penubuhan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah adalah amatpenting bagi membantu murid

1
RUMUSAN Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah amat penting bagi membantu murid-murid mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dalam usaha menyediakan diri mereka untuk menyelesaikan masalah. Proses penubuhan ini memerlukan maklumat-maklumat, masa, tenaga dan sumber kewangan yang besar untuk dilaksanakan. Penganalisisan persekitaran yang teliti perlu ditimbangkan dari segala aspek perancangan dengan menggunakan kekuatan yang ada, mengatasi kelemahan, mengelakan ancaman dan merebut peluang. Semua ini perlulah dipertimbangkan. Analisa kekuatan seperti tenaga,peruntukan kewangan, maklumat murid, sumber maklmuat murid, kerjasama dengan individu, masyarakat dan organisasi perlulah dititikberatkan. Bagi analisis kelemahan pula seperti tiada kerjasama antara guru dengan murid, murid dengan murid atau guru dengan guru, sumber peruntukan terhad, kelemahan organisasi perlulah dianalisa dan diatasi. Begitu juga analisa peluang yang ada bagi murid yang bermasalah perlu juga diambil kira supaya perancangan penubuhan unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah mencapai matlamat dan objektifnya. Selain itu, analisa ancaman seperti persekitaran negatif yang mengancam murid-murid dengan budaya buli, dadah dan sebagainya perlu diatasi. Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, murid akan dibantu untukmenghadapi pelbagai cabaran di alam persekolahan bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Murid juga akan memperolehi maklumat-maklumat yang berkualiti, membangkitkan motivasi dan berkeyakinan. Seterusnya memberi keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang cemerlang dalam diri murid untuk menghadapi segala masalah di sekolah.

Upload: saranya-kaliappan

Post on 14-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

penubuhan

TRANSCRIPT

Page 1: Penubuhan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah Adalah Amatpenting Bagi Membantu Murid

RUMUSAN

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah amat penting bagi

membantu murid-murid mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dalam usaha

menyediakan diri mereka untuk menyelesaikan masalah. Proses penubuhan ini memerlukan

maklumat-maklumat, masa, tenaga dan sumber kewangan yang besar untuk dilaksanakan.

Penganalisisan persekitaran yang teliti perlu ditimbangkan dari segala aspek

perancangan dengan menggunakan kekuatan yang ada, mengatasi kelemahan,

mengelakan ancaman dan merebut peluang. Semua ini perlulah dipertimbangkan. Analisa

kekuatan seperti tenaga,peruntukan kewangan, maklumat murid, sumber maklmuat murid,

kerjasama dengan individu, masyarakat dan organisasi perlulah dititikberatkan.

Bagi analisis kelemahan pula seperti tiada kerjasama antara guru dengan murid,

murid dengan murid atau guru dengan guru, sumber peruntukan terhad, kelemahan

organisasi perlulah dianalisa dan diatasi. Begitu juga analisa peluang yang ada bagi murid

yang bermasalah perlu juga diambil kira supaya perancangan penubuhan unit Bimbingan

dan Kaunseling sekolah mencapai matlamat dan objektifnya.

Selain itu, analisa ancaman seperti persekitaran negatif yang mengancam murid-

murid dengan budaya buli, dadah dan sebagainya perlu diatasi. Melalui Unit Bimbingan dan

Kaunseling, murid akan dibantu untukmenghadapi pelbagai cabaran di alam persekolahan

bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani

selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Murid juga akan memperolehi maklumat-

maklumat yang berkualiti, membangkitkan motivasi dan berkeyakinan. Seterusnya memberi

keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang cemerlang dalam diri murid untuk menghadapi

segala masalah di sekolah.