penilaian portfolio

15
Penilaian Portfolio Perkembangan / Olahan idea Lakaran dan penyelidikan Lukisan Kajian Eksprementasi Bahan dan Teknik Proses dan penghasilan

Upload: attoae-ochre

Post on 04-Jan-2016

2.147 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Portfolio

Penilaian Portfolio

Perkembangan / Olahan ideaLakaran dan penyelidikan

Lukisan KajianEksprementasi Bahan dan Teknik

Proses dan penghasilan

Page 2: Penilaian Portfolio

• Portfolio PSV merupakan satu fail kerja yang berterusan mengikut keperluan semasa proses P&P. Guru menilai hasil usaha murid secara spesifik dan menyeluruh.

Page 3: Penilaian Portfolio

Pengenalan

• Dalam PSV, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan.

• Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar.

• Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.

Page 4: Penilaian Portfolio

Rakaman Proses Pembelajaran

• Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat:

Page 5: Penilaian Portfolio

• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar.• Contoh hasil kerja pelajar.• Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran PSV berlaku.• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting

untuk dikongsi bersama pihak lain.• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja

seni• Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

• lni disebabkan portfolio PSV, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.

• Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik.

• Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.

Page 6: Penilaian Portfolio

Bentuk Portfolio

• Portfolio PSV lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan.

• Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.

• Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek:

Page 7: Penilaian Portfolio

I . Kajian

• Pemerhatian dan pengamatan.• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan

rujukan yang sesuai dengan kegiatan.• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat

pemilihan.

Page 8: Penilaian Portfolio

2. Lakaran

• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif.

• Pewujudan idea.• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau

tajuk.

Page 9: Penilaian Portfolio

3. Rangka Sebenar

• Merangka reka cadang atau model.• Menentukan alatan dan bahan.• Prototaip (jika berkaitan).

Page 10: Penilaian Portfolio

4. Persembahan Portfolio

• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat.• Mengikut urutan.• Bersih, kemas dan mudah digunakan.

Page 11: Penilaian Portfolio

Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang

bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada. Kemungkinan besar

pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:

• Jurnal• Diari• Laporan• Kompilasi catatan yang dijilid• Beberapa helaian kertas yang di kokot• Ataupun mungkin disket/cakera padat

Page 12: Penilaian Portfolio

Terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya:

• Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar

• Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri

• Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui

• kemajuan pembelajaran pelajar• Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil

kerja sendiri• Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang

pelajar dengan pelajar lain atau dengan piawai tertentu

Page 13: Penilaian Portfolio

PERANCANGAN PORTFOLIO

• Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.

a. Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.

b. Menentukan isi kandungan portfolio.

c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?

d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai

Page 14: Penilaian Portfolio

5 peringkat dalam menentukan cara membina portfolio:

1. Menentukan tujuan portfolio.

2. Menentukan kandungan portfolio.

3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.

4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian.

5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan pembelajaran pelajar.

Page 15: Penilaian Portfolio

3 Peringkat Dalam Menilai Portfolio:

1.Penilaian Awal Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.

2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala:Contoh:

Sangat Tinggi (5) Tinggi (4) Sederhana (3) Rendah (2) Sangat Rendah (1)

Kriteria penilaian:

- Pemikiran dan isi- Struktur dan organisasi- Strategi pengurusan- Variasi isi yang sesuai- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan

3. Senarai ciri-ciri paling penting Ini akan menentukan markah portfolio4. Penentuan gred Mengambil kira markah yang diberi

kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.