penulisan akademik (gwp1092)

14
5.1. Pengenalan kepada penulisan akademik 5.1.1. Pengertian penulisan akademik Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik.Ia mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedah-kaedah lain seperti penulisan novel yang berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan bahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-tiap kesan mempunyai sebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis dan mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadi penyelidik. Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains), ia harus melalui jalan yang panjang. Proses yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat disusun seperti di bawah; a) Pengumpulan data dan fakta b) Pengamatan data dan fakta c) Pemilihan data dan fakta d) Penggolongan data dan fakta e) Penafsiran data dan fakta f) Kesimpulan umum g) Perumusan hipotesis h) Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris i) Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis j) Perumusan teori ilmu pengetahuan k) Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

Upload: tracy-shirley-goh

Post on 28-Sep-2015

319 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Portfolio Wacana Penulisan (GWP1092) - Penulisan Akademik-Pengenalan penulisan akademik-Jenis-jenis penulisan akademik-Kejelasan dan gaya penulisan-Langkah-langkah dalam penulisan*hanya sebagai nota saja

TRANSCRIPT

  • 5.1. Pengenalan kepada penulisan akademik

    5.1.1. Pengertian penulisan akademik

    Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau

    saintifik.Ia mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari

    kaedah-kaedah lain seperti penulisan novel yang berasaskan khayalan atau

    rekaan dan generalisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik adalah

    berasaskan kepercayaan bahawa mana-mana fenomena mempunyai

    keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-tiap kesan mempunyai sebab. Kaedah

    ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong oleh

    bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif,

    tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran

    hipotesis dan mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadi penyelidik.

    Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains), ia

    harus melalui jalan yang panjang. Proses yang disebut sebagai kaedah ilmiah

    dapat disusun seperti di bawah;

    a) Pengumpulan data dan fakta

    b) Pengamatan data dan fakta

    c) Pemilihan data dan fakta

    d) Penggolongan data dan fakta

    e) Penafsiran data dan fakta

    f) Kesimpulan umum

    g) Perumusan hipotesis

    h) Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris

    i) Penilaian; menerima atau menolak atau menambah,

    ataupun merubah hipotesis

    j) Perumusan teori ilmu pengetahuan

    k) Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

  • 5.1.2. Jenis-jenis penulisan akademik

    5.1.2.1. Tesis

    Pengenalan

    Tesis adalah karya penulisan ilmiah rasmi yang dibuat

    oleh seorang mahasiswa dalam menghabiskan Kursus

    Ijazah Sarjana Muda. Tesis ini mencerminkan kebolehan

    seseorang mahasiswa dalam penelitian dan perkembangan

    ilmunya pada bidang ilmu yang diceburi.

    Ciri-ciri tesis

    (a) Isinya bertumpu pada kajian mengenai salah

    satu isu utama dalam bidang-bidang tertentu,

    sesuai dengan kursus yang diceburi

    (b) Merupakan sebuah ujian terhadap teori-teori

    tertentu dalam bidang yang diceburi

    (c) Mendedahkan sumber primer atau sumber

    sekunder sebagai bahan sumber dalam

    penulisan pada bibliografi agar dapat dibuktikan

    kesahihannya.

    (d) Ditulis dalam bahasa yang baik dan jelas.

    Contoh rangka-rangka tesis

    BAB 1: Pendahuluan

    a. Pengenalan kajian

    b. Latar belakang masalah

    c. Pernyataan masalah

    d. Objektif kajian

    e. Kepentingan kajian

    f. Kerangka Konseptual

    g. Persoalan kajian

    h. Limitasi Kajian

    BAB 2: Kajian Teori

    a. Pengenalan teori

    b. Definisi teori

    c. Konsep teori

  • d. Rumusan teori

    BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

    a. Penyelidikan perpustakaan

    b. Pengedaran borang selidik

    c. Lokasi kajian

    d. Persampelan

    e. Rekabentuk dan instrumentasi

    f. Pembolehubah

    g. Pengumpulan data

    h. Analisis data

    BAB 4: RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN

    a. Rumusan kajian

    b. Elemen-elemen positif daripada hasil kajian

    c. Elemen-elemen negatif daripada hasil kajian

    d. Cadangan

    BIBLIOGRAFI

    LAMPIRAN-LAMPIRAN

  • 5.2. Kejelasan dan Gaya Penulisan

    5.2.1. Konsep

    Kejelasan bererti mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi

    ruang untuk disalahtafsirkan, tidak bersifat samar-samar dan

    tidak kabur. Dalam aspek penulisan, jelas merupakan

    penggunaan kata-kata yang pendek, ringkas, tajam, dan

    mengecualikan kata-kata berbelit, dan panjang.

    5.2.2. Penggunaan bahasa formal

    Dalam penulisan akademik, penggunaan bahasa formal adalah

    dimestikan bagi mengelakkan daripada penggunaan bahasa

    slanga atau bahasa sehari-hari. Penulisan akademik yang

    mempunyai ciri kejelasan akan menggunakan bahasa formal

    untuk menerangkan pendapat sendiri dengan merujuk kepada

    pandangan orang lain. Contoh-contoh penggunaan bahasa

    informal adalah seperti berikut:

    Informal Formal

    Dengan begitu banyak doktor meletak

    jawatan di wad kecemasan, saya

    bimbang tentang rawatan pesakit di

    wad tersebut kelak

    Dengan kadar perletakan jawatan

    doktor yang semakin tinggi, terdapat

    kebimbangan tentang kapasiti hospital

    untuk memelihara nisbah doktor-

    pesakit yang mencukupi.

    Sangat jelas bahawa pekerjaan telah

    ditawarkan kepada pemohon

    berdasarkan sama ada mereka

    adalah lelaki atau perempuan. Saya

    berfikir bahawa pendekatan ini tidak

    boleh diterima bahkan ia melanggar

    undang-undang.

    Adalah jelas bahawa terdapat

    beberapa kes di mana pemilihan

    pekerja adalah berdasarkan gender.

    Dengan wujudnya undang-undang

    anti-diskriminasi gender, keadaan ini

    menimbulkan kebimbangan serius.

    Secara umumnya, dalam penulisan akademik, terdapat beberapa

    perkara perlu diberikan perhatian iaitu, meminimumkan

    penggunaan perkataan saya dalam teks atau tidak

  • menggunakannya sama sekali, menggunakan lebih banyak kata

    nama daripada kata kerja dan tidak menggunakan ekspresi

    emosional, seperti itu begitu jelas, atau hanya kerana serta

    gunakan kata istilah yang ringkas dan tepat.

    5.2.3. Penulisan ayat yang jelas

    Bagi memastikan kejelasan isi yang dihuraikan, adalah penting

    untuk menyemak semula panjang pendek ayat. Sekiranya ayat

    terlalu pendek, penulisan akan tampak terlalu mudah dan

    bertahap rendah dan sekiranya ayat terlalu panjang, pembaca

    akan hilang fokus. Ayat pendek boleh membantu kesinambungan

    idea (koheren), sementara ayat panjang pula membantu dari segi

    runtutan antara linguistik (kohesi) dalam penulisan.

    5.2.4. Perkembangan idea secara logik: koheren dan kohesif

    a. Runtutan (Koheren)

    Runtutan dikenali juga sebagai koheren, iaitu

    kesinambungan idea yang membentuk kesatuan fikiran

    hingga akhirnya menghasilkan penulisan yang bermakna

    dan mudah difahami. Kesinambungan idea merupakan

    urutan antara satu ayat dengan ayat selepasnya sebagai

    kesatuan fikrah. Hal ini berlaku apabila perkataan yang

    ada dalam setiap ayat bertaut dan membentuk sebuah

    wacana yang bermakna dan difahami oleh pembaca.

    Contohnya:

    Kuih bakul ialah kuih tradisional yang

    popular menjelang sambutan perayaan

    Tahun Baru Cina. Nama kuih ini dalam

    bahasa cina ialah nian gao yang membawa

    maksud peningkatan hidup pada tahun yang

    mendatang.

    Dalam contoh di atas, perkataan yang ditebalkan ialah

    perkataan yang mempunyai tautan dan mewujudkan

    kesinambungan idea antara ayat pertama dengan ayat

    kedua. Hal ini membantu pembentukan kesatuan fikiran

    dalam keseluruhan penulisan dan terhasillah penulisan yang

    bermakna dan difahami.

  • b. Tautan (Kohesi)

    Tautan dikenali juga sebagai kohesi, iaitu hubungan

    antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang

    lain dalam sesebuah penulisan. Unsur-unsur linguistik

    yang berhubungan itu ialah perkataan, frasa, dan ayat

    yang ada dalam penulisan berkenaan. Hubungan itu

    mewujudkan keserasian dari segi makna dan

    menghasilkan kesatuan penulisan yang utuh serta mantap.

    Ada beberapa jenis tautan dalam bahasa Melayu, iaitu

    tautan rujukan, penggantian, leksikal, dan elipsis.

    i. Tautan rujukan

    Tautan rujukan ialah perkataan ganti nama diri dan

    kata nama tunjuk yang digunakan untuk merujuk

    seseorang atau sesuatu benda atau tempat dalam

    sesebuah penulisan Contohnya seperti berikut:

    Navin, Partiban dan Goh ke

    perpustakaan. Mereka ke sana untuk

    meminjam buku.

    Dalam contoh di atas, kata ganti nama diri orang

    ketiga, mereka digunakan sebagai pertautan dengan

    orang yang dirujuk dalam ayat sebelumnya, iaitu

    Navin, Partiban dan Goh.

    ii. Tautan penggantian

    Tautan penggantian ialah kata atau frasa yang

    berfungsi untuk menggantikan kata atau frasa dalam

    ayat sebelumnya. Ada tiga jenis tautan penggantian

    iaitu, kata atau frasa nama, kata atau frasa kerja dan

    klausa. Contohnya seperti teks yang berikut:

    Seluruh negara mengharapkan pasukan

    bola sepak Malaysia akan memenangi

    perlawanan akhir menentang

    Indonesia dan seterusnya menjulang

    Piala Suzuki yang menjadi rebutan

    pasukan bola sepak negara serantau.

    Harapan rakyat Malaysia tertunai

  • apabila pasukan bola sepak negara

    berjaya melakukannya.

    Dalam contoh teks di atas, tautan penggantian

    berlaku apabila ada perkataan yang berfungsi untuk

    menggantikan kata atau frasa dalam ayat

    sebelumnya. Perkataan melakukannya menjadi

    unsur yang menggantikan frasa memenangi

    perlawanan akhir. Penggantian yang berlaku ialah

    penggantian kata kerja dan frasa kerja.

    iii. Tautan leksikal

    Tautan leksikal ialah pertautan antara perkataan atau

    frasa dengan perkataan atau frasa dalam ayat

    sebelumnya secara semantik. Pertautan ini berlaku

    melalui pengulangan kata atau frasa yang sama

    bentuk dan makna atau hampir sama makna

    (sinonim), hiponim dan kolokasi.

    a. Pengulangan kata atau frasa yang sama

    bentuk

    Pengulangan kata atau frasa yang sama

    bentuk berlaku apabila penulis ingin

    mengekalkan tumpuan pada topik yang ingin

    dibincangkan. Contohnya seperti yang

    berikut:

    Selepas 53 tahun negara mencapai

    kemerdekaan, bahasa kebangsaan masih

    belum dilestarikan sepenuhnya sebagai

    bahasa ilmu tinggi dan bahasa komunikasi.

    Dalam hal ini, usaha memasyarakatkan

    bahasa kebangsaan masih perlu

    diperkasakan dalam segala bidang yang

    mencakupi pelbagai disiplin ilmu.

    b. Pengulangan kata atau frasa yang sama

    makna atau yang hampir sama makna

  • Pengulangan kata atau frasa yang sama makna

    atau yang hampir sama makna dalam sesebuah

    wacana adalah untuk mengelakkan penggunaan

    kosa kata yang sama dan membosankan

    pembaca. Kepelbagaian perkataan atau kosa

    kata bahasa Melayu membuktikan bahawa

    bahasa itu kaya dengan perbendaharaan yang

    sesuai dalam sesuatu bentuk penulisan.

    Seorang lelaki warga emas dijumpai mati di

    rumahnya pagi ini dalam keadaan meniarap

    dan mayatnya telah berbau. Beliau yang

    tinggal berseorangan dipercayai telah

    menghembuskan nafas terakhir dua hati lalu.

    c. Pengulangan hiponim

    Pengulangan hiponim ialah pengulangan

    perkataan atau frasa yang melibatkan makna

    khusus dan makna umum. Makna yang umum

    disebut sebagai superordinat fan mempunyai

    ordinatnya yang merangkumi makna khusus

    bertaut dalam lingkungan dan ruang lingkup

    makna umum. Contohnya, perkataan nuri, kakak

    tua, murai, dan merpati adalah antara makna

    khusus yang berada dalam lingkungan dan

    ruang lingkup tautan makna umum burung.

    Kesesakan jalan raya pada musim perayaan

    sudah menjadi lumrah. Lazimnya, deretan

    kenderaan seperti bas, kereta, van, dan

    motosikal akan kelihatan bergerak perlahan-

    lahan dari ibu kota Kuala Lumpur sehari

    sebelum perayaan.

    d. Pengulangan kolokasi

    Pengulangan kolokasi ialah sekumpulan kata

    atau frasa yang mempunyai tautan idea, topik,

  • situasi, atau konteks. Contohnya, jika

    sesebuah penulisan membicarakan topik

    yang berkaitan dengan sukan badminton,

    perkataan atau frasa yang bertaut dengan

    topik itu akan kerap digunakan seperti

    gelanggang, servis, raket, perseorangan, dan

    bergu. Perkataan atau frasa ini akan

    berkolokasi dengan topik yang dibincangkan.

    Contoh lain pengulangan kolokasi dalam ayat

    adalah seperti berikut:

    Nelayan itu melahirkan rasa syukurnya

    apabila mendapat hasil tangkapan yang

    banyak pada hari itu. Pelbagai jenis ikan dan

    udang berjaya ditangkap, malah beberapa

    ekor sotong turut terperangkap dalam

    pukatnya.

    iv. Elipsis

    Elipsis ialah kata, frasa, dan klausa yang

    digugurkan dan telah dinyatakan dalam ayat

    sebelumnya. Hal ini bermakna, kata, frasa dan

    klausa yang mengalami pengguguran ini ialah

    maklumat lama, maklumat telah diketahui oleh

    pembaca atau pendengar. Elipsis banyak berlaku

    dalam lisan kerana pertuturan sering diucapkan

    lebih ringkas berbanding penulisan. Contoh:

    Cik Asniza: Shirley, makan jom!

    Shirley: Banyak kerja.

  • 5.2.5. Langkah-langkah dalam penulisan

    1. Memilih Tajuk dan Menganalisis Soalan

    Baca soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan

    yang dirasakan paling mudah, iaitu anda mempunyai isi-isi

    yang cukup, boleh mengolah isi-isi tersebut, mempunyai

    contoh-contoh yang sesuai.

    Selepas itu anda perlu menganalisis soalan tersebut

    dengan melengkap perkara-perkara berikut:

    Format(F):..

    Topik(T)..

    Persoalan (P) : .

    Contoh:

    Masyarakat pada hari ini semakin kurang berminat untuk

    membaca bahan ilmiah.

    Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan

    fenomena ini berlaku?

    Format (F) : Pendapat

    Topik (T) : Kurang berminat membaca bahan ilmiah

    Persoalan (P) : Faktor penyebab berlakunya kurang minat

    membaca bahan ilmiah.

    2. Merangka Karangan

    Lakarkan acuan format secara ringkas.

    Catatkan sekurang-kurangnya 5 isi mengikut kepentingan.

    Catatkan juga contoh-contoh untuk setiap isi tadi.

    Catatkan peribahasa/simpulan bahasa/cogan kata/slogan

    yang sesuai.

    Catatkan penanda-penanda wacana yang boleh

    digunakan.

    Catatkan data/statistik yang boleh digunakan.

    Catatkan juga pantun/kata-kata pujangga/kata-kata tokoh

  • 3. Menulis Karangan

    Pastikan Karangan anda terbahagi kepada 3 bahagian:

    . Pendahuluan = 1 perenggan

    . Isi = 5 perenggan

    . Kesimpulan = 1 perenggan

    Pendahuluan anda mestilah mengekalkan tajuk, padat

    dan dapat menggambarkan isi yang akan ditulis.

    Setiap isi harus ditulis dalam satu perenggan sahaja.

    Isi mesti mempunyai kaitan antara satu sama lain dan

    dihubungkaitkan dengan penanda wacana antara

    perenggan dan pemerengganan mesti seimbang.

    Setiap perenggan perlu ada pelbagai ragam ayat (Ayat

    Penyata, Ayat Perintah, Ayat Seruan, dan Ayat Tanya)

    Pelbagaikan penggunaan kosa kata yang tidak terlalu

    canggih

    Bahagian kesimpulan tidak boleh ditinggalkan.

    Tulisan mesti jelas dan boleh dibaca.

    Panjang karangan yang baik mesti melebihi 500 patah

    perkataan.

    Pastikan karangan anda tidak kurang daripada 350 patah

    perkataan

    4. Menyemak Karangan

    Karangan anda perlu disemak bagi mengesan sebarang

    kesilapan ejaan, tanda baca, kesalahan penggunaan

    huruf kecil/besar, dan pelbagai kesalahan tatabahasa

    yang lain.

  • 5.2.6. Memasukkan ciri-ciri KBAT dalam penulisan

    Penyelidikan ilmiah melibatkan dua kegiatan, pertama, proses penyelidikan

    dan kedua, cadangan penyelidikan ( research proposal). Kedua-dua proses ini

    harus dijalankan mengikut peraturan-peratauran tertentu untuk memastikan

    penulisan terakhir adalah lengkap dan tidak mengalami kecacatan.

    (a) Proses Penyelidikan

    (i) Mendapatkan masalah atau tajuk

    Penyelidikan bermula dengan masalah; iaitu penyelidik melihat wujudnya

    masalah di bidang yang hendak dikaji.

    (ii) Membentuk Hipotesis

    Ia merupakan kesimpulan sementara bagi masalah yang hendak dikaji.

    Hipotesis juga mestilah bersifat khusus dan bukan umum. Sebagai contoh, (a)

    wanita yang bekerja lambat berkahwin; (b) pelajar rajin lulus dengan

    cemerlang dalam peperiksaan dan (c) petani yang mempunyai bendang yang

    luas akan menggunakan jentera lebih awal dari petani yang mempunyai

    bendang yang sempit (Ahmad Mahdzan Ayob,1983, hlm.17). Hipotesis juga

    tidak harus dipengaruhi oleh nilai, pertimbangan moral atau etika; yang

    merupakan cadangan-cadangan yang mengatakan sesuatu itu baik atau

    buruk. Sebagai contoh, (a) melewatkan perkahwinan di kalangan wanita yang

    bekerja adalah tidak baik (nilaian) (b) petani yang tidak mengunakan jentera

    adalah ketinggalan zaman (nilaian), (c) petani yang tidak menggunakan benih

    padi baru perlu mengubah sikap (norma). Ketiga-tiga hipotesis ini akan

    menyukarkan untuk mengukur kenyataan seperti tidak baik dalam contoh (a)

    ketinggalan zaman dalam (b) dan (c) perlu mengubah sikap yang lebih

    merupakan pandangan peribadi yang bersifat pertimbangan nilai. Menurut

    Ahmad Mahdzan Ayob (1983), tidak ada ukuran yang objektif untuk menyukat

    buruk baik, ketinggalan zaman dan keperluan mengubah sikap.

    Sesungguhnya suatu hipotiesis mestilah boleh diuji dan untuk itu memerlukan

    data yang konkrit.

    (iii) Memungut Data

    Data atau sumber boleh dibahagikan kepada sumber pertama dan kedua.

    Sumber pertama merujuk kepada data asli yang dihasilkan oleh penyelidik

    sendiri sama ada melalui ujikaji, ujian kes atau kajiselidik dan juga penerbitan

  • rasmi. Sumber kedua berupa bahan-bahan bercetak yang dihasilkan oleh

    individu atau institusi. Proses pengumpulan data berbeza-beza mengikut

    disiplin. Kaedah pemungutan data yang biasa digunakan ialah kajian

    perpustakaan, siasatan( survey), temuramah ( interview), soal-selidik

    ( questionares) dan pemerhatian ikutserta ( participation observation).

    (iv) Analisis Data

    Analisis data adalah proses yang berbeza mengikut bidang kajian. Dalam

    bidang ekonomi, data akan dianalisa dengan menggunakan ilmu statistik dan

    kaedah saintifik. Manakala dalam bidang Sejarah/Pengajian Melayu, analisa

    lebih berupa huraian idea secara sistem dengan menggunakan bukti,

    memapar atau menerang supaya fakta-fakta dapat difahami. Analisa boleh

    diringkaskan seperti dibawah;

    - Pengenalan

    - Idea pokok

    - Sokongan fakta utama kepada idea pokok

    - Huraian daripada idea pokok dengan sokongan fakta pecahan

    atau fakta kecil termasuk misalan dan/atau rajah

    - Rangkaian idea pokok

    - Fakta-fakta besar menyokong kepada rangkaian idea pokok

    Analisis yang baik tidak harus mempunyai idea yang meloncat. Setiap idea

    mesti dikembangkan dengan baik dari satu perenggan ke perenggan yang lain.

    Pendek kata analisis yang baik mesti mempunyai flow of ideas, thoughts and

    descriptions yang baik. ( Metodologi dan Penyelidikan dalam Pengajian

    Melayu, 1990, hlm.55). Harus juga diketahui bila harus diletakkan petikan dan

    nota kaki supaya maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tidak

    mengganggu aliran idea dalam para berkenaan. Petikan pula seeloknya

    digunakan untuk menyokong fakta, tidak banyak dan terlalu panjang. Petikan

    juga biarlah yang sangat-sangat perlu dan tepat.

    Catatan kaki pula harus berperanan untuk menyokong huraian dan analisis.

    Disamping itu untuk membantu pembaca membuat pembacaan lebih lanjut

    dan untuk memberi perspektif lain tentang isu yang dibincangkan. Ini kerana

    jika perspektif yang berbeza dibincang dalam teks ia akan menganggu aliran

    pemikiran ( Metodologi dan Penyelidikan dalam Pengajian Melayu, 1990,

    hlm.56).

  • (b) Menyediakan Cadangan Penyelidikan

    (i) Masalah Kajian

    Dalam masalah kajian, penulis harus menyatakan pernyataan kajian. Pengkaji

    harus menyatakan persoalan yang ingin dikaji dan persoalan ini pula boleh

    dibahagikan kepada persoalan pokok dan sampingan.

    (ii) Skop Kajian

    Skop kajian harus menyatakan batas kajian hingga setakat mana dan kenapa.

    Dalam bahagian ini juga boleh dinyatakan bab-bab yang dijangkakan. Bab-

    bab ini seboleh mungkin mestilah berkait antara satu dengan yang lain.

    Bahagian ini penting untuk pembaca atau penyelia mendapat gambaran

    menyeluruh kerangka tesis pelajar.

    (iii) Kepentingan Kajian

    Dalam bahagian ini pengkaji harus menjelaskan keistimewaan kajian.

    Kepentingan kajian ini boleh dilihat dari sudut akademik dan kepentingan

    kepada negara. Dari segi akademik, pembuktian adalah dengan membuat

    literature review bidang yang dikaji dan menilaikan sejauh manakah tajuk

    yang dipilih belum diusahakan dan ia dapat mengisi kekosongan dalam

    bidang berkenaan. Kepentingan kepada negara adalah dengan merujuk

    kepada kajian-kajian bersifat kontemporari. Sebagai contoh masalah

    keruntuhan moral di kalangan pelajar, kemasukan pekerja tanpa izin dari

    Indonesia dan lain-lain. Kajian-kajian seperti ini dapat membantu kerajaan

    mengenalpasti masalah golongan-golongan ini dan merancang dasar-dasar

    yang bersesuaian untuk menangani isu tersebut secara efektif.

    (iv) Kaedah Kajian

    Kaedah kajian kebiasaannya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama kajian

    perpustakaan, kajian lapangan dan kajian menemudaga dan persamplen.

    Kaedah-kaedah kajian ini berbeza mengikut bidang-bidang yang diusahakan.

    Bagi pengkaji di bidang Sejarah, kajian mereka adalah bersifat library

    research dengan merujuk sumber-sumber pertama dan kedua. Bagi pengkaji

    dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, pengkajiannya akan memerlukan

    penyelidik ke lapangan dan bersama responden yang diselidiki. Bagi pengkaji

    dari bidang ekonomi, perlu menguasai ilmu statistik, persamplen dan kaedah

    menggunakan komputer untuk menganalisis data.