penulisan ilmiah

30
ISI KANDUNGAN 1 MUKA SURAT 1.0 DEFINISI BAHASA PENGANTAR 2 2.0 PENDAPAT TOKOH TENTANG BAHASA 2 3.0 PPSMI 3 3.1 APA ITU PPSMI 3 3.2 RASIONAL PELAKSANAAN PPSMI 3 3.3 KRONOLOGI PPSMI 4 3.4 ISU-ISU DALAM PPSMI 5 4.0 ISU BAHASA PENGANTAR DALAM PENDIDIKAN 12 4.1 KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN 12 4.2 FAKTOR UTAMA WUJUDNYA ISU PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DAN KESANNYA 13 4.3 LANGKAH PENYELESAIAN 14 5.0 ISU MBMMBI 16 5.1 DEFINISI MBMMBI 16 5.2 MATLAMAT PENUBUHAN MBMMBI 16 5.3 RUMUSAN 18 6.0 RUJUKAN 19 LAMPIRAN

Upload: az-nieda

Post on 24-May-2015

3.680 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan ilmiah

ISI KANDUNGAN

1

MUKA SURAT

1.0 DEFINISI BAHASA PENGANTAR 2

2.0 PENDAPAT TOKOH TENTANG BAHASA 2

3.0 PPSMI 3

3.1 APA ITU PPSMI 3 3.2 RASIONAL PELAKSANAAN PPSMI 3 3.3 KRONOLOGI PPSMI 4 3.4 ISU-ISU DALAM PPSMI 5

4.0 ISU BAHASA PENGANTAR DALAM PENDIDIKAN 12

4.1 KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN 12

4.2 FAKTOR UTAMA WUJUDNYA ISU PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DAN KESANNYA 13

4.3 LANGKAH PENYELESAIAN 14

5.0 ISU MBMMBI 16

5.1 DEFINISI MBMMBI 16 5.2 MATLAMAT PENUBUHAN MBMMBI 16 5.3 RUMUSAN 18

6.0 RUJUKAN 19

LAMPIRAN

Page 2: Penulisan ilmiah

1.0 Definisi Bahasa Pengantar:

i. Bahasa:

Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat

perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu

dengan individu yang lain dan sebagainya). Menurut Bill Adams pula, bahasa

adalah sebuah sistem pengembangan psikologi individu dalam sebuah konteks

inter-subjektif. Bahasa juga adalah alat yang digunakan untuk menyampaikan isi

dan ilmu.

ii. Bahasa pengantar:

Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau

komunikasi dalam pengajaran (di sekolah) atau dalam perundingan. Selain itu,

bahasa pengantar juga adalah bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara

sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa

Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis

kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bahasa-

bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak

Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960),

sebagai bahasa pengantar.

2.0 Pendapat Tokoh Tentang Bahasa:

Menurut pendapat tokoh bahasa yang pertama iaitu Prof Datuk Dr Kamaruddin

berpendapat bahawa sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantar paling

berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Manakala Dato’ Ir Haji

Ahmad Zaidee Laidin, Bekas Naib Cancelor UITM pula menyatakan bahawa

“ Punca kekayaan adalah ilmu dan punca ilmu adalah penyelidikan. Punca

penyelidikan ialah menguasai bahasa yang digunakan dalam bidang tertentu.

2

Page 3: Penulisan ilmiah

Bahasa pengantar di sekolah

Terdapat beberapa isu yang boleh dirungkaikan dalam tajuk bahasa pengantar di sekolah

ini. Antaranya ialah isu PPSMI, isu penggunaan bahasa ibunda di sekolah dan juga isu

MBMMBI.

3.0 PPSMI

3.1 Apa itu PPSMI

PPSMI adalah nama singkatan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris. PPSMI merupakan nama rasmi bagi Dasar Pendidikan

Malaysia yang menetapkan bahawa bahasa inggeris akan menggantikan bahasa ibunda

atau bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara bagi matapelajaran Sains dan

Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar ini telah dilaksanakan semasa

pentadbiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad iaitu bermula pada tahun 2003. Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) telah termaktub sebagai keputusan

Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai

2002. Pelaksanaan PPSMI telah dilakukan secara berperingkat iaitu bermula pada sesi

persekolahan tahun 2003. Perintis pelajar yang terlibat ialah semua murid Tahun 1 untuk

peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat

Sekolah Menengah. PPSMI telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2007 untuk

peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun

2008.

3.2 Rasional Pelaksanaan PPSMI

Peralihan bahasa pengantar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik daripada bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris mempunyai rasionalnya

yang tersendiri. PPSMI ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap

3

Page 4: Penulisan ilmiah

pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan

dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Kerajaan amat

berhasrat untuk membangunkan generasi pelajar yang mampu menguasai bidang sains

dan teknologi pada tahap yang tinggi dan dalam pada masa yang sama mampu menjana

idea dan teknologi baru dalam kehidupan seharian yang serba moden ini. Kebanyakan

inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian

maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa

Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan

penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

3.3 Kronologi PPSMI

1. Pada 19 Julai 2002

Bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa

ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

2. 2003

Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada

sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk

peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat

Sekolah Menengah.

3. 2007

Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Menengah

4. Januari 2008

Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

4

Page 5: Penulisan ilmiah

5. Mac 2009

Pada ketika ini, lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan

berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh

Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad telah bditubuhkan.

6. Mei 2009

Ramai sasterawan Negara menolak dasar ini dan buat pertama kali dalam sejarah

mereka menentang dasar kerajaan.

7. Jun 2009

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar

tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang

"jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara" .

8. Julai 2009

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI

dimansukan sepenuhnya pada 2012.

3.4 Isu-isu dalam PPSMI

Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak ia mula dilaksanakan lagi.

Terdapat empat isu yang boleh kami rungkaikan dalam PPSMI ini. Antaranya ialah:

Isu ketidaksediaan guru dengan pelaksanaan PPSMI

Isu pelajar dan PPSMI

Isu jurang pencapaian Malaysia dalam TIMSS

Isu jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar

5

Page 6: Penulisan ilmiah

3.4.1 Isu 1 : Isu ketidaksediaan guru dengan pelaksanaan PPSMI

Guru merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam

akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat

(Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan

peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia kan mempengaruhi pelajar

untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Satu kajian yang

dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia

pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru

tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di

mana hanya 54.7% guru Sains dan 62.2% guru Matematik mampu menerangkan konsep Sains

dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hal ini membuktikan bahawa masalah dalam pelaksanaan

PPSMI ini sebenarnya adalah berpunca daripada ketidaksediaan guru-guru. Walaupun bukan

keseluruhan guru-guru tidak bersedia untuk mengajar dalam bahasa inggeris tetapi ianya boleh

memberi kesan yang amat mendalam kepada para pelajar.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan

memberi latihan kepada guru. Latihan ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya matlamat

untuk memahirkan guru-guru dalam pengajaran bahasa inggeris dapat dicapai. Guru-guru juga

perlu dilatih untuk menggunakan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran agar proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik. Langkah kedua yang boleh

dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ketidaksediaan guru-guru ini adalah dengan

mengadakan ujian penilaian yang khusus kepada guru. Langkah ini bertujuan untuk

mengenalpasti hanya guru-guru yang berkebolehan sahaja melaksanakan PPSMI ini. Guru –guru

yang masih tidak bersedia akan terus diberi latihan secara berterusan. Langkah lain yang perlu

dilaksanakan adalah mengadakan “Program Team Teaching”. Guru Bahasa inggeris di sekolah

diberi mandat untuk membantu guru sains dan matematik dalam pengajaran termasuk merancang

dan merangka teknik pengajaran serta memerhati kaedah pelaksanaan pengajaran di dalam kelas.

6

Page 7: Penulisan ilmiah

3.4.2 Isu 2 : Isu Pelajar dan PPSMI

Pelaksanaan PPSMI telah memberi kesan yang sangat besar kepada pelajar. Hal ini

kerana berdasarkan pelaksanaan PPSMI, pihak yang paling kuat menerima tempiasnya ialah para

pelajar. Sejak pelaksanaan PPSMI, pencapaian pelajar dalam subjek sains dan matematik ini

dilihat semakin merosot. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Nor Hashimah Jalalludin (2002),

ketidaksediaan pelajar dalam mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

yang menyebabkan pencapaian mereka semakin merudum. Kajian ini juga menunjukkan

bahawa 75% pelajar tidak setuju Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris, 77%

setuju bahawa bahasa melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan dan

70% yakin akan cemerlang dalam Sains dan Matematik jika diajarkan dalam bahasa melayu. Hal

ini disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar masih rendah.

Pelajar tidak dapat memahami dan mengikuti pembelajaran serta penguasaan istilah atau

konsep yang diajar oleh guru-guru dengan baik disebabkan oleh penguasaan bahasa inggeris

pelajar yang lemah. Penggunaan bahasa inggeris menyebabkan pelajar hilang tumpuan dalam

memahami maksud frasa yang digunakan. Dalam peperiksaan pula, pelajar sibuk untuk

menterjemahkan soalan dan bukannya memikirkan cara untuk menjawab soalan. Hal ini banyak

membuang masa mereka semasa peperiksaan. Sistem pendidikan kita seharusnya memudahkan

para pelajar memahami apa yang diajar dan bukannya menyusahkan mereka untuk memahami

apa yang diajar.

Apabila pelajar sukar untuk memahami apa yang diajar di dalam kelas, pelajar akan

membentuk persepsi yang kurang baik tentang matapelajaran sains dan matematik. Oleh kerana

mereka lemah dalam bahasa inggeris, sudah tentu mereka juga merasakan bahawa sains dan

matematik adalah sukar kerana ianya diajar dalam bahasa yang mereka lemah iaitu bahasa

inggeris. Minat pelajar terhadap matapelajaran sains dan matematik akan terjejas disebabkan

pengajaran kedua-dua mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Kajian UNESCO(1958) jelas

menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa ibunda adalah lebih berkesan, dan penguasaan

bahasa kedua boleh didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai

perantaraan pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek dipelajari.”

7

Page 8: Penulisan ilmiah

Hasil daripada kelemahan pelajar dalam Bahasa Inggeris dan persepsi buruk pelajar

terhadap matapelajaran sains dan matematik akhirnya menimbulkan masalah disiplin dalam

kalangan pelajar. Hal ini kerana pelajar yang banyak menimbulkan masalah disiplin dalam

kalangan pelajar ialah pelajar yang tidak faham apa yang dipelajari semasa dalam kelas. Apabila

pelajar berada di dalam kelas dan tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru, maka

mulalah mereka akan merasa bosan dan tertekan. Oleh kerana itu, perasaan mereka akan mula

memberontak dan akhirnya mereka akan mudah terjerumus dengan masalah disiplin.

Ibubapa perlu memainkan peranan bagi mengatasi isu pelajar dan PPSMI ini. Ibubapa

perlu memberikan pendedahan awal kepada anak-anak tentang bahasa inggeris, sains dan juga

matematik. Apabila anak-anak telah didedahkan dengan lebih awal, ini dapat membantu mereka

apabila memasuki alam persekolahan kelak. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan baik

dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun sains dan matematik diajar dalam bahasa

inggeris kerana mereka sudah didedahkan dengan bahasa inggeris sejak kecil lagi. Di samping

itu, ibubapa juga perlu sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak agar anak-anak sentiasa

mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu walaupun perkara yang sukar sekalipun.

Kebanyakan pelajar amat memerlukan dorongan semangat daripada kedua ibubapa mereka

kerana dengan dorongan semangat itu dapat memberi kekuatan kepada mereka untuk terus

berusaha.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi isu pelajar dan

PPSMI ini. Pihak kerajaan perlu menyediakan guru bahasa inggeris yang berkualiti di sekolah-

sekolah. Guru yang beropsyen bahasa inggeris perlu disediakan disekolah untuk mengajar bahasa

inggeris bagi memastikan kualiti dari segi ilmu dan pedagogi adalah betul. Kerajaan juga perlu

menambahkan pengambilan guru-guru bahasa inggeris di sekolah-sekolah supaya proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan kerana guru bahasa inggeris

dapat menumpukan perhatian terhadap kelas yang diajar jika bebanan tugas mereka dapat

dikurangkan. Di samping itu, kerajaan perlu memperkasakan kualiti guru bahasa inggeris dengan

mengambil tenaga pengajar yang pakar dalam isu “Teaching as a Second Languange” disetiap

negeri bagi melatih guru-guru bahasa inggeris secara berkala.

Selain itu juga, kerajaan juga perlu melakukan transformasi kurikulum bahasa inggeris.

Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa inggeris perlu ditambah daripada 4 jam

8

Page 9: Penulisan ilmiah

kepada 5.5 jam seminggu untuk tahap 1 dan daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk tahap 2 bagi

sekolah rendah. Kerajaan juga perlu memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa

inggeris melalui kurikulum baru. Dalam pengajaran bahasa inggeris perlu memberi penekanan

kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis,

tatabahasa dan seni bahasa.

3.4.3 Isu 3: Jurang Pencapaian Pelajar Malaysia dalam TIMSS

Tahun Bil. negara yang menyertai Kedudukan Malaysia

1999 38 16

2003 46 10

2007 48 20

TIMSS merupakan singkatan bagi Trends in International Mathematics and Science

Study. Pencapaian Malaysia dalam TIMSS sangat penting kerana pencapaian ini boleh

digunakan sebagai petunjuk kepada kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan matematik di

Malaysia. Antara isu-isu yang boleh dilihat dalam TIMSS ini ialah pelajar lemah dalam konsep

matematik. Situasi sebenar yang berlaku dalam kalangan pelajar Malaysia ialah pelajar

sebenarnya masih lemah dalam asas matematik pada peringkat rendah lagi. Hal ini menyebabkan

pelajar tidak dapat menjawab soalan apabila bentuk soalan diubah. Isu kedua yang dapat dilihat

dalam TIMSS ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Menurut kajian

(Isahak Haron, 2009), negara yang menggunakan bahasa ibunda secara keseluruhan secara

puratanya mendapat skor yang lebih tinggi. Isu lain yang terdapat pada TIMSS juga ialah

kurikulum matematik di Malaysia. Pengajaran matematik di Malaysia seharusnya perlu diajar

dengan cara yang lebih menarik supaya pembelajaran didalam kelas menjadi lebih seronok dan

tidak membosankan. Selain itu, masa pengajaran matematik juga perlu ditambah agar guru

mempunyai cukup masa untuk menyampaikan isi kandungan matematik ini dengan lebih

berkesan.

Langkah penyelesaian bagi mengatasi isu jurang pencapaian Malaysia di dalam TIMSS

ialah dengan menjadikan pengajaran matematik di dalam kelas menjadi lebih menarik dan

9

Page 10: Penulisan ilmiah

kreatif. Menurut Robiah(1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak

pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Di samping itu, daya tarikan sesuatu

pelajarn amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran guru (Kamaruddin, 1989).

Sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan

mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya. Pendekatan

yang sesuai perlu dilaksanakan didalam kelas. Guru tidak boleh meminta pelajar menghafal

formula semata-mata. Guru seharusnya memberi pengalaman kepada pelajar semasa dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara langkah untuk memberi pengalaman kepada pelajar adalah dengan melaksanakan

aktiviti di dalam kelas dan bukannya mendengar guru bercakap sahaja. Langkah penyelesaian

yang kedua ialah pengajaran dan pemahaman konsep matematik pelajar perlu ditekankan. Guru-

guru perlu memastikan setiap pelajar dapat memahami konsep matematik dengan lebih baik agar

mereka tidak tercicir dalam pembelajaran mereka. Langkah penyelesaian terakhir yang boleh

dicadangkan ialah dengan melaksanakan pengajaran sains dan matematik di dalam bahasa

ibunda. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya isu yang mengatakan bahawa

bahasa inggeris menjadi halangan kepada pelajar untuk mengemukakan idea mereka dan

menjadikan pelajar lebih kreatif.

3.4.4 Isu 4: Jurang Pencapaian Pelajar Sekolah Bandar dan Luar Bandar

Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam matapelajaran Sains dan

Matematik semakin melebar semasa dua subjek ini diajar dalam bahasa inggeris sejak tahun

2003. Hal ini kerana, tahap penguasaaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar

adalah sangat lemah. Jadi mereka akan menghadapi kesukaran untuk menguasai matapelajaran

sains dan matematik yang diajar dalam bahasa inggeris. Antara punca yang dapat dikenalpasti

yang telah menyumbang masalah dalam isu ini ialah guru di sekolah luar bandar kurang

berpengalaman. Penempatan guru diluar bandar sepatutnya perlu mengambil kira kepentingan

pendidikann diluar bandar kerana pelajar diluar bandar juga memerlukan guru yang

berpengalaman untuk memberi pengajaran dan bukannya bergantung kepada guru baru semata-

mata.

10

Page 11: Penulisan ilmiah

Punca kedua yang menyumbang kepada isu juarang pencapaian pelajar bandar dan luar

bandar ini juga ialah kerana kurang infrastruktur yang lengkap di sekolah luar bandar. Bilik

darjah di sekolah luar bandar adalah kurang kondusif berbanding sekolah bandar. Kemudahan

seperti meja, kerusi dan lain-lain peralatan yang agak daif mengakibatkan konsentrasi pelajar

terganggu. Selain itu, ketiadaan kemudahan asas seperti makmal komputer yang menyukarkan

para pelajar mencari alternatif pembelajaran lain selain apa yang diajar oleh guru di dalam kelas

Perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh di sekolah luar bandar. Tambahan

lagi, penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah dan kekurangan bahan

rujukan bahasa inggeris ini juga turut menjadi punca bagi isu jurang pencapaian pelajar ini.

Selain itu, ibubapa juga boleh menyumbang kepada masalah dalam isu ini. Kebanyakan ibubapa

yang tinggal di luar bandar adalah berpendidikan rendah dan menyebabkan mereka tidak

memahami kepentingan bahasa inggeris dalam kehidupan. Ini menyebabkan mereka kurang

memberi motivasi kepada anak-anak untuk berusaha mendalamai ilmu di dalam subjek bahasa

inggeris.

Semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing dalam menyelesaikan masalah

yang timbul dalam isu ini. Antara perlu dilakukan oleh guru-guru ialah mempelbagaikan kaedah

mengajar dengan menjadikan pengajaran lebih menarik dan tidak membosankan. Selain itu, guru

perlu mengetahui keupayaan setiap seorang pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lebih berkesan. Di samping itu, guru-guru juga

perlu memberi motivasi kepada pelajar dan ibubapa dengan cara mengadakan kem motivasi

kepada pelajar dan mengadakan ceramah keibubapaan kepada ibubapa.

Peranan kerajaan pula ialah dengan menyalurkan lebih banyak bantuan kewangan dan

sumber rujukan bahasa inggeris ke sekolah yang berda di luar bandar. Kerajaan boleh

melancarkan Kumpulan Wang Amanah pelajar Miskin (KWAPM) bagi membantu pelajar yang

kurang berkemampuan bagi menampung kos pembelajaran mereka. Dengan bantuan kewangan

ini diharap dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan pengetahuan mereka.

Kerajaan juga perlu menghantar guru yang berpengalaman dalam bahasa inggeris dan matematik

ke sekolah luar bandar suapaya dapat membantu pelajar menguasai bahasa inggeris seterusnya

memudahkan pelajar memahami matematik dan sains yang diajar dalam bahasa inggeris. Selain

itu, kerajaan juga perlu memberi penerangan kepada masyarakat tentang kepentingan bahasa

11

Page 12: Penulisan ilmiah

inggeris dan perkembangan pendidikan semasa supaya ibubapa dan pelajar sedar bahawa

pendidikan mampu mengubah kehidupan mereka agar menjadi lebih baik.

Peranan ibubapa dalam menyelesaikan isu jurang pencapaian pelajar luar bandar dan

bandar ini juga adalah dengan meluangkan masa yang lebih untuk anak-anak. Dalam pada masa

yang sama, ibubapa perlu memberi sokongan moral kepada anak-anak agar mereka terus

berusaha dalam mempelajari sesuatu walaupun perkara itu sukar bagi mereka untuk

dilaksanakan. Di samping itu, ibubapa juga perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak

sekolah dan guru bagi mengetahuai perkembangan anak-anak di sekolah kerana terdapat

segelintir ibubapa yang melepaskan tanggungjawab seratus peratus kepada guru-guru untuk

mendidik anak-anak mereka.

4.0 Isu Bahasa Pengantar Dalam Pendidikan

Isu kedua terpenting mengenai Bahasa Pengantar dalam pendidikan di

negara kita adalah isu penggunaan bahasa ibunda dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.Bahasa ibunda ialah bahasa ibu atau bahasa sendiri yang

digunakan sejak kecil dan juga merupakan bahasa leluhur sesuatu kelompok

etnik.Contoh bahasa ibunda yang terdapat di Malaysia ialah dialek Melayu

Kelantan,Bahasa Cina Hokkien,bahasa orang Asli Semai,Bahasa Tamil dan

bahasa kadazan-dusun.Bahasa ibunda adalah suatu khazanah yang sangat

penting dalam kehidupan sesuatu kelompok itu khususnya dalam konteks

budaya.Misalnya dialek Melayu Kelantan adalah penanda identifikasi kepada

budaya kelompok Melayu di Kelantan.Identifikasi boleh dikenal pasti melalui

aspek-aspek seperti harta,makna dan nahu dialek Melayu itu serta amalan

bahasa yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu Kelantan.

4.1 Kepentingan Penggunaan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran

Terdapat banyak kepentingan penggunaan Bahasa Ibunda dalam

pengajaran. Antaranya ialah dapat membantu meningkatkan kefahaman

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar akan lebih mudah

memahami pelajaran apabila menggunakan bahasa yang diketahui oleh

12

Page 13: Penulisan ilmiah

mereka. Penggunaan Bahasa Ibunda juga dapat meningkatkan komunikasi

antara kaum yang sama.Apabila mereka kerap berkomunikasi sesama

mereka menggunakan bahasa ibunda,ini dapat mengeratkan lagi hubungan

antara mereka.Di samping itu,hubungan kekeluargaan dan kejiranan juga

dapat dieratkan apabila bertutur dalam bahasa yang difahami.Penggunaan

Bahasa Ibunda yang berterusan juga amat penting kerana ini dapat

mengelakkan bahasa ibunda daripada lapuk ditelan zaman.Jadi,generasi

muda pada masa kini merupakan tunjang utama dalam meneruskan bahasa

tradisi nenek moyang mereka ini kepada generasi-generasi seterusnya.

Bahasa Ibunda adalah sangat penting untuk pembangunan sesuatu

budaya.Terdapat pelbagai kaedah yang telah diusahalan bagi

memartabatkan bahasa ibunda.Antaranya ialah dengan menubuhkan Hari

Bahasa Ibunda Sedunia.Hari Bahasa Ibunda Sedunia ini telah diumumkan

oleh UNESCO(United Nations Educational,Scientific and Cultural

Organization) pada 21 Februari setiap tahun mulai November

1999.Pertubuhan hari tersebut adalah untuk memperingati 4 orang

mahasiswa yang dibunuh oleh polis Pakistan dalam satu demonstrasi untuk

menuntut hak-hak bahasa Ibunda mereka iaitu Bahasa Benggali.Negara kita

telah menjadi ahli tetap UNESCO pada 16 Jun 1958 dan meraikan sambutan

Hari Ibunda Sedunia ini.Kaedah seterusnya untuk memartabat bahasa

Ibunda ialah dengan mengadakan seminar dan kempen mengenai

kepentingan bahasa Ibunda.Ini dapat menarik minat masyarakat terutama

golongan muda untuk turut serta menyertai program sihat ini yang

memberikan faedah kepada mereka di samping dapat memartabatkan

Bahasa Ibunda.Media massa juga memainkan peranan yang sangat penting

untuk meningkatkan penggunaan bahasa Ibunda.Rancangan di televisyen

dan radio misalnya harus menyiarkan rancangan yang lebih menjurus ke

arah penggunaan Bahasa Ibunda kerana ianya bukan sahaja menarik minat

masyarakat malah dapat menyebarkan Bahasa Ibunda ke seluruh pelosok

negara.

13

Page 14: Penulisan ilmiah

4.2 Faktor Utama Wujudnya Isu Penggunaan Bahasa Ibunda Dan

Kesannya

Bahasa Ibunda bukan sahaja digunakan secara meluas untuk

komunikasi sahaja bahkan digunakan juga dalam pengajaran.Penggunaan

Bahasa Ibunda dalam pengajaran menjadi isu yang semakin hangat

diperkatakan pada masa kini.Hal ini demikian kerana,di Malaysia terdapat 3

kaum yang majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India.Ketiga-tiga kaum ini

cenderung menggunakan bahasa Ibunda mereka sendiri kerana ia

merupakan bahasa yang difahami dan digunakan sejak kecil.Ini akan

memberikan kesan positif apabila menggunakan bahasa Ibunda dalam

pengajaran.Impak yang pertama ialah guru yang lebih berpengalaman ramai

dan meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar.Guru yang lebih

berpengalaman di sini bermaksud guru tersebut telah lama menggunakan

bahasa ibunda dan lantaran itu,mereka berkeyakinan tinggi untuk

mengajar.Selain itu,penggunaan bahasa ibunda dapat meningkatkan

pencapaian pelajar kerana apabila diajar menggunakan bahasa

ibunda,pelajar akan lebih mudah memahami isi pengajaran.Oleh itu,pelajar

dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.Komunikasi antara

guru dan pelajar juga akan berjalan dengan lebih lancar kerana proses

pembelajaran menggunakan bahasa yang difahami pelajar.Di

sini,komunikasi dua hala berlaku dengan penuh efisyen.

Namun demikian,terdapat juga implikasi negatif penggunaan bahasa

Ibunda dalam pengajaran.Kesan yang pertama ialah isu kekeliruan memilih

bahasa ibunda akan wujud di mana pelajar berbangsa Cina dan India

khususnya akan keliru apabila bersekolah di sekolah yang menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Ini terjadi apabila di sekolah

mereka perlu membiasakan diri dengan bahasa Melayu dan apabila pulang

ke rumah,mereka akan menggunakan bahasa Ibunda mereka.Seterusnya

ialah kesukaran guru untuk mengajar. Sekiranya terdapat guru berbangsa

Cina atau India yang terpaksa mengajar di sekolah yang menggunakan

14

Page 15: Penulisan ilmiah

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,agak sukar bagi mereka untuk

bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik kerana ketidakbiasaan guru

tersebut.Selain itu,isu penggunaan bahasa rojak dalam pengajaran juga akan

berlaku di mana apabila guru Cina misalnya tidak tahu menyebut sesuatu

istilah bahasa melayu,guru tersebut menggunakan bahasa Inggeris.Ini bukan

sahaja mengelirukan pelajar malah pelajar sukar untuk memahami

pembelajaran.Implikasi seterusnya adalah,isu pelajar kurang menguasai

bahasa lain misalnya bahasa Inggeris akan wujud.Jika berterusan

menggunakan bahasa Ibunda,mereka tidak akan cenderung menggunakan

bahasa lain kerana ketidakselesaan mereka.Di samping itu juga,kaedah

pengajaran guru akan tergugat dan menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran tidak berjalan dengan lancar dan akhirnya memudaratkan

para pelajar itu sendiri.

4.3 Langkah Penyelesaian

Oleh yang demikian,bagi mengatasi masalah ini,kerajaan telah

menjalankan beberapa langkah penyelesaian.Langkah pertama ialah dengan

menubuhkan tiga sekolah mewakili setiap kaum.Terdapat beberapa

kelebihan penubuhan sekolah-sekolah ini iaitu proses pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih berkesan seterusnya meningkatkan

pencapaian pelajar.Selain itu,tiada pertelingkahan berlaku kerana para

pelajar belajar bersama kaum yang sama di mana tiada salah faham akan

berlaku.Walaubagaimanapun,penubuhan tiga sekolah mewakili setiap kaum

ini menyebabkan perpaduan satu Malaysia tidak dapat dicapai seperti yang

diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Dato' Sri

Mohd Najib Tun Razak.Langkah kedua ialah menubuhkan satu jenis sekolah

sahaja di mana dapat menyatu padukan ketiga-tiga jenis kaum dan dapat

menyeragamkan bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains dan Matematik iaitu Bahasa Melayu.Namun,terdapat

juga kelemahan yang wujud dengan penubuhan satu jenis sekolah ini iaitu

pelajar bukan melayu sukar memahami isi pelajaran disebabkan oleh

15

Page 16: Penulisan ilmiah

ketidakbiasaan menggunakan bahasa Melayu.Kaum Cina dan India juga

merasa tergugat disebabkan mereka beranggapan pelajar Melayu akan lebih

menonjol dalam pelajaran disebabkan kebiasaan pelajar Melayu

menggunakan bahasa Melayu.Jadi antara dua langkah ini,langkah kedua

merupakan yang terbaik di mana sekolah tersebut terdiri daripada berbilang

kaum bagi menyelaraskan bahasa pengantar dalam subjek sains dan

matematik.

Penubuhan satu jenis sekolah sahaja membawa kepada penubuhan

sekolah wawasan di mana sekolah wawasan merupakan sekolah rendah

yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama

tanpa mengira kaum atau agama. agama.Di bawah konsep ini,dua atau tiga

buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan

yang sama.Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh

disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan

penghubung (link-way).Penubuhan sekolah wawasan ini telah dicadangkan

oleh Perdana Menteri pada tahun 1997 iaitu Dr Mahathir Mohd dan

diluluskan kabinet tahun itu juga.Walaupun mendapat tentangan dari kaum

Cina yang merasakan penubuhan sekolah wawasan ini menggugat sekolah

jenis kebangsaan Cina,namun anggapan tersebut salah sama sekali. Tujuan

dan matlamat penubuhan sekolah wawasan ini adalah untuk mewujudkan

perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar

belakang, memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran,

melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang

tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu serta

menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui

perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di

sekolah.Terdapat beberapa sekolah wawasan yang berjaya dilaksanakan dan

beroperasi sepenuhnya seperti Kompleks Sekolah Wawasan Pekan

Baru,Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman,Kompleks Sekolah Wawasan

16

Page 17: Penulisan ilmiah

Tasik Permai,Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya dan Kompleks

Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung.

5.0 Isu MBMMBI

5.1 Definisi MBMMBI

Menurut surat pekeliling ikhtisas bil. 2/2010 : Berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah

Menteri pada 8 julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pada 5

Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan

secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh

menggunakan Bahasa Inggeris atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri

dengan perubahan dasar berkenaan. Memartabatkan Bahasa Malaysia/Melayu dan memperkukuh

Bahasa Inggeris (MBMMBI) bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang

sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub

dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar

utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa

maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa

komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Strategi memartabatkan

bahasa Malaysia(BM) melibatkan penggunaan BM sebagai bahasa pengantar sains dan

matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta penambahbaikan terhadap

pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa melayu. Manakala strategi

memperkukuh penguasaan bahasa inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum BI serta

penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum

tersebut.

5.2 Matlamat Penubuhan MBMMBI

Tujuan utama memartabatkan bahasa Malaysia (BM) adalah kerana BM merupakan

bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke

arah membina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Tujuan memperkukuh bahasa

17

Page 18: Penulisan ilmiah

Inggeris(BI) adalah kerana BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai

dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di

peringkat nasional dan antarabangsa. Pengumuman pemansuhan PPSMI dan dasar MBMMBI

dibuat selepas kerajaan mengkaji dan meneliti pelbagai aspek membabitkan keberkesanan

pelaksanaan dasar itu. Kerajaan juga mengambil kira pelbagai pandangan cendekiawan serta

pandangan umum mengenai pro dan kontra pelaksanaan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI),

pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara

pelajar Bandar dan luar Bandar. Selain itu, masih ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa

inggeris. Kebanyakkan murid pula menunjukkan sikap pasif dan kurang ceria apabila kelas Sains

dan Matematik berlangsung. Diharapkan dengan perlaksanaan dasar baru ini akan dapat

membantu pelajar-pelajar tercicir semasa dasar PPSMI dilaksanakan terutamanya di luar bandar

kerana mereka merupakan golongan yang paling teruk terjejas akibat daripada dasar PPSMI

tersebut. Pengerusi Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut

menyokong dasar baru itu dan berharap bahasa melayu akan dijadikan teras utama dalam

pembinaan gagasan 1Malaysia.

Terdapat pelbagai pihak harus memainkan peranan mereka bagi memastikan pelaksanaan

dasar ini berjalan dengan baik dan lancar antaranya ialah guru, ibu bapa, kerajaan,sekolah dan

pelajar itu sendiri. Guru haruslah menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah

menarik agar pelajar akan lebih minat untuk belajar dan mereka juga akan lebih fokus terhadap

pembelajaran. Malah dengan penggunaan bahasa melayu akan memudahkan lagi pemahaman

mereka terhadap topik yang di ajar oleh guru dan mereka juga akan lebih aktif untuk bertanya

kerana mereka boleh menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Selain itu, ibu bapa memainkan

peranan penting bagi memastikan pelaksanaan dasar MBMMBI ini berjaya kerana ibu bapa

merupakan tempat anak-anak meluahkan masalah di sekolah terutamanya. Dengan pelaksanaan

dasar baru ini, ibu bapa haruslah memberi galakkan dan semangat untuk para pelajar agar

mereka akan lebih bermotivasi untuk ke sekolah. Motivasi yang diberikan oleh ibu bapa bukan

hanya dengan dengan kata-kata malah dari segi kewangan juga harus dititikberatkan kerana

pelajar-pelajar mungkin memerlukan duit untuk membeli buku rujukan yang bersesuaian. Hal ini

secara tidak langsung akan membuatkan pelajar merasakan mereka lebih dihargai dan mereka

akan belajar dengan bersungguh-sungguh.

18

Page 19: Penulisan ilmiah

5.3 Rumusan

Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa memainkan peranan penting di dalam

mendidik negara bangsa kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang paling berkesan dan

penggunaan bahasa yang betul dan tepat perlu dititikberatkan oleh kerajaan agar rakyat di negara

ini tidak ketinggalan dalam mencapai arus globalisasi yang penuh dengan halangan dan cabaran.

Bahasa pengantar yang betul akan menjadikan sesebuah komunikasi itu sangat berkesan kerana

kedua-dua pihak akan saling memahami dan mereka dapat mencapai persetujuan bersama.

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum kita telah menggunakan bahasa ibunda iaitu

bahasa melayu sebagai bahasa pengantar atau alat komunikasi kerana semua rakyat di negara ini

boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik walaupun berbilang kaum dan agama. Oleh itu,

penggunaan bahasa pengantar yang betul iaitu bahasa melayu akan dapat membantu kita

berkomunikasi dengan lebih baik di samping kita memartabatkan bahasa melayu itu sendiri dan

kita haruslah menyahut pelaksanaan dasar MBMMBI kerana ianya merupakan dasar kerajaan

untuk membela kepentingan bahasa melayu tanpa mengetepikan bahasa Inggeris yang

merupakan bahasa komunikasi antarabangsa.

19

Page 20: Penulisan ilmiah

6.0 Rujukan

•http://dict.rewaz.org/search/browse/bahasa.re

•http://www.slideshare.net/ bahasa-pengantar-12216107

•http://pmr.penerangan.gov.my

•http://persatuan-pmms.blogspot.com/2009/04/wawancara.html

•http://myadha.blogspot.com/2012/03/analisis-spm-2011-pencapaian-sekolah.html

Sufean Hussin (2005),Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan, PTS Professional

Publishing Sdn.Bhd .Retrieved March 25, 2012 from http://books.google.com.my/books

•http://razak.wordpress.com/2011/10/10/bahasa-ibunda-wadah-terbaik-pendidikan/

•http://abihulwa.blogspot.com/2011/05/isu-bahasa-bahasa-ibunda-bantu.html

•http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=R ncana&pg=re_06.htm

•http://razak.wordpress.com/2011/10/10/bahasa-ibunda-wadah-terbaik-pendidikan/

•http://qalish.com/2011/12/soalan-lazim-berkaitan-dasar-memartabatkan-bahasa-

malaysia-memperkukuh-bahasa-inggeris-mbmmbi.html

•http://www.scribd.com/doc/40220165/MBMMBI

•http://pkgsp.org/v11/index.php?option=com_content&view=article&id=229:mbmmbi-

dasar&catid=36:artikel&Itemid=92

•http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-

ringkas/6091-memartabatkan-bahasa-malaysia-dan-memperkukuhkan-penguasaan-

bahasa-inggeris-mbmmbi.html

20

Page 21: Penulisan ilmiah

LAMPIRAN

21