previous studies using SERVQUAL or

similar methodologies in assessing

students’ satisfaction based on the

education service delivery of private

colleges, which impedes the concept of

education service delivery and its

25

impacts on students’ satisfaction in

colleges. Such methods of measurement

are important and can be used by

private colleges in enhancing the quality

of their education service to their

students. Husain also mentioned the

role and importance of education as it is

correlated with the nation’s economic

growth where an educated population is

a springboard for jumping to high

economic performance. It states that

educational institutes are getting more

interested to use performance

management and service quality

improvement techniques to increase

competitiveness and quality of

education in globalised environment, as

the growing private institutions in

Malaysia is aimed to give an alternative

pathway for those who failed to enter

local universities to pursue local tertiary

education. The paper concluded with a

recommendation of a future research

includes identifying other variables that

contributes to students satisfaction.

The next journal (Ahmad Jusoh,

2009) attempts to reveal issues of the

level of service quality in education in

the service quality dimensions of

product, software and service at the

Faculty of Management and Human

Resource Development (FPPSM),

University of Technology (UTM). It

explores the differences of the students’

perception on the service quality based

on their demographic factors and

academic profiles as well as which

area(s) or dimension(s) that potentially

can be improved. This study has shown

that the service quality at FPPSM was

moderate from the students’

perspective, which means that there is

room for continual improvement. In

the study, it showed that students’

perception increase with seniority,

while there is a difference when it

comes to the different backgrounds of

race and culture. It concluded with

recommendations of increased efforts

and commitment in the areas of

teaching and learning ranging from

academic related activities such as

sports or social events. It also suggested

that the teaching and learning element

must not be limited to academic related

components and must cover everything

that can develop and instil good values,

attitudes, character and strong

personality. It proposes that by taking

care of the learning environment which

includes good infrastructure or facilities

management and support services may

enhance students’ perception of the

higher education institution.

One journal studies the factors

that influence students’ level of

26

satisfaction with regards to higher

education facilities services (Maimunah

Sapri, 2009), and attempts to rank

students’ priorities with respect to

facilities services offered at higher

educational institutions and extract

those factors whose nature may qualify

them to be put under one of facilities

management categories.. As a service

organization, higher educational

institutions should place greater

emphasis on meeting the expectations

and needs of their customers. Students,

which was defined as the ‘primary

customers’ of a university due to the

commercialization of scholarship, that

predominantly experiences the learning

process thus regarded as an essential

perspective to adopt in students

satisfaction survey. Due to the

intangibility nature of services, physical

aspects of an institution plays a major

role defining quality, at least to the

needs of students. Facilities

management is often foreseen as an

enabler to enhance organizational

resources in a competitive and efficient

way. The paper acknowledged that

educational institutions have a

hierarchy of management, whereby

their performance is measured based on

core activities such teaching, research,

recruitment and, therefore, it makes the

management of facilities in a complex

encounter. This study illustrates the

linkages between facilities management

organizational functions with higher

education performance by introducing

value chain concept. The six new factors

that influence student’s level of

satisfaction and measured in this study

are ”teaching and learning delivery”,

“support services facilities”,

“accommodation and social facilities”,

“course administration”, “teaching and

learning facilities”, and “teaching and

learning service environment”. The

model has demonstrated that student’s

learning experience is influenced by

three major factors, namely service

provider’s performance e.g. the lecturer;

service or process that is involved in

delivery of the service; and facilities

which act as an enabler and support the

core business process. These three

factors will give an impact on student’s

learning experience and will lead to

satisfaction levels pertaining to service

performance. The result reported in this

paper contributes to the development of

a framework for facilities performance

indicator in the service environment of

higher educational institution whereby

has resulted for the need to have

substantial infrastructure. This often

includes an extensive estate and

27

buildings. Buildings include not only

laboratories, lectures theatres and

offices but also residential

accommodation, catering facilities,

sports and recreations centres.

Finally, an interesting

comparison on students’ perception

between ISO-Certified and Non ISO-

Certified colleges on service quality in

higher education (Suhaiza Zailani, 2009)

was made to see if the implementation

of the standards made an impact on

students’s satisfaction. Higher education

is characterized by a higher degree of

interpersonal contact, complexity,

divergence and customizations than

other service businesses, thus Total

Quality Management was to be adopted

by HEI at every level to ensure quality

education to be delivered as mentioned

earlier in this summary. Despite

implementation in the majority of

colleges, little is known about the

perceptions of consumers, or students

in this case, towards the quality of

education provided up to the point of

the study. HEIs have adopted and

implemented a suitable standard for the

educational industry by issuing a

standard known as ISO 9004-2, which is

developed by the International

Organization for Standards (ISO) since

1992. The standards has changed and

improved to suit the needs of the

education industry, but mainly they

place a greater emphasis on the

measurement of customer satisfaction

and strong consideration on conformity

of relevant statutory as well as legal

requirements with regard to

educational environment. The benefits

of ISO registration are the platform of a

quality system and provides a

foundation for a management system.

ISO also facilitates trade through

assurances of contract performance,

while providing international

recognition and engenders global

uniformity as it meets European

Community business requirements. ISO

also eliminates or diminishes customer

audits or surveys, enhances credibility

and improves documentation and

traceability activities thus leads to an

organised, written collection of

fundamental practices.

The perceived Quality Scale was

used to measure students’ perception

towards the service quality provided by

their respective institutions. While the

quality dimensions measured were

• Tangibles: Sufficient

equipment/facilities, modern

equipment or facilities, ease of

28

access, visually appealing

environment, support services.

• Competence: Sufficient (academic)

staff, theoretical knowledge and

qualifications, practical knowledge,

up to date, teaching expertise, and

communication.

• Attitude: Understanding students’

needs, willingness to help,

availability for guidance and advice,

giving personal attention, emotion

and courtesy.

• Content: Relevance of curriculum to

the future jobs of students,

effectiveness containing primary

knowledge or skills, completeness

and use of computer, communication

skills, and teamwork.

• Delivery: Effective presentation,

sequencing and timeliness,

consistency, fairness of examination,

feedback from students, encouraging

students.

• Reliability: Trustworthiness, giving

valid award, keeping promises and

matching to the goals, handling

complaints, and solving problems.

Descriptive analyses from this

study suggest that students from

certified colleges have more positive

perceptions towards the service quality

provided by their colleges, especially in

the operations management.

Surprisingly however, inferential

statistics show that the perceptions of

students from the two categories of

colleges did not differ significantly in

four aspects of service quality; the

teaching staff, learning process, support

system, and resources. Finally, the

findings implies that the

implementation of TQM in colleges have

to be assessed, reviewed and improved.

It also signals that ISO-certified colleges

only focused on the improvement of

operation management and have

neglected other aspects of educational

services. While the adoption of ISO

certification becomes a mean of staying

competitive and profitable in the

market, it is also necessary to create

awareness among the colleges regarding

costumers' multidimensional needs and

expectation of a quality education.

CONCLUSION

Customer satisfaction and students’

perception to higher education

institutions in Malaysia is a hot topic of

study by researchers today, as the

achievement in excellence in quality

education is yet to be proven. There are

still many areas of dimensions which

need improvement, and this can only be

executed should higher educational

29

institutions adopt a quality standard as

a culture rather than as a marketing

strategy. More studies must be made in

various faculties, colleges and

universities crossing operations

management and facilities management,

and ultimately the different criteria of

their students. It is perhaps

unanimously agreed, however, that by

improving customer satisfaction an

institution would gain a competitive

edge for a marketable organisation

locally and globally. With or without the

implementation of the ISO standards,

institutions are very aware the

dimensions required to fulfil each

individual’s need in order to have a

favourable learning experience which is

significant to their customers’

satisfaction. Harmonisation is a goal that

must be taken seriously in the country’s

higher education industry that

coordinates different systems and

promotes academic mobility,

comparability of degree programmes

and establishing a regional quality

assurance system. This then should be

the essence that binds the institutions

hence fulfilling students’ expectations

when pursuing higher education in

Malaysia.

BIBLIOGRAPHY

1. Ahmad Jusoh, S. Z. (2009). Service

Quality In Higher Education:

Management Students’

Perspective . Skudai, Johor:

Research Management Centre,

Universiti Teknologi Malaysia.

2. Fawad Husain, S. H. (2009).

Education Service Delivery and

Students Satisfaction: A Study of

Private Colleges in Malaysia.

Global Business and Management

Research , 13-25.

3. Maimunah Sapri, A. K. (2009).

Factors that influence Students’

Level of Satisfaction with regards

to higher education facilities

services. Malaysian Journal Of

Real Estate Volume 4 No 1 , 35-

51.

4. Suhaiza Zailani, J. J. (2009). A

comparison between ISO-

Certified and Non ISO-Certified

Colleges on Service Quality in

Higher Education: Students’

Perception. 6th Annual Hawaii

International Conference on

Business , 1-14.

5. Wan Chang Da, S. K. (2008,

August 31 ). HARMONISATION

30

OF HIGHER EDUCATIION ((PART

1). Updates in Global Higher

Education IPPTN, No. 38 , pp. 1-2

31

PERLAKSANAAN AMALAN 5S DI SESEBUAH ORGANISASI

Oleh:

Saliza Binti Abdul Razak

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

1.0 PENDAHULUAN

Sesebuah organisasi memerlukan

satu garis panduan untuk mendapatkan

cara pengurusan sihat samaada diantara

ahli organisasi atau persekitaran

organisasi itu sendiri. Program 5S

adalah usaha keseluruhan organisasi

bagi menjadikan tempat kerja bersih,

tersusun, bersistem dan lebih produktif.

Melalui amalan 5S, sesebuah organisasi

itu akan membina disiplin dan etika

kerja yang baik di kalangan warga kerja

yang akan menghasilkan prestasi kerja

yang lebih baik, kerja berkualiti,

memupuk semangat berpasukan dan

tolong-menolong yang tinggi. 5S ialah

lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton,

Seiso, Seiketsu dan Shisuke.

Amalan 5S meliputi pengetahuan

teknikal, praktikal, logik untuk

menghasilkan teknik yang paling

berkesan bagi mewujudkan budaya

peningkatan secara berterusan atau

dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa

Jepun. 5S merupakan satu amalan

budaya dalam masyarakat Jepun. Mula

diperkenalkan di Singapura pada tahun

1986 dan telah diamalkan dengan

jayanya di sana. Amalan ini

kemudiannya dipraktikkan di Malaysia,

Thailand, Korea, China, India, Indonesia,

Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland,

Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil,

Costa Rica, and Mexico.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi kesedaran

tentang kepentingan dan

faedah pelaksanaan

Program Amalan 5S.

2.2 Membina budaya Kaizen

di tempat kerja.

2.3 Membina kerjasama

melalui penyertaan

semua.

32

2.4 Membina amalan

kepimpinan pengurus dan

penyelia.

3.0 KOMPONEN 5S

Terdapat lima komponen asas

dalam program amalan 5s iaitu Seiri,

Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shisuke yang

masing- masing membawa maksud

Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa

amal.

3.1 SEIRI

Seiri yang bermaksud

Sisih atau mengasing adalah satu

proses kerja mengasing

barangan yang perlu daripada

sekumpulan barangan yang tidak

diperlukan di tempat kerja.

Proses pengasingan ini

membantu dalam menentukan

barangan yang mungkin tidak

diperlukan sekarang tapi boleh

digunakan pada masa hadapan

dan peralatan haruslah disimpan

di tempat simpanan yang

sesuai.Selain daripada itu juga

dengan proses mengasing ini kita

dapat kenalpasti barang yang

tidak perlu untuk pelupusan dan

merekod (jika perlu). Aktiviti

sisih perlu dilakukan secara

berterusan mengikut keperluan.

Kesan perlaksaan sisih

boleh dibahagikan kepada dua

iaitu:

i. Kuantitatif

Penjimatan ruang

Kawalan stok dan

produk yang cekap

Masa pencarian yang

pantas

ii. Kualitatif

Tempat kerja lebih

selamat

Suasana kerja lebih

selesa

Mudah mengesan

tempat/alat/bahan

yang rosak dengan

awal

3.2 SEITON

Seiton adalah bermaksud

menyusun dan melabel. Proses

ini dilakukan setelah kesemua

barangan yang tidak diperlukan

diasingkan. Ini dilakukan

bertujuan memudahkan

33

penggunaan dan penyimpanan

barang atau dokumen. Susunan

barangan dilakukan mengikut

kumpulan yang sama. Dengan

berbuat demikian, ia akan

membantu mempercepatkan

proses kerja bagi mendapatkan

barang tersebut apabila

diperlukan kelak. Tujuan utama

menyusun adalah untuk

menjimatkan ruang, nampak

lebih kemas dan teratur serta

memudahkan proses mencari

pada masa akan datang. Kesan

perlaksaan amalan menyusun

boleh dibahagikan kepada dua

iaitu:

i. Kuantitatif

Kawan stok dan

produk yang cekap

Masa pencarian yang

pantas

Proses kerja lebih

pantas

Mengelak kesilapan

dan kesalahan

Kadar kehilangan

peralatan yang

rendah

ii. Kualitatif

Suasana kerja lebih

selesa

Mendidik disiplin

pekerja positif

Pekerja terus

menjana idea kreatif

Moral pekerja tinggi

Selamat di tempat

kerja

3.3 SEISO

Seiso yang bermaksud

menyapu dapat mewujudkan

keadaan di mana kebanyakan

pekerja akan merasa lebih selesa

apabila bekerja dalam

persekitaran yang bersih dan

segar. Selain dari meningkatkan

efisien kerja, menyapu juga boleh

mempertingkatkan tahap

keselamatan di tempat kerja dan

peralatan yang digunakan. Ia

bertujuan untuk menghilangkan

habuk atau kekotoran yang

melekat di lantai, mesin di

tempat kerja atau barang-barang

yang telah disisih dan disusun.

Amalan menyapu ini

dapat dipraktikkan dengan

mengadakan jadual waktu

mengikut peta kawasan

pembersihan dan tugasan. Setiap

34

orang yang terlibat perlulah

mematuhi jadual yang telah

dikeluarkan. Aktiviti ini boleh

dilakukan setiap 5-10 minit

setiap hari. Idea-idea kreatif dari

rakan sekerja amat digalakkan

untuk menambah keceriaan

tempat kerja.

Kesan perlaksaan

menyapu boleh dibahagikan

kepada dua iaitu:

i. Kuantitatif

Sistem kawalan stok

dan produk lebih

murah dan

menjimatkan

Kos kerosakan

peralatan rendah

Proses kerja pantas

dan tidak berulang

“right the first time”

Kualiti produk

bertambah

Masa membersih lebih

pantas

ii. Kualitatif

Suasana kerja lebih

selesa dan ceria

Pekerja terus menjana

idea kreatif

Moral pekerja tinggi

Selamat di tempat

kerja

3.4 SEIKETSU

Seiketsu membawa

maksud seragam yang hanya

dapat dilakukan setelah aktiviti

sisih, susun, dan sapu telah

disempurnakan. Seragam atau

mengekalkan kebersihan tempat

kerja pada tahap asal adalah

penting agar segala usaha yang

dilakukan dalam tiga aktiviti

terdahulu tidak menjadi sia-sia.

Aktiviti yang dilakukan sendiri

oleh kakitangan akan menyemai

sifat kekitaan dan cintakan

kebersihan di tempat kerja.

Justeru, kakitangan akan sentiasa

memastikan dan mengekalkan

kebersihan tempat kerja mereka.

Seragam memerlukan

panduan untuk dipatuhi oleh

pekerja bagi menjamin kualiti

dan standard yang telah

ditentukan. Antaranya, “Standard

Operation Procedure”(SOP),

“Work Instruction” (WI),

“Guidebook”, Cartalir – “Process

flow”, Gambar atau contoh fizikal

(dilihat), Sistem Visual yang jelas

dan terang dan lain-lain. Kesan

35

perlaksaan seragamboleh

dibahagikan kepada dua iaitu:

i. Kuantitatif

Kos selenggaraan

rendah

Kos overhead rendah

Kecekapan proses

meningkat

Kuantiti pengeluaran

meningkat

Rungutan pelanggan

rendah

Produktiviti pekerja

meningkat

ii. Kualitatif

Mendidik disiplin

pekerja positif

Pekerja terus menjana

idea kreatif

Kemahiran pekerja

meningkat

Pekerja setia kepada

organisasi

Imej organisasi

meningkat

3.5 SHITSUKE

Shitsuke bermaksud

mengamalkan. Setiap pekerja

perlu faham, patuh, berusaha dan

mengamalkan kebersihan

organisasi serta tempat kerja.

Amalan kebersihan memang

dituntut oleh semua masyarakat

dan juga agama. Walau apa pun

situasi kita, memang tidak dapat

dinafikan amalan kebersihan

merupakan titik tolak untuk

menjelmakan peribadi yang

mulia. Amalan ini dapat disemai

dalam diri individu dengan

memberi tunjuk ajar menerusi

program latihan secara berkala

dan mengamalkan budaya

nasihat-menasihati.

Adalah penting untuk

mematuhi panduan dan standard

yang telah ditentukan supaya

budaya kerja cemerlang itu dapat

dibangunkan. Kesan perlaksaan

amalan amal ini boleh

dibahagikan kepada dua iaitu:

i. Kuantitatif

Kos pengeluaran

rendah

Kualiti produk /

perkhidmatan

meningkat

Memperolehi sijil 5s

Kemalangan sifar

ditempat kerja

ii. Kualitatif

36

Disiplin pekerja positif

dan inovatif

Kesihatan pekerja

meningkat

Kesihatan pekerja

bertambah baik

Pekerja setia kepada

organisasi

Budaya kerja

berpasukan yang

tinggi

4.0 LANGKAH MENJAYAKAN

AMALAN 5S

1) Penglibatan Semua Kakitangan

Semua kakitangan di dalam

pertubuhan mesti melibatkan di

dalam program 5S. Semua

kakitangan harus memahami 6

sebab munasabah program 5S

harus diamal di tempat kerja

iaitu:

i. tempat kerja yang bersih

mempunyai

PRODUKTIVITI tinggi

ii. tempat kerja yang bersih

mempunyai MUTU tinggi

iii. tempat kerja yang bersih

mengurangkan kos

iv. tempat kerja yang bersih

memastikan PENGIRIMAN

tepat pada masanya

v. tempat kerja yang bersih

adalah tempat kerja yang

SELAMAT

vi. tempat kerja yang bersih

mempunyai SEMANGAT

PERANSANG yang tinggi

2) Program tersebut harus

diamalkan dalam masa bekerja

sebagai program yang diberi

kuasa rasmi, tetapi ia tidak harus

dianggap sebagai tambahan

dalam masa kerja yang lebih

(overtime) atau di luar masa

bekerja. Setiap orang harus

diberitahu secara rasmi

pentingnya program tersebut.

Ketua Jabatan harus membuat

pengumuman rasmi mengenai

pelancaran program tersebut di

mesyuarat berkongsi maklumat

(information-sharing) yang

dihadiri oleh kakitangan.

37

PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102)

BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN TEORI

Oleh :

Melati Binti Sabtu

Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

1.0 PENGENALAN

Peta konsep atau lebih dikenali

sebagai peta minda merupakan suatu

pembinaan idea, iaitu idea penting

diletakkan di bahagian tengah sebagai

pusat utama dan idea lain yang

berkaitan dikembangkan di luar idea

utama dengan menggunakan garisan,

bongkah geometri, warna dan

sebagainya. Peta konsep dibentuk

berdasarkan otak manusia yang

memproses maklumat. Penyelidikan

menunjukkan bahawa otak manusia

memproses dan merakamkan maklumat

berbeza dengan maklumat yang

diproses oleh komputer. Otak manusia

memproses maklumat dengan cara

linear, membuat pengelolaan yang

menyeluruh, menghubungkait,

membanding, menganalisis dan

sebagainya. Dengan penggunaan peta

konsep, maklumat penting adalah

disusun dengan cara keseluruhan

supaya menghasilkan struktur pola yang

kreatif dan menarik selaras dengan cara

otak memproses dan merakamkan

maklumat. Maklumat yang disusun

mengikut struktur organik otak adalah

lebih mudah dirakamkan dalam ingatan

jangka panjang daripada maklumat yang

disusun secara linear.

Pengaturcaraan ialah kemahiran

mengarang set arahan atau perintah

yang kemudiannya boleh diterjemah

dan dilaksanakan oleh komputer.

Biasanya kemahiran mengaturcara

memerlukan pemikiran logik dan

kebolehan mentaakul. Terdapat

pelbagai cara untuk menyelesaikan

sesuatu masalah. Peta konsep adalah

sangat sesuai digunakan untuk

membuat nota pada sesebuah topik

untuk suatu modul pelajaran agar ia

membolehkan pelajar mencatat nota

38

dengan mudah serta mengingat sesuatu

dengan mudah di samping

menggabungkan serta menyeimbangkan

kegunaan otak kanan yang lebih

cenderung ke arah perkembangan

integrasi, emosi, interpersonal,

perasaan, kinestetik manakala otak kiri

lebih cenderung ke arah perkembangan

matematik, logik dan spesifik. Oleh itu,

sebelum membuat keputusan yang

tepat, kita perlu tahu dan memahami

apakah masalah tersebut dan cara untuk

menyelesaikannya. Melalui modul TTM

102, pelajar akan didedahkan kepada

konsep penyelesaian masalah, asas

pengaturcaraan dan penyelesaian

masalah dengan menggunakan aturcara

C untuk memenuhi pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman yang akan

digunakan sepanjang pengajian pelajar

di Kolej Komuniti dan di alam pekerjaan

pelajar nanti.

2.0 LATAR BELAKANG MODUL

ASAS PENGATURCARAAN

(TTM102)

Modul Asas Pengaturcaraan

(TTM102) merupakan modul wajib

teknikal untuk pelajar Semester 1 Kolej

Komuniti khususnya untuk Kursus Sijil

Teknologi Maklumat. Modul ini

merupakan antara modul yang wajib

lulus dalam peperiksaan sebagai syarat

wajib untuk mereka menjalani latihan

industri pada Semester 3 dan

melayakkan pelajar menerima sijil di

akhir pengajian mereka nanti.

Modul TTM 102 dilaksanakan

selama 7 jam seminggu. Modul ini

dilaksanakan secara amali dan teori

sepenuhnya untuk satu semester iaitu

selama 15 minggu pembelajaran

bersamaan dengan 105 jam

pembelajaran. Jam kredit untuk modul

ini ialah sebanyak 4 jam kredit.

Sekiranya peratus kehadiran pelajar

kurang daripada 80%, pelajar boleh

ditahan daripada menduduki

Peperiksaan Akhir Semester. Oleh itu,

pelajar dinasihatkan agar hadir ke

kuliah supaya tidak menjejaskan

kelayakan untuk menduduki

Peperiksaan Akhir Semester.

Pemarkahan modul TTM 102

diambil kira dari hasil tambah markah

penilaian berterusan (PB) sepanjang 15

minggu pembelajaran iaitu sebanyak

80% dengan markah penilaian akhir

(PA) iaitu sebanyak 20% manakala

markah penilaian akhir (PA) diambil

kira pada Peperiksaan Akhir Semester.

39

Markah penilaian berterusan

(PB) untuk modul TTM 102 dinilai

menggunakan borang penilaian prestasi

amali Classroom Assessment Technique

(CATS) yang kebiasaannya dilaksanakan

di akhir pembelajaran setiap sesuatu

topik. Kesemua penilaian prelajar yang

telah dilaksanakan akan diisi di dalam

borang CATS yang kemudiannya

dijumlahkan untuk dijadikan sebagai

markah penilaian berterusan (PB).

Markah penilaian berterusan (PB) perlu

dikira sebelum Peperiksaan Akhir

Semester dilaksanakan. Pelajar yang

lulus akan menduduki Peperiksaan

Akhir Semester secara amali yang

merangkumi sebanyak 20%. Hasil

markah penilaian akhir (PA) ini akan

dijumlahkan dengan penilaian

berterusan (PB) untuk menentukan

gred dan mata kredit pelajar untuk

modul TTM 102 ini.

Melalui modul Asas

Pengaturcaraan (TTM102), pelajar

didedahkan dengan pengetahuan dalam

konsep menyelesaikan masalah dan

bina aturcara, menggunakan konsep

arahan asas dalam bahasa C,

menggunakan arahan aritmetik,

tokokan dan susutan, menyenarai dan

mengenalpasti jenis-jenis struktur

logikal, memahami penggunaan arahan

kawalan ulangan bahasa

pengaturcaraan C dan memastikan

kecapaian aturcara berjaya atau ralat.

Pelajar perlu sentiasa mempraktikkan

penggunaan bahasa C untuk memenuhi

pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman yang akan digunakan

sepanjang pengajian pelajar di Kolej

Komuniti dan sekaligus dijadikan

sebagai persiapan di alam pekerjaan

pelajar nanti.

3.0 ISU KELEMAHAN PENGUASAAN

TEORI BERBANDING AMALI

Perkara utama yang dapat

diperhatikan di dalam makmal ialah

tahap penumpuan pelajar ketika sesi

kelas teori dijalankan berbanding kelas

amali. Berdasarkan pemerhatian,

pelajar Kolej Komuniti Temerloh

khususnya kurang memberi penumpuan

terhadap pembelajaran teori. Ini dapat

dibuktikan jika pensyarah memberi satu

soalan teori kepada pelajar, pelajar

tidak mampu memberi jawapan tetapi

jika menggunakan alat bantuan belajar

seperti komputer, pelajar mampu

menjawab dengan baik. Ini

menunjukkan bahawa pelajar lebih

cenderung menggunakan bantuan

40

komputer untuk menyelesaikan

masalah berbanding memberikan

jawapan berbentuk lisan mahupun

bertulis. Secara keseluruhannya, pelajar

memang tidak dapat menjawab soalan

yang dikemukakan secara lisan

mahupun bertulis.

Kekerapan masalah pelajar

dalam penguasaan teori untuk modul

TTM102 di kalangan pelajar ialah

pelajar sukar mengingati fakta, pelajar

sukar menulis kod-kod aturcara tanpa

menggunakan komputer, pelajar malas

membaca fakta, pensyarah lebih

menumpukan pengajaran dan

pembelajaran berbentuk amali dan

pensyarah lebih menumpukan

penggunaan alat bantuan mengajar

berbentuk amali.

Punca–punca masalah pelajar

dalam penguasaan teori pula ialah

pelajar tidak berminat untuk mengingati

fakta, sukar menulis kod-kod aturcara

tanpa bantuan komputer atau rujukan.

Pelajar juga mudah keliru dan sukar

memahami dengan istilah yang

digunakan tanpa latihan amali. Pelajar

juga tidak minat pada pengajaran dan

pembelajaran teori dan tidak minat

kerja-kerja tanpa bantuan komputer.

Pelajar juga malas dan tidak berminat

membaca bahan-bahan berbentuk teori

dan malas menulis tugasan berbentuk

teori.

Memang tidak dapat dinafikan

bahawa kurangnya latihan berbentuk

teori kepada pelajar adalah salah satu

punca mengapa pelajar gagal menguasai

teori dengan baik kerana pensyarah

lebih cenderung menumpukan kepada

pengajaran amali. Pensyarah lebih

cenderung untuk memberikan latihan

amali kerana markah amali lebih tinggi

daripada markah teori dan membuatkan

pelajar tidak mengambil berat tentang

markah teori. Cara penyampaian fakta

oleh pensyarah juga tidak menarik

minat pelajar kerana kurangnya

kepelbagaian cara penyampaian dalam

bentuk yang lebih difahami oleh pelajar.

Inilah antara punca kepada

permasalahan pelajar dalam menguasai

teori. Setiap pelajar akan menghadapi

penilaian teori dalam penilaian

berterusan dan penilaian akhir pelajar.

Kebanyakan pelajar tidak dapat untuk

menjawab soalan-soalan teori dengan

lengkap dan ini sekaligus dapat

menjatuhkan markah dan gred modul

TTM102 mereka ini. Langkah-langkah

awal perlu dilaksanakan agar dapat

mengatasi masalah yang dihadapi oleh

pelajar-pelajar ini. Langkah-langkah ini

juga diharap dapat membantu pelajar

41

menguasai dan mengingati

pembelajaran teori mereka. Kaedah

yang digunakan diharap dapat

memudahkan sesi pengajaran dan

pembelajaran pelajar dalam menguasai

bukan sahaja amali tetapi juga teori asas

pengaturcaraan.

4.0 PENGGUNAAN PETA KONSEP

DALAM MODUL ASAS

PENGATURCARAAN (TTM102)

Masalah paling utama pelajar

ialah mereka tidak dapat mengingati

fakta atau isi penting. Kini terdapat

beberapa aktiviti yang boleh dijalankan

oleh pensyarah untuk membantu

pelajar menguasai teori dengan baik

iaitu melalui penggunaan peta konsep.

Penggunaan peta konsep merupakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai dan mudah dirancang bagi

menangani masalah pelajar lupa dan

tidak mengingati fakta. Penggunaan

peta konsep lebih menjurus kepada

aktiviti dalam membuat nota ringkas

berdasarkan pemahaman pelajar itu

sendiri.

Pelajar diberi kebebasan

menggunakan apa sahaja kaedah yang

difikirkan sesuai. Pelajar perlu

membaca isi kandungan modul TTM102

untuk mengenalpasti fakta-fakta yang

sesuai untuk dijadikan nota ringkas.

Melalui penghasilan nota ringkas,

pelajar boleh menggunakan kaedah peta

konsep iaitu peta minda. Pensyarah

memainkan peranan penting dalam

memberi pendedahan kepada pelajar

mengenai peta konsep. Cara yang peling

berkesan untuk membolehkan pelajar

menghasilkan peta konsep ini ialah

melalui penggunaan penyusunan grafik

yang menarik.

Peta konsep memainkan peranan

dalam merangka, mencatat nota,

merekod maklumat, merancang aktiviti

dan membuat suatu persembahan. Peta

konsep kebiasaannya akan dilakar pada

sehelai kertas bermula dari bahagian

tajuk atau idea yang diletakkan di

tengah halaman kertas. Penggunaan

garisan yang sesuai untuk

menghubungkan idea dapat

menghasilkan corak yang menarik.

Penggunaan kata kunci, gambar, warna,

corak atau simbol dapat menujukkan

perkaitan dan dapat menjadikan peta

konsep lebih asli.

Pensyarah boleh membuat

pemerhatian terhadap pelajar dalam

menghasilkan peta konsep sendiri.

Pensyarah juga boleh menilai sejauh

42

mana keberkesanan peta konsep dalam

meningkatkan tahap ingatan pelajar

dalam menguasai penilaian teori

mereka. Keberkesanan penggunaan peta

konsep dapat menyelesaikan masalah

pelajar yang kurang menguasai

pembelajaran teori. Penggunaan peta

konsep lebih memudahkan pelajar

memahami pembelajaran teori modul

TTM102. Pelajar lebih menyukai kaedah

peta konsep kerana ia lebih menarik dan

dapat menjana kreativiti di kalangan

diri pelajar. Penggunaan peta konsep

dapat menggalakkan pelajar berfikir

lebih kreatif dan kritis dalam menjawab

soalan teori dan dalam proses

pembelajaran kuliah teori. Penglibatan

pelajar menjadi semakin baik dan

pelajar mudah minat pada pembelajaran

kuliah teori.

Rajah 1 : Contoh peta konsep berbentuk

fishbone

Rajah 2 : Contoh peta konsep yang

menggunakan simbol

Rajah 3 : Contoh peta konsep yang

menggunakan kata kunci

43

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan apa yang telah

dibincangkan di atas, didapati bahawa

penggunaan peta konsep adalah

pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang amat kreatif dan

kritis. Peta konsep merupakan rangka

kerja yang sesuai digunapakai dalam

apa jua keadaan. Peta konsep yang

dihasilkan dapat memudahkan

pembacaan dan pemahaman pelajar

dengan adanya kata kunci, gambar,

warna, corak atau simbol di setiap

cabang agar pembacaan mengikut susun

atur yang betul. Ini adalah untuk

memastikan agar pemahaman pelajar

terhadap fakta yang dibaca mengikut

aliran dan turutan yang betul.

Penggunaan peta konsep juga

memudahkan maklumat dikeluarkan

dan dipetakan ke minda pelajar.

Peta minda telah diakui sangat

berkesan digunakan ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran. Proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi

sangat mudah dan menjimatkan masa

kerana peta minda yang disediakan

dapat dijadikan sebagai nota. Pelajar

juga dapat menghapuskan perasaan

rasa sukar untuk belajar. Penggunaan

peta konsep dapat menambah

keseronokan dalam proses

pembelajaran, mengulangkaji dan

mengambil peperiksaan. Penggunaan

peta konsep juga memberi keyakinan

kepada pelajar terhadap keupayaan

mereka untuk mempelajari apa sahaja

modul dan dapat melihat keseluruhan

modul dengan jelas. Pelajar berupaya

memahami segala fakta yang berkaitan

dan berupaya mengulangkaji

pelajaran dengan pantas. Penggunaan

peta konsep juga melatih minda

mencari jalan penyelesaian untuk

melaksanakan sebarang kerja secara

bersistematik, memudahkan merancang

sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir

hanya dalam sehelai kertas dan dapat

menyampaikan segala bentuk maklumat

dengan jelas dan tepat.

6.0 RUJUKAN

1. Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia,

(2006), Kertas Kerja Seminar

Penyelidikan Pendidikan

Kebangsaan ke XIII 2006,

Percetakan Watan Sdn Bhd, Kuala

Lumpur.

44

2. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan

Othman, (2003), Falsafah

Pendidikan Dan Kurikulum,

Quantum Books, Tanjung Malim.

3. Mok Soon Sang, (2004), Ilmu

Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd, Selangor.

4. www.petaminda.com

5. http://eprints.uthm.edu.my/609/

1/Jailani_(ICE_2010).pdf

6. http://www.ipbl.edu.my/bm/peny

elidikan/seminarpapers/2009/14

%20%20Wong%20.pdf

45

FACEBOOK, MANFAAT ATAU MUDHARAT

Oleh :

Ahmad Shawal Bin Ali

Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

Sejarah facebook diasaskan oleh Mark

Zuckerberg bersama teman-teman

sebiliknya dan rakan-rakan sekursus

sains komputer pada 4 Februari 20041.

Matlamat facebook juga adalah unutk

memberi kuasa kepada pengguna untuk

berkongsi dan membuatkan dunia lebih

terbuka dan dapat dihunbungkan2.

Pengguna facebook sehingga Februari

2012 berjumlah 833.9 juta orang di

seluruh dunia. Bagi negara Malaysia

pula, hari ini sudah ramai mempunyai

akaun facebook di laman sosial.

Pengguna facebook di Malaysia kini

telah mencecah hampir 12.37juta3

orang sehingga 7 Mac 2012 iaitu dengan

peningkatan sebanyak 809 ribu orang

sejak 6 bulan yang lalu. Laman

SocialBakers.com melaporkan,

Malaysia kini berada di tangga ke-17

pengguna facebook paling ramai di

dunia dan sekaligus menjadi negara Asia

1 http://www.facebook.com/zuck

2 http://www.facebook.com/facebook

3 http://www.socialbakers.com/facebook-

statistics/malaysia

Tenggara ke-4 paling ramai, di belakang

Indonesia, Thailand dan Filipina.

Kumpulan umur terbesar adalah di

antara 18-24 tahun iaitu seramai 4.17

juta pengguna. Dari sudut jantina pula,

53% adalah lelaki manakala 47%

peratus adalah perempuan.

Dengan tercipta dan lahirnya

laman sosial ini, pernahkah kita

memikirkan apa kegunaan

sebenarnya?adakah ia memberi banyak

manfaat kepada kita? wujudkah

kebaikan untuk diri sendiri, masyarakat

dan negara atau sebaliknya. Saya salah

seorang daripada tenaga pengajar dari

kolej komuniti dan sepanjang

pemerhatian dan temulbual yang

dijalankan, boleh dikatakan hampir

semua tenaga pengajar dan pelajar kolej

mempunyai akaun facebook.

Apa yang saya lihat, majoriti

pengguna facebook adalah di kalangan

remaja dan belia. Sedikit kajian dan

pemerhatian yang dilakukan, di sana

terdapat banyak keburukan-keburukan

46

facebook kepada golongan ini iaitu dari

sudut ketagihan melayarinya. Apabila

terlalu asyik dan seronok dengan

facebook, ia boleh menyebabkan

ketagihan seperti ketagihan dadah atau

menghisap rokok. Boleh juga

menimbulkan kemarahan sekiranya

diganggu ketika bersosial di laman

tersebut.Adalah tidak mustahil ada yang

menjadi gila disebabkan obses terhadap

laman social tersebut. Ada yang

mengurung diri dalam bilik berhadapan

dengan komputer buat beberapa hari

berterusan kerana melayarinya. Mereka

juga sanggup menghabiskan banyak

wang dan masa berharga mereka

semata-mata untuk melayari facebook di

internet. Islam melarang kita

membazirkan masa dan wang dengan

perkara yang tidak berfaedah hingga

lupa Pencipta. Seperti mana firman

Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Sesungguhnya membazir itu adalah

saudara-saudara syaitan dan syaitan itu

adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”.

(Surah al-Isra’ : 27 )

Tambahan pula apabila

berkenalan dengan kawan-kawan yang

menjadi tempat yang boleh meluahkan

perasaan kepada yang ‘handsome’ dan

cantik, mereka akan sentiasa ‘chatting’,

‘update status’, ‘upload’ gambar supaya

menarik minat pembaca terutama orang

yang mereka sukai.

Di samping itu, facebook boleh

menggangu kesihatan manusia. Sudah

pasti akan memberi kesan kepada

kesihatan samada fizikal ataupun

mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk

mengadap komputer mampu

memberikan impak yang buruk

terhadap tubuh badan. Sakit sendi,

pening kepala, terjejasnya penglihatan,

obesiti, penghadaman (duduk terlalu

lama), penyakit mata (terlalu lama

memandang komputer) atau penyakit

saraf dan sakit belakang. Jika tidak

menjaga kesihatan, ini boleh

menjejaskan seseorang itu untuk

melaksanakan ibadah kepada Allah

seperti solat fardu, puasa dan

sebagainya.

Kadangkala facebook juga boleh

mencetuskan kemarahan, dendam dan

perselisihan faham yang boleh

mengakibatkan pergaduhan antara

manusia. Misalnya status yang di

'update' boleh mengudang kemarahan

orang lain. Gambar-gambar yang

memalukan yang ditayangkan kepada

umum. Komen-komen yang boleh

menyakitkan hati dan menguris

perasaan seseorang. Ini menambahkan

lagi sifat mengumpat dalam diri

47

seseorang untuk memberi komen

terhadap gambar, video, artikel dan

maklumat yang di letakkan di dalam

facebook. Apabila pembaca lain

membaca komen-komen di dalam

facebook, timbul pelbagai sangkaan

yang tidak baik. Islam sangat melarang

kita untuk buruk sangka, mengumpat

atau menghina seseorang terutama

sesama islam sehingga menjatuhkan

maruah seseorang seperti mana firman

Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Hai orang-orang yang beriman,

janganlah sesuatu kaum menghina

kepada kaum yang lain, karena

barangkali yang dihinakan itu bahkan

lebih baik dari yang menghinakan.

Jangan pula golongan wanita menghina

kepada golongan wanita yang lain,

karena barangkali yang dihinakan itu

bahkan lebih baik dari yang

menghinakan.”

(Surah Al-Hujurat ayat 11).

“ Hai orang-orang yang beriman,

jauhilah kebanyakan buruk-sangka

(kecurigaan), Karana sebahagian dari

buruk-sangka itu dosa. dan janganlah

mencari-cari keburukan orang dan

janganlah mengumpat satu sama lain.

Adakah seorang diantara kamu yang

suka memakan daging saudaranya yang

sudah mati? Maka tentulah kamu merasa

jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada

Allah. Sesungguhnya Allah Maha

Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.

(Surah al-Hujarat :12)

Di dalam hadis 40 (Nawawi )yang mana

nabi bersabda berkenaan dengan

ukhuwah dan hak-hak seorang muslim :

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah

bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah

kamu berdengki-dengkian, dan jangan

kamu tipu-menipu, dan jangan benci-

membenci, dan jangan m memusuhi, dan

jangan kamu berjual beli atas jual beli

setengah yang lain, dan jadilah kamu

sekelian sebagai hamba-hamba Allah

yang bersaudara. Seorang Muslim adalah

bersaudara sesama Muslim, tidak boleh

menganiayanya, tidak boleh

membiarkannya tertindas, tidak boleh

mendustainya dan tidak boleh

menghinainya. Taqwa itu berpunca dari

sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke

dadanya tiga kali. Sudah memadailah

kejahatan seorang itu jika ia menghina

saudaranya yang Islam. Seorang Muslim

ke atas seorang Muslim yang lain

diharamkan darahnya, harta bendanya

dan kehormatannya.

(Riwayat Muslim )

48

Keburukannya lagi ialah mudah

terdedah dengan jenayah siber. Remaja

yang ketagih facebook akan mudah

terjerat dengan jenayah siber seperti

penipuan, pornografi, buli siber dan

lain-lain. Kes melibatkan jenayah siber

sudah banyak kali didedahkan di dalam

media cetak atau media elektronik,

namun ia tidak diambil serius oleh ibu

bapa dalam mengawal akses internet

anak mereka. Banyak juga kes buli yang

diambil melalui telefon yang dimuatnaik

dan dikongsi di dalam facebook. Ini

bukan sahaja mengaibkan mangsa,

malah ia turut memalukan pelaku dan

keluarga. Akibatnya, hukuman akan

menanti si pembuli. Ada sebahagian

yang berlaku di dalam facebook

menggunakan profile yang menipu,

bukan orang yang sebenar dan

menyebabkan mereka mudah untuk

menyebarkan maklumat, berlakon dan

mudah untuk menipu orang lain. Ada

juga lelaki yang menyamar sebagai

perempuan untuk menjadi friend atau

sebaliknya. Rasulullah sangat melarang

kita untuk menipu seperti mana hadis

nabi:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah

bahawa Rasulullah s.a.w. lalu berdekatan

dengan selonggok makanan lalu baginda

memasukkan tangannya ke dalam

longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda

terkena sesuatu yang basah. Baginda

bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan

punya makanan. Orang itu menjawab:

“Terkena hujan, wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu

letakkan di atas supaya orang ramai

dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu

maka dia bukan dari kalanganku”.

(Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)

Disamping itu juga, facebook

mudahnya tersebar sesuatu maklumat

ke seluruh dunia tetapi sesuatu

maklumat yang diperolehi hendaklah

ditapis dan disiasat dahulu. Ini kerana

banyak maklumat yang tersebar di

facebook berbentuk penipuan,

provokasi dan sebagainya. Islam

mengajar kepada kita supaya menyiasat

dahulu sesuatu berita yang diperolehi

dan jangan cepat-cepat mempercayai

berita tersebut seperti mana firman

Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika

datang kepadamu orang fasik membawa

suatu berita, maka periksalah dengan

teliti agar kamu tidak menimpakan

suatu musibah kepada suatu kaum tanpa

mengetahui keadaannya yang

menyebabkan kamu menyesal atas

perbuatanmu itu.

49

(Surah al-hujarat :6)

Trend sekarang ini ialah tagging gambar

tanpa izin dan gambar silam yang

membuka aurat. Ini boleh

menambahkan dosa kepada seseorang.

Tagging atau menandakan sesuatu

gambar yang disiar merupakan satu

fungsi mudah untuk menyebarluaskan

gambar seseorang termasuk diri sendiri

kepada kenalan dan rakan-rakan yang

lain. Kita haruslah sedar bahawa setiap

gambar yang di’tag’, akan muncul dan

boleh dilihat oleh semua friend, dan

rakan kepada friend tersebut juga boleh

menontonnya. Ini boleh menjadi dosa,

kerana sebahagian individu di dalam

gambar terbabit mungkin dahulu tidak

menutup aurat, tetapi kini telah

menutup aurat. Justeru penyebaran

gambarnya yang tidak menutup aurat

adalah haram di sisi agama. Sebagai

contoh yang lain, seorang individu

terbabit berada di dalam rumah,

bersama keluarga, justeru penutupan

auratnya tidak begitu sempurna kerana

di dalam rumah sendiri atau di dalam

keadaan ‘candid’, tetapi akibat

ketidakperihatinan sebahagian ahli

keluarga terhadap hal aurat

menyebabkan gambarnya yang

sedemikian tersebar. Terdapat juga

gambar yang mengaibkan orang lain

disiarkan walaupun menutup aurat,

tetapi dalam situasi mengaibkan.

Mungkin ia tidak mengaibkan individu

yang menyiarkannya kerana dia dalam

keadaan baik dan bagus. Namun

rakannya yang berada dalam situasi

mengaibkan, tambahan pula dia kini

merupakan ‘seseorang’ yang terhormat,

punyai kedudukan baik di mata

masyarakat dan apabila gambar

sedemikian disiarkan, ia mencemar

nama baiknya. Keizinan daripada pihak

lain perlu diperolehi terlebih dahulu

sebelum disiarkan di dalam

facebook.Islam sangat melarang kita

membuka aib seseorang, jika kita

mengetahui seseorang itu pernah

melakukan dosa, jangan disebar luaskan

dosanya kepada orang lain. Di sana

terdapat adab-adab dalam

bermasyarakat (Sulaiman Endut m/s

317). Menutup aib seseorang sangat

dituntut oleh agama sepertimana sabda

nabi:

“Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW,

dari Nabi SAW, yang bersabda :

“Barangsiapa yang melapangkan

seorang mukmin suatu kesusahan dari

kesusahan-kesusahan dunia, nescaya

Allah akan melepaskan dirinya dari

suatu kesusahan dari kesusahan-

kesusahan di hari kiamat. Dan

barangsiapa yang meringankan

50

penderitaan seorang yang susah, nescaya

Allah akan meringankan penderitaan

dirinya di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa yang menutup keaiban

seorang Muslim, nescaya Allah akan

menutup keaibannya di akhirat. Dan

Allah selalu menolong hambaNya, selagi

hambaNya berusaha menolong

saudaranya. Barangsiapa yang menuju

satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya

Allah akan memudahkan suatu jalan

baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun

suatu kelompok manusia dalam suatu

rumah dari rumah-rumah Allah, mereka

membaca Kitabullah dan

mempelajarainya antara sesama mereka,

melainkan diturunkan ke atas

perhimpunan mereka ketenteraman,

diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para

Malaikat dan disebut Allah kepada

sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang

dilengahkan oleh amalannya maka tidak

akan dipercepatkan oleh keturunannya.“

(Riwayat Muslim)

Sekiranya semua yang disebut

tadi dikongsi di facebook, kita bimbang

individu terbabit tergolong di dalam

kategori penyebar dosa dan aib. Nabi

s.a.w memberi peringatan :-

“Setiap umatku (boleh) diampunkan

kecuali mereka yang mendedahkan

(dosanya),ada di kalangan yang

mendedahkan ini , melakukan suatu dosa

di waktu malam, berpagi-pagi sedang

Allah menutup keaiban dosa itu, namun

tiba-tiba dia mendedahkan seraya

berkata :" Wahai fulan, semalam aku

lakukan itu dan ini" maka terhapuslah

tutupan Tuhannya dan jadilah ia

membuka (rahmat) Allah yang(sebelum

ini) menutup keaibannya”.

( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Selain itu juga, mereka yang

selalu melayari facebook

kebanyakannya akan mengurangkan

sosialisasi. Masa yang dihabiskan untuk

facebook adalah sangat banyak. Apatah

lagi, di dalam facebook terdapat pelbagai

jenis "games" yang mampu melekakan

mereka terutama remaja. Apabila ini

berlaku, remaja mula kurang melakukan

aktiviti sosial bersama rakan-rakan

sebaya, tidak berminat untuk

menghadiri kenduri, solat di masjid atau

majlis-majlis lain. Tambahan pula, ia

juga akan mengurangkan masa remaja

bersama keluarga. Para remaja lebih

cenderung duduk di rumah sambil

melayari facebook berbanding

mempunyai masa berkualiti bersama

ahli keluarga. Islam sangat

mementingkan penjagaan masa dalam

kehidupan tetapi ramai orang suka

51

membuang masa seperti mana firman

Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu

benar-benar dalam kerugian, kecuali

orang-orang yang beriman dan

mengerjakan amal saleh dan nasihat

menasihati supaya mentaati kebenaran

dan nashat menasihati supaya menetapi

kesabaran”.

(Surah Al-Asr :1-3)

Dan Rasulullah s.a.w sejak awal

lagi telah memberikan amaran kepada

kita mengenai pengabaian masa. Seperti

mana sabda Nabi:

“Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu

masa sihat dan masa lapang.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Di samping itu, Islam sangat

menggalakkan kita berkenal-kenalan

sesama manusia dengan menjaga batas-

batas pergaulan seperti mana firman

Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Hai manusia, sesungguhnya Kami

menciptakan kamu dari seorang laki-laki

dan seorang perempuan dan menjadikan

kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-

suku supaya kamu saling kenal-

mengenal”.

(Surah Al-Hujarat :13 )

Setelah di perjelaskan tentang

keburukan facebook, di sana terdapat

peranan yang bermanfaat daripada

facebook yang boleh digunakan untuk

kebaikan umat Islam. Islam

menggalakkan kita berkenalan dan

berkomunikasi sesama manusia tetapi

dengan syarat perlu menjaga adab

pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kelebihan facebook boleh menghubungi

teman lama yang terpisah.

Mempertemukan sahabat lama yang

terpisah. Kita boleh mencari kembali

rakan-rakan sekolah melalui jaringan

antara satu sama lain sambil berhubung

boleh mengenang kembali kisah lama.

Kisah manis, masin, pahit, tawar dan

sebagainya.Ini dapat mengeratkan lagi

silatulrahim dan tali persaudaraan

sesama Islam, mengikuti perkembangan

aktiviti kawan-kawan, masyarakat dan

pemimpin.Ini bertepatan dengan hadis

nabi:

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a,

khadam kepada Rasulullah SAW,

bersabda Nabi SAW : Tiada beriman

sesaorang kamu, sehinggalah ia

mencintai saudaranya sama seperti ia

menyintai dirinya sendiri”.

(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

52

Sekiranya sahabat bermesej,

jawablah pesan dari teman anda jika

mereka menanyakan sesuatu. Abaikan

saja jika ada yang mengirimkan pesanan

negatif dan jangan membuang waktu

anda dengan melayani orang tersebut.

Sama sahaja di dunia nyata mahupun

dunia maya juga dalam bersilaturahim

untuk teman atau saudara, walau

sekadar bercakap-cakap, Islam sebagai

agama yang sempurna mengajarkan

adab bertemu iaitu “mengucapkan

salam”. Adab memberi salam dan

bertanya khabar (Ismail Kamus).

Dengan mengucapkan salam bererti

anda mendoakan semoga sahabat atau

tuan rumah memperolehi keberkatan

dan keselamatan, sebagaimana firman

Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Hai orang-orang yang beriman,

janganlah kalian memasuki rumah yang

bukan rumah kalian sebelum meminta

izin dan memberi salam kepada

penghuninya”.

(Surat An-Nur ayat 27)

Di samping itu juga boleh

membantu untuk mempromosikan

sesuatu. Melalui laman sosial, entri

terbaru boleh dikhabarkan kepada

rakan-rakan di laman sosial. Barangan,

perkhidmatan, ceramah, seminar,

majlis-majlis ilmu, kempen-kempen

yang baik dapat disebarkan. Misalnya

kempen jalanraya, ceramah

maulidurasul dan sebagainya. Jelas di

situ bahawa facebook mudah

menyebarkan maklumat. Sebagai

contoh, di waktu dulu ketika ingin

melakukan majlis jemputan kahwin

perlu mencari alamat rakan-rakan

masing-masing. Tapi kini dengan

kecanggihan laman sosial, kad kahwin

boleh di letakkan di sana dan

dimaklumkan kepada rakan-rakan.

Mudah dan cepat. Kes-kes penipuan dan

wajah penjenayah juga dapat

disebarkan dalam usaha membanteras

jenayah. Kalau kita bijak mencari kawan

facebook yang sesuai, kita akan

mendapat maklumat terkini dengan

cepat. Ada rakan-rakan yang rajin

berkongsi berita dan maklumat untuk

dikongsi bersama. Sebagai contoh,

laman sosial dapat menggantikan tv

untuk mengetahui berita terkini.

Peristiwa terkini dapat diketahui serta

merta. Ilmu dalam bidang perubatan,

teknologi, agama dan sebagainya juga

dapat disebarkan. Seseorang itu boleh

memanupulasi akaun facebook untuk

manfaat umat Islam melebihi

kepentingan peribadi. Justeru, ruang

yang ada wajar digunakan untuk

mempromosi kefahaman dan dakwah

53

Islam melalui tulisan, video, audio dan

sebagainya.Seperti mana hadis nabi :-

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu

ayat”

(HR. Bukhari)

Sebagai pengguna facebook, kita

hendaklah menghargai tulisan ilmiah,

audio dan video yang bermanfaat yang

dikongsikan bersama. Mungkin dengan

membaca atau mendengar video yang

dikongsikan ini menambahkan lagi iman

dan meningkatkan lagi ketaqwaan kita

kepada Allah. Selain itu ia boleh berubah

seseorang daripada kurang baik kepada

lebih baik dengan membaca tulisan

tersebut. Sepertimana firman Allah :

“Kami (Allah) mencatat apa-apa yang

telah mereka lakukan dahulu-dahulu dan

apa-apa yang merupakan bekas dari

amalan-amalannya itu”

(Yaa Siin Ayat 12)

“Akan diberitahukanlah kepada manusia

pada hari kiamat itu apa-apa saja

amalan yang dilakukannya dahulu atau

belakangan”

(Al-Qiyamah Ayat 13)

Setiap amalan berbentuk kata-

kata yang baik, percakapan yang elok,

penulisan yang bermanfaat dianggap

sedaqah di dalam Islam. Sepertimana

hadis nabi :

"Setiap anggota manusia harus membuat

sedekah setiap hari apabila matahari

terbit. Engkau mendamaikan antara dua

orang adalah sedekah. Dan engkau

menolong sesaorang menaiki

tunggangannya atau pun engkau

menolong mengangkat baginya barang-

barang ke atas tunggangnya adalah

sedekah, dan perkataan yang baik itu

sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah

menuju ke tempat sembahyang adalah

sedekah. Dan engkau menjauhkan

bahaya dari jalan laluan juga menjadi

sedekah”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pengguna facebook dinasihatkan

agar mengurangkan perkara-perkara

yang remeh temeh berkaitan peribadi

yang membuang masa diri dan orang

lain. Tidak memasukkan perincian

peribadi yang sensitif khususnya seperti

akaun bank, taraf kesihatan dan

sebagainya. Cukuplah dengan sekadar

menyatakan nama, tarikh lahir dan

pendidikan. Di samping itu

juga,pengguna tidak terlibat dengan

54

permainan-permainan dan aplikasi yang

bercanggah dengan Islam seperti kuiz

ramalan nasib,judi dan sebagainya.

Diingatkan juga supaya berhati-hati dan

menyedari bahawa maklumat kita di

facebook boleh menjadi database pihak

asing atau musuh kita untuk memantau

kehidupan dan informasi peribadi kita

jika tidak dikawal. Database sebegini

sebenarnya amat bernilai bagi musuh

Islam untuk menjatuhkan umat islam.

Justeru, maklumat sebegini amat banyak

digunakan untuk sebarang tujuan

kejahatan dan kemaksiatan.

Pada kesimpulannya, facebook

sebenarnya dapat memberikan banyak

kebaikan kepada setiap individu

sekiranya digunakan dengan betul akan

tetapi kebanyakannya tidak

memanfaatkan kemudahan seperti ini

dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada

di antara mereka yang salah guna

sehingga mencetuskan kontroversi dan

perbalahan sesame sendiri. Oleh itu,

penggunaan facebook ini adalah

berdasarkan kepada niat seseorang. Jika

niat seseorang perbuatan itu baik maka

baiklah atau sebaliknya. Sepertimana

hadis nabi :-

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab

r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah

SAW bersabda : - ' Sesungguhnya

amalan-amalan itu adalah (bergantung)

kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap

manusia itu apa (balasan) yang

diniatkannya. Maka barangsiapa yang

berhijrah kepada Allah dan RasulNya,

maka hijrahnya itu adalah kepada Allah

dan RasulNya. Dan barangsiapa yang

berhijrah kerana dunia yang ingin ia

memperolehinya atau kerana seorang

perempuan yang ingin ia menikahinya,

maka hijrahnya itu adalah atas apa yang

ia berhijrah kerananya.” (Riwayat

Bukhari dan Muslim )

Justeru itu, kematangan berfikir

seseorang sangat penting bagi yang

menggunakan laman web sosial untuk

menilai kebaikan dan keburukan setiap

aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa

yang penting ialah semua pihak perlu

berhati-hati, cermat dan

bertanggungjawab ke atas segala

maklumat yang ingin dikongsikan dan

disebarkan agar ia tidak membawa

padah kepada diri sendiri dan orang

lain.

55

SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL

Oleh:

Saliza Binti Abdul Razak

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

1.0 PENGENALAN

Malaysia berhasrat untuk mencapai

tahap Negara maju menjelang tahun

2020. Bagi mencapai hasrat murni

tersebut ia memerlukan peningkatan di

dalam pelbagai aspek, salah satunya

ialah pembangunan sumber manusia.

Ini kerana pembangunan sumber

manusia merupakan input yang sangat

penting dari segi pertumbuhan dan

pebangunan ekonomi sesebuah Negara

(Rahmah,2006). Oleh yang demikian,

pada 19 Mei 2004 kerajaan Malaysia

telah memutuskan untuk melaksanakan

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

mulai tahun 2005. Sistem latihan ini

diperkenalkan bagi melahirkan tenaga

mahir Negara yang memenuhi kehendak

industry, sekali gus member

pendedahan kepada pelatih situsi kerja

sebenar yang diperlukan di

industri(Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan,2005).

Sistem Latihan Dual Nasional

yang diperkenalkan di negara Malaysia

merupakan adaptasi sistem latihan dari

Negara Jerman yang dikenali sebagai

Dual Training System. Perkataan ‘dual’

dalam kontek latihan ini bermaksud

pelatih akan menjalani latihan di

industri dan pada masa yang sama turut

mempelajari teori di institusi latihan.

Disamping itu, secara kasarnya konsep

Sistem Latihan Dual Nasional Malaysia

dan Jerman adalah hamper sama, yang

mana 70 peratus masa pelatih

digunakan di indusrti sementara 30

peratus lagi di peruntukkan kepada

pelatih untuk pebelajaran teori di

institusi latihan. Semasa pelatih berada

di institusi latihan, dua per tiga dari

masa mereka akan digunakan untuk

mempelajari teori, manakala satu

pertiga lagi akan digunakan untuk

mempelajari pengetahuan umum

seperti sejarah, ekonomi, agama dan

bidang-bidang selain teknikal(Wood

dan Lange, 2000).

56

Di Malaysia, terdapat beberapa

industri yang mengaplikasikan Sistem

Latihan Dual Nasional ini, antaranya

ialah industry yang berdasarkan

teknologi pengeluaran, elektronik

perindustrian, automatif dan petrokimia

(Norliza, 2005). Sisitem Latihan Dual

Nasional telah dilancarkan oleh

Kementerian Sumber Manusia tetapi

diselaraskan oleh Majlis Latihan

Vokasional Kebangsaan dengan tujuan

untuk mengubah sigma masyarakat

mengenai kemahiran teknikal dan

vokasional yang di anggap kelas kedua

berbanding kepada mereka yang

mempunyai kelayakan akedemik.

2.0 PERLAKSAAN SLDN

Perlaksanaan SLDN boleh

diterjemahkan melalui beberapa

perkara di bawah :

I. Jangka masa

Jangka masa adalah berdasarkan

kepada bidang dan Tahap

Persijilan

II. Nisbah Amal-teori

70 - 80 % Latihan amali di dalam

situasi pekerjaan sebenar

30 - 20 % kelas teori yang

berkaitan di pusat latihan

III. Kaedah Penyampaian

Day Release System

- Contohnya latihan amali selama

4 hari di dalam syarikat dan

diikuti oleh satu hari kelas teori

yang berkaitan di pusat latihan.

Block Release System ( jika perlu

)

- Contohnya 3-4 bulan latihan

praktikal diikuti dengan 1-4

minggu kelas teori berkaitan.

IV. Pelatih

Lepasan SPM dan/atau pekerja

yang sedang bekerja yang telah

dipilih dan digaji oleh pihak

syarikat. Syarikat tidak terikat

untuk menawarkan pekerjaan

selepas tamat latihan

V. Elaun Latihan

(Sekiranya latihan dijalankan

dalam masa 2 tahun)

Semester 1 = RM 350.00 Sebulan

Semester 2 = RM 400.00 Sebulan

Semester 3 = RM 450.00 Sebulan

Semester 4 = RM 500.00 Sebulan

57

VI. Penganugerahan Kelayakan

Sijil K-Pekerja, setaraf dengan

SKM Tahap 3 atau DKM

Kelayakan ( Tahap 4 ) atau

DLKM ( Tahap 5 ) yang

diluluskan oleh JPK dan

pertubuhan majikan yang

berkaitan.

3.0 FAEDAH SLDN KEPADA

MAJIKAN/SYARIKAT

Terdapat beberapa faedah dari

perlaksanaan SLDN kepada majikan dan

syarikat antaranya:

i. Insentif Kewangan

Mengurangkan kos

pengambilan pekerja mahir

dari segi latihan, penilaian,

pengiklanan dan pemilihan.

Layak mendapat potongan

cukai di bawah Akta Cukai

Pendapatan 1967 atau layak

menuntut bayaran latihan

daripada Tabung

Pembangunan Sumber

Manusia (TPSM) untuk

syarikat /majikan yang layak.

ii Peningkatan Kualiti

Produktiviti

Meningkatkan kualiti kerja

kerana pekerja yang dilatih

adalah mengikut keperluan di

industri.

Meningkatkan produktiviti

kerana pekerja yang

mengikuti SLDN boleh

memenuhi keperluan

pekerjaan sepenuhnya.

Meningkatkan daya saeng

kerana syarikat/ majikan

dibekalkan dengan pekerja

mahir yang releven dan

mencukupi.

Meningkatkan penggunaan

teknologi baru yang lebih

efisen kerana perantis SLDN

diberi pendedahan kepada

pelbagai teknologi terkini

semasa proses pembelajaran.

iii. Pembangunan Human Capacity

Meningkatkan kualiti kerana

latihan yang dijalani

sepanjang tempoh yang

ditetapkan berdasarkan

kepelbagaian proses kerja

industri.

58

Memberi kesan positif dari

segi prestasi pekerja dan

kepuasan pekerja.

Meningkatkan imej syarikat/

majikan sebagai pengeluar K-

Pekerja bagi melaksanakan

tanggungjawab sosial negara.

Membantu mewujudkan satu

mekanisma tambahan bagi

tujuan kenaikan pangkat dan

meningkatkan kemahiran

pekerja sediada.

Memberi peluang kepada

pekerja mahir sediada di

industri didedahkan dengan

ilmu dan kemahiran

kejurulatihan.

4.0 FAEDAH SLDN KEPADA

PELATIH

SLDN juga menjanjikan beberapa faedah

kepada pelatih iaitu:

i. Elaun

Pelatih layak menerima

elaun bulanan minumum oleh

pihak syarikat/ majikan bagi

sepanjang tempoh latihan

seperti berikut :

Semesta Elaun Minimum Sebulan

Pertama RM 350

Kedua RM 400

Ketiga RM 450

Keempat RM 500

ii. Persijilan

Setelah menjalani kursus

selama 2 tahun pelatih akan

dianugerahkan sijil k-Pekerja

SLDN (sama taraf dengan

SKM tahap 3) yang diperakui

oleh MLVK dan industri yang

berkaitan

iii. Pembangunan Kerjaya

Perantis yang berjaya

menamatkan kursus selama 2

tahun berpeluang mengikuti

peningkatan kerjaya seperti

berikut :

a. Layak mengikuti program

DKM.

b. Pengajar di industri

institut latihan.

c. Bekerja sendiri.

d. Peluang kenaikan

pangkat.

59

5.0 PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERLAKSANAAN SLDN

PERSONEL PENYEDIA LATIHAN SISTEM LATIHAN

DUAL NASIONAL (SLDN)

PUSAT

LATIHAN

SYARIKAT

PENGAJAR PENGAJAR PENGAJAR PENGAJAR

Melatih pelatih dalam

bidang teknikal seperti

penggunaan mesin dan

peralatan tangan dalam

bentuk teori

Melatih pelatih dalam

bidang bukan teknikal

seperti subjek

matematik, agama,

keselamatan dan lain-

lain.

Menyelaras dan

mengurus pelatih dan

pengajar

Memastikan semua

latihan di pusat

bertauliah berjalan

mengikut perancangan

yang telah ditetapkan

syarikat.

Melatih pelatih dalam

bidang teknikal

kompetensi

pembelajaran dan

metodologi, dan

Kompetensi social

kemanusiaan di industri

Menyelaras dan

mengurus perantis dan

coach dalam industri.

Memastikan semua

latihan di industry

berjalan mengikut

keperluan NOSS/

Kurikulum SLDN

60

6.0 PROSES PERLAKSANAAN SLDN

61

7.0 KESIMPULAN

Kejayaan pelaksanaan Sistem Latihan

Dual Nasional bergantung kepada

kesanggupan industri untuk terlibat.

Industri perlu menyediakan kemudahan

dan tenaga pengajar, oleh yang

demikian usaha sama di antara majikan

dengan institusi latihan adalah penting

dalam usaha merangka program dalam

sistem latihan dan teori. Justeru itu,

sesuatu hubungan akan lebih berkesan

sekiranya pihak institusi latihan

khususnya, lebih mengetahui aspek

yang perlu diambil kira dalam

pembinaan ini agar hubungan terus

manap serta terus berterusan. Walau

bagaimanapun bagi mewujudkan

penglibatan yang lebih efektif, semua

pihak yang terlibat haruslah jelas

dengan tujuan dan matlamat mereka

untuk bekerjasama, ini adalah untuk

mengelak dari terjadinya konflik dimana

gagal mencapai persetujuan dalam

perbincangan berikutan percangahan

pendapat.

RUJUKAN

1. Anuwar Ali dan Ahmad Mohd Zin

(1996). “Pengglobalisasi Dan

Pembangunan Industri Di Malaysia”

dalam Zaini Mahbar dan Mohaini

Tajuddin. “Industrialisasi dan

Pembangunan.” Selangor: Persatuan

Penerbit Buku Malaysia. 50-74.

2. Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan Kementerian Sumber

Manusia. (2005). “Panduan dan

Peraturan Perlaksanaan Sistem

Latihan Dual Nasional (SLDN)”.

Putrajaya.

3. Mohd Faizal Suleiman (2002).

“Kemahiran Operasi Individu Pelajar

Kejuruteraan Mekanikal Sebagai

Persediaan Dalam Latihan Industri.”

Kolej Universiti Tun Hussien Onn:

Tesis Sarjana.

4. Majdan Yahya (2002). “ Ke arah

Pendidikan Teknik dan Vokasional”.

Dewan Siswa. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Nik Zafri Bin Abdul Majid. Learning

Organization-Organisasi yang

Belajar:

http://www.geocities.com/nikzafri/

lo.hmtl: Dilayari pada 10 Julai 2011.

6. http://www.Mida.gov.my: (Lembaga

Kemajuan Perindustrian Malaysia).

Dilayari pada 13 Julai 2011.

7. Laman Web Rasmi Jabatan

Pembangunan Kemahiran Sumber

Manusia : http://www.dsd.gov.my

62

AKHLAK TERHADAP ALLAH SWT : HAKIKAT SEBAGAI HAMBA

Oleh :

Lukman Hakimi Bin Ahmad

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

PENDAHULUAN

Islam menganjurkan umatnya supaya

memiliki akhlak yang mulia. Bahkan

Nabi Muhammad SAW amat

menekankan kepentingan berakhlak.

Justeru itu, pembinaan akhlak sangatlah

penting dan merupakan salah satu

sebab kenapa Allah SWT mengutuskan

Nabi Muhammad SAW ke dunia. Sesuatu

bangsa atau negara akan berjaya apabila

warganya terdiri daripada orang yang

berakhlak luhur dan jika berlaku

sebaliknya, maka rosaklah bangsa dan

negara tersebut. Akhlak sesuatu bangsa

akan baik sekiranya didikan dimulai

dari rumah, masyarakat dan

persekitaran. Nabi Muhammad SAW

sebagai pembina akhlak, mendapat

asuhan secara langsung daripada Allah

SWT. Kesempurnaan akhlak baginda

dinyatakan di dalam firmanNya :

“ Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) mempunyai akhlak (budi pekerti yang amat

tinggi (Mulia)”

(Surah al-Qalam : 4)

Dalam agama Islam, akhlak ialah

satu penunjuk aras iman seseorang. Ia

bukan sahaja tindakan perlakuan zahir

tetapi mencakupi pemikiran, perasaan

dan niat di hati, baik secara individu

mahupun kumpulan sama ada yang

berhubung dengan makhluk, alam

sekitar atau Allah SWT. Kesemuanya

mempunyai nilai etika dan prinsip-

prinsip yang ditentukan olehNya ke atas

manusia melalui wahyu yang dibawa

oleh Rasulullah SAW. (Ahmad Mohd

63

Saleh & Mohd Farid Hafidz Ahmad, 2008 )

PENGERTIAN AKHLAK

Akhlak dalam bahasa Arab ialah jama’

daripada khuluq yang bererti tingkah

laku, tabiat, perangai, bentuk

keperibadian kebiasaan dan kehendak.

Dalam Islam, akhlak bermaksud sikap

keperibadian yang melahirkan tingkah

laku atau perbuatan manusia terhadap

tuhan, diri sendiri dan makhluk lain

sesuai dengan suruhan dan larangan

serta petunjuk daripada al-Quran dan

al-Hadith.

Kamus Dewan pula

mendifinisikan akhlak sebagai budi

pekerti , kelakuan dan tabiat. Akhlak

dari segi istilah membawa maksud

segala tingkah laku atau perbuatan yang

telah menjadi adat kebiasaan dan

diterima oleh semua. Manakala akhlak

dari segi bahasa mempunyai erti sifat

dan naluri. Imam Ghazali menjelaskan

bahawa akhlak ialah sifat jiwa yang

mendorong atau melahirkan perbuatan

tanpa sengaja.

Abdul Ghani Shamsuddin (1989)

menyatakan bahawa akhlak ialah sifat

semula jadi yang dimiliki oleh seseorang

yang menjadi amalan dan direalisasikan

dalam bentuk kelakuan. Dr Miqdad

Yalchin (1986 ) pula menyatakan

bahawa akhlak ialah prinsip-prinsip dan

dasar atau kaedah yang ditentukan oleh

wahyu untuk mengatur kelakuan,

membatasi (membentuk) hubungan

dengan orang lain sehingga mencapai

matlamat kewujudannya di dunia ini

secara yang paling sempurna dan

dengan akhlak itu, ianya akan

berinteraksi dengan Allah SWT dalam

ertikata berakhlak terhadapNya dalam

setiap ruang lingkup kehidupan.

Berdasarkan pengertian di atas

dapatlah disimpulkan bahawa akhlak

ialah kumpulan sifat yang terpendam

dalam jiwa yang berjalan di atas

dorongan dan pertimbangan sifat itu.

Menurut istilah ilmu akhlak, kalimah

akhlak membawa pengertian serumpun

nilai-nilai dan sifat-sifat yang sebati

dalam diri seseorang. Baik atau

buruknya sesuatu perbuatan atau sifat

itu terletak kepada neraca yang

digunakan oleh nilai-nilai dan sifat-sifat

yang sebati pada diri seseorang itu.

Oleh itu, akhlak Islam ialah satu-

satunya akhlak yang dapat melahirkan

manusia yang sempurna dan membina

masyarakat yang membangun dalam

pelbagai aspek serta tidak bercanggah

dengan pembangunan yang dikehendaki

oleh Islam kerana akhlak Islam

sahajalah yang dapat melahirkan

64

individu yang setia dan

bertanggungjawab dalam melaksanakan

perintah Allah SWT yang disifatkan

sebagai akhlak terhadap Allah SWT.

Agama Islam menjadi sumber

penetapan akhlak yang memberi

kedudukan kepada nilai-nilai akhlak

untuk dihormati dan dipatuhi. Agama

Islam menampilkan kosep dosa dan

pahala yang menjadi pendorong ke arah

amalan hidup berakhlak. Ia juga

mempunyai cara dan teknik yang unik

dalam membentuk akhlak manusia

dengan pelbagai jenis amalan ibadat,

baik ibadat khusus mahupun ibadat

umum. Dari sudut yang lain pula,

pendidikan akhlak adalah intipati

risalah Nabi Muhammad SAW. Justeru

itu, tidak keterlaluan jika diungkapkan

bahawa akhlak Islam ialah yang

terunggul, mulia, benar dan terpuji.

Akhlak Islam jika dilihat dari

sudut perundangan, sistem hidup,

ibadat, muamalat, munakahat, jenayah

dan seterusnya tetap adil, seimbang dan

berperikemanusiaan. Dari segi sikap

dan pembawaan diri pula, seseorang

yang berakhlak ialah seorang yang

berbudi luhur, berani, bermaruah,

berdisipilin, mempunyai etika kerja

dalam segala bidang, baik politik,

pentadbiran, ekonomi, kemasyarakatan

dan lain-lain lagi. Ini semua dapat

diterjemahkan akhlak manusia terhadap

Allah SWT selaku manusia sebagai

hamba dan khalifahNya di atas muka

bumi.(Ahmad Mohd Salleh, 2008).

SUMBER AKHLAK ISLAM

Agama dan akhlak adalah dua

perkara yang tidak dapat dipisahkan

antara satu sama lain. Seseorang itu

tidak boleh menjadi muslim yang

bertakwa sekiranya dalam masa yang

sama ia tidak berakhlak. Pada dasarnya

sumber utama bagi akhlak Islam itu di

rujuk kepada dua sumber iaitu al-Quran

dan al-Hadith.

Walaubagaimanapun, menurut

Prof Abdul Haq al-Ansari, beliau

menambahkan satu lagi sumber akhlak

iaitu amalan para sahabat. Ini kerana

mereka adalah sahabat yang dilatih dan

mendapat didikan daripada Rasulullah

SAW sendiri. Jika kita menyelusuri sirah

kehidupan para sahabat, ia dipenuhi

dengan nilai-nilai akhlak Islam kerana

mereka menjadikan Rasulullah SAW

sebagai contoh ikutan yang utama. Para

sahabat nabi juga mendapat

pengiktirafan daripada Rasulullah SAW

sebagai generasi terbaik. Muhammad

Sulaiman Haji Yasin (1992) menjelaskan

bahawa nilai-nilai akhlak yang ada pada

masyarakat ketika itu sebenarnya

65

warisan dan peninggalan yang

dipercontohkan dan dihidupkan oleh

tokoh-tokoh dan pejuang akhlak yang di

pelopori oleh para nabi dan para rasul.

SKOP AKHLAK ISLAM

Muhammad Abdullah Darraz

(1973) telah menggariskan nilai-nilai

akhlak yang dirujuk kepada al-Quran.

Beliau membahagikannya kepada dua

kategori iaitu akhlak kenegaraan dan

akhlak keagamaan. Manakala bagi

akhlak Islam yang bersumberkan as-

Sunnah pula, beliau membahagikan

kepada sembilan kategori iaitu akhlak

terhadap Allah SWT, akhlak terhadap

Rasulullah, akhlak terhadap al-Quran,

akhlak terhadap peribadi sendiri, akhlak

terhadap kedua orang tua, akhlak

terhadap anak, akhlak terhadap

rumahtangga, akhlak terhadap sesama

manusia dan akhlak terhadap

kehidupan persekitaran. Setiap kategori

utama pula di pecahkan kepada

beberapa sub kategori yang berkaitan

yang bersandarkan kepada nas al-Quran

dan hadis Rasulullah SAW.

Jika diteliti kepada akhlak yang

dijelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah,

maka dapat dirumuskan bahawa akhlak

Islam merangkumi beberapa dimensi

psikologi iaitu sikap, sifat tingkah laku

dan amalan secara langsung seperti

keimanan kepada Allah SWT dan

RasulNya, redha dengan ujian Allah

SWT , berdoa dengan penuh ketakutan

dan melakukan solat fardhu lima kali

sehari semalam.

Oleh itu, skop akhlak Islam jika

diteliti dan dilihat secara menyeluruh

ianya mencakupi akhlak terhadap Allah

SWT, akhlak terhadap manusia dan

akhlak terhadap alam sekitar.

CIRI-CIRI NILAI AKHLAK TERHADAP

ALLAH SWT.

Dr Jabir Qamihah (1996) dalam

mengemukakan ciri-ciri nilai akhlak

Islam, menyatakan bahawa nilai-nilai

Islam merupakan himpunan akhlak

yang membentuk keperibadian muslim

yang unggul, seterusnya berupaya

memberikan sumbangan kepada

masyarakat, diri, keluarga dan akidah.

Nilai-nilai akhlak Islam secara

keseluruhannya dapat dikategorikan

kepada dua jenis iaitu :

1. Nilai negatif. Nilai ini adalah suatu

nilai yang meninggalkan perkara-

perkara yang ditegah oleh Allah SWT

SWT seperti meminum arak, berzina,

berbohong, mencuri dan lain-lain.

66

2. Nilai positif. Nilai ini adalah satu

nilai yang wajib ada pada setiap

orang Islam seperti benar, amanah,

kasih saying, menghubungkan

silaturrahim, mulia dan berbaik-baik

dengan jiran tetangga. (Dr Jabir

Qamihah , 1996 : 49)

Orang Islam selaku hamba dan

khalifah Allah SWT dikehendaki

mematuhi kedua-dua aspek ini. Mereka

juga dikehendaki meninggalkan apa

yang ditegah oleh Allah SWT dan

mengamalkan apa yang diperintah

olehNya. Firman Allah SWT yang

bermaksud :

“. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka

Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka

patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah SWT; Sesungguhnya Allah

SWT amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya)”

(Surah al Hasyr 59 : 7).

Akhlak Islam terhadap Allah SWT

mengandungi ciri-ciri yang tertentu

diantaranya berkenaan dengan

tanggungjawab selaku hamba Allah SWT

di muka bumi ini. Kebanyakan asasnya

pula merupakan asas yang tidak

terpisah dari tabiat dan hakikat .

Dengan mengamalkan akhlak

terpuji dalam kehidupan seharian

dengan menjauhi akhlak tercela, ia

sebenarnya memberi makna, kita

sebenarnya telah menterjemahkan

akhlak hamba kepada tuhannya.

67

AKHLAK DALAM PEMBENTUKAN JATI

DIRI MUSLIM

Penghayatan akhlak Islam yang mutlak

akan menjamin kesejahteraan,

keharmonian dan keamanan dalam

hidup bermasyarakat, sekaligus akan

menjamin dan menjadikan masyarakat

tersebut dihormati, disegani dan

disanjungi. Akhlak adalah terdiri dari

akhlak mazmumah dan akhlak

mahmudah. Akhlak mazmumah ialah

akhlak yang tidak baik, keji dan tercela.

Ia merupakan segala bentuk perlakuan

yang berlawan dengan akhlak

mahmudah. Manakala Dr Mahmood

Zuhdi Abdul Majid (2011) mentakrifkan

akhlak mahmudah adalah akhlak yang

dituntut oleh Islam. Ia merupakan

segala bentuk kebaikan yang dilakukan

oleh manusia. Akhlak mahmudah

termasuklah tidak pemarah, sabar,

benar, tunai janji, lemah lembut,

pemalu, rendah diri, bersimpati

terhadap masalah orang lain, patuh, adil,

bergaul dengan baik, berhemah tinggi,

sopan santun, kesucian diri, ikhlas, tidak

sombong serta lain-lain sifat yang

mengggambarkan kebaikan.

Penghayatan kepada akhlak

dalam konteks pembentukan jati diri

muslim ialah merujuk kepada

penghayatan dan amalan yang menjurus

kepada perlakuan ibadat kepada Allah

SWT. Ibadat itu dilaksanakan

sebagaimana di syariatkan oleh Allah

SWT.

Ibadat solat misalnya

mempunyai kesan yang mendalam

terhadap pembentukan akhlak.

Kesannya bukan sahaja ketika

mendirikan solat tetapi berpanjangan

di dalam keseluruhan kehidupannya.

Ibadat zakat umpamanya

memainkan peranan dalam

pembentukan akhlak seseorang. Ia

bertujuan untuk membersihkan diri

daripada sifat- sifat mazmumah dan

menyuburkan jiwa manusia dengan

sifat-sifat mahmudah.

Ibadat puasa pula, bukan sahaja

sekadar mencegah atau menahan diri

daripada makan dan minum semata-

mata tetapi juga bertujuan melatih diri

untuk mengawal nafsu dan sahwat

supaya tidak melepasi batas-batas

hukum yang di tetapkan.

Ibadat haji pula difardhukan oleh

Allah SWT terhadap umat Islam

bertujuan untuk mendidik jiwa mereka

supaya sentiasa bersedia, berkorban,

berjimat cermat dan memupuk kasih

sayang semata-mata kerana Allah SWT.

Konsep pengorbanan di dalam Islam

meliputi pengorbanan harta, jiwa, masa

dan tenaga. Kehidupan para sahabat

68

Rasulullah SAW telah memaparkan

kepada kita tentang pengorbanan

mereka terlalu hebat demi

menyebarkan agama Allah SWT. Inilah

yang sepatutnya dicontohi oleh umat

terkemudian.

KEPENTINGAN BERAKHLAK

TERHADAP ALLAH SWT

Ahmad Mohd. Salleh (1995)

menjelaskan bahawa akhlak sangat

penting dan besar pengaruhnya dalam

membina dan membentuk perbuatan

manusia. Tujuan risalah Islam itu

sendiri adalah untuk menyempurnakan

dan menyebarkan akhlak yang mulia.

Al-Quran merupakan wahyu daripada

Allah SWT yang mengandungi petunjuk,

pembimbing dan pembeza antara yang

hak dengan yang batil yang terkandung

di dalamnya tiga bidang utama iaitu

akidah, syariat dan pembentukan

akhlak. Ruang lingkup dan bidang

akhlak dihuraikan secara terperinci

meluas dan mendalam oleh al-Quran

yang bermatlamatkan untuk

keselamatan agama, jiwa, jasmani,

keturunan dan harta benda. Ini adalah

untuk menjamin pencapaian maksimum

bagi kesejahteraan dan kebahagian

hidup bermasyarakat manusia untuk

memenuhi kehendak Allah SWT yang

telah menciptakan manusia sebagai

hamba Allah SWT di atas muka bumi.

Jika dilihat dari sudut

pertimbangan, sebelum seseorang itu

membuat atau meninggalkan sesuatu

perbuatan , manusia terlebih dahulu

memikirkan apa yang akan di buat atau

tindakan itu sesuai dengan sifat-sifat

yang ada dalam jiwanya. Islam

menekankan agar manusia berpegang

kepada norma-norma akhlak dan

mencintai akhlak yang baik, serta

berusaha melaksanakannya dengan

konsisten atau istiqamah dalam

kehidupan sehingga pengaruh akhlak

jelas kelihatan dalam amal

perbuatannya yang selari dengan

kehendak Allah SWT dan sekaligus

sebagai melaksanakan tanggungjawab

akhlak terhadap Allah SWT. (Ahmad

Mohd Salleh & Mohd. Farid Hafid bin

Ahmad, 2008)

Akhlak dalam Islam sangat

penting dan besar pengaruhnya dalam

membina dan membentuk perbuatan

manusia. Tujuan risalah Islam sendiri

adalah untuk menyempurnakan dan

menyebarkan akhlak yang mulia.

Justeru itu, akhlak Islam mestilah

bertunjangkan kepada akidah yakni

berteraskan keimanan kepada Allah

SWT, qada’ dan qadar, dosa dan pahala,

ganjaran baik dan pembalasan buruk di

69

akhirat dan sebagainya. Akhlak

mempunyai pengaruh yang besar ke

atas diri individu dan juga masyarakat.

Akhlak yang mulia dapat

menyempurnakan keperluan manusia

untuk mencapai kebahagian hidup. Jika

setiap individu muslim berakhlak mulia

maka sudah pasti masyarakat itu akan

dipenuhi dengan keadilan, keamanan

dan kesejahteraan serta terselamat

daripada keadaan huru hara

perpecahan dan sebagainya.

Asas kepada akhlak yang mulia

ialah kembali kepada akhlak yang

bersumberkan ketuhanan atau disebut

sebagai akhlak rabbani. Akhlak inilah

menjadi matlamat penciptaan manusia

selaku hamba kepada Allah SWT dan

akhlak inilah yang digariskan dalam

ilmu akhlak Islam berdasarkan kepada

al-Quran dan al-Hadith. Akhlak amat

penting untuk diamalkan dan di hayati.

Akhlak inilah disebut sebagai akhlak

terhadap Allah SWT. Tanpa

penghayatannya maka kehidupan

berakhlak manusia akan hancur dan

manusia akan dilanda berbagai-bagai

kesempitan dan kesusahan di dalam

kehidupan kerana mereka menjauhkan

diri terhadap Allah SWT selaku tuhan

yang menciptanya.

ETIKA AKHLAK SEORANG MUSLIM

TERHADAP ALLAH SWT

Akhlak terhadap Allah SWT

merupakan dasar dalam kehidupan

berakhlak. Jika seseorang itu tidak

memiiki akhlak yang baik terhadap

Allah SWT, maka ia pasti tidak

berakhlak yang baik juga terhadap

manusia dan alam seluruhnya dan

begitulah sebaliknya. Manakala jika ia

memiliki akhlak yang baik terhadap

Allah SWT, maka ia pasti akan

mempamerkan akhlak yang baik dalam

kehidupan bermasyarakat. Manakala

etika akhlak seseorang hamba

terhadapan tuhannya adalah :

1. Mentaati segala perintah Allah SWT.

Ini kerana bagaimana mungkin ia

tidak mentaati perintah Allah SWT

sedangkan Allah SWT memberikan

segala-galanya terhadap dirinya

dalam menempuh kehidupan ini.

2. Memiliki rasa tanggungjawab dan

amanah terhadap apa yang

diberikan oleh Allah SWT kepadanya

kerana pada hakikatnya, kehidupan

ini merupakan amanah dariNya.

Oleh itu, seorang mukmin perlu

sentiasa meyakini bahawa amanah

70

Allah SWT merupakan punca kepada

kehidupan berakhlak.

3. Redha terhadap ketentuan yang

dikurniakan oleh Allah SWT kepada

dirinya dengan meyakini bahawa

ketentuan-ketentuan tersebut ada

hikmah-hikmah yang tertentu yang

kita tidak mengetahuinya.

4. Apabila seseorang terjerumus ke

lembah maksiat dan dosa samada

dengan sebab kelupaannya atau

segaja maka dia hendaklah

bersegera bertaubat kepada Allah

SWT dengan meyakini Allah SWT

akan sentiasa menerima taubatnya.

5. Merealisasikan semua bentuk ibadat

kepada Allah SWT, samada ianya

merupakan ibadat khusus ataupun

ibadat umum yang merangkumi

ibadat wajib atau ibadat sunat

kerana semua aktiviti kehidupan

adalah ibadat sekiranya pekerjaan

itu perkara yang tidak bertentangan

dengan Islam dan mempunyai niat

yang betul iaitu ibadat hanya kerana

Allah SWT dan untuk mendapat

keredhaanNya.

6. Memperbanyakan membaca al-

Quran, mengambil pengajaran dan

iktibar darinya. Sabda Rasulullah

SAW yang bermaksud “ Bacalah al-

Quran kerana sesungguhnya al-

Quran itu dapat memberikan syafaat

di hari kiamat kepada para

pembacanya “ (H.R Muslim)

7. Bersyukur adalah akhlak yang tinggi

dan mulia dalam hubungan dengan

Allah SWT diatas nikmat yang telah

dikurniakanNya. Rasulullah SAW

adalah contoh manusia yang

bersyukur dan kesyukuran itu

dilafazkan menerusi amalan ibadah

kepada Allah SWT.

8. Beribadah dalam pengertian

melakukan bersolat, berzikir,

berpuasa dan amalan-amalan

kerohanian yang lain dilakukan

dalam hubungan dan dalam

kerangka berakhlak terhadap Allah

SWT.

Lapan Etika yang dikemukakan

di atas merupakan kewajipan yang perlu

dilakukan dengan penuh rasa

tanggungjawab dan amanah. Ianya

menjadi panduan dan pelan tindakan

dalam menjadikan dirinya sentiasa

beretika dan berakhlak dengan Allah

SWT sebagai hambaNya.

71

RUANG LINGKUP AKHLAK

Menurut pendapat Quraish

Shihab, akhlak kepada Allah SWT

bertititik tolak kepada pengakuan dan

kesedaran bahawa tiada Tuhan

melainkan Allah SWT, memiliki sifat

terpuji, sifat kekuasaan yang mutlak,

sifat kesempurnaan Dialah tuhan, tuhan

yang wajib disembah dan mestilah

berakhlak terhadapNya. Menurut Kahar

Mohd dalam bukunya yang berjudul “

Membina Moral Dan Akhlak “, beliau

menyatakan akhlak manusia terhadap

Allah SWT mencakupi aspek-aspek

berikut :

i. Cinta dan ikhlas kepada Allah

SWT

ii. Berbaik sangka kepada Allah

SWT SWT

iii. Redha terhadap qadha’ dan

qadarNya.

iv. Bersyukur di atas nikmat Allah

SWT

v. Bertakwa berserah diri kepada

Allah SWT.

vi. Sentiasa mengingati Allah SWT

vii. Memikirkan keindahan ciptaan

Allah SWT

viii. Melaksanakan apa yang

diperuntah oleh Allah SWT.

Selain itu, akhlak manusia terhadap

Allah SWT yang perlu dipenuhi juga

ialah :

i. Beribadat kepada Allah SWT.

Iaitu melaksanakan arahan Allah

SWT untuk melakukan ibadat

kepadaNya sesuai dengan

perintahNya. Beribadat

membuktikan ketundukan dan

kepatuhan kepada Allah SWT.

ii. Berzikir kepada Allah SWT. Iaitu

mengingati Allah SWT dalam

pelbagai situasi samada melalui

perkataan yang diucapkan atau

melalui hati. Berzikir kepada

Allah SWT dapat melahirkan

keamanan dan ketenteraman

jiwa.

iii. Berdoa kepada Allah SWT. Iaitu

memohon kepada Allah SWT

kerana doa merupakan intipati

ibadat. Ia merupakan pengakuan

mengenai keterbatasan dan

ketidakmampuan manusia

sekaligus mengaku akan

kekuasaan Allah SWT.

iv. Tawakkal kepada Allah SWT.

Iaitu berserah diri dengan

sepenuhnya kepada Allah SWT

dan menunggu hasil pekerjaan

atau menunggu natijahNya.

v. Tawadhuk kepada Allah SWT.

Iaitu merendah hati dihadapan

72

Allah SWT dan mengakui bahawa

dirinya hina di hadapan Allah

SWT yang Maha Kuasa.

Akhlak terhadap Allah SWT

dapat diertikan sebagai sikap atau

perbuatan yang seharusnya dilakukan

oleh seseorang manusia sebagai hamba

kepada tuhannya sebagai pencipta.

Manusia dipertanggungjawabkan

berakhlak terhadap Allah SWT kerana :

i. Manusia adalah makhluk yang

diciptakan oleh Allah SWT

dengan sebaik-baik kejadian.

Firman Allah SWT :

“ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-

baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah At

Tin : 4)

ii. Allah SWT telah mengurniakan

kepada manusia kelengkapan

untuk manusia menempuh

kehidupan di alam ini deperti

pancaindera, pendengaran,

penglihatan, akal fikiran dan hati

sanubari disamping anggota

badan yang sempurna.

FirmanNya :

“ Dan Allah SWT mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak

mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan

penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.”

(Surah An Nahl : 78)

73

iii. Allah SWT menyediakan pelbagai

bahan untuk manusia

meneruskan kehidupan seperti

makanan, minuman, tumbuhan,

air, udara, binatang ternakan,

bahan logam, petroleum dan

sebagainya. FirmanNya:

“Allah SWT yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal

belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari

limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. Dan ia memudahkan untuk

(faedah dan kegunaan) kamu, Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi,

(sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu

mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya)

bagi kaum Yang memikirkannya dengan teliti.”

(Al Jaathiyah : 12-13)

iv. Allah SWT telah memuliakan

manusia dengan diberikan

kemampuan untuk menguasai

daratan dan lautan . FirmanNya :

74

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri

mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami

telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta

Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-

makhluk yang telah Kami ciptakan”.

(Al Isra’ : ayat 70).

MENIFESTASI BERAKHLAK

TERHADAP ALLAH SWT

Berdasarkan kepada manifestasi

berakhlak terhadap Allah SWT itu tadi

maka dapatlah diterjemahkan bahawa

tujuan hidup manusia di dunia ini ialah

untuk beribadat kepada Allah SWT.

Setiap aktiviti kehidupan manusia

adalah semata-mata untuk mendapat

keredhaanNya. Oleh itu, di antara ibadat

dan akhlak kepada Allah SWT dalam

aktiviti manusia ialah :

i. Pergantungan semata-mata

kepada Allah SWT memberikan

seseorang mukmin itu kebebasan

dan tidak terikat kepada mana-

mana kuasa lain daripadaNya.

Daripada perasaan inilah

tercetusnya pengakuan seorang

muslim bahawa tiada Tuhan

yang disembah melainkan Allah

SWT.

ii. Manusia yang berakhlak

terhadap Allah SWT sebenarnya

tidak mungkin menyembah

kepada yang lain selain

daripadaNya dan tidak

mempersekutukanNya dengan

sesuatu yang dicipta olehNya.

Bagi mereka ialah Allah Maha

Besar dan Maha Berkuasa dan

kepadaNya tumpuan segala jenis

ibadat .

75

iii. Seorang mukmin yang berakhlak

terhadap Allah SWT akan berhati

lembut kerana keyakinannya

bahawa dia adalah hamba

kepada Allah SWT. Segala

perbuatan akan dinilai dan

dihitung serta diberikan balasan

atau ganjaran yang adil dan

saksama. Wawasannya tidak

semata-mata untuk

mendapatkan habuan dan

ganjaran di dunia, tetapi juga di

akhirat.

iv. Hubungan manusia dengan Allah

SWT dan akhlak terhadapNya

ditentukan mengikut nilai-nilai

akidah yang telah ditetapkan.

Begitu juga akhlak terhadap

manusia di corakkan oleh nilai-

nilai akidah seseorang muslim

sebagaimana yang ditetapkan

dalam al-Quran yang merupakan

ajaran dan wahyu daripada Allah

SWT.

v. Berakhlak terhadap Allah SWT

menjadikan sesorang itu

beristiqamah dalam

mengerjakan ibadatnya kepada

Allah SWT kerana ia sentiasa

dipandu oleh nilai-nilai akhlak

yang luhur yang didasarkan

kepada akhlak al-Quran.

Berakhlak terhadap Allah SWT

dengan ertikata yang sebenarnya adalah

mengikuti panduan al-Quran dan As-

Sunnah. Seseorang itu akan sentiasa

berada di atas landasan yang betul yang

sentiasa menjuruskan dirinya beramal

akhlak yang mulia dan terpuji.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapatlah

dirumuskan bahawa akhlak terhadap

Allah SWT adalah seperti tali yang

menambat ikatan hamba dengan

penciptannya. Apabila akhlak Islam

terputus tanpa adanya hubungan

tersebut dalam kehidupan manusia,

maka cahaya iman akan terpadam.

Akibat daripada itu, manusia akan jatuh

ke darjat yang menggugurkan seluruh

nilai akhlak kemanusiannya (Taib

Azamuddin Muhammad Taib, 1992).

Seorang penyair Arab terkemuka, as-

Syauqi pernah mengatakan,“ kekalnya

bangsa kerana mulia akhlaknya,

musnahnya bangsa kerana runtuh

akhlaknya”.

76

Dalam hal ini dapatlah

dinyatakan bahawa akhlak memainkan

peranan penting bagi pembangunan

sesuatu bangsa itu. Apabila akhlak

bangsa itu sendiri telah musnah maka

runtuhlah identitinya. Ini kerana

manusia itu sendiri gagal berfungsi

sebagai hamba Allah SWT, dalam

penghayatan akhlak Islam dan sebagai

pelaksana akhlak terhadapNya. Justeru

itu mereka tidak akan dipandang mulia.

Tetapi apabila sesuatu bangsa dapat

menghayati dan menghiaskan akhlak

mereka terhadap Allah SWT serta dapat

menterjemahkannya di dalam

kehidupan, maka di situlah manusia

dapat berfungsi sebagai hamba dan

khalifah Allah SWT.

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Ghani Shamsuddin (1989).

Tajdid Dalam Pendidikan Dan

Masyarakat. Kuala Lumpur : Dewan

Pustaka Fajar Sdn Bhd.

2. Ahmad Bin Mohd. Saleh & Mohd

Farid Hafidz Bin Ahmad (2008).

Islam Agama Rabbani Dasar

Pendidikan Islam Teras. Shah Alam :

Oxford Fajar Sdn Bhd.

3. Ahmad bin Mohd Saleh (1995).

Pendidikan Islam Dinamika Guru.

Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd.

4. Jabir Qamihah (Dr) (1996). Nilai-

Nilai Islam Satu Pengenalan. Terj :

Dr Muddasir Rosder dan Dr Mohd.

Zawawi Abdullah. Kuala Lumpur :

Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan

Perdana Menteri.

5. Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid

(Prof. Dr). Peribadi Muslim.

Selangor : Yamani Angle Sdn Bhd.

6. Miqdad Yalchin (Dr) (1986) .

Peranan Pendidikan Akhlak Islam.

Terj : Ys. Tajuddin Nur. Kuala

Lumpur : Pustaka antara.

7. Muhammad Sulaiman Hj Yasin

(1992). Akhlak dan Tasawwuf.

Bangi Selangor : Yayasan Salman.

8. Muhammad Abdullah Darraz

(19730. Dustur al Akhlak Fi al-

Quran, Beirut : Muassasah Al

Risalat.

9. Taib Azamuddin Muhammad Taib

(1992). Khutbah Jumaat ‘Idil Fitri

dan ‘Dil Adha. Kuala Lumpur :

Pustaka haji Abdul Majid

77

KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM

MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

Oleh :

Nor Aishah Binti Othman

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

ABSTRAK

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti – aktiviti perancangan,

pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Tujuan pengajaran adalah untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu kepada pelajar. Keberkesanan

pengajaran pula diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui

proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan. Pembelajaran pula ialah satu

proses memperolehi maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta

pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat

seseorang manusia dan berlaku di mana-mana tempat. Oleh itu, pensyarah perlu

membuat perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan matlamat

di atas tercapai. Terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan oleh pensyarah dalam

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan tersebut terbahagi

kepada tiga iaitu pendekatan berpusatkan pensyarah, pendekatan berpusatkan pelajar

dan pendekatan berpusatkan bahan pelajaran. Di dalam kertas kerja ini, penulis

membincangkan mengenai pendahuluan, kaedah pelaksanaan serta cabaran – cabaran

yang dihadapi dalam melaksanakan ketiga – tiga pendekatan tersebut dalam

mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

78

1.0 PENDAHULUAN

Institusi pendidikan merupakan

institusi yang penting bagi melahirkan

produk yang berkualiti dan dapat

menyumbang kepada negara. Bagi

merealisasikan hasrat murni ini,

institusi pendidikan perlu menyebarkan

ilmu dengan cara dan saluran yang betul

kepada pelajar. Oleh itu, strategi

pengajaran dan pembelajaran perlu

dirancang dengan kemas dan terperinci.

Strategi pengajaran ialah

penentuan dan perancangan kaedah

serta teknik mengajar untuk mencapai

objektif jangka panjang dalam sesuatu

pendekatan dengan berkesan. Dalam

strategi pengajaran dan pembelajaran,

terdapat pelbagai pilihan pendekatan

yang boleh digunakan oleh pensyarah

bagi memastikan aktiviti ini berjalan

dengan baik dan sistematik. Pendekatan

tersebut dikategorikan kepada tiga

pendekatan iaitu pendekatan

berpusatkan pensyarah, pendekatan

berpusatkan pelajar dan pendekatan

berpusatkan bahan pelajaran.

Kemahiran pensyarah menggunakan

pendekatan tersebut adalah bergantung

kepada objektif yang ingin dicapai di

dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Wlodkowski, 1984

(classroom Life, 1994) mendapati

permulaan sesuatu sesi pengajaran

adalah detik yang paling penting dalam

mencorak situasi pembelajaran

seterusnya. Oleh itu, pensyarah perlu

memilih strategi pengajaran dan

pempelajaran yang dapat memberi

kesan yang positif kepada pelajar dan

pensyarah.

2.0 KAEDAH PELAKSANAAN

PENDEKATAN BERPUSATKAN

PENSYARAH

Pendekatan berpusatkan

pensyarah merupakan strategi yang

paling lama diperkenalkan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah

pertama dalam pelaksanaan pendekatan

berpusatkan pensyarah ialah

menggunakan komunikasi sehala

seperti rajah 1 di bawah. Pelajar hanya

bertindak untuk mendengar sahaja

penerangan daripada pensyarah. Oleh

itu, pensyarah bertindak secara

autokratik dan memberikan arahan

kepada pelajar supaya dilaksanakan.

Pensyarah amat mementingkan

pencapaian objektif pengajaran dan

79

tidak mengambil berat perkembangan

emosi dan sahsiah pelajar. Pelajar

sentiasa berada dalam keadaan tegang

dan tiada hubungan positif di antara

pensyarah dan pelajar.

Rajah 1: Komunikasi sehala

Selain itu, kaedah kedua yang

digunakan dalam strategi ini ialah

kaedah pengajaran secara kuliah seperti

syarahan, demonstrasi dan bercerita.

Strategi ini menggalakkan pelajar

menggunakan teknik hafalan kerana

pelajar perlu banyak mengingat

daripada membuat interpretasi.

Pensyarah terlalu mementingkan

pengajaran keseluruhan kelas dan tidak

mengambil ciri-ciri perbezaan pelajar

seperti kebolehan dan minat yang

wujud.

Pendekatan berpusatkan

pensyarah menggariskan beberapa

kelebihan. Antaranya ialah pelajar

mudah untuk mendapatkan maklumat

dengan berkesan. Ia dapat menjimatkan

masa dan tenaga kerana semua

maklumat boleh disampaikan kepada

sekumpulan murid yang besar dalam

masa yang singkat. Selain itu,

pendekatan ini dapat menyumbang

bahan-bahan tambahan yang tidak

boleh diperoleh oleh murid-murid

melalui buku teks. Kelas lebih mudah

dikawal dan sesetengah murid akan

merasa lebih puas dengan bentuk

penyampaian yang lebih distrukturkan.

Dari segi kelemahan-kelemahannya

pula, ia merupakan komunikasi satu

hala yang menyebabkan interaksi antara

pensyarah dengan pelajar terhad dan

tidak dapat melahirkan pelajar yang

kreatif.

3.0 PENDEKATAN BERPUSATKAN

PELAJAR

Pendekatan berpusatkan pelajar

merupakan strategi yang memerlukan

pelajar dan pensyarah bergerak secara

aktif dalam setiap sesi pembelajaran

mereka. Kaedah pertama dalam

pelaksanaan strategi ini ialah pensyarah

perlu berperanan sebagai fasilitator

atau pemudahcara dengan memberi

bimbingan kepada pelajar supaya

berfikir, meninjau dan membuat

penerokaan sendiri. Pensyarah

PELAJAR

GURU

PELAJAR

80

membantu pelajar mendefinisi masalah,

mengenal pasti sumber data dan ilmu

yang relevan, mentafsir dan menilai

ketepatan data serta membuat

kesimpulan.

Seterusnya, kaedah kedua dalam

pendekatan berpusatkan pelajar ialah

melibatkan kaedah komunikasi dua

hala iaitu antara pensyarah dengan

pelajar dan antara pelajar dengan

pelajar seperti rajah 2 di bawah.

Pendekatan ini menggalakkan pelajar

terlibat secara aktif dan cuba

menyelesaikan masalah yang diberi. Ini

adalah penting untuk menggalakkan

pelajar berkomunikasi dan memberi

pendapat mereka di dalam kelas.

Pensyarah mengamalkan corak

kepimpinan demokratik iaitu pelajar

bebas bertanya, memberi pendapat dan

berpeluang untuk mempertahankan

pendapat tersebut mengikut cara dan

gaya tersendiri.

Rajah 2: Komunikasi dua hala

Selain itu juga, kaedah ketiga

dalam pendekatan berpusatkan pelajar

ialah menggunakan kaedah

penyelesaian masalah, simulasi, lawatan

dan projek. Pendekatan yang

digunanakan samada pendekatan secara

berkumpulan atau individu. Mengikut

Johnson dan Johnson ( 1998 ) kumpulan

kecil terbahagi kepada empat bahagian

iaitu :

1) Kumpulan samaran

Ahli kumpulan yang ditugaskan

dalam satu kumpulan tetapi

terdapat ahli yang kurang minat

atau tiada minat langsung untuk

bekerjasama dalam satu

kumpulan. Ahli kumpulan ini

sekadar menumpang. Ianya akan

membebankan ahli kumpulan

yang lain.

2) Kumpulan tradisional

Ahli kumpulan bersetuju

bekerjasama tetapi ada yang

lebih gemar menyiapkan tugas

secara berseorangan.

3) Kumpulan kooperatif

Kumpulan yang komited dengan

tujuan mereka dalam mencapai

kejayaan secara kumpulan.

PELAJAR

GURU

PELAJAR

81

4) Kumpulan kooperatif pencapaian

tinggi (High-performance

cooperative groups)

Kumpulan yang menepati semua

kriteria yang diperlukan bagi

kumpulan kooperatif dan

menepati semua sasaran.

Oleh itu, pensyarah perlu

bijaksana menyusun strategi agar

suasana pengajaran dan pembelajaran

berlaku secara harmonis bagi mencapai

kemajuan dan prestasi yang cemerlang.

Menurut Dewey, pendidikan harus

berpusatkan kepada pelajar sebagai

individu untuk melengkapkan dirinya

dengan ciri-ciri insan yang sempurna

pada keseluruhannya. Oleh itu,

pendekatan berpusatkan pelajar mampu

melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif

dan mempunyai kemahiran

berkomunikasi dengan berkesan.

4.0 PENDEKATAN BERPUSATKAN

BAHAN PELAJARAN

Kamus Dewan (2005)

mendefinisikan bahan sebagai sesuatu

atau beberapa benda yang digunakan

untuk menghasilkan sesuatu atau untuk

sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan

dengan hal-hal yang akan dibincangkan

seperti dalam pengajaran dan

pembentangan. Kamus Longman

dictionary of contemporary english telah

memberikan definisi bahan sebagai

“information from which a (written)

work is to be produced”. Pada asasnya,

perkataan bahan dapat diertikan

sebagai merangkumi sebagai segala

benda, alat, maklumat dan media yang

dapat memenuhi sesuatu tujuan dan

bahan.

Oleh itu, pendekatan

berpusatkan bahan pelajaran terbahagi

kepada dua iaitu bahan pengajaran dan

bahan pembelajaran. Bahan pengajaran

merupakan semua bahan yang

digunakan oleh pensyarah manakala

bahan pembelajaran merujuk kepada

semua bahan yang disediakan untuk

kegunaan pelajar. Kedua – dua jenis

bahan tersebut digunakan untuk

memudahkan pensyarah

mengendalikan pengajarannya dan

membantu pembelajaran pelajar.

Kaedah pertama pelaksanaan

pendekatan berpusatkan bahan

pelajaran ialah pensyarah menyediakan

bahan kepada pelajar atau pensyarah

untuk diinterpretasi, difahami dan

diterjemahkan. Menurut Atan Long dan

Mat Nor Hussin (1987) beliau

berpendapat, bahan-bahan pengajaran

82

dan bahan bantu mengajar ada

berbagai-bagai. Bahan-bahan itu

mungkin dalam bentuk buku, carta atau

slaid yang dipancarkan pada layar dan

sebagainya yang merupakan bahan yang

menyokong penyampaian

pembelajaran. Bahan ini digunakan bagi

membolehkan pelajar memahami isi

pelajaran dengan lebih mudah dan

pensyarah dapat menyampaikannya

dalam bentuk yang lebih berkesan dan

menarik. Oleh itu, sesi pengajaran dapat

berjalan dengan baik dan berkesan.

Kaedah pelaksanaan yang kedua

ialah pensyarah meminta pelajar untuk

mendapatkan bahan pelajaran. Sebagai

contoh, pelajar meminta pelajar

mandapatkan sumber rujukan daripada

buku, surat khabar dan internet yang

terdapat di perpustakaan. Oleh itu,

pelajar perlu menguasai kemahiran

mendapatkan bahan dari sumber

elektronik dan bukan elektronik seperti

komputer dan alatan multimedia yang

lain bagi menyiapkan tugasan yang

diberikan dengan berkesan.

Kaedah pelaksanaan yang ketiga

ialah pendekatan berpusatkan bahan

pelajaran dapat dilaksanakan tanpa

kehadiran pensyarah. Ini kerana pelajar

menggunakan bahan pelajaran yang

telah dirancang oleh pensyarah seperti

pelajar perlu menghasilkan projek atau

ujikaji. Hasilnya, pelajar akan lebih

berdikari dan saling bekerjasama untuk

menyiapkan tugasan dengan betul dan

sempurna dalam masa yang ditetapkan.

Disamping itu, peranan

pensyarah dalam menentukan bahan-

bahan pengajaran dan pembelajaran

sangat penting. Ini adalah kerana bahan-

bahan itu merupakan media yang

mampu mewujudkan rangsangan dan

yang kemudiannya akan bertindak

memperkembang kecerdasan dan

pengalaman. Dalam penyesuaian bahan-

bahan, pensyarah perlu memastikan

bahawa butir-butir dalam kandungan

bahan itu mengandungi unsur-unsur

yang selari dengan kehendak kriteria-

kriteria yang telah ditetapkan oleh

sukatan modul pembelajaran.

Disamping itu, pensyarah hendaklah

juga memastikan bahawa aktiviti-

aktiviti dalam bahan-bahan tersebut

dapat membantu pelajar. Semasa

menyesuaikan semula bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran, perkara-

perkara berikut hendaklah diberi

perhatian

a) Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan

oleh pensyarah supaya bahan-

bahan yang disediakan

menggalakkan daya cipta dan

83

kreativiti para pelajar. Ini

bermakna, daripada bahan-

bahan itu, mereka dapat

memanjangkan pandangan dan

pendapat mereka, mendapatkan

inspirasi mencipta idea-idea baru

dan sebagainya.

b) Menjadikan aktiviti

pembelajaran releven dan

berguna

Bahan-bahan pengajaran

haruslah disesuaikan supaya

ianya berkaitan dengan objektif

pembelajaran dan memberi

faedah kepada pelajar apabila

ianya dapat dikuasai.

c) Mengadakan beberapa contoh

yang praktikal

Bahan-bahan yang berupaya

memberikan contoh-contoh yang

praktikal membolehkan pelajar

memahami aspek-aspek

pembelajaran dengan baik di

samping dapat pula bekerja

dalam konteks dan situasi yang

bermakna.

d) Memenuhi keperluan pelajar

sama ada dari segi luaran dan

psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu

haruslah berguna dan dapat

memenuhi keperluan pelajar. Ini

bermakna, bahan-bahan itu

harus membantu pelajar dalam

kerjaya mereka atau

membolehkan mereka

mendapatkan pekerjaan yang

baik. Dari segi psikologi pula,

bahan-bahan itu haruslah dapat

memenuhi keperluan pelajar

terutama dari segi minat,

kebolehan mental, umur,

kecenderungan dan sebagainya.

Oleh itu, pensyarah perlu

menyusun dan merancang

aktiviti-aktiviti pengajaran dan

pembelajaran mereka dengan

baik, terutamanya dari segi

pemilihan, penyesuaian dan

penggunaan bahan-bahan

pengajaran, kerana inilah di

antara aspek yang memberi

kesan terhadap prestasi para

pelajar. Keberkesanan bahan

pelajaran yang dipilih mampu

mempengaruhi minat pelajar

untuk meneruskan tumpuan

terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran.

84

5.0 CABARAN – CABARAN YANG

DIHADAPI DALAM

MELAKSANAKAN

PENDEKATAN BERPUSATKAN

PENSYARAH

Terdapat tujuh cabaran yang

dihadapi dalam melaksanakan

pendekatan berpusatkan pensyarah.

Cabaran pertama bagi pendekatan

berpusatkan pensyarah ialah pensyarah

sukar menilai tahap pencapaian objektif

pengajaran dan pembelajaran.

Walaupun pendekatan ini menekankan

pencapaian objektif secara keseluruhan,

namun begitu pendekatan berpusatkan

pensyarah memberi cabaran kepada

pensyarah untuk mencapai objektif

tersebut. Pensyarah akan mengalami

kesukaran untuk mengetahui samada

pelajar memahami ataupun tidak

terhadap pelajaran yang beliau

sampaikan kerana pelajar hanya

mendengar sahaja. Disamping itu juga,

pelajar tidak mempunyai kuasa dan

peluang untuk mengajukan sebarang

persoalan sekiranya mereka tidak

memahami topik yang diajar. Kesannya,

tahap pencapaian objektif pengajaran

dan pembelajaran tidak dapat dinilai.

Cabaran kedua ialah

perkembangan idea dan pendapat

adalah terhad. Ini kerana pelajar dan

pensyarah tidak boleh bertukar – tukar

pendapat dan pelajar tidak dibenarkan

untuk memberikan pandangan mereka.

Pensyarah menggunakan pendekatan

autokratik. Akibatnya, pelajar akan

memperolehi ilmu yang sedikit dan

tidak berkembang. Kaedah ini

mengehadkan kebebasan berfikir dan

daya kreativiti pelajar.

Cabaran ketiga yang dihadapi

dengan menggunakan pendekatan ini

ialah pensyarah akan berhadapan

dengan pelajar yang tidak dapat

menumpukan sepenuh perhatian ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Setiap pelajar mempunyai

tahap penumpuan yang berbeza.

Sekiranya pelajar asyik mendengar

sahaja kuliah yang disampaikan oleh

pensyarah dalam tempoh dua jam

contohnya, ini akan memberikan

kebosanan terhadap pelajar untuk terus

mendengar sesi kuliah tersebut.

Akibatnya, pelajar tidak dapat

menumpukan sepenuh perhatian dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu juga, pembaziran masa dan

tenaga akan berlaku terhadap pelajar

kerana mereka mendengar kuliah

selama dua jam tetapi mereka tidak

85

memahami apa yang disampaikan oleh

pensyarah.

Cabaran yang keempat ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang menunjukkan reaksi bosan

terhadap pengajaran yang disampaikan

oleh pensyarah tersebut. Contohnya,

pelajar tersebut akan gelisah, pergi ke

tandas, membuat bising, mengganggu

rakan yang lain dan menunjukkan rasa

mengantuk. Dalam pendekatan ini,

pensyarah tidak mengambil berat

terhadap perkembangan emosi dan

sahsiah pelajar. Kesannya, pelajar tidak

memahami topik yang diajar dan pelajar

tersebut akan hilang minat untuk

belajar dan hadir ke kuliah.

Cabaran yang kelima ialah

pelajar tidak dapat mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran sekiranya

pensyarah tidak hadir untuk kuliah. Ini

kerana pelajar amat bergantung kepada

pensyarah untuk menyebarkan ilmu

kepada mereka. Kesannya, sesi

pengajaran dan pembelajaran akan

tertangguh.

Cabaran yang keenam ialah

pendekatan berpusatkan pensyarah

tidak dapat melahirkan pelajar yang

kreatif dan pemikiran kritikal kerana

pendekatan ini tidak menggalakkan

pelajar belajar secara aktif. Pelajar juga

tidak mampu menguasai kemahiran

psikomotor, kognitif dan tidak

berupaya mengubah nilai atau sikap

serta tidak dapat menghasilkan sesuatu

yang baru.

Cabaran yang ketujuh ialah

terdapat pensyarah yang kurang mahir

berkomunikasi dihadapan pelajar.

Pendekatan berpusatkan pensyarah

memerlukan pensyarah berkomunikasi

secara aktif. Pensyarah perlu

mempunyai kemahiran berkomunikasi

dengan berkesan kerana pendekatan ini

memerlukan pensyarah yang pandai

bercakap dan boleh bertutur dengan

baik dalam menyampaikan ilmu kepada

pelajar. Walaupun begitu, terdapat

segelintir pensyarah yang tidak

mempunyai tahap komunikasi yang baik

menyebabkan objektif pengajaran dan

pembelajaran tidak dapat dicapai

dengan berkesan.

86

6.0 CABARAN – CABARAN YANG

DIHADAPI DALAM

MELAKSANAKAN

PENDEKATAN BERPUSATKAN

PELAJAR

Terdapat tujuh cabaran yang

dihadapi dalam melaksanakan

pendekatan berpusatkan pelajar.

Cabaran pertama dalam pendekatan

berpusatkan pelajar ialah pensyarah

akan berhadapan dengan segelintir

pelajar yang tidak memberi kerjasama

sepenuhnya. Contohnya, ketika sesi

perbincangan dilakukan di dalam

kumpulan bagi menyelesaikan tugasan

yang diberikan oleh pensyarah, terdapat

seorang pelajar yang hanya mendengar

dan melihat keputusan yang

dibincangkan oleh ahli- ahli yang lain.

Kesannya, pelajar yang tidak memberi

kerjasama dalam perbincangan tersebut

akan menghadapi masalah dalam

pemahaman topik yang diajar dan tidak

dapat menjawab soalan ujian. Selain itu

juga, komunikasi dua hala antara

pensyarah dan pelajar perlu melalui

pendekatan berpusatkan pelajar. Pelajar

mempunyai peluang untuk bertanyakan

soalan dan memberikan idea serta

pendapat sekiranya ada. Namun begitu,

terdapat segelintir pelajar yang tidak

dapat bertindak secara aktif untuk

memberikan pendapat dan bertanyakan

soalan sekiranya tidak memahami topik

yang diajar. Akibatnya, pelajar tersebut

akan ketinggalan dalam pelajaran

kerana tidak memberikan kerjasama

yang sepenuhnya kepada pensyarah.

Cabaran yang kedua ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang merasa rendah diri

berbanding dengan rakan – rakan yang

lain. Pendekatan berpusatkan pelajar

memerlukan pelajar bertindak secara

aktif. Namun begitu, bagi pelajar yang

tidak mampu berbuat demikian mereka

akan merasa malu terhadap rakan –

rakan yang lain kerana lebih bijak dan

aktif daripadanya. Sebagai contoh,

pensyarah akan bertanyakan soalan

kepada pelajar. Sekiranya soalan itu

diajukan kepada rakan yang tidak dapat

menjawab, mereka akan merasa malu

dengan rakan yang lain dan seterusnya

akan mengalami perasaan rendah diri.

Selain itu juga, pendekatan berpusatkan

pelajar memerlukan mereka untuk

membuat pembentangan. Namun

begitu, terdapat segelintir pelajar yang

malu untuk melakukan pembentangan

tersebut. Mereka merasa takut untuk

membuat pembentangan di khalayak

ramai kerana mereka mempunyai low

87

self esteem iaitu tahap kendiri yang

rendah.

Cabaran yang ketiga ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang sukar dikawal

terutamanya apabila melibatkan pelajar

yang ramai pada satu sesi pengajaran

dan pembelajaran. Contohnya dalam

sesi perbincangan, pelajar perlu

berkomunikasi sesama mereka untuk

menyelesaikan masalah yang diberi.

Namun begitu, terdapat segelintir

pelajar yang membuat bising dan

melakukan aktiviti yang lain. Akibatnya,

sesi pengajaran dan pembelajaran akan

terganggu. Pensyarah perlu mempunyai

tahap kesabaran yang tinggi bagi

menghadapi situasi ini.

Cabaran yang keempat ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang tidak berdikari dan tidak

mahu menyusahkan diri mereka.

Pendekatan berpusatkan pelajar

memerlukan pelajar berfikir untuk

menyelesaikan masalah berdasarkan

tugasan yang diberi. Namun begitu,

terdapat pelajar yang tidak suka

membebankan kepala mereka untuk

berfikir bagi menyelesaikan masalah

Mereka lebih suka menerima daripada

berusaha untuk mendapatkan ilmu.

Mereka tidak dapat berdikari tanpa

kehadiran pensyarah sepenuhnya.

Cabaran yang kelima ialah

pendekatan ini memerlukan masa yang

lebih kerana pelajar perlu menyiapkan

tugasan berdasarkan kreativiti dan idea

masing – masing. Selain itu juga,

pensyarah akan mengalami kerugian

masa kerana terdapat segelintir pelajar

yang tidak dapat menyiapkan tugasan

dalam masa yang ditetapkan. Sebagai

contoh, pensyarah memberi tugasan

kepada lima kumpulan pelajar tetapi

terdapat dua kumpulan yang masih

belum menyiapkan tugasan. Oleh itu,

kumpulan yang lain perlu menunggu

kumpulan tersebut menyiapkan

tugasan. Akibatnya, terdapat proses

pengajaran dan pembelajaran akan

terganggu dan pembaziran masa akan

berlaku.

Cabaran yang keenam ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang terlalu aktif atau terlalu

banyak bertanya. Akibatnya, masa

banyak dihabiskan bagi menjawab

soalan yang diajukan oleh individu yang

sama. Secara tidak langsung, perkara ini

boleh menggangu sesi pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu juga, terdapat

segelintir pelajar yang terlalu banyak

88

bertanya tetapi soalan yang diajukan

adalah tidak relevan.

Cabaran yang ketujuh ialah

terdapat segelintir pensyarah yang

mempuyai tanggapan buruk pada

kaedah pendekatan berpusatkan pelajar

kerana mereka tidak tahu bagaimana

hendak memastikan kolaborasi dan

interaksi antara pelajar dengan pelajar

dan antara pensyarah dengan pelajar.

Selain itu juga, pensyarah tersebut lebih

selesa untuk menggunakan kaedah

tradisional iaitu pendekatan

berpusatkan pensyarah.

7.0 CABARAN – CABARAN YANG

DIHADAPI DALAM

MELAKSANAKAN

PENDEKATAN BERPUSATKAN

BAHAN PELAJARAN

Terdapat enam cabaran yang

dihadapi dalam melaksanakan

pendekatan berpusatkan pelajar.

Cabaran pertama yang dihadapi oleh

pensyarah ialah penguasaan kemahiran

dalam penggunaan alat – alat teknologi

mulitimedia seperti slaid projektor dan

komputer. Terdapat segelintir

pensyarah dan pelajar yang kurang

mahir dalam penggunaan alat – alat

teknologi. Akibatnya, penyampaian

pengajaran dan pembelajaran secara

berkesan tidak dapat dilaksanakan.

Selain itu juga, terdapat pelajar yang

kurang mahir dalam penggunaan alat –

alat teknologi. Sebagai contoh,

pensyarah meminta pelajar

menyiapakan tugasan berdasarkan

maklumat yang diperolehi daripada

internet. Namun demikian, pelajar

tersebut kurang mahir dalam

penggunaan internet. Kesannya, pelajar

tidak mampu menyiapkan tugasan pada

masa yang ditetapkan.

Cabaran yang kedua ialah pelajar

akan mengalami kesukaran untuk

memahami bahan pelajaran yang

diberikan oleh pensyarah. Tahap

kebolehan pelajar adalah berbeza.

Justeru, pelajar yang mempunyai tahap

kemampuan yang rendah akan

mengalami masalah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Sebagai

contoh, pensyarah memberikan tugasan

kepada pelajar supaya membuat

kesimpulan daripada artikel yang

diberikan iaitu artikel dalam bahasa

inggeris. Namun begitu, terdapat pelajar

yang lemah dalam bahasa inggeris tidak

memahami bahan tersebut. Akibatnya,

pelajar tersebut sukar untuk

menyiapkan tugasan yang diberi.

89

Cabaran yang ketiga ialah

pensyarah akan mengalami masalah

dari segi sumber rujukan. Bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran

kadangkala dianggap sebagai media

pengajaran yang boleh membantu

pensyarah dan membolehkan pelajar

mendapatkan ilmu pengetahuan dan

kemahiran serta membentuk sikap yang

baik. Proses penilaian dan pemilihan

bahan-bahan yang diperlukan untuk

memenuhi hasrat ini bukanlah satu

kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan

kerja-kerja penyuntingan bahan supaya

ianya sesuai dengan objektif pengajaran

yang seharusnya selaras dengan

kehendak dan matlamat modul. Namun

begitu, terdapat sesetengah topik yang

ingin diajar tidak mempunyai bahan

rujukan yang mencukupi. Oleh itu,

pensyarah tidak dapat menyediakan

bahan yang menarik dan mencukupi

kepada pelajar.

Cabaran yang keempat ialah,

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang tidak menghargai bahan

pelajaran yang diberikan kepada

mereka. Pelajar tidak memanfaatkan

bahan tersebut dan tidak

menggunakannya sebaik mungkin.

Mereka lebih suka untuk mendengar

kuliah berbanding merujuk kepada

bahan pelajaran.

Cabaran yang kelima ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang tidak memberikan

komitmen terhadap tugasan yang

diberikan. Ini kerana pendekatan

berpusatkan bahan pelajaran dapat

dilaksanakan tanpa kehadiran

pensyarah. Namun begitu, terdapat

segelintir pelajar yang mengambil

kesempatan dengan tidak menyiapkan

projek yang diberikan. Mereka hanya

membuat tugasan sekiranya pensyarah

wujud ketika itu.

Cabaran yang keenam ialah

pensyarah tidak dapat mengawasi

pelajar sepenuhnya. Sebagai contoh,

pensyarah meminta pelajar agar

menyiapkan tugasan berdasarkan

sumber bahan pelajaran yang terdapat

di perpustakaan. Namun begitu,

terdapat segelintir pelajar yang mencari

maklumat yang salah tanpa kehadiran

pensyarah. Kesannya, pelajar tersebut

akan menyiapkan tugasan berdasarkan

sumber bahan pelajaran yang tidak

berkaitan.

90

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, terdapat

pelbagai kaedah yang boleh digunakan

oleh pensyarah untuk melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Ia adalah bergantung

kepada kreativiti pensyarah di dalam

menentukan kaedah yang ingin

digunakan. Selain itu juga, pensyarah

perlu memilih pendekatan yang

bersesuaian dengan pelajar dan dapat

memenuhi keperluan sukatan modul.

Strategi pengajaran dan pembelajaran

yang tepat akan menghasilkan pelajar

yang dapat mengubah sikap dan tingkah

laku mereka serta mampu

menggunakan ilmu dan kemahiran yang

diperolehi bagi kemajuan diri sendiri

khasnya dan masyarakat atau negara

amnya.

Disamping itu, bagi memenuhi

falsafah pendidikan negara iaitu

melahirkan pelajar yang seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pensyarah juga perlu berusaha untuk

melahirkan pelajar yang berkemahiran,

berdaya saing, mampu menyelesaikan

masalah dan dapat menyumbangkan

tenaga dan kepakaran kepada negara.

Oleh itu, kerjasama antara pensyarah

adalah penting bagi merealisasikan

hasrat murni ini.

Selain itu juga, setiap pendekatan

mempunyai cabaran – cabarannya yang

tersendiri. Pensyarah perlu bersedia

untuk menghadapi cabaran – cabaran

tersebut dengan berfikiran positif dan

mampu menyelesaikan masalah.

Disamping itu juga, pensyarah perlu

mahir dengan kaedah – kaedah

pelaksanaan ketiga – tiga pendekatan

iaitu pendekatan berpusatkan

pensyarah, pendekatan berpusatkan

pelajar dan pendekatan berpusatkan

bahan pelajaran. Oleh itu, strategi

pendekatan ini perlulah dipilih

mengikut keseuaian bagi mencapai

objektif matlamat di atas. Pensyarah

yang cemerlang mampu melahirkan

insan yang cemerlang.

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan. (1999).

Komunikasi untuk Guru. Kuala

Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

2. Amir Hasan Dawi. (2006).

Penteorian Sosiologi dan

Pendidikan. Tanjung Malim :

Quantum Books.

3. Ausubel, D.P. (1968). Educational

Psychology: A Cognitive View. New

York: Hoet, Rinehart & Winston.

91

4. Dr. Rohizani Yaakub, Shahabudin

Hashim, Mohd Zohir Ahmad. 2003.

Pedagogi : Strategi dan Teknik

Mengajar dengan Berkesan. Pahang

: PTS Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

5. Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi II.

Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

6. Godsby. A. ( 2002 ). Kamus

Longman Essential Activator.

England : Pearson Education

Limited

7. Mok Soon Sang. (1996). Pendidikan

di Malaysia. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

8. Sheikh Othman Abdullah. (2005).

Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

9. Wehmeir. S. ( 2003 ). Kamus Oxford

Advanced Learner’s Di.ctionary. New

York : Oxford University Press.

10. Yusup Hashim.(1998). Teknologi

Pengajaran. Selangor : Fajar

Bakti.Sdn. Bhd.

11. http://khatirina.blogspot.com/200

9/11/aktiviti-2-tugasan-2-

jurnal.html

12. http://qaryafikir.wordpress.com/2

008/09/11/kaedah-penyesuaian-

bahan-bantu-mengajar-buku-teks/

13. http://www.educ.upm.edu.my/~fa

dzilah/nota%20kaedah.htm

92

ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM DALAM MODUL PERISIAN

APLIKASI (TTM 101)

Oleh :

Melati Binti Sabtu

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

1.0 PENGENALAN

Komputer merujuk kepada

peralatan, mesin, atau alat yang

digunakan untuk memproses maklumat

dan informasi berpandukan kepada

prosedur atau arahan yang ditetapkan.

Teknologi dalam komputer digital telah

melalui perubahan besar sejak

komputer yang pertama pada tahun

1940. Namun kebanyakannya masih

menggunakan senibina Von Neumann,

yang dicadangkan oleh John Von

Neumann pada awal 1940-an. Bahagian

asas komputer terbahagi kepada dua

iaitu, perkakasan dan perisian.

Perkakasan merujuk kepada

keseluruhan peralatan fizikal pada

sebuah komputer seperti tetikus, papan

kekunci dan sebagainya. Perisian pula

menyediakan arahan kepada

perkakasan untuk melaksanakan kerja

komputer seperti perisian aplikasi,

perisian pengguna dan perisian sistem

operasi.

Perisian aplikasi merupakan

perisian yang dibina bertujuan untuk

memenuhi kehendak pengguna dalam

bidang tertentu seperti pengurusan

pejabat, grafik, perakaunan, pangkalan

data dan sebagainya. Melalui modul

TTM 101, pelajar akan didedahkan

kepada penggunaan perisian aplikasi

untuk memenuhi pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman yang akan

digunakan sepanjang pengajian pelajar

di Kolej Komuniti dan di alam pekerjaan

pelajar nanti.

93

2.0 LATAR BELAKANG MODUL

2.1 LATAR BELAKANG MODUL

PERISIAN APLIKASI (TTM 101)

Modul Perisian Aplikasi (TTM

101) merupakan modul teknikal untuk

pelajar Semester 1 Kolej Komuniti

khususnya untuk Kursus Sijil Teknologi

Maklumat. Modul ini merupakan antara

modul yang wajib diambil oleh pelajar

Sijil Teknologi Maklumat dan wajib lulus

dalam peperiksaan sebagai syarat wajib

untuk mereka menjalani latihan industri

pada Semester 3 dan sekaligus

melayakkan pelajar menerima sijil di

akhir pengajian nanti.

Modul Perisian Aplikasi memberi

pengetahuan dalam konsep sistem

komputer dan kemahiran dalam

penggunaan perisian aplikasi.

Penekanan modul adalah terhadap

perisian komputer, sistem

pengoperasian Windows, pemprosesan

perkataan Ms Words, hamparan

elektronik Ms Excel dan persembahan

Ms Powerpoint.

2.2 PERLAKSANAAN MODUL DAN

PEMANTAUAN WAKTU

Modul TTM 101 dilaksanakan

selama 6 jam seminggu iaitu 2 jam

untuk 3 kali pertemuan dalam

seminggu. Modul ini dilaksanakan

secara amali sepenuhnya untuk satu

semester iaitu selama 15 minggu

pembelajaran bersamaan dengan 90

jam pembelajaran. Jam kredit untuk

modul ini ialah sebanyak 3 jam kredit.

Sekiranya peratus kehadiran

pelajar kurang daripada 80%, pelajar

boleh ditahan daripada menduduki

Peperiksaan Akhir Semester dan

dimansuhkan markah penilaian

berterusan. Oleh itu, pelajar akan

sentiasa dinasihatkan agar hadir ke

kuliah supaya tidak menjejaskan

kelayakan untuk menduduki

Peperiksaan Akhir Semester.

2.3 STRUKTUR PENILAIAN MODUL

Pemarkahan modul TTM 101

diambil kira dari hasil tambah markah

penilaian berterusan (PB) iaitu

sebanyak 80% dengan markah penilaian

akhir (PA) iaitu sebanyak 20%. Markah

penilaian berterusan (PB) diambil kira

sepanjang 15 minggu pembelajaran

manakala markah penilaian akhir (PA)

94

diambil kira pada Peperiksaan Akhir

Semester.

Markah penilaian berterusan

(PB) untuk modul TTM 101 dinilai

menggunakan penilaian prestasi amali

Classroom Assessment Technique (CATS)

yang kebiasaannya dilaksanakan di

akhir pembelajaran setiap sesuatu topik.

Kesemua markah amali yang telah

dilaksanakan akan diisi di dalam borang

CATS yang kemudiannya dijumlahkan

untuk dijadikan sebagai markah

penilaian berterusan (PB) yang

merangkumi 80%. Markah penilaian

berterusan (PB) perlu dikira sebelum

Peperiksaan Akhir Semester

dilaksanakan.

Pelajar yang layak akan

menduduki Peperiksaan Akhir Semester

secara amali yang merangkumi

sebanyak 20%. Hasil markah penilaian

akhir (PA) ini akan dijumlahkan dengan

penilaian berterusan (PB) pelajar yang

akhirnya akan menentukan gred dan

mata kredit pelajar untuk modul TTM

101 ini.

2.4 OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran modul

TTM 101, pelajar akan dapat

mengenalpasti sistem pengoperasian

Windows, membezakan penggunaan

perisian aplikasi seperti pemproses

perkataan Ms Words, hamparan

elektronik Ms Excel dan persembahan

Ms Powerpoint. Pelajar juga dapat

mempraktikkan penggunaan sistem

pengoperasian Windows, pemproses

perkataan Ms Words dan hamparan

elektronik Ms Excel dan membuat slaid

persembahan dengan menggunakan Ms

Powerpoint.

3.0 ALIRAN FALSAFAH

PENDIDIKAN BARAT DALAM

MODUL PERISIAN APLIKASI

(TTM 101)

3.1 PERENIALISME

Falsafah pendidikan

perenialisme ialah yang tertua,

tradisional dan dikatakan paling

konservatif. Objektif pendidikan

perenialisme ialah untuk mendidik

individu yang rasional dan menyemai

intelektual individu. Menurut buku

Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum

(Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman),

kurikulum pendidikan berasaskan

falsafah perenialisme adalah

berpusatkan mata pelajaran dan sama

untuk semua pelajar sama ada suka atau

95

tidak. Pemilihan matapelajaran secara

elektif adalah tidak digalakkan

memandangkan pelajar belum bersedia

dan belum matang dalam membuat

pilihan. Pensyarah bersifat autoriti dan

mesti menguasai bidang ilmu,

pengetahuan dan kemahiran

penyampaian dengan baik dan tidak

boleh dipersoalkan lagi. Kaedah

pengajaran yang sering digunakan

adalah dalam bentuk lisan, kuliah dan

penghuraian maklumat.

Menurut buku Pengenalan

Falsafah Pendidikan (Abd. Fatah Hasan),

aliran falsafah pendidikan perenialisme

mengamalkan enam prinsip dasar.

Prinsip pertama perenialisme ialah

manusia adalah sama dan pendidikan

haruslah sama pada setiap zaman dalam

setiap masyarakat untuk setiap

manusia. Pengetahuan adalah sama di

mana-mana dan proses pendidikan

adalah amat penting untuk

mendapatkan pengetahuan. Prinsip

kedua perenialisme ialah rasionaliti,

kewarasan dan kebijaksanaan adalah

ciri utama manusia. Oleh itu, pendidikan

hendaklah ditumpukan ke arah

pembentukan rasionaliti. Pelajar

mestilah diberi bimbingan supaya

menggunakan akal yang rasional bagi

berfikir perkara yang baik dan

membentuk sikap yang baik. Prinsip

ketiga perenialisme ialah pendidikan

mengandungi pengajaran, pengajaran

mengandungi pengetahuan dan

pengetahuan ialah kebenaran. Prinsip

keempat perenialisme ialah pendidikan

bukanlah suatu tiruan penghidupan

tetapi hendaklah dianggap suatu

persediaan. Institusi perlu mencipta

persekitaran agar perkembangan

intelek pelajar dapat dijayakan dan

pelajar diharap dapat menambah nilai

kehidupan dan pengalaman yang lebih

baik. Prinsip kelima perenialisme ialah

pelajar hendaklah diajarkan subjek asas

yang khusus yang dapat digunakan

dalam kehidupannya iaitu pelajaran 3M

untuk melatih pelajar menjadi manusia

serba boleh. Prinsip keenam

perenialisme ialah pendidikan

hendaklah dapat memperkenalkan

kepada pelajar mengenai keadaan

manusia yang universal melalui

kesusasteraan, falsafah, sejarah dan

sains yang dilahirkan oleh penulis-

penulis terkenal.

Dalam modul TTM 101, terdapat

lima topik yang telah ditetapkan dan

perlu dipelajari oleh pelajar bermula

dengan topik pengenalan perisian

aplikasi, sistem pengoperasian

Windows, pemproses perkataan Ms

96

Words, hamparan elektronik Ms Excel

dan persembahan Ms Powerpoint. Pada

awal minggu perkuliahan, pensyarah

akan menerangkan kepada pelajar

mengenai sejarah pembangunan

komputer mengikut generasi, tokoh-

tokoh yang terlibat dalam pembangunan

teknologi maklumat dan fungsi

penggunaan komputer dalam kehidupan

masyarakat sekarang. Kemudian, pelajar

akan diterangkan mengenai maksud

perisian aplikasi dan penggunaannya

dalam bidang harian pengguna

komputer. Pensyarah juga akan

menyenaraikan contoh-contoh jenis

perisian aplikasi dan mengenalpasti

bidang penggunaan setiap jenis perisian

aplikasi.

Dari sudut falsafah pendidikan

perenialisme, penerangan mengenai

sejarah pembangunan komputer dan

fungsi penggunaannya adalah bertujuan

untuk membantu pelajar mencari dan

menghayati sejarah pembangunan dan

penggunaan komputer yang berkekalan

di sepanjang peradaban manusia

sehingga kini. Sejarah mengenai

pembangunan dan penggunaan

komputer ini boleh dikenalpasti oleh

setiap pelajar melalui latihan-latihan

berunsurkan intelek seperti

penggunaan gambarajah, mencari

maklumat di dalam perpustakaan atau

sebagainya yang bertujuan untuk

mendisiplinkan minda pelajar,

membangunkan dan

memperkembangkan pemahaman

pelajar dalam bidang komputer. Melalui

pendedahan ini, pelajar akan mendapat

gambaran awal mengenai modul

perisian aplikasi yang akan mereka

pelajari di sepanjang satu semester.

Setiap pelajar perlu mengikuti

keseluruhan silibus modul yang telah

ditetapkan dari awal sehingga akhir.

Pensyarah bersifat autoriti dan perlu

menguasai ilmu pengetahuan mengenai

pembangunan komputer dengan baik.

Pendedahan secara teori lisan, nota

kuliah dan penghuraian terhadap nota

yang diberi digunakan oleh pensyarah

untuk menyampaikan pengajaran

penggunaan komputer dan perisian

aplikasi yang sentiasa berkekalan

terutamanya kepada para pelajar

sebagai generasi baru sekarang. Melalui

pengajaran dan pembelajaran ini,

pelajar bukan sahaja dapat menerima

maklumat dan pengetahuan, malah

pelajar dapat didedahkan kepada makna

dan hubungan mereka dengan

pengalaman-pengalaman lampau

supaya apa yang dipelajari untuk topik

akan datang akan menjadi lebih

97

bermakna dan mudah untuk difahami

pada diri mereka sendiri sebagai pelajar

teknologi maklumat.

3.2 ESENSIALISME

Falsafah pendidikan esensialisme

adalah termasuk dalam pendidikan

falsafah yang tradisional dan

konservatif. Pendidikan esensialisme

lebih kepada meningkatkan

perkembangan intelektual, kemahiran,

sikap, idea dan sebagainya yang boleh

disampaikan secara sistematik wajar

diketengahkan. Pensyarah lebih banyak

memainkan peranan berbanding dengan

pelajar. Pensyarah dianggap sebagai

pakar ilmu dan sebagai role model yang

harus dicontohi.

Menurut buku Pengenalan

Falsafah Pendidikan (Abd. Fatah Hasan),

aliran falsafah pendidikan esensialisme

mengamalkan empat prinsip dasar.

Prinsip pertama esensialisme ialah

pembelajaran melibatkan kerja yang

bersungguh-sungguh dan berdedikasi

perlu ditanamkan dalam diri setiap

pelajar. Prinsip kedua esensialisme ialah

daya usaha dalam pendidikan

bergantung pada pensyarah berbanding

pada pelajar. Tujuan dan minat dalam

diri pelajar perlu dipupuk, dibimbing

dan dikawal oleh pensyarah untuk

membolehkan pelajar menguasai proses

perkembangan pendidikan. Prinsip

ketiga esensialisme ialah pemusatan

proses pendidikan ialah penyerapan

bahan pengajaran yang ditentukan.

Pendidikan seharusnya membolehkan

setiap pelajar menyedari keupayaan

masing-masing dan memahami keadaan

dunia sekeliling. Prinsip keempat

esensialisme ialah kaedah penyelesaian

masalah memang baik digunakan dalam

proses pembelajaran tetapi tidak wajar

jika kaedah itu sentiasa digunakan di

sepanjang proses pembelajaran.

Dari sudut falsafah pendidikan

esensialisme, modul TTM 101

menerapkan pelajar mengenai

penerangan kepada pengenalan sistem

pengoperasian Windows yang

merupakan topik kedua TTM 101.

Pengajaran dan pembelajaran topik ini

memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar

daripada pensyarah dalam membentuk

perkembangan intelektual, kemahiran,

sikap dan pembinaan idea kepada

pelajar yang baru terdedah kepada

persekitaran penggunaan perkakasan

komputer dan penggunaan sistem

operasi Windows. Pada topik ini juga,

pelajar didedahkan cara menggunakan

Windows secara amali. Setiap

98

kemahiran memerlukan bimbingan dan

tunjuk ajar daripada pensyarah untuk

meningkatkan kemahiran dan idea

pelajar dalam proses mengaplikasikan

penggunaan operasi Windows dalam

kehidupan sebagai seorang pelajar

teknologi maklumat. Pelajar

ditunjukkan cara untuk memulakan dan

menamatkan sistem operasi Windows.

Pelajar juga ditunjukkan cara

penggunaan disket, cakera liut, cakera

keras, tetikus dan papan kekunci agar

pelajar dapat menguasai penggunaan

perkakasan komputer dengan baik

untuk memudahkan pembelajaran

mereka dengan perisian aplikasi Ms

Words, Ms Excel dan Ms Powerpoint.

Pelajar juga dipraktikkan secara amali

setiap kegunaan ikon-ikon yang

terdapat dalam desktop Windows dan

cara-cara beroperasi dengan Windows

seperti cara menggunakan fungsi

bantuan Windows, My Computer, Recycle

Bin, Explorer, Control Panel dan

sebagainya. Melalui pendedahan

kemahiran ini, pelajar akan mendapat

gambaran awal dan mampu menjana

idea untuk membentuk kemahiran asas

dalam menjalankan operasi dengan

pelbagai jenis sistem pengoperasian

Windows seperti Windows Vista,

Windows ME, Windows 7 dan lain-lain.

Tujuan dan minat pembelajaran

dalam diri pelajar perlu disemai dan

dipupuk oleh pensyarah untuk

membolehkan pelajar menguasai proses

perkembangan pendidikan. Pelajar juga

dipupuk nilai-nilai disiplin diri untuk

memberi peluang kepada pelajar

berfikir berkenaan baik buruknya

sesuatu keadaan jika mereka

menyalahgunakan penggunaan

teknologi komputer yang boleh

memudaratkan minda dan tingkah laku

pelajar.

3.3 PROGRESIVISME

Falsafah pendidikan

progresivisme adalah merujuk kepada

proses pendidikan yang mencorakkan

hubungan sosial manusia mengikut

persekitaran yang ada. Pelajar lebih

banyak membabitkan diri dalam aktiviti

pembelajaran mereka. Peranan

pensyarah adalah sebagai pembimbing

kepada pelajar dalam perlaksanaan

aktiviti dan projek penyelesaian

masalah kerana pelajar berkeupayaan

memikir, meninjau dan membuat

penerokaan sendiri dalam menganalisis

masalah, mengenalpasti sumber data

dan ilmu yang relevan, mentafsir dan

99

menilai ketepatan data dan

merumuskan kesimpulan.

Menurut buku Pengenalan

Falsafah Pendidikan (Abd. Fatah Hasan),

pembelajaran progresivisme lebih

dipusatkan kepada penyelesaian

masalah dan bukannya arahan sahaja.

Pelajar mesti belajar bagaimana untuk

belajar dengan mendedahkan kepada

mereka teknik penyelesaian masalah

yang paling baik. Dalam proses

pendidikan, kerjasama di kalangan

pelajar harus digalakkan dan bukannya

dianggap persaingan sengit. Proses

pembelajaran tidak boleh dijadikan

sebagai pertandingan kerana hadiah

pertandingan tidak boleh dianggap

kemajuan diri. Elemen yang penting

dalam proses pembelajaran

progresivisme ialah konferensi,

perbincangan, perancangan dan

penyertaan.

Dari sudut falsafah pendidikan

progresivisme, modul TTM 101

menggalakkan pelajar diberi

pendedahan secara amali sepenuhnya di

dalam makmal komputer mengenai

penggunaan perisian Ms Office iaitu

pemproses perkataan Ms Words,

hamparan elektronik Ms Excel dan

persembahan Ms Powerpoint. Dalam

proses pembelajaran Ms Words, pelajar

mengaplikasikan kemahiran

memulakan perisian Ms Words,

menggunakan bantuan dalam Ms

Words, menyunting dokumen yang

ditaip, mengformat dokumen yang

ditaip, membina grafik, jadual dan surat.

Dalam proses pembelajaran Ms Excel

pula, pelajar mengaplikasikan

kemahiran memulakan perisian Ms

Excel, cara-cara beroperasi dengan

worksheet, menyunting dan memformat

dokumen yang ditaip, mencipta formula

matematik (seperti tambah, tolak,

darab, bahagi, nilai tertinggi, nilai

terendah, purata dan gred), pembinaan

jadual dan graf. Manakala, dalam proses

pembelajaran Ms Powerpoint, pelajar

mengaplikasikan kemahiran

memulakan perisian Ms Powerpoint,

membina dan memodifikasikan

persembahan yang menarik dan padat

dengan isi-isi penting yang sesuai untuk

tujuan persembahan.

Proses pengajaran dan

pembelajaran progresivisme lebih

berpusatkan kepada pelajar iaitu pelajar

lebih banyak membabitkan diri di dalam

makmal komputer. Peranan pensyarah

adalah sebagai pembimbing kerana

pelajar berkeupayaan memikir,

meninjau dan membuat penerokaan

sendiri dalam meneroka persekitaran

100

Ms Office dan mengaplikasikan

penggunaan Ms Office. Pelajar akan

diberi bahan-bahan seperti teks,

petikan, jadual, grafik dan sebagainya

untuk mereka belajar mengaplikasikan

bahan-bahan tersebut dengan

menggunakan perisian Ms Office yang

sesuai. Pelajar digalakkan untuk

melaksanakan segala tugasan secara

individu untuk meningkatkan tahap

kecenderungan minat, bakat dan

intelektual pelajar.

Pelajar juga dipupuk nilai disiplin

diri bertujuan untuk membentuk

individu yang berketrampilan dalam

melaksanakan tugasan dan amali yang

diberikan kepada mereka mengikut

kriteria dan spesifikasi yang ditetapkan.

Pelajar juga diberi peluang untuk

berfikir berkenaan baik buruknya

sesuatu keadaan sebagai pelajar dan

juga sebagai seorang yang berkerjaya

pada masa akan datang sekiranya

mereka melaksanakan tugasan dengan

sambil lewa.

3.4 REKONSTRUKSIONISME

Falsafah pendidikan

rekonstruksionisme adalah lanjutan

daripada aliran falsafah progresivisme.

Matlamat pendidikan

rekonstruksionisme adalah ke arah

pembentukan masyarakat baru,

masyarakat global yang saling

bergantungan antara satu sama lain.

Pendidikan rekonstruksionisme

bertujuan untuk pembaharuan perkara-

perkara yang terdapat dalam sistem

sosial. Kurikulum lebih berfokus

terhadap masalah yang dihadapi oleh

masyarakat. Peranan pensyarah sebagai

fasilitator menyedarkan pelajar kepada

masalah yang dihadapi, membantu

pelajar mengenalpasti masalah yang

ingin diberi tumpuan oleh pelajar dan

menentukan bahawa pelajar

mempunyai kemahiran yang akan

membolehkan mereka mengatasi

masalah. Pensyarah hendaklah cekap

mengatur pelbagai aktiviti

pembelajaran yang dijalankan secara

serentak.

Menurut buku Pengenalan

Falsafah Pendidikan (Abd. Fatah Hasan),

aliran falsafah pendidikan

rekonstruksionisme mengamalkan

enam prinsip dasar. Prinsip pertama,

pendidikan mestilah mementingkan

kaedah pengalaman interaksi antara

pelajar dengan persekitaran untuk

mencapai matlamat dalam pendidikan

dan pembaharuan sosial. Prinsip kedua

ialah pensyarah hendaklah

101

melaksanakan tugas dalam membentuk

pengalaman dan pemikiran pelajar

kepada yang lebih kreatif kepada pelajar

untuk mencapai prinsip pertama.

Prinsip ketiga ialah masyarakat

hendaklah melaksanakan konsep

demokrasi. Sebarang perkara yang

melibatkan kepentingan orang ramai,

struktur, tujuan dan polisi yang

dibentuk untuk masyarakat hendaklah

mendapat persetujuan daripada

masyarakat dan menjadi tanggungjawab

perwakilan yang dipilih. Prinsip

keempat ialah pensyarah memainkan

peranan penting bagi meyakinkan

pelajar keadaan masyarakat dan

mempertingkatkan taraf kehidupan

dengan cara demokrasi. Institusi

hendaklah memusatkan kepada

keadaan masa akan datang supaya

pemikiran dan sikap pelajar sesuai

dengan sebarang peraturan baru yang

akan dialami dari semasa ke semasa.

Prinsip kelima ialah kaedah dan tujuan

pendidikan hendaklah memenuhi

kehendak kebudayaan sesuatu tempat

dan disesuaikan dengan konsep sains

tingkah laku. Pensyarah boleh

merancang suatu pendidikan yang

sesuai dengan kehendak sosial dan

peraturan antarabangsa. Prinsip

keenam ialah pelajar, institusi dan

pendidikan dibentuk oleh tekanan sosial

dan kebudayaan. Setiap ahli masyarakat

perlu diberikan pendidikan supaya

mereka mengenali pembaharuan sosial

yang berlaku dan bagaimana konsep

pembaharuan sosial dapat

dilaksanakan.

Dari sudut falsafah pendidikan

rekonstruksionisme, modul TTM 101

menggalakkan setiap pelajar untuk

menilai perlakuan sendiri dan merasai

tanggungjawab sebagai seorang pelajar

dalam proses pendidikan. Pelajar

digalakkan menggiatkan pengalaman-

pengalaman hidup dengan pendidikan

teknologi komputer ini. Pelajar perlu

merancang dan membuat pembaharuan

dengan menggunakan kemahiran-

kemahiran sistem pengoperasian, Ms

Words, Ms Excel dan Ms Powerpoint

yang mereka pelajari secara

menyeluruh dan komprehensif dalam

membentuk perkembangan intelektual,

kemahiran, sikap dan pembinaan idea

pelajar. Pelajar juga perlu mampu

mengenal pasti setiap permasalahan

yang akan berlaku serta

bertanggungjawab memastikan

pemikiran dan sikap pelajar sesuai

dengan sebarang penyelesaian yang

perlu dialami dari semasa ke semasa.

Pelajar juga mampu mengenalpasti

kaedah penyelesaian yang sesuai untuk

102

mengatasi permasalahan yang diberikan

kepadanya. Sebagai penilaian pelajar,

pensyarah akan melaksanakan ujian

penilaian amali kepada pelajar untuk

melihat perkembangan kecekapan

pelajar dalam melaksanakan ujian

dengan baik menggunakan kaedah yang

telah dipelajari dalam perisian aplikasi.

Melalui pendidikan modul TTM

101 kaedah pengalaman interaksi di

kalangan pelajar dan pensyarah adalah

penting untuk menyemai tahap

komunikasi dan semangat giat aktif

dalam diri pelajar. Pelajar digalakkan

memberi pendapat, cadangan dan

komen terhadap sesuatu permasalahan

yang diberi. Pensyarah memainkan

peranan penting mewujudkan dan

mengintegrasikan aktiviti-aktiviti

permasalahan berbentuk teknologi

maklumat yang terkini kepada pelajar

agar berkeupayaan memahami masalah

dan menggunakan metod penyelesaian

yang sesuai dengan kehendak sosial.

Pensyarah harus mampu menggalakkan

pencapahan pemikiran di kalangan

pelajar sebagai kaedah untuk

menghasilkan penyelesaian alternatif.

Melalui permasalahan yang wujud,

pelajar akan mampu menggunakan

kemahiran memahami permasalahan

yang berlaku pada perisian aplikasi dan

dapat dilihat bagaimana tindakan

seseorang pelajar menyelesaikan

masalah itu bersesuaian atau tidak.

Pelajar juga giat untuk bekerjasama

dalam bentuk kumpulan bagi

mempertingkatkan lagi kemahiran

sosial dalam persekitaran masyarakat.

Oleh itu, pelajar diwajibkan untuk

menjalani latihan industri pada

semester tiga pengajian untuk menimba

pengalaman bekerja dalam bidang

industri teknologi maklumat.

Rasa bertanggungjawab juga

dipupuk dalam diri setiap pelajar untuk

memelihara kemudahan-kemudahan

sistem komputer yang sedia ada

termasuk perabot dan kelengkapan di

dalam makmal komputer, kebersihan

dan keselamatan persekitaran makmal.

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai

satu keadaan atau persekitaran di mana

pelajar dapat menjalankan aktiviti

pembelajaran dengan selamat,

harmonis, kurang risiko bahaya, tanpa

sebarang gangguan dan kemalangan.

Keselamatan di dalam makmal

komputer adalah satu aspek penting

yang perlu diberi perhatian oleh setiap

pelajar dan pensyarah serta menjadi

tanggungjawab utama semua orang.

Kemalangan boleh berlaku ke atas

individu, kumpulan atau ke atas

103

sesebuah tempat disebabkan oleh

kecuaian, kelalaian dan sifat tidak

bertanggungjawab dalam menjamin

keselamatan.

Kegagalan pelajar untuk

mematuhi peraturan-peraturan dan

undang-undang tertentu mengenai

keselamatan bukan sahaja

membahayakan diri sendiri tetapi juga

membahayakan keselamatan orang lain.

Oleh itu, pelajar dilatih untuk sentiasa

berasa bertanggungjawab dan sentiasa

melakukan pemeriksaan dari semasa ke

semasa ke atas alat-alat dan

kelengkapan komputer seperti

perkakasan komputer dan bekalan

kuasa elektrik (seperti plug) supaya

kerosakan dan keadaan yang

membahayakan dapat dikesan lebih

awal untuk dibaikpulih.

4.0 ALIRAN FALSAFAH

PENDIDIKAN ISLAM DALAM

MODUL PERISIAN APLIKASI

(TTM 101)

Pendidikan dalam konteks Islam

adalah meluas, menyeluruh dan

bersepadu. Pendidikan adalah wajib

kepada semua umat manusia. Ilmu

pengetahuan pada masa ini berkembang

dengan pesatnya dan tidak mungkin

bagi seseorang dapat menguasai

keseluruhan ilmu pengetahuan itu.

Mengikut aliran falsafah pendidikan

islam, perkembangan ilmu seseorang

individu perlulah seimbang, harmonis,

menyeluruh dan bersepadu meliputi

unsur intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Pendidikan merupakan usaha-

usaha membaiki diri supaya

membentuk sifat-sifat kesempurnaan

sebagai manusia beriman, berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia dan

beramal ikhlas.

Berdasarkan aliran falsafah

pendidikan islam, pendidikan boleh

dihuraikan sebagai satu proses yang

berterusan untuk melahirkan orang

yang berilmu, baik tingkah laku dan

dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di

kalangan masyarakat. Falsafah

pendidikan Islam boleh ditakrifkan

sebagai usaha perlaksanaan teori dan

metod dalam bidang pengalaman

manusia yang dipanggil pendidikan.

Oleh yang demikian, falsafah pendidikan

Islam merangkumi aspek-aspek

matlamat, kandungan dan dasar

pendidikan islam.

Dalam modul TTM 101, pelajar

didedahkan dengan unsur-unsur nilai

murni seperti keselamatan, kebersihan,

kreativiti, masa dan sikap yang dapat

104

membentuk keperibadian pelajar

cemerlang. Pelajar perlu faham akan

peranan mereka sebagai seorang pelajar

dan situasi persekitaran yang dialami

sepanjang pembelajaran mereka dalam

kursus teknologi maklumat. Pelajar

perlu mampu menyiapkan kerja atau

arahan daripada pensyarah sepenuhnya

dalam jangkamasa yang diberikan untuk

dinilai. Pelajar juga mampu

mengamalkan semua faktor

keselamatan tempat kerja dengan baik

samada keselamatan diri, alat, bahan

dan bengkel atau makmal. Pelajar juga

perlu sentiasa mengambil berat

mengenai hasil mutu kerja agar

melebihi tahap penilaian yang

ditetapkan. Pelajar juga perlu

menanamkan sikap bertanggungjawab

terhadap perlakuannya sama ada benar

atau tidak.

Oleh kerana pendidikan

merupakan proses pembelajaran yang

berterusan, maka pensyarah perlu

mempunyai sifat, sikap dan kemahiran

yang tinggi dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Pensyarah juga perlu sentiasa

menghargai setiap pandangan, komen

dan jawapan yang diberikan secara

positif. Teguran secara positif perlu

diberikan kepada pelajar bermasalah

sebagai motivasi dan menyediakan

peluang-peluang kepada pelajar berikut

untuk mempelajari sesuatu yang baru

atau melakukan perubahan perlakuan.

Dalam modul TTM 101, pelajar

dididik untuk mempelajari pengalaman-

pengalaman, sikap dan perlakuan yang

sesuai dengan kehendak agama,

masyarakat majmuk, alam pekerjaan

sebenar, isu semasa di Malaysia dan isu

antarabangsa. Pelajar mempunyai hak

untuk menimba ilmu, mencipta

kemahiran dan memupuk nilai-nilai

murni masyarakat yang meluas tanpa

kongkongan sesiapa. Melalui pendidikan

modul TTM 101, pelajar dapat

memahami keperluan sistem perisian

aplikasi seperti Ms Words, Ms Excel dan

Ms Powerpoint dengan lebih mendalam

dan menjelajah tujuan penggunaannya

dalam kehidupan sebagai pelajar dan

sebagai persediaan ke alam pekerjaan.

Pendidikan modul TTM 101 lebih

berorientasikan kepada masa depan dan

masa sekarang. Usaha-usaha dijalankan

untuk pelajar lebih tegas diri, pandai

menyesuaikan diri dalam menggunakan

sistem komputer dan memahami

implikasi perubahan teknologi sistem

komputer yang sentiasa berubah dari

semasa ke semasa. Pembentukan

pengetahuan dan kemahiran pelajar

105

mengenai teknologi sistem komputer

dipengaruhi oleh keseluruhan

pengalaman-pengalaman yang mereka

alami. Pelajar juga tidak boleh dilihat

sebagai hanya manusia kognitif, tetapi

sebagai individu yang mempunyai

perasaan, sikap, akal dan rohani.

Sebarang aktiviti bimbingan kerohanian

adalah perlu untuk mewujudkan

persepaduan dalam pendidikan. Pelajar

didedahkan kepada penghayatan dan

perbezaan antara benar dan salah,

amalan-amalan hidup, keperibadian

mulia, akhlak dan perlakuan yang

menuju ke arah pembangunan pelajar

yang cemerlang dan berketrampilan.

Mematuhi etika adalah untuk tujuan

memelihara kebajikan pelajar supaya

tidak teraniya oleh keadaan

persekitaran atau masyarakat.

Perkembangan ke arah kesihatan

mental yang menyeluruh dan bersepadu

merupakan aspek-aspek yang perlu

ditumpukan. Kerjasama sosial, penilaian

diri sendiri, kemahiran untuk hidup

secara kelompok, cinta kepada

keindahan kesenian dan penyertaan

dalam kelompok rakan sebaya

merupakan antara aspek pembentukan

psikososial pelajar di Kolej Komuniti.

Dari sudut pembentukan fizikal,

pelajar dididik untuk menyesuaikan diri

dengan perubahan fizikal, persekitaran

dan umur. Pelajar perlu sentiasa belajar

menyiapkan diri untuk menjadi seorang

yang dewasa.

Dari sudut pembentukan kerjaya

pelajar, pendedahan awal mengenai

dunia pekerjaan dalam diri setiap

pelajar dapat dijadikan sebagai

persediaan kepada kebolehan, minat

dan bakat. Penglibatan dalam aktiviti-

aktiviti kerjaya iaitu melalui latihan

industri yang pelajar Kolej Komuniti

akan jalani pada semester tiga akan

membina diri ke arah berdikari dan

mampu membuat keputusan dalam

pemilihan kerjaya.

5.0 PENDAPAT

Berdasarkan apa yang telah

dibincangkan di atas, didapati bahawa

pendidikan Malaysia sememangnya

menggunakan beberapa aliran falsafah

seperti aliran falsafah barat, aliran

falsafah islam dan falsafah pendidikan

kebangsaan.

Aliran falsafah barat

merangkumi aliran perenialisme,

esensialisme, progresivisme dan

rekonstruksionisme. Aliran falsafah ini

banyak mempengaruhi perkembangan

kehidupan termasuk dalam bidang

106

pendidikan di seluruh dunia. Kolej

Komuniti juga menggunakan aliran

falsafah dalam pendidikan pelajar.

Pelajar Kolej Komuniti merupakan

pelajar yang mempunyai pengetahuan

pendidikan yang rendah. Oleh itu,

perlaksanaan aliran falsafah barat

sesuai dilaksanakan dalam pengajaran

dan pembelajaran. Bermula dari aliran

perenialisme, pensyarah akan

memainkan peranan penting untuk

memupuk minat belajar dalam diri

setiap pelajar. Pensyarah dijadikan

sebagai pemimpin untuk

menyampaikan dan mendedahkan

kepada pelajar pengetahuan asas

terhadap sesuatu topik agar mendapat

gambaran awal sebelum pelajar boleh

meneruskan ke tahap yang seterusnya.

Dari segi aliran esensialisme, kemahiran

amali dipupuk dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Pensyarah akan

menunjukkan kemahiran asas dan

melatih pelajar melaksanakan banyak

aktiviti untuk memahirkan lagi tahap

kemahiran pelajar dalam bidang

teknologi sistem komputer. Dari segi

progresivisme, pelajar mula

melaksanakan pembelajaran tanpa

bantuan pensyarah. Pensyarah akan

memantau segala aktiviti pelajar dan

memberi pendapat atau komen

terhadap aktiviti pelajar untuk

menggalakkan lagi minat dan

keintelektualan pelajar. Aktiviti yang

dijalankan dapat menggalakkan

hubungan sosial sesama masyarakat.

Dari segi rekonstruksionisme, pelajar

lebih banyak didedahkan kepada aktiviti

penyelesaian masalah. Pelajar akan

diminta untuk mengenalpasti perisian

aplikasi yang sesuai digunakan untuk

setiap masalah. Penekanan kepada

dunia teknologi sistem komputer yang

giat membangun didedahkan kepada

pelajar sebagai persediaan untuk

menjalani alam pekerjaan kelak. Aliran

rekonstruksionisme lebih menumpukan

kepada pembinaan semula intelektual,

kemahiran dan nilai murni pelajar.

Aliran falsafah islam juga sesuai

dilaksanakan di Kolej Komuniti. Falsafah

ini menggalakkan pelajar menimba ilmu

secara seimbang, harmonis, menyeluruh

dan bersepadu meliputi unsur intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan

merupakan usaha-usaha membaiki diri

pelajar supaya membentuk sifat-sifat

kesempurnaan sebagai insan beriman,

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia

dan beramal ikhlas. Pensyarah perlu

menyemai nilai-nilai murni seperti

bertanggungjawab, jujur melaksanakan

tugas dan sikap berani turut serta dalam

pembelajaran.

107

Menurut falsafah pendidikan

kebangsaan, matlamat pendidikan lebih

kepada memperkembangkan potensi

pelajar secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan pelajar

yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepada kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan dan

berkeupayaan memberi sumbangan ke

arah memakmurkan masyarakat dan

negara Malaysia.

Kesimpulannya, Kolej Komuniti

menggunakan aliran falsafah barat,

islam dan falsafah pendidikan

kebangsaan untuk melahirkan generasi

pemangkin Malaysia yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani.

6.0 RUJUKAN

1. Abd. Fatah Hasan, (2001),

Pengenalan Falsafah Pendidikan,

PTS Publications & Distributors

Sdn. Bhd, Pahang.

2. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan

Othman, (2003), Falsafah

Pendidikan Dan Kurikulum,

Quantum Books, Tanjung Malim.

3. Mok Soon Sang, (2004), Ilmu

Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd, Selangor.

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fals

afah

108

PELAKSANAAN LATIHAN KE ARAH PENINGKATAN KEMAHIRAN KAKITANGAN –

SATU PENDEKATAN UNIT LATIHAN STAF

Oleh :

Azmir Bin Md Dom

Pegawai Latihan Staf

Unit Latihan Staf (Ulas), Kolej Komuniti Temerloh

PENGENALAN

Kebanyakan kakitangan yang

menghadiri latihan samada anjuran

dalaman atau pihak luar sering

menganggap bahawa ianya hanya untuk

mencukupkan bilangan hari berkursus

seperti yang ditetapkan oleh jabatan.

Terdapat juga segelintir yang

berpendapat bahawa ianya hanya

membazirkan masa dan wang, yang

mana peruntukan itu boleh disalurkan

kepada kegunaan lain pembelian asset,

pembangunan infrastruktur sehingga

pembayaran elauan lebih masa

kakitangan. Daripada pendapat dan

maklumbalas kakitangan itu, jelas

menunjukan bahawa pemberian latihan

tidak mendatangkan impak yang

dikehendaki oleh jabatan dan

mengambarkan seolah-olah ianya tidak

memberikan sebarang perubahan

selepas kakitangan menghadiri latihan.

Terdapat juga jabatan yang hanya

memberikan peruntukan yang terlalu

kecil bagi membangunkan program

latihan yang telah dirancang walapun

hakikatnya telah dinyatakan dalam

pekeling agar memperuntukan 1% dari

peruntukan sediada untuk tujuan

tersebut. Justeru itu, penulisan ini

dibuat untuk menjelaskan pendekatan

yang telah dijalankan terhadap proses

pelaksanaan Unit LAtihan Staf bagi

meningkatkan kemahiran kakitangan

dalam melaksanakan tugas hakiki

sebagai penjawat awam di Kolej

Komuniti Temerloh.

DEFINISI LATIHAN

Menurut Oxford Advanced Learner’s

Dictionary (2003), latihan boleh

didefinasikan sebagai proses

pembelajaran kemahiran-kemahiran

109

yang diperlukan seseorang untuk

melaksanakan tugasnya.

Bagi menghasilkan penulisan

ini,saya telah membuat bacaan ilimiah

terhadap 3 buah buku iaitu Rekabentuk

dan Pengurusan Latihan : Konsep dan

Amalan (Ibrahim Mamat , 1996) ,

Pengurusan Organisasi dan juga

Pengurusan Personel, (Mohd Hizam &

Zafir , 2002) dan Perancangan Guna

Tenaga (Rozhan Othman, 2002).

Menurut Ibrahim (1996)

terhadap latihan dalam organisasi pula

adalah, ia merupakan satu program

pembelajaran yang dirancang untuk

mengubah sikap dan memperkayakan

pengetahuan dan kemahiran agar

prestasi kerja mereka dapat

dipertingkatkan.

Bagi Mohd Hizam dan Zafir

(2002) menyatakan bahawa latihan

merupakan prosedur terancang yang

diikuti oleh seseorang bertujuan untuk

mendapatkan pengetahuan dan

kemahiran bagi tujuan dan kepentingan

tertentu.

Manakala Rozhan (2002), pula

menyatakan bahawa latihan ialah segala

usaha yang dilakukan oleh organisasi

untuk meningkatkan kemampuan

seseorang untuk melaksanakan

tugasnya atau memainkan peranan yang

telah ditetapkan organisasi.

Latihan tertumpu kepada usaha

menyediakan pekerja secara khusus

bagi tugas yang telah diberikan

kepadanya, dan lebih berorientasikan

masa kini.

Daripada penjelasan itu, maka

dapatlah saya mengumpulkan takrifan

latihan seperti berikut:

1. Latihan merupakan satu proses

pembelajaran yang sistematik dan

terancang untuk kakitangan dalam

sesebuah jabatan;

2. Latihan mempunyai prosedur-

prosedur pelaksanaan tersendiri

untuk mengurangkan jurang

prestasi kerja semasa bekerja

dengan prestasi kerja yang

diharapkan oleh jabatan;

3. Latihan bertujuan

mempertingkatkan dan menambah

nilai pengetahuan, memantapkan

kemahiran kerja dan mengubah

sikap (KSA-knowledge, skills and

attitude) yang diperlukan oleh

pekerja;

4. Latihan kebiasaannya

berorientasikan keperluan dan

kepentingan jangka pendek atau

kesan atau perubahan yang

110

diharapkan akan berlaku sejurus

selepas kakitangan mengikuti

satu-satu program latihan.

SISTEM LATIHAN

Satu konsep telah diperkenalkan untuk

mengambarkan bahawa latihan seolah-

olah satu elemen utama yang

menggerakkan perjalanan dan operasi

sistem dalam jabatan. Latihan boleh

diibaratkan sebagai ‘nyawa’ yang

memastikan kakitangan dapat bergerak

seiring dengan perubahan yang berlaku

dalam jabatan.

Contoh perubahan-perubahan

tersebut adalah seperti pengurusan

tertinggi jabatan yang melibatkan misi

dan visi, perubahan dalam sistem

pendidikan seperti pengenlan SMK

mengantikan SKK dan bilangan hari

mengikuti latihan. Walaupaun

perubahan yang dinyatakan itu remeh

tetapi kesan dan impak terhadap sistem

sedia ada amat besar terhadap masa,

tenaga dan kos pelaksanaan.

Perubahan-perubahan ini akan

menyebabkan jabatan perlu untuk

menyediakan latihan yang baru, dan

akhirnya selepas program tersebut,

impaknya diharap dapat menwujudkan

pembentukan persekitaran jabtan yang

lebih mantap dan bersedia untuk

melaksanakan perubahan yang telah

dibuat tadi.

Rajah 1 : Sistem Latihan Dalam Persekitaran Jabatan

MISI STRATEGI STRUKTUR POLISI

PROSEDUR KEWANGAN SUMBER-SUMBER MANUSIA

PRODUK TEKNOLOGI

PERSEKITARAN JABATAN BAGI LATIHAN

INPUT PROSES OUTPUT

KEPERLUAN ORGANISASI

KEPERLUAN PEKERJA

BUDGET PERALATAN STAF

ANALISIS REKABENTUK PEMBANGUNAN PELAKSANAAN PENILAIAN

PENGETAHUAN KEMAHIRAN SIKAP MOTIVASI PRESTASI KERJA

SISTEM LATIHAN

111

Berdasarkan Rajah 1 itu, sistem latihan

boleh dibahagikan kepada tiga tahap

yang bermula dengan input, diikuti oleh

proses dan diakhiri dengan output.

Tahap Input mempunyai item

keperluan atau kehendak jabatan

ataupun kakitangan untuk program

latihan. Ia diikuti dengan adanya

peruntukan ataupun budget yang

mencukupi untuk melaksanakan latihan.

Dan akhirnya, latihan akan dijalankan

dengan sempurna apabila mempunyai

peralatan untuk menjayakan latihan

atau pelaksana bagi program latihan.

Bermula dengan analisis

keperluan latihan yang akan mengkaji

tuntutan untuk melaksanakan latihan di

tiga peringkat utama iaitu analisis

organisasi (organizational analysis),

analisis individu (individual analysis)

dan analisis kerja (job analysis). Ia

diikuti dengan proses rekabentuk

latihan di mana perancangan asas

tentang pelaksanaan program latihan

dibuat. Contohnya seperti kandungan

latihan, tempat latihan, urusetia kursus,

pembahagian belanjawan latihan,

pemilihan kakitangan yang akan

mengikutinya, dan sebagainya.

Seterusnya, adalah proses

membangunkan semua perancangan

dengan membuat persediaan seperti

kertas kerja untuk kelulusan Ketua

Jabatan yang merangkumi pemilihan

pembekal latihan samada penceramah

luar,penceramah dalaman atau

konsultan latihan. Ianya melibatkan

penelitan yang teliti bagi memenuhi

objektif kursus dan pemilihan dibuat

berdasarkan kepada pengalaman dan

latarbelakang pendidikan pembekal

latihan tersebut di samping kos yang

dikenakan adalah bersesuaian dengan

jangkamasa kursus akan dijalankan

kelak . Seterusnya edaran surat

panggilan kursus atau hebahan email

kepada kakitangan yang akan mengikuti

latihan, menyerahkan surat lantikan

kepada pensyarah jemputan dari luar,

menguruskan pelantikan pembekal

latihan, tempahan makanan dan

penginapan, peralatan sokongan latihan

dan menguruskan pembayaran melalui

pesanan kerajaan. Kemudian, program

latihan dilaksanakan mengikut apa yang

telah dirancang, dan akhirnya diikuti

dengan tahap penilaian keberkesanan

program latihan. Penilaian ini

kebiasaannya dibuat dengan cara

mengedarkan borang soal selidik

kepada peserta latihan dan juga

112

penilaian yang dibuat oleh urusetia yang

dilatik bagi latihan itu.

Melalui Tahap Output pula, hasil

daripada pelaksanaan program latihan,

akan wujud satu bentuk pengurangan

jurang prestasi (the gap of performance)

di antara prestasi kerja yang akan

ditunjukkan oleh kakitangan selepas

mengikuti program latihan dengan

prestasi kerja standard yang diharapkan

atau ditetapkan oleh jabatan. Bermakna,

terdapat peningkatan atau pertambahan

nilai-nilai pengetahuan, kemahiran dan

sikap (KSA) di kalangan kakitangan.

Selain itu, output yang

diharapkan oleh jabatan ialah wujudnya

motivasi kerja dan keyakinan yang lebih

tinggi di kalangan kakitangan yang telah

mengikuti satu-satu program latihan.

Sebagai contoh kakitangan akademik

yang fresh graduate dan merupakan

lantikan pertama yang masih lagi tiada

kelayakan mengajar dalam sesuatu

bidang akan mempunyai keyakinan

yang tinggi apabila selesai mengikuti

program Training of Trainers (TOT) atau

mengikuti kursus anjuran ULAS anjuran

dalaman atau luaran. Gabungan ketiga-

tiga tahap Input-Proses-Output latihan

ini, seterusnya akan kembali

memberikan impak yang positif kepada

persekitaran jabatan yang mana ianya

akan melahirkan kakaitangan yang lebih

trampil dan kompeten untuk

melkasanakan tugas yang diberikan dari

masa ke semasa.

TUJUAN DAN MANFAAT PELAKSANAN

LATIHAN

Ibrahim (1996) menyatakan tujuan

menganjurkan latihan adalah untuk

mencari penyelesaian masalah yang

timbul pada masa kini dan menyediakan

penyelesaian masalah yang mungkin

wujud kerana perubahan ke atas

produk, sistem dan cara kerja dalam

jabatan. Contohnya seperti yang berlaku

sekarang iaitu perubahan dari Sijil

Sepenuh Masa kepada Sijil Modular

Kebangsaan, perubahan dari Kursus

Pendek kepada Program Latihan 1

Malaysia dan Dasar Latihan Sumber

Manusia Sektor Awam dari tujuh hari

berkursus kepada sepuluh hari

berkursus yang digunapakai hanya

untuk Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia.

Ibrahim (1996) cenderung untuk

mengkategorikan manfaat program

latihan ini yang lebih kepada win-win

situation kepada kedua belah pihak

iaitu:

113

1. Manfaat kepada Jabatan

Produktiviti kakitangan yang

lebih tinggi

Mempertingkat imej organisasi

kerana pihak luar lebih yakin

kepada jabatan yang mempnuyai

bilangan kakitangan yang mahir

terutamanya apabila menjadi

sebuah institusi pendidikan.

Pembentukan budaya jabatan

hasil dari latihan berkumpulan

dan semangat berkerja

sepasukan. Kumpulan kerja yang

mantap berupaya menangani

perubahan yang berlaku dalam

organisasi.

2. Manfaat kepada Kakitangan

Kepuasan dan keyakinan kerja

Peluang merealisasikan potensi

diri sebenar

Program latihan dapat

mempercepat proses

pembelajaran kakitangan

Mempertingkat kecekapan

kakitangan

Berpeluang untuk kenaikan

pangkat

FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI PELAKSANAN

LATIHAN

Berdasarkan keadaan Kolej Komuniti

Temerloh pada 2010 di mana berlaku

perubahan terhadap Sijil Kolej Komuniti

(SKK) dari Sijil Sepenuh Masa ke Sijil

Modular Kebangsaan (SMK), ianya

memberikan satu perubahan yang

mendadak terhadap pelaksanaan

latihan sediada. Oleh itu, Unit Latihan

Staf (ULAS) telah mengenalpasti

program yang akan melaksanakan SMK

terlebih dahulu dari empat program

sediada yang ditawarkan oleh KKTM.

Program Penyenggaraan Bangunan

memulakan 5 SMK terlebih dahulu

diikuti 2 SMK oleh Program Fesyen dan

Pakaian dan 2 SMK Program Teknologi

Maklumat. Manakala Program

Pembuatan Perabot tiada menawarkan

sebarang SMK dan pemberian semula

latihan (Reskilling) perlu dilaksanakan

terhadap pensyarah dari Prgram ini bagi

menampung kekurangan pensyarah

Program Penyenggaraan Bangunan.

Pensyarah dari Program Fesyen dan

Pakaian dan Program Teknologi

Maklumat tidak mempunyai masalah

dari segi kompentesi mengajar

disebabkan mempunyai latarbelakang

dalam bidang masing-masing. Tetapi,

114

masalah yang wujud adalah dari

Program Penyenggaraan Bangunan

didapati hanya 4 orang yang kompeten

untuk mengajar di mana 2 orang untuk

perpaipan domestik dan masing masing

seorang untuk elektrik dan mekanikal.

Justeru peruntukan pelaksanaan latihan

yang lebih diberikan untuk memastikan

pensyarah dari program ini trampil bagi

melaksanakan tugas mereka.

Berdasarkan situasi di atas,

faktor-faktor berikut telah dikenalpasti

antara penyumbang kepada

pelaksanaan latihan di jabatan iaitu:

1. Kelulusan Peruntukan yang

dipohon jabatan melalui

Anggaran Belanja Mengurus

(ABM)

2. Kumpulan dan tahap kakitangan

yang mana perlu dihantar

mengikuti latihan

3. Peralatan dan bahan-bahan yang

ada untuk melaksanakan latihan

4. Keputusan Ketua JAbatan dan

Pengarah dalam meluluskan

program latihan

5. Lokasi pemilihan pelaksanaan

latihan dibuat samada di dalam

organisasi atau dibuat di luar

seperti di hotel, pusat latihan dan

sebagainya

6. Penyedia atau Pembekal Latihan

samada dilaksanakan oleh tenaga

pengajar dari jabatan, pengajar

dari luar atau melantik pembekal

latihan/konsultan latihan.

Ada dua kategori latihan yang

biasanya dilaksanakan iaitu latihan

dalaman (in-house training) dan latihan

di luar tempat kerja. Latihan dalaman

dilaksanakan oleh jabatan dengan

mengunakan tenaga pengajar jabatan

atau mengunakan pengajar dari luar

yang datang ke jabatan. Latihan

dalaman dijalankan menerusi taklimat,

ceramah, mahupun kursus yang

dianjurkan pada hari bekerja atau

hujung minggu menerusi kursus

pendek. Contoh program latihan semasa

kerja seperti Kursus Pengurusan Aset

Kerajaan yang mengunakan

penceramah dari Bahagian Pengurusan

Aset KPT, Kursus Pendawaian Elektrik

(3 fasa) yang mengunakan penceramah

dari Kolej Komuniti Bentong, Kursus

Pembangunan Redhat yang

menggunakan tenaga pengajar Program

Teknologi Maklumat KKTM dan Kursus

Etika dan Protokol yang mengunakan

pembekal Latihan Imteq Solution dan

dilaksanakan di Hotel Grand Continental

Kuantan.

115

Latihan di luar tempat kerja pula

dijalankan dengan menghantar pekerja

mengikuti kursus atau bengkel yang

dikendalikan oleh pihak luar. Ianya

boleh diadakan samada pada waktu

bekerja dengan melibatkan waktu PnP

kakitangan akademik atau waktu cuti

semester berjalan atau hujung minggu.

Contoh latihan adalah Kursus Perpaipan

Sanitasi di IKM Tan Sri Yahaya Ahmad,

Kursus Pendawaian Elektrik Bangunan

dan Kursus Penghawa Dingin di

Akademi Binaan Malaysia (ABM) Cheras

dan Kursus Anjuran KPT.

Kedua-dua jenis latihan dalaman

dan luar tempat kerja ini mempunyai

kelebihan dan kelemahannya yang

tersendiri seperti Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1: Kelebihan dan Kelemahan Latihan Dalaman

KELEBIHAN KELEMAHAN

1. Senang dilaksanakan disebabkan

mengunakan peralatan dan bahan

jabatan.

2. Urusetia boleh mengawal secara

langsung kandungan program.

3. Hubungan antara pekerja dapat

dipupuk

4. Pencapaian latihan boleh diukur

secara langsung.

5. Mudah untuk mendapatkan

penceramah dari kalangan kerajaan

disebabkan pembayaran mengikut

gred.

1. Penjanaan idea baru sukar

dilakukan kerana pengajar

merupakan kakitangan dalaman

organisasi.

2. Sukar mendapatkan kepakaran

industri yang secara perseorangan

disebabkan bayaran yang rendah.

3. Persekitaran kursus yang tidak

kondusif disebabkan dilaksanakan

di jabatan. Kakitangan perlu

berubah angin untuk memberi kesan

terhadap mood dan motivasi kerja.

4. Keberkesanan latihan mungkin

minima jika organisasi tidak

mempunyai tenaga pengajar yang

116

baik dan berkepakaran untuk

mengendalikan latihan.

5. Kakitangan tidak didedahkan

dengan pengunaan teknologi terkini.

Jadual 2: Kelebihan dan Kelemahan Latihan Di Luar Tempat Kerja

KELEBIHAN KELEMAHAN

1. Boleh membantu menjana idea-idea

baru

2. Tumpuan kakitangan lebih baik jika

pihak luar yang memberikan latihan.

3. Para Kakitangan berpeluang dilatih

oleh pakar-pakar yang berkualiti dari

luar mengunakan peralatan dan

teknologi terkini.

4. Jabatan dapat membentuk jalinan

pintar dengan agensi-agensi luar

5. Kakitangan berpeluang melegakan

tekanan tempat kerja.

1. Kos yang tinggi

2. Kandungan latihan mungkin berbeza

daripada apa yang diharapkan

3. Keberkesanan latihan agak

rendahkerana sistem yang

diamalkan oleh pengendali latihan

luar adalah berbeza dengan sistem

yang menjadi amalan jabatan.

4. Peralatan yang disediakan untuk

latihan di luar tempat kerja mungkin

tidak dimiliki jabatan.

5. Jangka masa kursus tidak dapat

diubahsuai mengikut keselesaan

kakitangan.

117

PROSES PROGRAM LATIHAN

Program Latihan adalah satu bentuk

pembelajaran formal, berstruktur dan

sistematik. Tujuan ianya distrukturkan

sebegini supaya tiga tahap Input-Proses-

Output latihan dapat dikawal kualitinya

sekaligus memberi impak positif

terhadap pembangunan kakitangan dan

pembangunan jabatan. Proses latihan

boleh digambarkan melalui model-

model proses latihan yang banyak

diterbitkan dari pemikiran golongan

pakar yang mahir dalam pengurusan

sumber manusia dan organisasi. Model-

model ini sebenarnya boleh

diaplikasikan sebagai panduan bagi

sesebuah jabatan untuk melaksanakan

sesuatu program latihan. Ini adalah

kerana model-model ini dibangunkan

hasil daripada kajian dan

pengadaptasian daripada program-

program latihan yang telah

dilaksanakan oleh banyak organisasi-

organisasi multinasional dan organisasi

yang telah lama wujud di seluruh dunia.

Antara model-model proses latihan

yang telah dibangunkan adalah seperti

berikut:

1. Model Proses Latihan

Rajah 2: Model Proses Latihan (sumber: Ibrahim, 1996)

PERSEDIAAN

LATIHAN

PELAKSANAAN

LATIHAN

PENILAIAN

LATIHAN

Analisis Keperluan

Latihan

Reka Bentuk Latihan

Pemilihan Kaedah

Latihan

Melaksanakan

Latihan

Pemilihan Kaedah

Keberkesanan

Latihan

Mengawal Latihan

Penilaian

Keberkesanan

Latihan

118

Menurut Ibrahim (1996), Model Proses

Latihan ini mengandungi tiga fasa

utama, iaitu:

a) Fasa persediaan latihan

b) Fasa pelaksanaan latihan

c) Fasa penilaian latihan

Aktiviti mereka bentuk program latihan

dalam model ini terletak dalam fasa

persediaan dan setelah mendapat

keputusan analisis keperluan latihan.

Dalam model ini jelas ditunjukkan

bahawa mereka bentuk merupakan satu

aktiviti pembentukan rancangan

program latihan yang perlu dibuat

sebelum melaksanakannya (Ibrahim,

1996).

2. Model Latihan Sistematik

Rajah 3: Model Latihan Sistematik (sumber: Ibrahim, 1996)

Model Latihan Sistematik ini pula

menggambarkan tujuh langkah yang

perlu dilaksanakan apabila mereka

bentuk program latihan. Bermula

dengan langkah mengenalpasti

keperluan latihan sehinggalah langkah

Mengenalpasti

Keperluan

Latihan

Menganalisis

Kerja

Membentuk

Objektif

Latihan

Menilai

Latihan

Melaksanakan

Latihan

Menentukan

Kumpulan

Sasaran

Menyediakan

Program Latihan

Pekerjaan

119

penilaian terhadap program latihan.

Menurut Ibrahim (1996), semua

langkah yang dibuat ini adalah

berorientasikan pekerjaan para pelatih

kerana amalan ini sememangnya

menepati konsep latihan, iaitu aktiviti

yang disusun berasaskan pekerjaan

pelatih.

3. Model Am Latihan

Rajah 4: Model Am Latihan (sumber: Ibrahim, 1996)

Kurikulum

Menganalisis Kerja

Objektif Pembelajaran

(Pengetahuan, Kemahiran, Sikap)

Kandungan Program

Belanjawan

Penyediaan

Pengesahan

Penjadualan

Penyampaian

Penilaian

120

Model Am Latihan menggambarkan

langkah-langkah utama merencanakan

program latihan. Model ini agak berbeza

kerana wujudnya elemen belanjawan,

penjadualan dan pengesahan program.

ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN

Analisis keperluan latihan adalah satu

proses mengenalpasti kakitangan yang

memerlukan latihan serta bidang

latihan yang diperlukannya. Analisis

keperluan latihan dibuat untuk

mengenalpasti apakah kewujudan

jurang prestasi berada pada tahap

memerlukan program latihan. Jurang

prestasi adalah perbezaan yang wujud

antara tahap prestasi kerja semasa yang

ditunjukkan pekerja dengan tahap

prestasi yang ditetapkan atau

dikehendaki oleh organisasi. Ianya

digambarkan melalui Rajah 5 berikut:

Rajah 5: Jurang Prestasi

Menurut Ibrahim (1996), jurang

prestasi merupakan masalah yang

dihadapi oleh seseorang kakitangan

dalam melaksanakan tugasnya. Dalam

erti kata yang lain, seseorang

kakitangan menghadapi masalah

prestasi kerja kerana tahap

pengetahuan dan kemahirannya lebih

rendah daripada standard yang

sepatutnya. Sebagai contoh seorang

Prestasi yang diharapkan organisasi

Prestasi semasa pekerja

JURANG

PRESTASI

121

telemarketeer yang hanya mampu

menelefon 25 orang pelanggan sahaja

dalam sehari untuk menghebahkan

tentang produk organisasi, walhal pihak

majikannya pula mengharapkan

telemarketeer tersebut mampu

membuat panggilan telefon kepada 50

orang pelanggan. Oleh yang demikian,

telemarketeer tersebut memerlukan

latihan untuk merapatkan jurang

prestasi atau mengatasi

permasalahannya. Untuk melaksanakan

latihan, maka analisis terhadap

keperluan latihan perlu dibuat. Analisis

keperluan latihan akan melibatkan tiga

bentuk analisis iaitu analisis

organisasi, analisis kerja dan analisis

individu.

a. Analisis Organisasi

Tujuan utama adalah untuk

menentukan bahagian atau unit dalam

KKTM yang memerlukan latihan. Ianya

disebabkan setiap bahagian atau unit itu

sendiri mempunyai keperluan yang

tersendiri berdasarkan kepada objektif

dan misi serta visi jabatan. Analisis ini

melibatkan penelitian terhadap

matlamat jabatan, sumber jabatan,

budaya dan hubungan sesama jabatan

terhadap persekitaran luar.

Jabatan perlulah mengambil kira faktor-

faktor yang mempengaruhi kehendak

dan tuntutan latihan seperti :

I. Pertukaran kakitangan –

Sekiranya kakitangan baru yang

melapor diri adalah ramai atau

merupakan lantikan pertama

yang baru sahaja menamatkan

pengajian atau kakitangan yang

bertukar kementerian

II. Perubahan dalam teknologi –

Sistem dan proses baru

memerlukan staf yang terlatih

dalam penggunaannya.

III. Perubahan dalam sistem kerja –

Prosedur kerja akan berubah

mengikut masa terutamanya

dalam kementerian.

b. Analisis Kerja

Analisis kerja merupakan satu bentuk

kutipan data yang sistematik mengenai

sesuatu kerja atau kumpulan kerja

untuk menentukan apakah yang perlu

diajar kepada kakitangan untuk

mencapai prestasi kerja yang optimum

(Mohd Hizam dan Zafir, 2002). Hasil

daripada analisis kerja ini termasuklah

prestasi piawai, bagaimana kerja perlu

dilakukan untuk memenuhi piawai,

pengetahuan, kemahiran dan sikap

(KSA) dan ciri-ciri lain yang perlu ada

122

pada kakitangan untuk memenuhi

piawai yang ditetapkan. Sumber-sumber

data yang boleh digunakan untuk

analisis kerja termasuklah penerangan

tugas, pemantauan kerja, dan

pemeriksaan kajian-kajian mengenai

sesuatu tugas. Terdapat lima langkah

dalam pelaksanaan analisis tugas, iaitu:

1. Mendapatkan huraian kerja

daripada jabatan

2. Mengenalpasti tugas yang terlibat

semasa menjalankan kerja dalam

program latihan

3. Mengenalpasti pengetahuan,

kemahiran, kebolehan dan sikap

yang diperlukan untuk

menjalankan sesuatu tugas melalui

spesifikasi tugas

4. Membentuk objektif latihan

5. Merekabentuk program latihan

c. Analisis Individu

Analisis individu digunakan untuk

menentukan keperluan latihan bagi

seseorang kakitangan. Ia sesuai

dijalankan oleh seseorang yang

mempunyai peluang untuk mengawasi

pencapaian kakitangan dengan kerap

seperti Ketua Jabatan atau Ketua

Program. Penyelia berperanan dalam

memerhati dan memantau hasil dan

pencapaian kakitangan bawahannya. Di

antara sumber data untuk analisis

individu adalah Performance Data,

laporan hasil pemantauan, Work

Sampling, borang soal selidik, dan

keputusan ujian. Analisis individu

melibatkan dua langkah yang penting

seperti berikut:

1. Penilaian prestasi – menilai

teknik latihan yang digunakan

oleh penyelia dan mengukur

kecekapan pekerja

melaksanakan kerjanya.

2. Diagnosis – Jika prestasi pekerja

didapati lebih rendah daripada

piawai yang telah ditetapkan, ia

merupakan petanda bahawa

diagnosis diperlukan. Diagnosis

melibatkan proses menentukan

kemahiran khusus dan

pengetahuan yang mesti

dibangunkan secara terperinci

sekiranya pekerja ingin

mempertingkatkan prestasi kerja

mereka.

KESIMPULAN

Proses pelaksanaan latihan perlulah

sentiasa dibuat proses penambahbaikan

bagi memastikan misi dan visi jabatan

dapat dicapai sepenuhnya. Ianya perlu

123

dilaksanakan dan disesuaikan agar

produktiviti kakitangan berada pada

tahap yang optimum dalam memastikan

kecemerlangan jabatan tersebut.

Perubahan yang berlaku dalam

organisasi seperti perubahan dalam

teknologi yang digunapakai dan sistem

pengurusan menyebabkan latihan amat

diperlukan bagi mencapai maksud dan

hasrat yang telah diperincikan dan

diselaraskan dalam sistem yang

digunapakai. Oleh itu, keutamaan perlu

diberikan terhadap bahagian atau unit

yang terlebih dahulu terlibat dalam

perubahan yang akan dilaksanakan

dengan mengambil kira kesediaan

mereka untuk melaksanakan dan

merealisasikan demi mencapai dasar

yang telah dirancang.

Justeru itu, penerangan

mengenai prosedur dan proses

pelaksanaan latihan perlulah

diseragamkan bagi memastikan

kakitangan mendapat maklumat dengan

jelas dan terperinci tentang bagaimana

proses yang terlibat dan perkara

belakang tabir yang berlaku sebelum

semasa dan selepas menjalani latihan.

BIBLIOGRAFI

1. Ibrahim Mamat. 1996. Reka

Bentuk Dan Pengurusan Latihan :

Konsep Dan Amalan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

2. Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir

Mohd Makhbul. 2002. Pengurusan

Organisasi. Kuala Lumpur:

McGraw-Hill.

3. Rozhan Othman. 2002. Pengurusan

Personel Dan Perancangan Guna

Tenaga. Selangor: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

124

APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DI KOLEJ KOMUNITI

TEMERLOH BAGI MODUL SPA 106 (PEMBANGUNAN DIRI 1)

Oleh :

Nor Aishah Binti Othman

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

ABSTRAK

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang seperti perubatan, kejuruteraan,

sains komputer, undang-undang dan kemahiran insaniah. Pelajar akan didedahkan

dengan dunia sebenar dengan menyelesaikan masalah yang diberikan. Masalah dunia

sebenar ini akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Secara tidak

langsung, pelajar boleh mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi dalam kehidupan

seharian mereka. Selain itu juga, proses Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) ini juga

dapat melahirkan pelajar yang yang berdikari, bertanggungjawab, berfikiran secara

kreatif, kritis dan berani serta mempunyai kemahiran komunikasi yang positif sesama

mereka tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Beberapa model telah dicadangkan

untuk membentuk satu proses yang kukuh ke arah pembangunan insaniah dan didapati

bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan proses Pembelajaran

Berasaskan Masalah ini adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar. Oleh itu, di

dalam kertas kertas kerja ini, disediakan mengenai sejarah, objektif, ciri-ciri utama proses

pembelajaran berasakan masalah, teknik-teknik menyelesaikan masalah bagi kaedah

Pembelajaran Berasaskan masalah ( PBL) dan kelebihan yang diperolehi daripada hasil

penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah ( PBL ). Selain itu juga, kertas

kerja ini juga bertujuan menerangkan proses pembelajaran berasaskan masalah yang

diaplikasikan di Kolej Komuniti Temerloh di dalam Modul Pembangunan Diri 1 (SPA 106)

bagi pelajar semester 1 daripada kursus sijil Teknologi Maklumat.

125

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia

adalah berorientasikan peperiksaan

iaitu pelajar wajib menduduki

peperiksaan awam seperti Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),

Penilaian Menengah Rendah ( PMR ),

Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan Sijil

Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ).

Kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang biasa digunakan ialah kaedah

pembelajaran berpusatkan pensyarah

seperti kuliah. Hasil dari pembelajaran

kaedah pengajaran secara kuliah

didapati masih terdapat kelemahan

dalam melahirkan graduan yang

menguasai kemahiran generik

walaupun pencapaian akademik yang

terbaik (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Menurut bekas Menteri

Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa

Mohamed dalam kenyataan akhbar

menyatakan bahawa beliau mahu

melihat perubahan dalam corak

pendidikan agar melahirkan pelajar

yang berani, mempunyai kemahiran dan

berpengetahuan (Hasyamudin dan

Rahifa, 2005).

Selain itu juga, Komitmen untuk

menggalakkan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif telah menjadi

satu agenda utama pendidikan di

Malaysia. Para pendidik bersetuju

bahawa kemahiran berfikir kritis dan

kreatif dapat dipertingkatkan

dikalangan pelajar melalui proses

pengajaran secara eksplisit yang

menggunakan situasi harian sebagai

konteks pembelajaran (Ristow, 1988).

Pelajar dikatakan berkeupayaan

mempelajari kemahiran berfikir jika

kurikulum menegaskan dan

memberikan tumpuan cara bagaimana

ianya boleh dilakukan (Presseisen,

1986). Justeru, pelbagai strategi

pengajaran dan pembelajaran telah

direkabentuk untuk membantu

perkembangan kemahiran berfikir kritis

dan kreatif (Costa, 1988).

Oleh hal yang demikian, para

pendidik perlu mengorak langkah bagi

memperbaiki dan meningkatkan proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P)

supaya ianya seiring dengan teknologi

terkini dan perkembangan semasa.

Menjadi tanggungjawab pendidik untuk

menggunakan dan mempelbagaikan

kaedah P&P bagi melahirkan pelajar

yang berkualiti. Antara kaedah P&P

yang digunapakai ialah Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) yang

merupakan salah satu contoh yang baik

untuk proses pembelajaran secara

126

pengalaman dan pendekatan

berpusatkan pelajar.

Selain itu juga, melalui kaedah

Pembelajaran Berasaskan Masalah

(PBL), pelajar akan berusaha untuk

mencari maklumat dan menyelesaikan

masalah dengan usaha sendiri. Proses

tersebut akan menggalakan pelajar

berfikir secara kritis dan kreatif

(KUiTTHO, 2005). Diperkukuhkan lagi

apabila Lynda Wee (2004) menyatakan

bahawa PBL adalah satu pendekatan

pemusatan pelajar yang merupakan

pendekatan yang berkesan dalam

meningkatkan kualiti pembelajaran,

menggalakkan penglibatan aktif,

bekerjasama, maklum balas yang cepat

terhadap proses pembelajaran,

pemahaman yang mendalam terhadap

subjek dan merujuk kesesuaian

pembelajaran pelajar melalui

pembelajaran kendiri.

Oleh itu, amatlah sesuai untuk

pensyarah di Kolej Komuniti Temerloh

khususnya mengaplikasikan kaedah

pembelajaran berasaskan masalah

kepada pelajar kolej tersebut bagi

mecapai hasrat dan objektif yang telah

dinyatakan di atas.

2.0 PENGENALAN

Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL) mula diperkenalkan

dalam pembelajaran tradisional sekitar

tahun 1960-an di McMaster University,

Canada (Barrow & Tamblyn, 1980).

Merujuk kepada buletin KUiTTHO

(2005), kaedah ini diperkenalkan oleh

Professor Howard Barrow. Pada

mulanya, kaedah ini ditolak oleh semua

orang. Namun begitu, beliau

menggunakan kaedah ini kepada pelajar

perubatan di bawah seliaannya dan

mendapat reaksi yang positif di

kalangan pelajar tersebut. Pendekatan

ini telah membuka mata dan menarik

minat para pendidik yang lain untuk

menggunakannya. Kesannya,

pendekatan ini telah digunakan dalam

pelbagai bidang terutamanya dalam

bidang kejuruteraan. Kini, Professor

Barrow menjadi role model bagi PBL

dan Universiti McMaster menjadi

perintis kepada PBL. Selain itu, Don

Wood merupakan bapa kepada PBL

dalam bidang kimia.

127

3.0 OBJEKTIF PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH (PBL)

Menurut Barrow & Tamblyn (1980),

antara objektif pendidikan kaedah ini

diperkenalkan ialah:

a) Mengukuhkan kemahiran pelajar

untuk mempelajari sesuatu

prinsip, konsep dan belajar

menggunakan maklumat dalam

pelbagai situasi

b) Memperkembangkan kemahiran

pelajar memberi hujah dan

pendapat, berfikiran kritis, serta

kemahiran membuat keputusan

c) Memperkembangkan kemahiran

pelajar mengintegrasikan

pengetahuan dalam pelbagai

disiplin ilmu dan kefahaman

yang baik tentang peranan sikap

kemanusian terhadap kemajuan

profesionalisme.

d) Menyediakan pelajar kepada

konsep pembelajaran sepanjang

hayat.

e) Menggalakkan pembelajaran

kumpulan kecil, keperluan

kepada keberkesanan kerja

berpasukan dan pembelajaran

secara kolaboratif (Barrow &

Tamblyn dipetik daripada

Suhaimi Makminin, 2005)

4.0 CIRI- CIRI PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH (PBL)

Selain itu juga, berdasarkan

definisi awal Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL) yang diperkenalkan

melalui Model Klasik oleh Barrow dan

Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam

penulisan Baden dan Mojor (2004),

Pembelajaran Berasaskan Masalah

(PBL) mempunyai ciri-ciri seperti

berikut :

a) Situasi masalah sebenar yang

kompleks iaitu tidak

mempunyai jawapan yang

betul atau salah

b) Pelajar bekerja dalam

kumpulan untuk menangani

masalah, mengenalpasti

jurang pembelajaran dan

mengembangkan pelbagai

penyelesaian

c) Pelajar memperolehi

informasi baru melalui

pembelajaran kendiri

d) Pensyarah sebagai

pembimbing

128

e) Masalah akan memandu ke

arah perkembangan

keupayaan penyelesaian

masalah ilmu perubatan.

5.0 TUJUH LANGKAH DALAM

PROSES PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH (PBL)

Terdapat beberapa langkah

dalam perlaksanaan Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL). Menurut

Lynda Wee (2004), terdapat tujuh

langkah dalam menerangkan proses

PBL. Langkah-langkah tersebut ialah

seperti berikut:

a) Pembahagian Kumpulan

Pada peringkat ini, pelajar akan

mengenali di antara satu sama lain dan

pelajar akan membentuk kumpulan

masing-masing. Seterusnya, ketua

kumpulan dan pencatat akan dilantik

dan peraturan-peraturan kumpulan

akan dibentuk.

b) Mengenalpasti Masalah

Pelajar akan dikemukakan dengan

masalah untuk diselesaikan. Pelajar

perlu mengenalpasti dan mengesahkan

masalah tersebut dan menyatakan

masalah tersebut berdasarkan fakta-

fakta yang diperolehi. Proses

mengenalpasti masalah melibatkan

elemen-elemen pencetus idea terhadap

masalah yang ingin dikaji, juga dikenali

sebagai trigger. Trigger boleh didapati

dalam bentuk gambar, petikan surat

khabar, klip video, petikan jurnal dan

juga kejadian sebenar yang berlaku.

Trigger ini akan menyebabkan sesuatu

isu dipersoalkan, diperdebatkan dan

memberi petunjuk kepada penyelesaian

masalah tersebut.

c) Menjana Idea

Pada peringkat ini, pelajar akan

mengeluarkan idea-idea yang dapat

membantu dalam proses penyelesaian

masalah tersebut.

d) Isu Pelajaran

Pelajar perlu mengenalpasti apakah

yang perlu dipelajari dan mencari isu-

isu yang dapat membantu mereka untuk

menyelesaikan masalah serta

mengetahui apakah langkah-langkah

yang perlu diambil bagi menyelesaikan

masalah tersebut. Seterusnya, pelajar

129

akan mengenalpasti tindakan yang

sesuai untuk menyelesaikan masalah

yang diberikan.

e) Pembelajaran Kendiri

Pada peringkat ini, pelajar akan mencari

dan merumuskan informasi-informasi

yang relevan dan logik dengan masalah

yang diberikan.

f) Sintesis dan Aplikasi

Punca-punca informasi perlu disahkan

kesahihannya terutamanya daripada

Internet. Pelajar akan mula berkongsi

maklumat dengan pelajar yang lain dan

mengaplikasikan maklumat yang

diperolehi untuk menyelesaikan

masalah tersebut. Seterusnya, pelajar

akan berbincang, membangunkan

penyelesaian dan membuat penerangan

terhadap penyelesaian yang diambil.

g) Refleksi dan Tindak Balas

Pada peringkat ini, pelajar akan

memberi tindak balas terhadap kerja

kumpulan, kerja individu, penjanaan

pengetahuan, penyelesaian masalah dan

juga peranan fasilitator. Seterusnya,

perbincangan akan dilakukan dalam

kumpulan masing-masing.

Ini jelas menunjukkan bahawa

kemahiran yang paling diperlukan ialah

kemahiran menyelesaikan masalah.

Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna

Masrom (2006) telah membuat kajian

yang bertajuk "Problem Solving Skill in

ICT and Multimedia Application”

mendapati bahawa tanpa pengetahuan

dan kemahiran penyelesaian masalah,

pelajar tidak mampu untuk

melaksanakan dan mengaplikasikan

kaedah PBL dengan sempurna dan

cekap.

6.0 KELEBIHAN KAEDAH

PEMBELAJARAN BERASASKAN

MASALAH (PBL)

Kaedah Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) mempunyai

pelbagai kelebihan. Menurut

Montgomery (2000), antara kelebihan

utama kaedah Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL) berbanding strategi

pembelajaran lain seperti teori

konstruktivisme ialah rangsangan atau

stimulasi yang berjaya dihasilkan

olehnya dapat membentuk kognitif

pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini

130

seterusnya dapat meningkatkan minat

atau motivasi pelajar untuk terus belajar

dan mencari ilmu.

Selain itu juga, masalah yang

menyerupai masalah dunia sebenar

yang digunakan pula membolehkan

pelajar mencuba pelbagai jalan

penyelesaian dalam persekitaran

pembelajaran yang lebih selamat

(Jamalludin Harun, et al, 2005).

Contohnya, sekiranya pelajar belajar

mengenai cirri – citri kepimpinan yang

berkesan, pelajar boleh

mengaplikasikasikan ilmu tersebut di

dalam kehidupan mereka. Pelajar juga

mampu untuk menggunakan ilmu

tersebut apabila mereka berada di alam

pekerjaan pada suatu hari nanti.

Menurut Prof Madya Dr

Khairiyah Mohd Yusof di dalam Berita

Harian 25 Jan 2007, menyatakan

keinginan menyelesaikan masalah

mendorong pelajar melaksanakan

pembelajaran kendiri dan pengajaran

antara rakan sebaya (peer teaching)

dalam kumpulan dan antara kumpulan.

Pelajar akan berkomunikasi di antara

mereka untuk menyelesaikan masalah

yang diberi. Secara tidak langsung,

kaedah pembelajaran Berasaskan

Masalah dapat melahirkan pelajar yang

berani dan pelajar dapat bergaul dengan

mereka dalam pergaulan yang sihat.

Tambahan pula, pelajar yang

melalui kaedah Pembelajaran Berasakan

Masalah (PBL) dapat membina

kemahiran pemikiran kritis dan kreatif,

menganalisis dan menyelesaikan

masalah. Tse dan Chan, (2003)

menyatakan bahawa kaedah PBL sangat

berkesan dalam meningkatkan

pemahaman dan pengetahuan teknikal

pelajar. Melalui kaedah ini, setiap

pelajar diberi banyak peluang untuk

mempraktikan teknik pembelajaran

kendiri yang merupakan elemen penting

dalam menentukan kerjaya masa depan

mereka. Selain itu, kebolehupayaan

pembelajaran pelajar dapat

ditingkatkan melalui kerjasama dalam

kumpulan.

Secara amnya, jelas

membuktikan bahawa Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) mampu

untuk melahirkan dan mendidik pelajar

menjadi seorang pemimpin yang

mempunyai kemahiran menyelesaikan

masalah. Selain itu, pelajar dapat

meningkatkan minat dan motivasi untuk

terus belajar, membina kemahiran

pemikiran kritis dan kreatif,

menganalisis dan menyelesaikan

masalah. Oleh hal demikian, pelajar

131

dapat meningkatkan pemahaman dan

pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu

matapelajaran dengan mudah dan

mendalam. Secara tidak langsung dapat

meningkatkan pencapaian akademik

pelajar tersebut. Penyataan ini disokong

dengan kajian yang dilakukan oleh

Ward dan Lee (2004) menyatakan

bahawa pelajar yang mengikuti kaedah

PBL dapat memahami isi pelajaran

dengan lebih mendalam bagi

matapelajaran Teknologi Makanan dan

Nutrisi.

Banyak kajian yang

membuktikan bahawa kaedah PBL

mampu meningkatkan kemahiran

generik para pelajar terutamanya dalam

kemahiran menyelesaikan masalah.

Kenyataan ini disokong oleh

Hasyamuddin dan Rahifa (2005)

bertajuk “Kemahiran Generik Dalam

Kelas Bercirikan Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) di Kalangan

Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun

Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati

bahawa PBL membantu pelajar dalam

memperolehi kemahiran generik dan

penglibatan aktif dalam kelas

berbanding pelajar yang menggunakan

kaedah kuliah.

Oleh itu, bagi mencapai hasrat

ini, pensyarah di Kolej Komuniti

Temerloh tidak ketinggalan dalam

mengaplikasikan kaedah Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) kepada

pelajar mereka terutamanya di dalam

modul Pembangunan Diri 1 ( SPA 106 ).

7.0 APLIKASI PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH DI

KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

BAGI MODUL SPA 106

(PEMBANGUNAN DIRI 1)

7.1 Latar belakang Modul

Modul Pembangunan Diri I (SPA

106) adalah disediakan untuk semua

pelajar di Kolej Komuniti Temerloh bagi

semua program iaitu Program Fesyen &

Pakaian, Teknologi Maklumat,

Penyelenggaraan Bangunan dan

Perabot.

7.2 Modul

Modul ini adalah salah satu

modul yang wajib dipelajari oleh setiap

pelajar di Kolej Komuniti Temerloh.

Modul ini adalah bersifat dinamik dan

fleksibel kerana ia boleh diperbaiki dari

132

semasa ke semasa bagi tujuan

penambahbaikan dan mengikut

peredaran masa.

7.3 Objektif modul

Di akhir modul ini, pelajar–

pelajar boleh menilai potensi diri dan

seterusnya menyumbang kepada

pembentukan kendiri yang positif,

bermotivasi, dinamik dan berkeyakinan

terhadap keupayaan diri sendiri. Selain

itu, pelajar akan memperoleh

pengetahuan dan kemahiran penting

untuk persedian belajar secara

sistematik dan berkesan.

Tambahan pula, modul

pembangunan diri (SPA 106) adalah

untuk melahirkan pelajar yang dapat

mengaplikasikan nilai –nilai murni

dalam kehidupan seharian seperti

menguruskan diri dengan tersusun dari

segi pengurusan secara fizikal, stres dan

masa. Selain itu juga, modul ini

bertujuan untuk memberi kesedaran

kepada pelajar tentang kepentingan

matlamat dalam hidup mereka. Mereka

perlu membuat perancangan dalam

hidup supaya menjadi pelajar yang

berjaya. Oleh itu, modul ini disediakan

untuk pelajar bagi mencapai objektif di

atas.

Oleh itu, di dalam modul

pembangunan Diri I, tugasan berbentuk

masalah atau persoalan (projek PBL)

diberikan kepada pelajar. Pelajar perlu

menyiapakan tugasan tersebut secara

berkumpulan.

7.4 Konsep Kajian

Kerangka teori penyelidikan

dibina berasaskan andaian-andaian

berikut:

(1) Pendekatan penyelesaian

masalah dalam modul

pembangunan Diri I dapat

meningkatkan kemahiran-

kemahiran berfikir kritis dan

kreatif, kemahiran proses

komunikasi dan pengetahuan.

(2) Pendekatan penyelesaian

masalah dalam modul

pembangunan Diri I melibatkan

pelajar secara aktif

mengaplikasikan pengetahuan

kedalam situasi baru.

Oleh itu hipotesis kajian ini telah

dibina seperti berikut: “selepas

menggunakan kaedah pembelajaran

berasaskan masalah (PBL), kemahiran

berfikir kritis dan kreatif, kemahiran

133

proses komunikasi dan pencapaian

dalam modul pembangunan Diri 1 akan

meningkat.

Pembelajaran berasaskan

masalah merupakan proses pengajaran

dan pembelajaran yang berpusatkan

kepada pelajar. Pensyarah berperanan

sebagai fasilitator dengan memberi

bimbingan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran dengan

menggalakkan pelajar supaya berfikir,

meninjau dan membuat penerokaan

sendiri. Proses pengajaran ini

berpusatkan kepada pelajar seperti

rajah 2. Pensyarah membantu pelajar

mendefinisi masalah yang bermakna,

mengenal pasti sumber data dan ilmu

yang relevan, mentafsir dan menilai

ketepatan data , dan merumuskan

kesimpulan. Sebagai contoh, di dalam

topik pengurusan stres, pelajar perlu

mendefinisi apakah masalah stres

dikalangan remaja dengan

mengenalpasti jenis –jenis stres, tanda

–tanda dan gejala stres dan punca-

punca stres.

Rajah 2 : Proses pengajaran

berpusatkan pelajar

Selain itu juga, modul ini

menerapkan kepada pelajar tentang

pengurusan masa yang baik.

Kecemerlangan seseorang individu di

dalam bidangnya mempunyai perkaitan

yang rapat dengan kebijaksanaannya

menguruskan masa dengan baik.

Seorang pelajar yang cemerlang akan

bijak menguruskan masa demi

mencapai kejayaan. Oleh itu, kaedah –

kaedah pengurusan masa diterapkan

kepada pelajar iaitu tentukan sasaran

tugas dan berikan keutamaan,

rancangkan kerja sebelum memulakan,

lakukan kerja anda mengikut kesesuain

waktu yang produktif dan jadualkan

masa berhenti dan berehat. Melalui

pengajaran ini, pelajar akan

mengamalkan ilmu yang mereka

perolehi dengan merancang dan

membuat satu jadual waktu harian bagi

memastikan pengurusan masa dapat

PENSYARAH

PELAJAR PELAJAR

134

dilksanakan dengan baik. Oleh itu,

modul ini terbukti mendorong pelajar

untuk mempraktikan ilmu yang mereka

perolehi.

8.0 Tugasan pelajar

Sejajar dengan ini, pelajar

diberikan masalah dan perlu

menyelesaikan masalah tersebut. Antara

masalah yang diberikan adalah

berdasarkan sukatan modul yang

terdapat di dalam subjek pembangunan

diri 1 iaitu:

1) Tajuk : Pengurusan Masa

Masalah : Sebagai pelajar Kolej

Komuniti Temerloh,

bagaimanakah anda ingin

melahirkan pelajar datang

awal ke kelas?

Cara penyelesaian :

1) Mendefinisikan masalah

Mendefinisikan masalah

dengan menggunakan teknik

5w 1h iaitu What, Why,

When, Who, Where dan How.

Apakah punca masalah

tersebut?

Kenapa pelajar kolej

Komuniti Temerloh

datang lewat ke kelas?

Siapakah yang terlibat

dengan masalah tersebut?

Dimanakah pelajar selalu

menghadapi masalah

tersebut?

Bagaimanakah untuk

mengatasi masalah

tersebut?

2) Penerokaan

Mencari maklumat dari

pelbagai sumber dan menilai

maklumat yang diperolehi

3) Penyelesaian masalah

Mensintesis dan

mencadangkan penyelesaian

masalah

4) Refleksi

Menilai sama ada

penyelesaian itu adakah yang

terbaik atau adakah terdapat

alternatif-alternatif lain.

135

2) Tajuk : Kemahiran Belajar

Masalah : Mengapakah nota

pelajar tidak kemas?

Cara penyelesaian :

1) Mendefinisikan masalah

Apakah punca masalah

tersebut?

Kenapa pelajar kolej

Komuniti Temerloh

mempunyai nota yang

tidak kemas ?

Siapakah yang terlibat

dengan masalah tersebut?

Dimanakah pelajar selalu

menghadapi masalah

tersebut?

Bagaimanakah untuk

mengatasi masalah

tersebut?

2) Menyediakan rancangan

penyelesaian

Pelajar perlu didedahkan

dengan teknik mencatat nota.

Antara teknik mencatat nota

dengan baik ialah ;

Teknik Gambarajah

Pemetaan Minda

Carta Aliran Neumonik,

Akronim

Akrostik

3) Melaksanakan rancangan

Pelajar mengapllikasikan dua

kaedah mencatat nota iaitu:

Teknik Gambarajah

Pemetaan Minda

4) Refleksi

Menilai sama ada

penyelesaian itu adakah yang

terbaik. Adakah alternatif-

alternatif lain diperlukan.

3) Tajuk : Pengurusan Stres

Masalah : Mengapakah pelajar

Kolej Komuniti Temerloh

menghadapi tekanan?

Cara penyelesaian:

1) Mendefinisikan masalah

Apakah punca masalah

tekanan?

Kenapa pelajar kolej

Komuniti Temerloh

menghadapi tekanan?

136

Siapakah yang terlibat

dengan masalah tersebut?

Dimanakah pelajar selalu

menghadapi masalah

tersebut?

Bagaimanakah untuk

mengatasi masalah

tersebut?

2) Membuat keputusan

Di antara teknik pengurusan

stres ialah:

bersukan dan bersenam

belajar untuk berehat

komunikasi yang efektif,

sembahyang

berdoa

berbual untuk meluahkan

perasaan

3) Mengenalpasti

penyelesaian yang terbaik

Menilai sama ada

penyelesaian itu adakah

yang terbaik.

4) Melaksanakan keputusan

Melaksanakan keputusan yang

terbaik. Antaranya ialah :

belajar untuk berehat

komunikasi yang efektif,

sembahyang

berdoa

berbual untuk meluahkan

perasaan.

4) Tajuk : Motivasi

Masalah : Mengapakah

terdapat pelajar yang gagal

dalam pelajaran?

Cara penyelesaian:

1) Mengenalpasti Masalah

Mengenalpasti masalah

dengan menganalisis punca –

punca. Antara punca –

puncanya ialah:

mempunyai tahap emosi

yang rendah

mempunyai masalah

keluarga.

merasa tekanan dengan

kehidupan yang

dilaluinya.

tidak seronok apabila

hadir ke kelas

Pelajar tersebut merasa

tekanan.

gangguan daripada

persekitaran seperti

bunyi bising daripada

television dan ibu bapa

yang bergaduh.

137

2) Mensintesis dan

mencadangkan

penyelesaian masalah.

Antara jalan penyelesaian

yang boleh di ambil ialah :

mengadakan ceramah

motivasi dengan

memaparkan video –

video berkaitan dengan

tokoh – tokoh yang

berjaya.

perbincangan antara ibu

bapa juga penting supaya

ibu bapa dapat

memahami kehendak

anak- anak dengan

menyediakan

persekitaran yang selesa

dan selamat kepada anak

– anak untuk belajar.

ibu bapa perlu mengambil

berat tentang kebajikan

anak- anak dengan

menanyakan pelajar –

pelajar mengenai perkara

yang berlaku di sekolah.

3) Penilaian

Menilai sama ada penyelesaian

itu adakah yang terbaik dan

adakah terdapat alternatif-

alternatif lain.

5) Tajuk : Matlamat jangka

panjang dan jangka pendek

Masalah : Mengapakah

terdapatnya pelajar yang

ketinggalan dalam

pendidikan?

Cara penyelesaian:

1) Mendefinisikan masalah

dengan

Antara punca yang terjadi

adalah disebabakan oleh:

kurangnya kesedaran oleh

pelajar itu sendiri.

institusi keluarga kurang

memainkan peranan

dalam menguruskan

anak- anak terutamanya

dalam bidang pendidikan.

anak–anak hadir ke

sekolah tanpa ada tujuan,

matlamat dan

perancangan dalam

hidupnya.

2) Penerokaan

Mencari maklumat dari

pelbagai sumber dan menilai

maklumat yang diperolehi.

138

3) Penyelesaian masalah

Mensintesis dan

mencadangkan penyelesaian

masalah dengan:

memberikan kesedaran

kepada pelajar yang

mundur tentang

kepentingan ilmu dan

kejayaan.

pelajar perlu mengisi

hidup mereka dengan

susunan jadual yang

sistematik

4) Refleksi

Menilai sama ada

penyelesaian itu adakah yang

terbaik atau adakah terdapat

alternatif-alternatif lain

9.0 PENILAIAN PELAJAR

Pelajar akan dinilai berdasarkan hasil

tugasan yang telah disiapkan. Bagi

laporan projek PBL, kriteria penilaian

ialah:

a) Isi kandungan

b) Rekabentuk sistem

c) Analisis masalah

d) Perbincangan

e) Kesimpulan

f) Format dan susunan penulisan

Manakala kriteria penilaian

terhadap pembentangan berkumpulan

ialah dengan mengambil kira gaya

pembentangan dan isi kandungan

pembentangan.

Selain itu juga, di dalam kaedah

Pembelajaran Berasaskan Masalah,

pelajar masih digalakkan berjumpa

dengan pensyarah sekiranya ada

masalah berkaitan dengan tugasan yang

diberi. Perkara ini juga akan dinilai oleh

pensyarah. Semasa perjumpaan

tersebut, penilaian boleh dibuat dari

segi:

a) Kekerapan perjumpaan

b) Mempunyai idea yang bernas (ahli

kumpulan yang aktif)

c) Berkebolehan berkomunikasi secara

efektif

d) Berkebolehan mengenalpasti

masalah/isu persekitaran

e) Berkebolehan bekerja dalam

kumpulan

139

Oleh itu, di dalam melaksanakan

kaedah Pembelajaran Bersaskan

Masalah (PBL), pelajar akan dinilai oleh

pensyarah berdasarkan criteria –

criteria yang telah dinyatakan di atas.

Diharapkan agar pelajar Kolej Komuniti

Temerloh khususnya dapat

menggunakan kaedah Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) dengan

sebaik mungkin di dalam modul yang

lain juga seperti modul perisian aplikasi

komputer, sains dan matematik

10.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kaedah PBL

banyak menekankan dan

menitikberatkan cara pelajar

menganalisis masalah dan

menyelesaikannya. Kemahiran ini

adalah penting bagi melahirkan dan

mendidik bakal-bakal pemimpin yang

bertanggungjawab dan berkeyakinan

dalam menyelesaikan masalah dan

mampu untuk membuat keputusan yang

tepat dan adil. Secara amnya, kaedah

PBL boleh dijadikan salah satu

pendekatan dan latihan yang berkesan

untuk melahirkan pemimpin-pemimpin

yang mempunyai jati diri yang kuat,

berwawasan tinggi, mengamalkan cara

komunikasi yang betul, dan

berkemahiran membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dengan tepat.

Ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri

yang perlu ada dalam diri seseorang

pemimpin yang disenangi dan disukai

oleh pengikut-pengikutnya. Oleh hal

yang demikian, orang-orang yang

dipimpin akan lebih menghormati dan

berasa selamat di bawah jagaannya.

Selain itu juga, peranan

pensyarah ke arah meningkatkan kualiti

graduan adalah sangat mencabar.

Kemampuan pelajar menggunakan ilmu

yang dipelajari adalah pengukur kepada

keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan.Kaedah

pengajaran dan pembelajaran di dalam

Modul Pembangunan Diri 1 mampu

memberi kefahaman dan kebolehan

kepada pelajar mengenalpasti punca-

punca pelajar dating lewat ke kelas dan

cara – cara untuk mengatasinya.

Tambahan pula, dalam

menyelesaikan permasalahan yang

diberi, pelajar secara tidak langsung

perlu menyedari tugas, tanggungjawab

professional dan etika sebagai seorang

pelajar, juga boleh berkomunikasi

dengan yakin.

140

Tambahan pula, pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan dilihat

mampu mendorong dan melatih pelajar

berfikiran kritis, mendorong pelajar

bersikap aktif di dalam kelas dan boleh

bekerjasama dalam kumpulan.

Selain itu juga, cara

pembelajaran ini juga dapat

meningkatkan kemahiran berinteraksi

dan berkomunikasi secara lisan.

Kemahiran berkomunikasi adalah

penting dan menjadi kriteria utama oleh

majikan-majikan untuk memilih

pekerja. Kesedaran mereka terhadap

penjagaan masa boleh ditingkatkan

dengan mengadakan aktiviti-aktiviti

pembelajaran seperti ini. Tidak

dinafikan ada juga segelintir pelajar

yang sukar untuk menerima cara

pengajaran seperti ini yang memerlukan

perbincangan dan perjumpaan dengan

pensyarah.

Selain itu juga, melaui kaedah

pembelajaran berasaskan masalah ini

juga, pelajar tidak akan bergantung

kepada pensyarah secara

keseluruhannya. Mereka akan berdikari

dalam menyelesaikan masalah yang

diberikan. Secara tidak langsung, Kolej

Komuniti Temerloh bukan sahaja

mampu melahirkan pelajar yang

berkemahiran tetapi juga dapat

melahirkan pelajar yang berpandangan

jauh dan dapat mengaplikasikan ilmu

yang ada di dalam kehidupan seharian.

Selain itu juga, Pembelajaran

Berasaskan Masalah ini telah banyak

memberi peluang kepada pelajar untuk

berfikir dan memberi kebebasan kepada

pelajar untuk membuat keputusan.

Pelajar dapat mengembangkan ilmu

yang mereka perolehi dari modul

pembangunan diri ( SPA 106 ) untuk

menyelesaikan masalah sosial, politik,

teknologi dan sebagainya. Oleh itu,

Pembelajaran Berasaskan Masalah ini

amat penting dalam usaha untuk

melahirkan pelajar yang mampu

berhadapan dengan pelbagai situasi.

Sebagaimana yang diketahui, dunia

pada hari in adalah dunia yang penuh

dengan cabaran. Sekiranya kita tidak

mampu untuk melahirkan pelajar yang

mampu berhadapan dengan masalah

tersebut, negara kita akan ketinggalan

dan pelajar tersebut juga akan tertindas.

Oleh itu, Pembelajaran Berasaskan

Masalah ini amatlah penting untuk

diterapakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di kolej komuniti

khususnya.

Secara kesimpulannya,

Pembelajaran Berasaskan Masalah

dapat melatih pelajar unruk berfikir dan

141

menyelesaikan masalah yang dihadapi .

Kita memberikan mereka kebebasan

kerana proses Pembelajaran Berasaskan

Masalah adalah berpusatkan kepada

pelajar. Ia berbeza dengan pendekatan

secara traditional seperti perenialisme

dan essnsialisme yang lebih kepada

berpusatkan kepada pensyarah. Ini

adalah bertujuan unttuk melahirkan

pelajar yang berani, berdaya saing dan

mampu untuk membuat keputusan

demi kejayaan diri sendiri dan negara

serta agama.

Selain itu juga, ilmu ini dapat

digunakan oleh para pelajar untuk

mengadakan perbincangan bersama-

sama mengenai isu–isu semasa yang

boleh diselesaikan dengan ilmu yang

telah dipelajari. Sebagai contoh, guru

memberi satu masalah kepada pelajar

untuk dibincang bersama bagi jalan

penyelesaiannya iaitu masalah buli di

Kolej Komuniti Temerloh. Berdasarkan

ilmu yang ada, pelajar dapat mengaitkan

perkara tersebut dengan perwatakan

dan sahsiah seseorang. Sekiranya

seseorang itu mempunyai perwatakan

yang baik, isu buli tidak akan berlaku di

sekolah.

Secara keseluruhannya,

pengalaman menyelesaikan

permasalahan yang diberikan kepada

pelajar mampu melahirkan pelajar Kolej

Komuniti Temerloh yang berdikari,

bertanggungjawab, berfikiran secara

kreatif dan kritis serta berani. Selain itu,

Pembelajaran Berasaskan Masalah ini

telah menggalakan pelajar untuk

berusaha mencari jalan penyesaian jika

menghadapi sebarang masalah.

RUJUKAN

1. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman.

( 2003 ). Falsafah pendidikan dan

kurikulum. Tanjong Malim :

Quantum Books.

2. Barrows, H.S. & Tamblyn, R.M.

(1980). Problem-based learning : An

approach to medical education. New

York : Springer Publishing Company,

Inc.

3. http://www.udel.edu/pbl/cte/spr

96-bisc2.html

4. http://id.answers.yahoo.com/questi

on/index

5. KUiTTHO. (2005). “Problem-Based

Learning: 10 Disember 2004. Buletin

Pusat Pengajaran dan

Pembelajaran”.Vol 3. pg 5.

142

6. Nurul Aini K. Azhari. (2007).

Mengurus Diri dan Masa. Selangor :

PTS Millennia Sdn.Bhd.

7. Shahabudin Hashim, Dr. Rohizani

Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (

2005 ). Pedagogi : Strategi dan

Teknik Mengajar dengan berkesan.

Bentong : PTS Publications Sdn.

8. Torrance, E.P. (1990). Thinking

creatively with words manual.

Benseville, IL : Scholastic Testing

Service, Inc.

9. Zaidi Hj. Fadzil & Abu Bakar Hj.

Hashim. ( 2002 ). Pengajian Am :

Pembangunan Diri 1. Putrajaya :

Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia.

143

PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI

KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Oleh:

Mohd Rizal Bin Aris

Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

PENDAHULUAN

Proses pendidikan di negara ini

merupakan suatu sistem yang

berterusan bagi memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu bertujuan untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan

seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan interlek serta berdasarkan

kepada kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan. Usaha ini adalah lebih

kepada proses pengajaran dan

pembelajaran bagi melahirkan modal

insan yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab serta berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta dapat

memberikan sumbangan kepadapa

keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara khususnya.

(Sumber: Falsafah Pendidikan Negara,

1987). Oleh sebab itu proses pengajaran

dan pembelajaran adalah merupakan

proses yang amat penting bagi

mencapai dasar dan matlamat sistem

pendidikan itu sendiri.

Ianya selaras dengan hala tuju

program tranformasi kerajaan iaitu

untuk mempertingkatkan pencapaian

pelajar yakni meluaskan akses kepada

pendidikan berkualiti dan

bekemampuan dimana ianya menjadi

keutamaan Kerajaan dan Kementerian

Pelajaran. “Kita mesti mempertingkat

standard pendidikan sedia ada supaya

standing dengan negara – negara maju

di persada antarabangsa dengan

memastikan jurang pendidikan

dirapatkan. Pendidikan memainkan

peranan utama dalam memperkukuh

daya saing negara dan membina

1Malaysia. Sebagai contoh, bagi

144

menyumbang ke arah gagasan

1Malaysia, status sekolah kebangsaan

perlu dipertingkatkan menjadi sekolah

pilihan utama rakyat Malaysia. Secara

peribadi, saya akan memastikan sasaran

yang dirancang tercapai, dan saya

menyeru para ibu bapa, guru dan

pentadbir sekolah memberi sokongan

dan bantuan serta sanggup bekerja

bersama saya dan pasukan dalam

menjadikan impian ini satu kenyataan.”

(Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd

Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia)

Menyedari mengenai hakikat

kepentingan ini, proses pengajaran dan

pembelajaran di kolej komuniti juga

sewajarnya mempunyai satu platform

dan juga landasan yang baik bagi

memantapkan lagi proses pengajaran

dan pembelajaran seiring dengan

kehendak dasar yang hendak dicapai. Ini

adalah kerana tahap kefahaman dan

penerimaan pelajar terhadap proses

pembelajaran yang cuba disampaikan

oleh pensyarah adalah berkadar

langsung terhadap keberkesanan

sesuatu Proses P&P di kolej komuniti itu

sendiri. Oleh itu, para pensyarah

perlulah mempunyai satu landasan yang

terbaik bagi memastikan proses P&P itu

dapat dilaksanakan dengan berkesan

dan secara tidak langsung dapat

memastikan dasar kerajaan ini tercapai.

Penulisan ilmiah ini

menerangkan secara khusus lapan belas

(18) elemen yang diperlukan bagi setiap

pensyarah bagi membentuk Konsep

Lapan Belas (18) S dalam perlaksanaan

proses P&P. Konsep ini dirangka untuk

mewujudkan proses P&P yang lebih

ceria dan berkesan kepada para pelajar

dan secara langsung memberi ataupun

mendatangkan minat para pelajar

kepada proses P&P dan secara tidak

langsung dapat mencapai objektif P&P

itu sendiri.

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (Edisi

Ketiga, 1996), maksud keberkesanan

ialah menimbulkan hasil (kesudahan

dan sebagainya) yang diharapkan

membawa kepada sesuatu perubahan

(perkembangan), efektif atau

mendatangkan sesuatu pengaruh

kepada pemikiran (sikap, watak dan

sebagainya) seseorang atau sesuatu

golongan dan lain-lain (seperti

mengubah sikap, membangkitkan

sesuatu kecenderungan atau perasaan

dan sebagainya).

‘Pengajaran’ ialah bermaksud

cara-cara yang digunakan untuk

145

menyampaikan bahan yang hendak

diajar. Hasil daripada pengajaran

berlakulah perubahan yang relatif kekal

dalam tingkah laku atau pengetahuan

hasil daripada pengalaman. Perubahan

merupakan suatu penambahan yang

baru, pengukuhan dan

pengubahansuaian yang berlaku

terhadap anak didik. Menurut Mok

(1992), pengajaran merupakan aktiviti

atau proses yang berkaitan dengan

penyebaran ilmu pengetahuan atau

kemahiran tertentu manakala

pembelajaran merupakan suatu

perubahan tingkah laku manusia yang

agak kekal dan stabil serta dihasilkan

melalui pengalaman atau latihan.

Manakala ‘Pembelajaran’ adalah

bermaksud suatu proses yang

memfokuskan kebolehan serta kejayaan

pelajar menguasai sesuatu perkara yang

diajar daripada proses pengajaran yang

diterimanya. Selain itu, pengajaran

berkesan juga ditakrifkan sebagai

pengajaran yang dapat meningkatkan

pembelajaran dalam diri pelajar

(Hunter, 1995 dalam Esah, 2003).

KAEDAH PERLAKSANAAN

Setiap pensyarah yang

melaksanakan proses P&P di Kolej

Komuniti seharusnya menggunapakai

Konsep 18 S yang merangkumi segala

aspek-aspek yang perlu ditekankan

dalam setiap proses P&P yang berkesan.

Elemen-elemen Konsep 18 S adalah

senyum, salam, sedia, semasa, selesa

sekitar, sopan, segak, sensetif, selamat,

segera, selia, soleh, selami, sistematik,

sokongan, semak, semangat dan

stamina. Ini adalah perlu bagi

mendapatkan kesinambungan setiap

elemen ini bagi membuahkan hasil yang

berkesan di dalam proses P&P.

146

Rajah 1.0 : Carta Konsep 18 S

KONSEP SENYUM

Konsep senyum membawa

maksud kepada komunikasi ataupun

bahasa badan ( body language) antara

pensyarah dengan pelajar semasa

proses P&P. Senyum sering boleh

digunakan sebagai tanda keyakinan diri,

tanda persetujuan dan banyak lagi. Ia

merupakan satu nilai budi bahasa dan

tanda kemesraan yang perlu

ditunjukkan semasa proses P&P

dijalankan. Senyuman turut

melambangkan keakraban dan secara

tidak langsung ia akan mewujudkan

persekitaran yang kondusif dalam

proses P&P. Istilah ini juga lebih sesuai

dipanggil sebagai ‘mesra pelajar’.

Kaedah pelaksanaan yang diperlukan

untuk Konsep Senyum ini adalah

dengan sentiasa memberikan senyuman

yang ikhlas semasa berinteraksi dan

menggunakan senyuman pada masa

yang sesuai.

147

Berikut merupakan Laporan The Smiling Report 2011

Benua 2009 2010

Amerika Utara 80% 61%

Eropah 71% 79%

Asia 34% 49%

Sumber : AB Better Business World Wide

Sepertimana yang tertera pada

jadual di atas, didapati bahawa

penduduk di negara-negara Asia

mencatatkan jumlah peratus yang

terendah berbanding negara lain. Hal ini

membuktikan bahawa penduduk di Asia

masih kurang kesedaran mengenai

budaya senyum ini. Budaya ini tidak

dititikberatkan kerana masyarakat

merasakan ianya tidak penting. Padahal

budaya senyum ini merupakan amalan

yang dapat mengekalkan suasana

kondusif dalam persekitaran dan

memberi impak positif pada sesiapa

yang mengamalkannya. Perkara ini

diperkukuhkan lagi dengan beberapa

saranan dan tindakan kerajaan pada

tahun 2011 yang menyokong penuh

supaya budaya senyum ini

diperhebatkan lagi di negara kita,

Malaysia dengan memperkenalkan

Kempen Senyum kepada masyarakat

Malaysia.

PUTRAJAYA: “Kajian

menunjukkan individu yang ketawa 100

kali dalam tempoh 24 jam mendapat

manfaat kardiovaskular sama seperti

bersenam 10 minit,” kata Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, kempen selama dua bulan

itu berslogan Senyum Selalu selaras

dengan usaha kerajaan mempergiatkan

kempen amalan senyum kepada

penjawat awam terutama kepada

petugas agensi barisan hadapan, sekali

gus memantapkan budaya mesra dan

berbudi bahasa. “Saya berharap kempen

ini tidak akan berakhir begitu sahaja

selepas tamat tempoh kempen.

Janganlah hendaknya kempen akan

hanya tinggal kempen sahaja dan tidak

dipraktikkan secara berterusan. “Kita

148

harus ingat senyum amalan sedekah

paling mudah dilaksanakan

sebagaimana sunnah Nabi Muhammad

s.a.w,” katanya berucap melancarkan

kempen itu.

Sumber : Berita Harian Online

“Flash that smile more often”.

This is the directive to civil servants to

smile to show their commitment to

provide service beyond the people’s

expectations.

Sumber: The Star: Civil service

launches new campaign for better

service

KONSEP SALAM

Konsep salam merupakan satu

ucapan permulaan dan pengakhiran

dalam suatu Proses P&P. Ia merupakan

satu budaya menghormati sesama

manusia yang perlu diamalkan oleh

pensyarah terhadap para pelajar.

Walaupun Konsep Salam ini nampak

mudah dan ringan, tetapi ianya penting

dalam suatu persekitaran. Ucapan salam

melambangkan keperibadian mulia dan

nilai-nilai murni yang terdapat dalam

individu tersebut. Jika, tiada ucapan

salam di setiap permulaan mahupun

pengakhiran di mana-mana majlis

sekalipun, ia akan dianggap sebagai satu

perbuatan yang tidak sopan dan tidak

menghormati tetamu. Oleh itu, kaedah

perlaksanaan yang perlu dilakukan bagi

melaksanakan Konsep Salam ini adalah

dengan memulakan dan mengakhiri

Proses P&P dengan ucapan salam yang

sopan dan tertib. Hal ini akan

mewujudkan persekitaran yang lebih

efektif dan berkesan.

KONSEP SEDIA

Konsep sedia ini adalah amat

penting dimana pensyarah sewajarnya

bersikap bersiapsedia dan membuat

persediaan yang rapi pada setiap masa

(sebelum, semasa dan selepas) dalam

melaksanakan proses P&P kepada

pelajar. Ini kerana dengan persediaan

yang rapi, proses P&P seseorang

pensyarah tersebut akan menjadi lebih

teratur dan tersusun. Maka perancangan

awal perlulah diamalkan sebelum

sesuatu proses P&P dilaksanakan.

Keperluan proses perancangan adalah

untuk memastikan proses P&P dapat:

a. memenuhi masa yang diperuntukan

b. menepati kehendak

objektif/matlamat

c. berkesan sepanjang waktu

pengajaran

149

d. menarik perhatian dan tidak

membosankan

Sehubungan dengan itu, para

pensyarah perlulah menekankan aspek-

aspek penting dalam perancangan P&P.

Sebelum merancang dan melaksanakan

P&P para pensyarah perlulah:

a. Mengkaji dan mentafsir sukatan

pelajaran secara mendalam

b. Memilih kemahiran-kemahiran dan

dan isi pelajaran yang sesuai

c. Merancang pengajarannya

i. Set iduksi

ii. Perkembangan P&P

iii. Penutup

d. Menentukan strategi P&P

e. Menyediakan bahan bantu

pengajaran

Seharusnya pensyarah perlulah

bersedia lebih awal sebelum sesuatu

proses P&P dijalankan. Untuk

meningkatkan lagi keberkesanan proses

P&P para pensyarah haruslah membuat

perancangan dan merekabentuk

terlebih dahulu proses P&P yang akan

dilaksanakan. Berikut elemen-elemen

penting yang perlu diambil kira dalam

merekabentuk pengajaran ialah:

a. Objektif pengajaran

b. Strategi pengajaran yang sesuai

c. Bahan bantu pengajaran

d. Maklum balas pelajar

e. Penilaian

Proses perancangan ini perlulah

dilakukan secara berterusan iaitu

sebelum, semasa dan selepas proses

P&P tersebut dilaksanakan.

a. Pra perancangan

Ianya merupakan proses perancangan

yang perlu dilaksanakan oleh para

pensyarah setiap kali sebelum proses

P&P dilaksanakan. Semasa peringkat ini

para pensyarah seharusnya mempunyai

gambaran mental mengenai

i. keseluruhan pengajaran

ii. pelajar - potensi, pengetahuan

sedia ada dan lain-lain

iii. isi kandungan pelajaran

iv. strategi

v. bahan yang diperlukan dan boleh

digunakan

150

b. Perancangan aktif

Ianya merupakan proses perancangan

yang juga perlu dilaksanakan oleh para

pensyarah setiap kali sebelum proses

P&P dilaksanakan. Semasa peringkat ini

para pensyarah seharusnya:

i. menulis Rancangan Mengajar

Semester (RMS) ataupunRancangan

mengajar Modular (RMM)

ii. menyediakan nota,

iii. persediaan ABM yang sesuai seperti

transperansi/power point/model

iv. memastikan peralatannya masih

berfungsi baik dan sesuai digunakan

v. menyediakan senarai semak

c. Perancangan semasa

Proses ini haruslah dilaksanakan oleh

para pensyarah pada setiap kali proses

P&P sedang dijalankan. Di sini para

pensyarah perlulah:

i. mendapat maklum balas

tentang kefahaman

pelajar melalui proses

soal jawab mahupun

perlaksanaan Penilaian

Berterusan (PB)

ii. mengubahsuai mengikut

keperluan dan keadaan

semasa

iii. mengaitkan dan

mengulangi pelajaran

yang lepas

d. Pasca perancangan

Proses ini adalah proses persediaan

yang terakhir dimana ianya

dilaksanakan semasa proses P&P telah

pun selesai dilaksanakan. Pada proses

ini para pensyarah mestilah:

i. menyedari kelemahan pengajaran

ii. mengesan kekuatan pengajaran

iii. membuat catatan tentang

perubahan yang diperlukan

iv. menyediakan penilaian

Bagi pensyarah kolej komuniti

Fail Rekod Pensyarah (FRP) perlulah

disediakan bagi setiap sesi pengajian

yang dilaksanakan.

a. Fail rekod pensyarah (FRP)

Fail rekod pensyarah adalah merupakan

pelan rujukan seseorang pensyarah

sebelum mengajar. Di dalam fail rekod

pensyarah adalah wajib bagi

mengandungi perkara penting berikut:

i. Takwim akademik

ii. Jadual waktu

iii. Struktur kursus/ struktur program

modular

151

iv. Silibus / sukatan kurikulum

v. Rancangan mengajar Semester

(RMS) / Rancangan mengajar

modular (RMM)

vi. Rekod penilaian dan kehadiran

pelajar

Dokumen-dokumen lain yang perlu ada

di dalam FRP yang disediakan oleh

pensyarah adalah

i. Maklumat diri pensyarah

ii. Sijil kelayakkan

iii. Senarai tugas pensyarah

iv. Borang semakan FRP

v. Senarai semak FRP

b. Rancangan Mengajar Semester

(RMS) / Rancangan Mengajar Modular

(RMM)

Berikut adalah butiran yang perlu ada di

dalam Rancangan mengajar pensyarah

ialah :

i. Hari dan tarikh

ii. Program dan kursus/modular

iii. Masa

iv. Tajuk dan Objektif/kemahiran

yang ingin dicapai

v. Aktiviti yang dijalankan

vi. Impak/Refleksi

Dengan adanya proses

perancangan dan penyedia dokumen

yang tersusun, maka para pensyarah

akan lebih bersedia dalam

melaksanakan proses P&P kepada para

pelajar. Dengan ini ianya akan

memberikan impak yang positif

terhadap keberkesanan proses P&P di

kolej komuniti.

KONSEP SEMASA

Konsep Semasa membawa

maksud kepada penggunaan alat

bantuan mengajar yang sesuai dan

terkini (up to date) ketika Proses P&P

dijalankan. Penggunaan alat bantuan

mengajar yang sesuai dan terkini

mengikut peredaran masa adalah sangat

perlu. Hal ini adalah kerana dengan

memberikan sesuatu pembaharuan

dalam Proses P&P, ia akan menjadikan

Proses P&P itu lebih menarik,

menyeronokkan dan tidak

membosankan. Secara tidak langsung,

para pelajar akan lebih mudah

memahami dan berminat untuk belajar.

Menurut Fontana (1988) media perlu

dilihat sebagai sesuatu yang dinamik

yang dapat meransang tindakbalas

luaran atau dalaman yang kadang-

kadang mempengaruhi psikologi

152

seseorang. Manusia dikatakan makhluk

yang ‘image and visually oriented’ dan

mereka banyak belajar melalui

penglihatan (Pulley). Walaupun mereka

mendengar dan membaca, apa yang

didengar dan dibaca biasanya akan

divisualkan dalam pemikiran mereka

untuk mendapatkan konsep atau

makna yang lebih jelas. Ini selaras

dengan kata-kata yang pernah

dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang

pujangga dan ahli falsafah cina “kalau

saya dengar, saya akan lupa, kalau saya

lihat saya ingat dan kalau saya buat saya

tahu”

Di sini menunjukkan betapa

pentingnya peranan pensyarah dalam

memastikan keberkesanan alat bantuan

mengajar terutama media yang boleh

dilihat dan disentuh dalam pengajaran.

Misalnya jika pensyarah menayangkan

gambar atau imej termasuk peta minda

serta mengaitkan dengan objektif-

objektif pembelajaran, maka maklumat

yang terima oleh pelajar akan

bertambah. Misalnya, Ausuble (1968)

mengemukakan konsep maklumat awal

sebagai bantuan untuk menghasilkan

pengajaran yang berkesan. Selain itu,

para pensyarah juga perlulah sentiasa

mengambil tahu isu-isu semasa yang

mepunyai kaitan dengan matapelajaran

yang diajarkan kepada pelajar. Sedikit

sebanyak, isu semasa juga boleh

diaplikasikan di dalam proses P&P

supaya pelajar akan lebih memahami

dan secara tidak langsung melahirkan

pelajar yang berkualiti dan berdaya

saing, seiring dengan peredaran masa

kini. Bagi perlaksanaan Konsep Semasa

ini, para pensyarah perlulah bijak dalam

memilih medium untuk proses P&P

supaya ianya sesuai dan berkesan.

Sebagai contoh, antara medium yang

boleh digunakan dalam Proses P&P

adalah dengan menggunakan video

interaktif, internet dan lain-lain.

KONSEP SELESA SEKITAR

Keselesaan seringkali

dihubungkait dengan keadaan

persekitaran di mana ianya merupakan

antara faktor yang utama dalam

mewujudkan persekitaran konduksif

untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (Ee, 1993). Pengaruh

persekitaran juga menjadi faktor

penyebab kepada kegagalan atau

kecemerlangan seseorang pelajar.

Persekitaran menurut Razami (1999)

dalam Amran Khalid (2002) adalah

perihal sekeliling di mana ia juga

berkaitan dengan suasana, keadaan di

sekeliling ataupun sesuatu keadaan.

153

Persekitaran yang tidak konduksif

menggugat aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Pencapaian pelajar dan

persembahan pendidik seringkali

dihubungkaitkan dengan keadaan

persekitaran dan prasarana yang

tersedia di sesebuah pusat pengajian.

Manakala menurut Mohd Anuar (2002)

dan Norshahril (2002) faktor

persekitaran juga memberi kesan yang

tinggi terhadap pembangunan emosi

pelajar. Maka disini jelaslah keselesaan

persekitaran memberikan impak yang

amat jelas terhadap keberkesanan

proses P&P itu sendiri.

Catatan berikut dalam Garis

Panduan Perancangan Tata Atur Ruang

dan Binaan Bangunan (1991) perlu

diberi perhatian dan pemikiran yang

serius:

"The school environment has become an

all important part of education ; every

detail of the school will have its effect

upon the nonhabits and everything that

goes on in the school will contribute to

the education of children - not only in the

class spaces but throuhgout the whole

school." (m.s. 1)

Dalam aspek persekitaran ini,

Asmah Ahmad (1989) dalam Hayati

(2000) telah mengutarakan lima

komponen atau pembolehubah iaitu

objektif pengajaran, pelajar, isi

pelajaran, tenaga pengajar dan

persekitaran. Menurutnya proses

pengajaran dan pembelajaran yang

berlaku adalah hasil daripada interaksi

pembolehubah yang dinyatakan berikut.

Rajah 2.0 memberi gambaran

menyeluruh mengenai model ini.

.0 Model Pembolehubah Persekitaran

154

Maka para pensyarah perlulah

mengambil berat dalam aspek

keselesaan ini kerana dengan jelas

keselesaan dan persekitaran akan

menyumbang kepada tahap penerimaan

pelajar kepada proses P&P yang

disampaikan. Menurut Al-Sagoff (1985)

persekitaran yang mengakibatkan

gannguan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran terbahagi kepada dua

bahagian yang utama iaitu:

a. Persekitaran makro

i. Kualiti udara

ii. Kualiti bunyi

iii. Keselesaan termal

Suhu udara

Halaju udara

Kelembapan udara

iv. Pencahayaan

b. Persekitaran mikro

i. Rekabentuk/susunatur

ruang

ii. Kebersihan dan

keselesaan ruang

Persekitaran makro dan mikro

yang tidak kondusif dari segi

persekitaran mengakibatkan gangguan

dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Perubahan yang

berterusan dalam pendidikan telah

mendorong susunan dan rekabentuk

dalam prasarana pendidikan dan

pengurusan persekitaran

dipertingkatkan. Persekitaran yang baik

memberi lebih keselesaan dan

mententeramkan jiwa (Al-Sagoff, 1985).

Persekitaran berperanan

memberi keselesaan kepada pelajar

dalam melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran terutamanya yang

melibatkan kerja-kerja amali di bengkel.

Persekitaran kerja yang selamat adalah

satu situasi di mana seseorang pelajar

berada di tempat kerja tanpa menerima

atau ditimpa sebarang risiko buruk dan

situasi yang tidak selamat ketika berada

di kawasan yang berisiko tinggi untuk

berlakunya kemalangan. Kekemasan

dan kebersihan di tempat kerja bukan

sahaja dapat menjauhi kemalangan

tetapi juga dapat mempertingkatkan

kecekapan bekerja (Ibrahim Che Muda

dan R. Ramudaram, 1990 dalam Mohd.

Nuzi, 2000).

Maka dengan merujuk kepada

perkara di atas, bagi mendapatkan

persekitaran makro yang baik, maka

para pensyarah seharusnya memilih

ruang pembelajaran yang sesuai bagi

proses P&P. Sebagai contoh kerja amali

di bengkel seharusnya mempunyai

155

ruang kerja yang baik dari segi

pengudaraan, pencahayaan dan jauh

daripada gangguan bunyi bising yang

melampau. Manakala bagi mendapat

persekitaran mikro yang baik untuk

proses P&P, maka para pensyarah

haruslah memastikan bahawa ruang

yang digunakan bagi proses P&P

tersebut dalam keadaan yang bersih dan

teratur. Ini kerana persekitaran yang

tidak diurus dengan baik boleh

menyebabkan kemalangan berlaku

(Turner, 1945 dalam Hayati, 2000).

Oleh itu, persekitaran bengkel

perlu dititikberatkan oleh para

pensyarah bagi mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Ianya amat perlu agar dapat

menimbulkan suasana yang selesa bagi

pelajar mahupun pensyarah itu sendiri.

Pengudaraan bagi sesebuah bengkel

atau bilik kuliah perlu diambilkira

seperti bukaan tingkap yang ada dan

juga pencahayaan yang cukup untuk

memastikan kerja dijalankan dengan

baik. Selain itu pensyarah juga perlu

memastikan ruang kerja bagi pelajar

adalah sesuai dengan bilangan pelajar

yang ada. Oleh itu bagi mendapatkan

ruang P&P yang konduksif para

pensyarah juga haruslah

menitikberatkan perkara-perkara

berikut:

i. Pensyarah haruslah memastikan

tiada sampah atau alatan dan

bahan bersepah di atas lantai dan

disekeliling mesin. Ini dapat

mengelakkan alatan dan bahan

tersebut daripada dilanggar,

disepak atau dipijak dan boleh

menyebabkan kemalangan dan

menghasil ruang P&P yang tidak

selesa dan konduksif.

ii. Pensyarah haruslah memastikan

ruang bilik kuliah bersih dan

kemas. Susunan atau susunatur

bilik kuliah dan bengkel

seharusnya teratur dan tersusun.

iii. Tidak membiarkan bahan lebihan

daripada kerja amali seperti

serpihan logam contohnya

bersepah di atas lantai dan

disekeliling mesin. Sebaik sahaja

selesai menjalankan amali, mesin

dan bengkel hendaklah

dibersihkan.

iv. Pensyarah mestilah memastikan

bengkel mempunyai ruang dan

mendapat bekalan cahaya yang

terang, mempunyai peredaran

udara yang baik, mempunyai

laluan untuk berjalan dan

hendaklah dilengkapkan dengan

rak tempat menyimpan alatan dan

bahan, supaya alat-alat tangan

156

dapat disusun dengan kemas dan

teratur.

v. Salah satu tanggungjawab

pensyarah bengkel adalah

memastikan persekitaran bengkel

selamat digunakan oleh pelajar.

Menurut Finney (1994) dalam

Hayati (2000), sistem pencahayaan

dan peredaran udara yang baik

diperlukan dalam sesebuah

bengkel. Bengkel yang bising,

gelap, tidak selesa dan buruk tidak

berupaya membekalkan

persekitaran yang selamat untuk

bekerja dan melakukan amali.

Menurut Khan dan Vickery (1970)

dalam Hayati (2000) pula, ruangan

yang disediakan untuk sesebuah

bengkel mestilah mengambil kira

aspek pencahayaan, peredaran

udara dan bunyi bising.

KONSEP SOPAN

Konsep seterusnya adalah

Konsep Sopan yang menerangkan

kepada suatu sikap atau tingkah laku

yang baik antara pensyarah dengan para

pelajar. Sikap sopan perlu dalam suatu

komunikasi kerana ia melambangkan

nilai keperibadian seseorang. Interaksi

yang baik diantara pensyarah dan

pelajar akan mendatangkan nilai yang

positif terhadap keberkesanan proses

P&P itu sendiri. Individu yang

mengamalkan sikap sopan dalam

kehidupan sehariannya akan disenangi

dan disukai masyarakat malah akan

dihormati dengan wujudnya sikap

tersebut dalam diri seseorang individu

itu. Begitu juga dengan mengamalkan

Konsep Sopan dalam proses P&P, ia

akan menjadikan proses P&P tersebut

lebih berkesan dan efektif. Kaedah

Perlaksanaan yang perlu dilakukan bagi

menerapkan Konsep Sopan ini dalam

proses P&P adalah dengan

menunjukkan sikap yang baik,

bersopan-santun dan lemah lembut

kepada para pelajar. Perkara ini akan

mewujudkan persekitaran yang lebih

selesa sepanjang proses P&P

berlangsung.

KONSEP SEGAK

Konsep Segak pula merupakan

satu konsep yang lebih kepada

pandangan fizikal terhadap seseorang

individu itu. Konsep segak membawa

maksud kepada cara berpakaian dan

personaliti yang perlu diamalkan oleh

pensyarah dan setiap individu

termasuklah pelajar semasa

157

berlangsungnya proses PNP. Apabila

seseorang pensyarah itu

berketerampilan tinggi, ia turut

melambangkan personaliti yang kemas

dan bersih serta keyakinan diri yang

tinggi semasa berhadapan dengan para

pelajar dalam proses PNP. Hal ini akan

mendatangkan keselesaan kepada para

pelajar untuk belajar. Ini kerana, dengan

mengamalkan Konsep Segak ini, ia akan

mencerminkan imej yang baik terhadap

pensyarah itu sendiri, secara langsung

memberikan imej yang baik kepada

Kolej Komuniti khususnya kerana

memiliki pekerja yang berketerampilan.

Bagi kaedah perlaksanaan yang perlu

dilakukan untuk mengamalkan Konsep

Segak dalam Proses P&P adalah para

pensyarah perlulah sentiasa berpakaian

kemas, bersih dan sesuai. Disamping itu

pensyarah juga harus memastikan

pelajar juga dapat mengamalkan konsep

ini.

KONSEP SENSETIF

Konsep Sensitif bererti

senantiasa peka kepada persekitaran

sekeliling. Konsep Sensitif merupakan

sebuah konsep yang perlu diamalkan

oleh setiap pensyarah dalam proses

P&P. Perkara yang dimaksudkan adalah,

pensyarah perlulah sentiasa peka

terhadap segala kejadian dan perkara

yang berlaku sepanjang proses P&P

berjalan. Sebagai contoh, pensyarah

perlulah peka pada keadaan para

pelajar dan suasana persekitaran proses

P&P dijalankan. Sebagai pensyarah,

perlulah memastikan keselamataan

persekitaran semasa proses P&P

dijalankan sama ada di dalam mahupun

di luar bengkel dan bilik kuliah.

Pensyarah juga perlu peka dan prihatin

terhadap situasi pelajar, iaitu dengan

memastikan pelajar berada dalam

keadaan bersedia untuk proses P&P

tersebut. Jika pensyarah tidak

mengamalkan konsep ini, kejadian

bahaya mungkin terjadi apabila

pensyarah tidak sensitif dan peka pada

persekitarannya. Kaedah perlaksanaan

Konsep Sensitif dalam proses P&P boleh

dilakukan dengan mengambil tahu

maklumat pelajar sebelum memulakan

suatu proses P&P, iaitu dengan

merekodkan kehadiran pelajar serta

mengetahui kesihatan dan keadaan para

pelajar. Selain itu para pensyarah turut

perlu memastikan keadaan keselamatan

lokasi proses P&P sebelum dan selepas

proses P&P berlangsung.

158

KONSEP SELAMAT

Konsep selamat ini memberi

maksud kepada penekanan aspek

keselamatan yang perlu dititikberatkan

oleh para pensyarah kolej komuniti

sewaktu melaksanakan proses P&P.

Pengurusan keselamatan oleh para

pensyarah memainkan peranan yang

penting dalam menentukan kelancaran

aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam

bengkel mahupun bilik kuliah terutama

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pensyarah yang terlibat di dalam sistem

pengurusan bengkel perlulah

mempunyai pengetahuan yang

mendalam tentang aspek-aspek

pengurusan bengkel kerana pengurusan

bengkel melibatkan banyak aktiviti

seperti merancang, mengelola,

menyelaras dan mengawal proses P&P

(Sanusi Mohd. Sidin, Monograf

Organisasi dan Pengurusan Bengkel,

1998).

Pensyarah merupakan model dan

pemimpin kepada pelajar, oleh itu

pensyarah bengkel hendaklah

mengamalkan amalan keselamatan yang

baik di bengkel. Menurut Anton, J.

Thomas (1989) dalam Mohd. Nuzi

(2000), pendidik juga mesti sentiasa

mengingatkan pelajar betapa

berfaedahnya bekerja dengan selamat.

Sebaliknya, pensyarah tidak seharusnya

menunjukkan perbuatan yang tidak

selamat dan bertentangan dengan

peraturan keselamatan. Pernyataan ini

juga turut disokong oleh Crow dan Crow

(1980) dalam Mohd. Nuzi (2000),

dimana pendidik sepatutnya boleh

mengarah, membimbing dan

menggerakkan pelajar untuk membina

sikap yang diingini.

Keselamatan di bengkel kolej

komuniti amat penting bagi

mengelakkan sesi pengajaran dan

pembelajaran terganggu dan

mengurangkan keberkesanannya dan

ini menuntut kerjasama dari pihak

pensyarah dan juga pelajar itu sendiri.

Kebiasaannya, pensyarah akan

memberikan penerangan terhadap

amalan keselamatan kerja amali dan

langkah kerjanya sebelum sesuatu amali

dijalankan. Pelajar akan diingatkan dari

semasa ke semasa supaya mereka dapat

membentuk budaya kerja yang selamat

untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan

mesin serta persekitarannya.

Tanggungjawab seseorang pensyarah

bukan sahaja melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik kuliah atau bengkel tetapi

pensyarah juga harus sentiasa dapat

mengurus dan mengawal tingkahlaku

pelajar semasa di dalam bengkel. Ini

159

adalah untuk mengelakkan kemalangan

dan meningkatkan tahap keselamatan

pelajar-pelajar semasa menggunakan

bengkel. Ini secara tidak langsung, dapat

melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bengkel.

Menurut Fong (2000) dalam

Hayati (2000), masalah keselamatan

dan kesihatan pekerjaan yang

melibatkan orang lain seperti

kemalangan yang melibatkan pelajar

juga merupakan isu sensitif yang

memerlukan perhatian yang teliti dan

tindakan yang berkesan perlu diambil.

Menurut Spielman (1979) dalam Hayati

(2000), fungsi bengkel adalah

menyerupai fungsi sesebuah industri

kecil. Lascoe (1973)dalam Hayati

(2000) juga menyatakan aspek

kemalangan industri mempunyai

hubung kait yang rapat dengan

pengurusan bengkel di institusi

pengajian, dimana bengkel seakan-akan

seperti sebuah industri kecil yang

mempunyai fungsi operasi yang sama

dengan industri sebenar.

Menurut Turner (1945) dalam

Hayati (2000), walaupun tahap

kemalangan di bengkel adalah tidak

setinggi berbanding dengan industri,

namun ia masih perlu diberi perhatian

yang serius kerana selain ianya

mempengaruhi keberkesanan proses

P&P, kemalangan yang berlaku di

bengkel juga boleh membawa maut.

Ilmu pengetahuan dan kemahiran

keselamatan yang yang diterapkan oleh

pensyarah di institusi pengajian adalah

amat berguna apabila seseorang pelajar

keluar bekerja pada masa akan datang.

Selain itu, OSHA (Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerja) meletakkan

tanggungjawab keselamatan dan

kesihatan pelajar ke atas pihak institusi

pengajian.

Selain itu, keperluan

kelengkapan bengkel seperti alatan dan

mesin haruslah diambil kira. Ini adalah

kerana ianya mestilah bersesuaian

dengan kandungan proses P&P. Lee

(1982) dalam Amran Khalid (2002)

menyatakan keperluan kemudahan dan

peralatan bergantung kepada

kandungan program pengajaran. Beliau

menambah lagi bahawa kemudahan dan

peralatan perlu dikendalikan dan dijaga

supaya ianya tidak mengganggu

pengajaran.

Bagi mendapatkan sesuatu

pengurusan bengkel yang bersistematik

dan teratur, seseorang pensyarah itu

perlu belajar untuk mempertingkatkan

pengetahuannya di dalam pengurusan

dan keselamatan bengkel. Eric Hoyle

(1980) dalam Wirdawati (2007)

menyatakan ahli professional seperti

160

pensyarah perlu mempunyai

pengetahuan yang bersistematik dan

pengalaman yang sesuai.

Di sini jelaslah bahawa

pengetahuan seseorang pensyarah kolej

komuniti itu memainkan peranan yang

penting bagi mendapatkan pengurusan

bengkel secara terkawal, terurus,

terancang dan bersistematik. Selain itu

pengalaman seseorang pensyarah juga

merupakan salah satu faktor yang

penting di dalam pengurusan dan

keselamatan bengkel di kolej komuniti.

Sesungguhnya kelengkapan seperti

peralatan dan bahan di dalam bengkel

banyak menyumbang kepada

keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran sekiranya aspek

keselamatan dilaksanakan dengan baik

di sesebuah kolej komuniti.

KONSEP SEGERA

Konsep Segera membawa

maksud kepada kadar kepantasan dan

kecekapan dalam melaksanakan sesuatu

tugas. Para pensyarah perlulah memberi

komitmen yang tinggi dan segera dalam

menjalankan tugasan mengajar tanpa

membazir dan melengahkan masa untuk

menyampaikan sesuatu silibus terhadap

para pelajar. Selain itu, setiap pensyarah

perlulah bertindak segera dalam

menangani apa jua situasi semasa

proses P&P dijalankan, contohnya

seperti bertindak pantas menyelesaikan

masalah yang berlaku semasa proses

P&P berlangsung. Seterusnya, Konsep

Segera ini juga perlu supaya budaya

kerja seseorang pensyarah itu lebih

efektif dan inovatif. Kaedah

Perlaksanaan yang diperlukan bagi

menerapkan Konsep Segera dalam

Proses P&P pula adalah para pensyarah

perlulah konsisten mengikuti pelan

rancangan mengajar supaya ia segera

mencapai sasaran. Setiap pensyarah

juga perlu memberi pesanan kepada

para pelajar supaya melaporkan apa

sahaja situasi kepada pensyarah agar

tindakan yang cepat boleh dilakukan.

KONSEP SELIA

Konsep Selia merupakan suatu

aktiviti yang dilakukan oleh pensyarah

untuk menyelia dan mengawal prestasi

akademik para pelajar. Dengan

mengamalkan Konsep Selia ini, para

pensyarah akan sentiasa memantau

segala perkembangan akademik para

pelajar. Sebagai contoh, pensyarah akan

memeriksa semua tugasan yang

161

dilakukan pelajar dan bertindak sebagai

penasihat apabila perlu. Melalui konsep

ini, para pensyarah akan lebih mudah

mengenalpasti sesuatu masalah yang

dihadapi oleh pelajar dan secara

langsung dapat menyelesaikan masalah

tersebut dengan cepat dan berkesan.

Hal ini adalah kerana apabila para

pensyarah menyelia pelajar dari awal,

pensyarah akan lebih mengetahui dan

memahami situasi pembelajaran para

pelajar dan ia akan memberikan impak

positif kepada proses P&P. Kaedah

perlaksanaan Konsep Selia dalam

Proses P&P boleh dilakukan dengan

cara para pensyarah perlulah sentiasa

merekodkan segala pergerakan dan

perkembangan akademik setiap pelajar

bagi memudahkan pensyarah itu sendiri

mengenalpasti dan mengawal setiap

pelajarnya. Hal yang demikian juga akan

menyumbang kepada cara kerja

berkualiti dan prestasi cemerlang para

pelajar.

KONSEP SOLEH

Konsep soleh ini membawa

maksud kepada keperibadian yang

luhur bagi para pensyarah. Pensyarah

adalah merupakan contoh ataupun “role

model” kepada pelajarnya. Sudah

semestinya para pelajar akan

mencontohi setiap perlakuan ataupun

keperibadian para pensyarah mereka.

Maka para pensyarah seharusnya

mempunyai keterampilan yang baik

bagi dicontohi oleh para pelajar mereka.

Selain itu para pensyarah juga perlulah

menitikberatkan tentang sahsiah dan

juga akhlak para pelajar mereka. Di sini

ditegaskan bahawa bukan sahaja

pensyarah perlu mempunyai nilai-nilai

keperibadian yang luhur, malah

pensyarah juga perlu memastikan para

pelajar mereka mengamalkan ciri-ciri

ini. Oleh itu, para pensyarah seharusnya

menerapkan nilai-nilai murni di dalam

proses P&P mereka.

Nilai murni dapat didefinisikan

sebagai “perlakuan yang baik,

peradaban dan tatasusila individu

manusia dalam hubungannya sesama

manusia, alam dan tuhan. Nilai-nilai

murni sesuatu masyarakat biasanya

diasaskan kepada agama. Memang

menjadi tujuan semua agama, untuk

membentuk kehidupan penganutnya

untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”

Oleh itu haruslah diingat bahawa

disamping memperolehi ilmu

pengetahuan, proses pendidikan juga

mampu melahirkan pelajar yang

mempunyai ciri-ciri nilai murni yang

162

baik dan juga terpuji. Pengamalan nilai-

nilai murni ini seharusnya diterapkan

sejak dari awal lagi untuk memastikan

pembangunan insaniah berkembang

dalam keadaan sempurna. Nilai-nilai

murni ini juga merupakan aspek penting

dalam pembinaan sahsiah individu.

Sesuatu bangsa akan hancur

sekiranya masyarakat berada jauh

daripada landasan Islam yang

sebenarnya. Jika dilihat dari aspek

sejarah, kegemilangan tamadun Islam

yang dibina adalah bertunjangkan

kerohanian yang mantap daripada umat

yang terdahulu. Menurut Yusof Al-

Qardhawi dalam Mohd Zaini (2000)

dalam buku tulisannya menyatakan

masyarakat Islam terbina di atas akhlak

dan nilai-nilai luhur yang diyakini

keimanannya kepada agamanya serta

syariatnya. Akhlak adalah sebahagian

dari agama memandangkan ia adalah

perintah atau larangan yang datang dari

Allah s.w.t. Lantaran itu, masyarakat

tersebut adalah masyarakat berakhlak.

Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni ini

adalah untuk memastikan sesebuah

masyarakat itu mempunyai ciri-ciri

yang baik di sisi agama.

Justeru, bagi membina sebuah

Negara dan peradaban yang cemerlang

maka pembentukan jati diri generasi

muda dari awal usia remaja adalah

penting. Dengan ini, nilai-nilai murni

mestilah diterapkan dengan sempurna

kepada generasi muda pada hari ini agar

mereka tidak terus hanyut dengan

kemodenan semata-mata tanpa

mempunyai jati diri yang mantap dalam

menghadapi arus globalisasi yang kian

mencabar. Negara mungkin berjaya

menghasilkan ramai pekerja yang

berpengetahuan dan berkemahiran

tetapi kontang dengan nilai dan akhlak

sosialnya Izani (1997). Oleh itu adalah

wajar untuk menggabungkan antara

pendidikan formal dan pendidikan tidak

formal bagi mewujudkan satu sistem

pendidikan yang benar-benar

sempurna. Dalam usaha untuk mencapai

matlamat negara bagi merealisasikan

wawasan 2020, maka aspek nilai-nilai

murni tidak boleh dipisahkan atau

diabaikan begitu sahaja. Nilai-nilai

murni ini perlulah selari dengan aspek

pembangunan negara dan menjadi asas

dalam pembentukan masyarakat.

Menurut Mohd Komel (1998), punca

permasalahan keruntuhan nilai moral

berlaku disebabkan tipisnya iman

individu terhadap agama dan nilai-nilai

baik atau yang diistilahkan sebagai nilai-

nilai murni.

Kolej komuniti juga sebagai satu

institusi masyarakat perlulah

mementingkan perkembangan dan

163

perubahan tingkahlaku pelajar

mengikut arah dan kehendak

masyarakat itu sendiri. Justeru itu,

seharusnya kolej komuniti memainkan

peranan untuk mengekalkan corak

kehidupan dan kebudayaan yang

dianggap baik seperti berbudi bahasa,

sopan santun dan bersifat hormat-

menghormati. Akan tetapi pada masa

kini masyarakat dilanda perubahan

social yang pesat dalam zaman

perindustrian dan teknologi (Wan

Mohd. Zahid, 1993). Oleh

itu, pendidikan di institusi pendidikan

juga memainkan peranan sebagai egen

memodenkan masyarakat dalam semua

bidang termasuklah sahsiah pelajar. Ini

bermakna pendidikan di setiap institusi

pendidikan perlu mementingkan nilai

kemasyarakatan dan perkembangan

sifat serta membawa pembaharuan

semasa yang mendatangkan kesan di

dalam pembentukan sahsiah seseorang

individu pelajar tersebut.

Oleh itu di dalam apa jua proses

pengajaran dan pembelajaran,

pensyarah memainkan peranan yang

penting sebagai agen perantaraan ilmu.

Dengan itu, dalam proses menerapkan

nilai-nilai murni, pensyarah terlebih

dahulu perlu mempunyai sahsiah yang

baik untuk dicontohi oleh semua

pelajar. Dalam hal ini, Mohd Komel

(1988) menjelaskan bahawa contoh

tauladan para pendidik inilah yang

banyak membantu pembentukan akhlak

pelajar.

Pensyarah yang seharusnya terlebih

dahulu dilengkapi dengan ciri-ciri

akhlak yang mulia walaupun

masyarakat kurang menghargai

golongan yang berbudi luhur ini.

Menurut Taaherah (1994), para

pendidik seharusnya dapat

mengintegrasikan prinsip kepercayaan

kepada Tuhan dalam semua mata

pelajaran yang diajarnya. Ini akan

memperkuatkan moral dan pegangan

para pelajar dan menghalang

pertumbuhan fahaman ateistik,

materialistic sekularisme. H. Muhamad

(1993), dalam kajiannya berhubung

dengan kefahaman dan penghayatan

terhadap Falsafah Pendidikan Negara

telah menyatakan bahawa kefahaman

ke arah perlaksanaan FPN adalah

berdasarkan kepada kemampuan para

pendidik untuk menghurai isi-isi

penting dalam penerapan dan

pengalaman nilai-nilai murni dalam

kehidupan seharian. Kefahaman ini

sewajarnya boleh diterjemahkan

melalui penghayatannya dalam bentuk

amalan dan tingkah laku yang dapat

dicontohi dan dihayati oleh pelajar.

164

Di Kolej komuniti pensyarah

memainkan peranan sebagai ibubapa

dalam membentuk pelajar selaras

dengan penerapan yang dimasukkan

dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Nilai-nilai murni sepatutnya mula

diterapkan dari pendidikan pra sekolah

lagi merupakan “basic” atau asas kepada

proses pembelajaran dan

perkembangan ini akan membentuk

peribadi dan bernilai murni sehinggalah

mereka berada di pusat pengajian

tinggi. Di Malaysia dewasa ini isu-isu

penerapan nilai murni semakin ketara

dan menonjol. Kementerian Pendidikan

Malaysia telah melaksanakan strategi

penerapan nilai-nilai murni secara

komprehensif dimana: " Nilai-nilai

murni akan disisipkan melalui kesemua

matapelajaran dan akan diperkukuhkan

melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum,

formal dan tidak formal, di dalam dan di

luar bilik darjah, akan digunakan

sepenuhnya dengan cara bersepadu

untuk memastikan penerapan nilai-nilai

murni akan berhasil dan berkesan."

Pensyarah bukan hanya perlu

menjalankan tugas mengajar

matapelajaran yang terdapat dalam

silibus tertentu sahaja, malah para

pensyarah perlulah menerapkan nilai

murni di dalam setiap matapelajaran

yang diajarkan kepada para pelajar.

Adakalanya nilai murni yang disalurkan

itu tidak terdapat secara khusus di

dalam matapelajaran tersebut tetapi

ianya perlulah diterapkan secara tidak

formal seperti komunikasi yang baik

antara pensyarah dan pelajar contohnya

yang akan mempengaruhi penanaman

nilai dalam jiwa pelajar.

KONSEP SELAMI

Konsep Selami pula bermaksud

mengambil tahu dan memahami

keadaan para pelajar. Konsep ini tidak

tertumpu pada akademik para pelajar

sahaja, tetapi ia lebih kepada sifat

kemanusiaan seorang pensyarah

terhadap pelajar. Konsep Selami ini

penting bagi setiap pensyarah

mengamalkannya, iaitu para pensyarah

turut perlu mengetahui keadaan dan

kebajikan para pelajar. Hal ini kerana,

tidak semua orang memiliki nasib yang

baik. Kemungkinan terdapat segelintir

pelajar yang menghadapi masalah

peribadi yang secara tidak langsung

akan menjejaskan prestasi pelajarannya.

Oleh demikian, pensyarah perlulah

memainkan peranan dengan menyelami

masalah yang dialami, sejurus itu cuba

memberikan bantuan dan sokongan

moral terhadap pelajar yang berkenaan.

165

Konsep Selami yang menonjolkan sifat

kemanusiaan dan nilai-nilai murni ini

akan membawa kepada persekitaran

yang harmoni dan efektif dalam Proses

P&P. Kaedah Perlaksanaan bagi

menerapkan Konsep Selami dalam

Proses P&P adalah terlebih dahulu

pensyarah perlulah memaklumkan

kepada para pelajar bahawa apa sahaja

masalah berkaitan peribadi yang

mungkin boleh menjejaskan pelajaran

boleh diadukan kepada pensyarah dan

bantuan yang sewajarnya akan cuba

diberi. Hal ini kerana, kebanyakan

pelajar lebih gemar menyembunyikan

masalah mereka kerana berpendapat

bahawa pensyarah itu adalah garang

dan mungkin akan memarahinya.

Pemikiran ini sewajarnya perlu

dilenyapkan dengan mengamalkan

Konsep Selami ini, secara tidak langsung

ia akan mencipta susana pembelajaran

yang lebih selesa, produktif dan

berkesan.

KONSEP SISTEMATIK

Konsep Sistematik membawa

maksud kepada menjalankan kerja

secara tersusun dan teratur. Di sini

konsep ini begitu penting dalam

perlaksaan proses P&P kerana menurut

Heinich (1981) pengajaran akan

menjadi lebih berkesan jika penggunaan

media dirancang secara sistematik.”

Dengan kaedah P&P yang sistematik

akan memberikan impak yang positif

terhadap kefahaman para pelajar dalam

proses pembelajaran itu sendiri. Sebagai

media pengajaran yang menghampiri

konkrit (Dale, 1985) media yang

digunakan secara sistematik dapat

merangsang daya imaginasi dan

perbincangan. Ia dapat menjamin

proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan lancar di samping

meningkatkan kefahaman dan

menghindar salah

tanggapan dan pentafsiran. Di dalam kes

ini para pelajar mungkin akan keliru

sekiranya proses P&P dijalankan tanpa

kaedah sistematik dan teratur. Maka

pensyarah sewajarnya merancang

proses P&P itu terlebih dahulu dan

melaksanakan proses tersebut dengan

“step by step” mengikut aturan dan

proses yang tersusun.

KONSEP SOKONGAN

Konsep sokongan ini adalah

membawa maksud kepada bimbingan

dan dorongan pensyarah kepada

pelajar. Pensyarah harus berusaha

166

untuk memotivasi pelajar, kerana

motivasi adalah kekuatan pendorong

yang membuat pelajar untuk berusaha

keras dalam proses pembelajaran

mereka. Selain ibubapa, pensyarah

adalah merupakan pembimbing utama

yang akan membentuk para pelajar

mereka. Seperti yang kita ketahui

pelajar kolej komuniti kebanyakkannya

adalah merupakan pelajar yang

tertinggal di dalam akademik mereka

dalam bersaing dengan rakan-rakan

yang lain yang berjaya melanjutkan

pelajaran di universiti dan politeknik.

Kebanyakkan mereka adalah pelajar

yang bermasalah dalam aspek akademik

di peringkat sekolah lagi. Maka disini

peranan pensyarah kolej komuniti

adalah besar bagi membimbing pelajar

mereka dalam bidang akademik dan

juga sahsiah agar kembali di landasan

yang betul. Dorongan dan bimbingan

daripada pensyarah ini akan kembali

membuka jalan dan kepercayaan pelajar

bagi proses pembelajaran.

Seharusnya pendekatan

psikologi amat penting dalam

membimbing pelajar kolej komuniti ini,

dimana para pensyarah seharusnya

pandai memujuk pelajar dan

membimbing mereka agar mereka

menjadi lebih maju. Menurut kajian

yang telah dijalankan oleh Amira,

Hasnah dan Zurilawati (2010) di Kolej

Komuniti Bayan Baru mendapati

pendekatan psikologi ini amat penting

dalam membimbing pelajar dan

pensyarah janganlah sekali-kali

mengecilkan hati pelajar. Ini kerana

mengecilkan hati seorang pelajar hanya

membunuh semangat yang terbaik di

dalam diri pelajar tersebut. Sokongan

dan dorongan pensyarah terhadap

pelajar-pelajarnya akan memimpin

mereka untuk berjaya luar biasa. Maka

dengan ini jelaslah bahawa sokongan

dan motivasi daripada pensyarah adalah

kunci dalam proses pembelajaran.

KONSEP SEMAK

Konsep semak ini adalah

bermaksud kepada proses pemantauan

dan penilaian yang berterusan terhadap

tahap akademik para pelajar. Gay

(1985) berpendapat bahawa penilaian

adalah satu proses yang dianggap

sistematik semasa mengumpul dan

menganalisis data bagi mengenalpasti

samada sesuatu objektif yang telah

ditetapkan itu tercapai ataupun tidak.

Hal ini dapat menetukan para

pensyarah membuat pertimbangan dan

keputusan yang tepat berhubung proses

pengajaran dan pembelajaran. Para

167

pensyarah seharusnya sentiasa

memantau kefahaman dan penerimaan

para pelajar terhadap proses P&P yang

telah dilaksanakan berdasarkan proses

penilaian yang dilaksanakan kepada

pelajar. Ianya merupakan satu proses

membuat pertimbangan dalam

mentafsir hasil pengukuran dan

bertujuan memberikan maklumat

tenetang pencapian pelajar, objektif

pelajaran, kaedah mengajar dan

kurukulum. Di dalam konteks ini

penilaian pembelajaran dapat

memberikan maklum balas yang kekal

bagi memperbaiki pembelajaran para

pelajar. Ini adalah bagi mengelakkan

terjadinya “syok sendiri” kepada

seseorang pensyarah itu.

Kesimpulannya konsep ini

penting bagi pencapaian P&P yang

berkesan adalah melalui langkah-

langkah pengujian, pengukuran dan

penilaian yang tepat dan berkesan

dijalankan oleh pensyarah di bilik kuliah

atau bengkel. Jesteru kecekapan

pensyarah dalam membangunkan

instumen pengujian dan penilaian amat

penting malah sama pentingnya dengan

penguasaan pensyarah terhadap

kurikulum bagi menjamin keberkesanan

proses P&P.

KONSEP SEMANGAT

Konsep Semangat merupakan

suatu konsep yang menerangkan

kepada kesungguhan seseorang dalam

melakukan sesuatu perkara. Konsep

Semangat ini perlu diamalkan oleh

pensyarah di dalam Proses P&P kerana

ia merupakan satu elemen penting yang

diperlukan dalam Proses P&P. Hal ini

kerana apabila pensyarah sentiasa

bersemangat mengendalikan Proses

P&P, ia akan melambangkan imej positif

pada pensyarah tersebut. Antaranya

adalah ia akan menonjolkan keyakinan

diri dan kesungguhan pensyarah

tersebut untuk mengajar, secara

langsung ia turut memberi impak positif

kepada para pelajar. Para pelajar akan

lebih berminat dan seronok untuk

belajar kerana sikap pensyarah yang

bersemangat menyampaikan ilmu. Para

pelajar juga akan lebih menghargai dan

menunjukkan kesungguhan terhadap

pensyarah mereka. Kaedah

perlaksanaan yang perlu dilakukan bagi

menerapkan Konsep Semangat dalam

Prses P&P adalah dengan memastikan

pensyarah sentiasa bersedia sebelum

memulakan Proses P&P. Pensyarah juga

perlu sentiasa menunjukkan

kesungguhan dan semangat yang tinggi

sepanjang menjalankan Proses P&P.

168

KONSEP STAMINA

Konsep stamina ini membawa

maksud kepada keperluan terhadap

tahap kecergasan yang optimum

dikalangan para pensyarah sewaktu

menjalankan proses P&P. Di dalam

konsep ini, stamina adalah bermaksud

kepada daya tahan serta kekuatan

fizikal dalam melaksanakan setiap

amalan seharian termasuklah di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini adalah penting bagi menjamin

proses P&P tersebut dapat dijalankan

dan disampaikan dengan baik. Selain itu,

para pensyarah juga perlu

menitikberatkan konsep ini kepada

pelajar-pelajar mereka. Ini adalah

bertujuan agar para pelajar juga

mempunyai tahap kecergasan yang baik.

Ini kerana tahap kecergasan ini

adalah berkadar langsung terhadap

tahap kecerdasan otak serta emosi

pelajar dan juga pensyarah itu sendiri.

Ini kerana menurut Azizi dan Amir

Hamzah (2003), kegagalan pelajar

dalam bidang akademik serta

berkelakuan yang tidak menepati norma

masyarakat adalah disebabkan oleh

kekurangan salah satu bidang

kecerdasan emosi iaitu kecerdasan

interpersonal. Walaupun para pelajar

mempunyai tahap kebolehan yang

hampir sama tetapi pencapaian

akademik mereka adalah berbeza.

Percanggahan ini mungkin disebabkan

oleh beberapa faktor yang

mempengaruhi kebolehan pembelajaran

seseorang. Maka disini jelaslah bahawa

pentingnya tahap kecergasan yang baik

bagi seseorang individu itu. Bagi

mengaplikasikan konsep ini para

pensyarah dan pelajar haruslah banyak

melibatkan diri di dalam aktivi-aktiviti

yang boleh mengekalkan tahap

kecergasan dan stamina mereka.

CADANGAN PEMANTAPAN KONSEP

18S DALAM PROSES P&P

1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana

Konsep 18S dengan terma rujukan yang

jelas.

Penubuhan jawatankuasa ini

penting bagi memastikan

terdapat individu yang

dipertanggungjawabkan

mengepalai dan memantau

pelaksanaan Konsep 18S ini. Ia

juga bertujuan untuk

meningkatkan penyertaan secara

meyeluruh terhadap para

pensyarah. Peranan

Jawatankuasa Pelaksana Konsep

169

18S ini perlu dijelaskan bagi

memudahkan setiap ahli merujuk

dan berbincang kepada yang

berkenaan berkaitan isu atau

masalah yang dihadapi. Ia akan

melancarkan pelaksanaan tugas

dan tanggungjawab ahli

jawatankuasa.

2. Menentukan pelan tindakan bagi

pelaksanaan Konsep 18S

Penentuan pelan tindakan

pelaksanaan Konsep 18S

bertujuan untuk memudahkan

proses pelaksanaan Konsep 18S.

Dengan adanya pelan tindakan,

sesuatu proses akan lebih

tersusun dan sistematik. Segala

pelaksanaan Konsep 18S akan

lebih terancang dan secara

langsung akan mewujudkan

budaya kerja dan prestasi yang

cemerlang dalam kalangan

pensyarah.

3. Mengadakan program-program

latihan berkaitan Konsep 18S

Penganjuran program latihan

berkaitan Konsep 18S ini

bertujuan untuk memahami dan

mendalami lebih lagi

pengetahuan berkaitan Konsep

18S ini di samping untuk

membudayakan konsep ini

terhadap para pensyarah. Antara

program/latihan yang perlu

diadakan untuk meningkatkan

kefahaman para pensyarah

terhadap konsep ini adalah

seperti “Program Membudaya

dan Memperkasakan Konsep 18S

dalam Proses P&P” dan “Program

Kesedaran Amalan Konsep 18S”.

4. Memantau keberkesanan pelaksanaan

Konsep 18S secara berterusan.

Pemantauan keberkesanan

pelaksanaan Konsep 18S yang

berterusan perlu dilakukan

secara konsisten bagi

mengetahui segala permasalahan

dan isu yang timbul, seterusnya

tindakan penyelesaian perlu

diambil segera. Melalui kaedah

pemantauan ini, Konsep 18S

akan terus diamalkan dengan

penuh yakin dan semangat.

5. Mengkaji semula dan menentukan

langkah-langkah penambahbaikan

secara berterusan.

Pengkajian semula dan

penentuan langkah-langkah

penambahbaikan yang

berterusan bertujuan bagi

mendapatkan kualiti budaya

170

kerja yang terbaik dalam

mengamalkan Konsep 18S untuk

Proses P&P. Selain itu ia dapat

memberikan idea-idea baru yang

boleh diterapkan dalam Konsep

18S supaya konsep ini sentisa

segar dan tidak membosankan,

secara tidak langsung, Konsep

18S ini akan senantiasa

berterusan menjadi amalan dan

budaya kerja yang tidak

membebankan malah

menyeronokkan dan menjadi

kebanggaan para pensyarah

dengan mengamalkan budaya

kerja Konsep 18S ini.

PENUTUP

Perlaksanaan Konsep 18S dalam Proses

P&P ini merupakan satu pendekatan

terbaik yang akan mengubah

persekitaran berkualiti dalam Proses

P&P, disamping dapat melahirkan para

pensyarah yang inovatif, kreatif,

bermotivasi, berterampilan,

berkeperibadian luhur, bersemangat

dan berdaya saing. Secara tidak

langsung, ia dapat menghasilkan para

pelajar yang lebih berkualiti dan

cemerlang. Oleh yang demikian,

pelaksanaan Konsep 18S ini perlu

diperkasakan dan diperhebatkan lagi

bagi mencapai matlamat dan dasar

pendidikan itu sendiri. Konsep 18S ini

perlu berterusan sehingga ia sebati

menjadi budaya kerja setiap pensyarah

dan seharusnya para pensyarah

perlulah memberi komitmen yang tinggi

bagi memastikan Konsep 18S ini

dilaksanakan dengan jayanya dan

berkesan.

BIBLIOGRAFI

1. Kamus Dewan (1996). Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa Dan Pustaka

2. Pelan Stategik Pengajian Tinggi

Negara. (2008). Kementerian

Pengajian Tinggi Negara

3. Mohd Shahidi Bin Mohd Saad.

(2010). Program Pembangunan

Sahsiah di Kolej komuniti,

Kementerian pengajian Tinggi

Malaysia: Suatu Tinjauan bagi Tahun

2010.

4. Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan Rancangan Malaysia ke-9

5. Amira Binti Omar. (2010) Jenis

Psikologial: Satu pendekatan kearah

keberkesanan Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Kolej Komuniti

Bayan Baru.

171

6. Mohd Anuar Bin Abdul Rahman &

Norshahril Bin Abdul Hamid., Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Kesan Persekitaran UTM

terhadap Pembangunan Emosi

Pelajar Di fakulti Pendidikan.

7. Muhd Nazmi Bin Ismail.(2002).

Kajian Persekitaran terhadap sebuah

kolej Universiti terhadap keselesaan

aktiviti Pengajaran Dan

pembelajaran. Universiti Tun

Hussein Onn.

8. Amiza bt Yaman. Kesediaan

Pensyarah Dalam perlaksanaa

Pengajaran Dan pembelajaran

Menggunakan Outcame Based

Education (OBE). Politeknik Port

Dickson

9. Siti Atiqah Binti Sharudin. (2008).

Faktor yang mempengaruhi

keberkesanan Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Bengkel Vokasional

Di Dua Buah sekolah Menengah

teknik Di Negeri Sembilan. Universiti

Teknologi Malaysia.

10. Ahmad Fuad Md. Idris (1995).

Kepentingan Amalan Keselamatan di

Bengkel Kimpalan

11. dan Fabrikasi Logam di Sekolah

Menengah Vokasional Kuala

Terengganu,

12. Kemaman dan Besut Negeri

Terengganu: Satu Tinjauan.

Universiti Teknologi

13. Malaysia:Tesis Sarjana Muda.

14. Amran Khalid (2002). Amalan

Pengurusan Bengkel di Sekolah

Menengah Vokasional yang Telah di

Naik Taraf. Satu Tinjauan. Universiti

Teknologi Malaysia:Tesis

15. Sarjana Muda.

16. Aziah Daud (2003). Healthy

Workplace Report November 2003

Government Printing

17. Johor Bahru. Occupational Health

Unit Disease Control Division

Ministry

18. Health of Malaysia. Johor Bahru.

NIOSH.

19. Azizi Yahaya et. al (2007). Menguasai

Penyelidikan dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur:

20. PTS Professional Publishing Sdn.

Bhd.

21. Azmi Bunawan (2007). Tinjauan

Terhadap Keberkesanan

Perlaksanaan Pengurusan

22. Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran

Hidup di Sekolah-sekolah Daerah

Batu

23. Pahat, Johor. Universiti Teknologi

Malaysia:Tesis Sarjana Muda.

172

APPLICATION OF WEB-BASED LEARNING THROUGH BLACKBOARD

SYSTEM

Wan Norhayati binti Wan Saupi

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh,Pahang

[email protected]

Abstract

The development of online technology in delivering instruction such as web-

based learning (WBL) has brought a new perspective in the world of

education today. WBL is a learning concept that makes use of website as a

medium for teaching and learning. This virtual learning acts as the most

suitable alternative for course supplement. This is because learning through

website can be seen to ease each sides; students, lecturer and

administration staff. One of the WBL widely used today is Blackboard. This

website provide so much facility such as space for teaching and learning for

courses, board for discussion between student and student, or student and

lecturer, information management, test and much more. So, the application

of Blackboard manage to help and ease the interaction and communication

between student and lecturer since it can be access anytime and anywhere,

so that the teaching and learning process could take place with no

limitation. This paper will talk about the use of Web-based learning as a

supplement in higher education.

173

INTRODUCTION

Despite the wide adoption of

information technology for the purposes

of research and communication

between university researchers and

teachers, the actual introduction of

information and communication

technology (ICT) into the classroom is a

fairly recent phenomenon. Even more

recent has been the integral use of ICT

in collaborative online team-based

assignments (Curtis, 2001). Johnson and

Johnson (1996) pointed out that there

were few, if any, conceptual models of

how technology and teamwork could be

effectively integrated. Since that time,

work on collaboration in online

environments has continued, as has

work on the use of computer-mediated

communication in learning, especially

distance education (Curtis, 2001).

Figure 1: Media format of E-learning (Paris, 2004)

In today’s world, information is

available at any time from any place to

any internet user. This is creating

tremendous opportunities for

universities to provide a learning

environment that is accessible to all.

174

The “same time, same place, only some

people” traditional educational

environment is giving way to “anytime,

anyplace and anybody” instructional

models. For universities, the question

becomes how to preserve and expand

the desirable aspects of face-to-face

teaching models when translating them

into the new environment of Web-based

education (WBE).

This challenge is made even

more complex when seen in the context

of other trends in education, which is

the transition from passive classroom

lectures to hands-on, student-centered,

interactive learning, the perception of

students as “customers” with increased

control over learning process, a higher

education market where traditional

universities have to compete with for-

profit enterprises. However, the

purpose of this paper is to see the

application of Web-based learning

(WBL) as a supplement in the courses

for higher education.

Learning management systems

(LMSs) such as Blackboard, WebCT,

Learning Space, and others are

becoming a major means of delivering

Web-based content in higher education.

Instructors without Web design skills or

the time to build entire sites from

scratch can use an LMS to quickly and

easily place materials online (Johnson

and Ruppert, 2002).

WHY WEB-BASED EDUCATION?

Today’s redefinition of higher

education often includes the goal of

providing lifelong quality learning to as

many students as possible without

limitation of time, place, language and

individual economic status. In order to

achieve this goal, universities are

moving from their traditional emphasis

on classroom instruction to an

environment where learning can be

pursued through any media of

instruction, be it the classroom,

television or the Web.

Advances in information

technology and telecommunications are

allowing Web-based courses to replicate

more seamlessly the features of face-to-

face instruction through the use of

audio, video, and high-speed internet

connections that facilitate synchronous

175

and asynchronous communication in

chat groups, Web discussion boards and

virtual forums. Traditional instructional

activities such as lecture preparation

and delivery, student participation,

discussion, feedback and evaluation can

be easily translated to the Web

environment (Aggarwal and Bento,

2000).

Some of the strongest pressures

for changes in higher education are

coming from the students. A growing

segment of working, self-motivated

students want to acquire skills that they

feel are useful and also want to be able

to choose how they will learn those

skills. Convenience is becoming

increasingly important, and there is

growing demand for a 21st century

education that is (Aggarwal and Bento,

2000):

Independent of time and space

Oriented toward goals and

outcomes

Centered in the student/learner

Geared to active, hands-on

learning, and

Able to accommodate differences

in skills and language

The Web also can be used to

support or simulate all types of teaching

environments. It can be used to support

or simulate lectures, case discussions

and classroom interactions in multiple

ways by (Aggarwal and Bento, 2000):

Serving as a platform for

simultaneously delivering

presentations (text, audio and

video) to students in a classroom

and/or dispersed throughout the

world

Allowing synchronous virtual

visits to sites dedicated to

relevant topics or organizations

Enabling real time or almost

synchronous discussions and

impromptu dialogue through the

text-based technologies such as

chat-rooms and Web boards, or

full video and audio interaction

through software such as CU-

SeeMe and NetMeeting.

BLACKBOARD APPLICATION

Blackboard is used by over 2800,

predominantly tertiary, institutions

worldwide, including a number within

176

New Zealand (Pauleen, Marshall &

Egort, 2004). The Blackboard software

is designed as a complete learning

management system that supports the

organization and provision of content

alongside the management and

administration of users, both students

and staff. Courses within the system can

incorporate a number of facilities,

including content provision and

organization facilities, e-mail, discussion

forums, synchronous communication

areas and collaborative groupwork

areas. Whether or not these facilities are

used in particular courses can be

controlled at both the system-wide and

the course level as desired.

Blackboard delivers course

management tools that enable

instructors to provide their students

with course materials, discussion

boards, virtual chat, online assessments,

and a dedicated academic resource

center on the Web. It includes tools for

managing personal information,

content, communication, collaboration,

and assessment.

Blackboard 4 provides a text-

only version of each course.

Unfortunately, it is not equivalent to the

graphics version. The discussion board

and instructor’s control panel are not

provided in text-only mode. While there

was a link to the graphics-based control

panel, there was no link to the

discussion board. Some other links take

the user to the graphic view without

warning, such as the control panel and

the back button after submitting a quiz.

There is no image upload available in

the student homepage creation. A user

cannot change the CD-ROM drive.

Students cannot see their individual

grades, although the overall summary

grade is provided.

The Virtual Learning Environment

Concept And Application

A VLE consists of the following

elements, which can be provided

separately and are available in different

combinations (Bostock, 2000):

Computer mediated

communications (CMC). This

includes e-mail and bulletin

board facilities. Some support

real-time messages between

users who are online.

Publishing (i.e. dissemination of

learning materials). Provision of

177

online documents required by

students such as lecture slides,

module outlines, case studies and

assessment materials.

Computer assisted assessment

(CAA) such as multiple-choice

questions.

Course management facilities to

control access and submission of

work by students.

The Blackboard Learning

System™ is a Web-based server

software platform that offers open

architecture for customization of course

materials and course management. It

allows for integration with student

information systems and authentication

protocols. The platform can be installed

locally or hosted by Blackboard ASP

Solutions (www.blackboard.com). Aston

Business School uses Blackboard5™

software installed on a local server. It

provides a virtual learning environment

for each module in the school's

programmes (Greasely, Bennett and

Greaseley, 2004).

The “Blackboard” site for a

module (course) contains all the content

and tools required to “teach” that

course. It can only be accessed by

students and the staff (called

“instructors”) who are involved with

that module via a username and

password. Access can be gained from on

or off-campus via the Internet using any

browser. While the “instructor” has

control over the course site, an

“administrator” sets overrides that

restrict or require content areas and

tools. The administrator also registers

the users, thereby allowing access.

The components of the course

Web site, selected using the button bar

on the Web site page are as follows

(Greasely, Bennett and Greaseley,

2004):

The “announcements” page lists

timely information which the

instructor or administrator

wishes to convey to the students

“Course information” displays

descriptive materials about the

course such as the syllabus and

course objectives

“Staff information” displays

background and contact

information on course

instructors (lecturers and tutors)

“Course documents” contains

learning materials, such as

lecture notes

178

“Assignments” list the due date

and description for class work

“Communication” allows users to

communicate using facilities such

as e-mail and discussion boards

“External links” allows

instructors to provide links to

outside materials in relevant

Web sites

“Tools” allows the use of a

variety of facilities such as

personal information, course

calendar and checking of grades

“Resources” allows access to the

Blackboard 5 Resource centre

which is a customizable Web site

of educational resources

“Course map” allows an

alternative method of course

Web site navigation using a

bookmark system

Finally the “control panel” button

is only available to tutors and

provides access to menus which

permit the uploading of course

materials and other facilities

Student access to the site can be

monitored by the academic who has

control over content.

SIMPLICITY PROVIDED BY

BLACKBOARD

Increasing Efficiency with Online

Processes

Doing more with less. Many

institutions decrease costs and

streamline processes by using the

Blackboard Academic Suite to facilitate

managing faculty and staff performance

reviews, promotions and hiring.

Blackboard clients use the Blackboard

Community System for decision-making

in key university committees. And

organizations within the Blackboard

Community System have been

established for major campus decision-

making groups, thus streamlining

communication. Other institutions use

the Blackboard Learning System to

bring faculty evaluations online, making

performance appraisal more efficient

(www.blackboard.com).

179

Providing Flexible Programs for Non-

Traditional Students

Many institutions are grappling

with how to address changing student

demographics, a globalizing economy

and industry requirements for new skill

sets. To meet the challenges of

educating students in today’s

environment, institutions are improving

their modes of operation. They are

providing flexible degrees and lifelong

learning programs for non-traditional

students. Institutions are also providing

services and a sense of community for

students who work fulltime. The

Blackboard Learning System provides

many tools to make this happen. For

example, the Adaptive Release

functionality in the Blackboard Learning

System gives instructors the ability to

create custom learning paths for

students. The multi-language capability

of the Blackboard Academic Suite

enables institutions to run multiple

languages on the same system, thus

allowing students to view content in

several languages

(www.blackboard.com).

Streamlining Multiple Sections of

Large Courses

Teaching multiple sections of a

large course is often an administrative

nightmare for faculty. The Blackboard

Content System streamlines managing

multiple sections of a large course. For

example, an instructor may create a

learning object for use in 15 different

sections of a large course. On most

campuses today, that would mean

creating 15 different files, one for each

section. With the Blackboard Content

System, the learning object is created

and stored just once. The instructor

then simply links to it from all 15 course

sections. The result: more effective use

of the instructor’s time. When the

instructor wants to update the learning

object, he or she does it in one place and

only one time (www.blackboard.com).

Evaluating Student Progress with New

Tools

Institutions are under increasing

pressure to have consistent evaluation

methods and to document performance.

Finding better ways to evaluate student

180

progress is a topic on the minds of

educators around the world. The

Blackboard Academic Suite gives

educators many new tools to evaluate

student learning. Blackboard’s e-

Portfolios are particularly valuable for

institutions, providing online

repositories for demonstrating

academic achievement. Many

Blackboard clients are using e-Portfolios

to show that students have met

accreditation requirements in their

fields of study. The Blackboard

Academic Suite also has a Performance

Dashboard that allows instructors to see

key information and outcomes for all

students. This tool makes it much easier

for faculty to view progress and to

ensure that students are achieving

desired go (www.blackboard.com).

CONCLUSION

In conclusion, from previous

studies of Blackboard application, there

appears to be strong support for a web-

based learning (WBL) being used as an

aid to teaching and learning apart from

the traditional classes. The high

proportion of respondents who rated it

useful and the frequent comments that

all modules should use Blackboard both

point to the successful inclusion of this

resource and the desirability of

extending it throughout the portfolio of

courses in all programmes (Greasely,

Bennett and Greaseley, 2004). However,

despite the general appreciation of WBL

among students, there is room for

improvement and following the

suggestions made by students should

enable many of the difficulties to be

removed such as making the system

more user-friendly through the

introduction of guides and the

standardization of modules using

Blackboard.

REFERENCE

Aggarwal, A. K. and Bento, R. (2000).

Web-Based Education. In.

Aggarwal, A Web-Based Learning

and Teaching Technologies:

Opportunities and Challenges.

USA: Idea Group Publishing. pp.

2-16.

Bostock, S.J. (2000). A Review of Virtual

Learning Environments.

Educational Developments 1.1,

181

Retrieved on 19 September, 2005

from

www.seda.ac.uk/ed_devs/vol1/V

irtlearn.htm

Curtis, D. (2001). Exploring

collaborative online learning,

Journal of Asynchronous Learning

Networks, 5 (1), pp.21-34.

Greasley, A., Bennett, D. and Greasley, K.

(2004).A Virtual Learning

Environment for Operations

Management: Assessing the

Student's Perspective.

International Journal of

Operations & Production

Management, 24 (10), pp. 0144-

3577. Retrieved on 26th August,

2005 from Emerald Database.

Johnson, A. M. and Ruppert, S. (2002).

An Evaluation of Accessibility in

Online Learning Management

Systems. Library Hi Tech, 20 (4),

pp. 441-451. Retrieved on 26th

August, 2005 from Emerald

Database.

Johnson, D.W., Johnson, R.T. (1996),

"Cooperation and the use of

technology", in Jonassen, D.H.

(Eds),Handbook of Research for

Educational Communications and

Technology, Simon & Schuster

Macmillian, New York, NY,

pp.1017-44.

Pauleen, D. J., Marshall, S. and Egort, I.

(2004). ICT-Supported Team-

Based Experiential Learning:

Classroom Perspectives. Journal

of Education and Training, 46 (2),

pp. 90-99. Retrieved on 26th

August, 2005 from Emerald

Database.

www.blackboard.com

182

PENGGUNAAN iNTEGRATED DATABASE MANAGEMENT SYSTEM

(iDBMS) DI KOLEJ KOMUNITI

Oleh :

Ilyana Binti Yahya & Quistina Suriani Binti Mazlan

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh,Pahang

RINGKASAN EKSEKUTIF

Sistem maklumat adalah satu kombinasi

yang terdiri daripada manusia,

perkakasan, perisian, rangkaian dan

data yang bertanggungjawab

mewujudkan, mengumpul, menukar dan

mengagihkan maklumat dalam bentuk

yang diingini dalam sesebuah

organisasi.

Ciri-ciri kebanyakan sistem

maklumat di abad ke-21 adalah seperti

wujudnya beberapa sistem maklumat

berlainan boleh wujud dalam satu

organisasi, sistem-sistem maklumat

disambungkan dengan rangkaian

elektronik dan sistem maklumat antara-

organisasi (interorganizational)

melibatkan arus maklumat dalam 2 atau

lebih organisasi.

Sistem maklumat diklasifikasikan

berdasarkan jenis sokongan yang diberi,

tidak mengira bidang fungsi. Contoh:

sokongan IS terhadap pekerja tidak

mengira bidang fungsi dan sokongan IS

kepada majikan tidak mengira dimana

mereka bekerja. Antaranya seperti

Sistem pemprosesan transaksi (TPS),

Sistem maklumat pengurusan (MIS),

Sistem pengurusan pengetahuan (KMS),

Sistem pengautomatan pejabat (OAS),

Sistem sokongan pemutusan (DSS),

Sistem maklumat syarikat (EIS), Sistem

sokongan kumpulan (GSS), Sistem

sokongan pintar (ISS) dan lain-lain lagi.

Sistem maklumat bersepadu

dikenali sebagai integrated information

system menggabungkan sistem

sokongan keputusan, sistem maklumat

eksekutif, sistem pakar, dan sistem

maklumat strategik yang bertujuan

183

untuk memudahkan penggunaan sistem

tersebut.

1.0 PENDAHULUAN

Sistem integrated Database

Management System (iDBMS)

merupakan sebuah sistem maklumat

terpusat yang digunakan secara meluas

di kolej komuniti seluruh Malaysia.

Sistem ini asalnya dibangunkan di Kolej

Komuniti Bandar Darulaman, Kedah

pada tahun 2003 dan digunakan secara

menyeluruh di semua kolej komuniti

pada tahun 2008 setelah diperkenalkan

secara meluas.

Sistem iDBMS ini dibangunkan

dengan memegang 2 konsep utama iaitu

maklumat pada masa sebenar (realtime)

yang bermaksud maklumat tersebut

benar ketika paparan itu sedang

dipaparkan. Konsep kedua iaitu

komuniti yang bermaksud penglibatan

semua unit/bahagian dalam satu sistem

untuk memastikan maklumat sentiasa

dikemaskini dengan tepat.

Pelbagai sub komponen telah

dimasukkan bagi menambah nilai fungsi

sistem iDBMS untuk kegunaan pelbagai

peringkat pengguna. Antara komponen

tersebut ialah :

i. Pengurusan Pendaftaran Pelajar

Digunakan untuk mendaftar

pelajar baru kolej komuniti

dengan memasukkan

maklumat peribadi serta

kursus/program yang

dipohon. Sistem akan

menjana nombor pendaftaran

pelajar sebaik pelajar berjaya

didaftar. Pelajar akan

ditempatkan ke dalam kelas-

kelas yang telah dibuka

mengikut program masing-

masing.

ii. Pengurusan Pendaftaran Modul

Pelajar akan didaftarkan

modul oleh pensyarah kelas

untuk subjek yang diambil

pada semester pelajar

mendaftar melalui komponen

ini. Modul yang didaftar akan

mengikut semester pelajar.

Terdapat juga pendaftaran

modul yang boleh ditebus

iaitu sekiranya pelajar mahu

memperbaiki gred subjek.

iii. Pengurusan Hal-hal Pelajar

(HHP)

Komponen ini akan

menguruskan maklumat

berkenaan hal-hal pelajar

184

seperti bayaran yuran,

penangguhan pengajian,

berhenti pengajian, serta

pertukaran kursus dan kolej.

iv. Pengurusan Latihan Industri

Latihan industri merupakan

perkara yang wajib dijalani

oleh pelajar Sijil Kolej

Komuniti sepenuh masa

untuk memenuhi syarat

penganugerahan sijil.

Maklumat berhubung tempat

latihan industri, markah serta

keputusan penuh akan

direkodkan melalui

komponen ini.

v. Pengurusan Peperiksaan

Komponen peperiksaan

merupakan komponen yang

terpenting untuk menyimpan

maklumat markah

peperiksaan pelajar termasuk

kehadiran peperiksaan ,

markah Penilaian Berterusan

(PB), markah Penilaian Akhir

(PA) serta gred pelajar.

vi. Enrolmen pelajar

Antara paparan penting

dalam sistem ini ialah

enrolmen pelajar iaitu

senarai pelajar aktif mengikut

kelas.

Namun begitu, apabila kolej komuniti

bertukar sistem dengan melaksanakan

kursus Sijil Modular Kebangsaan (SMK)

mulai tahun 2010, terdapat beberapa

komponen yang tidak dapat digunakan

berikutan pertukaran struktur kursus.

Hanya komponen pendaftaran dan

komponen Hal-hal Pelajar yang masih

aktif digunakan sehingga kini.

2.0 PENGGUNAAN SISTEM

Sistem iDBMS hanya boleh dicapai

dengan menggunakan talian Internet

melalui alamat capaian berdasarkan

server. Pelayar yang boleh digunakan

untuk memaparkan laman web sistem

ini ialah seperti Internet Explorer,

Mozilla Firefox, Google Chrome serta

pelayar-pelayar web yang lain. Sistem

ini hanya boleh digunakan oleh

pengguna yang berdaftar sahaja melalui

pentadbir sistem iaitu Penyelaras

iDBMS, Unit Pengambilan Kolej

Komuniti. Antara kategori pengguna

sistem yang ditetapkan ialah seperti

berikut :

185

i. Pentadbir Sistem

Pentadbir sistem diberi kuasa

penuh terutama untuk

mendaftar pengguna sistem

iDBMS. Pentadbir akan

berperanan penuh sebagai

pengawal data supaya

maklumat pelajar tidak

diubah dengan sewenang-

wenangnya. Perubahan status

pelajar seperti tangguh,

berhenti dan bertukar

kursus/kolej hanya boleh

dilakukan oleh pentadbir

sistem.

ii. Pensyarah Kelas

Pensyarah kelas atau

penasihat akademik bagi

kelas dapat mengakses

senarai kelas iaitu maklumat

penuh pelajar yang telah

didaftarkan di dalam kelas

tersebut. Pensyarah kelas

boleh memuaturun lembaran

maklumat pelajar bagi tujuan

dokumentasi kelas seperti

kehadiran pelajar.

iii. Kakitangan Bukan Akademik

Kakitangan bukan akademik

boleh mengakses sistem

iDBMS untuk membuat carian

pelajar atau melihat senarai

kakitangan berdaftar. Selain

itu, maklumat seperti

enrolmen atau bilangan

pelajar aktif di kolej komuniti

juga boleh dipaparkan.

3.0 CABARAN DAN MASALAH iDBMS

186

*13 hosting aktif disediakan memberi

perkhidmatan kepada pengguna iDBMS

*Keseluruhan instalasi dipasang pada

26 buah site http://www.idbms.net/

Antara masalah yang dihadapi oleh

iDBMS terdiri daripada 3 faktor utama

iaitu dari segi infrastruktur, perisian

yang digunakan dan dari segi data dan

aplikasi itu sendiri.

1. Faktor server

a. Infra server yang sedia ada yang

usang

b. Spesifikasi server yang rendah

c. Masalah menampung trafik yang

tinggi

2. Faktor Aplikasi server

a. End of life support Windows

Server 2000 mulai tahun 2012

b. Terdedah kepada ancaman

serangan siber

c. Ruang downtime yang amat

terhad dengan perlaksanaan

SMK

d. Perkongsian aplikasi lain pada

server yang sama

3. Faktor pengguna dan keselamatan

a. Penstrukturan baru Kolej

Komuniti

b. Pertukaran kepada talian

berkapasiti tinggi MYREN

c. Tiada pengendali dan pengurus

sistem dan server yang cekap

d. Kawalan akses server iDBMS

187

4.0 KESIMPULAN

Sistem pengurusan maklumat bukan

lagi sesuatu yang baru tetapi telah

mengalami perkembangan yang kian

pesat dalam semua bidang. Potensi

pengaplikasian system pengurusan

berkomputer dalam semua bidang

memang tidak dapat dinafikan dan ia

bertujuan untuk menyokong dan

menambah baik pemprosesan

maklumat atau data. Sistem pengurusan

bukan sahaja memberikan ruang dan

pengalaman baru kepada pensyarah dan

pelajar, malahan ia mampu

menggalakkan revolusi dalam

penggunaan pangkalan data bagi

memastikan data yang diperolehi tepat

tanpa sebarang kesilapan.

Sistem iDBMS sememangnya

merupakan sebuah sistem yang sangat

penting terutama dalam urusan

pengurusan pelajar. Sistem ini telah

banyak membantu pensyarah di kolej

komuniti untuk mengetahui hal pelajar

secara lebih mudah iaitu atas talian

(online). Walaupun terdapat pelbagai

permasalahan sistem samada dari sudut

teknikal mahupun kandungan sistem,

keupayaan sistem ini dalam merekod

dan mengawal data pelajar tidak boleh

disangkal dan perlu diberi nafas baru

selaras dengan penstrukturan semula

kolej komuniti.

Kesedaran pengguna dalam

menggunakan sistem maklumat juga

perlukan ditingkatkan. Sesebuah sistem

yang hebat tidak dapat memberikan

impak yang maksima jika tahap

penggunaannya lemah. Justeru,

kakitangan kolej komuniti khususnya

pensyarah perlu diberikan pendedahan

dalam menggunakan sistem iDBMS

supaya perkongsian maklumat dapat

ditingkatkan.

5.0 RUJUKAN

Mohd Aizaini Bin Maarof (2004)

Teknologi Maklumat, Sistem Komputer

dan Perisian, Kuala Lumpur : Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia

Kenneth C. Laudon, Jane Price

Laudon(2000) Management Information

System : organization and technology in

the networked enterprise : Prentice Hall

http://server.idbms.net/

http://www.idbms.net/2010/01/blog-

post.html

188

6.0 LAMPIRAN

1. Antaramuka Login iDBMS

2. Menu Utama iDBMS

189

3. Senarai Kelas

4. Enrolmen pelajar

190

5. Modul Pendaftaran pelajar

6. Paparan Pelajar (Student View)

191

PENDEKATAN PROBLEM-BASED LEARNING (PBL) DALAM KURIKULUM

PENDIDIKAN BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL KULIAH-

TUTORIAL

Wan Norhayati binti Wan Saupi

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh,Pahang

[email protected]

Abstrak

Integrasi problem-based learning (PBL) atau pembelajaran berasaskan masalah dalam

pendidikan merupakan suatu keperluan pada masa kini. Ini adalah kerana kemahiran

menyelesaikan masalah merupakan salah satu permintaan atau kehendak industri

dewasa ini. Dengan pelaksanaan PBL di dalam pembelajaran pelajar, akan dapat

menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam menggunakan pengetahuan yang ada

ke dalam situasi pekerjaan yang sebenar, selain dapat melatih pelajar dengan kerjasama

dalam kumpulan, kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kemahiran generik. Artikel ini

adalah bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana pelaksanaan pendekatan PBL

berbanding pendekatan konvensional yang menggunakan kuliah-tutorial sebagai

pengantar isi pelajaran. Reka bentuk pengajaran berasaskan masalah juga merupakan

faktor penting dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan dengan pendidik sebagai

fasilitator. Aplikasi PBL oleh para pendidik dan pelajar merupakan faktor penting dalam

membudayakan PBL. Penyelidikan pendidikan dalam melaksana, menilai, membangun

dan mereka bentuk kurikulum berdasarkan PBL perlu diteruskan bagi meningkatkan

mutu pelaksanaannya dan hasil yang boleh dicapai supaya dapat digunakan secara

maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

192

1.0 PENGENALAN

Apabila pemilik industri atau

perniagaan mengenal pasti ciri-ciri atau

sifat yang perlu ada pada bakal pekerja

mereka, iaitu pelajar pada masa

sekarang, mereka biasanya

menyenaraikan elemen-elemen berikut

(Wingspread Conference, 1994):

Kebolehan berkomunikasi yang

tinggi

Berkeupayaan untuk

mentakrifkan masalah,

mengumpul dan menilai

maklumat, dan membangunkan

penyelesaian

Team skills, iaitu kebolehan

untuk bekerja di dalam pasukan

atau kumpulan

Kebolehan untuk menggunakan

semua keupayaan di atas untuk

membawakan masalah ke dalam

suasana kerja yang kompleks

Bagaimana pendidik boleh

membantu pelajar untuk memperoleh

kebolehan-kebolehan ini? Banyak kajian

telah menunjukkan bahawa

pembelajaran kolaboratif, iaitu

pembelajaran berpusatkan kumpulan

pelajar, di mana ia merupakan

pendekatan yang lebih baik dalam

membina atau membangunkan satu set

kebolehan yang dipertingkatkan yang

diperlukan oleh pelajar setelah mereka

menamatkan pengajian.

Kajian Johnson, Johnson dan

Smith (1998) menunjukkan bahawa

pembelajaran secara kolaboratif

meningkatkan kedua-dua

kecemerlangan akademik (i.e.,

pencapaian yang lebih tinggi, termasuk

perolehan pengetahuan, ketepatan,

kreativiti dalam penyelesaian masalah,

dan tahap pemikiran yang lebih tinggi)

dan sikap positif (tekun dalam mencapai

matlamat, motivasi intrinsik,

pemindahan ilmu pengetahuan ke atas

situasi lain, dan tidak mudah berputus

asa dalam sesuatu pekerjaan). Secara

ringkasnya, memastikan pembelajaran

difokuskan kepada pelajar melalui

pembelajaran secara kolaboratif boleh

membantu pendidik dalam mencapai

matlamat yang disebutkan di atas.

Keperluan kepada tenaga kerja

yang berkemahiran dan generik di

dalam industri dilihat kritikal sejak

akhir-akhir ini. Thornburg (2002) telah

menjalankan tinjauan yang

menganalisis seribu pekerjaan di dalam

193

semua sektor dan mendapati bahawa

kemahiran baru yang diperlukan atau

dikehendaki pada pekerja masa kini

adalah seperti berikut:

Teknologi (81%)

Komunikasi (74%)

Kolaborasi/Kerjasama (36%)

Kepimpinan (34%)

Kreativiti (23%)

Menyelesaikan masalah (22%)

Empat keupayaan atau

kemahiran yang disenaraikan sebagai

penting oleh majikan adalah seperti

berikut:

Keupayaan untuk bekerja di

dalam kumpulan dan memenuhi

matlamat korporat

Inisiatif, banyak pengetahuan,

berdikari dan kreatif dalam

menyelesaikan masalah

Celik komputer

Kemahiran berkomunikasi yang

bagus

2.0 PROBLEM-BASED LEARNING

(PBL)

Apabila pengajar menyediakan kursus

secara konvensional, mereka terlibat

dengan bahan kursus sebagaimana

pelajar diharapkan terlibat sama. Tetapi

malangnya, di dalam kelas

konvensional, individu yang paling

banyak mempelajari ilmu adalah

pengajar yang baru. Huba dan Fred

(2000) menjelaskan bahawa pengajar

yang menyediakan penyampaian untuk

kursus konvensional mempunyai

keadaan di mana mereka sendiri boleh

mempertingkatkan pembelajaran

mereka sendiri yang merangkumi:

Pencarian informasi baru secara

aktif

Penyatuan pengetahuan baru

dengan pengetahuan sedia ada

Pengaturan ilmu baru dan lama

dengan tersusun

Berpeluang untuk

menerangkannya kepada orang

lain

Di dalam kelas problem-based

learning (PBL) ataupun pembelajaran

berasaskan masalah, pendidik kini ingin

menyediakan peluang pembelajaran

194

yang sama seperti di atas kepada

pelajar.

PBL merupakan kaedah

pengajaran yang mengajar pelajar untuk

belajar untuk belajar melalui kerjasama

di dalam kumpulan untuk mencari

penyelesaian kepada masalah di dalam

situasi sebenar (Duch, Groh, dan Allen,

2001). Masalah-masalah ini digunakan

untuk melibatkan perasaan ingin tahu

pelajar dan untuk memulakan

pembelajaran berkenaan dengan isi

pelajaran. Pada tahap yang paling asas,

PBL digambarkan dengan penggunaan

masalah yang sebenar sebagai konteks

kepada pelajar untuk belajar pemikiran

secara kritikal dan kebolehan

menyelesaikan masalah dan untuk

memperoleh pengetahuan dan

pemahaman mengenai konsep penting

kursus.

Dengan menggunakan PBL,

pelajar dapat belajar keupayaan

pembelajaran sepanjang hayat, yang

merangkumi keupayaan untuk mencari

dan menggunakan sumber atau bahan

pembelajaran yang betul, yang mana

penting di dalam pergerakan dunia yang

pantas berdasarkan teknologi

maklumat. Rajah 2.1 menunjukkan apa

yang boleh ditunjukkan oleh graduan

PBL selepas menamatkan program PBL.

Seorang graduan PBL mampu

untuk:

Aplikasikan apa yang telah

dipelajari (Pengetahuan)

Cari sebab dan selesaikan

masalah (Kemahiran)

Melaksanakan pembelajaran

sepanjang hayat (Kemahiran)

Bekerja di dalam kumpulan

(Kemahiran)

Berkomunikasi (Kemahiran)

Berpegang pada nilai, etika dan

profesionalisme dalam profesion

mereka (Sikap)

Rajah 2.1: Profil seorang graduan

PBL

195

3.0 PERBEZAAN ANTARA

KURIKULUM PBL DAN KULIAH-

TUTORIAL KONVENSIONAL

Jika dilihat dari pelbagai sudut, terdapat

perbezaan antara kurikulum PBL dan

kuliah-tutorial secara konvensional.

Jadual 3.1 menunjukkan perbezaan yang

mempengaruhi reka bentuk kurikulum.

Wujud perbezaan yang ketara antara

dua pendekatan pendidikan ini.

Jadual 3.1: Perbezaan antara Pendekatan Kuliah-Tutorial Konvensional dan PBL

ASPEK KONVENSIONAL PBL

Hasil Kandungan Kandungan dan kemahiran

proses

Apa yang

dipelajari

Berasaskan subjek

Pengetahuan dipecahkan

Berasaskan masalah

Multidisipilin/integrasi

pengetahuan

Cara belajar Guru memberi pengetahuan Pelajar mencari dan

mendapatkan pengetahuan

Penilaian Berasaskan

subjek/kandungan

Berasaskan

pelaksanaan/kecekapan

Budaya

pembelajaran

Berpusatkan guru

Budaya penerima-pelajar

mendengar, menyalin dan

mendapat pengetahuan

Pembelajaran pasif

Bergantung pada guru

Berpusatkan pelajar

Budaya penyelidikan-

pelajar mengambil

bahagian dan terlibat dalam

pembelajaran

Pembelajaran aktif

Pelajar berdikari-tidak

bergantung atau dikawal

oleh guru

196

Dalam pendekatan kuliah-tutorial

konvensional (Rajah 3.1), kurikulum

bermula dari dalam ke luar dengan

menyeluruh. Hasilnya adalah

berdasarkan kepada sejauh mana

liputan subjek, isi kandungan dan

pengetahuan oleh guru berkenaan.

Struktur kurikulum yang longgar ini

menggalakkan pemikiran yang tertutup

dan pembelajaran yang dipecahkan, dan

oleh itu ia kurang bersepadu.

Sebahagian besar pengetahuan

dipindahkan oleh guru, pembekal isi

pelajaran di dalam kelas yang besar dan

kuliah yang ramai. Cara ini adalah

efisien dan efektif dalam erti kata

mengajar. Walau bagaimanapun, ia tidak

menunjukkan kualiti pembelajaran. Ia

adalah berpusatkan guru.

Rajah 3.1: Rangka Kurikulum Pendekatan Kuliah-Tutorial Konvensional

Sebagaimana masalah kerja yang

sebenar adalah multidimensi dan

melangkaui pelbagai subjek, pelajar di

bawah pendekatan yang konvensional

perlu mengambil langkah yang lebih

dalam mengintegrasikan pengetahuan /

isi pelajaran yang telah mereka pelajari

sebelum mereka boleh

menggunakannya atau

mengaplikasikannya di alam pekerjaan.

Penilaian dalam pendekatan

konvensional kuliah-tutorial

menentukan sejauh mana pelajar ingat

isi pelajaran, dan tumpuan hanya

diberikan dalam peperiksaan dan gred.

Pelajar Guru

Persekitaran

Persekitaran

Subsistem

Pendidikan

Kandungan

Pengajaran

Peperiksaan

197

Pendekatan pembelajaran adalah

berdasarkan kepada falsafah “just-in-

case”, di mana guru berhati-hati dalam

memastikan seluruh isi pelajaran

disampaikan dan diberikan sementara

pelajar belajar hanya untuk peperiksaan

atau mengulang kaji jikalau

pengetahuan dalam topik tersebut

mungkin akan dinilai di dalam

peperiksaan.

4.0 HAD DI DALAM KURIKULUM

KULIAH-TUTORIAL KONVENSIONAL

Apa yang dapat dilihat di sini adalah

wujudnya jurang atau ruang di dalam

reka bentuk kurikulum pendekatan

kuliah-tutorial konvensional dalam

memenuhi kehendak pembelajaran

pada masa kini dan kehendak industri

pada masa akan datang. Had atau batas

yang wujud diilustrasikan di dalam

Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Batasan di dalam Kurikulum Konvensional

Sebaliknya, kurikulum PBL bertujuan

untuk menghasilkan pelajar yang bukan

sahaja cenderung secara teknikal dalam

erti kata kandungan pelajaran, tetapi

turut dilengkapi dengan kemahiran dan

kebolehan untuk mengurus dan

menyelesaikan masalah di dalam

suasana sebenar. Rajah 4.2

SEKARANG

Apa yang pelajar

TAHU

Fokus: Kandungan

AKAN DATANG

Apa yang pelajar

MAMPU LAKUKAN

Fokus: Kandungan &

kemahiran

pembelajaran

sepanjang

hayat

198

menunjukkan sistem di dalam

kurikulum PBL. Nilai yang menjadi asas

atau dasar di dalam kurikulum PBL

adalah outcome-based education (OBE).

OBE merujuk kepada penumpuan dan

penyusunan kurikulum berkenaan

dengan apa yang penting kepada pelajar

untuk membolehkan pencapaian

mereka cemerlang di akhir proses

pembelajaran di institusi (Spady, 1994).

Ia merupakan pendekatan berasaskan

pencapaian yang menumpukan kepada

apa yang graduan boleh lakukan

daripada hanya mengetahuinya (Davis

dan Harden, 1999).

Rajah 4.2: Rangka Kurikulum Pendekatan PBL

Kurikulum PBL lebih fokus kepada

pelajar dan mempersiapkan mereka

untuk menghadapi alam pekerjaan

secara profesional. Oleh itu, ia dipandu

oleh hasil dicapai, yang mana

dirumuskan dengan input daripada

industri dan majikan. Hasil dicapai

merujuk kepada apa yang pelajar

mampu tunjukkan atau laksanakan

selepas menamatkan program PBL.

Perkara ini merupakan tujah dalam reka

bentuk kurikulum.

5.0 KESIMPULAN

Pengecaman dan komunikasi yang jelas

perlu ada berkenaan dengan apa yang

perlu dicapai oleh pelajar di akhir

Hasil

dicapai Pelajar

Persekitaran

Persekitaran

Subsistem

PBL

Penilaian

Penyampaian

Masalah

199

program PBL yang disertai. Hasil yang

dicapai daripada kurikulum PBL adalah

berlainan daripada kurikulum kuliah-

tutorial konvensional dan objektif

pembelajaran berasaskan isi pelajaran.

Iaitu melihat dengan lebih jauh lagi

daripada mengenal pasti dan

menyenaraikan apa yang pelajar patut

tahu daripada hanya menumpukan

kepada apa pencapaian pelajar di akhir

setiap program. Hasil yang dicapai

melalui PBL ini juga mempengaruhi cara

sesuatu program itu disampaikan, iaitu

cara untuk mengajar. Ini adalah kerana

pembuktian bahawa pelajar sudah

memperoleh pengetahuan tidak

menjamin yang mereka juga boleh

mengingat kembali dan

mengaplikasikan pengetahuan ini untuk

menguruskan masalah dalam pekerjaan.

Walau bagaimanapun, jika pelajar dapat

menyelesaikan masalah, jelaslah

menunjukkan bahawa mereka telah

memperoleh dan boleh menggunakan

pengetahuan tersebut dengan

kompeten. Apabila mereka masuk ke

alam pekerjaan, pihak industri

mengharapkan mereka boleh

melaksanakan tugas dengan baik, bukan

sekadar menyenaraikan apa yang telah

mereka pelajari. Oleh sebab itu, proses

PBL digunakan sebagai mode

penghantaran bagi mencapai matlamat

dalam menghasilkan pelajar yang boleh

memenuhi kehendak industri dan pada

masa yang sama kompeten.

Pengenalpastian dan komunikasi yang

jelas juga harus ada berkenaan dengan

berapa banyak yang perlu dipelajari dan

dinilai dengan menetapkan keperluan

yang nyata dan kompetensi yang boleh

ditunjukkan oleh pelajar di dalam

program PBL. Akhirnya, penyelidikan

pendidikan dalam melaksana, menilai,

membangun dan mereka bentuk

kurikulum berdasarkan PBL perlu

diteruskan bagi meningkatkan mutu

pelaksanaannya dan hasil yang boleh

dicapai supaya dapat digunakan secara

maksimum dalam pengajaran dan

pembelajaran pada masa akan datang.

Rujukan

Duch, B. J., Groh, S. E., & Allen, D. E.

(2001). The Power of Problem-

based Learning. Sterling, VA:

Stylus.

Huba, M. E., & Fred, J. E. (2000). Learner-

centered Assessment on College

Campuses: Shifitng the Focus from

200

Teaching to Learning. Boston:

Allyn and Bacon.

Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Smith,

K. A. (1998). Cooperative

Learning Returns to College:

What Evidence is There That it

Works? Change, 30, 26-35.

Lynda, W. K. N. (2004). Jump Start

Authentic Problem-based

Learning. Singapura: Pearson

Prentice Hall

Oon-Seng Tan. (2004). Enhancing

Thinking Through Problem-based

Learning Approaches. Singapura:

Thomson.

Spady, W. G. (1994). Outcome-Based

Education: Critical Issues and

Answers. Arlington, VA: American

Association of School

Administrators.

Thornburg, D. (2002). The New Basics:

Education and The Future of

Work in The Telematic Age. VA,

Association for Supervision &

Curriculum Development.

Wingspread Conference. (1994). Quality

Assurance in Undergraduate

Education: What the Public

Expects. Denver, CO: Education

Commision of the States.

201

APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI

Oleh :

Uzana Binti Ismail

Kolej Komuniti Temerloh

[email protected]

ABSTRAK

Selaras dengan transformasi pendidikan negara yang berhasrat untuk membentuk modal insan

bagi pembangunan negara dan melahirkan negara bangsa yang diharapkan, perkembangan

potensi individu pelajar Kolej Komuniti melalui pendidikan perlu dilakukan secara harmonis,

seimbang, menyeluruh dan bersepadu. Penulisan ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi

teori kecerdasan pelbagai dalam pelaksanaan pengajaran ke arah memperkembangkan potensi

semua unsur-unsur kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar. Staf akademik pada hari ini

kurang didedahkan kepada aplikasi teori kecerdasan pelbagai di dalam bilik kuliah. Kesannya

tidak ramai yang dapat mengaplikasikan teori ini di dalam pengajaran dan pembelajaran

masing-masing. Pelaksanaan teori kecerdasan pelbagai didapati amat berkesan untuk menyahut

cabaran bagi mewujudkan tranformasi di dalam pendidikan alaf baru. Berdasarkan kajian yang

pernah dijalankan, didapati suasana pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan

unsur-unsur kecerdasan pelbagai adalah bersifat kondusif serta berjaya memperkembangkan

sikap saintifik dan nilai murni, di samping pada masa yang sama dapat memperkembangkan

unsur-unsur kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar. Setiap pelajar Kolej Komuniti

mempunyai kecerdasan yang mempunyai tahap yang berbeza. Pendidikan yang memenuhi profil

kepelbagaian kecerdasan boleh membantu pelajar untuk mengembangkan bakat dan potensi

mereka dalam mencapai kecemerlangan. Golongan pensyarah perlu peka dan sensitif dalam

menilai kecerdasan seseorang pelajar. Sekiranya pensyarah gagal memainkan peranan dalam

mengenal pasti kecerdasan, sudah pasti akan memberi kesan terhadap pengurusan modal insan

dalam pendidikan negara. Berdasarkan rasional di atas, dapat dikatakan bahawa kesemua unsur

kecerdasan pelbagai adalah antara perkara yang perlu diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di Kolej Komuniti bagi melengkapi usaha membangunkan profesionalisme

modal insan.

202

1.0 Teori Kecerdasan

Pelbagai definisi kecerdasan

telah dikemukakan oleh ahli-ahli

psikologi. Thorndike (1931)

mendefinasikan kecerdasan sebagai

daya melakukan tindak balas yang baik

daripada sudut kebenaran atau fakta.

Menurut Piaget (1952), kecerdasan

sebagai kebolehan individu berfikir atau

menaakul dalam usahanya

menyesuaikan diri dengan persekitaran

manakala Kalat (1999) mentakrifkan

kecerdasan adalah gabungan antara

kebolehan umum dan kemahiran

praktis.

Senario pendidikan pada hari ini

menilai kecerdasan dan kepandaian

seseorang pelajar berdasarkan kepada

pencapaian tinggi dalam peperiksaan.

Dalam konteks ini, kecerdasan

membawa maksud kebolehan mendapat

markah tinggi atau prestasi yang

cemerlang di sekolah. Mengikut Imam

Al-Ghazali pula, setiap manusia ada

kecerdasan(Intelligences) masing-

masing.

“Kecerdasan yang ada pada manusia

ibarat seperti benih di dalam pasir. Jika

benih itu disiram dan dijaga dengan

baik maka benih itu akan tumbuh

dengan subur tetapi jika sebaliknya…..”

Howard Gardner dan R.J

Sternberg pula mengukur kecerdasan

dengan melihat kebolehan individu

untuk menyelesaikan masalah atau

menhasilkan sesuatu produk dalam

konteks budayanya. Mereka menilai

tingkah laku cerdas semasa individu

menjalankan tugasnya dan melihat

kecerdasan dari aspek kebolehan

individu tersebut untuk memproses

maklumat.Mereka percaya budaya di

mana seseorang itu hidup sangat

mempengaruhi kecerdasan. Faktor baka

bukan penentu kepada ukuran

kecerdasan dan boleh dipertingkatkan

melalui pengajaran.

2.0 TEORI KEPELBAGAIAN

KECERDASAN MANUSIA

Pada tahun 1983, Howard

Gardner dari Harvard University,

Amerika Syarikat telah

memperkenalkan suatu teori

Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple

Intelligences). Menurut teori ini, setiap

individu memiliki lapan jenis

kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-

203

linguistik, logikal-matematikal, visual-

ruang, muzikal, kinestetik, naturalistik,

interpersonal dan

intrapersonal.Pendapat beliau

diperkenalkan menerusi buku beliau

berjudul ‘The Frames of Mind (1983).

Gardner berpendapat kecerdasan

melibatkan kebolehan seseorang dalam

menyelesaikan masalah atau

menghasilkan sesuatu hasil kerja seperti

kebolehan menggubah lagu, mencipta

puisi/sajak atau koreografi tarian dalam

konteks budayanya. Gardner (2005)

juga telah menemui satu kecerdasan

yang kesembilan iaitu ‘existential

intelligence’ yang beliau gelarkan

sebagai ‘intelligence of big questions’.

Rajah 1.0 : Teori Kepelbagaian Kecerdasan, Howard Gardner

204

2.1 Kecerdasan Bahasa atau

Linguistik

Kecerdasan ini merangkumi

kebolehan menggunakan bahasa secara

cekap seperti membaca, menulis,

perbualan, berhujah dengan

menyakinkan dan sensitif terhadap

perbezaan halus dalam makna

perkataan.

2.2 Kecerdasan Logikal –

Matematik

Berkebolehan memanupilasikan

nombor, menentukan jawapan secara

logikal, konsep berfikir dalam bentuk

logikal dan nombor. Kemahiran yang

ada merangkumi teknik penyelesaian

masalah, bekerja dengan bentuk

geometri dan melakukan pengiraan

matematik yang sukar.

2.3 Kecerdasan Kinestetik

Kecerdasan ini meliputi

kebolehan mengawal pergerakan tubuh

dan mempunyai kemahiran memegang

objek. Berkebolehan mengawal daya

imbangan yang baik dan koordinasi

mata dan tangan yang baik.

2.4 Kecerdasan Intrapersonal

Individu yang memiliki

kecerdasan Intrapersonal cenderung

untuk refleksi siri sendiri dan peka akan

sifat dalaman diri. Mereka cenderung

untuk memahami perasaan dalaman,

impian, perhubungan dengan orang lain,

kelemahan dan kekuatan yang ada.

Berkemahiran untuk mengenalpasti

kelemahan dan kekuatan diri dan

menilai cara berfikir.

2.5 Kecerdasan Interpersonal

Kebolehan untuk mengesan dan

memahami niat orang lain. Individu ini

mahir dan bijak menjiwai perasaan,

ingatan dan motivasi dan membolehkan

mereka mudah untuk menyesuaikan

diri dengan orang lain.

2.6 Kecerdasan Muzikal

Berkebolehan untuk berfikir

dalam konteks muzikal, kepekaan

kepada nada, rentak dan bunyi. Sensitif

terhadap bunyi di persekitaran.

Kemahiran individu ini ialah menyanyi,

bersiul, mengubah muzik, meingati

melodi dan memahami struktur dan

rentak muzik.

205

2.7 Kecerdasan

Visual/Ruang/Spatial

Keupayaan untuk berfikir secara

gambaran, imej bentuk dan corak.

Mereka yang memiliki kecerdasan ini

gemar melihat peta, carta, gambar,

menonton filem, membaca dan menulis,

melakar dan menterjemah imej secara

visual.

2.8 Kecerdasan Naturalist

Kecerdasan naturalist berkait

rapat dengan persekitaran

semulajadinya. Mereka yang

mempunyai kecerdasan ini mudah

mengenal dan mengingati nama

tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

2.9 Kecerdasan Existensial

Keupayaan kecerdasan yang dimiliki

oleh mereka yang mempunyai kepekaan

dan keupayaan menjawab persoalan

yang berkaitan dengan kewujudan

manusia dan kematian.

3.0 MENGAPAKAH TEORI

KECERDASAN PELBAGAI PERLU

DIAPLIKASIKAN DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan kepada dapatan

kajian oleh pendidik seperti Armstrong

(2000), Berman (1998), Campbell et al.

(1996), Jasmine (1996) dan Lazear

(1991) menunjukkan aplikasi teori

kecerdasan pelbagai dalam pendidikan

berkeupayaan menyumbang kepada

kejayaan pembelajaran pelajar di

sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia

memperkenalkan teori kecerdasan

pelbagai dalam sistem pendidikan pada

2001 melalui Pusat Perkembangan

Kurikulum yang kini dikenali sebagai

Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Antara rasionalnya model teori

kecerdasan pelbagai diserap dalam

kurikulum ialah disamping membantu

menghasilkan pelajar yang seimbang,

pelajar juga memperoleh apa yang perlu

untuk hidup di abad akan datang. Model

teori kecerdasan pelbagai dapat

membantu kita menganjak fokus dari isi

kandungan kepada hasil pembelajaran

generik yang lebih penting dan berguna

kepada pelajar.

Pendidik yang efektif adalah

seorang yang prihatin kepada

kecerdasan pelbagai dan seterusnya

mampu membuat refleksi untuk

memilih pendekatan, strategi, teknik

dan kaedah yang sesuai dalam

merancang dan melaksanakan

206

pembelajaran. Teori kecerdasan

pelbagai membantu pendidik untuk

menerima persamaan dan perbezaan

antara individu dengan mengakui

bahawa setiap pelajar adalah unik dan

belajar dengan cara yang berlainan.

Berdasarkan rasional di atas,

dapat dikatakan bahawa kesemua unsur

kecerdasan pelbagai adalah antara

perkara yang perlu diintegrasikan

dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran bagi melengkapi usaha

membangunkan profesionalisme modal

insan.

4.0 KONSEP KEPELBAGAIAN

KECERDASAN DAN PENGARUHNYA

DALAM PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARAN

Kecerdasan merupakan salah

satu daripada elemen penting yang

mempengaruhi gaya pembelajaran.

Kecerdasan logik dan kecerdasan

linguistik merupakan kecerdasan yang

paling banyak diterapkan dalam siatem

pendidikan sekarang. Ini menunjukkan

pelajar dilatih untuk menganalisis sebab

atau punca kejadian sesuatu perkara,

memberi jawapan yang betul kepada

soalan-soalan berasaskan pengiraan

serta mahir menggunakan bahasa

dengan afektif. Ini bermakna hanya dua

daripada Sembilan kepelbagaian

kecerdasan yang ada digunakan

sedangkan gaya pembelajaran dan

pendekatan seseorang individu adalah

berbeza-beza. Justeru itu, pendidik pada

hari ini perlu bijak untuk

mengaplikasikan teori pembelajaran

kepelbagaian kecerdasan yang ada

dengan menyesuaikan dan mengambil

pendekatan yang berbeza dalam

pembelajaran dan pengajaran.antara

satu dengan yang lain. Bahagian

seterusnya akan membincangkan empat

lagi kecerdasan yang boleh

diaplikasikan serta pengaruhnya dalam

pengajaran dan pembelajaran.

5.0 RASIONAL APLIKASI TEORI

KECERDASAN PELBAGAI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam mengintegrasikan unsur

kecerdasan pelbagai, Jasmine (1996)

menyatakan bahawa adalah perlu untuk

memasukkan ke dalam rancangan

pengajaran, jenis-jenis kecerdasan yang

hendak diintegrasikan mengikut

kesesuaiannya dengantopik yang diajar.

Justeru itu, pensyarah perlu lebih kreatif

dalam mensistesiskan dan

207

mengembangkan kesemua kecerdasan

pelbagai pelajar dalam topik yang diajar.

Sebelum itu Armstrong (1994)

menganjurkan agar, dalam merancang

sesuatu pengajaran yang

mengintegrasikan unsur kecerdasan

pelbagai, pensyarah perlu menetapkan

objektif pengajaran terlebih dahulu

diikuti dengan memikirkan persoalan-

persoalan sebelum menyediakan

Rancangan Mengajar Harian. Pensyarah

perlu lebih bijak dan kreatif supaya

kesemua potensi kecerdasan dapat

diterapkakan dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Kesemua sembilan

kecerdasan dimiliki oleh setiap individu

tetapi tahap kecerdasan adalah berbeza.

Justeru itu, pensyarah perlu

berkebolehan untuk memupuk

kecerdasan tersebut semasa

menyediakan Rancangan Mengajar

Harian tersebut.

5.1 Aplikasi Kecerdasan Visual

Dalam Pengajaran

Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran, kecerdasan visual

diperlukan apabila pelajar dikehendaki

berfikir sesuatu yang berkaitan dengan

gambar, imej, bentuk dan corak. Pelajar

akan dapat belajar lebih baik dengan

melihat sesuatu teks berbentuk

perkataan sama ada menerusi buku, di

papan hitam atau di paparan komputer.

Pelajar yang memiliki kecerdasan visual

lebih mengingati dan memahami arahan

dan penerangan menerusi pembacaan

ayat atau teks berkenaan. Dengan

adanya kecerdasan ini, pelajar tersebut

juga boleh melihat dan mentafsir graf

dengan baik, gemar pada peta minda

dan suka melihat gambar apabila

membaca buku teks.

Dalam konteks pengajaran

berasaskan kecerdasan visual, guru

perlu mempelbagaikan alat bantu

mengajar dalam proses penyampaian

maklumat seperti penggunaan web

atau e-learning, membuat nota yang

diringkaskan menggunakan peta minda

atau pengajaran berkonsepkan peta

minda,ncarta ataupun memulakan set

induksi dengan memberi tayangan

video yang berkaitan dan relatif dengan

subjek.

Pengajaran yang terlalu serius

dengan syarahan yang panjang tanpa

mengambil kira minat pelajar boleh

menimbulkan suasana bosan, impak

lesu, hambar dan tidak menarik pada

pengajaran. Pelajar akan mudah hilang

daya tumpuan dalam kelas. Sesi

208

pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan aktiviti permainan akan

dapat menarik minat pelajar pada

pelbagai peringkat untuk membantu

mereka mempelajari sesuatu dan

menguasai pemahaman berkaitan

sesuatu pengajaran yang disampaikan

oleh guru. Aktiviti belajar sambil

bermain ini bertujuan bagi

menyampaikan objektif pengajaran

secara spontan. Bentuk permainan yang

boleh membantu meningkatkan

kefahaman pelajar visual adalah

permainan teka silang kata. suai dan

padan,kuiz dan sebagainya.

5.2 Aplikasi Kecerdasan

Kinestetik

Berdasarkan kepada teori

kecerdasan pelbagai (Gardner 1983),

manusia menggunakan kecerdasan

kinestetik apabila berfikir menggunakan

pergerakan badan. Pelajar-pelajar

kinestetik belajar dengan baik melalui

pengalaman dan penglibatan terus

secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah,

makmal dan bengkel. Pelajar yang

memiliki kecerdasan ini memerlukan

kaedah pengajaran yang melibatkan

kerja-kerja amali atau praktikal kerana

mereka dapat mengingati sesuatu

dengan baik apabila mencuba, membuat

dan mengaplikasi terus aktiviti secara

praktikal berbanding dengan

penerangan secara teori.

Pengajaran dan pembelajaran

berkosepkan kinestetik memberi

peluang kepada pelajar untuk belajar

bukan sahaja secara teori tetapi juga

bagi melakukan sesuatu secara

praktikal. Sebagai contoh, seorang

pelajar dalam jurusan kejuruteraan

awam dikehendaki membuat bancuhan

mortar konkrit. Pelajar boleh membuat

dan mengingat prosedur dan langkah

kerja untuk membuat bancuhan

tersebut dengan lebih baik sekiranya

ada pengalaman membancuh setiap

komposisi bahan melibatkan

penggunaan anggota badan secara

optimum berbanding strategi

penerangan secara teori dan hafalan.

Secara logiknya, pembelajaran secara

amali yang mengaplikasikan kecerdasan

kinestetik dapat membantu pelajar

mengukuhkan daya ingatan mereka

kerana mereka pernah melalui setiap

fasa-fasa dan fenomena yang dialami.

Pelajar-pelajar kinestetik juga

gemar melakukan pelbagai aksi dalam

kelas sehingga boleh menimbulkan

masalah tumpuan dan fokus

pembelajaran di dalam kelas. Guru-guru

209

perlu mengatasi masalah ini dengan

mewujudkan pelbagai aktiviti-aktiviti

pembelajaran yang menarik minat dan

tumpuan pelajar kinestetik ini. Kaedah

simulasi merupakan antara kaedah yang

boleh dipraktikkan dalam pengajaran.

Kaedah ini memberi latihan pada pelajar

supaya melakukan lakonan dengan cara

yang sistematik, terkawal dan teratur

supaya setiap isu atau masalah dalam

pembelajaran dapat diselesaikan.

5.3 Aplikasi Kecerdasan

Interpersonal

Satu lagi aspek dalam kecerdasan

pelbagai adalah kecerdasan

interpersonal. Kecerdasan interpersonal

diperlukan apabila kita berinteraksi

antara satu sama lain. Pelajar yang

memiliki kecerdasan ini bijak bersosial

ketika di sekolah atau dengan

masyarakat. Individu yang memiliki

kecerdasan interpersonal peka dan

sensitif terhadap perasaan orang lain.

Biasanya mereka sesuai untuk menjadi

pemimpin dan tempat mendapatkan

nasihat dan rujukan. Pembelajaran

yang berkesan bagi pelajar ini adalah

melalui pembelajaran berkumpulan.

Dalam aktiviti pembelajaran

secara berkumpulan, pelajar yang

memiliki kecerdasan interpersonal yang

tinggi akan dikehendaki membantu

pelajar yang lambat. Pelajar yang

mempunyai kecerdasan ini biasanya

akan memimpin dan memulakan

perbincangan dan merangsang pelajar-

pelajar lain untuk mengeluarkan

pendapat dan pertukaran idea secara

bebas. Kaedah ini juga menggalakkan

perkembangan interpersonal yang

positif di kalangan pelajar yang pasif.

Pelajar yang pasif akan lebih berani

untuk memulakan perbincangan dan

berkongsi idea apabila berada dalam

kumpulan.

Pembelajaran secara

berkumpulan merangsang pelajar

cerdas untuk berusaha bersungguh-

sungguh kerana markah individu yang

diperoleh diambilkira sebagai markah

berkumpulan. Situasi ini melahirkan

dan memupuk semangat kerjasama

yang tinggi di antara pelajar yang cerdas

dan juga pelajar yang lambat. Pelajar-

pelajar yang lambat akan dapat

mengemukakan masalah kepada

pelajar-pelajar yang cerdas yang

dianggap memiliki kecerdasan

interpersoanal yang tinggi. Kaedah

pengajaran ini adalah aplikasi idea

perancah (scaffolding) dalam Teori

Perkembangan Kognitif Vygotsky di

210

mana pelajar yang cerdas akan

membimbing pelajar yang lambat dalam

zon perkembangan proksimal.

5.4 Aplikasi Kecerdasan

Intrapersonal

Individu yang mempunyai

kecerdasan intrapersonal adalah

individu yang mempunyai pengetahuan

mengenai diri sendiri yang melibatkan

perasaan, niat dan matlamat hidup.

Pelajar cerdas intrapersonal

mempunyai kecemerlang dalam

akademik tetapi tidak mahir bersosial

dan meluaskan pergaulan. Mereka lebih

gemar hidup bersendirian dan selesa

menjalani hidup secara privasi. Bagi

merangsang pelajar yang mempunyai

kecerdasan intrapersonal adalah

melalui pembelajaran dalam kelas yang

berkonsepkan teknik soal jawab di

mana wujudnya suasana pembelajaran

secara komunikasi dua hala di antara

pelajar dan pensyarah. Ini kerana

pelajar ini berkeupayaan untuk

memberi respon dan tindak balas

dengan memberi hujah dan pendapat

yang bernas kepada sebarang topik atau

isu. Hujah dan pendapat yang

dilontarkan seterusnya akan dapat

dikongsi oleh pelajar-pelajar lain.

5.5 Mengintegrasikan

Kepelbagaian Kecerdasan Dalam

Pengajaran

Peranan pensyarah adalah

penting dalam mengesan dan

mengenalpasti pelajar yang cerdas dan

berkebolehan. Pensyarah perlu

membantu pelajar dalam

mempertingkatkan lagi kecerdasan

dengan pelbagai aktiviti pengajaran.

Sebagai contoh dalam matapelajaran

teknikal /kejuruteraan yang

berkonsepkan teori dan aktiviti

perbengkelan. Dalam mata pelajaran ini,

penumpuan diberikan kepada

kecerdasan kinestetik dan juga

perkembangan kecerdasan logik-

matematik. Pensyarah boleh membantu

pelajar untuk meperkembangkan

kecerdasan-kecerdasan lain seperti

kecerdasan linguistik, kecerdasan

interpersonal, kecerdasan intrapersonal

dan kecerdasan visual.

Pensyarah dapat membantu

pelajar memperkembangkan

kecerdasan linguistik melalui penulisan

laporan bagi setiap aktiviti bengkel iaitu

kerja-kerja amali. Pelajar-pelajar dapat

mempamerkan kecerdasan linguistik

melalui penggunaana bahasa dalam

menghasilkan laporan yang tepat dan

211

terperinci. Secara tidak langsung,

kecerdasan interpersonal turut

diperkembangkan apabila pelajar

membuat pendirian atau memberikan

pendapatnya. Sekiranya, aktiviti bengkel

dilakukan secara berkumpulan dan

secara berpasangan, kecerdasan

interpersonal dan mungkin juga

kecerdasan intrapersonal akan dapat

diperkembangkan. Ini kerana, pelajar

dapat berinteraksi dan berkomunikasi

dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Kecerdasan intrapersonal pula

digunakan apabila pelajar perlu tahu

mengawal emosi dan tindakan dalam

situasi kumpulan masing-masing. Selain

itu, kecerdasan visual juga dapat

dirangsang dalam pengajaran kerja-

kerja perbengkelan apabila pelajar

didorong untuk berfikir secara kreatif

dan inovatif dalam menghasilkan

produk. Pelajar juga akan lebih kritis

dan berfikir dengan mendalam semasa

membuat analisis daripada data yang

diperoleh. Analisis akan dibentuk

melalui pengamatan atau pemerhatian

yang dilakukan secara gambaran atau

grafik.

6.0 KESIMPULAN

Kebijaksanaan dan kemahiran

pensyarah adalah perlu dalam

mengadaptasikan pendekatan

kepelbagaian kecerdasan semasa proses

pembelajaran dan pengajaran.

Pendidikan yang memenuhi profil

kepelbagaian kecerdasan boleh

membantu pelajar untuk

mengembangkan bakat dan potensi

mereka. Golongan pensyarah perlu peka

dan sensitif dalam menilai kecerdasan

seseorang pelajar. Sekiranya pensyarah

gagal memainkan peranan dalam

mengenal pasti kecerdasan, sudah pasti

akan memberi kesan terhadap

pengurusan modal insan dalam

pendidikan negara. Adalah jelas bahawa.

konsep kepelbagaian kecerdasan

menghargai setiap kekuatan dan

kecerdasan yang dimiliki oleh setiap

individu.

Setiap pelajar memerlukan

pendekatan yang berbeza-beza bagi

membolehkan matlamat dalam proses

pembelajaran dan pengajaran dicapai.

Justeru itu, guru perlu mempelbagaikan

kaedah pengajaran yang memenuhi

elemen-elemen kepelbagaian

kecerdasan dalam memastikan pelajar

berminat dan memberi tumpuan penuh

di dalam kelas. Pensyarah yang

berkomitmen akan sentiasa bersedia

untuk menukar kaedah pengajarannya

apabila mendapati kaedah yang

212

digunakannya tidak berjaya memancing

perhatian dan minat pelajar. Pensyarah

juga perlu kreatif merancang aktiviti

pengajaran yang merangkumi kesemua

elemen-elemen kecerdasan yang ada.

Jelaslah disini, pendidikan yang

berasaskan kepelbagaian kecerdasan

boleh mengembangkan lagi bakat dan

potensi pelajar.

Dengan mengetahui kecerdasan

yang ada pada mereka murid ini akan

lebih menghargai diri sendiri, orang di

persekitarannya dan seterusnya

mendorongnya untuk menterjemahkan

situasi pembelajaran yang menyukarkan

kepada satu peluang yang perlu

diusahakan daripada kekuatan yang ada

pada diri sendiri. Seandainya

keseluruhan kecerdasan ini

diketengahkan maka keberkesanan di

dalam pendidikan juga pasti akan

ditemui bagi memenuhi hasrat

pendidikan negara menerusi

transformasi pendidikan.

RUJUKAN

Armstrong, T. (1994). Multiple

intelligences in the classroom.

Alexandria: Association for

Supervision and Curriculum

Development

Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub.

(2010). Aplikasi teori kecerdasan

pelbagai dalam Pelaksanaan

kurikulum Asia Pacific Journal of

Educators and Education, Vol. 25,

21–32, 2010

K.Narayanasamy (1999). Melayan

pelbagai gaya pembelajaran :

pengajaran kemahiran berfikir

sebagai satu alternative berkesan.

Jurnal Pendidikan Tiga ENF

1999/2000, .Akses pada Mei 16,

2009, daripada

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdi

pba/cd1/article100.pdf

Rahil Mahyuddin & Habibah Elias.

(2007). Psikologi Pendidikan

Untuk Perguruan. Selangor :

Karisma Publications Sdn. Bhd.

213

Rizal Ariffin & Hairul Nizam

Ismail.(2007). Konsep keadilan

dalam teori kecerdasan pelbagai

menurut perspektif Islam.

Pendidikan Psikologi. Akses pada

Mei 16, 2009, dari

http://www.usm.my/education/p

ublication/rizal.pdf

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali &

Ramlah Jantan. (2004). Psikologi

pendidikan. Pahang : PTS

Publication & Distributors Sdn.

Bhd.

Shahabuddin Hashim & Rohizani Ismail.

(2003). Psikologi pembelajaran

dan personaliti. Pahang : PTS

Publications. Distributor Sdn. Nhd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan,

Roslinda Mustapha & Hazalizah

Hamzah. (2008). Psikologi

pendidikan. Perak : Quantum

Books Sdn.Bhd.

Shahizan Hasan, Tsai, C.C & Saw, H.C

(2005). Intrapersonal &

interpersonal untuk remaja.

Pahang : PTS Professional

Publishing Sdn.Bhd.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim &

Yusmini Md. Yusoff. (2008).

Kaedah mengajar & kemahiran

interpersoanal guru. Kuala Lumpur

: PTS Professional Publishing Sdn.

Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum.

(2001). Aplikasi teori kecerdasan

pelbagai dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

214