penjelasan langkah-langkah pelaksanaan

4
Kumpulan kami telah membina ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek turutan, diskriminasi dan ingat kembali. Tujuan membina ujian diagnostik ini adalah untuk mengesahkan dan mengenal pasti masalah pengamatan yang dihadapi oleh murid. Ujian diagnostik yang dibina adalah ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek turutan. Ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek turutan dibina untuk murid yang mempunyai ketidakbolehan menyusun bunyi yang disiarkan mengikut susunan atau turutan yang betul. Pertama, guru harusnya menyiarkan bunyi dengan menggunakan radio. Selepas mendengar bunyi tersebut, murid haruslah menandakan nombor di dalam kotak yang disediakan. Contohnya, soalan 1, selepas bunyi pertama, bunyi suara anjing dan bunyi kedua, orang muda ketawa disiarkan, murid haruslah menulis nombor di kotak yang disediakan mengikut urutan tentang apa yang didengari tadi. Hal ini demikian kerana untuk menguji dan mengukur sama ada murid dapat mendengar lalu menanda bunyi mengikut urutan atau tidak. Jika murid tidak dapat mengenal bunyi dan menanda bunyi mengikut urutan selepas mendengar bunyi yang disiarkan, murid tersebut menghadapi masalah pengamatan pendengaran dari aspek turutan. Di samping itu, kami juga membina ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek diskriminasi. Ujian

Upload: vivi-ivy-lieu

Post on 03-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penjelasan Langkah-langkah Pelaksanaan

TRANSCRIPT

Kumpulan kami telah membina ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek turutan, diskriminasi dan ingat kembali. Tujuan membina ujian diagnostik ini adalah untuk mengesahkan dan mengenal pasti masalah pengamatan yang dihadapi oleh murid. Ujian diagnostik yang dibina adalah ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek turutan. Ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek turutan dibina untuk murid yang mempunyai ketidakbolehan menyusun bunyi yang disiarkan mengikut susunan atau turutan yang betul.Pertama, guru harusnya menyiarkan bunyi dengan menggunakan radio. Selepas mendengar bunyi tersebut, murid haruslah menandakan nombor di dalam kotak yang disediakan. Contohnya, soalan 1, selepas bunyi pertama, bunyi suara anjing dan bunyi kedua, orang muda ketawa disiarkan, murid haruslah menulis nombor di kotak yang disediakan mengikut urutan tentang apa yang didengari tadi. Hal ini demikian kerana untuk menguji dan mengukur sama ada murid dapat mendengar lalu menanda bunyi mengikut urutan atau tidak. Jika murid tidak dapat mengenal bunyi dan menanda bunyi mengikut urutan selepas mendengar bunyi yang disiarkan, murid tersebut menghadapi masalah pengamatan pendengaran dari aspek turutan.Di samping itu, kami juga membina ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek diskriminasi. Ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek diskriminasi yang kami bina telah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu, bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Dalam bahagian A, kami telah merancang kesulitan soalan dari senang kepada yang susah. Kami menguji tentang sama ada murid pemulihan dapat membezakan bunyi atau tidak. Semasa bunyi yang disediakan disiarkan, murid haruslah menandakan () dengan menggunakan warna merah, hijau dan biru selepas mendengar bunyi suara yang disiarkan. Dalam maksud yang sama, murid haruslah mendengar arahan dan mengikut arahan dengan betul. Contohnya, bagi soalan 1, selepas bunyi suara gajah disiarkan, murid haruslah mengikut arahan dan menandakan () di kotak yang disediakan dengan menggunakan warna merah. Selepas bunyi feri disiarkan, murid haruslah mengikut arahan dengan menandakan () di ruang yang disediakan dengan menggunakan warna hijau. Seterusnya, selepas bunyi suara kucing disiarkan, murid menjawab soalan dengan menandakan () dengan menggunakan warna biru. Kesusahan ujian diagnostik ini telah ditingkatkan dengan menggunakan bunyi suara yang hampir sama. Contohnya, bunyi suara ayam jantan, ayam betina dan anak ayam. Dengan adanya ujian diagnostik seperti ini, ini dapat menguji sama ada murid dapat membezakan bunyi suara atai tidak. Manakala bahagian B, ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek diskriminasi dari segi bunyi vokal telah dibina untuk mengukur keupayaan murid dalam membezakan bunyi huruf vokal. Semasa bunyi vokal disiarkan, murid haruslah pandai membezakan bunyi vokal. Murid haruslah mengikut arahan semasa menjalankan ujian diagnostik ini. Selepas mendengar arahan, murid boleh menandakan jawapan berpandukan bunyi vokal yang disiarkan. Contohnya, arahan yang diberi adalah sila tandakan () pada huruf vokal, a selepas mendengar bunyi vokal, a yang disiarkan. Murid haruslah menanda () pada huruf vokal a ( berpandukan bunyi vokal yang didengar).Di samping itu, di bahagian C, kami telah membina ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek diskriminasi dalam bidang membezakan arah bunyi sama ada bunyi tersebut dari jauh atau dekat. Selepas bunyi disiarkan, murid haruslah menggariskan jawapan sama ada bunyi tersebut dari jarak jauh atau jarak dekat. Contohnya, bagi soalan 1, bunyi dari jarak jauh telah disiarkan, oleh itu, murid haruslah menggariskan perkataan jauh di ruang yang disediakan. Jika jawapan yang diberi oleh murid salah, murid tersebut menghadapi masalah pengamatan pendengaran dari aspek diskriminasi dalam bidang membezakan arah dan jarak bunyi. Manakala bagi bahagian D, ujian diagnostik yang kami bina telah menguji dan mengukur sama ada murid boleh membezakan kuantiti bunyi sama ada dalam kuantiti yang banyak atau dalam kuantiti yang sedikit. Selepas bunyi disiarkan, murid hendaklan memadankan bunyi yang didengar dengan gambar yang disediakan. Contohnya, bagi soalan 1, bunyi suara burung yang disiarkan adalah dalam kuantiti yang baik, oleh itu, murid haruslah memadankan bunyi pertama dengan gambar yang mempunyai kuantiti burung yang banyak. Hal ini demikian kerana hendak menguji keupayaan murid dalam membezakan kuantiti bunyi. Sehubungan dengan itu, kami juga membina ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek ingat kembali. Ujian diagnostik dibina adalah untuk mengukur keupayaan mengingat kembali apa yang didengar. Guru membunyikan dua jenis bunyi berturut-turut dengan menggunakan radio. Selepas sepuluh saat, murid diarahkan membunyikan semula bunyi yang telah didengarkan tadi.Tingkatkan kesulitan mengingat kembali bunyi dengan menggunakan tiga, empat kemudian lima dan seterusnya enam jenis bunyi. Selepas sepuluh saat, murid dikehendaki mengingat kembali bunyi yang disiarkan dan membunyikan semula bunyi yang telah didengarkan. Guru boleh mencatatkan prestasi murid dalam senarai semak yang disediakan.Selain itu, kami juga telah menyediakan senarai semak kepada guru pemulihan supaya semasa menjalankan ujian diagnostik seperti ujian diagnostik pengamatan pendengaran dari aspek ingat kembali, guru boleh mencatatkan prestasi murid. Oleh itu, kumpulan kami telah membina tiga ujian diagnostik yang terdiri daripada aspek yang berbeza.