pentaksiran berbantukan komputer

4
Kumpulan 8: Lau Jen Shan, Kheng Poo Hock, Ellen Cheng (PISM PSV/PJ/BM 2) Pentaksiran Berbantukan Komputer Konsep Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumatdan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentanghasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentaksiran Berbantukan Komputer Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat dapat di wujud dengan pertalian antara: a) Kurikulum b) Pedagogi c) Pentaksiran Kurikulum TM digubal dalam konteks P & P bestari dan disokong oleh pentaksiran berasaskan kriteria. Pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah membolehkan pelajar: a) Mengukur tahap penguasaan pengetahuan b) Mengukur tahap penguasaan kemahiran c) Sikap. Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian sendiri. Penggunaan komputer dalam pengujian bermula sejak tahun 1905 yang dikenali sebagai computer adaptive testing(CAI). Adaptive testing(CAI) terdiri daripada item yang dipilih daripada bank soalan. Item yang dipilih sesuai dengan kebolehan murid. Ujian yang digubal bagi memenuhi keperluan guru bagi mengetahui tahap pencapaian sesorang murid. Soalan yang digubal atau dibina kadang-kadang terlalu sukar atau terlalu umum, tetapi ia berbeza dengan ujian adaptif seperti ujian diagnostik dengan penggunaan kemudahan komputer dalam pengujian memudahkan pentadbiran sesuatu ujian. Ia membantu guru dalam mempercepatkan proses penyemakan skrip jawapan murid khususnya bagi soalan aneka pilihan yang menggunakan borang OMR.

Upload: vener-js

Post on 21-Jul-2016

110 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BMM

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Berbantukan Komputer

Kumpulan 8: Lau Jen Shan, Kheng Poo Hock, Ellen Cheng (PISM PSV/PJ/BM 2)

Pentaksiran Berbantukan Komputer

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumatdan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentanghasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Pentaksiran Berbantukan Komputer

Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat dapat di wujud dengan pertalian antara:

a) Kurikulumb) Pedagogic) Pentaksiran

Kurikulum TM digubal dalam konteks P & P bestari dan disokong oleh pentaksiran berasaskan kriteria. Pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah membolehkan pelajar:

a) Mengukur tahap penguasaan pengetahuanb) Mengukur tahap penguasaan kemahiranc) Sikap.

Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian sendiri.

Penggunaan komputer dalam pengujian bermula sejak tahun 1905 yang dikenali sebagai computer adaptive testing(CAI). Adaptive testing(CAI) terdiri daripada item yang dipilih daripada bank soalan. Item yang dipilih sesuai dengan kebolehan murid. Ujian yang digubal bagi memenuhi keperluan guru bagi mengetahui tahap pencapaian sesorang murid.

Soalan yang digubal atau dibina kadang-kadang terlalu sukar atau terlalu umum, tetapi ia berbeza dengan ujian adaptif seperti ujian diagnostik dengan penggunaan kemudahan komputer dalam pengujian memudahkan pentadbiran sesuatu ujian. Ia membantu guru dalam mempercepatkan proses penyemakan skrip jawapan murid khususnya bagi soalan aneka pilihan yang menggunakan borang OMR.

Page 2: Pentaksiran Berbantukan Komputer

Kumpulan 8: Lau Jen Shan, Kheng Poo Hock, Ellen Cheng (PISM PSV/PJ/BM 2)

Penggunaan komputer dalam pengujian dan penilaian juga boleh dilaksanakan dalam tugas seperti:

a) Mengirab) Melaporc) Membuat keputusan tentang pencapaian murid.d) Membantu guru dalam kerja-kerja menilai murid termasuk:

i. aspek penggubalan itemii. percetakan instrumen pengujianiii. merekodiv. menganalisis data skor murid.

Pentaksiran Berbantukan Komputer (CAA)

Perkara Huraian

Konsep Pentaksiran berbantukan komputer ( CAA) merupakan satu istilah yang merujuk kepada semua bentuk pentaksiran sama ada sumatif atau formatif yang dilaksanakan dengan berbantukan komputer.

Merupakan satu pentaksiran menggunakan komputer sebagai medium untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap.

Dilaksanakan secara manual atau atas talian dan ditanda dengan menggunakan komputer. Contohnya menggunakan Optical Mark Reading (OMR).

Bukti Bull (1999) mendapati bahawa para pelajar lebih suka pentaksiran berasaskan komputer kerana dapat memberikan maklum balas serta analisis statistik secara tepat dan tepat dari penandaan automatik.

Contoh-contoh Aktiviti: Capan (Corak terancang)

Bidang 2 : Membuat corak dan rekaan

Selepas aktiviti, guru akan merekod pencapaian objektif pembelajaran murid-murid ke dalam komputer.

Jadi, guru dapat melihat perkembangan murid-murid dalam aspek penguasaan teknik dan konsep di dalam aktiviti tersebut.

Aktiviti lain:

Contohnya penggunaan atas talian bagi tujuan forum

Page 3: Pentaksiran Berbantukan Komputer

Kumpulan 8: Lau Jen Shan, Kheng Poo Hock, Ellen Cheng (PISM PSV/PJ/BM 2)

perbincangan, maklumbalas kerja kumpulan, penyelesaian dan penyerahan tugasan secara elektronik atau e-portfolio.

Bentuk pentaksiran yang biasanya dilaksanakan menggunakan komputer ialah kuiz dan ujian atas talian. Ujian dan kuiz ini dilaksanakan secara atas talian dan juga ditandakan oleh sistem komputer dengan hanya memasukkan jawapan pada ruangan yang disediakan

Ciri-ciri/ fungsi

Ujian dan kuiz ini dilaksanakan secara atas talian dan juga ditandakan oleh sistem komputer dengan hanya memasukkan jawapan pada ruangan yang disediakan.

Pemarkahan segera menggunakan mesin ( komputer ) Latihan dan ujian interaktif yang dibuat dan dilengkapkan dengan

menggunakan komputer. Menghasilkan kerja kursus atau tugasan menggunakan komputer

( word processer ). Pemarkahan markah pelajar secara on-screen. Guru menggunakan borang dan pengkalan data bagi menyimpan

maklumat markah pelajar. Menggunakan email untuk menghantar tugasan dan menerima

kembali maklumbalas dan markah. Menggunakan laman web untuk menghasilkan tugasan untuk

diberikan kepada pelajar.Kelebihan a) Ia menjamin data yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun

dan bersistematik.

b) Data dapat disimpan lebih lama.

c) Lebih sistematik dan tersusun

d) Menggunakan perisian untuk mengesan plagiat

e) Kepelbagaian jenis soalan secara interaktif dan multimedia.

f) Ujian boleh dilaksanakan secara pengulangan oleh pelajar untuk tujuan mengulangkaji.

g) Bank soalan boleh dihasilkan dan diguna semula serta dikongsi.

h) Dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan menyusun maklumat pentaksiran murid.

i) Dapat memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta

Page 4: Pentaksiran Berbantukan Komputer

Kumpulan 8: Lau Jen Shan, Kheng Poo Hock, Ellen Cheng (PISM PSV/PJ/BM 2)

meningkatkan tahap pembelajaran murid.

j) Guru boleh membuat pentaksiran terhadap murid-murid melalui data-data yang telah disimpan dalam komputer.

k) Guru boleh melihat kelemahan murid-murid dengan mudah. Guru hanya perlu merujuk kepada data yang disimpan.

l) Lebih bersifat peribadi