penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal

7
Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran. Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif: UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF Fungsi Menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan murid Pensijilan murid pada akhir kursus Masa diberi Sepanjang pengajaran Pada akhir satu-satu kursus atau unit Kesukaran item Berubah-ubah mengikut segmen Semua peringkat. Adapenilaian yang sangat senang dan ada yang susah Jenis alat Alat pengukur formatif yang di bentuk khusus Peperiksaan akhir tahun Contoh Ujian bulanan, lembaran kerja, buku skrap dan lain-lain UPSR, PMR, SPM, STPM, Peperiksaan Sijil Perguruan, peperiksaan akhir tahun 1.1.2 Penilaian Tidak Formal Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri

Upload: nurazirarazak

Post on 12-Jan-2016

71 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

penilaian

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Boleh Dibahagikan Kepada Dua Jenis Iaitu Penilaian Formal Dan Penilaian Tidak Formal

Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal.  Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif.  Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil.  Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah.  Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut.  Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil.   Skop ujian sumatif   adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.

Perbandingan  antara ujian formatif dan sumatif:

     UJIAN FORMATIF

        UJIAN SUMATIF

Fungsi Menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan murid

Pensijilan murid pada akhir kursus

Masa diberi Sepanjang pengajaran Pada akhir satu-satu kursus atau unitKesukaran item

Berubah-ubah mengikut segmen Semua peringkat. Adapenilaian yang sangat senang dan ada yang susah

Jenis alat Alat pengukur formatif yang di bentuk khusus

Peperiksaan akhir tahun

Contoh Ujian bulanan, lembaran kerja, buku skrap dan lain-lain

UPSR, PMR, SPM, STPM, Peperiksaan Sijil Perguruan, peperiksaan akhir  tahun

1.1.2      Penilaian Tidak Formal

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran  yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap.   Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :

i.        Pemerhatianii.      Senarai semak dan skala pemeringkataniii.    Rekod Anekdotiv.    Hasil kerja pelajarv.      Temu bual

i)  Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh

Page 2: Penilaian Boleh Dibahagikan Kepada Dua Jenis Iaitu Penilaian Formal Dan Penilaian Tidak Formal

direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

ii) Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak,  semakin banyak tingkah laku positif yang  dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-

SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR

Nama :                                                                        Kelas:                                      Tempoh :

BIL TINGKAH LAKU  PEMERHATIAN(YA) (TIDAK)

1. Menjaga kebersihan  diri, bilik darjah dan kawasan sekolah   2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang4. Bersopan santun5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru6. Selalu bersikap adil7. Menepati masa8. Menghabiskan tugasan yang diberikan

Jumlah skor

iii)  Skala  Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala.  Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya ‘ atau `Tidak’  tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan nilai adalah sangat  berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif  yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.Berikut adalah satu contoh skala  pemeringkatan :-

BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH  (SKALA PEMERINGKATAN)Nama :                                                  Kelas :                                  Tahun:

TINGKAH  LAKU SEMESTER 1 SEM ESTER  21 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1.   Mematuhi peraturan sekolah2.    Berdiri tegak

semasa              

Page 3: Penilaian Boleh Dibahagikan Kepada Dua Jenis Iaitu Penilaian Formal Dan Penilaian Tidak Formal

menyanyikan lagu `Negaraku’

3.    Berbaris semasa perhimpunan

4.    Memberikan salam apabila berjumpa dengan guru 

5.  Tidak membuat bising semasa

   guru tidak ada dalam kelas6.  Mendengar arahan guru7. Menghantar kerja rumah

pada masa yang ditetapkan8.  Memakai pakaian seragam

   sekolah yang kemas dan bersih

SkorJumlah Besar

Skala   :           1- sangat rendah                        2- rendah                        3- sederhana                        4- baik                        5- sangat baik

iv)  Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam  sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-

REKOD ANEKDOT Nama Pelajar :_________________________                Tahun : ________________

Tarikh Jenis Perlakuan Komen

  9.7.0417.8.0423.8.04 2.9. 04 3.9. 04                     

Bergaduh di dalam kelasBerbual-bual semasa perhimpuanTidak memakai lencana sekolahMerosakkan meja di dalam kelasMeniru semasa ujian matematik

                                                                                                                                         Tandatangan Guru ___________________

Page 4: Penilaian Boleh Dibahagikan Kepada Dua Jenis Iaitu Penilaian Formal Dan Penilaian Tidak Formal

V)  Hasil Kerja PelajarPrestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.

Vi)  Temu bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Soalan 1Anda telah pun faham tentang penilaian  formatif dan penilaian sumatif. Tuliskan perbezaan  antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan.

PERBEZAAN PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF

Fungsi

Masa diberi

Contoh

Soalan 2Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:-

PERBANDINGAN      PENILAIAN FORMAL    PENILAIAN  TIDAK FORMAL

Fungsi

Kelebihan

Kelemahan

Page 5: Penilaian Boleh Dibahagikan Kepada Dua Jenis Iaitu Penilaian Formal Dan Penilaian Tidak Formal

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat  sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.

RumusanPenilaian merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah proses yang menggunakan data kualiti dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut.Penilaian biasanya dianggap sebagai suatu proses pengujian yang formal dan biasanya menimbulkan tekanan dan ketegangan di kalangan pelajar.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Bacaan Asas:Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Rujukan:Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral Teori: Etika dan Amalan Moral,Universiti Putra Malaysia, Serdang.