pengurusan sumber pembelajaran

Upload: ieda-iedah

Post on 08-Apr-2018

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    1/10

    PENGURUSAN PEMBELAJARAN

    EDU 3034

    MODUL PENGURUSAN SUMBER

    NAMA KUMPULAN :

    SITI ASLINDA MAISARAA BT MD ASTALIA D20091035200

    AZIYATI ZAHIRAH BT ASNIL AIMI D20091035194SYAHIRAH BT MOKTAR D20091035177

    NORALIZA BT CHE IDRIS D20091035171

    NUR FATIN AZREEN BT NASIR D20091035590

    NUR HIDAYATUL NISHA BT ATAN D20091035600

    FADHILAH BT CHE OMAR D20091035587

    FATIMAH NUR BT ISHAK D20091035174

    NAMA PENSYARAH:

    PROF. AMIR B. HASSAN DAWI

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    2/10

    TAJUK

    6

    AKTIVITI 1.0: Pengenalan sumber

    Guru meminta pelajar berdiri, lakukan senaman ringan

    Guru menjelaskan tentang tajuk pengurusan sumber

    Ringkasan isi pelajaran:

    y Pengenalan sumber

    y Jenis-jenis sumber pembelajaran

    y Perbandingan sumber

    y Kriteria pemilihan sumber

    y Implikasi kelemahan/kekuatan sesuatu sumber

    y Strategi mengoptimumkan sumber

    y Strategi pengoptimuman sumber

    y Jenis-jenis sumber mengikut Association Of Education Communication

    Technology

    y Prinsip-prinsip sumber pembelajaran

    Guru memberi peluang pada pelajar untuk bertanya

    Guru melakukan aktiviti ringan sekali lagi

    PENGURUSAN

    SUMBER

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN

    Diakhir pelajaran pelajar akan dapat:-

    Meransang deria ransangan pelajar

    Mengekalkan minat dan tumpuan melalui pelbagai media

    Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran berfikir

    Memahami kelemahan dan kekurangan setiap sumber

    Menggunakan sumber secara optimum

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    3/10

    AKTIVITI 2

    2.1 Aktiviti pelajar

    Setelah guru menerangkan pelajaran pada hari ini, guru seterusnya menjalankan aktiviti

    untuk menguji kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.

    Pelajar kekal di tempat masing- masing dan berada dalam keadaan yang terkawal dan

    tidak membuat bising semasa guru menyediakan peralatan untuk aktiviti yang bakal

    dijalankan.

    Guru seterusnya menerangkan perjalanan aktiviti yang akan dijalankan dan peralatan

    yang akan digunakan iaitu kotak yang mengandungi soalan berkaitan pelajaran pada

    sesi pembelajaran ini di samping muzik.

    Guru mula memainkan muzik manakala pelajar perlu mengedarkan kotak tersebut

    kepada pelajar yang berada di sebelah mereka.

    Guru akan memberhentikan muzik mengikut pertimbangannya.

    Pelajar yang memegang kotak tersebut apabila muzik berhenti akan mengambil satu

    soalan daripada kotak tersebut.

    Pelajar akan membaca soalan yang diberikan dengan kuat kepada pelajar lain di dalam

    kelas seterusnya menjawab soalan yang diberikan.

    Guru akan memutuskan samada jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut benar

    atau salah.

    Permainan akan diteruskan dengan iringan muzik dan pelajar akan mengedarkan kotak

    tersebut sehingga muzik berhenti.

    Aktiviti ini akan berulang sehingga masa yang diperuntukkan tamat.

    Aktiviti ini akan berulang sehingga masa yang diperuntukkan tamat.

    2.2 Aktiviti kumpulan

    Aktiviti pertama telah habis, seterusnya guru membuat aktiviti yang kedua.

    Guru mengarahkan semua pelajar memcari ahli kumpulan masing-masing.

    Setiap kumpulan mempunyai 9 atau 10 orang

    Setiap kumpulan akan diberikan beberapa helai kertas bersaiz A4.

    Kemudian, guru menerangkan apa yang patut dilakukan oleh setiap kumpulan.

    Perbincangan didalam kumpulan

    Membuat mind map mengikut kreativiti masing-masing

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    4/10

    Setelah tamat aktiviti, salah seorang ahli kumpulan ke hadapan untuk memberi sedikit

    penerangan dan senaraikan hasil perbincangan.

    REFLEKSI

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    BAHAN PELAJARAN

    Pengenalan

    Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran,seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilihsumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalambilik darjah bestari.

    Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumberpengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melaluipengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untukberinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimummengikut potensinya.

    Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan opembelajaran ialah;

    i Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah bestari

    ii Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenalpasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk digunakandalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

    Jenis Sumber Pembelajaran

    A. Sumber berasaskanmanusia

    1. rakan sebaya2. guru3. pakar bidang4. pegawai sumber.

    B. Bahan bercetak

    1. buku2. majalah3. jurnal4. ensiklopedia

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    5/10

    Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat

    SUMBER KELEBIHAN KELEMAHAN

    A. Sumber

    berasaskan

    manusia

    - fleksibel

    - interaktif

    - secara lansung

    - mudah akses

    - tidak terjamin kualiti

    - sukar mendapatkan pakar yang

    berkewibawaan.

    B. Sumber bercetak - murah

    - kekal

    - senang dirujuk

    - mudah alih- mudah akses

    - tebal

    - berat

    - tidak boleh disunting

    - tidak terkini

    C. Sumber pandang

    dengar (audio-

    visual)

    - murah

    - menarik

    - pelbagai pancaindera

    - mudah akses

    - boleh berulang

    tayangan/siaran

    - boleh digunakan di mana-

    mana dan pada bila-bila

    masa

    - tidak tahan lasak

    - susah menyunting

    - tidak terkini

    D. Sumber

    berkomputer

    - amat fleksibel

    - mudah dimaskinikan

    - multi-media

    - jaringan tidak terhad

    - canggih

    - user friendly

    - mahal

    - menimbulkan tekanan

    - perisian terhad,

    - bergantung kepada bekalan

    eletrik

    - perlu mahir mengoperasikan

    komputer

    5. surat khabar6. kad katalog7. kamus8. buku teks

    C. Bahan pandang dengar

    1. mikrofic

    2. radio3. televisyen4. video

    D. Sumber berasaskankomputer

    1. disket2. cakra padat3. cakra laser4. disket video5. internet

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    6/10

    Kriteria memilih bahan atau sumber :

    - selaras dengan falsafah pendidikan negara

    - tidak bercanggah dengan nilai masyarakat

    - releven dengan kurikulum

    - selaras dengan prinsip pedagogi

    - memberi maklumat terkini

    - cost effective

    - mudah diperolehi

    - mudah digunakan

    - mudah alih

    - mudah senggara

    - pelbagai rangsangan

    - dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan

    - fleksibel

    Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran :

    1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahanpembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama. Bahan berasaskan komputeratau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan pada bila-bila masa mengikutkeperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahanberasaskan komputer.

    2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahan-bahanini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikianpenggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesananpengajaran dan pembelajaran seorang guru.

    3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkan harddisk, cakra padat, disket atau diserang virus.

    Strategi Mengoptimumkan Sumber :

    Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio,pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran memilihbahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai kesan terbaik dalampengajaran pembelajarannya.

    Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalampengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan

    yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu juga guru perlumahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapaikesan terbaik.

    Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagiseseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkanuntuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalamsebuah sekolah bestari.

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    7/10

    Strategi Pengoptimuman sumber

    1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber

    Guru boleh menggunakan authorwareuntuk mencantumkan bahan daripada sumber audiokaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam word

    prosessoratau electronic presentationuntuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yangamat menarik dan berkesan.

    2 Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber

    Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid.Aktiviti hand onserta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan proses

    pembelajarannya.

    Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahanaudio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam

    aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagidengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini.Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasilpembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui classnet.Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputermasing-masing melalui classnetdalam bilik darjah bestari itu.

    3. Perkongsian melalui internet

    Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi antaraguru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama. Disarankan bahawasemua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan pembelajaran

    melaluiedunet. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepadatahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

    4 Penyelidikan dan Pembangunan

    Guru digalak menjalankan kajian tindakan mengumpul maklumat tentang pengajaranpembelajaranyn, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Antaralain, hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara mengoptimumkan penggunaannyadapat disebar untuk faedah guru lain.

    FUNGSI SUMBER PEMBELAJARAN

    1. Meningkatkan produktiviti pendidikan dengan memudahkan proses pembelajaran.

    2. Membantu guru untuk menggunakan waktunya dengan lebih baik

    3. Mengurangkan beban guru dalam menberikan informasi dengan lebih banyak membina dan

    mengembangkan minat belajar.

    4. Memberikan cara pendidikan yg sifatnya lebih individual.

    5. Mengurangkan pengawalan guru yang kaku dan tradisional

    6. Memberi kesempatan kepada pelajar untuk berkembang sesuai dengan kemampuannya

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    8/10

    7. Memberikan dasar yang lebih ilmiah terhadap pengajaran

    8. Perencanaan program menjadi lebih sistematik.

    9. Menberikan informasi dan data secara lebih konkrit.

    10. Memungkinkan belajar secara seketika

    11. Mengurangi jurang pemisah antara pelajaran yang bersifat verbal dengan realistik.

    12. Memberikan pengetahuan secara langsung

    13 Memungkinkan perkongsian pendidikan yang lebih luas

    RUMUSAN :

    Disini dapat dirumuskan bahawa Pengurusan Sumber terdiri daripada pelbagai jenis

    sumber yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). selain itu,

    pelajar juga dapat membuat perbandingan antara beberapa kategori sumber maklumat serta

    mengetahui criteria untuk memilih bahan atau sumber apabila mereka memerlukan sesuatu

    bahan untuk pembelajaran. Pelajar juga dapat mengesan kelemahan atau kekuatan sesuatu

    sumber.

    TUGASAN :

    Guru memberikan tugasan kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.

    RUJUKAN :

    1.) Abd.Rahim Abd.Rashid ( 1996). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka.

    2.) Asmah Hj.Ahmad ( 1989 ). Pedagogi 1, Siri Pendidikan Longman. Selangor :

    Longman Malaysia Sdn.Bhd.

    3.) Ea Ah Meng ( 1989 ). Pendidikan di Malaysia untuk Guru Pelatih : Edisi Kedua:

    Petaling Jaya. Siri Pendidikan FajarBakti.

    4.) John Arul Philips ( 1997 ). Pengajaran Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur : Utusan

    Publications & Distributors Sdn.Bhd.

    5.) Kamarudin Hj. Husin ( 1994 ). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa ( Edisi Baru

    ), Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    6.) Mat NorHussin, Ab.Rahman Ab. Rashid ( 1988 ). Alat Bantu Mengajar dalam

    Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman. Selangor: Longman Malaysia Sdn

    Bhd.

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    9/10

    CONTOH-CONTOH JENIS SUMBER PEMBELAJARAN

    Cakera padat disket

    Disket video Ensiklopedia

    Buku Internet

    Kamus Komputer

  • 8/7/2019 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

    10/10

    Mikrofon Radio

    Television Surat khabar