penulisan ilmiah-gkrs

220

Upload: mark-avery

Post on 26-Nov-2015

195 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • i

    TERBITAN 2012

    KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

    Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau

    ditukarkan dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua samada secara elektronik,

    mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya tanpa mendapat kebenaran bertulis

    daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

    PENULISAN ILMIAH

    KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

    Diterbitkan oleh :

    Unit Penyelidikan & Inovasi (UPeN)

    Kolej Komuniti Temerloh

    By Pass Bt 2, Jalan Temerloh,

    Kampung. Chatin Ulu, 28400

    Mentakab, Pahang

    Tel : 09 270 1550 / 1552 / 1553 Faks : 09 270 1551

    Laman Web : www.kkmen.edu.my

    Emel : [email protected]

  • ii

    SIDANG REDAKSI

    PENAUNG

    ABDUL RAHMAN BIN MD. ALI

    Pengarah Kolej Komuniti Temerloh

    PENASIHAT

    ROS HANA BINTI ARIFFIN

    Ketua Unit Penyelidikan & Inovasi (UPeN)

    Kolej Komuniti Temerloh

    EDITOR & GRAFIK

    MELATI BINTI SABTU

    Pegawai Penyelidikan UPeN

    Kolej Komuniti Temerloh

    BARISAN PENULIS

    UZANA BINTI ISMAIL

    NOR AZMA BINTI MANAN

    MUHAMAD SYAMSUL B. CHE SU

    ASMAWATI BT. MOHD YUSOP

    LUKMAN HAKIMI BIN AHMAD

    ROS HANA BINTI ARIFFIN

    SALIZA BINTI ABDUL RAZAK

    MELATI BINTI SABTU

    AHMAD SHAWAL BIN ALI

    NOR AISHAH BINTI OTHMAN

    AZMIR BIN MD. DOM

    MOHD RIZAL BIN ARIS

    ILYANA BINTI YAHYA

    QUISTINA SURIANI BINTI MAZLAN

    WAN NORHAYATI BINTI WAN

    SAUPI

  • iii

    ISI KANDUNGAN

    KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK

    MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

    KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI .......................................................................................... 1

    Oleh : Uzana binti Ismail

    KNOWLEDGE MANIPULATION ..................................................................................................14

    Oleh : Nor Azma Binti Manan

    LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM

    MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ

    KOMUNITI ........................................................................................................................................17

    Oleh : Muhamad Syamsul B. Che Su dan Asmawati Bt. Mohd Yusop

    QUALITY ISSUES IN HIGHER EDUCATION IN MALAYSIA ..................................................23

    Oleh : Ros Hana Binti Ariffin

    PERLAKSANAAN AMALAN 5S DI SESEBUAH ORGANISASI ...............................................31

    Oleh : Saliza Binti Abdul Razak

    PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN

    (TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN TEORI .................................................37

    Oleh : Melati Binti Sabtu

    FACEBOOK, MANFAAT ATAU MUDHARAT ............................................................................45

    Oleh : Ahmad Shawal Bin Ali

    SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL .........................................................................................55

    Oleh : Saliza Binti Abdul Razak

  • iv

    AKHLAK TERHADAP ALLAH SWT : HAKIKAT SEBAGAI HAMBA ...................................62

    Oleh : Lukman Hakimi Bin Ahmad

    KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN SERTA CABARAN CABARAN YANG DIHADAPI DALAM

    MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT ........................................................77

    Oleh : Nor Aishah Binti Othman

    ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM DALAM MODUL

    PERISIAN APLIKASI (TTM 101) ................................................................................................92

    Oleh : Melati Binti Sabtu

    PELAKSANAAN LATIHAN KE ARAH PENINGKATAN KEMAHIRAN

    KAKITANGAN SATU PENDEKATAN UNIT LATIHAN STAF ......................................... 108

    Oleh : Azmir Bin Md. Dom

    APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DI KOLEJ KOMUNITI

    TEMERLOH BAGI MODUL SPA 106 (PEMBANGUNAN DIRI 1) .................................... 124

    Oleh : Nor Aishah Binti Othman

    PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM

    MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ........... 143

    Oleh : Mohd Rizal Bin Aris

    APPLICATION OF WEB-BASED LEARNING THROUGH BLACKBOARD SYSTEM ..... 172

    Oleh : Wan Norhayati Binti Wan Saupi

  • v

    PENGGUNAAN iNTEGRATED DATABASE MANAGEMENT SYSTEM (iDBMS) DI

    KOLEJ KOMUNITI ........................................................................................................................ 182

    Oleh : Ilyana Binti Yahya & Quistina Suriani Binti Mazlan

    PENDEKATAN PROBLEM-BASED LEARNING (PBL) DALAM KURIKULUM

    PENDIDIKAN BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL KULIAH-TUTORIAL ......... 191

    Oleh : Wan Norhayati Binti Wan Saupi

    APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI ................................................................................. 201

    Oleh : Uzana binti Ismail

  • 1

    KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM SERTA STRATEGI UNTUK MENARIK

    MINAT PELAJAR DALAM MENERAPKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI

    KOLEJ KOMUNITI

    Oleh:

    Uzana Binti Ismail & Nurul Aimi Binti Ahmad Suandi

    Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran

    Kolej Komuniti Temerloh

    Abstrak

    Penulisan ilmiah berkaitan Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Serta Strategi Untuk Menarik

    Minat Pelajar Dalam Menerapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di Kolej Komuniti

    bertujuan untuk mengupas peranan Kolej Komuniti dalam menerapkan unsur-unsur

    pembangunan modal insan yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    melalui aktiviti kokurikulum. Kupasan berkaitan topik yang dibicarakan dijalankan

    berdasarkan kepada aktivit-aktiviti kokurikulum dan impak yang diperolehi hasil daripada

    pelaksanaan aktiviti tersebut terhadap pembangunan unsur-unsur modal insan di dalam diri

    pelajar di Kolej Komuniti selain daripada peranan para pensyarah sebagai pembimbing.

    Kupasan juga dibuat terhadap stratergi-stratergi yang boleh digunapakai dalam memastikan

    setiap pelajar menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum agar unsur-unsur modal insan

    yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dapat diterapkan di dalam diri pelajar.

    Gabungan daripada peranan yang dimainkan oleh pelajar dan pensyarah serta penggunaan

    stratergi yang berkesan sebenarnya dapat menjadikan pelajar Kolej Komuniti mempunyai

    nilai modal insan yang sama tinggi nilainya dengan pelajr-pelajar yang menuntut di institusi

    pendidikan tinggi yang lain. Pihak pengurusan Kolej Komuniti terutamanya Unit Hal Ehwal

    Pelajar dengan kerjasama para pensyarah yang berwibawa dan bersemangat hendaklah

    merancang dan melaksanakan stratergi yang berkesan agar para graduan yang terhasil

    daripada Kolej Komuniti bukan sahaja dapat bersaing dalam mendapatkan pekerjaan

    berlandaskan ilmu yang mereka perolehi malah mempunyai nilai tambah yang tinggi

    terhadap unsur-unsur modal insan yang mereka miliki.

  • 2

    1.0 PENDAHULUAN

    Kolej Komuniti memainkan

    peranan utama dalam pembangunan

    modal insan masyarakat setempat

    dengan menyalurkan pengetahuan dan

    kemahiran serta menyemai nilai dan

    etika positif melalui pendidikan, latihan

    dan program pembelajaran sepanjang

    hayat. Abdul Rahim (2000) menyatakan

    dalam era pembangunan menuju abad

    ke-21, masyarakat dan negara amnya

    menuntut supaya Institusi Pengajian

    Tinggi (IPT) melahirkan graduan yang

    berkualiti dan cemerlang. Dalam

    konteks pendidikan di Malaysia,

    Falsafah pendidikan merupakan

    panduan dan dikenali sebagai FPK.

    Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di

    peringkat Kolej Komuniti merupakan

    saluran yang paling berkesan dalam

    merealisasikan FPK terutamanya dalam

    konteks melahirkan pelajar yang

    seimbang dari segi jasmani, emosi,

    rohani, intelek dan sosial yang akhirnya

    akan menjana tenaga manusia yang

    berkemahiran tinggi selaras dengan

    misi dan visi Kolej Komuniti.

    Dasar dan pelaksanaan aktiviti

    kokurikulum di dalam sistem

    pendidikan di negara kita bukanlah satu

    isu baru yang dibincangkan . Aktiviti

    kokurikulum yang diterapkan dalam

    sistem pendidikan adalah salah satu

    daripada pendekatan strategik untuk

    merealisasikan FPK yang merupakan

    sumber inspirasi dan menjadi kayu ukur

    kepada semua usaha dan rancangan

    pendidikan untuk melahirkan

    warganegara Malaysia yang mempunyai

    sahsiah diri yang seimbang dari aspek

    jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jika

    dilihat daripada intipati FPK, ia bolehlah

    ditafsirkan sebagai suatu hasrat untuk

    memastikan usaha berterusan dalam

    bidang pendidikan. Antara lainnya

    memperkembangkan potensi individu

    secara berterusan melalui proses

    pendidikan meliputi keseimbangan

    rohani, jasmani, emosi dan

    intelek.Kokurikulum dikenali sebagai

    kurikulum tambahan, pendidikan untuk

    waktu lapang ataupun aktiviti kelas

    tambahan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum

    adalah sebahagian kurikulum formal

    yang merangkumi aktiviti-aktiviti

    persatuan, kelab, sukan dan permainan

    serta unit beruniform yang dijalankan di

    luar bilik darjah. Collins (1973)

    merumuskan bahawa apa jua aktiviti

    selain kurikulum di sekolah-sekolah

    dalam konteks pembelajaran murid

    dianggap sebagai kokurikulum. Abdul

    Alim (1994) pula menganggap

    kokurikulum sebagai aktiviti-aktiviti

    yang masih bersifat pendidikan yang

  • 3

    dilaksanakan di dalam dan di luar

    institusi pendidikan tanpa mengabaikan

    aspek-aspek kurikulum.

    Aktiviti kokurikulum diasaskan

    berdasarkan falsafah bahawa semua

    pelajar perlu mempunyai keseimbangan

    rohani, jasmani, emosi dan intelek. Para

    pelajar juga dipercayai mempunyai

    minat, bakat serta kemahiran yang

    boleh dimajukan. Dalam falsafah

    kokurikulum turut menyatakan bahawa

    semua pelajar boleh dididik dan

    mempunyai kemahiran untuk mendidik

    diri sendiri dan orang lain. Malah, kolej

    komuniti serta institusi yang

    bertanggungjawab perlu membantu

    pelajar tersebut untuk merealisasikan

    bakat dan potensi mereka.

    2.0 AKTIVITI KOKURIKULUM

    DAPAT MENERAPKAN FPK DI

    KALANGAN PELAJAR KOLEJ

    KOMUNITI.

    Tujuan utama kokurikulum

    adalah berlandaskan kepada FPK itu

    sendiri iaitu untuk memupuk minat,

    kegemaran dan kepandaian istimewa

    pelajar, mengembangkan keperluan

    intelek, kebolehan dan bakat kreatif,

    meluaskan bidang ilmu pengetahuan,

    mempertingkatkan kesihatan jasmani

    dan kemahiran pemikiran, memupuk

    nilai moral, estetik, rohani dan sosial

    serta melapangkan jiwa murni. Di

    samping itu, pelaksanaan aktiviti

    kokurikulum adalah bertujuan

    mengembangkan potensi mental, sosial,

    jasmani dan rohani pelajar secara

    optimum. Ini kerana pendidikan yang

    dijalankan di dalam kelas lebih

    memfokuskan kepada kecerdasan

    intelektual perkembangan bakat dalam

    kemahiran seseorang individu. Justeru

    itu, aktiviti kokurikulum adalah

    pendidikan di luar kelas dan merupakan

    pendidikan tidak formal serta perlu

    dilaksanakan bagi memberi ruang

    seseorang individu untuk

    memperkembangkan kemampuan

    rohani dan jasmani mereka serta

    keperluan emosi dan intelek. Apabila

    keseimbangan ini tercapai maka secara

    tidak langsung akan melahirkan

    generasi Malaysia yang memenuhi ciri-

    ciri yang terkandung dalam pengertian

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Kesemua aktiviti kokurikulum ini

    memainkan peranan tersendiri dalam

    mengimbangi potensi individu dari

    aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

    pelajar ke tahap yang cemerlang serta

    secara menyeluruh dan bersepadu.

    Potensi individu mengikut setiap aspek

    boleh dihuraikan seperti dibawah:

  • 4

    i) Unsur rohani : Mengandungi sifat

    kejiwaan dan kebatinan yang baik

    serta berupaya berdisiplin kendiri

    dan membentuk akhlak mulia.

    ii) Unsur Jasmani : Berupaya memberi

    tumpuan kepada perkembangan

    angota-angotatubuh badan dengan

    cekap dan sihat.

    iii) Unsur Emosi : Mempunyai perasaan

    jiwa yang sihat serta berupaya

    memperkembang kecerdasan emosi

    ke tahap yang matang.

    iv) Unsur Intelek : Berupaya memberi

    tumpuan kepada daya berfikir

    secara kritis dan kreatif

    Melalui pelaksanaan aktiviti

    kokurikulum di Kolej Komuniti, pelajar

    banyak didedahkan dengan program

    pembangunan modal insan yang

    bertujuan untuk membangunkan

    sahsiah diri pelajar dan menjadikan

    pelajar insan yang mempunyai

    keseimbangan rohani. Aspek

    kerohanian dalam diri pelajar ini

    dibentuk menerusi aktiviti-aktiviti

    kokurikulum yang berteraskan

    kerohanian dan ilmiah seperti program

    ceramah motivasi dan ceramah agama

    yang biasanya dikelolakan melalui unit

    bimbingan kaunseling dan kerjaya.

    Melalui aktiviti kokurikulum ini,

    pelajar juga dilatih untuk mengamalkan

    akhlak yang baik serta didedahkan

    dengan cara untuk membentuk

    kekuatan dalaman yang berkonsepkan

    kepada pegangan agama dan amalan

    kepercayaan kepada tuhan. Para

    pensyarah yang mengurus aktiviti

    kokurikulum bertindak memberi

    bimbingan dan nasihat yang berkaitan

    dengan akidah, ibadah dan akhlak.

    Pelaksanaan dan penganjuran aktiviti

    dan program-program ilmiah ini akan

    dapat membangunkan sahsiah diri

    pelajar. Di samping itu, program-

    program yang berunsurkan prinsip-

    prinsip kerohanian secara tidak

    langsung akan membentuk pelajar

    supaya mempunyai sifat-sifat percaya

    kepada Tuhan, beradab, berusaha, taat,

    bertanggungjawab, jujur, ikhlas, dapat

    mengawal diri, tolong menolong,

    berkemahiran, berdaya tahan dan

    sebagainya.

    Aspek jasmani amat ditekankan

    dalam proses pendidikan kerana akal

    yang sihat bermula pada tubuh yang

    sihat. Kesihatan jasmani perlu dijaga

    supaya tubuh dapat memikul jiwa yang

    besar dan dapat membantu akal untuk

    belajar. Nabi SAW juga menyuruh

    umatnya memelihara kesihatan dan

    tubuh badan. Sabdanya yang bermaksud

  • 5

    Badan itu juga memerlukan hak yang

    harus engkau penuhi ( Riwayat Bukhari

    ). Kepentingan pengisian jasmani yang

    akan dapat melahirkan generasi pelajar

    yang mempunyai sahsiah diri yang

    seimbang yang mementingkan

    kesihatan jasmani dalam menjalani

    kehidupan seharian. Program-program

    kokurikulum tersebut dirangka melalui

    aktiviti sukan. Aktiviti kokurikulum

    sukan dan permainan misalnya, adalah

    satu-satunya aktiviti yang dapat

    memberikan sumbangan terhadap

    kesuburan jasmani, kemahiran dan

    kecergasan serta ciri-ciri sosial yang

    juga terdapat dalam aktiviti badan

    beruniform mahupun dalam kelab dan

    persatuan. Kegiatan sukan di sekolah

    dan institusi pendidikan merupakan

    saluran yang amat berkesan untuk

    membina kecergasan di dalam diri

    pelajar menerusi aktiviti fizikal dan

    amalan kecergasan. Sukan dan

    permainan memberi peluang kepada

    pelajar untuk memperkembang fizikal,

    sosial, mental dan emosi mereka sama

    ada secara individu mahupun

    berkumpulan. Menerusi aktiviti sukan

    ini juga, pelajar akan dapat membina

    kesihatan badan dan memperkembang

    jasmani, rohani serta semangat

    kesukanan mereka. Secara teori sains,

    apabila badan sihat, kecerdasan otak

    iaitu perkembangan intelek akan dapat

    ditingkatkan secara optimum. Secara

    tidak langsung kegiatan aktiviti

    kokurikulum menerusi aktiviti sukan

    akan dapat memberi sumbangan positif

    terhadap kesegaran dan pertumbuhan

    mental, sosial dan emosi.

    Sebagai contoh, pertandingan

    sukan bola sepak di peringkat institusi

    pengajian. Acara sukan ini dapat

    melahirkan individu yang cergas dari

    segi fizikal dan mental serta memupuk

    semangat kerja berpasukan dikalangan

    para pelajar. Program seperti ini

    melahirkan pelajar yang mempunyai

    jasmani yang sihat yang tidak hanya

    tertumpu kepada kecemerlangan

    akademik semata-mata tanpa bergiat

    aktif dalam bidang kokurikulum. Selain

    itu, pelajar dapat membina emosi yang

    positif melalui semangat bekerjasama

    serta menjana minda pelajar dalam

    mengurus sesuatu aktiviti apabila

    mereka berada di alam pekerjaan nanti.

    Pengalaman sebegini akan melahirkan

    pelajar yang bersikap progresif, dan

    berdaya saing.

    Selain itu, keseimbangan dari

    aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

    turut dapat dibangunkan menerusi

    aktiviti kelab dan berpersatuan.

    Persatuan dan kelab boleh dibahagikan

    kepada dua kumpulan iaitu persatuan

  • 6

    akademik dan bukan akademik.

    Persatuan akademik adalah

    berdasarkan kepada kurikulum

    manakala persatuan bukan akademik

    adalah berdasarkan hobi, rekreasi dan

    seni bela diri. Menurut Abd.Rahman

    (1994), persatuan akademik adalah

    aktiviti-aktiviti yang masih bersifat

    pendidikan yang dilaksanakan di dalam

    dan di luar sekolah tanpa mengabaikan

    aspek-aspek kurikulum. Dalam kelab

    dan persatuan, pelajar mendapat

    peluang untuk memupuk dan

    seterusnya mengamalkan nilai-nilai

    murni yang akan dapat membantu

    membina perkembangan emosi

    menerusi sikap yang ditonjolkan seperti

    kerjasama di antara ahli persatuan yang

    lain, semangat kekitaan dan perpaduan

    dalam usaha untuk menjayakan projek-

    projek yang dirancang oleh kelab dan

    perstauan tersebut. Kelab dan

    persatuan yang berasaskan kepada

    mata pelajaran diwujudkan bagi tujuan

    menambah minat dan kemahiran

    pelajar-pelajar dalam mata pelajaran

    tersebut. Persatuan-persatuan dalam

    kategori ini adalah Persatuan Bahasa

    Malaysia, Persatuan Sains dan

    Matematik, Persatuan Bahasa Inggeris

    dan sebagainya.

    Penglibatan pelajar dalam

    persatuan akan dapat mengembangkan

    potensi mereka untuk mengaplikasikan

    kemahiran yang dipelajari dalam bidang

    berkaitan untuk diaplikasikan di dalam

    aktiviti persatuan seperti aktiviti kuiz,

    bahas dan pidato serta projek pelajar.

    Sebagai contoh, aktiviti kuiz dalam

    persatuan memberi peluang kepada

    pelajar untuk meningkatkan ilmu

    pengetahuan dalam bidang yang

    berkaitan. Aktiviti bahas dan pidato

    pula memberi peluang kepada pelajar

    untuk menggunakan kemahiran bahasa

    dalam mengeluarkan hujah dan

    keupayaan berfikir untuk mematahkan

    hujah dengan menggunakan fakta dan

    kemahiran berfikir secara kreatif dan

    kritis. Apabila seseorang pelajar terlibat

    dalam aktiviti pertandingan, secara

    tidak langsung pelajar akan membuat

    persediaan yang rapi bagi menghadapi

    pertandingan tersebut. Melalui aktiviti

    ini wujudnya sifat berusaha, berani dan

    yakin diri di kalangan pelajar dalam

    menunjukkan bakat mereka di

    pertandingan tersebut. Sifat-sifat ini

    adalah perlu dalam diri setiap pelajar

    bagi memastikan pelajar bukan sahaja

    dapat menonjolkan diri dalam akademik

    tetapi juga bukan akademik. Situasi ini

    amat baik bagi membantu pelajar

    mengawal emosi mengikut situasi yang

    bakal dihadapi. Selain itu, sesetengah

    aktiviti persatuan dan kelab

  • 7

    menggalakkan pelajar untuk melibatkan

    diri dalam aktiviti projek. Pelajar dapat

    menggunakan peluang tersebut untuk

    mengaplikasikan pengetahuan

    berasaskan bidang mereka di samping

    dapat meningkatkan daya kreativiti.

    Menerusi pengisian kokurikulum yang

    dijalankan ini, pelajar dapat

    meningkatkan penguasaan intelek yang

    memberi tumpuan kepada daya berfikir

    secara lebih kritis dan dinamis.

    Selain itu, persatuan dan kelab

    yang berunsur hobi dan rekreasi

    bertujuan untuk menarik minat dan

    mendedahkan pelajar dengan ilmu

    pengetahuan dalam sesuatu bidang atau

    hobi yang tertentu misalnya Persatuan

    Senifoto, Seni Mempertahankan Diri,

    Kelab Rekreasi dan sebagainya.

    Kegiatan kokurikulum ini membolehkan

    pelajar mengisi masa lapang dengan

    aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan

    menyeronokkan di samping dapat

    membina kesihatan jasmani dan

    kecerdasan emosi di kalangan pelajar.

    Di dalam aktiviti ini juga, pelajar dapat

    mengamalkan sikap toleransi terhadap

    rakan-rakan sehingga melahirkan

    pelajar yang bersikap progresif, berdaya

    saing dan mempunyai kebolehpasaran.

    Keseimbangan dari aspek

    jasmani, emosi, rohani dan intelek juga

    dapat dipupuk melalui aktiviti

    kokurikulum yang berbentuk unit

    beruniform. Kerajaan telah mengambil

    langkah yang drastik dengan

    mewujudkan badan berunfiorm di

    institusi pendidikan. Umpama

    serampang dua mata, kerajaan

    memperkenalkan badan beruniform ini

    bagi mengurangkan isu gejala sosial dan

    juga memenuhi sukatan aktiviti di

    samada di sekolah mahupun di institusi

    pendidikan. Melalui unit beruniform di

    Kolej Komuniti khususnya, setiap

    pelajar dapat mempelajari dan

    membentuk diri memiliki kemahiran

    insaniah yang seimbang iaitu disiplin

    dan ketrampilan diri. Kedua-dua

    komponen ini akan disemaikan kepada

    semua pelajar agar mampu menjadi

    generasi yang mempunyai tahap disiplin

    yang tinggi, semangat daya saing dan

    daya juang yang kental di disamping

    semangat cintakan Negara yang

    berterusan dengan sentiasa bersyukur

    kepada Allah S.W.T iaitu berpegang

    teguh kepada kepercayaan agama

    masing-masing dalam setiap perkara

    yang dilakukan.

    Melalui aktiviti yang dianjurkan

    oleh kelab rekreasi biasanya melibatkan

    aktiviti perkhemahan di hutan atau

    tempat-tempat rekreasi. Aktiviti

    perkhemahan dipenuhi dengan pelbagai

    aktiviti yang mencabar minda dan

  • 8

    menguji kesabaran. Aktiviti tersebut

    memerlukan pelajar mempunyai tahap

    keberanian yang tinggi dalam diri.

    Keyakinan yang tinggi apabila

    melakukan aktiviti yang sihat tersebut

    pasti dapat memberikan kepuasan yang

    sangat mengujakan. Selain itu, aktiviti

    tersebut turut memerlukan kita untuk

    mempamerkan riak-riak keseronokan.

    Justeru, apabila kita melibatkan diri

    dalam aktiviti rekreasi kita bukan sahaja

    berupaya membina ketahanan emosi

    dan jasmani bahkan kita dapat

    menghindarkan diri daripada sebarang

    gejala sosial yang kurang sihat dan tidak

    bermoral. Jadi di sini, jelaslah akan

    kepentingan aktiviti rekreasi dalam

    mencapai kehendak yang terkandung

    dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Selain itu, aktiviti kokurikulum

    juga melatih pelajar untuk memupuk

    nilai-nilai murni dalam personaliti diri.

    Pelajar akan diberi tanggungjawab

    untuk menjalankan tugas melalui

    jawatan-jawatan yang dibentuk samada

    dalam aktiviti berpersatuan, unit

    beruniform dan juga sukan. Justeru itu,

    sikap bertanggungjawab akan

    mendorong pelajar untuk melaksanakan

    tugas yang diamanahkan dengan

    bersungguh-sungguh. Pelajar juga

    didedahkan dengan pelbagai masalah

    yang timbul dalam aktiviti kokurikulum.

    Masalah merupakan cabaran dan

    latihan terbaik untuk melahirkan

    generasi pelajar yang bijak mengambil

    dan membuat keputusan bagi

    menyelesaikan masalah yang timbul

    tersebut. Setiap kali masalah berjaya

    diselesaikan, keyakinan diri pelajar

    akan meningkat dan pelajar akan

    terdidik secara berterusan menerusi

    pengalaman sebenar yang dialami.

    Pengalaman bukan sahaja boleh

    memperkaya dan mengukuhkan ilmu

    tetapi juga mencabar dan mengubah

    ilmu yang sedia ada pada pelajar. Secara

    tidak langsung, pelajar dapat melatih

    diri untuk berani membuat keputusan

    dan melatih diri untuk menjadi ketua

    yang dapat memimpin yang seterusnya

    dapat dijadikan bekalan sebaik saja

    melangkah keluar dari Kolej Komuniti

    dan beroleh kerjaya. Keadaan ini jelas

    menunjukkan kokurikulum mempunyai

    peranan dan pengaruh secara langsung

    atau tidak langsung di dalam

    pembentukan diri dan personaliti

    pelajar Kolej Komuniti yang seimbang

    selaras dengan aspirasi Falsafah

    Pendidikan Negara.

    3.0 STRATEGI UNTUK MENARIK

    MINAT PELAJAR KOLEJ

    KOMUNITI DALAM AKTIVITI

    KOKURIKULUM.

  • 9

    Setelah kita memami

    kepentingan kokurikulum dalam

    merealisaiakan FPK langkah dan

    strategi-strategi yang berkesan perlu

    dirancang oleh pelbagai pihak

    berkenaan untuk mengalakkan

    penglibatan pelajar dalam kegiatan

    kokurikulum. Justeru itu, sebagai

    langkah permulaan, pihak kementerian

    iaitu Kementerian Pengajian Tinggi

    seharusnya menekankan kepentingan

    penyertaan kegiatan kokurikulum di

    kalangan pelajar melalui pengenalan

    sistem pendidikan baharu. Menurut

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

    Yang Berhormat Dato Saifudin, dalam

    mencapai kepada matlamat melahirkan

    insan yang sepadu dan seimbang,

    paradigma yang sepatutnya digunakan

    ialah memberikan penekanan seimbang

    terhadap kedua-dua komponen-

    akademik dan kokurikulum-dalam

    sistem pendidikan kita hari ini. Intipati

    yang ingin disampaikan oleh beliau

    ialah kedua-dua komponen penilaian

    kurikulum dan komponen kokurikulum

    perlu diberikan perhatian yang

    sewajarnya.

    Salah satu cadangan yang boleh

    diambil di peringkat Kolej Komuniti

    ialah aktiviti kokurikulum perlu

    dijadikan sebahagian daripada

    komponen penilaian mata pelajaran

    wajib. Setiap pelajar perlu diwajibkan

    menyertai sekurang kurangnya 2

    aktiviti kokurikulum. Kehadiran pelajar

    juga hendaklah diwajibkan dan

    kehadiran pelajar direkod dan dipantau

    oleh pihak yang terbabit. Pendekatan ini

    walaupun dilihat bersifat paksaan,

    sekiranya diimplimentasikan secara

    berterusan, holistik dan konsiten

    mampu meningkatkan penyertaan

    pelajar dengan berkesan.

    Selain itu, wajaran yang boleh

    diambil adalah mengadakan pemberian

    insentif seperti biasiswa danbantuan

    kewangan serta kelonggaran syarat bagi

    kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi

    khususnya kepada pelajar yang

    melibatkan diri secara aktif dalam

    kegiatan kokurikulum. Penglibatan yang

    cemerlang dalam aktiviti kokurikulum

    boleh dijadikan sandaran pelajar untuk

    mencapai cita-cita mereka. Kerajaan

    juga seharusnya memberi anugerah

    khas yang diambil kira sebagai markah

    bonus untuk memohon kemasukan ke

    Institut Pengajian Tinggi kepada para

    pelajar yang telahberjaya mengambil

    bahagian dalam pertandingan di

    peringkat kebangsaan danjuga di

    peringkat antarabangsa.

    Kajian yang dibuat oleh Mohd.

    Suzli (1997) mendapati sekolah-sekolah

  • 10

    yang dikaji menghadapi masalah

    kewangan, kemudahan dan peralatan

    yang tidak mencukupi. Kebanyakan

    pelajar kurang berminat untuk

    menyertai aktiviti kokurikulum

    disebabkan ciri-ciri kemudahan atau

    program terutamanya aktiviti bersukan

    seperti kesesakan penggunaan dan

    kedudukan yang tidak strategik yang

    menyebabkan kemudahan tidak dapat

    digunakan dan program tidak dapat

    diikuti. Halangan ini mengakibatkan

    pelajar-pelajar terpaksa berkongsi

    alatan dengan rakan mereka semasa

    menjalankan aktiviti kokurikulum dan

    keadaan ini sedikit sebanyak

    menjejaskan minat mereka. Justeru itu,

    kerajaan perlu menyediakan pelbagai

    peruntukkan berupa kewangan dan

    barangan untuk menjadikan program

    kokurikulum lebih bermakna dan tidak

    akan disia-siakan. Bagi mengatasi

    masalah ini, kerajaan hendaklah

    menambah peruntukkan pembelian

    peralatan sukan mengikut jumlah

    pelajar dalam sesebuah institusi

    pendidikan. Kerajaan juga perlu

    menambahbaik kemudahan

    infrastruktur di kolej komuniti.

    Kemudahan infrastruktur yang baik

    dapat menarik minat dan penglibatan

    pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti

    kokurikulum. Kemudahan yang baik

    serta selamat sebenarnya mampu

    mengelakkan kecederaan yang boleh

    menimpa pelajar serta memastikan

    segala aktiviti yang dijalankan berlaku

    dengan lancar dan sempurna dan situasi

    ini sudah pasti akan menambah

    keyakinan diri dan minat pelajar untuk

    menglibatkan diri dalam setiap aktiviti

    yang diadakan.

    Langkah seterusnya adalah

    memperkasakan aktiviti kokurikulum

    dengan mewujudkan aktiviti yang

    pelbagai dan mampu memancing minat

    pelajar untuk menyertainya. Lantaran

    itu, pihak kolej komuniti perlu

    melakukan perubahan seperti

    mewujudkan aktiviti kokurikulum yang

    menarik dan segar sebagai contoh

    aktiviti papan luncur, aktiviti berkayak

    dan juga aktiviti basikal lumba. Aktiviti

    berpersatuan dan kelab juga perlu

    disesuaikan mengikut peralihan masa

    yang memenuhi citarasa pelajar. Aktiviti

    yang pelbagai memberi ruang kepada

    pelajar untuk membuat pilihan

    mengikut minat dan keserasaian dengan

    personaliti mereka.

    Peranan pensyarah adalah tidak

    terkecuali dalam membantu memupuk

    minat dan memberi galakan dalam diri

    pelajar. Berdasarkan kepada kajian yang

    dilakukan oleh Mohd. Suzli (1997),

    kebanyakan pensyarah kokurikulum

  • 11

    tidak mempunyai kemahiran dalam

    aktiviti kokurikulum. Faktor-faktor ini

    menyumbang kepada ketidakhadiran

    pelajar dan menjejaskan minat mereka

    untuk tidak melibatkan diri dalam

    aktiviti tersebut. Justeru itu, penyertaan

    dan penglibatan pensyarah memainkan

    peranan terbesar dalam menjayakan

    aktiviti kokurikulum. Pensyarah perlu

    menyertai aktiviti bagi memastikan

    keberkesanan perlaksanaan gerak kerja

    kokurikulum di Kolej Komuniti

    berlangsung dengan berkesan.

    Semangat pensyarah dalam

    menguruskan aktiviti kokurikulum

    secara tidak langsung akan membantu

    memupuk minat dan mengalakkan

    pelajarnya hadir serta melibatkan diri

    dalam kegiatan kokurikulum.

    Pensyarah juga seharusnya bijak

    memainkan peranan dan mengambil

    pendekatan yang strategik semasa

    proses pembelajaran dan pengajaran

    kokurikulum untuk menarik minat

    pelajar menyertai aktiviti

    kokurikulum.Oleh itu, bagi memastikan

    objektif penyampaian tercapai para

    pensyarah perlu dilengkapi dengan

    kepakaran dan ilmu pengetahuan dalam

    bidang kokurikulum. Pengagihan tugas

    kepada pensyarah kokurikulum juga

    haruslah berlandaskan minat,

    kebolehan serta kelayakan yang dimiliki

    agar pelaksanaan aktiviti kokurikulum

    lebih berkesan. Langkah ini sekiranya

    dilaksanakan secara bersepadu dan

    terancang sudah pasti akan

    meningkatkan peratus kehadiran

    pelajar yang menyertai aktiviti

    kokurikulum.

    4.0 KESIMPULAN

    Kokurikulum dilihat sebagai

    medium serta wadah terbaik bagi

    penerapan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Kegiatan kokurikulum

    amat penting dalam usaha melahirkan

    generasi yang berkualiti dan cemerlang

    dalam semua aspek mengikut acuan

    Malaysia selaras dengan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan yang

    menekankan kepada perkembangan

    potensi individu secara menyeluruh dan

    seimbang supaya menjadi seorang

    insan, warganegara yang berilmu,

    bertanggungjawab, berakhlak mulia dan

    berbakti. Pembangunan pelajar

    yang menekankan aspek-aspek tersebut

    merupakan salah satu elemen penting

    dalam usaha membangunkan mutu

    pendidikan negara serta melaksanakan

    wawasan negara.

    Menyedari hakikat ini, tindakan

    yang proaktif perlu diambil dengan

    menggubal dasar pendidikan dan

  • 12

    merangka kurikulum dan kokurikulum

    yang lebih holistik agar konsep untuk

    membina modal insan yang mempunyai

    keseimbangan sahsiah diri dapat

    dilaksanakan dengan sepenuhnya.

    Peranan daripada semua pihak

    terutamanya pihak pengurusan Kolej

    Komuniti amat perlu dalam memastikan

    keberkesanan pelaksaan ini. Oleh itu,

    secara kesimpulannya, aktiviti

    kokurikulum memberi arah dan hala

    tuju kepada pelajar supaya

    menceburkan diri dalam kegiatan yang

    berfaedah. Berikutan penceburan dalam

    kegiatan ini, diharapkan dengan

    kemahiran-kemahiran yang dipelajari

    oleh pelajar Kolej Komuniti melalui

    aktiviti-aktiviti tersebut akan

    melahirkan modal insan kelas pertama

    dan seterusnya menyokong teras Misi

    Nasional dalam meningkatkan

    keupayaan pengetahuan dan inovasi

    Negara.

    RUJUKAN

    1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd

    (2005). Bakat Dan Kemahiran

    Mempimpin. Kuala Lumpur: PTS

    Publications & Distributors

    Sdn.Bhd.

    2. Abu Bakar Nordin (1991).

    Kurikulum Perspektif dan

    Pelaksanaan. Kuala Lumpur:

    Pustaka Antara.

    3. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman

    (2003). Falsafah Pendidikan Dan

    Kurikulum. Perak : Quantum Books.

    4. Alim Abu Rahim (1997).

    Pengurusan Kokurikulum. Shah

    Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

    5. Asiah Abu Samah (1985).

    Kokurikulum Dalam Pendidikan Di

    Malaysia. Kertas Kerja Seminar

    Kebangsaan Mengenai

    Kokurikulum. Jitra: Universiti

    Utara Malaysia.

    6. Mohd Suzli Abdullah. ( 1997).

    Permasalahan aktiviti kokurikulum

    sekolah sekolah menengah agama

    Yayasan Islam Kelantan di Daerah

    Pasir Mas. Tesis tidak diterbitkan.

    Universiti Utara Malaysia.

    7. Mook Soon Sang (2008).

    Pengurusan Kokurikulum &

    Pendidikan Sukan. Selangor :

    Penerbitan Multimedia.

  • 13

    8. Http://www.ipislam.edu.my/index.

    php/research/read/18/ Faktor-

    faktor yang menghalang

    penglibatan pelajar dalam kegiatan

    Kokurikulum Sukan Di

    9. Dato Saifudin Bin Abdullah. (2006).

    Kolum Berita Harian Kokurikulum

    Pelengkap Akademik

    10. 50 Tahun Pembangunan

    Pendidikan Tinggi di Malaysia

    (1957-2007) -USM, 2007.

  • 14

    KNOWLEDGE MANIPULATION

    By : Nor Azma binti Manan

    Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

    Kolej Komuniti Temerloh

    Educational system in Malaysia

    requires kids of seven years old to

    enroll the primary schooling, which is

    the mandatory age for all kids in

    Malaysia. This education level demands

    6 years of schooling and later, they need

    to proceed another 5 years of secondary

    education that encompasses 3 years of

    lower secondary and 2 years of upper

    secondary. These make up a total of 11

    years of free education. For those who

    opt for tertiary education, generally,

    they have to undergo 3 years of

    education and finally preparing

    themselves for working environment.

    Going through at least 14 years of

    education, is it an assurance that the

    students are physically, emotionally and

    mentally prepared to face the

    challenging working world? Is it able to

    ensure that they are the quality product

    produced by our educational system?

    Will they be able to serve and apply

    what they have learnt in their career?

    Knowledge is extremely wide

    and it needs to stand together with the

    people, as it is so intimately bound up

    with human activity (Wright, n.d). It is

    not necessarily acquired through formal

    education, but also from the experience

    of oneself. In addition, it also enables

    people to act and to deal with all

    available information sources (Van der

    Spek & Spijkervet, 1996). Information

    can be attained by understanding the

    process of something such as through

    observing the surroundings, listening to

    something, and reading. In Khoo (2008),

    he has brought up the issue of acquiring

    the information and the functions of the

    educational system itself.

    As stated in Khoo (2008, p. 60),

    students need to know to access

    information, not learn it by rote to be

    regurgitated, because information, once

    acquired, requires creative application.

    At this point, knowledge is seen as

    resource and people are the carriers of

    knowledge as they need to practice

  • 15

    what they know once they obtained it

    (Sierhuis & Clancey, n.d). They also need

    to know how to enforce what they have

    learnt in a more meaningful way. To

    relate this issue in Malaysian

    educational context, it can be said that

    most of the students will forget what

    they have read and studied as soon as

    they walked out of the examination hall.

    This is because they had practiced the

    memorization of each and every single

    information and regurgitate it on the

    examination paper. If they are asked the

    reason why, they will say that they will

    study for the sake of passing the

    examination. From here, it can be seen

    that most of them did not make meaning

    out of what they have learnt and they

    did not maximize the use of knowledge

    but just for the purpose of getting good

    grades in examination. In some other

    ways, it can affect these groups of

    students when they enter the working

    world later on, as they are needed to

    apply what they have learnt into the real

    task in the real situation. These groups

    of students will then have a serious

    problem when they encounter such

    situation because they are not able to

    apply what they have learnt and

    perhaps they do not have knowledge in

    the subject matter even though they

    have obtained good grades in their

    examination.

    The second issue to be addressed

    is concerned with the education for

    employment rather than for knowledge

    and enlightenment (Khoo, 2008, p. 60).

    In this case, knowledge can be seen as

    right in terms of education that served

    for employment purposes. Some of the

    people may have such view that

    education is purposely for them to get a

    better job that pays them high salary.

    Knowing the pay that they will receive

    at the end of the month has somewhat

    motivate them to learn and to get good

    grades in their examination. Thus, they

    will end up by focusing on the product

    rather than the process, which is to get

    the knowledge and understanding of

    what they have learnt. Presently,

    students do not see the education as a

    precious knowledge but only to pass the

    exam and for them to get a better

    position in their career. This kind of

    perception is actually one of the factors

    that cause the unemployment among

    the fresh undergraduates and this is not

    because they are not excel in their

    study, but they knows nothing in terms

    of the content of their subject matter. In

    this particular case, the students may

    not know how to apply their knowledge

    that they have learnt to the working

  • 16

    world and cannot adapt themselves in

    the new career environment where

    there are lots of competitions in terms

    of where knowledge is needed.

    The highlighted issue from Khoo

    (2008) is not a doubt towards the

    implementation of the teaching and

    learning of the educational system.

    However, it is a wakeup call for the

    students in order for them to appreciate

    and fully utilize the knowledge that they

    gained as the knowledge does not exist

    without practice and action (Sierhuis &

    Clancey, n.d). In conclusion, the selected

    issue gained from Khoo (2008) is closely

    connected with how the students

    manipulate the knowledge that they

    learnt. This is important to ensure that

    the countrys mission comes true, which

    is to produce the community that have

    the quality of human capital and is able

    to compete with other people in this

    new era.

    BIBLIOGRAPHY

    1. Khoo, K. K. (2008). The road to

    nationhood and nation building.

    In on of the Tempurung. Pp. 49-

    61.

    2. Sierhuis M. & Clancey, W. J. (n.d).

    Knowledge, Practice, Activities

    and People. Retrieved from

    ksi.cpsc.ucalgary.ca/AIKM97/sie

    rhuis/sierhuis.html

    3. Spek van Der, R. & Spijkervet, A.

    (1996). Knowledge Management:

    Dealing Intelligently with

    Knowledge. The Netherlands:

    Knowledge Centre CIBIT.

    4. Wright, L. (n.d). A Globalising

    society. Retrieved from

    eprints.ru.ac.za/1104/1/Langua

    ge_as_a_resource_5(ed).pdf

  • 17

    LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM

    MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI

    Oleh :

    Muhamad Syamsul B. Che Su dan Asmawati Bt. Mohd Yusop

    Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

    Kolej Komuniti Temerloh,Pahang

    Abstrak

    Premis perbincangan penulisan ini adalah mengenai kepentingan Latihan Industri kepada

    pelajar di Kolej Komuniti dalam bidang Fesyen dan Pakaian. Selain itu, ianya juga adalah

    mengenai keperluan-keperluan pihak industri dalam memperoleh modal insan untuk

    pasaran pekerjaan disamping cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh para

    pensyarah bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

    PENGENALAN

    Latihan Industri merupakan satu modul

    penting di dalam kurikulum pengajian

    di Kolej Komuniti, Kementerian

    Pengajian Tinggi Malaysia. Secara

    amnya tujuan modul ini adalah untuk

    mendedahkan pelajar kepada alam

    pekerjaan sebenar terutamanya

    daripada aspek aplikasi pengetahuan

    yang dipelajari di kolej, perhubungan

    kemanusiaan dan etika serta amalan

    keselamatan di tempat kerja.

    Pelaksanaan modul ini memerlukan

    pelajar ditempatkan di syarikat atau

    jabatan kerajaan yang bersesuaian

    untuk tempoh 1 semester (22 minggu).

    Pelajar perlu lulus modul Latihan

    Industri ini sebelum layak diperakukan

    untuk penganugerahan Sijil Kolej

    Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi

    Malaysia.

    KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

    Latihan industri adalah satu perkara

    yang perlu diberi perhatian oleh pelajar

    semasa mereka belajar sama ada

    diperingkat Sijil, Diploma atau Ijazah. Ini

  • 18

    adalah kerana Latihan Industri akan

    memberi pendedahan kepada pelajar

    mengenai dunia sebenar alam pekerjaan

    di samping memperoleh kemahiran

    teknikal dan bukan teknikal semasa

    berada di industri. Menurut Abd Hair

    Awang, Azimi Hamzah,Rahmah Ismail

    dan Jegak Uli (2008) dalam Rozita Ali

    (2010), pelajar seharusnya diberi

    peluang untuk mengambil bahagian

    dalam pelaksanaan sesuatu kerja yang

    berkaitan dengan bidang mereka, ini

    penting kerana salah satu syarat yang

    diletakkan oleh syarikat dalam

    membuat pemilihan pekerja ialah

    kemahiran teknikal dan pengalaman

    kerja dalam bidang yang berkaitan.

    Hasil kajian Omar et. Al (2008),

    mengenai persepsi pelajar sebelum dan

    selepas menjalani Latihan Industri

    menunjukkan terdapat peningkatan

    persepsi pelajar selepas menjalani

    latihan iaitu daripada segi sikap,

    komunikasi dan tabiat kerja. Manakala

    94% responden berkeyakinan bahawa

    Latihan Industri memberi faedah yang

    signifikan terhadap diri mereka sendiri

    daripada aspek peningkatan prospek,

    kelayakan dan panduan kerjaya masa

    depan mereka. Selain itu, Latihan

    Industri adalah pembangunan dua hala

    iaitu kepada majikan dan pelajar, di

    mana para pelajar akan belajar perkara

    baru mana kala majikan pula akan

    belajar membuat keputusan

    berdasarkan logik yang munasabah dan

    teratur.

    PROGRAM SIJIL FESYEN DAN

    PAKAIAN

    Program Sijil Fesyen dan Pakaian adalah

    merupakan salah satu program yang

    ditawarkan di Kolej Komuniti,

    Kementerian Pengajian Tinggi. Secara

    keseluruhan terdapat 26 buah Kolej

    Komuniti telah bertindak sebagai

    pelaksana untuk program ini di seluruh

    Malaysia. Syarat kelayakan untuk

    menyertai program Sijil Fesyen dan

    Pakaian ialah calon hendaklah lulus

    mata pelajaran Bahasa Melayu bagi

    Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

    (SPM).

    Secara dasarnya program ini

    memberi fokus pelajar kepada kreativiti

    dan teknik pembuatan pakaian. Ia juga

    memberi penekanan kepada

    pemahaman fabrik dan keusahawanan

    serta memberi pendedahan kepada

    pelajar daripada sudut pemahaman

    mengenai daya intelektual dan artistik

    (seni) untuk menepati kehendak bidang

    rekaan fesyen dan pakaian pasaran

    tempatan dan antarabangsa.

  • 19

    Proses pengetahuan dan

    kemahiran untuk program ini terbahagi

    kepada tiga bahagian. Bahagian pertama

    ialah pengetahuan dan kemahiran yang

    di pelajari oleh pelajar sebelum Latihan

    Industri. Ia adalah mengenai ilustrasi

    fesyen lakaran, pola asas pakaian,

    pemilihan fabrik dan pengiraan kos.

    Bahagian kedua adalah semasa Latihan

    Industri, antara pengetahuan dan

    kemahiran bukan teknikal yang dapat

    diterapkan oleh pihak industri kepada

    pelajar ialah mengenai sistem

    pentadbiran/pengurusan syarikat,

    komunikasi di tempat kerja serta sistem

    pengoperasian di tempat kerja.

    Manakala pengetahuan dan kemahiran

    teknikal yang diterapkan adalah

    mengenai rekaan fesyen terkini, kaedah

    atau teknologi pembuatan pakaian,

    penghasilan koleksi rekaan fesyen,

    aksesori pakaian terkini, bidang

    keusahawanan dan lain-lain. Fasa

    terakhir ialah, selepas Latihan Industri

    (semester 4), antara pengetahuan dan

    kemahiran yang akan diterapkan adalah

    seni rekaan fesyen, keusahawanan dan

    pertunjukkan fesyen. Antara

    pengetahuan yang diterapkan kepada

    pelajar semasa pelajar mengikuti

    pengajian ini ialah subjek sains,

    matematik, agama, bahasa inggeris dan

    pengajian am.

    KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI

    FESYEN DAN PAKAIAN

    Pada 20 September 2011, Kolej

    Komuniti Temerloh telah menganjurkan

    Majlis Dialog Bersama Industri bagi

    Program Sijil Fesyen dan Pakaian. Majlis

    ini telah disertai oleh 140 orang peserta

    yang terdiri dari 26 buah syarikat dalam

    bidang berkaitan, Pengarah Bahagian

    JPKK, Kolej-kolej pelaksana serta

    pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti

    Temerloh dalam bidang Fesyen dan

    Pembuatan Pakaian. Majlis Dialog

    bersama industri merupakan satu

    kolaborasi startegik antara Kolej

    Komuniti Temerloh dan industri dalam

    menjalinkan kerjasama. Selain itu,

    program ini juga bertujuan untuk

    memberi pendedahan mengenai

    peluang kerjaya serta mendapatkan

    maklumbalas industri mengenai pelajar

    dan bekas pelajar dalam bidang Fesyen

    dan Pakaian dari Kolej Komuniti.

    Berikut adalah hasil daripada

    maklumbalas dari borang soal selidik

    yang telah diedarkan mengenai

    keperluan pihak industri dalam bidang

    Fesyen dan Pakaian:

    1. Kemahiran dalam bidang

    pekerjaaan; hamper keseluruhan

    (46%) daripada syarikat yang

  • 20

    hadir memberi maklumbalas

    bahawa mereka memerlukan

    pekerja yang mahir. Manakala

    31% syarikat memerlukan

    pekerja separa mahir dan hanya

    3% syarikat memerlukan pekerja

    tidak mahir.

    2. Program latihan industri; pihak

    industri menginginkan pelajar

    lebih memberi komitmen

    daripada segi ketepatan masa,

    kemahiran dan sikap pelajar

    semasa menjalani latihan

    industri.

    CABARAN-CABARAN DALAM

    MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL

    FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ

    KOMUNITI

    Hasil daripada maklumbalas dan sesi

    dialog bersama industri, dapat

    disimpulkan cabaran-cabaran yang

    harus ditempuhi oleh para pensyarah

    dan pelajar dalam melestarikan

    program ini adalah seperti berikut:

    1. Kualiti Pelajar; pelajar Kolej

    Komuniti perlu lebih komitmen

    semasa menjalani latihan

    industri.

    2. Prestasi Pelajar Latihan Industri;

    masih terdapat pelajar Kolej

    Komuniti berada di tahap lemah

    semasa menjalani latihan

    industri.

    3. Prestasi graduat yang bekerja di

    industri; hanya 18% syarikat

    memaklumkan bahawa prestasi

    graduat sangat baik, 46% berada

    pada tahap baik dan 36% berada

    pada tahap memuaskan.

    4. Tahap kompitensi pelajar Kolej

    Komuniti berbanding pusat ILKA

    lain; Hasil analisis menunjukkan

    35% syarikat menyatakan tahap

    kompitensi pelajar berada pada

    tahap baik, 53% berada pada

    tahap memuaskan dan 12%

    masih berada pada tahap lemah.

    5. Menggurangkan kadar tidak

    bekerja: Hasil analisis unit

    pengesanan graduan kolej

    komuniti temerloh bagi tamat

    pengajian Julai 2010 mendapati

    kadar tidak bekerja untuk

    graduan bidang fesyen dan

    pakaian adalah tinggi berbanding

    program lain.

  • 21

    KESIMPULAN

    Modul latihan Industri adalah

    merupakan modul wajib yang perlu

    diikuti oleh semua pelajar Kolej

    Komuniti sebelum dianugerahkan

    segulung sijil. Latihan industri bukan

    sahaja satu modul yang boleh diambil

    mudah, tetapi ia merupakan satu modul

    yang memberikan pendedahan kepada

    pelajar mengenai alam pekerjaan

    sebenar disamping pengetahuan dan

    kemahiran yang tidak terdapat semasa

    mengikuti pengajian di Kolej Komuniti.

    Walaubagai manapun, hasil maklum

    balas yang diterima daripada pihak

    industri menunjukkan bahawa masih

    terdapat pelajar kolej komuniti yang

    kurang memberi komitmen dalam

    menjalankan tugas disamping

    kurangnya tahap Kemahiran Insaniah.

    Bagi melestarikan program fesyen dan

    pakaian ini, para pensyarah dan pelajar

    yang terlibat haruslah menyahut

    cabaran-cabaran tersebut dan

    mengambil inisiatif bagi melahirkan

    modal insan yang memenuhi kehendak

    semasa industri.

    RUJUKAN

    1. Abd Hair Awang, Azimi Hamzah,

    Rahmah Ismail dan Jegak Uli. 2008.

    Kemahiran Bolehkerja:

    Keseimbangan Antara Tuntutan

    Majikan dan Penguasaan

    Pelatih.Universiti Putra Malaysia

    dalam Rozita Ali, Norhanisha Yusof

    dan Azrayhafizi Matzin .2010.

    Pelajar Politeknik Kurang Diberi

    Pendedahan Kepada Pembaikan,

    Penyelenggaraan Dan Perlaksanaan

    Sesuatu Kerja Semasa Menjalani

    Latihan Industri. :Pulau Pinang:

    Politeknik Balik Pulau.

    2. Laporan Tahunan.2010.Unit

    Penerbitan: Kolej Komuniti

    Temerloh

    3. Laporan Majlis Dialog Bersama

    Industri Bagi Program Fesyen dan

    Pembuatan Pakaian. 2011. Unit

    Hubungan Industri, Pengesanan

    Graduan dan Alumni: Kolej Komuniti

    Temerloh.

    4. M.Z. Omar, Z.M.Darus, N.T. Kofli, K.

    Mat, S.A. Osman, M.N.A. Rahman.

    2008. Manafaat Kursus Latihan

    Industri Dalam Meningkatkan

    Keyakinan Pelajar. Fakulti

  • 22

    Kejuruteraan : Universiti

    Kebangsaan Malaysia

    5. Prospektus Kolaborasi Strategik

    Industri dan Kolej Komuniti. 2010.

    Bahagian Hubungan Industri,

    Pengesanan Graduan dan Alumni:

    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

  • 23

    QUALITY ISSUES IN HIGHER EDUCATION IN MALAYSIA

    Oleh:

    Ros Hana Binti Ariffin

    Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

    Kolej Komuniti Temerloh

    What makes the world go round?

    Unsurprisingly, the answer is

    knowledge. The world populations are

    scrambling to gain tertiary education

    with high knowledge with renowned

    institutions around the globe. What

    makes an education institution

    renowned? How does anyone recognise

    the popular universities? What makes

    people choose and not choose to go to a

    particular university? A more

    unsurprising single answer to these

    questions is quality. And since it is a

    global market, both higher education

    establishments and governments of

    countries have learnt that governance,

    quality assurance or curricula

    development are important to be

    established and built into the

    programmes in order to attract students

    to come over to gain their degrees. The

    following bodies of text is an overview

    of the current views and trends, based

    on one article and four journals

    pertinent to the issues of quality in

    higher education, with special attention

    to Malaysia.

    A periodical article on

    harmonisation (Wan Chang Da, 2008) in

    the higher education industry highlights

    the importance of standardization and

    collaborative efforts within the

    organizations within the region in order

    to succeed collectively. Governments,

    educational institutions and academic

    programmes must be institutionalised

    and integrated, while functioning in

    similar systematic standards, thus

    ensuring mobility for staff and students

    inside the system while promoting

    educational excellence and quality

    assurance. The current trend of

    harmonisation has taken place

    throughout the world, with its origins

    from the Bologna Process in the

    European communities. This effort is

    considered to be relatively more

    systematic and more institutionalised as

    compared to other regional schemes,

  • 24

    and its three-cycle degree system and

    system of credits, has created a

    comprehensive and common quality

    assurance system, which encouraged

    mobility and enhanced its appeal of the

    European Higher Education Area

    (EHEA). This system has been duly

    adopted by the Central and Latin

    America countries and has for a long

    time collaborated with the European

    Union to gain the benefit of regional

    harmonisation within the higher

    education sector. Africa, being one of the

    least developed regions in the world,

    has also initiated positive approaches in

    enhancing HEIs in the region through

    the same system even if the conditions

    has not allowed its higher education

    industry to be as successful as the other

    two regions. In short, the critical issues

    confronting higher education today

    revolves around ensuring and

    enhancing quality, access, equity and

    broadened participation.

    But how have Malaysia and the

    ASEAN countries fared compared to

    the three nations mentioned? Are we

    able to set similar standards within

    our own region? Has our nations

    implementation of TQM in the higher

    education institutions since 1996

    given them the push they need to

    achieve excellence in education

    recognized worldwide?

    Wans conclusion in the article

    correlates well with Husains paper

    (Fawad Husain, 2009) that is mainly

    concerned with customer satisfaction

    and students perception in private

    colleges as the Malaysian government

    aims to become the hub of higher

    education in the ASEAN region. Husains

    research paper examines the

    relationship between perceived service

    deliveries from higher education

    institutes that influence student

    satisfaction. It explores the perceived

    service delivery attributes among the

    students is with variables consists of six

    dimensions which are the physical

    environment, course structure and

    content learning materials,

    administration, interaction and support,

    feedback and assessment. The findings

    indicate that the dimensions mentioned

    are strong factors to students

    satisfaction, which is driven by service

    deliveries. It criticizes the lack of

    previous studies using SERVQUAL or

    similar methodologies in assessing

    students satisfaction based on the

    education service delivery of private

    colleges, which impedes the concept of

    education service delivery and its

  • 25

    impacts on students satisfaction in

    colleges. Such methods of measurement

    are important and can be used by

    private colleges in enhancing the quality

    of their education service to their

    students. Husain also mentioned the

    role and importance of education as it is

    correlated with the nations economic

    growth where an educated population is

    a springboard for jumping to high

    economic performance. It states that

    educational institutes are getting more

    interested to use performance

    management and service quality

    improvement techniques to increase

    competitiveness and quality of

    education in globalised environment, as

    the growing private institutions in

    Malaysia is aimed to give an alternative

    pathway for those who failed to enter

    local universities to pursue local tertiary

    education. The paper concluded with a

    recommendation of a future research

    includes identifying other variables that

    contributes to students satisfaction.

    The next journal (Ahmad Jusoh,

    2009) attempts to reveal issues of the

    level of service quality in education in

    the service quality dimensions of

    product, software and service at the

    Faculty of Management and Human

    Resource Development (FPPSM),

    University of Technology (UTM). It

    explores the differences of the students

    perception on the service quality based

    on their demographic factors and

    academic profiles as well as which

    area(s) or dimension(s) that potentially

    can be improved. This study has shown

    that the service quality at FPPSM was

    moderate from the students

    perspective, which means that there is

    room for continual improvement. In

    the study, it showed that students

    perception increase with seniority,

    while there is a difference when it

    comes to the different backgrounds of

    race and culture. It concluded with

    recommendations of increased efforts

    and commitment in the areas of

    teaching and learning ranging from

    academic related activities such as

    sports or social events. It also suggested

    that the teaching and learning element

    must not be limited to academic related

    components and must cover everything

    that can develop and instil good values,

    attitudes, character and strong

    personality. It proposes that by taking

    care of the learning environment which

    includes good infrastructure or facilities

    management and support services may

    enhance students perception of the

    higher education institution.

    One journal studies the factors

    that influence students level of

  • 26

    satisfaction with regards to higher

    education facilities services (Maimunah

    Sapri, 2009), and attempts to rank

    students priorities with respect to

    facilities services offered at higher

    educational institutions and extract

    those factors whose nature may qualify

    them to be put under one of facilities

    management categories.. As a service

    organization, higher educational

    institutions should place greater

    emphasis on meeting the expectations

    and needs of their customers. Students,

    which was defined as the primary

    customers of a university due to the

    commercialization of scholarship, that

    predominantly experiences the learning

    process thus regarded as an essential

    perspective to adopt in students

    satisfaction survey. Due to the

    intangibility nature of services, physical

    aspects of an institution plays a major

    role defining quality, at least to the

    needs of students. Facilities

    management is often foreseen as an

    enabler to enhance organizational

    resources in a competitive and efficient

    way. The paper acknowledged that

    educational institutions have a

    hierarchy of management, whereby

    their performance is measured based on

    core activities such teaching, research,

    recruitment and, therefore, it makes the

    management of facilities in a complex

    encounter. This study illustrates the

    linkages between facilities management

    organizational functions with higher

    education performance by introducing

    value chain concept. The six new factors

    that influence students level of

    satisfaction and measured in this study

    are teaching and learning delivery,

    support services facilities,

    accommodation and social facilities,

    course administration, teaching and

    learning facilities, and teaching and

    learning service environment. The

    model has demonstrated that students

    learning experience is influenced by

    three major factors, namely service

    providers performance e.g. the lecturer;

    service or process that is involved in

    delivery of the service; and facilities

    which act as an enabler and support the

    core business process. These three

    factors will give an impact on students

    learning experience and will lead to

    satisfaction levels pertaining to service

    performance. The result reported in this

    paper contributes to the development of

    a framework for facilities performance

    indicator in the service environment of

    higher educational institution whereby

    has resulted for the need to have

    substantial infrastructure. This often

    includes an extensive estate and

  • 27

    buildings. Buildings include not only

    laboratories, lectures theatres and

    offices but also residential

    accommodation, catering facilities,

    sports and recreations centres.

    Finally, an interesting

    comparison on students perception

    between ISO-Certified and Non ISO-

    Certified colleges on service quality in

    higher education (Suhaiza Zailani, 2009)

    was made to see if the implementation

    of the standards made an impact on

    studentss satisfaction. Higher education

    is characterized by a higher degree of

    interpersonal contact, complexity,

    divergence and customizations than

    other service businesses, thus Total

    Quality Management was to be adopted

    by HEI at every level to ensure quality

    education to be delivered as mentioned

    earlier in this summary. Despite

    implementation in the majority of

    colleges, little is known about the

    perceptions of consumers, or students

    in this case, towards the quality of

    education provided up to the point of

    the study. HEIs have adopted and

    implemented a suitable standard for the

    educational industry by issuing a

    standard known as ISO 9004-2, which is

    developed by the International

    Organization for Standards (ISO) since

    1992. The standards has changed and

    improved to suit the needs of the

    education industry, but mainly they

    place a greater emphasis on the

    measurement of customer satisfaction

    and strong consideration on conformity

    of relevant statutory as well as legal

    requirements with regard to

    educational environment. The benefits

    of ISO registration are the platform of a

    quality system and provides a

    foundation for a management system.

    ISO also facilitates trade through

    assurances of contract performance,

    while providing international

    recognition and engenders global

    uniformity as it meets European

    Community business requirements. ISO

    also eliminates or diminishes customer

    audits or surveys, enhances credibility

    and improves documentation and

    traceability activities thus leads to an

    organised, written collection of

    fundamental practices.

    The perceived Quality Scale was

    used to measure students perception

    towards the service quality provided by

    their respective institutions. While the

    quality dimensions measured were

    Tangibles: Sufficient

    equipment/facilities, modern

    equipment or facilities, ease of

  • 28

    access, visually appealing

    environment, support services.

    Competence: Sufficient (academic)

    staff, theoretical knowledge and

    qualifications, practical knowledge,

    up to date, teaching expertise, and

    communication.

    Attitude: Understanding students

    needs, willingness to help,

    availability for guidance and advice,

    giving personal attention, emotion

    and courtesy.

    Content: Relevance of curriculum to

    the future jobs of students,

    effectiveness containing primary

    knowledge or skills, completeness

    and use of computer, communication

    skills, and teamwork.

    Delivery: Effective presentation,

    sequencing and timeliness,

    consistency, fairness of examination,

    feedback from students, encouraging

    students.

    Reliability: Trustworthiness, giving

    valid award, keeping promises and

    matching to the goals, handling

    complaints, and solving problems.

    Descriptive analyses from this

    study suggest that students from

    certified colleges have more positive

    perceptions towards the service quality

    provided by their colleges, especially in

    the operations management.

    Surprisingly however, inferential

    statistics show that the perceptions of

    students from the two categories of

    colleges did not differ significantly in

    four aspects of service quality; the

    teaching staff, learning process, support

    system, and resources. Finally, the

    findings implies that the

    implementation of TQM in colleges have

    to be assessed, reviewed and improved.

    It also signals that ISO-certified colleges

    only focused on the improvement of

    operation management and have

    neglected other aspects of educational

    services. While the adoption of ISO

    certification becomes a mean of staying

    competitive and profitable in the

    market, it is also necessary to create

    awareness among the colleges regarding

    costumers' multidimensional needs and

    expectation of a quality education.

    CONCLUSION

    Customer satisfaction and students

    perception to higher education

    institutions in Malaysia is a hot topic of

    study by researchers today, as the

    achievement in excellence in quality

    education is yet to be proven. There are

    still many areas of dimensions which

    need improvement, and this can only be

    executed should higher educational

  • 29

    institutions adopt a quality standard as

    a culture rather than as a marketing

    strategy. More studies must be made in

    various faculties, colleges and

    universities crossing operations

    management and facilities management,

    and ultimately the different criteria of

    their students. It is perhaps

    unanimously agreed, however, that by

    improving customer satisfaction an

    institution would gain a competitive

    edge for a marketable organisation

    locally and globally. With or without the

    implementation of the ISO standards,

    institutions are very aware the

    dimensions required to fulfil each

    individuals need in order to have a

    favourable learning experience which is

    significant to their customers

    satisfaction. Harmonisation is a goal that

    must be taken seriously in the countrys

    higher education industry that

    coordinates different systems and

    promotes academic mobility,

    comparability of degree programmes

    and establishing a regional quality

    assurance system. This then should be

    the essence that binds the institutions

    hence fulfilling students expectations

    when pursuing higher education in

    Malaysia.

    BIBLIOGRAPHY

    1. Ahmad Jusoh, S. Z. (2009). Service

    Quality In Higher Education:

    Management Students

    Perspective . Skudai, Johor:

    Research Management Centre,

    Universiti Teknologi Malaysia.

    2. Fawad Husain, S. H. (2009).

    Education Service Delivery and

    Students Satisfaction: A Study of

    Private Colleges in Malaysia.

    Global Business and Management

    Research , 13-25.

    3. Maimunah Sapri, A. K. (2009).

    Factors that influence Students

    Level of Satisfaction with regards

    to higher education facilities

    services. Malaysian Journal Of

    Real Estate Volume 4 No 1 , 35-

    51.

    4. Suhaiza Zailani, J. J. (2009). A

    comparison between ISO-

    Certified and Non ISO-Certified

    Colleges on Service Quality in

    Higher Education: Students

    Perception. 6th Annual Hawaii

    International Conference on

    Business , 1-14.

    5. Wan Chang Da, S. K. (2008,

    August 31 ). HARMONISATION

  • 30

    OF HIGHER EDUCATIION ((PART

    1). Updates in Global Higher

    Education IPPTN, No. 38 , pp. 1-2

  • 31

    PERLAKSANAAN AMALAN 5S DI SESEBUAH ORGANISASI

    Oleh:

    Saliza Binti Abdul Razak

    Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

    Kolej Komuniti Temerloh

    1.0 PENDAHULUAN

    Sesebuah organisasi memerlukan

    satu garis panduan untuk mendapatkan

    cara pengurusan sihat samaada diantara

    ahli organisasi atau persekitaran

    organisasi itu sendiri. Program 5S

    adalah usaha keseluruhan organisasi

    bagi menjadikan tempat kerja bersih,

    tersusun, bersistem dan lebih produktif.

    Melalui amalan 5S, sesebuah organisasi

    itu akan membina disiplin dan etika

    kerja yang baik di kalangan warga kerja

    yang akan menghasilkan prestasi kerja

    yang lebih baik, kerja berkualiti,

    memupuk semangat berpasukan dan

    tolong-menolong yang tinggi. 5S ialah

    lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton,

    Seiso, Seiketsu dan Shisuke.

    Amalan 5S meliputi pengetahuan

    teknikal, praktikal, logik untuk

    menghasilkan teknik yang paling

    berkesan bagi mewujudkan budaya

    peningkatan secara berterusan atau

    dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa

    Jepun. 5S merupakan satu amalan

    budaya dalam masyarakat Jepun. Mula

    diperkenalkan di Singapura pada tahun

    1986 dan telah diamalkan dengan

    jayanya di sana. Amalan ini

    kemudiannya dipraktikkan di Malaysia,

    Thailand, Korea, China, India, Indonesia,

    Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland,

    Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil,

    Costa Rica, and Mexico.

    2.0 OBJEKTIF

    2.1 Memberi kesedaran

    tentang kepentingan dan

    faedah pelaksanaan

    Program Amalan 5S.

    2.2 Membina budaya Kaizen

    di tempat kerja.

    2.3 Membina kerjasama

    melalui penyertaan

    semua.

  • 32

    2.4 Membina amalan

    kepimpinan pengurus dan

    penyelia.

    3.0 KOMPONEN 5S

    Terdapat lima komponen asas

    dalam program amalan 5s iaitu Seiri,

    Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shisuke yang

    masing- masing membawa maksud

    Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa

    amal.

    3.1 SEIRI

    Seiri yang bermaksud

    Sisih atau mengasing adalah satu

    proses kerja mengasing

    barangan yang perlu daripada

    sekumpulan barangan yang tidak

    diperlukan di tempat kerja.

    Proses pengasingan ini

    membantu dalam menentukan

    barangan yang mungkin tidak

    diperlukan sekarang tapi boleh

    digunakan pada masa hadapan

    dan peralatan haruslah disimpan

    di tempat simpanan yang

    sesuai.Selain daripada itu juga

    dengan proses mengasing ini kita

    dapat kenalpasti barang yang

    tidak perlu untuk pelupusan dan

    merekod (jika perlu). Aktiviti

    sisih perlu dilakukan secara

    berterusan mengikut keperluan.

    Kesan perlaksaan sisih

    boleh dibahagikan kepada dua

    iaitu:

    i. Kuantitatif

    Penjimatan ruang

    Kawalan stok dan

    produk yang cekap

    Masa pencarian yang

    pantas

    ii. Kualitatif

    Tempat kerja lebih

    selamat

    Suasana kerja lebih

    selesa

    Mudah mengesan

    tempat/alat/bahan

    yang rosak dengan

    awal

    3.2 SEITON

    Seiton adalah bermaksud

    menyusun dan melabel. Proses

    ini dilakukan setelah kesemua

    barangan yang tidak diperlukan

    diasingkan. Ini dilakukan

    bertujuan memudahkan

  • 33

    penggunaan dan penyimpanan

    barang atau dokumen. Susunan

    barangan dilakukan mengikut

    kumpulan yang sama. Dengan

    berbuat demikian, ia akan

    membantu mempercepatkan

    proses kerja bagi mendapatkan

    barang tersebut apabila

    diperlukan kelak. Tujuan utama

    menyusun adalah untuk

    menjimatkan ruang, nampak

    lebih kemas dan teratur serta

    memudahkan proses mencari

    pada masa akan datang. Kesan

    perlaksaan amalan menyusun

    boleh dibahagikan kepada dua

    iaitu:

    i. Kuantitatif

    Kawan stok dan

    produk yang cekap

    Masa pencarian yang

    pantas

    Proses kerja lebih

    pantas

    Mengelak kesilapan

    dan kesalahan

    Kadar kehilangan

    peralatan yang

    rendah

    ii. Kualitatif

    Suasana kerja lebih

    selesa

    Mendidik disiplin

    pekerja positif

    Pekerja terus

    menjana idea kreatif

    Moral pekerja tinggi

    Selamat di tempat

    kerja

    3.3 SEISO

    Seiso yang bermaksud

    menyapu dapat mewujudkan

    keadaan di mana kebanyakan

    pekerja akan merasa lebih selesa

    apabila bekerja dalam

    persekitaran yang bersih dan

    segar. Selain dari meningkatkan

    efisien kerja, menyapu juga boleh

    mempertingkatkan tahap

    keselamatan di tempat kerja dan

    peralatan yang digunakan. Ia

    bertujuan untuk menghilangkan

    habuk atau kekotoran yang

    melekat di lantai, mesin di

    tempat kerja atau barang-barang

    yang telah disisih dan disusun.

    Amalan menyapu ini

    dapat dipraktikkan dengan

    mengadakan jadual waktu

    mengikut peta kawasan

    pembersihan dan tugasan. Setiap

  • 34

    orang yang terlibat perlulah

    mematuhi jadual yang telah

    dikeluarkan. Aktiviti ini boleh

    dilakukan setiap 5-10 minit

    setiap hari. Idea-idea kreatif dari

    rakan sekerja amat digalakkan

    untuk menambah keceriaan

    tempat kerja.

    Kesan perlaksaan

    menyapu boleh dibahagikan

    kepada dua iaitu:

    i. Kuantitatif

    Sistem kawalan stok

    dan produk lebih

    murah dan

    menjimatkan

    Kos kerosakan

    peralatan rendah

    Proses kerja pantas

    dan tidak berulang

    right the first time

    Kualiti produk

    bertambah

    Masa membersih lebih

    pantas

    ii. Kualitatif

    Suasana kerja lebih

    selesa dan ceria

    Pekerja terus menjana

    idea kreatif

    Moral pekerja tinggi

    Selamat di tempat

    kerja

    3.4 SEIKETSU

    Seiketsu membawa

    maksud seragam yang hanya

    dapat dilakukan setelah aktiviti

    sisih, susun, dan sapu telah

    disempurnakan. Seragam atau

    mengekalkan kebersihan tempat

    kerja pada tahap asal adalah

    penting agar segala usaha yang

    dilakukan dalam tiga aktiviti

    terdahulu tidak menjadi sia-sia.

    Aktiviti yang dilakukan sendiri

    oleh kakitangan akan menyemai

    sifat kekitaan dan cintakan

    kebersihan di tempat kerja.

    Justeru, kakitangan akan sentiasa

    memastikan dan mengekalkan

    kebersihan tempat kerja mereka.

    Seragam memerlukan

    panduan untuk dipatuhi oleh

    pekerja bagi menjamin kualiti

    dan standard yang telah

    ditentukan. Antaranya, Standard

    Operation Procedure(SOP),

    Work Instruction (WI),

    Guidebook, Cartalir Process

    flow, Gambar atau contoh fizikal

    (dilihat), Sistem Visual yang jelas

    dan terang dan lain-lain. Kesan

  • 35

    perlaksaan seragamboleh

    dibahagikan kepada dua iaitu:

    i. Kuantitatif

    Kos selenggaraan

    rendah

    Kos overhead rendah

    Kecekapan proses

    meningkat

    Kuantiti pengeluaran

    meningkat

    Rungutan pelanggan

    rendah

    Produktiviti pekerja

    meningkat

    ii. Kualitatif

    Mendidik disiplin

    pekerja positif

    Pekerja terus menjana

    idea kreatif

    Kemahiran pekerja

    meningkat

    Pekerja setia kepada

    organisasi

    Imej organisasi

    meningkat

    3.5 SHITSUKE

    Shitsuke bermaksud

    mengamalkan. Setiap pekerja

    perlu faham, patuh, berusaha dan

    mengamalkan kebersihan

    organisasi serta tempat kerja.

    Amalan kebersihan memang

    dituntut oleh semua masyarakat

    dan juga agama. Walau apa pun

    situasi kita, memang tidak dapat

    dinafikan amalan kebersihan

    merupakan titik tolak untuk

    menjelmakan peribadi yang

    mulia. Amalan ini dapat disemai

    dalam diri individu dengan

    memberi tunjuk ajar menerusi

    program latihan secara berkala

    dan mengamalkan budaya

    nasihat-menasihati.

    Adalah penting untuk

    mematuhi panduan dan standard

    yang telah ditentukan supaya

    budaya kerja cemerlang itu dapat

    dibangunkan. Kesan perlaksaan

    amalan amal ini boleh

    dibahagikan kepada dua iaitu:

    i. Kuantitatif

    Kos pengeluaran

    rendah

    Kualiti produk /

    perkhidmatan

    meningkat

    Memperolehi sijil 5s

    Kemalangan sifar

    ditempat kerja

    ii. Kualitatif

  • 36

    Disiplin pekerja positif

    dan inovatif

    Kesihatan pekerja

    meningkat

    Kesihatan pekerja

    bertambah baik

    Pekerja setia kepada

    organisasi

    Budaya kerja

    berpasukan yang

    tinggi

    4.0 LANGKAH MENJAYAKAN

    AMALAN 5S

    1) Penglibatan Semua Kakitangan

    Semua kakitangan di dalam

    pertubuhan mesti melibatkan di

    dalam program 5S. Semua

    kakitangan harus memahami 6

    sebab munasabah program 5S

    harus diamal di tempat kerja

    iaitu:

    i. tempat kerja yang bersih

    mempunyai

    PRODUKTIVITI tinggi

    ii. tempat kerja yang bersih

    mempunyai MUTU tinggi

    iii. tempat kerja yang bersih

    mengurangkan kos

    iv. tempat kerja yang bersih

    memastikan PENGIRIMAN

    tepat pada masanya

    v. tempat kerja yang bersih

    adalah tempat kerja yang

    SELAMAT

    vi. tempat kerja yang bersih

    mempunyai SEMANGAT

    PERANSANG yang tinggi

    2) Program tersebut harus

    diamalkan dalam masa bekerja

    sebagai program yang diberi

    kuasa rasmi, tetapi ia tidak harus

    dianggap sebagai tambahan

    dalam masa kerja yang lebih

    (overtime) atau di luar masa

    bekerja. Setiap orang harus

    diberitahu secara rasmi

    pentingnya program tersebut.

    Ketua Jabatan harus membuat

    pengumuman rasmi mengenai

    pelancaran program tersebut di

    mesyuarat berkongsi maklumat

    (information-sharing) yang

    dihadiri oleh kakitangan.

  • 37

    PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102)

    BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN TEORI

    Oleh :

    Melati Binti Sabtu

    Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

    Kolej Komuniti Temerloh

    1.0 PENGENALAN

    Peta konsep atau lebih dikenali

    sebagai peta minda merupakan suatu

    pembinaan idea, iaitu idea penting

    diletakkan di bahagian tengah sebagai

    pusat utama dan idea lain yang

    berkaitan dikembangkan di luar idea

    utama dengan menggunakan garisan,

    bongkah geometri, warna dan

    sebagainya. Peta konsep dibentuk

    berdasarkan otak manusia yang

    memproses maklumat. Penyelidikan

    menunjukkan bahawa otak manusia

    memproses dan merakamkan maklumat

    berbeza dengan maklumat yang

    diproses oleh komputer. Otak manusia

    memproses maklumat dengan cara

    linear, membuat pengelolaan yang

    menyeluruh, menghubungkait,

    membanding, menganalisis dan

    sebagainya. Dengan penggunaan peta

    konsep, maklumat penting adalah

    disusun dengan cara keseluruhan

    supaya menghasilkan struktur pola yang

    kreatif dan menarik selaras dengan cara

    otak memproses dan merakamkan

    maklumat. Maklumat yang disusun

    mengikut struktur organik otak adalah

    lebih mudah dirakamkan dalam ingatan

    jangka panjang daripada maklumat yang

    disusun secara linear.

    Pengaturcaraan ialah kemahiran

    mengarang set arahan atau perintah

    yang kemudiannya boleh diterjemah

    dan dilaksanakan oleh komputer.

    Biasanya kemahiran mengaturcara

    memerlukan pemikiran logik dan

    kebolehan mentaakul. Terdapat

    pelbagai cara untuk menyelesaikan

    sesuatu masalah. Peta konsep adalah

    sangat sesuai digunakan untuk

    membuat nota pada sesebuah topik

    untuk suatu modul pelajaran agar ia

    membolehkan pelajar mencatat nota

  • 38

    dengan mudah serta mengingat sesuatu

    dengan mudah di samping

    menggabungkan serta menyeimbangkan

    kegunaan otak kanan yang lebih

    cenderung ke arah perkembangan

    integrasi, emosi, interpersonal,

    perasaan, kinestetik manakala otak kiri

    lebih cenderung ke arah perkembangan

    matematik, logik dan spesifik. Oleh itu,

    sebelum membuat keputusan yang

    tepat, kita perlu tahu dan memahami

    apakah masalah tersebut dan cara untuk

    menyelesaikannya. Melalui modul TTM

    102, pelajar akan didedahkan kepada

    konsep penyelesaian masalah, asas

    pengaturcaraan dan penyelesaian

    masalah dengan menggunakan aturcara

    C untuk memenuhi pengetahuan,

    kemahiran dan pengalaman yang akan

    digunakan sepanjang pengajian pelajar

    di Kolej Komuniti dan di alam pekerjaan

    pelajar nanti.

    2.0 LATAR BELAKANG MODUL

    ASAS PENGATURCARAAN

    (TTM102)

    Modul Asas Pengaturcaraan

    (TTM102) merupakan modul wajib

    teknikal untuk pelajar Semester 1 Kolej

    Komuniti khususnya untuk Kursus Sijil

    Teknologi Maklumat. Modul ini

    merupakan antara modul yang wajib

    lulus dalam peperiksaan sebagai syarat

    wajib untuk mereka menjalani latihan

    industri pada Semester 3 dan

    melayakkan pelajar menerima sijil di

    akhir pengajian mereka nanti.

    Modul TTM 102 dilaksanakan

    selama 7 jam seminggu. Modul ini

    dilaksanakan secara amali dan teori

    sepenuhnya untuk satu semester iaitu

    selama 15 minggu pembelajaran

    bersamaan dengan 105 jam

    pembelajaran. Jam kredit untuk modul

    ini ialah sebanyak 4 jam kredit.

    Sekiranya peratus kehadiran pelajar

    kurang daripada 80%, pelajar boleh

    ditahan daripada menduduki

    Peperiksaan Akhir Semester. Oleh itu,

    pelajar dinasihatkan agar hadir ke

    kuliah supaya tidak menjejaskan

    kelayakan untuk menduduki

    Peperiksaan Akhir Semester.

    Pemarkahan modul TTM 102

    diambil kira dari hasil tambah markah

    penilaian berterusan (PB) sepanjang 15

    minggu pembelajaran iaitu sebanyak

    80% dengan markah penilaian akhir

    (PA) iaitu sebanyak 20% manakala

    markah penilaian akhir (PA) diambil

    kira pada Peperiksaan Akhir Semester.

  • 39

    Markah penilaian berterusan

    (PB) untuk modul TTM 102 dinilai

    menggunakan borang penilaian prestasi

    amali Classroom Assessment Technique

    (CATS) yang kebiasaannya dilaksanakan

    di akhir pembelajaran setiap sesuatu

    topik. Kesemua penilaian prelajar yang

    telah dilaksanakan akan diisi di dalam

    borang CATS yang kemudiannya

    dijumlahkan untuk dijadikan sebagai

    markah penilaian berterusan (PB).

    Markah penilaian berterusan (PB) perlu

    dikira sebelum Peperiksaan Akhir

    Semester dilaksanakan. Pelajar yang

    lulus akan menduduki Peperiksaan

    Akhir Semester secara amali yang

    merangkumi sebanyak 20%. Hasil

    markah penilaian akhir (PA) ini akan

    dijumlahkan dengan penilaian

    berterusan (PB) untuk menentukan

    gred dan mata kredit pelajar untuk

    modul TTM 102 ini.

    Melalui modul Asas

    Pengaturcaraan (TTM102), pelajar

    didedahkan dengan pengetahuan dalam

    konsep menyelesaikan masalah dan

    bina aturcara, menggunakan konsep

    arahan asas dalam bahasa C,

    menggunakan