penubuhan universiti malaya.docx

Upload: jagathisdaarsiitha

Post on 04-Mar-2016

75 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENUBUHAN UNIVERSITI MALAYASebaik sahaja Suruhanjaya Maclean menerbitkan penyatanya pada 17 Jun 1939, dua institusi pengajian tinggi yang wujud di Singapura pada waktu itu iaitu Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward VII mendapat cadangan penggabungan bagi mewujudkan sebuah IPt baru yang dinamakan Kolej Universiti Malaya, walau bagaimanapun hasrat ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua meletus, dan Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Jepun.

Pada tahun 1943, sekali lagi sebuah Suruhanjaya baru ditubuhkan untuk mengkaji penubuhan sebuah IPT bagi Malaya iaitu Suruhanjaya Asquith yang merealisasikan penubuhan Kolej Universiti Malaya (1943) dan pada tahun 1947 ekoran cadangan Suruhanjaya Carr Saunders, Kolej Universiti ini telah diluluskan menjadi sebuah universiti untuk Malaya. Pada 8 Oktober 1949 secara rasmi Universiti Malaya ditubuhkan melalui pengumuman yang dibuat oleh canselor Pertamanya Malcolm MacDonald di Dewan Kolej Raffles. Dalam perisytiharan itu, Malcolm MacDonald berkata :

"Marilah hari ini kita tubuhkan dengan baik dan tulus hati sebuah universiti, bagi menyalakan obor pengetahuan, obor kebenaran, obor kebajikan dan obor kecantikan turun temurun, menyatu padukan manusia dalam ikatan kasih mesra terhadap makhluk Tuhan"

Prof Carr Saunders mencadangkan tiga aliran utama Universiti Malaya yang hendak ditubuhkan, iaitu : Aliran sastera, Aliran Sains dan Aliran Perubatan. Antara tokoh Melayu terawal yang dapat melanjutkan pelajaran mengikuti pengajian Ijazah Sarjanamuda Sastera dalam bidang Sejarah ialah Arkitek Pendidikan Negara iaitu Dr. Aminuddin Baki. Setelah lulus cemerlang dari UM dalam bidang Sejarah beliau menjadi alumni UM yang cemerlang ditawarkan biasiswa Queen ke UK (1951-1952). Demikianlah asal mula kewujudan UM. Sejak Aminuddin Baki, ramai tokoh negara dalam pelbagai bidang lahir dari UM. Memang UM sebuah institusi warisan penting pendidikan Negara, dulu, kini dan selamanya.

Universiti MalayaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Universiti Malaya

Moto:Ilmu Puncha Kemajuan

Ditubuhkanpada:3 Julai 1905

Jenis:Awam

Canselor:Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah

Naib canselor:Profesor Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon

Lokasi:Kuala Lumpur,Malaysia

Penggabungan:ASAIHL, ASEAN University Network

Lamansesawang:www.um.edu.my

Universiti Malayaialahuniversitiyang pertama ditubuhkan diMalaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.Isi kandungan[sorokkan] 1Sejarah 2100 Tahun UM 3Lagu Universiti 4Senarai fakulti, pusat dan akademi 5Senarai Naib Canselor UM 6Alumni terkenal 7Profesor Emeritus 8Ahli fakulti terkenal 9Kedudukan universiti 10Rujukan 11Lihat juga 12Pautan luarSejarah[sunting]Sejarah universiti ini boleh dikesan keSingapura, dari KolejPerubatanKing Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8Oktober1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadiUniversiti Nasional Singapura) dan satu lagi diKuala Lumpur(mengekalkan namaUniversiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1Januari1962.Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajmerupakan Canselor pertamaUniversiti MalayaEvolusi Universiti Malaya

Terdapat 2akademidi UM, 12fakultidan 4institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalamkampusiaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Moto Universiti Malaya adalah "Ilmu Punca Kemajuan".100 Tahun UM[sunting]Pada16 Jun2005,Universiti Malayatelah mengadakan "Majlis Pelancaran 100 Tahun Unversiti Malaya" yang mana akan menyaksikan Universiti Malaya mengekalkan kedudukan sebagai universiti yang terulung di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.Tarikh16 Jundipilih sebagai tarikh untuk melangsungkanMajlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Universiti Malayakerana pada tarikh yang sama 100 tahun yang lalu, Pentadbiran Inggeris telah meluluskan rang undang-undang Sekolah Perubatan bagi Negeri-negeri Selat. Bertitik tolak dari itulah tertubuhnya King Edward Medical College diSingapurasehingga ia digabungkan dengan Kolej Raffles seterusnya menjadi warisan kepada tertubuhnya Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura.Lagu Universiti[sunting]

Dewan Tunku CanselorUniversiti MalayaKebanggaan kita semuaBertambah para ilmuanDi pelbagai lapanganKami bertekad di hatiMencapai cita murniTradisi kecemerlanganMenepati wawasanDi sini kami sedia berbaktiTerus berinovasiKami harapan generasi mukaTeras nusa dan bangsaVarsiti kesayangankuSungguh banyak jasamuMembentuk insan muliaBerilmu berbudayaSenarai fakulti, pusat dan akademi[sunting] Fakulti Alam Bina Fakulti Sains Fakulti Kejuruteraan Fakulti Pergigian Fakulti Pendidikan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Fakulti Perubatan Fakulti Bahasa dan Linguistik Fakulti Undang-undang Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat[1] Akademi Pengajian Melayu Akademi Pengajian Islam Pusat Sukan[2] Pusat Kebudayaan Pusat Dialog Peradaban Pusat Penyambungan Pendidikan (UMCCed) Pusat Asasi Sains Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya Pusat Penyelidikan Bioteknologi Agrikultur (CEBAR) Institut Penyelidikan, Pengurusan dan Syarikat (IPPP) Institut Pengajian Pasca Siswazah Institut Asia-Eropah Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA) Institut Pengajian Kepengetuaan Institut Pengajian China (ICSUM)Senarai Naib Canselor UM[sunting]1. Professor A. Oppenheim (1956-1965)2. Dr. JHE. Griffiths (1967-1968)3. Professor Diraja Dr. Ungku A.Aziz(1968-1988)4. Professor Dr. Syed Hussein Alatas (1988-1991)5. ProfessorEmeritusDatuk Dr. Taib Osman (1991-1994)6. Allahyarham Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad(1994-2000)7. Professor Dato' Dr. Anuar Zaini Md Zain (2000-2003)8. Professor Datuk Dr. Hashim Yaacob(2003-2006)9. Datuk Rafiah Salim(2006-2008)10. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon(2008- kini )Alumni terkenal[sunting] YAB Dato' Abdul Ghani Othman Tun Abdullah Ahmad Badawi Dato' Sri Adnan Yakoob Dato' Seri Anwar Ibrahim Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Anwar Ridhwan YB Dato' Sri Azalina Othman Said Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek Karpal Singh Kassim Ahmad YB Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo Tan Sri Isa Abdul Samad Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin Tun Datuk Seri Utama Khalil Yaakob Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Nga Kor Ming Dato' Seri Ng Yen Yen Dato' Ngeh Koo Ham Tan Sri Ong Ka Ting Tan Sri Rafidah Aziz Sellapan Ramanathan Teresa Kok Sudirman Haji Arshad Aznil Haji NawawiProfesor Emeritus[sunting] Profesor DiRajaUngku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid ProfesorEmeritusDatuk Dr. Hj. Mohd. Taib Osman Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Ismail Hussein Profesor Emeritus Dato' Ahmad Nawawi Hj. Ayob Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Hj. Omar Profesor Emeritus Dato' Dr.Khoo Kay Kim Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Hj. Abdul Karim Profesor Emeritus Puan Sri Datin Dr. Fatimah Hamid Don Profesor Emeritus K.T. Joseph Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem Profesor Emeritus Dato' Isahak Haron Profesor Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar Profesor Emeritus Dr. C.S. Hutchison Profesor Emeritus Dr. Stephen Chee Hong Chye Profesor Emeritus Dr. S.Singaravelu Profesor Emeritus Umapati Prasad Profesor Emeritus Datuk Delilkan Alexius Ernald Profesor Emeritus Dr. Ng Soon Profesor Emeritus Dr. Lam Khuan Leng Profesor Emeritus Dato' Dr.Khairuddin Mohamed Yusof Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid Profesor Emeritus Dato' Dr. Lam Sai Kit Profesor Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusoff bin Hashim Profesor Emeritus Dr. Lloyd Fernando Profesor Emeritus Y.M. Dato' Tengku Shamsul Bahrin bin Raja Ali Profesor Emeritus Dr. Low Kum Sang Profesor Emeritus Dr. Yong Hoi SenAhli fakulti terkenal[sunting] Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid Wang Gungwu, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah (meninggalkan UM pada 1968). Prof. Wang ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah di East Asian Institute, National University of Singapore. Khairuddin Mohamed Yusof, bekas Professor di Universiti Malaya and juga bekas Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Hospital. Beliau bersara pada 1997 dan dianugerahkan kehormatanEmeritusoleh Universiti Malaya. ProfessorEmeritusDato Paduka Dr. Khairuddin bin Mohamed Yusof ketika ini memegang jawatan sebagai PengarahTelemedicineMalaysia (World Care Inc) Khoo Kay Kim, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah. Bersara pada tahun 2001, dan dianugerahkan kehormatanEmeritusoleh Universiti Malaya. Jomo Kwame Sundaram, bekas Professor di Fakulti Economi dan Pentadbiran (meninggalkan UM pada 2004). Prof. Jomo ketika ini memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Setiausaha untuk pembangunan ekomomi di PBB. Ho Peng Yoke, bekas Professor di Jabatan Pengajian China. Prof. Ho ketika ini memegang jawatan sebagai PengarahEmeritusdi Needham Research Institute, Cambridge. Terence Edmund Gomez, Professor Madya di Fakulti Economi dan Pentadbiran. Ketika ini beliau ialah antara 6 penyelaras penyelidik di United Nations Research Institute for Social Development (UNRISD). Sutan Takdir Alisyahbana, bekas Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu (1963-1968), seorang ahli tata bahasa dan sasterawan ternama Indonesia angkatan Pujangga Baru.Kedudukan universiti[sunting]Dalam tahun 2011, UM telah berada pada kedudukan 401 hingga 500 dalam Senarai Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia (ARWU) yang dikeluarkan olehUniversiti Shanghai Jiao Tongtahun 2011.[1]Tambahan dari itu, berikut adalah jadual yang menunjukkan kedudukan Universiti Malaya dalam senarai kedudukan universiti dunia mengikutTHES - QS World University Rankingsyang diterbitkan olehTimes Higher Education Supplement(THES) danQuacquarelli Symonds(QS).[2]TahunKedudukan

2011167[3]

2010207[4]

2009180[5]

2008230[6]

2007246

2006[7]192

2005169[8]

200489[9]